Wednesday, August 20, 2014

Yes, Ma'am! : Part 1 : Bab 5

Bab 5


Deringan telefon kali ketiga yang membingitkan telinga membuatkan Aryana mengalah jua. Resepi kek red velvet yang sedang ditaip untuk dijadikan entry terbaru ke dalam blognya disimpan sebagai draf terlebih dahulu. Dengan malas Aryana menjawab panggilan telefon tersebut.

“Assalamualaikum. Ya mama.” Aryana menjawab malas.

“Waalaikumusalam. Yana pergi ke mana ni. Lambat sangat nak jawab telefon.”

Aryana jauhkan sedikit telefon bimbit dari telinga. Bingit mendengar suara bebelan Datin Rokiah Kamsan di hujung talian.

“Ni Baby ni. Basuhkan berak dia tadi.” Bohong Aryana. “Mama nak apa telefon Yana ni mama.” Aryana menyoal malas sambil terus melepaskan keluhan halus. Sebenarnya Aryana mahu mengelak diri daripada Datin Rokiah Kamsan buat sementara waktu. Terasa seriau mendapat panggilan dari ibu mertuanya itu. Buatnya Datin Rokiah Kamsan mengerah tenaga Aryana lagi untuk menjadi bibik sementara macam dua tiga hari lepas tak ker naya. Cukuplah sekali itu sahaja dia valunteer konon-konon mahu mengambil hati mertua dengan menawarkan diri membantu mengemas rumah sementara Rini pulang dari kampung. Taubat dah taknak jadi sukarelawan. Tolong kemas sikit-sikit boleh. Tapi kalau nak tolong kemas satu rumah memang taklah!

“Haihhh….Mengeluh semacam. Takut mama suruh tolong kemaskan rumah mama lagi ker?” Datin Rokiah Kamsan menyindir.

Aryana menelan air liur apabila mama cuba serkap jarang. “Eh…Mana ada mama. Kenapa mama nak mintak tolong Yana kemaskan rumah mama lagi ker? Boleh jer mama. Cakap ajer bila. Nanti Yana datang.” Payah Aryana terpaksa menipu lagi.

“Tak payah. Mama pinjam bibik Auntie Rubiah kamu dua hari ni untuk tolong kemaskan rumah mama.” Beritahu Datin Rokiah Kamsan.

Aryana urut dada tanda lega mendengar kata-kata ibu mertuanya itu.

“Ni mama telefon ni sebab mama ada satu cadangan nak bagi dekat Yana.” Tutur Datin Rokiah Kamsan.

Dahi Aryana berkerut halus. “Cadangan apa mama. Nak pergi bercuti sama-sama lagi ek. Nak-nak. Kita nak pergi mana mama.” Tuturnya ceria apabila merasakan ada cadangan menarik yang bakal dikatakan oleh ibu mertuanya. Mungkin percutian ke Instanbul barangkali kerana sejak dua menjak ini ibu mertuanya itu asyik sangat berkata mahu ke Instanbul untuk kesekian kalinya.

Datin Rokiah Kamsan mencebek bibir. “Bukan bercuti. Mama nak bagi cadangan supaya Yana join kelas aerobik.” Tuturnya laju, tidak mahu menantunya itu terus berangan-angan tentang mana-mana destinasi percutian. Takkan setiap kali cadangan yang keluar dari mulut dia semata-mata cadangan nak pergi bercuti sahaja. Anak menantu sukalah dapat tumpang pergi bercuti bersama dah semuanya percuma. Owhh…Banyak cantik!

Aryana mengeluh lemah. “Tak kuasalah Yana mama. Kalau setakat nak bagi berpeluh, dekat rumah ni macam-macam kerja boleh buat ma.” Dia menolak cadangan tak bernas ibu mertuanya. Tugas surirumahnya bermula seawal selepas selesai solat subuh. Siapkan sarapan, pergi pasar, masak makan tengahari, lepas tu kena jadi driver untuk hantar ambil Adib dari sekolah, kemas rumah, jaga Adalia. Pendek kata dari bangun tidur waktu pagi, sampai nak tidur balik di malam hari baru kerja-kerjanya selesai. Rasanya memang bukan keperluan untuk dia pergi ke kelas aerobik kalau dengan melakukan tugasan rumah pun boleh bagi lemak-lemak degil pada badan ni pecah.

“Buat kerja rumah berapa banyak sangat lemak yang boleh kurang.” Selar Datin Rokiah Kamsan pula.

Aryana sentap seminit. Laju dia melangkah menghadap cermin besar berbingkai kayu jati di ruang tamu rumah. Dia pandang atas bawah keadaan dirinya dihadapan cermin. “Mama cakap ni macam Yana ni dah gemuk sangat pulak.” Gumam Aryana sambil membelek-belek kiri kanan pinggang untuk memastikan alignment masih lagi ok dan tak lari.

