Monday, March 30, 2009

Iman Suraya Bab 2

Naskhah Rooftop Rant yang baru suku buku dibaca dibuka. Sementara menanti feri, Suraya duduk di kerusi yang disediakan sambil menyambung kembali membaca Rooftop Rant di tangan. Karya terbaru dari penulis berbakat besar, Hlovate itu amat-amat menarik. Penceritaan yang bersahaja tentang dua anak muda itu sangat menyentuh jiwa. Ini semua terkena serangan penyakit berjangkit dari Anne yang gila sangat dengan setiap tulisan Hlovate. Jika bukan kerana Anne yang beriya-iya merekemenkan tulisan penulis ini, rasanya memang Suraya tidak akan membuka kalam setebal lima ratus muka surat sebegini. Nak baca buku ilmiah pun dia malas, inikan pula novel yang tebal sebegini. Memang betul juga cakap Anne. Jika sekali sudah baca, boleh gian jadinya. Memang betul pun. Dulu-dulu punyalah dalam kepala set, orang-orang yang membaca novel cinta ini kebanyakkan senang kena virus-virus jiwang yang memang boleh tahap membunuh. Tak sangka. Dia sendiri pun dah terkena virus yang sama. Virus jiwang tahap membunuh. Setakat ini, novel Hlovate yang kaya dengan pengisian moral dan agama tetap bertahta di hati selain hasil tangan penulis-penulis lain. Pada Suraya, Hlovate yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya gendernya adalah lambang pemikiran anak Melayu yang tahu jati diri dan berkemampuan membentuk moral setiap pembaca yang membaca tulisannya. Memang pun. Adalah sikit-sikit nasihat Hlovate dalam setiap novelnya Suraya ikut. Berkesan betul.

Mata Suraya sesekali memerhati orang ramai yang berada di jeti Kuala Perlis ini. Hari Isnin pun ramai jugak ker orang nak pergi ke Langkawi. Suraya tertanya-tanya di dalam hati. Yerlah. Ikutkan. Sekarang ini bukannya cuti sekolah pun. Tapi keadaan di jeti tetap sesak. Kemudian Suraya menarik keluar botol air mineral dari poket tepi beg galasnya. Haus. Botol mineral tadi dibuka dan diteguk. Bosan menunggu, tin Mr. Potatoes pula dibuka dan isi dalam diambil. Terus masuk ke dalam mulut. Kalam Hlovate tadi sudah pun ditutup dan disimpan di dalam beg galas. Tangan Suraya teraba-raba sesuatu dari dalam poket jeans yang dipakainya. Zen Neeon dikeluarkan. Earphone disumbat ke dalam lubang telinga lalu tangannya menekan-nekan butang kecil pada pemain MP3 tersebut. Mencari frekuensi Hot FM. Pagi-pagi begini dengar Hot FM AM Krew pun best jugak. Layanzz ajer dengar celoteh Fafau dan FBI. Mulut Suraya masih lagi mengunyah Mr. Potatoes diselang-seli dengan air mineral. Baik punya diet sarapan pagi. Elok sangatlah tu makan segala macam makanan ringan dalam perut tengah kosong. Suraya berkata sendiri. Memang tak elok. Tapi dah nak terkejar feri pukul tujuh pagi, balun ajerlah apa yang sempat beli dekat Medan Gopeng malam semalam.

Malam semalam semasa di Medan Gopeng macam-macam abah tinggalkan pesan. Tahan. Tahan. Janji abah dah sama-sama berkompromi tak akan bagi tahu pada Azim kes dia pergi Langkawi sengsorang. Baik punya pakatan anak beranak. Dan paling best sekali, abah bagi tahu semalam, yang Along dan Angah dah bank in duit dalam akaun semalam jugak bila dapat tahu dia akan ke Langkawi. Seperti yang dijanjikan. Sorang seribu. Best sangat. Dua orang jadi dua ribu ringgit Malaysia. Kaya sekejap. Bagus betul kekanda-kekanda aku ni. Itulah. Siapa suruh pandai-pandai betting. Tengok orang tak pakai mata. Last-last dua-dua padan muka. Dah berjanji. Tak tunai aku ungkit. Tu tak termasuk duit poket yang abah bagi. Cayalah Sue. Sekali dua abang-abang kau, kau pergi ketuk. Hahaha… Kelakar gila muka Along dengan Angah masa dia mula-mula habis belajar dari UPSI hari tu. Terkedu lidah tak kata apa-apa bila dia mengungkit semula al-kisah dulu-dulu masa mula-mula masuk UPSI pada dia orang berdua. Ternyata. Along dengan Angah masih ingat lagi semua tu. Dan pasti semalam terketar-ketar tangan dia orang berdua bank in kan duit dalam akaun aku. Suraya tersenyum sendiri.

“Cik, boleh saya duduk.” Tegur seorang pemuda dengan beg besar dibelakangnya.
Suraya yang dapat menangkap butir bicara walaupun Hot FM masih menjadi halwa telinga segera angkat muka melihat wajah orang yang bersuara tadi. Hush.. Macam Ninja Turtle. Beg galas punyalah besar gedabak. Kacau daun betul. Tak ada tempat lain ker nak duduk. Dan-dan kat sini jugak dia nak duduk. Mata Suraya melilau ke arah kerusi-kerusi lain di jeti feri ini. Memang tak ada tempat lain.
“Cik, boleh saya duduk.” Ulang pemuda itu lagi apabila gadis itu buat tidak dengar.
Suraya sedikit tersentak. “Sure.” Segera dia mengalihkan beg galasnya dan diletak di atas riba. “Sila-sila” Sambungnya kemudian.
Pemuda itu mengambil tempat di sebelah Suraya. Suraya dengan gaya ramah mesra ala Duta Bank Rakyat memberi senyuman buat pemuda di sebelahnya. Tanda hormat. Kita bukankah orang Malaysia. Perlu ada sikap saling hormat menghormati. Tapi senyuman itu langsung tidak diendahkan. Suraya mengetap bibir. Cehh.. Memanglah betul orang kita sekarang ini sudah kurang nilai budi bahasa dalam kehidupan seharian. Patutlah beriya-iya benar kerajaan melancarkan kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ sebab kat Malaysia ni ada jugak spesies yang macam mamat kat sebelah ni. Getus Suraya di dalam hati.

Mendengar isyarat ketibaan feri, segera Suraya bangun dan menggalas beg ke belakang. Pemuda tadi turut sama berbuat demikian. Cengkerang Ninja Turtlenya digalas. Kemudian dia berpaling. Ketika pemuda itu berpaling dan ingin melangkah cengkerang Ninja Turtle tadi terkena pada beg galas Suraya menyebabkan dia sedikit terkebelakang. Nasib tak jatuh terduduk. Pemuda tadi hanya buat tidak tahu. Terus berlalu. Sikit pun tak ada kata maaf yang keluar dari bibirnya. Suraya mengetap bibir. Mata dijulingkan ke atas. Kemudian dia menggeleng perlahan. Nasib. Nasib. Pagi-pagi dah jumpa dengan orang macam ni. Suraya terus berjalan menuju ke tepi jeti untuk menaiki feri yang sudah siap menunggu ketibaan penumpang.
Suraya antara orang-orang terakhir yang masuk ke dalam perut feri. Malas nak berebut-rebut. Tak apalah. Ada punya tempat duduk dalam ni nanti. Mamat tadi awal-awal lagi dah masuk. Macam mangkuk ajer. Boleh mamat ni dengan selamba pergi berebut-rebut dengan orang perempuan masa nak masuk ke dalam feri. Macam perangai budak belum sunat. Tak gentleman langsung. Suraya naik ke atas feri kerana di bawah sudah tidak ada tempat yang kosong. Di atas pun boleh tahan penuh jugak. Dan ada sebuah bangku kosong. Hush.. Sebelah mamat tadi lagi. Macam petanda tak bagus ajer. Suraya berjalan ke arah bangku kosong tadi. Perlahan dia melauhkan punggung. Mamat tadi menjeling dengan ekor mata. Sah. Mamat ni jiwa kacau.

Suraya buat tak tahu. Peduli apa. Dia pun bayar apa duit tambang feri ni.
Di dalam feri Suraya hanya memerhati ke arah luar tingkap feri. Melihat ombak laut yang melambung feri ke Pulau Langkawi ini. Kamera yang tersangkut dileher di’on’kan. One… Two.. and snap. Suraya mengambil gambar-gambar pulau kecil yang kelihatan sepanjang perjalanan ke Pulau Langkawi. Disebabkan tempat duduk Suraya dua dari tingkap dan mamat tadi di tepi tingkap selamba Suraya ke tepi sedikit agar dapat menangkap gambar dengan lebih jelas. Bila terkena sesekali feri dilambung ombak, siku Suraya turut sama tergerak-gerak. Dan bila feri dilambung sedikit tinggi, dengan tidak sengaja siku Suraya terkena dada Encik Jiwa Kacau tadi. Oppss…
“Cik, awak ni tak tau nak hormat penumpang lain ker?” Marah pemuda itu. Matanya memandang ke arah gadis yang menyikunya tadi.
“Sorry.” Kata Suraya. Terus dia duduk diam-diam di tempatnya selepas kena marah dengan Encik Jiwa Kacau tu tadi. Auntie Cina kat sebelah Suraya hanya memandang. Suraya yang diam menikus melirik Encik Jiwa Kacau tadi dengan ekor mata. Atas bawah. Ngeee.. Mana berani nak lawan. Tengok gaya macam mafia tali raffia ajer. Dengan rambut panjang. Bangle kat pergelangan tangan. Cincin yang berbatu besar kat jari. Ini kalau kena penumbuk ni, mahu berlekuk tulang pipi akibat kena batu yang besar tu. Silap hari bulan boleh masuk tujuh biji guli buat main congkak. Nasib tak pakai cincin batu kerikil jalan raya. Dah macam pokok Merry Chrismas ajer. Lemas betul tengok lelaki pakai semua ni. Amat-amat tak matang sebab terikut-ikut budaya entah apa-apa ni.

Iman mendengus geram. Cik adik kat sebelah ni. Macam sengaja pulak nak cari pasal. Senak dada akibat kena siku dia yang tajam tadi. Tengok tu. Muka sardine ajer. Buat macam tak bersalah ajer. Iman memberi jelingan maut. Sudahlah badan penat akibat perjalanan yang jauh. Bas express yang dinaiki pulak buat hal. Tiba-tiba rosak dekat lebuh raya. Nasib dekat dengan perhentian Bukit Merah. Tapi berpeluh jugaklah nak berjalan kaki untuk sampai ke sana. Nak mengamuk pun tak ada guna. Bas tu dah nak rosak. Tahan jugaklah bila driver bas suruh berjalan kaki pergi ke RnR Bukit Merah sementara menanti bas ganti sampai. Lepas tu, sampai sini boleh pulak jumpa cik adik muka toya ni.

Suraya masih diam menikus. Takut benar rupanya dengan Encik Jiwa Kacau kat sebelah ni. Pokok Krismas bergerak yang hangin tak tentu pasal. Hahahah.. Suraya ketawa di dalam hati apabila melihat muka Encik Jiwa Kacau tadi mengerut menahan sakit. Amboi. Boleh tahan jugak siku aku ni. Sampai berkerut mamat ni tahan sakit. Aset ni. Lain kali kalau terkena serangan dengan mana-mana lelaki bolehlah digunakan siku yang tajam ni selain kepala lutut yang keras kematu, kasi kick kat bird-bird lelaki yang ingin mengambil kesempatan. Confirm jatuh terduduk. Beraninya Suraya.
Feri sudah pun berlabuh di tepi jeti. Semua penumpang turun dari feri. Suraya berjalan dibelakang Encik Jiwa Kacau a.k.a Pokok Krismas Bergerak menuju ker pintu feri. Sengaja dia berhimpit-himpit menolak-nolak dari belakang cengkerang Ninja Turtle Encik Jiwa Kacau itu. Hahaha… Jahatnya kau Sue. Sengaja mencari pasal. Sesekali Encik Jiwa Kacau itu menoleh kebelakang dengan mata membuntang tapi Suraya buat muka bersahaja. Mesti dia rimas kena tolak-tolak macam ni. Hei cik abang! Taknak tolak-tolak naik feri sendirilah.

Suraya berjalan seorang diri menuju keluar jeti. Segera dia ke tempat menunggu teksi. Di hadapannya kelihatan Encik Jiwa Kacau berjalan laju. Wah!!.. Mahu masuk acara berjalan kaki apa, jalan laju-laju macam tu. Suraya hanya memerhati sahaja pemuda yang aneh itu dari belakang. Sue yang ala-ala vogue da vas ini tidak dipandang. Oppssss…Alamak!! Terlebih sudah…(pinjam sekejap tagline Stacy) Sekali lagi Suraya ditimpa perasan.


Suraya menepuk bahu budak lelaki lingkungan umur lapan belas tahun itu. Baru habis SPM barangkali. Fikir Suraya di dalam hati. Budak lelaki itu memandang dengan muka cuak.
“Kenapa kak?” Tanyanya perlahan. Sedikit gagap. Samseng dari Kampung Dusun kah ini?
Suraya tidak berkata apa-apa. Owhh.. Gagap ek.. Dah buat salah lagi mau tanya kenapa akak. Suraya menghulurkan tangan. Macam tukang paw nak kutip duit. Kening dinaikan sebelah. Ex-otai SMKPPI sudah kembali.
Budak lelaki itu sudah tidak keruan. Tanpa berlengah cepat dia melarikan diri. Suraya yang memang sudah awal-awal tadi dapat membaca apa tindakan budak itu segera menyambar tangannya. Pantas tindakan Suraya itu. Budak lelaki itu kini sudah berada digenggaman tangannya.
“Kak tolong kak. Jangan bawak saya pergi balai kak.” Rayu budak tersebut.
Suraya menjulingkan mata ke atas. Kemudian matanya teralih pada budak itu. Ni yang lemah ni. Merayu-rayu pulak budak ni. Masa buat tak nak fikir dulu apa akibat kalau kena tangkap. Ni dah terkena tangkap tau pulak merayu-rayu.
“Kak saya janji tak buat lagi.” Rayu budak itu lagi. Sebelah tangannya mengeluarkan dompet yang dicuri tadi dari poket seluar pendek yang dipakai. Diberikan kepada ‘polis bantuan’ yang berjaya mencekupnya.
Suraya mengambil kasar dompet tadi. “Nama saper?” Tanya Suraya kasar. Volume suara masih dalam kawalan. Tidak mahu orang lain dengar. Jatuh aib pula budak ini nanti kalau Suraya menempik-nempik bagi tahu semua orang dekat sini yang dia seorang pencuri.
“Afiq kak.” Jawab budak itu.
“Umur?”
“Lapan belas kak.”
“Dah lama buat kerja macam ni?” Tanya Suraya lagi. Hari ini dia tukar profesion jadi polis pulak.
Afiq hanya mendiamkan diri. Tidak tahu mahu menjawab apa.
“Dah lama buat kerja macam ni?” Ulang Suraya.
Afiq menundukkan kepala. Masih senyap. “Emak saya sakit kak. Tak ada duit nak beli ubat.” Rendah Afiq menuturkannya. Matanya sudah merah. Dia menangis. Memang emak di rumah tengah demam. Nak kerja tiada siapa mahu ambil. Akibat terdesak dia terpaksa mencuri. Ini yang pertama.
Afiq yang sudah mengangkat wajah direnung. Mata Afiq ditatap dalam-dalam. Ada cahaya kejujuran pada apa yang diceritakan tadi. Tangan Afiq dileraikan dari cengkamannya. “Lain kali jangan buat lagi. Banyak lagi cara lain yang boleh dapat duit halal.” Suraya menasihati dalam sedikit ketegasan pada nada suaranya. “Pergilah. Lagi sekali kalau akak tangkap awak buat lagi benda yang sama, siaplah.” Amaran.
“Terima kasih kak.” Segera Afiq berlalu pergi. Lemah.
Suraya hanya memerhati. “Afiq!!!” Jeritnya kemudian. Dia berlari anak menuju ke arah Afiq yang sudah berhenti.
Afiq terpinga-pinga apabila dia menoleh kebelakang.
“Kak Sue.” Suraya memperkenalkan diri. “Tadi kata emak sakit. Nak pakai beli ubat berapa ringgit?” Tanya Suraya.
“Dalam lima puluh ringgit.” Afiq menjawab jujur.
Selamba Suraya membuka dompet yang dicuri oleh Afiq tadi. Dikeluarkan not lima puluh ringgit dan dihulurkan kepada Afiq. Afiq hanya memandang sepi not lima puluh ringgit yang dihulurkan itu. Kemudian mengalihkan pandangan ke wajah Suraya.
“Ambil.” Kata Suraya lembut sambil tersenyum.
“Tapi..”
Suraya pantas memotong. “Tak ada tapi-tapi. Tadi kata emak sakit kan. Nak pakai duit beli ubat emak kan. Ambil ajer.” Suraya meraih tangan Afiq. Not lima puluh ringgit tadi berubah tangan.
“Terima kasih kak.” Ucap Afiq.
“Sama-sama.” Jawab Suraya. “Dah makan belum?” Tanya Suraya lagi.
Afiq menggeleng.
Sekali lagi Suraya membuka dompet tadi. Dikeluarkan not sepuluh ringgit pula. Dan diberikan pada Afiq. “Pergi makan. Lepas tu balik rumah.” Balas Suraya.
“Terima kasih kak.”
“Dah-dah. Pergi balik.” Arah Suraya.
Afiq mengukir senyum segaris. Terus dia berlalu pergi.

Suraya berjalan terus berjalan keluar. Ketika melintasi sebuah kedai menjual cenderahati kelihatan Encik Jiwa Kacau sedang mencari-cari sesuatu di dalam poket seluarnya. Pembantu kedai muka sudah lain macam ajer. Tunggu masa nak sembur ajer Encik Jiwa Kacau tu. Suraya ketawa di dalam hati. Kalau ikut kejam dengan nak balas balik apa Encik Jiwa Kacau tu dah buat tadi memang boleh. Inilah masanya. Tapi nasib baik dia dah jadi budak perempuan yang baik sikit. Tak jadi. Terus Suraya menghampiri Encik Jiwa Kacau tu. SuePer dah sampai. Dompet tadi dihulur ke muka Encik Jiwa Kacau.
Iman berpaling lipat maut. Keningnya terangkat sebelah. Dia ni lagi. “Mana awak dapat dompet saya?” Tanya Iman kasar, Gadis itu mengisyaratkan kepadanya agar membayar dahulu duit chewing gam yang dibeli.
Suraya berlalu. Sombong. Sudah ditolong lagi mahu marah-marah. Apa sakit entah.
“Hei awak!!!”
Jeritan dari belakang mematikan langkah kaki Suraya. Segera menoleh. “Nak apa?” Tanya Suraya betah tak betah.
“Awak tak jawab soalan saya tadi lagi. Mana awak dapat dompet saya? Awak yang curi yer?”
Suraya buat muka toya. Ek..eleh.. Wei mangkuk. Kalau aku curi tak adalah aku senang-senang nak bagi balik. Bengong. Terus Suraya berlalu.
“Hei…”
Sekali lagi Suraya berhenti. “Ada budak curi. Saya tolong awak dapatkan balik. Orang dah tolong patut cakap terima kasih. Bukan marah-marah macam ni.” Tutur Suraya. Geram. Geram. Tapi cuba control selagi mahu.
“Budak mana?”
Suraya menjungkit bahu. “Tak tau.” Jawabnya.
“Dah hantar balai polis?”
Suraya menggeleng perlahan.
“Kenapa tak hantar balai.”
“Budak lagi. Gelap masa depan dia kalau muda-muda dah masuk penjara.” Selamba lagi rilek Suraya berkata.
“Kalau dia buat lagi orang lain pun akan hantar balai tau.”
“Sekurang-kurangnya bukan saya penyebab dia masuk penjara.” Suraya terus berlalu. Tak lalu lama-lama bercakap dengan orang sombong. bongkak dan berlagak itu. Kemudian dia menoleh kebelakang. “Tadi saya ambil enam puluh ringgit dari dompet awak tu. Budak tu nak pakai duit. Dia tak ada duit nak beli ubat untuk mak dia.” Sambung Suraya lagi. Selamba kau Sue. Buat amal jariah pakai duit orang.
“What!!!!”
Suraya berlalu dengan senyuman meleret. Padan muka. Berlagak sangat. Hello cik abang… Apa sangatlah duit enam puluh ringgit tu dari pahala yang dapat sebab tolong orang susah. Sekurang-kurangnya aku tolong kau buat pahala hari ni. Redeem balik sebab marah-marah aku dalam feri tadi.
Suraya berdiri di luar jeti sambil mata melilau mencari teksi. Lambat pulak teksi ni. Air mineral segera diteguk untuk menghilangkan haus. Lega. Sebolehnya dia ingin cepat-cepat sampai ke hotel. Badan sudah melengas. Bau pun boleh tahan jugak ni. Estee Lauder yang wangi semerbak dah bertukar jadi bau-bau masam.
“Chewing gum.”
Suraya menoleh. Kening dinaikkan. Ni apahal. Nak guna-gunakan aku pakai chewing gum ker. Suraya menggeleng. Takut nak makan. Buat sudah dijampi serapah chewing gum ni tadi bukankah buat naya namanya.
“Sorry pasal tadi. Saya Iman.”
Suraya hanya memandang pelik. Errkk.. Owwhhh.. Iman. Cess.. Nama ajer Iman. Tapi perangai tak beriman langsung. “Sue.”
“Sue….” Iman menaikkan kening.
“Suraya.”
“Owhh..”
“Sorry.” Kata Suraya. Mata masih melilau mencari teksi.
“Untuk apa?” Tanya Iman pelik.
“Enam puluh ringgit awak tu. Kalau awak nak saya boleh ganti balik.” Pantas Suraya mengeluarkan purse dari dalam poket seluar.
“Tak payah.” Iman menolak laju. “Tak ada hal. Lagipun awak kata budak tu nak beli ubat untuk emak dia.” Sambungnya lagi.
Lalalalalala…. Ada hati dan perasaan jugak rupanya. Okeylah tu. Suraya menghadiahkan senyum segaris. Ini hadiah sebab sikap pemurah Encik Iman ni tadi. Dan hadiah sebab tak paw aku bayar balik enam puluh ringgit dia.
“Sorang?” Iman bertanya.
“Tak lah. Ada satu battalion lagi sedara mara, sepupu sepapat, jiran sekampung kat belakang tu.” Suraya menjawab. Bersahaja.
Iman angkat kening. Dia menggeleng perlahan. Buat lawak pulak budak ni.
Suraya ketawa kecil. “Soranglah. Awak ada nampak orang lain lagi ker dengan saya.” Sambung Suraya. “Awak?” Tanya Suraya pula.
“Tak lah. Ada satu battalion lagi sedara mara, sepupu sepapat, jiran sekampung kat belakang tu.” Iman memulangkan paku buah keras.
“Hahahaha..” Suraya buat-buat ketawa. “Tak kelakar langsung.” Balasnya kemudian.
“Check in kat mana?”
“Twins Peak Resort.” Suraya menjawab malas.
“Samalah.”
Suraya angkat kening. “Awak pun?”
Iman hanya mengangguk perlahan. “Teksilah. Jom.” Iman mengangkat jari telunjuk ke arah teksi yang datang. Bonet teksi sudah terbuka. Beg galasnya dimasukkan ke dalam. Dia menoleh ke belakang. Budak Sue itu masih tercegat berdiri. “Cepatlah.” Arahnya kemudian. Muka budak Sue ini dah blur pelik semacam. “Saya bayar.” Sambung Iman.
Dengar ajer ‘saya bayar’ cepat-cepat Suraya datang. Beg trolinya dimasukkan ke dalam teksi. Alhamdullilah. Syukur nikmat. Save budget. Iman mengambil tempat duduk di hadapan manakala Suraya dibelakang.
“Twin Peak Resort, pakcik.” Beritahu Iman kepada pemandu teksi.
Teksi pun berlalu meninggalkan jeti Langkawi.

3 comments:

MaY_LiN said...

ohhooo..
da kenal2 yea..
cian tunang c sue tu.

in_wired88 said...

bile mase iman tu tau budk tu nk gne duit utk ble ubat untuk emak dier yg sakit.. its not mentioned there when sue told iman about RM60 that she used

areila sahimi said...

in_wired88 - tq utk komen anda. hanya kerana satu ayat yg saya terlupa masuk benda ni boleh buat pembaca pening...terima kasih diatas perhatian anda...lalalala...