Tuesday, December 11, 2012
Kupilih Hatimu 16
Bab 16
Dia rasa terasing.
Dia rasa terpinggir.
Dah hampir dua minggu dia tidak mendengar suara Umi. Marah Umi masih bersisa lagi.
Mak Wan?
Mak Wan pun macam tak mahu berkata apa-apa. Sampai masa untuk makan, Mak Wan panggil. Lepas tu Mak Wan menyambung kerja. Tak ada gurau senda Mak Wan seperti selalu.
Intan?
Dia malas nak layan perempuan seorang itu. Intanlah punca kejadian ini. Kalau bukan Intan yang mempengaruhi umi takkanlah selepas tiga tahun baru umi nak mengungkit yang tindakannya selama ini tindakan yang salah. Ikut hati nak ajer dia pecat Intan tapi tak boleh. Intan adalah yang terbaik setakat ini dalam meneladani karenah umi selepas Mak Wan. Umi pun sudah semakin serasi dengan Intan. Kalau dia pecat Intan, pasti Umi lagi sentap. Imran tak mahu mengecilkan hati umi. Dia rasa bersalah pada umi kerana meninggikan suara. Bila dia minta maaf, umi buat dek ajer. Imran kusut.
“Hey bos apahal ni.” Tegur Rafi dari muka pintu pejabat Imran. Selepas projek di Ipoh selesai, Rafi telah kembali menyambung kerjanya di sini.
Imran mencebek. Tidak menyahut teguran Rafi itu.
Rafi mengekek ketawa. Apabila tiba waktu kerja, dia dan Imran bukan lagi antara majikan dan pekerja. Mereka kembali menjadi sahabat selepas waktu kerja.
Imran memandang muka Rafi dengan bengang. Rafi masih lagi tidak mahu berhenti dari mentertawakannya. Menyesal dia menceritakan pada Rafi bagaimana satu rumah memboikot dia. Baik umi, baik Mak Wan dan Intan juga.
“Tak balik lagi kau. Bukan selalu kau balik awal ker sekarang ni.” Soal Imran. Sekarang rutin Rafi dah berubah. Semenjak ada anak kecil ni, dia selalu sahaja balik awal. Tak sabar-sabar mahu menatap wajah Muhamad Huqaish. Kadang-kadang masa makan pun tiada topic lain yang akan dibualkan. Hanya berkisahkan tentang Muhamad Huqaish sahaja.
“Aku dah cakap dekat Diana aku balik lambat sikit hari ni. Aku nak spent time dengan kau. Aku dah lama tak keluar dengan kau. Bolehlah kau belanja aku. Sambil-sambil tu boleh juga aku tolong leraikan apa yang kusut sangat dalam kepala kau tu Im.” Beritahu Rafi.
Imran ketawa mendengar kata-kata Rafi yang berbau prihatin itu. “Diana tak pernah cemburu dengan aku ke Fi. Yerlah, kau asyik dengan aku ajer.” Imran menyoal bodoh.
Giliran Rafi pula melepas tawa. Dia faham makna soalan Imran itu. “Tak. Dia tak heran pun dengan kau. Sebab dia tahu suami dia adalah seorang lelaki yang gagah perkasa.”
“Kau gagah?”
“Yerlah. Muhamad Huqaish buktinya. Kau ada?” Hidung Rafi kembang kempis.
Imran diam. Ya lah. Kelahiran Muhamad Huqaish tu menjadi simbol kegagahan Rafi sebagai seorang lelaki. Imran muak. Harap Rafi tak mengulangi ayat yang sama kali ini.
“Jomlah. Kita pergi minum.” Ajak Imran sebelum Rafi terus melalut dengan bercerita tentang pengalaman-pengalaman orang yang sudah berkahwin semata-mata mahu membangkit rasa cemburu dia.
“Apa salahnya kalau kau kikis sikit ego kau tu Im. Ikut ajer cakap umi kau.” Ujar Rafi ketika mereka berdua minum di cafĂ© berhampiran dengan pejabat.
“Aku kalau tengok si Intan tu, kecik besar.. kecik besar ajer tau. Ni sebab dia punya pasal lah ni. Owh… Tak dapat cakap dengan aku pasal ni, dia cakap dekat umi pulak.” Getus Imran. Dia menyandar malas pada kerusi. Rambut yang sedikit ke depan diselak.
Terbit senyum simpul dari bibir Rafi apabila sekali lagi nama gadis itu naik di bibir Imran. “Umi kau memang baikkan dengan Intan. Agaknya nak dijadikan menantu.” Kata Rafi melencong topik.
Imran memandang Rafi yang sudah mengekek ketawa. “She’s not my taste. Aku takkan nak perempuan yang hari-hari pakai baju kurung, lepas tu kelam kabut dan lepas tu hari-hari kerjanya bergosip dengan Mak Wan pasal aku dekat dapur.” Ujar Imran sedikit geram. Rutin Intan hari-hari macam tu lah. Ada sahaja benda tak elok tentang dia yang diceritakan pada Mak Wan.
Ketawa Rafi semakin galak. “Macam nilah Imran, kau bawak ajerlah Farhana tu duduk dengan kau kalau itu yang akan buat umi kau gembira. Lagipun sampai bila kau nak diorang dalam rumah tu layan kau macam tak wujud ajer. Farhana tu ada ker tak ada ker dalam rumah tu bukan merugikan kau pun. Budak tu kecil lagi. Tak tahu apa-apa. Mungkin yang kau marah tu mak dia, bukannya dia.” Rafi memberi nasihat.
“Aku pun rasa aku dah tak ada pilihan.” Imran bersuara lemah tanda dia seperti sudah mahu melakukan gencatan senjata terhadap perang dingin yang berlaku antara dia dengan seluruh isi rumah.
“Kan bagus kalau kau berlembut macam ni.” Rafi memuji.
“Kau dengan Lydia macam mana pulak. Dia ada cari kau?” Rafi mengalih topik. Rasanya sudah lama nama Lydia tidak bermain di bibir Imran. Sejak dua menjak ini yang dia perasaan hanya nama Intan sahaja yang selalu disebut-sebut oleh Imran. Intan itulah. Intan inilah. Semua negatif.
“Itu pun satu lagi masalah. Tapi dalam minggu lepas dia ada datang ke rumah aku. Dia terserempak dengan umi aku dekat hospital, teruslah dia hantar umi aku sampai ke rumah.” Beritahu Imran tentang perkembangan hubungannya dengan Lydia.
“Aku rasa dia nak cuba berbaik-baik dengan umi aku dululah. Lepas tu baru dia akan berbaik dengan aku.” Sambungnya lagi bersama senyum yang tiba-tiba muncul dibibir.
Rafi memandang muka Imran yang tiba-tiba berseri. “Kau masih berharap lagi ker dengan Lydia tu.” Rafi menyoal. Kali ini nadanya menjadi serius.
Imran diam.
“Imran kalau aku cakap ni aku harap kau tak marah.”
“Apa dia?” Imran menyoal serius seperti seriusnya suara Rafi berkata-kata tadi.
“Cari perempuan lain Imran. Lydia tak sesuai dengan kau. Takkan kau nak, bakal isteri kau senang-senang kena pegang dengan mana-mana lelaki dekat luar sana. Lydia memang cantik, tapi apa maknanya cantik yang dia ada kalau senang dipegang-pegang.” Luah Rafi cuba mengambil berat.
“Semua benda tu boleh diubahkan.” Sangkal Imran cuba memenangkan Lydia.
“Kau yakin dia boleh berubah. Sekarang ni aku tengok makin menjadi-jadi semenjak dapat offer buat fashion show dengan Milan tu. Bukannya aku ajer cakap kau dengan dia tak sesuai Im. Diana pun kata kau dengan Lydia tu tak sesuai.” Kata Rafi.
“Kau ni macam umi aku tau.” Sindir Imran.
“Suka hati engkaulah Imran. Jangan nanti cakap aku tak pernah nasihat. Lagipun aku taknaklah kalau nanti kau dapat balance-balance lelaki lain. Kau berhak dapat yang lagi baik lagi bagus dari Lydia.” Kata Rafi senada.
Imran diam. Cuba menghadam kata-kata Rafi itu.
“Eh… Tapi pasal Intan tu, aku rasa betul lah, umi kau memang berhajat kut nak kenenkan kau dengan dia.” Giat Rafi.
Kali ini Imran membuat muka risau. Dia menelan air liur. Memang ketara sejak dua menjak ini umi memang baik sangat dengan Intan. Apa sahaja yang Intan katakan, semua betul pada umi. Terbit pula perasaan bimbang jika apa yang dikatakan Rafi itu betul-betul terjadi. Imran tidak boleh bayangkan andai satu hari umi memintanya untuk menjadikan Intan sebagai isteri. Owhh.. Kalau dia dengan Intan, samalah macam pinang diblender halus. Itu mimpi ngeri!!
Rafi ketawa besar apabila melihat Imran bertukar riak sehingga begitu. Teruk sangatkan Intan sehingga Imran begitu takut untuk dikenenkan dengannya.
Ketawa Rafi yang kuat menyedarkan Imran yang temannya itu hanya sekadar berjenaka. Tetapi kenapa hatinya masih berdegup kencang. Entah-entah, memang itu yang sedang difikirkan oleh umi sekarang. Owhh… Semoga semuanya tidak seperti yang difikirkan.
Dia telah berfikir semasak-masaknya. Tak ada apa yang lebih membuat dia gembira selain dari melihat umi bahagia. Seawal pagi Imran telah bangun dan bersiap-siap. Dia turun ke bawah dengan berpakai kemas.
“Eh.. Im. Nak ke mana ni?” Tegur Mak Wan sebaik sahaja terlihat kelibat Imran.
Imran mengambil tempat duduk bersebelahan umi. Dia mengerling kea rah Intan yang sekadar buat tidak tahu dengannya. “Hari ni kan dah start cuti sekolah. Jadi…” Kata-kata Imran tersekat. Dia curi nafas dalam-dalam. “Jadi Im nak ambil Nana dekat asrama. Biar dia habiskan cuti sekolah dia dekat sini.” Sambung Imran perlahan.
Kata-kata Imran itu membuatkan Puan Rahimah mengulum senyum. “Betul ni Imran. Imran tak main-main kan.” Ujar Puan Rahimah gembira.
Imran pegang tangan umi perlahan. Dia senyum melihat umi yang gembira. “Imran tak main-main umi. Mulai hari ni, rumah ni akan jadi rumah Nana juga. Setiap kali cuti sekolah Imran akan bawak dia balik sini.” Ujar Imran tenang.
“Terima kasih ya Imran. Umi tahu, Imran anak umi yang baik dan tak akan bantah kata-kata umi.” Dalam hati Puan Rahimah memanjat rasa syukur. Alhamdulillah. Akhirnya Imran berlembut juga.
Intan yang turut sama mendengar keputusan Imran itu turut sama mengukir senyum. Tak sangka ice berg sudah mencair. Tidak rugi usahanya bersama-sama Puan Rahimah selama ini yang sengaja melancarkan perang bisu dengan Imran.
“Awak kalau nak ikut saya bagi masa sepuluh minit dari sekarang untuk siap.” Tiba-tiba Imran mengeluarkan arahan kepada Intan yang sedang berbalas-balas sengih dengan Umi.
Intan tersentak. Dia memandang muka Encik Imran yang selamba menikmati bihun goring.
“Sembilan minit lagi.” Imran bersuara tegas.
Intan menelan air liur. Dia memandang Puan Rahimah. Puan Rahimah sekadar mengangguk tanda memberi kebenaran kepada Intan untuk pergi bersama-sama Imran untuk membawa Farhana pulang.
“Lima minit lagi.” Suara Imran kuat.
“Tujuh minit lah!” Intan menjawab sebelum cepat-cepat masuk ke dalam bilik untuk bersiap ala kadar.
“Terima kasih.” Kata Intan sebaik memasuki ke dalam perut kereta Imran.
“Terima kasih untuk apa.” Imran bertanya.
“Terima kasih sebab kali ini Encik Imran nak dengar cakap orang lain.” Balas Intan. “Dengar cakap saya pulak tu.” Katanya lagi. Perlahan tapi boleh didengar.
Imran mengerling. Ada senyum sinis yang terukir di bibir gadis disebelahnya itu. “Lebih baik awak berhenti dari cakap benda-benda yang mengarut.”
Amaran dari Imran itu membuatkan senyuman yang terbit mati serta merta. Intan cuba mengajuk lelaki ini berkata-kata.
“Seat belt.” Arah Imran sebelum kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah banglo dua tingkat ini.
Intan bengang melihat Encik Imran yang sedang makan dengan berseleranya. Macam mana lelaki ini boleh makan dengan berseleranya sedangkan Farhana masih lagi berada di dalam bilik. Ikutkan hati mahu sahaja Intan mengadu dengan Puan Rahimah tentang perangai Encik Imran. Baru pagi tadi buat baik dan dapat pujian, malam ni Encik Imran buat perangai balik.
“Apa pandang-pandang?” Soal Imran apabila perasan yang Intan sejak tadi asyik merenung dia makan sahaja.
“Nana tak makan lagilah.” Intan berkata geram.
“Takkan saya nak tunggu dia turun baru boleh makan. Ini kan rumah saya.” Imran menjawab.
Intan membuat muka jengkel. “Berlagaknya Encik Imran ni. Nasib baik puan pesan jangan ganggu dia baca Yassin, kalau tak…”
Imran mencelah tanpa sempat Intan menghabiskan kata-katanya. “Apa dia? Nak mengadu dekat umi? Mengadulah.” Kata Imran tidak takut. Dia sudah lali dengan sikap Intan yang sikit-sikit mahu mengadu domba dengan umi.
Intan berdecit. Dia meninggalkan lelaki itu. Kakinya mengajak naik ke atas. Pintu bilik Farhana diketuk dari luar. “Nana boleh Kak Intan masuk.” Intan meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik gadis manis ini.
“Masuklah Kak Intan.” Balas Farhana.
Intan mengambil tempat disebelah Farhana. Mata Farhana kelihatan basah. Ditangannya ada bingkai gambar dia bersama dengan ibu bapanya. Terselit perasaan sayu di hati apabila melihat Farhana begitu. “Nana, kenapa tak turun makan.” Kata Intan lembut seraya tangannya mengelus lembut rambut separas bahu Farhana.
Farhana senyum kelat. “Errmm.. Nana tak lapar Kak Intan.” Katanya perlahan.
“Tipu. Dari Nana sampai tadi Nana tak makan apa-apa pun.” Balas Intan.
Farhana diam. Dia menunduk wajah. Dia terasa asing tinggal di rumah besar ini.
“Tak apalah. Kak Intan dengan Mak Wan baru nak makan. Nana makan dengan kami sekali okey. Nanti kalau Nana tak makan, puan marah akak. Puan dah pesan tadi jangan biar Nana tak makan malam.” Kata Intan turut sama menitip pesan dari Puan Rahimah tadi.
“Jomlah. Nanti kalau perut masuk angin lagi susah.” Intan menarik tangan Farhana. Farhana serba salah untuk menolak. Dia menurut.
Ketika mahu turun dari tangga Intan dan Farhana terserempak dengan Imran yang baru selesai makan. Imran memandang tajam ke arah Farhana. Gadis kecil itu dijeling. Farhana berdiri dibelakang Intan. Dia takut memandang muka Abang Imran yang garang itu.
Intan menepuk-nepuk bahu Farhana. “Sudah-sudah. Buat tak tau ajer. Kat rumah ni memang ada orang tiap-tiap hari datang bulan.” Bisiknya perlahan.
Imran yang baru mendaki dua tiga anak tangga berhenti dan berpaling. “Saya dengar ni.” Katanya kuat.
Intan berdecit. “Telinga lintah.” Katanya sendiri.
“Intan!!!”
Teriakan dari Imran itu membuatkan Intan dan Farhana sama-sama mencicit lari ke dapur.
p/s: Saya upload seminggu 1 entry ajerlah ek. :) Happy Reading. Terima kasih juga pada siapa yang sudi jatuhkan komen.

Wednesday, December 5, 2012
Kupilih Hatimu 15
Bab 15
Intan menanti di muka pintu bilik sehingga Puan Rahimah menamatkan ayat terakhir pada surah Yassin yang dibaca. Sudah menjadi rutin Puan Rahimah, setiap malam Jumaat beliau akan membaca surah Yassin untuk disedekahkan kepada arwah suaminya.
Apabila sudah lama bekerja dengan Puan Rahimah, Intan semakin selesa dengannya. Puan Rahimah mungkin seorang yang sedikit cerewet tetapi dia juga adalah wanita yang baik. Intan selalu berangan-angan untuk memilik seorang ibu seperti Puan Rahimah yang sentiasa mengambil berat tentang anak-anaknya.
“Puan. Ubat.” Ujar Intan sebaik Puan Rahimah telahpun menanggalkan telekungnya.
Puan Rahimah mengambil butir-butir pil dan capsule dari mangkuk kecil itu lalu dimasukkan ke dalam mulut satu persatu diselang seli dengan air masak.
Gelas diletakkan kembali di dalam dulang yang masih ditatang oleh Intan.
“Terima kasih.” Ucapnya seperti biasa. Matanya merenung Intan yang masih lagi berdiri tegak dihadapannya. Kelihatan gadis ini seperti ingin mengatakan sesuatu kepadanya.
“Awak ada benda nak cakap dengan saya ker?” Puan Rahimah mula menyoal.
“Ermm…” Intan menjadi teragak-agak untuk bertanya.
“Apa benda ni Intan.” Soal Puan Rahimah lagi.
“Puan, puan tak nak bawak Puteri Farhana duduk dekat sini ker?” Intan menyoal takut-takut.
Soalan itu membuatkan Puan Rahimah terdiam. Dia merenung Intan tidak berkelip. Dada Intan berombak kencang apabila ditenung begitu oleh Puan Rahimah. Dia menelan air liur sebelum berkata lagi.
“Puan, dia tak salah puan. Tak patut dia dihantar di rumah anak yatim sedangkan dia masih ada keluarga.” Intan mencuri nafas sebentar.
“Puan, saya tau tahu dalam keras sifat puan, puan memiliki sifat seorang ibu. Takkan puan tak simpati pada Puteri Farhana. Dia anak arwah suami puan. Walaupun dia bukan anak puan, tapi puan boleh sayang dia macam anak puan sendiri.” Ujar Intan penuh berhati-hati. Takut juga jika Puan Rahimah memetir. Tetapi sebaliknya. Puan Rahimah hanya tenang mendiamkan diri. Intan tarik nafas lagi.
“Puan….”
Puan Rahimah mencelah sebelum Intan meneruskan lagi. “Intan, saya dah nak tidur ni. Boleh awak tinggalkan saya.” Pintanya lembut.
Intan sekadar mengangguk sebelum keluar. Diluar dia mengeluh perlahan apabila gagal memujuk Puan Rahimah agar mempertimbangkan kata-katanya tadi.
Sebaik sahaja Intan keluar Puan Rahimah menangis semahu-mahunya selepas puas menahan sebak.Setelah tiga tahun dia tidak pernah memikirkan tentang perkara itu sehinggalah gadis itu berani membangkitkannya semula. Ketika mendengar betapa beraninya Intan cuba mengungkit perihal Farhana tadi dia asalnya mahu sahaja menempelak gadis itu tetapi dek kerana sapaan lembut setiap nasihat dari Intan membuatkan hatinya berubah. Kata-kata dari Intan itu benar-benar membuatkannya sedar. Selama ini seluruh keluarganya telah mengabaikan Farhana. Malah mereka sekeluarga tidak pernah mempedulikan kehadiran Farhana. Amanat terakhir arwah suaminya mahu keluarga mereka kembali bersatu setelah ketiadaannya dipandang enteng. Malah dengan kejam dia juga tidak pernah kisah akan tindakan Imran menghantar Farhana ke rumah anak yatim sebaik sahaja ibu bapanya selamat dikebumikan.
Puan Rahimah sedar dia bukanlah seorang ibu yang baik jika terus membiarkan Farhana berada di rumah anak yatim. Dia memasang tekad mahu menunaikan amanat terakhir arwah suaminya itu. Jika dia menggunakan kuasanya sebagai seorang ibu, mungkin Imran juga boleh berubah hati dan membawa Farhana pulang ke pangkuang keluarganya.
Nafas Imran turun naik. Terasa dadanya sesak apabila umi tiba-tiba memanggilnya pulang awal semata-mata untuk membincangkan tentang perkara ini.
“Kenapa tiba-tiba umi nak sebut nama budak tu. Umi tahu kan keluarga kita tak ada kena mengena dengan dia.” Imran bersuara sedikit keras. Selama ini umi tidak pernah mempertikaikan tindakannya menghantar Farhana ke rumah anak yatim, tetapi hari ini Umi sendiri yang memintanya untuk membawa Farhana kembali ke sini. Imran tidak boleh menerima Farhana. Farhana tetap orang luar. Dia tidak sepatutnya berada di dalam keluarga ini. Fikir Imran.
“Imran dia adik Imran. Sampai bila nak menolak hakikat yang Imran dengan Farhana adik beradik.” Kata Puan Rahima lembut. Air matanya menitis sedikit demi sedikit. Bahu Imran dibelai. Imran seperti arwah suaminya. Walaupun bersifat panas baran, namun ada kelembutan di jiwa anak lelaki sulungnya itu. Sifat lembut itu hanya boleh dilihat oleh orang yang begitu mengenali Imran.
Imran bangun. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket slack yang dipakai manakala sebelah tangan lagi melonggorkan tali leher yang menjerut. Dia menuju ke tingkap. “Adik Imran cuma Amir ajer. Dia tak pernah ada apa-apa ikatan baik dengan Imran, Amir atau pun Umi.” Imran berkata seperti dia sudah memutuskan itulah hakikatnya.
“Imran.” Panggil Puan Rahimah. Masih lembut.
Imran memandang Umi kembali. Dia mengeluh perlahan. “Umi, kita dah janji kan tak akan cakap pasal hal ni?” Ujar Imran. Dia melutut mengadap umi. Tangan umi dipegang erat.
Puan Rahimah memandang tepat ke dalam mata Imran. Kepala Imran diusap perlahan.
“Imran, Farhana anak walid Imran. Dia ada hak dalam rumah ni macam Imran dan Amir. Dalam syarikat. Imran tak boleh senang-senang nak menafikan hak dia. Umi rasa kita dah keterlaluan masukkan dia dalam rumah anak yatim tu sedangkan kita semua masih ada. Umi rasa bersalah pada arwah walid Imran, sebab umi abaikan Farhana.” Puan Rahimah masih lagi cuba membeli jiwa Imran.
Imran bangun. “Apa yang mama Farhana buat pada umi tak boleh nak dimaafkan umi. Imran nampak sendiri macam mana dia cuba menggoda walid. Dia mengambil kesempatan atas kebaikkan umi.” Bentak Imran. Dia tidak akan dapat melupakan bagaimana Marlia menggoda walidnya dahulu. Imran tidak boleh menerima kenyataan bagaimana walid sanggup curang dengan umi yang ketika itu tidak berdaya dek kerana lumpuh akibat kemalangan jalan raya yang dialami.
Lagi meninggalkan kesan dihati Imran adalah apabila dia sendiri menjadi saksi kecurangan walid dan pengkhianatan Marlia sewaktu mereka berdua sedang berasmara di atas katil di dalam bilik umi. Waktu itu Umi berada dihospital akibat tekanan kerana lumpuh. Sebagai seorang anak, hancur hatinya melihat walid yang cukup dihormati tergamak melakukan perkara terkutuk itu di dalam rumah mereka sendiri. Imran sendiri telah menyuruh walid mengahwini Marlia jika hanya itulah satu-satunya cara yang dapat memuaskan nafsu walid sebagai seorang lelaki tetapi dengan syarat jangan sampai umi ketahuan. Imran tidak mahu bersubahat menanggung dosa walid dan dia juga tidak mahu umi terus menderita kerana kecurangan walid.
“Imran, umi tak pernah ajar anak-anak umi menjadi manusia keras kepala macam ni. Tolonglah umi Imran. Bawa Farhana balik ke sini.” Puan Rahimah merayu. Air matanya bercucuran jatuh.
“Arghhh!!!!” Getus Imran. Terus dia keluar dari bilik umi.
Intan yang mencuri-curi dengar perbualan dua beranak itu dari luar segera mendapatkan Puan Rahimah sebaik sahaja Imran keluar. Ketika Imran keluar tadi pun, pandangannya betul-betul menikam Intan. Intan dapat rasakan silap hari bulan memang dia akan kena penampar dari Imran kerana telah cuba mempengaruhi uminya. Ah… Intan tidak pernah takut pada lelaki Shrek itu. Imran lelaki yang ego. Pasti kena ada orang yang harus sedarkannya.
Intan menghampiri Puan Rahimah yang sudah menangis teresak-esak. Pilu hatinya melihat keadaan Puan Rahimah. “Puan…Puan okey?” Intan cuba bertanya. Bahu Puan Rahimah diusap lembut. Dia mahu wanita itu berada di dalam keadaan selesa.
“Intan…..” Panggil Puan Rahimah. Kedua tangannya cuba mendapatkan Intan. Intan yang mengerti menunduk sedikit. Puan Rahimah terus mendakap erat gadis itu. Puan Rahimah menangis semahu-mahunya di dalam pelukan Intan. Intan membiarkannya sahaja tindakan Puan Rahimah itu. Di dalam hati, ada sedikit rasa bahagia berbunga. Telah lama dia impikan untuk dipeluk sebegitu oleh seorang yang bernama ibu. Tanpa sedar Intan juga turut sama mengalirkan air matanya.
Setelah Puan Rahimah tidur Intan turun ke dapur. Seperti biasa dia membancuh Milo panas untuk Imran. Mak Wan telah menyerahkan tugas ini kepadanya. Mula-mula dahulu memang menyampah mahu membancuh Milo untuk Imran. Ada sahaja yang tak kena pada rasa Milo buatannya itu. Semedang nak kritik, padahal niat dia mengurangkan susu manis di dalam Milo Imran itu adalah untuk mengelakkan lelaki itu terkena penyakit kencing manis bila tua nanti.
Walaupun telah banyak kali dikritik dan dimarahi Intan tidak pernah peduli. Dia tetap mengurangkan kuantiti susu manis di dalam Milo Imran sehingga tekak lelaki itu sudah boleh menerima rasa Milo yang dia buat.
Imran jenis lelaki yang kalau apa yang dia marah dan bebel kita buat dek ajer lama-lama dia akan menjadi diam sendiri. Intan semakin mengerti dengan sikap Imran yang satu itu. Errmm… Mungkin dia boleh menggunakan cara air Milo itu untuk cuba membuat hati Imran lembut. Imran boleh bentak. Imran boleh marah. Jika dia hari-hari cuba provoke Imran dengan hal Farhana ini, mungkin lama-kelamaan terbuka juga hati lelaki Shrek itu. Insyaallah ada jalan. Semua masalah ada penyelesaian.
“Ini Milo panas Encik Imran.” Ujar Intan seraya meletakkan mug berisi Milo panas ditempat biasa. Imran tidak mengangkat wajah tapi dari bunyi dengusan-dengusan kasar setiap kali lelaki ini menyelak muka surat dokumen yang sedang dibacanya itu, Intan tahu yang Imran berada di dalam keadaan tegang. Dokumen yang diselak kasar itu sebagai tanda bagaimana dia sedang menunjuk perasaannya yang sebenar. Intan menelan air liur. Terdetik juga perasaan bimbang jika fail tebal itu akan melayang ke kepalanya nanti.
“Encik Imran tak baik Encik Imran tinggikan suara dengan umi Encik Imran tadi.” Ujar Intan perlahan.
“Awak diam.” Kata Imran keras tanpa mengangkat wajah.
Intan menelan air liur lagi. Perlukah dia mengambil risiko untuk menerima tamparan sulung dari lelaki ini? Hatinya menimbang. Intan menarik nafas dalam-dalam.
“Taknak. Saya taknak diam.” Dia berkata berani.
“What?” Imran mengangkat wajah. Matanya tepat merenung ke dalam biji mata Intan. Intan melarikan pandangannya. Dia membelakangkan Imran. Jika Imran terus terusan memandang dia begitu pasti dia tidak akan mempunyai kekuatan untuk bersuara. Sekarang pun lututnya sudah lemah. Mahu karang dia terus pengsan.
“Saya minta maaflah kalau apa yang saya nak cakap ni akan buat Encik Imran marah, sentap.” Kata Intan.
“Encik Imran patut rasa bersyukur. Walaupun ayah Encik Imran memilih untuk berkahwin lagi, dia tak pernah pun mengabaikan Encik Imran, Amir dan Umi encik. Arwah ayah Encik Imran tetap menjalankan tanggungjawab dia dengan adil.” Ujar Intan main belasah. Dia berkata berdasarkan info-info yang diterima dengan Mak Wan. Setiap hari sebelum tidur Mak Wan pasti akan bercerita sedikit sebanyak tentang orang-orang di dalam rumah ini.
Imran diam tidak bersuara. Intan menoleh kebelakang memandang Intan semula. Lelaki itu seperti bersedia mahu mendengar apa yang dia mahu katakan lagi.
“Nasib Encik Imran jauh lebih baik dari saya. Ibu saya tinggalkan ayah saya ketika ayah saya sedang sakit. Dia minta ayah saya ceraikan dia bila ayah saya tak mampu nak berikan segala kemewahan yang ibu saya nak. Ibu saya tinggalkan kami macam tu ajer. Selepas ayah saya meninggal mak Su saya yang jaga saya. Dan selepas tu saya dah tak pernah rasa sekali pun hidup bahagia. Saya faham perasaan Nana macam mana bila menjadi yatim piatu. Sekurang-kurangnya Encik Imran masih ada umi encik lagi yang boleh sayang Encik Imran dan Amir. Tapi Nana. Dia tiada ayah. Tiada ibu. Yang dia ada hanya Encik Imran sekeluarga. Walaupun Encik Imran dan Nana berlainan ibu tapi dia tetap adik Encik Imran. Dia tetap darah daging ayah Encik Imran. Encik Imran tak boleh nak buang Nana suka-suka hati macam tu ajer. Fikirlah orang lain juga Encik Imran.” Luah Intan sedikit beremosi. Nadanya menjadi sayu apabila terpaksa juga menceritakan sejarah hidupnya kepada Imran.
Imran memandang tunak ke wajah gadis itu.
“Dah habis cakap dah?” Soalnya tidak berperasaan.
Intan mengerutkan dahi. “Dah.” Jawabnya sepatah.
“Good. Kalau macam tu awak boleh keluar.” Imran menghalau. Dia kembali duduk dan menyambung kerja semula.
Intan menggenggam kedua belah tangannya. Ngeee…. Rasa macam sia-sia ajer bercakap dengan penuh emosi tadi tetapi Imran tetap buat batu. Imran buat suaranya tadi macam angin yang sepoi-sepoi bahasa. Tak ada apa-apa riaksi.
“Huh!!” Intan mengeluh kuat. Terus dia meninggalkan Imran bersama-sama egonya yang menggunung itu. Dasar stone!
Kupilih Hatimu 14
Bab 14
Di atas katil Intan masih lagi mengulit telefon bimbit barunya itu. Seronoknya bukan kepalang apabila hari ini Encik Imran begitu bermurah hati menghadiahkan dia dengan sebuah telefon bimbit mahal. Bukan sebarang telefon bimbit. Iphone 4S lagi tu…
“Tahulah dapat telefon baru. Takkan tak habis nak godek lagi benda alah tu.” Sindir Mak Wan yang baru masuk ke dalam bilik setelah habis berbual dengan Puan Rahimah.
“Mak Wan ni. Ini bukan sebarangan handphone tau. Ini Iphone 4S.” Intan memberitahu untuk kali yang ke sepuluh dengan Mak Wan tentang kecanggihan telefon bimbit barunya itu.
“Apa phone pun mana Mak Wan tau guna. Untunglah Intan, baru sebulan kerja dekat sini Imran dah belikan telefon mahal untuk Intan.” Kata Mak Wan sambil melabuhkan punggung di atas katil.
Intan bangun dari baring. Dia memicit-micit bahu Mak Wan. “Bukan Intan minta, dia yang nak belikan. Elehhh… Mak Wan dah berpuluh-puluh tahun kerja dekat sini. Mesti dah Encik Imran dah pernah belikan macam-macam kan.”
Mak Wan sekadar tersenyum. Semenjak Intan datang ke mari, hidupnya yang kadang sunyi sedikit terisi. Intan gadis manis yang ceria. Mak Wan yang hidup sebatang karang telah menganggap Intan seperti anaknya sendiri.
“Mak Wan mari sini. Intan nak ambil gambar Mak Wan.” Ajak Intan. Kamera pada telefon bimbit di halakan kea rah Mak Wan.
