Thursday, July 22, 2010

YESS BOSS!! BAB 14

Aryana duduk termangu seorang diri di tepi gelanggang tenis. Sampai sekarang dia masih menunggu bila pula giliran dia boleh bermain. Sudah tiga game bos asyik bermain dengan Abang Harun sahaja. Dia dibiarkan seorang diri duduk di sini. Langsung tak bagi can untuk dia mempamerkan skill bermain tenis yang dia ada. Ingat orang kampung macam dia tak reti nak main tenis ker. Jangankan tenis, squash pun dia hebat juga tau!!
“Yana air!!” Jerit Ilham dari tengah gelanggang.
Aryana mendengus geram. Inilah sebenarnya agenda bos membawanya ke mari. Bukan untuk diajak bermain bersama, tapi untuk menjadi water girl dia. Dari tadi itu sahajalah kerja Aryana di tepi padang. Asyik menghantar air kepada bos ajer. Tak lupa Abang Harun juga. Benganglah!!! Kalaulah awal-awal dia tahu yang dia akan dipergunakan untuk kesenangan mamat-mamat berdua ni, sudah tentu dia akan bijak mencipta alasan untuk tidak turut serta.
Ini semua Datin Rokiah Kamsan punya hal. Kononya jika Aryana menemani bos keluar bermain tenis sekurangnya anak teruna Datin Rokiah Kamsan itu tidaklah berani cuba menjual minyak dengan perempuan-perempuan sebarangan setelah misi yang dahulu menemui jalan buntu. Datin Rokiah Kamsan ini ada sahaja buah fikiran yang akan menyusahkan diri Aryana. Ngee..Aryana jadi geram pada diri sendiri. Dia yang konon-kononya hari-hari bijak bestari ni boleh jadi bodoh. Bodoh kerana terlalu menurut arahan dari Datin Rokiah Kamsan tu. Kadang-kadang muak juga kerana terlalu menurut perintah Datin Rokiah Kamsan. Huhh…
“Bos bila turn Yana pulak. Asyik bos dengan Abang Harun ajer.” Kata Aryana ketika memberikan air 100 plus kepada bos.
“Rilekslah. Rehat-rehat dulu.” Balas Ilham.
“Rehat?” Aryana mengangkat kening. “Bos tahu tak sejak dari sampai tadi Yana dah puas rehat. Tak kira. Tak kira nak main jugak.” Bentak Aryana.
“Boleh ker Yana ni main.” Soal Harun.
Mata Aryana mencerun memandang Abang Harun yang bermuka selamba itu. Suka-suka hati tengok orang tak pakai mata. Macamlah dia ini kekampungan sangat. Sampai main tenis pun tak tau.
“Abang Harun jangan nak memandang rendah pada keupayaan orang tau.” Getus Aryana. Sememangnya dia dengan Abang Harun selalu sahaja menjadi seperti India dan Pakistan. Tak pernah nak berbaik!!
“Sudah. Sudah. Harun kau main dengan Yana satu game. Aku nak rehat dulu.” Putus Ilham akhirnya.
Aryana tersenyum senang. Siaplah kau wahai Abang Harunku. Akan dilauk-laukkan Abang Harun yang senang-senang ajer memandang rendah kepadanya tadi. Dia dah sedia.
Ilham memberikan reket tenis ditangan kepada Aryana.
Reket sudah beralih tangan. Aryana sudah bersedia. Dia lompat-lompat setempat untuk mendapatkan feel. Tak sabar mahu menumpaskan Abang Harun yang tak sehebat mana ini.
Keluar sahaja bos dari gelanggang terus tangkas Aryana menghantar hantaran bola kepada Abang Harun. Abang Harun pula memang bersungguh-sungguh menghayunkan raketnya. Masing-masing menunjukkan kehandalan diri. Tak mau kalah. Namun begitu pencak tenis yang rancak itu terhenti apabila Abang Harun mengangkat tangan isyarat perlawanan tamat.
“Apasal!!” Jerit Aryana.
“Abang kena baliklah. Dah janji dengan Kak Leha kamu. Nak pergi pasar malam.” Beritahu Abang Harun.
Aryana mendengus geram. Baru tiga minit main sudah mahu berhenti. Jangankan nak keluar peluh, panas badan pun belum lagi!!
“Yana main dengan bos ajerlah.” Usul Harun. Raket tenis diletakkan di atas kerusi panjang yang turut sama menempatkan beg sukan bos.
“Bos?” Mata Aryana melilau mencari kemana perginya bos menghilangkan diri. Pantang lepa mulalah merayap pakcik ni.
“Bos pergi mana?” Soal Aryana.
Harun yang sudah bersiap-siap mahu pulang turut sama melilau matanya tercari-cari bayang bayang.
“Tu…” Bibirnya dijuihkan ke arah bos yang sedang berborak dengan si cantik manis di tepi kerusi rehat panjang di atas bukit sana. “Okeylah Yana. Abang chow dulu. Jumpa dekat office minggu depan.” Ujar Harun sebelum berlalu.
Aryana hanya buat tidak tahu pada Abang Harun yang sudah berlalu pergi sebaliknya matanya lebih terarah untuk memandang ke arah tempat yang ditunjuk oleh Abang Harun. Astagfirullahulazim. Baru ditinggalkan tiga minit bos sudah dapat ikan lagi. Sabar ajerlah.
“Bos!!” Jerit Aryana memanggil yang masih lagi rancak menjual minyak. Tangannya dilambai-lambaikan agar bos turun ke gelanggang dengan segera.
Ilham turun ke gelanggang bersama si manis disebelahnya.
Aryana sekadar menjeling sahaja si manis yang bersama bos itu.
“Bos jom main. Abang Harun nak balik.” Kata Aryana. Dia cuba menarik perhatian bos dari terus melekat dengan si manis yang berkulit putih melepak mengalahkan mat salih tu. Tiba-tiba dia rasa sakit hati bila bos bolayan ajer pada dia.
“Alah Yana. Saya dah janji dengan Cik Tina ni yang selepas sahaja Yana dan Harun main giliran kami berdua pula.” Jawab Ilham seterusnya memperkenalkan Tina yang baru dikenali tadi kepada Aryana.
Aryana membulatkan mata. “Mana boleh. Yana baru main tiga minit ajer tadi. Orang tak kira. Nak main jugak.” Ngomel Aryana.
“Yana……..” Ilham berkata panjang. Matanya mencerun tanda amaran.
Keluhan lemah dilepaskan. “Yes bos…” Aryana sudah malas mahu memprotes. Raket ditangannya diberikan kepada si manis yang bernama Tina itu. Dia keluar dari gelanggang dengan perasaan yang berbuku. Makin sakit hatinya dengan bos. Mentang-mentang dia jarang melawan dia selalu sahaja menjadi bahan guna-guna bos.
Sekali lagi Aryana menjadi penunggu di tepi padang sementara menunggu masa untuk pulang. Sungguh. Sekarang ini dia mahu pulang ke rumah sahaja dengan secepat mungkin. Sepatutnya tadi dia tumpang Abang Harun sahaja. Tidak kisahlah jika terpaksa merempit dengan motosikal Abang Harun sahaja. Duduk dekat sini pun hatinya makin sakit melihat bos yang bukan main lagi menggunakan taktiknya untuk memancing Si Tina tu pula. Lebih banyak menjual minyak dari bermain tenis.
Bosan menanti bos yang sedang menjalankan misinya mahu mengorat Si Tina tu, Aryana mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar kelab tenis ini. Mukanya masih lagi terpancar riak kekesalan kerana mengikut bos hari ini.
Penat berjalan, Aryana kembali semula ke gelanggan tenis tempat bos dan Tina bermain. Setiba di gelanggang, didapati gelanggang kosong tanpa orang. Aryana mencari disekeliling. Tiada juga berjumpa. Akhirnya Aryana pergi ke tempat kereta diparkir. Huhh… Bukan setakat orangnya tiada, dengan kereta-kereta pun lesap sekali. Baru hendak menelefon bos, lelaki ni telah menelefonnya terlebih dahulu.
“Bos dekat mana?” Marah Aryaan.
“Saya balik dulu.”
“Yana?”
“Don’t worry. Saya dah panggilkan teksi. Yana balik sendiri yer. Take care.”
“Boss!!” Belum sempat Aryana mahu berkata-kata lagi Ilham telah meletakkan telefonnya. Seraya itu, muncul teksi yang ditempah oleh bos.
Aryana membolos ke dalam teksi dengan rasa marah bermukim dihati.

=============================================================

Untuk sambungan N3 sechoit semalam... enjoy..

13 comments:

alreinsy said...

ciannya yana... geram betul dpt bos cam tu.. tp still caring sbb panggilkan taxi utk yana... hehehe

Miss Kira said...

erghhh!!
mmg nk kena bos tu..

aqilah said...

hampeh punya boss!!!!! kesian yana tau!!!!!

yu-hee said...

nak lagi.........

Sitiey said...

mau lagi..mau lagi..huhu

Anonymous said...

ksian yana...
mmg hampeh punya bos...
huhu...

~ cikgu syuhada ~ said...

waaa..mncinye dgn bos 2!! kejam! cian yana! em...nk lg...hehe

MaY_LiN said...

ilham ni kan..
nakal la..
asik flirt je keje nye..

miznza84 said...

Ya Allah
geramnye la ngan bos si yana ni.. harus kena ajar ni.. melampau sungguh..

Hanna Iha said...

x patot betul lah bos tu..
hish3x.. cian kat yna..

Anonymous said...

taknaklah yana selemah nie dan asyik kena buli ngan boss dan mak boss...
buatlah yana berhenti dan tinggalkan boss..biar padan ngan muka boss..hehe

blueskyz said...

x sabo nk bc next n3..

Strawberi Comei said...

bile novel nie akan keluar di pasaran yer??xpuas bace..smlm mcari tp xder..kate org yg jual keluar bulan 8..btui ker??