Monday, February 8, 2010

Awatif Bab 6

Bab 6
“Kamu jangan nak mengada-ngada. Duduk dikampung pun tak tau nak buat kerja yang nak ke Kuala Lumpur tu buat apa. Kalau nak kerja sangat, kolam ikan keli abah tu dah cukup banyak kerja yang kamu boleh buat!!” Kata abah dengan suara lantangnya. Agak boleh didengari kalau berdiri sepelaung dari rumah. Sudahlah kuat bingit pulak tu.
“Ah!!... Apa barang kerja dekat kolam ikan keli abah. Bukan jiwa Tiflah abah!!” Awatif bijak menjawab. Dia terlupa barangkali yang ada hadis yang mengatakan ‘jangan sekali berkasar dengan kedua orang kedua kamu walaupun hanya berkata ah sahaja.’ Dan dia baru sahaja meninggikan suara dengan abah sebentar tadi.
“Jiwa tak jiwa. Kamu jangan nak mencari pasal Awatif Rahman. Abah tak akan izinkan kamu ke sana.” Bentak abah.
Serentak dengan suara bentakan abah Awatif bingkas bangun dari duduknya. “Abah tak boleh nak halang apa yang Tif buat. Tif dah besar. Tif bukan budak kecil lagi. Abah tak boleh nak kongkong hidup Tif. Tif ada hidup sendiri. Tif tak perlukan abah untuk jaga tif. Tif boleh jaga diri sendiri.” Awatif melawan tanpa sedar kata-kata abah.
“Awatif!!” Emak mencelah sambil meninggi suara kepada Awatif. Emak langsung tidak menyangka yang anak sulung yang menjadi kesayangan seluruh ahli keluarga boleh meninggi suara sebegitu dengan orang yang membesarkannya. Dengan orang yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Awatif. Awatif ingat dia sedang bercakap dengan Nabila apa yang bolelh sesuka hati menaikkan frekuensi suara sampai ketahap high key sebegitu. Apakah awatif tidak sedar yang dia sedang berbicara dengan ayahnya sendiri.
Awatif berpaling mengadap emak. Keningnya terangkat sebelah. Kasar dia membawa dua-dua tangan lalu memeluk tubuh yang hangat menggelegak.
“Ah..Emak pun sama. Takut sangat dengan abah. Apa yang abah kata semua mak iyakan ajer.” Kali ini suara Awatif yang tinggi itu ditujukan buat emak yang tiba-tiba mencelah. Dia jadi berangin tidak semena-mena bila abah naik angin tiba-tiba saat dia menyuarakan hasrat hatinya untuk ke Kuala Lumpur esok. Dia mula dengan mukadimah berbunga-bunga, yang penuh awalarat untuk menyedapkan jalan cerita abah pulak main tuju lepas macam meriam mortar.
Pangg!!! Tangan abah sudah melayang tepat terkena ke muka Awatif. Berbekas merah cop lima jari abah pada kulit pipi Awatif. Cepat Awatif berpaling kea rah abah. Matanya merah menahan marah. Dijegil sebesar mungkin. Pelempang abah bukan ini kali pertama dia merasa. Sudah acap kali dia menerima PJJ (pelempang jarak jauh) dari abah. Biarlah. Dia sudah kebal. Abah memang macam tu. Mengajar anak menggunakan kekerasan.
“Kalau kamu marah dengan abah kamu marahkan abah sahaja Awatif!! Jangan sesekali kamu berani meninggikan suara dengan emak kamu. Kamu lupa ker siapa yang bawak kamu melihat dunia!!” Marah abah masih berapi. Suara abah juga masih meninggi.
Awatif meraba pipi yang terasa perit bahana kena PJJ abah. “Tif tak peduli. Walau apa pun Tif tetap nak pergi KL esok. Keputusan Tif muktamad. Baik abah atau emak tak ada siapa yang boleh halang.” Terus laju Awatif berlari masuk ke dalam bilik. Bolos sahaja tubuh ke dalam bilik, terus pintu bilik dihempas kuat tanda protes. Dengan bunyi dentuman pintu bilik yang kuat mengejutkan Wahida yang sedang berpura-pura lena.
“Kak Tif.” Tegur Wahida.
“Diam!!” Kata Awatif. Badan dihempaskan di atas katil. Lengan dibawa ke dahi.
“Kak Tif tak baik…”
“Kau Wanda agak tak boleh nak tidur, pergi keluar!! Jangan kacau aku!!” Suara Awatif kasar memarahi Wahida. Selimut ditarik sehingga menutup seluruh tubuh. Kalau sekali Wahida bising-bising, siaplah. Pasti dia akan menarik Wahida keluar bilik. Suruh Wahida join satu team dengan abah dan emak di luar. Tak habis-habis nak menyalahkan dia.
Wahida menghela nafas kesal. Dia kesal dengan sikap Kak Tif yang selamba sahaja melawan abah dan emak. Dia sedih bila mengenangkan Kak Tif sanggup buat macam tu pada abah dengan emak.


Mata dibuka perlahan-lahan. Jam pada meja belajar diperhati. Jarum jam menunjuk pukul empat pagi. Perlahan-lahan Awatif turun dari katil. Dia harus berhati-hati. Tersilap langkah bimbang Wahida akan bangun. Beg sekolah yang sudah berisi pakaian ditarik keluar dari bawah katil. Pakaian sudah siap dia packing sebaik pulang dari tempat Amanda shooting petang semalam. Beg digalas dibelakang badan. Lampu suluh di atas meja belajar dicapai. Dengan langkah terjingkik-jengkek dia berjalan menuju ke pintu dapur. Dia memang nekad kali ini. semata-mata ingin ke KL mengikut Amanda hari ini, dia buang jauh-jauh perasaan takut pada entiti-entiti halus yang sering dimomokkan padanya sejak dia kecil lagi. Dalam hati dia berdoa-doa jugak, janganlah ketika nak ke Hay Resort itu nanti dia terserempak dengan hantu purdah ker, mak lampir ker kerana jarak perjalanan dari rumah ke Hay Resort mau sahaja makan lima kilometer. Boleh pikir sendirilah dalam jarak lima kilometer nak berbasikal sehingga ke sana tu, kebarangkalian nak jumpa semua makhluk tuhan yang bernama hantu tu tinggi.
Selamat keluar dari rumah dalam keadaan gelap gelita yang hanya bertemankan lampu jalan dan lampu suluh Awatif mendapatkan basikalnya. Perlahan basikal di tolak sehingga jauh sikit dari halaman rumah. Agak sudah lima meter dari pintu rumah apa lagi. Dia pun buat acara pecut bagai mahu merebut jersi kuning sempena Le Tour De Langkawi. Yezzer!!!... Dia bebas.
Awatif sudah bebas. Tapi dia lupa pada mata yang memerhati dari celah tingkap bilik. Wahida tidak mampu berkata apa-apa. Dia dia bersuara sekarang, pasti patah riuk Kak Tif dikerjakan abah. Dia tidak mahu bersubahat, tapi dia terpaksa jugak cover line saudara kandung, satu ibu satu ayah itu. Dia harap Kak Tif selamat. Itu doa dia.


“Cik Manda!!” Tegur Awatif sebaik sahaja melihat kelibat Amanda bersama-sama krew pengambaran yang sedang mengemas-ngemas bagasi dan peralatan lain ke dalam van.
“Owhh.. Bila awak datang?” Soal Amanda sedikit terperanjat apabila melihat Awatif sudah terpacak di tepi van milik syarikat produksi.
“Pukul lima tadi.” Beritahu Awatif jujur.
“Jadi awak tidur di sinilah sementara nak ke pagi?” Soal Linda yang terdengar perbualan antara Awatif dan Amanda.
Awatif mengangguk perlahan.
Linda cuba memandang Awatif atas ke bawah. Sah. Tidak syak lagi. “Ayah ibu awak tau?” Soal Linda.
Awatif menggeleng perlahan.
Astagfirullahulazim. Linda sempat beristigfar di dalam hati. Sesak nafas dia bila mendapat tahu yang Awatif ke sini tanpa pengetahuan orang tuanya.
“Awak lari dari rumahlah ni!!” Suara Linda bertukar nada. Dari mendatar terus naik mendadak ke frekuensi tahap ketinggian suara Ning Baizura yang menyampaikan lagu Curiga.
Awatif hanya mendiamkan diri. dia tunduk melihat selipar jepun yang dipakai. Malu bila Linda langsung tak tau nak cover bila bercakap. Memang sudah dasarnya mulut perempuan tu berpuaka. Suka-suka hati sahaja meninggikan suara macam itu. nak bagi tahu semua orang yang dia ni lari dari rumah.
“Linda, rileks okey.” Sampuk Amanda dengan senyuman mekar di bibir. Bahu Awatif ditepuk perlahan.
“Manda, I don’t think this is a good idea untuk you bawak budak ni balik KL sekali dengan kita. Budak ni underage.” Bantah Linda sekeras-kerasnya. Dia tidak mahu nanti dituduh menjadi mak ayam pulak. datang kampung orang, lepas tu bawak lari anak gadis orang.
“Aku tak paksa. Dia yang rela. Betulkan Awatif?” Kepala Amanda berpaling kea rah Awatif yang hanya diam menikus.
“Look. Kita tak boleh nak bawak dia macam tu ajer without permission dari parents dia. Ehh.. Kau ni hilang akal apa. Macam mana kalau parents budak ni buat report polis yang kau melarikan anak mereka. Macam mana karear kau? Pikirlah sikit.” Linda melepaskan kata-katanya senafas tanpa henti.
Pertelingkahan mereka turut menjadi tumpuan budak-budak krew yang sedang mengangkat barang. Mereka hanya sekadar memerhati, tapi malam mahu join sekaki. Mereka semua sudah sedia maklum ketidaksebuluan antara Linda dan Amanda. Ada sahaja benda yang nak ditelingkahkan.
“Okey!!” Amanda mengangkat kedua belah tangan tanda surrender. “Awatif balik sahaja. Awak tak sesuai dengan saya.” Putus Amanda.
Pantas kepala Awatif menggeleng. “Taknak. Saya nak ikut Cik Manda. Saya nak kerja dengan Cik Manda.” Rayu Awatif.
“See.” Amanda menjeling sinis kea rah Linda.
Linda yang tercabar terus sahaja pantas menyentap tangan Awatif. “Pergi balik rumah mak ayah awak. Kami nak gerak pulang ni.” Terdengar nyaring suara Linda berkata-kata dengan Awatif.
“Hey!!” Awatif menarik tangannya. “Ini pilihan saya. Awak tak ada hak nak menghalang. Saya tetap dengan keputusan saya. Dan awak, kakak-garang jangan nak pandai-pandai mahu mengajar saya macam awak tu bagus sangat.” Balas Awatif.
Terkedu Linda dibuatnya. Terdiam dia seketika.
“Kau pun dengarkan Lin. Itu pilihan dia. Tak ada paksaan.” Kata Amanda bersama sebuah senyuman kemenangan. “Mari Awatif. Awak naik kereta dengan saya.” Tangan Awatif di tarik perlahan menuju kea rah Peagot hijau muda yang sedia diparkir di depan lobi resort.
Linda melepaskan keluhan kasar. Dia kecewa dengan sikap Amanda yang tak habis-habis mempergunakan orang lain. tapi dia lagi kecewa dengan sikap budak kampung itu. nasihat yang orang bagi langsung tak di ambil peduli. Sudahlah nasihat itu dibuat tuli, berani pula memberontak dengan suara meninggi!!
“Sabar ya noks!!” Jojie yang baru menghampiri mententeramkan Linda. Dia tahu. Linda itu sudah dilanda tsunami.
“Tak ada apa-apalah.” Katanya rendah terus berlalu meninggalkan Jojie.

Emak masih tidak habis lagi tangisnya. Ditangan emak dicium-cium baju kurung Awatif yang dijahit sendiri sempena hari raya tahun lepas. Wahida hanya memandang emak dengan perasaan sayu dan pilu. Rafiuddin juga begitu. Hanya mampu berdiam diri tanpa mampu melakukan apa-apa untuk menenangkan perasaan emak. Aisyah yang masih terlalu mentah untuk mengetahui apa malang yang menimpa hanya sesekali kedengaran ketawa kecilnya ketika ada sesuatu yang lucu pada skrin televisyen. Mana tidaknya, Aisyah sedang melayan Wonderpets.
“Tak payahlah awak nak membuang air mata Siah. Menangis air mata darah pun belum tentu budak tu akan balik.” Kata abah. Walaupun sudah hampir sebulan Awatif meninggalkan rumah, marah abah pada Awatif tidak pernah surut.
“Tapia bang. Saya risaukan Tif abang. Dia tak pernah hidup sendiri.” Suara emak kedengaran diselang seli dengan esak tangis.
“Dia dah besar. Dia tahu macam mana nak hidup. Memang itu yang dia inginkan.” Balas abah lagi.
“Abang, kita cari dia ya bang.” Rayu emak.
“Tak payah nak dicari. Tahu dia pergi, tahulah dia balik. Kita tak halau. Dia yang nak keluar. Konon dah besar sangat. Kalau susah diluar sana pandai-pandailah dia fikir apa nak buat.”
“Kenapa abang buat anak macam ni?” Semakin laju air mata emak mengalir. Deras.
“Saya tak buat apa. Anak awak tu, apa yang dia dah buat pada kita berdua.”
“Abah sudahlah tu. Kita cari Kak Tif. Udin boleh teman.” Sampuk Udin.
“Wanda pun boleh bah.” Cepat Wahida mencelah.
“Chah pun nak ikut!!” Aisyah yang dari tadi lagut menonton Wonderpets turut sama menyuarakan hajat mahu ikut sekali di dalam misi menjejak kakaknya.
“Diam!!!” Bentak abah.
Terdiam semuanya. Aisyah cepat-cepat lari mendapatkan emak. “Kamu jangan nak pandai-pandai. Cukup sorang anak abah jadi macam tu. Jangan yang lain nak ikut. Abah bagi pelajaran bukan setakat nak suruh menjadi orang berilmu. Tapi abah nak kamu jadi orang yang boleh membezakan yang baik dan buruk. Sudah!! Pergi masuk bilik. Baca buku!!”
Lemah Wahida dan Rafiuddin melangkah masuk ke bilik. Aisyah masih lagi di dalam pelukan emak. Tak habis takut dengan marah abah.

No comments: