Tuesday, November 4, 2008

Dari Benci, Terbit Rindu, Lahir Sayang

“ Woi!!!! Macam maner awak bawak kereta ni…”
Aku terus keluar menghampiri kereta yang hampir-hampir berlanggar dengan keretaku sebentar tadi. Bengang gila aku tengok pemandu yang memandu kereta Honda Accord ni. Macam bagus ajer.
“ Ya. Ada apa-apa masalah ker?”
Mangkuk betul dia ni. Ada ker dia boleh tanya dekat aku ada apa-apa masalah ker. Dia tak tau ker ayah segala masalah baru datang ni…
“ Yup. Memang ada masalah. Macam mana awak drive ni. Kalau terlanggar tadi macam mana?”
Dengan tenang lelaki itu keluar dari dalam keretanya, lalu terus memeriksa keadaan Honda Accord miliknya itu. Kemudian dia memandang ke arah kereta MyVi milik aku. Dia tersenyum.
Hampeh punyer lelaki. Boleh pulak dia senyum tengok kereta aku yer. Mentang-mentang dia pakai kereta import. Dia ingat.. dia pakai kereta luar negara aku takut. Boleh jalan la….
“ Tapi kita tak terlanggar pun tadi kan. Lagipun kalau kereta awak kena langgar pun bukannya mahal sangat nak kena bayar kat tauke bengkel tu. Lain la kalau kereta saya.” bersahaja dia menjawab sambil mengusap keretanya itu.
Ya ampunnn……….. Kenapa lah hari ni aku boleh jumpa dengan mamat poyo ni. Dah la poyo, berlagak pulak tu. Meluat aku dengan sikap berlagak tak bertempat dia ni. Kalau lah aku ni jenis manusia yang makan orang, dah lama mamat ni aku telan hidup-hidup. Biar jadi arwah.
“ Mulut awak tu jaga sikit yer. Oooo… awak fikir bila awak bawak kereta besar.. bawak kereta import .. awak boleh nak tunjuk berlagak pulak yer… Eh.. Encik Tak Sedar Diri, kereta Malaysia pun dah setanding tau dengan kereta import. So jangan la nak tunjuk hebat sangat kalau yer pun Encik Tak Sedar Diri tu bawak kereta import. Elleh… entah-entah mak ayah yang punyer.. tapi berlagak macam kereta sendiri .. Boleh blah la…”
“ Eh! Cik Jiwa Kacau. Apa masalah Cik Jiwa Kacau ni sebenarnya hah.. Kereta awak tu tak ada apa-apa pun. Ni la masalah dengan perempuan ni. Kecik punyer hal pun boleh sampai jadi isu besar.”
“ Amboi-amboi… sedapnya mulut Encik Tak Sedar Diri ni mengata saya. Habis lelaki tu bagus sangat ker. Berlagak angkuh.”
“ Cik Jiwa Kacau saya rasa awak ni ada masalah mental tau.. Mengamuk tak tentu pasal. Lebih baik awak pergi cek kat Hospital Tanjung Rambutan. Kalau dibiarkan boleh teruk penyakit mental awak tu.”
Kurang ajar punya lelaki. Ada ker patut dia kata aku ada masalah mental. Dia yang bermasalah dengan mental dia tu.
“Ika.. Ika dah la tu.”
Melihat pergaduhan mulut yang nampaknya semakin hebat, Nadia Alisa yang dari tadi hanya menjadi pemerhati setia terus keluar dari dalam kereta milik Ain Atiqah. Keadaan seperti ini tidak boleh dibiarkan. Mereka harus dileraikan. Bukan dia tidak kenal dengan sikap Ain Atiqah. Pantang ada yang salah sikit. Pasti akan melenting sampai semua benda disekeliling terpelanting.
“ Ika .. dah la tu.. Bising-bising kat sini pun tak ada gunanya. Kereta kau okey kan. Bukannyer kena pun tadi tu.”
“ Eh!! Kau ni apa hal. Nak sebelah kan Encik Tak Sedar Diri ni pulak ker. Kau kawan aku ker kawan dia.”
“ Ika.. ni tak der kener mengena nak sebelah kan sesiapa pun. Tak payah la nak besarkan hal ni. Malu la.. Semua orang tengah tengok kita ni. Lagipun kita dah lambat ni. Aku taknak terlepas tengok opening filem tu nanti. Jom ar…”
Eh!!...Cik Nadia Alisa ni. Time-time macam ni pun dia boleh sempat pikir pasal wayang yang dia nak tengok tu.. Ni yang buat temperature aku naik lagi ni. Kes dengan mamat ni tak setle lagi mana boleh pergi. Aku tak kan pergi selagi mamat ni tak mintak maaf kat aku. Apa nak jadi pun… jadilah. Aku takkan mengalah.
“ Dah la tu Ika. Jom..jom.. Encik mintak saya mintak maaf bagi pihak kawan saya ni.” Nad terus menarik tangan aku tanpa sempat aku berkata apa-apa.
Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Seperti menunjukkan kemenangan berada di pihaknya.

****************************
“Apa kes dengan ko ni Nad.. Kenapa pulak kau nak wakilkan diri kau bagi pihak aku untuk mintak maaf dekat Encik Tak Sedar Diri tu. Bukan salah aku tau. Dia tu yang salah.”
Aku menjeling tajam ke arah Nadia apabila dia memohon maaf bagi pihak aku kepada mamat hampeh lagi poyo itu tadi. Geram pun ada dengan Si Nadia ni. Eeee…..Nadia.
Boleh pulak Nadia ni buat muka selamber macam tak bersalah ajer dengan aku. Kalau tak mengingatkan kau tu member kamcing aku dari sekolah lagi.. dah lama aku turunkan kau kat tengah-tengah jalan ni. Nasib baik aku masih ada pertimbangan lagi.
“Kau ni… pesal hah.. dengan semua lelaki kau nak bermusuh. Kecik ajer salah lelaki tu tadi.. tapi kau punyer melenting … macam nak tercabut semua pokok-pokok kat tepi jalan tu. Cuba la berlembut sikit. Aku rasa kalau kau berlembut tadi.. lelaki tu pun boleh mintak maaf elok-elok dengan ko. Ini tak….”
Hampeh kau Nad… Berani kau menyebelahi lelaki durjana itu. Eh.. Nad aku ni kawan kau tau. Biarlah… Malas aku nak fikir pasal benda ni. Nanti tak pasal-pasal aku dengan Nadia pulak bermasam muka. Taknak disebabkan benda ni aku tak bertegur sapa dengan Nadia. Nadia Alisa ni la satu-satunya kawan baik aku yang paling aku percaya sejak dari sekolah lagi. Semua rahsia aku ada pada dia. Begitu juga dia. Aku dengan Nadia ni memang tiada rahsia lah…. Kira Nadia ni penasihat kiri kanan depan belakang aku. Nadia pun telah melantik aku ni sebagai penasihat kiri kanan depan belakang dia jugak. Heehehehehe….
**********
“ Ika.. kau ni kenapa ni. Balik dari tengok wayang tadi asyik masam ajer. Baru minum cuka ker tadi.”
Amboi Cik Nadia ni… Nak pujuk aku pun boleh sindir-sindir lagi. Biarkan… Biar dia tau yang dia dah buat salah besar dengan aku hari ni, sebab mengkhianati member kamcing dia ni… hanya kerana mamat poyo tu tadi.
“ Ok.. ok.. kalau pasal hal siang tadi aku mintak maaf ok. Sorry la Ika.. Jangan la kau boikot tak nak cakap dengan aku Ika. Sunyi la aku kalau tak dengar suara kau kat dalam rumah ni. Suara kau yang macam mak nenek ni la yang membuatkan rumah kita ni tak pernah sunyi tau.”
“ Siot kau Nad. Oooo… kau kata aku macam mak nenek yer. Sorry naik lorry la…Nah ambik kau.” aku berkata sambil membaling kusyen kecil ke arah Nadia.
“Alah…kau ni Ika. Kalau tak boleh nak bergurau pergi duduk kat belakang surau la….”
Aku tergelak mendengar kata-kata Nadia itu. Nad.. Nad… dari mana kau belajar buat lawak ni. Hehehe.. Nadia yang aku kenal, bukanlah jenis yang pandai melawak. Ni sah-sah pengaruh tunang dia yang bernama Farhan tu… Maklumlah Farhan tu memang juara kalau buat lawak bodoh. Mwahahah..
“ Tapi kan Ika.. hensem jugak kan muka Encik Tak Sedar Diri tu. Betul la.. Hensem sangat aku tengok. Sesuai ajer dengan kau.” Usik Nadia.
“ Kau ni apa hal hah.. Bukan main memuji lagi Encik Tak Sedar Diri tu. Karang aku report kat tunang kau karang.. Baru kau tau.” aku memberi amaran.
“ Kau ni.. Aku cakap benda yang betul apa. Alah.. tak payah la kau nak ugut-ugut aku. Farhan tu percaya la kat aku. Kiter orang trust each others tau.”
“ Banyak la kau trust each others.. Aku dulu pun masa dengan Farid konon trust each others la. Tapi tengok apa dah jadi. Bertunang dengan aku. Tapi kahwin dengan orang lain. Itu satu lagi mangkuk.”
“ Kau tak boleh samakan Farid dengan Farhan.. dengan lelaki lain jugak. Allah jadikan manusia ni berbeza Ika. Ingat tu.”
Alamak!!!!!!!... Nad dah bertukar jadi Ustazah Nadia Alisa la. Pandai ajer dia nak nasihatkan aku. Tapi betul jugak aper yang Nad cakapkan. Tapi entah la. Biarkan….. Siapa suruh kaum lelaki tu main-mainkan perasaan aku. Bagi aku lelaki tu semua sama.. Semua macam hampeh.
“ Ye la tu Ustazah Nadia Alisa oii… Sejak bila kau belajar jadi ustazah ni hah..”
“ Tu la kau. Bila aku cakap kau perli aku balik.”
“ Eh.. nak terasa pulak. Abis kau tu tak pernah nak perli aku la.” Aku menjawab sambil ketawa.
“Kenapa kau terlalu prejudis pada lelaki Ika?”
Nadia cuba bertanya kepada temannya itu. Dia sendiri tidak faham mengapa temannya itu terlalu membenci lelaki. Benar.. temannya itu pernah dikecewakan. Tapi itu semua telah lama berlalu. Kenapa sampai sekarang temannya itu masih lagi menyimpan perasaan benci pada lelaki. Sebenarnya dia sendiri tidak faham kenapa Farid sanggup berlaku curang dengan Ain Atiqah. Apa kurangnya Ain Atiqah di mata Farid. Ah!!.. Farid memang dasar lelaki buaya. Habis madu sepah di buang.
“Entah lah.. Dah la tu. Aku malas nak fikir tentang semua ni. Lagi pun banyak lagi benda yg aku kena fikir. Lagipun minggu depan kuliah nak start balik.”
Selepas putus tunang dengan Farid 3 tahun dulu, aku terus membuat keputusan untuk sambung belajar. Keputusan itu aku ambil untuk membuatkan aku belajar melupakan Farid. Keputusan itu juga aku ambil agar aku dapat menggenggam segulung ijazah agar tidak lagi diperkecil-kecilkan oleh Farid dan keluarganya. Biar mereka lihat yang aku bukanlah perempuan yang lemah.. yang akan terkulai layu apabila ditinggalkan oleh lelaki. Aku yakin. Dengan usaha dan doa aku juga boleh berjaya sama seperti Farid. Kerana itulah aku mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah. Aku bekerja sambil belajar. Walaupun banyak masa dan tenaga perlu dikorbankan… biarlah.. aku sanggup. Biar bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
“ Tapi kan Ika, tak baik la kau panggil mamat tu Encik Tak Sedar Diri. Elok-elok mak ayah dia bagi nama, kau pandai-pandai ajer tukar jadi nama Encik Tak Sedar Diri pulak. Cuba la tadi kau beramah-mesra dengan dia. Mesti kita dapat tau siapa nama dia. Kau jugak yang untung dapat kawan dengan lelaki hensem macam dia. Ini tak, kecik punya hal pun kau besar-besarkan.”
“Ah!... Tak ada masa aku nak beramah mesra dengan lelaki macam tu. Lelaki yang berlagak angkuh, sombong, poyo, mulut cabul nak dijadikan kawan aku. Muka ajer hensem tapi perangai buruk nak buat aper.. Ish… simpang malaikat 44. Mintak di jauhkan.”
“Jangan cakap besar Ika. Nanti betul-betul jadi kau dengan dia nanti macam mana. Malu kau.” Nadia berkata sambil tersenyum.
“Tingginya angan-angan kau nak macth kan aku dengan mamat poyo tu.. Kau kenal dia pun tak..Ish..ish..Lantak kau la Nad. Malas aku nak layan.”
Melihat temannya yang kehilangan idea untuk berkata-kata, Nadia terus ketawa. Lucu melihat kelakuan temannya itu.
“Ika..Ika..” kata Nadia di dalam hati sambil tersenyum.
**********
“Hai!! Doktor… Senyum sorang-sorang nampak. Teringatkan buah hati ker.”
Tersentak Kamarul Irfan apabila dikejutkan oleh jururawat yang bernama Selvi itu.
“Apa awak kata tadi nurse. Saya tak dengar tadi.”
“Amboi Doktor Irfan ni.. .. Sampai ke mana mengalamun tadi tu. Dah sampai atas pelamin ker.” gurau jururawat berbangsa India itu.
Doktor Kamarul Irfan. Doktor muda yang baru sahaja pulang dari luar negara dan memulakan tugasnya di Hospital Besar Ipoh. Orangnya kacak bergaya. Tidak hairan lah semenjak dia ditugaskan di hospital ini, ramai jururawat-jururawat kategori single and available tidak boleh tidur malam dek selalu teringatkan wajah kacaknya itu. Tetapi bagi doktor muda itu, belum ada seorang pun gadis yang bisa membuat tidur malamnya terganggu sehinggalah berlakunya insiden 3 bulan lepas apabila kereta yang dipandunya itu nyaris-nyaris berlanggar dengan kereta seorang perempuan. Cik Jiwa Kacau…. Mengingatkan nama itu, Doktor Kamarul Irfan sering tersenyum sendiri.
“Tengok tu. Senyum lagi. Dah sah-sah doktor ni sekarang tengah dilamun cinta.” Kata jururawat itu lagi yang kelihatan pelik melihat tingkah laku doktor muda itu.
“Pandai-pandai ajer la awak ni nurse. Tak ada apa-apa lah. Macam mana keadaan pesakit lelaki yang patah tangan tu.”
“Keadaan pesakit lelaki tu dah beransur baik doktor.”
“Baiklah. Sikit lagi saya akan pergi periksa tahap kesihatan dia. Kalau dah beransur baik, esok atau lusa dia boleh dibenarkan untuk pulang ke rumah.”
“Baik doktor. Kalau tiada apa-apa lagi saya keluar dulu... Doktor jangan la senyum sorang-sorang macam tadi tu. Nanti orang suspect doktor pulak yang sakit.” Kata jururawat itu kepada Doktor Kamarul Irfan.
Mendengar kata-kata jururawat India itu tadi, Irfan tersenyum sendiri. Di hatinya terdetik, bilakah dia dapat melihat wajah itu lagi.

**************
“Eh!!!.. Encik Tak Sedar Diri ni kan. Ingat saya lagi?” kata Nadia apabila tiba-tiba sahaja dia terserempak dengan lelaki yang hampir-hampir melanggar kereta teman baik nya itu.
“Saper ni Yang?” tanya Farhan apabila tunang kesayangannya itu dengan slumber menegur pemuda yang dia sendiri tidak kenali. Ada nada cemburu disebalik pertanyaannya itu.
“Alah.. awak ingat tak kes Ika bergaduh dekat jalan raya masa kita orang nak pergi tengok wayang ari tu. Ika bergaduh dengan lelaki ni la. Tapi mungkin dia tak ingat kut. Dah 3 bulan benda ni jadi.” Bisik Nadia perlahan.
Farhan mengangguk tanda faham.
“Tak pe lah kalau encik tak ingat. Mungkin saya tersalah orang tadi.” Nadia terus menarik tangan Farhan untuk pergi.
“Ermm.. Cik…”lelaki itu cuba memanggil Nadia.
Nadia dan Farhan segera menoleh. Lelaki itu menghampiri mereka berdua.
“Ya. Saya Encik Tak Sedar Diri tu. Awak ni kawan Cik Jiwa Kacau tu kan. Actually my name is Kamarul Irfan but just call Irfan only. Nice to meet u.” Irfan memperkenalkan dirinya.
“Nama kawan saya tu bukan Cik Jiwa Kacau la Encik Irfan. Nama kawan saya tu Ain Atiqah. Saya Nadia Alisa. Panggil Nad ajer.”
“Saya Adam Farhan. Panggil Farhan ajer. Saya tunang Nadia Alisa ni Encik Irfan.” Farhan memperkenalkan dirinya sendiri sebelum sempat Nadia berbuat demikian.
“Ah!!! Darling aku ni. Jelous la tu.”bisik hati kecil Nadia.
Irfan tersenyum melihat gelagat pasangan di depannya itu.
“Tak payah lah nak berencik-encik dengan saya. Panggil Irfan dah cukup.”
“Awak buat apa dekat sini?” Nadia menyoal Irfan.
“Saya kerja di sini. Saya doktor di hospital ni.”
“Biar betul mamat ni. Doktor aper ker bendanya ni. Kalau pakai macam ni.”Nadia berkata di dalam hati sambil melihat penampilan Kamarul Irfan.
“Saya cuti hari ni. Kebetulan saya tertinggal laptop saya ni. Tu yang kena datang ambik.” Terang Irfan sambil menunjukkan beg yang berisi laptop itu.
“Oooo…”Nadia mengangguk tanda faham.
“Awak berdua pulak buat apa kat hospital ni.”
“Kami baru balik dari melawat kawan saya yang sakit demam denggi.”Farhan menerangkan tujuan mereka berdua ke hospital pada hari itu.
“Kalau tak keberatan, marilah kita minum bersama. Boleh kita sembang-sembang.”pelawa Irfan.
“Okey.” Jawab Farhan dan Nadia serentak.








*****************
Bulanrindubintang said: Hai.. boleh berkenalan…
Akubintangbiasa said: Eh.. Saper ni…
Bulanrindubintang said: Saya bulanrindubintang…
Akubintangbiasa said: Ish.. awak ni.. cakap la saper ni…
Bulanrindubintang said: Saya cuma nak berkenalan dengan awak. Saya nak jadi kawan awak. Bolehkan…
Akubintangbiasa said: Kenapa pulak… Awak bukan kenal saya pun..
***********************************
“Woiit Cik Ika.. Pesal ni tersengih sorang-sorang ni.. Demam ker?”
“Nad … kau boleh tak kalau jangan kejutkan aku macam ni. Kalau aku ada sakit jantung dah lama aku jadi arwah tau.”
“Takda lah… Aku pelik tengok kau senyum, sengih sorang-sorang mengadap laptop tu. Kau chatting dengan saper ni. Dah 3 bulan kau dok tersenyum.. tersengih bila mengadap laptop kau ni aku jadi takut pulak.”
Oooo…… kau perli aku yer Nad. Nak kata aku sewel la tu.
“Ada lah… Buat apa nak bagi tau kau. Bukan kau kenal pun.”
“Ellehh… poyonyer dia. Sejak bila kau jadi minah yang poyo ni Ika.” Nadia berkata sambil tersenyum penuh makna.
********************


Mana lah.. dia ni dah pergi.. Kenapa tak balas email aku. Kat chatroom pun dah tak ada… Aku jadi pelik. Ke manalah menghilangnya Bulanrindubintang ni.. Dah sebulan aku tak ber’chatting’ dengan dia. Tiba-tiba sahaja rasa rindu datang. Argghhh… memang nasib kalau jadi bintang yang biasa sahaja. Tiada siapa pernah sudi. Yang sudi pun akan datang dan pergi sesuka hati.
*********************
“Erm.. nurse…. Mana tempat pesakit yang bernama Syafiq Haykal?”
Sejurus sahaja mendapat berita tentang kemalangan yang menimpa adik lelakinya sebentar tadi, Ika terus segera memandu kereta untuk pulang ke Ipoh. Bermacam-macam yang bermain di kepalanya ketika itu. Tentang keadaan adik lelakinya, emak dan abah serta adik-adik yang lain.
“ Saya kakak dia.” Aku menjawab.
Geram pulak aku tengok gelagat jururawat. Macam tak puas hati dengan aku.
Belum pun sempat jururawat tersebut berkata apa-apa kepada aku, aku terus berlari sebaik sahaja ternampak kelibat adik bongsu aku, Ain Sofia di hujung wad Hospital Besar Ipoh berkenaan.
“Yaya!!”
“Eh!!! Along. Bila sampai?” Tanya Yaya sambil bersalaman dengan kakak sulungnya itu.
“Baru sampai. Syafiq kat mana. Dia okey ker?”
“Abang Fiq okey Along. Kaki ajer yang patah. Jom la. Katil Abang Fiq kat hujung tu ajer.”
Lega rasanya apabila mendengar kata-kata Yaya sebentar tadi. Namun ada sedikit perasaan geram terhadap adik lelakinya itu. Pasti Syafiq menunggang motor dengan laju. Kalau tidak, masakan dia boleh terlibat dengan kemalangan sehingga patah kaki.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam. Bila kamu sampai Ika.”
“Baru lagi mak, abah. Macam mana keadaan Syafiq ni mak, abah.”
“Kaki ajer yang patah. Yang lain tak ada apa-apa. Ni doktor suruh dia berehat sekejap. Biarkan dia tidur dulu. Lagipun kaki adik kamu ni baru lagi bersimen.” Kata abah kepada Ika.
“Pukul berapa kamu bertolak dari Putrajaya tadi Ika?” Tanya emak kepada Ika.
“Lepas mak telefon tadi.”
“Amboi cepatnya sampai. Berapa laju kamu bawak kereta tadi ni Ika. Tolonglah Ika kalau bawak kereta tu janganlah laju-laju. Risau mak ni Ain Atiqah oii….”
“Alah mak… Ika ok la. Ni Syafiq ni. Macam mana sampai boleh accident ni. Budak bertuah nil ah… Risau Ika dibuatnya.”
“Entah la Ika. Emak pun tak tau. Tapi nanti kalau dia bangun dari tidur nanti jangan la pulak kamu bancuh dia. Biar dia rehat dulu. Sakit lagi kaki dia tu.”
Apalah emak ni. Budak Syafiq ni memang kena dibancuh habis-habis. Kalau boleh biar aku cuci-cuci sekali. Biar sampai bersih sampai berkilat. Eeee… geramnyer aku … Fiq…Fiq.. tak habis-habis menyusahkan Along. Siap la kau Fiq. Bangun ajer kau dari tidur nanti, bersedialah tadah telinga dengar suara Along kau ni.

********************
“Along belikan motor tu.. untuk menyenangkan Fiq pergi sekolah. Ni Fiq boleh pulak buat motor yang Along beli tu pergi merempit. Apa nak jadi dengan kamu ni hah Syafiq Haykal. Eeeeeeee….. geram la Along tengok kamu ni.”
Syafiq hanya membatukan diri. Mungkin salah dirinya sendiri. Lagipun dia telah bersedia untuk menadah telinga mendengar bebelan kakak sulungnya itu. Jika Alongnya itu sudah mula membebel memang payah untuk diberhentikan.
“Dah nak jadi Along. Nak buat macam mana.”
“Eee…. Menjawab apa orang kata.”
Geramnyer…aku dengar kata-kata Syafiq tadi. Rasa mahu diketuk-ketuk kaki yang berbalut itu. Nasib baik mak sempat tahan. Kalau tak… tak tau la apa akan jadi…
“Cik.. Boleh tolong senyap sikit. Ada pesakit yang sedang berehat.” Datang satu suara dari belakang.
Aku segera menoleh untuk melihat gerangan pemilik suara tersebut. Macam familiar la suara tu tadi.. siapakah gerangan pemilik suara yang berani menegur aku nie…Hahh!!!... Encik Tak Sedar Diri betul-betul berdiri dihadapan aku kini.
“Alamak.. macam mana Encik Tak Sedar Diri ni boleh ada kat sini.” Aku berkata di dalam hati sambil memandang dari atas ke bawah penampilan lelaki itu.
“Doktor Irfan… Ooooo… doktor rupanya mamat ni. Patutlah poyo semacam ajer.” Hati aku berkata-kata lagi sebaik terpandangkan tag nama yang dipakai oleh lelaki itu.
“Cik… Tumpang lalu. Saya nak periksa keadaan pesakit saya ni.”
Cis… Terkejut aku dengan dia ni. Elleh…. Berbudi bahasa la kanon. Berlagak poyo pulak depan mak abah aku. Kau ingat aku boleh terpikat ker kalau kau berlagak baik pun depan mak abah aku. Piirraahhhhh…..
“Macam mana kaki awak, Syafiq.”
“Ok sikit doktor. Tapi kalau tadi betul-betul kener ketuk dengan Along saya tadi memang KO la jadinya doktor.” Syafiq berkata sambil tersenyum ke arah Alongnya.
Doktor Irfan yang mendengar terus ketawa. Emak, abah dan Yaya juga turut ketawa apabila mendengar sindirin Syafiq itu.
Hampeh betul adik aku ni. Ada ker patut dia malukan aku depan doktor yang hensem ni.. Eh!!.. Hensem ker…. Ish.. mamak kat Restoran AnNazmaju Pricint 9 tu 10 kali lagi hensem dari mamat ni..
“Patut la service hospital slow. Sebab doktor dia pun slow jugak. Dah ler slow tak efisyen pulak tu. Boleh pulak ketawakan orang time tengah on duty.” Pantas sahaja aku menutur kata.
Tiba-tiba dia berhenti ketawa. Mak menjeling aku. Alamak.. kalau mak dah menjeling macam tu.. alamatnya masak la aku kat umah nanti. Teruk lah aku kena cuci dengan mak nanti…Apa nak buat ni..
“Tak pe la Pakcik, Makcik.. saya pergi dulu. Keadaan kaki Syafiq pun dah ok sikit. Cuma jangan bagi dia banyak bergerak.”
Dia terus pergi meninggalkan kami. Ketika pergi sempat menjeling ke arah aku.. Elllehh.. kau fikir aku banyak takut dengan kau punyer jeling tu..


********************************
“Mak tak kira Ika. Esok kamu kena pergi jugak mintak maaf dengan doktor tu sebab kata-kata kamu petang tadi. Mak tak pernah ajar kamu cakap macam tu dengan orang. Jangan disebabkan Farid seorang kamu sampai jadi berdendam dengan semua lelaki. Kalau kamu sayangkan mak, sayangkan abah, esok kamu pergi cari doktor tu dan mintak maaf dengan dia. Mak taknak orang kata mak tak tau nak mengajar anak.”
Masih terdengar lagi bebelan emak kepada aku malam tadi akibat kelancangan mulut aku berkata-kata semalam. Nak tak nak tak hari ini terpaksa juga aku menebalkan muka untuk pergi berjumpa dengan Doktor Irfan untuk memohon maaf di atas keterlanjuran kata-katanya semalam.
Awal-awal pagi lagi aku tiba di hospital. Selesai memberi sarapan yang dibekalkan oleh emak kepada Syafiq, aku terus keluar mencari Doktor Irfan. Tiba-tiba dia terpandangkan Doktor Irfan yang sedang duduk berseorangan di kafe hospital. Aku terus menghampiri meja tempat Doktor Irfan duduk.
“Assalamualaikum doktor. Boleh saya duduk sekali?”
Aku memberi salam. Macam pelik lah… Apasal la tune suara aku boleh berubah jadi lembut pulak ni.. Hehehehe.. Lantak lah… Janji aku boleh cepat-cepat mintak maaf dengan dia…
“Waalaikummusaalam. Duduklah. Ni tempat awam.” Dia menjawab endah tak endah.
“Erm… saya datang ni nak mintak maaf di atas kata-kata saya semalam. Saya tau salah saya.”
“Bagus la kalau tau salah diri sendiri. Lain kali kalau bercakap tu jangan tau ikut sedap mulut ajer. Cik Jiwa Kacau kena ingat.. Cik Jiwa Kacau tu perempuan. Kalau asyik cakap ikut sedap mulut ajer, takut nanti tak ada orang yang nak.” Irfan meluahkan kata-kata yang penuh sindiran kepada aku.
Amboi.. Melampau sungguh dia ni. Oooo…. Mentang-mentang lah aku yang volunteer nak mintak maaf kat dia.. boleh pulak dia smash aku balik ek. Kalau tak disebabkan mak yang suruh tak ingin aku nak mintak maaf dengan kau tau.
“Encik Tak Sedar Diri, saya datang kat sini ikhlas tau nak bermaafan dengan Encik. So sekarang kerja saya dah settle saya nak pergi dulu. Kalau tak disebabkan mak saya, saya takkan datang jumpa dengan encik.” Aku terus berlalu.
**********************
“Eh… Along awak tak datang sekali ker?” Tanya Irfan kepada Syafiq ketika dia datang ke hospital untuk membuat rawatan susulan.
“Along kerja kat Putrajaya la doktor. Ape kes ni? Tiba-tiba Tanya Along. Rindu kat Along ek?” Syafiq cuba serkap jarang.
“Pandai la kamu ni. Cuba kamu gerak-gerakkan kaki kamu ni.”Irfan berkata sambil memeriksa kaki Syafiq yang masih berbalut dengan simen itu.
“Along tu dulu okey ajer. Dia jadi macam tu pun lepas putus tunang dengan Abang Farid. Apa-apa pun kan doktor, Along tu tetap kakak yang paling baik. Kalau doktor tak percaya boleh tanya Yaya.”
“Farid tu bekas tunang Along awak la yer. Macam mana diorang boleh putus tunang.” tanya Irfan penuh minat.
“Orang dah ada pangkat. Dapat kerja bagus sikit terus berubah. Abang Farid putus tunang dengan Along sebab dia nak kawin dengan pegawai yang kerja sama tempat dengan dia. Konon Along tak setaraf dengan dia. Tu yang Along frust sampai sekarang ni. Nak kata hensem tak la sangat. Doktor lagi hensem kut kalau dibandingkan dengan Abang Farid tu.” Jelas Syafiq panjang lebar.
“Oooo……..macam tu ceritanya.”
“Ok la doktor. Saya balik dulu. Bulan depan dah boleh bukak kan simen ni. Dah tak larat nak bawak simen yang berat ni ke sana ke mari. Ini nombor handphone Along. Kalau berminat call la dia. Along tu okey. Tapi kena sabar sikit la. Kalau doktor call Along nanti jangan cakap saya yang bagi tau.” kata Syafiq penuh makna.
***********************
“Saya mohon maaf di atas kekasaran kata-kata saya tempoh hari. Jika Cik Jiwa kacau sudi, saya ingin berjumpa dengan Cik Jiwa Kacau. Hujung minggu ni Cik Jiwa Kacau balik Ipoh kan. Jadi boleh la kita berjumpa. Di harapkan pelawaan saya ini akan dipertimbangkan.-Encik Tak Sedar Diri-” aku tersenyum sendirian tatkala membaca sms yang diterima dari Doktor Irfan itu.
Pandai jugak mamat ni buat lawak dengan aku yer. Ermmm… Apa nak jawab ni ek…
“Ok. Sabtu ni kita jumpa. Saya tunggu Encik Tak Sedar Diri di Food Court dekat Kinta City.”
*****************
Seperti yang dijanjikan aku setia menanti Irfan. Sesekali jam ditangan aku lihat. Dah setengah jam aku duduk menanti. Tetapi orang yang dinantikan tetap tidak kunjung tiba. Tiba-tiba aku terpandang ke arah seorang lelaki bersama seorang wanita menghampirinya.
“Hai.. Lama tunggu. Mintak maaf la. Jalan jammed la. Kenalkan tunang saya, Doktor Mia Kamila. Mia ni saya kenalkan Ain Atiqah a.k.a Cik Jiwa Kacau yang saya ceritakan pada awak dulu tu.”
Kata Irfan sambil tersenyum. Bukan setakat tersenyum. Malah pinggang gadis itu dirangkulnya erat. Penuh dengan sindiran gaya dan lagak Kamarul Irfan itu. Gadis disebelahnya juga turut tersenyum mendengar kata-kata Irfan itu.
Cukup sakit hati aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Kamarul Irfan itu. Terasa mahu sahaja air matanya mengalir keluar tapi cuba ditahan. Kenapa sampai begitu sekali aku perlu dimalukan. Aku sedar diri aku ini tidak setanding gadis yang bersama Kamarul Irfan itu. Tapi aku juga punya harga diri.
“Doktor Kamarul Irfan, saya tak tau la pulak ini cara orang bijak pandai menjatuhkan aib orang. Doktor kena ingat saya pun manusia jugak. Ada harga diri. Terima kasih la sebab sudi kenalkan saya dengan tunang doktor tu. Apa yang terjadi hari ini saya akan ingat sampai bila-bila. Tak pe la. Saya sedar siapa diri saya. Dengan seikhlas hati saya maafkan doktor atas apa yang doktor lakukan hari ini. Hebat sungguh cara doktor tu. Saya pergi dulu Doktor Kamarul Irfan. Harap-harap lepas ni kita tak akan jumpa lagi.” Aku terus berlalu pergi dengan hati yang remuk. Tanpa disedari air mata yang cuba ditahan keluar juga akhirnya.





****************************
“Ika dah la tu. Mak pun tak paham kenapa dia buat anak mak macam ni. Sudah-sudah la tu. Simpan air mata kamu tu.”
Jenuh emak memujuk aku, tetapi aku tetap menangis juga. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku mesti menangis sebegitu rupa. Adakah kerana telah dimalukan ataupun disebabkan perasaan yang wujud di dalam hatinya terhadap Doktor Kamarul Irfan.
“Walau apa pun mak… dia tak patut buat macam tu kat Ika mak.. Dia ingat dia orang terpelajar.. suka-suka hati ajer buat Ika macam ni. Tak ada beza pun antara dia dengan Farid mak. Kenapalah semua lelaki yang Ika suka buat Laila macam ni mak….” Aku bersuara sayu.
“Ika suka dengan Doktor Irfan tu ker…” emak cuba menduga.
“Sudah lah mak.. Suka pun dah tak ada gunanya. Dia dah ada tunang mak. Betul kata Farid dulu, Laila ni Cuma perempuan biasa ajer mak. Tak ada apa yang istimewa pada Ika ni.” Aku berkata dengan tangisan yang masih berbaki.
Aku menekup mukaku di atas bantal. Lalu aku menyambung kembali tangisannya tadi. Biarlah hari ini aku menangis sepuas-puasnya. Esok aku tidak mahu menangis lagi.
Emak sudah kehilangan idea mahu memujuk anak sulungnya itu. Dulu ketika putus tunang dengan Farid, Ain Atiqah tidaklah menangis seteruk ini. Cuma habis semua barang hantaran pemberian dari pihak Farid terbang ke seluruh rumah.
“Sudah –sudah lah menangis tu. Karang banjir pulak dalam rumah awak ni. Hari tak hujan tapi rumah awak naik air. Bukan ker pelik nanti.” Kata satu suara.
Eh… Macam biasa dengar pulak suara ni.. Tapi dengar kat maner hah…Aku segera mengangkat mukaku untuk melihat siapa yang berani bersuara itu. Tak tau ker aku tengah sedih-sedih ni.. Dia boleh pulak nak sindir-sindir aku lagi….
Hah!!!!!!! Mangkuk hayun ni lagi….
“Hei.. apa kau buat kat dalam bilik aku ni hah… eee….. keluar lah.. Aku taknak tengok muka kau lagi.”
Aku menjerit sambil menolak tubuh sasa Irfan keluar dari biliknya.
“Ooppss… Awak tak boleh halau saya. Mak dengan abah awak suruh saya datang sini untuk pujuk awak. Sebab diorang risau takut stok tisu kat rumah ni habis nanti sebab awak tak berhenti menangis.” Dia menjawab sambil memegang tangan aku.
Cis!!... Kurang asam punyer mangkuk. Berani kau pegang tangan aku. Aku tampar karang…
Sempat tangan aku dicapai sebelum penampar sulung aku hinggap ke pipinya tadi. Aku cuba meronta-ronta minta dilepaskan. Akhirnya aku terduduk di atas katil sambil menangis teresak-esak. Dia cuba datang menghampiri aku…
“Baik kau berdiri 2 meter dari saya sekarang. Aku taknak duduk dekat-dekat dengan kau.”
Kamarul Irfan hanya menurut.
“Saya suka awak. Saya sayang awak Ain Atiqah.”
Aku mengangkat mukanya dan memandang ke arah Kamarul Irfan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang di dengarnya tadi.
Apa kes dengan dia ni… Baru siang tadi dia kenalkan tunang dia dekat aku.. Sekarang cakap dia cinta dekat aku pulak. Memang dasar lelaki buaya…
“Apa kau cakap ni hah.. Berani kau cakap kau suka aku.. kau sayang aku.. padahal siang tadi baru kau kenalkan tunang kau tu kat aku. Eeee…… kenapa lah aku boleh jumpa dengan orang macam kau ni.” Aku berkata sambil memenggal bantal di atas katil ke arah Irfan tapi dapat dielak.
Oooo… kau elak ek…
“Itu bukan tunang saya lah… Mia Kamila tu jururawat dekat hospital tempat saya bertugas. Takkan awak tak boleh cam dia…” Kamarul Irfan cuba memberi penjelasan.
Hah!!! Nurse kat tempat dia bertugas.. Oooo…. Baru aku ingat. Tu la nurse yang buat muka macam tak puas hati dengan aku hari tu. So dia buat konspirasi la ni dengan staff dia untuk sakitkan hati aku. Tapi untuk apa dia buat semua ni pada aku…
“Tak kira la dia tu siapa. Tapi kenapa kau buat aku macam tu. Apa agenda kau sebenarnya ni hah…”
“Saya suka awak. Saya pun tau awak pun suka saya kan… Awak dah mengaku tadi depan mak awak kan… Saya nak kawin dengan awak, Ain Atiqah.”
“Aku taknak kawin dengan kau lah..”
“Tapi kenapa. Kau suka aku .. aku suka kau.. apa masalahnya?”
“Sebab kau tu hampeh.. kau tu poyo.. kau tu bajet bagus.. Taknak aku kawin dengan orang yang hampeh, poyo, bajet bagus macam kau.”
“Saya okey what!!… Awak yang cabar saya dulu kan…”
“Tapi kau panggil aku Cik Jiwa Kacau.”
“Awak pun panggil saya Encik Tak Sedar Diri kan..”
“Ain Atiqah.. dengar sini.. awak jiwa kacau ker, apa pun saya tetap suka awak. Saya ikhlas nak kahwin dengan awak. Jangan la buat saya macam ni..Ika.” Irfan seakan merayu.
Alamak sih… dia merayu la pulak. Apa la aku nak buat ni. Dia ni pun satu. Kata belajar sampai luar negara. Sampai dah jadi doktor. Nak propose aku tapi bunga dengan cincin pun tak bawak sama. Memang la dia ni. Hehehehehe…. Nak terima ker tak nak.. Nak terima ker tak nak..
“Kau ni sengal la.. dah la sengal, slow pulak tu… nak melamar aku.. tapi cincin pun tak bawak.. bunga pun tak ada.”
“Itu ajer sebabnya.” Kamarul Irfan segera menepuk tangan bagai arahan seorang ketua. Serentak itu, emak, abah, adik-adik aku… ermm… eh.. makcik dengan pakcik ni saper pulak.. hah!!!!! Nad pun ada sekali.. siap tolong bawakkan bunga ni. Aku jadi tak paham. Kenapa ramai-ramai masuk dalam bilik aku ni. Apa lagi la Encik Tak Sedar Diri ni nak buat lagi. Adoiii…
“Ain Atiqah… di depan emak abah awak, emak ayah saya.. di depan adik-adik awak.. di depan kawan baik awak… sudikah awak menjadi suri di dalam hidup saya buat selama-lamanya…”
Aiseyman…. Malu siot… Dia propose aku depan semua orang. Depan emak ayah dia sekali. Kelu lidah tak terkata.
“Yes.”
Itu ajer perkataan yang mampu aku sebut sambil menghulurkan tanganku. Dia segera menyarungkan cincin di jari manisku tanda lamarannya itu telah diterima. Sejurus itu tanganku dicium persis di dalam filem-filem cinta yang selalu aku tonton.
“Ehem.. ehem… sudah-sudah la tu.. Belum halal lagi tu.. Jangan nak lebih-lebih.” Tiba-tiba abah bersuara dari belakang.
Semua yang ada di dalam bilik ketawa setelah mendengar kata-kata abah itu.
“Kira jadilah tu kan abahnyer Laila.. Lagi 3 bulan kita adakan majlis untuk budak berdua ni.” Ayah Kamarul Irfan member cadangan.
“Tuan punyer badan dah macam setuju. Saya dengan emaknya setuju ajer la abang.” *********************
“Sayang, buat apa tu.”
“Eh.. abang.. Takda buat apa lah.. Buat pandai ajer.”
“Oooo… ingat buat bodoh tadi.” Irfan berkata sambil mencubit hidungku.
“Yang selalu buat bodoh tu abang ler.”
Hehehhehe… ambik kau.
“Abang…”
“Yup..”
“Kenapa abang nak kawin dengan Ika. Abang tak menyesal ker kawin dengan Ika. Yer la kan… Abang doktor.. Ika ni bukan ker pembantu tadbir biasa ajer… Jauh bezanya abang..” aku bertanya kepada Irfan kerana pelik kenapa orang seperti Kamarul Irfan itu ingin menjadikan aku sebagai suri hidupnya.
“Kenapa Ika tanya macam tu? Bukan ker Ika dengan abang dah sah menjadi suami isteri. Ika tak percaya pada abang ek..”
Alamak dia ni. Aku tanya dia.. dia pulak tanya aku balik.
“Bukan Ika tak percaya dekat abang. Takpa lah kalau tak nak jawab. Abaikan ajer.” Aku seolah-olah merajuk apabila dia tidak menjawab soalan aku tadi.
“Baiklah. Abang kahwin dengan Ika sebab abang cinta pada Ika.”
“Macam maner abang boleh cintakan Ika. Kita berjumpa dulu pun dalam keadaan tegang. Setiap kali kita jumpa mesti ada ajer benda yang buatkan kita bertekak.”
“First time abang jumpa Ika, abang dah jatuh hati. Tapi Ika tu garang sangat. Melenting tak tentu pasal. Tapi Ika tetap maintain cute walaupun masa tu Ika dah macam nak telan abang hidup-hidup.”
Ish.. doktor sayang aku ni. Malu aku bila dia ceritakan balik detik pertemuan aku dengan dia dulu. Heheheh…
“Takkan itu ajer. Mustahil macam tu ajer.”
Aku bertanya lagi. Takkan senang sangat dia jatuh cinta dengan aku dan terus nak kahwin dengan aku. Pelik…pelik.. Biar aku korek lagi..
“Sebenarnya .. Nad dengan tunang dia yang banyak tolong abang untuk lebih mengenali Ika.”
Hah!! … Dia kenal dengan Nadia… Pakej sekali dengan Farhan, tunang Nadia pun dia kenal.
“Jangan la buat muka blur macam tu… Hehehehe… 3 bulan selepas insiden tu, abang terjumpa Nadia dengan Farhan. Masa tu lah Nad ceritakan pasal Ika. Abang cakap kat Nad yang abang suka pada Ika, tapi tak tau nak buat macam mana. Nad ada cakap dekat abang.. Ika pernah frust sebab tu Ika susah nak didekati oleh lelaki. Nad kata kalau abang nak dekat dengan Ika kena guna cara halus. Cara yang Ika takkan nampak.”
Hah… biar betul doktor sayang aku ni. Cara halus??? Ish.. takkan la doktor sayang aku ni sanggup mandremkan aku.
“Jangan risau. Abang tak pernah mandremkan Ika.”
Macam tau-tau ajer apa yang aku tengah fikirkan sekarang ni. Nasib baik aku…
“Nad kata Ika suka chatting dalam chatroom. So Nad suruh abang ber’chatting dengan Ika. Dial ah yang bagi ID Ika dekat abang.”
“Jadi abang lah bulanrindubintang tu yer..”
“Yup..”
“Habis kes dekat food court tu Nadia jugak ker yang rancang?”
“Yup. Nadia la mastermind disebalik semua ni. Tapi kes dekat food court tu parents Ika pun involved sekali tau.. Pandai mak Ika berlakun time Ika menangis dalam bilik tu. Macam real ajer.” Irfan berkata sambil ketawa.
Wah!...Wah!!.. Konspirasi besar-besaran ni untuk kenakan aku. Dasyat betul plan Si Nadia ni.
“Sampai hati abang buat kat Ika macam ni. Tau tak masa tu Ika rasa diri Ika ni kecik sangat dengan abang.”
“Sorry la sayang. Abang buat semua ni sebab nak menduga hati Ika. Ternyata dari rasa benci Ika tu, terbit pulak rasa rindu kemudian lahirnya sayang Ika pada abang. Sekarang abang rasa bahagia sangat.”
Syahdunya ayat dia ni. Tangkap lentok aku kejap. Memang aku betul-betul tangkap lentok dengan dia kalau tak takda la aku sampai boleh terlentok dekat bahu dia ni..Heheheh….
“Ika..”
“Ermm..”
“I love you.”
“I love you too, three, four…” aku menjawab sambil ketawa.
“Sampai four ajer ker?” dia bertanya sambil memandangku dengan pandangan menggoda dan terus mendukungku. Aku terjerit dengan tindakannya itu. Aku benar-benar bahagia.
Benar kata kau Nad. Dari benci itu boleh terbit rindu dan melahirkan sayang. Aku sayang dia sangat-sangat. Biarlah sejarah cinta aku yang dulu terus terkubur. Dia adalah masa depan aku. Terima kasih Nadia kerana sanggup bersusah payah demi temanmu ini. Tanpa usaha kau pasti aku tidak akan mengecapi kebahagian seperti hari ini. Aku doakan engkau dan Farhan akan berbahagia juga.

6 comments:

Anonymous said...

nape tetibe jd laila lak nama dy... akubintangbiasa tersalah taip kot hehe

Unknown said...

haah la..asal tbe2 name ika jd laila?
kompius sy..hehehe..lg 2 kn..em..mse part irfan n ika gduh kt umah ika 2..x besh skit ah sbb mule2 irfan gne sy awk..tbe2 aku kau plak..em..sowi ats teguran ni..tp papepom..gud n nice try..=)

♥corcraze♥ said...

yup..setuju dgn dedua commentor kat ats nih..
and lagi ni dah cerpen yg keberapa yg streotaip awak guna doctor..
memula,cite ni,cite gitar akustik and citer princess wannabe..
minat nak amik medic ke??

and boleh tak keluar dari kepompong ipoh?asik guna hospital besar ipoh je and putrajaya (sama mcm cinta ini milikku jua akhirnya)..

and asal ade nama sama Adam Farhan tu mcm dlm cerpen lg satu tu?
minat dgn nama tu?

and another typical nye asik2 mamat tu handsome,sian yg tak ensem kan..

then,sume crpen awk ni utk hero&heroin bhgia msty adanya bntuan dr pihak lain kn..
Xcam Gitar Akustik(THE BEST OF URS!!)

last,site ni so dull and mcm sng je ek nak capai bhg tu..without any obstacle..

myb cerpen ni utk main2 je kan,pape pun all the best ok!
nice try mate!

alreinsy said...

best gak citer nih... x kisah la citer hospital besar ipoh & putrajaya pun... suka ati la... dia punya citer, kita baca je la... apa2 pun, best citer nih... sweet...

Anonymous said...

ala...biar la nk wt kt ipoh je..
perak kt bezt!! idop perak!! hehe

Anonymous said...

Salam..kok kelaila tapi,ada part yng buat,gua senyum,luntur meleleh jiwa rock gua