Tuesday, December 30, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 20

Zain menengadah ke langit malam yang begitu cantik dengan taburan bintang yang bersinar-sinar. Subhanallah. Indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa. Terasa diri begitu kerdil disisiNya. Malam-malam Sabtu, tanpa sebarang rancangan untuk ke mana-mana, dia hanya duduk di rumah sahaja. Merehatkan diri. Ingin menelefon Aleeya terasa tidak sampai hati pula. Aleeya sedang sakit. Usah diganggu. Pesan hatinya. Kalau dah duduk di rumah malam-malam begini, apa lagi yang boleh dibuat, duduk mengira bintanglah di luar rumah. Bad disebelah, begitu tekun membalas SMS dengan yang tersayang. Terasa cemburu pulak di dalam hati. Bad pun satu. Jika ingin berSMS, SMS sahajalah. Ini tersenyum sorang-sorang apa hal pulak. Zain masih lagi mendongak kelangit. Sesekali, lehernya diurut-urut untuk menghilangkan rasa lenguh yang bertandang.

“Ini kenapa macam ayam berak kapur?” Tegur Bad disebelah. Milo suam diteguk.
Zain hanya buat tidak tahu. Ada ker Bad umpamakan aku macam ayam berak kapur. Ada rupa ayam ker aku ni. Sungguhlah tidak sesuai. Bukannya aku ini bapak ayam. Betullah. Kalau kepala sudah serabut, semua benda tak dapat fikir. Perumpaan ayam berak kapur pun aku boleh fikir yang bukan-bukan. Kena buka buku peribahasa pulak malam-malam ni. Sebenarnya, bukan tidak tau. Tau. Tapi bila dah berserabut plus kusut, macam-macam yang bermain di dalam kepala. Buat malu keturunan kalau peribahasa budak sekolah rendah itu pun tidak tahu maknanya.

Bad hanya melihat Zain yang asyik sangat melihat bintang-bintang di dada langit. Ini apa sakit. Sejak bila ada hobi melihat bintang. Biasa pun orang melihat anak bulan. Itu pun bila mahu puasa atau pun hari raya. “Kau apa hal?” Tanya Bad lagi.
Zain angkat kening. Bad dipandang.

Ekk… ena.. Apahal pulak ni. Ada wayar short ker. “Apa.. hal…” Tanya Bad sepatah-sepatah.
“Tak ada apalah.” Akhirnya Zain bersuara juga.
“Macam ni kau kata biasa. Sejak bila layan jiwa-jiwa pun aku tak tau.” Bad membalas. Kepalanya digelengkan perlahan. Memang tidak faham, apa yang sudah terjadi pada Zain. “Kalau dah suka dengan budak tu, kenapa tak cakap ajer. Senang. Zaman sekarang mana ada orang main kias-kias dah. Semua main terjah, straight to the point. Cuba guna skill macam kau nak tackle Aisyah dulu.” Sambung Bad lagi. Zain pun satu. Kenapa tidak diluahkan apa yang dirasakan dalam hati kepada budak perempuan yang aku sendiri pun tak kenal. Kenapa susah sangat. Mana gaya gentleman Zain dahulu. Semasa belajar di UTM dulu, bukan main lagi. Aisyah Syuhada yang bertudung labuh itu pun boleh cair dengan ayat power dari Zain.
Zain hanya mampu melepaskan keluhan lemah apabila mendengar kata-kata dari Bad itu. Sekilas itu, ingatan teralih pada Aisyah Syuhada. Aisyah manis. Sopan santun. Tutur katanya begitu lemah lembut. Cukup menjaga adab pergaulannya. Menutup aurat sebagaimana sepatutnya seorang muslimah sejati patut lakukan. Benar. Hatinya cukup terpaut pada Aisyah Syuhada sejak kali pertama melihat gadis itu di cafĂ© universiti. Sejak itu, berbagai rancangan dirangka untuk menambat hati gadis yang telah berjaya mencuri hati lelakinya. Banyak kali juga rancangannya itu gagal dan menemui jalan buntu. Tetapi, masakan anak jantan mahu menyerah kalah semudah itu sahaja. Gagal sekali, bukan bermakna gagal selamanya. Benar. Usaha itu tangga kejayaan. Akhirnya, Aisyah Syuhada menerima juga dirinya. Saat menyemai cinta, menyulam kasih dengan Aisyah adalah satu memori yang tidak dapat dilupakan. Macam mana aku tidak boleh melupakan Aisyah Syuhada. Masakan mahu keluar berdating pun terpaksa di ‘excort’ oleh tiga orang teman sebiliknya. Walaupun tidak selesa, diikutkan juga kerana Aisyah pernah berkata, bila keluar berdua, pasti akan menjelma orang ke tiga yang kita sendiri tidak akan nampak dengan mata kasar. Aisyah suruh aku buat paham-paham sendiri. Dan memang aku faham pun. Siapa lagi kalau bukan si Nates itu. Musuh tradisi anak cucu keturunan Adam. Pandai Aisyah menjaga setiap tindak tanduknya. Banyak sungguh perkara aku belajar dari Aisyah. Sudah aku tanam azam di dalam diri, tamat sahaja belajar, pasti gadis itu akan aku sunting untuk menjadi suri hidupku. Menjadi penyejuk di mata, penawar di hati. Tetapi, takdir Tuhan siapa yang dapat menolak. Sudah tertulis pada suratan, Aisyah itu bukan ditakdirkan untuk aku. Aisyah pergi selama-lamanya ketika aku berada di tahun akhir di UTM. Sungguh aku tidak menduga yang selama ini, Aisyah yang paling aku sayang, yang paling aku ambil berat rupa-rupanya mengidap penyakit barah hati yang kronik. Betapa Aisyah terpaksa menyembunyikan kesakitannya itu semata-mata untuk menggembirakan aku. Saat itu, dunia dirasakan gelap gelita. Sepantas kilat rasa bahagianya diragut secara tiba-tiba. Sejak itu, pintu hati ini seperti tertutup untuk wanita lain. Sehinggalah di suatu hari, ketika di majlis perkahwinan Irfan dan Harlina yang telah menemukan aku dengan seorang Aleeya. Aleeya yang kadang-kadang senget, kadang-kadang serabut, kadang-kadang kusut, kadang-kadang gila-gila, yang tak pernah berhenti pot-pet-pot-pet menyakitkan hati. Macam-macamlah dengan Aleeya ini. Berbezanya Aleeya dengan Aisyah. Apa yang menjadi persamaan keduanya adalah, mereka berjaya membuat lena aku tidak menentu dan sering membuat aku tidak keruan dengan perasaan sendiri.

“Sorry la bro, kalau kau terasa bila aku bukak cerita pasal Aisyah tadi. Aku bukan sengaja.” Bad berkata apabila melihat Zain yang hanya membatukan diri. Tiba-tiba Bad dihambat perasaan bersalah. Mengapa mesti dibawa kembali Zain menyusuri kenangan yang sedih itu. Fail jadi member kamcing kalau buat member sendiri berduka nestapa.

Tersentak Zain dengan suara Bad. Segera dia meraup muka dengan telapak tangan. Di pandang sekilas wajah Bad disebelah. Kemudian dia mengukir senyuman segaris. Apalah sangat dengan cerita Aisyah itu. Semuanya sudah berlalu menjadi kenangan. Sudah pun menjadi sebahagian dari memori yang tak mungkin luput dari ingatan. Aku pun sudah menerima ketentuan ini.
“Tak ada apalah. Aku okey.” Kata Zain bersahaja.

“Ek..” Bad angkat kening. Nasib Zain okey. Kalau tidak mahu pulak malam ni aku kena telefon Makcik Ani dekat Manjoi tu, tolong pujuk anak teruna dia yang seorang ini. Aku bab pujuk memujuk ni memang awal-awal akan tarik diri. Zahira pun sampai kena fikir dua tiga kali jugak kalau mahu merajuk. Sebab tidak akan ada siapa mahu pergi pujuk.

“Aku okeylah.” Sekali lagi Zain meyakinkan Bad. Dihadiahkan senyuman segaris buat temannya itu. Kut yer pun, rasa bersalah tak payahlah buat muka macam tu. Muka simpati tak bertempat. Buat muka sekupang lima duit, macam aku nak kisah.

“Pasti?” Bad bertanya sekali lagi.

Berderai ketawa Zain akhirnya. Dia hanya mengangguk. Apa kena dengan Bad malam ni. Tak faham bahasa Melayu, bahasa ibunda sendiri ker.
“Okey la tu kalau kau okey. So bolehlah bukak cerita pasal Cik Aleeya kita tu. Tak pernah kau cerita lebih-lebih pasal Aleeya tu dengan aku. Gambar dia pun kau tak pernah tunjuk.”
Kali ini, Zain sudah membuntangkan matanya. Nak buka cerita pasal Aleeya di malam hari buat apa. Zain sudah malas nak bersembang dengan Bad. Segera dia mengangkat punggung untuk masuk ke dalam rumah meninggalkan Bad. Baik tengok dvd. Lagi bagus.
Bad yang terpinga-pinga hanya memerhati langkah Zain yang sudah hilang masuk ke dalam rumah. Sah. Itu mesti mahu melarikan diri dari bercerita mengenai Aleeya yang aku sendiri pun tak kenal siapa. Apa istimewa Aleeya itu, Bad pun tak tau. Tanpa melengahkan masa, segera Bad pun masuk ke dalam rumah.

Zain masih macam tadi. Dengan gaya bersahaja. Bad disebelah hanya dibuat tidak tahu sahaja. Mata masih setia mengadap ke tv. Layan ajerlah apa siaran yang boleh dilayan sekarang ini.
“Zain, kau ni tak patut betul. Aku ni kawan kau tau. Tapi, tergamak kau nak merahsiakan dengan aku pasal budak Aleeya tu. Memang tak patut betul. Macamlah aku tak pandai simpan rahsia kau.” Bad menggumam rendah. Gaya macam dah nak merajuk sikit tu. Memang pun. Biarlah Zain nak kata aku kuat merajuk pun. Aku tak kisah. Apalah sangat nak berahsia pasal Aleeya tu. Macam aku tak tau nak jaga mulut. Simpan rahsia dia.

Zain memandang ke arah Bad yang sudah muncung sedepa. Ini apahal nak merajuk tiba-tiba pulak ni. “Okey. Aku cerita. Aleeya tu, aku kenal masa majlis kawin Irfan. Kalau kau nak tau, Aleeya dengan Aisyah macam langit dengan bumi. Beza sangat-sangat. Aleeya tu ada masa ting-tong jugak. Gila-gila. Mulut boleh tahan celupar jugak. Bercakap ikut sedap mulut. Kadang okey. Kadang KO. Puas!!!” Terang Zain satu persatu.
“Tu ajer?” Tanya Bad lagi. Jelas keningnya sudah dinaikan berserta senyuman nakal yang sedia terukir dibibir.
“Yer lah. Bab-bab heart feeling ni, aku ada cakap jugak kat Leeya. Tapi katanya, biar jadi teman dulu.” Kali ini Zain sudah melepaskan keluhan lemah. Terasa terlebih jujur pulak bercerita sampai ke tahap ini dengan Bad. Kalau Bad ketawakan aku lepas ni, siaplah dia. Aku smackdown dia. Biar malam ni aku jadi The Rock. Lantaklah. Akan aku laukkan dia cukup-cukup.

Bad hanya tersenyum. “Alah!!.. Apa kisah. Kalau dah selalu keluar bersama, teman tapi mesra la tu. Okey apa.” Selanya kemudian.
“Yerlah tu.” Balas Zain pendek.
“Jangan berhenti mencuba. Move dengan first step.” Bad memberi semangat untuk Zain. Tidak kisahlah Aleeya itu macam mana rupanya. Janji kalau dah suka, pandai-pandailah mulakan langkah pertama apa yang nak kena buat. Takkan lah benda-benda small the pieces ni pun nak di ajar. Zain pasti terlebih master bab-bab macam ni. Aku dengan Zahira dulu pun dia yang jadi tukang atur, tukang plan, tukang jalankan misi nak tackle Zahira semasa di kampus dahulu. Kalau tak kerana bantuan Zain yang boleh dikatakan pakar ini, pasti sampai grad pun aku tak dapat tackle Cikgu Nur Zahira ini.

