Tuesday, April 28, 2015
KERETA KANCIL, PROTON SAGA : BAB 4
Bab
4
“Owhhh…Mak
engkau!!!” Aku melatah apabila kusyen
kecil melambung tepat ke mukaku.
Pandanganku mencerun memandang ke arah Naimah yang sedang ketawa.
“Apa
ni Imah. Kau ni kacau konsentrasi aku
tau!” Marahku. Kusyen kecil tadi aku baling semula ke arah Naimah. Naimah yang sudah dapat membaca tindakanku
itu pantas mengelak.
“Kau
tu kalau dapat tengok tv macam nak tembus masuk dalam tv tu ajer gayanya.” Ujar Naimah.
Aku
mencebek. “Kau memang tahu hobi aku
tengok tv pun kan.” Balasku.
“Meh
sini remote control tu. Boringlah cerita
ni. Macam manalah kau boleh layan cerita
hero kayu ni.” Ujar Naimah.
Aku
cepat-cepat menyorokkan remote controller di celah-celah sofa. Nanti kalau remote controller berada di
tangan Naimah, jangan haraplah dia dapat tengok drama ini sampai habis.
“Mana
remote control ni Dian.” Omel Naimah sewaktu
mencari ke mana perginya remote control Astro.
Aku
sekadar menjungkit bahu sambil menahan ketawa.
Bersungguh benar Naimah menyelongkar timbunan majalah di atas karpet
semata-mata mahu mencari remote controller.
Naimah
berpaling memandang Dian. “Mesti kau
sorokkan kan Dian?” Soalnya geram. Telinganya dapat menangkap bunyi-bunyi pelik
seakan orang sedang menahan ketawa.
Ketawaku
meletus kuat. “Mana ada.” Kataku sambil menggeleng kepala.
“Kau
tipu. Aku tahu sangat memang kau yang
sorokkan remote control kan. Tukarlah
Dian. Aku boring betul tengok lakonan
tak berkembang mamat ni.” Naimah separa
merayu. Memang dia tidak sanggup rasanya
mahu menambah dosa dengan menonton mamat kayu balak ini berlakon. setiap kali dia menonton drama lakonan mamat
ni dikaca tv setiap kali itu jugalah mulutnya tidak habis-habis mengata
mencerca mamat ni. Tak boleh terimalah
berlakon bajet-bajet macho tapi hancur.
Harap muka sahaja handsome tetapi lakonan ke laut dalam perginya.
“Imah,
tak baik kau cakap macam ni tau Imah.
Aku tengok lakonan dia semakin memberangsangkan. Dulu-dulu tu yerlah kayu sikit. Sekarang dah okey apa.” Aku cuba membela Eddy Kencana walaupun
kadang-kadang aku pun tak faham macam mana aku boleh hadam lakonan kayu dari
pelakon lelaki ini. Aku cuma tahu aku
dah minat Eddy Kencana ni sejak dari zaman sekolah lagi. Eddy Kencana atau nama sebenarnya Suhardi bin
Suparjo ni dulu rakan sekelasku masa sekolah menengah dulu. Suhardi Suparjo ni memang handsome dari
sekolah lagi. Sekarang dah jadi artis
lagilah bertambah-tambah handsome. Tak
sangka dapat juga dia mencapai cita-citanya mahu menjadi artis.
“Aku
syak kan Dian kau ni mesti dah syok dengan Suhardi Suparjo ni sejak dari
sekolah lagi kan. Setiap kali aku dengar
cerita-cerita kau pasal Suhardi Suparjo ni muka bukan main berseri-seri.” Tebak Naimah.
Wajahku
automatik bertukar merah. Aku
tersipu-sipu. Mahu mengaku di hadapan Naimah,
aku malu. Tapi aku tahu Naimah memang
dah boleh agak aku syok dengan Suhardi Suparjo ni dari dulu lagi. Mana tidaknya sejak Suhardi Suparjo menjadi
pelajar Akademi Bintang setahun yang lepas aku sudah bercerita macam-macam
tentang budak sekolah aku yang seorang ini kepada Naimah. Pendek kata serba serbi pasal Suhardi Suparjo
aku tahu.
“Gatal!” Naimah menyiku lengan Dian yang sedang
memintal-mintal hujung rambut.
“Ada
satu pasal Suhardi Suparjo yang kau belum cerita lagi pada kau. Macam mana nama dia dari Suhardi Suparjo
boleh tiba-tiba bertukar menjadi Eddy Kencana.
Eddy tu aku faham lah mungkin nama pendek bagi Suhardi. Yang Kencana tu. Mana datangnya.” Naimah menyoal ingin tahu.
Aku
mengerut dahi. “Entah. Manalah aku tahu macam mana dia dapat nama
Eddy Kencana tu.” Balasku. Aku pun
sebenarnya tak tahu dari mana datangnya Kencana. Tapi lebih baik Kencana dari Kencang. Bayangkanlah kalau nama glamour Suhardi
Suparjo ini menjadi Eddy Kencang dan bukannnya Eddy Kencana. Macam haru sangat jer bunyi dia kan!
“Agak-agak
dulu tu kan dia tahu ker kau suka dia Dian?”
Naimah bertanya ingin tahu.
Aku
tergelak mendengar soalan Naimah itu. “Taklah. Lagipun aku ni siapalah yang dia nak
pandang. Aku ni tahap biasa-biasa
jer. Kalau kau nak tahu awek-awek dia
dulu semua hot-hot. Semua edisi-edisi
perempuan-perempuan cantik kat sekolah aku tu dulu tau. Aku suka dia dalam hati ajer.” Balasku.
“Okey..tak
apa. Tak apa. Lepas ni kau try la adjust dia pulak. Takkanlah dari dulu sampai sekarang tak
habis-habis nak usha line ajer. Sekaranglah
masanya untuk kau masuk line.” Cadang
Naimah.
Kali
ini gelakku lagi kuat dari tadi. “Kau gila. Dia tu siapa.
Aku ni siapa. Masa dia bukan
siapa-siapa dekat sekolah dulu pun dia tak pandang aku inikan pulak dah jadi
artis. Lagilah, sebelah mata pun dia tak
pandang tau. Jurang aku dengan dia dah
makin besar.” Kataku.
“Eh… Kau pun artis apa. Retis sangat.
Kau jadi viral satu Malaysia kut.
Buat masa sekarang kau lagi popular dari dia tau. Dia tu aku tengok dah tahap sejuk beku dah.”
Aku
tak habis ketawa. “Aku tak kisah pun
kalau aku ni setakat boleh jadi peminat dia sampai bila-bila. Takkanlah aku nak berangan couple dengan
bintang popular. Kau tahu tak Iman, lepas
habis SPM aku mana pernah jumpa dia dah.
Aku jumpa dengan dia balik pun masa konsert final Akademi Bintang dekat
stadium dulu tu jer. Itupun dia kat atas
pentas aku nun jauh dekat tempat duduk paling belakang sekali. Engkaulah tak nak invest tiket mahal sikit”
“Yer. Aku ingat lagi. Masa tu kau paksa aku teman kau pergi Bukit
Jalil kan lepas tu kau paksa aku lagi pakai tshirt gambar muka Suhardi Suparjo
sampaikan Farid bising dengan aku tanya pada aku apahal aku galak sangat nak
menyokong budak-budak baru nak up jadi artis.”
Balas Naimah sambil ketawa.
Aku
turut sama ketawa. Memang best sangat
waktu tu. Nak-nak pula malam konsert
akhir itu Eddy Kencana telah dinobatkan sebagai juara Akademi Bintang untuk
musim ke 14. Dia turut sama bergembira
meraikan kemenangan Eddy Kencana malam itu kerana dia juga menjadi penyumbang
kepada kejayaan Eddy Kencana. Sejak dari
konsert pertama dah banyak dia berhabis top up untuk ABUNDI Eddy Kencana. Nasib baik menang juga akhirnya.
