Monday, May 4, 2015
KERETA KANCIL, PROTON SAGA : BAB 5
Bab 5
Fail untuk mesyuarat esok aku campak malas di atas meja
kerjaku. Malas betul rasanya nak
mengadap mesin fotostat untuk menyalin document mesyuarat ini menjadi sepuluh
salinan setiap satu. Dah dekat
empat bulan aku kerja di sini, tapi rasanya tak ada apa yang dapat aku
belajar. Tak habis-habis kena
cover kerja peon yang asyik mengular itu sahaja. Aku dah rasa macam supervisor kepada mesin fotostat yang selalu aku guna tu.
“Dian, awak ni melepak ajer, document untuk meeting esok
yang saya suruh awak fotostat tu dah siap ker?”
Aku mengangkat wajah memandang suara yang selalu buat aku
bengang. “Belum lagi Cik June.” Jawabku acuh tak acuh tanpa memandang
wajah Cik June. Cik June ni kan
sejak aku masuk kerja, muka dia semendang ajerlah masam mencuka. Macam orang period setahun 365 hari
sahaja gayanya. Mentang-mentanglah
dia tu PA Datuk Alauddin tu yang kekwat bukan main tu.
“Belum!! Awak
ni kan baru ajer kerja kontrak dekat sini dah pandai nak mengelat kan. Awak ingat awak dah glamor satu
Malaysia awak boleh nak mendiva bila dekat sini.”
Aku mengetap bibir apabila suara Cik June mula membebel di
hadapanku. Beberapa staff yang ada
duduk berdekatan dengan meja kerjaku memandang ke arah kami. “Bila masa pula saya mendiva. Saya nak rehat kejap la Cik June. Baru kejap tadi saya pergi hantar surat
dekat tingkat tiga tu.” Balasku.
Melihat kening Cik June yang terangkat sebelah itu
membuatkan aku jadi sedikit cuak.
Tadi berani sangat menjawab sekarang terkulat-kulat. “Yerlah. Yerlah. Saya
pergi buat sekarang.” Dengan malas
aku akur pada arahan Cik June.
Dokumen di atas meja aku bawa ke bilik fotostat. Aku lepaskan rasa sebal dengan Cik June
pada mesin fotostat. Sengaja aku
tekan-tekan kasar butang yang ada pada mesin fotostat. Kalau rosak senang sikit. Dapatlah aku berehat. Tak adalah satu hari suntuk nak
mengadap mesin ini sahaja.
NJuneee…. Padan
muka aku kan. Abah suruh pergi
sambung degree macam-macam alasan yang aku berikan. Duduk kampung dan uruskan homestay abah pun aku tak mahu
juga. Walaupun aku satu-satunya
anak perempuan dalam keluarga, tapi boleh dikatakan aku yang paling degil dan
paling keras kepala. Aku memang
jenis suka buat ikut kepala aku sahaja.
Haihh… Kalaulah aku ikut
jejak Naimah untuk sambung degree dulu mesti aku sudah masuk semester dua. Haih… Kenapalah bab-bab nak menuntut ilmu ni aku pemalas sangat!
Tengahari itu aku ajak Naimah pergi keluar makan bersama
denganku. Memandangkan kelas
Naimah sampai pukul 12 sahaja dia okey la dengan cadangan aku. Seperti biasa aku kena pergi ke Faculti
Perakaunan UiTM Shah Alam untuk mengambil Naimah di sana. Sebaik sampai aku lihat Naimah sudah
menanti di tepi bus stop.
“Kita nak makan dekat mana?” Naimah terus menyoal sebaik masuk ke dalam kereta.
“Ayam penyet jom.”
Cadangku.
Naimah mengangguk setuju. Aku terus memandu ke tempat yang hendak di tuju. Tak sampai sepuluh minit, aku dan
Naimah sudah sampai di Restoran Ayam Penyet Wong Solo. Seperti biasa aku dan Naimah memesan
set ayam penyet dan es buah.
Aku menongkat dagu sementara menanti pesanan kami tiba. “Apa hal ni?” Naimah menyoalku.
“Aku stress la kerja dekat situ, Imah. Tak best. Semua orang-orang dekat situ suka buli aku.” Tuturku.
Naimah ketawa kecil.
Aku jeling Naimah. “Tak
baik tau kawan tengah stress, gelak macam tu.” Tuturku rendah.
“Tu la kau.
Dulu aku ajak kau futher study kau bagi macam-macam alasan. Sibuk sangat nak kerja. Nak cari duit sendiri. Nak kata kau tu
orang susah bapak kau ada tiga biji homestay dekat kampung tu. Dengar khabar nak bukak lagi satu
homestay. Abang-abang kau pun
kerja hebat-hebat. Setakat nak
spedo kau belajar aku tak rasa ada masalah. Lainlah macam aku, mak aku suri rumah tangga jer. Ayah aku pulak setakat CC dekat office
gomen. Aku ni yang patut sibuk
fikir macam mana nak cari duit untuk tolong keluarga bukannya kau.”
Aku berdecit bila Naimah dah mula membebel. Adik pelayan yang datang menghantar air
dan set ayam penyet pun memandang pelik ke arah Naimah yang potpetpotpet macam
mak nenek.
“Yerlah.
