Friday, December 12, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 12

“Leeya, malam tadi kau tidur pukul berapa? Aku pergi bilik air, tengok lampu bilik kau terang benderang lagi.” Iwa bertanya kepada Aleeya yang duduk membonceng di belakang EX5 miliknya.
Nak jimat punya pasal, sanggup ajer mereka berdua meredah hujan panas menaiki motosikal untuk ke UKM. Macam biasa, kalau dah buat keputusan nak pergi UKM dengan menaiki motosikal, Iwa lah yang akan menjadi penunggang setia. Aleeya akan sentiasa menjadi pembonceng yang hanya duduk di belakang. Bukan apa. Aleeya punya rasa fobia takut hendak menunggang motosikal selepas peristiwa dia terjatuh motor seminggu sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Bukan main lagi mak melenting, marahkan Aleeya. Nasib tidak ada kecederaan serius. Cuma badan luka-luka dan sengal-sengal sahaja. Abah malas nak bising-bising. Selagi tak patah riuk badan anak dara yang seorang itu, dibiarkan sahaja. Cakap banyak pun bukan Aleeya mahu mendengar kata. Tapi lepas kejadian itu, memang Aleeya fobia habis nak menunggang motosikal. Setakat menjadi pembonceng, digagahkan jua. Ajal maut itu di tangan tuhan. Apa-apa pun. Tawakkal ajerlah kalau dah ada di tengah jalan raya.
“Apa dia?” Aleeya bertanya kembali kerana kurang jelas butir percakapan Iwa tadi. Tengah-tengah jalan raya dia diajak bercerita dengan suara romantic macam tu. Pakai microfon pun belum tentu boleh dengar kalau dah ada lori besar lalu dekat sebelah.
“Aku tanya, malam tadi kau tidur pukul berapa?” Iwa menaikan frekuensi suaranya lagi. Macam nak terkeluar anak tekak. Kalau Aleeya tak dengar jugak, memanglah sah dah sebulan tak korek telinga.
“Aku tidur lewat sikit dari engkau.” Aleeya jugak tak mahu kalah dengan Iwa. Macam pertandingan suara siapa paling kuat pulak.
“Ek..” Iwa tersenyum.
“Ini apa kes senyum sorang-sorang ni?” Aleeya bertanya apabila anak matanya melihat Iwa menguntum senyuman segaris melalui cermin sisi motosikal. “Concentrate la wei. Kau ni.” Aleeya mendengus geram. Ada ker tengah-tengah jalan raya yang sesak ini di ajaknya bergurau senda. Sekeh karang baru tau.
Iwa hanya membiarkan kata-kata Aleeya itu terbang di angin lalu. Suka hati aku lah nak senyum ker nak menangis ker. Aku senyum pun nak buat isu. Motosikal dihala masuk ke pintu pagar utama UKM. Setelah motosikal di parkir di tempatnya, Aleeya dan Iwa berjalan beriringan menuju ke bilik kuliah masing-masing.
“Kalau aku lambat nanti, kau tunggu dekat kafe ek.” Sempat Iwa berpesan kepada Aleeya sebelum kedua-duanya membuat haluan sendiri masuk ke bilik kuliah masing-masing.
“Lambat sangat ker?” Aleeya bertanya lagi. Berapa jam kena tunggu makcik yang seorang ini habis kuliah. Janganlah sampai senja aku kena menjadi penunggu setia dekat kafe UKM ni.
“Tunggu ajerlah. Kalau boring dengarlah MP3. Apa susah. Tak pun pergilah SMS main ayat berapi dengan member-member lama kau.” Iwa terus berlalu meninggalkan Aleeya yang masih terpinga-pinga.

Aleeya masih setia menanti Iwa di kafe UKM. Dah masuk dua jam dia menjadi penunggu di sini. Tetapi orang yang ditunggu tetap juga tidak menampakkan batang hidung. “Kalau Pricint 11 tu sebelah ajer dengan UKM ni, dah lama aku balik berjalan kaki sendiri. Dah tentu penat. Tak adalah penat menunggu macam sekarang ni.” Aleeya merungut di dalam hati.
“Assalamualaikum.”
Aleeya mengangkat kepala memandang ke wajah orang yang memberi salam. Seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan Aleeya sedang tersenyum. Salam yang dihulurkan disambut berserta senyuman terukir di bibir. “Waalaikummussalam.”
“Boleh saya duduk di sini?” Sopan tutur kata dia bertanya.
Aleeya hanya mengangguk.
“Awak tak kesah ker?” Dia bertanya lagi.
Aleeya tersenyum tatkala melihat raut wajah lelaki itu yang kelihatan serba salah untuk berkongsi meja dengannya. Meja lain sudah penuh di isi oleh mahasiswa mahasiswi lain yang sibuk mentelaah pelajaran di dalam kawasan kafe. “Duduklah. Sini tempat awam. Awak bebas nak duduk kat mana yang awak suka.”
Lelaki tersebut mengambil tempat berhadapan dengan Aleeya. Buku dari dalam beg galas yang disandang tadi dikeluarkan. Pen di tangan mula menari menulis nota-nota ringkas tentang isi penting yang terdapat di dalam buku yang tebal hampir dua inci itu. Sesekali matanya melirik nakal melihat gelagat gadis yang duduk dihadapannya itu. Leka benar gadis itu melayan MP3nya.
“Halloo…” Lelaki itu melambai-lambaikan tangannya ke muka Aleeya.
Ini apa hal pulak. Kalau tercucuk biji mata aku dengan jari mamat ni tadi, mahu aku saman satu juta. MP3 di matikan. “Ada apa?” Aleeya bertanya.
“Awak tak studi ker? Biasa yang datang melepak dekat kafe ni semua pakat buat revision ramai-ramai.” Lelaki itu bertanya.
Aleeya mengerut dahi. Apa masalah yang datang dalam diri mamat ni. Aku punya pasal lah nak studi ke tak. “Saya ganggu awak studi ker?” Aleeya tidak menjawab soalan lelaki itu, sebaliknya diberi balik soalan untuk lelaki itu jawab.
Lelaki itu menggelengkan kepala. “Actually, nama saya Adam Mikail. Awak student baru ker kat sini?”
“Saya Aleeya. Nurul Aleeya. Saya student tahun dua di sini.”
“Ermmm.. Tak pernah nampak pun awak sebelum ni. Duduk di kolej atau luar?”
Banyaknya soalan kena jawab. Terasa diri macam kena soal siasat dengan polis dekat Bukit Aman ajer. “Saya student PJJ. Tu sebab jarang nampak kut.”
Adam tersenyum. “Owwhh.. So awak ni dah kerja la ek.”
Aleeya hanya mengangguk.
“Best la macam tu. Muda-muda dah kerja.”
“Bolehlah.”
“Tapi awak nampak muda. Umur berapa?” Adam bertanya lagi. Terasa seronok pulak bersembang dengan awek yang baru dia kenali ini. Sweet. Lain dari yang lain.
“22 going 23.” Aleeya menjawab ringkas.
“Saya 23 going 24.” Tanpa ditanya Adam memberitahu umurnya kepada Aleeya.
“Tak tanya pun.” Aleeya berkata sambil ketawa. Memang pun aku tak tanya. Yang sibuk-sibuk, susah payah nak bagi tau umur dia tu kenapa? Ada aku kisah ker?
Adam tersenyum. Pandai juga gadis yang memperkenalkan diri sebagai Aleeya ini kenakan bang-bang-booomm dekat aku. “Awak ambik course apa kat sini?” Adam masih lagi meneruskan sessi beramah mesra suai kenai dengan Aleeya.
“Kosmetic, kosinus, Bas Express Konsortium..” Aleeya ketawa lagi. Padan muka. Nak jual ayat la tu dengan aku.
Adam mencebik. Dia mengeluh perlahan.
“Komunikasi dan Dasar Awam lah.”
“Owwhh.. Patut skill komunikasi awak amat dasyat.” Kata Adam sambil tersenyum.
“Awak?” Tiba giliran Aleeya pula bertanya soalan yang sama kepada Adam.
“Kosmetic, kosinus, Bas Express Konsortium..” Adam bagi balik sebijik-sebijik ayat yang sama macam Aleeya bagi pada dia tadi.
Ngee… Aleeya menahan geram. Hampagas tak ada gas punya budak. Buat siaran ulangan, ulang balik ayat aku bagi dia tadi apa hal. “Ek ena.. Ni main cedok ayat orang ni apa kes?” Aleeya mencebik.
Pecah ketawa Adam. Melihat Aleeya buat mulut itek panjang sedepa. Agak lucu juga awek yang seorang ini. “Saya buat engineering.”
“Owwhh..” Bulat mulut Aleeya. Siapa sangka aku boleh kenal dengan dua orang Mat Enggineer. Seorang memang dah selamat jadi engineer pun. Yang seorang lagi ni, Enggineer-in the making. Enggineer-wan-na-be. “Eh.. Mana ghaibnya Encik Enggineer Mohd Zain anak Pak Brahim ni?” Tiba-tiba hati tertanya sendiri. Apa kena dengan hati aku ini. Semalam Zain call siapa suruh matikan handphone. Biarlah. Kalau tiba aura Zain mahu mengganggu hidup aku, taulah dia buat miss call.
“Leeya!!” Satu jeritan dari arah belakang membuatkan Aleeya segera berpaling.
Kelihatan Iwa sedang berlari-lari anak menuju ke kawasan kafe sambil melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Turun naik nafas Iwa akibat buat marathon dari bilik kuliah pergi ke kafe kerana diri sendiri tau yang dia sudah terlewat tiga jam. Boleh dijangka mulut Aleeya akan bising pot-pet-pot-pet sepanjang perjalanan dari UKM balik ke Pricint 11 nanti. “Sorry.” Iwa tersengih memandang muka Aleeya. “Hai.” Sapaan buat lelaki yang dia sendiri tidak kenali.
Adam hanya menganggukkan kepala. “Hai.” Balasnya sepatah.
“Leeya, siapa ni?” Bisik Iwa di telinga Aleeya, bertanyakan siapakah gerangannya anak muda yang sama-sama duduk semeja dengan Aleeya ini.
Aleeya menjeling mata ke arah Iwa. “Iwa ni Adam. Budak engineering dekat uni ni. Adam ini Iwa. Housemate saya. Student PJJ Komunikasi dan Dasar Awam jugak. Sama macam saya, tapi dia ni terlewat satu semester ajer.” Aleeya bertindak sebagai orang tengah, menjadi link perkenalan antara Iwa dan Adam.
Iwa hanya mengganggukkan kepala dan tersenyum. Dia bukan tersenyum sebab melihatkan wajah Adam yang a~la pelakon lelaki idaman Malaya, Rosyam Nor itu, tetapi tersenyum sebab terpaksa menahan geli hati, kembang tekak mendengarkan Aleeya berbahasa saya-awak dengan Adam. Bukan ker selalunya minah yang seorang ini guna pakai ganti diri aku-kau ajer.
“Leeya jom balik. Takkan nak berkampung kat sini lagi. Aku dah penat ni.” Iwa berkata. Nafasnya masih tercungap-cungap. Macamlah jauh sangat marathon yang dia buat tadi.
“Banyaklah kau nak berkampung kat sini. Aku dah tiga jam duduk kat kafe ni menunggu kau. Sampai makcik kafe ni pun dah boring tengok muka aku ni tau.” Balas Aleeya.
Iwa tersengih macam kerang busuk. Bakal tadah telinga kejap lagi ni.
“Okeylah Adam. Saya balik dulu. Chow-Chin-Chow” Aleeya berkata seraya tangan menggalas tote bag ke bahu.
“Okey. Bila kita boleh lepak-lepak lagi.”
Aleeya dan Iwa saling berpandangan. Ingatkan semuanya akan berakhir di sini sahaja tadi. Kena buat follow up ker?
“Hari biasa kita orang kerja. Kalau nak lepak macam ni kena tunggu Sabtu Ahad lah. Kan Leeya kan..” Iwa terlebih dahulu menjawab soalan yang keluar dari mulut Adam itu.
Ngeee.. Katok dengan botol air ni karang baru tau. Suka-suki ajer Iwa buat janji dengan Adam tanpa berbincang dahulu dengannya.
“Okey.” Adam membalas pendek bersama senyuman terukir dipinggir bibir.
“Okey. Babai..” Terus Aleeya menarik tangan Iwa dan berjalan laju menuju ke tempat parkir motosikal.


“Tak sangka aku Leeya, taste kau rupa-rupanya anak ikan.” Iwa membuka butir bicara tatkala masing-masing tengah sibuk melayan filem P. Ramlee Masam-Masam Manis di saluran Astro Prima.
Aleeya mengerutkan dahi. Anis dan Aida malas mengambil pusing.
“Anak ikan mendenyer ni?” Aleeya bertanya kembali kepada Iwa.
Iwa mencebik. “Tue hah. Budak Adam tadi tu. Anak ikan la tu.”
Pecah ketawa Aleeya mendengar Iwa memanggil Adam yang baru dikenali semasa di kafe tadi sebagai anak ikan barunya. Anis dan Aida melirik dengan ekor mata. “Shusshh..” Aida meletakkan jari telunjuk di bibir tanda isyarat mintak tolong diturunkan sedikit volume suara agar tidak menganggu orang lain menonton televisyen.
Ek ena dia ni… Aleeya menjuihkan bibir ke arah Aida. “Pandai-pandai ajer kau ni mengata Adam tu anak ikan aku. Dia tu tua setahun tau dari kita. Tak ada maknanya nak jadi anak ikan aku. Jumpa pun secara tak sengaja.” Aleeya menyambung kembali perbualan dengan Iwa tadi.
Iwa mengerutkan dahi. “Ek.” Kening diangkat minta kepastian.
Aleeya hanya mengangguk perlahan. Matanya kini tertumpu pada skrin LCD Sony Bravia 32 inci menonton Masam-Masam Manis. Part gaduh-gaduh dengan orang sebelah ni yang paling Aleeya suka.
Iwa seperti tidak puas hati dengan kenyataan Aleeya tadi. Tangannya menarik lengan Aleeya sedikit dekat dengannya apabila Aleeya pun sudah join sekali menonton Masam-Masam Manis dengan Anis dan Aida.
“Apa dia!!” Tanya Aleeya sedikit kuat. Kemudian ditekup telapak tangan ke mulut apabila Anis dan Aida sama-sama buat jelingan maut ke arahnya. “Ooppss.. Sorry. Out of control.” Aleeya tersengih. “Apa dia?” Tanya Aleeya lagi sekali. Tune suara sudah direndahkan sedikit.
Iwa tersenyum sumbing. “Betul ker mamat tu tua dari kita? Aku tengok muka macam jambu semacam ajer. Sekali pandang macam Rosyam Nor time dia muda-muda dulu.”
Tidak semena-mena Aleeya terasa macam nak termuntah pulak bila Iwa mengatakan muka Adam itu persis seperti Hero Malaya pujaan hati wanita seluruh bumi Malaysia negaraku tercinta. Macamlah Rosyam Nor itu jiran sebelah rumah Iwa. Sampai wajah Rosyam Nor masa mudanya dulupun Iwa masih cam.
“Kau dulu sekampung dengan Rosyam Nor ker? Rosyam Nor tu dulu jiran sebelah rumah kau ker?” Tak tau macam mana soalan gred B.O.D.O.H ini boleh terpacul keluar dari mulut Aleeya.
Iwa sekadar tersengih kerang busuk ajer mendengar soalan Aleeya itu. Lantas dia menjawab. “Aku tengok Rosyam Nor muda-muda dulu dalam filem Gila-Gila Remaja la.”
“Sah Rosyamaniac.” Aleeya berkata di dalam hati. “Kalau muka dia jambu sekalipun apa yang kau susah-susahkan. Entah-entah kau dah terr..bekenan dengan mamat tu kut?” Aleeya cuba serkap jarang.
Cepat-cepat Iwa mengelengkan kepala. “Eh!!! Mana ada.” Pantas dia menjawab.
“Ellehh.. Engkau yang berselera anak ikan mengata aku pulak.” Lagi galak Aleeya mengenakan Iwa.
“Aleeya!!” Jerit Iwa kecil.
“Iwa!!” Aleeya tidak mahu mengalak.
Gedebuk!!!.. Iwa baling kusyen Pooh ke muka Aleeya. Aleeya bagi balik kusyen Pooh tadi ke muka Iwa. Tepat. Kena sebijik. Iwa tak puas hati. Kusyen Pooh tadi melayang menuju ke muka Aleeya dan….. Aleeya menepis dengan tangan dan…… tersalah sasar terkena batang hidung Anis.
“Wei!!!.. Apa ni!!!” Jerit Anis.
Aleeya dan Iwa saling berpandangan. Kemudian pecah ketawa mereka berdua melihat Anis punya hidung sudah kembang menahan marah.
Alunan irama Umbrella bergema. Tiga pasang mata menala kepada tuan yang empunya telefon bimbit yang sedang menjerit minta diangkat itu. “Yer la. Yer la. Aku cakap dalam bilik.” Segera Aleeya berlalu meninggalkan mereka bertiga yang masih lagi setia menonton Masam-Masam Manis.

2 comments:

wo said...

sambung rrr lg...
huhuhu....
byk plak nama2 baru yg muncul..

-Ain-Dak In- said...

sweet..
rindu kat zain