Tuesday, November 11, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 6

BAB 6
Nokia 6500 Slide beralun irama Umbrella nyanyian Rihanna menandakan ada panggilan masuk minta segera dijawab. Skrin telefon bimbit dilihat. Kak Ana.
“Holla kak.” Aleeya menjawab malas. Mengganggu sungguh Kak Ana ini. Tak bolehlah tengok orang nak bersenang lenang duduk releks sekejap.
“Amboi. Penat sangat ker.”
“Penat ar. Ni pun baru balik rumah. Baru nak golek-golek atas katil dah terima gangguan teknologi.” Macam tak paham Kak Ana ni. Buat-buat tak tahu. Mestilah penat orang baru balik siapkan kerja dia dekat rumah orang kenduri tu. Itu pun lagi mahu tanya.
Dihujung talian terdengar suara Kak Ana mengekek ketawa.
“Golek-golek jangan sampai jatuh tergolek. Nie mesti kes makan ayam golek kat rumah kenduri tadi ni.”
“Hahahaha.. Gelaklah lagi.” Aleeya mengajuk Kak Ana ketawa. Ngee… akak sorang ni memang mengacau kedamaian orang sungguh. Menganggu ketenteraman awam. Memecah masuk privasi orang.
“Kak Lina call akak tadi. Dia kata you did very well. Kira dah pass lah kalau nak bukak satu lagi cawangan Butik Seri Pengantin dekat Putrajaya nanti.”
“Well… you know me. See the leg ar kak.” Riak semacam bahasa yang dipakai.
Aleeya senyum. Senyum bangga. Alamak seyh… aku dipujilah. Tak salah nak jadi riak kejap. Hidung dah kembang semacam ni dengar kena puji. Ni kalau Kak Ana berdiri depan aku ni, mesti kepala kena luku sebab berlagak riak kerek semacam depan mentor sendiri.
“Poyo. Akak tak abis ayat lagi tadi tu. Kerja okey. Tapi kenapa lambat datang rumah customer. Nak kena ni. Bagi reputasi buruk dekat Butik Seri Pengantin. Nasib Lina tu member kamcing akak dulu. Boleh counting-counting.”
Aleeya ketawa. “ Masalah yang tak dapat nak dielakkanlah Kak Ana. Nak buat macam mana. Tapi kan akak, sorry to say lah, yang Leeya memang tak berminat nak bukak satu lagi cawangan Butik Seri Pengantin dekat Putrajaya tu. Tak larat lah. Nak buat kerja macam ni. Terkejar sana. Terkejar sini. Lagi pun Leeya bukan berotak bisness macam Kak Ana. Kak Ana yer lah, ada otak putar alam yang first class. Lagipun ini last lah orang jadi bidan terjun untuk akak. Lepas ni taknak ar.”
Eh..eh.. Budak Aleeya ni. Suka-suka hati masak cabai bubuh daun bawang ajer mengata aku ada otak putar alam first class. Itu namanya kes buat-buat tak perasan terkutuk Kak Ana dia ni secara halus. “Lor kenapa seyh!!” Kata Kak Ana.
“Malaslah nak melayan kerenah orang ni.”
“Macam tu pulak. Balik bila?.”
“Isnin. Lepas makan tengah hari.”
“Esok buat apa?.”
“Apalah akak ni. Esok Ahad. Leeya nak lepak-lepak kat rumah. Nama ajer balik kampung. Tapi tak melekat kat rumah. Mak dah bising.”
“Jom keluar makan esok.”
“Saper belanja?” Aleeya bertanya pantas.
“Ek elleh.. kerek pulak.”
“Yer la. Karang tak pasal-pasal Kak Ana paw orang suruh belanja pulak.” Aleeya tersenyum. Masih segar di dalam ingatan macam mana Kak Ana telah bersekongkol dengan Rozy nak kenakan aku masa aku mula-mula dapat gaji dulu. Tak berhati perut dia orang tinggalkan aku seorang diri di kaunter MacDonalds lepas order apa yang dia orang berdua mahu makan. Menggigil tangan nak keluar duit masa tu.
“Cess!!.. Selalu Leeya paw Kak Ana, akak tak bising pun.”
“Akak lain. Big bos. Orang kuli ajer.”
“Aleeya dengan Rozy sama ajer. Tau nak paw bos besar ajer.” Tune suara Kak Ana diubah sikit. Bunyi macam orang dah dekat nak merajuk.

