Friday, December 19, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 15

Buku setebal dua inci itu dipandang sepi. Kepala sudah dilabuhkan di atas meja belajar. Pen di tangan dipusing-pusing seperti kipas helicopter. Memang sejak dari pejabat lagi, terasa virus M.A.L.A.S telah menyerang masuk ke dalam badan. Pukul sepuluh pagi lagi simptom-simptom virus tersebut sudah jelas kelihatan. Mata stim, rasa mengantuk, tak ada mood dan bosan tahap gaban. Hari ini, satu kerja tak jalan dan satu hari jugaklah aku makan gaji buta. “Macam mana duit gaji nak berkat. Kalau makan gaji buta ajer.” Terdetik di dalam hati. “Alah, bukan hari-hari buat perangai macam ni. Esok-esok cover baliklah. Buat overtime tak payah claim.” Aleeya berkata sendiri. Macam-macam alasan dalam kepala apabila tahu diri sendiri sudah salah.

Alunan irama Umbrella dari Nokia 6500 Slide bergema kuat membuatkan Aleeya terbangun dari lenanya. Ya Allah. Sampai boleh tertidur dekat meja belajar. Macam buat kerja berat sahaja gayanya siang tadi. Skrin telefon bimbit dilihat sekilas. Nana calling. Aleeya tersenyum. Butang ‘answer’ ditekan.
“Assalamualaikum.” Aleeya memberi salam buat pemanggil di hujung talian sana.
Orang di sebelah sana mula mengekek ketawa. “Waalaikummussalam. Amboi. Anak saper la ni?”
“Anak Che Mah dengan anak Che Mi ler.” Aleeya turut sama menyaingi ketawa orang di sana.
“Kenapa suara rock semacam ajer ni. Kau demam ker?”
Ketawa Aleeya masih lagi bersisa. “Aku baru bangun tidur lah.” Mulut Aleeya menguap luas. Segera di tutup dengan telapak tangan. Sebelah tangannya mengosok-gosok mata agar boleh terbuka luas.
“Baru bangun tidur? Tak studi ker cik kak oii..”
“Aku tengah study tadi. Tiba-tiba boleh setidur la pulak.”
Nana ketawa lagi. Macam-macam ajer lah dengan Aleeya ini. Study-stidur. Tak pernah berubah.
“Cik, I miss you. Lama tak jumpa kau. Apa cer sekarang?” Nana bertanya kembali setelah dua-dua menyepi seketika.
“Tak ada cer la. Biasa ajer.” Aleeya menjawab lemah. Dah memang tak ada cerita nak dikongsi bersama. Takkan nak bukak cerita orang lain pulak. Itu mengumpat namanya. Buat ketupat malam-malam menambahkan dosa sahaja.
Tiba-tiba Nana melepaskan keluhan lemah. “Aleeya.” Nana merendahkan sedikit nada suaranya.
Aleeya mengerut dahi. Ini apahal tiba-tiba Nana jadi macam orang dah habis bateri sahaja. Entah-entah tengah bergaduh dengan Syah agaknya. Tue yang tiba-tiba, tak ada angin, tak ada ribut Nana call aku malam-malam buta macam ni. Nana ni pun sama jugak macam Kak Ana. Call jarang. Misscall selalu. Nak pekena aku. Suruh buat call back. Sebab takut kredit habis.
“Ini apahal. Kau gaduh dengan Syah ek?” Aleeya meneka.
Nana mengeluh lagi. Terfikir-fikir dia macam mana nak bagi tau teman yang seorang ini. Takut pulak nanti merosakkan mood Aleeya. “Aku dengan Syah okey lah. Bukan pasal kita orang tapi…” Ayat Nana tergantung di separuh jalan.
Tidak semena-mena, Aleeya mula menjadi gelisah. Apa kena dengan Nana ni? Lain macam benar dia malam ini. Apa yang tak kena? Aleeya mula berteka-teki sendiri. “Tapi apa Nana?” Aleeya menyoal kembali.
Nana masih membisu. Menyusun kata untuk dijadikan sebaris ayat. Bukan dia tidak boleh cakap. Boleh. Memang boleh. Bukan Nana tiba-tiba jadi bisu. Tiba-tiba jadi gagap. Tapi dia takut apa yang akan disampaikan nanti bakal mengembalikan semula Aleeya kepada kenangan lamanya. Nana tidak mahu Aleeya menangis sekali lagi. Nana cukup kenal sangat siapa Nurul Aleeya. Nampak keras di luar, tetapi di dalam, Aleeya punya hati yang cukup lembut. Masakan tidak. Sewaktu dia berpisah dengan Azizul dulu, ditabahkan jua hati untuk gelak ketawa bersama teman-teman sedangkan di dalam hati, dia menangis sendiri. Nak dijadikan cerita, Aleeya terkantoi apabila dia menangis ketika bercakap dengan Nana di dalam telefon. Semasa itu, Aleeya masih belajar di Politeknik Sabak Bernam. Katanya, dia mengalami batuk yang teruk akibat cuaca yang tidak menentu apabila Nana bertanya mengapa suaranya serak-serak basah. Tetapi, Nana cepat menghidu. Dan, pada malam itu Aleeya menceritakan segala-galanya. Tentang perpisahan dia dengan Azizul. Kasihan Aleeya. Pasti bengkak mata Aleeya ketika itu. Apa tidaknya, dia menangis teresak-esak sendiri akibat terlalu lama memendam perasaan. Rasa simpati menghambat diri buat sahabat yang amat disayangi itu. Rasa macam nak marah pun yer jugak. Ada ker dah sebulan clash dengan Azizul baru malam itu Aleeya bagi tahu. Tapi Nana, Abab dengan Julia memang bengang gila lah dengan Azizul. Mereka buat pakatan bertiga tanpa pengetahuan Aleeya buat serangan ke atas lelaki durjana itu. Teruk Azizul kena hentam dengan kata-kata makian sebab dengan sewenang-wenangnya lelaki itu berjaya membuat Aleeya terluka. Dengan muka tidak bersalah Azizul boleh buat kenyataan..

Aleeya masih budak. Tak mampu nak berfikir secara rasional. Dia tak matang. Saya perlukan seorang wanita yang matang. Yang boleh berfikir baik buruk. Bukan budak perempuan yang akan buat tindakan ikut suka tanpa boleh berfikir panjang. Macam mana dia nak jadi isteri yang baik. Isteri yang sempurna. Diri sendiri pun terkontang kanting, lintang pukang, haru biru….

Berasap tiga pasang telinga mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Azizul itu. Sebagai bekas guru yang pernah menumpahkan ilmu untuk mereka dahulu masih punya sedikit rasa hormat untuk itu. Tetapi, sebagai seorang lelaki, rasa hormat itu sudah menjadi zero. Azizul memberi alasan bodoh, macamlah Aleeya itu budak kecil berumur lima tahun. Ada betulnya cakap Aleeya ketika dia cuba menenangkan dirinya sendiri akibat perpisahan itu. Kalau dah benci, macam-macam alasan akan diberi. Sepatutnya Azizul mengaku yang dia sendiri tidak mampu untuk bersikap setia menjadi pencinta wanita sejati. Mudah-mudah sahaja dia berpaling pada perempuan lain. Itupun dengan bekas teman wanitanya dulu, yang pernah diludah tetapi sanggup dijilat semula.
Kalau boleh Nana memang mahu merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Aleeya. Tapi rasanya dia tidak mampu lagi. Hati Syah perlu dijaga jugak. Sudah hampir sebulan Azizul cuba mengganggu hidupnya. Itu pun selepas terserempak dengan Azizul di Kinta City ketika sedang berbaris menunggu mee sizzling siap di masak. Punyalah baik ayat, mamat tu bagi. Merayu-rayu menyuruh aku memujuk Aleeya untuk menjawab panggilan telefonnya.
Sampai Syah mula hilang sabar apabila hampir setiap hari Azizul menghubungi Nana untuk meminta pertolongan supaya memberitahu Aleeya agar menjawab panggilannya. Disebabkan Azizul, Syah pula yang memboikot dirinya. Diajak dating tak mahu. Diajak bersembang dalam telefon dikatanya tengah sibuk. Tapi yang pelik bila di ‘offer’ belanja makan tau pulak boyfriend tersayang ini mengangguk kepala tanda setuju.
“Tapi apa Nana?” Sekali lagi Aleeya menyoal keras. Frekuensi suara sudah naik. Aleeya mula naik angin apabila Nana mendiamkan diri terlalu lama untuk memberitahu perkara apa yang ingin disampaikan tadi. Memang Aleeya betul-betul tengah hangin dengan Nana sekarang ini. Bukan lagi cobaan. Kalau Nana ada depan mata, dah lama aku curah dia dengan air paip. Apa yang difikirkannya lama sangat.
Nana yang terkejut dengan suara sergahan Aleeya itu terus menjawab laju. “Azizul cari kau. Dia suruh kau jawab panggilan telefon dia.” Senafas Nana menjawab soalan Aleeya tadi yang dirasakan mampu membuatkan gegendang telinganya rosak andai lagi dua kali Aleeya menggunakan frekuensi suara yang sama untuk menyoalnya macam tadi. Kali ini, telefon di halakan jauh sedikit dari telinga. Takut, mana tau nanti jika Aleeya mengamuk besar, menjerit-jerit mendengar perkhabaran yang baru masuk dalam lubang telinga. Sekurang-kurangnya, kalau Aleeya menjerit nanti, lubang telinga aku masih boleh diselamatkan lagi.
Aleeya mendengus geram tatkala nama Azizul dibangkit semula oleh Nana. “Sejak bila kau jadi orang suruhan dia ni? Sejak bila kau jadi juru cakap dia ni? Sejak bila pulak kau boleh jadi back up besar untuk mamat tu?” Getus Aleeya kepada Nana dengan soalan bertubi-tubi senafas tanpa berhenti. Suara sudah mula bertukar serius. Tiada lagi gelak ketawa seperti di awal perbualan tadi.
Nana melepas keluhan perlahan. Ditarik nafas dalam-dalam. Seperti yang dijangkakan. Pasti Aleeya tengah mengamuk besar sekarang ini. Harap-harap semua barang di dalam bilik Aleeya masih berada di posisi asal. Takut jugak. Bila Aleeya tengah melenting, habis semua barang boleh terpelanting.
“Jangan salah anggap Leeya. Aku bukan jadi back up besar pada mamat tu. Ikutkan aku pun sama bengang jugak dekat dia. Yang jadi masalahnya, dia tak habis-habis mengganggu hidup aku. Syah pun dah mula hangin dengan dia. Aku tak nak nanti tak pasal-pasal dia orang bergaduh. Tu satu hal. Kes Syah boikot aku sebab dia duk asyik telefon, sms aku merayu-rayu nak tahu pasal kau, belum ambil kira lagi. Aku harap kau faham.” Terang Nana satu persatu. Aleeya pasti tengah serabut dengan perkara ini. Fikir Nana lagi.
“Sorry. Aku tak tau pulak sebab gila Azizul tu, boleh buat hubungan korang tegang.” Balas Aleeya. Cuba dia berlagak tenang walaupun nada suara sudah bergetar. Namun, dia tidak mampu menahan air mata yang sudah mengalir. Kenapalah setiap kali bila timbul soal Azizul, empangan air matanya mudah sahaja pecah. Air mata diseka dengan belakang telapak tangan.
“Leeya kau okey?” Nana bertanya lembut.
“Aku okeylah.” Aleeya berpura-pura ketawa. Hajat dihati jelas untuk menyembunyikan perasaan sedih yang datang menghambat jiwa. Tapi Aleeya bukanlah pelakon wanita yang boleh menggondol Anugerah Pelakon Wanita terbaik di malam Anugerah Skrin. Masakan orang sedang ketawa, bersuara getar seperti menahan sendu. Di situ dia fail melakonkan wataknya.
Nana mengeluh lagi. Yer la tu Aleeya okey. Kalau dah ketawa macam bunyi kura-kura ketawa besar selepas menang perlumbaan dengan Sang Arnab, macamlah aku tak tau yang sekarang ini pasti sudah habis separuh tisu dalam kotak. Mengesat air mata yang sudah mengalir deras. Aleeya… Aleeya.. Suka sangat buat gaya, konon-konon diri tu kuat sangat. Kalau suruh Aleeya buat 3G sekarang ini, pasti terang-terangan Aleeya akan kantoi dengan Nana sekali lagi. Menangis sebab lelaki yang sama.
“Leeya, kau punya pilihan sama ada mahu menjawab panggilan mamat itu atau tidak. Tapi, kalau boleh kau fikirkanlah pasal aku dengan Syah jugak yer. Aku bukan apa. Syah kalau dah merajuk, susah aku nak pujuk. Kadang-kadang merajuk dia lagi teruk dari aku merajuk tau.” Tutur Nana lembut. Malas mahu menekan Aleeya lagi mengenai perkara ini. Kalau tidak kerana perangai Syah yang mengada-ngada merajuk macam budak umur lima tahun hanya kerana perkara kecil ini tak kuasa jugak Nana nak menimbulkan isu ini dengan Aleeya. Bukan dia tidak tahu yang Azizul itu bekas pakwenya Aleeya. Lagipun sudah acap kali diceritakan mengenai kisah silam Aleeya dan Azizul. Tapi dia tetap jugak nak jealous tak tentu pasal. Nak buat macam mana, dah Si Mummy Boy ini yang aku pilih untuk dijadikan teman lelaki dan insyaallah jika ada jodoh sebagai calon suami sehidup semati.
“Okeylah. Nanti aku call mamat tu. Suruh jangan kacau hidup kau lagi.” Balas Aleeya.
“Leeya.”
“Errmm.”
“Esok aku pos laju sepuluh kotak tisu kat rumah kau ek. Mesti stok tisu dah habis kan.” Gurau Nana.
“Hampeh. Kau perli aku yer?” Suara Aleeya mula ceria sedikit. Nana memang pandai memujuk. Patutlah dalam hubungannya dengan Syah, semedang dia sahaja yang kena jadi tukang pujuk. Nasib kau lah Nana, berkawan dengan Mummy Boy yang jambu dan manja itu.
Nana hanya tersengih seorang diri. Aleeya terasa dengan sindirannya tadi. Kan betul yang Aleeya sedang menangis tadi.
“Nana.” Panggil Aleeya lembut.
“Apa dia?”
“Macam mana ek, aku nak bina empangan yang kuat dan teguh kat kelopak mata aku ni supaya dapat menampung air mata dari mengalir. Nak pakai simen cap apa? Kapur nak letak banyak mana? Air nak guna berapa baldi?” Terpacul soalan bengong dari Aleeya. Soalan suka-suka, buat pengubat jiwa yang sedang berduka.
Tersembur ketawa Nana mendengar soalan Aleeya itu. “Leeya bengong. Kau patut tanya pada Tuan Enggineer. Bukan pada aku. Aku nama empangan kat Malaysia ini pun tak berapa nak tau, lagi kau nak tanya macam mana nak membinanya pulak. Dari kau buat projek bina empangan, baik kau buat projek bina masjid. Tu aku boleh tolong.” Balas Nana. Senyuman mekar dibibir.
“Sudahlah kau. Aku nak tidur ni.” Tak kuasa Aleeya mahu melayan Nana lagi.
Nana masih ketawa. Nak lari dari isu bina masjid la tu. “Tadi kata nak studi?” Tanya Nana.
“Dah tak ada mood.” Balas Aleeya pendek.
Mengekek Nana ketawa. “Okeylah. Good night. Assalamualaikum.”
“Waalaikummusallam.” Talian dimatikan.
Aleeya memandang jam di atas meja belajar. Sudah menginjak ke dua pagi rupanya. Nak bukak buku, rasanya mood sudah hilang. Nak tidur, mata masih lagi segar bugar. Mana tidaknya selepas Maghrib tadi tertidur sampai pukul sepuluh tadi baru tersedar. Itupun tersedar dari gangguan bunyi telefon. Astagfirullahulazim. Baru teringat. Belum solat Isyak lagi. Aleeya segera ke bilik air untuk mengambil wuduk. Menunaikan solat Isyak. Kemudian dia membuat solat hajat dua rakaat. Semoga hajatnya itu akan dipermudahkanNya.
Selesai melipat telekung dan sejadah, Aleeya melabuhkan kepala di atas bantal. Novel di tepi bantal dicapai. Menyambung pembacaan yang tertangguh semalam. Semoga cepat sedikit mata ini boleh terlelap. Baru ingin masuk ke bab yang seterusnya, telefon bimbitnya mula menjerit sekali lagi. Skrin telefon diperhatikan. “Ngee… Gila apa pukul tiga pagi telefon anak dara orang.” Getus Aleeya di dalam hati. Nak dimatikan telefon tak boleh. Aku bukan jenis yang boleh bangun secara automatic tanpa bantuan alarm. Idea!!! Aleeya petik jari. Panggilan dijawab.
“Harap maaf. Orang yang anda cuba hubungi tidak dapat dikesan. Esok-esok cuba lagi. Semoga anda berjaya. Chayok!!. Chayok!!.” Gaya operator tak terlatih menjawab panggilan. Talian terus dimatikan.

Zain memandang telefon ditangan. Terasa macam nak terputus urat kentut mendengarkan ayat kelakar Aleeya tadi. Pukul tiga pagi, Aleeya boleh buat lawak Maxis dengan aku. Ada ker operator Maxis boleh cakap macam tu. Siap ada chayok!! Chayok!! Baiknya Cik Operator. Boleh pulak suruh ‘esok-esok cuba lagi’. Itu yang tak boleh tahan. Zain geleng kepala. “Gadis itu memang istimewa.” Hatinya berperi.

Wednesday, December 17, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 14

“Siapa bilang gadis Melayu tak menawan. Tak menarik hati tiada memikat. Kalau lah sungguh tak mungkin aku tertarik. Kalau lah sungguh tak mungkin aku kan jatuh…” Zain berlagu riang sambil tangan sibuk menyikat rambutnya yang sudah dipotong pendek petang semalam. Nak jadi pekerja cemerlang, pekerja contoh kenalah jaga attitude dan penampilan diri. Bila perasan rambut sudah mencecah ke kolar baju pandai-pandailah pergi kedai gunting rambut. Sendiri mahu ingat. Gel disapu ke atas rambut biar nampak terpacak sikit. Macam iklan Brylcream, Barulah stylo.
Memegang jawatan sebagai seorang jurutera di syarikat pembinaan yang agak terkenal itu memaksa dirinya untuk kelihatan segak selalu walaupun skop kerjanya adakala menuntut dia untuk selalu ke tapak projek yang sedia maklum tahap kepanasan sinaran mentari. Lagipun, sudah lumrah, jika menjadi seorang ketua, perlulah menunjuk contoh yang baik kepada pekerja yang lain. Mana boleh ikut suka sahaja.

“Happy nampak. Sejak bila Akademi Fantasia buat audition tengah-tengah malam ni.” Badri mengejutkan teman serumahnya yang kelihatan seperti baru menang loteri itu dari arah belakang. Badri menggaru kepala yang tidak gatal. Apa kena dengan mamat ni. Dua tiga menjak ni lain benar perangai dan tingkah lakunya.

Dah lama Badri tidak melihat Zain seronok seperti sekarang ini. Apa fenomena telah melanda. Kalau dulu, Badri sudah sedia maklum. Tentu-tentu sahaja temannya itu sedang hidup berbahagia dengan insan tersayang bergelar kekasih hati walaupun semasa itu Zain hanya menyanyi lagu-lagu cinta versi nasyid seperti Nur Kasih, Impian Kasih dan macam-macam lagilah. Walaupun Zain berjiwa rock kapak parang kontot, diikutkan juga mendengar lagu-lagu nasyid. Maklumlah kekasih hatinya itu bakal ustazah. Nak mengorat bakal ustazah, kenalah belajar dengar lagu nasyid. Dendangkan lagu-lagu nasyid yang indah itu buat halwa telinga insan tersayang. Tapi, itu cerita dua tahun lepas. Semasa itu ada Aisyah Syuhada disisinya. Sekarang, amboi-amboi-amboi-amboi……. Sudah pandai menyanyi lagu Gadis Melayu nyanyian asal Othman Hamzah dipopularkan kembali oleh Jamal Abdillah. Macam manalah Badri tidak garu kepala.
Zain menarik nafas dalam-dalam. Kus semangat. Boleh luruh jantung aku tadi dibuatnya dengan Si Badri. Masuk bilik orang main terjah ajer. Tak tau bagi salam. “Kau ni datang dari mana? Tiba-tiba muncul masuk dalam bilik aku tak bagi salam.” Zain merungut-rungut memarahi Badri. Setahunya, tadi Badri tiada di rumah. Katanya ingin keluar dengan buah hati pengarang jantung pisang emas dibawa belayar. Ini tiba-tiba dah elok berdiri tegak depan mata apa cerita. “Kata nak keluar dengan Zahira.” Sambung Zain lagi apabila melihat Badri hanya memerhatikan dirinya yang sedang bersiap. Asyik sangat Badri memerhati Zain. Apa kena dengan housemate aku yang seorang ini. Sudahlah dia seorang sahaja teman serumah yang tinggal selepas Farhan berpindah rumah kerana telah berumah tangga. “Jangan nak buat hal Bad. Aku masih teruna.” Hati Zain berkata. Ya Allah. Apa yang aku melalut ni. Minta dijauhkan benda-benda ini semua. Geli tengkuk bila mengingatkan tentang hubungan sejenis yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Apa mereka ini sudah tidak tahu untuk membezakan yang halal dan haram. Aku teruna sejati. Bukan kategori lelaki suka lelaki. “Apa kau pandang-pandang aku macam ni Bad.” Zain memukul bahu Bad.
Pukulan itu membuatkan Bad tersentak. Sakit. “Apa ni Zain. Nak buat macam WWF ker?” Bad menahan geram. Penumbuk di tala dekat ke muka Zain. Sebelah lagi tangannya menggosok-gosok bahu yang sakit tadi bahana kena pukul dengan tangan Zain.
Zain mengekek ketawa melihat muka Badri berkerut-kerut menahan sakit. “Sorrylah. Malam ni tak boleh. Aku buzy. Kau duduklah rumah layan WWF sorang-sorang. Aku nak keluar.”
Badri mencebik bibir. Ek ena.. Kerek semacam ajer gayanya. Zain nak keluar malam dengan siapa? Timbul persoalan di hati. “Kau nak keluar dengan siapa?” Badri menyoal. Hajat dihati nak korek rahsia teman baiknya itu. Tidak pernah mereka berdua merahsiakan apa-apa. Maklumlah. Dua-dua sudah buat perjanjian untuk memegang jawatan tambahan sebagai penasihat kiri kanan depan belakang masing-masing. Ini tuan penasihat pun tak tau apa yang dah terjadi apa kes?
Zain mengukir senyum yang tak tau macam mana rupa. “Adalah.” Itu sahaja jawapan yang diberikan buat soalan Badri tadi.
“Cakaplah kau nak keluar dengan siapa?” Badri bertanya lagi. Tak puas hati dengan jawapan yang diterima.
“Nanti aku ceritalah. Aku dah lambat ni. Aku pergi dulu.” Zain terus keluar dari bilik menuruni anak tangga. Dibiarkan Badri terpinga-pinga di atas katil. Enjin kereta dihidupkan. Mapley time!!!!!!!!!!!!!

Sekali lagi Aleeya melihat jam di pergelangan tangan. Ini yang paling aku pantang. Janji pukul Sembilan tapi dah pukul 9.30 masih tak nampak bayang lagi. Dia terlupa ker? Tak mungkin. Sebelum Maghrib tadi Zain terlebih dahulu telah menelefon Aleeya tentang rancangan mahu keluar makan bersama di mapley An Nazmaju Prisint 9 malam ini on. Aleeya menyelak-nyelak buku menu yang ada di atas meja. Sudah sepuluh kali dia melihat menu yang ada di dalam buku itu. Rasanya sudah dihafal setiap menu yang terdapat di restoran mapley ini. Lagipun, sudah acap kali Aleeya makan di sini, sehinggakan anei tukang ambil order pun dari jauh sudah melambai tangan tanda Aleeya pelanggan setia yang tak jemu-jemu datang.
“Sorry. I’m late darling.” Slumber Zain berkata dengan riak muka tak bersalah.
Aleeya mencebik bibir. Ini apahal speaking London tak tentu pasal. Muka macam tak berperasaan ajer, atau Zain tak perasan yang dia dah terlewat hampir 45 minit. “Apahal lambat.” Aleeya bersuara keras.
Zain hanya tersengih. Tangannya melambai-lambai ke arah anei yang tengah elok berdiri di tepi kaunter pembayaran. Segera anei tadi datang ke meja Zain dan Aleeya untuk mengambil pesanan.
“Kau nak makan apa?” Zain bertanya.
“Anei, kasi saya cheese nan sama itu ayam tandoori. Minum saya mau teh tarik kasi besar punya gelas. Okey.” Aleeya mengenyitkan mata ke arah anei yang sedang mengambil pesanan itu. Bukan sengaja mahu menggatal dengan anei itu, tetapi dia sendiri sudah kenal sangat dengan pekerja-pekerja di Restoran An Nazmaju ini. Sudah terbiasa bergurau macam itu.
Anei tersebut mengalihkan pandangan matanya ke arah Zain pula.
“Sama.” Pantas Zain menjawab.
Aleeya mengetuk-ngetuk meja dengan jari. Sebelah tangannya menongkat dagu. Nak borak apa ni? Mati kutu aku. Pandangannya di tala ke muka Zain pula. Lantas dia hanya mengukir senyum sumbing. Kepala yang tidak gatal digaru. “Apahal rambut mamat ni dah macam duri landak ajer. Entah gel apa yang dia pergi sapu.” Hati Aleeya berbisik nakal.
Zain dihadapan hanya memerhati tingkah laku Aleeya itu. Pasti gadis itu tidak selesa bersamanya. Sudah seperti cacing kepanasan sahaja gayanya. Gelisah semacam.
“Kalau kau lambat lagi lima minit tadi, aku balik terus.” Akhirnya Aleeya memecahkan tembok kesunyian yang melanda mereka berdua.
Zain hanya buat tak tahu. Dari tadi dia begitu asyik memerhati setiap tingkah laku Aleeya. Timbul juga rasa tidak faham di dalam diri. Masakan Aleeya yang selalu buat kerja part time sebagai seorang mak andam itu akan keluar dari rumah tanpa sebarang solekan yang menempek di mukanya. Ketika Zain pergi buat serang hendap ke pejabat Aleeya dulu pun, Aleeya tidak mengenakan sebarang solekan. Cukup sekadar hanya bedak muka dan lip gloss sahaja. Tapi mala mini, jangankan lip gloss. Bedak pun dia tak sempat pakai agaknya. Muka pucat semacam. Inilah akibatnya kalau selalu sangat mengenakan solekan. Habis hilang serinya. Nasib kulit muka bersih tanpa sebarang cela. Tapi, hati Zain turut mengakui, tanpa sebarang solekan pun, gadis itu tetap manis. Tambah-tambah lagi apabila dia ketawa. Timbul lesung pipit yang melekuk di kedua-dua belah pipinya.
Aleeya mengerutkan dahi. Apa aku tengah bercakap dengan kerusi dah meja ker? Zain boleh buat tak tau ajer ni. Sejak bila dia jadi OKU ni. Tangan dilambai-lambaikan ke arah muka Zain. “Halloo..” Tegurnya.
Ternyata, tindakan Aleeya tadi membuatkan Zain tersentak. Kemudian dia mengukir senyum segaris. “Apa kau tanya aku tadi?” Zain bertanya kembali. Minta diulang semula apakah pertanyaan Aleeya kepadanya sebentar tadi.
Aleeya mendengus geram. Mana planet Zain jejak tadi. Sampai aku cakap pun dia tak dengar. “Aku cakap, kalau kau lambat lagi lima minit tadi, aku terus balik.” Ulang Aleeya satu persatu.

Zain tersengih. “Mana aku tau kau datang on time. Biasa kalau orang perempuan ni. Pantang diajak keluar. Bersiap punyalah lama. Aku saja bagi kredit time dekat kau tadi tu. Tu yang aku lambat sikit. Takut nanti aku yang terpaksa menunggu kau lama. Tapi aku tetap terharu sebab kau terlebih exited nak jumpa aku sampai sanggup tunggu lama.” Zain mula tersengih nakal.
Aleeya menghadiahkan jelingan maut buat Zain. Zain ni. Memanglah. Ada sahaja modal nak kenakan aku. “Aku ni berpegang pada janji. Bukan macam kau. Cepat sangat lupa. Ini mesti kategori Melayu mudah lupa.” Sekali Aleeya sound Zain dengan ayat berapi.
Perbualan mereka terhenti seketika kerana memberi laluan kepada pesanan penaja. Anei yang mengambil pesanan tadi datang dengan menatang dulang yang berisi dua gelas teh tarik gelas besar dan dua pinggan besi berisi cheese nan dan ayam tandoori. Setelah anei tadi pergi, Aleeya sudah mula mahu membelasah chesse nan dan ayam tandoori yang sudah elok terhidang di depan mata. Baru dia hendak berbuat demikian, Zain sudah berdehem memberi isyarat untuk menadah tangan. Ya Allah. Malunya aku. Ni sah-sah sikit lagi Zain akan mengata aku gelojoh sangat sampai tak ingat nak baca doa. Bukan gelojoh. Tapi lapar sangat. Punyalah jual mahal tadi dengan Iwa, Anis dan Aida menolak pelawaan untuk makan malam bersama di rumah. Bukan apa, kalau awal-awal dah bedal nasi, macam mana nak pekena cheese nan dan ayam tandoori. Dari petang tadi sudah teringin nak makan makanan favourite aku tu.
“Lapar sangat ker?” Tutur Zain lembut. Timbul pula rasa kasihan pada Aleeya. Pasti Aleeya tidak makan apa-apa lagi sejak dari tadi.
Aleeya hanya menganggukkan kepala. Terasa wajah sudah mula membahang kerana menahan rasa malu. Biarlah. Dah memang aku kelaparan.
Melihat pinggan besi Aleeya yang hampir licin itu, Zain memulakan sesi suai kenal, beramah mesra. “Leeya, kenapa kau tak bersolek malam ni?” Tanya Zain. Kemudian dia tersengih sendiri. Apa soalan aku tanya entah. Hentam sajalah Labuuu…
Aleeya mengangkat muka memandang tepat ke muka Zain. “Kenapa? Kau ada masalah ker kalau aku macam ni?” Aleeya tidak menjawab soalan Zain itu tadi, sebaliknya diberi soalan lain pula untuk lelaki itu menjawab.
Zain tersenyum. Susah sangat ker nak jawab soalan aku tadi. Aku bagi dia soalan, dia pulak bagi balik soalan pada aku. Sah-sah tak faham dengan kehendak soalan aku tadi. “Saja tanya.”
“Kalau saja tanya tak payah lah aku susah-susah nak jawab.” Kata Aleeya. Cebisan cheese nan terakhir masuk ke dalam mulut.
Zain membulatkan mata. “Aleeya.”
“Zain.”
“Aleeya.”
“Zain.”
Tersembur ketawa ke dua-duanya.
“Kadang-kadang aku pelik tengok kau ni.” Sambung Zain dengan ketawa yang masih bersisa.
Aleeya mengerutkan dahi. “Aku macam alien ker? Rasa aku sama ajer macam kau. Ada mata, ada telinga, ada hidung, ada mulut. Kalau aku macam alien, kau pun alien jugaklah kan.” Aleeya berkata kepada Zain.
Zain mengetap bibir. Lawyer buruk punya budak. Ada ajer nak menjawab cakap orang. “Tak adalah. Kau buat part time jadi mak andam. Tapi kau sendiri tak bersolek. Kadang-kadang aku tengok kau terlebih mesra alam sampai anei ambil order pun kau boleh main kenyit-kenyit mata. Kadang-kadang kau jadi dingin macam air botol dalam freezer.”
Aleeya ketawa melihat muka Zain berkerut-kerut menahan geram. “Itu yang kau pelik? Apalah kau ni Zain. Aku malaslah nak pakai make up hari-hari. Aku kalau pakai make up terasa macam bintang melekat dekat muka lah. Tapi kalau nak pergi mengandam orang tu, nak tak nak aku pakai jugaklah. Nanti, kalau aku pergi mengandam dengan muka pucat lesi, orang pun tak yakin yang aku ni mak andam. Walaupun jadi mak andam terjun. Kena buat pelanggan yakin.” Panjang lebar penjelasan yang diberikan.
“Ek?..” Zain angkat kening. “Habis yang kadang mesra kadang dingin tu kenapa pulak? Aku jealous tau kau kenyit-kenyit mata dengan anei tu tadi. Bukan main lagi. Ketumbik mata tu karang, baru padan muka. Dengan aku punyalah kau kerek semacam. ” Nada suara Zain sengaja dibuat macam orang tengah merajuk minta segera dipujuk.
Tersembur ketawa Aleeya mendengarnya. Apalah Zain ni. Ada ker dengan anei yang datang dari Madras itu pun dia nak jealous. Sah ada satu wayar sudah short dalam kepala dia tu. “Mana ada aku dingin dengan kau. Kalau aku dingin dengan kau, tak ada maknanya aku keluar dengan kau malam ni tau. Kau buat tuduhan tak berasas tau dekat aku.” Jelas Aleeya.
Zain tersenyum. “Jadi kau keluar dengan aku malam ni apa maknanya? Atas alasan apa?” Zain kembali menyoal. Bagi soalan berbelit-belit sikit. Biar Aleeya pening kepala nak bagi jawapan yang paling kreatif untuk soalan aku ini.
Aleeya mengeluh perlahan. Ditenung wajah Zain yang tenang tidak berkocak itu. “Alasan nombor satu. Sebab kau nak belanja aku makan. Mana boleh tolak rezeki datang bergolek. Alasan nombor dua. Sebab kau yang beriya-iya sangat nak ajak aku keluar. Aku tak biasa nak hampakan harapan orang. Jadi aku ikutkan jugak. Alasan nombor tiga. Sebab kau kawan aku. Apa salahnya keluar dengan kawan sendiri. Puas?” Macam bertih jagung mulut Aleeya memberi penjelasan sekali gus menjawab pertanyaan dari Zain tadi. Apa Zain ingat dia seorang ajer boleh reka soalan KBKK untuk aku. Macam aku tak boleh nak berfikir secara kritis dan kreatif. Ini Nurul Aleeya lah. Small the pieces la soalan Zain tadi.
“Kawan?” Zain bertanya kembali.
Aleeya mengangguk. “Ya. Kawanlah.”
“Kau tau sebab apa aku beriya-iya sangat nak keluar dengan kau?” Zain sekadar menyoal.
Teh tarik diteguk perlahan. Aleeya memandang kembali Zain dihadapannya. Kening diangkat.
“Sebab aku nak kenal kau dengan lebih rapat lagi. Sebab aku rasa…” Kata-kata Zain mati disitu.
Aleeya mengerut dahi. “Kau rasa apa?” Aleeya menyoal Zain apabila kata-kata lelaki itu tadi mati di separuh jalan. “Rasa teh tarik, cheese nan ataupun ayam tandoori.” Aleeya menyambung lagi.
“Sebab aku rasa aku suka kau.” Rendah Zain menuturkannya.
Aleeya menelan air liur. Wajah sudah mula membahang. Darah panas sudah menyerbu naik ke muka. Sudah aku jangkakan. Terfikir-fikir Aleeya sendiri, jawapan apakah yang patut diberikan kepada Zain ketika saat ini. Zain terlalu drastic. Terlalu cepat seperti KLIA Express. Barangkali terlalu pantas seperti Soyuz yang memasuki ke ruang angkasa. Masakan baru dua kali berjumpa secara berdua-duaan, SMS kadang kala, telefon ikut mana dan, Zain sudah mula menyukai aku. Kalau suka berkawan. Aku boleh terima. Memang aku juga menyukai dia sebagai seorang kawan yang baik walaupun baru sahaja berkenalan. Tapi, daripada nada Zain menuturkan kata sukanya itu tadi menimbulkan syak wasangka. Tentu suka Zain itu membawa makna lebih dari sekadar suka sebagai kawan. Tetapi lebih kepada suka sebagai….
“Suka?” Aleeya sekadar berpura-pura bertanya.
Zain mengetap bibir. Dia tahu. Aleeya faham maksud kata-katanya tadi. Tapi, Aleeya.. Biasalah. Gadis itu pasti punya macam-macam alasan untuk mengelak. “Lu pikirlah sendiri.”
Aleeya hanya tersenyum nipis. Senyuman plastic yang sengaja dibuat untuk menyembunyikan rasa getar di dalam hati. “Zain.” Tuturnya sedikit lembut. “Apa-apa pun, biarlah kita berkawan dulu. Aku lebih selesa kalau kita jadi kawan. Itu lagi seronok. Aku tak bersedia dengan sebarang komitmen pada relationship. Aku harap kau faham. Lagipun kita baru kenal kan.” Terang Aleeya satu persatu. Besar harapannya agar Zain dapat faham dan tidak terlalu menaruh harap.
Zain hanya mengangguk lemah.
Aleeya tersenyum. Baguslah Zain boleh faham.
“Tapi aku tak akan putus asa. Selagi boleh aku akan cuba. Cuma aku harap kau boleh bagi aku peluang. Jangan nanti kau boikot tak nak keluar dengan aku lagi, sudahlah. Aku baru nak mulakan langkah pertama nak tackle kau ni.” Zain kembali bersuara ceria.
Aleeya ketawa, apabila kata-kata Zain itu tadi menerjah masuk ke dalam telinga. Zain memang pandai buat trick untuk menjadi pencuri hati wanita. Tentu dia player terbaik dalam permainan hati dan perasaan. Pasti dia sudah punya pengalaman sebegini semasa belajar di UTM dulu. Patutlah gaya expert sahaja. Tidak macam seorang amatur yang baru mula mahu belajar bercinta.
“Kau nak tackle aku?” Soal Aleeya.
Zain mengangguk. “Kenapa? Tak percaya?” Tuturnya.
Aleeya tersenyum. “Tengoklah macam mana nanti. Kalau kena caranya.”
“Cara?”
Aleeya mengangguk.
“Nak pakai kapak? Parang kontot? Senapang patah? M16? Meriam buluh? Bom tangan?”
Aleeya mendengus geram. Ada sahaja modal Zain untuk buat lawak bodoh peringkat antarabangsa dengannya. Tak macam gaya orang tengah frust. “Kau ingat aku awek Taliban ker sampai nak siap sedia dengan semua tu.” Kata Aleeya geram.
Zain hanya tersenyum. “Habis tu macam mana? Dah itu ajer cara yang aku rasa boleh pakai. Kalau aku pakai ayat jiwa-jiwa, berbunga-bunga nanti kau kata aku mat jiwang karat pulak.”
Aleeya mencebik bibir. “Apaper ajerlah.” Malas Aleeya mahu melayan Zain. Zain bukannya boleh dilayan sangat. Makin dilayan. Makin menjadi-jadi. Siang jadi engineer. Malam jadi pelawak antarabangsa.
“Dah lah tu. Jom balik. Dah pukul sebelas dah ni. Tak baik anak dara berembun malam-malam.”
Aleeya tersengih. Tau takpe. “Okey.”
Aleeya dan Zain terus bangun dari kerusi setelah selesai membayar semuanya. Mereka jalan beriringan menuju ke kereta.
“Berkilat kereta.” Tegur Zain apabila melihat kereta MyVi SE merah cili milik Aleeya itu berkilat seperti baru keluar dari kilang.
Aleeya mengangkat kening. “Mestilah. Ini boyfriend aku tau.” Tutur Aleeya sambil tangan mengusap-ngusap badan MyVi SE kesayangannya itu.
Zain mencebik. “Owhh. Kalau aku, ini isteri nombor dua aku.” Katanya pula sambil tangan mengetuk perlahan Chevrolet Optra di sebelah.
Aleeya mengetap bibir. Tak habis-habis nak menunjuk. “Habis. Isteri nombor satu kau siapa pulak.” Tanya Aleeya kembali.
Zain tersenyum. “Wife-in-the-making. Adalah.” Zain menjeling kepada Aleeya sambil tangan membuka pintu kereta. Sempat dia menghadiahkan senyuman nakal buat Aleeya.
Aleeya sudah hilang modal untuk membalas balik. “Okeylah aku balik dulu.” Terus Aleeya masuk ke dalam perut kereta.
Sebelum Aleeya masuk gear reverse, telefon bimbitnya berbunyi. Mesej dari seseorang. “Pagi esok bangun awal. Jangan lupa sembahyang Subuh.” Mesej penutup dari Zain barangkali untuk malam ini. Aleeya memandang Zain di dalam kereta di sebelah. Zain hanya melambai tangan dan tersenyum. Terus mengundur ke belakang dan meluncur laju.

Mesej yang diterima dari Zain sebelum pulang ke rumah tadi amat-amat mengusik jiwa wanitanya. Mesej yang hampir sama bunyinya yang pernah di terima dulu ketika bersama Azizul. Selalu sahaja lelaki itu menghantar mesej peringatan agar bangun awal dan jangan lupa untuk solat Subuh sebelum pulang dari dating. Kehadiran Azizul dalam hidup Aleeya dahulu, benar-benar membawa perubahan yang besar ke atas dirinya. Kalau dulu sampai naik berbuih mulut emak menyuruh, sampai abah kena guna kekerasan untuk menyuruh anak dara yang seorang ini untuk sembahyang menyembah Allah yang Maha Esa, tetapi hadirnya Azizul mengubah setiap inci tingkah laku Aleeya. Sudah mula membuka semula Al-Quran yang telah lama ditinggalkan semenjak khatam ketika darjah empat. Paling ketara adalah Aleeya mula mengenakan tudung di dalam kehidupan sehariannya. Tiada lagi gaya rambut mengurai macam Pontianak. Aleeya berubah untuk insan yang paling disayangi.
Aleeya meraup muka dengan kedua telapak tangan. “Ya Allah. Kenapa dia yang aku ingatkan? Aku pohon, kau jauhkanlah dia dari hati dan ingatanku ini.” Doa Aleeya di dalam hati.
Terselit juga rasa bersyukur teramat sangat, walaupun tiada jodoh antara dia dan Azizul, Aleeya tetap tidak berpaling pada gaya Nurul Aleeya yang dahulu. Kalau dulu, perubahan dilakukan atas sebab untuk nampak elok dihadapan Azizul, nampak sempurna di mata Azizul, tapi kini semuanya ikhlas kerana Allah. Bukankah pujangga Islam pernah berkata ‘Wanita adalah hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah.’ Aku bukanlah tergolong dalam golongan wanita solehah. Tetapi akan ku cuba ke arah itu. Insyaallah. Kalau sudah pasang niat yang baik dalam hati. Pasti Allah akan memberi jalan, pemudah cara untuk ke arah itu. Bila Aleeya sudah pandai berfikir secara rasional seperti ini, itu tandanya Aleeya sudah mula menjadi anak gadis yang dewasa. Dewasa? Memanglah sudah dewasa. Padanlah dengan umur yang bakal menginjak ke angka 23 tahun dalam beberapa bulan lagi. Cuma untuk menjadi wanita yang dewasa dan matang itu… Ermm.. Wallahualam.

