Thursday, November 20, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 10

Aleeya merebahkan badan di atas tilam toto yang sedia terbentang. Penatnya, Tuhan sahaja yang tahu. Semesta baru telah pun bermula. Modul untuk semesta ketiga nampaknya semakin tough dan macam susah gila. Harap-harap, semesta ini janganlah ada subjek yang terkantoi. Mahu naya jadinya kalau ada satu subjek yang tak lepas. Tak pasal-pasal semesta yang berikutnya terpaksa repeat balik subjek yang kantoi. Itu belum kira kena sembur dengan emak sebab tak mahu belajar betul-betul. Nauzubillah min zalik. Hari pertama semesta baru pun dah start dengan kuliah. Dah tak ada masa nak lepak-lepak enjoy-enjoy lagi. Jangan buat-buat terkejut kalau dapat message dari lecturer jika kena datang kuliah pada hari biasa selepas office hour, walaupun untuk para pelajar separuh masa, kuliah hanyalah diadakan pada hari Sabtu Ahad sahaja.
Alunan irama Umbrella bergema. Segera Aleeya mengeluarkan Nokia 6500 Slide dari dalam bag. Dia melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon bimbit. ‘Chikgu Chentaku’. Ini sudah masuk panggilan ketiga yang Aleeya terima dari orang yang sama sepanjang hari ini. Semuanya Aleeya buat tidak tahu. Aleeya mengeluh lemah. Panggilan itu dibiarkan sahaja tanpa bersambut. Bingit mendengar Umbrella dari Rihanna, telefon bimbit kemudian dimatikan. Lantas Aleeya terus mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Lagipun Maghrib semakin menghampiri.
Selesai mandi, Aleeya menunaikan solat Maghrib. Habis solat dia mencapai surah Yassin yang terletak di atas rak buku meja belajar. Ayat-ayat Yassin dibaca sementara menunggu masuk waktu Isyak. Selesai solat Isyak, Aleeya terus berteleku di meja studi. Bekerja sambil belajar memanglah memerlukan pengorbanan. “Orang lain, malam minggu sebegini sibuk bersuka ria bergumbira aku terpaksa mengadap buku. Tapi nak buat macam mana. Dah ini jalan yang aku pilih. At least jalan yang aku pilih ini jalan yang lurus bukan jalan yang bengkang bengkok.” Hati berkata.
Biasa malam-malam minggu begini, rumah memang akan menjadi sunyi sepi. Anis akan balik ke rumah emak abah dia di Sungai Buluh. Untunglah dia, rumah emak abah dekat. Aida tak tau mana lesapnya. Cuma Iwa bagi tahu tadi dia keluar dengan rakan sepejabatnya. Mungkin malam ini dia tidak balik rumah.
Dan seperti kebiasaannya, Aleeya dan Iwa setia menjadi penunggu rumah. “Elleeh.. Yer lah tu Cik Nurul Aleeya, Cik Mar Rozaiwa. Dua-dua sama ajer. Dua kali lima sepuluh. Lima kali dua sepuluh. Lapan campur dua sepuluh. Dua campur lapan sepuluh.” Hati Aleeya berkata. Sebab esok pagi-pagi ada kuliah kerana itu terpaksa berteleku duduk dekat rumah buat ulangkaji. Kalau tak, kita orang pun tak akan lekat dekat rumah. Paling-paling tidak pun lepas solat Isyak terus pergi lepak dekat mapley Pricint 9 ataupun tengok midnight movie di Alamanda. Aleeya masih lagi setia di meja belajar. Memanglah kalau nak buat benda yang baik ada sahaja yang datang mengganggu. Mata macam dah kena letak dengan batu sungai ajer. Berat semacam. Aleeya mengangkat punggung dari kerusi lalu menuju ke dapur.
“Buat apa?” Iwa menegur dari belakang.
Terkejut Aleeya apabaila tiba-tiba ditegur oleh Iwa sedemikian rupa. Sudahlah keadaan malam-malam macam ni senyap sunyi sahaja. Ya Allah.. Nasiblah aku tak ada penyakit lemah jantung. Kalau tidak kat sini jugak aku kojol. Botol Nescafe di tangan nasib tidak terlepas. Kalau tidak mahunya aku kempunan malam ini nak minum Nescafe. “Buat air. Kau nak ker?”
Bagai orang mengantuk dihulurkan bantal. Iwa terus mengangguk laju apabila Aleeya dengan sukarela tanpa dipaksa-paksa mahu membuat air untuknya sekali. “Nak..Nak..” Iwa mengangguk.
“Pantang dipelawa. Cepat ajer mengangguk.” Aleeya berkata di dalam hati. Aleeya mengeluarkan sebiji mug lagi dari dalam kabinet dapur. Serbuk Nescafe dibubuh di dalam mug. Pasangan sehati sejiwa Nescafe, Coffemate pula dimasukkan. Air panas dari cerek elektrik dituang ke dalam ke dua-dua mug dihadapannya. Air Nescafe dikacau perlahan-lahan. Siap. Aroma bau Nescafe panas yang berasap nipis itu benar-benar membuatkan mata terasa segar semula.
“Leeya nanti tolong hantar masuk bilik aku yer.”
Amboi slumber sungguh Mar Rozaiwa berkata-kata. Siap minta tolong dihantar sampai ke dalam bilik. Ingat dia puteri raja dari kayangan ker. Nak dilayan sampai macam tu sekali. Terlupa diri ker yang sekarang ini dia dengan aku dekat rumah bukan sedap-sedap duduk melepak dekat mapley. “Kau ingat aku Anei dekat mapley Pricint 9 tu ker.” Balas Aleeya kemudian.
Iwa yang terasa nak melangkah ke dalam bilik terus tak jadi dan terus ketawa melihat Cik Aleeya pot-pet-pot-pet merungut seperti itu. Teringat pulak iklan U Mobile. ANEI!!, KASI TEH TARIK. BOLEH!!.. KASI SETENGAH GELAS. TAK BOLEH.. KENAPA??
Adalah sesuatu yang cukup melawakkan kalau Aleeya macam anei dalam iklan itu. “Yer lah.. Yer lah.. Aku teman kau kat sini.”
Tangan Iwa tidak berhenti-henti mengetuk-mengetuk kabinet dapur tak tau berirama lagu apa, sambil mata melilau mencari sesuatu yang boleh dibuat kudap-kudapan. Twisties peket besar dicapai. Iwa berdiri di balkoni dapur sambil makan Twisties.
“Nah.” Aleeya menyuakan Nescafe panas berasap nipis kepada Iwa.
Iwa menyambut huluran dengan senyum dibibir. “Mekacih.”
Aleeya mengambil tempat disebelah Iwa. Dua-dua sedang melayan perasaan menghadap ke langit yang nampak cantik dengan taburan bintang-bintang.
“Leeya.” Iwa memecah tembok kesunyian.
“Yup.” Aleeya menjawab ringkas.
“Nanti aku pinjam buku-buku masa kau semesta dua dulu ek.”
Aleeya tersenyum. “Ambiklah. Tapi pinjam ajer tau. Habis sem make sure pulangkan balik sebelum aku start mensumbangkan lagu Pulangkan. Aku sayang buku-buku tu semua. Tapi nak pinjam mesti kena ikut syarat yang telah ditetapkan.”
“Tahu. Jangan terkelepek, jangan terkoyak, jangan terkemek.” Iwa memotong sebelum sempat Aleeya meneruskan kata. Sudah faham sangat perangai Aleeya yang satu itu. Jika ingin meminjam buku-buku kepunyaan Aleeya, jangan sesekali diapa-apakan buku-buku itu. Jangan ada yang berani gatal tangan. Pasti mengamuk besar Aleeya jika ada yang mengingkari arahan. Bukan setakat buku pelajaran, koleksi novel kesayangan, kamus-kamus yang bermacam bahasa, bahkan sehinggakan majalah Remaja yang dibeli dua kali sebulan itu juga jangan cuba diapa-apakan. Di dalam setiap helaian pertama buku-buku, novel dan majalah milik Aleeya sudah sedia bertanda dengan kertas berwarna merah cili yang tertulis ‘BUKU INI ALEEYA PUNYA!!. TOLONG BUAT MACAM HARTA ORANG LAIN. JANGAN BUAT MACAM HARTA BENDA SENDIRI. INGAT!!!!!!! INI ALEEYA PUNYA. ALEEYA YANG PUNYA.’ Macam-macam perangai housemate yang seorang ini.
“Pandai pun. Tak payah aku sibuk buat ulang siaran cakap benda yang sama.” Kata Aleeya bersahaja.
“Yerlah. Dah berapa lama kita berkawan. Dari poli lagi aku dah kenal kau sampai dah kerja, buat PJJ sama-sama pulak tu.”
“Yerlah adik junior ku. Memang kita buat PJJ bersama-sama dekat UKM uni tercinta, tapi kau tu tetap junior aku. Jadi kau kenalah respect senior lebih.” Aleeya membalas dengan gelak tawa.
Iwa mencebikkan bibir. Ek..ena.. Ini apahal riak semacam ajer gayanya. Baru senior terlebih satu semesta dah berlagak tak agak-agak. “Elleh poyo betul kakak super duper senior aku ni.”
Pecah ketawa budak berdua ini. Aleeya meneguk perlahan Nescafe yang berasap nipis. “Iwa.”
“Ermm.” Pendek Iwa menjawab.
“Kenapa kau tak suka dekat Encik Izzat jiran depan rumah kita tu.” Aleeya bertanya. Terukir senyuman mengiringi soalan tadi. Soalan cepumas. Biar Iwa tak senang duduk nak jawab soalan aku ini. Tak sabar nak mendengar apa ayat dia mahu goreng aku kali ini.
Muka Iwa dah mula merona merah. Tersipu-sipu dia menahan rasa malu. Darah terasa sudah menyerbu naik ke muka. Panas. Apa punya soalan tengah-tengah malam Aleeya kasi dekat aku ini. “Entahlah. Malaslah aku dengan dia tu. Slow. Tak paham-paham.” Itu sahaja jawapan yang mampu Iwa bagi untuk soalan Aleeya itu tadi.
“Yerlah tu. Dah kau pun tak pernah nak bagi dia can.” Aleeya masih tidak mahu mengalah. Sebolehnya mahu dikorek sampai dapat jawapan dari mulut Iwa.
“Can amenda. Ada ker patut dia bagi bunga tahi ayam dekat aku. Kau pun satu, macam tak tau nak bezakan carnation dengan bunga tahi ayam tepi jalan nak masuk Precint 11 ni. Main bagi ajer pada aku.”
Aleeya ketawa. Teringat macam mana Encik Izzat buat muka macam tak ada apa-apa mintak aku tolong sampaikan bunga untuk Iwa. Macam gentleman dengan jambangan bunga diletakkan dibelakang. Sekali bila jambangan tadi dibawa ke hadapan, alangkah terperanjatnya aku apabila melihat sejambak bunga tahi. Aku yang macam kena pukau terus ambik dan bagi pada Iwa. Mengamuk besar Iwa malam tu. Katanya aku tak bermata tak berhidung, bunga tahi ayam disangka carnation pink calour. Aku ni masih sihat walafiat. Tak ada masalah deria melihat dan menghidu. Cuma saja nak buat jahat. Kenakan kawan sendiri, itu yang secara sukarela bersetuju mahu menjadi posman untuk Encik Izzat. Encik Izzat tu pun satu. Kalau nak buat cerita romantic komedi janganlah teruk sangat. Mana taman dia pergi rembat bunga tahi ayam tu, aku sendiri tak tau.
“Kau pulak.” Iwa pula bertanya kepada Aleeya apabila melihatkan Aleeya dari tadi tidak berhenti-henti tersenyum melihat dirinya.
Gulp.. Aleeya menelan air liur yang sedikit kelat. “Aku tak tahu.”
Iwa mencebik. “Macam tu pulak.”
“Susahkan nak lupakan orang yang kita pernah sayang.”
Iwa hanya mengangguk lemah. “Betul. Tapi kita kena kuat ke arah itu. Kena belajar untuk melupakan kenangan silam. Kalau tidak sampai bila-bila pun kita akan terseksa. Jiwa merana. Hidup jadi kacau bilau. Takut nanti jadi sasau.” Bersahaja Iwa berkata.
“Aku tau. Aku pun tengah berusaha. Tapi aku tak tau. Kenapa payah sangat.”
“Cuba. Aku tau. Kau boleh. Kau kuat.” Iwa memberi kata-kata semangat. Benar. Bukan senang untuk melupakan insan yang pernah bertahta di dalam hati. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula orang yang kita sayang.
Aleeya memandang Iwa. “Chayok!!..Chayok!!..: Serentak mereka bersuara menyebut perkataan yang sama. Pecah ketawa kedua-duanya.
“Leeya, cerita dekat aku pasal Zain.”
Tiba-tiba ketawa Aleeya mati macam tu sahaja. Sah. Ini soalan untuk memerangkap dirinya. “Okey. Enough. Times up. Sessi layan jiwa-jiwa dah tamat. Jom masuk bilik sambung balik sessi pembelajaran sendirian berhad kita tadi. Kalau ada yang kau tak tau, tak paham ketuk pintu bilik aku. Jangan main redah ajer.” Aleeya terus berlalu meninggalkan Iwa yang terpinga-pinga. Soalan Iwa dibiarkan tergantung begitu sahaja tanpa ada jawapan yang diberikan.

Aleeya masuk ke dalam bilik dan kembali duduk berteleku di meja belajar. Mug Nescafe tadi diletak di sisi kanan meja belajar. Buku setebal satu inci setengah di buka. Telefon bimbit yang dari tadi diam membisu dicapai. Telefon yang tadinya mati tidak bernyawa dihidupkan semula. Aleeya melihat senarai panggilan yang tidak berjawab. Dia mengeluh. Kemudian melihat mesej yang masuk. Sekali lagi Aleeya melepas keluhan lemah. Arrgghh.. “Kalau sekarang aku buat keputusan nak baca buku, memang confirm tak akan ada satu benda pun yang akan masuk melekat dalam kepala. Adalah lebih baik aku buat nota yang meriah dengan macam-macam warna.” Aleeya bermonolog sendiri di dalam hati. Itu adalah yang terbaik.