“Memanglah tak gemuk tapi cuba bandingkan masa Yana anak dara.” Datin Rokiah Kamsan menggetus geram.

Aryana garu kepala yang tidak gatal. Dia hempas punggung atas sofa empuk Fella Design. “Ma….Masa anak dara tu lainlah. Sekarang dah ada dua orang anak mama. Standardlah kalau badan naik sikit.” Tuturnya lancar. Tidak patut ibu mertuanya itu mempertikaikan bagaimana dia semasa zaman anak dara dengan keadaan dia yang sudah beranak dua. “Lagipun abang pun tak pernah complaint pun kata Yana ni gemuk.” Suara Aryana berubah sarcastic sedikit.

“Ni yang mama malas bercakap dengan Yana ni tau. Ada ajer modal nak membidas. Yana kita orang perempuan ni kena pandai jaga penampilan diri.” Datin Rokiah Kamsan menggumam geram.

“Ni mesti Yana tengah pakai kain batik dengan sanggul rambut tinggi dekat rumah kan. Berapa kali mama dah cakap, jaga penampilan walau kita duduk rumah sekalipun.” Datin Rokiah Kamsan terus membebel tentang penampilan Aryana yang selalu nampak kolot pada pandangan matanya.

Mulut Aryana menganga mendengar kata-kata ibu mertuanya yang seakan-akan seperti dapat melihat Aryana di sini sedang berkain batik dan bersanggul tinggi. Aryana buat muka bosan. Ini bukanlah kali pertama ibu mertuanya itu mengkritik tentang penampilannya. Sudah banyak kali sebenarnya, tetapi Aryana lebih gemar buat perangai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Nak terasa hati dia dah faham benar dengan mulut Datin Rokiah Kamsan tu macam mana. Pada Aryana tidak ada yang kurang pada penampilannya. Ilham pun tak pernah complaint. Ilham pun pernah cakap yang Aryana nampak sangat seksi dengan kain batik. Jadi apa masalahnya. Ilham terima Aryana seadanya dari dulu sampai sekarang. Itu yang penting!!

“Yana, hujung minggu ni ikut mama yer. Mama nak bawak Aryana pergi satu tempat.” Datin Rokiah Kamsan mengalih kepada cadangan lain apabila cadangan untuk menyuruh menantunya ke kelas earobic telah ditentang habis-habisan.

Aryana mengeluh lagi. “Pergi mana mama.” Soalnya dengan nada malas.

“Adalah. Pergi satu tempat.” Datin Rokiah Kamsan cuba berahsia.

Aryana betul rasa macam dah malas nak layan bersembang dengan ibu mertuanya selepas satu persatu cadangan dikeluarkan.

“Mama kalau nak bawak Yana pergi saloon lepas tu mekapkan Yana macam opera Cina baik tak payah mama.” Bidas Aryana yang menolak awal-awal cadangan yang bakal diutarakan oleh ibu mertuanya.

“Tadi suruh pergi kelas aerobik, kali ni mesti nak suruh pergi make over letak mekap sekati kat muka.” Getus Aryana dalam hati sekilas meneka agenda Datin Rokiah Kamsan yang seterusnya itu. Dua tiga tahun lepas pernah dia termakan hasutan Datin Rokiah Kamsan untuk pergi make over pakai mekap tebal dua inci kononnya untuk menarik perhatian dan mendapat pujian dari suami. Last-last bukan pujian yang dia dapat, tapi kena tarbiyah dua jam okey daripada Ustaz Ilham Irfan. Mahu tak kena tarbiyah dengan Ilham, bila balik-balik tengok isteri sendiri macam pelakon opera Cina. Tapi mungkin salahnya pada Aryana juga masa itu, siapa suruh pergi cukur kening kan. Macam tak tahu buat benda yang mengubah kejadian Allah itu hukumnya berdosa.

“Bukanlah…… Mama nak Aryana teman Mama pergi majlis minum petang di rumah Puan Seri Mariam tu. Mama tak ada kawanlah nak pergi.” Kata Datin Rokiah Kamsan.

“Minum petang dengan kawan-kawan mama? Ngeee… Lagilah Yana tak mahu mama.” Aryana menggeleng laju walaupun dia tahu ibu mertuanya bukan nampak pun apa yang sedang dia buat.

“Jomlah Yana. Mama janji kali ni tak lama. Lagipun majlis minum petang tu untuk sambut kepulangan anak Puan Seri Mariam dari oversea. Nanti Yana bolehlah berkenal-kenalan dengan anak Puan Seri Mariam tu.” Datin Rokiah Kamsan seakan merayu.

