Tuesday, November 11, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 8

BAB 8
Bunyi alarm yang bingit dari telefon bimbit mengejutkan Aleeya dari terus dibuai lena. Jam digital yang tertera di skrin telefon bimbit sudah menunjukkan tepat pukul lima setengah pagi. Kenapalah hari ini hari Selasa bukannya hari Sabtu ker Ahad ker. Malasnya nak pergi kerja kalau dah berehat sakan di kampung. Berehat ker? Hati mula bertanya sendiri. Aleeya menggolekkan badan kiri kanan. Senaman baru bangun tidur yang dah lama menjadi tabiat yang susah nak dibuang. Aleeya bangun dari tilam toto tempat tuan puteri beradu.. Seperti biasa, selimut dilipat. Tilam toto juga dilipat dan diletakkan di tepi penjuru bilik. Bantal untuk membuat alas kepala diletakkan sekali. Begitu juga dengan bantal bucuk yang sudah berusia hampir sepuluh tahun itu diletakkan sekali di atas bantal kepala. Kemudian dia menuju ke cermin yang elok tergantung di dinding bilik. Membelek-belek wajah yang baru bangun tidur itu terlebih dahulu sebelum mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Sempat dia mengetuk pintu bilik sebelah dan juga bilik belakang supaya penghuni di dalamnya sedar dari lamunan indah mimpi masing-masing. Macam warden asrama budak sekolah menengah lagak gaya Aleeya mengejutkan teman-teman serumah yang masih sedap tidor di atas toto masing-masing. Pang!!..Pang!!..Pang!!.. Macam nak kasi pelempang pintu bilik diketuk. “Bangun!!..Bangun!!” Jeritnya dari luar dan terus berlalu menuju ke bilik mandi.
Selesai mandi, Iwa terus ambil turn masuk bilik mandi. Yang dua orang lagi masih sedap tidur. Aleeya terus masuk ke dalam bilik. Sejadah dibentang mengadap kiblat, telekung dipakai sempurna. Berdiri tegak mengadap kiblat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba kepadaNya. Selesai solat, Aleeya terus bersiap sedia untuk ke pejabat. Baju Kurung Johor berwarna merah jambu itu cantik terletak dibadan Nurul Aleeya yang mempunyai ketinggian lima kaki lapan inci itu.
Bekerja sebagai pembantu peribadi di jabatan kerajaan tidaklah sama seperti mana-mana pembantu peribadi di syarikat-syarikat swasta. Kebanyakan PA di syarikat swasta lebih bergaya sofistikated up-to-date dengan skirt atau slack yang dipadankan dengan kemeja berbagai warna lengkap dengan blazer. Almaklumlah ikon syarikat. Penampilan kena jaga. Tak boleh main redah belasah ajer.
Kebiasaannya Aleeya lebih selesa ke pejabat dengan memakai baju kurung sahaja. Adakala kalau ingin mengubah selera, haluan fesyen dia memakai kebaya. Tidak kiralah sama ada kebaya labuh, kebaya nyonya ataupun kebaya pendek berkain pario semua jalan ajer. Manakala setiap hari Khamis, kena pakai baju batik seperti mana yang telah tertulis pada pekeliling perkhidmatan awam bilang satu tahun 2008 yang menekankan bahawa setiap hari Khamis adalah hari pemakaian batik bagi kakitangan awam.
Masih segar di dalam kotak ingatan semasa belajar di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam dulu. Menjadi pelajar jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan atau singkatannya DSK. Tapi, ada golongan pelajar dari Jabatan lain yang menggelarkan DSK itu sebagai Diploma Seni Kecantikan. Cess!!.. Jabatan mana itu. Mana lagi. Dah tentu-tentu dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan juga Jabatan Kejuruteraan Awam. Suka-suka hati dia orang sahaja.
Teringat semasa belajar kelas grooming Cik Aznira. Hahahah.. Macam manalah budak-budak DSK tak kena kutuk berlori-lori kontena dengan budak-budak TNB sama budak JKR, kalau nak pergi ke kelas tengah-tengah hari rembang pakai bedak tebal seinci, blazer plus slack hitam tak lupa kemeja dan tudung putih complete dengan sepasang sepatu high heel berwarna hitam. Jalan ramai-ramai dah macam sekumpulan pramugari MAS nak masuk dalam badan pesawat yang membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci Mekah ajer gayanya. Aleeya mengukir senyum sendiri menghadap cermin. Tak dinafikan jugak. Aleeya pun pernah juga kena kutuk kaw-kaw baik punyer depan-depan masa belajar dulu. . Dah nama student DSK tak akan ada seorang pun boleh dapat mandat diraja terkecuali dari kena kutuk dengan budak TNB dan budak JKR. Jangan harap dia orang semua nak hormat kita punya daulat. Belum ada dalam sejarah. Macamlah lawak sangat lawak Tenaga Nasional campur lawak Jabatan Kerja Raya yang budak-budak ini buat bila ada gurl DSK yang lalu depan dia orang. Tapi dibuat-buat telinga ni pekak seolah tak dengar apa-apa macam letak suatu alat yang kalis bunyi dalam lubang telinga. Bukan apa masa tu kepala ni dah boleh fikir sikit yang mungkin semua tu balasan yang kena terima sebab masa sekolah menengah dulu lancar sangat mulut tu mengata budak-budak ‘kelas janda’ yang duduk berjiran dengan kelas Aleeya semasa sekolah menengah dulu. Kelas Janda??...Heheheh… Aleeya tersengih sumbing. Kelas Sains Rumahtangga yang kesemua pelajarnya adalah perempuan. Semua budak-budak kelas Aleeya yang konon-konon masa tu semua tanam impian mahu jadi MR. and MSR. IR. Letak gelaran awek-awek kelas sebelah tu dengan gelaran ‘Kelas Janda’. Aleeya cuma ikut ajer. “Habis kalau orang suruh terjun lombong Pengkalan tu kau pun ikut sama terjun ker Cik Aleeya. Yang tak baik, yang tak elok tu cepat ajer ikut. Cepat ajer terpengaruh. Dengan rela hati jadi followers. ” Kutuk hati Aleeya pada dirinya sendiri. Tapi sekarang memang dah menyesal selepas aku juga terasa seperti berada di kelas janda semasa di poli dulu.
Kalau jumpa Isma, Ina, Liza benda pertama aku nak buat adalah mintak maaf secara terang-terangan, berdiri depan-depan. Three Stooges dalam badan budak perempuan yang selalu kena kutuk dengan Aleeya and the gang. Bukan apa. Kena kutuk pun sebab dia orang tu gediks semacam. Aku dahlah cukup lemas dengan mana-mana girl yang gediks dan suka melebih-lebih ni. Tapi, at least Aleeya sudah pun mintak maaf dengan dia orang semua melalui friendster. Post dekat comment profile masing-masing. Setakat ni feedback yang diberi okey. Semua kata benda lama, tak ada hal punyer!!. Alahh!!...
Masing-masing dah besar kan, takkan cerita lama nak ungkit balik. Janji sekarang semua dah happy dengan life masing-masing. Samalah macam aku.
Jam di dinding bilik dipandang sekilas. Ya Allah!! Ni lah masalahnya kalau sesekali memusing masa kebelakang, menyusuri lorong-lorong kenangan zaman dulu-dulu, pasti diri akan terleka. Aleeya segera bersiap. Cermin dipandang. white Perfect Re-Lighting Whitening Toner dititis di atas kapas muka dan disapukan ke bahagian muka secara perlahan-lahan dan diikuti pula dengan SK-II Facial Treatment Assense yang bertujuan untuk melahirkan sel kulit baru. Bagi perlindungan di bawah pancaran cahaya matahari, White Perfect Re-Lighting Whitening Gentle Moisturizing Day Cream di sapukan ke atas kulit muka. Sebelum memakai bedak, Lo’real True Macth Super-Blendeble Foundation disapu rata ke seluruh muka sebagai asas setiap teknik solekan. selepas itu barulah bedak padat warna senada disapukan. Kebiasaannya, jika mahu ke pejabat, Aleeya hanya mengenakan solekan yang nipis sahaja. Cukup sekadar sedikit pemerah bibir, lipgloss, dan mascara di mata. Takut nanti, jika melebih-melebih dikata perasan diva. Lagipun mana ada orang mahu ke pejabat dengan solekan tebal seinci macam nak pergi buat show atas pentas.

“Gila lah aku. Macam manalah masa raya tahun lepas ex-student 5Sc2 Smk. Kampung Pasir Puteh tak ternganga tengok aku.” Aleeya berbisik di dalam hati. “Sampaikan Apeh yang masa sekolah dulu, pandang aku sebelah mata pun macam tak kuasa, boleh bagi offer baik punya jadi kekasih gelap part time lover dia. Nasib dia buat propose maut tu dalam telefon selepas balik beraya. Kalau dia buat gaya gentleman, lelaki kasanova, pencinta setia, pemusnah hati wanita propose aku jadi part time lover dia secara berdepan-depan, face to face, mata bertentang mata, mahunya melayang telapak tangan aku ini naik ke muka dia yang konon perasan diri tu handsome. Handsome la sangat. Suka-suka hati ajer. tak pernah berubah. Bila nak pencen aku pun tak tau.” Detik hatinya apabila mengingatkan saat diri dilamar oleh Hafiz Zulkarnain untuk menjadi kekasih gelap lelaki itu. Memang dulu pernah Aleeya meminati Hafiz Zulkarnain di zaman bergelar pelajar sekolah. Alah… Minat-minat yang gitu-gitu ajer. Tapi itu dulu. Zaman orang kata cinta monyet. Zaman terasa nak admire pada somebody yang konon-konon perasan diri tu cute. Sekarang tidak lagi. Apeh!!.. siapa tak kenal. Pemain hati wanita yang paling tersohor namanya semasa di alam persekolahan dulu.

Pangg!!..Pangg!!..Pangg!!.. Pintu bilik Aleeya diketuk kuat. “ Cepat Leeya. Buat apa lagi tu. Nak tumpang ker tak nak ni.” Iwa bersuara dari luar bilik. Bingit telinga mendengar suara cik kak yang seorang ni menjerit pagi-pagi buta. Ini gaya macam nak kejut satu blok E ni bangun bagi amaran suruh pergi ke pejabat dengan segera aja.
Tas tangan diatas meja kecil dicapai, pass keselamatan dipakai dan terus pintu bilik dibuka. Iwa dan Anis sudah sedia menanti di ruang tamu rumah sambil bersarapan pagi. Macam biasalah Nescafe three in one dibancuh dengan air panas dan dicicah dengan biskut empat segi Hup Seng Cap Ping Pong. Cuma Aida yang tidak kelihatan. Mungkin sudah ke pejabat. Minggu ini giliran Cik Anis Fadzdia jadi driver. Menyahut seruan kerajaan dengan berkongsi kereta adalah satu langkah terbaik untuk mengelakkan kesesakan lalulintas selain dapat menjimatkan wang. Tang-tang zaman sekarang semua barang harga dah naik, lagilah kena beringat-ingat.

Fail di atas meja sudah menggunung tingginya minta segera untuk dikemaskini. Baru cuti tak sampai seminggu, fail sudah tinggi nasib tak sama tinggi dengan Gunung Kinabalu. Aleeya melepaskan keluhan. Belum buat kerja dah terasa penat bila memandangkan fail yang banyak itu. Sahlah. Matahari dah tenggelam baru aku boleh balik rumah hari ini. Fail diselak satu persatu dengan lemah. Arrgghhh… Semangat Aleeya. Semangat!!.. Kalau tak buat kerja sekarang bila nak siap. Takkan hari ini nak buat rekod peribadi menginap di office sendiri satu hari satu malam yang tak pernah-pernah dibuat orang. Mood cuti dah habis. Sekarang masa untuk berkerja. Aleeya cuba melawan rasa malas yang datang di dalam badan. Segera melakukan kerja seperti sedia kala.
Dalam pada sibuk menyiapkan kerja yang melambak-lambak di depan mata, datang gangguan teknologi yang tidak diundang tiba di telefon bimbit miliknya. Rancak bunyi alunan irama Umbrella dari Rihanna. Aleeya mengerut dahi apabila melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbit. Zain calling.. Ini apa kes tak ada ribut tak ada angin taufan segala malapetaka tak datang menimpa tiba-tiba Zain calling. Apa dia tak ada kerja yang nak kena dibuat ker pagi-pagi macam ni. Butang answer ditekan. “Hello.”
“Hello. Morning.”
“Assalamualaikum.”
Suara orang mengekek ketawa dari talian di hujung sana. “Waalaikummussalam warahmatullahhiwabarakatuh.” Complete dan padat. Tak perlu diperbetulkan lagi.
Aleeya mengetap bibir. Sengaja nak melebih-lebih dengan aku. Nasib dia jauh tak nampak depan mata. “Ini apa hal ni. Kau tak ada kerja ker, Zain. Mengganggu hidup orang pagi-pagi ni. Tak tau ker aku ni nak buat kerja.”
“Alah kau ni. Bajet macam besar ajer. Apa ajerlah kerja yang kau buat dekat office tu. Meh sini. Teman aku dekat site. Tolong jadi inang diraja pegang payung untuk aku. Matahari dah mula naik ke atas ni. Aku panas.”
Hampagas punya Zain. Sungguh tak berasas tuduhan dia tu yang kata aku tak ada kerja nak kena buat. Meh sini. Tengok. Betapa melambaknya beban kat atas meja aku ni. Dia boleh buat ayat slumber tak pakai filter kata aku tak buat apa. Cess!!.. Lagi tak boleh blah hantar utusan suruh jadi inang dia, tolong pegang payung untuk dia yang tengah sibuk-sibuk buat kerja di tengah-tengah side yang sedia maklum tahap kepanasannya. “Banyaklah kau. Dahlah aku banyak kerja ni. Kau suruh orang lainlah yang jadi inang kau tu.” Talian dimatikan. Aleeya mendengus geram.
Alunan Umbrella berirama kembali yang datangnya dari orang yang sama. Eee.. apa lagi lah dia ni. Terasa menyesal datang dalam diri kerana memberi nombor telefon sendiri kepada Zain dengan kerelaan hati sendiri ketika lelaki itu datang merayu di Hentian Rehat dan Rawat Tapah semalam. Sekali lagi telefon itu diangkat. “Nak apa lagi ni.” Suara dah mula bertukar intonansi. Frekuensi sedikit tinggi. Tak ada masa nak berbasa basi. Tolonglah straight to the point nak cakap apa ni.
“Ek elleh makcik sorang ni. Berlagak kerek pulak. Cakap elok-elok tak boleh ker.” Zain dihujung talian buat suara macam budak kecik merajuk sebab tak dapat beli remote control car dekat Toy r Us.
