Wednesday, August 20, 2014

Yes, Ma'am! : Part 1 : Bab 1

Bab 1


Tangan menyelak perlahan album perkahwinan sepuluh tahun yang lepas. Tak sangka, bos yang menjengkelkan itulah tuan empunya rusuk kiri ini. Aryana senyum sendiri. Pejam celik pejam celik dah sepuluh tahun rupanya dia melayari bahtera perkahwinan ini dengan Ilham.

Aryana bangun dari duduk apabila mendengar bunyi enjin kereta yang memasuki kawasan garaj rumah. Pintu rumah dibuka, dan suami yang baru pulang dari kerja disambut dengan senyuman manis terukir di bibir.

“Lambatnya abang balik hari ni.” Aryana sekadar menyapa. Huluran tangan Ilham disambut dan disalam seperti biasa. Briefcase Ilham beralih tangan.

“Banyak kerjalah Yana.” Ilham menjawab. Dia bawa diri ke sofa di tengah ruang tamu rumah semi D dua tingkat ini. Punggung dilabuhkan dan dia bersandar malas di situ. Mata mula tertutup.

“Abang, kut ya pun penat boleh tak stoking abang tu jangan nak campak merata-rata.” Aryana menegur perbuatan Ilham yang selamba mencampakkan stoking yang baru ditanggal ke bawah meja kopi.

Ilham buat tidak peduli dengan bebelan Aryana itu. Matanya masih terus terkatup.

“Abang, dengar tak apa yang Yana cakap ni.” Suara Aryana yang naik sedikit itu membuatkan mata yang hampir terlena terbuka. Ilham pandang wajah masam Aryana itu.

“Nanti Yana tolonglah kemaskan. Abang penat sangat ni.” Tutur Ilham sengaja melemahkan nada suara sebelum kembali menutup mata.

Aryana mencebek sebelum bercekak pinggang. Dia menggeleng-gelengkan kepala perlahan. “Abang, minggu lepas abang dah janji kan yang abang takkan campak-campak stoking abang macam ni. Baik abang kutip balik.” Aryana mengetus geram. Sudah sepuluh tahun Ilham diajar supaya tahu menyimpan stoking yang dipakai elok-elok di dalam kasut tetapi tetap juga tak faham-faham.

“Yana abang penatlah…” Ilham mengeluh apabila Aryana terus mendesak.

“Abang kutip balik. Abang dah janji nak jadi lebih berdisiplin kan. Tu sebab perangai Adib pun dah macam abang juga. Balik sekolah terus main campak ajer stoking merata-rata. Ni sebab kepimpinan melalui tauladan lah ni.” Mulut Aryana tidak henti membebel.

“Ngeee… Yana ni. Abang balik ajer mulalah membebel.” Getus Ilham.

“Yana takkan membebel kalau abang tak main campak-campak stoking macam ni.” Selar Aryana.

“Ngeee…Yerlah..Yerlah.. Yess Ma’am!! Abang kutip.” Balas Ilham. Bingkas dia bangun dan mengutip semula stoking yang dicampak ke bawah meja kopi dan diletakkan ke dalam kasut.

Aryana tergelak kecil. Beginilah dia dengan Ilham saban hari. Ada sahaja perkara-perkara kecil yang sering ditelagahkan. Tu semua mewarnakan lagi rumah tangga kami. Dalam tempoh masa sepuluh tahun menjadi suami isteri, belum lagilah terjadi periuk belanga melayang dalam rumah. Kami suka gaduh-gaduh manja ni.

“Gelak pulak dia. Budak-budak mana? Senyap ajer.” Ilham bertanyakan tentang anak-anaknya sambil mata melilau mencari kelibat Adib dan Adalia. Kebiasaannya waktu begini Adib lebih gemar baring-baring di atas sofa sambil bermain dengan Ipad sementara menunggu dia pulang. Hari ini bayang anak bujangnya itu tiada pula. Rumah pun senyap sunyi.

“Adib dah tidur. Penat sangat kut main selepas pulang sekolah agama tadi. Baby pun dah selamat dah tidur.” Aryana sekadar memberi tahu. Punggung dilabuhkan bersebelahan suaminya.

“Awalnya Adib tidur. Homework dah siap ker?” Ilham bertanya.

Aryana menggeleng. “Biarlah abang, esok kan hari Sabtu. Cuti.” Ujarnya. Ilham memang begitu. Sporting-sporting abah si Adib ni, part pelajaran memang tak boleh nak buat main-main.

Kepala Ilham terangguk-angguk. “Owhh… Yana tak tidur lagi?” Soalnya.

“Tunggu abanglah. Macam mana nak tidur.” Balas Aryana. Mata terarah pada layar skrin kaca LCD 54 inci itu.

“Yer ker. Ker tak boleh tidur kalau tak ada abang kat sebelah.” Ilham menggiat. Lengan Aryana disendeng-sendeng dengan lengannya.

“Ngee.. Abang ni. Masamlah. Kut yer pun nak romantik-romantik, pergilah mandi dulu.” Aryana menggetus geram apabila kedudukkan duduknya sudah sampai ke hujung sofa. Terkepit dia dek kerana Ilham yang memang sengaja mengada-ngada menganjak duduk sedikit demi sedikit untuk mendekati dia.

Ilham mencebek. Dia bawa punggung jauh sedikit. “Ellehh… Dulu masa mula-mula kahwin abang kentut pun bau wangi. Sekarang ni baru cium bau peluh abang pun dah kata busuk masam.” Tuturnya rendah, berpura-pura merajuklah konon.

Aryana tergelak kecil. “Ngeee…Jangan nak mengada-ngada boleh. Pergilah mandi. Gaya abang ni Yana tahu mesti belum Isyak lagi kan. Pergilah cepat abang. Nanti boleh makan. Makan lewat-lewat tak baik untuk kesihatan.” Mulut Aryana memmbebel becok. Tangannya menolak-menolak badan Ilham itu.

“Ngeee… Yerlah.. Yerlah.. Yess ma’am!!” Balas Ilham geram. Sudah sepuluh tahun Aryana jadi bos dalam rumah ni. Apa ajer yang Aryana cakap dia terpaksa menurut dan berkata ‘Yess, Ma’am. Malas-malas Ilham bangun dan menuju ke tangga untuk naik ke tingkat atas.

Melihat langkah malas Ilham itu membuatkan Aryana terus mengekek ketawa sebelum dia juga turut bangun dan menuju ke dapur untuk memanaskan lauk makan malam suaminya itu.





Selesai makan, Ilham pergi mendapatkan Aryana di ruang tamu rumah. Dari ruang makan tadi, dia asyik mendengar Aryana mengomel sendiri. Ilham lihat Aryana sedang sibuk menanda buku latih tubi Matematik Adib. Kelihatan begitu banyak tanda-tanda merah pada buku latih tubi Adib itu.

“Ngeee…Adib nih!!!” Ngomel Aryana setiap kali mata pen merah menenyeh geram pada jawapan yang salah.

“Kenapa ni sayang?” Ilham bertanya lembut walaupun dia sudah sedia maklum sebab kenapa Aryana membebel dari tadi tak henti-henti.

“Ini hah….Abang tengok ni. Geram tau Yana tengok jawapan-jawapan yang salah ni.” Balas Aryana. Tangan mengangkat tinggi buku latih tubi Adib yang sudah siap dipangkah sebesar-besar alam pada muka surat enam itu.

Ilham cuma tayang sengih. Nak dicuci Adib, Adib dah lama dibuai mimpi.

“Abang nak hantar Adib pergi kelas tuisyen, Yana tak bagi.” Balas Ilham. Sememangnya sudah banyak kali dia memberi cadangan agar Adib dihantar ke kelas tuisyen Matematik memandangkan Adib sangat lemah dalam matapelajaran yang satu itu.

“Abang, nak pergi kelas tuisyen buat apa. Yana kan ada. Abang macam tak tahu isteri abang ni kalau part kira-kira memang terror. Yana boleh ajar Adib. Cuma Adib ni malas. Di ketuk baru nak buat latihan. Di ketuk baru nak belajar.” Bebel Aryana lagi.

Ilham mengeluh perlahan. Nak taknak telinga dialah yang perlu mengganti telinga Adib menadah bebelan mummynya yang belum lagi mahu menunjuk tanda mahu berhenti. Tangan Ilham mencapai remote controller Astro. Channel ESPN ditekan. Mata tertancap pada siaran tertunda perlawanan bola sepak Liga Premier pada layar kaca LCD.

“Ni abanglah ni. Mengajar Adib tengok bola. Sampai belajar pun ke laut dalam perginya.” Sambung Aryana lagi meletakkan kesalahan pada bahu Ilham. Memang salah Ilham pun. Kalau bukan Ilham yang mengajar Adib pada bola sepak sejak dari kecik, tak adanya anak terunanya itu gila dengan bola sampai lupa nak belajar.

Ilham tersentak dengan sindiran Aryana. “Salah abang pulak.” Tempelak Ilham sedikit geram. Inilah sebabnya dia malas duduk di rumah malam-malam. Setiap malam ada sahaja yang Aryana bebelkan.

“Yerlah. Salah abanglah. Abang patut didik anak abang tu macam mana nak jadi pengarah urusan macam abang. Bukan diokey kan ajer kalau budak tu nak main bola, tengok bola.” Marah Aryana berlarutan sampai ke episod makan-bola-minum-bola-tidur-bola macam iklan Coca Cola sempena Piala Dunia dahulu. Kalau dia dah tahap bengang macam ni, apa sahaja isu yang boleh dibangkitkan akan dia bangkit.

“Yana, Adib kecil lagi Yana. Bagilah peluang dia merasa hidup macam kanak-kanak lain. Bukannya dia main bola sampai tak belajar langsung. Mata pelajaran lain okey kan. Matematik ajer yang lemah. Abang dulu Matematik lagi lemah tau. Lagi teruk kena bamboo dengan mama. Tapi Yana tengok sekarang ni, abang jadi juga pengarah urusan.” Balas Ilham.

Aryana mencebek. “Yerlah, company bapak sendiri bolehlah….” Sindir Aryana pedas.

Ilham buat muka. “Ehhh…Jangan nak pandang rendah pada Abang yer. Position tu abang dapat atas kelayakan abang jugak tau. Nak abang tunjuk degree master abang semua pada Aryana ker. Cakap tak tengok orang. Ni alumni universiti of Canterbury okey. First class degree.” Sedas Ilham.

Mulut Aryana kumat kamit mengajuk kata-kata Ilham yang panjang lebar itu.

“Tak puas hati lah tu.” Sarkastik Ilham berkata apabila Aryana diam tidak membalas.

“Abang rasa kita memang patut gajikan cikgu Matematik untuk Adib ker abang.” Aryana membalas dengan soalan.

“Yana decide.” Ujar Ilham tak kuasa nak buat keputusan. Malas kalau keputusan Ilham nanti mendapat tentangan dari Aryana.

“Nantilah Yana fikirkan. Kalau betul-betul Adib tak mahu mummy dia ni yang ajar, Yana akan cari private tutor untuk dia. Biar private tutor tu mengadap Adib buat latihan Matematik sampai dia pandai.” Ujar Aryana.

“Tak payahlah sampai private tutor. Hantar ajer ke kelas tuisyen macam budak-budak lain.” Bidas Ilham yang kurang bersetuju dengan idea Aryana itu. Melampau sangat pulak kalau sampai nak pakai private tutor. Adib tu bukannya tak pandai, cuma malas ajer. Kalau hari-hari buat latih tubi setakat nak selesaikan masalah Matematik pasti kacang ajer.

“Tak boleh abang. Kalau pergi tuisyen dengan budak-budak lain, nanti bukan belajar. Main lagi adalah. Biar dia belajar dekat rumah. Yana boleh tengokkan jugak macam mana cikgu tu nanti ajar. Lagipun bukan abang tak mampu nak bayar private tutor kan.” Balas Aryana.

Ilham mengeluh lemah. “Yess ma’am. Apa-apa ajerlah.” Nada Ilham boring. Dia bingkas bangun. Kunci kereta pada bakul rotan di atas rak konsul di tepi pintu diambil.

“Abang nak pergi mana tu?” Tegur Aryana.

“Mamak!!” Balas Ilham bersahaja. Eloklah sekiranya dia melarikan diri. Lagi dilayan Aryana nanti makin berjela-jela bebelan isterinya itu. Harun, Nadim dan Shuib dihubungi seorang demi seorang untuk memenuhkan korum meja bulat di kedai mamak tempat mereka selalu lepak setiap kali menjelang hujung minggu.













1 comment:

Anonymous said...

menarik saya sangat sukakan novel karya areila ni