“Ishh…” Aryana garu kepala lagi. Dia paksa kepala untuk mengarang alasan secepat mungkin untuk menolak pelawaan ibu mertuanya.

“Pergi yer. Mama tahu menantu mama ni takkan kecewakan mama.” Pujuk Datin Rokiah Kamsan lembut sebelum Aryana sempat memberi alasan.

Aryana mengeluh apabila terpaksa mengalah lagi kali ini. “Yerlah…” Jawabnya malas. “Tapi kalau abang bagi tau. Kalau abang tak bagi, Yana tak pergi.” Sambung Aryana lagi mengharapkan Ilham akan bantu dia untuk melepaskan diri dari kena pergi ke perjumpaan Mak-Mak Datin itu.

“Tak apa. Yana jangan risau. Kalau Ilham tak bagi, Yana bagi tahu mama. Tahulah mama nak cakap macam mana dengan Ilham supaya dia bagi jugak Yana ikut mama. Okey, hujung minggu ni kita jumpa yer. Assalamualaikum.” Balas Datin Rokiah Kamsan sebelum terus mematikan talian.

“Hahhh!!” Aryana pandang telefon yang tak bernyawa.





Aryana pandang Ilham yang berwajah no hal. Kecik besar kecik besar dia tengok Ilham yang buat dengar tak dengar apa yang dia bebelkan sekejap tadi. Ilham lebih memberi perhatian kepada joystick di tangan sambil mata memandang tepat kea rah skrin LCD 54 inci yang digunakan untuk bermain playstation dengan Adib.

“Mummy!!”

“Sayang!!”

Ilham dan Adib menjerit serentak apabila dengan tiba-tiba skrin LCD bertukar hitam.

Tiba giliran Aryana pula buat muka no hal disebelah suis tv.

“Times up.” Ujar Aryana sambil mata memberi isyarat kepada mereka berdua agar melihat ke arah jam dinding yang sudah menunjuk ke pukul 10.00 malam.

“Mummy…” Adib merengek.

“Times up!!” Suara Aryana naik satu oktaf. “Pergi naik atas, tidur.” Tuturnya tegas.

Sambil mencebek Adib bersalaman dengan abahnya. “Good nite abah!” Tuturnya.

“Good night.” Balas Ilham sambil mengerling ke arah isteri yang masih lagi berdiri disebelah suis tv.

“Good night mummy!”

Tutur Adib seraya bersalam dengan mummy.

“Good night.” Aryana menjawab acuh tak acuh.

“Ngeee…Yana potonglah. Abang dah nak menang tadi tau!!!” Ilham menggetus geram sebaik sahaja Adib memboloskan diri ke dalam biliknya.

“Siapa suruh abang buat tak tahu apa yang Yana cakap tadi.” Balas Aryana bersahaja.

“Abang dengarlah, bukan abang tak dengar.” Ujar Ilham acuh tak acuh ketika mengangkat Adalia yang tertidur di atas sofa masuk ke dalam bilik tidur.

Aryana sekadar mengekori Ilham dari belakang. Dia menekan butang on pada baby monitor yang memang diletakkan pada meja kecil sebelah katil Adalia agar memudahkan mereka suami isteri memantau Adalia yang tidur seorang diri di dalam bilik. Sejak masuk umur empat tahun, Adalia telah diajar untuk tidur sendiri di dalam bilik tidurnya.

“Habis tu…nanti abang cakaplah dengan mama, yang Yana ada benda lain nak buat hujung minggu nih.” Kata Aryana sebaik dia dan Ilham sudah masuk ke dalam bilik mereka.

“Hishhh… Tak kuasa abang.” Ilham sekadar menjawab ketika dia naik atas katil.

Aryana rasa macam nak meloncat naik atas katil bila mendengar suara bersahaja Ilham menuturkan. “Tak kuasa abang kata? Abang…tolonglah cakap dengan mama abang. Bagilah apa-apa alasan pun Yana tak kisah, asal Yana tak pergi ikut dia.” Aryana menggoncang-goncong tubuh Ilham yang sudah berbaring dan menarik selimut.

“Yana, apa masalahnya. Pergi ajerlah. Macam tak pernah teman mama pergi jumpa kawan-kawan dia.” Ilham menjawab mudah. Tidak mahu terus mendengar bebelan Aryana dia tarik comforter sehingga menutupi seluruh tubuh.

Mata Aryana membulat. Dia mengetap bibir. “Sebab pernahlah Yana dah malas nak ikut. Kenapa setiap kali nak pergi ke mana-mana mama suka suruh Yana follow dia. Mama lupa ker yang mama ada anak perempuan bernama Dr. Amani. Kenapa Yana jer yang asyik kena. Abang tahu tak yang Yana boring sangat bila kena temankan mama pergi berjumpa kawan-kawan mak Datin mama tu. Yana rasa macam Yana ni tua sebelum usia bila terpaksa bergaul dengan kawan-kawan mama.” Luah Aryana yang sesekali rasa lelah nak melayan karenah mak mertua. Mentang-mentang dia jenis lurus, rasa macam asyik kena buli ajer.

Dari dalam selimut Ilham berdecit halus. Kasihan pula mendengar luahan hati Aryana. Ilham pun sebenarnya lebih geramkan Kak Amani yang asyik mengelak sahaja setiap ajakan mama. Akhirnya siapa lagi yang mama nak tuju melainkan isterinya. Ilham tarik balik selimut. Dia bangun dari baring dan duduk disebelah Aryana. Lembut tangan menolak kepala Aryana agar berlabuh di atas bahunya.

“Ololo…Kasihannya isteri abang ni.” Ilham lembut memujuk. “Yana patut rasa bertuah tau mama lebihkan Yana dari anak dia sendiri. Tu sebab mama ajak Yana bukan Kak Amani.” Dia mencuba teknik reverse psychology.

Aryana mendengus kuat. “Abang jangan nak guna taktik reverse psychology abang tu yer. Yana taulah Kak Amani pun malas nak teman sebab tu Yana yang kena.” Ujar Aryana geram.

Ketawa Ilham tertahan-tahan apabila Aryana sudah bijak membaca fikirannya. Ini entah kali ke berapa dia guna taktik reverse psychology macam ni untuk pujuk Aryana.

Aryana angkat kepala dari bahu Ilham. Dia jelling Ilham yang sedang menahan ketawa.

Melihat muka masam Aryana, Ilham ajar wajah untuk menjadi serius.

“Alahh..Yana pergi ajerlah. Bersosial sekali sekala.” Tutur Ilham.

Aryana mengeluh lagi. “Abang kalau Yana nak bersosial, Yana nak bersosial dengan orang-orang sebaya Yana. Bukan dengan…..” Aryana tak mampu nak menghabiskan kata-katanya.

“Pergi ajerlah. Lepas Yana teman mama, nanti bolehlah Yana bodek mama pasal percutian ke Instanbul tu. Abang yakin sangat, mama pasti setuju untuk bawak kita semua pergi Instanbul dengan segala perbelanjaan ditanggung. Nanti siapa yang untung, Yanaaa…..jugak!” Ilham memasang umpan.

Mendengar kata-kata Ilham yang ada benarnya itu membuatkan minda Aryana automatik membayangkan betapa indahnya dapat menikmati secawan teh pudina di atas ferry sambil melihat keindahan Teluk Bhospurus.

“Betul jugak cakap abang kan. Bila lagi nak bodek kalau bukan sekarang.” Tiba-tiba Aryana menjadi terlebih semangat pula.

“Kalau macam tu nanti abang jaga budak-budak ek. Yana nak teman mama. Tak apalah geng dengan orang-orang tua pun. Janji dapat pergi Instanbul free.” Tutur Aryana dengan kening menari ronggeng.

“Hah…Yang tu abang tak setuju. Apa pulak abang yang kena jaga budak-budak. Yana angkutlah diorang sekali. Abang dah janji dengan Nadim nak pergi jogging.” Ilham pantas membantah.

Aryana mengetap bibir. “Owhh…Pandai nak mengelak. Kalau Yana yang nak bersosial kena angkut budak-budak. Kalau abang tak pulak.” Dia menggetus geram. “Kalau macam tu Yana tak jadilah nak teman mama. Kalau mama tanya, Yana cakap Yana tak pergi sebab abang tak nak tolong jaga anak-anak.” Aryana mengugut.

Mata Ilham cerun memandang Aryana yang berwajah selamba.

Dia berdecit. “Ngeee…Yerlah…Yerlah. Yes ma’am. Abang jaga. Tapi ingat jangan balik lewat sangat.” Ujar Ilham.

Aryana tersenyum puas. “Semestinya tak balik lewat.” Tutur Aryana sambil buat muka comel memandang Ilham yang tengah bengang. Matanya juling ke atas dengan dua telapak tangan dirapatkan separas dada. “Owhh…Instanbul Aku Datang!” Ucap Aryana penuh perasaan sebelum kepala direbahkan ke atas bantal.

“Selamat malam abang….” Sambungnya lagi terus menarik selimut.

Ketika mahu merebahkan badan semula, Ilham mengajuk-ajuk tingkah Aryana yang buat dia rasa geli geleman itu. Tak pasal-pasal program dia dengan Nadim kena batal. Haihh… Aryana…Aryana…. Keluh Ilham sebelum menutup lampu tidur.

No comments: