Thursday, November 8, 2012

Kupilih Hatimu 4

Bab 4


“So macam mana? Dah cuba call dia ker?” Soal Nadia ingin tahu ketika menghantar Intan ke tempat kerja pada suatu hari.

Intan mengeluh perlahan. Sudah sebulan Micheal pulang semula ke London, namun tiada lagi khabar berita dari lelaki itu yang diterimanya. Intan terasa seperti dipermain-mainkan pula. Setiap hari dia menanti Micheal menelefonnya di sini, tetapi hampa kerana itulah semalam dia telah meluahkan kegusaran di hati kepada Nadia.

“Patutlah kau awal kau datang ambil aku hari ni kan. Rupanya sibuk nak ambil tahu pasal perkara ni.” Getus Intan geram. Tangannya membetulkan tudung yang senget benget akibat mahu cepat tadi.

“Alah… bagus kan. Nanti lagi lama, lagilah panjang bebelan Mak Su kau tu kan.” Balas Nadia. Dia sudah sedia maklum, ibu saudara Intan itu selalu sahaja mencari kesalahan Intan tak kira masa dan tempat. Pagi-pagi buta pun ada sahaja modalnya mahu memarahi Intan tanpa sebab.

“Betul juga kan. Thanks!” Ujar Intan sedikit gembira kerana pagi ini telinganya bebas dari mendengar bebelan Mak Su yang tidak sudah-sudah itu.

“So amacam?” Nadia menyoal kembali soalan yang belum lagi mendapat jawapan yang dikehendakinya itu.

“Aku tak call pun. Text dia pun tak.” Ujar Intan jujur.

“Dah kenapa!” Suara Nadia sedikit kuat. “Dah tahu dia tak call, tak sms, kau lah yang call.” Nadia berkata geram.

“Aku malu!” Balas Intan. Dalam perkara-perkara begini dia perlu menjaga reputasi dirinya sebagai seorang perempuan. Jadi perempuan tidak perlu tersua-sua dan menunjuk sangat yang rasa suka pada seorang lelaki. Tambah-tambah perempuan Melayu. Lagipun Micheal yang bersungguh-sungguh mahu mengenali dia dengan lebih rapat sehingga sanggup menghadiahkan sebuat telefon bimbit kepadanya agar perkenalan ini tidak putus sekerat jalan. Tapi kini lelaki itu pula mendiamkan diri apabila sudah berada di sana. Agaknya Micheal memang bermulut manis kut. Di London dia memilih si gadis set-set minah saleh berwarna biru. Apabila dia pulang ke tanah air, dia pilih yang made in Malaysia pula. Dan yang lebih menyedihkan di dalam kisah ini adalah mangsa made in Malaysia lelaki itu adalah si gadis Melayu yang polos ini!! Hati Intan dicucuk-cucuk rasa geram apabila mindanya tidak habis-habis mengatakan Micheal memang orang yang macam itu!!

Nadia mencebek. “Mengadanya kau. Malu tapi bahu!” Katanya dengan nada sedikit memerli.

“Suka hati kaulah nak cakap apa. Aku kena jaga reputasi aku. Lagipun kalau Mak Su tau aku dengan apek tu, mati aku.” Ujar Intan lagi. Beberapa minggu ini dia dapat rasakan seolah-olah Mak Su Maria sedang memerhati apa yang dia lakukan.

“Tak payahlah kau nak takut sangat dengan ugutan Mak Su kau yang tak bagi kau nak bercinta-cinta tu. Kau dah 24 tahun kut. Bukan budak kecil lagi. Ish kalau aku kan. Aku dah lama keluar dari rumah Mak Su kau tu. Kau dah besar dah boleh jaga diri kau sendiri. Ni kau duduk rumah dia, sanggup jer menjadi hamba dia.” Balas Nadia meluah rasa bengang terhadap sikap terlalu berdiam diri sahabatnya itu sehingga apa sahaja yang dilakukan oleh ibu saudaranya itu dibiarkan sahaja.

Intan sekadar mendiamkan diri. Kalau nak dia boleh lari dari rumah Mak Su. Dia boleh hidup sendiri, tetapi di dalam dunia ini dia hanya Mak Su sahaja saudara yang dia ada.

“Kau nak buat apa ni?” Intan menyoal apabila sebelah tangan Nadia sudah mula memegang Blackberry dan sebelah lagi memegang stereng kereta.

“Kau malu kan nak call dia, mari sini aku yang call dia.” Balas Nadia nekad.

“Eh tak payahlah. Kau tengah drive tu.” Intan menghalang.

“Bak lah sini.” Nadia tidak mahu mengalah. Ketika itu, tanpa dia perasan ada kereta lain yang baru mahu keluar dari simpang tiga.

“Nadd!!!!!!” Jerit Intan.

Tiba-tiba terdengar bunyi brek kereta ditekan kuat.

Intan dan Nadia terkehadapan. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Mereka menarik nafas lega apabila pasti tiada yang cedera. Namun kelegaan mereka itu hanya sebentar. Dua orang lelaki telah keluar dari perut Harrier putih yang nyaris-nyaris berlanggar dengan Myvi Nadia. Salah seorang daripada lelaki ini nampaknya sedang marah sangat. Dia mengetuk-ngetuk cermin tingkap pemandu. Lantas Nadia menurunkan cermin keretanya.

“Hoiii…. Ni ada lessen ker tak ada lesen bawak kereta ni. Sekolah memandu mana yang bagi lessen dekat awak ni.” Marah lelaki itu bersungguh-sungguh.

“Sorry.” Ujar Nadia dengan sengih kerang busuk.

“Sorry. Sorry. Sorry.” Lelaki itu cuba mengajuk Nadia. “Eh.. Sorry naik lorry lah. Kalau apa-apa jadi dekat kereta saya tadi macam mana?” Soalnya sedikit sombong sambil telunjuk dihalakan ke arah Harrier putihnya itu.

“Alah. Lepaklah bro. Belum kena lagi kut.” Intan menjawab bagi pihak Nadia. Nadia sudah terdiam. Mungkin takut akibat diherdik oleh lelaki ini.

“Belum kena lagi! Habis tu kalau terkena macam mana? Awak mampu nak bayar ganti rugi?” Sekali lagi lelaki ini menunjukkan sikap sombongnya. Intan sedikit jelik apabila masih ada lagi orang kita yang tak tahu beradab bila bercakap. Lantas dia keluar dari perut kereta. Turut sama menunjukkan sikap samsengnya juga. Lengan baju kurung yang dipakai di selingsing hingga ke lengan.

“Hello… Kan tak kena. Syukur Alhamdulillah lah kan. Tak payahlah nak herdik-herdik orang macam tu.” Intan menunjuk jarak antara Myvi Nadia dan Harrier lelaki itu. “Jarak yang begitu besar macam ni gajah dan rakan-rakannya lalu pun boleh.” Sambung Intan lagi dengan nada memerli.

Lelaki itu kelihatan semakin bengkek. Pandangannya yang tajam mencerun tepat ke wajah Intan. Intan sedikit gugup. Tetapi dia cuba menyembunyikan perasaannya.

“Lagipun kereta encik ni bukan Ferrari pun.” Balasnya sedikit menyindir.

Nadia yang turut sama telah keluar dari kereta sedikit kagum dengan keberanian Intan membidas setiap dari kata-kata lelaki itu.

“Apa dia?” Lelaki itu menyoal. Dia menghampiri Intan. Sedikit terkebelakang Intan apabila lelaki itu semakin dekat dengannya sehingga dia terpaksa bersandar pada badan Harrier putih itu. “Awak cakap apa tadi?” Haba panas yang keluar dari mulut lelaki itu terasa-terasa di muka. Intan cuak. Mukanya bertukar menjadi pucat lesi.

“Imran sudahlah tu. Semua okeylah.” Teman kepada lelaki yang biadap itu mula bersuara setelah hanya menjadi pemerhati sahaja kepada insiden perang mulut antara Intan dan temannya itu. Lelaki itu di tarik agar menjauhi Intan. Nadia juga cepat-cepat menarik Intan jauh dari tuan punya Harrier itu.

“Minta maaf yer Encik. Kami tak sengaja. Insyaallah lain kali kami akan lebih berhati-hati dan tidak akan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.” Ujar Nadia laju sambil kepalanya mengangguk-angguk memohon maaf. Intan pula masih cuba merenung lelaki itu dengan pandangan yang begitu tajam.

Telunjuk lelaki itu naik menghala ke muka Intan. Intan buat tidak peduli. Dia masih lagi merenung tajam lelaki itu. “Nasib baik kawan awak ni tau nak minta maaf. Kalau tak memang saya takkan lepaskan awak tau.” Ujarnya sebelum berlalu.







“Yang kau ni dah kenapa pergi layan bertekak dengan mamat tu. Sah-sah kita yang salah kan.” Ujar Nadia setelah lelaki itu pergi.

“Bukan kita, tapi kau yang salah. Kau yang memandu sambil main-main telefon sampai nyaris tak excident lepas tu kau kata aku yang salah pulak.” Tukas Intan.

“Yerlah.. Yerlah. Tu aku mengaku, aku yang salah. Tapi tak patutlah kau pergi bergaduh macam tu dekat tengah-tengah jalan raya macam ni. Ini nasib baik awal pagi tau, kereta pun tak banyak. Kalau tak, jadi bahan tontonan umum pulak.”

“Aku geram dengan lelaki yang biadap macam tu. Nak bercakap ikut sedap mulut dia ajer. Apa dia ingat dia bawak kereta mahal boleh nak tunjuk sombong dengan semua orang ker.”

Nadia hanya mendiamkan diri.

“Yang kau ni dah kenapa pulak tiba-tiba senyap ajer bila kena herdik-herdik macam tu. Selalu kau lagi hebat bergaduh dari aku kan.” Soal Intan tidak faham dengan kebisuan Nadia tadi.

“Aku terkesima. Aku tak mampulah nak bergaduh dengan mamat good looking macam tu.” Balas Nadia selamba sambil tersengih gatal.

“Good looking? Maknanya kau nak kata mamat tadi tu handsome?” Intan menyoal berkali-kali.

“Handsome dowh!!” Dengan teruja Nadia membalas.

Intan menggeleng kepala. “Cepatlah hantar aku. Karang lambat lagi.” Intan mengarah kerana malas mahu memanjangkan cerita. Doanya hanya satu, semoga dia tidak lagi akan berjumpa dengan lelaki sombong, bongkak, riak berlagak seperti itu lagi walaupun Nadia mengatakan yang lelaki itu good looking!

Tiba-tiba telefon bimbit Intan berbunyi menandakan ada mesej yang baru diterima. Dia melihat nama pengirim sms. Dari rasa marah, jelik dan sebal, hati Intan kini bertukar menjadi berbunga-bunga. Dia mengukir senyuman segaris. Mesej dari dia… Dari dia Lee Dong Wook pujaan hatiku itu!

Kupilih Hatimu 3

Bab 3


Nadia melirik Intan yang duduk di sebelah.Kelihatan temannya itu begitu ralit dengan Blackberry baru yang dihadiahkan oleh Micheal semalam.Sambil-sambil menaip BBM mulut Intan mengukir senyuman.Senyuman bahagia yang penuh bunga-bunga.

“Setahu aku kau lah manusia paling buta teknologi tapi cepat pulak kau belajar macam mana nak pakai BBM kan.” Nadia memerli.

“Kau ni, lepak-lepak lah. Kasilah chance dekat aku. Aku ni baru nak rasa perasaan sedang ingin bercinta.”Ujar Intan sambil ketawa. “Lagipun dekat rumah aku tak ada peluang nak bersembang dengan dia. Aku takut kantoi dengan Mak Su.” Ujar Intan dengan nada yang sedikit bimbang jika Mak Su dapat tahu dia sudah memakai telefon bimbit.

“Yerlah. Yerlah. Tapi kau kalau bercinta janganlah sampai lupakan aku. Dah macam aku ni driver kau pula. Aku sibuk-sibuk memandu kereta untuk menghantar kau ke tempat kerja, kau pulak senang-senang berBBM dengan Mike.” Selar Nadia.

Intan menyambung ketawa lagi.“Olololo… Takkanlah dengan Mike pun kau nak cemburu. Okey, aku simpan ya.” Katanya terus mematikan BBMnya dengan Micheal. Telefon itu disimpan semula di dalam beg. Dia mula memberi perhatian kepada Nadia.

“So, Mike propose kau jadi girlfriend dia ker?”Nadia menyoal ingin tahu.

“Ishh… Takkanlah secepat tu.”

Nadia mencebek. “Elelelele… Dah sampai bagi kau Blackberry, haruslah dia nak ikat kau jadi girlfriend dia. Apa-apa pun kau kena ingat Intan, dia bagi kau telefon ni dah kira macam dia menabur budi tau, jangan nanti bila tiba masa dia minta macam-macam kau terus bagi.”Ujar Nadia serius seterusnya memberi nasihat.

“Aku tahu. Aku pun takut jugak bila dia bagi aku telefon ni. Takut nanti dia minta kat aku macam-macam.Macam yang kau kata.Termakan budi, nanti tergadai body.Lagi satu, kalau Mak Su aku taulah aku pakai telefon, mesti dia marah.Mesti dia rampas dari aku.Kau tahulah Mak Su aku tu. Dialah manusia yang dah buat aku ni menjadi manusia yang buta teknologi yang macam kau cakap tadi.” Luah Intan tentang apa yang bersarang di hatinya.

“Kau simpanlah elok-elok. Jangan sampai Mak Su kau tahu. Kau pun janganlah gatal-gatal berBBM dengan Mike depan dia. Cari nahaslah tu!”Kata Nadia.

Intan mencebek. Geram tau dengan Nadia. Macamlah dia ni bodoh sangat. Dah tahu tak nak Mak Su tercium dia ada telefon bimbit baru, takkanlah dia lagi mahu berBBM dengan Mike di depan Mak Su pula. Itu samalah macam korek lubang kubur sendiri.

Perjalanan menuju ke kedai Auntie May menjadi sepi bila perbualan tadi Intan dan Nadia mati macam tu ajer.Sekarang yang cuma kedengaran celoteh Johara Pagi Di Era terjerit-jerit di corong radio.

“Terima kasih ya Nad.” Ucap Intan sebaik sahaja kereta Nadia berhenti di petak parkir dihadapan butik ibunya.

“Ah. Tak ada hal lah.Eh…. Karang lunch sama tau.” Ujar Nadia sebelum mereka sama-sama membawa haluan ke tempat kerja masing-masing.

“Okey.” Intan sekadar menjawab bersahaja.





Walaupun jam baru menunjukkan pukul sebelas pagi, Nadia sudah tercongok di kedai bunga Auntie May untuk mengajak Intan keluar makan tengahari. Dia sebenarnya bosan duduk di butik mama. Tangannya terlalu keras untuk membantu Kak Zaiton menghias bakul hantaran untuk pelanggan mama. Dia tidak ada bakat seperti mama dan Kak Zaiton yang begitu kreatif menghias hantaran. Kerja seni bukanlah kelebihan yang ada di dalam dirinya.

Intan membiarkan sahaja Nadia seorang diri melayan kebosanan yang sengaja ditempahnya sendiri. Nadia berkerja dengan ibunya. Bolehlah suka-suka hati mahu keluar makan tengahari pukul berapa pun, dia pula bekerja dengan Auntie May. Walaupun Auntie May jenis orang yang boleh bertolak ansur, Intan tidak mahu menggunakan kebaikkan Auntie May itu untuk culas di dalam waktu kerja.

“Kau tak nak jumpa dia dulu ker sebelum dia balik ke London.”Soal Nadia sedikit berbisik apabila Intan sudah datang kepadanya.

“Nak jumpa macam mana.”Intan menyoal kembali.Tiga kuntum bunga ros dan sebiji teddy bear kecil diletakkan diatas meja.Tangannya mula lincah menghias jambangan bunga yang di pesan pelanggan awal pagi tadi. Beberapa tangkai bunga gerbera di susun elok-elok sebelum di ikat. Pada tangkai-tangkai bahagian bawah batang bunga-bunga tersebut diletakkan kapas basah dan di baluti dengan kertas timah. Ditengah-tengah jambangan tadi diletak pula teddy bear kecil yang terlebih dahulu sudah diikat pada batang belon.Intan menarik plastik pembalut berwarna biru dan ungu. Dia balut separuh jambangan bunga tersebut dengan plastik berwarna sebanyak dua lapisan dan memberi tone warna yang menarik.

Nadia menepuk dahi. “Kau keluarlah dating dengan dia sekali sebelum dia pergi. Luahkan perasaan kau pada dia. Baik kau cepat sebelum ada minah saleh yang rembat dia nanti.” Dia cuba mengajar. Sesekali mata Nadia melirik pada Auntie May yang berada tidak jauh dari mereka. Dia tidak mahu Auntie May tahu tentang Intan dan Micheal. Auntie May itu ibu saudaranya Micheal. Manalah tahu jika Auntie May tidak suka mempunyai bakal anak saudara dari keturunan Melayu pula. Walaupun hubungan Intan dan Micheal masih terlalu hijau, kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku di masa hadapan perlu ambil kira juga. Fikir Nadia di luar kotak.

Tangan Intan berhenti bekerja sebentar.Nadia di pandang. “Kau ni cakap senangkan. Bila masa yang aku ada nak keluar dengan dia. Kau pun tahu kan aku ni sibuk mengalahkan Obama. Obama pun tak sibuk macam aku. Siang-siang aku dekat kedai bunga, malam-malam pulak aku kena tolong Mak Su dekat restoran. Tak ada masa.” Ujar Intan tentang jadual hariannya yang tidak pernah ada masa terluang. Pendek kata selagi belum masuk waktu sepatutnya untuk dia tidur, kerja…kerja..kerja…

Nadia mengangguk faham.Lupa pula yang Intan tu masa untuk diri sendiri pun dia kena curi-curi inikan pula nak adakan masa untuk keluar dating.Nadia mengeluh perlahan. Nampaknya memang BBM sahajalah yang akan menentukan sama ada perhubungan Intan dan Micheal berjaya atau pun tidak.

“Kalau sekarang?”Tiba-tiba satu suara datang mencelah antara mereka. Intan dan Nadia sama-sama berpaling lipat maut. Kedua mereka terpinga-pinga apabila melihat Micheal sedang berdiri di hadapan kedai sambil mempamer senyum 1000megawattnya itu.Intan menelan air liur.Senyuman itulah yang menjadi punca jantungnya berdegup kencang tatkala saling perpandangan dengan Micheal.

Hari ini Micheal tidak seperti selalu.Selalu Micheal datang menghantar bunga dengan hanya sekadar memakai tshirt lusuh dan berseluar steng.Tapi hari ini Micheal lebih perpenampilan kemas.Dengan seluar jeans dan tshirt polo berwarna biru gelap seperti melengkapkan ciri-ciri maskulin untuk seorang lelaki. Tidak keterlaluan jika dikatakan hari ini Micheal dan Lee Dong Wook macam kembar lain emak lain bapak. Biarlah Nadia mahu mencerca untuk kali ke seratus dua puluh pun yang Micheal dengan Lee Dong Wook tu langsung tidak ada persamaan, Intan tidak peduli. Suka hati dialah kan nak kata Micheal dan Lee Dong Wook itu sama.

“Kalau sekarang awak boleh keluar dengan saya?” Soal Micheal sekali lagi apabila dia sudah menghampiri Intan dan Nadia.

“Hah…” Mulut Intan melopong.Dia tidak ada jawapan. Bagus juga jika sekarang Auntie May menjadi ibu angkatnya kan. Bolehlah dia suka-suka hati keluar makan tengahari awal macam yang selalu Nadia lakukan.

Micheal masih setia menanti jawapan.Intan pula menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Saya…”

“Pergilah Intan. Micheal dah minta izin semasa dia mahu datang ke mari tadi dengan Auntie May. Nanti kalau Micheal dah sampai ke London bila masa pula mahu berjumpa.” Auntie May mencelah seterusnya memberi lampu hijau untuk Intan keluar makan tengahari sedikit awal hari ini.

“Auntie May….”Intan menjadi serba salah.

“Tak apa. pergilah. Dari jauh Micheal datang tu.Takkan nak biar dia hampa. Lagipun lepas ni dah tak boleh jumpa lagi.”Ujar Auntie May sambil tersenyum.



“Haahlah. Pergilah Intan. Ini peluang.”Arah Nadia pula.

Hati Intan kembang berbunga.“Tunggu sekejap. Saya ambil beg saya.” Ujarnya.

“Jom Nad. Kau teman aku.” Intan menarik tangan Nadia untuk sama-sama menyertai dia dan Micheal keluar makan tengahari bersama-sama.

“Ngeee… Mana boleh aku teman. Kalau aku teman bukanlah dating namanya.” Kata Nadia separa berbisik. Dia melepaskan tangan Intan.

“Takkan aku nak keluar berdua ajer dengan dia. Agak-agaklah sikit.” Intan berkata dari celah-celah gigi yang dikatup rapat. Dia tersengih-sengih memandang Micheal dan Aunty May.

“Pergi ajer…” Kata Nadia. Bahu Intan ditepuk-tepuk perlahan.

Intan menarik muncung apabila Nadia tidak sudi menemaninya keluar bersama Micheal. Intan bukan apa kalau Nadia ikut, bolehlah Nadia menjadi pencetus suasana. Selama ini pun, Nadialah yang memeriahkan perbualan antara dia dan Micheal kerana jika kami hanya berdua sahaja masing-masing akan diam seribu bahasa.

“Pergilah. Kau tunggu apa lagi ni. Buat macam biasa ajer. Lagi satu kau janganlah cover-cover ayu pulak. Be yourself.” Sempat Nadia menitip pesan.

“Yerlah. Yerlah.” Intan menjawab.

“Auntie May pergi dulu ya.” Dia kemudian meminta diri dan dibalas dengan anggukan dan senyuman Auntie May.



Selepas selesai makan, Micheal membawa Intan keluar berjalan-jalan di sekitar Taman Polo. Asalnya Intan sangat tidak sedap hati untuk keluar berjalan-jalan selepas makan tadi, tetapi Micheal telah memberitahu Intan yang Auntie May memberi pelepasan untuk Intan separuh hari dengan dibayar gaji penuh. Micheal telah berpakat dengan ibu saudaranya itu untuk memberi sedikit ruang antara dia dan Intan untuk bersembang lebih lama dan tanpa gangguan kerana esok pagi-pagi lagi dia akan ke Kuala Lumpur dan malamnya dia akan terus terbang ke London.

Intan terpaksa bersetuju apabila Micheal sendiri telah menelefon Auntie May dan meminta Auntie May untuk bercakap sendiri dengan Intan, kerana Intan memang tidak selesa mahu mengulat di waktu dia sedang bekerja. Selepas mendengar sendiri kata-kata Auntie May yang memberi kebenaran kepadanya, barulah Intan berasa sedikit lega untuk keluar bersama Micheal. Itu pun setelah Micheal berjanji untuk menghantarnya pulang sebaik waktu kerja sebenarnya tamat. Dia tidak mahu Mak Su tercium yang hari ini dia pergi bersuka ria dan tidak bekerja.

“Intan, terima kasih kerana sudi keluar dengan saya.” Ujar Micheal sebaik mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi batu di hadapan taman permainan.

“Awak kena berterima kasih dengan Auntie May. Kalau Auntie May tak izinkan saya keluar dengan awak tak mungkin kita dapat makan bersama-sama. Lain kali janganlah buat macam ni. Segan saya dengan Auntie May nanti.” Kata Intan seakan memberi peringatan pula.

“Lain kali maknanya kita boleh keluar lagilah?” Micheal cuba mengusik.

Intan gigit bibir bawah. Adakah lain kali lagi di dalam episod mereka. “Ermm.. Mungkin. Tapi awak kan nak balik London. Mungkin takkan ada lain kali lagi kut…” Kata Intan mendatar.

“Intan saya suka berkawan dengan awak.” Ucap Micheal jujur.

“Saya pun suka berkawan dengan awak.” Balas Intan.

“Boleh tak sebelum saya pergi, saya nak minta izin awak.” Micheal bertanya dengan penuh hemat.

Intan mengerut dahi. “Minta izin apa.” Soalnya.

“Saya nak minta izin untuk menjadi lebih dari sekadar kawan dengan awak.” Ucap Micheal jujur seterusnya meluahkan hasrat hati.

Intan terpinga-pinga dengan permintaan Micheal itu. Gentleman sungguh Micheal. Puji Intan di dalam hati.

“Saya suka pada awak sejak kali pertama saya ternampak awak semasa menghantar bunga di kedai Auntie May dulu. Saya pun tak tahu macam mana tiba-tiba saya boleh terjatuh hati pula pada gadis melayu macam awak.Yang saya tahu, sekarang saya memang sudah jatuh cinta dengan awak Intan.” Luah Micheal apa yang dirasakan sejak kali pertama bertentang mata dengan Intan.

Intan mengambil sedikit masa sebelum dia berkata. “Tapi Micheal…..” Namun kata-katanya cepat dipotong oleh Micheal.

“Awak pun kan. Saya tahu awak pun suka pada saya. Saya boleh nampak.” Ujar Micheal penuh yakin.

Intan mengukir senyum. “Micheal saya gadis Melayu, Islam. Awak dengan saya berbeza.” Kata Intan.

Micheal mengerut dahi pula. “Kenapa. Sebab awak melayu. Sebab awak islam. Saya tak kisah dengan semua tu. Andai kata suatu hari nanti saya akan berkahwin dengan awak, saya sanggup peluk islam semata-mata untuk bersama awak.” Kata Micheal yang sudah mula membayangkan perkenalan yang masih hijau ini akan menemui kesudahan yang sempurna.

Intan menelan air liur. Tidak sangka Micheal bersungguh-sungguh seperti ini. Dia memang menyukai Micheal tetapi dia tidak lagi mahu fikir sejauh itu. Dia dan Micheal datang dari dua dunia yang berbeza kerana itu dia masih perlukan masa untuk menilai Micheal secara keseluruhannya. Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Jika sekuat mana pun hari ini dia dan Micheal merancang kalau Allah sudah menetapkan jodohnya dengan lelaki lain dia harus terima juga. Buat masa sekarang ini berkawan adalah yang terbaik.

“Micheal… janganlah berniat untuk memeluk islam semata-sama untuk berkahwin dengan seorang yang beragama Islam. Islam itu indah. Berniatlah meemeluk islam kerana kesucian agamanya.” Ujar Intan lembut. Micheal mengeluh lemah.

“Micheal, terlalu awal untuk awak luahkan perasan cinta awak pada saya. Kita pun baru sahaja berkenalan. Bagilah ruang untuk diri kita mencari keserasian.” Kata Intan lagi tidak mahu lelaki itu kecewa dan terasa dia telah ditolak sementah-mentahnya.

“Awak tolak saya.” Micheal berkata. Matanya cuba mencari anak mata gadis itu tetapi Intan cepat-cepat mengalih ke tempat lain.

“Apa yang saya katakana tadi tidaklah bermakna saya menolak awak. Cuma saya minta kita sama-sama memberi peluang kepada diri masing-masing untuk cuba mencari keserasian. Lagipun awak tak rasa ker, semua ni terjadi macam terlalu pantas. Saya baru kenal awak sebulan dan hari ni awak cakap awak cintakan saya.” Balas Intan tenang.

“Micheal, jujur saya katakan, saya pun suka pada awak juga. Jadi tolonglah jangan buat muka sememeh macam tu.” Kata Intan lagi. Serta merta muka sugul Micheal kini bertukar menjadi ceria kembali apabila kata-kata Intan itu membawa makna peluang untuk dia cuba bertahta di hati gadis itu masih ada.

“Sememeh? Apa tu.” Micheal bertanya.

Soalan dari Micheal itu membuatkan terbit ketawa kecil dari Intan. “Macam muka awak tadi. Masam ajer.” Katanya memberi penjelasan.

“Esok saya akan ke Kuala Lumpur pergi ke rumah abang saya. Lusa saya akan fly. Tak sabar nak tunggu cuti yang seterusnya. Lepas ni saya nak cuti lama sikit.” Beritahu Micheal.

Intan mengangguk. “Okey. Saya tunggu awak. Nanti kalau cuti jangan lupa datang hantar bunga dekat kedai Auntie May.”

“Mestilah.” Jawab Micheal girang. Hatinya sudah mula membilang hari untuk bercuti lagi di Malaysia. Mahu cuti lama-lama. Kalau boleh mahu pindah duduk di sini balik. Tidak lagi mahu bekerja di sana.

“Micheal, telefon ni macam mana. Betul awak bagi pada saya?” Intan tunjuk telefon bimbit hadiah dari Micheal semalam.

“Telefon ini memang hadiah dari saya untuk awak. Awak pakai sahaja.” Ulang Micheal lagi tentang perihal hadiah telefon bimbit ini.

Intan sekadar mengukir senyum.

“Awak gunakanlah. Bukankah awak dan saya nak mencari keserasian. Mana tahu teknologi boleh mendekatkan kita. Lagipun saya ikhlas hadiahkannya untuk awak.” Ujar Micheal.

Intan sekadar mengangguk. Bila Micheal berkata begitu dia menjadi sedikit lega.

Hari ini mereka berdua telah bersembang panjang lebar tentang diri masing-masing. Intan gembira sangat apabila Micheal begitu sporting bercerita tentang dirinya. Dari pada cerita tentang hobi terus ke makanan kegemaran terus kea lam pekerjaannya sebagai jurutera perisian. Perbualan mereka berdua sering kali diselang seli dengan gelak ketawa. Ah… Terasa seakan-akan hati sedang ingin bercinta!



“Lambat kau datang tolong aku hari ni.” Soal Mak Su Maria ketika Intan melintasinya di hadapan kaunter restoran.

Intan menelan air liur. Dek kerana begitu asyik berbual dengan Micheal di taman tadi dia jadi lupa yang dia harus menolong Mak Su Maria di kedai. “Tadi ada kerja sikit Mak Su.” Intan cuba berbohong. Cepat-cepat dia ke bahagian dapur untuk menyimpan beg di dalam locker pekerja.

Khalil yang memerhati tingkah isterinya itu terpinga-pinga. “Sayang, apa yang saya cakap tadi tu betullah. Saya nampak Intan keluar dengan jantan Cina mana entah dekat Taman Polo tu.” Khalil mengadu lagi.

“Saya tahu apa yang saya buat.” Ujar Maria tenang. “Tu ada pelanggan. Ambil order.” Maria mengarah suaminya pula sementara dia masih lagi menekan-nekan kasar kalkulator di atas meja. “Kau dah pandai menipu aku sekarang ya. Sampai masa taulah macam mana aku kerjakan kau nanti.” Maria menggumam di dalam hati.

Kupilih Hatimu 2

Bab 2


Intan dan Nadia hanya bersarapan dengan nasi lemak sambal sotong dan teh ais yang dibungkus dari warung depan Telekom Pasir Putih itu. Kerana Intan perlu segera ke kedai mereka membuat keputusan untuk bersarapan di kedai Auntie May sahaja. Selesai bersarapan Intan memulakan tugasnya seperti biasa dengan mengemas-ngemas di bahagian depan dan menyapu lantai. Nadia dibiarkan sahaja termangu-mangu seorang diri selepas bersarapan kerana gadis itu nampaknya masih mahu melepak di sini.

“Wahh… Cantiknya beb. Kau ker yang gubah.” Soal Nadia. Matanya masih memandang kagum jambangan bunga yang terdapat di dalam peti sejuk di dalam kedai Auntie May. Sahabatnya itu memang berbakat. Setiap dari sentuhan Intan tidak pernah mengecewakan. Pelanggan Blooming Florist pun sudah semakin bertambah ramai. Kebanyakkan mereka datang ke mari kerana begitu menyukai setiap jambangan bunga yang dihasilkan di sini. Tambah-tambah lagi bunga-bunga di sini segar-segar belaka kerana setiap hari pembekal bunga dari Cameron Highland akan menghantarnya sendiri ke sini.

Intan yang sedang menyapu lantai berhenti sebentar. “Bukanlah semua. Ada yang aku gubah, ada yang Auntie May gubah.” Ujarnya bersahaja sebelum menyambung menyapu kembali.

“Eh..kenapa Auntie May tak masuk hari ni.” Soal Nadia lagi sibuk ingin tahu.

“Dia bukan tak masuk. Dia lewat sikit. Hari ni ada hari anugerah dekat sekolah Carolyn. Selesai majlis di sekolah Carolyn barulah dia masuk.” Intan menjawab.

“Owhh..” Nadia mengangguk-anggukkan kepala.

Intan malas mahu melayani Nadia yang masih lagi duduk menyibuk di dalam kedai Auntie May. Tangannya masih lincah bekerja. Sampah yang sudah dikumpul setempat dikaut dengan penyodok sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah. Selesai menyapu dia menyertai Nadia yang masih lagi duduk di kerusi berhadapan dengan meja kerja.

“Yang kau ni dah kenapa melepak dekat sini. Dah tak ada kerja. Mama kau tu dah la suka melenting. Nanti dengarlah speaker radio dia tu berbunyi. Nadia… Nadia…” Intan cuba mengajuk cara Auntie Kamalia menjerit memanggil nama Nadia. Dia pelik apabila diwaktu yang sepatutnya semua orang sudah patut berada di tempat kerja masing-masing, si Nadia boleh kelepek di kedai bunga Auntie May pula. Nanti tak pasal-pasal dia dituduh mengajar Nadia ponteng kerja.

Nadia hanya ketawa melihat Intan cuba mengajuk cara ibunya itu. “Alah… Telinga aku dah immune dengan bunyi suara mama aku tu. Lagipun aku cuma tolong-tolong ajer sementara nak dapat kerja yang lagi bagus. Tak apalah kalau nak kelepek sekejap-sekejap.” Kata Nadia bersama tawa yang masih bersisa.

Intan menggeleng kepala. Mentang-mentang butik pengantin itu ibu Nadia yang punya boleh pula dia suka-suka hati kelepek merata-rata pada waktu bekerja. Kelepek sekejap-sekejap? Nadia duduk di kedai Auntie May ini sudah hampir satu jam!

“Beb, baliklah kat butik mama kau tu. Aku banyak kerja ni.” Intan cuba untuk menghalau Nadia keluar. Dia perlu segera menyusun baldi-baldi di hadapan kedai ini. Sekejap lagi lori bunga dari Cameron Highland akan tiba.

“Kau ni kan… Macamlah aku nak sangat lepak dekat sini. Aku tengah tunggu lori bunga tu juga. Mama aku ada pesan fresh flowers color biru untuk majlis pertunangan customer kita orang. Kelas kan. Fresh flowers color biru. Cantiknya Intan… Aku pun dah berangan-angan kalau aku kahwin nanti nak pakai fresh flowers jugak.” Beritahu Nadia dengan teruja. Matanya sudah menjuling naik ke atas sambil membayangkan betapa indahnya konsep perkahwinan dalam taman yang selalu dia idam-idamkan. Di mana akan terdapat beribu-ribu kuntum mawar segar yang akan menghiasi setiap tempat. Dia pula akan memakai gaun pengantin ala-ala Kate Middleton dan diiringi pengiring-pengiring kecil yang turut sama memakai gaun kembang sambil membaling kelopak-kelopak mawar kepadanya. Nadia tersenyum panjang.

Intan menggeleng-gelengkan kepala. Bola matanya dijuling ke atas. “Berangan!!” Ujarnya kuat membuatkan Nadia terpaksa kembali kepada paksi yang asal. “Kalau nak macam tu kau kenalah usaha dengan lebih keras lagi. Takkan nak harapkan mama kau sponsor kut. Tahulah mama tauke butik pengantin, tapi dia pun mestilah kena buat kira-kira jugak untuk tunaikan impian perkahwinan kau yang mengalahkan artis popular tu.” Sedas Intan sebiji tepat terkena batang hidung Nadia.

Nadia mencebek. “Alahh… Aku kan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Mestilah mama aku tak kisah kalau nak spedo majlis perkahwinan dalam taman aku tu nanti. Dia pun takkan nak jatuhkan reputasi dia dengan buat majlis kahwin anak sendiri ala kadar. Aku jamin, mesti grand. Silap hari bulan tiga hari tiga malam tau!” Balas Nadia sedikit bangga.

Kali ini Intan hanya mampu mengukir senyuman. Nadia benar. Dia adalah anak perempuan tunggal di dalam keluarganya. Ibunya memeliki perniagaan butik pengantin. Manakala bapanya pula seorang doctor yang mempunyai klinik sendiri. Tentu sahaja pendapatan keluarga Nadia sangat lumayan. Pasti sahaja apa yang dihajati Nadia akan ditunaikan seperti menghadiahkan Nadia sebuah Myvi sebaik sahaja Nadia tamat pengajiannya di universiti. Dia pula? Nak dapat kasih sayang pun terpaksa menagih dari orang ini kan pula berhajat nak macam-macam. Intan pasrah. Dia tahu, Allah telah aturkan yang terbaik untuk setiap hambanya. Allah juga tidak akan membebankan hambanya pada apa yang mereka tidak mampu.

“Hai Intan….” Sapa Pak Su Khalil tiba-tiba.

Intan dan Nadia sama-sama terkejut. “Pak Su buat kat sini.” Suara Intan sedikit meninggi. Dengan tidak semena-mena dia menjadi marah dengan kehadiran Pak Su Khalil yang secara tiba-tiba ini.

“Alah… Dekat sini tak payahlah nak berpaksu-paksu. Panggil abang kan lagi sedap.” Ujar Khalil dengan nada cuba menggoda.

Intan menjeling tajam. Lelaki ini bagai tidak faham Bahasa Melayu setelah banyak kali dia memberi amaran agar jangan terus-terusan menganggu kehidupan dia. Intan tidak suka Khalil. Dari dahulu Khalil suka mengganggu hidupnya. Intan sudah lama mengetahui niat Khalil berkahwin dengan Mak Su selain disebabkan oleh harta Mak Su yang banyak, adalah kerana lelaki itu mahu cuba rapat dengan dirinya. Tidak logik seorang lelaki muda seperti Khalil mahu berkahwin dengan perempuan yang jauh lebih berusia. Mak Su berumur 40 tahun sedangkan usia Khalil baru menginjak ke angka 28 tahun. Modes operandi Khalil mudah. Berkahwin dengan Mak Su, bolot semua harta Mak Su dan kemudiannya bercerai dan berkahwin dengan Intan pula. Mudah bukan? Semudah kehidupannya kini yang siang malam makan minum tempat tinggal ditaja oleh Mak Su semuanya.

“Intan ni, dari dulu sombong dengan Abang. Sekarang dah duduk serumah pun nak sombong-sombong buat apa.” Kata Khalil lagi seraya tangannya sudah mula merayap naik ke muka Intan. Dengan pantas tangan itu di tepis.

“Baik Pak Su jaga tingkah Pak Su. Jangan sampai Intan bagi tahu pada Mak Su apa yang Pak Su buat dekat belakang dia. Pak Su ingat Intan tak tahu ker, yang selama ni Pak Su ada perempuan lain dekat luar. Pak Su ingat Intan tak tahu, yang Pak Su nak bolot harta Mak Su jer kan.” Sedas Intan lancar. Mukanya merah menahan marah.

Khalil memerhati Intan yang sudah mula mahu menyinga. Dia tersenyum sinis. “Bila Intan marah, makin cantik.” Katanya lembut menggoda. “Bai sayang. Malam nanti kita jumpa di rumah okey. Muahh..” Ujarnya bersama muncung yang sedikit menjuih dan mengeluarkan bunyi ‘muahh’ yang agak meloyakan sebelum berlalu pergi.

Sejurus Khalil pergi cepat-cepat Nadia menghampiri Intan. “Gilalah. Bila Mak Su kau kahwin dengan Khalil?” Soalnya laju. Terasa dia begitu ketinggalan jauh kerana tidak mendapat berita sensasi ini.

“Mama kau tak cerita ker?” Intan bertanya pelik.

“Dah tiga bulan.” Beritahunya ringkas terus menyambung kembali tugas yang terhenti. Sengaja dia berbuat demikian kerana malas mahu menjawab soalan-soalan lain yang bakal di soal oleh Nadia.

Nadia hanya mencebek. Jika Intan tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut pasti dia akan bertanya kepada ibunya nanti bagaimana Mak Su Intan yang berusia itu mendapat anak ikan seperti Khalil.

Suasana di dalam kedai Auntie May kembali tenang. Nadia tidak lagi mengganggu Intan yang sedang bekerja. Dia hanya duduk di kerusi sambil bermain-main dengan daun-daun bunga yang masih tertinggal. Kemudian dia berlalu pula ke luar kedai.

“Intan…Intan…” Panggil Nadia tiba-tiba. “Intan cepatlah Intan.” Panggilnya lagi sekali apabila Intan tidak mengendahkan panggilannya tadi. Bahu sahabatnya yang sedang menyusun baldi-baldi untuk mengisi bunga dicuit-cuit.

“Apa dia kau ni!” Kata Intan sedikit marah.

“Tu.. Pakwe Korea kau dah sampai.” Nadia menjuihkan bibirnya menghala ke arah lori bunga Uncle Lee yang sudah pun berhenti di hadapan kedai Auntie May. Intan mengalih pandang. Muka yang masam mencuka tadi kini secara automatic telah menjadi semanis gula. Senyuman manis terukir dibibir sebaik sahaja melihat Micheal Lee turun dari lori. Micheal pula seperti biasa, membalas senyuman itu.

Sejak sebulan lepas hati Intan selalu berbunga-bunga setiap kali melihat lori Uncle Lee tiba. Malah setiap hari tak sabar dia menanti kedatangan lori Uncle Lee itu. Seperti mana segar dan berkembangnya bunga-bunga ros yang dibawa dari Cameron Highland begitulah juga hatinya tatkala setiap pagi akan berbalas senyuman dengan anak teruna Uncle Lee itu.

Nadia mengerling Intan yang mula bersikap malu-malu kucing. “Ellehh… Patut kau tak senangkan masa Khalil datang tadi. Rupanya kau tengah tunggu apek tu kan.” Ujar Nadia sedikit berbisik. Sengaja bahunya dilaga-laga dengan bahu Intan. Intan sekadar menjeling ke arah Nadia yang sedang tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“Hello Intan. Lama tunggu Uncle.” Seperti biasa Uncle Lee menyapa ramah gadis Melayu yang berkerja di kedai bunga adik iparnya ini.

“Tak adalah.” Intan menjawab mesra. Sambil-sambil itu matanya mencuri-curi pandang Micheal yang sedang mengangkat raga-raga bunga ke bawah sebelum dipindahkan ke dalam baldi-baldi yang telah diisi air tadi.

“May mana?” Uncle menyoal sambil matanya mengitari kawasan kedai. Dia terjenguk-jenguk di dalam kedai mencari bayang-bayang adik iparnya itu.

“Auntie May pergi sekolah Carolyn. Carolyn dapat nombor satu dalam peperiksaan. Jadi hari ni majlis penyampaian hadiah. Petang sikit baru Auntie May masuk kedai.”

Owhh… Uncle mengangguk-anggukkan kepalanya. “Carolyn memang bijak maa. Kalau you tanya nanti dia mahu belajar dekat university mana, mesti dia akan jawab mahu pergi belajar sampai UK, macam Micheal. Kalau tanya apa cita-cita bila besar, mesti jawab mahu jadi enggineer macam Micheal jugak lor…” Cerita Uncle Lee sambil ketawa.

Intan dan Nadia yang mendengar cerita Uncle Lee itu turut sama buat-buat ketawa. Kadang-kadang pelat Uncle Lee dan bahasa Melayu yang berbelit-belit itu agak menyukarkan mereka untuk memahami apa yang Uncle Lee katakana. Tapi mereka buat-buat dengar dan buat-buat faham sahajalah. Bila Uncle Lee ketawa, mereka ketawa jugaklah. Jika tidak kasihan pulak melihat Uncle Lee ketawa syok sendiri. Sendiri buat kelakar, sendiri ketawa.

Uncle Lee melabuhkan punggung di atas ruang rak yang kosong sedikit itu. Topi di kepala di tanggalkan lalu dibuat kipas. “Sekarang banyak panas maa..” Uncle Lee sekadar berbahasa.

Intan hanya ketawa kecil. Dia sudah faham taktik Uncle Lee itu jika mahu meminta air minuman untuk menghilangkan dahaga. Dia masuk ke dalam kedai. Seketika kemudian dia keluar semula bersama dengan dua kotak air kotak berperisa teh bunga. Satu diberikan kepada Unlce Lee satu lagi dipegang sahaja. Nanti apabila Micheal selesai menyusun bunga-bunga di dalam baldi dia akan berikan kepada lelaki itu.

Uncle Lee menyambut huluran air kotak itu dengan senyuman. “Banyak baiklah lu.. Boleh jadi menantu gua.” Uncle Lee berseloroh.

Serta merta muka Intan berubah menjadi warna merah. Terasa hangat wajahnya kini apabila Uncle Lee mengusiknya sebegitu. Dari jauh dia dapat melihat, wajah Micheal yang putih itu turut sama bertukar menjadi merah. Adakah selama ini dia sahaja yang menyimpan perasaan pada Micheal atau sebenarnya kami sama-sama menyimpan rasa yang sama.

“Uncle kalau saya. Boleh tak jadi menantu uncle.” Nadia tiba-tiba mencelah.

“Lu sapa?” Soal Uncle Lee.

Nadia mencebek. “Alah… Uncle Lee ni. Buat-buat tak kenal. Nadia dari butik depan tu la.” Beritahu Nadia.

Uncle Lee ketawa mengekek apabila melihat Nadia menarik muka. “Owhh.. itu butik depan ya. You punya mama ada pesan itu bunga ros biru bukan.”

“Yerlah.” Nadia menjawab geram.

“Ada..ada… Tapi ros biru sikalang banyak mahal maa…” Ujar Uncle Lee sedikit mengeluh.

Nadia menarik senyum kembali. “Customer kita orang tak kisah. Janji ada. Duit tak ada masalah.”

Uncle Lee mengangguk-angguk. “Okey…okey. Nanti I mintak Micheal kasi hantar terus ke kedai lu.” Ujarnya seraya terus menyedut baki air kotak sebelum kembali bangun untuk menyambung kerja mengeluarkan bunga-bunga yang masih ada di dalam lori.

“Tak payah. Saya boleh bawak sendiri lah Uncle Lee.” Ujar Nadia pula berpura-pura mahu menolak pertolongan Uncle Lee itu.

“Tak usah. Tak usah. Banyak maa…” Uncle Lee kelam kabut cuba menghalang apabila Nadia sudah mula mahu naik ke belakang lori Uncle Lee untuk menarik keluar bakul bunga ros biru yang besar itu.

Nadia mengekek ketawa. Intan yang memerhati sekadar menggeleng-geleng kepala melihat Nadia yang kadang-kadang gemar menyakat Uncle Lee. Suka benar Nadia apabila melihat Uncle Lee kelam kabut begitu.

“Micheal, nanti lu kasi hantar itu ros biru dekat kedai pengantin depan tu okey.” Arah Uncle Lee pula kepada Micheal yang baru selesai menyusun ke semua bunga di dalam baldi.

“Okey papa.” Micheal menjawab senang.

Semasa Nadia sedang rancak berborak dengan Uncle Lee, Intan sengaja menghampiri Micheal yang sedang berehat sebentar di belakang lori. Air kotak ditangannya dihulurkan kepada Micheal yang senang menyambut dengan sekuntum senyuman. “Terima kasih.” Ujar Micheal yang cukup lancar berbahasa Melayu. Straw dikeluarkan dari plastic lalu dicucuk ke dalam kotak air. Teh bunga disedut penuh nikmat.

“Untung Uncle Lee kan. Ada anak rajin macam Micheal. Dahlah hensem, rajin, engineer dekat oversea pulak tu.” Ujar Nadia kuat. Sengaja dia menguatkan suaranya agar dapat didengari oleh merpati dua sejoli yang berada di belakang lori. Intan dan Micheal yang mendengar suara lantang Nadia itu tidak berkata apa. Hanya masing-masing sekadar tersenyum dan berbalas pandangan sebelum sama-sama bergerak untuk menyertai Uncle Lee dan Nadia yang masih lagi rancak berbual.

“Dia hensem ikut waa maa…” Sampuk Uncle Lee pula. Ibu jarinya menghala ke diri sendiri. Intan dan Micheal yang mendengar ketawa serentak.

“Yerker?” Nadia buat muka. Dia bertanya kerek.

“Yer lorr.. Like father, like son.” Uncle Lee menjawab bersama kening yang sudah menari ronggeng.

Intan mengangguk kepala laju kepada Nadia agar mengiyakan sahaja kata-kata Uncle Lee itu. Dia tidak mahu perbualan mesra Nadia dengan Uncle Lee itu menjadi semakin panjang dan semakin mengarut kerana lagi lama Uncle Lee ada di sini, lagi tidak tentu arah dia jadinya. Apatah lagi, apabila ada Micheal entah kenapa, jantungnya akan mula berdegup deras tidak seperti biasa.





Setelah selesai semua tugas Micheal dan Intan berjumpa senyap-senyap di belakang lori. Seperti biasa juga, perjumpaan mereka adalah atas bantuan dari Nadia. Jika tiada Nadia yang pandai memanupulasikan keadaan dengan sengaja mengajak Uncle Lee berborak di hadapan tidak mungkin mereka boleh berjumpa begini.

“Minggu depan saya akan pulang ke London semula. Cuti saya sudah habis.” Beritahu Micheal tanpa diminta.

Intan sembunyi wajah hampa. Jika begitu entah bila lagilah dia boleh bertemu dengan Micheal lagi.

“Okey. Good luck.” Balas Intan malu-malu. Sekejap-sekejap, matanya dihala ke tempat lain. Takut jika mata kami berdua bertentangan.

Micheal mengangguk-angguk. Setiap kali berhadapan dengan Intan, dia sering kehilangan perbendaharaan kata. Dia seperti tidak tahu apa perkataan yang patut dia guna untuk mewujudkan kemesraan mereka berdua. Intan juga begitu. Bila ditanya sepatah, Intan akan menjawab sepatah. Bila dia bertanya banyak patah perkataan pun, Intan tetap akan menjawab sepatah juga.

“Owh…sekejap.” Micheal beriaksi seperti baru mengingati sesuatu. Dia segera ke hadapan lori untuk mengambil beg kertas yang ada di tempat duduk hadapan.

“For you.” Katanya seraya menghulurkan beg kertas itu. Intan sekadar menyambut sahaja. Beg kertas sudah bertukar tangan.

“Okeylah. Saya pergi dulu.” Ujar Micheal meminta diri.

“Okey.” Intan pula sekadar mengangguk.

“Lepas ni saya rasa saya akan rindu awak.” Balas Micheal antara dengar dan tidak sebelum dia terus masuk ke dalam perut lori.

Muka Intan menjadi hangat dengan kata-kata Micheal yang baru didengarinya tadi. Ah.. Kalaulah lepas ini Micheal tidak lagi menghantar bunga, haruslah dia juga akan merindui Lee Dong Wook celup itu.

Sebaik sahaja lori Uncle Lee berlalu, Intan dan Nadia cepat-cepat melihat isi di dalam beg kertas yang diberikan oleh Micheal tadi.

Mata Nadia membuntang. “Strawberry. Choclate. Lagi!!” Katanya sepatah-sepatah. Kemudian Nadia mula menarik sengih.

“Kelas!” Ujar Nadia sambil mengekek ketawa pula. Bahu Intan dicuit membuatkan gadis itu turut sama ketawa.

“Kelaskan!” Kening Intan sudah mula menari ronggeng. Dia mengiyakan kata-kata Nadia itu.

“Seminggu sekali dia mesti bagi kau strawberry choclatekan. So korang dah kenal sebulan. Sebulan ada empat minggu. Makanya dah empat kalilah Micheal tu bagi kau strawberry chocolate kan.” Kata Nadia selepas selesai membilang-bilang dengan jari berapa kali temannya itu sudah menerima strawberry bersalut chocolate istimewa itu.

Intan hanya tersenyum. Tiada kata yang mampu dia katakan. Dia terasa seperti bahagia setiap kali menerima strawberry chocolate dari Micheal. Bekas plastik jernih berisi strawberry tadi diletakkan di atas meja di dalam kedai.

“Sah. Sah. Sah.” Nadia berkata serius.

Dahi Intan berkerut. “Apa yang sah.” Soalnya kurang faham.

“Micheal Lee tu pun sebenarnya suka dekat kau. Cuma dia belum ada keberanian ajer nak luahkan dekat kau.” Ujar Nadia membuat konklusi.

“Yer ker?” Intan menyoal kembali. Kurang yakin dengan kesimpulan yang dibuat oleh Nadia itu. “Dia kan Cina. Aku Melayu. Takkanlah dia suka dengan gadis Melayu yang kerja dekat kedai bunga macam aku ni.” Ujar Intan sedikit merendah diri. Dia bergerak menuju ke rak bunga. Beberapa kuntum bunga ros berwarna putih dan merah ditarik keluar. Dia perlu menyiapkan satu lagi gubahan untuk pelanggan.

“Alah… Apa masalahnya. Semuanya tak mustahillah.” Tukas Nadia laju. Dia kini bergaya seperti seorang pakar kepada masalah hati dan perasaan pula. “Tapi…Tapi…Tapi…” Jari telunjuk Nadia terangkat. “Kalau kau nak hubungan kau dengan dia masuk ke fasa yang seterusnya, pastikan Micheal Lee kena tukar menjadi…..”

“Ahmad Mikail Lee Abdullah.” Intan menyambung tanpa sedar.

Mata Nadia membulat lagi. “Kau memang syok kat dia kan.” Dia memandang tepat ke dalam mata sahabatnya itu.

Intan terdiam. Wajah terasa hangat. Rasa macam nak tampar-tampar mulut sendiri kerana terlalu cabul. Kut iya pun itu nama yang selalu bermain-main difikirannya semenjak jantung mula berdebar terpandangkan Micheal, tak perlulah sampai nak bagi Nadia tahu. Intan takut jika Nadia akan mula membahankannya dengan modal yang baru. Iyalah. Belum apa-apa sudah pandai berfikir sejauh itu.

“Pantas! Dah siap plan nama baru untuk mamat tu lagi.” Tebak Nadia lagi dengan kening terjongket-jongket.

Intan menutup mukanya dengan kuntuman-kuntuman bunga ros yang ingin digubah nanti. Dia segera berlalu masuk ke dalam kedai semula. Nadia semakin galak ketawa.

“Alah… Aku tak rasa pun dia syok dekat aku.” Intan bersuara rendah.

“Itulah kau. Orang lain semua dah pakai telefon bimbit canggih-canggih kau telefon bimbit biasa pun tak ada. Kalau ada kan senang. Bolehlah kau pas nombor telefon kau dekat dia. Boleh sms. Boleh sembang-sembang. Boleh kenal hati budi masing-masing.” Tempelak Nadia pula.

Intan mencebek bibir. “Tak payah nak tunggu aku pakai telefon bimbitlah baru boleh nak kenal hati budi masing-masing, kalau betul dia syok dekat aku, kenapa tak dia ada banyak peluang untuk cakapkan. Ini tak ada pun.” Intan bersuara lagi.

Dahi Nadia berkerut hebat seperti memikirkan sesuatu. “Dia malu kut. Kau ni agak-agaklah nak suruh dia luahkan perasaan pada kau. Kau pun sepatah dia tanya, sepatah kau jawab. Mestilah dia ada rasa segan.” Katanya mudah. “Alah… dah nampak sangatlah yang dia memang syok dekat kau, kalau tak takkanlah setiap minggu dia bagi kau strawberry chocolate nih!” Ujarnya lagi seraya menunjukkan beg kertas yang berisi strawberry chocolate tadi.

Tiba-tiba bunyi irama ringtone Never say Good Bye. Intan dan Nadia tercari-cari dari mana datang bunyi itu. Ketika mengeluarkan bekas strawberry chocolate yang diberi oleh Micheal mereka berdua-dua sama-sama tercengang melihat ada kotak telefon bimbit baru di dalamnya. Kotak telefon bimbit itu dibuka. Dan ternyata, bunyi ringtone itu tadi datangnya dari telefon bimbit ini.

“Jawablah.” Nadia mengarah.

“Taknaklah.” Balas Intan ragu-ragu. Dia sekadar memandang telefon bimbit yang masih menjerit itu.

“Jawabbbbb!!” Arah Nadia lagi dengan sedikit geram.

“Hee…llloo..” Intan menjawab panggilan telefon itu dengan suara yang sedikit gagap. Mendengar suara dari hujung talian, Intan sudah tahu siapa orangnya. Lama-lama bibirnya mengukir senyum bahagia. Lama-lama perbualan mereka menjadi mesra. Lama-lama dia telah seperti melupakan Nadia yang ada disebelahnya dan hanya tersedar apabila Nadia buat-buat batuk berulang kali. Selepas hampir setengah jam berborak di telefon talian ditamatkan. Senyuman masih lagi belum lekang dari bibir Intan.



“Micheal kata telefon ni dia bagi aku. Hadiah.” Ujar Intan tanpa diminta. Dahinya berkerut sambil melihat telefon bimbit yang berada di dalam tangannya.

Mulut Nadia melongo. Dia turut sama memandang telefon Blackberry itu.

“Dia kata, dia hadiahkan telefon bimbit ni pada aku supaya senang nanti dia nak call aku. Soal bil tak payah risau. Dia yang akan bayar. Aku guna ajer.” Kata Intan sedikit kurang gembira dengan pemberian hadiah yang tidak disangka-sangkan ini.

“Serius?” Nadia menyoal tidak percaya. “Bertuahnya kau. Belum apa-apa dia dah sudi nak spedo bil telefon.” Nadia bersuara sedikit sinis.

Intan sedikit pun tidak terkesan dengan kata-kata Nadia itu malah dia mula menayang sengih pula. Gaya Nadia seperti cemburu apabila dia menerima hadiah mahal ini dari Micheal. “Aku pun tak hadaplah Nad. Nanti aku ingat nak pulangkan baliklah telefon bimbit ni.” Ujar Intan meluahkan apa yang terbuku di hatinya sejak Micheal memberitahu yang telefon ini hadiah daripanya untuk dia.

“Eh kau gila. Rezeki jangan ditolak. Maut jangan dicari. Dia dah bagi. Ambil ajerlah.” Nadia menentang.

“Tapi aku tak naklah. Aku tak perlukannya. Mahal kut!” Balas Intan.

“Mahal tak mahal dah dia bagi kau ambil ajerlah. Bukan kau yang minta. Lagipun inilah satu-satunya cara untuk kau selalu berhubungan dengan dia kan.” Balas Nadia pula.

“Nad, aku dengan dia tak ada apa-apa jadi mana boleh suka-suka hati dia bagi aku hadiah mahal macam ni.” Intan bersuara polos.

Nadia mengetap bibir. “Ngeee…” Dia mengetus geram. “Sekarang memanglah tak ada apa-apa, tapi dengan telefon ni la kau akan ada apa-apa dengan dia. Eh.. Kau boleh tak jangan jadi lurus sangat.” Nadia melempiaskan marah. Dari dahulu sehingga sekarang Intan memang begitu. Lurus tak kena tempat. Sebab itulah apa sahaja yang Mak Su Maria lakukan Intan tabah menerima tanpa ada rasa mahu mempertahankan diri. Padahal kalau ikut logik, Intan yang dah besar begini, boleh sahaja kan nak larikan diri dari cengkaman Mak Su Maria yang kejamnya mengalahkan emak tiri Cinderella. Huh!!

Intan mendiamkan diri. Dia cuba mencerna kata-kata Nadia yang seperti peluru torpedo itu.

“Boleh tahan romantic juga apek Cameron Highland ni kan. Dah la bagi strawberry coklat. Lepas tu kasi hadiah telefon mahal pulak tu.” Ujar Nadia lagi, kembali mengukir sengih mengusik.

Intan yang mendengar tersengih-sengih malu.

“Ellehh.. Sukalah tu. Ada orang syok kat dia.” Giat Nadia. Lengan Intan disendeng dengan lengannya.

Muka Intan merona merah. Walaupun ada rasa malu, tetapi rasa bahagia tetap terselit sedikit bila Nadia mengusiknya begitu.

“Dah… dah lebih baik kau balik sekarang juga. Pergilah balik kat tempat kerja kau . Aku nak buat kerja ni. Layan kau tak siap gubahan bunga untuk customer aku ni nanti. Dah lah nak datang ambil pukul satu karang.” Balas Intan sudah tidak mahu lagi berborak-borak kosong dengan Nadia. Rasanya hari ini tak banyak kerja dapat dilakukan selain dari melayan Nadia sahaja.

“Hish.. Yerlah.. Yerlah… Dah dapat telefon baru terus halau aku. Nak sambung borak dengan Micheal la tu.” Ujar Nadia berpura-pura merajuk.

“Bukanlah. Tapi aku ada kerja ni. Nanti Auntie May balik tengok kau lepak dekat sini, tak pasal-pasal aku kena marah.” Ujar Intan.

“Yerlah. Yerlah. Tapi bagilah aku sikit strawberry chocolate tu.” Pinta Nadia dengan muka yang tidak malu.

“Ambil lah sikit. Jangan kau habiskan semua sudahlah. Lepas ni kau balik ya. Aku dah ada pelanggan ni.” Sempat Intan berpesan lagi sebelum dia melayan pelanggan yang baru sahaja memasuki kedai Auntie May.

“Yerlah.” Sahut Nadia seraya terus memenuhkan buah-buah strawberry bersalut coklat itu didalam kedua belah tangannya yang dirapatkan. Selepas itu dia keluar dari kedai bunga Auntie May sambil menyanyi dengan hati yang girang.



















Kupilih Hatimu 1

Bab 1


Pagi yang seperti biasa. Cuma hari ini dia bangun tidur agak awal sedikit. Sempat dia menghabiskan bacaan surah Yassin untuk disedekah kepada arwah ayah sementara menunggu masuk waktu Subuh tadi. Selesai solat, Intan terus bersiap untuk ke tempat kerja. Walaupun rutin kerjanya bermula pada pukul lapan pagi, tetapi dia lebih gemar untuk pergi awal. Tambahan pula, hari ini Auntie May, tauke kedai bunga tempat dia bekerja masuk agak lewat. Dialah yang bertanggungjawab untuk membuka pintu kedai.

“Intan, bila kau nak berhenti kerja dekat kedai bunga tu.” Soal Mak Su Maria ketika Intan baru sahaja mahu menuju ke dapur.

Langkah Intan terhenti di tepi meja makan. Kelihatan Mak Su Maria sedang bersarapan pagi. Pak Su Khalil pula sedang terlentang di depan televisyen sambil sedap berdengkur. Mungkin Pak Su Khalil menonton bola sehingga ke lewat malam. Kerana itu pagi ini dia masih lagi terlentang di ruang tamu rumah bersama tin Coca-Cola dan bungkusan kacang cap Ngan Yin.

“Kenapa pula Intan nak berhenti kerja Mak Su?” Soal Intan kurang faham. Sudah bertahun dia bekerja di kedai bunga milik Auntie May. Sejak dia habis SPM lagi. Dia sudah seronok bekerja di situ. Apatah lagi mendapat majikan seperti Auntie May yang sangat bertimbang rasa.

Mak Su Maria merengus. “Kalau kau berhenti kerja senang. Bolehlah kau tolong aku dekat restoran tu.” Balasnya sedikit kasar.

Intan mengerut dahi. “Selama ni pun kan memang Intan tolong Mak Su dekat restoran tu pun kan.” Intan menjawab kembali.

“Tu bila malam jer. Habis siang-siang, macam mana?” Mak Su Maria mula meninggikan suara apabila Intan seakan-akan terlalu bodoh untuk memahami maksud kata-katanya itu..

Intan menelan air liur. Dia menjeling Pak Su Khalil yang semakin galak pula bunyi dengkurannya. “Mak Su kan ada pekerja Mak Su sendiri. Dah kenapa pula siang malam pun Intan nak kena tolong Mak Su dekat kedai.” Intan menjawab berani. Kadang-kadang dia sudah tidak larat lagi untuk bekerja siang malam. Siang-siang dia perlu bekerja di kedai bunga Auntie May. Malam pula, Mak Su mengerah tenaganya untuk bekerja di restoran Mak Su. Setiap malam dia bekerja di restoran Mak Su tanpa ada bayaran diterima kerana Mak Su pernah berkata, bayaran tersebut telah dipotong untuk membayar bilik, bil api air dan makan minum selama dia masih lagi tinggal bersama Mak Su. Kadang-kadang Intan pelik. Berapa ringgit sangatlah maintenance hidupnya di rumah ini sehingga semua gaji di restoran itu Mak Su ambil malah ¼ gaji yang diterima hasil dari bekerja di kedai bunga Auntie May pun Mak Su minta juga. Katanya gaji di kedai bunga Auntie May itu adalah bayaran untuk melunaskan hutang yang pernah arwah ayah pinjam daripada Mak Su dulu. Bila difikir-fikirkan dia terasa seperti hamba Mak Su, namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Selalu dia berpesan pada diri agar biarkan sahaja Mak Su mengambil kesempatan seperti itu, anggap sahaja itu semua sebagai balasan untuk dia membalas ehsan Mak Su yang sudi memelihara dia selepas ayah meninggal dunia.

Bukan dia tidak mahu membantu Mak Su di gerai siang dan malam, tetapi Intan tau, Mak Su majikan yang agak kejam. Mengerah tenaga pekerja teruk-teruk, tetapi bayaran yang diberikan tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Intan lelah.

Mak Su Maria menjegilkan biji matanya. “Kau ni kan Intan, kalau tak menjawab cakap aku tak boleh ker. Kau tau tak, daripada aku gajikan orang lain, biarlah aku gajikan kau.” Herdik Mak Su Maria lantang. Intan yang mendengarnya sekadar terkulat-kulat.

“Lagipun, si Baim tu dah berhenti kerja. Dapat kerja kontrak katanya.” Sambung Mak Su Maria lagi menggendurkan suaranya.

“Baim tu lari kut dah Mak Su bayar gaji pun ciput, siapa yang tak lari.” Mulut Intan kumat kamit menjawab perlahan. Suaranya antara dengar dengan tidak sahaja.

“Apa dia kau cakap tadi.” Soal Mak Su Maria seperti mendengar ada suara yang sedang memerlinya.

Intan cepat-cepat menggeleng laju. “Tak ada apa-apa.” Katanya dengan muka penuh confident. Mata Mak Su Maria mencerun memandang Intan.

Air liur yang ditelan terasa berpasir di kerongkong. “Kenapa Mak Su tak suruh suami baru Mak Su tu ajer yang kerja dengan Mak Su. Dari duduk dekat rumah ni, lebih baik dia tolong Mak Su dekat kedai. Lagi ada faedah.” Ujar Intan sambil muncung menjuih ke arah Pak Su Khalil yang masih lagi lena.

“Kau nak mengajar aku pulak ker.” Soal Mak Su keras. Suaranya memetir.

“Tak adalah… Orang…”

Mak Su Maria pantas memotong sebelum Intan menghabiskan kata-katanya. “Dah..dah.. Kau nak pergi kerja kan. Pergi..pergi.. nanti lagi lama aku bercakap dengan kau makin menyakitkan hati aku. Kau dengan mak kau tu sama ajer. Mak kau menyusahkan abang aku. Kau pulak menyusahkan hidup aku. Kau orang anak beranak ni memang membawa sial sahaja di dalam keturunan aku.” Getus Mak Su Maria sengaja mahu mengungkit kisah ibu Intan.

Intan tersentak apabila Mak Su membangkitkan soal ibunya. “Apa Mak Su ni. Kalau marah Intan, tak payahlah babit-babitkan ibu pula.” Ujar Intan sebelum terus berlalu pergi.

Sekali lagi apabila soal ibu yang diungkitkan oleh Mak Su, hati Intan bagai disiat-siat. Ibu bercerai dengan ayah ketika dia di tingkatan tiga lagi. Ibu memohon cerai selepas ayah lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Selepas sah penceraian ibu keluar dari kampung dan tidak lagi kembali. Kini sudah hampir lapan tahun Intan tidak mendengar khabar ibu. Ibu sihat atau tidak dia tidak tahu. Sebelah sisi jiwanya sangat-sangat merindui ibu, manakala sebelah sisi lagi, ada rasa marah yang berbuku. Kenapa ibu harus memilih untuk bercerai dengan ayah ketika ayah sedang sakit. Ibu tidak mahu hidup susah, sedangkan ketika kami sekeluarga hidup senang kami sangat bahagia.

Ayah meninggal dua tahun selepas ibu pergi meninggalkan kami. Kemudian, Mak Su Marialah yang menjaga Intan. Sejak itulah kehidupan dia, Intan Nuraini semakin tersiksa. Mempunyai Mak Su yang garang, dan juga Pak Su yang bermata keranjang sangat-sangat mencabar diri dan kesabaranya. Terasa dia mahu lari sahaja dari sini, tetapi dia tidak tahu mahu lari ke mana. Mujur ada Nadia dan Auntie May yang sudi menjadi tempat dia meluah perasaan. Jika tidak pasti dia gila menanggung beban ini seorang diri.

Pinnn!!

Intan tersentak apabila mendengar bunyi hon kereta yang panjang itu. Dia menoleh. Nadia sedang menurunkan cermin keretanya.

“Kenapa tak tunggu aku. Berjalan pun menonong ajer.” Tegur Nadia dari dalam keretanya.

Tanpa menjawab soalan Nadia itu Intan terus masuk ke dalam perut kereta Nadia. Dia melepaskan keluhan kasar.

“Mesti Mak Su kau cari ungkit pasal ibu kau lagi kan.” Tebak Nadia yang sudah seakan tahu apa yang membuatkan mood Intan kurang baik hari ni.

Intan hanya mendiamkan diri. Dia lempar pandangan ke luar tingkap kereta.

Nadia turut sama mengeluh perlahan. “Tak apalah. Kau mesti belum sarapan kan. Lagipun awal lagi ni. Aku bawak kau sarapan dulu. Aku belanja.” Pujuk Nadia.

Sedikit-sedikit Intan tersenyum kecil. Dia mengalih pandang pada Nadia yang sudah mula menolak gear ke huruf D. Sayangnya dia pada Nadia kerana setiap kali dia gusar dan berdepan dengan masalah pasti Nadia ada untuk buat dia selalu rasa selesa.

Minta Maaf Banyak-Banyak

Sebelum apa-apa nak mintak maaf banyak-banyak.

Bila saya check2, manuskrip Pencinta Terbaik tu tak ada dalam lappy baru dan hanya simpan dalam pendrive, tapi 4 minggu lepas saya telah kehilangan pendrive tersebut ketika membeli bihun sup di Taman Warisan.  Walaupun saya stop sekejap menulis Pencinta Terbaik tu *waktu tu lappy lama rosak, harus tak ada mood* tp cerita tu dah siap separuh.  Saya redha sebab saya tahu Dia mahu saya menulis sesuatu yang lagi baik daripada yang versi lama itu. 

Thursday, September 13, 2012

Cerita Baru

Sebab jalan cerita Pencinta Terbaik tu tersekat di dalam kepala dan tak mampu nak dimuntahkan setakat ini, saya tukar untuk menulis cerita baru. 
Jangan marah. 
Ini benda normal yang berlaku di dalam kehidupan seorang penulis novel.  :)
Sebelum apa-apa mari kita layan dulu hero heroin dalam bayangan saya ketika menulis cerita ini. 
Cerita, KUPILIH HATIMU cubaan pertama letak tajuk jiwang :P

Megat Imran

Intan Nurain

Michael Lee a.k.a Mikail Lee Abdullah

p/s: sedikit keji bila biar Adi Putra bersaing dengan Lee Dong Wook *ker patut tukar ke Nazim Othman :P

Wednesday, June 27, 2012

Pencinta Terbaik 9

BAB 9


“Kenapa kau tak pernah nak bagi peluang pada Fendi. Aku rasa kalau kau cuba berbaik dengan dia, dia pun akan cakap elok-elok dengan kau. Aku tengok dia serius sukakan kau. Kau jer yang menyiga tak kena tempat” Soal Syila kepada Airani ketika mereka sedang enak menonton dvd drama korea.

“Owhh… Sekarang kau nak cakap aku yang salahlah. Kau pun dah nampakkan betapa puakanya mulut dia.” Airani menjawab geram. Dua belah tangan memeluk tubuh. Dengusan kasar dilepaskan.

Syila menutup majalah Wanita yang dibacanya. Dia memandang Airani yang berwajah bengis. “Mulut kau puaka jugak kan bila depan dia. korang seri. Cuba kau buang yang keruh ambil yang jernih.” Syila cuba untuk meredakan ketegangan Airani.



Airani memcebek apabila Syila kini mula mahu menyalahkanya juga. Dia diam sejenak sebelum berkata.

“Tak mungkin aku boleh lupa apa yang dia cuba buat kat aku dulu. Dia yang buat aku benci dia sampai mati.” Balas Airani. Dahinya berkerut-kerut menahan geram apabila mengingati kisah yang lalu.

“Dia penah rogol kau ker.” Soal Syila seraya mengambil tempat disebelah Airani. Dia begitu teruja mahu mengetahui punca sebenar kenapa temannya itu begitu bencikan Fendi. Sebagai seorang lelaki, Syila melihat Fendi tidak kurang cacat celanya. Orangnya baik. Cukup mengambil berat. Cuma kadang-kadang usikan Fendi terhadap Airani tu agak keterlaluan. Tapi mana tahu itu sahaja cara untuk dia meraih perhatian Airani. Alah.. Taktik mahu mengorat kan ada macam-macam jenis.

Airani tersentak dengan soalan Syila itu. “Choii.. Taklah sampai macam tu.” Balas Airani geram. Agaklah sikit. Kisah dia dan Fendi tidaklah seperti drama tv atau pun drama-tv-adaptasi-dari-novel.

Syila mencebek. “Habis tu. Dramatik sangat pun cara kau cakap tadi. aku ingat dia penah rogol kau.” Balas Syila selamba sebelum dia mula mengekek ketawa menonton aksi lucu dan romantic Dong Wook di kaca televisyen.

Airani melepaskan keluhan kecil. “Kau ingat kisah aku ni ala-ala cerita novel ker. Taklah. Masa aku form 3, dia boleh curi surat cinta yang aku nak bagi dekat Lutfi. Beb, aku punya surat cinta cikgu disiplin baca masa perhimpuan sekolah. Kau tak kerasa benda tu adalah sesuatu yang sangat memalukan aku dan menjejaskan emosi aku sepanjang bersekolah dekat situ.” Airani mula membuka cerita. Alkisahnya itulah punca kenapa sampai sekarang dia benci sangat dengan Fendi yang memang suka menyibuk akan urusan peribadinya. Suka hati dia lah kan nak couple dengna siapa pun di sekolah itu. Ternyata sikap menyibuk Fendi itu telah membuatkan dia terkantoi dan didenda. Sebab Fendi juga abah mengamuk sakan. Bayangkan, dia yang ketika itu baru berusia 15 tahun telah diugut oleh abah. Macam ni lebih kurang kata-kata abah itu.

“Kalau dah gatal sangat nak bercinta, tak payah sekolah, kahwin terus!”

Errkk…. Ngeri. Tak boleh nak bayangkan bersanding pakai uniform sekolah!

Syila mempamerkan wajah pelik. “laa… Itu jer?!” Soal Syila seraya dua belah keningnya terjongket naik ke atas. Seketika kemudian Syila meletuskan ketawa yang kuat.

Kini Airani pula yang menjadi pelik dengan riaksi syila itu. “Apasal kau gelak. Bukannya aku buat lawak pun. Aku cerita yang betul.” Soalnya tidak faham.

Serta merta ketawa Syila yang besar itu terhenti. Dia cuba menahan gelaknya dari terburai lagi. “Takkanlah sebab itu pun kau nak sentap sampai makan tahun beb. Tak berasas langsung kau tau tak. Macam stupid jer. Yang kau masa tu gatal-gatal tulis surat cinta untuk Lutfi tu apasal.” Ujar Syila.

Airani mencebek sebelum menjawab. “Aku gatal masa tu aku tahulah, yang dia gatal-gatal tangan pergi selongkar beg sekolah dan curi surat cinta aku dan bagi pada guru disiplin apa kes. Memang nak cari pasal kena benci seumur hiduplah tu.” Balas Airani dengan penuh perasaan benci.

“Habis masa tu Lutfi macam mana.” Syila bertanya.

“Gila tak marah. Marahlah, aku punca dia kalah pilihanraya nak pilih ketua pelajar. Sebab aku last-last Kak Fiza yang dapat jadi ketua pelajar.” Jawab Airani. Suaranya mengendur. Dahinya berkerut. Dia seperti terbawa-bawa ke dalam kenangan di zaman persekolahannya dahulu..

“Kalau Lutfi marah kat kau masa tu habis macam mana korang boleh couple.” Syila mula menunjukkan minat tentang bagaimana berseminya percintaan Airani dengan Lutfi dahulu. Mendengar soalan Syila itu, serta merta bibir Airani menarik senyum. Bola matanya merenung ke syiling. Dia mula membayangkan betapa indahnya saat-saat manis di awal percintantaannya dengan Lutfi. Owhh… Seluruh jiwanya benar-benar mahu melewati waktu-waktu indah itu.

“Masa pergi camping. Aku satu group dengan Lutfi.” Airani memulakan mukadimah kisah cintanya itu. Kusyen kecil diletakkan di atas lutut sambil tangan menongkat ke dagu. Tanpa memandang Syila di sebelah dia terus tersenyum-senyum lagi mengingati peristiwa itu. Syila hanya diam. Dia cuba mendengar dengan teliti apa yang ingin disampaikan oleh Airani.

“Masa tu tak tahu macam mana aku dengan dia boleh tersesat dalam hutan berdua. Dan-dan tu jugaklah kaki dia cedera sebab terseradung akar kayu. Apa lagi, aku ambil peluanglah, papah dia, tolong dia. masa nak tunggu diselamatkan tu lah dia bagi tahu aku yang dia sebenarnya pun syok jugak dekat aku cuma dia tak sangka aku yang akan ambil langkah awal terlebih dulu dengan bagi surat tu.” Airani menyambung lagi. Sesekali dia ketawa kecil. Bola matanya masih lagi ke atas. Bibirnya masih lagi mahu tersenyum.

Syila yang mendengar hanya menggeleng kepala apabila melihat wajah Airani yang begitu berseri-seri menceritakan kisah percintaannya yang konon-konon romantic itu seperti gadis itu telah terlupa yang Lutfi Adam di dalam kisahnya itu telah selamat menjadi suami kepada seorang wanita yang lain.

“Ahhh……” Airani seperti melepaskan satu nada lega. Jemari di kedua belah tangannya disilangkan sambil tangan diregangkan ke depan. “Sweet tak love story aku.” Soalnya setelaha berjaya menamatkan kisah cinta yang penuh epic itu.

Senyuman yang sejak tadi menghias wajah Airani hilang perlahan-lahan apabila melihat muka Syila yang sangat tidak berperasaan itu.

“Sweet. Tapi kau tak payahlah over senyum sampai ke telinga. Dia dah jadi suami orang pun.” Balas Syila yang akhirnya menyedarkan Airani semula yang kisah epic itu telah menjadi satu kisah cinta yang sangat tragis. Kisah cinta ini tidak ada manisnya. Malah kisah cinta ini telah membawa seribu episod duka untuk dia. Happily ever after hanya ada di dalam kisah dongeng sahaja.

“Tu yang aku sedih tu. Tak sangka betul aku, kak Fiza tu aku dah anggap macam kakak aku tau. Dia kakak angkat aku yang dari dulu mendukung hubungan aku dengan Lutfi, last-last dia pulak yang caras Lutfi dari aku.” Airani membalas rendah. Dia mengeluh lemah lagi.

“Alah…orang sekarang dekat corner pun dah boleh masuk lane.” Ujar Syila.

“Aku tahu. Aku sedihlah.” Balas Airani sambil membuat muka toya. Kini mood untuk menonton drama korea sudah lari bila emosi sudah sedikit terganggu apabila mengenang semula kisah yang melukakan hati dan perasaan itu.

Syila memandang ke arah Airani yang berwajah sugul. Dahinya berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu. “Eh.. Tapi kau boleh jer cuba dengan Fendi. Muka yang kiut macam tu, pasti memiliki hati yang baik dan kiut jugak.” Tutur Syila lancar sambil keningnya menari ronggeng.

“Hahaha…” Airani buat-buat ketawa dengan cadangan kelakar Syila itu. “Kau belajar dari mana ni, muka kiut hati kiut ni. Tak ada maknanya.” Selar Airani.

Syila berdecit. “Kau selalu berprasangkalah. Tu la masalah kau.” Ujar Syila pula yang sudah masak tentang perangai Airani.

“Aku bukan berprasangka. Tapi kenyataanlah.” Airani cuba menegakkan pendiriannya.

“Cer cuba…cer cuba… aku rasa kau ni kena cari pengganti Lutfi cepat-cepat. Selagi kau tak cari pengganti Lutfi selagi tu lah kau emosi tak habis.” Tutur Syila. Kebiasaannya memang begitu. Kalau dah biasa ada orang sayang, ada orang ambil berat, tiba-tiba kena lalui hidup ni sorang-sorang, memang akan mengkucar kacirkan jiwa. Emosi apatah lagi.

Airani mengeluh. Matanya juling ke atas. “Tapi aku tak lah desperate sangat nak cari pengganti sampai main hauk apa yang ada dekat depan mata. Aku pun ada taste jugak.” Kata Airani masih lagi dengan pendiriannya.

“Suka hati kau lah. letih tau bagi nasihat dekat kau ni. bukan dengar pun.” Balas Syila yang sudah malas mahu berdebat dengan sahabat yang keras kepala itu.

“Dah…Kalau kau letih, aku lagi letih nak dengar nasihat kau tu. Macam mak akulah. Aku masuk bilik dulu yer. Aku ngantuk ni. Nak tidur.” Ujar Airani seraya bangun dari duduknya.

“Eh… Kau tak nak tengok ker DVD korea ni sampai habis.”

“Esoklah. Mata aku dah mengantok sangat ni. Lagipun emosi aku terganggu, tak ada feel nak layan cerita romantic.”

Syila ketawa mendengar jawapan cliché Airani itu. Semendang emosi terganggu!

“Yerlah. Sebelum kau tidur, kau ingat cakap aku ni. Jangan terlalu membenci orang, takut nanti orang tu yang akan jadi cinta kita sampai mati.” Syila berkata penuh makna.

Airani ketawa mendengar kata-kata Syila itu. “Novel Melayulah sangat kan…” Katanya sebelum mendaki tangga untuk naik ke atas.

Sebaik masuk ke bilik Airani terus mendaratkan badan di atas katil. Dia ambil teddy bear kecil pemberian Lutfi yang masih lagi ada dalam simpanannya. Yang pada dia teddy bear ini seperti ehsan dari Syila yang masih lagi bertimbang rasa memberi memberi kebenaran kepadanya untuk menyimpan satu hadiah sweet dari Lutfi ini. Teddy bear kecil itu dipeluk erat sebelum lampu tidur dipadamkan. Malam ini dia ingin mimpi indah-indah. Tak dapat dalam dunia realiti, dalam mimpi pun jadilah. Sekurang-kurangnya ada sebab untuk dia kembali tersenyum apabila bangun tidur esok hari.