Wednesday, April 15, 2015
KERETA KANCIL, PROTON SAGA : BAB 1
Bab 1
Aku
tak sangka video berdurasi 12 minit itu ditonton lebih dari 500ribu orang
pengunjung Youtube sejak ianya dimuatkan di dalam laman itu dua hari lalu. Aku pun tak sangka jumlah followers dalam
FanPage Facebook Awek Kancil Teraniaya dah mencapai 400ribu orang. Itu belum lagi aku kira hashtag pasal Awek
Kancil yang bersepah-sepah di dalam Twitter, Facebook dan Instagram. Bagi masa lagi seminggu aku rasa hashtag
Awek Kancil ni akan jadi worldwide trending.
Kalau
bukan sebab Naimah yang tunjuk video ini kepada aku semalam aku pun tak tahu
yang aku sudah jadi glemer satu Malaysia.
Aku ni kan boleh dikatakan golongan minority masyarakat Malaysia yang
tidak berdaftar dengan mana-mana media sosial.
Disebabkan
video itu juga pagi tadi berdering-dering telefon bimbitku berbunyi. Abang Long, Abang Ngah, Abang Teh, Acu, semua
menghubungiku apabila mereka semua juga sudah menonton video itu. Aku tak tahu siapa punya kerja yang pergi
upload video insiden dua hari lepas dalam media sosial. Aku kalau boleh nak lupakan semua yang dah
jadi. Aku tak nak ingat lagi. Bayangkan sebab insiden itu aku terpaksa
mengurungkan diri dalam rumah. Aku takut
mamat stereng lock tu cari aku lagi. Memang
laporan polis telah dibuat tapi apa jaminan polis akan menjaga keselamatanku
selepas laporan di buat kan?
Abang-abang
aku dah bising-bising suruh aku balik kampung.
Kata mereka keselamatanku lebih terjamin. Alahai takkanlah sebab ni aku nak balik
kampong. Aku baru sebulan kerja dekat
Alaudin and Co tu. Memang aku takut tapi
takkanlah sebab tu ajer aku kena berhenti kerja dan duduk dekat kampong. Dekat kampong apa ajer yang boleh aku
buat. Aku tak minat nak uruskan homestay
abah tu.
Aku
cakap pada mereka semua jangan risau lebih-lebih. Lepas sembahyang tolong doakan aku
sudahlah. Last-last dia orang akur juga.
Nak
ikutkan bukan keluarga aku sahaja malah geng sekolah rendah dan sekolah
menengah juga ada yang menghubungi aku semata-mata mahu mengucapkan tahniah
kepada aku yang dalam sekelip mata sudah menjadi popular satu Malaysia.
Esok
aku akan bekerja semula selepas dua hari bercuti. Kemain fobia hampir diketuk dengan stereng
lock sampai kena ambil cuti dua hari.
Mahu tak takut bayangkanlah kalau mamat muka ketat betul-betul
melayangkan stereng lock ke kepalaku mahu arwah aku.
Sebelum
tidur aku tengok semula video yang telah trending satu Malaysia itu. Aku ketawa kecil membaca satu persatu komen-komen
di ruangan komen yang diberikan oleh penonton.
Rata-rata penonton mengecam tindakan lelaki yang agak keterlaluan
mengugut seorang perempuan dengan stereng lock.
Aku rasa lelaki ini sudah terjun KLCC bila satu Malaysia telah sepakat
menyelar tindakannya itu. Hari tu bukan main buli aku sekarang satu Malaysia sedang buli emosi kau. Padan muka
kau!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment