Thursday, May 5, 2011

Why People Love Blogging

Tiba!!!

Pakai tajuk pakai guna Bahasa Inggeris pulak. Owh... Penting kan English edukesyen tu... :P

Saya selalu blog walking kat dalam blog2 orang lain. Kadang2 terfikir, asal ek depa suka menulis blog. Adakah sekadar untuk;

1. Nak tunjuk handbag baru Guess yang dibeli semasa Mega Sale Akhir tahun atau; suka Guess kat Jalan TAR sebab murah jer

2. Menjadi duta kecil mempromosi tempat-tempat makan menarik dengan harapan JJCM musim terbaru nanti akan menggantikan tempat Qi pulak atau; mungkin saya salah seorang silent readers anda :P. Saya suka tempat makan2.

3. Tempat buat bisness jual kain baju, tudung yuna, tudung ekin, ecetera atau; mungkin juga saya salah seorang customer anda. Saya suka supping2 online. :P

4. Nak bercerita tentang lifestyle masing2 supaya semua orang tahu atau; semoga berbahagia dengan kehidupan masing2 hendaknyer... amin.

5. Bergosip tentang dunia hiburan tanah air atau; suka...suka...suka...

6. Lain2 lagi yang dirasakan patut dikongsi dengan public.


Halah!!! Apa ada hal kan. Blog korang. Suka hati koranglah nak tulis kemenda. Macam saya jugak. Saya bikin blog untuk sharing something dengan pembaca yang sudi nak masuk ke sini. Blog saya ni kan makmal untuk saya buat eksperimen dengan hasil kerja saya. Korang, tqvm coz always support me. Happy blogging!


p/s: Ekceli I just want to say, saya sekarang sudah punya banyak masa untuk menulis balik. Nanti saya upload n3 baru ek... :P

Monday, April 18, 2011

Thursday, April 14, 2011

PBAKL 2011 KEMBALI!!




Teruk, selalu menjadi orang paling lambat nak update satu2 perkara. :P


Okey, ini layout Booth Kaki Novel di Pesta Buku Antarabangsa Kuala 2011 dekat PWTC nanti.


Insyaallah, saya ada di sana pada 30 hb April 2011 pukul 3 petang sampai 6 petang. Btw, masa tu tak berapa nak pasti tapi kali ini saya mmg akan bertugas belah petang.


Korang, meh la datang jumpa saya yang tak berapa nak chumel ni. :P


Jumpa nanti!!!



ps: Jadual penuh penulis penuh akan diupload secepat mungkin di laman web KN.



Luvs,


Eila

Wednesday, March 9, 2011

Calon Jodoh Untuk Adik 9

BAB 9
Aku tidak tahu apa yang ada di dalam fikiran kakak sehingga dia benar-benar melakukankannya. Aku tak pernah jangka yang Kak Ina akan mengambil kira soal Abang yang ingin mengenenkan Ee buatku itu menjadi terlalu serius di dalam hidupnya. Aku ingat cerita itu habis setakat semalam sahaja tetapi rupanya ada sambungan sampai ke hari ini. Tanpa menunggu masa yang lama Kak Ina telah menetapkan janji temuku dengan teman lamanya. Kak Ina pantas!! Sepantas Soyuz yang membawa Dr. SMS naik ke ISS aku rasa.
Dengan tindakan drastik Kak Ina itu tidak semena-mena aku lebih teruja untuk berjumpa dengan Ee dari berjumpa dengan date yang Kak Ina aturkan hari ini. Berpengaruh sungguh yer Ee itu. Aduhai Kak Ina. Melecetnya lebih!
Aku memang sayangkan Kak Ina walaupun mulutnya agak jahat dan selalu membuatkan tahi telingaku mencair setiap kali mendengar dia membebel di tepi telinga, aku akan lebih sayangkannya jika dia berusaha untuk menolong aku mencari kerja yang lebih baik dan bergaji lebih tinggi dari bekerja sebagai jurujual di Courts Mammoth. Ini mahu membantu mencari lelaki yang boleh dijadikan bakal suami pula. Aku masih muda. Sikit bulan lagi umurku akan menginjak ke angka 23 tahun. Aku belum mahu berkahwin kerana aku masak pun tak tahu lagi. Percayalah!!
Aku seperti lembu dicucuk hidung. Tidak boleh nak menolak. Tidak boleh berkata tidak.
Mentang-mentang selama ini hampir seluruh maintenance hidupku ketika masih belajar dan menganggur dahulu ditanggung oleh Kak Ina sewenang-wenangnya dia memaksa aku melakukan benda-benda yang paling aku tidak suka. Konon-konon sebagai membalas jasa.
Perlukah aku bertemu dengan lelaki yang ingin dia kenalkan kepadaku yang masih single and available ini dengan memakai baju kurung kain cotton dan mekap melekat di muka sana-sana sini. Aku terasa aku diperlakukan seperti badut sarkas. Selalu aku hanya suka mengenakan celak mata berwarna hitam atas bawah alis mata sahaja. Tapi kerana mengikut telunjuk Kak Ina, mataku seperti mata burung nuri. Warna-warni!! Kuning ada. Hijau ada. Macam dekat petrol pam jugak!!
Atas desakan Kak Ina, aku berada di sini hari ini pada hari cutiku. Di tengah-tengah Secret Recepi menanti lelaki yang telah Kak Ina tetapkan untuk bertemujanji denganku hari ini. Hatiku sedikit gementar. Aku tidak tahu bagaimana rupanya lelaki yang ingin Kak Ina perkenalkan kepadaku. Mujur juga Kak Ina turut sama menemani aku. Kalau tidak, aku rasa aku dah lama lari dari sini. Tak kuasa eh nak bertemu janji buta-buta macam ni. Semua itu mana boleh pakai!
Arrgghh.. Aku sudah menanti hampir satu jam tetapi kelibat lelaki ini tidak juga muncul.
“kak, Ris paling pantang tau pada orang yang tak tau nak punctual.” Aku mula merungut. Bencinya aku pada orang yang tak pandai menepati waktu. Mintak maaflah. Awal-awal lagi markah buat lelaki yang belum aku temui itu telah aku tolak satu.
“Sabarlah. Mungkin jammed. Kita mana tahu masalah orang. Kita order brownies pulak nak?” Kakak yang turut sama kelihatan gelisah cuba mengumpan aku dengan brownies sementara mahu menanti calon pilihannya yang nombor dua itu tiba.
“Ngee.. Tamaulah.” Kataku laju. “Kak, lama-lama ni Abang Sharul tak bising ker?”Soalku pula. Sudah hampir dua jam aku dan kakak keluar. Aku risau pula abang iparku itu akan bising nanti jika isteri kesayangannya itu pulang lewat.
“Tak apa. Dia pergi mancing dengan abang.” Kata Kak Ina bersahaja.
Aku melopong. “Boboy dengan gegirl.”
“Rumah opah diorang.” Kata Kak Ina sambil tersengih.
Aku mengetap bibir. Senangnya kakak. Suka-suka hati sahaja meninggalkan anak di rumah mertua sedangkan dia boleh bersenang lenang keluar.
“Ris, Ris, dia dah datang.” Kata Kak Ina seakan teruja melihat kehadiran teman lamanya itu. Kak Ina meminta aku untuk membetulkan kedudukanku dan memperkemaskan diri apabila lelaki itu semakin menghampiri kami..
Aku menoleh kebelakang selepas membetulkan baju kurungku ini serba sedikit. Mataku terpana sebentar melihat susuk tubuh lelaki itu. Aku lihat lelaki itu. Lelaki yang sama aku jumpa di McDonald hari itu. Tidak seperti aku yang terkejut beruk, dia kelihatan biasa sahaja. Boleh tersenyum lagi. Okey. Satu markah buat senyuman yang manis itu. J
“Hai Encik Fariz. Mari saya kenalkan. Inilah adik saya. Seri Arisa.” Kakak mula memperkenalkan aku kepada temannya yang bernama Fariz itu.
“Siti Nur Haliza?” Kata Fariz buat-buat tidak dengar dengan kata-kata Arina tadi.
Kak Ina hanya ketawa mendengar jenakanya itu. Aku pula sekadar tersenyum tawar. Lawak lelaki bernama Fariz ini langsung tidak membuatkan aku rasa seperti mahu ketawa. Kalau lawak sebegitu sudah basi untuk diperdengarkan kepada aku kerana ramai manusia telah menggunakan lawak yang sebegitu kepadaku semenjak Siti Nurhaliza menang AJL pada tahun 1995 melalui lagu Jerat Percintaan. Tahun tu aku masih bodoh-bodoh jugak sebab Anuar Zain yang kena ikat tangan pun tak kenal!
Melihat aku yang langsung tidak beriaksi dengan jenakanya membuatkan Fariz seperti malu sendiri. “Seri Arisa.” Kataku cuba membetulkan sebutannya. Aku tidak mahu memalukan Kak Ina di depan temannya ini. Kak Ina awal sudah bagi amaran keapdaku agar menjaga tingkah di depan temannya ini kerana Fariz bukan sebarangan orang. Fariz bekas bos Kak Ina semasa Kak Ina menjalani latihan praktikal di Jabatan Perkhidmatan Awam dulu. Dulu Fariz hanyalah pegawai kerajaan skim PTD M41 sahaja. Sekarang dia sudah menjawat gred yang lebih tinggi. Gred M48. Kakak kata gaji mencecah lima ribu ringgit sebulan dan telahpun memilih opsyen pencen apabila bersara kelak. Ada rumah sendiri dan memandu Nissan Sentra berwarna hitam. Walaupun rumah dan kereta masih dalam pinjaman bank, tetapi menurut kiraan kakak, sebelum pencen pasti dua-dua hutang itu akan selesai. Silap-silap hari bulan sempat membeli rumah banglo sebagai rumah kedua pula. Kelebihan Kak Ina yang paling aku kagum. Kak Ina kalau buat research pasal seseorang pasti dia akan buat sungguh-sungguh. Semua benda dia akan korek dalam-dalam. Gayanya Encik Fariz ini calon yang paling sesuai untuk aku pada mata Kak Ina. Aku sendiri? Entah. Tak ada feeling langsung.
Sepanjang tempoh pertemuan aku lebih banyak mendiamkan diri. Kak Ina pun Kak Ina. Dia kata mahu perkenalkan Encik Fariz kepadaku. Tapi aku rasa dia pula yang over. Rancaknya Kak Ina dan Encik Fariz bercerita itu ini sampaikan aku rasa aku macam tunggul ajer di tengah-tengah mereka berdua. Tahulah sudah lama tidak bertemu, tapi perlukah buat episode jejak kasih di sini. Di hadapan aku yang bagaikan telah disumpah menjadi tunggul kayu antara mereka.
“Kak..” Aku cuba mencelah dibalik perbualan kakak dan Encik Fariz yang masih lagi rancak.
“Apa dia?” Soal Arina.
“Nak pergi tandas.” Kata si tunggul kayu ini perlahan sambil bermuka ketat.
“Errmm…” Arina membalas dengan gaya bersahaja. Selepas itu dia menyambung semula perbualan yang terhenti akibat dari gangguan aku tadi.
Aku meminta diri untuk ke tandas sebentar. Sepanjang perjalanan ke tandas tidak henti-henti mulutku menggumam sendiri dengan sikap Kak Ina yang bagai telah lupa dengan tujuan utamanya membawa aku ke sini. Aku sudah terasa seperti membuang masa. Kalaulah cuti hari Sabtu ini aku duduk dirumah sambil menonton filem Shah Rukh Khan di dalam slot Panggung Sabtu di TV3 pasti lebih menarik kut dari duduk menjadi tunggul di tengah-tengah Kak Ina dan Encik Fariz. Menyesal!
Selesai urusan pelaburan di tandas aku kembali semula. Aku lihat hanya Encik Fariz sahaja yang berada di meja kami. Kak Ina pula sudah ghaib. Sudah…
“Kak Ina mana?” Soalku ketika melabuhkan punggung.
“Ina dah balik. Boboy dan Gegirl dah meragam.” Jawab Fariz bersahaja.
Mataku membulat mendengar jawapan Encik Fariz. Kak Ina kan.. Sengaja!
“Kalau macam tu saya pun nak balik jugaklah.” Kataku seraya mengangkat punggung.
“Eh. Ina aturkan pertemuan ni untuk kenalkan awak dengan saya. Lagipun awak minta cuti hari ini pun memang untuk berjumpa dan berkenalan dengan saya kan. Kita tak sempat nak berkenalan lagi. Takkan awak nak balik dah.” Fariz cuba menahanku dari pergi. Kakiku terhenti.
Benaran!
Kelmarin atas usahaku menahan telinga mendengar ceramah dari supervisorku akhirnya hari ini aku dibenarkan untuk bercuti juga. Jarang supervisor mahu memberi cuti kepada kakitangannya pada hujung minggu. Lagipun mana ada seorang sale person pun mahu bercuti time Sabtu atau Ahad pada waktu seluruh orang gomen mendapat gaji. Komisen yang boleh diperolehi pada hari Sabtu Ahad adakala macam menang loteri.
Aku lihat pandangannya matanya. Seperti mengerti apa yang dia harapkan aku kembali duduk.
“Saya ingatkan Encik Fariz lebih berminat untuk bersembang dengan Kak Ina jer.” Kataku sinis ketika melabuhkan punggung kembali.
Fariz ketawa kecil mendengar sindiran ku itu. “Arisa nak makan apa-apa lagi ker?” Dia bertanya.
Aku menggeleng kepala. “Tak apa. Saya dah terlebih makan pun semasa menunggu Encik Fariz datang tadi.” Jawabku terus terang.
“Okey. Jadi kita nak mula dari mana?” Fariz memulakan.
Aku lihat wajah Fariz yang beriak bersahaja. “Mula apa?” Aku bertanya kembali kerana kurang faham apa yang disoalnya.
“Kita nak berkenalan, jadi saya nak tau kita nak mula dari mana.” Terang Fariz.
“Owwhh…” Mulutku bulat. Aku tersengih. Nampaknya dia jenis lelaki yang straight forword. Menyoal pun tidak ada kias-kias dan bunga-bunga. “Encik Fariz lah cerita pasal Encik Fariz dulu.” Aku menyuruhnya memulakan dulu.
“Biasa ladies first.”
“Tak apa. Tu semua dah basi. Kita buatlah cara kita.” Ujarku.
“Nama saya Syed Mohd Fariz bin Syed Mohd Omar. Umur 35 tahun. Anak ke dua dari empat beradik. Saya anak lelaki tunggal dalam keluarga. Berkerja sebagai kakitangan awam. Masih bujang.”
Aku menelan air liur mendengar Fariz bercerita tentang dirinya. Tang umur ada masalah sikit. 35 tahun? Tu lebih tua dari abang tau!! Lupakah Kak Ina pada kreteria laki-laki idamanku yang pernah aku nyatakan kepadanya dahulu. Lelaki idamanku perlulah mempunyai perbezaan umur sekurang-kurangnya setahun dengan aku atau paling tidak tua lima atau enam tahun sahaja. Kak Ina ni ada ke patut mengadjust pakcik tua untuk aku. Aku hampir mencecah 23 tahun. Beza kami 12 tahun!
“Saya Arisa. Umur nak dekat 23 tahun. Anak bongsu. Saya kerja di Courts Mammoth. Sales person.” Kataku senada sengaja mencipta suasana hambar kerana aku tidak berkenan mahu berkenalan dengan lelaki yang tua pada perkiraan beza umur 12 tahun.
“Owhhh…23 tahun.” Kata Fariz bersahaja.
Fariz kulihat mengangguk-anggukkan kepalanya. Aku fikir dia sudah mengagak seorang perempuan yang berpakaian sepertiku pasti berada dilingkungan umur yang sebegitu.
“Sales person?” Dia bertanya. Mengangak itulah jawatan paling sesuai untuk aku di Courts Mammonth.
Aku mengangguk lantas berkata dengan bangga. “Kalau nak beli tv lcd besar ker, plasma besar ker, home theather besar ker boleh datang jumpa saya.”
Fariz tertawa besar mendengar kata-kataku itu. “Ina cakap awak berminat menceburi bidang perniagaan.” Dia berkata.
Aku menelan air liur. Sehingga ke situ pun Kak Ina ceritakan kepada dia. “Sekarang mungkin tidak. Tapi mungkin nanti-nanti saya bakal bergelar bisnesswoman yang Berjaya.” Aku sekadar menjawab.
Dia ketawa lagi setelah mendengar jawapanku yang mungkin agak kreatif. “Single?” Dia bertanya lagi.
Kali ini aku hanya mengangguk kepala. Aku memang seorang perempuan yang baru kehilangan kekasih akibat dicaras teman baik sendiri.
“Single and available?” Fariz masih lagi menyoal aku.
“Lebih kurang.” Jawabku malas.
“Bagus!”
Suara Fariz yang sedikit kuat untuk jawapan yang aku berikan pada soalan terakhirnya itu membuatkan aku sedikit terkejut. Mukaku berkerut. Cuba menafsir riaksinya tadi. “Bagus?” kataku lebih kepada nada menyoal. Keningku terangkat.
“Bagus sebab tak ada siapa yang akan mengganggu kalau awak dan saya masih single dan available. Jadi kita boleh mulakan dengan langkah pertama. Sudi jadi kekasih saya?”Aku melopong mendengar kata-kata Fariz. Siapa nak jadi girlfren dia. Tak mahu aku. Baru pertama kali bertemu sudah mahu declare pakwe-makwe.
“Encik Fariz awak dah tersilap okey. Saya setuju jumpa awak hari ini sebab Kak Ina yang suruh saya berkenalan dengan encik. Berkenalan jer. Bukan suruh terus jadi kekasih encik tau.”
Kata-kataku yang kedengaran cukup jujur dan tidak pandai nak menipu membuatkan dia ketawa besar.
“Saya main-main sahajalah. Saya tahu awak baru putus cinta. Bukan senangkan nak bikin cinta baru.” Katanya bersahaja.
Mataku membuntang. Pasti kak Ina telah bercerita secara detail diri aku. Pengalaman aku putus cinta pun Kak Ina canangkan jugak.
“Macam-macam jugak Kak Ina dah cerita kan pada awak.” Kataku.
“Sikit-sikit. Saya yang minta Ina ceritakan sedikit sebanyak tentang orang yang dia nak perkenalkan pada saya. Saya dah lama tak jumpa Ina. Saya pun tak tahu dia dah berkahwin. Saya dan Ina pun berjumpa semula di dalam Facebook asalnya. Dari situlah dia mula promo pada saya yang dia ada seorang adik yang masih single. Bila saya lihat gambar Ina bersama awak baru saya tahu awak adik Ina. Saya masih ingat wajah awak semasa kita berjumpa di Mcd dulu.” Ujarnya.
“Laa.. Yer ker. Maknanya awak tahulah saya adik Kak Ina yang nak Kak Ina kenalkan tu.”
Fariz mengangguk.
“Awak agak manis apabila memakai baju kurung. Nice.” Katanya.
Aku tersenyum malu mendengar kata-katanya. Dia bijak memuji.
“Errmm… Jomlah kita balik. Dah lama kita kat sini.” Kataku setelah agak lama aku dan dia bertukar cerita.
“Okey. Saya hantar Arisa.”
“Eh.. Tak apalah. Saya boleh balik sendiri.”
“Jangan macam tu. Ina amanahkan saya untuk menghantar awak selamat pulang ke rumah. Saya tak boleh nak mungkir janji.” Kata Fariz jujur.
Aku tidak ada pilihan. Aku angguk sahajalah. Dia orang baik-baik. Buat apa nak takut. Seperti yang Kak Ina maklumkan kepadaku, memang Nissan Sentra hitam yang mneghantarku sehingga ke rumah.



Enjoice!

Eila

Wednesday, February 23, 2011

Calon Jodoh Untuk Adik 8

Aku masih lagi tekun membantu Kak Ina di dapur. Kacang botol dan timun yang telah dibersihkan aku potong-potong kecil supaya mudah di makan dengan nasi. Hari ini ada aktiviti makan-makan. Setiap bulan inilah aktiviti yang kami biasa lakukan. Cuma bulan lepas sahaja tiada aktiviti makan-makan kerana Abang ada kerja di luar. Aku sudah berada di rumah Kak Ina sejak semalam lagi. Maklumlah, aku bukankah bekerja part time sebagai orang gaji Kak Ina.
Di luar Abang dah Abang Shahrul sedang sibuk memanggang ikan terubuk. Bau aroma rempah yang dilumur di sekeliling ikan terubuk itu benar-benar membangkitkan selera. Kelebihan Kak Ina yang membuatkan Abang Shahrul semakin hari semakin menyayangi Kak Ina adalah kerana kebolehan Kak Ina untuk memasak segala jenis masakan. Aku bangga dengan Kak Ina kerana di awal perkahwinannya, Kak Ina bukan pandai masak pun. Masak nasi pun selalu sahaja hangit, master hanyalah meggie-kari-telur-gegar sahaja. Kini, dia sangat hebat. Macam Chef Diva!
“Mummy, abah dah siap masak ikan.” Beritahu Boboy.
“Apasal muka macam ni Boy…” Kata Arina seraya membersihkan muka Boboy yang sedikit hitam dengan kertas tisu. “Ni main apa ni Boy…..Mesti main dengan arang ni.” Bebel Arina tidak habis-habis.
“Sudahlah Kak Ina. Jom kita bawa semua ni ke depan. Makan kat pondok depan tu kan.” Kataku tidak mahu mendengar lagi suara Kak Ina membebel marahkan Boboy.
“Yerlah. Ris bawak semua ni keluar dulu. Kakak nak tukarkan baju Boboy sekejap.” Kata Arina memberi arahan.
“Okey.” Aku akur. Sayur pucuk ubi masak lemak aku senduk ke dalam mangkuk. Begitu jugak dengan daging masak kicap dan sayur campur. Bawang kecil, cili padi dan tomato yang telah siap dihiris-hiris diperahkan asam limau dan kicap cap kipas udang sebagai pencicah ikan bakar pun sudah siap sedia. Aku angkat satu persatu ke hadapan sementara kakak memandikan Boboy. Di bilik air tingkat atas, masih kedengaran suara Kak Ina membebelkan Boboy. Kak Ina kalau sekali membebel memang payah berhenti.
Kami semua sudah berkumpul di atas pondok kecil di laman rumah Kak Ina dan Abang Shahrul. Semua makanan sudah siap berhidang. Selang beberapa minit muncul Kak Ina dan Boboy. Kelihatannya mata Boboy membengkak sedikit. Masih kedengaran Boboy yang tersedu sedan ketika mendapatkan abahnya. Abang Shahrul cepat-cepat memujuk anak kecil itu. Aku fikir, pasti teruk Boboy kena marah dengan mummynya tadi. Entah-entah kepit ketam Kak Ina kena di badannya.
Selesai membaca doa kami semua makan dengan berseleranya ditambah lagi dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, semuanya makan bertambah dua tiga kali. Cuma abang sahaja yang kelihatan agak kurang berselera.
“Sikitnya makan abang. Selalu abanglah orang paling last sekali habis makan.” Kataku apabila melihat abang sudah mencuci tangan pada paip di tepi pondok.
“Haahlah Abang Mer. Tambahlah lagi.” Kata Shahrul pula. Dihadapan ahli keluarga dia akan menggunakan kata ganti diri Abang Mer kepada Azmer sebagai tanda hormat. Tapi apabila lepak-lepak berdua dia dan Azmer lebih senang untuk menggunakan kau aku sahaja.
Azmer sekadar mempamerkan senyuman segaris. “Dah kenyang. Tadi sebelum datang ke sini abang dah makan dengan Ee.” Beritahu Azmer.
Arina mencebek. “Tak habis-habis dengan Ee.” Ngomelnya ketika menyuap nasi ke mulut Gegirl.
“Ee ada dekat rumah ke hari ini. Kenapa tak ajak dia makan sekali.” Sahut Sharul pula sengaja mahu menggiat isterinya.
Mata Arina membuntang. Suami dan abangnya selalu begitu. Itulah perkara yang paling dia tidak suka kenapa perkara itu yang seringkali mereka persendakan.
Serentak dengan itu Azmer dan Sharul sama-sama meletus ketawa.
Aku menjadi pelik melihat mereka bertiga. Ini sudah kali ke berapa aku mendengar nama Ee itu. setiap kali nama Ee disebut, pasti Kak Ina naik berang.
“Saper Ee tu abang?” Kataku ingin tahu.
“Kawan abang dengan Abang Shah.” Beritahu Azmer.
“Kenapa Kak Ina marah sangat setiap kali nama Ee naik?” Aku bertanya lagi. Tiba-tiba aku berminat pula untuk mengetahui gerangan nama Ee itu.
“Mana ada kakak marah. Meluat ajer.” Sampuk Arina menyangkal kata-kata Arisa.
Kata-kata Arina itu sekali lagi mengundang tawa kecil Azmer dan Shahrul.
“Ris nak berkenalan dengan Ee tak? Dia baik.” Kata Azmer tiba-tiba.
Aku merenung abang.
“Abang jangan pandai-pandai nak kenenkan Arisa dengan Ee tu. Ina tak setuju.” Kata Arina. “You pun yer…” Sambungnya lagi menuding telunjuk ke arah Shahrul yang tersengih-sengih menyokong usul abang iparnya itu.
“Ris pun yer. Banyak lagi lelaki lain kat luar sana. Tak payah nak hadap sangat Ee tu.”
Aku memandang pelik kea rah kakak yang tidak berhenti membebel. Aku pun kena?
“Apa ni nak marah-marah orang pulak. Tak cakap apa pun.” Kataku tidak puas hati. Aku tidak tahu hujung pangkal jalan cerita pun apa sebenarnya sengketa mereka dahulu.
“Apa salahnya dengan Ee. Sekurang-kurangnya abang tahu yang Ee boleh jaga Arisa dengan baik kalau mereka bersama.” Selar Azmer. Kadang-kadang dia rasakan Arina terlalu berlebihan memarahi Izlan seperti ini. Jika bukan kerana usaha Izlan yang murni itu, tidak mungkin jugaklah Arina akan menemui bahagia dengan Shahrul sehingga ada anak dua. Kenapa hal yang lama perlu dipanjang-panjangkan. Ada benarnya kata-kata Izlan. Kaum wanita biasanya dikuasai emosi.
“Jangan nak mengada. Ris jangan terima usul abang tu. Kalau betul Ris nak cari calon, kakak boleh kenalkan yang lebih baik, yang lebih ganteng, yang lebih hebat dari Ee.” Tukas Arina.
“Sudahlah. Abang Mer dengan Kak Ina ni. Dari hari tu bertekak bila sebut jer nama Ee. Ris tak perlukan mana-mana lelaki pun setakat ni okey. Come on lah. kasi canlah Ris enjoy dulu. Lagipun terburu-buru buat apa.” Kataku mahu menamatkan perdebatan mulut antara Abang dan Kak Ina.
Azmer mempamerkan senyumannya. “Abang sengaja jer bergurau. Kita bukan selalu berkumpul ramai-ramai macam ni. Takut nanti dah tak ada peluang lagi nak berkumpul bergurau adik beradik macam ni.” Ujar Azmer rendah.
Aku dan Kak Ina berpaling melihat tepat ke wajah abang.
“Apalah Abang Mer ni. Bukan setiap bulan ker kita berkumpul macam ni.” Ujar Shahrul seraya menepuk bahu Azmer. Ada segaris senyuman payah terukir dibibirnya.
Azmer tersenyum hambar. “Yerlah. Aku tahu. Tapi aku kan sejak dua menjak ni sebuk ajer. Manalah tahu tak ada peluang nak berkumpul macam ni.” Tipu Azmer.
“Abang ni apalah! Kalau bulan depan abang sibuk, kita kan boleh postpone bulan depan lagi. Kalau bulan depan lagi abang sibuk. Kita boleh postpone ke bulan bulan depan lagi. Kalau sibuk jugak, kita boleh postpone……….”
“Bulan…bulan…bulan depan lagi…” Sahut mereka semua.
Kami semua ketawa senang hati di dalam pondok. Senang hati kerana perut kenayang. Dan jugak ada yang senang hati bila cerita Ee mati di situ sahaja.

Layanlah kisah Abang Ee nih!

Luvs,
Eila

Friday, February 4, 2011

YESS BOSS!! BAB 22

“Yess? You cari I ker?” Tegur gadis itu.
Aryana mengangguk. Dia pandang gadis tinggi lampai ini atas bawah. Astagfirullahazim. Semalam walaupun pakaiannya sahaja yang nampak ketat sekurang-kurangnya masih lagi menutup ‘urat’. Tetapi hari ini kenapalah pakai baju fesyen ‘adik kecik’. Aryana terasa mahu menutup mata apabila tanpa sengaja terlihat bahagian lurah yang memang jelas kelihatan akibat baju fesyen berkemban itu hampir jatuh sedikit. Bos dari dulu, kini dan selamanya citarasanya memang tidak pernah berubah. Ini jika Datin Rokiah Kamsan tahu dialah yang bertanggungjawab menjadi penghubung dua orang makhluk ini mahu tengkuknya dikerat-kerat oleh mak datin tu.
“You yang dengan lelaki semalam tu kan? Di hotel semalam?” Mellina bertanya mahu memastikan adakah ini gadis yang sama dia berjumpa semalam.
Aryana mengangguk lagi.
“Cik Mellina, saya datang bagi pihak bos saya. Saya tanya, Cik Mellina jawab ajerlah. Menyenangkan kerja saya, dan menyenangkan kerja Cik Mellina juga.” Aryana berkata polos. Arah terus menuju kepada tujuan asal dia dihantar ke mari – bos menyuruh dia pergi merisik Cik Mellina yang cantik manis tapi seksi ini.
“What!!” Mellina mempamer aksi sedikit terkejut dengan kata-kata gadis ini.
“Bertenang yer Cik Mellina.” Aryana menenangkan keadaan Cik Mellina yang baru lepas terkejut sebentar tadi. Dia faham apa perasaan Mellina. Kalau ada yang tiba-tiba datang merisik tanpa memberitahu waktu dan masa yang sesuai siapa-siapa pun akan terkejut. Sudahlah merisik untuk dijadikan kekasih. Orang-orang zaman sekarang. Itu pun nak main risik-risik. Kalau gentleman datanglah depan-depan.
Buku catatan dikeluarkan dari beg tangan. Gayanya sekarang Aryana bukan lagi seperti seorang setiausaha, tapi lebih kepada macam gaya Norma Becok pulak. Macam wartawan yang suka main terjah-terjah untuk mendapatkan gosip artis fofular gitu.
“Cik dah kahwin?” Aryana menyoal.
“Nope.” Jawab Mellina sepatah.
“Good. Dah bertunang?” Terus Aryana menyoal.
“Belum.” Jawab Mellina lagi.
“Bagus. Ada boyfriend?” Soalan Aryana tidak habis lagi.
“No.” Mellina menjawab.
Aryana menutup buku ditangan setelah selesai mencatit segala maklumat yang baru diperolehi tadi. Soalan yang bos suruh tanya telah selesai dijawab dengan baik oleh Cik Mellina.
“Good. Melihat dari maklumat yang saya peroleh tadi, nampaknya memang kena sangatlah Cik Mellina dengan bos saya tu yang masih single tu.” Aryana berkata dengan senyuman menarik dibibir.
“So yang semalam tu bos awak ah.” Soal Mellina inginkan kepastian lagi sekali walaupun di awal bicara gadis ini tadi ada dia berkata target utamanya itu adalah bos gadis ini.
Aryana mengangguk.
“Single lagilah?” Mellina mula menunjukkan minat.
“Single.” Balas Aryana.
“Available?” Mellina inginkan kepastian.
“Of courselah available. Kalau tak, tak adalah saya datang hari ini.” Jawab Aryana.
Mellina tersenyum sinis. Melihat datangnya Aryana ke sini hari ini memudahkan urusannya. Ternyata jugak, lelaki itu mudah sangat jatuh cair dengan perempuan tanpa perlu dia menggunakan taktik yang lain pula.
“Okeylah Cik Mellina. Kerja saya pun sudah selesai. Ini dari bos saya untuk Cik Mellina.”
Aryana mengeluarkan kad ucapan dan bunga ros dari dalam begnya.
Mellina menyambut kad berwarna manis itu dan tiga kuntum bunga ros yang sudah layu akibat berkuap di dalam beg gadis itu. Kad dibuka lalu dibaca.
“Gentleman.” Mellina bersuara halus namun masih jelas dipendengaran Aryana. Di dalam hati Aryana sudah ketawa terbahak-bahak. Cuba dia control keadaan agar tawanya itu tidak lepas di sini. Gentleman konon… Nasiblah Cik Mellina oi….
“Okey Cik Mellina. Saya dah tak ada benda yang nak dibincangkan lagi. Kerja saya pun sudah selesai. Saya balik dululah.” Pinta Aryana. Tidak kuasa dia mahu berlama-lama di sini. Dia ke sini pun hanya bos sahaja yang tahu. Kalaulah Datuk Maarof tahu yang perangai dia dengan bos sudah jadi dua kali lima, masak jadinya.
“Okey.” Mellina menghantar menghantar Aryana ke muka pintu butiknya.
“Kalau you berminat dengan baju-baju yang ada di dalam butik I, bolehlah beli. Sebab you teman sekerja Ilham I boleh bagi special offer.” Tawar Mellina sebelum Aryana keluar.
Aryana yang mendengar tawaran hebat itu hanya mampu tersengih. Pandangannya cuba mengitari sekilas baju-baju yang terdapat di dalam butik milik Mellina. Nak mati?? Ini kalau tahu dek opah dia pakai baju-baju fesyen tak cukup kain sah kena penggal dengan parang.
“Saya balik dulu. Nanti kalau senang-senang Cik Mellina boleh call bos saya tu. Pasti dia berbesar hati menerima panggilan telefon dari Cik Mellina yang cantik manis ini.” Kata Aryana. Dia ingat pesanan bos. Jika berkata dengan Cik Mellina ini jangan lupa selitkan juga perkataan cantik manis itu. Macam-macam betul bos ni… “Saya jamin Cik Mellina. Ini yang terbaik.” Sambung Aryana lagi. Cuba menaikkan mata saham bos di hadapan Cik Mellina.
Mellina ketawa mendengar kata-kata Aryana itu. Jauh Aryana meninggalkan butiknya, dia tersenyum puas. Puas seperti dia baru selesai mendapatkan apa yang dia inginkan. Lantas tangannya laju mendail nombor pada Iphone yang sedari tadi memang sudah ditangan.



Baca jer okey! :P



Luvs,

Eila.

Yess Boss 22

“Yess? You cari I ker?” Tegur gadis itu.
Aryana mengangguk. Dia pandang gadis tinggi lampai ini atas bawah. Astagfirullahazim. Semalam walaupun pakaiannya sahaja yang nampak ketat sekurang-kurangnya masih lagi menutup ‘urat’. Tetapi hari ini kenapalah pakai baju fesyen ‘adik kecik’. Aryana terasa mahu menutup mata apabila tanpa sengaja terlihat bahagian lurah yang memang jelas kelihatan akibat baju fesyen berkemban itu hampir jatuh sedikit. Bos dari dulu, kini dan selamanya citarasanya memang tidak pernah berubah. Ini jika Datin Rokiah Kamsan tahu dialah yang bertanggungjawab menjadi penghubung dua orang makhluk ini mahu tengkuknya dikerat-kerat oleh mak datin tu.
“You yang dengan lelaki semalam tu kan? Di hotel semalam?” Mellina bertanya mahu memastikan adakah ini gadis yang sama dia berjumpa semalam.
Aryana mengangguk lagi.
“Cik Mellina, saya datang bagi pihak bos saya. Saya tanya, Cik Mellina jawab ajerlah. Menyenangkan kerja saya, dan menyenangkan kerja Cik Mellina juga.” Aryana berkata polos. Arah terus menuju kepada tujuan asal dia dihantar ke mari – bos menyuruh dia pergi merisik Cik Mellina yang cantik manis tapi seksi ini.
“What!!” Mellina mempamer aksi sedikit terkejut dengan kata-kata gadis ini.
“Bertenang yer Cik Mellina.” Aryana menenangkan keadaan Cik Mellina yang baru lepas terkejut sebentar tadi. Dia faham apa perasaan Mellina. Kalau ada yang tiba-tiba datang merisik tanpa memberitahu waktu dan masa yang sesuai siapa-siapa pun akan terkejut. Sudahlah merisik untuk dijadikan kekasih. Orang-orang zaman sekarang. Itu pun nak main risik-risik. Kalau gentleman datanglah depan-depan.
Buku catatan dikeluarkan dari beg tangan. Gayanya sekarang Aryana bukan lagi seperti seorang setiausaha, tapi lebih kepada macam gaya Norma Becok pulak. Macam wartawan yang suka main terjah-terjah untuk mendapatkan gosip artis fofular gitu.
“Cik dah kahwin?” Aryana menyoal.
“Nope.” Jawab Mellina sepatah.
“Good. Dah bertunang?” Terus Aryana menyoal.
“Belum.” Jawab Mellina lagi.
“Bagus. Ada boyfriend?” Soalan Aryana tidak habis lagi.
“No.” Mellina menjawab.
Aryana menutup buku ditangan setelah selesai mencatit segala maklumat yang baru diperolehi tadi. Soalan yang bos suruh tanya telah selesai dijawab dengan baik oleh Cik Mellina.
“Good. Melihat dari maklumat yang saya peroleh tadi, nampaknya memang kena sangatlah Cik Mellina dengan bos saya tu yang masih single tu.” Aryana berkata dengan senyuman menarik dibibir.
“So yang semalam tu bos awak ah.” Soal Mellina inginkan kepastian lagi sekali walaupun di awal bicara gadis ini tadi ada dia berkata target utamanya itu adalah bos gadis ini.
Aryana mengangguk.
“Single lagilah?” Mellina mula menunjukkan minat.
“Single.” Balas Aryana.
“Available?” Mellina inginkan kepastian.
“Of courselah available. Kalau tak, tak adalah saya datang hari ini.” Jawab Aryana.
Mellina tersenyum sinis. Melihat datangnya Aryana ke sini hari ini memudahkan urusannya. Ternyata jugak, lelaki itu mudah sangat jatuh cair dengan perempuan tanpa perlu dia menggunakan taktik yang lain pula.
“Okeylah Cik Mellina. Kerja saya pun sudah selesai. Ini dari bos saya untuk Cik Mellina.”
Aryana mengeluarkan kad ucapan dan bunga ros dari dalam begnya.
Mellina menyambut kad berwarna manis itu dan tiga kuntum bunga ros yang sudah layu akibat berkuap di dalam beg gadis itu. Kad dibuka lalu dibaca.
“Gentleman.” Mellina bersuara halus namun masih jelas dipendengaran Aryana. Di dalam hati Aryana sudah ketawa terbahak-bahak. Cuba dia control keadaan agar tawanya itu tidak lepas di sini. Gentleman konon… Nasiblah Cik Mellina oi….
“Okey Cik Mellina. Saya dah tak ada benda yang nak dibincangkan lagi. Kerja saya pun sudah selesai. Saya balik dululah.” Pinta Aryana. Tidak kuasa dia mahu berlama-lama di sini. Dia ke sini pun hanya bos sahaja yang tahu. Kalaulah Datuk Maarof tahu yang perangai dia dengan bos sudah jadi dua kali lima, masak jadinya.
“Okey.” Mellina menghantar menghantar Aryana ke muka pintu butiknya.
“Kalau you berminat dengan baju-baju yang ada di dalam butik I, bolehlah beli. Sebab you teman sekerja Ilham I boleh bagi special offer.” Tawar Mellina sebelum Aryana keluar.
Aryana yang mendengar tawaran hebat itu hanya mampu tersengih. Pandangannya cuba mengitari sekilas baju-baju yang terdapat di dalam butik milik Mellina. Nak mati?? Ini kalau tahu dek opah dia pakai baju-baju fesyen tak cukup kain sah kena penggal dengan parang.
“Saya balik dulu. Nanti kalau senang-senang Cik Mellina boleh call bos saya tu. Pasti dia berbesar hati menerima panggilan telefon dari Cik Mellina yang cantik manis ini.” Kata Aryana. Dia ingat pesanan bos. Jika berkata dengan Cik Mellina ini jangan lupa selitkan juga perkataan cantik manis itu. Macam-macam betul bos ni… “Saya jamin Cik Mellina. Ini yang terbaik.” Sambung Aryana lagi. Cuba menaikkan mata saham bos di hadapan Cik Mellina.
Mellina ketawa mendengar kata-kata Aryana itu. Jauh Aryana meninggalkan butiknya, dia tersenyum puas. Puas seperti dia baru selesai mendapatkan apa yang dia inginkan. Lantas tangannya laju mendail nombor pada Iphone yang sedari tadi memang sudah ditangan.

Baca jer okey! :P

Luvs,
Eila.