Thursday, July 30, 2009

2 X 5 Bab 6

Pin!! Pinn!!
Pin!! Pinn!!
“Abang kau dah tunggu dekat bawah tu. Apa ker halnya lambat bebenor kau nak siap ni Kirin.” Fiqa menegur. Dah satu jam mengadap cermin pun Syakirin tak siap-siap lagi. Agak kalau cermin tu boleh berkata-kata mahunya seikhlas hati cermin tu akan berkata yang dia dah naik muak tengok muka Syakirin ini. dalam kereta dekat bawah tu pun bukannya boleh bersama. Naik bergegar rumah flat ini dengan bunyi hon kereta dia.
Syakirin memandang cermin lagi. Sekejap-sekejap kepala diteleng ke kiri. Sekejap-sekejap ke kanan. Melihat setiap inci mukanya sendiri di dalam cermin. Macam dah okey dah ni.
Pin!! Pinn!!
Pin!! Pinn!!
“Hissh… Macamlah kereta dia ajer yang ada hon kereta.” Ngomel Syakirin sambil memasukkan bedak dan lipstick yang dipakai tadi ke dalam beg mekap yang comel. Beg comel berwarna merah jambu itu dimasukkan pula ke dalam beg pakaian yang sudah terbuka. Beg pakaian yang nampak sarat dengan muatan ditutup.
Fiqa sekadar memerhati. Kelam kelibut. Itulah. Aku suruh bangun awal-awal kata malas. Kata lambat lagilah. Banyak bunyi. Ini bukankah sudah tergesa-gesa.
“Okey Fiq. Aku gerak dulu. Apa-apa hal nanti kau telefon aku okey.” Syakirin bersalaman dengan Fiqa. Kemudian dia terus menuju kepintu.


“Sorry. Lambat.” Kata Syakirin tercungap-cungap. Nafasnya turun naik. Semput betul berlari-lari menuruni tangga rumah flat ini. Beg pakaiannya di campak ke tempat duduk belakang. Selamba. Macam dalam kereta sendiri. Kemudian dia memandang muka di cermin sisi kereta. Membetulkan tudung di kepala. Dia tidak perasan yang tingkah lakunya itu sedang diperhatikan oleh Zaim disebelah.
“Sejak bila naik haji.” Tanya Zaim sarcastic. Hari tu jumpa mak aii…dressing gila punya stylo. Rambut mengerbang macam iklan syampoo. Hari ini, lain benar rupanya. Tudung bawal labuh dengan baju kurung bunga kecil-kecil lagi. Zaim pandang Syakirin lagi.
Serta merta Syakirin menoleh. Zaim dijeling tajam. Amboi..Amboi..Amboi..Zaim Haji Hamidi. Aku baru masuk kereta dia sudah meleser macam tu sekali. Cubalah cakap ‘Cantiklah Kirin hari ini’ ataupun ‘Kirin nampak sangat manis’ bukankah boleh menyejukkan hati. Ini tidak. Main lepas ajer.
“Zaim tak tau Kirin bertudung sebenarnya.” Zaim berkata-kata lagi bila Syakirin hanya sekadar mendiamkan diri.
“Bila kita nak gerak ni. Karang lambat pulak sampai.” Syakirin tidak menghiraukan kata-kata Zaim itu. Yang dia tahu cepat-cepatlah lori pick up ni bergerak. Cepat sampai lagi senang. Semenjak Zaim memperlihatkan sikapnya yang cukup gemar main cakap lepas ajer tu buat Syakirin tidak berapa suka untuk nak berlawan borak dengan Zaim. Dulu Zaim lain. Masa di Alamanda dulu pun lain. Cuma selepas peristiwa di kedai makan malam kelmarin membuatkan Syakirin sedikit jelik dengan perangai Zaim. Mungkin itu cara Zaim memprotes dan menunjukkan ketidak puasan hatinya. Lantaklah. Sikit pun dia tak kesah.
Akhirnya Zaim menurut. Mitsubishi Storm terus bergerak meninggalkan perkarangan rumah pangsa dibelakang Minlon ini.