Aleeya ketawa. Lawak ar ayat kak Ana ni. Boleh pulak buat tune suara ala-ala budak kecil merajuk dengan emak abah dia sebab tak dibelikan lollypop Chupa Chupp perisa strawberry. Langsung tak menunjukkan umur dah dua puluh tujuh tahun. Bersembang dengan dia macam bersembang dengan member-member sebaya aku ajer.
“Kak Ana.”
“Ermm.”
“Leeya tengokkan, akak dengan Rozy tu macam ada something was goes wrong somewhere ajer.” Sengaja Aleeya mengusik Kak Ana. Memanglah Kak Ana dengan Rozy tengah cuba sedaya upaya bekerja keras nak menyorok sesuatu dari pengetahuan aku. Macamlah aku tak tau.
“Ni apa kes ciplak dialog Makcik Mary mak tiri Zoela ini. Tau la minat sangat tengok drama Sindarela tu. Kreatif la sikit. Guna ayat sendiri.”
“Nak kona la tu.. Akak ni ada apa-apa ek dengan Rozy tu.” Sakat lagi Aleeya..Jangan berhenti.. Biar Kak Ana mengelabah macam labah-labah sebab takut tembelang dia pecah.
“Mengarutlah.”
“Siapa yang mengarut. Lain macam ajer mata Leeya ni tengok akak dengan Rozy. Dekat butik boleh pulak gurau-gurau manja main pukul-pukul. Elleh… lagi mahu kata Leeya mengarut.”
“Ni sejak bila jadi dah pandai main tuduh-tuduh akak ada skandal dengan Rozy ni. Sungguh tak berasas tuduhan yang dilemparkan itu. Dahlah. Malas akak nak layan kamu ni. Pergi tidor. Esok jangan lupa. Kita jumpa dekat Restoran Maxwell. Barang-barang akak tu jangan lupa bawak jugak. Jangan nak buat harta sendiri pulak.”
“Wah!! Bestnyer ada orang nak belanja dekat Restoran Mexwell esok. Akak, Leeya nak makan ikan siakap tiga rasa, udang goreng tepung, sup ekor, sayur campur dengan daging masak merah. Nasi putih nak dua pinggan. Alang-alang orang dah bermurah hati baik kita balun sampai lebam.”
“Hebat ajer. Badan kecik makan banyak.”
Aleeya ketawa.
“Okeylah. Jangan lupa esok. Babai. Assallamualaikum.”
“Babai. Waalaikummusalam.” Talian dimatikan.

Aleeya menangadah ke siling memandang kipas angin yang sedang berpusing laju. Nasib tadi tak jumpa dengan Mat Zain lagi. Kalau tak…. Hehehehe… Aleeya tersenyum sendiri. Confuse aku dengan mamat sorang ni. Tapi Mat Zain ni kira okey jugak aku tengok. Not bad. Walaupun tak macam mirip dengan mana-mana selebriti tapi boleh tahan jugak. Tinggi. Encem pun yer jugak. Hahahaa… Ini apa kes tiba-tiba duk terfikir terbayang Mat Zain yang baru kenal tu. Kes apa lagi, kes satu wayar dah tercabut sebab penat sangat. Nyaris-nyaris tak short. Bahasa senang, penat gila tahap gaban Perwira Satria Perkasa Hitam. Baru dua hari pegang profesion jadi mak andam tak terlatih kepala dah macam tak berapa nak betul.

