Wednesday, May 19, 2010

YESS BOSS!! BAB 9

“Bagus betulkan bos tu. Rajin buat amal jariah. Belanja pekerja-pekerja dia.” Kata Harun girang. Tangannya mengusap perut yang kekenyangan. Nak berjalan menuju ke pejabat pun terasa lemah sahaja. Alangkahbaiknya jika hari ini cuti. Bolehlah lepas makan dia tidur.
Aryana menjulingkan mata. Abang Harun sekadar dijeling sekilas. Dia berjalan cepat. Mahu segera naik ke atas.
Bos tu membuat amal jariah kerana ingin memberi ganjaran kepada dirinya dan Abang Harun yang rajin sangat menjadi cover line untuk setiap aktiviti tidak sihat dia. Jika tidak pasti lelaki ini tidaklah semurah hati sangat nak belanja kakitangannya makan di restoran mahal. Kalau bos bermurah hati, kenapa tidak dia belanja pada semua kakitangan di sini. Kenapa mesti Aryana dan Abang Harun. Ah… Itu semua rasuah. Rasuah agar dia dan Abang Harun dapat membantu bos di lain masa. Trick tu dah lama dia dapat baca.
Aryana masih lagi membungkam. Abang Harun dibiarkan sahaja. Buka sahaja pintu lif terus dia masuk ke dalam. Dia tidak berhajat untuk berbual-bual dengan Abang Harun tentang kebaikan bos hari ini. Jika tidak kerana Abang Harun yang berusaha memujuk dia untuk turut sama tadi dia pun malas mahu pergi. Lebih baik dia makan bersama Kak Midah lagi baik.
“Lerr… Dah kena belanja dekat restoran mewah tadi pun nak muncung sedepa jugak ker. Yang semalam tu semalamlah. Lupakan.” Balas Harun apabila melihat Aryana masih lagi memboikotnya. Sudahlah tu muka pun masam macam cuka. Katanya tak ada selera mahu makan bersama bos tapi habis jugak sepinggan nasi. Pelik juga Harun mengenangkan sikap Aryana yang tidak pernah suka dengan sikap bos. Baginya biarlah bos dengan sikapnya itu, kita yang hanya pekerja ikutkan sahaja. Tapi tidak pada Aryana, sekarang ini sudah pandai komplen tentang sikap bos. Bukan lagi secara belakang-belakang seperti gadis ini mula berkerja dulu, sekarang ini Aryana lebih terbuka untuk mengkomplen bos hadapan-hadapan. Bos pula tidak pernah melenting jika Aryana membebel di tepi telingannya, sebaliknya bos lebih bersikap cool dan menerima sahaja. Paling-paling kuat, bos sekadar ketawa sahaja apabila Aryana membebel di tepi telinganya.
“Semalam tu memanglah semalam. Tapi yang hari ini ni, kes semalam tak setel lagi hari ini sudah pandai angkut perempuan lain. itu pun dengan adik waiter restoran tu.” Kata Aryana senafas. Masih tidak puas hati dengan sikap bos. Makin lama dia berkerja dengan lelaki yang bernama Ilham Irfan tu, makin jengkel pula dia dengan sikap bos yang tidak pernah mahu berubah. Datuk pula kenapa harus di pandang sebelah mata sahaja sikap anak terunanya. Makin naik tocanglah bos. Macam jin pakai toceng!!!
Ting!! Pintu lif terbuka. Laju Aryana melangkah. Harun pula senak-senak perut menyaingi langkah Aryana yang sudah ke depan.
“Biar ajerlah. Yang Yana nak susahkan buat apa. Lebih baik Yana buat ajerlah kerja Yana. Bos buat kerja bos.” Kata Harun. Sudah berkali dia mengajar Aryana agar jangan nak pening-peningkan kepala memikirkan sikap bos tu. Orang dah besar. Pandailah dia memilih yang mana baik yang mana buruk.
“Malaslah nak bercakap dengan Abang Harun ini. Tak habis-habis nak menyokong bos.” Getus Aryana. “Ini bos ni balik ker tak kat office ni. Sibuk dengan perempuan sampai lupa pejabat!!” Bebel Aryana. Bos dengan mudah pula keluar dengan adik waiter yang kononnya boleh sahaja mengambil cuti separuh hari jika ‘cik abang handsome’ mahu mengajaknya keluar. Cik Abang Handsome itulah gelaran yang adik waiter tadi berikan pada bos yang benar-benar membuatkan semua makanan yang baru dijamah Aryana mahu terkeluar balik. Dia yang hari-hari mengadap muka bos pun tidak pernah perasan yang lelaki itu handsome. Tak langsung!!! (Jangan percaya, sebab sebenarnya bos tu handsome tau!!)
“Dia baliklah. Tak lama tu. Sikit lagi dia telefonlah abang untuk ambil dia balik. Yana pergilah masuk pejabat. Abang nak lepak dekat tempat Kak Midah. Dah lama tak update cerita dengan Kak Midah tu.” Ujar Harun apabila mereka berdua telah sampai ke pejabat.
“Yerlah!!” Jawab Aryana sepatah. Terus sahaja dia ke biliknya yang jauh ke belakang.

“Eehh…Da…Da..Datin..” Kata Aryana tergagap apabila melihat Datin Rokiah Kamsan sedang duduk di atas sofa di dalam biliknya. Terkejut bukan kepalang apabila melihat Datin Rokiah tiba-tiba berada dis ini. Dia bukan pernah berjumpa dengan Datin Rokiah Kamsan. Dia cam wajah Datin pun kerana dia pernah melihat foto keluarga Datuk Maarof dulu. Adalah dua tiga kali dia melihat foto yang tergantung di blik datuk Maarof ketika mahu menghantar dokumen atau pun fail kepada datuk. Hari ini baru dia dapat bertemu dengan orangnya.
“Kamu Aryana.” Tanya Datin Rokiah tegas.
Aryana menelan air liur. Dia mengangguk perlahan. Senyuman terukir sedikit. Gerun mendengar suara Datin Rokiah Kamsan yang macam cikgu besar tu.
Datin Rokiah Kamsan hanya mengangguk. Matanya memerhati seluruh ruang di dalam pejabat. Puas dia memerhati dia memandang pula gadis yang bernama Aryana ini.
Aryana tersenyum lagi apabila melihat Datin Rokiah Kamsan sedang memandangnya. Dia juga turut sama memerhati setiap gerak geri cara dan pakaian Datin Rokiah Kamsan. Cantik. Walaupun Datin Rokiah Kamsan sudah berumur ternyata wanita ini pandai bergaya. Sungguh elegan. Fesyennya ala-ala muslimah moden. Datin Rokiah Kamsan bukan jenis datin-datin yang hanya gemar berselendang menampakkan jambul berwarna perang-perang paku karat. Datin Rokiah Kamsan edisi mak datin-mak datin yang pakai tudung litup tutup semua aurat. Tapi tetap cantik. Tetap bergaya. Tetap meletup!!! Ya. Bila sudah berduit. Semua benda boleh jadi cantik. Tak mustahil. Contohnya tak akan ada sesiapa pun yang berani nak kata Datin Rokiah Kamsan yang menggayakan tudung Ariani koleksi Tiara Chiffon berhias swaroski dan lace Itali yang dipakainya sekarang ni tak cantik walaupun secara jujurnya kelihatan Datin Rokiah Kamsan amat canggung dan langsung tak sesuai dengan umur nak mengagayakan tudung Ikin Mawi tu. Tudung kepala yang harganya adalah mencecah sehingga lima ratus 'hengget’ boleh sahaja membuat sesiapa nampak cantik kan.
“Ilham ke mana?” Soal Datin Rokiah mematikan keadaan sunyi yang menemani dia dan Aryana.
Aryana mula gelisah apabila soalan berkenaan bos diajukan padanya.
“Errmmm…ermm…” Aryana teragak-agak untuk memberitahu tentang lokasi sebenar Encik Ilham berada sekarang ini. Dia tak berani hendak menipu Datin Rokiah Kamsan. Datin Rokiah Kamsan ibunya bos. Takkanlah seorang ibu patut untuk dia tipu-tipukan.
Datin Rokiah melepaskan keluhan lemah. Dia sudah tahu apa jawapan yang akan diberikan oleh gadis ini. Ilham Irfan tidak pernah berubah. Entah perangai siapalah yang diikutnya. Tak habis-habis dengan perempuan.
“Aryana awak ada semua contact number or anything tentang semua teman wanitanya.” Soal Datin Rokiah Kamsan.
“Hahh…” Aryana sedikit tercengang dengan soalan Datin Rokiah Kamsan. Mak Datin ni pun. Macam tahu-tahu ajer yang dia memang ada menyimpan particular setiap perempuan yang pernah atau bakal menjadi kekasih bos. Itu kan memang sebahagian daripada tanggungjawabnya menguruskan mereka-mereka itu.
“Ada ke tiada?” Suara Datin Rokiah sedikit meninggi menyoal Aryana yang menjadi blur seketika.
“A…ada..Datin.” Semakin gagap Aryana jadinya. Laju dia menuju ke cabinet besi. Dikeluarkan ring fail didalamnya lalu dibawa kepada Datin Rokiah Kamsan. Ring fail diletak di atas meja kopi. Diselak satu persatu di hadapan Datin Rokiah Kamsan.
“Astagfirullahalazim…Ilham Irfan.” Mengucap panjang Datin Rokiah apabila melihat setiap gambar-gambar teman wanita anak terunanya. Sudahlah penuh satu fail pulak tu.
“Semua ni?” Datin Rokiah masih menyoal Aryana. Inginkan kepastian.
Aryana hanya mengangguk sambil tersengih.
“Darah tinggi saya melihat gambar-gambar ini semua Aryana. Pergilah awak simpan.” Arah Datin Rokiah. Diurut-urut dada selepas melihat satu persatu gambar calon menantunya itu. Kalau beginilah calon yang ingin Ilham perkenalkan pada seluruh ahli keluarga, mintak maaf, tumpang lalu memang awal-awal dia reject. Calon menantu dia tidak perlu cantik paras rupa, cukuplah gadis yang akan menjadi teman hidup satu-satunya anak lelaki yang dia ada cantik pekerti serta pandai menjaga adab sopan. Kalau pakai baju pun pandai terdedah-dedah sehingga menampahkan lurah atas bawah, memang dia tidak berkenan. Out ke tepi!!
“Bos kamu tu Aryana tak ada ker perempuan-perempuan yang elok sikit dia nak jadikan teman?” Datin Rokiah mula mengorek rahsia Ilham dari Aryana.
Soalan dari Datin Rokiah mengundang tawa kecil dari Aryana. Luculah Mak Datin ni. Macam tak tahu sudah sejak azali lagi taste anaknya memang begitu lagi mahu tanya.
“Aryana saya ni bertanya dengan serius ni. Ada yang lucu ker pada soalan saya tadi.” Datin Rokiah menyoal tegas. Keningnya terangkat sebelah apabila melihat gadis berbaju kurung kain kapas ini mengekek ketawa sambil menekup mulut dengan telapak tangan.
Ketawa Aryana mati. Tangannya dibawa ke bawah. Dia menggigit bibir bawah. “Tak Datin. Tapi dah itu yang bos suka. Tak boleh nak buat apalah.” Jawabnya perlahan.
“Kamu boleh tolong saya.” Pinta Datin Rokiah.
Aryana mengerut dahi.
“Tolong?”
“Tolong buat tapisan siapa-siapa perempuan yang keluar dengan Ilham. Kalau boleh biar yang nak keluar dengan Ilham tu semenggah sikit lakunya. Awak pun satu. Macam tak boleh adjustkan bos awak tu dengan perempuan yang baik-baik. Ini awak ikutkan ajer. Cukuplah Harun sorang ajer yang mengikut telunjuk bosnya. Janganlah awak pun dua kali lima jugak Aryana.” Ujar Datin Rokiah.
Dahi Aryana makin galak lipatnya. Pening pula dia mendengar cadangan Datin Rokiah Kamsan agar dia perlu membuat tapisan ke atas semua perempuan yang ingin keluar dengan bos. Macamlah di pejabat ini dia tidak ada kerja lain yang ingin dilakukan.
“Boleh Aryana?” Soal Datin Rokiah. Redup matanya merenung ke dalam mata Aryana.
Aryana menjadi serba salah di atas permintaan Datin Rokiah. Perlukah dia lakukan semua itu hanya kerana dia seorang setiausaha kepada bos yang fesyen seperti bos itu. Takkanlah tanggungjawabnya perlu menjadi sebesar dan serumit seperti yang Datin Rokiah minta. Lagipun siapalah dia nak menilai perempuan-perempuan tu semua. Dia pun hanya wanita biasa yang banyak juga kelemahannya. Lagi satu, kalaulah dia mencari calon-calon yang baik untuk bos mahukah lelaki itu dengan pilihannya. Ya. Pastilah bos nak. Janji calonnya itu mesti cantik!!!
“Tapi Datin….”
“Aryana, Datuk sendiri meletakkan keyakinan yang tinggi pada Aryana. Saya dan datuk dah jenuh nak membentuk Ilham. Kami tak mintak Aryana untuk mengubah Ilham, tapi sekurangnya Aryana boleh memujuk Ilham agar tinggalkan aktiviti tak senonohnya itu. Buat pengetahuan Aryana Ilham dah lama tak pulang ke rumah. Macam mana kami berdua nak memantau apa yang dilakukan.” Beritahu Datin Rokiah.
Aryana memandang Datin Rokiah yang berwajah keruh. Aiseyhhh…. Ni yang den lomah ni..
“Saya cubalah datin. Tapi saya tak berani nak berjanji apa-apa. Encik Ilham tu bos. Saya ni hanya pekerjanya sahaja. Nak cakap banyak-banyak pun payah. Saya buatlah apa yang termampu. Datin janganlah berharap sangat.” Aryana bersuara.
Wajah Datin Rokiah kembali ceria. Walaupun Aryana tidak menjanjikan apa-apa tetapi sedikit sebanyak dia tetap berasa gembira. Sekurang-kurangnya Aryana boleh juga perhatikan Ilham di pejabat. Malah dia juga tahu, yang Aryana juga merupakan orang kepercayaan Ilham selain Harun. Hendak mengharapkan Harun yang buat pemantauan buat menghabiskan beras sahaja. Harun memang setia pada bosnya. Disogok dengan apa sahaja pun mulutnya tetap dikunci rapat. Hanya Aryana yang boleh diharapkan. Bila perempuan bercakap dengan perempuan lebih senang untuk berdiplomasi. Datin Rokiah mempamer senyumannya kepada Aryana.
“Okeylah Aryana. Ini kad saya. Apa-apa call saya. Dan kalau boleh beritahu Ilham minta dia balik ke rumah malam minggu ni. Kami ada buat makan-makan keluarga. Semua ahli keluarga berkumpul, jangan pula dia menjadi badan berkecuali dengan ahli keluarga sendiri.”
“Okey datin.”
“Jumpa lagi yer. Saya balik dulu.” Pinta Datin Rokiah.
Aryana menghantar Datin Rokiah sehingga ke pintu. Keluar sahaj Datin Rokiah, nafas lemah dihela. Sesak dada. Apalah yang ada pada dirinya sehingga Datuk dan Datin boleh mengharapkan dirinya untuk membentuk bos yang dah tua tu. Kalau sudah dasarnya buluh meriam, tetaplah buluh meriam. Bukanlah tidak boleh dilentur langsung tapi sebelum dilentur tu perlu diraut sehalus yang boleh. Barulah senang untuk dilentur. Tapi strategi nak meraut tu yang buat dia pening. Haihhhh… Makin bertambah pula rutinya sebagai seorang setiausaha kepada lelaki yang macam bos. Terpaksalah dia menjadi manusia yang pasrah dan tabah hari-hari….


______________________________________________________________________

Entah kenapa sejak akhir2 ini saya rasa mata pen saya semakin tumpul nak mencoret sesuatu di atas lantai blog. Perasan juga yang menulis pun sudah tidak selaju dulu. Lagi satu, bila baca balik apa yang dah tulis rasa macam tak best dan rasa macam hampeh ajer...sebab tu macam tak sure nak masuk dalam blog... sejujurnya, Yess Boss ni dah lebih dari separuh siapnya. tapi setiap kali baca balik mesti kena ubah. story line dah haru biru dah ni.. tak tau apa sebenarnya yang patut dan tak patut nak masuk ikut kesukaan pembaca seperti komen2 +ve dan -ve yang diterima melalui BPMA dan 2x5. haiiiihhh...

so, pada korang yang membaca harap terhiburlah hendaknya. saya sedang berusaha untuk menceriakan korang semua dgn tulisan saya. kalau rasa benda ni macam hampeh/sampah korang boleh abaikan ajerlah. kepada yang komen2...weeeee...terima kasih sangat2.. komen -ve or +ve saya terima dengan hati terbuka. itu semua satu proses pembelajaran, kerana setiap kritikan itu semangat untuk menjadi yg terbaik.

Sekian. terima kasih.
luvs,
eila

9 comments:

luv' said...

gambate....waa rindu bangat ngan yes boss ni...update lah slalu eh...jln ceta menarik da....chayiok!2..

Unknown said...

uish...mane leh abai cite ni..x de ape yg x mnarik pom..sy ttp rse cite ni mnarik..sy ske je..ble bace leh je sengih srg2 ag...mknenye mmg besh la 2 cite ni..ehehehehe..kalu rse mate pen tumpul skg ni..amik mase dulu utk tajam n asahkan balik mata pen 2..kami ttp mnunggu asal cite ni x stop trus..ehehe..gud luck 2 u & i'll b waiting 4 de new n3..=)

anakamal said...

waahhhhhhhhhhh...dah lame tunggu citer ni sambung balik..akhirnye dapat jugak..B-)..
ehhmm.....kenapa tak datin offer aryana je jadik bakal menantu??hahaha

aqilah said...

lambat ke cepat ke, mesti ada sambungan tau!!!!! chewaaaaaaaah!!!
relax.............. apapun, akak follow................

cactaceous opuntia said...

oh..no...jgn la rse mcm 2..biase la ade psg surut...tp kn post tu nti bley edit blek kn...=)...kesian kami yg menunggu smbungan yg x kunjung tiba...apepun priority come first...all d best...smoge sntiasa mndpt ilham...

yu-hee said...

saya akan sentiasa tunggu sambungan nyer

miznza84 said...

cite yg makin menarik.. semoga idea akan terus mencurah2.. tak sabar nk tunggu novel ni plaj dibukukan..good luck writer...

MaY_LiN said...

eila cayang..
ok je..
cacat cela sana sini no hal..
dun worry ok..
n3 nipun best je..
ade watak tmbhn lg..

Anonymous said...

ok what cite yess boss ni..suke sgt..kdg2 buat ku rasa nk nangis..kdg2 boleh bt ku tersenyum sorg2 :)