Keadaan dari tadi senyap ajer. Keluar dari Minlon, masuk tol Jalan Duta, sehinggakan sudah menghampiri lorong Touch n Go tol Simpang Pulai ini Syakirin dan Zaim sama-sama mendiamkan diri. Cuma sekejap tadi sahaja, Syakirin bersuara agar Zaim memberhentikan keretanya di mana-mana stesyen minyak yang terhampir kerana dia sudah tidak dapat menahan rasa nak terkucilnya. Dan memang pun Syakirin sudah tidak tahan. Elok sahaja kereta berhenti di stesyen minyak Petronas Simpang Pulai terus ajer dia berlari-lari menuju ke tandas wanita. Zaim pula sekadar memandang sambil menggeleng kepala. Banyak yang patut dibetulkan dengan budak Syakirin ini. Fikirnya.

“Okey jom.” Arah Syakirin sebaik sahaja dia sudah masuk ke dalam kereta Zaim semula. “Eh..Tapi boleh tak kita singgah dekat kedai jual limau bali tu. Kirin nak beli untuk mak.” Sambung Kirin cepat-cepat. Baru dia teringat, yang tidak ada buah tangan untuk orang kampung.
“Zaim tak fikir Mak Cik Midah lalu nak makan limau bali lagi. Limau bali buat buah tangan orang KL sesuailah. Ini mak abah Kirin tu duduk dekat sini. Anytime boleh beli.” Balas Zaim.
“Tak kiralah. KL ker. Sini ker. Nanti berhenti okey. Lima minit ajer. Beli-beli terus naik kereta balik.”
“Malaslah nak membelok ke sana.”
“Please. Please.” Syakirin merayu sambil dua tangan dilekapkan bersama. Ini sebab Zaim lah ni. Nak cepat sangat. Habis tertinggal kek lapis Sarawak yang baru dibeli dari Mek Na, budak Kelantan yang baru balik bercuti dari Sarawak tu. Sudahlah memang niat nak bawak balik kampung. Tapi akhirnya tinggal dekat rumah pulak. Memang rezeki Fiqa ajerlah kek lapis Sarawak tu.
“Benda lain tak boleh beli ker. Zaim malaslah nak membelok ke sebelah sana. Jauh nak buat u-turn.” Zaim membeli alasan. Kirin ni pun macamlah tak tau kepayahan nak masuk lane belah sana tu.
“Taknak berhenti sudahlah.” Kirin buat-buat merajuk.
Zaim sekadar tersengih. Dia terus memandu laju keretanya tanpa sedikit pun timbul perasaan belas pada kemahuan Syakirin itu.
Hantu punya Zaim. Betul-betul dia tak nak singgah. Kutuk Syakirin di dalam hati bila kereta Zaim selamba ajer bergerak terus ke hadapan tanpa membelok ke lane pusingan u. Sekarang memang jelas lagi bersuluh yang hatinya kini sedang berbelah bahagi untuk hidup bersama Zaim. Kalau macam ni pun dah sakit hati tak tau macam mana dah kahwin nanti. Nak reverse benda ni balik tak mungkin terjadi. Mak ajer dah siap kasi ugutan. Kalau buat perangai tiba-tiba kata tak nak kahwin siaplah kena parang dengan abah. Gila tak gila. Kalau nak adegan filem tamil parang memarang tu terjadi boleh try buat. Mengerikan betullah kalau dengan Pak Majid ni. Anak sendiri pun sanggup nak diparangkan.


Zaim memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan rumah orang tuanya. Alah. Nak diikutkan rumah Kirin ni kalau disuruh budak kecil baru nak belajar merangkak pun tak sempat berpeluh untuk pergi ke sana. Cik Kirin balik sendirilah. Takkan nak dihantar sampai ke pintu rumah yang hanya sekadar dua tiga langkah ajer ni.
“Dah sampai.” Kata Zaim. Dia tahu, Syakirin tu mesti tengah sebal sebab tak dia tak dapat nak menyinggah dekat kedai apek jual limau bali tu. Tengok sahaja muncungnya yang sudah panjang tu.
“Taulah.” Cepat-cepat Syakirin keluar dari lori pick up Zaim ini. dengan kasar dia membuka pintu belakang untuk mengambil beg pakaiannya. Dengan kasar juga dia menutup kembali pintu kereta dihadapan dan belakang itu. Lepas t uterus ajer dia berlalu pergi menuju ke rumahnya. Beberapa langkah ke hadapan sempat jugak dia menoleh. “Terima kasih.” Ucapnya sepatah dua kata. Orang berbudi kita kenalah berbahasa. Dah orang tu hantar sampai ke rumah takkan nak main blah macam tu ajer. At least buat-buatlah gaya perempuan melayu terakhir sikit. Tu bakal suami tu. Bakal suami lah sangat.
“Hah!! Dah balik dah pun!!” Dengar jeritan emak dari muka pintu.
Syakirin tercengang. Amboi. Lain benar cara emak menyambut kepulangan aku hari ini. selalu semua orang pakat buat dek ajer. Sebab emak kata kalau dah hampir tiap-tiap minggu balik ke kampung emak pun dah tak terasa rindu ker apa ker. Lainlah kalau setahun sekali balik. Budak Amir yang tengah lagut ajer mengelap motor dekat garaj tu buat tak tau ajer akak dia yang sorang ni balik. Tu bukan aper tu. Nampak akak dia balik lenggang kangkung macam tu mulalah buat tak ambil peduli sebab mesti budak ni dah dapat bajet tak ada apa-apa buah tangan dari akak dia. Bersabar ajerlah dengan adik yang seorang ini.
“Owhhh!!! Dah balik dah.!!” Tiba-tiba muncul Mak Ton dari dapur rumah.
Kali ini bola mata memang nak tersembur keluar. Apa dibuatnya Mak Ton dekat rumah aku tengah-tengah hari buta ni. Mulut ternganga luas jugak bila mendengar dari ruang tamu rumah suara abah dengan Pak Midi sedang ketawa. Nampaknya emak, abah, Mak Ton dengan Pak Midi benar bersungguh-sungguh ini.
“Tercengat apa lagi tu. Cepat masuk. Ajak Zaim tu sekali. Makan tengah hari semua dah siap dah. Tunggu kamu berdua ajer ni.” Balas emak.
Syakirin menggaru kepala yang tidak terasa gatal. Zaim dah masuk ke dalam rumah. “Zaim dah balik mak.” Dia berkata sepatah-sepatah sambil kepala dan ibu jarinya dihala sekilas ke rumah Mak Ton di seberang sana.
“Pergilah panggil.” Mak Ton pula menambah.
Syakirin tersengih. “Mir pergi panggil Abang Zaim.” Arah Syakirin kepada si adik yang tak habis-habis kerja lap mengelapnya itu.
“Apa pulak Amir. Kamulah yang pergi panggil.” Sela emak.
Arahan. Arahan. Arahan. Ngomel Syakirin sendiri di dalam hati. Berat langkah dia mengatur langkah ke rumah Zaim. Pintu pagar besi dia goncang-goncangkan perlahan. Mangga pada selak pintu dia ketuk-ketukkan.
“Kenapa? Ada benda tertinggal dalam kereta ker?” Tanya Zaim sebaik sahaja dia muncul di muka pintu rumah.
“Mak panggil makan. Mak Ton dengan Pak Midi pun ada sama.” Syakirin menjerit kecil. Keadaan yang agak jauh antara pintu pagar dan pintu rumah Zaim itu memerlukannya untuk menggunakan tune suara yang sedikit berfrekuensi tinggi.
“Seganlah.” Balas Zaim.
“Jangan segan-seganlah. Jomlah cepat. Nanti mak bising.”
“Malulah.”
“Nak malu amendanyer. Mak Ton dengan Pak Midi pun ada sekali. Cepatlah Zaim. Panas ni.” Kata Syakirin lagi sambil dia menggoyang-goyangkan kakinya. Mengada betul Zaim. Aku tak ker sikit nak terbakar ajer ni berdiri bawah tengah panas matahari ini boleh pulak dia banyak songeh. Seganlah. Malulah.
“Cepatlah!!” Sambung Syakirin lagi. Matanya sudah mula mengecil akibat terkena silau pancaran matahari.
“Yerlah. Yerlah.” Cepat-cepat Zaim menjawab dan terus keluar dari rumah. Pintu dia kunci lalu menuju ke pintu pagar.
Syakirin tersengih di dalam hati. Tak susah pun sebenarnya mamat sorang ini. naikkan sikit suara lemah longlailah dia.
“Jom.” Ajak Zaim selepas mengunci pintu pagar rumah.

“Agak apa agenda diorang ni hah?” Zaim bertanya rendah. Seakan berbisik bila mereka sudah mula melepasi pagar rumah Syakirin.
Syakirin menjongket bahu. Lagi mahu tanya ker. Macamlah tak dapat nak tangkap kunjungan penuh mesra umi ayah dia dekat rumah aku hari ini. siap masak bagai segala macam makanan.
“Hah!! Zaim. Meh-meh masuk. Dah nak sejuk dah semua makanan ni tunggu kamu berdua balik. Mak cik masak gulai tempoyak ikan patin dengan sambal tempoyak masak kegemaran kamu ini. meh masuk cepat.” Pelawa Puan Hamidah bila Zaim merangkap bakal menantunya itu sudah masuk ke dalam rumah.
Zaim sekadar tersengih bila diberitahu makanan kegemarannya itu adalah lauk utama tengah hari ini. gila sungguh penangan gulai tempoyak ikan patin dilawankan pula dengan sambal tempoyak masak dicicah dengan timun sama kacang botol. Masyuk tak hengat.
Syakirin pula sudah terasa nak menangis dalam hati ajer ni. Aduhai. Patutlah masuk rumah aku dah terasa nak pitam terciumkan bau tempoyak. Aku dikatakan terkeluar dari Perak sebab langsung tak boleh nak masuk atau makan segala makanan berasaskan dari buah durian. Fiqa kata aku murtad dari Perak. Sia-sia jadi anak-anak Perak kalau tak dapat nak menikmati kesedapan gulai tempoyak makanan fofular di tempat sendiri. Aku tak peduli. Betul sekarang aku dah pening.

10 comments:

aisyah said...

mmg cun sgt laa fiqa kawen ngan zaim...hahaha...ari2 msk tempoyak...
nnt fiqa pengsan kee??
bley zaim jd hero tlg dukung fiqa...
hehe...

pu3indah said...

missy, zaim dgn kirin lah ;)

seronok....jangan tunggu lama2 untuk sambungannya ok.

thanks :)

nacha said...

sambal tempoyak masak? uwaaa... rindu pd masakan aruah mak. it's really finger lickin' good la.

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
comey je kirin n zaim..
smbung2..

Anonymous said...

wahaha...
cam aku lak tp terbalik le..
x leh tahan ngan bau durian
sampai migrain n muntah...
tp tempoyak ok je...hihi

-ieja-

Che Sue said...

bestnyer ikan patin masak gulai tempoyak...!
tp kirin tak gengn ngan durian...sian kat kirin..

bertambah lagi satu bala kat kirin...
sambung la lagi tau...!

MaY_LiN said...

hahaha..
zaim..zaim..

aisyah said...

aiseh salah name daaa...
thanx pu3...
hehe...

Anonymous said...

best..best..
nak lagi..
kirin sempoi jer gaya yer..
suke...
sambug lagi ek..glymide

ღAuni_Amauniღ said...

huhu bru nk bace sbnrnye ni..
aik? kesengalan teserlah? haha zatie ni mane2 sis pegi blog e-novel jek msti ade komen dia..haha
btw..citer ni menarik..nak bace nanti..skrg da xsmpt nk bace..nk gi praktikal ahad ni..bz memanjang ekeke tp sy akn bace gak nnti..