Friday, November 14, 2014
Yess Ma'am : Part 2 : Bab 9
Bab 9
“Mas,
saya dah siapkan senarai barang kering yang awak kena order dari supplier.” Aryana letak senarai bahan-bahan mentah yang
perlu dipesan oleh Mastura di tepi mesin
wang.
Mastura
yang baru selesai memulang duit baki kepada pelanggan merenung Aryana dengan
pandangan mencerun tajam. Wajah Aryana
ditenung garang silih berganti dengan senarai barang di atas meja kaunter.
“Lan
suruh saya tolong awak periksa stok-stok bahan kering. Ini saya dah siapkan list. Nanti bolehlah awak hantar pada supplier.” Tutur Aryana senang. Asalnya kerja-kerja memeriksa stok bahan
kering bukanlah termasuk dalam tugas hakikinya, tetapi sebab Razlan dah suruh,
dia buat jugaklah.
Sejak
dua menjak ini Razlan agak sibuk dengan tugasnya sebagai CEO di Bersatu Teguh
Bercerai Roboh Properties sehingga jarang ada waktu untuk ke mari. Sebenarnya Aryana baru tahu yang Razlan juga adalah
CEO di Bersatu Teguh Bercerai Roboh Properties. Dia memang tak sangka lelaki simple seperti
Razlan merupakan anak lelaki Tan Sri Ahmad Bakhtiar. Rupa-rupanya restoran ini dibuka adalah sekadar
tempat untuk Razlan menghilangkan stress dengan kerja pejabatnya sahaja.
Chef
Mior pula sibuk memantau kerja-kerja mengubahsuai cawangan terbaru House of
Grill di Wangsa Maju jadi semua hal berkaitan dengan restoran di sini diuruskan
oleh Mastura selaku orang kepercayaan Razlan.
Terasa bukan senang nak urus semua benda, bagi meringankan bebanan tugas
yang ditanggung oleh Mastura, Razlan telah meminta Aryana untuk membantu Mastura. Bagi permulaan, Aryana cuma diminta sekadar
memeriksa stok bahan kering dan basah di dalam pantry sahaja. Lain-lain benda Mastura
yang uruskan. Lagipun Mastura sudah
biasa untuk deal dengan supplier.
“Ehh…Kau
ni dah kenapa nak arah-arahkan aku pulak ni.
Kau bos ker.”
Jerkahan
Mastura yang tidak semena-mena itu membuatkan Aryana terkebil-kebil. Beberapa pasang mata di dalam restoran ini
semua terarah ke kaunter bayaran.
Pekerja-pekerja di dapur turut sama bergegas apabila mendengar suara Mastura
tiba-tiba memetir.
Aryana
pandang wajah Mastura yang macam nak telan dia hidup-hidup. “Tak adalah.
Lan bagitahu saya, kalau pasal deal or order bahan dari supplier tu
kerja awak. Jadi saya bagilah senarai
yang dah buat ni.” Balas Aryana dalam
nada yang terkawal walaupun saat ini dia memang dalam keadaan bengang yang amat sangat.
“Ehhh…Kau
tak nampak ker aku tengah sibuk dengan customer nih. Supervised budak aku kena buat. Jaga kaunter aku kena buat. Order barang aku kena buat. Habis kau buat apa jer. Sia-sialah Lan gajikan kau kerja dekat sini
kalau semua benda tetap juga kau nak suruh aku buat.” Hambur Mastura lagi.
Mata
Aryana terasa panas. Ada titisan halus
menitis dari tubir matanya. Aryana malu
sangat bila dicerca di hadapan orang ramai macam ni. Macam dia ni tak ada maruah ajer. “Mas, saya tak kisah tau kalau awak nak saya
tolong order bahan-bahan mentah ni semua tapi tak perlu la jerit-jerit dengan
saya macam tu. Saya bukan pekak.” Tutur Aryana terus berlalu masuk ke dalam
pejabatnya. Di situ dia menangis
sepuas-puasnya. Sudah dikatakan, hati
wanita bergelar ibu tunggal ini sensitif.
Sedangkan dijentik sikit pun air mata boleh menitis hiba, inikan pula
terkena tikaman kata-kata pedas lagi menyakitkan hati itu. Sekejap lagi banjirlah tempat ini!
Entah
kenapa dalam keadaan sedih-sedih begini, yang terlintas di kepala adalah
Ilham. Aryana keluarkan telefon dari
dalam beg tangan. Dalam keadaan tersedu
sedan dia mencari nombor telefon Ilham di dalam direktori.
“Hello
abang…” Ucap Aryana. Tisu dipekup pada batang hidup. Sekuat tenaga dia menghembus hingus yang
sudah mula bersarang di rongga hidung.
“Yana….Kenapa
nih???” Ilham menyoal risau.
“Abang…Yana
sedih sangat hari ini.” Ujar
Aryana.
“Kenapa
nih. Yana cakap dengan abang.”
“Yana
baru lepas kena maki ni abang.” Aryana
mula mengadu domba.
“Kena
maki? Siapa yang maki Yana. Berani orang tu yer maki-maki Yana.” Ilham mula tunjuk emosi. Terasa dia juga turut sama merasai
kesengsaraan yang dialami oleh Aryana kini.
Ini bukti. Jiwa yang sudah cukup
sebati sukar untuk dipisahkan.
Aryana
kesat air mata. Hingus dihembus
lagi. “Adalah minah satu tempat kerja
dengan Yana nih. Yana sedih la
abang. Yana tak pernah pun buat salah
dengan dia kenapa dia mesti nak marah-marah Yana. Depan customer pulak tu.” Adunya lagi.
“Yana,
Yana jangan risau. Abang akan cuba
dapatkan peguam yang terbaik untuk Yana.
Kita buat saman malu. Suka-suka
hati ajer.” Balas Ilham tunjuk gaya hero.
“Saman?” Aryana pelik.
“Yerlah. Saman tetap saman!!!” Ilham seperti sudah nekad. Dia tidak boleh terima andai Aryana dimalukan
sedemikian rupa.
“Abang
ni dah kenapa melebih-lebih pulak. Takkanlah benda macam ni pun nak panggil
lawyer sampai nak saman menyaman ker.
Ingat hakim dekat mahkamah tak ada kerja lain ker?” Tutur Aryana memindahkan rasa bengang dengan Mastura
tadi kepada Ilham pula. Memang
benganglah kan kalau tengah stress-stress macam ni ada orang buat lawak bodoh
yang tak lawak tu!
Ilham
tahan rasa nak ketawa bila mendengar suara bengkek Aryana. “Alahh…Abang prihatin dengan Yana jer. Tapi abang pelik la, sebab kena maki sikit
macam ni pun Yana nak meleleh-leleh air mata dah kenapa. Setahu abanglah Yana ni iron lady. Payah nak mengalir air mata.”
“Yerlah. Yana sedihlah. Yana ni baru lepas kena tinggal dengan laki
tiba-tiba ada orang marah-marah Yana macam tu.
Yana ingat boleh lah dapat kawan baru tapi belum apa-apa dah kena
sembur.”
Dahi
Ilham berkerut memandang telefon bimbit di tangan. Ehh…eh…Kau ni kan Yana dalam mengadu domba
sempat lagi perli-perli aku. Ilham
berkata sendiri.
“Apa
abang cakap tadi??!” Aryana bersuara
nyaring di hujung talian.
Ilham
tampar mulut sendiri. Dia cakap kuat ker
tadi? “Dah lah. Tak payah nak sedih-sedih sangat. Kalau rasa tak tahan kerja dekat situ
berhenti ajer kerja. Selesai
masalah.” Akhirnya Ilham memberi jalan
penyelesaian.
Aryana
gigit bawah bibir.
“Tak
pun, mari sini kerja dengan abang.
Tempat PA abang ni masih kosong lagi.”
Cadang Ilham dengan senyuman nakal.
“Jangan
nak ambil kesempatan di atas kesakitan yang Yana tanggung sekarang yer
abang.” Pesan Aryana.
“Encik
Ilham meeting nak mula dah.”
“Abang
ada meeting yer.” Aryana menyoal apabila dia mendengar suara Kak Midah.
“Haah.” Jawab Ilham.
“Okey
tak apalah. Abang pergilah
meeting.”
“Yana
dah okey ke ni. Kalau tak okey abang
sanggup tak pergi meeting semata-mata untuk ‘okey’kan Yana.” Bersungguh Ilham mahu membantu.
“Yana
dah okey. Rasa dah puas hati dah dapat
luah dengan abang walaupun hakikatnya tak membantu apa pun.” Balas Aryana.
Ilham
mengekek ketawa. “Okeylah kalau macam
tu. Abang masuk meeting dulu. Babai.
Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam.”
Aryana
pandang sepi telefon yang dah mati.
Tanpa sedar bibir menyuring senyum.
Nasib baik ada best friend tau!
“Awak…”
Sapaan
di ambang pintu pejabat membuatkan Aryana tersentak. Senyuman terukir dibibir hilang. Aryana simpan kembali telefon bimbit.
“Lan” Aryana sekadar menyapa kembali bila Razlan
datang menghampirinya. Terkejut juga
bila tengok Razlan tiba-tiba ada di sini.
Biasa waktu begini lelaki ini sepatutnya berada di pejabat. Untung jadi bos-bos ni. Boleh berada di mana-mana dan bila-bila masa
tanpa ada yang marah.
“Apa
dah jadi tadi nih. Betul ker Kak Mas
marah awak depan pelanggan.” Razlan
terus bertanya. Sebaik tiba tadi, heboh
di dalam dapur tentang pertelingkahan yang terjadi antara Aryana dan Mastura.
Aryana
menggeleng perlahan. Dia ukir senyum
kelat. “Tak ada apalah. Mungkin salah saya jugak kut tadi tu. Dia tengah sibuk-sibuk layan pelanggan saya
pergi letak list barang depan dia. Saya
okey. Awak jangan risau okey.” Tutur Aryana tidak mahu mengeruhkan
keadaan. Ikut hati memang bengang sangat
dengan Mastura, tetapi disebabkan niatnya adalah untuk berkerja dan bukan nak
mencari musuh, tidak mengapalah. Biarlah
orang buat kita asal kita tak buat orang.
“Tapi
Sarah cakap awak menangis tadi. Tengok
mata awak merah. Sembab pulak tu.” Razlan memandang wajah Aryana.
Pandangan
lembut Razlan buat Aryana jadi tak selesa.
Saban hari layanan Razlan pada dia semakin pelik. Caring lebih pula. “Ngeee…Budak Sarah ni kan. Saya dah pesan pada dia banyak kali tadi tak
payah nak kecoh-kecoh. Tak ada apa-apa,
awak. Nangis sikit ajer. Perempuan…Biasalah…Tapi sekarang saya
betul-betul dah okey. Serius.” Tutur Aryana bersungguh.
Razlan
mengangguk-angguk kemudian dia berdehem.
“Tadi tu awak cakap dengan siapa?”
Soalnya teragak.
“Bila?” Soal Aryana sepatah.
“Dalam
telefon tadi? Saya terdengar perbualan
awak tadi. Awak cakap dengan siapa. Abang awak?”
Aryana
ketawa kecil. “Abang? Bukanlah.”
“Habis
tu dengan siapa?”
“Tadi
tu saya cakap dengan bekas suami saya.”
Aryana menjawab jujur.
“Hah…” Mulut Razlan sudah ternganga.
Aryana
angguk kepala. “Ya. Bekas suami saya.”
“Awak
tak pernah bagi tahu yang awak pernah berkahwin.”
“Awak
tak pernah tanya.”
“Okey,
kalau dia bekas suami awak kenapa awak perlu bercakap dengan dia.”
Aryana
makin pelik. Eh…Suka hatilah kan nak
cakap dengan siapa pun. Sah-sah bil
telefon aku yang bayar. Getus Aryana
sekadar di hati. “Awak…tak boleh ker
kalau saya nak bercakap dengan bekas suami saya. Lagipun saya dah terbiasa setiap kali kalau
saya tengah ada masalah memang dengan dia saya akan kongsikan. Lagipun masa
saya tengah emosi tadi, saya cuma ingat dia sorang ajer.”
“Errmm…” Razlan hilang kata. Dia mengeluh perlahan.
“Lan.” Panggil Aryana pendek.
“Apa dia?”
“Saya
nak mintak sangat dengan awak, tak payahlah nak besar-besarkan isu ni ya. Saya pun malas nak ambil port sangat dengan
hal tadi.” Pinta Aryana.
Razlan
sekadar mengangguk. “Sambung
kerja.” Ujar Razlan sebelum meninggalkan
Aryana.
“Yes
boss!!”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bersatu teguh bercerai roboh properties.. kelakar okeyyhhh kak ila.. kahkahkahh... peribahasa pon jalannn.. ;)
satujan ilham dan aryana semula..plssssss
Kak, cepat sambung yee kakkkk. Tak sabar ni nak tahu kesinambungan kisah yana dgn ilham. Lama dah tggu ni, hehehe
After reading a few chapter tak sabar nak baca novel...best sgt!
Post a Comment