Thursday, February 5, 2009

Baju Pengantin Mak Andam Bab 26

BAB 26
Aleeya merenung telefon bimbit ditangan. Baru sekejap tadi dia bercakap dengan Cikgu Lily, isteri Azizul. Katanya, ingin berjumpa dengan aku selepas waktu kerja esok di Dataran Putra. Aleeya mengerut dahi. Tidak tahu angina pa yang mambawa Cikgu Lily datang ke mari semata-mata untuk berjumpa dengan aku. Itu pun di sini. Sama ada hendak berjumpa atau sebaliknya, Aleeya tidak punya pilihan. Kena pergi jumpa jugak. Suara Cikgu Lily tadi seakan merayu ingin berjumpa dengan dengan Aleeya.
Nota berkaki di atas meja dicapai dan dibawa ke tilam. Aleeya merebahkan badan di atas toto. Membaca nota sebelum masuk tidur. Malam ini, tidak pula Zain menelefonnya. Ditunggu juga tadi. Bagus juga mamat ni stop sekejap. Telinga ni pun dah naik boring asyik dengar Zain merungut itu ini. Katanya, tidak tahan bekerja di sana. Sudahlah slang Utara sepatah pun dia tak boleh nak paham. Macam bercakap sama itek dengan ayam ajer. Kerja bertambah menjadi dua kali ganda. Nak bersenang lenang pun tak ada masa. Aleeya tersenyum sendiri mengingatkan Zain. Tapi tidak dinafikan juga, adakala rindu bertandang singgah dihati. Sudah sebulan Zain pergi ke Langkawi. Selama sebulan jugaklah Aleeya tidak merasa the tarik mapley. Nak ajak Iwa, dia sebuk memanjang. Semenjak sudah main cinta dengan jiran depan rumah ni, nak ajak keluar makan bersama pun payah. Anis dengan Aida pulak hanya suka duduk tengok televisyen di rumah sahaja kalau hari bekerja. Hari minggu, dia orang berdua sudah tentu lebuh entah ke mana. Aku pun sibuk dengan kuliah.


Aleeya menanti Cikgu Lily di tempat seperti yang telah dijanjikan semalam. Selesai solat Asar di pejabat tadi terus dia bergegas datang ke mari. Sesekali pandangan dilontarkan ke tengah tasik yang luas itu.
Selang beberapa minit, kelihatan Cikgu Lily berjalan menuju kea rah Aleeya. Cikgu Lily datang bersama seorang lagi perempuan yang seusianya. Teman barangkali.
“Assalamualaikum.” Kata cikgu Lily sambil menghulurkan salam. “Ini sepupu saya. Zahlia. Saya tumpang rumah dia sepanjang tinggal di sini.” Sambung Cikgu Lily.
Salam yang dihulurkan segera bersambut. “Waalaikummusalam.” Aleeya hanya tersenyum.
“Aleeya sihat?” Tanya Cikgu Lily sekadar pembuka bicara. Banyak perkara ingin diselesaikan dengan gadis itu hari ini. Sudah tidak tahan rasanya makan hati berulam jantung saban hari. Sedar pada kekurangan diri, bukan alasan untuk dirinya dipermainkan sewenang-wenangnya oleh seorang lelaki yang bernama suami.
Aleeya sekadar mengangguk. Masih tertanya-tanya tujuan Cikgu Lily datang ke mari.
“Aleeya mesti tertanya-tanya kenapa saya ingin berjumpa dengan Aleeya hari ini kan?” Cikgu Lily sekadar meneka. Tapi itu dapat dirasakannya.
Sekali lagi Aleeya mengangguk.
“Macam nil ah Aleeya. Cakap banyak pun tak guna. Saya nak minta Aleeya tolong tinggalkan suami saya.” Cikgu Lily berterus-terang.
Aleeya menelan air liur yang sedikit berpasir. Tinggalkan suami dia.. Aleeya mengerut dahi. “Apa Cikgu cakap ni. saya tak paham.”
“Aleeya, saya merayu pada awak tolong jangan rampas suami saya. Saya tak boleh hidup tanpa dia Aleeya. Tolonglah Aleeya.” Cikgu Lily sudah separuh merayu . Air mata yang sudah mengalir dikesat dengan tisu.
“Siapa yang rampas siapa ni cikgu?” Aleeya bertanya lagi. Memang dia tidak paham. Merampas Azizul? Please ar… Lelaki itu sudah jadi sejarah. Tak ada dalam plan pun mau merampas Azizul dari Cikgu Lily. Yang sudah itu, sudahlah.
“Aleeya jangan buat tak paham. Saya tau saya tak boleh bagi zuriat pada Abang Azizul, tapi itu bukan alasan untuk dia buat saya macam ni.” cikgu Lily sudah teresak-esak menahan sendu. Zahlia disebelah bertindak sebagai penenang.
“Cikgu, saya tak terlintas pun dalam hati saya nak merampas Azizul dari cikgu. Saya terima takdir tuhan yang dia bukan jodoh saya.” Tutur Aleeya datar. “Lagipun saya tak pernah pasang niat nak membalas dendam pada apa yang cikgu pernah buat dulu walaupun saya tau sekarang dengan mudah pun saya boleh dapat Azizul balik. Saya nak cikgu tahu, saya bukan jenis perempuan yang tergamak menghancurkan hidup perempuan lain untuk kebahagian diri saya sendiri.” Sambung Aleeya lagi.
Cikgu Lily hanya tunduk mendengar kata-kata Aleeya. Dalam sendu dia segera memeluk Aleeya. Memang salah dia dulu. Sengaja merampas Azizul dari Aleeya. Malunya pada diri sendiri. “Saya minta maaf.” Kata Cikgu Lily ketika pelukannya dilepaskan.
Aleeya hanya tersenyum. Dipegang bahu Cikgu Lily agar wanita terasa lebih selesa. “Taka pa.”
“Tapi Abang Azizul……….” Kata-kata Cikgu Lily mati sekerat jalan.
“Don’t worry. Saya akan nasihat kan dia nanti.” Sambung Aleeya sambil mengenyitkan mata.
Terangkat sebelah kening Cikgu Lily. “Macam mana?”
“Adalah. Trust me. Mission Imposible. Kadang-kadang lelaki ni kena ajar jugak, biar dia tahu nak hormat kita orang perempuan ni.”
“Thank you Aleeya. Aleeya baik sangat. Selayaknya Aleeya mendapat lelaki yang baik juga.”
Aleeya hanya ketawa. Melambung sangat pujian tu Cikgu Lily. Insyaallah. “Doakan untuk saya.” Tutur Aleeya sekadar berseloroh. Tapi jauh di sudut hati, memang itulah impian dan doanya selama ini semoga dipertemukan seorang lelaki yang baik, beriman dan mampu membimbing. Ada masa boleh menjadi teman, kekasih dan suami yang baik. Semoga dipermudahkan.
Cikgu Lily sekadar mengangguk. Terasa lapang sedikit di dalam dada. Dia juga tidak lupa memohon kepada Allah yang Esa semoga dipanjangkan jodohnya dengan Azizul.

2 comments:

yanty said...

to mu dearest writer...
bestla 3 n3 awk yg terbaru ni... ada juga pengubat rindu pd citer awk... tahniah... best sgt2... tp ada la ckit slh ejaan, ckit je... anyway, bila nk post n3 yg len g? jgn lm2 ek... mau demam blk sy dibuatnya... hehehe...

MaY_LiN said...

tengkiu..
hehe..da stat windu2..
cepat la blik...