Monday, May 9, 2011

Calon Jodoh Untuk Adik 11

BAB 11
“Apakah relevannya aku ikut kau ke sini saat aku patutnya bertemu janji dengan budak perempuan sales dekat Perodua sebelah office aku tu.” Soal Izlan sarcastic apabila Azmer bersungguh-sungguh benar mahu mengajak dia makan di kedai mamak malam ini. Dia baru dalam usaha mahu merapatkan tali silaturahim dengan budak Perodua sebelah, tetapi Azmer buat kacau pula.
“Kau nak beli kereta baru ker?” Soal Azmer bodoh. Bodoh kerana macamlah dia tidak tahu yang dua bulan lepas Izlan baru sahaja menukar proton Iswara lamanya itu kepada sebuah Toyota Vios berwarna hitam.
“Kau tau tak aku terpaksa membatalkan temujanji aku semata-mata nak bawak kau datang makan nasi kandar di sini. Padahal hari Rabu hari tu kau baru makan nasi kandar di kedai yang sama ni dengan Shahrul kan.” Izlan masih lagi membebel.
“Yer. Aku menghargai jasa baik kau tu. Habis nak buat macam mana. Kereta aku buat hal pulak.” Tutur Azmer di dalam ketawa-ketawa apabila mendengar mulut Izlan sudah membebel bagai mulut orang perempuan.
“Tengok.. Cuba kalau aku keluar dengan budak Perodua tu, silap-silap aku boleh dapatkan kau diskaun untuk kereta baru kau nanti. Tukar kereta beb. Aku tengok kerap sangat kereta kau tu masuk klinik.” Izlan cuba menghasut agar Azmer turut sama menukar kereta baru sama seperti yang telah dilakukannya. Alah… Gaji seorang jurutera di syarikat pembinaan swasta tu lebih dari cukup kalau mahu pakai kereta import. Loan bank pun lepas tanpa perlu meletakkan nama penjamin.
“Aku tak berhajat nak tukar kereta. Lagipun memang kebiasaankan kereta kalau dah habis loan memang akan buat perangai. Macam tahu-tahu jer hutang dah habis dia pun meragam.” Ngomel Azmer.
“Kau nak makan cepatlah order. Dari tadi teguk air jer.” Kata Izlan. Malas dia mahu memanjangkan soal tukar kereta baru kepada Azmer. Dia faham sangat. Azmer tu kemut sedikit. Sanggup sahaja ke pejabat naik teksi atau tren daripada terpaksa keluar duit beli kereta baru.
“Tunggu sekejap boleh Ee. Sebenarnya alasan aku bukanlah semata-mata nak makan nasi kandar mamak ni ajer dengan kau. Sebenarnya aku bawak kau ke sini sebab aku nak kenalkan kau dengan adik aku.” Azmer berterus terang tentang agendanya mengajak Izlan keluar makan malam bersamanya malam ni. Arina telah pun memperkenalkan calonnya kepada Arisa. Kini tiba giliran dia pula. Dia tidak punya ramai kawan untuk diperkenalkan kepada Arisa. Izlanlah satu-satunya teman yang dia ada selain dari Shahrul yang telah pun selamat menjadi suami Arina. Azmer berharap agar Izlan dan Arisa boleh serasi. Biarlah cerita Izlan dan Arina dahulu mati sampai situ sahaja. Sememangnya Azmer mahu perhubungan antaranya dan Izlan bertukar menjadi saudara. Kalau Shahrul calon jodoh paling tepat untuk Arina, dia harap Izlan adalah calon jodoh yang terbaik buat Arisa.
Izlan tersedak. Mujur sempat air teh o aisnya itu masuk ke dalam kerongkong. Jika tidak, pasti Azmer dihadapannya ini akan lencun. Dia memandang Azmer. Dalam-dalam. Azmer menelan air liur. “Kau orderlah nak makan apa ajer dekat sini Ee. Kau tak payah risau. Kalau kau nak makan nasik kandar letak ketam udang sotong dua tiga ekor pun tak apa. Aku bayar.” Kata Azmer. Cuba mengumpan Izlan dengan ketam sotong dan udang masak kari bersama nasi kandar kuah banjir yang sememangnya cukup sinonim dengan kedai mamak.
“Kau jangan sengaja mengumpan aku dengan nasi kandar Mer. Kalau kau ambik peduli dengan apa yang aku cakap pada kau semasa di kolam ikan hari tu aku rasa kau pun tau aku cuma main-main ajerkan.” Izlan mulai cuak. Takut jika kata-katanya yang main-main tempoh hari dianggap serius oleh Azmer.
“Aku cuma nak kenalkan kau dengan adik aku ajer. Bukan nak suruh kau kahwin terus dengan dia. Lagipun kau tak perlu risau. Arisa bukan seperti Arina.” Terang Azmer. Ssbenarnya entah mengapa, mendengar kesanggupan Izlan mahu menjaga Arisa membuatkan dia terbuka hati mahu menemukan mereka berdua. Dia tahu dan sedar yang Izlan sekadar bergurau sahaja mengenai perkara itu, tetapi jika bukan Izlan siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menjaga Arisa di saat masa yang dia ada sekarang ini sudah tidak lama. Tambah-tambah lagi apabila Arisa turut merungut yang dia sangat tidak boleh pergi dengan calon yang baru diperkenalakn oleh Arina itu. Jadi, siapa lagi calon yang sesuai buat masa sekarang ini jika calon Arina telah ditolak ke tepi. Hanya ada Izlan. Hanya ada Ee sahaja!
Izlan sesak nafas. Hatinya tidak sedap. “Tapi aku dapat bayangkan adik kau tu……” Izlan tidak dapat meneruskan kata apabila ada suatu suara menyampuk dari arah belakang.
“Abang!!!!!!!!!!!” Tegur satu suara dari belakang yang manja kedengarannya di telinga.
“Abang!!! Dari jauh Ris lambai-lambai dekat abang tadi. tak pandang pun.” Tegurku yang baru tiba secara tiba-tiba.
“Ni macam mana tiba-tiba boleh menjelma macam ni ni. Bagi salam tak. Apa tak.” Bising Azmer.
Aku mencebek. Abang kan… Hidupnya terlalu penuh dengan protokol dan tatasusila. “Assalamualaikum abang yang paling Ris sayang.” Kataku manja terus melabuhkan punggung di kerusi di hadapan abang. Bersebelahan dengan seorang lelaki. Alah… Kawan abanglah tu.
“Waalaikummusalam. Ini kenalkan kawan abang. Panggil Abang Ee.” Azmer memperkenalkan Arisa pada Izlan.
Aku menoleh ke sebelah. Mahu melihat wajah teman abang yang duduk disebelahku itu…. Hahh… Mulutku ternganga. Kawan abang pun sama. Rasanya, kawan abang sudah ternganga sejak lima minit yang lalu. Mungkin selepas dia perasan aku yang duduk disebelahnya. Mukaku panas.
“Awak……….” Kami sama-sama berkata serentak sambil jari telunjuk masing-masing menunjuk ke arah satu sama lain.
Aku mengetap bibir. Dia jugak.

“Saper ni abang?” Soalku kasar. Segera memaling muka. Kerusi ku jugak ku alihkan mengadap ke tempat lain. membelakangkan lelaki itu.
“Abang Ee. Kawan serumah abang.” Kata Azmer lagi sekali.
Aku menelan air liur. Jadi inilah Ee yang namanya sentiasa menjadi bahan momokan buat Kak Ina selama ini. Memang momok!!
“Ini Arisa adik kau Mer.” Izlan bertanya kurang percaya. Tapi kerana matanya masih elok lagi dia terpaksa mempercayainya tanpa perlu penjelasan lanjut dari Azmer. Kalau yang inilah, tentulah lagi teruk dari Arina. Arina pun tidak pernah sekali sampai mahu menyerang.
“Yerlah Ee. Inilah adik aku. Arisa.” Kata Azmer. Dia menjadi sedikit pelik apabila kedua mereka tiba-tiba berubah tegang sebaik melihat muka masing-masing.
“Korang berdua ni pernah jumpa atau pernah kenal ker.” Azmer bertanya.
“Tak!!” Sahutku laju. Cepat-cepat menjawab sebelum lelaki mulut puaka itu membocorkan rahsia. Gila! Telingaku pasti akan bernanah jika mendengar bebelan dari abang jika abang mengetahui aku pernah menyerang lelaki yang bernama Ee ni ditempat kerjanya. Sekarang bukan Kak Ina sahaja yang terasa dimomokkan dengan makhluk yang bernama Ee ini. Aku jugak.
“Hai Abang Mer. Sorry lambat. Dua tiga kali saya go head gostan kereta baru betul-betul masuk kotak parking.” Sampuk Suhaila yang baru tiba.
Mataku sedikit mengenyit-ngenyit ke arah muka Suhaila yang baru muncul secara tiba-tiba bersama muka lelah akibat terlalu lama memutar streng dan gear semata-mata untuk memastikan kereta barunya itu betul-betul masuk kotak parking. Kereta baru Suhaila adalah sejenis kereta buatan Malaysia yang bernama Perodua VIVA jer tetapi perlu mengambil masa hampir setengah jam untuk betul-betul berada di tengah kotak.
Ternyata, pandangan Suhaila menjadi berbalam bila dia nampak abang. Dan……….
“Ehh…Awak pun ada Encik Khairil Izlan.” Sambung Suhaila.
Bungkus!
“Eila kenal Khairil Izlan ni….”
Suhaila mengangguk. “Mestilah kenal. Bestlah Ris, double date kita berdua hari ini.” Kata Suhaila lagi.
Mataku membulat memandang Suhaila yang tiba-tiba menjadi terlebih peramah. Aku tahu dia sudah merangka dialog untuk menunjukkan sikap ramah tamahnya di depan abang. Tapi… Ayatnya salah. Mana ada date!
“Arisa memang kenal Ee…Ee kau kenal adik aku?” Tanya Azmer.
Aku sekadar mengerling ke arah dia yang turut sama mengerling ke arahku. Kami sama-sama diam.
“Ris memang kenal Abang Mer. Ini kan Khairil Izlan. Ex boyfriend Fazura kawan kita orang yang Ris pernah serang dulu.” Lancang Suhaila menjawab bagi pihak Arisa.
Aku merengus kuat dengan mata semakin galak membulat memandang Suhaila. Aku lapar. Namun bau nasi kandar di restoran mamak ini tidak langsung menambat seleraku. Aku mahu menelan Suhaila hidup-hidup kerana mengkantoikan aku.
“Jadi Ris perempuan yang kau ceritakan tu Ee? Ris yang menyerang kau Ee.” Azmer bertanya kurang percaya. Kini suaranya kedengaran keras.
Izlan mengangguk. “Dia nilah yang datang serang aku hari tu.” Beritahu Izlan.
“Ris siapa ajar jadi samseng ni.” Azmer bertanya. “Dialah yang salah. Tak pandai jaga makwe.” Aku menjawab untuk membela diri. Aku tahu, pasti si momok ini telah mengadu perihal kelakuan tempoh hari dengan abang. Jika tidak mana mungkin abang boleh menyoal dengan intonansi yang sekeras itu. Abang dengan aku biasa cakap baik-baik jer.
“Fazura tu bukan makwe aku Mer. Kau pun tau kan. Itu adik angkat aku ajer.” Izlan menyatakan hal yang sebenar.
Aku memandang dia dengan pandangan yang tajam. “Adik angkat??? Habis selama ini saya selalu mendengar perbualan telefon antara Fazura dan awak pakai bersayang-sayang, berhoney-madu tu apa???” Aku menyoal dia.
“Awak ni memang selalu memecah privasi orang ker?” Izlan menyerkap jarang.
Aku menelan air liur. Kantoi lagi. Memang aku selalu pun mencuri dengar perbualan telefon Fazura dahulu. Aku cemburu kerana Fazura bila berbicara dengan teman lelakinya pasti akan menggantikan kata nama dengan menggunakan perkataan yang sweet-sweet belaka. Sedangkan aku dan Azizi ketika itu, kami hanya pakai kau-aku sahaja. Bila aku cuba menggunakan perkataan-perkataan yang manis, Azizi boleh kata dia geli! Huhh!!!
“Owhh… Jadi ini awak. Patutlah……. Faz boleh mencari lelaki lain. Sebab memang awak ni hampeh! Dan patutlah Kak Ina sentiasa momokkan awak. Sebab awak tu memang momok!” Balasku.
“Siapa momok?” Izlan bertanya marah. Suka-suka hati!!
“Awaklah.” Aku menjawab berani.
“Ewah…ewahh…mulut tu pakai insurans apa? Takaful, Etiqa?” Sindir Izlan tidak juga mahu mengalah bertelagah dengan seorang perempuan.
“Diamlah!” Marah Azmer apabila Arisa dan Izlan masih lagi bertegang urat.
Aku memeluk tubuh lalu memalingkan ke tepi.
Penyibuk!
Dia jugak.
“Ris mintak maaf dengan Abang Ee.” Azmer mengendurkan kembali suaranya.
“Apahal.” Aku mencebek. Membuat muka. Mataku juling ke atas.
“Minta maaf sebab Ee lebih tua dari Ris…” Azmer cuba berlembut.
“Hahh…” Aku membulatkan mata. Alasan tu sudah terlalu season untuk dipakai. “Dia yang salah, jadi dialah yang harus meminta maaf. Kenapa Ris pula?” Aku masih menunjukkan sikap keras kepalaku.
“Cepat!” Suara Azmer naik balik.
“Tak mau abang…..” Aku merengek.
“Kalau adik abang, cepat mintak maaf.” Azmer mendesak lagi.
Aku terpaksa menurut kerana aku adik abang. Memanglah aku adik abang!! Huh!! “Maaf.” Akhirnya dengan payah aku menuturkan jua kata maaf itu walaupun aku langsung tak ikhlas.
“Its okey. Masalah-masalah kecil memang selalu berlaku dalam keadaan yang tak diduga.” Izlan cuba berfalsafah dengan senyuman menyindir.
“Ee!” Tegur Azmer.
“Buat apa nak gaduh-gaduh. Kita makan jom.” Sampuk Suhaila akhirnya yang sejak tadi hanya menyepikan diri memberi ruang antara Arisa dan Khairil Izlan bertengkar.
“Gud. Jom.” Cadangan Suhaila itu dipersetujui oleh Azmer.
Walaupun hati aku sebal kerana terpaksa makan sekali dengan Ee ni aku terpaksa akur juga apabila Suhaila begitu teruja untuk makan dengan abang. Ikutkan hati aku ini, mahu terus sahaja aku pulang ke rumah. Tapi nak buat macam mana. Dalam keadaan tegang dan panas ni pun Suhaila masih boleh terfikir pasal makan lagi! Huhhh!!!! Hari yang malang bagi aku.
1. Aku dikantoikan oleh teman baikku sendiri. Siapa lagi kalau bukan Suhaila. Yang menyebabkan;
2. Aku kena marah dengan abang sehinggakan;
3. Elaun bulananku bulan ini dibekukan oleh abang. Dan semuanya berlaku hanya kerana;
4. Aku jumpa momok tu. Aku jumpa Ee atau nama sebenarnya Khairil Izlan!

2 comments:

Unknown said...

wah2! kntoi!! tp kantoinye sgt comey! ehehehe

Anonymous said...

hehe..mmg klaka la Ris n Ee niii..
dua2 nk tunjuk laga!!
apa2 pun mmg best lah..
hope dieorg leh together0-gether la pas ni..
i loike!! :)

~cikta~