Tuesday, November 9, 2010

Calon Jodoh Untuk Adik 3

Kakak dan abang masih tekun mendengar ceritaku walaupun mereka nampaknya seperti kurang faham dengan apa yang aku katakan. Aku berkata sambil menangis teresak-esak. Aku bercakap dengan hingus penuh dalam hidung. Suaraku juga bertukar nada. Aku jadi sengau apabila bercakap dalam keadaan hidung tersumbat.
Sesekali aku lihat abang dan kakak berpandangan sesama mereka. Boboy dan Gegirl yang tidak faham apa-apa hanya bermain dengan kotak tisu. Habis semua tisu ditarik mereka keluar sehingga berselerak ke sekitar ruang tamu.
“Tak apalah Ris. Bukan jodoh Ris dengan Zizi la tu.” Azmer bersuara apabila yakin Arisa telah menemukan noktah pada cerita sedihnya itu. Ceritanya sangat sedih sehinggakan kini air mata Si Arisa masih lagi belum berhenti mengalir.
Aku merengus geram. Abang kandungku telah menyebelahi kaum sejenisnya. Lelaki semuanya sama sahaja. Aku kesat lagi air mata dengan belakang telapak tangan kerana tisu semuanya sudah habis berselerak angkara kerja Boboy dan Gegirl. Aku jeling abang.
“Sudahlah Ris. Biasanya memang macam tu. Anggap sahaja Zizi tu bukan soulmate Ris. Keadaan memang selalu macam ni. Sebelum kita belum jumpa lelaki yang betul-betul akan menjadi soulmate kita, kita pasti akan dipertemukan dengan lelaki-lelaki hampeh dulu. Percayalah.” Arina mencelah seakan-akan dia pakar dalam merawat hati dan jiwa sang patah hati, yang kecundang dalam percintaan.
Aku mendengar dengan teliti kata-kata kakak. Kata-kata kakak dan abang tidak jauh beza, tetapi aku lebih suka pada kata-kata kakak. Sekurangnya kakak menyebelahi aku sebagai adik kandungnya. Bukan seperti kenyataan abang yang lebih menyebelahi kaum sama jenis.
“Bukan semualah lelaki hampeh. Ris kenalah post mortem diri sendiri dulu. Baru boleh salahkan diri orang lain.” Azmer berkata tegas. Dia tidak sependapat dengan Arina. Menegakkan kenyataannya kerana dia pasti, Arisa pasti ada salah. Jika tidak masakan dia ditinggalkan oleh Azizi.
“Abang tu memanglah. Abang lelaki. Memanglah abang akan menangkan kaum-kaum abang.” Sampuk Arina. Bibirnya menjuih. Menunjukkan rasa geram pada Abang yang tidak habis-habis membela kaum sejenis. Sepatutnya sokonglah adik sendiri dulu. Ini mencari kesalahan Arisa pula.
“Bukan abang menangkan. Tapi tengok Ris. Keadaan macam mana?” Abang menuding ke arahku. Aku melihat kakak. Kakak melihat aku juga.
Kakak mengetap bibir. Mungkin kakak rasa abang betul. Aku mengeluh lemah.
“Sudahlah Ris. Tak payahlah nak sedih-sedih menangis macam ni. Buruk abang tengok. Abang ramai kawan lelaki. Nanti abang kenalkan sorang pada Ris. Mana tahu boleh jadi calon jodoh untuk Ris.” Pujuk Azmer.
Mata Arina membuntang.
“Kenalkan dengan kawan-kawan abang?” Dia menyoal dengan nada sarkastik. “Saper? E-e?” Sambungnya lagi. “Tak payah Ris. Kawan-kawan abang sumer kategori hampeh. Nanti biar akak jer carikan calon jodoh untuk Ris. Pasti terbaik.” Kata Arina. Dia sememangnya ada masalah peribadi dengan teman abang yang bernama Ee tu.
Mendengar kata-kata Arina membuatkan Azmer ketawa. “Masih tak habis lagi marah Rin pada Ee yer. Sudahlah Rin. Arisa abang minta yer. Jangan jadi macam kakak. Emosi tak kena tempat.” Senda Azmer.
Arina mencuka. Itulah satu-satunya kawan abang yang paling dia tidak boleh tengok mukanya. Benci dan menyampah melihat muka Ee yang selalu bajet macho. Ee yang pernah buat dia malu satu masa dahulu.
“Kalau dengan Ee pun tak ada salahnya. Ee tu bujang. Bukan suami orang.” Giat Azmer lagi walaupun dia sebenarnya tidaklah berhajat mahu memadankan Ee dengan Arisa. Tapi dia sengaja suka mengusik Arina dengan membangkitkan soal Ee.
“Abang ni kan sengaja kan.” Marah Arina.
“Stop…Stop!!” Aku mengambil langkah bijak. Sekarang ni siapa sebenarnya yang sedang beremosi. Sekarang ini siapa yang patah hati.
Azmer dan Arina sama-sama berhenti bertekak. Boboy dan Gegirl yang sedang menyepahkan rumah juga senyap. Mereka berlari mendapatkan mama mereka apabila ada singa mahu naik minyak.
“Sekarang Rin tak mahu siapa-siapa.” Putusku kemudian. Aku bukan tahap perempuan sangap yang lahap sangat mahu terus menerus mencari pengganti. Sekurang-kurangnya biarlah aku habis ‘edah’ terlebih dahulu sebelum ada mana-mana pihak yang ingin memadankan aku dengan siapa-siapa.
Aku terus naik ke atas meninggalkan abang dan kakak yang kurasakan ada gaya macam nak bersambung bertekak lagi. Aku malas mahu masuk campur. Si Ee yang menjadi punca pertengkaran mereka berdua itu pun aku tak kenal.

2 comments:

Unknown said...

best! tp nk tnye..yg b4 end 2..ada dialog..rin x nk sape2 ke ris x nk sape2? huhuhuhu...

Unknown said...

aah la.
kat dialog bwh skali..
'rin tak mau siapa2'..sptutnya ris kan?