Tuesday, November 4, 2008

Ada Cinta Untuk Dia

“Hai!! Jiha.. Kau buat apa tu.. .” Ain mengejutkan Najihah yang dari tadi dilihatnya asyik mengalamun.
“Tak buat apa lah.. Kau ni Ain, boleh tak kalau masuk bilik bagi salam dulu. Ini main sergah ajer. Kalau aku ni ada sakit jantung, dah lama aku jadi arwah.”Najihah memarahi Ain. Geram dengan tabiat Ain yang satu itu, terlalu suka menyergahnya tidak kira tempat, baik di bilik kuliah mahupun di dalam bilik.
Ain dan Najihah merupakan teman sebilik. Sudah hampir 2 tahun mereka menjadi teman sebilik di asrama puteri Politeknik Sultan Idris Shah ini. Pertemuan pertama semasa hari pendaftaran kemasukan pelajar di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam ini membuahkan bibit-bibit persahabatan antara mereka berdua. Kedua-duanya merupakan pelajar di dalam jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan. Najihah sendiri selesa berkawan dengan Ain yang dirasakan cukup baik dan merupakan seorang teman yang cukup memahami dirinya.
“Banyak lah kau tak buat apa. Dari tadi aku perhatikan kau asyik mengalamun ajer. Kau ni tengah layan blues dengan saper pulak ni hah.. Cik Nurunnajihah oii..”
“Hampeh betul lah Cik Nurul Ain ni. Bila masa pulak aku melayan blues. Dia tak nampak ker aku tengah studi ni.”Najihah berkata di dalam hati.
“Layan blues apa pulak. Kau tak nampak ker aku tengah studi ni.”
“Eh… Pensyarah mana lah pulak yang mengajar kau Modul Remaja ni… Eh..eh!!!... Patut lah dari tadi kau asyik sangat yer studi Majalah Remaja ni.”kata Ain sambil ketawa.
“Adoi!!!... Macam mana lah aku boleh bagi alasan yang tak masuk akal ni dekat Si Ain ni. Kan dah kena gelak. Rasanya mau 2 tahun dia ni tak berhenti gelakkan aku.”detik hati kecil Najihah.
“Ish kau ni. Macam-macam lah.”
“Aku yang macam-macam ker.. engkau tu yang macam-macam Jiha. Ini dah confirm kau teringat kat abang UiTM yang handsome lagi macho tu kan. Ish…ish.. Ni boleh jadi salah satu keajaiban dunia ni.. Cik Nurunnajihah yang memang anti dengan kaum lelaki boleh terkenang-kenangkan abang UiTM yang handsome lagi macho tu..hhehehehe..”Ain mengenakan temannya itu.
Memang itulah tabiatnya yang cukup gemar menyakat Najihah. Seronok juga melihat telatah Najihah yang konon-konon brutal itu jadi malu-malu apabila diskandalkan dengan mamat UiTM yang baru mereka kenali semasa Kem Jaya Diri di Excel Training Centre, Ulu Beranang, Negeri Sembilan sebulan yang lepas.
“Apa kes pulak aku nak terkenang-kenangkan mamat tu. Buang karan aku ajer.”
“Elehh…buang karan konon.” Selumber Ain berkata dengan senyum yang meleret-leret itu. Nampak sangat senyum macam orang dah gatal nak bersuami.
“Lantak engkau lah. Malas aku nak layan.” Najihah berkata. Malas mahu melayan karenah teman sebiliknya itu. Bukan boleh dilayan budak Ain ni. Lagi dilayan lagi melebih-lebih pulak dia.
**********************
“Wei Jiha. Amacam sekarang. Ofis baru ok ker? Bos baru ok ker? Kejer ok ker. Officemate ok ker? Housemate ok ker? Boyfriend ok ker??... Oppssss….tetttttttttttt………”tot tet tot tet mulut Ain bertanyakan itu ini pada Najihah.
Serabut kepala Najihah mendengar soalan-soalan yang bertubi-tubi keluar dari hujung talian itu. Dah macam bertih jagung mulut Si Ain ini bertanyakan soalan. Dah macam kena soal siasat dekat Bukit Aman ajer. Dah macam gaya mak tengah berleter dekat aku ajer…Ish..ish.. Ain.. Ain.
“Cik Ain..kau ni dah macam polis dekat Bukit Aman tengah soal siasat penjenayah pulak. Tak berhenti-henti tanya aku itu ini.”
“Aku jimat masa. Kekkekeke….”
“Banyak lah engkau jimat masa. Aku ok. Everything ok la kat sini. Kau pulak macam mana kat sana.”
“Aku ok jugak. Windu sangat la dengan kau Jiha.”
“Aku pun. Tapi nak buat macam maner. Kita lain tempat. Tu la kau. Sibuk nak balik negeri. Semangat kenegerian la tu.”
“Nak buat macam mana. Dah dapat balik state. Balik lah. Kau aper cer. Dah ada boyfriend ke …”
Sengaja Ain mengutarakan soalan berhubung soal boyfriend dengan Najihah. Bukan dia tak tau. Najihah tu anti lelaki. Kalau boleh semua lelaki-lelaki korporat ni.. eh.. silap lelaki-lelaki keparat dalam dunia ni dia nak hapuskan. Kalau ada racun sembur ala-ala iklan penyembur racun Sheldtox tu yang dicipta khas untuk lelaki-lelaki keparat diluar sana.. gerenti berdozen-dozen la Najihah akan beli. Kekkekeke….Jiha.. Jiha.. apa lah masalah kau sebenarnya ni. Eh!!!... Tapi jangan salah anggap ok. Najihah tu perempuan normal. Dia bukan lesbian. Kalau tak, dah lama aku hilang dara masa jadi roommate Jiha dekat hostel dulu tu. Mwahahhaha…..
“Kau ni Ain. Memang sengaja ajer tanya soalan tu kat aku kan.. Bajet soalan cepumas la tu. Takda maknanyer boyfriend-boyfriend ni. Diorang ni makhluk perosak. Hopeless…useless… hampehless… penipuless…mangkukless..”
Geram Najihah dengan soalan Ain tadi. Sengaja ajer bagi soalan-soalan yang boleh menaikkan temperature aku. Nasib baik la kau takda kat depan aku sekarang ni Ain. Kalau tak .. aku smack kau macam dalam WWF tu tau.
Dihujung talian terdengar suara Ain mengekek ketawa apabila mendengar jawapan dari Najihah tadi. Pandai jugak lah awek yang bernama Nurunnajihah ni buat lawak international malam-malam buta ni. Memang peringkat antarabangsa la lawak Si Najihah ni. Kalau diasah lagi bakat Si Jiha ni.. boleh meleleh Si Raja Lawak Nabil tu. Kekekekek….
“Ok la Jiha. Aku nak tidur dah ni. Tapi ingat apa aku nak pesan ni.. Jangan sebarang cakap. Makhluk perosak konon… Nanti lah kalau kau dah ter’flirt dengan mana-mana mamat dekat ofis kau tu or ofis-ofis yang duk berjiran dengan ofis kau or jiran tetangga kau tu.. Baru kau tau..”pesan Ain.
“Yo..yo…oii ajer kau ni. Aku dah kuncikan hati aku ni dari terima cinta lelaki. Imposible I will flirt with any guy. Never.. I repeat again. Its never.. Takkan terjadi pun. So kau jangan lah nak berharap sangat.”lantang mulut Najihah membalas balik kata-kata Ain tadi.
“Yer la tu. We will see. Ok lah. Time to sleep. Gud night. Assalamualaikum…”
“Night. Waalaikumussalam.”
Talian dimatikan. Ketika mahu melelapkan mata, Najihah berfikir sejenak tentang apa yang dikatakan kepada Ain tadi. Betulkah bahawa tiada cinta untuk lelaki di dalam hatinya. Najihah keliru. Ah.. mengapa harus difikir semua ini. Buat serabut kepala. Kalau ada lelaki yang sudi pun.. pasti dia akan ditinggalkan apabila mengetahui tentang sejarah silam hidupnya. Tentang titik hitam yang pernah terjadi pada dirinya. Biarlah ianya terus menjadi rahsia antara diri Najihah, emak, abah dan lelaki durjana yang telah meragut kehormatan dirinya itu. Benci betul Najihah apabila mengingatkan kembali wajah lelaki jahanam itu. Andai lelaki itu masih bernyawa lagi di bumi Tuhan ini mahu sahaja dicincang-cincang lelaki tua tidak sedar diri itu kerana meragut kesucian dirinya. Jijik rasanya.
*****************************
“Jiha… Persal mamat kat belakang tu dok usha kau ajer dari tadi. Dari nasik dalam pinggan ni penuh sampai licin berkilat. Baik punyer usha.” Tanya Amira kepada Najihah apabila melihat peguam muda itu ralit melihat temannya itu. Pelik pun ada. Tak berkelip-kelip mata peguam muda itu melihat Nurunnajihah.
Najihah memusingkan lehernya untuk melihat mamat yang dikatakan oleh Amira tadi.
“Entah aku pun tak kenal mamat tu. Juling kut. Tengok lain. Tapi bijik mata tengok aku. Itulah fenomena juling Cik Meira oii… Kesian kan. Muka handsome tapi mata juling.”slumber sahaja Najihah berkata.
“Ish kau ni Jiha. Main sedap ajer bercakap. Mulut takda insurans. Pakai redah ajer. Kau tau tak mamat yang kau kata juling tu saper hah???..”
Geram Amira dengan Najihah. Suka-suka hati mak abah dia ajer mengata orang. Kalau ya pun kalis lelaki jangan lah main cakap ikut suka hati ajer. Najihah ni kira terror lah jugak. Nasib baik pandai cover dia punyer attitude. Depan staff lain kat ofis ni, bukan main lagi. Cuma depan Amira ajer dia bebas untuk meluahkan apa sahaja yang terbuku dihati. Katanya dalam ramai-ramai teman sepejabat, Amira yang paling memahami keadaan dirinya. Sama seperti Ain. Mungkin kerana faktor umur yang sebaya menyebabkan Najihah selesa berkawan dengan Amira. Sebab itulah apabila bersama Amira, Najihah bebas menjadi dirinya yang sebenar. Al maklumlah, jadi PA ni attitude kena jaga babe. Tak leh main belasah ajer. Ikon syarikat tu…
“Manalah aku tau. Kau tau ker dia tu saper?”
“Itu Encik Khairul Izwan tau. Lawyer baru kat sini. Kau tu la. Semua tak tau.”
Najihah mengetap bibir. Eh..eh.. bukan main lagi dia ni hentam aku. Eh.. halluuu… Kau tu duduk dekat pejabat big bos. Aku duduk kat bahagian pengurusan ajer. Memang lah aku tak kenal kalau ada lawyer baru masuk kat dalam bangunan ni. Apa daa…..
“Mana kau tau?”
“Alah.. dia pernah datang jumpa bos aku. Aku kenal la. Bujang tau.” Tersenyum-senyum budak Miera ni berkata-kata. Sengaja di’highlight’kan word bujang tu. Kasi budak Jiha ni dengar dengan jelas.
“Bukan masalah aku pun kalau dia tu bujang ker.. bujang trang tang tang ker..”Najihah berkata antara dengar atau tidak sambil menghabiskan bihun sup di dalam mangkuk.
“Eh!!! Cik Jiha… Belum masuk kategori bujang trang tang tang lagi tu tau. Masih muda remaja lagi. Dalam 26 or 27 gitu tau umur dia..” jelas Amira.
“Its none of my business. Malas nak ambik tau hal orang yang takda kena mengena dengan aku.”
“Ellehh…Eksen tak bertempat. Eh!!!.......Jiha..Jiha..Dia datang la. Alamak!!! Apa aku nak buat ni. Rilek-rilek Miera. Control ayu.. control ayu.. tudung semua ok ek Jiha.. Jiha kau dengar tak ni.”
Tiba-tiba Amira jadi gelabah katak apabila peguam muda itu datang menghampiri meja mereka berdua. Najihah yang melihat aksi Amira tadi hanya tersenyum. Miera..Miera.. Dah nak jadi bini orang pun perangai macam budak-budak. Nasib lah kau Ikmal, dapat tunang yang spesies tiga suku macam Cik Nur Amira ni. Tapi takpa, tiga suku Miera ni pun dia takkan melayan lebih-lebih lelaki-lelaki yang dia kenal. Katanya..’cintaku hanya untukmu Ikmal Hakim.’.. Najihah tersenyum apabila mengingat kembali kata-kata yang keluar dari mulut Amira itu. Siap dengan gaya yang tak boleh blah lagi ketika dia menuturkan kata-kata itu. Gila lah kau ni Miera. Memang suka melebih-lebih. Orang putih kata’overacting’. Macam tagline Stacy.. Alamak!!...Terlebih sudah..Hehehehehe..
“Hai.. Dah abis makan ker.”Encik Khairul Izwan bertanya.
“Ermm.. Be..be.. belum.. Eh..eh.. Dah..dah.. eh.. belum.. dah.. Dah!! Encik Izwan. Dah kenyang dah pun.”
Najihah hanya buat bodoh. Di dalam hati dia ketawa apabila melihat gelagat Amira yang gelabah tak bertempat tu. Confius..confius.. Cik Miera dah tercabut fius… Tadi bukan main lagi lancar kau bersembang dengan aku. Kenapa lah tetiba kau jadi gagap ni. Adoii… Apa kes la dengan sahabat aku yang satu ni.
“Ooo…ok.”Encik Izwan berkata sambil matanya melirik ke arah Najihah.
Macam biasa. Najihah tetap buat bodoh. Tetap buat tak tau. Tetap tak ambik port dengan lirikan mata Encik Izwan itu. Amira yang perasan dengan tingkah laku Encik Izwan itu terus main peranan. Tanpa disuruh, Amira terus memperkenalkan Najihah kepada Encik Izwan.
“Kenalkan. Ini kawan saya. Nurunnajihah. Masih Cik lagi. Jiha ni duk kat Management Division, Encik. Kalau pasal claim-claim ni Encik Izwan boleh direct tanya dekat Jiha. Nanti dia tanya la bos dia. Jiha ni pun PA jugak Encik Izwan.”
“Oooo… Apa khabar Cik Nurunnajihah.”
“Baik. Panggil Jiha ajer Encik Izwan.” Jawab Najihah.
“Are you from Politechnic Sabak Bernam.”Izwan bertanya lagi.
Dahi Najihah berkerut. Macam mana mamat ni boleh tau aku dari Poli Sabak Bernam ni. Ada tulis kat dahi aku ni ker yang aku ex-student Poli Sabak Bernam. Dasyat. Agaknya lawyer memang macam ni kut.
“Yes. I am. Macam mana Encik Izwan tau.”
“Awak tak ingat saya.”
“Ermmm…”Najihah geleng kepala.
“Its ok. Forget it. Anyway .. Nice to meet you again. Saya naik dulu. Bye Meira and Cik Jiha Brutal.”
Jiha terkedu. Cik Jiha Brutal. Eh.. saper mamat ni. Macam pernah aku dengar gelaran tu. Jiha Brutal. Pening.. pening.. Kat mana hah… Saper yang pernah bagi gelaran Jiha Brutal ni kat aku hah…Adoii.. Sakit kepala. Nak panadol.. nak panadol…
“Eh.. Jiha. Kau kata kau tak kenal dengan Encik Izwan tu. Tapi dia kata dia kenal kau. Aper cer ni kawan.”
“Takda cer la. Aku pun tengah pening nak ingat saper dia tu.”berkerut-kerut dahi Najihah cuba mengingatkan siapa Encik Izwan itu.
“Memori kau ni memang low la Jiha. Encik Izwan yang handsome tu pun kau tak ingat.”
Najihah memandang Amira yang buat muka slumber macam tak bersalah itu. Eeeee… geramnya aku. Kalau tak disebabkan aku dekat kafe ni… dah lama aku cekik-cekik kau Miera. Ada ker patut dia kata memori aku ni low. Hampeh punyer member…. Eh.. halluu… hard disk aku ni berkapasiti tinggi tau. Pandai-pandai ajer kau kata memori aku low… Ish.. saper la mamat ni.. Memang memori aku low kut macam yang Miera kata. Kadang-kadang kalau hard disk power pun leh kondem jugak kalau selalu guna. Selalu save yang bukan-bukan. Kan..kan… Tak pun aku terminum air yang ada semut kut masa makan tadi. Tak baik.. tak baik.. Punya lah best air nestlo yang Abang Din kafe ni buat khas untuk aku… Suka-suka hati ajer aku kutuk-kutuk air yang dia buat ada semut. Padahal dah abis segelas aku teguk.
Tapi….. Siapa Khairul Izwan ni ek…Ermmm….Yes.. yes…I get it.. Mamat UiTM yang poyo tu.. Yang buat kacau bilau kat Kem Excel setahun yang lepas. Yang buat aku glamor tetiba dalam kem tu sampai semua orang kat kem tu boleh kenal aku… belum campur lagi makcik cleaner.. makcik kafe.. Yang buat Encik Azmi, lecture aku meradang tahap dewa dekat aku.. Confirm… Tak lain tak bukan.. Memang dia orangnya. Yang Ain kata mamat macho lagi handsome tu. Tapi sebenarnya hampeh.. Aargghhh!!!!!!! Keciknya dunia. Macam mana aku boleh jumpa dia lagi. Tulun!!!!!!.... Apa aku nak buat ni…….
***************************
“Excuse me.”
“Tak boleh.”
“Saya cakap elok-elok ni. Karang saya tolak karang. Cepatlah!!!... orang nak lalu.”
“No.. no… no.. Tak boleh.”
Najihah geram. Apa dia fikir jalan ni bapak dia punya ker. Macam mana mamat tak ada sivik ni boleh masuk U. Oooo…. Bajet bagus ek.. Dia ingat aku tak berani nak tolak dia.
Dengan slumber Najihah terus menolak mamat yang tak ada sivik itu ke tepi. Ooooo!!!!!!!!!…. Bunyi sorakan dari gang tak ada sivik dari U entah mana-mana entah. Takda masa mau ambik tau korang dari mana. Yang pasti seekor-seekor dah macam monyet dalam zoo ajer. Poyos plus hampeh…..
“Apasal ni. Kau tau tak aku ni saper? Berani ajer kau tolak aku ek..”
“Peduli apa engkau tu saper. Ada aku kesah.”
“Aku Khairul Izwan. Student tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UiTM.”
Uweekkk!!.... Najihah macam nak termuntah apabila mendengar kata-kata dari mulut mamat itu. Memang dia ni poyo…. Oppss.. sebab dah terlebih poyo kena tambah ‘s’ kat belakang word tu… Memang dia ni mamat yang poyos la….. Meluat aku dengar. Kecik-kecik malas pegi sekolah, Hei dey.. mamat poyo kau boleh blah…
Najihah buat tak tau. Terus jalan tak kona-kona. Malas nak layan mamat yang nama dia aper tadi.. Ah!! Malas nak ambik tau. Dah lah aku terlambat sebab memerut tadi. Lebih baik aku pergi cepat. Nanti tak pasal-pasal sebab dia ni, aku kena marah, pakej denda sekali dengan fasilitator kat sini. Tak mau.. tak mau..
“Hei!!!... Kau dah tolak aku, nak blah cam tu ajer ek. Tak tau nak mintak maaf ker.”
“Awak cabar saya. Nak mintak maaf apa.”berani Najihah menjawab. Sikit pun dia tak takut. Najihah terus berlalu.
Pantas Khairul Izwan memegang tangan Najihah. Kurang asam keping.. asam boi.. asam jawa… gulai masam kau jantan.. berani kau pegang tangan aku… Dush!!!... Alamak!!!!... Tepat tendangan Najihah kena pada tuttttttt…… mamat ni. Apa lagi!!!!!!!....Cabut!!!!!!!!!!...........
******************************
“Siapa yang mulakan dulu?” Mejar Bersara Tuan Haji Megat Sulaiman bertanya kepada budak berdua ini.
“Dia!!!”serentak jawapan itu keluar dari mulut budak berdua ini. Siap menuding-nuding jari antara satu sama lain. Masing-masing tak nak kalah.
“Kamu berdua ni tak tau malu ker. Dah besar panjang boleh bergaduh sampai lari-lari kat dalam kem ni. Nak jadi macam dalam filem Hindustan ker… Hah???”
“Dia yang mulakan dulu Tuan.”
“Dia Tuan. Budak perempuan ni yang tolak saya dulu.”
“Saya tolak dia sebab dia halang jalan saya Tuan.”
“Dia sepak anu saya Tuan. Sakit Tuan.”
“Diam!! Kamu berdua memang bersalah. Pensyarah kamu dah serahkan segala-galanya pada saya. Segala hukuman biar saya yang tentukan. Esok pagi kamu berdua akan dilarang sama sekali untuk menyertai jungle traking. Najihah akan membantu menyediakan makanan di dapur kem ini. Khairul Izwan akan membantu Pakcik Mail mencuci kolam renang.”
Mejar Bersara Tuan Haji Megat Sulaiman telah memutuskan hukuman. Ish.. ish.. budak berdua ni la. Memang masing-masing ego. Aku kawinkan korang berdua malam ni jugak, baru korang tau. Budak lelaki ni pun satu. Nasib baik ok anu dia tu. Dasyat jugak Si Najihah ni. Heheheh…
“Tapi Tuan…”serentak budak berdua ini bercakap.
“Takda tapi-tapi.”
Najihah duduk diam dalam bilik. Bengang dengan Khairul Izwan belum habis lagi. Sebab kau la aku tak boleh join aktiviti esok. Dah lah tak boleh join aktiviti esok, lepas kena bancuh dengan Mejar Bersara Tuan Haji Megat Sulaiman tadi, aku kena cuci bersih dengan Encik Azmi. Tak sangka aku kena cuci sampai berkilat dengan lecture aku tu. Takut jugak. Mintak-mintak balik poli nanti aku tak dapat surat cinta warna merah dari Ketua Jabatan. Kalau dapat .. Hancuss aku…
Di satu tempat yang lain, Khairul Izwan juga duduk berteleku. Yang pelik, dia duduk berteleku sambil senyum-senyum. Apalah kau ni Wan. Hehehehe…. Kan dah kena. Kalau ya pun nak mengorat gunalah cara lain. Khairul Izwan tersenyum lagi. Memang tak sangka gadis itu berani menolak dirinya ketepi. Hush… Belum ada lagi mana-mana gurl kat UiTM ni pernah layan aku macam tu. Tapi gurl yang bernama Nurunnajihah tu.. Sempoi ajer.. but still maintain cute… Tendangan dia yang berbisa tu mampu buat aku ingat kat dia sampai bila-bila pun. Nasib baik aku tak dipaksa bersunat untuk kali ke dua sebab tendangan yang dasyat tu. Kalau tak … Aku paksa kau kawin dengan aku jugak Najihah a.k.a Jiha Brutal.
*************************
Majlis penutup berjalan dengan lancar. Macam mana AJK Politeknik Sabak Bernam boleh bersepakat dengan AJK UiTM Shah Alam untuk buat majlis penutup ni bersama pun Najihah tak tau. Tak pasal-pasal kena duduk satu dewan dengan Khairul Izwan yang haprak tu.
Dah la tu. Ramai jugak la yang senyum-senyum perli ke arah dirinya. Paling tak boleh blah.. dan menyakitkan telinga dia diberi gelaran Cik Jiha Brutal lagi. Ini sah-sah Khairul Izwan punyer hal. Khairul Izwan macam biasa. Tetap dengan gaya dan style yang poyo tu. Bajet bagus. Budak-budak kelas aku yang gediks-gediks ni pulak bukan main lagi tersengih-sengih macam kerang busuk dekat Khairul Izwan tu. Eeee… geli aku.
Sebelum balik Najihah dan Izwan diarahkan untuk berjumpa dengan Mejar Bersara Tuan Haji Megat Sulaiman pengarah Excel Training Centre ini. Apa lagi malapetaka yang nak jadi ni. Adoii… Rasanya tak kuasa aku nak mengadap Tuan Haji ni lagi. Argghhh!!..... Najihah menjerit di dalam hati.
“Jiha, Izwan.. Awak berdua dah ok.”
“Ok tuan.”macam tak puas hati. Budak berdua ni menjawab macam nak tak nak ajer. Memang slumber dewa betul la diorang ni.
“Saya nak awak berdua bermaaf-maafan depan saya sekarang jugak.”
Najihah dan Izwan saling berpandangan. Apasal pulak kena bermaaf-maafan pulak ni wahai Tuan Haji oiii… Raya lambat lagi. Puasa pun belum lagi.
“Najihah, Izwan.. Cepat!.. Mintak maaf.”
Miang-miang ulat bulu, kau lelaki kau la say sorry dulu.
“Saya mintak maaf.”Izwan memulakannya dahulu. Biarlah gentleman sikit kat depan Tuan Haji ni. Ikutkan malas aku nak bermaaf-maafan dengan Cik Jiha Brutal ni.
“Saya pun.”jawab Najihah. Depan Tuan Haji, boleh la berlagak gentleman. Budak-budak makan gajus, ellehh… macam bajet bagus…
“Bagus. Saya harap lepas ni awak berdua boleh jadi kawan.”
Kawan??? Mintak simpang. Tak baik betul Tuan Haji ni. Doakan mamat ni jadi kawan aku. Tak hingin….Enggak mahu sih….
***************************
Tingggg!!!!...Pintu lif terbuka. Izwan di dalam. Macam mana nak masuk ni. Ahh!!!... Redah ajer la. Najihah masuk. Mereka berdua berada di dalam satu lif yang sama. Ermm… Orang kat ofis ni tak nak turun makan ker..Eh!! Bagus jugak, boleh aku berdua-duaan dengan Cik Jiha ni sekejap..Kekeke… Macam-macam la kepala Si Izwan ni.
“Nak turun café ker?”lancar mulut Izwan memulakan mukadimah.
“Yer Encik Izwan.”
“Tak payah lah nak berencik-encik dengan saya. Miera tak turun sekali.”
“Dia ada kerja. Encik peguam kat sini. Mana boleh main redah ajer. Kena la ada protokol. Tanda respect.”
“Oooo…. Bagus-bagus. Ada perubahan.”
Najihah menjeling ke arah Izwan. Kenapalah lif ni lambat sangat nak sampai. Tak bergerak ker. Macam tinggi sangat la pulak aras 2 nak ke aras 1 ni. Rimas pulak naik satu lif dengan dia ni.
“Ermm….”
“Jom makan sama.”Izwan mempelawa. Niat di hati ingin berbaik-baik dengan Najihah. Selebihnya, macam biasalah. Skill untuk jual minyak. Hehehehe…
“Takpa lah. Saya tapau ajer. Lagipun tak elok kalau orang nampak. Nanti jadi skandal pulak.”
“Oooo… takut jadi skandal la ni ek. Takpa-takpa. Apa kata kita makan kat luar dari café ofis ni. Boleh lah kita beramah mesra.”
Tingg!!!!!.........Dah sampai. Pintu lif terbuka. Najihah terus berjalan keluar tanpa menghiraukan Izwan. Selamat…selamat…. Buang karan aku ajer nak beramah mesra dengan kau. Ingat aku Duta Kedai Petronas ker.. Mesraaaaaa……..
“Memang tak pernah berubah.”bisik Izwan dalam hati.
***************************
“Jom saya hantar awak balik.”pelawa Izwan apabila ternampak Najihah di perhentian bas.
“Takpa. Saya balik naik bas.”
“Selagi awak tak naik. Selagi tu saya tunggu kat sini.”
Izwan buat muka toya. Buat muka tak bersalah. Buat muka tak tau malu. Buat muka tak reti bahasa. Najihah dah naik malu. Ish… Kenapalah dia ni nak menyusahkan hidup aku. Dah jadi lawyer pun perangai tetap tak berubah. Naiklah… Kalau kau cuba buat apa-apa.. aku sepak anu kau tu macam dulu…
“Kan senang kalau dengar cakap. Ermm… Kita nak pergi mana?”
“Hantar saya balik rumah lah Encik Izwan.”
“Awal lagi la. Jom kita pergi makan. Jangan risau. Kafe ofis dah tutup. Kita pergi makan kat luar.”
Najihah mula naik bengang. Tadi cakap nak hantar balik rumah. Ni macam-macam pulak agenda dia. Nak kena dia ni.
“Encik Izwan, saya nak balik ni. Kalau Encik Izwan taknak hantar saya balik, turunkan saya dekat sini sekarang jugak. Saya boleh balik naik bas.”
“Ish… awak ni.”
“Cepat!!!”Najihah mula hilang sabar.
“Ok.. ok.. Rumah awak kat mana.”
“Pricint 11.”
******************
“Assalamualaikum..”suara dihujung talian memberi salam.
“Waalaikummussalam. Saper ni?”Najihah menjawab. Pelik. Siapakah gerangan pemanggil yang menelefonnya tengah-tengah malam ni. Kacau orang nak tidor ajer.
“Izwan.”sepatah jawapan.
Najihah mengerut dahi. Ah… sudah. Mana pulak dia dapat nombor aku ni. Sah-sah Miera yang jual nombor aku kat dia ni. Apalah yang dia nak dekat aku malam-malam buta ni.
“Ermmm… Awak nak apa call saya malam-malam buta ni. Tak boleh nak tunggu pagi esok ker?”
“Saya nak awak.”
“Gila!!”
“Jiha… Tak boleh ker kalau kita berbaik-baik. Lupakan peristiwa dulu tu. Masing-masing dah matured kan sekarang ni. Buat apa nak gaduh-gaduh macam budak kecik.”
Najihah diam. Kalau tak disebabkan engkau yang mulakan dulu, aku takkan cari pasal. Ni semua kau yang punya angkara. Elleeh…mengaku matured konon.
“Saya dah lama lupakan peristiwa tu. Tak payah lah Encik Izwan ungkit balik.”
“Just call me Wan only. Tak payah lah formal sangat. Lagipun sekarang ni bukan office hour pun. Boleh ker kalau kita jadi kawan.”
“Ermmm…”
“Najihah.. boleh ker.. Baik. Selagi awak tak setuju jadi kawan saya, selagi tu lah saya akan kacau awak.”
Najihah mendengus geram. Baru tadi mengaku diri tu matured. Ni pesal tetiba pulak perangai bertukar jadi macam kanak-kanak ribena ni. Haru blue la mamat sorang ni…
“Ok.”
Izwan tersenyum sebaik menamatkan talian. Yes!!!!!... Berjaya jugak aku akhirnya. Takpalah kawan-kawan dulu. Couple-couple nanti. Kena slow-slow. Jangan pakai redah ajer. Dia ni dah lah macam jinak-jinak merpati. Heheheh…
*************************
“Jiha.”
“Ermmm.”
“Kenapa hah.. dari dulu Wan tengok Jiha macam anti dengan lelaki ni.”
Najihah buat dunno. Malas nak layan.
“Jiha. Wan tanya ni. Dengar ke tak dengar ni.”Izwan mula hangin bila pertanyaannya sebentar tadi tidak dipedulikan. Geram dengan sikap Najihah yang sering buat tak tau. Bukan main lagi Si Jiha ni menghirup kuah tomyam di depannya. Lalu mangkuk tomyam itu segera ditarik. Letak ke tepi.
“Apa ni. Orang tengah makan ni. Buta ker.”
“Jawab dulu soalan Wan tadi.”
“Bila masa pulak Jiha anti lelaki. Kalau Jiha anti lelaki, Jiha takkan berkawan dengan Wan.”
“Betul ni.”
“Eeee… betul lah. Bagi la balik.”
Izwan tersenyum. Dengan slumber dia menghirup tomyam di dalam mangkuk Najihah itu. Najihah buat muka empat belas. Mangkuk kau.. Habis tomyam aku kau kebas.
******************
“Kenapa Wan bawak Jiha kat sini.”
“Ada benda Wan nak cakap dekat Jiha.”
“Apa dia? Cakap lah.”
Izwan menarik nafas dalam-dalam. Sudah tiba masanya untuk dia meluahkan perasaannya terhadap Nurunnajihah. Hari ini Najihah perlu isi hatinya itu.
“Wan cinta Jiha. Wan sayang Jiha. Wan nak kawin dengan Jiha.”
Najihah terdiam.
“Apa Wan cakap ni. Jangan main-main.”
“Wan macam main-main ker ni. Wan serius. Wan nak kahwin dengan Jiha.”
“Tak boleh.”
“Kenaper?”
“Jiha tak cinta Wan. Jiha tak sayang Wan.”
“Tipu!!!”Izwan mula meninggikan suara. Dia tahu Najihah juga mempunyai perasaan yang sama terhadap dirinya. Tapi kenapa Najihah perlu menipu perasaannya sendiri.
“Jiha tak tipu!!!”giliran Najihah pula meninggikan suara.
“Tipu!!!... Wan tau. Jiha memang cintakan Wan kan… Cakap Jiha. Tenung mata Wan.”Izwan berkata. Tangannya memegang bahu Najihah.
“Hah… Jiha cintakan Wan. Tapi Jiha tak boleh nak bersama dengan Wan. Jiha tak boleh kawin dengan Wan.”akhirnya Najihah mengaku juga tentang perasaannya pada Izwan. Dengan airmata, kata-kata cinta itu dilafazkan.
“Tapi kenapa?” Izwan bertanya lagi.
“Jangan tanya kenapa Wan.”Najihah terus berlalu untuk pergi dari situ. Sempat tangannya disambar oleh Izwan.
“Wan takkan bagi Jiha pergi mana-mana sebelum Jiha terangkan segala-galanya pada Wan. Cakap Jiha!!”
“Wan… Jiha merayu pada Wan. Tolong jangan paksa Jiha.”
“Tak. Selagi Jiha tak terangkan semuanya, Wan tetap takkan akan lepaskan Jiha.”
“Fine!!!.... Sebab Jiha kotor. Jiha bukan gadis suci lagi. Jiha pernah dirogol. Puas hati sekarang!!!!!!!”Najihah berkata bersama dengan tangisan.
Pegangan tangan yang tadi kuat mencengkam terlerai juga sebaik mendengar pengakuan yang keluar dari mulut Najihah itu. Najihah terus berlari pergi. Tidak sanggup lagi untuk berdepan dengan Izwan sebaik sahaja membuka pekung di dadanya sendiri.
**************************
Hari ini genap 5 bulan Najihah dan Izwan tidak bertegur sapa semenjak peristiwa itu. Apabila bertembung pun, masing-masing buat tak tahu. Masing-masing buat hal sendiri. Adakalanya Najihah cukup terasa hati dengan situasi tersebut. Tapi apakan daya. Izwan macam telah terlalu jijik dengan dirinya. Sebelah mata pun Izwan tidak sanggup pandang. Biarlah!!!.... Dugaan yang lebih besar pun aku dah hadapi… Walau apa pun, hidup mesti diteruskan.
“Kau dengan Encik Izwan ada problem ker. Dulu kamcing gila ajer aku tengok. Sekarang ni lain macam ajer. Masing-masing buat tak tau ajer. Apa kes ni?” Amira bertanya kerana timbul persoalan di hati apabila melihat kelakuan kedua-duanya berubah.
“Kita orang okey what.”Najihah cuba menjawab dengan tenang pertanyaan Amira itu. Takut jika sahabatnya itu dapat mencium perubahan di dalam hubungan teman tapi mesra antara dirinya dengan Izwan.
“Jiha. Aku kenal kau. Jangan tipu. Baik kau cakap betul-betul.”
“Takda apalah.”
“Tipu!! Kalau kau anggap aku sebagai kawan. Baik kau bagi tau aku.”Amira mendesak.
“Baik. Tapi kau kena janji. Kau mesti rahsiakan apa yang aku akan bagi tau kau lepas ni.”
“Ok. Aku janji.”Amira tidak sabar ingin mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Najihah.
“Aku bagi tau dia sejarah hidup aku.”
Amira mengerut dahi. Macam blur walaupun hakikatnya dia memang tengah blur. Tak paham apa yang disampaikan oleh Najihah tadi.
“Sejarah apa?”
“Miera…. Sebenarnya.. aku.. dah tak suci lagi. Aku pernah kena rogol. Aku kotor. Aku jijik.” Lambat –lambat Najihah menuturkannya. Ada getar pada setiap perkataan yang terpacul keluar dari mulutnya itu.
Amira ternganga seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Ya Allah.. Patutlah selama ini Najihah enggan mahu berkawan dengan mana-mana lelaki. Rupanya ada sejarah hitam yang telah menimpa dirinya yang membuatkan dia tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan lelaki.
“Encik Izwan tau?” Amira bertanya lagi.
Najihah hanya mampu menganggukkan kepala. Pahamlah Amira sekarang ini mengapa hubungan yang konon-kononnya seperti teman tapi mesra itu menjadi renggang. Encik Izwan ni pun satu, bila dah tau semua ni terus lari. Terus buat dek… Terus buat tak tau. Entah ikhlas entah tak masa mula-mula ingin menghulurkan salam perkenalan dengan Najihah dulu.
“Biarlah dia Miera. Aku tau. Aku memang tak padan dengan dia. Mana ada lelaki yang sanggup memperisterikan perempuan yang kotor macam aku ni. Yang dah ditebuk tupai. Dia tak bercerita pada sesiapa pun dah cukup baik dah.”sayu kata-kata yang keluar dari mulut Najihah itu.
Amira memeluk Najihah. Sungguh dia tidak tahu yang selama ini sahabatnya itu menanggung beban masalah yang terlalu berat. Tabahkanlah hatimu wahai sahabatku Nurunnajihah……
***********
“Miera. Tunggu dulu.”
“Apa dia?”malas jawapan Amira.
“Jiha pergi mana? Lama saya tak nampak dia.”tanya Izwan.
“Jiha nak pergi mana pun apa Encik Izwan peduli.”Amira membalas pertanyaan itu dengan sinis sekali. Geram. Orang dah takda baru sibuk-sibuk dok cari.
“Miera jangan macam tu. I’m really miss her.”
“Encik Izwan kata rindu kat dia. Sudah-sudah la tu. Dia dah cukup terluka dengan apa yang Encik Izwan buat kat dia.”
“Miera. Please……….” Izwan seolah-olah merayu.
“Jiha kena transfer.”
“Kat maner??”
Amira tak tau nak cakap apa. Takkan perlu diberitahu Najihah berada dimana sekarang ni sedangkan dia telahpun berjanji dengan Najihah. Itu ciri-ciri orang yang munafik kalau memungkiri janji. Pening…pening… nak bagi tau ke tak ni..
“Saya dah janji dengan Jiha. Takkan bagi tau kat mana dia sekarang ni.”
“Please Miera. Saya merayu kat awak ni.”
Ah..sudah… Apa kena dengan dia ni. Bila ada depan mata tak pandai nak hargai. Dah hilang baru terkial-kial nak cari.
“Ok. Jiha balik kampung. Dia kena transfer kat Ipoh. Dia duduk dengan parents dia sekarang ni. Puas!!!!!!”
“Thanks… Bagi saya alamat kampung dia tu.”
“Nak buat aper??”
“Saya nak jumpa dia. Ada benda dia patut tahu.”
“Tak payah lah. Jiha dah cukup tertekan. Dah cukup dia terluka. Encik tak payah lah menambah beban dibahu dia lagi.”Amira menjawab pantas. Malas rasanya mahu bercakap mengenai perkara ini. Baginya biarlah Najihah hidup dalam keadaan aman. Jangan ditambah lagi bebanan dibahu temannya itu.
“Tolong lah saya Miera. Saya nak sangat jumpa dengan Najihah. Please…………….”
“Ah sudah!!!!!!! Merayu-rayu pulak mamat ni dekat aku. Adoii …. Apa nak buat ni.” Detik kata hati Amira.
“Ok. Promise dengan saya yang Encik tak akan bagi tau Jiha saya yang bagi address dia dekat Encik. Karang tak pasal-pasal saya pulak yang kena marah dengan dia.” Kata Amira berbau amaran kepada Izwan.
****************************
“Encik Izwan buat apa kat sini.”
“Nak jumpa Najihah.”
“Untuk apa.”
“Untuk kita.”
“Untuk kita??” Najihah menyoal kembali. Sinis.
“Wan rasa kita perlu berbincang.”
“Bincang apa lagi. Tak da apa yang nak dibincangkan Encik Izwan. Semua dah jelas. Tolonglah jangan kacau hidup saya lagi. Tak boleh ker Encik Izwan biar saya dengan hidup saya sendiri.”rayu Najihah, namun ada getar pada nada suaranya itu.
“Wan betul-betul cintakan Najihah. Tolong jangan tinggalkan Wan.” Lancar sahaja mulut Izwan meluahkan kata-kata cinta itu buat Najihah.
“Encik Izwan… Encik sedar tak apa yang Encik cakap ni. Encik tau kan keadaan diri saya. Tolonglah jangan jadi bodoh.”
“Wan tak peduli semua tu. Najihah menjadi mangsa. Bukan kehendak Najihah benda ni semua terjadi. Dengan seikhlas hati Wan terima Najihah. Cinta Wan tulus untuk awak seorang ajer Nurunnajihah. Dari dulu sampai sekarang tak pernah sikit pun berubah.”terang Izwan. Memang dia benar-benar menyintai Najihah. Dia tahu Najihah menjadi mangsa ke atas perbuatan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu. Dari apa yang diceritakan oleh Amira, Izwan tahu yang Najihah juga mempunyai perasaan yang sama seperti dirinya. Pada ayah dan ibunya juga diceritakan mengenai kisah lampau gadis yang bernama Nurunnajihah itu. Pada pendapat ayah dan ibunya, jika dia yakin dengan cintanya itu, jangan dibiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Rasional sungguh fikiran ayah dan ibunya kerana orang tuanya itu tidak kisah dengan sejarah silam Najihah kerana itu bukan lah kehendak Najihah sendiri. Semua itu telah ditakdirkan. Asalkan Izwan boleh hidup bahagia itu sudah lebih dari apa yang diinginkan oleh kedua orang tuanya. Dan…kebahagian Khairul Izwan tentulah apabila dapat bersama dengan perempuannya… Nurunnajihah…
“Macam mana dengan family Encik Izwan nanti. Encik tak pernah fikir ker semua tu.”
“Wan dah ceritakan semuanya pada orang tua Wan. Ibu dan ayah Wan merestui hubungan Wan dengan Najihah. Najihah seorang perempuan yang memerlukan perlindungan dari seorang lelaki.”
Najihah seakan tidak percaya. Mana mungkin kedua orang tua Izwan boleh senang-senang sahaja menerima dirinya. Izwan ini pun bukan boleh pakai kata-katanya.
“Dengan restu dari mereka Wan ke mari.”tambah Izwan lagi apabila tiada apa-apa respon dari Najihah. Mungkin Najihah tidak percaya dengan apa yang telah dikatakannya tadi.
“Tapi kenapa Encik Izwan menjauhkan diri dari saya selepas saya ceritakan semua ni pada Encik dulu.”kata Najihah. Tubir matanya mula panas dan berair. Jatuh jua air mata yang ditahan sejak dari awal pertemuan tadi.
“Wan terpaksa buat macam tu. Wan tak mahu Najihah fikir saya menerima Najihah atas dasar simpati ke atas nasib hidup Najihah. Percayalah.. Sepanjang tempoh tu, Wan pun merasa kesakitannya apabila terpaksa berpura-pura bila terserempak dengan Najihah. Bila berita perpindahan Najihah sampai ke pengetahuan Wan, Wan macam hilang sesuatu. Sesuatu yang cukup bernilai pada diri Wan. Wan tau. Mungkin tindakan Wan itu keterlaluan. Tapi Wan buat semua ni untuk memberi ruang pada kita berdua untuk berfikir semasak-masaknya. Lagipun Wan tahu, Najihah sendiri pasti memerlukan masa setelah menceritakan segala sejarah silam hidup Najihah itu pada Wan. Sepanjang ketiadaan Najihah, hidup Wan sunyi sangat. Macam orang gila bayang. Wan paksa Miera bagi alamat dan nombor telefon rumah orang tua Jiha. Dan buat pengetahuan Jiha, ini bukanlah kali pertama Wan datang ke sini. Wan pernah datang ke sini dua bulan yang lepas untuk bertemu dengan orang tua Jiha. Merekalah yang menceritakan segala-galanya mengenai diri Jiha. Wan tahu. Mak abah Jiha juga merestui hubungan kita berdua.”
Najihah masih membungkam seribu bahasa. Kenapa tiba-tiba lidah ini kelu untuk berbahasa. Bukankah ini yang diharapkan. Suatu hubungan yang direstui oleh kedua-dua belah pihak.
Melihat keadaan Najihah yang berdiam diri, Izwan seakan sedar yang kehadirannya ke sini hanyalah sia-sia. Lalu diletakkan sebuah kotak baldu merah yang comel di telapak tangan Najihah. Najihah terpana dengan tindakan Izwan yang di luar dugaan itu.
“Cincin ini Wan hadiahkan buat Jiha sebagai tanda cinta Wan pada Jiha. Andai ada cinta untuk lelaki ini dalam hati Jiha, sarungkanlah cincin ini di jari manismu sayang sebagai tanda kita saling cinta-mencintai.”kudus ucapan yang keluar dari mulut Izwan itu. Izwan terus berlalu pergi. Najihah tetap tegak berdiri umpama sebuah patung lilin.
“Kalau awak betul-betul ikhlas cintakan saya kenapa tak awak sendiri ajer yang sarung kan cincin ni ke jari manis saya.”tiba-tiba Najihah bersuara kuat. Biarlah orang mahu kata dirinya poyo pun, janji lelaki itu tidak boleh dilepaskan lagi.
Izwan segera menoleh dan tersenyum. Dia berlari mendapatkan Najihah. Najihah menghulurkan tangannya sambil tersenyum. Kotak ditangan dibuka. Sebentuk cincin emas putih disarungkan ke jari manis Najihah. Tanpa mempedulikan mata yang memandang Izwan mencium tangan Najihah ala-ala macam filem cinta. Romantisnya dia….
“Ni cincin tanda cinta Wan pada Jiha. Lepas ni Jiha akan dapat lagi empat bentuk cincin. Cincin lamaran, risik, tunang dengan cincin semasa membatalkan air sembahyang. Semua cincin tu tengah on the way datang ke Ipoh ni. Esok ibu dan ayah Wan akan berjumpa dengan mak dan abah Jiha. Orang Melayu biar beradat.”dalam maksud kata-kata Izwan itu.
“Hah!!!!!” Najihah terkejut mendengar kata-kata Izwan itu. Cepat menangkap maksud kata-kata Izwan tadi. Memang sungguhlah mamat ni tak boleh diduga.
Namun di dalam hati Najihah mengucap syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan kerana menemukan dirinya dengan lelaki yang bernama Khairul Izwan itu. Semoga hubungan ini diberkatiNya. Memang betul, di dalam hatiku ini…… ada cinta, untuk dia…..

2 comments:

HeRRy D' PutRa said...

herm....best la cite nie beb...huhu....

Aliaa Aisyah Mohamad Amin said...

sy suke cite nih...besh sgt..!!