“Lambat.” Mukadimah Kak Ana dengan muka seposennya.
Aleeya tersenyum. Tapi riak muka Kak Ana tak berubah lagi. Masih dengan muka seposennya tadi. Tapi rasanya mungkin dah jadi muka satu sen. Kak Ana satu sen.. Kak Ana satu sen…(tolong nyanyi pakai tune lagu Esah Lima Puluh Sen). Sebab muka Kak Ana dah naik merah-merah tembaga macam duit satu sen sahaja kerana tahan geram dengan perangai Aleeya. “Sorry. Biasalah. Susahlah nak lepaskan diri dari rumah tu.” Alasan diberi. Mintak-mintak kesalahan patik yang tidak disengajakan ini dapat diampunkan.
“Habis macam mana boleh bolos.” Rozy ambik turn.
“Bersedia atau tidak bolos saja dinding itu.” Aleeya tiru gaya Zizan dalam gameshow Bolos di Astro Ria.
Kak Ana buat muka bengang. Tadi buat muka seposen tak laku. Aku rasa macam nak tukar jadi Incredible Hulk ajer, biar Aleeya jadi takut sikit.
Melihat muka Kak Ana yang dari tadi tidak berubah, Aleeya tunduk ke bawah. Dia kemudian bersuara sedikit kendur.“Alah Kak Ana ni. Leeya main-mainlah. Itu pun nak bengang.”
“Main-main!!…Main-main!!.. Kecik-kecik dulu tak puas main-main ker?”
Aleeya buat tak tau. Apa kena akak aku ni. Angin apa yang datang melanda. Aku Cuma lewat.. ermm..errmm.. satu jam ajer. Satu jam ajer?. Hatinya bertanya sendiri. Nak buat macam mana, dah susah nak lepaskan diri tadi. Ni pun sebelum datang dah kena tadah telinga dengar ceramah dari penceramah tak bertauliah.
“Come on gurl. Be matured. Dah 22 tahun. Dewasa sikit.”
“Rilek lah kak. Leeya muda lagi. Baru 22 tahun.”
“Sebab tu Zul tinggalkan Aleeya tau. Tak pernah nak jadi dewasa. Semua benda nak buat main-main.” Sekali Aleeya kena sembur dengan Kak Ana daa….
Berdesing telinga Aleeya mendengar nama itu. Zul. Nama sebenar Azizul Izlan bin Mohd Rahim. Ini yang buat aku hangin ni. Tiba-tiba nama itu disebut-sebut depan aku. Kak Ana macam tak tau yang aku allergic mendengar nama mamat tu. Temperature dah naik. Terangkat kening Aleeya sebelah memandang Kak Ana.
“Akak kalau bengang dekat Leeya just marah Leeya sorang ajer lah. Ni apa hal pulak nak ungkit-ungkit nama si mamat tu depan meja makan. Dahlah allergic dengar nama dia tu. Buat patah selera.” Nada dah macam merajuk sikit tu.
Rozy memberi isyarat mata kepada Ana agar memujuk balik adik kecil yang tengah merajuk itu.
“Sorry lah Leeya. Akak nak nasihat Leeya. Jangan selalu main-main. Leeya dah besar.”
“Yer lah. Nasihat tu nasihat ajer lah. Dah memang Kak Ana ni penasihat kiri kanan depan belakang Leeya. Ni sampai terkeluar nama mamat tu apahal. Ni yang buat beta hangin ni.” Tak kira. Aku nak merajuk lama sikit. Bagi gelabah akak sorang ni cari akal macam mana nak pujuk aku.
“Yer la. Akak mintak maaf. Anggap ajer yang tadi tu akak main-main ajer.”
“Main-main.. Main-main. Masa kecik-kecik dulu tak puas main-main ker?” Aleeya fired Kak Ana dengan sebijik-sebijik word yang Kak Ana hentam dia tadi.
“Tiru ayat akak tu. Mana aci.”
Uwekk.. Aleeya menjelirkan lidah.

Kemudian datang pelayan restoran membawa hidangan yang telah siap dipesan.
“Eh.. Bila masa order.” Aleeya buat muka yang konon-kononnya macam pelik. Peliklah sangat…Ikutkan dia baru sahaja sampai tapi hidangan dah siap tersedia lebih cepat dari biasa. Keadaan di restoran ini memang macam kebiasaannya. Penuh dengan orang yang ingin datang menjamu selera. Rata-rata bersama ahli keluarga. Hidangan paling special sudah tentu ikan siakap masak tiga rasa dan juga sup ekor istimewa.
“Nak order tak payah tunggu Leeya. Kita orang dah hafal apa menu Aleeya.” Rozy berkata. Sambil tangannya sibuk membantu pelayan restoran memindahkan hidangan yang dipesan dari talam ke meja.
“Wah.. baguslah. Dah hafal makanan favourite Leeya kat sini.” Aleeya bersuara girang. Macam kanak-kanak riang.
“Yer la. Macam mana tak hafal kalau setiap kali kita makan kat sini semua menu sama ajer. Dah la tu, dia sorang ajer diberi mandat diraja buat pilihan menu apa nak makan. Ni dia. Ikan siakap masak tiga rasa, sayur campur, udang goreng tepung, daging masak merah and last but not least sup ekor special baik punyerr.. Cukup!!” Perli Rozy.
Aleeya mencebik bibir apabila kena perli bertubi-tubi tanpa henti dengan Rozy. Kemudian bibir kembali mengukir senyuman segaris. “Perfect. Ni buat aku sayang kau lebih la Rozy.”
Rozy tersengih. Memang kaki mengampu. Kaki kipas orang.
“Rozy tukang order ajer. Yang bayar Kak Ana tau.” Sampuk Kak Ana. Ada ker patut Aleeya sayang Rozy sorang ajer. Aku yang tukang keluar duit dia buat tak nampak ajer.
Aleeya dengan Rozy sama-sama ketawa mendengar luahan rasa ketidakpuasan hati Kak Ana tadi.

Doa dibaca sebelum semua menjamu selera.
“Aleeya, tadi kata hilang selera nak makan.” Kak Ana sengaja mengusik.
“Ah!!.. pedulikan dengan semua itu. Leeya tak kira. Dah lama Leeya mengidam nak makan kat sini. Dah dapat peluang ni biar orang balun sampai lebam.”
Kak Ana menggelengkan kepala. Ek ena.. Cam iya-iya ajer tadi dia naik angin bila aku mention nama Zul kat depan dia. Banyak agenda dalam kepala budak ni. Pandai betul dia buat drama. Drama Queen!!!!
“Aleeya ambik ni.” Kak Ana menghulurkan sekeping sampul surat berwarna coklat kepada Aleeya.
Sampul surat beralih tangan.
Aleeya tersengih memandang sampul surat tersebut. Kali ini pasti, dia tersengih macam kerang busuk. Sebab dah masyukk……
“Apa ni kak?” Sengaja mengutarakan soalan bodoh. Padahal awal-awal lagi dah tau isi didalamnya. Cuma berapa keping tu ajer yang tak dapat nak dipastikan lagi.
“Budak kecik main belon, buat tak tau konon. Piirrahhh.” Balas kak Ana.
Aleeya membuka sampul surat tersebut. Mulutnya terkumat-kamit mengira not-not lima puluh ringgit. Kemudian mukanya menguntum senyuman mekar.
“Thanks kak. I lap you lah kak.”
“Tau. Leeya memang hari-hari lap akak sampai berkilat. Tapi ingat tau Leeya. Kena jugak cari somebody untuk kamu cakap ‘I LOVE YOU’ suatu hari nanti. Takkan sampai bila-bila nak pegang title Miss Single And Available.” Kak Ana tersenyum puas. Puas jugak dapat kenakan budak Aleeya ni.
“Ke situ pulak akak ni.” Aleeya mencebik. Tapi dia tetap berselera makan.
“Leeya apa kes dengan pengapit lelaki tu yang namanya..ermm..” Dahi Kak Ana berkerut-kerut cuba mengingati nama yang disebut oleh Harlina malam tadi. Katanya pengapit lelaki dengan mak andam diraja berantakan pasal kes nak pakai samping. Ni lawak apa pulak. Samping punya hal sampai boleh bertikam lidah pulak.
Hampir tersedak Aleeya apabila Kak Ana bertanya mengenai pengapit lelaki itu. siapa lagi. Mat Zain lah. Rozy yang duduk bertentangan dengan Aleeya segera menghulurkan air. Nasib tak tersedak tadi.
“Zain.” Gumam Aleeya rendah.
“Hah!!... betul lah tu. Zain.” Baru Kak Ana teringat dengan nama itu selepas diberitahu oleh Aleeya tadi walaupun suara dah macam orang berbisik bercakap di dalam kelambu.
“Tak ada apa la kak. Mat Zain tu lah. Menci Leeya tengok. Poyo semacam. Ada ker patut kak dia pun sibuk-sibuk nak pakai samping berbunga-bunga pintal macam pengantin. Orang tanyalah balik. Keris dengan tanjak pun nak jugak ker? Dia slumber ajer jawab kalau ada bawak lebih apa salahnya. Ek enaa.. macam apa ajer. Lepas tu masa Leeya tengah sibuk pakaikan dia samping Leeya sengaja cucukkan pin kat perut dia. Padan muka.” Panjang lebar Aleeya bercerita. Mengingati kembali bagaimana muka Zain yang menjerit kesakitan akibat kena cucuk dengan pin membuatkan Aleeya ketawa. Lawak sungguh muka dia. Berkerut-kerut menahan sakit. Macam budak baru masuk jawi.
“Lina kata Zain tu bujang lagi tau. Baru dua puluh lima tahun. Belum masuk kategori bujang trang tang-tang lagi.”
“So? Ada Leeya kesah ker.”
“Eksen.” Balas Kak Ana sepatah. Nasi di dalam pinggan disudu dan dibawa ke mulut. Dari tadi bersembang asyik sangat bersembang. Ingat nak cucuk-cucuk budak Aleeya suruh dicerita mengenai lelaki yang hanya dikenali dengan nama Zain itu. Menurut laporan yang diterima dari Harlina malam tadi, Zain macam suka kat Leeya. Tapi Leeya jual mahal sangat. Itupun lepas Zain senyum-senyum masa mintak nombor telefon Aleeya dari Harlina. Tapi Harlina tidak memberi. Kalau betul anak jantan konon gentleman mintak sendirilah. Daripada apa yang diberitahu oleh Harlina, Zain adalah junior suaminya semasa di UTM Skudai dulu. Sekarang menjawat jawatan sebagai jurutera disebuah syarikat pembinaan beribu pejabat di Bangi. Dah dekat sangat la tu. Zain di Bangi. Aleeya Putrajaya. Ikut gate belakang Pricint 4 dalam sepuluh minit dah boleh sampai ke Bangi. Sabtu Ahad dah tentu-tentulah Cik Aleeya sama ada nak atau taknak kena turun ke Bangi jugak. Dah nama pun student part time dekat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Aleeya pun pernah cerita, dia selalu berlatih futsal di Bangi dengan budak-budak pejabat dia setiap hari Rabu. Sejak bila minat futsal itu masih lagi menjadi tanya. Penyokong nombor satu skuad seladang itu dah sedia maklum. Tapi pasal futsal-futsal ni aku pun tak berapa nak pasti macam mana Aleeya boleh terjebak. Mungkin terpengaruh dengan siri Gol Dan Gincu kut. Itu cerita pasal futsal. Kalau bukak cerita pasal hobi baru dia ni memang interested habis. Bukak cerita pasal Zain, Aleeya macam malas ambik port pulak.
Suasana jadi diam seketika. Semua sibuk menikmati hidangan yang tersedia di depan meja. Aleeya makan dengan penuh berselera. Rasanya dah lama tak rasa makanan di restoran ini.
“Lepas ni lepak dataran jom!!..” Rozy mengeluar usul selepas mereka selesai makan.
“Good idea.” Kak Ana menyokong sambil memetik jari.
“Sorry Leeya tak boleh join.” Aleeya menarik diri.
“Kenapa?” Tak puas hati. Rozy dan Kak Ana bertanya serentak. Memandang Aleeya.
“Esok orang dah nak gerak balik. Nak rehatlah. Lagipun orang dah janji dengan mak balik awal hari ni. Tak tahanlah kalau kena tadah telinga lagi nanti.” Alasan lengkap yang bukan dibuat-buat macam kebiasaannya. Memang kenyataan. Mahu emak mengamuk sakan kalau malam ini pun aku balik lewat lagi.
“Lagipun orang malas la nak kacau daun pasangan bahagia mau karang ayat-ayat cinta atas kerusi batu tepi Dataran Ipoh tu.” Aleeya menyambung. Muka dah tersengih-sengih kerana puas dapat usik dua orang dihadapannya itu.
Sebelah Rozy tenang tak berkocak. Buat-buat tak dengar. Kak Ana pulak muka dah naik merah macam baru kena tonyoh dengan blusher Jenama Loreal macam Maya Karin selalu pakai. Aleeya dihadapan ditenung macam nak telan hidup-hidup.
“Macam-macam punya budak kecik.” Rozy buat ayat pelindung diri sendiri.
“Leeya yang macam-macam ker atau dua orang budak besar ni yang macam-macam. Muka Kak Ana dah merah semacam macam pakai blusher brand Loreal Kerana dirimu begitu berharga tu apa kes.” Aleeya bersuara selumber sambil mulut dijuih-juihkan ke arah Kak Ana.
Segera Kak Ana menunduk muka mengadap meja. Kemudian dia menegakkan kepala semula memandang tepat ke arah Aleeya. “Tak ada kes lah. Dah tu. Jom balik.” Kak Ana berkata geram. Geram pun ada dengan Aleeya ni. Boleh pulak buat serangan hendap jerangkap samar dirinya dengan Rozy. Nasib baru lepas makan. Kalau tak ditelan Aleeya hidup-hidup macam anaconda. Ngee…






3 comments:

Anonymous said...

bestla..bila nk sambung lg nie? hehe...x sabar sis nk tunggu1

♥corcraze♥ said...

bestnye awakk!!!
xrase mcm bace novel langsung sbb sumenye mcm belayar kat dpn mata dlm bntuk drama!
haha..best giler!
Roxy+Ana,Leeya+Zain=Perfecto!

Anonymous said...

best la...syok3...tak bosan sungguh...mcm tengah berlayar di depan mata je citer ni....teruskn lagi ler..best2!!kita layan........,