Thursday, September 25, 2014
Yes Ma'am : Part 2 : Bab 4
Bab 4
“Hello….”
Bola
mata Aryana macam nak tercabut daripada soketnya apabila mendengar suara serak seperti
baru bangun tidur di hujung talian.
“Abang
baru bangun!! Abang dah tahu tak pukul
berapa sekarang nih!! Sudah pukul tujuh
abang tahu tak.” Sengaja Aryana
terpekik-pekik. Sudah ditelah. Ramalannya benar belaka. Memang akan lewatlah Adib akan ke sekolah
hari ini.
Ilham
yang sedang mamai cuba membuka mata luas-luas untuk melihat jam loceng di meja
tepi katil. “Baru pukul 7.00 Yana. Apa ada hal.”
“Abang
jangan nak buat hal abang, abang lupa ker yang abang kena hantar Adib pergi sekolah hari
ni. Abang tahu tak sekolah Adib dengan
rumah Abang bukan dekat. Jauh!!” Pekikan Aryana semakin kuat.
Ilham
yang baru tersedar tentang Adib dan Adalia yang bermalam di kondo miliknya
semalam bingkas bangun dari tidur.
“Adib…Baby….” Suaranya
memanggil-manggil.
“Abang…Mana
anak-anak?” Nada Aryana mula berubah
apabila mendengar suara Ilham memanggil-manggil nama anak-anaknya tetapi tiada
balasan. Perasaan takut serta merta
menular dalam diri. Adakah Adib dan
Adalia keluar rumah tanpa pengetahuan abah mereka?
“Abang!!!” Suara Aryana makin naik apabila tiada respond
dari Ilham. Ilham yang terkejut terus
menjarakkan telefon bimbitnya dari telinga.
“Yana,
jangan nak jerit-jerit macam ni boleh tak.
Boleh pekak telinga abang kalau dengar Yana jerit-jerit macam ni. Tunggu sekejap tak boleh ker. Abang tengah cari diorang nih.” Marah Ilham.
“Adib….Baby…” Ilham terus memanggil anak-anaknya. Setelah memeriksa setiap bilik yang ada dia
beralih ke dapur rumah apabila mendengar bunyi sudu jatuh.
“Good
morning abah!!” Adib dan Adalia ucap
serentak.
“Hahh..” Ilham menghela nafas lega apabila melihat
anak-anaknya sedang bersarapan pagi.
“Adib
breakfast apa nih?” Ilham sekadar
menyoal.
“Coco
crunch. Abah bangun lambat ek. Itulah abah.
Kan mummy pernah pesan, tak elok lepas solat Subuh tidur balik.”
Ilham
tersengih. Aduh anak. Pandai sangat sekolahkan abah pagi-pagi
begini.
“Yana,
Adib dengan Baby tengah breakfast.”
Ilham memberitahu Aryana yang masih dalam talian.
“Abang
tidur balik yer lepas Subuh tadi.”
Aryana menyoal. Dia dengar suara
halus bercakap dengan Ilham tadi.
“Abang
penatlah. Tertidur. Bukan sengaja nak tidur balik. Sudahlah.
Abang nak siap ni. Babai. Assalamualaikum.” Ilham cepat-cepat memutuskan panggilan
sebelum Aryana sempat bersyarah 1500 perkataan dek kerana dia tertidur selepas
solat Subuh tadi.
“Errmm..Adib
makan dulu. Abah pergi siap sekejap.”
“Okey. Tapi abah jangan lambat tau.” Adib berpesan.
“Yes
bos!!!”
“Hai
Yana?” Ilham memberi lambaian sambil
tersengih-sengih sebaik keluar dari kereta. Macam tahu-tahu sahaja dia akan
tiba, Aryana sudah siap-siap buka pintu pagar untuknya.
Aryana
buat muka jelik. “Adib lambat?” Soalnya serius. Sengih kerang busuk Ilham itu buat dia rasa
nak termuntah.
Ilham
terus tersengih. “Yana kena faham, jalan
dari kondo abang nak ke sekolah Adib tu selalu jammed kalau hari bekerja.” Bijak dia mengarang alasan.
Kening
Aryana terangkat sebelah. “Pukul berapa
Adib sampai sekolah tadi?” Dia masih
lagi serius.
Ilham
berdehem beberapa kali untuk membetulkan kotak suara. “Pukul 8.”
Jawabnya jujur.
“Pukul….”
Belum
sempat Aryana menghabiskan kata-katanya Ilham terlebih pantas memotong. “Tapi Yana tak payah risau, abang dah cakap
dengan Cikgu Adib yang perkara ni takkan
berulang lagi dan abang pastikan lain kali sebelum pintu pagar sekolah tutup
Adib akan sampai tepat pada waktunya.”
Sambung Ilham.
Aryana
merengus geram. “Okeyyyy….” Katanya sepatah. Pintu keretanya dibuka.
“Eh
Yana nak pergi ke mana nih?” Ilham
cepat-cepat bertanya.
Aryana
tidak jadi masuk ke dalam kereta. Dia
memandang Ilham. “Yana nak pergi cari
kerja lagi.” Jawabnya selamba.
“Cari
kerja? Habis Baby macam mana?” Telunjuk Ilham terarah pada Adalia yang
kembali menyambung tidur di dalam kereta.
Aryana
panjangkan tengkuk bagi melihat keadaan Adalia.
Kemudian dia senyum sinis pada Ilham.
“Abang hantarlah ke rumah mama.
Apa masalahnya.” Balas Aryana
bersahaja.
“Masalahnya
abang dah lambat. Takkanlah lepas hantar
Adib, abang nak patah balik ke rumah mama.
Jalan nak pergi ke rumah mama tu lagilah teruk jam. Abang ada meeting penting pagi nih. Yana ajerlah hantar.” Kata Ilham.
“Ehh…Dah
kenapa pulak. Abang yang pandai-pandai
ambil diorang rumah mama semalam kan, so abanglah hantar.” Aryana tidak mahu mengalah.
“Sebab
tu la abang tak suka Yana kerja. Ini
baru keluar cari kerja ajer tau dah abaikan anak-anak.” Tempelak Ilham
geram.
“Abang
ni dah kenapa. Salah ker Yana keluar
cari kerja. Apa hak abang nak halang-halang
Yana nih.” Aryana bagi sedas.
Ilham
mengetap bibir. “Apa hak abang Yana
cakap? Eh Yana, Yana tahu tak Yana tu
isteri..” Ilham terhenti. Dia baru
teringat yang….
Aryana
senyum mengejek lagi. “Correction
abang. Bekas isteri ajer yer. Jadi jangan nak berlagak macam abang tu suami
Yana lagi. Abang tu ajer yang tak pandai
nak manage masa. Kalau dah tahu jalan
nak ke rumah mama tu selalu jammed siapa suruh keluar lambat.” Hambur Aryana senafas.
Ilham
buat muka boring. “Yerlah…Yerlah…Bekas…Bekas…Tapi
boleh tak kali ni Yana timbang rasa sikit dengan abang. Tolonglah Yana.” Ujarnya seakan merayu pada bekas isterinya
itu.
“Nope.
Yana dah lambat. Baik abah
kalihkan kereta abang nih. Yana nak
keluar.”
Ilham
hanya membatukan diri. Kecik besar kecik
besar tengok Aryana yang berlagak tu.
“Cepat
tunggu apa lagi.” Suara Aryana
naik.
“Yes
ma’am…Yes ma’am…Yes ma’am.” Ilham
menggetus geram. Gear ditolak ke huruf
R. Sebaik dia memberi laluan kepada
Aryana, bukan main Aryana menekan minyak kereta dan terus pergi dari sini.
“Abah
kita pergi rumah tok mama ker?”
Ilham
memandang ke tempat duduk belakang. “Baby,
kita pergi office abah dulu. Abah ada meeting
awal pagi nih. Nanti tengahari abah
hantar pergi rumah tok mama okey.”
Katanya lembut.
“Pergi
office abah, bestnya. Nak…Nak…” Adalia
bersorak gembira.
Ilham
hanya senyum terpaksa. Tak apa
Yana. Tak apa. Hari ni hari kau. Esok lusa tulat aku akan pastikan hari aku!
Datuk
Maarof yang baru tiba di pejabat agak terkejut dengan kehadiran seorang
kanak-kanak di dalam bilik Hamidah. “Ya
Allah, anak saper ni Midah.” Soalnya.
Kasihan sangat tengok budak ni.
Mengerekot tidur di atas sofa.
Mendengar
soalan dari Datuk Maarof itu membuatkan tidak semena-mena Hamidah ketawa
berdekah. “Eh..Datuk nih. Cucu Datuklah. Siapa lagi.”
Ujar Hamidah dengan ketawa masih rancak.
“Hahh…Cucu
saya.” Datuk Maarof bertambah
terkejut. Badan Adalia yang berpaling
ditepi ditarik perlahan. “Ya Allah
Baby. Cucu Atok. Buat apa Baby dekat sini.” Ujar Datuk Maarof.
“Encik
Ilham punya hal. Dia ada meeting awal pagi ni.
Tak sempat nak hantar Baby ke rumah Datuk tadi. Tu yang dia bawa datang ke mari.” Hamidah memberitahu hal sebenar kepada Datuk
Maarof.
“Ilham….Ilham…Midah
awak pergi telefon Harun. Mintak Harun
hantarkan Adalia ke rumah saya. Ni dari
gaya ni tak mandi lagilah. Dengan baju tidurnya. Air liur basi meleleh-leleh.” Datuk Maarof memberi arahan. Tidak sampai hati tengok cucu kesayangannya
ini comot-comot dan tidur kesejukan di dalam pejabatnya.
Hamidah
mengangguk. “Okey Datuk.” Katanya terus mendail nombor telefon
Harun.
Sebaik
mesyuarat selesai Ilham terus menelefon Harun apabila melihat ada lima
panggilan tidak berjawab daripada Harun yang diterimanya semasa mesyuarat
tadi.
“Hello
bos.”
“Hah
Run. Apa hal kau telefon aku tadi? Aku baru habis meeting nih.” Ilham terus menyoal.
“Owhh…. Tak ada apa-apa bos. Saya cuma nak bagi tahu, tadi saya hantar
Baby pergi rumah tok mama dia.” Jelas
Harun.
“Owhh…Terima
kasih ya Harun. Aku kelam kabut la
tadi. Tak sempat nak singgah hantar anak
aku ke rumah mama. Yana pulak langsung
tak boleh nak mintak tolong dah sekarang nih.”
Ilham mengomel. Mujur mesyuarat
bermula lewat setengah jam. Sempatlah
dia sampai sebelum mesyuarat bermula.
Harun
mengekek ketawa mendengar omelan Ilham.
Dari gaya Ilham ni, memang belum bersedia nak menjadi bapa tunggal. Nasib baik anak dua orang ajer dan nasib baik
Aryana yang jaga kedua-duanya.
Ilham…Ilham… Baru satu hari
belajar mengurus persekolahan anak pun fail!! “Tak apa bos.
Kecik punya hal ajer bos.” Jawab
Harun tidak kisah.
“Eh…Run
kau buat apa. Jom makan tengahari dengan
aku. Aku belanja.” Ilham mempelawa Harun sebagai tanda terima
kasih kerana Harun sudah meringankan sedikit kerjanya hari ini.
“Eh…Tak
boleh bos. Saya nak balik rumah saya
pulak ni. Nak bawak isteri saya pergi ke
klinik.” Bersungguh-sungguh Harun
menolak.
Mulut
Ilham terngaga. “Eh..Kak Leha berisi ker
Run. Hebat kau nih.” Tuturnya nakal. Jika benar telahannya itu maka memang tidak
syak lagi Harunlah yang paling gagah perkasa.
Harun
berdekah ketawa. “Eh..Tak la bos. Dah
tutup kilang. Semalam kaki dia terseliuh
masa dekat pasar malam. Semalam okey jer
ni baru kejap tadi dia telefon saya cakap kaki yang terseliuh tu dah bengkak. Tu yang nak bawak ke klinik tu.” Jelas Harun hal sebenar. “Lagipun bos, siapa tak sayang bini kan bos…” Sambungnya lagi agak meleret.
Ilham
mencebek. “Kau ni kan Run sempat lagi
kan perli-perli aku. Sama ajerlah dengan
Datuk.” Dia menggetus.
Harun
terus ketawa berdekah di hujung talian.
“Gurau senda bawa bahagia bos.”
Balasnya bersahaja.
“Sudahlah
kau. Kalau kau taknak makan dengan aku,
aku ajak Shuib. Assalamualaikum.” Ilham terus mematikan taliannya dengan
Harun. Sebaik itu, dia terus mendail
nombor telefon Shuib.
“Shuib,
jom makan!”
“Yana
ni pun, takkanlah tak boleh nak bertolak ansur dengan Ilham. Kasihan abah tengok Baby tadi. Dengan tak mandinya. Rambut kusut masai.” Datuk Maarof menegur lembut sewaktu Aryana
datang ke rumahnya untuk mengambil Adib dan Adalia untuk dibawa pulang.
“Saja
ajer abah. Yana nak tengok abang tu
boleh uruskan budak-budak tu ker tidak.”
Jawab Aryana tenang.
“Yana,
macam Yana tak kenal Ilham tu macam mana.”
Balas Datuk Maarof. Entah bilalah
kemelut Aryana dan Ilham akan berakhir.
Dia faham jodoh mereka sampai di sini sahaja, tetapi takkan untuk
menjadi sahabat pun sudah tidak boleh.
Ini pun untuk kebaikan anak-anak mereka juga. Bila fikir pasal Aryana dan Ilham memang akan
buat dia sakit kepala.
Aryana
hanya membatukan diri.
“Macam
mana hari ni. Dapat ker tidak kerja yang
Yana mintak.” Datuk Maarof mengalih
topik.
Aryana
mengeluh perlahan. “Tak dapat. Semua nak yang muda-muda ajer. Dia orang tak tahu ker walaupun Yana ni tak
berapa nak muda lagi, tapi pengalaman yang Yana ada ni lebih berharga tau
abah.” Dia mengomel.
“Macam
ni la Yana. Sudah-sudahlah sibuk nak
mencari kerja. Dari Yana ke hulu ke
hilir mencari kerja lebih baik Yana jaga anak-anak Yana sendiri. Yana cakap dengan abah, berapa sebulan Yana
nak duit belanja untuk Yana, abah bank in setiap bulan asalkan jangan biar cucu
abah tak terurus macam hari ini.” Datuk
Maarof memberi jalan agar Aryana tidak perlu susah-susah lagi nak fikir untuk
mencari kerja.
“Ehh…Abah
nih…” Aryana tersipu malu. Ini sudah kali kedua abah memberi tawaran
lebih kurang sama macam ni. Aryana tidak
mahu membebankan abah. Buatlah tiba-tiba
Ilham berkahwin dengan perempuan lain, takkanlah dia nak jugak harap abah hulur
duit pada dia tiap-tiap bulan. Tak
boleh…Tak boleh….
Datuk
Maarof memandang ke dalam mata redup menantunya itu. “Abah serius nih. Abah tak sanggup tengok menantu abah susah
payah ke hulu ke hilir mencari kerja.
Suruh kerja dengan abah tak mahu.”
Ujar Datuk Maarof.
“Haah
Yana. Cakap ajer dengan abah kamu
ni. Yana nak berapa untuk belanja hidup
Yana.” Sampuk Datin Rokiah pula.
“Maa…” Keluh Aryana.
“Yana…Kalau
Yana hormatkan abah, sayangkan abah macam abah kandung Yana tolong dengar cakap
abah.”
Aryana
mengetap bibir. Terasa cair dengan
pujukan abah. Kenapalah Ilham tak macam abah….
“Okey
macam ni abah, Yana janji esok kalau Yana masih lagi tak dapat jugak kerja Yana
akan ikut cakap abah. Yana akan jadi
suri rumah dan jaga anak-anak Yana. Tapi
Yana takkan mintak duit abah sebab Yana tahu Abang Am tetap akan bagi duit
belanja untuk Yana jugak.” Ujar Yana
selepas puas berfikir untuk menyusun ayat agar mertuanya itu tidak terasa hati
dengan penolakkan untuk kali kedua ini.
“Tengok
tu! Nak jugak tawar menawar.” Datin Rokiah Kamsan mula membebel.
“Abah…Mama…Please….” Aryana pantas memotong. Dia buat muka simpati agar abah dan mama
boleh faham keadaan dia sekarang ini.
Setelah
berfikir dalam sepuluh minit akhirnya Datuk Maarof mengangguk setuju. “Okey.
Abah pegang kata-kata Yana. Esok cubaan
terakhir.” Ujarnya.
Aryana
hanya senyum dalam terpaksa. Semoga esok
dia akan berjaya!
Semoga terhibur!!!
Salam sayang,
Eila
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
moga2 yana dpt kje lps 2 jupe plk bos hansem.. biar rsakn kt ilham..
Yela..Ilham tu ego n sombong sgt..biar dia rasa..harap yana dpt kerja n start back from '0'..hehe..
Chop!! Diorang bercerai sebab apa yer? Akak tak jumpa la cari... Ilham main perempuan yg kat gym tu yer? Sebab apa? Sebab Yana lepas bersalin, body lari sikit, Ilham x suka yer?
Ker, Ilham dah bosan?
Okeh, akak suka Yana tak patah semangat. Tapi kannn....kalau dia jadi suri rumah, dapat monthly allowance, dia still boleh ada career apa. Dia boleh buat business online kecil-kecilan. Mesti meningkat maju kan... Dia pun pandai masak...ada banyak skill apa Yana ni. Nak buat freelance company secretary pun boleh. Hmmm...Yana kena survey lagi options dia akak rasa.
eija, iyads, kak aziela,
terima kasih sebab komen.
ada sebab kenapa diorang boleh bercerai. (nak tahu sebab apa kena habiskan part 1 dulu)
ilham dengan yana masing-masing ada kelemahan. kalau Ilham dengan mata keranjang yg susah nak hilang, Yana pun ada kelemahan jugak. Yana perempuan biasa, dia memang isteri yang baik, tapi belum taraf bidadari....
yg pasti diorang boleh berbaik lepas berpisah sebab anak2... hikhikhik...
Sokong!!
Yana kuat membebel. Bab urus rumah n anak2 dh ok. Tang satu tu je kena kurangkn sikit
dah abih baca bab 1...tp tak jumpa plak naper diaorg berpisah...
tak sabar tunggu besok...
mintak2 yana dapat kerja...
Anon,
Part 1 memang sengaja tidak upload sampai habis. :P
ngeee...jahatnyer titewww kan!! :P
sedih sbenarnya bila baca smbgn yana-ilham ni. smpaikn tetfiki2 berhari2 knpla cik writer g smbg mcm ni. apa pn yana truskn hidup smga bjaya dpt kerjabg ilham jeles pla
sedih sbenarnya bila baca smbgn yana-ilham ni. smpaikn tetfiki2 berhari2 knpla cik writer g smbg mcm ni. apa pn yana truskn hidup smga bjaya dpt kerjabg ilham jeles pla
Post a Comment