Wednesday, November 12, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 9

BAB 9

Bau tumisan cili kisar membuat hidung terasa hendak bersin dan mata pula pedih sudah mula nak berair. Hasheemmm!!! Aleeya menutup hidung dengan telapak tangan. Alhamdullillah. Remote controller ditala ke arah decoder Astro yang elok terletak di atas rak tv itu. Tercari-cari siaran yang boleh dilayan sebelum Aleeya dengan hormatnya dijemput makan. Memang betul telahan yang aku buat pagi tadi, hari ini matahari sudah terbenam baru aku boleh balik ke rumah. Aleeya mengeluh kepenatan. Nasib jugaklah Anis dengan rela hati sudi datang menjemput Aleeya dari pejabat tadi. Itupun setelah puas Aleeya pujuk rayu baru dia bersetuju. Kalau tidak, mahunya lepas Isyak pun belum tentu boleh sampai ke rumah. Faham-faham sahajalah kalau nak balik naik bas dalam waktu sebegini.
Kelihatan Anis sedang sibuk mengangkat pinggan dan gelas ke meja makan. Sibuk nampaknya Anis yang tengah setting meja untuk makan malam. Aleeya bangun, langkah dihala menuju ke dapur. Iwa sedang memasak sayur kangkung goreng belacan. Mesti malatop!!! Ayam goreng kunyit yang sudah siap terletak di atas kabinet dapur dibawa ke meja makan. Hari ini makan bertiga ajerlah. Aida selepas Maghrib tadi sudah keluar. Katanya mahu makan malam dengan buah hati pengarang jantung pisang.
“Siap!!!.. Makan time.” Iwa bersuara sambil perlahan-lahan dia menatang mangkuk berisi sayur kangkung goreng belacan ke meja. Aroma dari sayur kangkung goreng belacan itu sahaja sudah menyucuk-nyucuk lubang hidung. Itu tandanya sudah pasti ianya malatop pedas berapi.
“Amboi.. Dua-dua macam ma’am besar.” Iwa berkata tatkala melihat muka seorang-seorang berlagak macam Cik Puan Besar sahaja.
Aleeya dan Anis saling berpandangan. Kemudian mereka sama-sama ketawa.
“Sedia!!... Angkat tangan!!.. Up!!..” Aiseyh… Sekali Anis bagi arahan macam zaman-zaman PLKN dulu-dulu lar.
Doa makan dibaca. Bismillahirrahmannirrahim… Masing-masing menjamu selera dengan hidangan yang tersedia di depan mata. Seperti yang telah dijangka. Penangan sayur kangkung goreng belacan Iwa buat masing-masing terasa sayu sehingga mengalirkan air mata. Bukan buat drama sedih tak dapat makan tapi air mata keluar sebab tahap kepedasan sayur kangkung goreng belacan Iwa memang malatop!!. Tapi best!!... Kira okeylah dapat makan ayam goreng dengan sayur kangkung goreng belacan hari ini. Kalau tidak layan Meggie mee sajalah. Dalam seminggu macam tak lengkap hidup jika tidak makan Meggie mee. Sampai Cik Anis Fadzdia itu berjaya membawa gelaran sebagai Duta Mee Sedap kerana mee Sedap tak pernah terputus dalam simpanan dia. Dari asrama bawak ke rumah sewa. Mee Sedap dah jadi macam sebahagian makanan ruji Anis. Meggie goreng, Meggie rebus, murtabak Meggie semua dah rasa. Ya lah, kalau balik kerja, masing-masing dah penat tak larat nak masuk dapur . Kalau dah lapar bedal sahajalah Meggie mee yang senang, cepat, mudah dan enak dimakan. Tapi tak tipu, tekak masing-masing sebenarnya dah naik muak telan Meggie mee. Kalau sudah darurat nak buat macam mana terpaksa belasah sahajalah apa yang ada. Biskut kering dengan air suam pun jalan ajer…

“Leeya, tadi lunch kau pergi mana?” Anis bersuara dari arah belakang.
Aleeya yang tengah mencuci pinggan mangkuk berpaling mengadap Anis dibelakang. Dilihatnya Anis sedang tersengih-sengih. Kemudian dia berpusing balik menghabiskan basuhannya tadi. “Tak pergi mana-mana.” Lancar mulut mengarang ayat menipu sebab takut terkantoi dengan Anis.
Anis mengerut dahi. Kemudian dia tersenyum. Ooo… cik kak ni nak ketuk aku konon. Macamlah aku tak kenal kau. “Habis yang aku nampak dekat McD Alamanda tu siapa?”
Hampir tersedak air yang diminum. Cawan dibasuh dan diletakkan di atas rak pinggan. Segera Aleeya berlalu ke hadapan. Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Iwa sedang elok bersila di atas carpet sambil menyelak-nyelak majalah Wanita. Anis terasa macam nak baling sahaja kuali yang elok-elok tergantung di tepi tingkap dekat Aleeya sebab biarkan soalannya tadi tidak berjawab, terus ikut ke hadapan. Lalu dia mengambil posisi duduk bersebelahan dengan Aleeya di atas sofa.
Anis membetulkan duduk mengadap Aleeya yang masih dengan muka yang slumber seperti tiada apa-apa. “Leeya, baik kau cakap dengan aku cepat. Kau keluar dengan siapa tengahari tadi?” Sekali lagi Anis cuba bertanya. Iwa yang elok-elok tengah selak menyelak majalah Wanita tadi terus menutup kalam lalu mengadap Aleeya dan Anis seperti ada sesuatu yang menarik buat dia tertarik untuk mendengar sekali.
“Keluar.. McD.. Alamanda.. Lunch tadi. Apa kau cakap ni. Confuse aku.” Aleeya masih lagi cuba berlagak bersahaja. Cuba lagi berselindung. Remote controller ditekan. Saluran AXN menjadi pilihan.
Ishh!!.. Anis mendengus geram. “Sekejap.” Mencicit dia berlari masuk ke dalam bilik. Selang beberapa saat Anis keluar semula dengan telefon bimbit di tangan.” Dia duduk di atas lantai bertentangan dengan Iwa. Telefon bimbit di tangan ditekan-tekan. Kemudian dia menunjukkan sesuatu yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu kepada Iwa. Iwa ternganga dengan mata tidak berkelip-kelip. Telefon bimbit itu ditala ke muka Aleeya dekat-dekat. Terbeliak mata Aleeya melihat gambar yang elok terpampang pada skrin telefon bimbit milik Anis itu.
Sudah terang benderang dengan cahaya spotlight, lagi mahu di suluh guna lampu torch light. Dah terang-terang yang dalam gambar itu aku tengah makan berdua, takkan nak kata itu mungkin pelanduk dua serupa. Haru. Aleeya mengetap bibir. “Sejak bila kau tukar profesion jadi mamapaparazzi ni.”
“Sejak bila aku tukar profesion itu bukan masalahnya. Sejak bila kau pandai keluar makan berdua-dua tak bagi tau kita orang tu yang aku nak tau sebenarnya. Siapa mamat tu.” Anis mengukir senyum segaris dipinggir bibir. Sungguh siang tadi rasa macam nak terkeluar biji mata bila ternampak Aleeya boleh duduk berdua dengan seorang lelaki di Restoran MacDonald Alamanda. Sebab sengaja nak bukak cerita pada malam Rabu yang tak tau nak buat apa ini, sengaja dia mengambil gambar Aleeya yang pada waktu itu sedang sibuk bersembang dengna teman barunya, sehingga Anis pun Aleeya tidak perasan. Rasanya itu bukan teman sepejabat dengan Aleeya kerana Aleeya pernah cakap dulu yang dia sentiasa berpegang pada satu prinsip bahawa dia tidak akan menjalinkan hubungan hati dan perasaan dengan teman satu pejabat. Katanya untuk mengelakkan menjadi skandal dalam office yang boleh menjadi topik hangat bahan gosip. Memang kena dielakkan. Itu semua pada Aleeya hanyalah publisiti murahan semata-mata. Jika Aleeya masih lagi berpegah teguh pada prinsip yang satu itu, siapakah lelaki yang makan semeja elok bersembang dengan Nurul Aleeya tengahari tadi? Itu yang timbul big question mark dalam kepala ini.
“Zain.” Jawab Aleeya pendek.
Anis mengerut dahi. “Zain?” Anis bertanya kembali. Siapa itu Zain. Ayah kepada Ziana Zain, Anuar Zain atau Nora Zain.
“Zain mana pulak ni?” Belum sempat Aleeya menjawab soalan Anis tadi Iwa terlebih dahulu memotong.
“Mohd Zain. Aku terr..kenal dia masa aku jadi mak andam dekat rumah pengantin hari tu.” Sengaja Aleeya menekankan imbuhan ‘terr’ itu supaya Anis dan Iwa tahu yang perkenalan antara dirinya dengan Zain itu adalah secara tidak sengaja.
“Lepas tu?” Anis bertanya lagi.
“Lepas tu kita orang kenal lah. Tapi mula-mula tegang sikit sebab dia berlagak poyo control macho depan aku.”
“Lepas tu?” Iwa sudah mula tunjuk minat hendak mendengar cerita yang seterusnya.
“Lepas tu masa nak balik sini, aku terr..serempak dengan dia dekat RnR Tapah masa nak beli buah jambu.”
Anis sudah menongkat dagu. “Lepas tu?” Dia tanya lagi.
“Lepas tu dia ajak makan sekali. Aku pun join lah semeja dengan dia.”
“Lepas tu?” Tanya makcik ni lagi.
“Lepas tu nak balik, dia mintak nombor telefon aku. Aku pun bagi ajer lah.”
Belum sempat Anis bertanya lagi Iwa sudah terlebih dahulu memotong. “Lepas tu?”
“Lepas tu pagi tadi dia call ajak lunch sama-sama. Aku tolak sebab aku banyak kerja.”
“Lepas tu?” Anis macam dah tak sabar nak tahu apa yang jadi seterusnya. Exited semacam.
“Lepas tu Kak Wahida yang jaga kaunter lobi call aku. Kata ada orang cari aku. Aku pun turun, sekali tengok mamat tu dah tegak berdiri. Dia paksa jugak aku temankan dia lunch.”
“Lepas tu?” Soalan yang sama juga keluar dari mulut Anis.
“Lepas two, three.. lepas three, four. Banyaklah kau punya lepas tu, lepas tu, lepas tu.” Kusyen kecil dibaling ke muka Anis. Terus dia angkat punggung dari sofa dan berlalu masuk ke dalam bilik. “Aku nak tidur. Good night.”

“Leeya turun. Ada orang nak jumpa.” Suara Kak Wahida dihujung talian bergema digegendang telinga. Sudah secara azalinya sejak aku jejak masuk dalam Jabatan Peguam ni suara dia memang macam tu. Kuat semacam kalau bercakap dengan orang.
Aleeya mengerut dahi. Siapa pulak yang datang nak berjumpa dengan aku time-time orang tengah sibuk nak pergi lunch ni. Takkan Anis datang sini pakai protokol ikut etika hantar pesan pada Kak Wahida. Biasa makcik tu kalau datang office aku, buat muka slumber macamlah dia itu ahli keluarga AGC sedangkan pejabat dia elok tersergam indah berhadapan dengan bangunan office aku ini. MOSTI bukankah berjiran dengan AGC. Biasa kalau Anis datang ke sini, dia main tinggal IC, ambil pass pelawat, terus redah masuk pejabat aku. Mana tau nak telefon dulu sebelum masuk. Memanglah dia ikut peraturan tinggal IC ambil pass pelawat tapi yang slumber redah masuk office aku tu yang buat aku tak berapa selesa. Tapi kalau iya pun Anis yang datang dah tentu dengan jelas-jelas Kak Wahida akan sebut nama Anis, sebab Kak Wahida memang kenal sangat dengan minah MOSTI yang seorang itu. Aleeya masih berteka-teki ketika kaki sedang menapak menuju ke lobi. Siapakah gerangan yang datang ke office time macam ini. Sampai di lobi, Kak Wahida menjuihkan bibirnya ke arah gerangan orang yang masih setia menanti.
Macam nak terkeluar biji mata bila orang yang menunggu ketibaan tuan puteri turun berpaling menunjuk muka. “Zain.” Gulp.. Aleeya menelan air liur yang terasa sedikit kelat apabila Zain perlahan-lahan mengatur langkah menghampirinya. Aleeya membulatkan matanya tatkala melihat Zain tersenyum meleret yang tak tau nak tafsir apa maksud senyuman itu. Dia ni memang teringin nak kena baling dengan sepatu high heel warna hitam jenama Vincci yang aku pakai. Buat muka toya macam tak tau apa yang dibuat ini namanya salah walaupun tak akan ditangkap dengan Pak Polisi. Main serbu office aku tak bagi tahu dulu. “Zain, kau buat apa kat sini?” Rendah Aleeya menuturkannya. Takut jika ada yang mendengar perbualan antara mereka berdua. Lagi menakutkan, sampai buat bulu roma semua berdiri tegak jika ada officemate yang nampak dia bersama dengan seorang lelaki yang entah dari mana-mana datangnya.
“Nak jumpa kau lah. Pagi tadikan dah cakap nak lunch together- gether.” Slumber macam tak ada apa-apa sahaja lagak gaya Zain menuturkannya.
Aleeya dah rasa seperti mahu bertukar jadi anaconda. Mahu ditelan Zain hidup-hidup. Rasa-rasanya pagi tadi dengan jelas, terang dan nyata aku cakap dekat dia lain kali. Lain kali. “Aku cakap lain kali kan.” Suara Aleeya sedikit menekan tetapi alunan suara masih dalam keadaan terkawal.
Zain hanya tersenyum. Lucu melihat muka Aleeya yang tegang kerana menahan geram. Memang dia sengan membuat plan last minute. Sudah alang-alang dia ada kerja di Putrajaya, lebih baik singgah sebentar di Jabatan Peguam Negara. Singgah sebentar berjumpa Cik Nurul Aleeya. Bukan dia punya masalah sound trouble tak dengar apa yang Aleeya katakan di dalam telefon pagi tadi. “Jomlah cepat. Orang dah ramai serbu café tu.”
Aleeya mengetap bibir. Mata dijulingkan ke atas. Aleeya masih mendiamkan diri. Jari telunjuk dihalakan ke arah café. Zain mengangguk. Hahh!!.. “Alamanda. Tunggu kejap aku pergi ambil beg dekat atas.” Satu nafas tanpa henti Aleeya mengeluarkan kata-kata berbau seperti satu arahan yang patut dipatuhi. Pantas Aleeya terus menuju ke pintu lift untuk naik ke atas. Memanglah Zain ini suka buat ikut rentak kepala dia ajer. Aleeya mendengus geram. Ngee….
Senyum tak lekang dibibir mengekori langkah Nurul Aleeya ke pintu lift. “Budak perempuan keras kepala macam ini jangan diikutkan sangat kerenahnya. Dia taknak, aku paksa.” Zain berkata-kata di dalam hati.

Di dalam kereta dua-dua hanya diam membisu membatukan diri. Sesekali Zain menjeling dengan ekor mata penumpang di sebelah. Monyok semacam. Nasib tak bertukar jadi momok. Muncung pun dah panjang sedepa. Bukan. Tapi dah panjang dua depan. Mesti tak puas hati pasal tadi. Zain mengukir senyum dipinggir bibir.
“Ini apa hal tiba-tiba senyum sorang-sorang ni.” Aleeya bertanya. Entah apa yang Zain tengah fikir sekarang ini pun Aleeya tidak tahu.
Mendengar soalan yang tiba-tiba terkeluar itu, segera senyuman tadi cepat-cepat dimatikan. “Mana ada. Ooo… Kau curi-curi tengok aku ek..”
“Tak ada sebab aku nak curi-curi tengok muka kau tu.” Geram Aleeya dengan Zain. Tak pasal-pasal aku dituduhnya cuba curi-curi pandang wajah dia. “Elleh apa dia ingat muka dia encem sangat apa.” Getus Aleeya di dalam hati.
Pecah ketawa Zain melihat muka Aleeya yang sudah mula merona merah. Lawak betul. Lagak macam batu brutal, rock kapak, heavy metal tapi baru kena usik sikit macam tu, muka dah naik merah. “Alah.. aku tak kesah kalau kau nak tengok muka kau selalu pun. Tengoklah…Tengoklah..” Lagi galak Zain ketawa sambil mukanya di tala ke arah Aleeya.
Aleeya mendengus geram. Ngee.. Aku debik karang baru tau. “Zain tengok jalanlah. Kau ni tengah drive pun lagi boleh buat lawak bodoh.” Sakit jiwa kerana terpaksa naik satu kereta dengan orang macam ni. Tak tau ke yang dia tu tengah bawak anak dara orang. Hati-hatilah sikit. Cubalah ingat, yang aku ni belum kahwin lagi. Zain buat dekk ajer dan dia terus tersenyum.

“Nak makan kat mana.”
“Fast food ajerlah. Biasa time lunch macam ini food court penuh.”
“Okey.”
Aleeya dan Zain menuju ke Restoran MacDonalds.
“Makan ma’am?” Zain bertanya.
“Aku nak makan Big Mac. Tapi aku tak nak kecil, tak nak medium aku nak large set punya sebab kau bermurah hati sangat nak belanja aku makan hari ini kan.”
“Hush.. Badan cekeding. Tapi kuat makan.” Perli Zain sebelum ke kaunter untuk membuat pesanan.
Seketika kemudian Zain datang sambil menatang duluang yang berisi makanan. “Nah. Kau punya.” Zain menyuakan burger Big Mac kepada Aleeya.
Big Mac telahpun bertukar tangan.
“Zain lain kali janganlah buat macam ni. Malu aku.” Tutur Aleeya rendah sebelum burger di tangan masuk ke dalam mulut.
Zain berhenti sejenak. Segera mengunyah burger di dalam mulut. Coke di depan disedut. “Kenapa pulak?” Zain buat muka tak faham.
Susahnya nak pahamkan Mat Zain ini. Dah pakai Bahasa Melayu standard pun dia tak boleh nak pick up lagi ker. Karang nak kata slow keterlaluan pulak. Padahal dah jadi engineer pun. “Kau ni tak faham ker atau buat-buat tak faham.” Frekuensi suara di naikkan sedikit. “Tak eloklah kalau kau datang office aku macam tadi. Nanti apa orang kata.” Kali ini nada suara dah direndahkan sedikit. Dari high key kepada low key. Harap-harap dengan taktik berlembut ini Zain bolehlah faham.
“Aku kan kawan kau.”
Jelas sekali Zain masih tidak faham. Aleeya mengeluh. “Kalau kawan aku tolonglah dengar cakap aku. Jangan buat lagi ek…” Aleeya separuh merayu.
“Yerlah.. Yerlah.. Okey bos.”
Aleeya tersenyum. Akhirnya dia paham jugak Bahasa Melayu yang aku pakai ini.

