Tuesday, April 28, 2015
KERETA KANCIL, PROTON SAGA : BAB 4
Bab
4
“Owhhh…Mak
engkau!!!” Aku melatah apabila kusyen
kecil melambung tepat ke mukaku.
Pandanganku mencerun memandang ke arah Naimah yang sedang ketawa.
“Apa
ni Imah. Kau ni kacau konsentrasi aku
tau!” Marahku. Kusyen kecil tadi aku baling semula ke arah Naimah. Naimah yang sudah dapat membaca tindakanku
itu pantas mengelak.
“Kau
tu kalau dapat tengok tv macam nak tembus masuk dalam tv tu ajer gayanya.” Ujar Naimah.
Aku
mencebek. “Kau memang tahu hobi aku
tengok tv pun kan.” Balasku.
“Meh
sini remote control tu. Boringlah cerita
ni. Macam manalah kau boleh layan cerita
hero kayu ni.” Ujar Naimah.
Aku
cepat-cepat menyorokkan remote controller di celah-celah sofa. Nanti kalau remote controller berada di
tangan Naimah, jangan haraplah dia dapat tengok drama ini sampai habis.
“Mana
remote control ni Dian.” Omel Naimah sewaktu
mencari ke mana perginya remote control Astro.
Aku
sekadar menjungkit bahu sambil menahan ketawa.
Bersungguh benar Naimah menyelongkar timbunan majalah di atas karpet
semata-mata mahu mencari remote controller.
Naimah
berpaling memandang Dian. “Mesti kau
sorokkan kan Dian?” Soalnya geram. Telinganya dapat menangkap bunyi-bunyi pelik
seakan orang sedang menahan ketawa.
Ketawaku
meletus kuat. “Mana ada.” Kataku sambil menggeleng kepala.
“Kau
tipu. Aku tahu sangat memang kau yang
sorokkan remote control kan. Tukarlah
Dian. Aku boring betul tengok lakonan
tak berkembang mamat ni.” Naimah separa
merayu. Memang dia tidak sanggup rasanya
mahu menambah dosa dengan menonton mamat kayu balak ini berlakon. setiap kali dia menonton drama lakonan mamat
ni dikaca tv setiap kali itu jugalah mulutnya tidak habis-habis mengata
mencerca mamat ni. Tak boleh terimalah
berlakon bajet-bajet macho tapi hancur.
Harap muka sahaja handsome tetapi lakonan ke laut dalam perginya.
“Imah,
tak baik kau cakap macam ni tau Imah.
Aku tengok lakonan dia semakin memberangsangkan. Dulu-dulu tu yerlah kayu sikit. Sekarang dah okey apa.” Aku cuba membela Eddy Kencana walaupun
kadang-kadang aku pun tak faham macam mana aku boleh hadam lakonan kayu dari
pelakon lelaki ini. Aku cuma tahu aku
dah minat Eddy Kencana ni sejak dari zaman sekolah lagi. Eddy Kencana atau nama sebenarnya Suhardi bin
Suparjo ni dulu rakan sekelasku masa sekolah menengah dulu. Suhardi Suparjo ni memang handsome dari
sekolah lagi. Sekarang dah jadi artis
lagilah bertambah-tambah handsome. Tak
sangka dapat juga dia mencapai cita-citanya mahu menjadi artis.
“Aku
syak kan Dian kau ni mesti dah syok dengan Suhardi Suparjo ni sejak dari
sekolah lagi kan. Setiap kali aku dengar
cerita-cerita kau pasal Suhardi Suparjo ni muka bukan main berseri-seri.” Tebak Naimah.
Wajahku
automatik bertukar merah. Aku
tersipu-sipu. Mahu mengaku di hadapan Naimah,
aku malu. Tapi aku tahu Naimah memang
dah boleh agak aku syok dengan Suhardi Suparjo ni dari dulu lagi. Mana tidaknya sejak Suhardi Suparjo menjadi
pelajar Akademi Bintang setahun yang lepas aku sudah bercerita macam-macam
tentang budak sekolah aku yang seorang ini kepada Naimah. Pendek kata serba serbi pasal Suhardi Suparjo
aku tahu.
“Gatal!” Naimah menyiku lengan Dian yang sedang
memintal-mintal hujung rambut.
“Ada
satu pasal Suhardi Suparjo yang kau belum cerita lagi pada kau. Macam mana nama dia dari Suhardi Suparjo
boleh tiba-tiba bertukar menjadi Eddy Kencana.
Eddy tu aku faham lah mungkin nama pendek bagi Suhardi. Yang Kencana tu. Mana datangnya.” Naimah menyoal ingin tahu.
Aku
mengerut dahi. “Entah. Manalah aku tahu macam mana dia dapat nama
Eddy Kencana tu.” Balasku. Aku pun
sebenarnya tak tahu dari mana datangnya Kencana. Tapi lebih baik Kencana dari Kencang. Bayangkanlah kalau nama glamour Suhardi
Suparjo ini menjadi Eddy Kencang dan bukannnya Eddy Kencana. Macam haru sangat jer bunyi dia kan!
“Agak-agak
dulu tu kan dia tahu ker kau suka dia Dian?”
Naimah bertanya ingin tahu.
Aku
tergelak mendengar soalan Naimah itu. “Taklah. Lagipun aku ni siapalah yang dia nak
pandang. Aku ni tahap biasa-biasa
jer. Kalau kau nak tahu awek-awek dia
dulu semua hot-hot. Semua edisi-edisi
perempuan-perempuan cantik kat sekolah aku tu dulu tau. Aku suka dia dalam hati ajer.” Balasku.
“Okey..tak
apa. Tak apa. Lepas ni kau try la adjust dia pulak. Takkanlah dari dulu sampai sekarang tak
habis-habis nak usha line ajer. Sekaranglah
masanya untuk kau masuk line.” Cadang
Naimah.
Kali
ini gelakku lagi kuat dari tadi. “Kau gila. Dia tu siapa.
Aku ni siapa. Masa dia bukan
siapa-siapa dekat sekolah dulu pun dia tak pandang aku inikan pulak dah jadi
artis. Lagilah, sebelah mata pun dia tak
pandang tau. Jurang aku dengan dia dah
makin besar.” Kataku.
“Eh… Kau pun artis apa. Retis sangat.
Kau jadi viral satu Malaysia kut.
Buat masa sekarang kau lagi popular dari dia tau. Dia tu aku tengok dah tahap sejuk beku dah.”
Aku
tak habis ketawa. “Aku tak kisah pun
kalau aku ni setakat boleh jadi peminat dia sampai bila-bila. Takkanlah aku nak berangan couple dengan
bintang popular. Kau tahu tak Iman, lepas
habis SPM aku mana pernah jumpa dia dah.
Aku jumpa dengan dia balik pun masa konsert final Akademi Bintang dekat
stadium dulu tu jer. Itupun dia kat atas
pentas aku nun jauh dekat tempat duduk paling belakang sekali. Engkaulah tak nak invest tiket mahal sikit”
“Yer. Aku ingat lagi. Masa tu kau paksa aku teman kau pergi Bukit
Jalil kan lepas tu kau paksa aku lagi pakai tshirt gambar muka Suhardi Suparjo
sampaikan Farid bising dengan aku tanya pada aku apahal aku galak sangat nak
menyokong budak-budak baru nak up jadi artis.”
Balas Naimah sambil ketawa.
Aku
turut sama ketawa. Memang best sangat
waktu tu. Nak-nak pula malam konsert
akhir itu Eddy Kencana telah dinobatkan sebagai juara Akademi Bintang untuk
musim ke 14. Dia turut sama bergembira
meraikan kemenangan Eddy Kencana malam itu kerana dia juga menjadi penyumbang
kepada kejayaan Eddy Kencana. Sejak dari
konsert pertama dah banyak dia berhabis top up untuk ABUNDI Eddy Kencana. Nasib baik menang juga akhirnya.
“Ehh
kalau kau nak tahu dua minggu lepas aku ada ternampak kelibat Eddy ni masuk
dalam bank tau. Aku duk tenung punya
tenung tu yang sampai Kancil aku menghentak Proton Saga yang nak masuk simpang
tu. Tak pasal-pasal sangat.” Ujarku terus ketawa lagi.
Ketawa
Naimah mati . Dia pandang wajah Dian yang tak habis ketawa. “Sekejap.
Kau kata kereta kau yang langgar Proton Saga tu.” Naimah menyoal.
Ketawaku
serta merta mati apabila mendengar soalan Naimah itu. Aku menyuring senyum segaris. Aku garu kepala yang tidak gatal. “Alahh…
Aku bukan sengaja. Masa aku
tengah drive kereta mata aku ni terus terpandang pada Eddy Kencana yang baru
keluar dari kereta. Aku try tengok lagi
sekali untuk pastikan pandangan aku ni tak silap. Time aku tenung lagi sekali tu la aku tak
perasan ada proton Saga bagi signal nak masuk simpang kat hujung jalan tu.” Aku menceritakan hal sebenar.
Mata
Naimah menjegil memandangku. Air liur
yang kutelan terasa berpasir dicelah kerongkong. “Imah, kau janganlah pandang aku macam tu.” Tuturku rendah.
“Kau
tipu aku Dian. Kau tipu semua orang yang
sokong kau. Kau dah tipu satu Malaysia.” Marah Naimah.
“Mana
ada aku tipu. Orang ramai yang fikir aku
jadi mangsa gangster stereng lock tu. Aku
tak keluar statement apa-apa pun.”
Selarku.
“Tapi
kau dah buat mamat proton Saga tu kena hina dengan masyarakat sedangkan kau
yang salah. Ni kira macam dah fitnah dia
yang tak berdosa kau tahu tak.
Menganiaya orang namanya ni.”
“Okey. Aku cuma salah sebab aku dah langgar kereta
dia dan….” Kata-kataku terhenti. Ni kalau diteruskan juga ni mahu makin
berangin Naimah jadinya.
“Dan…..” Kening Naimah terangkat sebelah.
Aku
mengeluh perlahan. “Okey…Okey… Aku salah
sebab langgar kereta dia dan aku main lari macam tu ajer. Tu sebab dia kejar aku dan tahan aku kat tepi
jalan. Tapi salah dia jugaklah, kut yer
pun marah bumper Saga dia tu hampir tercabut tak payahlah nak ugut-ugut aku
dengan stereng lock.” Jelasku.
“Dia
marah sampai keluar stereng lock sebab kau biadap. Yang kau lari lepas kau langgar tu kau dah
kenapa. Sepatutnya kau turun dari kereta
dan minta maaf elok-elok.”
Aku
mencebek bibir. Amboi Naimah ni. Hari tu dia juga yang memaki hamun lelaki
stereng lock tu. Hari ini bukan main
pula mahu membela. “Alah…Benda dah
lepas. Lagipun tak ada siapa yang nak
mintak penjelasan pasal insiden tu.
Mamat Saga tu pun tak ada pulak buat video baru untuk bagi tahu dia
lelaki teraniaya ker apa. Jadi buat tak
tahu sudahlah.” Ujarku mudah.
Mata
Naimah mengecil memandang ke arahku. Aku
buat selamba sahaja. Mataku kembali
menonton drama lakonan Eddy Kencana. Ini
lagi baik dari kena ambil pusing kata-kata Naimah yang menyelar tindakanku yang
seolah-olah sudah menabur fitnah kepada pemilik Proton Saga itu. Benda dah lepas, tak usah dikenang!
Monday, April 27, 2015
KERETA KANCIL, PROTON SAGA : BAB 3
Bab
3
“Cik
Nancy saya rasa tak patut la Cik Nancy buat macam ni. Teruk dah saya tengok mamat tu kena bash
dengan satu Malaysia.” Ujar Abon yang
sememangnya kurang bersetuju dengan idea Nancy yang mahu menghebahkan video
yang dirakam sewaktu dalam perjalanan pulang dari lokasi pengambaran program *****
. Memang menaya orang namanya. Kut yer pun lelaki itu bersalah, manalah tahu
kalau hal itu sudah setle. Ni bila video
dah viral macam ni kes makin panjang jadinya.
“Abon,
you boleh rileks sikit boleh tak. Ini
permulaan baik untuk rancangan I.” Tutur
Nancy selamba.
Dahi
Abon automatic jadi berkerut-kerut. “Rancangan? Apa yang Cik Nancy rancangkan.” Soalnya ingin tahu.
Nancy
senyum senget. Badan disandarkan malas
pada belakang kerusi. Perlahan kerusi
digerakkan ke kiri dan ke kanan. “I nak
gunakan peluang ni untuk terbitkan satu program baru. Kereta Kancil, Proton Saga.” Balasnya dengan senyum meleret.
Dahi
Abon masih berkerut. “Terbit program
baru? Habis program Masak Sampai Hangus
tu macam mana? Cik Nancy kata program tu
akan masuk musim ke dua.” Dia terus
menyoal.
“Owhh…. Program tu pihak Pengurusan sudah berikan tanggungjawab
pada penerbit lain. I pun dah tak
sanggup nak terbit rancangan yang tak boleh dapat ratings yang tinggi macam tu.”
“Memanglah
Cik Nancy. Masak Sampai Hangus tu kan
hanya tertumpu pada golongan makcik-makcik suri rumah yang tak tahu nak buat
apa siang-siang hari ajer.” Tutur Abon
mengiyakan kata-kata Nancy tadi. Sememangnya
rancangan itu tidak mampu mendapat ratings yang tinggi pun. Lainlah kalau slot Akasia. Siaran waktu orang nak sembahyang Maghrib pun
ratings boleh cecah sampai angka empat juta penonton.
“Kali
ni I nak terbitkan satu program tv yang boleh menarik penonton untuk menonton. Aku dah lama dahagakan ratings. Jadi untuk dapatkan ratings aku perlukan
sesuatu yang baru, yang unik, yang tak pernah dibuat oleh station tv lain.” Tutur Nancy dengan semangat.
Abon
mula faham agenda tersembunyi Nancy. “Maksud
Cik Nancy, Cik Nancy nak manfaatkan Kereta Kancil dan Proton Saga tu. Nak jadikan diorang bintang?” Suara Abon naik sedikit.
“Tepat
sekali!” Nancy petik jari dan terus
pandang Abon.
“Cik
Nancy sanggup ambil risiko? Saya tak
rasa ini idea yang brilliant Cik Nancy.
Kalau Cik Nancy betul-betul nakkan ratings, apa kata kali ni kita terbit
drama ajer. Drama adaptasi novel. Masuk
slot tayang pukul tujuh. Confirm boleh dapat ratings sampai empat juta.” Saran Abon yang agak kurang setuju dengan idea
asal Nancy.
Nancy
menggeleng kepala. “Abon, you dengar tak
apa yang I cakap tadi. I nak buat
sesuatu yang baru, yang fresh, yang tak pernah orang buat. Setakat terbit drama adaptasi novel dah
berapa banyak penerbit drama buat. Storyline
ulang-ulang yang sama. Penonton pun dah
naik muak tahu tak?” Kata Nancy.
“Tapi
tindakan Cik Nancy nak terbitkan program Kereta Kancil, Proton Saga tu macam
dah kira ambil kesempatan atas kesempitan orang lain tu Cik Nancy. Lagipun setakat apa ajer yang boleh kita
kembangkan dari insiden tu.” Ujar Abon
masih ragu-ragu dengan rancangan Nancy.
Nancy
ketawa sinis. “Abon…Abon… Dalam kepala I ni dah ada macam-macam idea
yang nak I laksanakan.” Kata Nancy
senang.
“Antaranya?” Abon dah mula tunjuk minat.
“I
nak buat sampai diorang boleh bercinta.”
Balas Nancy.
Ketawa
Abon meletus kuat. “Ini paling
kelakar. Cik Nancy, macam mana pulak
kita nak buat diorang tu bercinta. Cik Nancy tak nampak ker macam mana awek
Kancil tu nyaris-nyaris kena hentak dengan stereng lock tu. Ada ker perempuan nak bercinta dengan lelaki
yang hampir-hampir nak cederakan dia dengan stereng lock.” Ujar Abon dengan ketawa masih bersisa.
Nancy
tidak hiraukan ketawa Abon itu. “Abon,
semua tu kita boleh buat sampai jadi. Asal
diorang bercinta dalam skrin, itu sudah cukup.
Apa yang jadi disebalik tabir, itu belakang kira.” Ujar Nancy.
Ketawa
Abon mati. Dia sudah nampak permainan
Nancy di situ. “Maksud Cik Nancy, Cik
Nancy nak diorang berpura-pura depan kamera?”
Soalnya.
Nancy
senyum senget lagi. Keningnya menari
ronggeng.
Abon
sudah faham seratus peratus rancangan Nancy.
Perempuan macam Nancy yang gilakan ratings memang sanggup lakukan apa
sahaja asalkan programnya ditonton oleh berjuta orang. “Tapi macam mana kita nak dapatkan diorang ni
Cik Nancy? Kalau diorang tak mahu macam
mana?” Soal Abon.
“Itulah
kerja yang you kena buat untuk I, Abon. I nak you cari mereka berdua sampai dapat
kemudian bawak diorang datang ke mari. Soal
diorang setuju atau tidak untuk sama-sama terlibat dalam program ni itu biar I
sahaja yang uruskan.” Ujar Nancy
seterusnya memberitahu tindakan pertama yang perlu team dia lakukan.
Abon
mengangguk faham dengan arahan Nancy. Nancy
pula tersenyum puas. Owhh…ratings!!!
Friday, April 24, 2015
KERETA KANCIL, PROTON SAGA : BAB 2
Bab
2
Setiap
kali dia tengok video itu hatinya serta merta menjadi panas. Entah siapalah yang punya angkara merakam
video sewaktu insiden itu. Kalau nak
rakam pun rakamlah dari awal kejadian barulah satu Malaysia tahu siapa salah
siapa yang betul. Ini rakam time dia
betul-betul menghayun stereng lock memang nampak sangatlah dia yang bersalah
padahal dia tak akan naik angin kalau awek Kancil tu tahu macam mana nak bawa
kereta elok-elok. Apa tak cukup jelaskah
signal yang dia beri sampai nak juga rempuh bontot Saga kesayangannya itu. Memang pantang kalau ada yang cuba
mencederakan Saganya itu.
Boleh
pulak kan dalam keadaan tegang macam ada juga insan yang mengambil peluang
merakam video untuk dijadikan viral di media social. Awek Kancil tu happy la sebab sekarang sudah
menjadi kesayangan satu Malaysia malah berapa ramai abang-abang sado yang
menawar diri mahu menjadi bodyguard sedangkan dia terpaksa menyembunyikan diri
buat sementara waktu kerana terpaksa menanggung malu atas keterlanjuran
perbuatannya tempoh hari. Walaupun di
dalam video itu mukanya tidaklah nampak begitu jelas sangat tetapi muka Proton
Saganya yang berwarna kelabu itu memang jelas sangat-sangat. Pandai yang tukang rakam tu. Zoom baik punya pada plet Saga itu. Sudahnya sekarang ini Saga yang tercabut
bumper belakang itu tersadai dalam garaj rumah sambil berselimut sepanjang
masa. Bukan setakat dia ajer, Saga
kelabu itu pun sekarang sudah malu nak berdepan dengan masyarakat. Sekali lagi diulang, sepatutnya video itu
dirakam dari mula. Awek Kancil tu yang
bersalah asalnya!
“Sampai
bila kau nak sembunyikan diri macam ni, Li.”
Soal Mat. Nasi bungkus yang
dipesan oleh Wali diletakkan atas meja kopi.
“Ini
semua sebab awek Kancil tu la. Sakit
pulak hati aku ni Mat bila ingat balik muka selamba awek tu. Sudahlah dia yang langgar Saga aku tu, lepas
tu main selamba ajer lari. Bila aku halang
jalan dia, dia boleh claim cakap aku ni samseng jalanan. Macam mana aku tak naik angin.” Wali bercerita dengan penuh emosi.
“Kau
pun satu Li. Kut yer pun angin masa tu,
kenapa sampai perlu keluar stereng lock.
Tengok sekarang, tak pasal-pasal famous satu Malaysia. Kena bayar denda pulak tu.” Selar Mat sambil ketawa kecil.
Wali
mengeluh perlahan. “Itu yang aku bengang
tu. Kalau famous pasal benda-benda baik
tak apalah juga ni satu Malaysia kecam aku Mat.” Ujar Wali tak habis emosi.
“Salah
kau Li. Siapa suruh guna kekerasan
terhadap kaum wanita. Ni aku nak
sampaikan pesan bos pada kau. Ah Tuck
suruh juga kau masuk kerja esok.” Kata
Mat.
“Alah…. Ah Tuck ni.
Aku baru ingat nak sambung lagi cuti dalam sehari dua.” Tutur Wali lemah.
“Banyak
cantik kau nak sambung cuti lagi sehari dua.
Dekat bengkel tu kemain banyak kereta yang nak kena siapkan. Kau datang.
Aku pun dah tak kuasa hari-hari kena hantar nasi bungkus untuk kau.” Kata Mat.
Wali
terus mengeluh lemah. Kalau dia jumpa
lagi awek Kancil tu memang dia picit-picit budak tu!!!
Wednesday, April 15, 2015
KERETA KANCIL, PROTON SAGA : BAB 1
Bab 1
Aku
tak sangka video berdurasi 12 minit itu ditonton lebih dari 500ribu orang
pengunjung Youtube sejak ianya dimuatkan di dalam laman itu dua hari lalu. Aku pun tak sangka jumlah followers dalam
FanPage Facebook Awek Kancil Teraniaya dah mencapai 400ribu orang. Itu belum lagi aku kira hashtag pasal Awek
Kancil yang bersepah-sepah di dalam Twitter, Facebook dan Instagram. Bagi masa lagi seminggu aku rasa hashtag
Awek Kancil ni akan jadi worldwide trending.
Kalau
bukan sebab Naimah yang tunjuk video ini kepada aku semalam aku pun tak tahu
yang aku sudah jadi glemer satu Malaysia.
Aku ni kan boleh dikatakan golongan minority masyarakat Malaysia yang
tidak berdaftar dengan mana-mana media sosial.
Disebabkan
video itu juga pagi tadi berdering-dering telefon bimbitku berbunyi. Abang Long, Abang Ngah, Abang Teh, Acu, semua
menghubungiku apabila mereka semua juga sudah menonton video itu. Aku tak tahu siapa punya kerja yang pergi
upload video insiden dua hari lepas dalam media sosial. Aku kalau boleh nak lupakan semua yang dah
jadi. Aku tak nak ingat lagi. Bayangkan sebab insiden itu aku terpaksa
mengurungkan diri dalam rumah. Aku takut
mamat stereng lock tu cari aku lagi. Memang
laporan polis telah dibuat tapi apa jaminan polis akan menjaga keselamatanku
selepas laporan di buat kan?
Abang-abang
aku dah bising-bising suruh aku balik kampung.
Kata mereka keselamatanku lebih terjamin. Alahai takkanlah sebab ni aku nak balik
kampong. Aku baru sebulan kerja dekat
Alaudin and Co tu. Memang aku takut tapi
takkanlah sebab tu ajer aku kena berhenti kerja dan duduk dekat kampong. Dekat kampong apa ajer yang boleh aku
buat. Aku tak minat nak uruskan homestay
abah tu.
Aku
cakap pada mereka semua jangan risau lebih-lebih. Lepas sembahyang tolong doakan aku
sudahlah. Last-last dia orang akur juga.
Nak
ikutkan bukan keluarga aku sahaja malah geng sekolah rendah dan sekolah
menengah juga ada yang menghubungi aku semata-mata mahu mengucapkan tahniah
kepada aku yang dalam sekelip mata sudah menjadi popular satu Malaysia.
Esok
aku akan bekerja semula selepas dua hari bercuti. Kemain fobia hampir diketuk dengan stereng
lock sampai kena ambil cuti dua hari.
Mahu tak takut bayangkanlah kalau mamat muka ketat betul-betul
melayangkan stereng lock ke kepalaku mahu arwah aku.
Sebelum
tidur aku tengok semula video yang telah trending satu Malaysia itu. Aku ketawa kecil membaca satu persatu komen-komen
di ruangan komen yang diberikan oleh penonton.
Rata-rata penonton mengecam tindakan lelaki yang agak keterlaluan
mengugut seorang perempuan dengan stereng lock.
Aku rasa lelaki ini sudah terjun KLCC bila satu Malaysia telah sepakat
menyelar tindakannya itu. Hari tu bukan main buli aku sekarang satu Malaysia sedang buli emosi kau. Padan muka
kau!!
Subscribe to:
Posts (Atom)