Monday, December 15, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 13

Zain menengadah ke siling bilik melihat kipas angin yang sedang ligat berpusing. Bibir mengukir senyuman segaris. Dekat dua minggu dia tidak menghubungi Aleeya. Terasa rindu pulak tidak berborak dengan gadis itu. Rindu dengan bahasa kerek , ayat slumber, main cakap tak pakai filter Nurul Aleeya. Sikap dingin gadis itu, membuatkan Zain amat berminat untuk mengenali tuan empunya nama Nurul Aleeya itu. Malam semalam dia telah cuba menghubungi Aleeya, tetapi panggilannya itu dibiarkan tidak bersambut. Pada malam ini, dicubanya lagi. Pantang menyerah sebelum mencuba. Itu prinsipnya yang dipegang selama ini. Dari dulu sampai sekarang. Sampaikan nak memikat anak gadis orang pun, prinsip itu masih lagi dipegang kuat, buat peransang diri agar berjaya mencapai matlamat yang diingini. Dan.. usahanya itu berjaya. Panggilan malam ini elok bersambut oleh Aleeya walaupun macam biasa bahasa kerek menerjah masuk ke dalam lubang telinga. Tapi ditadahkan juga. Janji boleh bersembang dengan Aleeya.
“Hello. Whuzzup. Apa cer? Long time no story morry, naik lorry, emak kat rumah masak kari.” Suara dari talian di sebelah sana mula masuk ke dalam telinga.
Macam nak tersembur tahi telinga mendengar suara Aleeya. “Kenapa? Kau rindu aku ker?” Zain bertanya soalan nakal. Sengaja dia ingin mengusik jiwa Aleeya.
Aleeya mencebik. Dibuat muka yang entah macam mana gaya rupa. “Tak ada sebab aku nak rindu dengan kau. Kenal pun tak sampai sebulan, nak rindu apa kes.”
Zain tersengih sumbing mendengar suara Aleeya yang seperti orang tengah merungut itu. Dapat dibayangkan muka Aleeya tengah menahan geram pada dirinya. Ternyata. Soalan nakalnya tadi sedikit pun tidak berbekas di hati Aleeya. Ingatkan trick masuk jarum tadi boleh berjaya. “Semalam kenapa kau tak jawab panggilan aku?” Zain bertanya.
Aleeya terfikir-fikir apa jawapan yang patut diberikan. Tibai ajerlah. “Aku penat. Pagi ada kuliah. Hari ni pun aku ada kuliah jugak.”
Zain mengerut dahi. Tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Aleeya tadi. “Kuliah?” Soalnya lagi.
“Yer la. Aku buat PJJ dekat UKM.” Pantas Aleeya menjawab.
“Owwhhh.. Tak penat ker? Isnin sampai Jumaat kerja. Sabtu Ahad kuliah pulak.” Zain masih punya modal untuk bersembang dengan Aleeya lagi.
Aleeya mengeluh perlahan. “Dah ini yang aku pilih. Buat ajer lah yang terbaik untuk diri sendiri.”
“Aku suka cara kau. Berdikari untuk memajukan diri. Bagus betul.” Ikhlas pujian yang diberikan.
Dari hujung talian terdengar suara Aleeya mengekek ketawa. “Ni puji-puji ni mesti ada makna lain?” Aleeya masih lagi mengekek ketawa. Zain bukan boleh diduga. Pasti ada agenda tersembunyi di dalam kepala dia tu.
Zain pula ketawa mengekek mendengar ayat yang keluar dari mulut Aleeya. Macam tau-tau ajer.
Aleeya mendengus geram. “Tu dah gelak tak pasal-pasal tu, betul la ada makna lain dalam kepala kau tu.” Aleeya bersuara cuba menek apabila mendengar Zain sedang seronok mengekek ketawa.
Ketawa Zain makin galak. Pasti sekarang ini, muka Aleeya sedang berkerut-kerut menahan geram dengan aku. Entah-entah gadis itu sudah bertukar rupa menjadi Incredible Hulk gamaknya. Nasib aku berada jauh dari dia. Bukan di depan mata. Kalau tidak… Tapi itu yang aku suka. Itu yang buat Aleeya begitu istimewa berbanding gadis lain yang pernah dia kenal selepas pemergian Aisyah Syuhada dari dalam hidupnya. “Esok jom lunch sama-sama.” Pelawa Zain ikhlas.
“Malas lah.”
“Kalau esok malas, lusa kita lunch sama-sama.” Zain tidak putus asa lagi.
Aleeya tarik nafas dalam-dalam. “Lusa sibuk lah.”
“Kalau lusa sibuk, tulat kita lunch sama-sama.” Zain usaha lagi. Usaha tangga kejayaan. Chayok!!.. Chayok!!..
“Zain.”
“Aleeya.”
Aleeya melepas keluhan lemah. Kenapa dengan Zain ni. Aku dah sampai hilang modal nak cakap apa. Zain tetap macam tak berapa nak faham lagi. Dah aku kata dulu, semasa pertama kali keluar makan dengan Zain. Sudah dipesan agar jangan pandai-pandai mahu mengatur rancangan makan tengah hari bersama kalau hari bekerja. Masa tu Zain lupa nak korek telinga ker. Atau saja buat-buat macam sebulan tak buang tahi telinga sampai tak dengar apa orang kata. Dibuatnya kata-kata aku dulu seperti masuk telinga kanan, keluar ikut telinga kiri.
“Zain, kau tak ingat ker aku pernah bagi tahu kau dulu. Aku tak selesalah keluar makan dengan kau.” Terkeluar juga bicara Aleeya setelah agak lama berfikir.
Zain pula melepas keluhan lemah. Apalah minah seorang ini. Macamlah aku nak buat apa-apa yang tak elok dengan dia kalau keluar makan dengan aku. Macam aku ni tak ada otak nak fikir. Tak ada didikan agama. Punya cukup didikan agama mak dan ayah kasi. Bekas pelajar sekolah agama lagi. Masa studi dekat UTM dulu pun aku pegang jawatan sebagai Ahli Jawatan Kuasa surau di kolej. Macam-macamlah Nurul Aleeya ni. “Tak selesa amendanya. Bukan kau keluar makan dengan Anuar Zain. Kau keluar dengan Zain. Z-A-I-N.” Zain mula menekan sedikit nada suaranya. Nama yang dibawa sejak dari lahir dieja satu-satu. Tak dinafikan juga, dalam hati terasa geram dengan sikap yang Aleeya yang suka mengelak. Terlampau jual mahal.
Aleeya menggaru kepala. Kepala yang tidak terasa gatal itu digaru laju-laju. Semoga bila ada sedikit rasa sedap naik atas kepala, otak pun boleh ligat berfikir apa ayat nak bagi dekat Zain ini. Aleeya tahu. Pasti lelaki itu terasa dengan sikap dinginnya itu. Sudah di latih di dalam diri agar jangan bersikap terlalu lembut dengan lelaki. Apa yang boleh dibuat lagi. Itu yang Aleeya cuba latih di dalam dirinya agar berbuat demikian selepas putus cinta separuh jalan dengan Azizul. Setakat ini, belum terbuka lagi pintu hati untuk membenarkan sesiapa cuba masuk. Menakluki hati wanitanya. Bukan Aleeya anti pada lelaki. Abah juga seorang lelaki. Aleeya juga punya seorang adik lelaki. Cuma, biarlah dia begini. Bagi Aleeya, dia lebih seronok berkawan dari menjalinkan hubungan perasaan. Aleeya tidak mahu perkara yang sama berulang sekali lagi. Sungguh dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan perkara yang sama. Bukan senang ingin merawat luka dihati. Sekali terluka, parutnya masih berbekas. Biar dia ketawa setiap hari, bergurau senda suka-suki tetapi luka dihati tak ada siapa yang pernah tahu. Biar Aleeya pendam semua ini seorang diri. Itu lebih baik. Buat apa mahu menunjuk rasa sedih hanya kerana seorang lelaki. Kali ini, apa yang boleh dibuat adalah berhati-hati.
“Ah!!.. Zain cuma mahu berkawan. Tak ada salahnya berkawan. Mak sendiri pernah cakap, berkawan biar beribu, tetapi bila nak bercinta, jujurlah pada pasangan yang satu itu. Jangan sesekali memainkan perasaan orang.” Hati kecil Aleeya berperi. “Betul ker?”
Ya Allah. Kenapa ni. Ingat nak cakap dalam hati. Tapi boleh pulak buat loud speaker keluar ikut mulut pulak ni.
“Betul lah. Kau ingat aku main-main ker?” Tutur Zain sedikit lembut. Macam-macam taktik mengayat aku dah pakai ni. Bila nak jalan, masih menjadi tanda tanya.
Aleeya tak tau nak cakap apa dah. Tak perlah. Anggap sahaja aku keluar dengan kawan. Selepas putus dengan Azizul, mana pernah dia keluar dengan lelaki lain lagi. Kira Zain lelaki pertama yang berjaya keluar dengan Aleeya semenjak Aleeya memegang title Miss Single and Available. Zain berjaya pun, sebab dia main kotor. Main serang sampai ke office terus. Nak mengelak pun tak boleh. Harap-harap jangan ada heart feeling. Sama ada aku atau Zain. Walaupun dapat dirasakan tindak tanduk lelaki itu semacam ajer gayanya. Bukan mahu perasan diri. Tapi itu namanya instinct.
Pengalaman dulu, banyak mengajar Aleeya tentang lelaki. Azizul juga dulu begitu. Walaupun hakikat semasa bersama Azizul dahulu, Aleeya yang terlebih expose menarik perhatian untuk masuk ke dalam hati lelaki itu. Tapi, bila dah dapat feed back positive dari Azizul nak kata apa lagi. Kira on ajerlah. Walaupun semasa itu, hidup masih ditanggung mak abah lagi. Orang kalau nak menggatal bukan kira umur. Yer lah. Time tengah suka. Tengah sayang. Tengah tangkap cinta. Semua indah. Kentut pun mengaku wangi. Tapi bila hati dah hilang rasa cinta. Mulalah. Semuanya salah. Semuanya tidak kena.
Semasa Azizul minta untuk memutuskan perhubungan yang dibina atas alasan lelaki itu tersepit dengan permintaan kedua orang tuanya untuk menjodohkan dirinya dengan wanita pilihan mereka, ditabahkan juga hati ini untuk menerimanya. Siapa Aleeya untuk memberontak memarahi Azizul. Azizul punya alasan kukuh untuk menjaga hati kedua orang tuanya. Aleeya tidak mahu Azizul menjadi anak derhaka hanya kerana dirinya. Nak dijadikan cerita, yang membuatkan sampai sekarang Aleeya tidak berani meletakkan kepercayaan kepada orang lelaki adalah apabila Azizul sendiri terkantoi di depan matanya sendiri. Disangka lelaki itu bersama wanita pilihan orang tuanya rupa-rupanya dalam senyap menjalinkan hubungan dengan Cikgu Hazlili. Bekas guru Bahasa Melayu sekolah aku dan juga bekas kekasih Azizul semasa mereka berdua belajar di USM. Mereka sama-sama buat praktikal di sekolah dulu. Terasa macam nak tembak sahaja Azizul dengan senapang gajah masa itu. Pandai betul dia mereka cerita kononnya aku bukan calon menantu pilihan. Padahal, dia yang dah curang, berpaling arah pada bekas kekasihnya semula. Dia menerima aku sebagai kekasihnya ketika itu hanyalah untuk membuat Cikgu Hazlili tidak senang duduk dan berasa cemburu. Terasa perasaan menyesal menguasai diri apabila merasakan diri telah ditipu hidup-hidup dan dipermainkan sewenang-wenangnya. Tapi Aleeya terpaksa mengakui, rasa sayang untuk lelaki yang bernama Azizul itu masih kuat sehingga kini. Masakan mampu dia melupakan lelaki itu semudah ABC 123 sahaja. Azizul cinta pertama Aleeya. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulang orang yang kita sayang.
“Leeya.”
“Hah!!” Aleeya tersentak. Automatik lamunannya terhenti.
“Kau dah tertidur ker?” Soal Zain.
Tanpa sedar, bibir mengukir senyuman tatkala mendengar soalan Zain. “Belum lagilah.”
“Habis, apasal tetiba jadi senyap. Sunyi sepi.”
Aleeya mengekek ketawa.
“Sah la kau kena makan ubat. Biar kasi betul sikit kepala kau tu. Dah senget menghala ke kiri atau ke kanan?”
Aleeya mengetap bibir. Punya ajer modal nak ketuk-ketuk aku. “Banyaklah kau.”
“Jadi ker tak jadi ni. Jawapan tak bagi lagi. Jomlah. Bukan buat apa pun. Nak beramah mesra pun salah ker.” Zain sudah separuh merayu berharap Aleeya akan sudi untuk keluar makan dengannya.
Aleeya sudah mula menimbang-nimbang tentang pelawaan Zain itu tadi. Susah kalau Zain sudah buat gimmick merayu-rayu macam ni. Aku pun satu. Yang senang sangat jatuh layu apa hal. “Errmm.. Okey. Tapi bukan lunch. Dinner boleh tak. Aku sekarang banyak kerja lah dekat office.”
Sekarang ini, memang jelas Zain sudah tersenyum riang. “Dinner pun dinnerlah. Janji jalan.” Hatinya berkata.
“Okey ajer. Boleh lah” Pantas dia menjawab. “Kau nak aku ambil kau di rumah pukul berapa?” Sambung Zain lagi.
“Eh!!!.. Tak payah susah-susahkan diri. Aku ada kereta. Boleh pergi sendiri. Kau set ajer mana tempat nak pergi. Nanti aku datang.” Balas Aleeya cepat-cepat. Tak selesa rasanya. Apa kata jiran-jiran nanti. Elok sangatlah tu. Anak dara keluar malam-malam dengan lelaki. Kalau nak keluar pun pandai-pandailah cover. Kalau terang-terangan lelaki datang ambil nak cover macam mana. Drive ajer kereta sendiri. Itu selamat. Boleh pergi ikut suka. Balik pun aku punya suka. Kalau dah menumpang orang, tak kan nak buat mengada-ngada ikut suka hati sendiri nak balik pukul berapa.
Zain mendengus. “Kenapa pulak?” Dia bertanya.
Ngee.. Aku dah setuju nak keluar banyak tanya pulak. “Kau nak keluar ker tak ni?” Aleeya bertanya kembali. Malas nak menjawab soalan Zain tadi. Elok elakkan diri dengan bertanya soalan kepada dia pulak.
“Apaper lah. Macam-macamlah kau ni.” Zain malas dah nak bertekak bertegang urat dengan Aleeya. Karang, elok-elok Aleeya dah setuju nak keluar dinner bersama terus dia cancel. Kalau Aleeya kata aku tak boleh di duga nak buat apa. Dia pun sama.
Aleeya mengekek ketawa. Nampak sangat kemenangan berada di pihaknya. “Good boy.”
“Apa kau ingat aku kanak-kanak riang Alam Ria ker.” Zain mencebik.
Dihujung talian sana, tersembur ketawa Aleeya.
“Elelele.. Sukanya my baby girl ni.”
Ketawa yang rancak tadi mati tiba-tiba. Aleeya menelan air liur yang terasa pahit. “Apa ni Zain. Kau ingat aku budak kecik ker panggil macam tu.”
“Eh!! Salah ker?” Usik Zain.
Darah panas dah mula naik ke muka. Saat-saat macam ni, bersyukur sangat yang dia tengah bercakap dalam telefon dengan Zain. Bukan secara berdepan-depan atau buat video conference. Kalau tak mana nak diletakkan muka yang terasa dah macam udang galah kena bakar ajer ni. Hanya sebab telinga menangkap jelas ‘My Baby Girl’ Aleeya dah mula jadi gelabah.
“Salah lah.” Kata Aleeya geram. Aku bukan baby girl siapa-siapa. Aku baby girl mak dan abah. Eh!!.. Baby lagi ker. Kes tak dapat terima kenyataan diri dah tua la tu.
Zain masih mengekek ketawakan Aleeya.
Aleeya mendengus geram. Apalah yang suka sangat tu. Sampai tak tau nak berhenti ketawakan orang. Plaster mulut tu dengan plaster luka nanti baru tau. “Dah ler Zain. Aku nak tidur ni. Kau ingat aku burung hantu ker. Berjegil mata layan kau malam-malam buta macam ni.”
“Okeylah. Aku pun nak tidur.”
“Orait. Apa-apa hal, kau roger aku nanti. Good night. Assalamualaikum.”
“Orait. Good night my baby girl.”
“Zain!!!!!!!!” Jerit Aleeya kecil tetapi Zain terlebih dahulu telah mematikan telefon.

Friday, December 12, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 12

“Leeya, malam tadi kau tidur pukul berapa? Aku pergi bilik air, tengok lampu bilik kau terang benderang lagi.” Iwa bertanya kepada Aleeya yang duduk membonceng di belakang EX5 miliknya.
Nak jimat punya pasal, sanggup ajer mereka berdua meredah hujan panas menaiki motosikal untuk ke UKM. Macam biasa, kalau dah buat keputusan nak pergi UKM dengan menaiki motosikal, Iwa lah yang akan menjadi penunggang setia. Aleeya akan sentiasa menjadi pembonceng yang hanya duduk di belakang. Bukan apa. Aleeya punya rasa fobia takut hendak menunggang motosikal selepas peristiwa dia terjatuh motor seminggu sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Bukan main lagi mak melenting, marahkan Aleeya. Nasib tidak ada kecederaan serius. Cuma badan luka-luka dan sengal-sengal sahaja. Abah malas nak bising-bising. Selagi tak patah riuk badan anak dara yang seorang itu, dibiarkan sahaja. Cakap banyak pun bukan Aleeya mahu mendengar kata. Tapi lepas kejadian itu, memang Aleeya fobia habis nak menunggang motosikal. Setakat menjadi pembonceng, digagahkan jua. Ajal maut itu di tangan tuhan. Apa-apa pun. Tawakkal ajerlah kalau dah ada di tengah jalan raya.
“Apa dia?” Aleeya bertanya kembali kerana kurang jelas butir percakapan Iwa tadi. Tengah-tengah jalan raya dia diajak bercerita dengan suara romantic macam tu. Pakai microfon pun belum tentu boleh dengar kalau dah ada lori besar lalu dekat sebelah.
“Aku tanya, malam tadi kau tidur pukul berapa?” Iwa menaikan frekuensi suaranya lagi. Macam nak terkeluar anak tekak. Kalau Aleeya tak dengar jugak, memanglah sah dah sebulan tak korek telinga.
“Aku tidur lewat sikit dari engkau.” Aleeya jugak tak mahu kalah dengan Iwa. Macam pertandingan suara siapa paling kuat pulak.
“Ek..” Iwa tersenyum.
“Ini apa kes senyum sorang-sorang ni?” Aleeya bertanya apabila anak matanya melihat Iwa menguntum senyuman segaris melalui cermin sisi motosikal. “Concentrate la wei. Kau ni.” Aleeya mendengus geram. Ada ker tengah-tengah jalan raya yang sesak ini di ajaknya bergurau senda. Sekeh karang baru tau.
Iwa hanya membiarkan kata-kata Aleeya itu terbang di angin lalu. Suka hati aku lah nak senyum ker nak menangis ker. Aku senyum pun nak buat isu. Motosikal dihala masuk ke pintu pagar utama UKM. Setelah motosikal di parkir di tempatnya, Aleeya dan Iwa berjalan beriringan menuju ke bilik kuliah masing-masing.
“Kalau aku lambat nanti, kau tunggu dekat kafe ek.” Sempat Iwa berpesan kepada Aleeya sebelum kedua-duanya membuat haluan sendiri masuk ke bilik kuliah masing-masing.
“Lambat sangat ker?” Aleeya bertanya lagi. Berapa jam kena tunggu makcik yang seorang ini habis kuliah. Janganlah sampai senja aku kena menjadi penunggu setia dekat kafe UKM ni.
“Tunggu ajerlah. Kalau boring dengarlah MP3. Apa susah. Tak pun pergilah SMS main ayat berapi dengan member-member lama kau.” Iwa terus berlalu meninggalkan Aleeya yang masih terpinga-pinga.

Aleeya masih setia menanti Iwa di kafe UKM. Dah masuk dua jam dia menjadi penunggu di sini. Tetapi orang yang ditunggu tetap juga tidak menampakkan batang hidung. “Kalau Pricint 11 tu sebelah ajer dengan UKM ni, dah lama aku balik berjalan kaki sendiri. Dah tentu penat. Tak adalah penat menunggu macam sekarang ni.” Aleeya merungut di dalam hati.
“Assalamualaikum.”
Aleeya mengangkat kepala memandang ke wajah orang yang memberi salam. Seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan Aleeya sedang tersenyum. Salam yang dihulurkan disambut berserta senyuman terukir di bibir. “Waalaikummussalam.”
“Boleh saya duduk di sini?” Sopan tutur kata dia bertanya.
Aleeya hanya mengangguk.
“Awak tak kesah ker?” Dia bertanya lagi.
Aleeya tersenyum tatkala melihat raut wajah lelaki itu yang kelihatan serba salah untuk berkongsi meja dengannya. Meja lain sudah penuh di isi oleh mahasiswa mahasiswi lain yang sibuk mentelaah pelajaran di dalam kawasan kafe. “Duduklah. Sini tempat awam. Awak bebas nak duduk kat mana yang awak suka.”
Lelaki tersebut mengambil tempat berhadapan dengan Aleeya. Buku dari dalam beg galas yang disandang tadi dikeluarkan. Pen di tangan mula menari menulis nota-nota ringkas tentang isi penting yang terdapat di dalam buku yang tebal hampir dua inci itu. Sesekali matanya melirik nakal melihat gelagat gadis yang duduk dihadapannya itu. Leka benar gadis itu melayan MP3nya.
“Halloo…” Lelaki itu melambai-lambaikan tangannya ke muka Aleeya.
Ini apa hal pulak. Kalau tercucuk biji mata aku dengan jari mamat ni tadi, mahu aku saman satu juta. MP3 di matikan. “Ada apa?” Aleeya bertanya.
“Awak tak studi ker? Biasa yang datang melepak dekat kafe ni semua pakat buat revision ramai-ramai.” Lelaki itu bertanya.
Aleeya mengerut dahi. Apa masalah yang datang dalam diri mamat ni. Aku punya pasal lah nak studi ke tak. “Saya ganggu awak studi ker?” Aleeya tidak menjawab soalan lelaki itu, sebaliknya diberi balik soalan untuk lelaki itu jawab.
Lelaki itu menggelengkan kepala. “Actually, nama saya Adam Mikail. Awak student baru ker kat sini?”
“Saya Aleeya. Nurul Aleeya. Saya student tahun dua di sini.”
“Ermmm.. Tak pernah nampak pun awak sebelum ni. Duduk di kolej atau luar?”
Banyaknya soalan kena jawab. Terasa diri macam kena soal siasat dengan polis dekat Bukit Aman ajer. “Saya student PJJ. Tu sebab jarang nampak kut.”
Adam tersenyum. “Owwhh.. So awak ni dah kerja la ek.”
Aleeya hanya mengangguk.
“Best la macam tu. Muda-muda dah kerja.”
“Bolehlah.”
“Tapi awak nampak muda. Umur berapa?” Adam bertanya lagi. Terasa seronok pulak bersembang dengan awek yang baru dia kenali ini. Sweet. Lain dari yang lain.
“22 going 23.” Aleeya menjawab ringkas.
“Saya 23 going 24.” Tanpa ditanya Adam memberitahu umurnya kepada Aleeya.
“Tak tanya pun.” Aleeya berkata sambil ketawa. Memang pun aku tak tanya. Yang sibuk-sibuk, susah payah nak bagi tau umur dia tu kenapa? Ada aku kisah ker?
Adam tersenyum. Pandai juga gadis yang memperkenalkan diri sebagai Aleeya ini kenakan bang-bang-booomm dekat aku. “Awak ambik course apa kat sini?” Adam masih lagi meneruskan sessi beramah mesra suai kenai dengan Aleeya.
“Kosmetic, kosinus, Bas Express Konsortium..” Aleeya ketawa lagi. Padan muka. Nak jual ayat la tu dengan aku.
Adam mencebik. Dia mengeluh perlahan.
“Komunikasi dan Dasar Awam lah.”
“Owwhh.. Patut skill komunikasi awak amat dasyat.” Kata Adam sambil tersenyum.
“Awak?” Tiba giliran Aleeya pula bertanya soalan yang sama kepada Adam.
“Kosmetic, kosinus, Bas Express Konsortium..” Adam bagi balik sebijik-sebijik ayat yang sama macam Aleeya bagi pada dia tadi.
Ngee… Aleeya menahan geram. Hampagas tak ada gas punya budak. Buat siaran ulangan, ulang balik ayat aku bagi dia tadi apa hal. “Ek ena.. Ni main cedok ayat orang ni apa kes?” Aleeya mencebik.
Pecah ketawa Adam. Melihat Aleeya buat mulut itek panjang sedepa. Agak lucu juga awek yang seorang ini. “Saya buat engineering.”
“Owwhh..” Bulat mulut Aleeya. Siapa sangka aku boleh kenal dengan dua orang Mat Enggineer. Seorang memang dah selamat jadi engineer pun. Yang seorang lagi ni, Enggineer-in the making. Enggineer-wan-na-be. “Eh.. Mana ghaibnya Encik Enggineer Mohd Zain anak Pak Brahim ni?” Tiba-tiba hati tertanya sendiri. Apa kena dengan hati aku ini. Semalam Zain call siapa suruh matikan handphone. Biarlah. Kalau tiba aura Zain mahu mengganggu hidup aku, taulah dia buat miss call.
“Leeya!!” Satu jeritan dari arah belakang membuatkan Aleeya segera berpaling.
Kelihatan Iwa sedang berlari-lari anak menuju ke kawasan kafe sambil melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Turun naik nafas Iwa akibat buat marathon dari bilik kuliah pergi ke kafe kerana diri sendiri tau yang dia sudah terlewat tiga jam. Boleh dijangka mulut Aleeya akan bising pot-pet-pot-pet sepanjang perjalanan dari UKM balik ke Pricint 11 nanti. “Sorry.” Iwa tersengih memandang muka Aleeya. “Hai.” Sapaan buat lelaki yang dia sendiri tidak kenali.
Adam hanya menganggukkan kepala. “Hai.” Balasnya sepatah.
“Leeya, siapa ni?” Bisik Iwa di telinga Aleeya, bertanyakan siapakah gerangannya anak muda yang sama-sama duduk semeja dengan Aleeya ini.
Aleeya menjeling mata ke arah Iwa. “Iwa ni Adam. Budak engineering dekat uni ni. Adam ini Iwa. Housemate saya. Student PJJ Komunikasi dan Dasar Awam jugak. Sama macam saya, tapi dia ni terlewat satu semester ajer.” Aleeya bertindak sebagai orang tengah, menjadi link perkenalan antara Iwa dan Adam.
Iwa hanya mengganggukkan kepala dan tersenyum. Dia bukan tersenyum sebab melihatkan wajah Adam yang a~la pelakon lelaki idaman Malaya, Rosyam Nor itu, tetapi tersenyum sebab terpaksa menahan geli hati, kembang tekak mendengarkan Aleeya berbahasa saya-awak dengan Adam. Bukan ker selalunya minah yang seorang ini guna pakai ganti diri aku-kau ajer.
“Leeya jom balik. Takkan nak berkampung kat sini lagi. Aku dah penat ni.” Iwa berkata. Nafasnya masih tercungap-cungap. Macamlah jauh sangat marathon yang dia buat tadi.
“Banyaklah kau nak berkampung kat sini. Aku dah tiga jam duduk kat kafe ni menunggu kau. Sampai makcik kafe ni pun dah boring tengok muka aku ni tau.” Balas Aleeya.
Iwa tersengih macam kerang busuk. Bakal tadah telinga kejap lagi ni.
“Okeylah Adam. Saya balik dulu. Chow-Chin-Chow” Aleeya berkata seraya tangan menggalas tote bag ke bahu.
“Okey. Bila kita boleh lepak-lepak lagi.”
Aleeya dan Iwa saling berpandangan. Ingatkan semuanya akan berakhir di sini sahaja tadi. Kena buat follow up ker?
“Hari biasa kita orang kerja. Kalau nak lepak macam ni kena tunggu Sabtu Ahad lah. Kan Leeya kan..” Iwa terlebih dahulu menjawab soalan yang keluar dari mulut Adam itu.
Ngeee.. Katok dengan botol air ni karang baru tau. Suka-suki ajer Iwa buat janji dengan Adam tanpa berbincang dahulu dengannya.
“Okey.” Adam membalas pendek bersama senyuman terukir dipinggir bibir.
“Okey. Babai..” Terus Aleeya menarik tangan Iwa dan berjalan laju menuju ke tempat parkir motosikal.


“Tak sangka aku Leeya, taste kau rupa-rupanya anak ikan.” Iwa membuka butir bicara tatkala masing-masing tengah sibuk melayan filem P. Ramlee Masam-Masam Manis di saluran Astro Prima.
Aleeya mengerutkan dahi. Anis dan Aida malas mengambil pusing.
“Anak ikan mendenyer ni?” Aleeya bertanya kembali kepada Iwa.
Iwa mencebik. “Tue hah. Budak Adam tadi tu. Anak ikan la tu.”
Pecah ketawa Aleeya mendengar Iwa memanggil Adam yang baru dikenali semasa di kafe tadi sebagai anak ikan barunya. Anis dan Aida melirik dengan ekor mata. “Shusshh..” Aida meletakkan jari telunjuk di bibir tanda isyarat mintak tolong diturunkan sedikit volume suara agar tidak menganggu orang lain menonton televisyen.
Ek ena dia ni… Aleeya menjuihkan bibir ke arah Aida. “Pandai-pandai ajer kau ni mengata Adam tu anak ikan aku. Dia tu tua setahun tau dari kita. Tak ada maknanya nak jadi anak ikan aku. Jumpa pun secara tak sengaja.” Aleeya menyambung kembali perbualan dengan Iwa tadi.
Iwa mengerutkan dahi. “Ek.” Kening diangkat minta kepastian.
Aleeya hanya mengangguk perlahan. Matanya kini tertumpu pada skrin LCD Sony Bravia 32 inci menonton Masam-Masam Manis. Part gaduh-gaduh dengan orang sebelah ni yang paling Aleeya suka.
Iwa seperti tidak puas hati dengan kenyataan Aleeya tadi. Tangannya menarik lengan Aleeya sedikit dekat dengannya apabila Aleeya pun sudah join sekali menonton Masam-Masam Manis dengan Anis dan Aida.
“Apa dia!!” Tanya Aleeya sedikit kuat. Kemudian ditekup telapak tangan ke mulut apabila Anis dan Aida sama-sama buat jelingan maut ke arahnya. “Ooppss.. Sorry. Out of control.” Aleeya tersengih. “Apa dia?” Tanya Aleeya lagi sekali. Tune suara sudah direndahkan sedikit.
Iwa tersenyum sumbing. “Betul ker mamat tu tua dari kita? Aku tengok muka macam jambu semacam ajer. Sekali pandang macam Rosyam Nor time dia muda-muda dulu.”
Tidak semena-mena Aleeya terasa macam nak termuntah pulak bila Iwa mengatakan muka Adam itu persis seperti Hero Malaya pujaan hati wanita seluruh bumi Malaysia negaraku tercinta. Macamlah Rosyam Nor itu jiran sebelah rumah Iwa. Sampai wajah Rosyam Nor masa mudanya dulupun Iwa masih cam.
“Kau dulu sekampung dengan Rosyam Nor ker? Rosyam Nor tu dulu jiran sebelah rumah kau ker?” Tak tau macam mana soalan gred B.O.D.O.H ini boleh terpacul keluar dari mulut Aleeya.
Iwa sekadar tersengih kerang busuk ajer mendengar soalan Aleeya itu. Lantas dia menjawab. “Aku tengok Rosyam Nor muda-muda dulu dalam filem Gila-Gila Remaja la.”
“Sah Rosyamaniac.” Aleeya berkata di dalam hati. “Kalau muka dia jambu sekalipun apa yang kau susah-susahkan. Entah-entah kau dah terr..bekenan dengan mamat tu kut?” Aleeya cuba serkap jarang.
Cepat-cepat Iwa mengelengkan kepala. “Eh!!! Mana ada.” Pantas dia menjawab.
“Ellehh.. Engkau yang berselera anak ikan mengata aku pulak.” Lagi galak Aleeya mengenakan Iwa.
“Aleeya!!” Jerit Iwa kecil.
“Iwa!!” Aleeya tidak mahu mengalak.
Gedebuk!!!.. Iwa baling kusyen Pooh ke muka Aleeya. Aleeya bagi balik kusyen Pooh tadi ke muka Iwa. Tepat. Kena sebijik. Iwa tak puas hati. Kusyen Pooh tadi melayang menuju ke muka Aleeya dan….. Aleeya menepis dengan tangan dan…… tersalah sasar terkena batang hidung Anis.
“Wei!!!.. Apa ni!!!” Jerit Anis.
Aleeya dan Iwa saling berpandangan. Kemudian pecah ketawa mereka berdua melihat Anis punya hidung sudah kembang menahan marah.
Alunan irama Umbrella bergema. Tiga pasang mata menala kepada tuan yang empunya telefon bimbit yang sedang menjerit minta diangkat itu. “Yer la. Yer la. Aku cakap dalam bilik.” Segera Aleeya berlalu meninggalkan mereka bertiga yang masih lagi setia menonton Masam-Masam Manis.

Thursday, December 11, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 11

“Lambat.” Sepatah Cikgu Azizul berkata kepada pelajar yang datang lewat itu.
“Sorry cikgu. Hari ini saya terr..bangun lambat.” Orang yang bersalah memang pandai bagi alasan yang bermacam-macam bunyi.
“Bangun lambat tak sembahyang subuh la pagi tadi.” Cikgu Azizul bagi sebijik.
Alamak… Kantoi. Apa alasan mahu kasi ni. Aleeya terfikir-fikir sendiri mencari jalan. “Saya tengah..tuutttttttt…” Aleeya cuba mengelak ke tepi.
Gamat satu kelas 5 Sains 2 mendengar jawapan dari mulut Aleeya. Jawapan yang tidak disangka-sangka. Kroni sehati sejiwa Aleeya, tepuk dahi. Bad, Yas, Haikal, Mail tekan perut menahan ketawa.
“Berapa kena hari ini?” Cikgu Azizul bertanya kembali.
“Tujuh kupang cikgu.” Aleeya selumber menjawab dengan muka tidak beriak macam tak ada apa-apa yang terjadi.
“Tujuh kupang?” Cikgu Azizul memandang muka yang langsung macam tak berperasaan itu lagi.
Aleeya mengangguk. Malas nak kata apa-apa dengan cikgu muda handsome bergaya menambat hati.
Cikgu Azizul melepaskan keluhan lemah. Apa nak jadi dengan pelajar yang seorang ini. “Awak ni. Memanglah tak sayang duit. Buang macam tu ajer. duit tu parents awak bagi suruh buat belanja makan. Awak dengan bermurah hati buat bayar kompaun datang lambat.”
Aleeya mula buat muka bosan. Macam mana rupa entah. Buat amal jariah pun salah jugak ker? “Dah peraturan siapa datang lambat kena bayar kompaun. Nak buat macam mana. Nasib badan lah..” Aleeya masih punya modal untuk menempis soalan-soalan Cikgu Azizul itu tadi.
Keadaan di dalam kelas 5 Sains 2 masih lagi bising dengan suara para pelajar yang menjadi pendengar setia sessi soal jawab Cikgu Azizul Izlan dengan seorang pelajar yang bernama Nurul Aleeya itu.
“Class senyap!!.” Satu arahan keluar dari mulut Cikgu Azizul. Sungguhlah budak-budak 5 Sains 2 ini tak makan saman punya student. Sudah ditegur berkali-kali pun perangai masih tidak berubah. Apalah nasib aku terpaksa menjadi ibu bapa student yang keras kepala, tidak mendengar kata, suka-suka hati nak buat apa sahaja ini.
Aleeya terus menuju ke tempat duduknya di belakang kelas apabila Cikgu Azizul memberikan kebenaran untuknya berbuat demikian. Dia menarik nafas lega seperti baru selesai menjalani tempoh perbicaraan sahaja lagak gayanya.
“Cik, apa kes lambat.” Nana yang duduk bersebelahan dengan Aleeya bertanya. Abab dengan Julia yang duduk di hadapan mereka berdua segera menoleh ke belakang untuk sama-sama join semangkuk. Hajat di hati untuk sama-sama buat ketupat daun palas di dalam kelas matematik Cikgu Azizul.
Aleeya memandang Nana. “Aku kantoi lagi.” Separuh berbisik Aleeya menjawab soalan Nana itu tadi.
Nana mengerut dahi. Abab dan Julia masih menjadi pendengar setia. “Tiap-tiap hari kau kantoi Cik. Tapi sebelum cikgu masuk kelas, kau dah tersedia duduk diam-diam dekat bangku kau ni. Tapi hari ini sampati setengah jam kau terlewat, apa kes?” Abab pulak ambil turn bertanya pada pesalah yang hari-hari melakukan kesalahan yang sama itu.
Aleeya mengeluh perlahan. Buku Matematik diletakkan di atas meja . Pen mula menari di atas helaian buku tulis menyalin soalan yang tertera di papan hitam. “Kedai tutup lambat semalam. Habis tu, penat punya pasal aku pun terlajak tidur. Sampai pintu pagar sekolah, Pengetua punya cun dah standby macam tiang bendera. Kalau setakat dengan pengawas bolehlah aku goreng. Ini dengan Tuan Haji Syed Izzudin. Ketar lutut aku ni.” Perlahan Aleeya menceritakan apa yang telah terjadi dengan dirinya pada pagi tadi. Tangannya memegang kepala lutut yang sengaja digerak-gerakkan macam orang yang tiba-tiba terkena penyakit Parkinson akibat terserempak dengan hantu Mak Lampir. Tak tau apa punya malang nasib diri, kena denda berganda-ganda dari hari biasa. Baik punya denda Tuan Haji Izzudin bagi pada sesiapa yang dating lewat pagi ini. Set happy meal Tuan Haji bagi setiap seorang. Kompaun tujuh kupang plus jalan itek dua puluh pusingan mengelilingi Dataran Kejat SMK Kg Pasir Puteh. Macam nak tercabut skru kaki terpaksa berjalan macam itek sekali siap dengan bunyi Quack!!!...Quack!!...Quack!!! lagi. Malu-malu. Aku itek betina tunggal dalam group itu.
“Yang belakang tu ada apa-apa yang menarik ker nak dikongsi dengan semua.” Suara Cikgu Azizul muncul tiba-tiba. Bertanya soalan direct to the point buat pakatan berempat yang duduk di belakang kelas itu. “Amboi-amboi, sedap nampaknya budak berempat ini buat ketupat daun palas dalam kelas aku. Macam tak ada kerja yang kena di buat. Makin nak dekat exam, makin main-main. Entah bila dia orang boleh jadi serius dalam pelajaran. Takkan nak tunggu esok nak periksa, malam ini baru bukak buku.” Cikgu Azizul bermonolog di dalam hati sendiri.
Abab dan Julia cepat-cepat buat lipat maut, menoleh ke hadapan semula. Serentak mereka berdua menggelengkan kepala. “Tak ada apa-apa, Cikgu.”
“Alah Cikgu, tu bukan apa. Sibuk bercerita la tu. Pagi tadi bukan ker ada anak itek sesat terlepas dekat Dataran Kejat.” Din Mercun yang duduk di bahagian hadapan kelas tiba-tiba buka mulut bagi ayat berapi terkena tepat pada batang hidung, masuk dalam lubang telinga Aleeya. Satu kelas bersorak. Gamat jadinya keadaan di dalam kelas 5 Sains 2.
Memang berasap telinga orang yang kena tuju dengan ayat berapi kari berasap itu tadi. Aleeya mengangkat kening sebelah. Itu tanda temperature dah mula naik. Hot. Hot. Hot. Hot. Sabar. Sabar. Bersabar itu separuh daripada iman. Tapi rasanya, angkara Din Mercun ini, tahap kesabaran iman aku dah mula kurang dari separuh ini. Ngeee….
“Kelas!! Bertenang semua.” Cikgu Azizul cuba untuk menenangkan keadaan kelas yang sudah jadi seperti Pasar Besar Ipoh itu.
Muka Aleeya masih masam mencuka menahan rasa geram pada Din Mercun. Matanya tidak lepas dari memandang Din Mercun yang di hadapan. Masuk toilet pergi melepas, sikit lagi aku balas. Tangan Aleeya meraba-raba mencari sesuatu dari dalam beg sekolah Adidas berwarna hijau miliknya. Satu plastik kecil yang mengandungi seekor lipas sudah siap sedia di atas telapak tangan. Aleeya memandang Nana di sebelah sambil menunjukkan lipas yang tengah bergerak-gerak untuk melepas diri di telapak tangan. Nana hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala . Dua pasang mata milik Aleeya dan Nana tertumpu pada Din Mercun yang masih lagi tersenyum sumbing macam anak kambing baru lepas menyusu. “Macamlah aku tak berani nak buat kerja-kerja jahat ini semua.” Aleeya berkata di dalam hati.

Langkah pertama nak menjalankan misi yang tak berapa nak mustahil ini adalah angkat tangan.
“Cikgu saya tak faham soalan nombor dua.”
Baru Cikgu Azizul mahu membuka mulut untuk menjawab soalan dari Aleeya, tiba-tiba Julia pula mengangkat tangan. “Saya pun tak paham, Cikgu.”
Yes!!!.. Langkah kedua selesai.
“Kita orang pun tak paham jugak.” Yas dengan Bad berkata serentak selepas mendapat isyarat mata dari Nana.
Ini yang tak berapa nak faham. Macam mana extra dua orang boleh masuk dalam ini mission imposible. Apa-apa ajer lah. Janji jangan bagi spoil programme.
Cikgu Azizul mengerut dahi. “Kalau ramai yang tak faham, saya akan terangkan di atas papan hitam. Tolong ambil perhatian.”
Hahahahaha… Chantek!!!!!!!!!!!!!!!
Kita ke langkah yang seterusnya.

“Cikgu.”
“Ya saya.”
Aleeya tersenyum. “Papan hitam tu dah penuh bertulis. Saya tolong bersihkan dulu ek.” Aleeya sukarela tanpa perlu dipaksa menjadi pembersih papan hitam.
“Okay.” Ringkas Cikgu Azizul menjawab.
Semuanya berjalan seperti dalam perancangan. Next step.
Perlahan-lahan Aleeya berjalan ke hadapan kelas. Sampai di sebelah kerusi Din Mercun, Aleeya mematikan langkah untuk mengikat semula tali kasut yang sengaja dileraikan tadi. Din Mercun hanya memandang dengan senyuman sinis mekar dibibir. “Oooo.. Senyum ek. Kau tunggulah turn kau nanti.” Aleeya berkata di dalam hati.
Akhir sekali.
Dengan perlahan-lahan Aleeya meletakkan lipas tadi di dalam kasut kanvas Din Mercun itu. Aleeya berdiri dan terus berjalan ke hadapan. Tangan mula ligat memadam papan hitam. Dan…. Tiba-tiba…….
Yess!!! Berjaya!! Misi selesai. Huhuhuhu…

**************
Semalam punya hal rasa macam nak bergegar bangunan blok A SMKKPPI itu dengan jeritan Din Mercun. Ek elleh… Mulut cabul tapi takut dengan lipas. Tak tau berapa frekuensi jeritan Din Mercun semalam. Janji, memang Aleeya puas sangat.
“Tak balik lagi?” Sapaan dari belakang mematikan lamunan Aleeya pada peristiwa yang berlaku semalam.
Aiseyyhh. Cikgu encem tegur la. “Sekejap lagi. Saya tengah tunggu Abab dengan Julia.” Aleeya menjawab.
Cikgu Azizul Izlan mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Aleeya. Dua-dua mendiamkan diri.
Ya Allah. Kenapa jantung ni berdegup kencang semacam ajer ni. Dag-Dig-Dug.. Dag-Dig-Dug.. Sekali macam enjin motobot nak habis minyak daa…
“Seronok semalam awak ketawakan Din.” Cikgu Azizul memecah tembok kesunyian antara mereka.
Aleeya hanya tersengih. Memang benar. Semalam, dialah manusia yang ketawa tak ingat dunia melihat aksi luar biasa Din Mercun melompat-lompat sambil menjerit bahana lipas yang masuk ke dalam kasut dan seterusnya merayap naik ke dalam seluar. Tak sangka, manusia bermulut cabul itu punya kelemahan takut dengan lipas.
Cikgu Azizul memandang Aleeya yang masih dengan gaya bersahajanya. “Tak baik buat orang macam tu.” Cikgu Azizul menyambung bicara. Semua yang berlaku semalam, dia tahu siapa punya angkara. Aleeya and the gang yang bersepakat untuk mengenakan Hafizzudin. Konon-konon mereka semua buat pakatan ‘bersepakat membawa berkat’. Sebagai seorang guru yang tahu hujung pangkal jalan cerita apa yang telah terjadi, sengaja dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Memang Hafizzudin terlebih dahulu mencari pasal dengan Aleeya di dalam kelas. Cuma tidak disangka-sangka cempedak menjadi nangka apabila gadis itu dengan berani mengenakan Hafizzudin dengan cara sebegitu.
Aleeya mendengus perlahan. Agak tidak puas hati dengan sikap Cikgu Azizul yang menyokong Si Din Mercun itu. “Cikgu ni. Double standard.” Aleeya berkata perlahan.
“Double standard apa pulak ni.” Cikgu Azizul bertanya kembali.
Tumis tauge dengan tauhu. Ini apasal pulak buat-buat tak tahu. “Yer la. Cikgu tu. Yang backing Din Mercun melebih-lebih tu apa hal. Dia yang mulakan dulu.” Aleeya meluahkan ketidakpuasan yang bersarang di hati kepada Cikgu Azizul.
Cikgu Azizul mengukir senyuman segaris tatkala mendengar rungutan tak puas hati gadis manis di sebelahnya itu. “Ya ar auw la awak ni. Saya tak cakap apa pun. Saya cuma cakap tak baik gelakkan orang macam tu. Ini yang terasa lebih apa sebab ni. Buat tuduhan tak berasas mengata saya mengamalkan prinsip double standard. Tak pernah saya beza-bezakan student saya. Semua sama ajer. Ini mesti kes ‘siapa makan petai mulut dia yang berbau busuk’ ni kan. Entah-entah awak yang jadi mastermind pasal kes dalam kelas semalam kut?” Cikgu Azizul cuba main serkap jarang dengan Aleeya. Padahal awal-awal dah tau.
Aleeya menggaru kepala yang tidak terasa gatal itu. Dia tersenyum sendiri. Terkantoi dengan Cikgu sendiri. “Yer la tu. Saya janji. Tak buat lagi.”
“Ek.” Cikgu Azizul mengangkat kening sambil tersenyum.
Manisnya senyuman Cikgu Azizul ni. Malam ni confirm dengan pasti aku tak boleh tidur sebab asyik teringat senyuman semanis ais krim Buskin Robbins. “Yer cikgu. Saya janji.” Aleeya menegaskan sekali lagi.
Lagi sekali Cikgu Azizul mengangkat kening. “Betul ni?” Cikgu Azizul bertanya kembali untuk mendapat kepastian.
Ini tak faham atau pun buat-buat tak faham. Aleeya mengangguk laju.
“Buat tangan macam ni.” Cikgu Azizul memberi arahan kepada Aleeya. Tangan disuruh angkat seperti orang mahu membaca ikrar.
Aleeya mengerut dahi seribu. Ini apa sakit. Tiba-tiba disuruh buat gaya macam nak baca ikrar. Hari sukan dah lepas. 31 Ogos pun dah lama berlalu. Amat-amat tak faham apa yang Cikgu seorang ini mahu buat.
“Cepat Aleeya.”
“Ha!!!.. Okey. Macam ni ek?” Aleeya mengangkat tangan seperti yang di arahkan.
“Okey. Sekarang awak ikut apa yang saya cakap.”
Apa-apa ajerlah……
“Okey.” Aleeya berkata dengan kepala mengangguk.
Cikgu Azizul mengambil nafas dalam-dalam. “Bahawasanya saya.”
“Hah!!” Aleeya memang tengah pening tak faham apa benda yang tengah berlaku ini.
“Cepat ikut.” Tekan Cikgu Azizul sekali lagi. Ada ketegasan disebalik suaranya itu.
“Okey. Bahawasanya saya.” Malas-malas Aleeya menyebut patah perkataan yang keluar dari mulutnya.
“Ini apa hal macam orang tak makan seminggu ajer. Cergas!! Cergas!!” Cikgu Azizul dah jadi sebijik macam Mejar Bersara la pulak.
Aleeya menelan air liur yang terasa kelat. “Bahawasanya saya.” Kali ini lebih bersemangat selepas kena sound dengan Cikgu Azizul sebentar tadi. “Cikgu Azizul mahu buat sound check ker dengan peti suara aku ni.” Ngomel Aleeya di dalam hati.
“Tidak akan.” Sambung Cikgu Azizul lagi.
“Tidak akan.” Aleeya ikut.
“Datang lewat dan...” Bicara Cikgu Azizul belum berhenti lagi.
“Datang lewat dan...” Errmmm…
“Buat nakal.” Ditekan sedikit.
“Buat nakal.” Ikutkan ajer.
“Saya juga akan berjanji..” Ada lagi.
“Saya juga akan berjanji..” Belum habis lagi kerww…
“Akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi manusia yang berjaya.” Baris terakhir.
“Akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi manusia yang berjaya.” Aminnn… Habis jugak. Ingat kena sambung hari Isnin minggu depan pulak. Macam-macam ar Cikgu Azizul ni.
Dari jauh kelihatan Abab dan Julia sudah pun melambai-lambai tangan mengisyaratkan agar Aleeya segera ke pintu pagar sekolah. Masa untuk melarikan diri. “Okey, Cikgu. Balik dulu. Daadaaa…” Aleeya terus menggalas beg sekolah dan berlari menuju ke pintu pagar sekolah.
Cikgu Azizul menguntum senyuman yang sukar ditafsirkan makna yang tersembunyi disebalik senyuman itu tatkala mata melihat tingkah laku pelajarnya yang bernama Nurul Aleeya itu.
Abab dan Julia sama-sama buat muka senyuman tak ikhlas di depan Aleeya. Aleeya mengerutkan dahi. Mata dikecilkan sedikit. “Ini apahal senyum semacam ni.” Aleeya bertanya kepada Abab dan Julia.
“Wah.. Duduk dating dengan Cikgu pujaan hati nampak. Terlebih advance kau Cik.” Julia berkata.
Aleeya hanya menguntum senyuman segaris dan dia pun terus berjalan laju ke hadapan meninggalkan Julia dan Abab di belakang. Julia dan Abab berpandangan sesama sendiri. Sebabkan angau dengan Cikgu Azizul, Aleeya terus jadi macam orang sasau.

Deringan telefon bimbit mematikan lamunan Aleeya pada kisah lalu zaman dulu-dulu. Zaman diri masih di alam persekolahan yang penuh dengan warna-warni. Tanpa Aleeya sedari, tubir matanya mula beranak sungai. Aleeya menangis sendiri. Skrin telefon bimbit dilihat untuk mengetahui gerangan pemanggil dari talian di hujung sana. Zain. “Sorry Zain. Mood aku tak baik nak layan panggilan kau malam ni. Esok-esok ajerlah kau kacau hidup aku. Itupun kalau mood aku dah okey.” Aleeya berkata dengan dirinya sendiri. Telefon bimbit di matikan agar dia dapat tidur dengan tenang. Jam loceng diletakkan di sebelah tilam tempat dia tidur agar pagi esok tidak akan ada yang terlewat bangun. Walaupun esok hari Sabtu, dalam kepala kena ingat, yang kuliah bermula pukul 8.30 pagi. Jangan cuba masuk lewat macam zaman sekolah dulu. Nanti tak pasal-pasal kena demerit.

Thursday, December 4, 2008

Miss Selipar Jepun, Sepatu High Heel

MISS SELIPAR JEPUN, SEPATU HIGH HEEL

Hari ini sudah masuk hari ketiga Azrene menanti kedatangannya. Masih setia menanti. Sudah tiga hari dia tidak datang bersarapan di restoran ini. Mungkin dia sedang bercuti. Arrgghh… Apa kes sama hati? Azrene berkata sendiri. Memang tak paham dengan hati sendiri, mengapa wajah itu selalu dirindui. Wake-up Ein. Stop dreaming. Look at yourself. Dia tak sepadan untuk kau. Dia handsome, bergaya, ada style, berkerjaya, berpendidikan tinggi. Engkau apa yang ada. Suara hati aku selalu berbisik demikian. Aku persetankan semua itu. At least aku ada diploma. Cuma mungkin rezeki untuk mendapat pekerjaan yang lebih elok, lebih berpendapatan lumayan itu belum ada lagi. Tapi aku tak ada hal kerja sebagai pelayan di restoran ini. Sekurang-kurangnya ada kerja yang boleh dibuat. Setiap bulan gaji masyukk.. Tak adalah hidup menganggur di rumah menghabiskan beras ajer. Ini zaman mellenium. Sudah masuk alaf baru. Mana ada orang yang mengamalkan prinsip double standard seperti zaman dulu-dulu. Yang semua kena nampak sepadan. Apa ingat sekarang zaman Tok Kaduk, Si Luncai, Pak Pandir , Lebai Malang apa…

Azrene masih setia menanti kedatangan si dia. Zain Adrian. Wajah yang sukar untuk aku lupakan semenjak pertama kali melihatnya. Ketika itu, aku baru sehari bekerja di restoran ini. Aku tak pernah ringan mulut bertanya kepada sesiapa di restoran ini siapa nama dia pada mulanya. Namanya aku ketahui daripada name tag yang elok tersemat pada kemeja lengan panjang yang dia pakai. Memang betul. Dia kacak, penuh gaya, berkarier menepati ciri-ciri lelaki idaman Malaya pujaan hati wanita seantaro Tanah Melayu terchenta. Untungnya aku kalau dapat dia. Penat menanti Zain di hadapan kedai, Azrene masuk ke bahagian dapur. Terlihat Abang Zakuan dan pembantunya neng cantik dari Seberang embak Tuty yang kadang-kadang berbahasa sukar untuk difahami sedang sibuk menyediakan lauk pauk untuk makan tengah hari nanti. Macam biasa setiap tengah hari pasti restoran ini akan diserbu oleh staff-staff dari pejabat yang berhampiran. Kadang-kadang sampai tidak cukup kerusi dan meja.

“Ini apa hal pagi-pagi muka dah muncung sedepa? Angin apa yang dah datang melanda?” Tanya Abang Zakuan apabila melihat aku berdiri tegak di pintu dapur dengan muka masam muncung panjang sedepa.

“Tak ada hal lah Abang Wan.” Azrene menjawab malas.

“Walaupun Ein baru nak masuk tiga bulan kerja dekat restoran ini, abang dah paham sangat dengan peel kamu tu. Kalau dah masuk pukul sepuluh buat muka macam tu, ini sah-sah orang yang dinanti tak datang-datang lagi la tu. Dia cuti kut.” Abang Zakuan cuba serkap jarang. Tapi, memang dia sudah dapat mengagak apa yang membuatkan gadis manis yang kadang-kadang masuk air itu sedang fikirkan.

“Sabar sajalah neng. Mana tahu nanti tengah hari cowok gantang itu datang sini dong. Jangan ribut. Jangan pusing.” Belum sempat aku bukak mulut untuk bersuara Tuty sudah menyampuk.

“Mana ada. Pandai-pandai ajer korang berdua ni. Sejak bila tukang masak diraja dengan inang istana pandai main belasah tuduh-tuduh orang ni.” Azrene cuba mengelak. Muka dah naik merah bila ada yang perasan yang selama ini, aku selalu memerhatikan seseorang yang selalu makan di restoran ini. Darah panas mula terasa dah menyerbu ke muka. Tuty dan Abang Zakuan makin galak ketawakan aku. Aku terkemut-kemut menahan rasa malu.

“Ya iyalah tu neng. Mulutnya aja yang kat enggak ada. Tapi kok dalam hati, simpan hasrat bila boleh berpacaran sama itu cowok gantang. Betulkan mas?” Tuty menyiku lengan Abang Zakuan disebelahnya. Pecah ketawa mereka berdua melihatkan aku yang mula tidak senang berdiri diusik sedemikian rupa.
Makin galak pulak minah Seberang ini mengenakan aku. Dahlah slang Tanah Jawa pekat gila. Dah dua tahun menetap di Malaysia pun tetap tak hilang jugak bahasa ibunda tanah tempat lahir dia. Nasiblah aku paham understand sikit-sikit. Kalau tak, alamatnya macam bercakap sama ayam dan itek ajerlah. Dua-dua tak paham. Nasib jugak versi Anaklah Ayam dan Anak Itek Tok Wi aku boleh paham siap nyanyi sekali. Abang Zakuan hanya ketawa. Abang Mat yang sedang membancuh air pun boleh join ketawa dia orang sama-sama buat pakatan kenakan aku. Sengaja aku buat muka tak beriak tidak berperasaan depan dia orang. Rileks.. Rileks…

Dalam aku cuba menenangkan keadaan diri sendiri itu, dengan tidak semena-mena Paeh datang berlari-lari anak ke bahagian dapur seperti mahu memberitahu perkabaran kurang enak yang bakal didengar.

Paeh tercungap-cungap. Nafasnya turun naik. “Bos dah datang. Dia tengah parking kereta tu. Cepat buat kerja.” Tersekat-sekat dia bersuara. Macam orang sedang mengah disuruh menyanyikan lagu ber’key’ tinggi ala-ala lagu Madah Berhelah in man version.

Sebaik sahaja perkhabaran itu diterima, semua yang ada di dapur kelam kelibut mencari tempat masing-masing. Bos sudah mari. Memanglah perkhabaran yang kurang enak, kurang sedap serba serbi. Aku yang dari tadi sibuk melayan feeling di pintu dapur terus bergerak ke depan. Meja yang sudah berkilat itu aku lap sekali lagi. Nanti kalau bos kecik nampak aku duduk rehat bersenang lenang, mahunya kaw-kaw aku kena maki kena marah dengan dia. Mulut dahlah tak boleh blah. Hatoii… Sengsaranya hidup. Bos besar bilalah mahu balik.

“Morning bos.” Slumber ajer aku menyapa bos kecik yang baru sampai itu. Ikutkan dia lagi slumber. Mentang-mentang restoran ni bapak dia yang punya, suka-suka hati ajer datang lambat. Nasib Pakcik Usop bagi Abang Zakuan yang pegang kunci restoran. Kalau harap anak bongsu dia yang tak tau apa-apa tu, mahunya bila Pakcik Usop balik dari Mekkah nanti restoran ni dah kena bungkus. Cubalah kalau aku yang datang lambat. Satu jam membebel pun belum tentu lagi boleh habis. Dengan Abang Zakuan, Tuti, Abang Mat dan Paeh dia boleh buat pejam mata ajer. Lambat setengah jam pun dia boleh biarkan, cakap pun elok-elok, siap boleh counting-counting lagi. Dengan aku, sampai cair tahi telinga pun belum tentu dia boleh berhenti membebel.

Sarkastik sungguh Mohd Adam Haykal bin Mohd Yusop ni. Mantan pelajar jurusan kejuruteraan dari Universiti Teknologi Malaysia yang baru berumur dua puluh empat tahun. Baru sahaja menamatkan pengajian. Sekarang sedang menunggu tawaran kerja dari mana-mana syarikat kejuruteraan yang berminat. Masih mencari-cari calon suri di dalam hati. Tapi dengan syarat tahan kena maki. Mwahahah….

“Errmm..” Adam menjawab sepatah dan terus menuju ke kaunter pembayaran. Mukanya kelihatan masam mencuka.

Ececehh.. Itulah gaya bos. Datang lambat. Terus pergi kaunter kira duit. Citt!!.. Yang muka masam mencuka tu apa kes pulak. Sungguh aku tak paham. Rasa macam tak sedap hati pun ada ni. Kalau masuk-masuk muka dah macam mempelam busuk ajer, sah-sah ada angin tak betul masuk dalam badan la tu. Aku berkata sendiri. Tangan masih lagi ligat mengelap meja.

Adam berjalan-jalan memerhati keadaan restoran milik ayahnya itu. Tak pasal-pasal aku kena handle restoran ni sengsorang. Abang Long dengan Kak Ngah main lepas tangan ajer. Bukan tahu nak tolong. Semua buat alasan. Sibuklah. Kerjalah. Apaper ajer lah. Aku masa belajar dulu ambik engineering bukan bisness studi. Manalah tau nak handle bisnes ni. Walaupun sebulan, rasa macam azab sangat. Hilang rock macho aku dipaksa duduk menjaga restoran ini sehingga ayah balik dari Mekkah. Nak bersuka ria dengan member-member pun tak boleh. Nasib nasib waktu berniaga hanya dari pukul lapan pagi sampai enam petang ajer. Adam buat muka stress. Dia berlalu ke meja hadapan. Jari telunjuk digosok di atas meja. Kesan minyak terlekat di jari telunjuk.

“Ein!!!... Ein!!..” Bergema suara Adam memanggil nama aku.
Mencicit aku berlari ke arahnya. Hatoii.. Apa bala yang bakal menimpa ni. “Yes bos!!” aku bertanya. Sengaja dia berlagak slumber macam tak ada apa-apa.
“Ini apa ini?” Jari telunjuk yang mempunyai kesan minyak itu ditunjuk mengadap muka aku.
Ish dia ni. Tak akan lah itu pun tak tau. Nak aku kasi tau. “Minyak bos!!” Tenang lagi Azrene menjawab.
Riak tidak berkocak muka Adam mendengar jawapan yang keluar dari mulut aku. “Macam mana lap meja? Tak nampak ker ada kesan minyak kat sini? Tengok pakai apa?” Satu nafas tanpa henti Adam menyoal aku. Laju gila. Tapi nasib boleh kejar boleh tangkap setiap patah bicara butir perkataan yang keluar dari mulut dia itu tadi.
Aku masih lagi berlagak tenang. Buat-buat rilek. Padahal dalam hati, dah mula rasa macam nak lari balik rumah menyorok bawah selimut bila disoal bertubi-tubi oleh bos kecik itu. “Tadi dah lap bos. Maybe tak perasan.”
Adam memandang ke arah aku dengan mata bulat membuntang. Takutnyer… Baru dia mahu membuka mulut, datang seorang pelanggan ke dalam restoran. Azrene terus ke meja pelanggan itu dan segera mengambil pesanan. Fuhh!!... Selamat. Rasa macam nak berjabat tangan cakap terima kasih ajer dekat kakak ni sebab tolong selamatkan aku dari jadi mangsa serangan ayat berapi menyakitkan hati tadi. Touche’ sis…
**********
Pagi tadi Zain ada singgah untuk breakfast di restoran ini. Hati dah berbunga-bunga riang gumbira. Seronoknyer… Paling seronok bila Zain pandang dan kasi free senyuman dia yang cukup menawan hati tu. Confirm Zain jadi hero dalam mimpi aku malam nanti. Heroin??.. Akulah tue..Hehehehe… Aku senyum sendiri.
“Ini apa hal senyum sorang-sorang kat tepi longkang ni. Ada wayar tercabut ker. Nak saya tolong sambungkan balik.” Mamat sarkastik itu bersuara dari belakang. Tak payah tengok muka pun aku dah boleh agak saper yang bersuara itu.
Cess!!... Mangkuk tingkat Cap Kuda Belang punya bos kecik. Sindir aku macam tu. Macam aku tak dapat tangkap istilah wayar tercabut dia tu membawa maksud kepada apa. “Alah bos ni. Kita baru nak rehat. Kasi can la sikit.” Azrene bersuara tanpa menoleh belakang. Masih mahu melayan feeling sendiri yang macam dah rasa nak lompat sampai ke langit sebab terlalu gembira.
“Miss Selipar Jepun, dari tadi saya tengok awak tu asyik duduk berehat ajer kat sini. Kenapa tak pergi tolong yang lain kat depan tu. Tak nak balik ker.” Gaya tak berperasaan ajer Adam berkata sambil menunjukkan jam tangan sporty berjenama Adidas itu ke muka Azrene dengan harapan supaya budak Ein ni boleh berhenti melayan perasaan dia tu.
Azrene segera berpaling lipat maut nasib tak tercabut tengkuk mendengar mulut Adam lancar menukar namanya sebentar tadi. Suka-suka hati dia ajer dapat mandat dari raja entah mana negeri panggil aku macam tu. “Wah!!.. Melampaulah bos ni. Berbahasa ikut sedap mulut sendiri ajer. Suka-suka panggil kita Miss Selipar Jepun.” Aku terus bangun dan menuju ke hadapan kedai untuk menyusun kerusi meja. Dah pukul enam. Kedai nak tutup.
**********
“Bila kau interview?” Adam bertanya kepada Bad yang sedang asyik menonton siaran bola sepak pada skrin lcd 32 inci di mapley berhampiran dengan rumahnya itu.
“Minggu depan. Kau?” Bad menjawab datar. Mata masih lagi kekal pada perlawanan bola sepak antara pasukan Perak dan Selangor itu. Memang hantu bola.
“Entah. Satu surat interview pun aku tak dapat sampai sekarang.” Adam menjawab lemah. Itulah yang merungsingkan fikirannya kebelakangan ini. Semua kawan-kawan satu batch dengannya di UTM dulu semua sudah menghadiri temuduga. Tetapi dia tidak.
Mendengar jawapan lemah dari Adam, Bad segera menoleh. Memanglah pakcik sorang ni tengah stress. Muka pun serabut. Mana dengan kena handle bisness, menunggu surat panggilan temuduga macam menunggu bulan jatuh ke riba. “Rileks la bro. Adalah la tu nanti. Kau best student. Every semester tak pernah miss dapat dean list.”
“Ermm.” Adam melepaskan keluhan lemah.
“Restoran macam mana.?” Sengaja Bad membangkitkan soalan berhubung keadaan restoran milik ayah temannya itu.
“Okeylah. Itupun buat kepala aku berserabut jugak.” Rendah Adam menuturkannya.
“Baru kau tau payahnya ayah kau menguruskan restoran tu seorang diri nak sara hidup kau.”
Suasana sepi seketika. Tiba-tiba semua pelanggan di mapley itu bersorak gembira. Goolll!!!!!!!... Perak berjaya menembusi pintu gol Selangor. Suasana yang tadi sunyi menjadi hingar bingar. Bad dan Adam turut sama-sama menyumbangkan suara menambahkan lagi tahap kebisingan di situ.
“Ein macam mana.” Tidak semena-mena Bad bertanyakan kepada Adam tentang Azrene.
“Okey ajer.”
“Okey ajer??” Bad bertanya kembali.
“Hah.. Okey. Datang kerja balik kerja. Macam biasa. Tak ada yang luar biasa.” Adam menjawab.
“Dia mungkinlah biasa. Engkaulah macam mana. Macam aku tak tau. Kau syok kat budak Ein tu. Tapikan tak agak-agaklah kau panggil dia Miss Selipar Jepun.” Bad ketawa. Terasa kelakar ditelinga tatkala mendengar Adam memanggil gadis itu dengan nama Miss Selipar Jepun ketika dia sedap melepak makan free di restoran ayah Adam minggu lepas.
Adam tersenyum. Teringat kembali riaksi raut wajah Azrene ketika mendengar dirinya dipanggil dengan gelaran Miss Selipar Jepun. Ketika itu Adam baru sahaja tiba di restoran ayahnya. Abang Zakuan, Tuty, Abang Mat dan Paeh memang dia sudah kenal lama. Tapi, pelayan restoran yang cantik manis itu belum pernah dia temui. Sampai hati ayah tidak memberitahu aku ada bunga baru dalam restoran ini. Disebabkan tak tau siapa nama si cantik manis itu, lalu ringan mulutnya memanggil Miss Selipar Jepun apabila melihat gadis itu memakai selipar Jepun berwarna pink.
“Halloo..” Bad mengerak-gerakkan tangannya dihadapan muka Adam. Sah. Adam sedang berkhayal. Apa yang dikhayalkannya dia tidak tau.
Adam tersentak. “Dia syok kat orang lainlah.” Adam menjawab.
“Saper? Abang Mat, Abang Zakuan, Paeh?” Laju Bad menyoal kembali.
“Bukanlah. Dengan Ahmad Smart yang kerja dekat office depan restoran ayah aku tu lah.” Adam menjawab dengan nada yang geram. Memang hatinya geram sangat saat mata melihat Azrene yang cuba sedaya upaya beramah mesra dengan pelanggan tetap di restorannya itu. Azrene pun satu. Dah orang tak layan. Blah ajerlah. Tapi lagi dicuba dan cuba dan cuba sedaya upaya.
“Oooo..” Melopong mulut Bad.
“Nama mamat tu Ahmad Smart atau Ahmat Kemat.” Bad bertanya lagi. Apa ker pelik benor nama mamat tu.
“Nama mamat tu Zain Adrianlah.”
“Habis Ahmad Smart tu saper?” Bad mengerut dahi tanda pening.
Sakitnya kepala aku bersembang dengan Bad ni. Tak tau sejak bila dia jadi slow ni. Dulu dekat uni sama cemerlang macam aku. Keluar uni tiba-tiba jadi slow as kura-kura ni apakerhernyer… “Aku saja panggil mamat tu Ahmad Smart. Smart semacam.”
“Lor.. Kau ni. Suka-suka hati ajer. Sejak bila dapat mandat bagi kurnia pada orang ni?”
Ermmm.. Adam mengeluh.
****************
“Errmm…arrh…Nak mi..mi..minum apa Encik Zain.” Aduss… kenapa ni? Tiba-tiba aku yang lancar membaca lancar bercakap tiba-tiba boleh jadi gagap.
Zain menaikan sedikit kepala. Melihat si empunya suara. Dahinya jelas berkerut seribu. “Macam mana tahu nama saya?” Dia bertanya kembali.
“Saya tengok dekat name tag Encik tu.” Aku menjawab. Walaupun masih tersekat-sekat tidaklah seteruk tadi.
“Ooo... Actually Zain enough. Tak payah formal sangat.”
Aku dah mula tersengih sumbing tak tau nak cakap lagu mana dah. Ya Allah. Indahnya hari.
“Minum Encik?” Aku bertanya kembali.
“Teh tarik.”
“Makan?”
“Nasi lemak.”
“Okey.” Aku segera berlalu.
“Excuse me.”
Aku menoleh.
“Your name?” Dia bertanya.
Alamak seyh!!!... Dia tanya nama aku lah.. Control ayu Ein.. Control ayu. “Ein.”
“Ein. Ermm.. Nice name.”
Memanglah satu hari aku tak boleh buat kerja. Sindrom penyakit angau sasau dah masuk dalam badan. Rasa macam dunia aku yang punya.
“Seronok duduk termenung sorang-sorang kat sini. Mesti tengah berangan konon macam dunia awak sorang yang punyalah ni.” Datang suara dari belakang.
Hish!!!.. Dia ni. Entah apalah yang dia nak. Dahlah tu macam tau-tau ajer apa dalam kepala aku ni. “Bos ni. Suka main sergah-sergah.”
Adam menghulurkan kain buruh kepada Azrene. “Nah ambik ni. Jangan tau nak mengalamun ajer. Bayar gaji untuk buat kerja. Bukan suruh mengelamun menggatal dengan mana jantan-jantan yang datang makan kat sini.” Pedas berbisa ayat yang keluar dari mulut Adam.
Kain buruk sudah berpindah tangan. Azrene segera pergi ke hadapan untuk mengelap meja.
Berdesing telinga aku dengar ayat kari berapi pedas berasap mamat ni. Kalau jeles cakaplah jeles. Tak payah nak jadi sarkastik sangat menyakitkan hati aku. Azrene menyumpah seranah dalam hati.
********
“Ini apahal pakai macam ni? Apahal masuk lambat? Apahal muka slumber jalan menonong ajer tak tegur bos yang tengah berdiri tegak kat depan ni?” Bertubi-tubi Adam menyoal Azrene apabila nampak sahaja kelibat gadis itu masuk ke dalam kedai. Ini apa yang tak kena pada kepala budak Ein ini. Pakai baju kurung dengan kasut tinggi warna pink. Apakes terlebih feminim pulak dia hari ini. Itu satu. Lagi satu, suka-suka hati masuk pukul dua ni siapa yang pandai-pandai bagi kebenaran dahlah tu, jalan tegak ke depan aku yang depan mata pun buat tak nampak ajer.
“Kita cuti lah bos.” Slumber Azrene menjawab dengan muka tidak berperasaan.
“Ni sejak bila pandai ambik cuti tak bagi tau bos?”
“Sejak bila pulak nak cuti kena bagi tau bos? Biasa kalau nak cuti sebab hal penting bagi tau kat Abang Zakuan.”
“Nah ambik ni.”
Hahh!!.. Kain lap meja. Apahal ni. Tak dengar ker aku kata aku cuti tadi. “Apa ni bos?”
“Dah tak kenal kain buruk lagi?” Adam bertanya kembali.
“Kita cuti. Kita ada interview hari ni.” Azrene balas balik.
“Sejak bila mintak kerja kat tempat lain tak nak bagi tau bos ni?” Adam buat ayat toya bin poyo.
“Sejak bila bos sibuk nak ambik tau apa yang kita buat ni?” Azrene bagi balik ayat toya binti poyo.
“Orang dah ramai masuk tu. Cepat pergi ambik order.” Arah bos kecik.
“Taknak.” Kuli jawab pendek.
“Sejak bila mata jadi rabun. Tak nampak ker kat luar tu ramai orang.” Adam bagi sebijik.
“Bos ni kejam la. Macam Taliban. Tak kira. Hari ini, gaji bayar full.” Ambik kau. Azrene memalingkan muka ke luar kedai. Bengangnya aku dengan bos kecik ni. Arrgghh.. Dalam tengah-tengah marah, kelihatan seseorang yang masuk ke dalam kedai. “Paeh, nak pergi mana?” Azrene bertanya kepada Paeh yang tergesa ke depan sambil memegang pen dan buku nota kecil.
“Ambik order.”
“Tak apa. Meh aku ambik.” Pen dan buku nota di tangan Paeh di ambil. Azrene terus berlalu meninggalkan Adam.
Pinggan ayan punya Azrene. Aku tengah panas-panas ni lagi dia boleh buat aksi yang menaikan temperature aku. Apa yang ada pada Mat Smart tu pun aku tak tau.” Getus Zain dalam hati apabila melihat Azrene yang terkedek-kedek dengan berkasut tumit tinggi mendapatkan Zain Adrian untuk mengambil pesanan.
“Makan encik?” Lemah lembut pijak semut pun tak mati Azrene mengambil pesanan.
Zain memandang Azrene dari atas ke bawah. Dia tersenyum. Azrene buat muka malu-malu kucing. Ececehh…
“Mee goreng dengan Nescafe ais.”
Pesanan siap di ambil. Azrene segera bergerak menuju ke dapur. Dalam perjalanan ke dapur yang terpaksa menempuh kaunter pembayaran, sengaja dia menjelingkan mata ke arah bos kecik yang nampaknya masih lagi hot…hot…hot..
“Siap!!” Jerit Abang Zakuan apabila pesanan pelanggan sudah siap tersedia di atas dulang minta dihantar dengan segera.
Terkedek-kedek Azrene berlari dengan kasut tingginya itu untuk mengambil pesanan yang telah pun siap terhidang berasap-asap di atas dulang. Belum sempat tangan Azrene menyentuh dulang tersebut, Adam sudah mula mencapai.
“Meh la sini kita hantar.” Azrene berkata.
“Kasut awak tu tinggi sangat. Nanti jatuh karang macam mana?”
“Ngee.. Ingat kita tak reti pakai kasut tinggi ker. Kita belajar dari Tyra Banks lah. Meh la sini.” Azrene menjawab. Tangan Adam di tepis. Dulang telah berada di tangannya. Segera dia berlalu ke depan.
Dia datang..dengan lenggang lenggoknya… Dia datang..dengan lenggak lenggoknya. Kurang dari lagi dua langkah Azrene sampai ke meja Zain, tiba-tiba kakinya terpelecok. Opocot!!! Gedebuk. Macam nangka busuk jatuh ke tanah. Mee goreng dan Nescafe ais habis tertumpah di baju Zain. Semua mata di dalam restoran itu memandang kea rah Azrene.
“Macam mana awak buat kerja ni?” Tengking Zain apabila baju kemeja yang dipakai terconteng dengan corak abstrak dari mee goreng dan Nescafe ais.
Azrene dah mula cuak. “Sa..sa..Saya mintak maaf. Saya tak sengaja.” Terketar-ketar dia menjawab.
“Bodoh punya perempuan.” Naik lagi suara Zain memarahi Azrene. Sengaja ditekan perkataan bodoh itu.
Azrene dah mula menangis. Dia terus berlari ke dapur. Adam yang berada di hadapan kaunter segera menenangkan keadaan di dalam restoran yang sedikit tegang pada ketika itu. Zain yang sudah kebengangan terus beredar keluar. Mulutnya tidak berhenti-henti menyumpah seranah gadis yang telah mengotorkan bajunya itu.

“Ein mana?” Adam bertanya kepada Abang Zakuan. Ini mesti kes nak mengelat lagi ni. Orang tengah sibuk-sibuk berkemas nak tutup kedai dia boleh pulak mengelat lari dari tugas.
Abang Zakuan hanya menjuihkan mulut kea rah dapur dengan memek muka seperti orang sedang menangis. Tuty di hadapan hanya tersengih. Sungguhlah lepas kejadian tengahari tadi, Azrene tak keluar-keluar dari dapur.
“Tak abis lagi ker bang.” Adam bertanya pendek.
Abang Zakuan hanya mengangkat bahu. “Adam pergilah tengok.”
Segera Adam menuju ke dapur. Dilihat Azrene masih lagi teresak-esak menangis macam budak kecil. “Nah.” Adam menghulurkan sehelai kain buruk kepada Azrene.
Mata Azrene memandang kain buruk di tangan Adam. Adam dengan slumber mengisyaratkan supaya Azrene mengesat air matanya dengan kain buruk itu.
Azrene segera berhenti menangis melihat Adam yang entah dari mana datangnya tiba-tiba berada disebelah dengan lawak kain buruknya itu. di kesat air mata dengan belakang telapak tangan. “Kita tak ada masa nak layan lawak bodoh bos tu. Tak kelakar pun lawak kain buruk bos tu.” Azrene berkata. Suara masih serak-serah basah akibat menangis tadi.
“Lar.. Lawak kain buruk amendanya. Awak dah habiskan dua kotak tisu restoran ni tau. Nanti saya potong gaji awak suruh ganti balik tisu restoran ni baru tau.”
“Bos ni kejam lah. Macam Taliban. Tak tau ker kita tengah sedih ni.”
“Apa pulak Taliban. Cuba tengok tu.” Jari telunjuk Adam ditala ke bawah kerusi tempat Azrene duduk. Berselerak kertas tisu. Kalau pun nak menangis sampai kering air mata sekalipun, janganlah tisu dalam restoran ini jadi mangsa. Bukan aku tukang sponser tisu untuk lap air mata dia. “Lain kali kalau nak datang restoran ni jangan lah pakai high heel, selipar Jepun ajer.” Adam menyambung lagi.
Azrene memandang ke bawah. Mak oii.. Sungguhlah aku ni mencemar pemandangan dengan sampah sarap yang aku buat sendiri. Azrene memandang Adam yang tersengih disebelahnya. “Ngadalah bos ni.” Terus dia bangun menuju ke hadapan untuk membantu Abang Zakuan dan Tuty mengemas. Tapi semuanya sudah siap selesai kemas tersusun. Tinggal nak balik sahaja lagi. Selamat aku. Azrene berkata di dalam hati.
************
Sejak dari peristiwa hari tu, Azrene tidak lagi menunggu kedatangan Zain untuk makan di restoran Pakcik Usop. Jika Zain datang ke situ, pasti dia akan duduk menyorok bertapa di dapur restoran sehingga Zain pergi. Malu satu hal. Sakit hati pun iya jugak. Sesedap mulut dia ajer mengata aku bodoh. Hampagas punya mamat. Sah tak gosok gigi. Sebab tu mulut busuk. Memanglah Azrene bengang sangat dengan Zain. Dan juga, semenjak peristiwa itu, Azrene dengan Adam dah boleh duduk bersama, bergurau senda, hari Minggu boleh pulak keluar jalan-jalan together-gether. Macam tak percaya. Dah lama kenal, Adam boleh diklasifikasikan sebagai lelaki yang baik jugak dan seronok berkawan.
“Ein.”
Terperanjat Azrene mendengar suara yang amat dikenalinya itu. “Bos ni. Bagilah salam dulu sebelum tegur orang. Ni main sergah ajer.” merungut-rungut mulut Azrene berkata-kata.
“Ada orang nak jumpa.” Adam berkata.
Azrene mengerut dahi. Siapa pulak nak jumpa. Pelik. Tapi lagi pelik, kenapa muka bos kecik ni tiba-tiba jadi sugul bermuram durja macam ada apa-apa ajer. Pagi tadi elok ajer. Lagipun nak stress apa lagi. Bos besar dah selamat balik. Bos kecik tak ada pun tak apa. Bukannya ayah dia letak parang dekat tengkuk suruh datang tolong di restoran. Segera Azrene berlalu.
Kelihatan Zain sedang menunggu di hadapan restoran dengan sejambak bunga.
“Saya minta maaf pasal hari tu.” Zain bersuara mendatar. Mungkin baru tersedar kelancangan mulutnya memarahi Azrene dulu.
“Tak apa. Benda lama. Saya dah lupa pun.” Malas Azrene menuturkannya. Kalau dulu memanglah saat-saat dapat bersembang dengan Zain yang paling dia impikan. Tapi tidak lagi sekarang.
“Untuk awak.” Zain menghulurkan sejambak bunga ros putih kepada Ein.
Terbeliak mata Ein melihat huluran jambangan bunga di hadapannya. Mata ditalakan kea rah Adam di kaunter pembayaran. Mata mereka bertemu, tetapi cepat-cepat Adam mengalihkan pandangan ke arah lain. Azrene memandang lantai. Terasa macam cantik pulak lantai mozek petak-petak ni. Mata diarahkan pula pada selipar Jepun yang dipakainya. Rasa macam selipar Jepun dah bertukar jadi kasut Cinderrela sahaja gaya Azrene memandang. Sahlah kepala aku dah pening. Dah fikir yang bukan-bukan. Apa aku nak buat ni.
Dari jauh Adam melihat Azrene bersembang ramah mesra dengan Zain. Apa yang disembangkan dia tidak tau. Tapi hati turut terbakar melihat kemesraan mereka berdua. Cemburu? Hati bertanya. Memang aku cemburu. Sepatutnya Ein pilih aku. Bukan pilih mamat haprak tu. Dia menjawab soalan hati tadi.
“Bos.” Slumber Azrene menegur Adam yang kelihatan sedikit tegang. Kalau dulu, muka tegang macam tu jangan harap dia berani hendak tegur. Kalau boleh selisih bahu pun tak sanggup.
“Apa dia nak? Cantik bunga.” Tanya Adam.
“Bunga ni untuk diletakkan di atas meja ni.” Azrene meletakkan bunga tersebut di atas meja kaunter dan terus berlalu ke dapur. Adam mengekori Azrene dari belakang. Pak Usop hanya menjadi pemerhati terhormat melihat gelagat anak bongsunya dengan Azrene itu.
“Dia nak apa. Awak tak jawab pun lagi.” Tanya Adam lagi.
“Dia nak kita.” Tenang Azrene menjawab. Pandangan mata dihalakan ke arah Adam.
“Owhh!!.. Bagus lah tu. Memang itu yang awak nak kan.” Balas Adam.
“Adam, dia nak kita. Awak ingat kita main-main ker.” Sekali lagi Azrene berkata benda yang sama.
Adam buat tak endah. Masih dengan muka tidak beriak. “Baguslah tu.”
“Tapi kita taknak dia.”
Adam mengerut dahi. “Kenapa?” Pendek dia bertanya.
“Sebab kita nak orang lain.”
“Playgirl la awak ni.” Adam terus berlalu ke hadapan.
Azrene mengekori pantas langkah Adam. Langkah Adam di potong. Sekarang dia telah pun berdiri tegak mengadap Adam. Menghadang laluan. “Kita nak awak.” Slumber tapi jelas Azrene berkata.
“Hahh..” Adam dah terkejut emak beruk mendengar ayat jelas dan nyata Azrene tadi. Ini apahal tiba-tiba jadi gelabah macam labah-labah pulak ni.
Azrene ketawa. Kening diangkat. Lawak betul muka bos kecik ni hari ni. Nak tunggu dia cakap sampai kucing dah tumbuh tanduk pun belum tentu dia nak mengaku. Bad pulak yang sibuk-sibuk tolong bagi tau dekat aku. Itupun lepas terjumpa Bad dekat Yik Fong seminggu selepas peristiwa di restoran hari tu. Kira dah nak dekat tiga bulan jugaklah. Memanglah mula-mula rasa macam terkezut bin terperanjat jugak, tapi bila dah balik rumah rasa macam happy semacam. Dan yang buat diri macam terlebih happy bila dalam masa tiga bulan lepas dapat tahu Adam suka dekat aku, setiap malam tak putus buat istikharah. Ternyata, ianya terdorong ke arah Adam juga.
“Kenapa? Tak percaya.” Azrene tersenyum memandang Adam.
“Awak ni. Memanglah. Gila kentang Mr. Potatoe betul.” Adam turut tersenyum. “Tak pernah kena propose dengan awek seumur hidup saya.” Dia menyambung.
“Saper propose awak.” Azrene buat-buat tanya. Wei.. pakcik. Slow betul. Patut kau lah propose aku. Cepatlah.. cepatlah..
“Saper kata saya nak kat awak.” Adam bertanya.
“Bad.”
Sungguhlah Bad nak merasa makan selipar Jepun cicah dengan sos tomato. Malukan aku terang-terang dengan Azrene. Kantoikan aku dengan budak Ein ni. Mulut tak boleh simpan rahsia betul.
Azrene masih menanti Adam untuk meluahkan rasa cinta kepadanya. Memanglah dia ni. Slow as kura-kura, buat muka slumber tak berkata apa-apa, aku dah lama tunggu nak dengar apa yang patut dia kata, why masih berpura-pura. Pantun empat kerat yang bunyi entah apa-apa. Akhirnya terpaksa jugaklah Azrene yang kena bersuara. “Saya nak berhenti. Saya dapat kerja kat tempat lain. Kerja office.” Dan Azrene terus berlalu.
“Ein kejap.” Adam mengejar dari belakang. Ni dah masuk ala-ala dalam filem Hindustan. Hero main aci kejar dengan heroin. Kalau ada hujan dengan kepala keretapi memang sebijik boleh buat sequal untuk Kuch Kuch Hota Hai. “Memang betul apa Bad kata. Saya memang suka kat awak. Sejak jumpa awak dekat restoran ni, hati mula dah jatuh cinta. Cinta pandang pertama. (naper jadi mat bunga pakai bahasa jiwa-jiwa ni.)
Azrene tersenyum. “Tau. Memang kita dah lama tau. Bad tak bagi tau pun kita memang dah tau.”
Adam buat muka blur. Ini apa ilmu budak Ein ni pakai. Bila dia pergi bertapa dekat dalam gua.
Azrene tersenyum lagi. “Yerlah. Awak tu. Pakai cara bodoh nak dekat dengan kita. Orang kalau nak mengorat gunalah cara yang betul. Ni awak dengan poyo yang lebih tu ajer.”
“Habis yang awak tu asyik dengan Mat Smart tu ajer.” Adam cuba balas balik.
“Zain lah.”
“Tak kiralah. Saya sakit hati tau.”
Pecah juga ketawa Azrene mendengar pengakuan secara tidak sengaja Adam itu. Patut muka tegang semacam bila aku berbaik-baik dengan Zain. Macam baru lepas kena cucuk Botox ajer. Jeles rupanya.
“Ein kita kawin.”
Ketawa Azrene mati tatkala mendengar kata-kata Adam itu. gila aper. Propose jadi awek pun belum lagi. Terus nak ajak kahwin. “Apa awak cakap ni?”
“Kita kahwin.” Sekali lagi Adam berkata ayat yang sama. “Saya dah dapat kerja. Saya boleh tanggung awak.” Dia menyambung.
“Bagi masa. Saya tak boleh buat keputusan paling besar macam ni ajer.” Pinta Azrene. Tapi jelas, senyuman yang terukir manis dipinggir bibir membawa maksud yang amat bahagianya diri ketika itu.
“Okey. Make sure jangan lama-lama.” Adam turut tersenyum.
*********
Hai sayang buat apa.
“Abang ni kan dari dulu suka main sergah-sergah tau. Tak buat apalah.”
“Ni senyum-senyum sorang-sorang ni mesti ada wayar tercabut ni kan.” Sengaja Adam menyakat Azrene. Bukan apa. Bila kena sakat, Azrene akan tersenyum sambil malu-malu kucing. Muka naik merah tu yang buat dia nampak cute.
Seraya itu, satu cubitan hinggap dilengan Adam. “Senyum, sebab teringat balik zaman kita dulu-dulu.” Azrene mencebik bibir melihat Adam yang dari tadi tidak berhenti dari senyum mengusik. Satu lagi cubitan hinggap ke lengan Adam. Kali ini kuat sedikit.
“Ouchh!!. Nakal lah sayang ni. Main cubit-cubitan pulak.” Pantas tangan Adam menarik hidung Azrene. “Bagi mancung sikit.”
“Sakitlah.” Azrene menggosok-gosok hidung yang merah bahana kena tarik dengan Adam tadi.
Dalam asyik bergurau senda, terdengar bunyi rengekan si kecil dari katil bayi. Aiman Hakimi bin Adam Haykal.
“Alah.. Aiman Tak Kesah.. kacau daun lah. Ayah baru nak romantic-romantic dengan ibu. Kasi spoil betul.” Adam bersuara. Azrene segera mengeluarkan Aiman yang baru berusia hampir tiga bulan itu dari katil bayi. Anak kecil itu dibelai penuh rasa sayang.
Siapa sangka tak sampai setahun kahwin dengan Adam dah boleh dapat Aiman. Dalam Adam kata jangan lama-lama bagi jawapan semasa dia ajak kahwin pada malam itu, dekat setahun jugaklah Adam terpaksa menjadi penunggu setia menanti sebuah jawapan. Bukan Azrene sengaja mahu buat Adam tertunggu-tunggu, Cuma biar Adam boleh berdikari dahulu sebelum dia buat keputusan untuk berumahtangga. Biar Adam matang dahulu sebelum dia boleh mengemudi satu bahtera. Menjadi ketua keluarga. Kahwin bukanlah benda yang boleh dibuat main-main.
“Sayang.” Panggil Adam lembut di cuping telinga.
“Ermm.” Azrene masih lagi membelai si kecil di riba.
“Thanks.” Ucap Adam kudus.
“Everything for you.”
Singgah satu ciuman pada pipi Azrene. Sungguh. Saat ini adalah satu saat yang paling membahagiakan. Alhamdullillah.