“Ehh
kalau kau nak tahu dua minggu lepas aku ada ternampak kelibat Eddy ni masuk
dalam bank tau. Aku duk tenung punya
tenung tu yang sampai Kancil aku menghentak Proton Saga yang nak masuk simpang
tu. Tak pasal-pasal sangat.” Ujarku terus ketawa lagi.
Ketawa
Naimah mati . Dia pandang wajah Dian yang tak habis ketawa. “Sekejap.
Kau kata kereta kau yang langgar Proton Saga tu.” Naimah menyoal.
Ketawaku
serta merta mati apabila mendengar soalan Naimah itu. Aku menyuring senyum segaris. Aku garu kepala yang tidak gatal. “Alahh…
Aku bukan sengaja. Masa aku
tengah drive kereta mata aku ni terus terpandang pada Eddy Kencana yang baru
keluar dari kereta. Aku try tengok lagi
sekali untuk pastikan pandangan aku ni tak silap. Time aku tenung lagi sekali tu la aku tak
perasan ada proton Saga bagi signal nak masuk simpang kat hujung jalan tu.” Aku menceritakan hal sebenar.
Mata
Naimah menjegil memandangku. Air liur
yang kutelan terasa berpasir dicelah kerongkong. “Imah, kau janganlah pandang aku macam tu.” Tuturku rendah.
“Kau
tipu aku Dian. Kau tipu semua orang yang
sokong kau. Kau dah tipu satu Malaysia.” Marah Naimah.
“Mana
ada aku tipu. Orang ramai yang fikir aku
jadi mangsa gangster stereng lock tu. Aku
tak keluar statement apa-apa pun.”
Selarku.
“Tapi
kau dah buat mamat proton Saga tu kena hina dengan masyarakat sedangkan kau
yang salah. Ni kira macam dah fitnah dia
yang tak berdosa kau tahu tak.
Menganiaya orang namanya ni.”
“Okey. Aku cuma salah sebab aku dah langgar kereta
dia dan….” Kata-kataku terhenti. Ni kalau diteruskan juga ni mahu makin
berangin Naimah jadinya.
“Dan…..” Kening Naimah terangkat sebelah.
Aku
mengeluh perlahan. “Okey…Okey… Aku salah
sebab langgar kereta dia dan aku main lari macam tu ajer. Tu sebab dia kejar aku dan tahan aku kat tepi
jalan. Tapi salah dia jugaklah, kut yer
pun marah bumper Saga dia tu hampir tercabut tak payahlah nak ugut-ugut aku
dengan stereng lock.” Jelasku.
“Dia
marah sampai keluar stereng lock sebab kau biadap. Yang kau lari lepas kau langgar tu kau dah
kenapa. Sepatutnya kau turun dari kereta
dan minta maaf elok-elok.”
Aku
mencebek bibir. Amboi Naimah ni. Hari tu dia juga yang memaki hamun lelaki
stereng lock tu. Hari ini bukan main
pula mahu membela. “Alah…Benda dah
lepas. Lagipun tak ada siapa yang nak
mintak penjelasan pasal insiden tu.
Mamat Saga tu pun tak ada pulak buat video baru untuk bagi tahu dia
lelaki teraniaya ker apa. Jadi buat tak
tahu sudahlah.” Ujarku mudah.
Mata
Naimah mengecil memandang ke arahku. Aku
buat selamba sahaja. Mataku kembali
menonton drama lakonan Eddy Kencana. Ini
lagi baik dari kena ambil pusing kata-kata Naimah yang menyelar tindakanku yang
seolah-olah sudah menabur fitnah kepada pemilik Proton Saga itu. Benda dah lepas, tak usah dikenang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment