Wednesday, October 28, 2009

2 X 5 Bab 17

“Akak memang pujilah kamu berdua ni. Pasangan suami isteri contoh. Sudahlah secocok. Sehati sejiwa pulak tu. Boleh ajer dua-dua tidur dekat hospital yang bising dengan macam-macam bunyi.” Kata Kak Nab dengan hilai tawanya.
Syakirin sekadar tersenyum. Mukanya merah menahan malu bila Kak Nab sengaja ajer mencari point untuk mengenakan dirinya dengan membuka cerita romantika de amor sama-sama tidur di atas bangku hospital beberapa minggu yang lepas. Kak Nab kan. Kalau sekali dia dapat bercakap payah nak berhenti. Zaim pun satu. Apahallah malam tu dia turut sama buat taik mata sekali. Ini kak Nab dah dapat cerita habislah. Asyik isu tu ajer yang disebutnya.
Tangan kanan Syakirin berhati-hati memotong pudding roti di dalam lengat. Nak melayan celoteh kak Nab yang tak sudah tu satu kerja pun tak jalan lalu celoteh Kak Nab itu dibiarkan sahaja.
Kak Nab sekadar tersengih apabila melihat muka Syakirin sudah merona merah. Tangannya ligat menggoreng bihun goreng tomyam di dalam kuali. Syakirin hanya menikus sahaja. malu barangkali kena usik sebegitu. Kak Nab meneruskan kerjanya. Sikit lagi orang masjid sampai. Hari ini majlis doa selamat di rumahnya. Dia berhajat sangat nak buat majlis ini sempena Afiq yang telah selamat keluar dari hospital. Penyakit asma ini bukanlah boleh sembuh dengan mudah. Tapi bila Afiq si bongsunya ini yang telah terselamat dari bahaya membuatkan dia insaf di atas segala perbuatan busuknya selama ini. Dia pun tidak menyangka yang suami isteri yang selalu menjadi bahan berita topic hangatnya itu sudi menghulurkan bantuan. Kalau tidak pasti dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada Afiq. Dia benar-benar insaf. Semua yang berlaku ini memang ada hikmahnya. Kini dia telah pun berbaik-baik dengan Syakirin suami isteri. Dia pun telah pencen dari menjadi ahli mesyuarat tingkap. Taknak dah buat dosa. Taubat!!
“Kak Nab, pudding ni Rin dah siap potong. Nak diletak di atas apa?” Syakirin bertanya. Tuala Good Morning putih bersih dicapai. Tangan yang sedikit melengas itu dilap.
“Letak ajer atas tray tu. Letak ajer sebelah menyebelah dengan agar-agar pandan.” Beritahu Kak Nab.
Dengan berhati-hati Syakirin mengangkat satu persatu pudding roti yang telah dipotong itu dengan menggunakan hujung pisau. Puding diletakkan di atas tray bersebelahan dengan agar-agar pandan.
“Kak Nab orang masjid dah sampai!!” Terdengar suara dari muka pintu dapur.
“Hah!!! Im. Tolong Kak Nab angkat bihun goreng ni bawak ke depan. Kirin nanti bawak semua kuih-muih ni ke depan sekali yer. Akak nak sambut tetamu.” Arah Kak Nab bagai seorang bos besar. Selesai memberi arahan terus ajer Kak Nab berlalu ke hadapan.
“Siapa masak ni?” Soal Zaim perlahan di tepi telinga.
“Eyyhhh!!! Encik Zaim. Control yourself okey. Ini rumah orang. Jangan nak bermanja tak kena tempat.” Gumam Syakirin perlahan.
Zaim hanya ketawa kecil bila tak pasal-pasal kena sound setempek dengan Kirin. Dia terus berlalu menatang tray berisi bihun goreng yang penuh untuk dibawa ke meja hidangan. Dia tau Syakirin sudah rimas. Tapi dia sengaja mahu mengusik. Dia suka bila muka Syakirin bertukar merah. Dia suka bila Syakirin mula mencebek. Dia suka bila Syakirin mula membebel dengan kata-kata pedasnya itu. Itu yang buat dia terpikat. Itu yang buat dia terpesona. Jika bukan kerana gila-gila bahasa Syakirin, tak mungkin dia bisa jatuh cinta lagi pada gadis yang tidak pernah langsung terfikir di kepala, terlintas di hati dan termasuk di dalam carta gadis-gadis idamannya sebelum ini. Tapi sayang itu boleh dipupuk. Cinta itu boleh disemai. Sayang tu sudah pasti. Cinta itu akan dia semaikan lagi dihati. Walaupun dihati bukan seratus peratus cinta untuk Syakirin, tapi setiap malam usai sahaja solat dia tidak lupa berdoa kepada tuhan, agar dipermudahkan jalan untuk dia terus melupakan cintanya terhadap Sofea dan diganti dengan Syakirin. Sofea hanya kenangan. Syakirin adalah masa depan. Itu kenyataan. Lagipun dia tidak mahu merosakkan hubungan perkahwinan yang suci ini.
Syakirin mencebek bibir. Mukanya terasa merah kembali. Membahang sahaja. Ngeee… Zaim ni. tak kenal mana port dia nak beromantik. Naik lemas. Sejak malam di hospital itu, hubungan dia dan Zaim semakin pulih. Mulut Zaim pun sudah pandai tidak menyebut nama Sofea lagi. Malah, sekarang ini, hubungan mereka adalah atas nama suami isteri yang sebenar-benarnya. Bukan lagi hanya sekadar teman serumah. Sekarang ini sudah jadi teman sebilik. Zaim yang menyuruh dia pindah ke bilik Zaim. Katanya pelik sangat rasanya husband and wife tidur bilik asing-asing. Elllehhh… Tu siapa punya idea pelik. Kalau bukan dari kepala otak Zaim tu. Kirin akur. Sekarang ini dia benar bahagia. Tapi tu lah. Dah terlebih romantic pun payah dibuatnya. Langsung main redah ajer nak bermanja-manja tak tau yang sekarang ini dekat rumah orang. Zaim memanglah tau. Suka buat dia tersipu-sipu jadi malu kucing dan terus tiba-tiba control ayu.
******
“Buat apa?”
Zaim menoleh ke kiri. Syakirin sudah melabuhkan punggung disebelahnya. Matanya ditala kembali ke dada langit yang terbentang luas.
“Satu..dua …tiga…” Syakirin mengira macam budak tadika baru nak belajar ilmu hisab. Kepalanya didongak ke atas sambil jari telunjuk di tala pada bintang-bintang dilangit.
“Awak buat apa ni?” Zaim bertanya geram. Ek elehh… Ini perli namanya.
“Kira bintang.” Jawab Syakirin bersahaja. Dia tersengih mempamerkan gigi putih bersihnya.
“Banyaklah awak.” Kata Zaim sambil nakal tangannya menarik tocang Syakirin yang di ikat tinggi.
“Janganlah.” Ngomel Syakirin. Zaim dijeling. Paling tak suka bila kena tarik rambut macam ni. Sakit tau!!!
“Rin…” Panggil Zaim panjang.
“Apa dia?” Syakirin bertanya malas.
“Saya rasa awak cantik tau kalau bertudung. Sampai bila nak jadi manusia hipokrit yang plastic semata-mata. Kalau abah dengan mak tau yang awak boleng ajer macam ni kat sini mesti dia orang kecewa. Lagipun awak tak cantik langsung bila buat rambut macam ni. Fiqa pun dah berhijrah. Awak bila lagi.” Tutur Zaim perlahan. sudah lama dia ingin menegur hal yang satu itu. baru mala mini terluah. Pada dia, aurat Syakirin itu biarlah untuk tatapan matanya seorang, bukan untuk dikongsi dengan orang lain.
Syakirin menjulingkan mata ke langit. Janganlah nak disamakan dirinya dengan Fiqa. Fiqa tu dah sampai seru. Tapi Fiqa tak boleh blah jugak. Di sebalik tudung yang dipakai, di dalamnya tetap upgrade. Digital perm!!! Itu yang tak tahan tu. Kalau dengan dia memang kalah. “Saya tak ready lagi.” Katanya jujur.
“Takkan nak buat benda yang dituntut tu pun nak tunggu ready ke tak. Kirin, dosa awak tu tergalas dibahu saya tau sekarang sebab awak tu dah jadi tanggungjawab saya.”
Syakirin menjuling mata ke langit. Arrggghhh…Bila Zaim sudah masuk mode ustaz dia tu bukan berani dia nak membidas. Karang terkeluar semua hokum, semua hadis, semua dalil siap bagi contoh sekali malam-malam buta macam ni. Bukannya aku ni tak nak dengar apa yang Zaim katakan. Betullah apa yang Zaim cakap tu. Tak ada yang tak betul melainkan yang betul-betul belaka. Tapi sungguh aku tak sedia. Aku nak buat benda dengan seikhlas hati. Buat tak ikhlas jadi macam yang sekarang ni lah. Setiap kali balik kampong, masuk ajer tol Simpang Pulai baru sibuk-sibuk mencari tudung Ikin Mawi yang beli dekat pasar malam Pricint 2 tu. Main sauk ajer. Janji bertutup. Kalau tidak memang teruk ar kena dengan abah. Tu yang nak dielakkan.
“Okey…Okey…Saya akan buat kalau saya betul-betul dah ready okey. Saya janji. Bagi masa sikitlah.” Kata Syakirin mengalah. Kedua tangan diangkat. Dia akan buat. Cuma bagi masa. Bukan dalam masa terdekat ini. Bagilah dia boleh master fesyen-fesyen bertudung zaman sekarang ni. Tak mau lah sekadar pakai ala-ala mak minah nak ke pasar ajer. Tak ada kelas!! Paling tidak nak pakai tudung macam yang dijual dekat Ariani atau pun Ratu. Sangat teruk kau Rinn. Nak pasang niat pakai tudung pun kena pakai ikut standard yang dijual dekat Ariani ataupun Ratu. Fuuuhhh.. Teruk lagilah Zaim kena lepas ni. Syakirin senyum penuh makna.
Zaim melepaskan keluhan lemah. Susahnya nak bercakap dengan orang yang tak dengar cakap ni. Nak ajer disekeh-sekeh Syakirin ni. Nak tunggu dia punya ready tu aku rasa kucing dah bertumbuh tanduk pun belum tentu dia dah ready. Kotak Benson and Hedges dibuka. Sebatang rokok dikeluarkan dari dalamnya. Pemetik api dipetik lalu dicucuh pada punting rokok yang terselit di antara jari telunjuk dan jari hantu. Menyala sahaja hujung rokok, terus dibawa masuk ke dalam mulut. Disedut perlahan penuh nikmat. Asap dilepaskan perlahan. Ini dia belajar ambik masa mula-mula ditinggalkan oleh Sofea tu dulu. Rasionalnya adalah untuk menghilangkan stress. Dia bukan perokok tegar. Tapi sekali sekala tu layan jugaklah. Barulah stylo gitu. Asap rokok dihembuskan keluar dari dalam mulut.
Melihat Zaim yang sedap sangat merokok disebelah membuatkan duduk Syakirin sikit tidak selesa. Dia memang pantang dengan orang yang merokok depan-depan orang ramai. Walaupun keadaan sekarang ni hanya dia seorang ajer disebelah Zaim, tapi dia tetap orang. Agak arkitek sorang ni tak tau kut bahaya rokok ni bukan pada perokoknya sahaja tapi melibatkan orang sekeliling jugak. Agak arkitek sorang ni tak takut kut dengan amaran keras kerajaan dan gambar-gambar yang menakutkan itu pada kotak rokok. Atau pun arkitek sorang ni macam dia jugak. Degil!! Owhhh… aku tak pakai tudung dia tau pulak kata dosa. Habis tu yang dia duk merokok semedang membakar duit tu tak dosa jugak ker. Mengata orang nombor satu. Melihat Zaim begitu menikmati Benson and Hedges dimulut dengan nakal tangan Syakirin menariknya keluar. Cepat-cepat punting rokok yang masih tinggal separuh itu dibuang ke lantai garaj. Cepat-cepat jugak dia memijaknnya dengan selipar jepun yang dipakai. Siap buat twist sekali. Selesai satu tugas.
“Apa ni!!” Zaim mendengus geram sambil terbatuk kecil. Nasib tak lemas tadi baru nak sedut tiba-tiba kena tarik keluar.
“Owhhh..Cakap saya pandai. Yang awak tu hisap rokok dekat depan-depan saya boleh lah pulak ek. Saya tak bertudung pun tak pernah nak menyusahkan orang tau. Tapi kalau awak nak tau, asap rokok awak tu boleh membahayakan kesihatan saya jugak.” Syakirin pula sudah masuk mode ala duta kempen TakNak pulak.
“Tapi…”
“No tapi-tapi. Tau tak dah berapa banyak duit kerajaan habis buat kempen bahaya merokok. Jangan degil okey. Saya paling tak suka orang yang merokok. Membakar duit ajer. Duit rokok awak tu baik simpan masuk ASB. Lagi baik. Bila dah tua nanti boleh buat beli rumah banglo tiga tingkat sebiji.” Potong Syakirin sebelum Zaim sempat nak membalas.
Ngeee…. Dia nilah. Taste tak adalah boleh rendah sikit. Semuanya nak higher. Banyaklah dia punya rumah banglow. Apa Kirin ingat suami dia nih bersedara dengan Bill Gates apa. Suka-suka hati nak mintak rumah banglow tiga tingkat.
“Baik. Saya akan berhenti merokok kalau awak boleh pakai tudung.”
“Zaim…Tak bolehlah macam tu. Benda tu memerlukan saya untuk bersedia dari segi fizikal dan mental.”
Cehhh!!!...Mengalahkan nak masuk Amazing Race ajer gayanya. “Kalau macam tu anggap ajer saya pun tak bersedia dari segi fizikal dan mental lagi nak melepaskan benda ni.”
“Zaim!!”
“Dah jom masuk.” Zaim terus bangun berlalu masuk ke dalam rumah.
“Za..”
“Masuk.”
“Tapi…”
“Cepat!!”
Akhirnya Syakirin melepaskan dengusan geram. Dalam dah baik- baik macam ni pun tetap jugak nak cari pasal buat orang hangin. Nak ajer halau tidur di luar. Tapi tak bolehlah pulak. Tulah bantal peluk merangkap bantal bucuk jugak. Akur jugak Syakirin menapak masuk ke dalam rumah. Dalam kepala duk menimbang-nimbang. Pakai tudung. Tak yah pakai. Pakai tak pakai. Pakai tak pakai. Sajer betullah Zaim ni. Sengaja buat deal macam ni. Tak suka!!

******

Lima minit.
Sepuluh minit.
Lima belas minit.
Zaim keluar dari perut kereta setelah lima belas minit menunggu. Kirin ni kan. Nak bersiap ker tempat kerja mengalahkan nak pergi majlis makan malam. Hari ini sah Kirin mekap ala-ala diva sekampung. Lambat sangat!! Sudahlah ada perbincangan dengan consultan pagi ini. Hairi saja sudah lima kali menghantar mesej mengingatkannya agar tidak terlewat pagi ini.
“Kirin!!” Pintu bilik dibukak kuat.
Tersentak Syakirin sejenak. Zaim pula terkesima sebentar. Amboi. Berfesyen tak hingat pulak makcik ni. ada reben pulak tu. Tapi pada pandangan mata Zaim sangat manis. Kan ker dah cakap. Memang cantik. Ayu gitu bila scarf berwarna biru itu dibuat tudung dan diletak di atas kepala daripada diikat pada tengkuk. Buat tercekik ajer. Sweet sangat Kirin pagi ini.
“Zaim.” Tegur Syakirin. Kurang selesa bila ditenung semacam. Ngee… Merenung orang macam nak terkeluar bola mata dari soketnya.
“Hello….” Syakirin menegur lagi sambil tangannya melambai-lambai ke muka Zaim. Ya Allah Zaim ku sayang. Janganlah pandang macam tu. Tak senang aku dibuatnya.
Zaim yang sedikit tersentak dengan lambaian tangan Syakirin hanya tersengih. Dia buat iklan ubat gigi Colgate.
Syakirin mencabai tas tangan di atas katil. Terus berlalu menuju ke pintu bilik akan tetapi tangan Zaim pantas menyentap tangannya. Didekatkan wajah Syakirin yang sudah Nampak merona merahnya itu ke mukanya. Mata Syakirin yang sudah tersedia dengan pembayang mata berwarna hitam kelabu, bersama alis mata yang telah dipantis dengan celak mata berwarna hitam direnung redup.
Ya ampun… Cukup-cukuplah tu Zaim. Takut esok demam aku dibuatnya disebabkan panahan mata menggodanya itu. Tak sanggup.” Doa Syakirin dalam hati. Zaim ni tak sedar ker yang sekarang ni dia dah lambat nak kepejabat. Aku pun sama jugak. Sudah lambat dah ni. Zaim ni suka macam ni. time-time genting ni nak pulak beromantik-romantik dengan aku. Eeyyhhhh!! Pakcik cepatlah.
“Zaim. Saya tak rasa sekarang ni masa yang sesuai untuk awak menjadi sseorang yang sangat romantic.” Kata Syakirin perlahan. dia memberanikan diri melawan panahan mata Zaim itu. Ni kena sedarkan cepat ni. kalau tidak lebuh mamat ni. Hari ini bukan hari minggu tapi hari Rabu tolong ingat sikit ek…
Zaim mengerut dahi.
“Zaim dah lambat ni…” Rengek Syakirin manja sambil meronta minta tangannya dilepaskan segera.
Zaim sekadar senyum menggoda. Rangkulan tangan tidak dilepaskan.
“Zaim sekarang dah pukul 7.45 pagi. Awak ada temujanji dengan consulten kan.” Syakirin mengingatkan.
Mendengar perihal temujanjinya itu segera Zaim menala pada jam loceng ditepi meja katil. Kemudian matanya kembali merenung wajah Syakirin yang cantik dengan tudung litupnya. Perlahan bibirnya hinggap pada dahi Syakirin. Hadiah ciuman tanda kasih buat Syakirin sebab mendengar kata-katanya untuk segera berhijrah kepada sesuatu yang baik. Tangan Syakirin dilepaskan. “Jom.” Ucapnya perlahan.
Syakirin terkulat malu masih static berdiri ditempatnya tadi. Ini kali pertama Zaim mencium dahinya ketika mahu ke tempat kerja. Bahagia. Itulah perasaannya ketika ini. Syukur dia punya Zaim sekarang ni.
“Tunggu apa lagi. Cepatlah. Saya dah terlambat.” Kata Zaim yang sudah terlebih sampai dimuka pintu bilik.
Syakirin melangkah perlahan menuju ke arah Zaim berdiri. “Eyyyhhh!! Awak pun jangan hisap rokok lagi…” Pesan Syakirin. Matanya dicerunkan memandang Zaim.
“Kalau dekat tempat kerja mana awak nak tau.”
“Tuhan tahu.” Jawab Syakirin.
Pecah tawa Zaim.
“Jomlah” Terus tangan Syakirin ditarik perlahan untuk mengikutnya ke kereta.


=====================================================================================
as-salam semua,

alahaii...makin nak stop citer ni..makin tak sampai hati pulak jadinya...okeylah..bacalah dulu...hik3...

luvs,
eila

18 comments:

Anonymous said...

nape nak stop..??

nacha said...

Eila.. tqvm for the romantic episode. senyum sampai ke tinge akak membacanya. emmm.. i like.. muahhhhhh...

but the sad part is tak sedap nak mendengar yg citer nak dihentikan soon. uwaaaaa...

kaknOOr said...

Uwah tak sangka buah cempedak jadi nangka...Adik ku sorang ni ropenya romantik gile...jiwang karat juge ni mesti belajar dgn kak nacha and kak notie ......

keSENGALan teserlah.. said...

hahaha...
romantika de amour btol dorang nieh..
ekekekee..
comey je..
huhu..
nk stop?
publish??

areila sahimi said...

hik3...kak noor tau takpe...tqvm pada mentor2 semua kerana mengajar eila jd macam ni... *kenyit2*...

Che Sue said...

da nk abis dah ker citer nih?

ala eila... tgh syok menghayati watak kirin n zaim la...

jgn la stop dulu. toooolooooongggg!!

alreinsy said...

nape nk stop... nk publish ke?... best2... nice n3... sweet la diaorg ber2 nih... akak suka...

Sha said...

sukeeee..
p npe nk stop??

farrawanie said...

thumbs up...
tpi,jgn arr stop dlu..
tgh syok2 nih...
huhu...

epy elina said...

best siot...
napa nak stop?
hmm apa pun crta ni best sngt...

Unknown said...

nk stop??? why??? jgn la...x nk stopkn lg cite ni..x puas ag bace..jgn la eh? kalu nk stop gk..bleh..tp kne terbit dlm bntuk bercetak lak..*wahahaha..demand tol aku!*

aqilah said...

ngeeeee. suke betul dgn part ni. best...best! tu yg buat sedih tu. dah nak habis ke cite ni? apapun all the best to you! eila

nin said...

sygnya..pnjgkan skit cite kirin ngan zaim..tgh best ni, suka n sweet sgt..

Anonymous said...

sweeeeettttnyeee....
suke kt zaim n kirin...
smbg la cpt...
npe nk stop?!!!
huhuhuh....

sweet arlia said...

ish... best giler2... ni lah yg ditunggu2... akhirnya.... membuai jiwa lah... nape nak stop... ala... frust la cam ni.. huhuhuhu... baru nak tangkap feel..

masyi said...

hohoho sweetnya zaim+kirin nih..
ala writer xkan dah nak abis kot...
panjangkan lg eh..
plz...

LiNa said...

nape nak stop??
tgh best nie..
suka kirin dgn zaim..

myrafragile said...

nk stop???nape???please jgn lagi....