“Ek enaa.. Sesedap rasa seindah bahasa kau mengata aku makcik.” Aleeya bercakap sendiri di dalam hati. “Zain tersayang, cik abang manis yang encem bergaya, call adik sayang dalam waktu office ni nak apa. Tak tau ker yang sekarang ni adik sayang tengah sibuk nak buat kerja. Nak cakap, cakaplah cepat.” Menggedik ajer gaya Aleeya menyusun ayat bermain kata dengan Zain dihujung talian sana. Aleeya mula rasa tidak sedap hati. Apa punya etika kerja aku ikut. Time-time kerja orang sibuk buat kerja aku boleh pulak bermain-main ayat power dengan Mat Zain ni pulak. Jelas juga dipendengaran Aleeya yang orang dihujung talian sedang seronok ketawa. “Zain nak cakap. Cakaplah cepat.” Kali ini suara dah bertukar jadi macam Siti Tanjung Perak macam dalam cerita zaman tv hitam putih.
“Tengah hari karang kita lunch sama-sama.”
Aleeya ternganga. Entah betul entah tidak apa yang dia dengar sebentar tadi. “Apa?” Dia bertanya kembali untuk memastikan sama ada Zain tersalah cakap atau dia yang dah sound trouble.
“Tengah…. Hari… karang… kita… lunch… sama-sama.” Sepatah-sepatah Zain cuba mengeluarkan perkataan supaya jelas di telinga Aleeya yang dah tak tau macam mana air muka dapat jemputan VIP keluar makan bersama lelaki idaman Malaya.
“Gila. Nak suruh aku pergi Bangi semata-mata nak lunch dengan kau.”
Zain terdiam. Ermm.. sebelah tangan sibuk menggaru-garu dagu mencari idea dan jalan lain. “Okey. Kalau macam tu biar aku pergi office kau kita sama-sama lunch dekat situ.”
Menganga Aleeya mendengar idea Zain itu. Ushh.. Sudah. Kalau tadi aku kata dia gila sebab bagi idea yang entah apa-apa. Sekarang ni aku rasa aku patut bagi dia double…. dan triple. “Gila.. Gila… Gila..”
“Kenapa pulak. Aku dah nak mencemar duli turun ke office kau pun kau boleh kata aku gila. Sungguh tidak patut.”
Aleeya menggigit bibir. Zain ni tak paham bahasa ker. Bukan aku pakai bahasa ayam bahasa itik. Yang aku pakai bahasa melayu. “Kau jangan nak kasi spoil. Satu building ni tahu aku still pegang title Miss Single and Available tau. Nanti tak pasal-pasal kalau ada yang terbekenan dekat aku yang baru masuk gear satu nak memulakan sesi suai kenal beramah mesra, terus tukar gear reverse patah balik tak jadi nak mengorat aku bila nampak kau duduk semeja dengan aku.” Mahunya aku tak kata dia gila..gila..gila. Ada pulak dia volunteer nak datang sini makan sekali di café office tempat aku kerja. Duduk semeja pulak tu. Berdua-duaan. Dah beberapa tahun kerja kat sini, tak pernah dibuat aku makan minum duduk semeja dengan mana-mana lelaki. Biasa kalau makan minum duduk semeja pun cuma dengan Miera ajer. Itu Miera. Miera perempuan bukan lelaki. Tapi Zain lelaki.
“Semalam masa kat RnR boleh ajer.” Zain taknak mengalah.
“Itu RnR. Bukan café office aku.” Tolonglah paham. Tolonglah paham.
“Takpalah kalau tak sudi.” Jelas dia sudah bersuara hampa.
Aleeya mengeluh perlahan. Aku dengan Zain baru ajer kenal. Kenapalah dia boleh buat suara merajuk manja dengan aku sebab aku taknak keluar lunch sama-sama dia hari ni. Sungguhlah aku tak paham dengan dia ni. Tapi jelas sekali, aku lagi tak paham dengan diri aku sendiri sebab boleh melayan Zain sampai macam ni. “Lain kalilah. Aku janji.” Hatoii!!.. Rasa macam nak tonyoh mulut sendiri dengan cabai burung sebab pandai-pandai atur ayat berjanji yang bukan-bukan.
“Yer ker.”
Wah!!.. Seronok habis dia bersuara. Sunat sekali lagi karang baru tahu. Sungguh berdrama. Drama king yang boleh bertanding untuk dapat gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin.









4 comments:

Anonymous said...

please be carefull it ur spelling of sme term such as site//not side..just help wit the term

qissmeer said...

love ur writing!!
:-)
i'll wait 4 d next episode..
ganbate nee writer-chan!!

Anonymous said...

ehm...best..ehm bila nk sambung! hahah

dRakA said...

ussto anonymous:
your english suck!
haha..