Aleeya sendiri tidak faham mengapa dia boleh dengan rela hati pergi makan tengahari dengan Zain hari ini. Mereka berdua kenal belum sampai seminggu tapi sudah pandai makan bersama, duduk semeja, bercerita entah apa-apa. Kawan. Ya. Aku keluar dengan Zain atas dasar kawan. “Kawan??” Hati Aleeya terdetik. “Ya. Kawan.” Aleeya berkata sendiri menjawab soalan dari hati. “Atau??..” Hatinya berdetik kembali. Stop Aleeya. Berhenti berfikir tentang dia. Kenangan lama hanya buat hidup kau kembali terseksa. Nampaknya aku memang kena tidur. Cepat Nurul Aleeya. Kira satu sampai seratus. Kalau sampai seratus pun masih tidak boleh lena lagi, kira satu sampai dua ratus, tiga ratus dan bla..bla..bla.. Get. Set. Go!!!. Satu, dua, tiga, empat, lima…….krohhh…krohh…

Tuesday, November 11, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 8

BAB 8
Bunyi alarm yang bingit dari telefon bimbit mengejutkan Aleeya dari terus dibuai lena. Jam digital yang tertera di skrin telefon bimbit sudah menunjukkan tepat pukul lima setengah pagi. Kenapalah hari ini hari Selasa bukannya hari Sabtu ker Ahad ker. Malasnya nak pergi kerja kalau dah berehat sakan di kampung. Berehat ker? Hati mula bertanya sendiri. Aleeya menggolekkan badan kiri kanan. Senaman baru bangun tidur yang dah lama menjadi tabiat yang susah nak dibuang. Aleeya bangun dari tilam toto tempat tuan puteri beradu.. Seperti biasa, selimut dilipat. Tilam toto juga dilipat dan diletakkan di tepi penjuru bilik. Bantal untuk membuat alas kepala diletakkan sekali. Begitu juga dengan bantal bucuk yang sudah berusia hampir sepuluh tahun itu diletakkan sekali di atas bantal kepala. Kemudian dia menuju ke cermin yang elok tergantung di dinding bilik. Membelek-belek wajah yang baru bangun tidur itu terlebih dahulu sebelum mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Sempat dia mengetuk pintu bilik sebelah dan juga bilik belakang supaya penghuni di dalamnya sedar dari lamunan indah mimpi masing-masing. Macam warden asrama budak sekolah menengah lagak gaya Aleeya mengejutkan teman-teman serumah yang masih sedap tidor di atas toto masing-masing. Pang!!..Pang!!..Pang!!.. Macam nak kasi pelempang pintu bilik diketuk. “Bangun!!..Bangun!!” Jeritnya dari luar dan terus berlalu menuju ke bilik mandi.
Selesai mandi, Iwa terus ambil turn masuk bilik mandi. Yang dua orang lagi masih sedap tidur. Aleeya terus masuk ke dalam bilik. Sejadah dibentang mengadap kiblat, telekung dipakai sempurna. Berdiri tegak mengadap kiblat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba kepadaNya. Selesai solat, Aleeya terus bersiap sedia untuk ke pejabat. Baju Kurung Johor berwarna merah jambu itu cantik terletak dibadan Nurul Aleeya yang mempunyai ketinggian lima kaki lapan inci itu.
Bekerja sebagai pembantu peribadi di jabatan kerajaan tidaklah sama seperti mana-mana pembantu peribadi di syarikat-syarikat swasta. Kebanyakan PA di syarikat swasta lebih bergaya sofistikated up-to-date dengan skirt atau slack yang dipadankan dengan kemeja berbagai warna lengkap dengan blazer. Almaklumlah ikon syarikat. Penampilan kena jaga. Tak boleh main redah belasah ajer.
Kebiasaannya Aleeya lebih selesa ke pejabat dengan memakai baju kurung sahaja. Adakala kalau ingin mengubah selera, haluan fesyen dia memakai kebaya. Tidak kiralah sama ada kebaya labuh, kebaya nyonya ataupun kebaya pendek berkain pario semua jalan ajer. Manakala setiap hari Khamis, kena pakai baju batik seperti mana yang telah tertulis pada pekeliling perkhidmatan awam bilang satu tahun 2008 yang menekankan bahawa setiap hari Khamis adalah hari pemakaian batik bagi kakitangan awam.
Masih segar di dalam kotak ingatan semasa belajar di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam dulu. Menjadi pelajar jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan atau singkatannya DSK. Tapi, ada golongan pelajar dari Jabatan lain yang menggelarkan DSK itu sebagai Diploma Seni Kecantikan. Cess!!.. Jabatan mana itu. Mana lagi. Dah tentu-tentu dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan juga Jabatan Kejuruteraan Awam. Suka-suka hati dia orang sahaja.
Teringat semasa belajar kelas grooming Cik Aznira. Hahahah.. Macam manalah budak-budak DSK tak kena kutuk berlori-lori kontena dengan budak-budak TNB sama budak JKR, kalau nak pergi ke kelas tengah-tengah hari rembang pakai bedak tebal seinci, blazer plus slack hitam tak lupa kemeja dan tudung putih complete dengan sepasang sepatu high heel berwarna hitam. Jalan ramai-ramai dah macam sekumpulan pramugari MAS nak masuk dalam badan pesawat yang membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci Mekah ajer gayanya. Aleeya mengukir senyum sendiri menghadap cermin. Tak dinafikan jugak. Aleeya pun pernah juga kena kutuk kaw-kaw baik punyer depan-depan masa belajar dulu. . Dah nama student DSK tak akan ada seorang pun boleh dapat mandat diraja terkecuali dari kena kutuk dengan budak TNB dan budak JKR. Jangan harap dia orang semua nak hormat kita punya daulat. Belum ada dalam sejarah. Macamlah lawak sangat lawak Tenaga Nasional campur lawak Jabatan Kerja Raya yang budak-budak ini buat bila ada gurl DSK yang lalu depan dia orang. Tapi dibuat-buat telinga ni pekak seolah tak dengar apa-apa macam letak suatu alat yang kalis bunyi dalam lubang telinga. Bukan apa masa tu kepala ni dah boleh fikir sikit yang mungkin semua tu balasan yang kena terima sebab masa sekolah menengah dulu lancar sangat mulut tu mengata budak-budak ‘kelas janda’ yang duduk berjiran dengan kelas Aleeya semasa sekolah menengah dulu. Kelas Janda??...Heheheh… Aleeya tersengih sumbing. Kelas Sains Rumahtangga yang kesemua pelajarnya adalah perempuan. Semua budak-budak kelas Aleeya yang konon-konon masa tu semua tanam impian mahu jadi MR. and MSR. IR. Letak gelaran awek-awek kelas sebelah tu dengan gelaran ‘Kelas Janda’. Aleeya cuma ikut ajer. “Habis kalau orang suruh terjun lombong Pengkalan tu kau pun ikut sama terjun ker Cik Aleeya. Yang tak baik, yang tak elok tu cepat ajer ikut. Cepat ajer terpengaruh. Dengan rela hati jadi followers. ” Kutuk hati Aleeya pada dirinya sendiri. Tapi sekarang memang dah menyesal selepas aku juga terasa seperti berada di kelas janda semasa di poli dulu.
Kalau jumpa Isma, Ina, Liza benda pertama aku nak buat adalah mintak maaf secara terang-terangan, berdiri depan-depan. Three Stooges dalam badan budak perempuan yang selalu kena kutuk dengan Aleeya and the gang. Bukan apa. Kena kutuk pun sebab dia orang tu gediks semacam. Aku dahlah cukup lemas dengan mana-mana girl yang gediks dan suka melebih-lebih ni. Tapi, at least Aleeya sudah pun mintak maaf dengan dia orang semua melalui friendster. Post dekat comment profile masing-masing. Setakat ni feedback yang diberi okey. Semua kata benda lama, tak ada hal punyer!!. Alahh!!...
Masing-masing dah besar kan, takkan cerita lama nak ungkit balik. Janji sekarang semua dah happy dengan life masing-masing. Samalah macam aku.
Jam di dinding bilik dipandang sekilas. Ya Allah!! Ni lah masalahnya kalau sesekali memusing masa kebelakang, menyusuri lorong-lorong kenangan zaman dulu-dulu, pasti diri akan terleka. Aleeya segera bersiap. Cermin dipandang. white Perfect Re-Lighting Whitening Toner dititis di atas kapas muka dan disapukan ke bahagian muka secara perlahan-lahan dan diikuti pula dengan SK-II Facial Treatment Assense yang bertujuan untuk melahirkan sel kulit baru. Bagi perlindungan di bawah pancaran cahaya matahari, White Perfect Re-Lighting Whitening Gentle Moisturizing Day Cream di sapukan ke atas kulit muka. Sebelum memakai bedak, Lo’real True Macth Super-Blendeble Foundation disapu rata ke seluruh muka sebagai asas setiap teknik solekan. selepas itu barulah bedak padat warna senada disapukan. Kebiasaannya, jika mahu ke pejabat, Aleeya hanya mengenakan solekan yang nipis sahaja. Cukup sekadar sedikit pemerah bibir, lipgloss, dan mascara di mata. Takut nanti, jika melebih-melebih dikata perasan diva. Lagipun mana ada orang mahu ke pejabat dengan solekan tebal seinci macam nak pergi buat show atas pentas.

“Gila lah aku. Macam manalah masa raya tahun lepas ex-student 5Sc2 Smk. Kampung Pasir Puteh tak ternganga tengok aku.” Aleeya berbisik di dalam hati. “Sampaikan Apeh yang masa sekolah dulu, pandang aku sebelah mata pun macam tak kuasa, boleh bagi offer baik punya jadi kekasih gelap part time lover dia. Nasib dia buat propose maut tu dalam telefon selepas balik beraya. Kalau dia buat gaya gentleman, lelaki kasanova, pencinta setia, pemusnah hati wanita propose aku jadi part time lover dia secara berdepan-depan, face to face, mata bertentang mata, mahunya melayang telapak tangan aku ini naik ke muka dia yang konon perasan diri tu handsome. Handsome la sangat. Suka-suka hati ajer. tak pernah berubah. Bila nak pencen aku pun tak tau.” Detik hatinya apabila mengingatkan saat diri dilamar oleh Hafiz Zulkarnain untuk menjadi kekasih gelap lelaki itu. Memang dulu pernah Aleeya meminati Hafiz Zulkarnain di zaman bergelar pelajar sekolah. Alah… Minat-minat yang gitu-gitu ajer. Tapi itu dulu. Zaman orang kata cinta monyet. Zaman terasa nak admire pada somebody yang konon-konon perasan diri tu cute. Sekarang tidak lagi. Apeh!!.. siapa tak kenal. Pemain hati wanita yang paling tersohor namanya semasa di alam persekolahan dulu.

Pangg!!..Pangg!!..Pangg!!.. Pintu bilik Aleeya diketuk kuat. “ Cepat Leeya. Buat apa lagi tu. Nak tumpang ker tak nak ni.” Iwa bersuara dari luar bilik. Bingit telinga mendengar suara cik kak yang seorang ni menjerit pagi-pagi buta. Ini gaya macam nak kejut satu blok E ni bangun bagi amaran suruh pergi ke pejabat dengan segera aja.
Tas tangan diatas meja kecil dicapai, pass keselamatan dipakai dan terus pintu bilik dibuka. Iwa dan Anis sudah sedia menanti di ruang tamu rumah sambil bersarapan pagi. Macam biasalah Nescafe three in one dibancuh dengan air panas dan dicicah dengan biskut empat segi Hup Seng Cap Ping Pong. Cuma Aida yang tidak kelihatan. Mungkin sudah ke pejabat. Minggu ini giliran Cik Anis Fadzdia jadi driver. Menyahut seruan kerajaan dengan berkongsi kereta adalah satu langkah terbaik untuk mengelakkan kesesakan lalulintas selain dapat menjimatkan wang. Tang-tang zaman sekarang semua barang harga dah naik, lagilah kena beringat-ingat.

Fail di atas meja sudah menggunung tingginya minta segera untuk dikemaskini. Baru cuti tak sampai seminggu, fail sudah tinggi nasib tak sama tinggi dengan Gunung Kinabalu. Aleeya melepaskan keluhan. Belum buat kerja dah terasa penat bila memandangkan fail yang banyak itu. Sahlah. Matahari dah tenggelam baru aku boleh balik rumah hari ini. Fail diselak satu persatu dengan lemah. Arrgghhh… Semangat Aleeya. Semangat!!.. Kalau tak buat kerja sekarang bila nak siap. Takkan hari ini nak buat rekod peribadi menginap di office sendiri satu hari satu malam yang tak pernah-pernah dibuat orang. Mood cuti dah habis. Sekarang masa untuk berkerja. Aleeya cuba melawan rasa malas yang datang di dalam badan. Segera melakukan kerja seperti sedia kala.
Dalam pada sibuk menyiapkan kerja yang melambak-lambak di depan mata, datang gangguan teknologi yang tidak diundang tiba di telefon bimbit miliknya. Rancak bunyi alunan irama Umbrella dari Rihanna. Aleeya mengerut dahi apabila melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbit. Zain calling.. Ini apa kes tak ada ribut tak ada angin taufan segala malapetaka tak datang menimpa tiba-tiba Zain calling. Apa dia tak ada kerja yang nak kena dibuat ker pagi-pagi macam ni. Butang answer ditekan. “Hello.”
“Hello. Morning.”
“Assalamualaikum.”
Suara orang mengekek ketawa dari talian di hujung sana. “Waalaikummussalam warahmatullahhiwabarakatuh.” Complete dan padat. Tak perlu diperbetulkan lagi.
Aleeya mengetap bibir. Sengaja nak melebih-lebih dengan aku. Nasib dia jauh tak nampak depan mata. “Ini apa hal ni. Kau tak ada kerja ker, Zain. Mengganggu hidup orang pagi-pagi ni. Tak tau ker aku ni nak buat kerja.”
“Alah kau ni. Bajet macam besar ajer. Apa ajerlah kerja yang kau buat dekat office tu. Meh sini. Teman aku dekat site. Tolong jadi inang diraja pegang payung untuk aku. Matahari dah mula naik ke atas ni. Aku panas.”
Hampagas punya Zain. Sungguh tak berasas tuduhan dia tu yang kata aku tak ada kerja nak kena buat. Meh sini. Tengok. Betapa melambaknya beban kat atas meja aku ni. Dia boleh buat ayat slumber tak pakai filter kata aku tak buat apa. Cess!!.. Lagi tak boleh blah hantar utusan suruh jadi inang dia, tolong pegang payung untuk dia yang tengah sibuk-sibuk buat kerja di tengah-tengah side yang sedia maklum tahap kepanasannya. “Banyaklah kau. Dahlah aku banyak kerja ni. Kau suruh orang lainlah yang jadi inang kau tu.” Talian dimatikan. Aleeya mendengus geram.
Alunan Umbrella berirama kembali yang datangnya dari orang yang sama. Eee.. apa lagi lah dia ni. Terasa menyesal datang dalam diri kerana memberi nombor telefon sendiri kepada Zain dengan kerelaan hati sendiri ketika lelaki itu datang merayu di Hentian Rehat dan Rawat Tapah semalam. Sekali lagi telefon itu diangkat. “Nak apa lagi ni.” Suara dah mula bertukar intonansi. Frekuensi sedikit tinggi. Tak ada masa nak berbasa basi. Tolonglah straight to the point nak cakap apa ni.
“Ek elleh makcik sorang ni. Berlagak kerek pulak. Cakap elok-elok tak boleh ker.” Zain dihujung talian buat suara macam budak kecik merajuk sebab tak dapat beli remote control car dekat Toy r Us.
“Ek enaa.. Sesedap rasa seindah bahasa kau mengata aku makcik.” Aleeya bercakap sendiri di dalam hati. “Zain tersayang, cik abang manis yang encem bergaya, call adik sayang dalam waktu office ni nak apa. Tak tau ker yang sekarang ni adik sayang tengah sibuk nak buat kerja. Nak cakap, cakaplah cepat.” Menggedik ajer gaya Aleeya menyusun ayat bermain kata dengan Zain dihujung talian sana. Aleeya mula rasa tidak sedap hati. Apa punya etika kerja aku ikut. Time-time kerja orang sibuk buat kerja aku boleh pulak bermain-main ayat power dengan Mat Zain ni pulak. Jelas juga dipendengaran Aleeya yang orang dihujung talian sedang seronok ketawa. “Zain nak cakap. Cakaplah cepat.” Kali ini suara dah bertukar jadi macam Siti Tanjung Perak macam dalam cerita zaman tv hitam putih.
“Tengah hari karang kita lunch sama-sama.”
Aleeya ternganga. Entah betul entah tidak apa yang dia dengar sebentar tadi. “Apa?” Dia bertanya kembali untuk memastikan sama ada Zain tersalah cakap atau dia yang dah sound trouble.
“Tengah…. Hari… karang… kita… lunch… sama-sama.” Sepatah-sepatah Zain cuba mengeluarkan perkataan supaya jelas di telinga Aleeya yang dah tak tau macam mana air muka dapat jemputan VIP keluar makan bersama lelaki idaman Malaya.
“Gila. Nak suruh aku pergi Bangi semata-mata nak lunch dengan kau.”
Zain terdiam. Ermm.. sebelah tangan sibuk menggaru-garu dagu mencari idea dan jalan lain. “Okey. Kalau macam tu biar aku pergi office kau kita sama-sama lunch dekat situ.”
Menganga Aleeya mendengar idea Zain itu. Ushh.. Sudah. Kalau tadi aku kata dia gila sebab bagi idea yang entah apa-apa. Sekarang ni aku rasa aku patut bagi dia double…. dan triple. “Gila.. Gila… Gila..”
“Kenapa pulak. Aku dah nak mencemar duli turun ke office kau pun kau boleh kata aku gila. Sungguh tidak patut.”
Aleeya menggigit bibir. Zain ni tak paham bahasa ker. Bukan aku pakai bahasa ayam bahasa itik. Yang aku pakai bahasa melayu. “Kau jangan nak kasi spoil. Satu building ni tahu aku still pegang title Miss Single and Available tau. Nanti tak pasal-pasal kalau ada yang terbekenan dekat aku yang baru masuk gear satu nak memulakan sesi suai kenal beramah mesra, terus tukar gear reverse patah balik tak jadi nak mengorat aku bila nampak kau duduk semeja dengan aku.” Mahunya aku tak kata dia gila..gila..gila. Ada pulak dia volunteer nak datang sini makan sekali di café office tempat aku kerja. Duduk semeja pulak tu. Berdua-duaan. Dah beberapa tahun kerja kat sini, tak pernah dibuat aku makan minum duduk semeja dengan mana-mana lelaki. Biasa kalau makan minum duduk semeja pun cuma dengan Miera ajer. Itu Miera. Miera perempuan bukan lelaki. Tapi Zain lelaki.
“Semalam masa kat RnR boleh ajer.” Zain taknak mengalah.
“Itu RnR. Bukan café office aku.” Tolonglah paham. Tolonglah paham.
“Takpalah kalau tak sudi.” Jelas dia sudah bersuara hampa.
Aleeya mengeluh perlahan. Aku dengan Zain baru ajer kenal. Kenapalah dia boleh buat suara merajuk manja dengan aku sebab aku taknak keluar lunch sama-sama dia hari ni. Sungguhlah aku tak paham dengan dia ni. Tapi jelas sekali, aku lagi tak paham dengan diri aku sendiri sebab boleh melayan Zain sampai macam ni. “Lain kalilah. Aku janji.” Hatoii!!.. Rasa macam nak tonyoh mulut sendiri dengan cabai burung sebab pandai-pandai atur ayat berjanji yang bukan-bukan.
“Yer ker.”
Wah!!.. Seronok habis dia bersuara. Sunat sekali lagi karang baru tahu. Sungguh berdrama. Drama king yang boleh bertanding untuk dapat gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin.









Baju Pengantin Mak Andam Bab 7

BAB 7
Perjalanan hampir tiga jam dari Ipoh ke Putrajaya terasa amat memenatkan. Sampai di rumah sewa Aleeya terus masuk ke dalam bilik dan merebahkan badan di atas tilam toto yang sudah sedia elok terbentang. Barang-barang yang dibawa dari kampung hanya dilonggokkan ditengah-tengah ruang tamu rumah pangsa yang tidak berapa besar itu. Ikan masin, belacan, taucu, kicap sehingga cili jeruk semua diangkut ke Putrajaya. Buah jampu Tapah yang dibeli di Hentian Rehat dan Rawat tadi juga turut dilonggokkan bersama. Ikutkan hati malas nak mengangkut segala macam benda itu, tapi setelah emak membebel tepi telinga terpaksa juga diturutkan.

“Kat sana tu bukan senang nak dapatkan ikan masin, belacan, taucu yang sedap macam kat Ipoh ini. Bawak ajerlah. Simpan dalam peti sejuk. Kalau nak masak senang. Tak payah nak tercari-cari.” Aleeya tersenyum sendiri mengingat kata-kata emak pagi tadi sebelum berangkat pulang. Memanglah. Telinga aku dah tahan kebal, kalis maki, dengan suara emak. Sampai nak balik pun, kena tadah telinga lagi.
Itu cerita di rumah sebelum bertolak pulang. dalam perjalanan pulang mengikut Lebuh Raya Utara Selatan lain pulak kisahnya. Niat dihati mahu berhenti sekejap di Perhentian Rehat Dan Rawat Tapah hanyalah untuk membuang hajat yang ditahan sejak kereta yang dipandu mula masuk melepasi pintu tol Simpang Pulai tadi. Tapi hati macam terpanggil nak beli buah jambu Tapah yang sememangnya cukup popular disini. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang dah sampai, baik beli ajer takut nanti menyesal. Ketika mahu membayar harga buah jambu yang dibeli, tiba-tiba ada suara yang menegur dari arah belakang.
“Aleeya.”
Automatik leher Aleeya terpusing melihat gerangan si empunya suara yang memanggil namanya itu.
“Zain??”
Aleeya kerut dahi. Zain angkat kening.
“Buat apa kat sini?” Apa punya soalan bodoh yang aku tanya. Dah terjumpa dekat RnR. Mestilah datang nak makan, tak pun nak melepaskan hajat atau macam apa yang aku tengah buat sekarang ni. Beli buah jambu yang dah cukup femes satu Malaysia.
“Rehat kejap. Nak makan. Kau?” Zain bertanya kembali.
“Aku beli ni.” Aleeya menjawab sambil menunjukkan beg plastik buah jambu yang sudah pun dibayar harganya.
“Jom makan sekali. Teman aku. Bosanlah kalau duduk makan sengsorang.”
Aleeya menimbang-nimbang. “Okey.” Terus berjalan ke deretan kedai-kedai makan yang ada di hentian itu.
Zain mengikut jejak dari belakang. Angin apa pulak yang melanda makcik sorang ni. Terus agree cakap okey ajer.
Aleeya dan Zain duduk di satu meja kosong bahagian kanan tepi gerai.
“Minum adik manis?” Zain bertanya sambil buat gaya pelayan dekat mapley tengah ambil order.
“Bos, kasi milo suam, taknak milo taknak susu, letak air suam ajer.” Pinta Aleeya.
Zain angkat kening. Dahi dah nampak berkerut. Pening memikirkan jenis air milo yang baru diminta oleh Aleeya. Kemudian dia memandang Aleeya yang sedang ketawa. Ciss!!.. Baru dia terperasan. Cakap la nak minum air suam. Ayat punya panjang. Milo suam la. Tak nak milo lah. Taknak susu lah. Point penting cuma nak minum air suam ajer. Mangkuk tingkat Cap Kuda Belang betul la budak Aleeya ini.
“Air suam ajer.” Zain bertanya kembali. Dilihat Aleeya masih mengekek ketawa.
“Dapat kau tangkap yer?”
“Aku memang pantas bab tangkap menangkap ni.” Zain balas.
“Yer la tu. Yo yo oii ajer. Aku tengok dahi kau tu berkerut-kerut nak paham apa aku mintak tadi.” Aleeya balas balik.
Zain diam. Tercari-cari patah perkataan untuk membalas balik ayat-ayat Aleeya. Akhirnya yang cuma keluar. “Banyak lah kau.”
“Hilang kata? Atau… dah tak tau nak kata apa lagi?” Aleeya senyum.
Zain diam.
Aleeya sambung ketawa. “Yes!!.. Aku menang.”
“Kasi can.” Zain terus berlalu menuju ke gerai yang menjual air.

“Air suam satu siap!!” Zain datang membawa dulang yang berisi segelas air suam, teh o ais dan semangkuk bihun sup. Gelas air suam tadi diletakkan dihadapan Aleeya. “Betul taknak makan ni.” Dia bertanya kembali.
Aleeya menggelengkan kepala tanda tidak mahu. “Aku on diet”
“Elleh.. badan kurus cekeding macam anak cicak lagi mahu diet.”
Aleeya membulatkan biji mata. Kurang asam jawa, asam boi, tempoyak masam punya mamat. Berani sungguh mengata aku depan-depan yang aku ni macam anak cicak. Sungguh tak berinsurans mulut dia itu. Wei!!.. Aku anak orang lah bukan spesies cicak.
Aleeya cuma mendiamkan diri. Malas mahu bertikam lidah dengan orang yang tengah sedap-sedap menikmati bihun sup di dalam mangkuk itu. Kalau tercekik nanti tak pasal-pasal aku dituduh cuba mengapa-apakan Mat Zain ini pulak.
“Kau nak balik mana?”
“Putrajaya.”
“Pricint?”
“Sebelas.”
“Ooo…” Zain menyambung kembali menghirup kuah sup di dalam mangkuk.
“Kau?” Turn Aleeya pulak bertanyakan soalan.
Zain mengangkat muka memandang muka Aleeya yang tak beriak itu.
“Bandar Baru Bangi.”
“Ooo.. aku selalu jugak pergi Bangi. Training futsal dengan budak-budak office.”
“Kat maner.”
“Active Futsal.”
“Aku selalu jugak training futsal kat situ. Dah lama kau join team futsal.”
“Baru lagi. Itu pun lepas kena paksa join team department aku untuk tournament futsal antara department. Nak taknak aku kena join la. Kira macam paksa relalah. Biasa aku tengok orang ajer main bola.”
“Kalau bola kau sokong mana.”
“Kejor Yoep Kejor.”
“Sungguh bersemangat kenegerian. Kalau luar negara.”
“M.U.”
“Ini sah sebab David Bekham.”
“Mana tau ni?”
“Perempuan..”
Dari sesi perkenalan bertukar menjadi sesi sembang-sembang sukan hari ini. Semua cerita yang ada kena mengena dengan bola sepak mahupun futsal semua terkeluar. Dari cerita skuad tempatan sampai masuk international, dua-dua layan ajer. sampai licin kuah sup di dalam mangkuk, kering air di dalam gelas.
Melihat mangkuk dihadapan Zain sudah licin berkilat, Aleeya angkat punggung mahu pulang.
“Nak pergi mana.”
Apa jenis soalan entah. “Balik la. Jauh lagi perjalanan ni.”
“Naik apa.”
“Aku ni budak perempuan besar yang ada lesen bawak kereta tau. Naik kereta la. Takkan kereta lembu.”
Zain tersengeh. Memanglah naik kereta. Kalau naik kereta lembu sampai hari Ahad bulan Januari tahun depan pun tak akan sampai. “Parking kat mana.”
“Sana tu.” Sambil mulut menjuih ke arah yang ditunjuk.
“Aku kat sana?” Zain tunjuk pakai jari telunjuk.
“So?”
“Okey lah.” Zain bangun dari kerusi. Dia berjalan menyaingi Aleeya. Aleeya mula menukar haluan ke arah kanan menuju tempat parking kereta manakala Zain pula menuju ke arah kiri.
“Aleeya!!”
Aleeya menoleh kebelakang. Kelihatan Zain berlari-lari anak ke arahnya.
“What?”
“Kau ada hutang dengan aku?”
Aleeya mengerut dahi. Mak oii.. duit air suam tadi pun nak kena bayar balik ker. Aleeya yang macam tak berapa nak paham terus mengeluarkan wang kertas satu ringgit dan dihulurkan kepada Zain. “Keep the change.”
“Apa ni.”
Dah tak kenal duit lagi ker. “Duit la. Takkan tisu tandas.”
“Untuk apa?”
“Air suam tadi.”
Zain ketawa. Hatoii.. sakit kepala aku. Mau aku kena cepuk dengan Rizal sama Syam kalau diorang tau aku claim balik duit air awek ni tadi. Buat malu kaum sejenis ajer.
“Aku maksudkan nombor telefon kau la makcik. Bukan duit milo suam, taknak milo, taknak susu, letak air suam ajer tadi.” Not satu ringgit tadi dikembalikan semula ke tangan Aleeya. Tangan sebelah sudah menyeluk ke dalam poket seluar. Telefon bimbit Nokia N81 sudah tersedia ditangan.
Aleeya menimbang-nimbang dikotak fikiran sama ada wajar atau tidak nombor telefonnya diberikan kepada Zain. Takut juga kalau kena terima gangguan teknologi setiap malam. Lama dia terdiam.
“Leeya, kita kawan kan.” Zain separuh merayu. Dia buat muka seposen..dan lima sen…dan…satu sen..
Aleeya menghembus keluhan perlahan. “0125844411”
Tangan Zain pantas menari-nari di atas keypad menaip nombor-nombor yang baru keluar dari mulut Aleeya. Kemudian dia menekan ke butang ‘call’.
Deringan bunyi telefon bimbit dari beg tangan Aleeya membuatkan Zain senyum. Aleeya mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjuk kepada Zain nombor yang sedia tertera di skrin.
Zain senyum. “Jangan lupa save nombor aku tu. Nombor exclusive milik lelaki terhangat dipasaran.” Dia terus berlalu pergi.
“Citt!!” Aleeya juga terus menuju ke kereta.

“Wah!!.. Leeya banyak bawak balik bekalan dari kampung. Tengok ni. Macam-macam ada.” Mulut Iwa pot..pet..pot..pet sambil tangan sibuk mengemas barang-barang yang dibawa oleh Aleeya dari kampung tadi. Apa punya anak dara entah, main longgok ajer dekat tengah-tengah rumah segala macam ikan masin, belacan ini semua. Lepas tu boleh sedap landing atas toto.
“Mak aku kata tu untuk bekalan dunia akhirat.” Slumber Aleeya bersuara dari dalam bilik air. Mengekek dia ketawa mendengar Iwa yang sibuk membebel di dapur. Habislah aku. Ketua rumah dah bising.
“Leeya lambat lagi ker?” Anis nak bising dekat luar pintu bilik air. “Aku nak mandi ni. Kau buat apa lama sangat kat dalam tu.”
Aleeya hanya buat tak tahu. Tapi dari luar pintu bilik boleh dengar jelas suara dia ketawa gelakkan Anis diluar pintu bilik air.
Anis di luar dah panas berasap. Badan dah melengas semacam ni. Aleeya kat dalam bilik air boleh pulak bersiram lama-lama. Bukan apa tu. Sebenarnya makcik tu dah lama siap mandi. Tapi sebab nak sangat sakitkan hati aku sajer ajer dia duduk lama-lama dalam bilik air tu. Gila apa kalau sejam tak habis mandi lagi. “Nak kena yer kau Leeeya dengan aku.” Melintas idea nakal dalam kepala Anis. Lalu dia masuk ke toilet di sebelah bilik air. Ambil secebuk air lalu dibaling ke dalam bilik air. Aleeya yang tengah sedap-sedap mandi bersiram air rasa macam nak terlompat sampai terhantuk siling bilik air dengan serangan yang tak disangka-sangka itu.
“Wei main kasar ek.?” Jerit Aleeya dari dalam bilik air.
Tiada sebarang jeritan balas dari tandas disebelah. Selang beberapa saat. Bushh!!!!.. secebok lagi air dari tandas sebelah masuk dalam bilik air.
“Wah main kasar ek. Nak main-main sangat.” Kata Aleeya dalam hati. Kali ini dia hanya membatukan diri. Nak lawan perang mesti kena atur strategi. Aleeya dapat mendengar dengan jelas suara Anis yang bukan main lagi mengekek ketawa. Lalu, baldi yang berisi separuh air itu, ditimbang-timbang terlebih dahulu, sebelum lontaran dibuat. Satu, dua, tiga… gedebushh!!!...
“Arrgghhh!!!”bergema suara jeritan Anis. “Wah kau kasi lebih nampak.” Anis mula balas balik.
Aleeya dengan Anis main perang air berbentengkan dinding sebagai penghadang. Bingit dapur rumah dengan suara budak berdua ini. Iwa yang tengah sibuk memasak untuk makan malam hanya buat tak tahu. Dia cuma boleh menggelengkan kepala dengan perangai dua orang teman serumah yang tak ubah macam kanak-kanak Rebina.
“Hoi orang depan rumah.. Tak tau duduk diam ker?? Memekak ajer. menganggu ketenteraman awam sungguh.” Suara dari rumah hadapan yang cukup dikenali. Aleeya dan Anis terus diam menikus. Terjengkek-jengkek Aleeya keluar dari bilik air dengan berkemban sahaja. Anis juga. Mereka berdua ketawa bersama-sama apabila tidak pasal-pasal kena sound dengan jiran depan rumah.
“Wei kenapa Encik Izzat tu?” Anis berbisik kepada Aleeya.
Aleeya menggeleng kepala. “Tak tau. Kau tanyalah orang yang duduk sepejabat dengan Encik Izzat depan rumah kita tu.” Mulut menutur sambil telunjuk dituding ke arah Iwa yang sedang mengupas kulit ubi kentang.
“Naper dengan dia tu Iwa?” Anis mula mengajukan soalan kepada Iwa.
“Entah.” Sepatah perkataan yang keluar dari mulut Iwa. Malas mahu melayan dua orang yang masuk air dalam rumah ini.
“Encik Izzat tu bukan apa tu, stress la tu. Jiwa kacau wei.. Sebab tak berjaya nak ajak makcik tu keluar dating.” Aleeya bersuara kuat kepada Anis. Serentak mereka berdua ketawa.
Makcik yang mendengar dah mula merengus geram. Ubi kentang ditangan dibaling ke arah budak berdua yang sibuk bermesyuarat depan pintu bilik air. Mencicit kedua-duanya berlari masuk ke dalam bilik.

Baju Pengantin Mak Andam Bab 6

BAB 6
Nokia 6500 Slide beralun irama Umbrella nyanyian Rihanna menandakan ada panggilan masuk minta segera dijawab. Skrin telefon bimbit dilihat. Kak Ana.
“Holla kak.” Aleeya menjawab malas. Mengganggu sungguh Kak Ana ini. Tak bolehlah tengok orang nak bersenang lenang duduk releks sekejap.
“Amboi. Penat sangat ker.”
“Penat ar. Ni pun baru balik rumah. Baru nak golek-golek atas katil dah terima gangguan teknologi.” Macam tak paham Kak Ana ni. Buat-buat tak tahu. Mestilah penat orang baru balik siapkan kerja dia dekat rumah orang kenduri tu. Itu pun lagi mahu tanya.
Dihujung talian terdengar suara Kak Ana mengekek ketawa.
“Golek-golek jangan sampai jatuh tergolek. Nie mesti kes makan ayam golek kat rumah kenduri tadi ni.”
“Hahahaha.. Gelaklah lagi.” Aleeya mengajuk Kak Ana ketawa. Ngee… akak sorang ni memang mengacau kedamaian orang sungguh. Menganggu ketenteraman awam. Memecah masuk privasi orang.
“Kak Lina call akak tadi. Dia kata you did very well. Kira dah pass lah kalau nak bukak satu lagi cawangan Butik Seri Pengantin dekat Putrajaya nanti.”
“Well… you know me. See the leg ar kak.” Riak semacam bahasa yang dipakai.
Aleeya senyum. Senyum bangga. Alamak seyh… aku dipujilah. Tak salah nak jadi riak kejap. Hidung dah kembang semacam ni dengar kena puji. Ni kalau Kak Ana berdiri depan aku ni, mesti kepala kena luku sebab berlagak riak kerek semacam depan mentor sendiri.
“Poyo. Akak tak abis ayat lagi tadi tu. Kerja okey. Tapi kenapa lambat datang rumah customer. Nak kena ni. Bagi reputasi buruk dekat Butik Seri Pengantin. Nasib Lina tu member kamcing akak dulu. Boleh counting-counting.”
Aleeya ketawa. “ Masalah yang tak dapat nak dielakkanlah Kak Ana. Nak buat macam mana. Tapi kan akak, sorry to say lah, yang Leeya memang tak berminat nak bukak satu lagi cawangan Butik Seri Pengantin dekat Putrajaya tu. Tak larat lah. Nak buat kerja macam ni. Terkejar sana. Terkejar sini. Lagi pun Leeya bukan berotak bisness macam Kak Ana. Kak Ana yer lah, ada otak putar alam yang first class. Lagipun ini last lah orang jadi bidan terjun untuk akak. Lepas ni taknak ar.”
Eh..eh.. Budak Aleeya ni. Suka-suka hati masak cabai bubuh daun bawang ajer mengata aku ada otak putar alam first class. Itu namanya kes buat-buat tak perasan terkutuk Kak Ana dia ni secara halus. “Lor kenapa seyh!!” Kata Kak Ana.
“Malaslah nak melayan kerenah orang ni.”
“Macam tu pulak. Balik bila?.”
“Isnin. Lepas makan tengah hari.”
“Esok buat apa?.”
“Apalah akak ni. Esok Ahad. Leeya nak lepak-lepak kat rumah. Nama ajer balik kampung. Tapi tak melekat kat rumah. Mak dah bising.”
“Jom keluar makan esok.”
“Saper belanja?” Aleeya bertanya pantas.
“Ek elleh.. kerek pulak.”
“Yer la. Karang tak pasal-pasal Kak Ana paw orang suruh belanja pulak.” Aleeya tersenyum. Masih segar di dalam ingatan macam mana Kak Ana telah bersekongkol dengan Rozy nak kenakan aku masa aku mula-mula dapat gaji dulu. Tak berhati perut dia orang tinggalkan aku seorang diri di kaunter MacDonalds lepas order apa yang dia orang berdua mahu makan. Menggigil tangan nak keluar duit masa tu.
“Cess!!.. Selalu Leeya paw Kak Ana, akak tak bising pun.”
“Akak lain. Big bos. Orang kuli ajer.”
“Aleeya dengan Rozy sama ajer. Tau nak paw bos besar ajer.” Tune suara Kak Ana diubah sikit. Bunyi macam orang dah dekat nak merajuk.

Aleeya ketawa. Lawak ar ayat kak Ana ni. Boleh pulak buat tune suara ala-ala budak kecil merajuk dengan emak abah dia sebab tak dibelikan lollypop Chupa Chupp perisa strawberry. Langsung tak menunjukkan umur dah dua puluh tujuh tahun. Bersembang dengan dia macam bersembang dengan member-member sebaya aku ajer.
“Kak Ana.”
“Ermm.”
“Leeya tengokkan, akak dengan Rozy tu macam ada something was goes wrong somewhere ajer.” Sengaja Aleeya mengusik Kak Ana. Memanglah Kak Ana dengan Rozy tengah cuba sedaya upaya bekerja keras nak menyorok sesuatu dari pengetahuan aku. Macamlah aku tak tau.
“Ni apa kes ciplak dialog Makcik Mary mak tiri Zoela ini. Tau la minat sangat tengok drama Sindarela tu. Kreatif la sikit. Guna ayat sendiri.”
“Nak kona la tu.. Akak ni ada apa-apa ek dengan Rozy tu.” Sakat lagi Aleeya..Jangan berhenti.. Biar Kak Ana mengelabah macam labah-labah sebab takut tembelang dia pecah.
“Mengarutlah.”
“Siapa yang mengarut. Lain macam ajer mata Leeya ni tengok akak dengan Rozy. Dekat butik boleh pulak gurau-gurau manja main pukul-pukul. Elleh… lagi mahu kata Leeya mengarut.”
“Ni sejak bila jadi dah pandai main tuduh-tuduh akak ada skandal dengan Rozy ni. Sungguh tak berasas tuduhan yang dilemparkan itu. Dahlah. Malas akak nak layan kamu ni. Pergi tidor. Esok jangan lupa. Kita jumpa dekat Restoran Maxwell. Barang-barang akak tu jangan lupa bawak jugak. Jangan nak buat harta sendiri pulak.”
“Wah!! Bestnyer ada orang nak belanja dekat Restoran Mexwell esok. Akak, Leeya nak makan ikan siakap tiga rasa, udang goreng tepung, sup ekor, sayur campur dengan daging masak merah. Nasi putih nak dua pinggan. Alang-alang orang dah bermurah hati baik kita balun sampai lebam.”
“Hebat ajer. Badan kecik makan banyak.”
Aleeya ketawa.
“Okeylah. Jangan lupa esok. Babai. Assallamualaikum.”
“Babai. Waalaikummusalam.” Talian dimatikan.

Aleeya menangadah ke siling memandang kipas angin yang sedang berpusing laju. Nasib tadi tak jumpa dengan Mat Zain lagi. Kalau tak…. Hehehehe… Aleeya tersenyum sendiri. Confuse aku dengan mamat sorang ni. Tapi Mat Zain ni kira okey jugak aku tengok. Not bad. Walaupun tak macam mirip dengan mana-mana selebriti tapi boleh tahan jugak. Tinggi. Encem pun yer jugak. Hahahaa… Ini apa kes tiba-tiba duk terfikir terbayang Mat Zain yang baru kenal tu. Kes apa lagi, kes satu wayar dah tercabut sebab penat sangat. Nyaris-nyaris tak short. Bahasa senang, penat gila tahap gaban Perwira Satria Perkasa Hitam. Baru dua hari pegang profesion jadi mak andam tak terlatih kepala dah macam tak berapa nak betul.

“Lambat.” Mukadimah Kak Ana dengan muka seposennya.
Aleeya tersenyum. Tapi riak muka Kak Ana tak berubah lagi. Masih dengan muka seposennya tadi. Tapi rasanya mungkin dah jadi muka satu sen. Kak Ana satu sen.. Kak Ana satu sen…(tolong nyanyi pakai tune lagu Esah Lima Puluh Sen). Sebab muka Kak Ana dah naik merah-merah tembaga macam duit satu sen sahaja kerana tahan geram dengan perangai Aleeya. “Sorry. Biasalah. Susahlah nak lepaskan diri dari rumah tu.” Alasan diberi. Mintak-mintak kesalahan patik yang tidak disengajakan ini dapat diampunkan.
“Habis macam mana boleh bolos.” Rozy ambik turn.
“Bersedia atau tidak bolos saja dinding itu.” Aleeya tiru gaya Zizan dalam gameshow Bolos di Astro Ria.
Kak Ana buat muka bengang. Tadi buat muka seposen tak laku. Aku rasa macam nak tukar jadi Incredible Hulk ajer, biar Aleeya jadi takut sikit.
Melihat muka Kak Ana yang dari tadi tidak berubah, Aleeya tunduk ke bawah. Dia kemudian bersuara sedikit kendur.“Alah Kak Ana ni. Leeya main-mainlah. Itu pun nak bengang.”
“Main-main!!…Main-main!!.. Kecik-kecik dulu tak puas main-main ker?”
Aleeya buat tak tau. Apa kena akak aku ni. Angin apa yang datang melanda. Aku Cuma lewat.. ermm..errmm.. satu jam ajer. Satu jam ajer?. Hatinya bertanya sendiri. Nak buat macam mana, dah susah nak lepaskan diri tadi. Ni pun sebelum datang dah kena tadah telinga dengar ceramah dari penceramah tak bertauliah.
“Come on gurl. Be matured. Dah 22 tahun. Dewasa sikit.”
“Rilek lah kak. Leeya muda lagi. Baru 22 tahun.”
“Sebab tu Zul tinggalkan Aleeya tau. Tak pernah nak jadi dewasa. Semua benda nak buat main-main.” Sekali Aleeya kena sembur dengan Kak Ana daa….
Berdesing telinga Aleeya mendengar nama itu. Zul. Nama sebenar Azizul Izlan bin Mohd Rahim. Ini yang buat aku hangin ni. Tiba-tiba nama itu disebut-sebut depan aku. Kak Ana macam tak tau yang aku allergic mendengar nama mamat tu. Temperature dah naik. Terangkat kening Aleeya sebelah memandang Kak Ana.
“Akak kalau bengang dekat Leeya just marah Leeya sorang ajer lah. Ni apa hal pulak nak ungkit-ungkit nama si mamat tu depan meja makan. Dahlah allergic dengar nama dia tu. Buat patah selera.” Nada dah macam merajuk sikit tu.
Rozy memberi isyarat mata kepada Ana agar memujuk balik adik kecil yang tengah merajuk itu.
“Sorry lah Leeya. Akak nak nasihat Leeya. Jangan selalu main-main. Leeya dah besar.”
“Yer lah. Nasihat tu nasihat ajer lah. Dah memang Kak Ana ni penasihat kiri kanan depan belakang Leeya. Ni sampai terkeluar nama mamat tu apahal. Ni yang buat beta hangin ni.” Tak kira. Aku nak merajuk lama sikit. Bagi gelabah akak sorang ni cari akal macam mana nak pujuk aku.
“Yer la. Akak mintak maaf. Anggap ajer yang tadi tu akak main-main ajer.”
“Main-main.. Main-main. Masa kecik-kecik dulu tak puas main-main ker?” Aleeya fired Kak Ana dengan sebijik-sebijik word yang Kak Ana hentam dia tadi.
“Tiru ayat akak tu. Mana aci.”
Uwekk.. Aleeya menjelirkan lidah.

Kemudian datang pelayan restoran membawa hidangan yang telah siap dipesan.
“Eh.. Bila masa order.” Aleeya buat muka yang konon-kononnya macam pelik. Peliklah sangat…Ikutkan dia baru sahaja sampai tapi hidangan dah siap tersedia lebih cepat dari biasa. Keadaan di restoran ini memang macam kebiasaannya. Penuh dengan orang yang ingin datang menjamu selera. Rata-rata bersama ahli keluarga. Hidangan paling special sudah tentu ikan siakap masak tiga rasa dan juga sup ekor istimewa.
“Nak order tak payah tunggu Leeya. Kita orang dah hafal apa menu Aleeya.” Rozy berkata. Sambil tangannya sibuk membantu pelayan restoran memindahkan hidangan yang dipesan dari talam ke meja.
“Wah.. baguslah. Dah hafal makanan favourite Leeya kat sini.” Aleeya bersuara girang. Macam kanak-kanak riang.
“Yer la. Macam mana tak hafal kalau setiap kali kita makan kat sini semua menu sama ajer. Dah la tu, dia sorang ajer diberi mandat diraja buat pilihan menu apa nak makan. Ni dia. Ikan siakap masak tiga rasa, sayur campur, udang goreng tepung, daging masak merah and last but not least sup ekor special baik punyerr.. Cukup!!” Perli Rozy.
Aleeya mencebik bibir apabila kena perli bertubi-tubi tanpa henti dengan Rozy. Kemudian bibir kembali mengukir senyuman segaris. “Perfect. Ni buat aku sayang kau lebih la Rozy.”
Rozy tersengih. Memang kaki mengampu. Kaki kipas orang.
“Rozy tukang order ajer. Yang bayar Kak Ana tau.” Sampuk Kak Ana. Ada ker patut Aleeya sayang Rozy sorang ajer. Aku yang tukang keluar duit dia buat tak nampak ajer.
Aleeya dengan Rozy sama-sama ketawa mendengar luahan rasa ketidakpuasan hati Kak Ana tadi.

Doa dibaca sebelum semua menjamu selera.
“Aleeya, tadi kata hilang selera nak makan.” Kak Ana sengaja mengusik.
“Ah!!.. pedulikan dengan semua itu. Leeya tak kira. Dah lama Leeya mengidam nak makan kat sini. Dah dapat peluang ni biar orang balun sampai lebam.”
Kak Ana menggelengkan kepala. Ek ena.. Cam iya-iya ajer tadi dia naik angin bila aku mention nama Zul kat depan dia. Banyak agenda dalam kepala budak ni. Pandai betul dia buat drama. Drama Queen!!!!
“Aleeya ambik ni.” Kak Ana menghulurkan sekeping sampul surat berwarna coklat kepada Aleeya.
Sampul surat beralih tangan.
Aleeya tersengih memandang sampul surat tersebut. Kali ini pasti, dia tersengih macam kerang busuk. Sebab dah masyukk……
“Apa ni kak?” Sengaja mengutarakan soalan bodoh. Padahal awal-awal lagi dah tau isi didalamnya. Cuma berapa keping tu ajer yang tak dapat nak dipastikan lagi.
“Budak kecik main belon, buat tak tau konon. Piirrahhh.” Balas kak Ana.
Aleeya membuka sampul surat tersebut. Mulutnya terkumat-kamit mengira not-not lima puluh ringgit. Kemudian mukanya menguntum senyuman mekar.
“Thanks kak. I lap you lah kak.”
“Tau. Leeya memang hari-hari lap akak sampai berkilat. Tapi ingat tau Leeya. Kena jugak cari somebody untuk kamu cakap ‘I LOVE YOU’ suatu hari nanti. Takkan sampai bila-bila nak pegang title Miss Single And Available.” Kak Ana tersenyum puas. Puas jugak dapat kenakan budak Aleeya ni.
“Ke situ pulak akak ni.” Aleeya mencebik. Tapi dia tetap berselera makan.
“Leeya apa kes dengan pengapit lelaki tu yang namanya..ermm..” Dahi Kak Ana berkerut-kerut cuba mengingati nama yang disebut oleh Harlina malam tadi. Katanya pengapit lelaki dengan mak andam diraja berantakan pasal kes nak pakai samping. Ni lawak apa pulak. Samping punya hal sampai boleh bertikam lidah pulak.
Hampir tersedak Aleeya apabila Kak Ana bertanya mengenai pengapit lelaki itu. siapa lagi. Mat Zain lah. Rozy yang duduk bertentangan dengan Aleeya segera menghulurkan air. Nasib tak tersedak tadi.
“Zain.” Gumam Aleeya rendah.
“Hah!!... betul lah tu. Zain.” Baru Kak Ana teringat dengan nama itu selepas diberitahu oleh Aleeya tadi walaupun suara dah macam orang berbisik bercakap di dalam kelambu.
“Tak ada apa la kak. Mat Zain tu lah. Menci Leeya tengok. Poyo semacam. Ada ker patut kak dia pun sibuk-sibuk nak pakai samping berbunga-bunga pintal macam pengantin. Orang tanyalah balik. Keris dengan tanjak pun nak jugak ker? Dia slumber ajer jawab kalau ada bawak lebih apa salahnya. Ek enaa.. macam apa ajer. Lepas tu masa Leeya tengah sibuk pakaikan dia samping Leeya sengaja cucukkan pin kat perut dia. Padan muka.” Panjang lebar Aleeya bercerita. Mengingati kembali bagaimana muka Zain yang menjerit kesakitan akibat kena cucuk dengan pin membuatkan Aleeya ketawa. Lawak sungguh muka dia. Berkerut-kerut menahan sakit. Macam budak baru masuk jawi.
“Lina kata Zain tu bujang lagi tau. Baru dua puluh lima tahun. Belum masuk kategori bujang trang tang-tang lagi.”
“So? Ada Leeya kesah ker.”
“Eksen.” Balas Kak Ana sepatah. Nasi di dalam pinggan disudu dan dibawa ke mulut. Dari tadi bersembang asyik sangat bersembang. Ingat nak cucuk-cucuk budak Aleeya suruh dicerita mengenai lelaki yang hanya dikenali dengan nama Zain itu. Menurut laporan yang diterima dari Harlina malam tadi, Zain macam suka kat Leeya. Tapi Leeya jual mahal sangat. Itupun lepas Zain senyum-senyum masa mintak nombor telefon Aleeya dari Harlina. Tapi Harlina tidak memberi. Kalau betul anak jantan konon gentleman mintak sendirilah. Daripada apa yang diberitahu oleh Harlina, Zain adalah junior suaminya semasa di UTM Skudai dulu. Sekarang menjawat jawatan sebagai jurutera disebuah syarikat pembinaan beribu pejabat di Bangi. Dah dekat sangat la tu. Zain di Bangi. Aleeya Putrajaya. Ikut gate belakang Pricint 4 dalam sepuluh minit dah boleh sampai ke Bangi. Sabtu Ahad dah tentu-tentulah Cik Aleeya sama ada nak atau taknak kena turun ke Bangi jugak. Dah nama pun student part time dekat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Aleeya pun pernah cerita, dia selalu berlatih futsal di Bangi dengan budak-budak pejabat dia setiap hari Rabu. Sejak bila minat futsal itu masih lagi menjadi tanya. Penyokong nombor satu skuad seladang itu dah sedia maklum. Tapi pasal futsal-futsal ni aku pun tak berapa nak pasti macam mana Aleeya boleh terjebak. Mungkin terpengaruh dengan siri Gol Dan Gincu kut. Itu cerita pasal futsal. Kalau bukak cerita pasal hobi baru dia ni memang interested habis. Bukak cerita pasal Zain, Aleeya macam malas ambik port pulak.
Suasana jadi diam seketika. Semua sibuk menikmati hidangan yang tersedia di depan meja. Aleeya makan dengan penuh berselera. Rasanya dah lama tak rasa makanan di restoran ini.
“Lepas ni lepak dataran jom!!..” Rozy mengeluar usul selepas mereka selesai makan.
“Good idea.” Kak Ana menyokong sambil memetik jari.
“Sorry Leeya tak boleh join.” Aleeya menarik diri.
“Kenapa?” Tak puas hati. Rozy dan Kak Ana bertanya serentak. Memandang Aleeya.
“Esok orang dah nak gerak balik. Nak rehatlah. Lagipun orang dah janji dengan mak balik awal hari ni. Tak tahanlah kalau kena tadah telinga lagi nanti.” Alasan lengkap yang bukan dibuat-buat macam kebiasaannya. Memang kenyataan. Mahu emak mengamuk sakan kalau malam ini pun aku balik lewat lagi.
“Lagipun orang malas la nak kacau daun pasangan bahagia mau karang ayat-ayat cinta atas kerusi batu tepi Dataran Ipoh tu.” Aleeya menyambung. Muka dah tersengih-sengih kerana puas dapat usik dua orang dihadapannya itu.
Sebelah Rozy tenang tak berkocak. Buat-buat tak dengar. Kak Ana pulak muka dah naik merah macam baru kena tonyoh dengan blusher Jenama Loreal macam Maya Karin selalu pakai. Aleeya dihadapan ditenung macam nak telan hidup-hidup.
“Macam-macam punya budak kecik.” Rozy buat ayat pelindung diri sendiri.
“Leeya yang macam-macam ker atau dua orang budak besar ni yang macam-macam. Muka Kak Ana dah merah semacam macam pakai blusher brand Loreal Kerana dirimu begitu berharga tu apa kes.” Aleeya bersuara selumber sambil mulut dijuih-juihkan ke arah Kak Ana.
Segera Kak Ana menunduk muka mengadap meja. Kemudian dia menegakkan kepala semula memandang tepat ke arah Aleeya. “Tak ada kes lah. Dah tu. Jom balik.” Kak Ana berkata geram. Geram pun ada dengan Aleeya ni. Boleh pulak buat serangan hendap jerangkap samar dirinya dengan Rozy. Nasib baru lepas makan. Kalau tak ditelan Aleeya hidup-hidup macam anaconda. Ngee…






Monday, November 10, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 5

BAB 5
“Leeya bangun. Bangun!!.. Bangun!!... Nak jadi apa anak dara tidor sampai matahari dah naik ni. Aleeya bangun.” Suara emak bergema satu rumah untuk mengejutkan si dara yang sedang lena di tempat beradunya. Kalau nak di ikutkan suara emak ini dah macam nak kejutkan orang dalam semua rumah di lorong nombor sepuluh ini.
Aleeya yang sedap tidur di atas katil sikit pun tak terkesan dengan alunan suara emak tak tau irama apa sedang memekik di luar pintu bilik.
“Aleeya bangunnnnn!!!!!!!!!!!!.....” Naik lagi frekuensi suara emak.
“Arrgghhh!!!.... Radio Taman Temara dah berbunyi.” Serak-serak basah suara orang yang baru bangun tidur itu. Kemudian, mata dipejamkan kembali. Krohh..krohh…
“Aleeya!!!!!!!!!!........” Kali ini frekuensi suara emak bertambah lagi. Bergegar satu bilik dengan suara emak.
Aleeya terkejut. Mata disental-sental dengan tangan. Cuba dipaksa untuk dibuka luas-luas.
“Apa mak. Kacau orang tidorlah. Ngantuk lagi ni.” Malas-malas Aleeya bersuara. Kemudian, matanya dipejamkan semula.
Memang. Aku mengantuk sangat ni. Semalam dekat pukul tiga pagi baru balik rumah. Bayangkanlah. Nak siapkan Kak Lina si pengantin perempuan dengan tujuh pasang persalinan. Buat sorang-sorang tanpa ada yang membantu. Memanglah meletihkan. Macam nak tercabut semua skru di badan ni.
Emak macam dah nak naik angin. Hangin dengan perangai anak dara yang seorang itu. Dari budak sampai dah boleh jadi mak budak perangai tak pernah nak ubah. Aleeya memang. Kalau dia tengah tidur. Bom meletup sebelah telinga dia pun dia boleh buat dekk ajer. Emak masuk ke dalam bilik yang tidak berkunci itu. Emak ambil sebijik bantal di atas katil lalu dipukul ke badan Aleeya.
Bedebuk!!..bedebuk!!
“Oooo.. mak engkau. Gempar bumi… gempa bumi…” Berterabur Aleeya melatah.
Emak ketawa.
“Apa mak ni. Kejut orang macam tu. Nak wrestling ker pagi-pagi ni. Ingat gempa bumi tadi.”
“Tak ada maknanya gempa bumi. Bangun. dah pukul sepuluh setengah ni. Kata nak pergi mengandam pengantin. Ni mak andam pun elok berbungkus lagi dengan selimut.” Arah emak.
Aleeya yang masih mamai bertanya kembali.
“Dah pukul berapa sekarang ni mak.” Mata cuba dibuka luas-luas, besar-besar.
Emak mendengus geram. Sebiji bantal dicampak ke muka Aleeya. Biar budak ni sedar sikit.“Dah pukul sepuluh setengah pagi.” Emak bersuara kuat sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah jam loceng ditepi katil.
Aleeya segera menoleh. Melihat ke arah jam loceng.
“Hah!!... Sepuluh setengah. Dah lambat ni. Alamak.. kenapa mak tak kejutkan orang awal-awal. Janji dengan pengantin pukul sebelas pagi. Macam mana ni.” Sepantas kilat Aleeya mencapai tuala yang elok tersangkut. Segera menuju ke bilik air. Mandi.
Kurang dari sepuluh minit Aleeya mandi. Selalunya kalau tak lebih dari setengah jam bertapa di dalam bilik air, memang tak sah. Hari ni kurang dari sepuluh minit catatan masa tak rasmi. Boleh cipta rekod baru.
Aleeya segera mencapai sehelai tee lengan panjang dan jeans. Tudung yang sudah sedia bergosok di pakai.
Semua kelengkapan untuk menyolek pengantin hari ini sudah tersedia di dalam kereta. Semalam semua kelengkapan itu dibiarkan sahaja di dalam bonet kereta.
Setibanya di rumah pengantin Aleeya segera ke bilik Kak Lina.
“You late.” Kata Kak Lina sambil menunjukkan jam di dinding.
Aleeya memandang ke arah jam. Lewat lima minit dari masa sebenar yang dijanjikan. Ek ena… cik kak sorang ni. Apa lima minit pun nak berkira jugak ker.
“Semalam Leeya lupa nak bagi tau dekat akak yang jam dinding dalam bilik akak ni cepat lima minit. So rasanya Leeya datang on time pukul sebelas kalau mengikut jam di tangan Leeya ni.” Slumber jawapan yang diberikan kepada Kak Lina. Sengaja digoyang-goyangkan jam tangan sporty jenama Adidas ke muka Kak Lina.
“Betullah kata Anis. Aku kalau bab mau cipta alasan memang juara.” Hatinya berkata. Aleeya tersenyum.
“Ooii cik kak. Senyum apa lagi tu. Cepatlah.”
“Heheheh…sorry kak.”
“Sorry-sorry naik lori la.”
Okey. Siap. Cun. Kak Lina dah siap berdandan cantik. Untuk majlis persandingan tengah hari ini, Kak Lina mengenakan sepasang songket tenunan asli dari Terengganu berwarna maroon. Top to toe semua sudah setle. Bolehlah aku rehat lepas ni. Tinggal untuk majlis potong kek malam ini sahaja lagi. Lepas tu. Semua kerja siap. Untuk kenduri pihak lelaki minggu hadapan Kak Ana akan mengambil balik tugas dia semula. Aku dah tak payah bersusah payah lagi duk sibuk-sibuk nak jadi mak andam bidan terjun untuk Kak Ana.
“Lina, pinjam mak andam awak kejap.” Datang satu suara dari tingkap bilik Kak Lina.
Aleeya yang sedang sibuk berkemas-kemas turut menoleh. Ini aperkerhal. Macam baru lepas masuk acara lari berpagar untuk Sukan Olimpik ajer tengok gayanya. Tercungap-cungap.
“Problem. Kat rumah tu tak ada saper tau pakaikan samping kat pengantin lelaki.”
“Habis tu tak siap lagi la ni.”
Atlit lari berpagar itu menggelengkan kepala.Mencuri nafas sebelum meneruskan kata.
“Itu yang saya datang nak pinjam mak andam ni. Tolong settlekan problem kiter orang kat sana.”
“Aleeya ikut Zain pergi tolong settlekan problem dia orang ni.”
“Hah..!!” Aleeya terpinga-pinga.
“Cepatlah.” Arahan tegas diberikan oleh si pengantin.
“Okey..okey.”

Di dalam kereta.
Aleeya: Macam manalah dalam ramai-ramai lelaki kat rumah tu tak ada sorang pun yang tau macam mana nak pakaikan samping. Habis selama ini korang pakai samping teknik macam mana.
Zain: Makcik sebelah aku ni membebel pulak. Plaster mulut tu dengan plaster luka karang baru tau. Di dalam hati.
Zain: Bising lah awak ni. Pengantin kena la pakai teknik yang jarang orang buat. Kalau stakat macam pagi raya tu, petik jari boleh siap. Ni nak berbunga-bunga pintal lah apa lah mana ada saper yang tau.
Aleeya: Hush.. (Bunyi dengusan yang macam-macam orang nak lepas geram tapi tak jadi)

Setibanya di rumah tempat pengantin lelaki bertanggak, Aleeya segera mendapatkan Abang Irfan. Samping dipakaikan seperti mana yang pernah Kak Ana ajar kepadanya dulu. Keris disemat di pinggang. Tanjak dipakai dikepala. Fuhh!!.. settle babe.
“Thanks ya Leeya.”
“Okey. Tarak hal bang.”
“Hey bro kau dah siap ker. Aku pinjam budak kecik ni kejap. Tolong pakaikan samping kat aku pulak.”
Aleeya menoleh kepada gerangan yang bersuara itu. Ini apahal pulak ni. Trick nak cari pasal atau trick nak kena penggal.
“Eh.. kenapa pulak saya kena pakaikan awak samping. Tak reti pakai sendiri ker. Saper pengantin ni. Encik ..ermm encik..” Jari telunjuk ditunjuk ke muka lelaki yang pandai-pandai bersuara itu.
“Zain”
“Hah.. Encik Zain ker atau Abang Irfan.” Ayat tergantung tadi disambung semula.
“Budak kecik Meenachi Leela Ji, abang ni telah dilantik oleh Abang Irfan suami Kak Lina awak tu untuk menjadi pengapit kepada pengantin lelaki.”
Aleeya buat muka. Sungguh menjengkelkan. Rasa nak baling ajer dengan selipar Jepun. Uweekk..
“Yer la. Setakat pengapit ajer. Yang nak melebih-lebih ni apa kes.”
“Tak ada kes. Ingat dalam court ker ker. High court. Badminton court.”
“Habis nak ada keris pakai tanjak semua ker ni.?” Sengaja Aleeya bertanya.
“Boleh. Kalau ada bawak lebih.” Lagi slumber Zain menjawab.
Arrgghh.. Poyo. Poyo. Ikut hati memang taknak. Tapi disebabkan sikap professional. Aku buat jugaklah macam mana mamat ni nak.
“Meenachi Leela Ji, nama betul apa.” Sengaja Zain buat-buat tanya. Padahal bukan dia tidak tahu siapa nama mak andam ni.
Aleeya buat tak tau. Sungguh tak berhemah betul dia ni. Aku tengah buat kerja lagi diajak bersembang. Cucuk dengan jarum pin ni karang baru tau.
“Kalau tak bagi tau nama. Nanti abang panggil awak Meenachi Leela Ji nanti macam pakcik kedai tu panggil boleh ker?”
Soalan bodoh. Permintaan bodoh yang tak patut dilayan. Pin yang digunakan untuk mengemaskan lagi kedudukan samping sengaja dicucuk ke badan orang yang banyak mulut menyakitkan hati orang tu.
“Adoii!!”
Aleeya tersenyum. Dilihat muka si banyak mulut itu berkerut menahan sakit.
“Sorry. Tak sengaja.” Sepatah-sepatah Aleeya berkata.
“Wah. Main kasar tu. Cakap ar. Nama saper.”
“Aleeya lah.” Malas-malas menjawab sebab dah malas nak layan.
“Ooo Aleeya Lah. Nama abang Mohd Zain. Panggil Abang Zain ajer.”
Ah!! Sudah.. Ini apahal ni. Sejak bila kau abang aku ni. Sejak bila kita berkongsi mak abah ni. Sungguh tidak faham.
“Apaper ajerlah.”
“Elleh.. Eksen budak kecik ni.” Zain berkata di dalam hati melihat Aleeya terus berlalu pergi tanpa menghiraukan dirinya.

Alunan lagu Selamat Pengantin Baru dendangan Allahyarhamah Puan Sri Saloma memeriahkan lagi acara persandingan antara Kak Lina dan pasangannya Abang Irfan. Bagai pinang dibelah dua kedua mempelai yang sedang duduk bersanding di atas singgahsana. Sama cantik sama padan.

“Hai.”
“Hai.” Ditegur sepatah. Jawab pun sepatah.
“Dah makan.” Zain bertanya.
Aleeya sekadar mengangguk.
“Aleeya Lah dah lama ker buat kerja ni.”
Angin mana pulak yang bawak Mat Zain ni terbang datang duduk dekat-dekat dengan aku. Apahal entah. Tiba-tiba Mat Zain nak beramah mesra ala-ala duta kedai Mesra Petronas dengan Cik Aleeya. Bukan Cik Aleeya Lah.
“Aku ganti Kak Ana la. Dia ada kerja kat tempat lain. So aku tolong cover dia kat sini.” Biar kerek sikit. Biar Mat Zain berfikir sepuluh, dua puluh, tiga puluh kali sebelum kepala dia terlintas nak ketuk-ketuk aku.
Zain pandang Aleeya. Aleeya tetap buat muka tak bersalah. Wah!!!.. Dasyat ajer budak Aleeya Lah ini berbahasa. Muka kerek semacam ajer. Siapa Kak Ana tu. Jiran sebelah rumah aku ker? First time rasanya aku dilayan sekerek ini oleh seorang perempuan. Correction. Oleh seorang budak perempuan.
“Habis Aleeya kerja kat mana.” Zain bertanya lembut. Sebutan nama pun sudah dibetulkan.
“Kau ni sibuk mengalahkan perempuan. Aku kerja kat mana-mana pun biar ar. Aiseh.. serabut ar mamat ni.”
Aku dikatanya serabut. Aku tengok budak kecik ni yang berserabut. Sejak pertama kali jumpa dekat kedai runcit kelmarin dia ni nampak serabut. Hari ni dia kata aku pulak yang serabut.” Zain berkata. Tapi semua itu hanya di dalam hati.
“Eh.. sat ek.” Aleeya bersuara tiba-tiba sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam handbag Adidas yang setia di bawa ke mana-mana dia pergi ,kecuali ke pejabat. Mana ada Cik PA masuk office dengan handbag Adidas yang agak sporty ni. Boleh kena gelak selama hayat berada dalam bangunan tu selagi tak ada arahan kena tukar atau dah pencen.
“Nah.” Aleeya menghulurkan sekeping kad kepada Zain.
Pandangan mata Zain dituju kepada sekeping kad yang baru diterima tadi. Business kad. Kemudian, dia merenung semula ke arah Aleeya.
“Nanti kalau kau nak kahwin, kau contact la tokei butik ni. Dia boleh kasi offer baik punyer. Servis pun bagus.” Tanpa diminta Aleeya menerangkan sebab musabab kad itu diberikan kepada Zain. Kak Ana yang suruh. Trick orang bisness. Mana-mana pergi business kad jangan lupa bawak. Dah alang-alang aku jadi mak andam kat rumah pengantin ni, dengan aku-aku sekali kena jadi distributer tukang edar bisness kad tokei Butik Seri Pengantin.
“Okey ar aku nak chow dulu. Malam karang aku ada kerja lagi kat sini. Daaa..” Aleeya terus berlalu dan menuju ke kereta.
Sampai di kereta dia terus masuk ke dalam. Enjin dihidupkan. Baru masuk gear reverse, tiba-tiba..
“Aleeya.. Aleeya…”
Apa kena la Mat Zain ni. Apa lagi la yang dia nak.
Zain member isyarat tangan agak Aleeya menurunkan cermin tingkap.
“Apa lagi.”
“Nombor handphone.?”
“Dalam kad tu la.”
“Bukan nombor telefon tokei butik ni. Nombor telefon kau la.” Berlagak kerek sikit. Saper suruh dia kerek dengan aku dulu.
“Ada pen?”
“Ada.”Zain berkata sambil menunjukkan pen ditangan.
Aleeya senyum. Heheh… Suka-suka hati nak ketuk-ketuk aku yer. Macam lah aku tak tau trick orang lelaki ni. Datang idea nakal tapi best dalam kepala.
“0 1 2”seketul-seketul.
“0 1 2” Zain cuba mengikut apa yang keluar dari mulut Aleeya sambil menulis di belakang bisness kad tadi.
“5 9 4.”
“5 9 4.”
“Tekan-tekan tak dapat. Babai…” satu nafas sahaja Aleeya berkata. Terus kereta di reverse ke belakang dan dia terus meluncur laju. Hahahaha… Yes.. Berjaya!!!!!!!
Zain terpinga-pinga sambil memerhatikan Myvi SE merah itu meluncur laju hilang dari pandangan mata. Hampeh punyer budak perempuan. Berani main-mainkan aku. Macamlah susah sangat nak dapatkan nombor telefon kau tu. Zain geleng kepala dan tersenyum sendirian. Perkenalan yang cukup manis dirasakan ketika ini.

Baju Pengantin Mak Andam Bab 4

BAB 4
Myvi SE berwarna merah perlahan-lahan cuba membelok ke kiri simpang. Tu dia. Khemah canopy berwarna putih elok tersergam. Agak besar jugak kenduri Pak Azit yang dikatakan oleh Che Mat tadi. Makan free la orang-orang Kampung Sri Kinta esok. Kelihatan orang kampung sedang sibuk menyediakan juadah makanan untuk kenduri esok. Walaupun dah masuk dunia internet, dunia handphone 3G, dunia wireless tanpa sempadan adat gotong royong tak dilupakan. Sini kampung. Memang patut dikekalkan adat bergotong royong ni. Kalau di bandar, mana ada orang nak bergotong royong macam ini. Semua orang sibuk membina masa depan, membina kerjaya, mencari duit semata. Kalau nak buat kenduri kendara tak payah susah-susah nak masak, tempah ajer dengan catering service. Jemputan cuma perlu datang makan sahaja. Mungkin kerana itu orang-orang kota lebih suka buat hal mereka sendiri-sendiri. Kadang-kadang tu jiran sebelah menyebelah pun boleh buat tak kenal. Nasib aku kenal baik dengan Kak Hasmah sekeluarga yang tinggal di depan rumah sewa aku di Putra Damai itu. Itupun secara tak sengaja, malam-malam buta pergi ketuk pintu rumah Kak Hasmah sebab nak mintak suami dia tolong ajarkan macam mana nak pasangkan DVD player yang baru beli dekat tv. Dah berserabut wayar kuning hijau merah puteh. Manual book dah naik lunyai. Tapi skrin tv tetap hitam legam. Malam tu pulak masing-masing nak tunjuk bakat jadi Mike Gyver. Sampai ke sudah, DVD yang baru dibeli tetap jugak tak boleh berfungsi.
Dan dengan bantuan yang diberikan oleh Kak Hasmah dan suaminya, maka pada malam itu jugaklah aku, Anis, Iwa dan Aida melayan Harry Potter sampai ke pagi. Nasib esoknya hari Sabtu. Dari tahun pertama Harry masuk belajar di Sekolah Hogwarts sampai la dia masuk ke tahun kelima. Cerita budak-budak yang ditonton oleh budak-budak perempuan yang dah boleh nak jadi mak budak pun. Itulah penangan siri Harry Potter ini. Peminat tak kira usia. Tengah hari, pakat ramai-ramai, tutup semua tingkap, bentang tilam toto masing-masing, semua qada tidur. Citt!!!.. Baik punya aktiviti dihujung minggu. Nasib hari tu, aku punya kuliah satu hari dibatalkan. Kalau tak aku terpaksa jadi halimunan ghaib dari kelas sebab mau qada tidur.
Kereta diparkir ditepi jalan berhampiran rumah pengantin. Dengan dua tangan yang ada, Aleeya membawa segala peralatan dan pakaian pengantin. Dia menuju ke rumah pengantin perempuan itu. Semua mata memandang ke arah Aleeya. Apa aku tertinggal batang hidung di dalam kereta ke tadi. Semua orang kat sini pandang aku macam aku tak berhidung ajer gayanya. Dup..dap…dup..dap..Bunyi jantung berdegup-degup macam bunyi enjin motobot.
Belum sempat memberi salam, ahli keluarga si pengantin perempuan terus menyerbu ke arah Aleeya. Ni apa hal ni. Dah rasa nak patah balik buat larian pecut seratus meter bila kena serbu ramai-ramai macam ni.
“Apasal mak andam lambat sangat sampainya ni. Bakal pengantin kat dalam bilik dah tak senang duduk. Mana ker gayanya pun. Majlis akadnya lepas Isyak. Ni nak dekat pukul tujuh malam. Pengantin tak bersiap-siap lagi.” Suara seorang makcik yang aku tak sempat nak berkenalan terus menerjah tanpa sempat memberi salam mukadimah mesra-mesra terlebih dahulu.
“Maaf makcik. Saya sesat tadi.” Nak taknak kena mintak maaf jugaklah. Dah salah aku. Datang lambat. Tapi, bukan salah aku. Wedding card ni yang salah. Tapi nak salahkan wedding card buat apa. Bukan wedding card ni bukan boleh say sorry pada tuan rumah pun. Patut salahkan orang yang design wedding card ni, Lepas tu jangan lupa salahkan tokei kedai printing yang tak hati-hati bila buat kerja. Sebab dia aku dapat susah.
“Dah sampai ker Mak Ngah?” Datang satu suara dari arah belakang.
“Dah sampai dah ni.”
Seorang perempuan muda seusia dengan Kak Ana terus menarik aku masuk ke dalam bilik. Kesian dia. Termengah-mengah. Nafasnya turun naik. Aku tegak berdiri memerhati perempuan muda tersebut.
“Dik!!.. tunggu apa lagi. Cepatlah. Akak dah lambat ni.” Segera dia memberi arahan titah berdaulat menjunjung kasih kepada Aleeya. Alamak, mak andam mana pulak Ana hantar kat rumah aku ni. Gaya blur tak tau apa-apa ajer.
Aleeya tersentak. Ini ker pengantin perempuan yang perlu dia solekkan. Macam mana aku boleh berdiri tegak gaya ala tiang bendera Datanran Merdeka kat dalam bilik ni, sedangkan orang semua tengah kalut sebab pengantin perempuan tak bersiap-siap lagi.
“Yer..yer kak.” Memanglah aku tak boleh disergah macam tu. Kalau disergah terus jadi gagap nak bercakap pun terkeluar sepatah-sepatah.
“Panggil Kak Lina ajer. Ini Aleeya kan. Jenuh call tadi. Kenapa tak angkat.”
Aleeya mengeluarkan handphone dari dalam kocek seluar jeans yang dipakai. Alamak!!.. macam mana tak perasan bateri handphone boleh kong terus ni. Kong sekong-kongnya.
“Bateri kong ar Kak Lina.” Aleeya berkata sambil menunjukkan handphone yang sememangnya telahpun habis baterinya.
“Tak apa la Aleeya. Aleeya tau kan nak buat apa. Tunggu apa lagi. Cepatlah.”
Aleeya mengangguk. Beg berbentuk sebuah kotak itu dibuka. Tue dia.. Segala macam alatan solek menyolek terdapat di dalamnya. Semua berjenama M.A.C. Ni M.A.C original bukan yang jual melambak-lambak tiga sepuluh ringgit di Gerbang Malam. Tanpa membuang masa, Aleeya terus menjalankan kerja yang telah diamanahkan oleh Kak Ana kepadanya. Mula-mula muka pengantin dibersihkan. Krim muka disapukan terlebih dahulu agar memberi kesan yang lebih cantik apabila terkena flash camera. Itu petua Kak Ana yang turunkan. Bukan suka-suka hati ambik petua yang turun dari langit. Kemudian muka bakal pengantin disapu dengan sejenis krim yang dipanggil concealer. Concealer berfungsi untuk menutup segala macam parut atau kesan-kesan jagat dimuka. Diikuti pula dengan foundation. Untuk muka Kak Lina yang tak banyak sangat masalah, Aleeya menggunakan foundation berbentuk liquid. Foundation tadi disapu rata dengan menggunakan span. Bedak diratakan keseluruh muka. Yang asas-asas dah settle. Sekarang masuk part nak match warna pembayang mata dan blusher pulak. Aleeya mahu mata Kak Lina kelihatan lebih dramatik dan segar pada malam dia diijab kabulkan. Jadi untuk itu, teknik solekan mata Smokey eyes paling sesuai. Lagipun majlis akad nikah Kak Lina berlangsung pada waktu malam. Jadi memang sesuai sangat. Pipi yang telah pun elok disapu blusher mengikut kesesuaian warna kulit Kak Lina itu kelihatan cukup sempurna bak pauh dilayang. Akhir sekali, pemerah bibir pelengkap solekan. Siap satu kerja.
Sekarang turn mahu siapkan bakal pengantin dengan segala jenis hiasan yang Kak Ana dah sediakan ini. Mula-mula dengan cermat Aleeya membantu Kak Lina mengenakan baju untuk majlis akad nikahnya. Sepasang persalinan lace dengan potongan kebaya Indonesia dipadankan dengan kain batik lepas bersusun tingkat dihadapan menambahkan keayuan kepada si pemakai. Rambut paras bahu Kak Lina disanggul rapi kemudian ditutup dengan anak tudung yang siap dijahit manik-manik Swarovski. Sehelai selendang panjang berwarna senada dikenakan dikepala bakal pengantin. Lilit kanan, lilit kiri, tarik depan, tarik belakang. Lepas lilit-lilit, lepas tarik-tarik pinkan sekemas-kemasnya. Veil panjang had pinggang dipinkan diatas kepala bakal pengantin yang telah sedia cantik bertudung. Veil dipasang kemas-kemas agar tidak terjatuh. Sebuah tiara berwarna silver dengan hiasan batu dan mutiara diletakkan sebagai pelengkap hiasan dibahagian kepala pengantin perempuan. Tiara tadi disepit agar kedudukannya teguh dan kemas.
Akhir sekali, seutas rantai panjang dipakaikan dileher bakal pengantin. Siap. Aleeya memandang sekali lagi wajah Kak Lina yang sudah siap disolek. Final touch diberikan ke atas wajah Kak Lina agar solekan tadi nampak lebih sempurna. Setelah berpuas hati Aleeya menyuruh Kak Lina melihat keseluruhan wajahnya dicermin. Kak Lina tersenyum.
“Not bad. Tak sia-sia Leeya jadi protégé Ana. Betul jugak cakap Ana dekat akak, Leeya pun ada magic touch macam dia yang boleh buat saper-saper terkena sentuhan magic you all berdua boleh berubah rupa.” Ikhlas pujian yang diberikan oleh Kak Lina kepada Aleeya. Sungguh. Nampak cantik. Memang dari yang biasa-biasa dah jadi lain dari yang biasa.
Aleeya hanya tersenyum mendengar pujian yang diberikan. Bangga wei bila orang puji hasil kerja kita. Dia sendiri tidak menyangka kurang dari dua jam, si bakal pengantin siap didandan, siap disolek dengan sempurna.
“Aleeya nanti teman akak pergi masjid ek.” Pinta Kak Lina.
Aleeya membuntangkan biji mata. Ah!!! Sudah. Dikatakan aku cuma berfungsi menjadi mak andam yang tolong andamkan pengantin ajer kat sini. Ni apa kes sampai mahu pergi ke masjid pun aku kena ikut sekali. Ada dalam senarai tugas seorang mak andam ker.
“Taknak ar kak. Segan ar. Dah la pakai tee sama jeans ajer ni. Malu ar nak masuk masjid pakai macam ni. Sungguh tak bersopan santun punya anak dara.” Aleeya cuba menolak. Betul apa. Ada ker dengan pakai Levis skinny jeans dengan tee nak masuk dalam masjid. Buat malu keturunan ajer.
“Alah… okey what. Leeya pakai tudung. Tee pun lengan panjang. Kira dah okey dah tu. Akak tak ada kawan nak teman pergi masjid ni. Tolonglah yer.” Kak Lina seakan merayu.
Dahi Aleeya sudah berkerut seribu. Tangan kiri dipicit-picit ke dahi. Sungguh ar. Aku dah pening tapi dipaksa buat macam-macam. Kes merayu-rayu yang aku lemah ni. Macam mana ni. Takkan nak cakap dekat Kak Lina yang baru aku kenal ni aku tak boleh pergi. Aku segan nak masuk masjid dalam pakaian yang macam ni. Nanti apa orang kata. Tak pasal-pasal aku dituduhnya anak Melayu yang tak tau etika berpakaian yang macam mana kalau nak masuk ke rumah ibadat. Malu ar kalau kena tegur pasal benda-benda macam ni. Kelentong ajer. Anggap aku tipu sunat.
“Leeya tak boleh masuk masjid kak. Sekarang ni bendera Jepun tengah cantik berkibar.” Baik punya alasan. Itu ajer alasan yang rasa-rasanya boleh diterima pakai oleh semua orang. Padahal baru minggu lepas aku habis period. Hehehee… Hentam sajer lah…
“Lor.. yer ker..” Kak Lina mengeluh panjang. Macam bunyi orang kecewa pun iya jugak.
“Tak apa lah. Tak dapat teman sampai dalam masjid, Leeya ikut akak sampai luar masjid pun tak apa. Tunggu kat luar. Akak nervous ni dik.” Sekali lagi Kak Lina cuba pujuk rayu Aleeya.
Apalah Kak Lina. Selalu orang kata ‘dah dapat betis nak peha’, tapi akak yang sorang ni pulak tak dapat peha kaki ayam pun jadi. Tapi boleh diterima pakai jugak dengan logic akal, sekurangnya kaki ayam kalau dibuat sup memang sedap. Kalau di restoran Thai mahunya sampai sepuluh ringgit sepinggan kecil kerabu kaki ayam. Kalau dalam tak boleh masuk, siapa berani halang aku tunggu pengantin dekat luar masjid. Kena pergi jugak ker ni??..
“Okeylah akak.” Nak tak nak Aleeya terpaksa menurut.
“Mencinyer aku kena paksa-paksa ni.” Di dalam hati Aleeya merungut sendiri.
“Good. Naik satu kereta dengan akak yer.”
“Eh.. Tak apa ar kak. Leeya boleh drive sendiri.” Aleeya cuba menolak. Apa ni. Dah la tak kenal dengan suku sakat ahli keluarga bakal pengantin ni, takkanlah nak duduk menumpang dalam satu kereta padahal kereta sendiri elok tersadai kat tepi jalan tu.
“Naik sekali dengan akak la. Senang. Lepas tu Aleeya tunggu ajer dekat kereta.”
Dahi Aleeya sudah pun jelas kelihatan berkerut. Sungguhlah aku tak suka diarah-arahkan orang macam ni. Bila semua ini akan berakhir. Terasa saat-saat macam ni nak balik rumah, mandi, terus tidur. Tak payah nak fikir-fikirkan apa-apa pun. Tapi nak buat macam mana. Aku datang sini atas arahan bos besar Butik Seri Pengantin. Karang tak pasal-pasal Kak Lina pergi mengadu dekat Kak Ana. Tak pasal-pasal jugak bayaran dipotong. Kak Ana bukan boleh jangka apa dia nak buat. Dari apa yang Kak Lina duk sibuk bercerita dengan aku semasa aku sibuk-sibuk duk solekkan dia tadi, dia orang berdua dulu satu kroni masa studi dekat UiTM. Patutlah Kak Ana beria-ria benar menyuruh aku tolong coverkan kerja dia kat sini. Member satu kroni mahu kawin. Tapi dia tak dapat datang. Terpaksa aku mewakilkan diri. Keluhan dilepaskan.
“Okey.” Ringkas jawapan Aleeya. Walaupun ringkas tapi bernada lemah.
“Hah.. Macam tu la adik akak. Jom cepat. Orang semua dah tunggu dekat luar tu.”
Dalam kepala Aleeya sempat berfikir-fikir. Patutlah kakak-kakak berdua ni boleh jadi satu kroni. Kepala dua-dua sama. Macam mana aku boleh termasuk di tengah-tengah kepala gila-gila ini pun aku tak tau. Sedar diri. Memang aku pun kepala boleh tahan gila-gila jugak, tapi aku gila-gila dengan segolongan seusia aku ajer. aku golongan adik-adik, diorang golongan kakak-kakak nasib tak masuk group makcik-makcik ahli mesyuarat tingkap.
Tiba di perkarangan masjid, kelihatan rombongan pihak pengantin lelaki telah sampai terlebih dahulu. Mengikut kata Kak Lina, rombongan pengantin lelaki bertanggak di rumah Mak Long Kak Lina yang tinggal tidak jauh dari masjid ini. Boleh tahan segak bakal pengantin lelaki Kak Lina ini. Sementara menunggu majlis akad nikah berlangsung di dalam masjid, Aleeya hanya duduk di dalam kereta. Seperti yang dia harapkan. Di dalam kereta, Aleeya bersandar kepenatan. Aku pun tak paham kenapalah aku kena berada di sini. Aku kalau tak disebabkan dipujuk rayu Kak Lina tadi, rasanya tak kuasa mahu turut serta untuk upacara ini. Lebih baik duduk diam-diam di rumah pengantin. Dah tentu-tentu boleh makan nasi. Macam lepas ni dah tak ada kerja. Pada hal lepas majlis ini, ada pulak majlis malam berinai besar. Lepas majlis malam berinai besar pulak acara tangkap-tangkap gambar pengantin dalam pakaian pelbagai bangsa pulak. Pukul berapalah semua ini akan berakhir. Sungguh. Aku memang dah penat sangat ni. Rasa ini yang pertama dan terakhir aku ambil kerja Kak Ana ini. Nampak senang. Tapi sebenarnya azab wei…

Sedang asyik, Aleeya melayan perasaan, melayan blues seorang diri kelihatan jurukamera keluar dari masjid sambil merakamkan detik-detik manis pasangan yang baru sah bergelar suami isteri itu. Lalu, Aleeya keluar dari perut kereta apabila melihatkan semua orang sudah keluar dari dalam masjid. Aleeya hanya berdiri menyandar pintu kereta yang tertutup sambil memerhati Kak Lina dengan suami tercinta mengabadikan detik-detik manis di dalam hidup mereka ke dalam lensa kamera. Jelas terpancar kebahagian bila cinta yang suci itu direstui oleh kedua keluarga dan diakhiri dengan ikatan pernikahan.
“Aleeya!!”.
Lamunan Aleeya tiba-tiba terhenti apabila terdengar suatu suara memanggil namanya. Aleeya memandang ke arah dari mana datangnya suara itu. Kelihatan Kak Lina sedang melambai-lambaikan tangan ke arah Aleeya dan memberi isyarat agar datang kepadanya. Aleeya dengan segera datang kearah Kak Lina. Tisu peket yang telah sedia di tangan dikeluarkan sehelai lalu ditekan-tekan perlahan-lahan ke wajah Kak Lina yang sudah berpeluh itu.
“Berapa kali abang Kak Lina baru lepas tadi?” tanya Aleeya seakan berbisik di telinga Kak Lina. Sengaja diajukan soalan yang agak nakal itu kepada Kak Lina.
“Sekali ajer dik.” Jawab Kak Lina dengan senyuman mekar dibibir.
“Wahh!!.. Terror la abang akak. Ini mesti dah praktis banyak kali ni.” Kali ini suara Aleeya sedikit kuat.
Serentak itu, hinggap satu cubitan di lengan kanan Aleeya.
“Adoii!!... sakit ar kak.” Aleeya mengerang perlahan. Melebih nampak kakak sorang ni. Main cubit-cubit.
“Cover sikit dik.”
Aleeya terus tergelak kecil mendengar jawapan yang keluar dari mulut kak Lina itu. Nak cover mendanyer. Yang jadi pengantin Kak Lina. Bukan aku. Yang kena cover-cover, kena control ayu Kak Lina. Bukan aku.
“Aleeya jom ambik gambar sekali.” Pinta Kak Lina sambil menarik tangan Aleeya.
“Eh.. tak apa ar kak.” Aleeya menolak. Tak biasa. Kak Lina dengan aku bukan ada apa-apa pun ikatan persaudaraan. Menjadi sahabat pun bukan. Kenapa mesti jadi minah enter frame pulak ni.
“Jom la. Meh sini akak kenalkan. Ini suami akak. Muhammad Khairul Irfan. Aleeya panggil Abang Irfan ajer.” Kak Lina memperkenalkan suami tercinta.
Aleeya mengangguk. “Haa.. Hai bang.” Tangan dilambai ke arah Abang Irfan.
“ Abang kita ambil gambar dengan mak andam yang ditempah khas ni sekali ek.”
“Okey.” Idea yang dipersetujui oleh si suami.
“Tak payah lar kak.” Kepala mula berpusing-pusing mencari alasan.
“Eermm.. aaa… mak Leeya kata tak baik kalau ambik gambar bertiga kak.” Hentam sajalah. Dah itu ajer yang terlintas dekat kepala masa ni.
“Kalau tak boleh bertiga, kita ambik berempat.” Abang Irfan pula mencelah.
Aleeya membulatkan mata. Kalau aku minah enter frame. Siapa pulak yang nak jadi mamat enter frame gambar.
“Zain sini jap.” Suami Kak Lina memanggil seorang lelaki yang sedang bersembang-sembang dengan pihak pengantin perempuan. Barangkali adik atau pun saudara mara suami Kak Lina.
Aleeya memaling muka ke tepi. Dah tak tau macam mana bentuk muka aku sekarang ini. Dahi dah berkerut-kerut. Muka dah berminyak. Lesu campur penat. Macam mana nak ambil gambar dengan mempelai.
“Aleeya.”
Aleeya tersentak. Kenapalah Kak Lina ni suka sangat main kejut-kejut orang ni. Kalau ada sakit jantung dah lama jadi arwah.
“Akak ni. Suka kejut-kejutkan orang. Kalau Leeya ada sakit jantung alamatnya wassalmu lah kat sini.” Slumber Aleeya menuturkannya.
Kak Lina ketawa mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Aleeya.
“Sembang apa lagi ni. Hah!!.. Leeya ni kawan abang. Zain. Zain ini Aleeya.Tadi Leeya kata mak Leeya cakap tak elok kan ambik gambar bertiga. Sekarang dah berempat. Bagus betul budak ni. Anak yang mendengar cakap mak dia.” Abang Irfan berkata sambil tangan kiri menepuk bahu pemuda disebelahnya.
Aleeya mula mengerutkan dahinya apabila memandang wajah pemuda yang segak berbaju melayu cekak musang berwarna putih lengkap bersamping tenunan Terengganu berserta songkok hitam dikepala. Macam pernah kulihat muka ini.. tapi dimana ya?? Mengulang kembali dialong Yassin Senario dalam filem Senario Lagi. Macam kenal. Aarrgghh… Kenapa kepala susah sangat nak ingat siapa dia. Macamlah satu jam tadi pergi telan dua biji pil pelupa sampai boleh jadi lupa dengan semua benda.
Pemuda itu tersenyum kepada Aleeya.
Aleeya membuntangkan biji mata. Mulut dah ternganga luas. Tapi cepat-cepat ditutup kembali sebelum ada lalat yang berani masuk. Memanglah aku macam ingat-ingat lupa dengan muka mamat ni. Ini mamat yang aku jumpa dekat kedai Che Mat petang tadi. Apa punya petaka datang menimpa ini. Sungguh. Dunia ini bulat. Dunia ini kecil. Pusing-pusing pasti kita akan terjumpa dengan orang yang sama. Baru tadi doa-doa supaya tak terjumpa lagi mamat ini. Sekarang. Dia dah berdiri betul-betul depan mata. Kalaulah aku ada magic power, nak ajer aku menghilangkan diri balik rumah sekarang jugak. Tak pun kalau aku ada selimut yang boleh buat diri jadi halimunan macam dalam filem Herry Potter tu, memanglah sekarang jugak aku selimutkan diri aku ni.
“Okey. Sekarang semua ready yer. Diri rapat-rapat. Yang cik adik sebelah tu apasal jauh sangat tu. Rapat sikit. Nanti nampak separuh badan ajer dalam gambar.” Jurukamera bertugas cuba memberi arahan kepada kami agar shoot yang akan diambil nanti nampak cantik.
Aleeya mengetap bibir. Sengaja betulah si cameraman ni. Ngeee…
“Okey. Ready for take. One, two, three…cheessee.”
Aleeya hanya tersenyum bersahaja. Tak tau nak ditafsir macam mana rupa senyuman aku tadi. Macam kerang busuk, lala busuk, tiram busuk yang mana satu aku pun tak berapa pasti.
Mula-mula sekeping. Lepas tu sekeping lagi. Lagi… lagi… dan lagi. Dalam malu-malu tadi, rasa-rasanya dekat sepuluh keping la gambar Aleeya tersesat dalam album kahwin Kak Lina. Selesai sessi bergambar beramai-ramai bersama-sama ahli keluarga, kedua mempelai mula bergerak ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera.
Kak Lina dan suami naik satu kereta. Entah macam mana Aleeya tercampak naik satu kereta dengan kawan suami Kak Lina. Nak buat macam mana. Nak naik kereta dengan pengantin baru Aleeya segan. Takkan nak berhimpit-himpit. Nasib kawan Abang Irfan yang entah saper-saper namanya itu, kasi offer baik punya tumpang Chevrolet Optra dia. Walaupun rasa macam malu nak tumpang sekali, tapi dah tak ada pilihan. Takkan nak buat keras kepala mahu buat acara marathon jalan kaki malam-malam buta ini. Memang jarak tak berapa nak jauh dengan rumah pengantin. Tapi malam-malam macam ni takut kalau-kalau terjumpa H.A.N.T.U. Mintak simpang. Nauzubillahminzalik.
Di dalam kereta, yang dikasi tumpang dengan yang baik sangat memberi tumpang masing-masing diam sahaja. Bukan Aleeya malas mahu beramah mesra. Tapi tak akan lah dia yang nak mulakan dulu. Buat malu muka ajer. Dah ler petang tadi punya kes pun belum hilang lagi kesan malunya. Jangan nak buat hal. Jangan suka-suka nak kasi malu diri sindiri. Hatinya berperi.
Sampai di rumah pengantin, Aleeya terus keluar dari Chevrolet Optra milik orang yang kasi tumpang itu.
“Thanks.” Sepatah perkataan yang terkeluar dari mulut Aleeya sebelum dia berlalu pergi.
“Errmm..Meenachi Leela Ji. Nice to meet you!” Tiba-tiba datang suara dari belakang.
Mendengar ajer kata-kata dari belakang itu, Aleeya terus berpaling pusing kepala lipat maut. Dilihat Encik Chevvy itu sedang tersenyum sambil menahan ketawa. Kening Aleeya naik sebelah ala-ala penyanyi lentik Ziana Zain. Mata dibulatkan. Dia mendengus geram. Terus berpusing dan berjalan laju-laju menuju ke rumah pengantin.