Memanglah aku ni ramai yang boleh spedo. Tapi kau pun tahu kan, aku bukan minat sangat pun nak
sambung belajar. Aku nak habiskan
diploma aku dulu pun bercinta rasanya.
Ini nak tambah lagi tiga tahun.
Aku ni bukannya genius macam kau Imah. Kau lain la, esok exam malam ni baru baca buku pun result
boleh gempak.” Balasku. Kadang-kadang aku selalu tertanya-tanya
Naimah tu makan apa sampai boleh ada otak genius macam tu. Masa diploma dulu setiap semester dapat
anugerah dekan. Tak la macam aku
ni. Aku kategori pelajar
biasa-biasa jer. Taklah pandai
sangat, tapi tak juga jatuh kategori bebal.
Naimah mencebek.
“Alah… Kau ni. Tak habis-habis alasan.” Selar Naimah sebelum menadah tangan
membaca doa makan. Aku turut tadah
tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh Naimah. Sesudu kuah kicap di dalam bekas yang terletak di tengah
meja dicurahkan atas ayam goreng garing.
Aku dah Naimah menjamah nasi ayam penyet dengan selera. Untuk seketika aku lupa sebentar beban
masalah yang aku tanggung tadi.
“Imah, apa aku nak buat ni. Kalau aku berhenti kerja sekarang nanti abang-abang aku,
adik aku semua gelakkan aku. Malu
la aku.” Aku luah rasa gusar bila
sudah habis makan. Aku tengok
Naimah tak terus menjawab sebaliknya aku lihat dahinya berkerut halus. Mungkin Naimah sedang berfikir macam
mana nak cari jalan untuk membantu aku yang selalu kena tindas dengan
budak-budak di pejabat tu.
“Eh…. Ni adik
yang dalam Youtube tu kan. Yang
sipi-sipi nak kena dengan stereng lock tu kan. Ya Allah dik.
Seriau akak tengok masa mamat Saga tu mengamuk sampai nak hayun stereng
lock tu kat kepala kau dik. Nasib
baik la kau tak ada apa-apa dik.
Kalau akak jumpa mamat Saga tu dik memang siaplah dia. Berani kan nak tunjuk hebat depan
perempuan.”
Aku dah Naimah berpaling serentak pada suara yang tiba-tiba
menyapa kami. Aku tersengih-sengih
sahaja mendengar kata-kata kakak yang tiba-tiba muncul entah dari mana. “Eh kak, janganlah sampai macam
tu. Saya pun selamat. Tak sempat diapa-apakan. Stereng lock tu pun acah-acah ajer,
belum mendarat betul-betul kat kepala saya ni kak.” Tuturku. Aku
sempat mengerling Naimah dengan ekor mata. Muka Naimah bengang ajer bila aku berlagak sok suci. Yerlah. Naimah kan tahu cerita sebenar. Haruslah makcik ni bengang bila aku yang sepatutnya
disalahkan kini menjadi perhatian masyarakat yang prihatin.
“Eh… Dah
alang-alang akak terjumpa kau ni dik, jom selfie sekeping dua.” Pinta akak kepochi.
Aku turutkan sahaja permintaan akak kepochi tu yang ingin
selfie bersamaku. Aku sudah terasa
seperti selebriti pula. Lepas
selfie sampai lima kali snap akak kepochi tu pun berlalu.
“Kau tengok, masyarakat tak habis lagi mencerca mamat Proton
Saga tu tau. Kau seronok la,
feeling-feeling retis disayangi semua.”
Selar Naimah apabila melihat muka aku tak habis sengih.
“Bukan aku mintak nak feeling retis pun. Dah akak tu yang nak ajak bergambar. Aku layankan ajer.” Balasku sambil mengekek ketawa. Naimah mencebek tapi lepas tu aku
tengok mata dia bersinar-sinar.
“Aku dah ada idea.” Tutur
Naimah.
Dahiku berkerut.
“Idea apa?” Tanyaku.
“Assalamualaikum.”
“Yer.
Waalaikummusalam.” Jawab
Naimah yang sedikit terganggu dengan gangguan yang tiba-tiba datang lagi. Belum sempat dia nak bentang idea ada
pula yang datang kacau. Susah
betul bila berkawan dengan orang yang popular satu Malaysia ni.
“Saya datang ni nak jumpa dengan Cik …..”
“Dian. Dian Harlina.” Kataku apabila melihat ibu jari lelaki
itu terarah ke arahku. “Encik nak
ambil gambar juga ker?” Tanpa
segan silu aku bertanya. Aku
seperti sudah pandai membiasakan diri apabila bertemu dengan peminat. Hahaha…
“Saya Misbun dari GTV.” Tanpa ditanya lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada kami.
Aku dan Naimah saling berpandangan sebelum pandangan kami
sama-sama terarah kepada lelaki yang sudah pun mengambil tempat di kerusi
kosong bersebelahan Naimah.
“Gempak TV?”
Aku dan Naimah bertanya serentak.
Lelaki itu hanya mengangguk kepala sambil tersenyum.
“Tepat sekali.
Saya datang jumpa Cik Dian ni sebab ada projek yang nak dibincangkan.” Ujar Misbun.
“Projek?!!”
Suara aku dan Naimah sama-sama naik serentak. Kami tengok kening orang GTV tu dah mula menari ronggeng. Projek?!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment