Wednesday, August 20, 2014

Yes, Ma'am! : Part 1 : Bab 4

Bab 4


Aryana memandang pelik ke arah suaminya yang sedang bersiap-siap di hadapan meja solek. Dia menghampiri Ilham. Badan disandar malas pada sebelah meja solek. Bola mata turun naik melihat penampilan Ilham. Ilham yang perasan dengan renungan atas bawah Aryana itu sekadar menayang sengih.

“Kenapa pandang abang macam tu.” Soal Ilham selamba ketika menyapu gel rambut pada kepala. Rambut yang sudah disapu gel itu disisir rapi sebelum jari-jari tangan cuba menggayakan rambut dibahagian hadapan agar sedikit terpacak.

Aryana tidak mengendahkan soalan Ilham itu. Dia menghampiri Ilham. Hidung sengaja dirapatkan pada tubuh Ilham. Ilham yang tersentak dengan tingkah Aryana itu automatik berundur sedikit. “Apa ni Yana. Kut yer pun malam sikit boleh?” Ujarnya.

“Isshhh Abang nih.” Aryana pukul lembut dada Ilham. Hidung cuba menghidu bau haruman pada tubuh suaminya itu.

Kemudian tangannya bersilang memeluk tubuh. Mata mencerun memandang Ilham yang masih lagi menggayakan rambut terpacaknya itu. “Abang ni betul ker nak pergi ke gym nih….” Soalan Aryana agak meleret sambil mata memandang curiga suami yang sudah bersiap.

“Betul lah.” Jawab Ilham bersahaja.

“Bukan main wangi lagi pergi gym. Tengok tu siap rambut pun tercacak-cacak.” Tutur Aryana seraya telunjuk terus terarah pada rambut terpacak Ilham itu.

Mata Ilham naik ke atas. Tapak tangan menyentuh rambut yang tercacak-cacak itu. Automatik bibir menyuring sengih kerang busuk.

“Alahhh….Yana ni. Apa salahnya abang smart-smart. Yana tak suka ada suami yang pandai menjaga penampilan diri.” Tutur Ilham bersahaja.

Aryana mencebek. “Abang tau tak yang abang ni dah terlalu tua untuk cuba bergaya Kpop dengan rambut duri landak macam ni.” Sedas Aryana.

“Duri landak Yana kata rambut abang ni. Yana ni buta seni lah!” Ngomel Ilham tidak bersetuju dengan kata-kata Aryana itu.

Aryana mencebek. Dia berlalu ke arah katil. Tuala, botol air serta sepasang sepersalinan baju yang sudah disusun atas katil dimasukkan ke dalam beg sukan.

“Nah!” Tangan menyua beg sukan yang sudah siap dikemas kepada Ilham.

Ilham menyambut senang. Dia dan Aryana beriringan menuruni anak tangga ke bawah untuk menanti Nadim tiba.

“Yana nak pergi rumah mama pukul berapa?” Ilham sekadar menyoal.

“Sekejap lagilah.” Aryana menjawab. “Abang ingat, jangan buat-buat lupa yang malam ni kita kena makan malam dengan mama dengan abah pulak.” Aryana menyambung mahu mengingatkan Ilham tentang agenda makan malam mereka sekeluarga di rumah mertuanya itu.

“Ya. Takkanlah abang lupa. Nanti abang minta Nadim terus hantar abang ke rumah mama.” Balas Ilham.

Bunyi hon kereta Nadim dari luar pagar rumah membuatkan Ilham terus bergegas keluar. “Okey ya Yana. Assalamualaikum.” Ilham berteriak sebelum memboloskan diri ke dalam perut kereta Nadim.

Aryana hanya menggeleng-geleng kepala melihat tingkah suami yang begitu bersemangat mahu pergi ke gym hari ini. Walaupun tadi dia lihat Ilham sedikit bergaya, tak kuasa dia nak letak syak dalam hati. Biarlah Ilham beriadah selepas seminggu penat berkerja. Tak perlu nak halang-halang. Hari Sabtu ajer pun. Hari Ahad tetap hari berkumpul kami sekeluarga.

“Mummy tok ma telefon.”

Jeritan Adalia dari muka pintu bersama telefon bimbit Aryana di tangan itu membuatkan Aryana segera bergegas masuk ke dalam rumah. Haihh… Ni bila pagi-pagi ibu mertuaku sudah mencari mesti adalah benda nak suruh aku buatkan nih. Sempat Aryana mengomel sebelum menjawab panggilan telefon dari Datin Rokiah Kamsan. Mama….Mama….





Aryana perhati keseluruhan hasil kerjanya selepas mendeko kek red velvet untuk di bawa ke rumah ibu mertuanya sekejap lagi. Semakin lama dia rasa skillnya menghias kek sudah semakin bagus. Tanpa menghadiri sebarang kelas atau kursus menghias kek, kira hasil kerja sebegini bolehlah dibanggakan juga.

Sebenarnya kek red velvet ini dia buat atas permintaan ibu mertuanya. Beriya-iya sangat Datin Rokiah Kamsan nak makan kek red velvet sebagai pencuci mulut selepas selesai makan malam nanti. Sebagai menantu, Aryana akan cuba memenuhi kemahuan ibu mertuanya itu selagi dia mampu. Mujur juga semua bahan-bahan membuat kek memang tersedia di rumah. Walaupun nak buat kek ni renyeh sedikit, tapi demi ibu mertuaku renyeh-renyeh pun diturutkan juga. Inilah antara petua yang diamalkan untuk memikat hati ibu mertua dan macam mana nak menjadi menantu kesayangan. Selalu mengorat melalui anak tekak dan seleranya.

Aryana capai Galaxie Note II dan dengan menggunakan fungsi kamera dia menangkap gambar kek yang sudah cantik itu. Esok-esok bolehlahlah masukkan dalam blog. Fikir Aryana. Selain dari jadi CEO rumahtangga, dia pun adalah mencuba bakat menulis blog. Segala resepi dan kisah aktiviti dia dan anak-anak dimasukkan ke dalam blog. Walaupun blog Aryana tidaklah mencapai puluhan ribu pengikut, tapi mengikut carta unik boleh tahan ramai jugaklah yang datang membaca walaupun hanya sekadar silent reader.

“Mummy tok ma tanya bila kita nak pergi rumah tok ma nih.” Tegur Adib.

“Nak pergi la nih. Adib pergi siap cepat.” Ujar Aryana sebelum cepat-cepat memasukkan kek yang sudah siap ke dalam kotak.

Aryana kerling jam dinding di dapur. Dah agak lewat nih. Patutlah Datin Rokiah Kamsan sibuk bertanya. Jadi menantu ‘semuanya okey’ ni pun susah jugak. Nak masak ayam bakar rosemary yang tersangatlah kacang tu pun nak tunggu Aryana datang. Apa boleh buat…untuk ibu mertuaku, semuanya okey!!







Seperti biasa kedatangan Aryana ke banglo mewah ini disambut mesra oleh ibu mertuanya yang sudah sedia menanti. Aryana menyuring senyum melihat Adib dan Adalia yang sedikit rimas apabila dicium berkali-kali oleh tok ma mereka. Mama ni gaya macamlah cucu-cucu dia tinggal jauh sangat. Peluk cium macam dah bertahun tak jumpa padahal kami setiap minggu kut pasti akan ke mari. Tak payah nak tunggu hujung minggu kadang-kadang rumah mama ni memang port dia tinggalkan Adib dan Adalia ni kalau mood dia malas nak bawak budak-budak banyak akal ni pergi ke Giant atau pasar untuk membeli barang dapur. Puncak Perdana dengan Shah Alam bukan jauh mana pun.

“Ni kek mama.” Aryana menyua kotak kek kepada ibu mertuanya.

Senyum Datin Rokiah Kamsan semakin melebar apabila kotak kek red velvet yang dipintanya sudah beralih tangan. Tidak salah Ilham memilih Aryana sebagai isteri. Sengal-sengal sikit-sikit tu tidak mengapa asal pandai jaga makan minum suami. Bagi Datin Rokiah Kamsan, Aryana adalah menantu perempuan yang paling sempurna dan dia bersyukur sangat bila Aryana ‘jadi’ dengan Ilham dahulu.

“Am mana?” Datin Rokiah Kamsan bertanya apabila hanya Aryana dan cucu-cucunya sahaja yang datang.

“Pergi gym…Katanyerr….” Tutur Aryana bersahaja. Dia memaut lengan Datin Rokiah Kamsan sebelum sama-sama berjalan beriringan untuk masuk ke dalam rumah.

“Abah mana mama? Tak nampak pun.” Aryana sekadar bertanya apabila melihat suasana rumah sunyi sepi sahaja. Di luar tadi pun dia perasan kereta abah tiada di porch.

“Abah kamu tu cuti-cuti macam ni apa lagi. Ke padang golf la tempat dia.” Datin Rokiah Kamsan menjawab.

“Mama, ada tak beli bahan-bahan yang Yana pesan semalam tu.” Aryana bertanya tentang ramuan untuk memasak ayam bakar rosemary yang telah disenaraikan kepada Datin Rokiah Kamsan semalam. Bila ada makan-makan keluarga begini sememangnya ayam bakar rosemerry air tangan Aryana akan menjadi menu wajib. Walaupun sudah berpuluh-puluh kali Aryana mengajar cara-cara menyediakan ayam bakar rosemary ini, tetapi ibu mertuanya tetap juga sampai ke sudah nak mengelat dari memasak sendiri. Sanggup dia sediakan segala ramuan dari A sampai Z asalkan Aryana nak masak.

“Ada. Tapi mama pergi supermarket tadi tak jumpa pula rosemary segar. Pakai ajerlah yang kering tu. Boleh kan.” Jawab Datin Rokiah Kamsan.

Aryana melihat botol rosemary kering berjenama McCormick itu. “Bolehlah….” Jawabnya. Tanpa berlengah Aryana terus menyingsing lengan baju. Semua bahan-bahan untuk memasak diletakkan di atas meja makan di dapur. Tangannya mula lincah mengupas bawang.

Datin Rokiah Kamsan meninggalkan cucu-cucunya bermain di ruang tamu rumah sebelum dia membantu Aryana di dapur.

“Mama, sampai bila Rini cuti mama.” Aryana sekadar berbasa basi apabila melihat ibu mertuanya sudah mengambil tempat di hadapannya.

“Tengah bulan depan.” Beritahu Datin Rokiah Kamsan.

Mata Aryana terbeliak. Tangannya berhenti dari mengupas kulit halia. “Lamanya cuti ma…..” Ujar Aryana meleret.

“Biarlah. Lagipun setahun dah dia tak balik kampung dia.” Ujar Datin Rokiah Kamsan.

“Bertuah Rini jadi orang gaji Datin Rokiah Kamsan. Nak balik kampung siap naik MAS lagi. Orang gaji tempat lain ada? Tak ada kan!!” Tutur Aryana becok sambil ketawa kecil. Mak Jemah sangat gaya dia ‘menguntum’ dengan ibu mertuanya itu.

Datin Rokiah Kamsan menggeleng-geleng perlahan melihat tingkah menantu kesayangannya itu. “Ni Yana mama nak tanya ni.” Giliran Datin Rokiah Kamsan pula bertanya.

“Apa dia ma.” Aryana melayan acuh tak acuh. Besen kecil berisi bawang dan halia yang sudah dikupas dibawa ke singki untuk dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam food processor. Butang food processor ditekan. Aryana biar dalam seminit dua agar bawang dan halia tadi betul-betul hancur.

“Selalu ker Am pergi ke gym tu.” Sambung Datin Rokiah Kamsan.

“Baru-baru ni ajer abang rajin pergi ke gym tu.” Jawab Aryana sambil dia sibuk melumur bahan yang sudah siap dikisar ke atas ayam. Serbuk lada hitam dan rosemary kering ditabur.

“Pergi dengan siapa?”

“Dengan Nadim lah mama. Dengan siapa lagi. Semenjak ajer Nadim balik Malaysia ni diorang tu kan macam belangkas ajer.” Ujar Aryana sambil mencuci tangan. Ayam sudah dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk diperap lebih kurang dua jam sebelum dibakar.

“Hai…. Bukan main macam-macam mesen senaman dalam rumah pun nak pergi ke gym jugak suami kamu tu.” Sambungnya lagi.

“Biarlah mama. Takkan Yana nak halang kalau abang nak ke gym. Bukan ke mana pun. Nanti kalau itu tak boleh, ini tak boleh orang ingat Yana control suami Yana pula.” Tutur Aryana.

Datin Rokiah Kamsan mencebek. “Bukan control, tapi hati-hati.” Tuturnya.

Aryana berdecit.

“Mummy nak mandi swimming pool.”

Aryana menghela nafas lega bila melihat Adib dan Adalia masuk ke dapur dengan masing-masing sudah siap berpakaian renang lengkap dengan google dan pelampung sorang satu.

“Mama Yana pergi teman anak-anak Yana mandi swimming pool dulu yer.” Ujar Aryana sebelum dia pergi meninggalkan Datin Rokiah Kamsan terpinga-pinga seorang diri di dapur. Mama bukan boleh dilayan lebih-lebih. Nanti akan ada sahaja benda yang mama nak ‘cucuk-cucuk’ dalam hal dia suami isteri.





No comments: