Tuesday, October 26, 2010

YESS BOSS!! BAB 18

Peace!!

Sebelum kena marah dengan korang sebab upload stori baru, so saya upload n3 utk Yess Boss untuk hilang rindu. Terima kasih banyak2.

Luvs,
eila


Selepas dua tahun berkhidmat……..
Aryana baring terlentang di atas katil bujangnya. Mata sekadar memandang kosong kipas siling yang statik ditempat ia digantung. Sesekali mata Aryana melirik pada kain langsir bilik berwarna biru berbunga kecil yang berkibar-kibar lembuat akibat ditiup angin. Sengaja malam ini dibiarkan tingkap kaca di dalam bilik ini seluas-luasnya. Mahu merasa kenyamanan angin malam selepas hujan yang lebat bermula senja tadi seakan-akan sudah hampir mahu sidang. Bunyi renyai titisan hujan di luar masih lagi kedengaran sedikit-dikit. Kalau tidur memang best. Pasti lena dibawa sampai ke pagi.
Aryana masih berkeadaan seperti tadi cuma lengan kirinya sahaja telah dibawa ke dahi. Matanya dipejam celik di pejam cilik berkali-kali. Cuba untuk melelapkan mata dengan keadaan suasana yang sedap dan nyaman ini. Tapi tak berjaya.
Mungkin mata ini belum mahu tidur lagi kut. Atau pun disebabkan gangguna bunyi-bunyian yang bising dari ruang tamu rumah. Suara budak-budak AF8 sedang rancak mendendangkan lagu pilihan tenaga pengajar. Akademi Fantasia tu favourite Mak Ngah. Walaupun sudah diulang hampir sepuluh kali dalam seminggu Mak Ngah tetap layan andai tiada lagi rancangan menarik untuk ditonton. Walhal, jika ada yang menarik pun, Mak Ngah tetap akan mahu menonton AF tu jugak. Berebutlah macam mana pun, pasti Mak Ngah jugak yang akan menang. Ini kan rumah Mak Ngah. Bil Astro pun Mak Ngah yang bayar jadi memanglah Mak Ngah berhak untuk menonton siaran apa yang dia sukai. Aryana?? Mujur tak ada siaran specifik yang dia suka. AF? Lagilah dah bosan dengan Akademi Fantasia. Pada Aryana, sudah tidak ada relevannya Akademi Fantasia 8 untuk ditonton. Setiap musim sama. Mengeluarkan artis mee segera yang tak ada originality baik dalam persembahan mahupun suara. Yang hanya boleh famous untuk semusim sahaja. Haihhh… Salah satu sebab kenapa dia kurang berminat dengan penyanyi tempatan.
Aryana mengalih pandang pada telefon bimbitnya yang sengaja dimatikan. Dia tersenyum kecil. Bukan susah untuk mengelak gangguan. Simple sahaja caranya. Senyumnya tidak mati lagi. Seketika, fikiran Aryana melayang jauh mengingati deitk-detik dia mula berkerja di syarikat Datuk Maarof. Siapa sangka dalam dia tidak tahan dengan perangai bos yang banyak peel dan banyak songeh itu, sudah menginjak dua tahun jugaklah dia berkhidmat di bawah seorang bos yang bernama Ilham Irfan Datuk Maarof. Barulah dia sedar yang dia ini manusia yang jenis tahan sabar. Ya. Hanya yang mempunyai tahap ketabahan yang tinggi sahaja yang boleh bersabar dengan bos.
Masa setahun membuatkan Aryana semakin mengenali lelaki yang dipanggil bos ini. Ilham Irfan a.k.a Bos yang dia kenal:
1. Adalah seorang yang berperwatakan menarik pada pandangan mata Aryana. Tak tipu. Penampilan ajerlah yang menarik. Adab tertib tambah-tambah lagi tang nak menghormati kaum wanita boleh dikatakan out ke tepi.
2. Adalah seorang womanizer yang kategori biasa-biasa. Aryana mengkategorikan bos dalam kategori biasa-biasa adalah kerana, walaupun bos selalu sahaja menjadi pencinta wanita yang sering kali juga mempermainkan wanita, dan tak akan pernah serius dengan seorang pun wanita tetapi bos tak pernah pun nak buat lebih dari yang sepatutnya ke atas wanita-wanita tersebut. Dalam erti kata lain, bos tak pernah bawa mereka semua sehingga ke bilik tidur apartmentnya atau ke hotel sekalipun. Tapi kalau pegang-pegang tu memang ada. Confirm. Takkanlah orang lelaki nak lepaskan peluang di depan mata. Pegang-pegang ringan-ringan gitu.
3. Adalah seorang pekerja yang berdidikasi dan bertanggungjawab dengan setiap kerja yang dilakukan di pejabat. Ini adalah sebab mengapa Aryana menghormati bos sebagai seorang bos. Bos bab kerja memang tip top. Sebab tu datuk Maarof sayang. Walaupun bos terlalu banyak aktiviti malam yang dilakukan tapi dia tak pernah lupa tanggungjawab terhadap syarikat ayahnya ini. kerja is kerja. enjoy is enjoy. Macam bos selalu kata, bila masa kerja give it all out. Bila masa enjoy, enjoy sampai lebam. Yezzerrr.. Kerana itulah, dia juga yang terpaksa tabah menuruti setiap arahan bos yang selalu suruh dia berkerja sehingga lewat malam bersama-sama dengannya. Bos kata dia tak boleh nak berkerja andai setiausahanya tiada di sisi. Ayat bos. Tipikal.
4. Adalah seorang anak lelaki kepada pasangan Datuk Maarof dan Datin Rokiah Kamsan yang sangat manja. Ini kalau orang luar yang tak kenal rapat dengan bos mesti takkan bajet mamat muka ganas macam ni rupa-rupanya seorang yang sangat manja. Muka ajer ganas tapi dalam hati ada taman. Patutlah bila tak dapat apa yang dikehendaki bos akan memberontak. Bila abah dan mamanya datang pujuk baru dia jadi okey balik. Kadang-kadang Aryana pun turut sama menjadi wakil kepada orang tuanya untuk jadi tukang pujuk. Huhhh…
5. Adalah seorang pemurah. Macam Datuk Maarof juga. Tapi pemurah bos hanya pada sesiapa yang bijak mengambil hatinya sahaja. Bos selalu bermurah hati pada Abang Harun disebabkan Abang Harun yang selalu sahaja menjadi cover line bos. Huhh… Aryana? Heheheh.. Mestilah!!. Dia bukankah orang yang paling pandai mengambil hati bos. 
Bibir Aryana mengulum senyum segaris. Dari senyum, terletus ketawa kecil. Geli hati pulak bila diingat-ingat balik. Yerlah kan. Kadang-kadang bukan semua benda yang kita tak suka tu akan buat kita terus jadi meluat dan menyampah. Macam bos, memang betul, banyak benda yang dia tak suka, tapi bos tu pun ada jugak sifat-sifat baik yang buat semua orang senang dengan dia.
“Astagfirullahalazim. Ini apakehalnya. Duduk dalam bilik lepas tu ketawa seorang-sorang.” Tegur Samsiah dari muka pintu bilik.
Cepat ketawa Aryana mati. Tak tahu sejak bila Mak Ngah ada di muka pintu. Terkulat-kulat dia bangun dari baring dan membetulkan rambut separas bahu itu dengan jari. Rambut dikepit dengan kelip buaya yang ada di tepi katil. Keningnya terjongket sebelah sambil bibir menarik sengih kerang busuk. “Kenapa Mak Ngah?” Soal Aryana bersahaja.
“Ini hah… Keena nak cakap. Dia call handphone Yana tak dapat. Kenapa matikan telefon.” Beritahu Mak Ngah Samsiah. Telefon bimbitnya diberikan kepada Aryana.
Aryana sekadar tersengih untuk menjawab soalan Mak Ngah itu. Alah.. Baik Sakinah mahupun opah pasti tahu mana lubuk nak mencari dia jika tak tau nak angkat atau matikan panggilan telefon.
Samsiah sekadar menggeleng kepala. Dia keluar semula untuk menyambung menonton rancangan televisyen yang terganggu dengan panggilan dari Sakina tadi.
“Hello. Assalamualaikum.” Aryana memberi salam.
“Waalaikumusalam.” Jawab orang di sana.
“Errmm…. Kenapa telefon Kak Long malam-malam buta ni.” Aryana mula menyoal. Sifat Sakina yang satu. Dia dah dapat agak. Ini mesti ada benda yang adik sorang ni nak. Sebab tu telefon tak kira waktu.
“Kak Longg….” Panggil Sakina manja. Cuba membeli jiwa.
Betulah tu. “Apa benda pulak kali ini yang Keena nak?” Aryana malas mahu memanjangkan perbualan dengan Sakina. Lagipun memang dah bajet. Baik sahajalah suruh Sakina berterus terang apa benda yang dia nak kali ini. Mukadimah panjang-panjang pun buat menghabiskan air liur sahaja.
Dari hujung talian Aryana sudah dapat menangkap hilai tawa Sakina yang ceria. Sakina yang bagai tahu sahaja hajatnya itu akan dipenuhi oleh Kak Long ini.
Aryana mengetap bibir. “Cakaplah cepat. Nanti kredit habis nanti lagi telefon Kak Long mintak suruh top up.”
“Kak Long. Nanti masuk duit.” Mudah Sakina meminta.
Kening Aryana terjongket sebelah. “Bukan awal bulan hari tu Kak Long dah masukkan duit untuk Keena ker.” Soalnya dengan suara sedikit meninggi. Seingat Aryana, dia baru sahaja masukkan tiga ratus ringgit di dalam akaun harimau Sakina. Itupun sudah diberi extra seratus ringgit kerana sebelum gaji Sakina sudah merengek mahu membeli buku rujukan. Dia turutkan juga walaupun sekarang ini setiap duit gajinya itu dia kana berdikit-dikit untuk membayar duit muka kereta kerana sudah tak lalu lagi mahu menaiki tren untuk ke tempat kerja. Takkanlah tak sampai sebulan duit sudah habis. Aiii.. Melampau budak ni berbelanja!!
“Alah Kak Long. Kawan-kawan Keena ajak pergi holiday dekat Pangkor cuti ni.”
“Holiday??” Suara Aryana naik lagi. “Holiday apa nyer ni Keena. Time belajar is belajar okey. Holiday pulak dia.” Ujar Aryana. Pinjam sebentar kata-kata bos. Ayatnya sahaja ditukar mengikut kesesuaian. Hissshhh… Budak Keena ni. Macam anak-anak orang kaya pulak. Siap plan nak berholiday sakan dengan teman-teman.
“Bolehlah Long. Kita orang dah habis sem kat matriks ni. Lepas ni masing-masing payahlah nak jumpa bila pergi uni lain-lain. Ini ajer masanya.” Balas Sakina. Berhemah dia berkata-kata agar Kak Long boleh termakan pujukannya di sini.
“Keena sayang, tak payahlah sampai nak holiday. Buat makan-makan dekat KFC pun dah cukup kan.” Usul Aryana.
Sakina mendengus perlahan. Takkanlah nak celebrated dekat Matriks Gopeng ni setakat pergi makan KFC dekat pekan Kampar ajer. “Kak Long…orang dah janji dengan kawan-kawan. Orang jadi ikut diorang.” Rengek Sakina macam budak kecil.
Aryana mengeluh perlahan apabila suara Sakina kedengara sedikit bergetar ditelinganya. “Siapa suruh Keena berjanji sebelum minta permission Kak Long.” Soal Aryana sedikit angin.
“Opah bagi.” Tukas Sakina laju.
“Tak payah nak mengada. Cuti sem tu balik ajer duduk kat kampung tengokkan opah. Baca buku. Keena kena ingat yer. Kak Long kirim duit pada Keena untuk support belanja studi Keena. Bukan untuk pergi enjoy macam anak-anak orang kaya.” Bebel Aryana.
“Kak Long ni kemutlah. Kalau Kak Long tak bagi orang mintak opah.”
“Jangan!!” Pantas Aryana menghalang.
“Okey. Orang mintak kat Mak Ngah.”
“Ngeee…” Aryana menumbuk bantal peluknya. “Keena ni kan…”
“Kak Long bolehlah yer. Kak Long dulu pun pergi holiday jugakkan dengan kawan-kawan Kak Long masa studi dekat UiTMm tu.”
“Excuse me. Kak Long pergi holiday pun pakai duit Kak Long tau. Tak mintak pun kat opah dengan Mak Ngah.” Selar Aryana. Sakina kalau berkata selalu sahaja menyakitkan hatinya. Memang dia pernah pergi bercuti bersama rakan-rakan satu course semasa di UiTM dulu. Bercuti pun tak jauh. Sekadar pergi ke Port Dickson ajer. Itu pun pakai duit jualan kraftangan dari kain felt yang diperolehi. Bukan meng’paw’ duit Mak Ngah atau opah.
“Kak Long, Keena nak pergi. Takkanlah dengan adik kandung seibu sebapa pun Kak Long nak jadi kejam sangat.”
Aryana mencebek. Taktik!!! “Yerlah. Esok Kak Long masukkan duit.” Akhirnya Aryana terpaksa mengalah. Dia selalu gagal menangkis taktik Sakina walaupun ianya sekadar taktik air mata yang tak berapa nak drama pun.
“Yeaahhh!!! Sayang Kak Long.” Aryana melonjak kegirangan sebelum talian dimatikan.
Aryana sekadar memandang telefon yang sudah berbunyi panjang itu. Bertuah punya budak. Baru dia bersetuju sudah lupa diri. Aryana mengeluh resah. Dia turun dari katil berjalan menuju ke meja belajar di tepi sudut bilik. Laci di tarik. Buku akaun Maybank dibawa keluar. Dia selak helaian-helaian di dalam buku akaun simpanan tersebut. Dia mengeluh lagi. Asyik keluar jer. Habis tu bilanyer nak menyimpan untuk bayar muka kereta. Sakina ni kan…… Keluhnya.

12 comments:

Strawberi Comei said...

xder wtak ilham dlm bab nie..rindunyer nk bace time ilham cari pasal ngn ari...:)

Unknown said...

muehehe....ada n3 bru...tp x de psl yana dgn bos..sob3..sy nk tau perkmbangan dorg ni..x sabo..ngeh2

ainul said...

ye la..rindu watak dia orang

Anonymous said...

buatla yana jumpa org lain...tgk kalau2 ilham jeles ke tak..

miznza84 said...

aduii siannya la aryana...
sbar ye yana

MaY_LiN said...

alahai~
kite pun nak jadi adik kak yana gak la..
yana..angau ngan bos ya

lisa brunei said...

yeah..ada entry baru...tp knapa tak ada watak ilham?

hanna said...

sye pon rindu jugak watak ilham ngan yana~ hehe

Dewi said...

nice story.... nak terbitkan ke???? Tp kali ni tak de pulak watak Bos tu... hehehe...

Dewi said...

nice story.... nak terbitkan ke???? Tp kali ni tak de pulak watak Bos tu... hehehe...

Anonymous said...

napa tak leh baca bab 19 n 20...nak bukukan ke?

naa said...

best2...lg best law bli sendri an kt kdai...heheheh...
good luck pada pnulis,hope nanti2 kuarkan crite agi best yerk!!...
like kaki novel...:)