Thursday, March 5, 2009

Baju Pengantin Mak Andam Bab 27

Aleeya memandang wajahnya ke cermin. Bersiap ala kadar seperti biasa. Malam ni nak keluar dengan Zain. Mamat ni dapat cuti sampai hari Isnin. Semalam baru dia balik sini. Pergi dengan balik dari kuliah tadi pun dengan Zain. Aleeya tak paksa. Zain yang sukarela.
Aleeya keluar dari bilik sambil menyanyi kecil. Sementara menanti Zain sampai, dia menyertai Anis dan Aida yang sedang menonton dvd.
“Senang hati nampak?” Tegur Aida.
“Nak jumpa buah hati.” Sela Anis kemudian.
Aleeya hanya tersengih. “Iwa mana?” Matanya melilau mencari Iwa disegenap pelusuk rumah. Dari balik kuliah tadi tak nampak batang hidung Iwa.
“Datinglah. Apa lagi.” Balas Anis.
“Korang tak keluar ker?” Tanya Aleeya. Pelik juga kalau malam minggu cenggini dia orang berdua duduk diam-diam kat rumah.
“Esok.” Jawab mereka serentak.
“Buat double date ker?” Gurau Aleeya. Telefon bimbit tiba-tiba berbunyi. Segera disambut.
“Okeylah darling-darlingku. Wa chow dulu. Chow chin chow ek..” Kata Aleeya girang.


Aleeya merenung beg kertas di depan mata. Zain dipandang. “Apa ni?” Tanya Aleeya.
“Tengok ar sendiri.” Kata Zain.
Segera dikeluarkan isi di dalam beg kertas itu. Mata tertancap pada sebotol minyak wangi berjenama Estee Lauder. Ini kalau tak ada dalam tiga rat jangan harap boleh dapat. Aleeya memandang Zain. Minyak wangi tadi dimasukkan semula ke dalam beg kertas. Di tolak perlahan ke arah Zain.
Zain angkat kening. “Kenapa?” Dia bertanya hairan.
“Mahal ni. Aku tak ada duit sekarang.” Kata Aleeya jujur. Nak mintak buat ansuran mudah empat kali bayar pun serba salah, sebab duit yang ada sekarang ni pun nak guna untuk benda lain. Memang semedang sengkek ajerlah aku ni.
Zain menarik senyum selamba. Apalah Aleeya ni. Ingat aku buat part time jual minyak wangi ker. “Itu untuk kau. Hadiah.” Balas Zain.
Aleeya membulatkan mata. Hadiah? “Tapi mahal sangat ni. Aku tak biasa terima hadiah dari orang. Lagipun rasanya birthday aku dah lepas.” Balas Aleeya.
“Orang dah bagi, ambil ajerlah. Takkan kau nak aku pakai minyak wangi perempuan pulak. Bukan aku bagi minyak pengasih pun dekat kau.”
“Aku tak suka termakan budi. Nanti tergadai body.” Aleeya berterus terang. Sudah diajar dari kecil lagi agar jangan senang-senang menerima pemberian orang. Emak dan abah sudah puas mengajar agar pakai apa yang kita mampu. Tak perlu mengutip budi yang orang taburkan pada kita. Itu pesan mereka yang masih Aleeya ingat sehingga kini.
“Kalau takut tergadai body, jomlah cepat-cepat kita pergi jumpa tok kadi. Tak payah nak susah-susah lagi.” Seloroh Zain.
Aleeya mengetap bibir. Zain dah mula dah.

Nak tak nak Aleeya terpaksa menerimanya juga sesudah puas kena paksa dengan Zain. Ini hadiah paling mahal yang pernah dia terima selama ini.
“Terima kasih.” Ucap Aleeya.
“Kasih diterima.” Jawab Zain nakal.
Pecah ketawa Aleeya. Dah sebulan lebih tak kena sakat depan-depan macam ni. Kalau kena sakat pun dalam telefon ajer. Tak berapa nak real. Tak berapa nak drama.
“Kau rindu aku tak?” Zain bertanya selamba dengan wajah yang tidak beriak.
Ketawa yang rancak tiba-tiba terhenti. Air liur ditelan terasa tersekat di tengah anak tekak. Ngee.. Sengaja Zain ni. Tak boleh ker kalau dia ajer yang straight to the point cakap “Aleeya, aku rindu kat kau.” Tanpa sedar, Aleeya mengangguk perlahan. Errkk.. Awatnyer macam burung belatuk ajer ni.
“Rindu banyak ker rindu sikit.” Usik Zain.
Muka sudah terasa panas semacam. Kalau nak menyakat pun, agak-agaklah Zain. Agak-agak Zain ni nak kena dengan aku kut malam-malam cenggini. Buat lawak tak agak-agak. “Kau ni suka melebih tau.” Balas Aleeya geram.
Zain ketawa besar melihat wajah Aleeya yang sudah merah padam menahan geram. Berganda merah jadinya dah tentu-tentu sebab menahan malu. Sudah terkulat-kulat, sengaja cari point lain nak lari dari tajuk. “Sebelum aku lupa. Aku kena stay kat Langkawi tu lagi tiga bulan tau.” Beritahu Zain.
Air muka Aleeya berubah. Kata hari tu tiga bulan ajer. Ni kena tambah lagi tiga bulan. Lama gila mamat ni buat projek dekat sana. Buat projek kondo setinggan ker Encik Zain oiii….
Diam.
“Ni apasal buat muka empat belas ni?” Tanya Zain. Masih bersahaja seperti tidak ada apa-apa.
Ermm.. Aleeya hanya menggeleng perlahan. Tersenyum nipis. Plastik semata-mata.
“Ni mesti tak sanggup nak berjauhan dengan aku lagi kan.” Zain cuba menyakat.
Aleeya hanya menjeling dengan ekor mata. “Mana ada..”
“Tengok tu. Muka dah merah tu. Betul lah tu.” Giat Zain lagi.
Aleeya mencebik.
“Leeya.”
Diam.
“Leeya.”
Diam lagi.
“Leeya.”
“Apa dia?” Tanya Aleeya geram.
“Anda terkena BangBangBoom!!!” Ketawa yang cuba ditahan tadi pecah jua akhirnya. “Aku acah ajerlah tadi.” Sambung Zain. Makin galak dia ketawakan Aleeya.
Aleeya memandang Zain dengan geram. Pinggan mangkuk, periuk belanga, kawah rendang tok betul. Aku jugak yang terkena.
“Lega?” Usik Zain lagi.
Aleeya mengetap bibir menahan sabar. Bueeekkk…. Lidah dijelir.
“Lawa sangatlah tu buat macam tu?” Giat Zain lagi. Memanglah Aleeya ni. Pandai menghiburkan orang.
“Biarlah.”



Hari ni pergi kuliah seorang diri. Iwa punya kuliah start lambat. Lagipun Iwa sudah punya pemandu peribadi. Siapa lagi kalau bukan Encik Izzat. Bukan main lagi dia orang berdua ni. Macam belangkas. Menjadi jugak rancangan aku untuk meng’adjust’ Iwa dekat Encik Izzat ni. Zain flight balik Langkawi hari ni. Walaupun dia bercuti sampai hari Isnin, tetapi disebabkan ada kerja yang perlu diselesaikan terpaksa dia balik awal sehari.

“Aleeya.” Tegur Anita dan terus melabuhkan punggung di kerusi batu berhadapan Aleeya.
“Ohh.. Assalamualaikum.”
Anita tersengih. “Waalaikummusalam.”
“Happy nampak. Saya ingat awak nak serang saya macam hari tu.” Gurau Aleeya.
“Tak lah. I nak ucap terima kasih banyak-banyak sangat dekat you.” Kata Anita dengan gaya ala-ala minah salleh celup yang baru nak belajar cakap Bahasa Melayu.
“Terima kasih for what?” Sedikit sebanyak Aleeya cuba mengajuk cara Anita bercakap tadi. Memang jenis tak mahu kalah punya budak.
“For your advice hari tu. Your rite. Kita kena percaya pada pasangan kita.” Kata Anita dengan penuh bersungguh-sungguh.
“Owwhhh… Tak ada hal. Biasa ajer.” Aleeya mengenyit mata.
“My Bee tu, makin sayang dekat I tau. I happy sangat.” Anita sudah jelas gembiranya.
“Honey..” Tegur Adam yang tiba-tiba datang entah dari mana. Dipandangnya Aleeya.
“Bee, you buat apa kat sini.” Tanya Anita manja.
“I balik dari library tadi. Nampak you all berdua kat sini. So I singgah ler.” Kata Adam. Terus dia mengambil tempat duduk di sebelah Anita. Rambut Anita yang ikal mayang itu dielus perlahan.
Mereka bertiga duduk di atas kerusi batu yang mengelilingi meja bulat di tepi padang bersama-sama.
“Bee, you nak air tak?” Tanya Anita lembut sambil menghulurkan botol air mineral kepada Adam yang duduk disebelah.
Adam menggeleng perlahan.
Dari tadi Aleeya hanya menbatukan diri sahaja. Menyaksikan adegan romantika de amor antara Adam dan Anita di depan mata. Sakit jugak mata ni apabila menyaksikan adegan-adegan yang tidak berapa berat tapi memang tak patut dilakukan oleh pasangan di hadapannya ini. Manakan tidak, baru bercinta sudah pandai pegang-pegang. Patutlah cinta itu buta. Sebabnya, apabila bercinta tangan pun sibuk meraba-raba.
“Eh!!!.. I tertinggal my handphone dalam keretalah.” Anita menjerit perlahan. Bukan main lagi dia menyelongkar isi dalam tote bag Prada yang dibawanya. Mencari-cari telefon bimbit. “You all tunggu sekejap yer.” Anita menyambung. Kelam kelibut Anita berlari menuju ke kereta untuk mengambil telefon yang tertinggal.
Adam mengambil tempat berhadapan dengan Aleeya. Ketiadaan Anita memberi sedikit ruang untuk Adam bercakap dengan Aleeya. Semenjak berjumpa dengan Zain hari itu, tidak semena-mena perasaannya meluap-luap dengan lelaki itu kerana berjaya menawan hati Nurul Aleeya. Semenjak itu jugak dia cuba berbaik- baik semula dengan Anita. Tapi di dalam hati, Adam memberontak kerana terpaksa berpura-pura mencintai Anita.
“Aleeya saya tak bolehlah nak berlakon macam ni dengan Anita.” Gumam Adam rendah. “Saya sebenarnya dah jatuh cinta dengan awak. Sejak kali pertama saya jumpa awak.” Sambung Adam lagi.
“Apa awak cakap ni?” Aleeya bertanya. Tidak faham dengan apa yang Adam katakan tadi. Hebat sangatkah dia sebagai seorang lelaki. Sudah dipegang-pegang anak dara orang itu, semudah kata dia meluahkan rasa cintanya pada aku. Adam ini nampak luaran baik semacam. Tapi sama sahaja. Jenis yang suka touch n go juga.
“Saya tau. Awak paham.”
“Saya anggap tak lebih sebagai seorang kawan Adam. Saya tak mampu nak bagi lebih dari itu. Lagipun, ruang di dalam hati saya ni sudah sedia terisi.”
Adam meraup wajahnya. “Zain?” Tanya Adam sepatah.
Refleks. Aleeya mengangguk perlahan.
“Awak kena belajar terima Anita. Jangan kecewakan dia. Mungkin dia macam tu, tapi saya tahu hati dia baik dan yang paling penting dia sayang dan cinta sangat dengan awak. Belajar menghargai Adam.” Nasihat Aleeya lembut.
Adam melepaskan keluhan lemah.
Aleeya hanya tersenyum memandang Adam. “Saya tahu awak akan bahagia dengan dia. Yang penting sekarang, awak perlu belajar menerima segala kekurangan dan kelebihan dia dengan hati yang terbuka. Belajar untuk mencintai seorang wanita itu dengan seikhlas hati. Andai ada kesilapan atau pun cacat cela pada kelakuan dia, awaklah yang patut bertindak sebagai penasihat. Menasihati apa yang perlu. Janganlah pulak awak menunjuk perkara-perkara tak baik pada Anita tu.” Penuh makna Aleeya menyampaikan nasihatnya tadi. Harap Adam oleh faham. Segera Aleeya menyandang beg ke bahu. “Okeylah. Kuliah saya nak start dah. Jumpa lagi. Sampaikan salam saya pada Anita.” Terus Aleeya berlalu meninggalkan Adam seorang diri.

Aleeya mengemaskan sila di atas sofa. Malam ni tak ada mood nak bukak buku. Siang tadi punyalah banyak kerja. Sampai tak cukup tangan nak buat itu ini. Jadi malam-malam yang sejuk ni aku nak tengok televisyen sambil mentelaah Majalah Ujang yang baru beli semasa menemani Anis pergi ke Alamanda lepas kerja tadi. Membaca dialog-dialog lucu di dalam komik lawak antarabangsa ini, ketawa sorang-sorang dibuatnya. Sesekali mata di tala ke televisyen.
Iwa di sebelah hanya menggeleng kepala melihat Aleeya yang ketawa seorang diri membaca komik Ujang. Apa punya sindrom entah baca komik pun boleh tergelak sorang-sorang.
“Leeya!!” Jerit Anis dari dalam bilik Aleeya. Bukan Anis sengaja memecah masuk ke dalam bilik Aleeya, tetapi dia ingin menggunakan komputer riba Aleeya sekejap. Nak pinjam buat berchatting dengan Didi. Tak bolehlah nak bawak keluar bilik. Takkan nak menaip ayat-ayat one and two, two and three, three and one, one and two, I love you depan Aleeya, Iwa dengan Aida kut.
“Amende!!” Balas Aleeya dari luar. Kuat.
“Telefon berbunyi ring-ring. Ku angkat ku tanya siapa….” Anis menyanyi kecil.
“Siapa?”
“Tak tau.”
“Tengoklah kejap. Aku tengah sibuk ni.”
Anis mencebik. Sibuklah sangat budak Aleeya ni. Sibuk dengan Ujang. Apo nak dikato Jang.. Skrin telefon bimbit Aleeya dilihat. “Zain!!” Jerit Anis lagi.
Isshhh… Kacaulah pakcik ni. Segera Aleeya bangun dan mengambil telefon bimbit di dalam bilik, kemudian dia mengatur langkah ke balkoni dapur. “Hello.”
“Hai darling!!”
“Banyak ar kau punya darling. Apa hal?”
Zain melepas keluhan lemah. Entah macam mana pagi tadi masuk pejabat dapat arahan baru. Tugasnya di sini dilanjutkan lagi tiga bulan. Stephen masih belum sembuh sepenuhnya. Masih lagi bercuti sakit. Kakinya yang patah itu terpaksa disemen semula akibat masih terdapat kesan retak. “Aku nak bagi tahu satu benda ni.”
“Apa dia?”
“Aku dapat arahan kena sambung lagi tiga bulan lah kat sini.” Kata Zain lemah.
“Ha..ha..ha..” Ketawa Aleeya dibuat-buat. “Cari modal lainlah Zain kalau iya pun nak buat lawak malam-malam macam ni. Lawak ni dah jadi lawak second hand. Dah tak berapa nak laku. Minggu lepas kau dah pakai lawak cenggini.”
“Betullah. Kau ingat aku main-main ker. Aku serius ni. S-E-R-I-U-S.” Eja Zain sepatah-sepatah.
Aleeya mengetap bibir. Isshh.. Zain ni. Nak main Spell It Right pulak. “Hari tu kau kata main-main ajer?”
“Hari tu memang nak main-main. Tapi hari ni, memang betul-betul. Aku tak tau pulak mulut aku ni masin. Sampai boleh jadi kenyataan.”
“Tak apalah. Nak buat macam manakan.” Tutur Aleeya rendah.
“Lain macam ajer bunyi.” Balas Zain. “Nak buat macam mana kan. Dah kejer. Kenalah ikut. Nak kumpul duit. Nak pinang anak dara orang bukan senang.”
Aleeya memejam mata seketika. Datanglah tu idea nak mengenakan aku. “Kau tu kerja elok-elok. Jangan nak mengulat lebih ajer. Nanti, tak pasal-pasal kena duduk terus menerus kat sana pulak. Lagi satu kalau kau betul-betul nak pergi pinang anak dara orang, jangan lupa beritahu aku. Boleh aku rekemen Kak Ana jadi kau punya wedding planner. Dapat jugak aku komisen.” Balas Aleeya bersahaja.
Zain ketawa. Aleeya ni paham ke tidak apa aku cakapkan tadi ni. Nak main tarik tali pulak. Ada ker patut duit komisen pulak yang dia tengah fikirkan sekarang ni. Aku kat sini sudahlah setiap malam duk terbayangkan dia kat sana.
“Mestilah aku beritahu kau dulu. Takkan nak pinang anak dara orang main serbu datang rumah ajer. Mau tak terkezut mak abah kau kalau aku main terjah sepuluh buah kereta pergi pinang kau.” Kata Zain bersahaja.
Darah panas sudah naik ke muka. Selamat aku kat sini, Zain kat tengah pulau nun. Kalau tak, tau nak nyorok kat mana muka yang sudah merah ni. Apasal lah sekarang ni, bila Zain buat lawak terus menerus, tak kona-kona orang puteh kata straight to the point aku boleh secara automatiknya menjadi terkulat-kulat menahan malu. Kalau dulu, Zain kona kiri aku pergi kanan, Zain pergi kanan aku masuk kiri. Okey ajer.
“Leeya kau dah tidur ker? Awat hang senyap ajer ni?” Tanya Zain. Dah nak masuk dua bulan duduk di Langkawi bolehlah faham sikit-sikit orang sini punya bahasa. Banyak jugak perkataan baru yang dia dapat belajar. Ini silap hari bulan kalau balik Manjoi ni, boleh hilang ‘teman-miker’ ganti ‘depa-hangpa’.
“Errmmm..”
Zain tersengih. Ada lagi. Ingat dah tidur. Nasib tak dibiarnya aku bercakap dengan bantal sorang-sorang. “Kau kat sana, jangan nak curang. Jangan nak main kayu tiga empat lima belakang aku. Budak Adam tu jangan kau layan. Boyfriend kau ni jauh, nanti kalau terkantoi dengan awek budak tu saper nak tolong back up.” Zain tak abis-abis lagi nak menyakat Aleeya.
Aleeya mendengus geram. Tak boleh bagi muka. Makin menjadi-jadi pulak.
Ketawa Zain dari hujung talian apabila mendengar suara orang mendengus geram. “Belajar rajin-rajin. Exam nak dekat dah tu.” Sempat Zain berpesan.
Tersenyum kecil Aleeya mendengar pesanan Zain itu tadi. “Kau ni, mengalahkan abah aku pulak.” Balas Aleeya.
“Yerlah. Manusia tu sering terlupa. Tambah-tambah kau yang selalu sangat minum air ada semut. Lagilah memori cepat lemah.” Sakat Zain.
Aleeya mengetap bibir. Memang ada ajerlah dia ni. “Yerlah.”
“Kau belajar rajin-rajin. Jangan ponteng kelas. Nanti kalau kau konvo aku hadiahkan bunga ros.” Janji Zain.
“Betul ni.” Aleeya bersuara girang.
“Betul lah.” Balas Zain. “Kau nak warna merah ker atau warna puteh.” Tanya Zain.
“Apa makna dua-dua warna tu?”
“Ros puteh cinta. Ros merah love.” Jawab Zain nakal.
Satu penerangan yang rasa-rasa macam nak ketuk ajer orang yang menerangkannya. Lebih baik pergi tanya orang yang bekerja dekat Kementerian Penerangan dari pergi tanya dekat Zain. Ingat aku budak tadika ker yang Zain nak melabun sampai macam tu sekali. Buat sakit hati ajer. “Dahlah tu Zain. Aku ngantuk ni. Nak tidur.”
“Kau tak buat pilihan lagi ni. Nak yang mana?” Giat Zain lagi.
“Apa ajer pilihan yang aku ada.”
Zain sudah ketawa besar. Bangganya dia dapat mengenakan Aleeya.
“Aku nak ros kuning.” Balas Aleeya sebijik. Ada hati nak kenakan aku.
“Ek.”
“Zain… Ngantuk ni.” Rungut Aleeya. Sudah malas mahu melayan Zain.
“Okey. Tidur nanti mimpikan aku tau.” Tak habis lagi nak menyakat.
“Babai. Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam.”
Talian sudah pun dimatikan.


******
Salam semua...
Ini adalah en3 terakhir untuk BPMA. (Jangan marah. Jangan marah.)Insyaallah jika dimudahkan segala urusan, versi bercetak akan dikeluarkan. (Doakan yer...)Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang tidak pernah jemu mengunjungi blog ini. (ewah..mood sedey ar pulak) Kalian sumber inspirasi.... (from my heart)
~akubintangbiasa~

17 comments:

wo said...

hah???
biar btl??
bler nk kuar versi cetak ni??
jgn lmbt2...
huhuhuh...

Anonymous said...

xmarah..sedey T_T
lmbt lg la aku leh tau ending citer ni..
kene tggu blik mesia tercinta la..
nape la xsmbung je dlm blog ni..
leh la aku yg jauh di perantauan ni menikmati...waaa!!!
niway,tahniah..
plz inform kalo da kuar versi cetak..
nk suh adik bli siap2..hehe

-che na-

Anonymous said...

alaaa
BPMA pn ikut jejak PAM eh...
lama lg ke nk kuarnye? cpt2 sket tau...pastu wat ending best2 tau hehe

Anonymous said...

awak!!!!
GUD LUCK..
nnti da printed jgn lupe bg tau..

Unknown said...

loh...abs gni je ke? dh ah lme snyp..windu kt zain n leeya tau..x puas..xpe2..tggu yg cetak plak ah..ble kuor? huhuhu

Unknown said...

emm sedeynyerr...
agak2 bila nk kuar bukunyer yer..
sy pasti akan tungguuuuu ;-)

Cik Illya said...

bila erk nak kuar novel nie?jangan lupa inform yer

Miss Kira said...

laaaaaa..x tau ending dia la camni..waaaaaaaaaaaaa.. x suka la..apa apapun congrat la..bila nak kuar..harap2 taun ni la..

Anonymous said...

ala x sonokla.... knape taknak smbungjer kat blog nie....tak yah cetak2. org ade kat london skrg nie. 2 thn lagi baru balik sane... sedeynyerr. huhuhuhuhuhuh.

Mrs. Shamsul said...

bila dh kuar yg bercetak, war2kan la kt kami suma.... penantian 1 penyeksaan...

miss annys said...

salam..awk if dh dterbitkan bku n bley bli on9..boley inform kt sy x... xsbr le nk tggu nie..hehe..
ni emel sy..an_az87@yahoo.com
tlg ye awk..xnk la tlps nvel cter awk ni..thanx.

Anonymous said...

sakit hati...apasal semua cerita yg aku bacer nk diterbitkan...dah la aku ni sengkek..nk beli x mampu..( masa sekarang nilah)..pepepe pon tahniah...cayok2..bila da keje aku beli novel ko...
nuyoi_noya@yahoo.com

Anonymous said...

akak,

bila nak keluar ye? boleh tak nanti akak email dekat sy bula dah keluar

wai_shams@yahoo.com

thanks

p/s: dah lama jd silent reader, hr ni br teringat ttg cerita ni, x sabar nak tahu ending :(

arissa said...

congrats!!!
aku da baca buku Baju Pengantin Mak Andam ni..memang best giler..
congrats again...

Azalina M.Salleh said...

hai kak... kita dah beli novel ni.. huhu tak sabar nk baca... nk kena cri feel n masa yg betul2 senggang... hehehe next novel aper lak...
kita nk link blog akak boleh

syukri0235 said...

Baru habis baca novel nie setelah di'rekemen'kan oleh member ^_^ suka dengan gaya penulisan dalam novel BPMA.. Menarik... x membosankan...

Anonymous said...

Akak , best giler novel . Tapi , sedih time dyeorang berperang , Apepun , best gier -giler . Chayok -Chayok kak :)