“Cantik kan.” Ujar Intan sambil menunjuk skrin telefon bimbit yang dipenuhi dengan wajah Mak Wan yang sedang tersenyum-senyum malu.
“Sekarang kita ambil berdua pulak. Peace!!!!!” Ujar Intan lagi. Dia merapatkan sedikit dirinya dengan Mak Wan. Dua jarinya naik ke atas sebelum icon camera disentuh.
“Mak Wan tadi kan Intan ada tanya pasal Puteri Farhana tau. Betul lah Mak Wan cakap, Encik Imran tu dengar jer nama Puteri Farhana terus hangin tak pasal-pasal.” Intan membuka cerita tentang riaksi Encik Imran di restoran McDonald tadi.
Mak Wan membulatkan mata. Lengan Intan dipukul perlahan. “ishh… Budak ni. Kenapa pergi tanya macam tu.” Nada Mak Wan seperti sedikit marah.
Intan terkulat-kulat. “Intan sajalah. Nak tahu dari mulut dia.” Katanya polos.
“Intan…Kita ni kena sedar diri tau. Kita ni orang gaji ajer dekat rumah ni. Jangan cuba nak pandai-pandai menjaga tepi kain majikan.” Ujar Mak Wan.
Intan mengeluh. “Tapi Mak Wan…”
“Sudah. Mak Wan tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Pokoknya jangan sengaja nak bangkitkan soal ni depan Imran lagi.” Mak Wan memberi amaran tegas.
“Yerlah…” Intan menjawab.
“Jangan yerlah. Yerlah. Janji dengan Mak Wan. Jangan tanya lagi Imran pasal hal ni.”
“Janji Mak Wan. Janji!” Intan menaikkan semua lima jarinya apabila Mak Wan seperti ragu-ragu dengan cara dia menjawab tadi.
Monday, December 3, 2012
Kupilih Hatimu 13
Bab 13
Seawal pagi Intan telah bersiap. Selepas solat Subuh tadi dia terus mengenakan sepasang baju kurung kain kapas dan tudung bawal di kepala. Seperti biasa ini sahajalah fesyen yang dia tahu. Bedak baby Johnson di sapu ke muka. Setelah berpuas hati dengan penambilan diri, dia turun ke bawah untuk membantu Mak Wan. Lengan baju kurung dilipat. Bihun goring yang sudah siap digoreng oleh Mak Wan disenduk ke dalam mangkuk lalu di bawa ke hadapan. Dia membantu Mak Wan membancuh teh pula.
“Dah siap?” Imran menyoal di muka pintu dapur.
Intan dan Mak Wan sama-sama berpaling. “Dah.” Intan menjawab sambil tersengih seperti berbangga dengan fesyen baju kurung dan tudung bawal yang dipakainya ini.
“Macam ni ajer.” Imran bertanya dengan bola matanya memandang Intan dari atas ke bawah.
“Macam nilah. Habis tu nak macam mana lagi.” Intan menjawab polos.
“Errmm.. Tak kisahlah. Jom cepat.” Imran tidak ada masa. Dia cepat mengarah.
“Sarapan?”
“Tak payah. Sarapan dekat luar jer. Cepatlah.”
“Yerlah.” Intan mengambil tote bag yang ada di atas meja makan. Dia bersalaman dengan Mak Wan terlebih dahulu sebelum menuruti Imran yang sudah berada di dalam kereta.
“Awak sarapan dekat sini dulu. Saya nak masuk pejabat sekejap. Ada kerja nak buat.” Imran berkata ketika memberhentikan keretanya di hadapan kopitiam yang berhadapan dengan pejabatnya.
“Sorang-sorang? Tak mahulah. Saya ikut Encik Imran ya.” Pinta Intan.
“Awak gila. Dekat office saya mana ada orang. Kalau kena tangkap basah nanti awak nak kahwin free dengan saya.”
Intan menggeleng laju. Tak sanggup rasanya mahu berkahwin dengan lelaki Shrek seperti Imran. Berkahwin dalam mimpi pun dia tak rela.
“Tunggu ajer dekat sini. Saya pergi sekejap ajer.” Imran berjanji.
“Cik Imran jangan lama-lama. Saya tak biasa dekat sini.” Kata Intan.
“Tunggu ajerlah.” Imran menjawab.
Intan menarik nafas lega apabila melihat kelibat Imran dari seberang jalan menuju ke mari. Wajah Imran masih selamba walaupun sudah membiarkan dia menanti di sini hampir dua jam.
“Kata sekejap.” Omel Intan.
“Dah habis makan?” Imran bertanya tanpa mempedulikan omelan dan wajah mencuka Intan.
“Dah.” Balas Intan geram.
“Adik bil.” Imran mengangkat tangan meminta bil dari pelayan kopitiam ini.
“Jom.” Imran terus mengajak Intan pergi tanpa sedikit pun kata-kata maaf membiarkan gadis itu ditinggalkan lama-lama seorang diri di kopitiam ini.
Intan syak Imran mesti sengaja mahu mempermainkan dia hari ini. Kalau itulah niat Imran pasti balik nanti dia akan mengadu domba dengan Puan Rahimah. Intan menunggu selepas ini ke mana lagi Imran akan membawa dia pergi.
Intan mula rasa yang sangkaannya tadi meleset apabila Imran membawanya ke pusat membeli Mines. Kini dia berada ditingkat atas yang menjual pelbagai jenis gadjet dan telefon bimbit.
“Pilih.” Imran berkata lebih bernada arahan apabila dia dan Intan memasuki ke dalam sebuah kedai telefon bimbit.
“Hah..” Intan blur. Tidak faham.
“Pilih awak nak yang mana.” Ujar Imran. Matanya turut sama melihat-lihat telefon bimbit yang ada di dalam rak kaca.
“Hah..” Intan masih tidak faham lagi.
Imran memandang ke wajah Intan. “Pilihlah awak nak telefon yang mana satu.” Ujarnya lebih jelas.
Intan menelan air liur. Dia memandang Intan dan tauke kedai telefon silih berganti. “Tapi…Tapi… Saya mana ada duit nak beli telefon bimbit sekarang ni Encik Imran.” Dia cuba berbisik di telinga Imran.
“Saya suruh awak pilih. Maknanya pilih ajerlah. Saya bayar.” Imran berkata serius.
“Errmm…” Intan ragu-ragu.
“Cepatlah!!” Suara Imran sedikit meninggi.
“Okey.” Intan menjawab. Dia mengambil masa melihat-lihat telefon bimbit di dalam rak kaca itu dahulu kemudian jarinya menuding ke arah telefon bimbit biasa berjenama Nokia itu.
“Kasi yang ni bos.” Intan bersuarau.
“Eh sekejap.” Imran menahan. Dia memandang Intan sambil kepala menggeleng-geleng.
“Awak ni taste ke laut.” Tempelak Imran. Tauke Cina dihadapan mereka cuba menahan ketawa. Intan sebal dengan sikap Imran yang telah memalukannya di hadapan tauke Cina ini.
“Bos kasi tunjuk yang itu.” Kata Imran seraya telunjuk terarah kepada Iphone 4S yang berada dihadapan rak. Tauke Cina itu mengeluarkan telefon bimbit yang ditunjuk. Pembalut pelastik dibuka sebelum diberikan kepada Imran. Imran membelek-belek Iphone yang sudah berada ditangan.
“Macam mana?” Soalnya kepada Intan.
“Cantik.” Intan menjawab sepatah tanpa perasaan.
“Beli telefon bimbit bukan kira cantik atau tak. Kira feature yang ada pada telefon bimbit tu.” Imran membebel lagi. Intan menjuling mata ke atas. Lantaklah kau! desisnya.
“Berapa ni bos.” Imran bertanya harga telefon bimbit ini pula.
“RM2000.” Jawab tauke Cina itu senang sambil tersenyum.
“Encik Imran.” Intan memanggil Imran yang asyik berborak dengan tauke Cina tentang Iphone tersebut. Lengan tshirt Polo yang dipakai Imran ditarik-tarik perlahan.
“Apa dia?”
“Kita ambil yang biasa-biasa ajerlah.” Ujar Intan sedikit berbisik.
“Kenapa? Baguslah telefon ni. Awak boleh Facebook. Awak boleh Twitter. Pelik betul tahun zaman canggih macam ni ada manusia tak ada akaun Facebook.” Kata Imran.
Untuk kali ke seratus lima puluh kut Imran memperlekehkan Intan lagi. Intan berdecit. “Memanglah bagus tapi mahal sangat ni. Nanti mesti banyak tiap-tiap bulan Encik Imran akan potong gaji saya untuk bayar balik duit beli telefon bimbit ni. Tak kisahlah taste ke laut ker ke tasik ker janji saya nak beli telefon yang saya mampu. Ikut ketebalan poket saya, bukan ketebalan poket Encik Imran. Lagipun tak payah nak bangga sangatlah dengan akaun Facebook tu.” Intan meluahkan kebimbangan dalam sekali nafas. Bagaimana dia mahu mengumpul wang kalau setiap bulan gajinya akan dipotong untuk membayar kembali harga telefon bimbit yang mahal ini. Lambat lagilah dia akan jadi kaya!
“Saya ada cakap suruh awak bayar balik tak. Saya dah kata saya belikan telefon ni untuk awak maknanya saya belikan. Tak faham-faham bahasa.” Ujar Imran. Sengaja kata-katanya itu ditekan.
Intan terkulat-kulat. Dia menjeling touke Cina yang tersenyum-senyum sumbing ke arahnya.
“Bos, yang ni.” Intan sekadar menurut sahaja apabila Imran sudahpun memutuskan itulah telefon bimbit yang akan dibelinya untuk Intan. Suka atau tidak Intan terpaksa menerima juga pemberian yang disifatkan terlalu mewah itu.
“Sekarang awak pilih nombor mana yang awak nak.” Ujar Imran sebaik sahaja kami berdua memasuki ke dalam gerai Maxis pula.
Tanpa berfikir panjang Intan jari telunjuknya menunjuk ke nombor yang berada di atas sekali. “Yang ni.” Katanya.
“Eh sekejap.” Seperti dikedai telefon bimbit tadi, Imran sekali lagi menahan pekerja Maxis itu mengambil nombor yang ditunjuk oleh Intan. “Adik yang tu.” Jarinya menunjuk nombor pilihan dia pula.
“Nombor berterabur nanti susah awak nak ingat. Awak kan jenis yang susah nak ingat nombor-nombor kan. Nanti haru kalau nombor telefon sendiri pun tak ingat.” Ngomel Imran.
Intan diam tidak menjawab. Dia sekadar membuat muka bosan. Dia berikan segala hak untuk lelaki Shrek ini berkata apa sahaja yang ingin dia katakan. Intan tidak kuasa mahu melayan lebih-lebih.
“Bagi IC awak. Nak register.” Imran minta kad pengenalan dari Intan.
Tanpa banyak cakap Intan menurut. Kad pengenalan dikeluarkan dari dompetnya dan dihulurkan kepada Imran. Kad pengenalan Intan sudah berada ditangan Imran. Imran mengekek ketawa apabila melihat kad pengelanalan Intan itu.
“Menakutkan betullah gambar dalam kad pengenalan awak ni. Skema.” Dia mengata.
Intan sekadar menjeling. Macamlah gambar di dalam kad pengenalan dia tu fotogenik sangat! Intan memarahi Imran di dalam hati.
Setelah siap semua urusan di kedai Maxis itu Imran menghulurkan beg kertas berisi telefon bimbit kepada Intan. “Okey. Siap. Ambil. Telefon baru awak. Pastikan kalau awak pergi ke mana-mana awak bawak sekali telefon ni. Supaya senang saya cari awak.” Dia mengingatkan.
Intan menyambut huluran beg kertas itu dengan dada yang sedikit sebak. Sebelum ini tidak ada seorang pun yang pernah memberinya hadiah, apatah lagi hadiah semahal ini. Jika ada pun hanya arwah ayah sahaja pernah memberikannya hadiah berupa seutas rantai dengan loket berbentuk hati kecil yang sentiasa dipakai sehingga kini. Rantai dan loket berbentuk hati ini sepatutnya arwah ayah ingin hadiahkan kepada ibu tetapi hajatnya tidak kesampaian apabila ibu menghilangkan diri selepas tamat proses penceraian mereka berdua.
“Terima kasih.” Ucap Intan.
“Okey. Sekarang kita pergi makan dululah sebelum balik. Awak nak makan apa?” Imran meminta cadangan.
“Apa-apa ajerlah.” Jawab Intan tidak kisah.
“Dekat sini tak ada kedai yang jual ‘apa-apa ajerlah’.” Ujar Imran sarkastik.
“McDonald.” Kata Intan apabila mereka sekarang betul-betul berdiri di dalam restoran McDonald yang agak penuh dengan orang.
“McDonald?” Imran menyoal kembali. “Awak ni macam budak-budaklah.” Buat sekian kalinya dia menempelak pilihan Intan lagi.
“Encik Imran ni tadi tanya saya lepas tu complaint.” Getus Intan seterusnya meluahkan rasa geram yang ditahan sejak tadi. Lihatlah Imran. Ada sahaja yang nak kritik, nak complaint. Huh!!
Imran ketawa besar mendengar Intan mengomel memarahinya. “Yerlah…. Yerlah… Jom.” Kali ini dia menurut kata gadis itu pula.
Sementara menunggu Imran membuat pesanan di kaunter Intan menunggu di meja yang agak terlindung sedikit berhampiran tempat permainan kanak-kanak. Beberapa minit kemudian Imran datang sambil menatang dulang berisi dua set Chicken McDulux.
“Awak okey kerja dekat rumah saya.” Imran memulakan perpualan untuk melenyapkan suasana sunyi antara mereka.
“Okey.” Intan menjawab tanpa mengangkat muka. Dia menikmati keenakan daging ayam yang digoreng empuk dengan roti jagung berserta salad segar itu dengan penuh nikmat.
“Dengan umi saya.” Imran menyoal lagi.
Intan mengangkat muka sekejap. Memandang Imran. “Ooo…keylah….” Katanya pandang sambil tangan kiri diawang-awangkan.
Imran tersenyum. “Saya kagum dengan awak.” Katanya berpura-pura tidak melihat Intan.
“Errmm..” Intan menghabiskan makanan di dalam mulutnya dahulu. Dia merenung wajah Imran.
“Saya kagum dengan awak sebab boleh bertahan dengan umi saya.” Imran memuji. Tidak ada apa lagi yang boleh dia luahkan selain dari rasa kagum terhadap keupayaan Intan melayani setiap tingkah Umi. Intan juga seperti tidak peduli dengan tindakan umi yang kadang-kadang agak gemar membuli dan membebel di tepi telinganya.
Intan ketawa kecil. “Encik Imran tengah puji saya ker?” Dia bertanya girang.
“Biasa mana-mana gadis yang saya upah untuk jaga umi seminggu dah lari.” Imran bercerita.
“Telinga saya kalis maki.” Kata Intan sambil kening terangkat-angkat.
“Awak tak pernah cerita pasal diri awak.” Kata Imran.
Intan terdiam. Dia memberi pandangan hambar. “Tak pernah tanya.” Katanya ringkas sebelum membawa kembali berger ke dalam mulut.
“Sekarang saya tanya.”
Intan menyedut air. “Tak ada yang menarik pun tentang saya yang nak diceritakan.” Katanya tidak berminat.
“Okey.” Imran tidak memaksa. “Nanti jangan bising pulak bila saya sebagai majikan tak pernah nak ambil tahu hal pekerja.” Ujarnya cuba mengingatkan.
“Encik Imran saya nak tanya sikit boleh tak?” Tiba giliran Intan pula menyoal.
“Errmm..”
“Tapi mungkin sensitif sikit.” Intan sedikit ragu-ragu.
Dahi Imran berkerut. “Pasal apa?” Dia menyoal serius.
“Puteri….. Farhana.” Intan berkata sepatah-sepatah.
Imran tersentak.
“Jangan kerana hari ni saya belikan awak Iphone 4S dan belanja makan McDonald awak boleh cuba nak masuk campur urusan peribadi keluarga saya.” Imran memberi amaran. Intan menelan air liur mendengar suara Imran sudah bernada tegas dan keras.
“Tapi…”
Imran pantas memotong.
“Habiskan berger awak. Lepas ni saya kerja nak kena buat.”
Intan terkulat-kulat. Terasa menyesal pula bertanyakan hal ini pada waktu yang salah. Patut tanya selepas makan. Seleranya mati. Nak mengunyah berger pun payah. Macam nak tercekik bila Imran kadang-kadang mengerling ke arahnya dengan pandangan tajam. Sudahnya separuh berger tadi tidak mampu dihabiskan.

Kupilih Hatimu 12
Bab 12
Intan mundar mandir di ruangan menunggu hospital. Sesekali matanya melirik ke arah jam besar di dinding hospital. Sekejap-sekejap dia akan menjenguk ke luar. Sudah satu jam dia dan Puan Rahimah menunggu di sini tetapi bayang kereta Encik Imran masih tidak kelihatan.
“Intan, awak nak suruh saya tunggu sini berapa lama lagi.”
Intan berdecit perlahan apabila Puan Rahimah membebel lagi untuk sekian kalinya. Dalam masa satu jam, rasanya lebih dari sepuluh kali wanita itu membebel kerana terpaksa menunggu terlalu lama.
“Sekejaplah puan. Kita tunggulah dulu.” Ujarnya dengan muka blur tidak tahu mahu buat apa.
“Kita dah tunggu satu jam.” Puan Rahimah berkata keras.
Intan berdecit. Dia bercekak pinggang malas. Dahi berkerut-kerut mencari jalan penyelesaian untuk buat mulut Puan Rahimah berhenti membebel. “Apa kata kita tambah lagi satu jam.” Ujar Intan bersama jari telunjuk yang dinaikkan ke atas.
Mata Puan Rahimah terjegil. “Awak jangan nak main-mainkan saya Intan. Sudahlah tak boleh diharap. Nombor telefon Imran pun tak ingat.” Puan Rahimah terus membebel.
Intan membuat muka. “Puan pun macam mana pulak hari ni boleh tertinggal telefon bimbit puan tu.” Perlinya perlahan ketika kembali menjenguk kereta Imran di luar.
“Entah-entah meeting dengan client kut puan.” Tebak Intan. Dia mengambil tempat duduk yang berhadapan dengan kerusi roda Puan Rahimah.
“Habis tu takkan kita nak tunggu sampai dia habis meeting. Awak ingat Imran kalau meeting lima belas minit? Cepat panggilkan teksi.” Marah Puan Rahimah lagi.
“Tapi puan, Encik Imran dah pesan, jangan naik teksi. Tunggu sampai dia datang.” Intan cuba mengingatkan Puan Rahimah dengan bersungguh-sungguh tentang pesanan dari Imran sewaktu menghantar mereka ke hospital. Setiap kali berhenti di lampu merah, pasti Imran akan mengingatkan Intan lagi sambil memerli dengan mengatakan dia ni kecil-kecil selalu sangat makan sup semut sebab tu dia harus mengingatkan sentiasa. Lelaki Shrek mestilah suka bersikap sarkastik dengan semua orang kan!
Puan Rahimah melepaskan keluhan halus. Salahnya juga kerana menolak cadangan Imran untuk mempunyai seorang pemandu peribadi.
“Habis tu nak tunggu sampai malam.” Perli Puan Rahimah pula.
Intan menggaru kepala yang tidak gatal. Dia hilang idea mahu berkata apa lagi. Malas dia mahu berlawan kata dengan Puan Rahimah. Sah-sah dia akan kalah. Buat seketika mereka sama-sama mendiamkan diri. Masing-masing sudah kering air liur barangkali.
“Ehh… Auntie Rahimah. Lama tak jumpa. Auntie dah habis buat fisioterapi ker.”
Tiba-tiba datang satu suara menegur Puan Rahimah. Intan mengangkat muka. Matanya memandang figura gadis cantik dihadapannya. Cantiknya dia, macam ratu cantik. Puji Intan dalam hati.
“Errmm..”
Kemudian mata Intan memandang ke arah Puan Rahimah yang tiba-tiba bersikap dingin. Dia turut mengerling gadis cantik itu. Gadis itu kelihatan terkulat-kulat apabila Puan Rahimah melayannya begitu. Eh.. Puan Rahimah ni. Orang tu cakap elok-elok, tanya baik-baik Puan Rahimah boleh pulak buat muka tidak sudi macam tu. Intan pelik.
“Habis buat apa lagi dekat sini Auntie.”
Gadis itu masih lagi mahu beramah mesra dengan Puan Rahimah. Seperti tadi Puan Rahimah masih lagi mempamerkan wajah tanpa perasaan.
“Tunggu teksi.” Ujar Puan Rahimah tanpa memandang muka gadis itu. Intan semakin pelik.
“Intan apa lagi yang tercegat tu. Pergilah panggil teksi.” Jerkahan Puan Rahimah itu membuatkan Intan menjadi terpinga-pinga. Aktiviti memerhati cara dua makhluk ini berkomunikasi serta merta terhenti. Intan cepat bangun namun langkahnya terpasak di lantai apabila gadis itu cuba menahan.
“Eh… Tak apa Auntie. Lydia hantar.” Ujar gadis itu seterusnya menawarkan diri untuk menghantar kami berdua untuk pulang ke rumah.
“Tak apalah. Menyusahkan Lydia pula.” Puan Rahimah cuba menolak.
“Eh tak susah Auntie. Tak apa. Auntie tunggu sini. Lydia ambilkan kereta. Lagipun panas ni.” Balas gadis itu yang membahasakan dirinya sebagai Lydia itu. Dia segera berlalu menuju ke parkir keretanya. Di dalam perjalanan ke kereta bibirnya menarik senyum senang. Ah… Biarlah Kamal tu. Katanya sendiri apabila mengenangkan tujuan asalnya ke mari adalah untuk melawat Kamal yang terkena demam denggi, separa perjalanan dia ubah fikiran apabila terlihat Puan Rahimah. Mengambil hati Puan Rahimah lebih penting dari Kamal yang sedang demam denggi itu.
“Tunggu apa lagi. Cepat tolak saya sampai ke depan tu.” Puan Rahimah mengarah.
Ketika menolak kerusi roda Puan Rahimah mulut Intan kumat kamit mengajuk cakap Puan Rahimah itu. Huh…
“Mak Wan. Mak Wan.” Intan memanggil Mak Wan berulang kali apabila Mak Wan begitu tekun melakukan kerjanya.
“Apa dia…” Mak Wan sekadar menjawab.
“Siapa perempuan dengan Puan tu. Baik ajer dia dengan puan.” Intan menyoal.
“Owhh.. Itu Lydia. Bekas tunang Imran.” Mak Wan menjawab bersahaja.
Intan mengangguk-angguk. “Owhh.. Baik kan dia.” Dia berkata sambil tersengih memandang Mak Wan.
“Ermmm…” Mak Wan malas melayan.
“Baik. Cantik lagi tu. Rugilah Encik Imran. Agak-agak Cik Lydia tu tak sanggup kut kan nak lelaki yang sombong, cakap lepas, kerek, poyo…”
Mak Wan memintas. “Sudah. Sudah… Jangan nak ajak Mak Wan bergosip.” Tegur Mak Wan. Intan tersengih.
“Bawak jus oren ni untuk puan dengan Lydia dekat taman tu.” Arah Mak Wan.
Intan menurut. “Okey.” Ujarnya senang terus menatang dulang berisi dua gelas jus oren dan sepiring kek buah-buahan.
“Jemput minum Cik Lydia.” Pelawa Intan ketika meletakkan gelas jus oren di hadapan Syazrin.
“Terima kasih.” Jawab Syazrin bersama senyuman manis.
“Siapa ni Auntie. Lupa nak tanya tadi.” Lydia bertanya kepada Puan Rahimah.
“Imran ambil budak ni kerja dekat sini untuk tolong jaga Auntie.” Jawab Puan Rahimah sambil mengerling ke arah Intan yang tercegat sambil tersengih seperti kerang busuk di antara mereka berdua.
“Owhh….” Lydia mengangguk-angguk. “Ini yang ke sebelas kan Auntie.” Sinis Lydia.
Intan menahan ketawa apabila gadis cantik ini berani menyindir Puan Rahimah dihadapannya. Air muka Puan Rahimah pula serta merta bertukar merah kerana menahan geram.
“Hai… Saya Lydia. Lydia Datuk Hamdan.” Ujar Lydia sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Intan menyambut huluran salam itu. “Intan.” Dia memperkenalkan diri dengan ringkas.
“Saya masuk dalam. Nak tolong Mak Wan.” Intan meminta diri.
“Okey. Nice to meet you.” Jawab Lydia mesra.
Intan begitu ingin sekali memuji sikap Lydia yang tidak sombong itu. Orangnya cantik dan pandai bergaya, rugi betullah Imran tidak jadi dengan Lydia. Mereka berdua sangat sepadan jika disandingkan bersama di atas pelamin. Walaupun Intan jelik dengan sikap Imran, tetapi dia tidak boleh menafikan yang Imran mempunyai personaliti yang menarik dan seperti kata Nadia dahulu Imran memang good looking. Agak kalau Imran tidak bermulut cabul rasanya boleh jadi dia juga akan terjatuh hati dengan lelaki Shrek itu.
“Lydia, kepala Auntie macam sakitlah. Berpusing-pusing. Auntie nak masuk bilik. Nak rehat.” Ujar Puan Rahimah sengaja memberi alasan kerana tidak mahu berlama-lama dengan Lydia.
“Intan…Intan….” Dia bertempik kuat.
Intan yang baru sahaja mahu membantu Mak Wan menghidang makanan tengahari untuk Puan Rahimah dan Lydia terkocoh-kocoh keluar ke taman. “Yer puan.” Intan termengah-mengah. Kalau Puan Rahimah sudah bertempik macam tu maknanya dia kena tangkas dan pantas. Kalau tidak wanita itu akan membebel sebanyak 350 perkataan tanpa henti atas kelembapannya itu.
“Bawak saya ke bilik.” Puan Rahimah mengarah.
Intan melihat Lydia yang terkulat-kulat.
“Cepat…” Puan Rahimah berkata apabila kerusi rodanya masih lagi tidak bergerak.
Intan menjulingkan mata ke atas. “Baik puan.” Dia akur.
Sebaik membawa Puan Rahimah masuk ke dalam biliknya Intan cepat-cepat mendapatkan Lydia semula. Lydia sudah mahu pulang. “Cik Lydia jangan kecil hati yer. Puan penat kut. Tu sebab dia tak dapat nak layan Cik Lydia lama-lama.” Intan cuba melegakan hati gadis itu yang kelihatan sangat kecewa dengan layanan Puan Rahimah kepadanya tadi.
“It’s ok. Bukan pertama kali pun.” Ujar Lydia seperti sudah biasa dengan layanan begitu.
Intan hanya mengangguk apabila muka gadis cantik ini tidak lagi semanis seperti semasa Puan Rahimah ada tadi. Mukanya berubah masam. Ishh.. Kalau terjadi pada dia pun dia akan menarik muka masam. Puan Rahimah entah kenapa anginnya berubah bila di hadapan Lydia.
“Cik Lydia tak mahu makan dulu ker. Semua dah siap.” Intan mempelawa.
“Tak apalah. Saya nak balik. Jumpa lagi.” Lydia menolak lembut. Dia masuk ke dalam perut kereta. Sebelum bergerak dia melambai tangan kepada gadis pembantu rumah itu. Intan membalasnya. Turut sama melambai tangan.
Sebaik kereta Lydia hilang dari pandangan Intan menjungkit bahu. “Macam-macam.” Ujarnya sendiri.
Dulang berisi gelas kosong hampir terlepas dari tangan apabila Imran tiba-tiba muncul di muka pintu bilik Puan Rahimah.
“Mari sini…” Imran menarik kasar lengan Intan. Intan di tarik jauh sedikit dari pintu bilik umi.
“Apa ni Encik Imran. Sakitlah.” Intan mengaduh. Dahinya berkerut-kerut menahan sakit. Imran segera melepaskan pegangan tangannya dari lengan Intan.
“Umi buat apa?” Imran menyoal sekadar untuk mukadimah.
“Puan berehat dekat biliklah. Baru lepas bagi dia makan ubat.” Intan menjawab.
“Awak ni tak faham bahasa ker. Saya dah cakap, tunggu sampai saya datang ambil. Kenapa pandai-pandai balik sendiri.” Hambur Imran sekali nafas.
“Puan yang nak balik cepat.” Balas Intan.
“Habis tu tak boleh nak telefon.” Marah Imran.
Intan berdecit. “Puan tertinggal telefon bimbit dia dekat rumahlah.” Ujarnya geram.
“Public phone kan ada!!” Imran tidak habis mencari kesalahan Intan.
“Manalah saya ingat nombor telefon Encik Imran.” Getus Intan.
“Awak takkan tak ada handphone sendiri. Takkan tak simpan nombor telefon bimbit saya.” Marah Imran lagi. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Intan.
“Saya mana ada telefon bimbit.” Jawab Intan.
“Hahh.. Jangan nak tipu.” Imran tidak percaya. Intan cuba membohonginya.
“Ngeee… Encik Imran ni. Saya cakap saya tak ada handphone tak adalah.” Giliran Intan pula membentak geram.
“Eh.. Awak ni hidup dalam kurun ke berapa hah. Sampai telefon bimbit pun tak ada.” Tempelak Imran kepada Intan yang dirasakan sangat kolot sampai telefon bimbit pun tak ada.
Intan mencebek. Dia diam tidak mahu membalas.
“Habis tu tadi awak dengan umi balik naik teksi ker.” Imran bersuara lagi. Nadanya dikendurkan sedikit. Intan menggeleng.
“Habis dengan siapa.” Imran bertanya.
“Cik Lydia!” Ujar Intan seraya terus meninggalkan Imran termangu-mangu apabila nama Syazrin yang disebutnya.
“Encik Imran marah saya lagi ker pasal siang tadi tu.” Intan bertanya ketika Imran sedang menonton televisyen di ruang tamu atas. Mug Milo panas diletakkan di atas meja kopi.
“Taklah.” Imran menjawab tanpa memandang muka Intan. Matanya masih lagi focus pada layar skrin tv LCD di hadapan.
“Kalau macam tu tak apalah. Saya turun dulu.” Pinta Intan. Dia berasa sedikit lega.
“Tapi betul ni awak memang tak ada telefon bimbit.” Pertanyaan Imran itu membuatkan Intanb berpaling. Dia mengeluh perlahan.
“Laa… Encik Imran ni masih lagi tak percaya pada…”
Imran pantas memotong. “Saya cuma tanya betul ker awak tak ada telefon bimbit.”
“Betul Encik Imran.” Intan menjawab datar. Tidak larat rasanya mahu mengulangi benda yang sama dua tiga kali.
“Esok Sabtu. Awak ada buat apa-apa.” Imran bertanya aktiviti Intan pula.
“Buat kerja macam biasa.” Jawab Intan.
“Esok lepas sarapan ikut saya keluar.” Ajak Imran.
Imran terkejut. “Pergi mana.” Soalnya ingin tahu.
“Ikut ajerlah.” Jawab Imran. Dia kembali menonton televisyen.
“Puan?” Intan bertanya lagi.
“Tak apa. Nanti saya bagi tahu umi.” Imran menjawab. Dahi Intan berkerut. Apa mimpi pulak ni tiba-tiba lelaki Shrek ingin mengajaknya keluar pula. Desis Intan di dalam hati.
“Awak jangan siap lambat pulak. Perempuan ni kalau bersiap satu jam pun tak cukup.”
Intan mencebek apabila mendengar Imran sempat memerli ketika dia mahu menuruni tangga. Dasar lelaki Shrek!

Thursday, November 29, 2012
Kupilih Hatimu 11
Bab 11
Intan melangkah perlahan-lahan cuba merapati wanita tua itu. Mak Wan sedang sibuk di dapur. “Mak Wan.”Jerkah Intan dari belakang.
“Intan!! Jangan kejutkan Mak Wan macam tu. Nasib baik Mak Wan tak ada sakit jantung tau.” Marah Mak Wan. Lengan Intan dipukul-pukul. Dadanya diurut laju.
Intan sekadar mengekek ketawa meliha ekspresi muka Mak Wan yang terkejut itu.
“Alalala… Comel lah Mak Wan ni bila marah. Tapi Mak Wan tak pulak melatah kan.” Ujarnya seraya menyandar tubuh di cabinet dapur.
Mak Wan sekadar menggeleng perlahan dengan sikap Intan yang cukup gemar mengejutkannya. “Puan dah tidur ker?” Mak Wan sekadar menyoal.
Intan mengangguk kepala. “Dah. Tadi lepas makan ubat, dia sembang-sembang kejap dengan Intan lepas tu dia suruh Intan keluar. Mengantuk katanya. Nak tidur.” Terang Intan. Dia menarik tin biskut dan dibawa ke peha. Dibuka, lalu biskut empat segi Jacobs itu dibawa masuk ke dalam mulut.
“Macam mana kerja dekat sini?” Mak Wan menyoal lagi. Ingin mengetahui perasaan gadis ini yang sudah hampir sebulan berkerja di sini.
“Bolehlah….” Intan menjawab lemah. Siku diletak di atas tin biskut. Dia menunggu kunyahan terakhir biskut empat segi habis di dalam mulutnya sebelum menyambung lagi untuk berkata-kata.
“Huh… Tapi kalau bukan sebab tak ada siapa-siapa dekat sini tak kuasa Intan nak terus kerja dekat sini. Mak Wan tahu, Puan tu semua yang Intan buat, semua tak kena. Itu tak kena, ini tak kena. Lepas tu Encik Imran pun sama. Ada jer benda yang dia nak complaint.” Intan mengadu. Walaupun Puan Rahimah tidak pernah marah-marah tetapi ada sahaja sikap wanita itu buat Intan tidak senang. Puan Rahimah ada sahaja modal untuk menempelak setiap kerja yang dia lakukan. Alah.. Anak lelakinya juga begitu. Pendek kata setiap kerja yang Intan buat mesti akan mendapat teguran dan kritikan. Tak pernah sikit pun kerjanya itu dipuji walaupun dia sudah merasakan segala tugas dan arahan yang diberikan itu telah dilakukan dengan cukup baik.
“Mak Wan harap Intan sabar yer. Puan memang macam tu, tapi hati dia baik. Mak Wan dah berpuluh tahun kerja dekat sini. Dari Imran belum lahir lagi. Lagipun Mak Wan tau, Intan boleh buat. Kita sama-sama tolong Imran ya. Semenjak ayah dia meninggal, umi dia jadi macam tu, semua tanggungjawab dalam rumah ni dia yang pikul. Dengan syarikat lagi. Mak Wan kadang-kadang kesian juga tengok Imran.” Ujar Mak Wan. Bahu Intan ditepuk lembut.
Intan menoleh ke arah Mak Wan.
“Encik Imran ada berapa orang adik beradik?” Intan bertanya.
“Kalau yang satu emak satu ayah, Amir jerlah.” Beritahu Mak Wan.
Intan tersenyum. “Owhhh… Yang gambar dia dekat frame depan tu ya.” Ujarnya masih lagi tersenyum. Sudah lama dia berhajat mahu bertanya siapakah gerangan anak muda yang fotonya banyak tersimpan di atas almari perhiasan di ruang tamu. Tapi awal-awal Intan dapat mengangak pasti salah seorang ahli keluarga di dalam banglo ini. Cuma mahu bertanya siapakah nama pemuda itu Intan malu. Nanti kata dia cuba menggatal pulak.
“Megat Amir Haikal. Sekarang dia tak ada dekat sini. Dia kerja dekat London.” Ujar Mak Wan tanpa diminta.
Intan mengangguk kepala. Tiba-tiba dia menjadi teringat pula pada Micheal. Micheal juga bekerja di London seperti Megat Amir. Ah.. Rindulah pada lelaki bermata sepet itu. Apa khabar agaknya dirinya sekarang. Selepas sahaja peristiwa Mak Su mematahkan sim card dan mengambil telefon bimbit pemberian Micheal dahulu, Intan benar-benar telah terputus hubungan dengan lelaki bermata sepet itu. Menyesal pula kerana terlalu malu untuk meminta nombor telefon Micheal dari Auntie May seperti yang disarankan oleh Nadia.
Intan mengeluh perlahan. Pandangannya dihalakan ke luar tingkap dapur. Dah sebulan dekat sini, bukan dengan Micheal sahaja dia terputus hubunga. Dengan Nadia juga. Dia langsung tak kirim khabar berita kepada Nadia.
“Intan.” Mak Wan menepuk bahu Intan perlahan.
Teguran Mak Wan membuatkan Intan terpinga-pinga. Kemudian dia menarik sengih.
“Megat Amir tu taknak balik kerja dekat sini ke Mak Wan. Ya lah. Bapak dia tinggalkan syarikat besar untuk dia dengan Encik Imran. Rugilah kalau dia tak nak kerja dekat syarikat sendiri . Jadi bos.”
“Itulah yang selalu buat Puan Rahimah membebel. Entah apa yang dicari dekat London tu pun tak tahu. Lepas ajer habis belajar, taknak balik Malaysia. Balik Malaysia sebab nak sambut raya ajer.”
“Kekasih dia orang putih kut Mak Wan.” Tebak Intan bersama sengih
“Entahlah.” Mak Wan menjongket bahu. Perbualan yang rancak seperti terhenti apabila masing-masing sibuk membuat kerja. Intan membantu Mak Wan di dapur menyediakan bahan-bahan untuk memasak sarapan untuk pagi esok.
Intan duduk di hadapan Mak Wan. Dia mengambil bekas berisi ikan bilis. Ikan bilis itu dibelah bahagian tengah untuk membuang isi perutnya. Melihat bahan-bahan masakan yang ada di atas meja, rasanya menu sarapan pagi esok tentu sahaja nasi lemak istimewa Mak Wan.
“Tapi kan Intan, arwah Tuan Megat dulu ada kawen muda.” Tiba-tiba Mak Wan mula membuka rahsia. Suaranya sedikit berbisik.
Mata Intan terbeliak. Mulutnya ternganga. “Hahh…” Ingatkan perbualan tentang ahli keluarga Encik Imran sudah tamat. Rupanya ada lagi rahsia yang dia tidak tahu.
“Imran dengan Amir ada seorang adik perempuan. Anak ayah dan emak tiri mereka. Puteri Farhana. Kalau tak silap Mak Wan sekarang Nana baru tingkatan empat.” Cerita Mak Wan bermula.
Intan menukar posisi duduknya. Dia mengambil tempat duduk disebelah Mak Wan agar mudah untuk dia mendengar kata-kata Mak Wan yang seakan-akan sedang berbisik itu. “Habis adik perempuan dia dekat mana. Tak duduk sini ker?” Intan bertanya, turut sama berbisik. Tidak sabar mahu mendengar cerita dari Mak Wan lagi.
Mak Wan memandang Intan. Dia bangun dari duduk dan pergi ke cabinet dapur untuk membancuh Milo untuk Imran. Waktu-waktu begini adalah waktu untuk Imran menikmati Milo kegemarannya itu.
Intan mengekori Mak Wan. Dia masih lagi menanti dengan sabar cerita yang seterusnya daripada Mak Wan.
“Farhana, Imran hantar masuk asrama anak yatim selepas Tuan Megat dan ibu Farhana meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.” Mak Wan menyambung.
Intan berdicit. “Kejamnya…” Getusnya.
“Puan tak nak panggil Farhana tinggal di sini ker?” Dia menyoal.
“Puan tak cakap apa. Mungkin Puan masih terasa hati lagi dengan arwah mama Farhana yang merampas suami dia. Yerlah. Dulu arwah mama Farhana cuma setiausaha kepada Tuan Megat jer. Tuan Megat kahwin senyap-senyap dengan mama Farhana dekat sempadan. Tu yang Puan marah sangat. Puan tuduh Cik Marlia tu perampas suami dia.
Puan layan Cik Marlia dulu baik sangat. Cik Marlia tu pun Puan dah anggap macam adik dia sendiri. Tapi Cik Marlia boleh merampas Tuan Megat. Perkahwinan diorang tu tak ada siapa pun yang tahu. Pandai mereka sorok. Macam tak ada apa-apa. Sehinggalah semasa Tuan Megat dan Cik Marlia kemalangan dan meninggal dunia. Masa tu la semua perkara ni terbongkar. Puan kecewa sangat.” Mak Wan mula memasuk episod bagaimana skandal arwah Tuan Megat Husaini dengan arwah Cik Marlia dahulu.
Intan mendengar dengan penuh kusyuk. Sambil itu dia menangguk-angguk seperti faham bagaimana keadaan Puan Rahimah waktu itu. Yerlah…. Suami kena rampas oleh orang yang paling dipercayai. Haruslah sentap tak habis!
“Takkan tak ada seorang pun yang tahu arwah Tuan Megat ada skandal dengan setiausaha dia.” Intan cuba mengorek lagi.
“Imran. Imran seorang ajer yang tahu. Tapi dia tak sanggup nak beritahu umi dia tentang rahsia perkahwinan Tuan Megat dengan Cik Marlia. Imran tak mahu Puan tertekan. Yerlah kan Tuan Megat mula pandai mencari perempuan lain selepas Puan lumpuh. Inilah sebabnya Imran tak pernah berbaik dengan arwah Tuan Megat.” Ujar Mak Wan lagi.
Intan mengeluh. Samarinda betul konflik keluarga mereka ini.
“Tapi tu kan dah cerita lama Mak Wan. Lagipun Farhana tak salah. Kenapa mesti asingkan dia dari keluarga dia sendiri. Encik Imran pun tak bolehlah buat macam tu. Farhana tu adik dia juga. Farhana tetap juga ada hak dalam rumah ni.” Intan memberi pendapat.
“Entahlah Intan. Mak Wan pun tak faham kenapa Imran jadi keras kepala sampai macam tu sekali. Tuan Megat dah tak ada pun dia masih lagi simpan perasaan marah.” Ujar Mak Wan bernada kecewa dengan sikap Imran.
“Orang-orang dalam rumah ni pun tak pernah bangkitkan soal Farhana. Farhana macam tak pernah wujud dalam keluarga ni.” Sambung Mak Wan lagi.
“Habis tu Farhana memang tak pernah duduk sinilah?”
Mak Wan sekadar menggeleng.
“Kesiannya.” Ujar Intan sepatah. Terbit rasa simpati pada Puteri Farhana. Walaupun dia tidak mengenali apatah lagi bersua muka dengan Puteri Farhana, Intan yakin gadis itu pasti sengsara. Intan juga anak yatim piatu. Dia faham bagaimana menjadi sebatang kara walaupun hakikatnya masih ada ahli keluarga lain yang boleh menjadi tempat untuk menumpang kasih sayang.
“Intan tolong Mak Wan hantarkan Milo ni pada Imran Lutut Mak Wan sakitlah. Tak larat nak naik tangga.” Pinta Mak Wan menolak mug berisi Milo panas itu kepada Intan.
“Ok.” Intan menurut. Di dalam perjalanan ke bilik Imran dia berfikir bagaimana caranya untuk melembutkan hati-hati penghuni rumah ini. Dia bukan menyibuk, dia mahu lakukan tanggungjawab sosial!
“Assalamualaikum. Boleh saya masuk.” Intan memberi salam seterusnya meminta keizinan untuk memasuki ke dalam bilik lelaki itu.
“Masuklah.” Ujar Imran dari dalam.
Intan masuk ke dalam bilik. Matanya mengitari setiap inci bilik Imran. Kalau ikut skala pemarkahan Intan boleh berikan 9/10 kepada bilik lelaki ini. Kemas. Semenjak berkerja di sini dia tidak pernah lagi masuk ke dalam bilik Imran. Hanya Mak Wan sahaja yang diberi mandate untuk masuk ke sini. Imran mempunyai sifat berjaga-jaga yang agak keterlaluan. Mak Wan pernah berpesan kepada Intan agar jangan cuba mengusik barang-barang milik Imran tanpa kebenarannya. Kalau nak lihat lelaki ini bertukar menjadi Incredible Hulk, Intan boleh cuba. Itu yang telah Mak Wan pesan berkali-kali.
“Encik Imran.”
“Yer.” Imran menjawab tanpa mengangkat muka. Dia masih lagi tekun mengadap kerja yang sengaja di bawa pulang ke rumah. Laporan ini harus dibaca dan disemak. Imran tidak mahu ada kesilapan.
Intan menelan air liur. Imran nampak serius. Sangat serius. Dalam tempoh masa sebulan dia di sini, Intan telah mengklasifikasikan Imran sebagai lelaki yang sangat komited dengan kerja, tidak mempunyai kehidupan sosial dan juga tidak mempunyai teman wanita. Kalau sudah asyik kerja sahaja yang ada di dalam kepala pastilah kehidupan sosial lelaki ini ditahap yang sangat menyedihkan. Sudah berumur 32 tahun tetapi masih lagi hidup single adalah lebih menyedihkan lagi. Owhh… Intan begitu memberi perhatian kepada lelaki Shrek ini.
“Awak nak apa?” Ujar Imran. Mengangkat kepala. Cermin mata dilurutkan. Dia memicit pangkal hidung.
Intan tersengih. “Tak ada apa. Ni Mak Wan suruh hantar air Milo ni tuk Encik Imran.” Ujar Intan yang masih lagi menatang dulang berisi mug Milo panas Imran.
“Letak ajer dekat situ.” Arah Imran. Telunjuknya menghala ke hujung meja kerja.
Intan masih lagi tercegat.
“Ada apa-apa lagi?” Soalan dari Imran itu membuatkan Intan menjadi terpinga. Cepat-cepat dia menggeleng.
“Hah.. tak ada apa-apa.” Ujarnya sedikit gagap.
“Kalau tak ada apa-apa boleh tak awak keluar. Saya ada kerja nak buat ni.” Imran menghalau.
Intan buat muka. “Poyo!!” Getusnya perlahan apabila tangannya mula memulas tombol pintu.
“Intan.” Panggil Imran.
“Hah.” Intan cepat berpaling semula.
“Esok umi ada temujanji dengan doktor. Pastikan awak siap awal. Saya hantar.” Tutur Imran bernada arahan.
“Yerlah.” Intan menjawab malas. Terus dia berlalu meninggalkan lelaki Shrek itu.

Kupilih Hatimu 10
Bab 10
Intan berdiri tegak. Berhadapan dengannya ada seorang wanita di dalam lingkungan separa abad duduk di atas kerusi roda dengan kain selimut menyelimuti bahagian kakinya. Dari renungan wanita itu, Intan tahu yang kedatangannya di sini tidak dialu-alukan. Wanita ini memandangnya seperti mahu menelan dia hidup-hidup.
Mak Wan telah meninggalkan Intan dengan wanita ini selepas tamat sessi perkenalan kami berdua. Ini Puan Rahimah. Ibu kepada Megat Imran. Menurut Mak Wan, Puan Rahimah sudah hampir lima tahun lumpuh. Puan Rahimah lumpuh akibat kemalangan jalan raya yang dialaminya. Mak Wan tidak bercerita banyak tentang Puan Rahimah. Cuma serba sedikit sahaja. Mak Wan kata bila dah lama bekerja dengan Puan Rahimah nanti, Intan akan tahu juga bagaimana sifat wanita ini.
“Intan boleh jaga orang lumpuh macam saya ni?” Puan Rahimah mula menyoal gadis dihadapannya ini. Ketika Mak Wan memberitahunya lewat subuh tadi yang Imran ada membawa seorang gadis untuk menjaganya Puan Rahimah menjadi sedikit curiga. Imran senang-senang sahaja membawa gadis entah dari mana datang ke rumah. Lagipun Puan Rahimah tidak suka Imran menggajikan mana-mana pembantu untuk membantu urusan sehariannya. Walaupun dia lumpuh, dia masih lagi boleh melakukan aktiviti seharian seperti biasa. Cuma bila perlu, Mak Wan ada. Mak Wan boleh membantu.
“Bo…bo…boleh.” Intan menjawab. Sedikit gagap.
“Semua yang Imran pernah bawak datang sini pun mula-mula cakap boleh, tapi bila dah mula kerja semua tak boleh. Itu tak boleh ini tak boleh. Itu tak sanggup ini tak sanggup. Lepas tu lari.” Puan Rahimah mula membebel. Dia sudah tidak percaya lagi dengan mana-mana pembantu yang Imran gajikan untuk menjaga dirinya. Mana ada budak-budak muda yang sanggup bekerja menjadi pembantu rumah dan menguruskan orang lumpuh sepertinya. Sebelum Intan ada tiga orang gadis mudah yang Imran upah telah melarikan diri. Ada tu, tak sampai seminggu sudah cabut. Semua tidak tahan!!
Intan menarik nafas. Mencari-cari jawapan yang baik yang boleh memuaskan hati Puan Rahimah yang begitu serius bila menyoal. “Saya akan cuba buat apa yang saya termampu puan. Lagipun saya datang sini memang nak berkerja. Mencari rezeki puan.” Jawabnya penuh hemat. Rasanya ini jawapan paling selamat.
Puan Rahimah menarik senyum. “Kalau macam tu baguslah.” Ujarnya mendatar.
Intan menarik nafas lega apabila ada sedikit senyuman kecil dari bibir Puan Rahimah.
“Yang awak tercegat lagi ni kenapa. Pergi keluar. Kalau saya nak apa-apa saya telefon dekat bawah. Takkanlah 24 jam awak nak tengok saya. Pergi buat kerja apa yang patut dekat bawah tu. Jangan tahu nak makan gaji buta ajer.” Kata Puan Rahimah. Tangannya mula menggerakkan kerusi roda dan menuju ke balkoni bilik untuk menghirup udara segar pada waktu pagi.
Intan mengerut dahi. Kemudian dia meninggalkan Puan Rahimah seperti yang diminta. Intan keliru. Dia ni kena menjadi orang gaji atau menjadi pengasuh.
“Encik…Encik…” Intan cuba menahan Imran yang baru hendak memasuki perut kereta.
“Ada apa ni? Saya dah lambat ni.” Kata Imran terkocoh-kocoh. Jam tangan ditala pada Intan menunjukkan dia benar-benar sudah terlambat.
“Encik cakap saya kena jadi orang gaji. Dah kenapa pulak saya kena menjaga emak Encik pula.” Intan bertanya. Semalam ketika di dalam perjalanan lelaki ini hanya berkata yang dia perlu melakukan tugas-tugas biasa seperti orang-orang gaji yang lain disamping menemani ibunya bila perlu sahaja. Tapi Imran tidak pula memaklumkan yang ibunya seorang wanita yang tidak mampu berjalan. Susahlah macam ni. Dia bukan pernah menjaga orang lumpuh. Dia bukan jururawat!
Imran merenung wajah Intan. Ada sedikit bimbang terlukis pada riak wajah gadis itu. Ini mesti awal-awal lagi umi sudah cuba psycho Intan. Fikir Imran yang sudah masak dengan perangai umi. Umi akan berusaha ‘mendera’ mana-mana gadis yang dia bawa untuk menjadi pembantu umi sehingga semua gadis-gadis itu lari kerana tidak sanggup meneladani umi. Umi selalu beranggapan dia mampu melakukan semuanya sendiri. Di dalam keadaan yang terbatas mana boleh umi melakukan semua perkara seorang diri. Nak menukar pakaian pun umi perlukan Mak Wan untuk membantu. Kerana itu Imran menggajikan seorang pembantu yang boleh membantu umi . Mak Wan dah tua. Mana larat. Pernah terjadi satu insiden di mana ketika Mak Wan cuba meletakkan umi di atas katil mereka berdua sama-sama jatuh ke lantai kerana Mak Wan tak mampu nak menampung berat umi.
“Memang awak akan berkerja sebagai orang gaji saya di rumah ni. Dalam masa yang sama awak juga perlu menjaga umi saya. Ada apa-apa masalah?” Imran menyoal.
Intan berdecit. “Tak adalah. Encik tak cakap pun, yang saya kena jaga orang yang yang berkerusi roda.” Luah Intan.
“Kenapa kalau umi saya berkerusi roda? Ada masalah?” Soal Imran lagi.
Intan mengeluh. “Tak adalah. Tapi saya bukan jururawat.”
“Umi saya tak mahu jururawat yang jaga dia. Lagipun umi saya tak sakit. Dia cuma tak boleh berjalan. Itu sahaja.” Imran cuba menerangkan keadaan sebenar uminya.
“Maknanya saya kena buat semua ker. Maksud saya, mandi, basuh berak. Saya jugak ker?” Intan menyoal.
Imran hampir tergelak mendengar soalan polos dari Intan. “Apa guna saya bayar awak kalau awak tak buat semua tu.” Ujarnya seperti mahu menyakat.
Intan cepat-cepat menggeleng. “Ngee….Tak mahulah saya.”
“Kalau awak tak kerja dekat sini awak nak kerja dekat mana. Awak kena ingat, awak ada hutang ubat awak dengan saya.” Imran cuba mengugut.
Mata Intan membuntang. Semalam hatinya baru sahaja memuji lelaki mulut cabul ini mempunyai hati yang suci apabila sanggup membantu seorang gadis malang dari terpaksa tidur di surau atau di kaki lima. Huh… Tarik balik pujian semalam tu!
“Dengar sini. Dekat sini awak boleh dapat tempat tinggal percuma, makan minum percuma, dapat gaji lagi. Apa lagi yang tak cukup.”
Intan berdecit. “Tapi umi encik tu macam nak telan saya ajer.” Intan bersuara laju terus meluahkan rasa bimbang.
Imran tersenyum. Benarlah telahannya tadi. Umi sudah mula merencanakan agenda untuk ‘mendera’ Intan pula. “Awak boleh.” Katanya ringkas, cuba memberi semangat.
“Tapi Encik Imran….” Intan masih lagi mahu mencuba nasib.
“Saya dah lewat ni. Apa-apa tunggu lepas saya balik kerja karang baru kita cakap balik.” Balas Imran terus memasuki kereta.
Intan melepaskan keluhan lemah apabila kereta Imran sudah meninggalkan rumah. Dia berdiri sejenak di luar. Memikirkan masa depannya di dalam rumah banglo ini.
“Intan!!!!!”
Intan cepat-cepat berlari masuk ke dalam rumah apabila mendengar pekikan Puan Rahimah dari tingkat atas. Ahhh!! Tak sempat nak fikir masa depan dah kena tempik macam ni. Getus Intan di dalam hati.

Subscribe to:
Posts (Atom)