Tuesday, July 28, 2009

2 X 5 Bab 5

“Kirin dekat mana?”
“Tempat kerja.”
“Balik pukul berapa?”
“Pukul lima.”
“Zaim nak jumpa.”
“Boleh jer.”
“Malam ni boleh tak?”
“Okey. Tapi dekat mana?”
“Kirin set tempat. Zaim ikut.”


Perbualan ringkas di telefon bimbit selepas makan tengah hari tadi membawa Syakirin ke sini. Punggung betul sudah naik kematu dan keras. Zaim tak jugak menampakkan barang batang hidung sekali pun. Syakirin melepaskan keluhan lemah. Jus epal yang sudah tinggal separuh gelas dia sedut perlahan. Tangan bermain-main dengan batang straw.
“Ini apa punya janji entah ni. Kata lepas Maghrib. Ini Isyak pun sudah lama lepas, abang sorang ni tak jugak muncul. Kalau nak kata tolong tok siak lipat sejadah pun rasanya kerja tu dah lama selesai. Janji Melayu memang tak pernah nak betul.” Syakirin mengomel sendiri di dalam hati. Nak melenting pun bukan ada gunanya. Dah orangnya pun tak ada. Lagi sekali jus epal disedut. Kali ini sudah menampakkan dasar gelas panjang. Jus epal sudah habis. Syakirin mengangkat tangan kea rah adik pelayan restoran.
“Jus epal satu lagi dik.” Pintanya bersama senyuman manis mekar dibibir.
Selesai meminta pesanan, Syakirin menongkat dagu dengan tangan. Media Hiburan dia selak lagi untuk ke sekian kali. Nasiblah tadi semasa mengisi minyak di Petronas sempat mencapai Media Hiburan, dapat jugak dibuat alat untuk menghilang bosan menanti. Tapi kalau dah memasuki kali ke sepuluh majalah ini dibelek, siapa yang lalu. Balik-balik baca gossip. Selak muka surat mula-mula cerita wartawan tu mencaras artis yang tu. masuk muka surat seterusnya cerita artis yang ini dengan datuk yang ini. Bila bukak lagi, tak habis-habis cerita hal rumah tangga artis tu, artis ni. Habis baca gossip, balik-balik tengok gambar artis yang-tu-yang-tu ajerlah. Dunia hiburan Malaysia, yang mana tengah popular memang muka dia ajerlah yang akan keluar tiap-tiap bulan dalam majalah. Saham tengah meningkatlah katakan. Sungguh bosan gila!!
“Sorry lambat.” Tiba-tiba datang suara dari depan menyapa.
Syakirin yang sedikit terperanjat mengangkat kepala. Alhamdullillah. Ingat mamat ni tak ingat tadi yang dia ada date dengan aku malam ini.
“Its okey.” Syakirin berkata dengan bersahaja. Konon-konon sikit pun dia tak terasa dengan kelewatan Zaim. Padahal dalam hati, masyaallah tuhan sahaja yang tahu. Rasa sudah berkontena Zaim itu dikutuk-kutuk sebab buat dia menjadi penunggu setia di sini.
“Apa dah jadi ni Kirin.” Zaim bertanya terus. Dia tak toleh kanan. Dia tak toleh kiri. Main terus ajer.
Syakirin konon-konon buat muka pelik. Muka innocent gila pun ada jugak. Dalam hati dia mengekek ketawakan Zaim yang gelabah tak pasal-pasal tu. Memang sudah dapat diagak bila mendapat panggilan dari Zaim tadi. Ini tak lain tak bukan pasti Mak Ton sudah menetapkan tarikh majlis. Kalau tidak, tak ada maknanya arkitek sorang ni beriya-iya mahu berjumpa dengan segera mala mini jugak walaupun datang lewat satu jam tiga puluh minit. Last jumpa pun dulu ajerlah. Masa dekat Alamanda tu. Lepas tu mana ada dah nak jumpa ker. Nak beramah mesra ker. Nak merapatkan silaturrahim ker. Kalau nak ajak keluar mintak maaf banyak-banyak. Bukan dia yang sibuk memanjang tak ada masa nak keluar untuk berbincang. Tapi Zaim tu yang buzy semedang. Zaim punya buzy tu mengalahkan Tok Ketua Kampung Talang.
“Jadi apa?” Syakirin pura-pura bertanya.
“Umi saya call malam semalam. Kata semua dah okey. Tarikh dah tetap.” Dalam satu nafas Zaim berkata tanpa ada satu pun traffic light menyala. Bunyi nafasnya turun naik sebab bercakap tidak berhenti. Laju.
“Mana Kirin tau.” Dengan muka yang sangat suci dan macam tak tau apa dah berlaku Syakirin membalas kata-kata Zaim itu tadi.
“Umi kata Kirin dah setuju.”
Syakirin menelan air liur. Ngee… Mak Ton ni pun satu. Sudah dipesan awal-awal jangan ar bagi tahu anak dia yang aku ni setuju. Lagi mahu bagi tahu.
“Kirin setuju sebab…” Kata-kata Syakirin mati sekerat.
“Sebab apa?” Zaim bertanya.

Korek kubur sendiri kalau pergi mengaku sekarang ini yang memang aku dah lama jatuh cinta dengan Zaim. “Sebab emak dan abah. Sebab Mak Ton dan Pak Midi.” Kelentong Syakirin. Cubalah kalau bukan Zaim calon yang abah letak depan mata, confirm lari dari rumah, keluar daerahlah jawabnya sebab mana rela main paksa-paksa macam ni. Abah dapat kredit sebab calon menantu yang dia pilih ni Ahmad Zaim Hamidi.
“Zaim apa salahnya kalau kita ikut kata orang tua kita.” Syakirin berkata lembut. Wahai Ahmad Zaim, terimalah hakikat yang kau memang untuk aku.
Zaim melepaskan keluhan keras. “Kenapalah Kirin tak tau nak menolak. Kirin tau tak. Yang Kirin sekarang buat saya betul-betul hilang akal nak fikir apa dah.” Zaim berkata agak keras.
Syakirin memandang wajah serabut Zaim. Lar.. Macam tu pulak dia. Hari tu bukan main lagi elok Zaim berkata-kata. Hari ini jadi lain pulak dia. Baru lepas bersalin kulit ker. Kut yer pun bengang dengan semua ni janganlah marah-marahkan aku. Kenapa tak tanya umi ayah dia dengan apa yang dah jadi semua ni.
“Zaim macam nilah. Sebelum Zaim nak marah-marahkan Kirin, nak berangin tak tentu pasal, baik Zaim tanya diri Zaim sendiri kenapa tak Zaim ajer yang menolak. Cakap sendiri yang Zaim tak sanggup nak berdepan dengan semua ini. Cakap ajer yang Zaim sebenarnya masih lagi menaruh harapan pada Sofia tu. Jangan nak marahkan Kirin sesedap hati kalau Zaim pun sebenarnya tak tau apa yang Zaim nak. Sebelum nak cakap fikir dulu.” Syakirin berkata dalam sedikit nada ketegasan. Zaim bercakap macam aku yang terhegeh-hegeh sangat. Tak ada pun sekali aku bercakap dengan emak dan Mak Ton yang aku memang cintakan Zaim. Memang aku nak kahwin dengan Zaim. Langsung tak ada. Macamlah aku tak sedar kedudukkan seorang perempuan itu tentu punya rasa malu part nak luahkan isi hati. Pada emak dengan Mak Ton aku sekadar mengatakan persetujuan untuk terima semua ini dengan rela. Rahsia hati hanya aku dan Fiqa sahaja yang tahu.
Sekali lagi Zaim melepaskan keluhannya. “Okey Zaim betul-betul mintak maaf. Zaim takut kita macam memperjudikan masa depan kita. Masa depan Kirin. Kirin muda lagi.”
“Kirin percaya pada jodoh. Kenapa? Zaim tak percaya pada ketentuan tuhan ker?”
“Bukan macam tu. Kirin tau kan saya masih cintakan Sofea.”
Syakirin mengangguk. Tenang.
“Kirin tak takut ker kalau kita kahwin nanti dan tiba-tiba berlaku sesuatu dalam perkahwinan kita. Sesuatu yang tak elok.”
“Kalau itu yang sudah tertulis siapa kita untuk menolak.”
“Kirin kenapa Kirin tenang ajer yer dengan semua ini. Atau ada benda yang Kirin sembunyikan. Jangan-jangan…” Kata-kata Zaim mati sekerat jalan. Syakirin dipandang dari atas ke bawah. Bola matanya turun naik. Tengok gaya bukan boleh pakai. Tak tau tang mana budak depan yang umi berkenan sangat. Songsang tu ada jugak. Senget sikit pun iya dari cara gayannya.
Syakirin menjengilkan mata bila Zaim memandang dirinya atas ke bawah. Bukan main lagi memandang anak dara orang macam tu. “Zaim, Kirin rasa Zaim sangat kurang ajar memandang Kirin macam tu. Buat pengetahuan Zaim, Kirin ni masih anak dara lagi tau. Jangan Zaim ingat Kirin terima Zaim sebab Zaim dah terlanjur. Kalau Zaim tak nak kahwin Zaim cakap sendiri dengan umi ayah Zaim. Kalau macam ni cara Zaim simpan prasangka pada Kirin, Kirin pun tak ingin jadi isteri Zaim.” Terus Syakirin mengangkat punggung dan memeluk tubuh. Hidungnya kembang kempis menahan geram. Panas hati bila tengok Zaim macam tu. Lagi panas bila sudah dapat menangkap apa yang Zaim tengah fikirkan tadi. Suka-suka hati ajer anggap orang macam tu. Apa? Ingat orang free hair semua jahat ker. Apa? Dia ingat kalau pakai skinny jeans dengan baju body tu semua tak baik ker? Errmmm… Kalau ikutkan yang betul-betul atas nama Islam memanglah songsang ke tepi dress code yang macam ni. tapi perubahan itu menuntut kesediaan. Kalau tak sedia macam mana nak berubah. Buat benda terpaksa mana nak dapat pahala. Nanti-nanti kalau dah bersedia tak payah nak suruh pun aku tau nak pakai tudung sendiri. Nak membetulkannya yang mana songsang, yang mana senget, yang serabut tu sendiri.
“Apasal nak melenting pulak ni?” Zaim bertanya. Dia sudah berdiri tegak. Tangannya menopang ke meja restoran. Mujur meja mereka berkedudukan jauh dibelakang. Kalau dibuatnya babak-babak Samarinda ini ditonton oleh pelanggan kedai yang kebanyakkannya tengah duduk dibahagian hadapan restoran ini tentu malu dibuatnya. Kirin pun satu. Aku tengok ajer. Cakap apa pun tak. Yang makcik ni nak terasa apa hal pulak. Kut yer pun mengutuk, aku kutuk dalam hati. Takkanlah Kirin boleh dengar.
“Zaim tu lah. Dahl ah datang lambat. Lepas tu fikir yang bukan-bukan. Sudahlah. Kirin pun dah tak ada mood nak kahwin dengan Zaim.” Balas Kirin. Dia terus berlari ke kaunter yang pembayaran. Not sepuluh ringgit dia letakkan di atas meja cashier. “Keep the change!” katanya sebelum berlalu pergi menuju ke arah tempat kereta diparkirkan.
Zaim sekadar mengejar dari belakang. Langkahnya mati bila telefon bimbit di dalam poket jeans yang dipakai menjerit mintak di angkat dengan segera. Bunyi irama lagu kegemaran umi bergema. Sah umi yang menelefon.

“Mak Kirin tak jadilah nak kahwin dengan Zaim tu.” Kata Kirin dari hujung talian. Lengan kanan dia bawak naik ke dahi. Badan sudah siap landing atas katil. Sampai ajer rumah memang tak ada tempat lain dia pergi. Masuk bilik. Cari katil.
“Kirin kamu janganlah nak memeningkan kepala emak dengan abah ni Kirin. Kalau abah kamu tahu mahunya diparang kamu nanti. Cakap tak pernah nak betul. Tak pernah nak ambil serius. Tarikh dah siap tau.” Bebel emak.
“Taknaklah emak. Kirin taknak. Kirin taknak. Lagipun Zaim tu bukannya nak kahwin dengan Kirin. Buat malu keturunan kita ajer nanti.” Balas Syakirin.
“Apa yang kamu cakap ni Syakirin. Mak Ton baru ajer lepas telefon mak ni. Katanya Zaim dah setuju.”
“Apa mak cakap ni. Kirin baru lepas jumpa Zaim ni. Dia kata dia taknak kahwin.”
“Alasan kamu ajer tu. Macamlah mak tak kenal perangai kamu tu. Jangan-jangan kamu tu yang taknak. Lepas tu memandai mengata Zaim pulak.”
“Mana ada mak. Betullah. Entah-entah Mak Ton ajer kut yang bersetuju ‘bagi pihak’ anak dia. Lepas tu kirim berita pada mak. SK pada Pak Midi. Padahal anak dia tak kata apa pun.”
“Jangan nak menyalahkan Mak Ton pulak. Memang Zaim dah setuju. Tadi Mak Ton telefon mak kata Zaim okey ajer. Kalau kamu tak percaya pergi tanya Zaim. Zaim sendiri cakap minggu ni dia balik kampong dengan kamu untuk bincang hal ini.”
“Mak!!” Syakirin menjerit perlahan bila emak sudah mematikan talian. Habis takat tu ajer. Balik dengan Zaim? Biar betul!

10 comments:

Ita said...

best..best... setia menanti sambungannya...... x sabar.....

Che Sue said...

best...best...

macam maen trik tali lak kirin n zaim nih...! seroniknyer..!

nk blk kg sesam yea...! apa plak yg berlaku dlm perjalan tu nanti kan...!

pu3indah said...

besttt... setia menanti sambugannya...kalau boleh cepat2 lah letak n3

aisyah said...

kuang kuang kuang....
hahaha...
lawak2...
xsaba nk mkn nasi mnyak kirin n zaim...

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
mereka suda main tarik tali..
ske2..
comey je kirin nieh..
zaim pon sme..
hihi..
smbung2,,

Anonymous said...

wat watak kirin ganas2
skit yea...
biar padan muka zaim tuh..
hahaha...

-ieja-

MaY_LiN said...

zaim ni kan..
nk kena pelangkung tau..

LiNa said...

best2..
sambung lagi yer..

alreinsy said...

best2... kelakar pun ada... setia menunggu...

endless love said...

salam ziarah
dah lame x jenguk blog eila
rupe2nyer ade cite baru
KIRIN?
syakirin tu mula2 ingat lelaki
sbb ade member name syakirin