“Yerlah tu tuan penasihat. Aku dah mengantuk dah ni. Nak tidor.” Terus Zain berlalu masuk ke dalam bilik. Lagipun mata dah berat sangat dah ni. Baguslah pun. Boleh tidur. Nak layan tv pun dah tak ada siaran yang best. Baik tidur. Esok-esok sembang lagi dengan Bad. Tapi masuk bilik awal-awal pun tak tau apa nak buat. Mata bukan mengantuk sangat pun. Tak rock la tidur awal-awal. Segera computer riba dibuka. Layan feeling sendirilah. Mana tau masih ada insan yang tak boleh tidur lagi.
********
Aleeya masih tidak dapat melelapkan mata. Tidak tahu mengapa, mala mini terasa sukar benar untuk dia tidur. Mungkin juga sudah terlebih tidur siang tadi membuatkan dia payah benar mahu melelapkan mata. Mahu mentelaah tengah-tengah malam buta begini, sudah tidak terdaya rasanya. Satu hari suntuk duduk mengadap buku, siapa boleh tahan. Naik juling biji mata menatap baris-baris ayat bahasa mat salleh yang tebalnya tidak agak-agak itu. Kamus pun sampai dah naik lunyai, bahana kena selak bila ada perkataan dan term yang tak paham. Susahnya nak buat degree. Nasib bukan ambil law. Bukan ambil medic. Buat mascom pun terasa nak pecah kepala juga. Abah dah pesan. Emak dah bilang. Kalau dah buat sesuatu tu, jangan buat sekerat jalan. Kena teruskan jugaklah ni. Tak apa Aleeya, tinggal lagi dua tahun setengah lagi nak habis.
Serba tidak kena Aleeya malam ini. Segera dia bangun, dan menuju ke meja belajar. USB broadband dikeluarkan dari dalam laci. Segera disambungkan pada laptop yang sudah siap dihidupkan. Apa lagi yang boleh dibuat. Chattinglah, sementara nak tunggu mata ini mengantuk. Aleeya sudah sign in di dalam yahoo masssenger. Matanya mencari-cari ikon smile yang menyala.
“Cess.. Minah sebelah bilik aku ni pun tak tidur lagi ker. Ini berchatting dengan saper entah malam-malam buta begini.” Aleeya berkata di dalam hati. Cursor diturunkan sedikit ke bawah. Matanya terpandang pada satu lagi ikon smile milik Teruna_Idaman. Teruna_Idaman a.k.a Encik Izzat jiran depan rumah. Sah. Ini mesti layan ayat-ayat cinta dengan makcik Dara_Pujaan a.k.a Cik Mar Rozaiwa teman satu rumah. Aleeya mengukir senyuman segaris. Terasa nak buat nakal pulak malam ni. Segera dia menaip sesuatu pada ruangan shout out.
Pesanan buat teruna_idaman dan dara_pujaan: UDAH-UDAH LER TU…TAK TAU NAK TIDUR KER??? (Ditujukan untuk dia orang berdua.)
Kurang dari seminit shout out tadi terpampang, terus dapat mesej dari Iwa dan Encik Izzat.

Teruna_Idaman: Penyibuk punya budak.
Dara_Pujaan: Orang demam, pergi tidur. Jangan nak menyibuk hal orang.


Mengekek Aleeya ketawa membaca mesej yang diterima dari mereka berdua. Ada ker aku dikatanya penyibuk. Tak patut betul. Sekurang-kurangnya hormatlah tukang adjust punya daulat. Penat-penat aku tolong adjust, dikatanya penyibuk pulak tu. Iwa pun satu. Dalam kata tak nak, dilayan jugak Encik Izzat itu. Cess… cakap tak serupa bikin.
Aleeya sudah hilang minat nak berchatting. Mahu berchatting dengan siapa malam-malam begini. Kebanyakkannya semua invisible. Takkan nak berchatting dengan Iwa kut. Dah jemu berchatting secara live dengan dia. Takkan pulak nak berchatting dengan Encik Izzat. Nak disembangkan apa. Baru sahaja, Aleeya ingin menekan butang log out, tiba-tiba muncul mesej yang Aleeya sendiri tidak tahu datang dari siapa.

ZainedaneZidane: Orang demam tak tidur lagi ker?

Errkk… Aleeya menelan air liur. Siapa ni? Sejak bila pulak Zanedane Zidane pandai cakap Bahasa Melayu. Dia bukan orang Jerman ker. Aku kenal Zanedane Zidane pun masa tengok piala dunia entah tahun bila.

Aleeya: Saper ni?
ZainedaneZidane: Kau ni. Teruk betul. Aku lah.
Aleeya: Akulah tu saper. Cakap biar terang. Taip biar jelas.
ZainedaneZidane: ZAIN


Aleeya membuntangkan mata. Dahinya berkerut seribu. Sejak bila aku bagi ID YM dekat Zain. Aleeya tergaru-garu kepala yang tidak gatal.

Aleeya: mana kau dapat ID aku ni.
ZainedaneZidane: Ana.

Aleeya: Ana mana?
ZainedaneZidane: Tokei butik pengantin tu la. Dah lama aku add kau. Tapi kau tu ajer yang jarang online.


Errkkk.. Kak Ana ni nak kena ni. Main bagi ajer ID aku kat saper-saper. Bukan dia kenal pun dengan Zain ni. Anuar Zain anak Pak Zain tu dia kenal la. Memang kenal sangat-sangat.

Aleeya: Buzylah.
ZainedaneZidane: Dah sihat ker.


Aleeya tersenyum sendiri tatkala membaca soalan Zain yang jelas tertera pada skrin laptop. Sian mamat ni. Kena tipu hidup-hidup. Percaya bulat-bulat kata-kata Anis siang tadi.

Aleeya: Sudah. Mekacih ek untuk sup yang sedap tu. Pandai kau masak. Aku pun fail nak masak sup macam tu.
ZainedaneZidane: :)
Aleeya: Kembang sedepa. Menci aku.

ZainedaneZidane: Jangan menci-menci. Nanti dari menci datang rindu lepas tu menjelma sayang, hadir cinta karang baru tak tidur malam kau hari-hari. Asyik teringat kat aku ajer nanti.
Aleeya: Uweekkk.. Poyo lah kau. Malam-malam macam ni berjiwa-jiwa bersastera tak pasal-pasal dengan aku pulak.
ZanedaneZidane: Betul ker dah sihat ni?

Aleeya: Dah.
ZainedaneZidane: Esok buat apa?
Aleeya: Buat apa? Masuk kuliah lah.
ZainedaneZidane: Aku hantar.
Aleeya: TAK PAYAH!!!
ZainedaneZidane: :(
Aleeya: Okeylah. Nak out ni. Time to sleep. Nite.


Tanpa sempat Zain membalas, Aleeya sudah terlebih dahulu sign out. Laptop dimatikan. Segera dia kembali baring di atas tilam toto. Telefon bimbit yang kaku beku itu tiba-tiba menjerit minta segera diangkat.
“Yup. Tak tau nak tidur ker?” Aleeya menjawab panggilan tadi.
“Betul taknak aku hantar esok ni. Larat ker nak drive.”
Aleeya mendengus perlahan. “Betul lah.” Tekan Aleeya sedikit geram. Satu perkara nak diulang berapa kali baru Zain faham.
“Okeylah kalau macam tu.” Tutur Zain lemah. “Jangan lupa…”
“Tau. Bangun awal. Jangan lupa solat. Paham Ustaz Zain. Hari-hari dapat ingatan tulus ikhlas. Dah siap set dalam kepala. Tq ek.” Pintas Aleeya sebelum Zain sempat menghabiskan ayatnya.
“Tau takpe. Gud nite. Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam.”

Friday, December 26, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 19

Nikmatnya dapat duduk di rumah. Stok baju kotor dalam bakul sudah habis di basuh. Hanya perlu tunggu kering sahaja. Selepas itu bolehlah dilipat. Pagi ini tak terasa nak sambung tidur setelah selesai solat subuh. Selesai bersolat, terus memulakan tugas mengemas rumah. Apahal lah rumah anak dara penuh dengan habuk. Sudah boleh dibuat bedak muka. Aleeya mengelap cabinet tv dengan kain yang telah disembur dengan Lemon Fledge terlebih dahulu. Iwa pula, begitu tekun mengelap cermin tingkap dengan glass cleaner. Anis pula, ambil tugas untuk membuat sarapan pagi. Tapi dia main ngelat. Katanya mahu masak nasi goring untuk sarapan pagi ini. Kalau dengar dari cara dia bercakap semalam, rasanya mahu dikecohkan satu flat ini, macam dia seorang sahaja yang tahu masak nasi goring. Nasi goring pakai perencah Adabi pun mahu disensasikan satu rumah. Akhirnya ke kedai mamak Prisint 9 itu jugak dia pergi. Pergi tapau roti canai. Macam-macam perihal perangai budak-budak di dalam rumah ini.
Jam di dinding sudah menunjuk ke angka sepuluh. Nak masak untuk makan tengah hari masih terlalu awal lagi. Stok makanan basah di dalam peti sejuk masih ada lagi. Dua hari lepas baru sahaja membeli stok barang basah di pasar malam Prisint 2. Anis pun tidak balik dari mapley lagi. Entah-entah Anis pergi tapau roti canai dekat mapley Bandar Baru Bangi ker. Lambat sangat. Perut sudah berkeroncong tak tau berirama lagu apa. Nescafe panas yang siap dibancuh di dalam teko kaca dituang ke dalam mug. Biskut lemak empat segi Hup Seng di celup ke dalam Nescafe panas berasap nipis. Biskut yang sudah sedikit lemau itu dimasuk cepat ke dalam mulut. Jika lambat masuk ke dalam mulut nanti, pasti biskut yang sudah lembut itu akan patah. Iwa yang sudah siap mengelap cermin tingkap, segera duduk di meja makan menyertai Aleeya. Aleeya menuang Nescafe panas untuk Iwa. Tupperwarre biskut lemak empat segi Hup Seng tadi dihulurkan kepada Iwa. Segera Iwa mengambil sekeping biskut dan dicelupkan ke dalam Nescafe sama seperti yang Aleeya lakukan tadi.
“Aku rasa Anis mesti tolong anei tu basuh pinggan dulu?” Rungut Iwa. Dari pukul lapan tadi pergi beli roti canai sampai ke pukul sepuluh tak balik-balik lagi. Apa anei ni baru nak uli tepung untuk dibuat roti canai ker?
Aleeya hanya tersenyum. Mesti Iwa tengah lapar gila sekarang ini. Kalau tidak takkanlah dia boleh merungut-rungut sebab Anis lambat balik.
“Releks lah. Sikit lagi baliklah makcik tu.” Aleeya cuba menenangkan Iwa yang sudah kelihatan sedikit bengkek itu.
Iwa hanya mencebik. “Arrgghh… Laparnya.” Iwa mengeluh perlahan. Kepala diletakkan di atas meja makan.
Aleeya menggeleng kepala. Apa kena minah yang seorang ini. Gaya macam sudah seminggu tak makan sahaja rupanya. “Sabarlah. Aku pun lapar jugak ni. Kau ni. Bersyukur sikit. At least ada jugak biskut kering ni.” Kata Aleeya. Biskut tadi ditunjuk tepat ke mata Iwa. “Cubalah bayangkan kesusahan orang-orang dekat Afganistan tu. Jenuh tau. Tahan lapar. Ini baru lapar sikit dah nak mengeluh.” Sambung Aleeya lagi. Kadang-kadang orang kita ini, bukannya tahu bersyukur. Mensyukuri nikmat Tuhan. Bila sudah tersungkur, baru ingat pada Tuhan yang maha Esa. Aleeya cuba muhasabah diri.
“Kau ni macam berceramah dalam Al Kulliyah pulak.” Balas Iwa lemah.
“Bukan ceramah. Nasihat.” Kata Aleeya lagi.
Pintu rumah dikuak. Terpacul muka Anis di muka pintu dengan mempamerkan gigi yang tersusun. Bungkusan roti canai diletakkan di atas meja makan. Segera dia ke dapur untuk mengambil pinggan dan mangkuk.
Aleeya hanya membuat muka sedikit pelik Ini apa sakit. Masuk-masuk rumah sudah tersengih macam iklan ubat gigi sahaja gayanya. “Lambatnya kau balik?” Aleeya sekadar bertanya.
Anis masih lagi dengan sengih kerang busuknya tadi. “Orang ramai. Selak orang baru Nampak anei yang tebar roti canai tu.” Kata Anis bersungguh-sungguh. Memangpun keadaan di mapley Pricint 9 itu akan dibanjiri manusia untuk bersarapan pagi. Tambah-tambah pula hari ini cuti am. Lagilah berganda pelanggan yang datang bersarapan. Ramai yang membawa ahli keluarga masing- masing untuk menjamu selera.
Iwa mencebik mendengar cerita Anis itu. Biarlah Cik Anis dengan cerita yang entah boleh pakai entah tidak itu. Baik aku belasah ajer roti canai yang tengah panas-panas ini.
Anis memandang Iwa. Giliran dia pula mencebik melihat muka Iwa yang tidak beriak itu. “Betul lah ramai orang tadi. Korang ingat aku nak menyongket ke mana lagi pagi-pagi macam ni. Tak ada maknanya.” Kata Anis. Tak baik tau Iwa buat muka macam tu. Dah ler penat menunggu giliran tadi. Balik-balik dibuatnya muka macam tu.
“Aku tak cakap apa.” Balas Aleeya cepat.
Anis menjuihkan mulut kea rah Iwa.
“Aku tak cakap apa.” Slumber Iwa berkata.
“Elleh..” Anis mencebik.
“Ah sudah-sudah tu. Jom kita makan.” Aleeya bersuara. Takkanlah nak bergaduh depan rezeki. Macam budak-budak Tadika Kemas.

“Hai. Kata nak studi.” Anis berkata sambil melabuhkan punggung di sebelah Aleeya. Segera Aleeya ke tepi sedikit untuk member ruang pada Anis. Asyik sangat Aleeya menonton dvd Hindustan di depan mata. Di layannya Dil To Pagal Hai dari lepas makan sarapan tadi sampailah sekarang. Sudah masuk dua jam Aleeya duduk mengadap filem Hindustan ini. Filem Hindustan yang pernah famous semasa zaman sekolah menengah dulu, masih di layan juga oleh Aleeya.
“Sikit-sikit nanti aku studilah. Lepas lunch karang.” Tenang Aleeya menjawab. Mata masih setia di kaca televisyen. Bagi can pada diri sendiri untuk release tension sedikit. Apa salahnya. Lagipun sudah lama tidak menonton file mini. Agak evergreen jugaklah menonton Dil To Pagal Hai ini. Dulu punya filem Hindustan, semua best-best belaka. Tidaklah macam sekarang ini. Semua mahu jual rupa, tetapi filem macam hampeh. Tak kuasa rasanya mahu menonton filem-filem Hindustan yang baru-baru ini. Tak ada yang special. Steorataip. Sama sahaja semuanya.
“Yer lah tu lepas lunch baru kau studi. Kau dengan ular sawa sama ajer. Silap kau tak boleh telan orang ajer. Lepas makan, terus berlingkar atas tilam. Tidur. Tu ajerlah kerjanya.” Perli Anis.
Aleeya memandang Anis. Bukan mainnya bulut Anis ni. Mengata aku sesuka hati. Tak berinsurans punya mulut. Main tuju ajer. “Kalau aku ular sawa, engkau orang pertama aku telan.” Kata Aleeya geram.
Ketawa Anis berderai. Dijelir lidah buat hadiah untuk Aleeya.
Malas Aleeya mahu melayan karenah Anis ini. Baik layan Hindustan. Lagi satu jam habislah. Lepas itu, bolehlah sambung studi. Join Iwa sekali, yang tengah bertungkus lumus mengadap buku dari pukul sebelas tadi. Sudah masuk senarai sebagai calon anugerah dekan untuk semester ini kut. Semangat gila dia belajar.
Tengah sedap melayan Hindustan di depan mata, tiba-tiba telefon bimbit di atas meja kopi berbunyi minta segera diangkat. Telefon bimbit yang berbunyi itu segera dicapai malas. Skrin telefon diperhatikan. Aleeya mengeluh. Mesti Zain sudah buat perangai tidak faham bahasanya lagi. Sudah diberitahu melalui mesej pagi tadi, yang agenda aku pada hari ini adalah hanya duduk berteleku di rumah untuk belajar. Walaupun bunyinya agak skema, apa ada hal. Memang nak kena belajar pun. Macam mana mahu skor. Kalau kerjanya hanya mengular sahaja. Tak baca buku. Tak ulangkaji. Tak mentelaah. Telefon bimbit di tangan dihulurkan kepada Anis yang sibuk membaca majalah. Terpinga-pinga Anis sekejap melihat telefon bimbit Aleeya disuakan ke mukanya. Anis mengerut dahi tanda tidak faham. Aleeya hanya member isyarat menyuruh Anis menjawab panggilan itu. Segera Anis menyambut panggilan yang sudah agak lama dibiarkan itu. Ikon loud speaker ditekan. Ready for take. One. Two. Three and Action!!!!
“Assalamualaikum.” Kata Anis.
Aleeya sudah buat gaya orang mahu termuntah. Naik jengkel aku melihat Anis berlagak poyo control ayu.
“Waalaikummussalam. Siapa ni?” Zain bertanya. Pasti. Itu bukan Aleeya.
Anis minta dialog yang seterusnya dari Aleeya. Aleeya hanya mengisyaratkan, ‘hentam sajalah’ pada Anis. “Dalam surat beranak nama Anis Fadzdia. Dalam kad pengenalan yang berwarna biru tu pun tertulis Anis Fadzdia jugak. Tapi orang selalu panggil Anis ajer.” Balas Anis.
Aleeya sudah mula ketawa mendengar dialog rekaan Anis tadi. Segera mulut ditekup dengan telapak tangan agar suaranya dapat di tahan. Melampau betul ayat pengenalan diri Anis tadi. Tentu Zain sudah pening kepala. Pasti Zain terpaksa menelan dua biji activfast selepas bercakap dengan Anis nanti.
“Aleeya ada?” Tanya Zain lagi.
Sekali lagi Anis memandang wajah Aleeya. Aleeya terfikir-fikir alasan apa mahu diberikan. Belum sempat Aleeya habis berfikir, Anis sudah terlebih dahulu memotong.
“Aleeya demam lah. Tak larat nak jawab call awak. Sekarang ni pun tengah baring dalam bilik.” Tipu Anis lagi.
Aleeya mengukir senyuman segaris. Ibu jari dinaikan. Tanda very good.
“Dia demam?” Zain bertanya untuk memastikan apa yang didengarinya tadi. Aleeya demam? Demam kerana rindukan bekas kekasihkah dia?
Aleeya memandang Anis. Dia mengangguk laju.
“Haah. Dia demam.” Balas Anis.
“Tak apalah. Sampaikan salam saya pada dia. Pesan pada Leeya, jangan lupa makan ubat.”
Aleeya sudah malas mengambil pusing dengan perbualan secara langsung itu lagi. Mata ditala kembali mengadap televisyen. Sekarang, pandai-pandailah Anis mematikan perbualan tidak sengajanya dengan Zain.
“Okey. Insyaallah.” Balas Anis.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Talian telah dimatikan.
Anis mengangkat kening memandang Aleeya. Tangannya dihulurkan.
Aleeya buat muka pelik. Ini apahal pulak ni. Aleeya pula mengangkat kening.
“Upah.” Kata Anis pendek.
“Upah?” Tanya Aleeya pendek.
“Yer lah. Kau ingat senang ker nak berlakon tadi.”
“Takda maknanya. Tak natural langsung.”
“Tapi dia percaya tau.”
Aleeya mencebik.
Anis ambil posisi duduk di atas lantai. Kepala sudah diberikan kepada Aleeya.
“Apa ni?” Aleeya bertanya.
“Jangan nak buat-buat tanya pulak. Cepat. Cabutkan rambut gatal aku ni.” Arah Anis.
“Aku nak tengok tv.” Rungut Aleeya.
“Tengok pakai mata. Bukan pakai tangan.” Balas Anis.
Aleeya mencebik. Dia mendengus geram. Ngee.. .. menyesal pulak mintak tolong dari Anis. Tak pasal-pasal kena tarik rambut gatal dia pulak. Nak buat macam mana. Anis dah tolong. Digagahkan juga jari-jemari ini mencari-cari rambut bengkang bengkok bagai ular kena palu itu. Bila terjumpa, terus rambut gatal itu di cabut terus ke akarnya. Kasi botak karang. Baru padan muka.

**********
“Apa ni?” Kak Mas bertanya seperti orang bodoh.
Zain mengerut dahi seribu. Takkanlah kakak ipar aku ni dah tak kenal ayam dengan ubi kentang lagi. Bukankah Kak Mas juara memasak di dapur ker. Menantu kesayangan mak lah katakan. “Ayam dengan ubi lah kak.” Jawab Zain.
“Memanglah ayam dengan kentang. Bukan akak tak tau. Tapi nak buat apa?” Kak Mas bertanya lagi. Zain ingat mata aku dah rabun ker. Tak tau macam mana rupa ayam. Macam mana rupa kentang. Tiba-tiba dating sini bawak segala macam, nak disuruh aku buat apa. Kalau nak makan, pergi sahaja cari di dapur. Macam tak biasa pulak dating makan free kat sini.
Zain mempamerkan gigi sebaris. Dia tersengih. “Masak sup kak. Teringin pulak nak makan sup ayam panas-panas hari ni.” Tipu Zain. Sebenarnya bukan dia teringin sangat nak menghirup sup buatan Kak Mas, tapi ini untuk Aleeya yang sedang demam. Tentu berselera sedikit orang yang demam itu, kalau dapat menghirup kuah sup ayam yang panas-panas. Makan dengan nasi, kasi banjir lepas tu jangan lupa pancut sedikit kicap Cap Kipas Udang. Barulah masyukkk….
Kak Mas membulatkan mata mengadap Zain. Apa hal. Angin tak ada. Ribut tak ada. Tiba-tiba Zain dating sini suruh aku masak sup untuk dia pulak. Macam ada sesuatu ajer dalam kepala adik ipar aku ni. Masakan Zain tiba-tiba teringin nak makan sup ayam. Biasanya, makanan itu jarang dia makan. Katanya, makan sup ayam ni macam orang berpenyakit sahaja. Hari ni, dari pandangan mata, Zain Nampak sihat walafiat. Sihat sejahtera. Mesti ada yang tak kena. “Ni nak masak untuk saper pulak ni?” Kak Mas bertanya. Cuba serkap jarang.
Zain masih dengan sengihnya tadi. Pandai Kak Mas main serkap-serkap. “Untuk kawan. Kesian dia kak. Tengah demam.” Jawab Zain jujur. Apalah sangat nak berahsia dengan Kak Mas ni. Kak Mas kepala okey. Sporting. Ada masa menjadi penasihat bab hati dan perasaan aku jugak.
Terukir dibibir senyuman segaris tatkala mendengar jawapan Zain itu. Sah. Kan aku dah kata. Mesti ada udang di sebalik batu punyalah. “Kawan perempuan ker?” Kak Mas meneka. Kening diangkatkan.
Zain sudah jadi malu-malu kucing apabila Kak Mas menyoalnya begitu. Kemudian dia, mengangguk perlahan. “Bolehlah yer kak.” Zain sudah seperti merayu. Dalam hal ini, Kak Mas ajer yang boleh tolong. Takkan aku nak masakkan sup untuk Aleeya. Mahunya nanti Aleeya yang hanya demam biasa it uterus kena cirit birit makan sup buatan Mohd Zain. Buat naya anak dara orang ajer tu namanya.
“Tak patut betul. Tak kenalkan dengan akak.” Giat Kak Mas lagi.
“Alah. Nantilah kak. Kalau dah jadi nanti orang kenalkanlah.” Balas Zain.
“Macam tu pulak. Apa-apalah Zain. Janji, selagi tak ada ikatan yang sah, jangan nak buat macam-macam dengan anak dara orang.” Nasihat Kak Mas.
Zain sekadar tersengih. “Insyaallah kak.”
“Ni nak isi dalam apa pulak ni kalau dah siap sup ayam untuk kawan awak tu.” Tanya Kak Mas.
Zain menggaru kepala yang tidak gatal. Nak isi dalam apa pulak ni. Bukan aku ada bawa termos sekali. Rembat Kak Mas punyalah. Nanti ganti balik. “Pakai termos akak dulu lah. Nanti orang ganti.”
Kak Mas hanya menggeleng kepala. Macam-macam adik ipar aku ni. Segera dia membawa ayam dan kentang yang dibawa oleh Zain tadi ke dapur untuk memasak sup ayam seperti yang diminta.
**********
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul dua petang. Baru masuk satu jam mengadap buku, mata terasa sudah berat semacam sahaja. Rasanya macam baru lepas letak Gam UHU. Inilah kerja syaitan. Tak habis-habis menganggu hidup anak cucu Adam. Pantang mahu buat benda baik, pasti akan datang mengganggu. Tadi, semasa menonton Hindustan yang tiga jam lamanya, sedikit pun tidak terasa mengantuk. Ya Allah. Apa nak buat ni? Mengantuk sangat ni. Macam malam tadi masuk kerja syif malam.
Segera Aleeya menuju ke dapur. Membancuh Nescafe panas buat penyegar badan. Dikeluarkan dari cabinet dapur, segala macam makanan ringan yang ada. Ini semua stok peribadi yang dibeli pakai duit sendiri. Memang stok makanan ringan ini sengaja disimpan untuk kegunaan di saat-saat macam ni. Semoga, lepas pekena Nescafe dan Jack n Jill barang sebungkus dua mata boleh jadi segar bugar kembali. Bersemangat sikit mahu meneruskan ke bab yang seterusnya di dalam buku setebal dua inci itu. Yer lah tu bersemangat. Ini kalau emak Nampak buat gaya macam ni semasa tengah belajar mesti mak akan cakap; “Ini nak mentelaah ker, nak mentadarah…” Aleeya tersenyum. Lama juga tak dengar suara emak pot-pet-pot-pet duk marahkan aku. Aleeya menggelengkan kepala.
“Woiitt!!” Sergah Anis dari muka pintu bilik.
Aleeya hanya merenung sahaja wajah Anis itu. Sudah dijangkakan. Pasti Anis tengah bosan sebab tak tahu nak buat apa. Pasti Iwa tak kuasa melayan karenahnya, jadi dia datang pula kepada aku. Aku pun, sorry to say, memang tak kuasa dua melayan makcik yang seorang ini.
Anis mencebik apabila tidak ada siapa pun sudi melayannya. Segera dia keluar dari bilik Aleeya. Remote tv ditekan-tekan, mencari siaran televisyen yang boleh dilayan mengikut seleranya. Bosan!!! Tiba-tiba dia menjerit perlahan. Mengharap perhatian. Tetapi hampeh. Aleeya dan Iwa masing-masing buat pekak tak dengar apa-apa.
Tengah semua orang sibuk dengan aktiviti bebas masing-masing, terdengar suara orang memberi salam dari luar pintu rumah. Segera Anis berlari anak ke muka pintu. Pintu dikuak. Terpacul seorang lelaki, wajahnya itu dia ingat-ingat lupa. “Macam biasa aku melihat muka ini. Tetapi dimana ya?” Anis berdialog sendiri menggunakan baris ayat yang terdapat di dalam skrip filem Senario Lagi.
Lelaki itu hanya tersenyum. Pasti ini Anis. Satu-satunya teman serumah Aleeya yang free hair. Aleeya kata, Anis belum mendapat seru. Jika sudah mendapat seru nanti, pandai-pandailah dia pakai tudung. Nasihat sudah diberi. Terpulang pada diri sendiri, sama ada mahu terus begini atau sebaliknya. Anis tidak buat yang bukan-bukan pun, itu sudah cukup baik.
“Sorry bhaiya. Saya tak nak beli karpet.” Anis berkata sambil mengelengkan kepala laju. Memang dia tak berapa hendak mengingati siapa lelaki ini. Mungkin juga lelaki ini, Bhai jual karpet yang selalu kutip hutang di sini. Entah. Hentam sahajalah.
Zain mengerut dahi. Matanya sudah dibulatkan memandang Anis. Cess!! Ingat Aleeya seorang sahaja penghuni rumah ini yang tidak berinsurans mulutnya. Rupanya ada rakan seangkatan yang sama-sama bercakap ikut sedap mulut. Aku yang punya wajah Melayu tulen dikatanya Bhaiya jual karpet.
“Saya Zain. Kawan Aleeya.” Zain memperkenalkan diri.
“Owwhhh!!! Zain. Kawan Leeya.” Anis sudah separuh menjerit. Sengaja dia menguatkan volume suaranya, agar budak yang tengah sibuk di dalam bilik hadapan itu dapat mendengar dengan jelas.
Aleeya yang sedap menyalin nota, tersentak dengan suara Anis itu. Zain datang!! Adoii.. Apakerhal nyer ni Yong!! Anis tolong aku. Tolonglah kelentong apa pun. Janji jangan sampai terkantoi. Aleeya berdoa.
Iwa di bilik sebelah segera keluar, mahu jadi penyibuk sekejap. Dapat juga berkenalan dengan teman tapi mesra Aleeya ini.
“Hai. Saya Iwa.” Iwa melambai-lambai tangan kea rah Zain dari belakang pintu. Separuh badan masih dibelakang pintu. Hanya kepala sahaja yang Nampak. Betullah kata Anis. Boleh tahan mamat ni. Tapi, Anis pun tak tipu. Memang Azizul itu lebih handsome sikit berbanding Zain. Tapi, apa ada hal. Janji hati mahu baik. Apa ada pada rupa. Hanya keindahan sementara semata-mata.
Zain hanya tersenyum. Disangkakan Aleeya yang keluar. Tetapi wajah lain pula yang menjelma.
“Aleeya tengah tidur, awak. Ermm.. Kejam pulakkan kalau kita kejutkan si demam tu. Nak bagi masuk…ermmm…ni rumah anak dara. Man no entry.” Kata Anis.
Terukir sebuah senyuman buat teman-teman serumah Aleeya yang mesra alam itu. “Saya tau. Saya datang Cuma nak hantar ni.” Kata Zain sambil menghulurkan baling termos.
“Untuk kita orang takda ker?” Sela Iwa pula. Ditanyanya soalan gatal pada Zain.
Zain ketawa mendengarkan soalan dari Iwa. “Makanlah sekali. Saya bawak banyak tu. Nak jemput jiran sebelah sama-sama open table pun boleh lagi tu.” Zain bersuara. Seronok juga budak-budak dalam rumah ini. Semua macam happy go lucky. Kepala dia orang satu patern dengan Aleeya. Gila-gila.
Iwa mencebik tatkala terasa diri bagai diperli. Anis pula sudah berderai ketawanya.
“Tak apalah. Saya balik dulu. Kirim salam dekat Aleeya.”
“Salam apa?” Sengaja Anis bertanya.
“Salam sayang.” Balas Zain lalu terus berlalu pergi menuruni anak tangga.
“Yuuuhhhuuu…” Iwa dan Anis menjerit kecil. Serentak.
Aleeya terus keluar dari bilik selepas Zain pergi. Dilihatnya Iwa dan Anis sedang duduk di kerusi meja makan. Memandang bekas termos di atas meja. Aleeya terus mengambil tempat. Segera mereka bertiga membuka penutup termos tadi untuk mengetahui isi dalamnya. Terbit aroma bau sup ayam apabila tudung termos dibuka. Rezeki orang ‘demam’ nampaknya. Orang tak demam boleh join semangkuk juga. Berselera ketiga-tiganya menghirup sup ayam yang panas-panas itu. Sungguh menakjubkan, Zain berkebolehan memasak sup ayam sesedap ini. Masing-masing memuji.
Aleeya apatah lagi. Tersenyum simpul dia menghirup kuah sup ayam yang dimasakkan khas buat dirinya yang konon-konon demam itu. Teruk Zain kena kencing hari ini. Memang dia percaya bulat-bulat apa yang Anis katakan tadi. Anis memang patut dapat markah extra daripada juri penilai di atas keberkesanan lakonannya tadi. Di dalam hati, dihambat juga rasa bersalah. Sampainya hati aku, memain-mainkan Zain yang baik itu. Terharu pun yer jugak. Ini pertama kali, seorang lelaki datang menghantar makanan kepada aku apabila mengetahui aku sedang ‘sakit’. Dengan Azizul dahulu, tidak pernah sekalipun dia berbuat begitu. Bahkan ketika tragedi jatuh motor sebelum SPM itu pun, Azizul juga join abah dan emak sama-sama marahkan aku. Sikit pun Azizul tidak menunjukkan rasa simpatinya pada aku yang ketika itu sudah bercalar balar dan bertampal di sini sana. Itu Azizul. Yang terang-terangan ketika itu merupakan kekasih hati pun tidak pernah mengambil berat seperti Zain yang hanya sekadar ‘kawan’. Errmm.. Aleeya mengeluh perlahan. Tak apa lah. Nanti masa Hari Raya, aku mintak maaf lah dengan Zain sebab menipu dia pada hari ini.

Tuesday, December 23, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 18

Sejak kebelakangan ini, Aleeya begitu kerap keluar dengan Zain. Zain itu kawan yang baik. Terasa seronok apabila bersama. Kepala yang sempoi, ayat gila-gila, lawak bodoh yang entah apa-apa itu sering membuatkan Aleeya terasa terhibur. Zain ada kata, itu sebagai terapi diri, semoga aku boleh melupakan sejarah lama. Lagi penting, Zain pun ada cakap juga, kalau boleh diberi peluang untuk dia mengisi ruang kosong untuk bertahta di dalam hati aku ini. Perkara itu tidak berani untuk aku janjikan. Biarlah aku dan Zain berkawan. Andai sudah tertulis yang dia jodoh aku, siapa aku untuk menolak. Yang penting sekarang ini, aku dan dia gembira dengan persahabatan yang dibina.
Sejak kes malam itu, Azizul sudah tidak lagi menghubungi Aleeya. Apa tidaknya. Nombor telefon aku sudah ditukar ke nombor lain. Itu pun setelah menerima nasihat dari Zain. Jika sudah bertekad untuk melupakan sejarah silam, perlulah mulakan dengan langkah pertama. Pandainya Zain menasihati orang. Kalau aku punya banyak duit, sudah pasti aku gajikan engineer muda itu untuk menjadi penasihat peribadi aku. “Macam-macamlah kau Aleeya. Tanpa disuruh pun, Encik Enggineer itu sudah menjadi penasihat peribadi kau.” Hati Aleeya berperi.

“Amboi. Dah masuk ke seratus dua puluh kali kau keluar dengan mamat tu. Ada apa-apa ker?” Anis bersuara sarkastik ketika Aleeya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mengukir senyum segaris.
“Korang dah makan ker?” Tanya Aleeya tanpa menjawab soalan Anis tadi. “Ni ada Roti John Taman Warisan.” Sambung Aleeya lagi sambil meletakan bungkusan roti john daging ke atas meja makan. Terus dia berlalu masuk ke dalam bilik.
Aleeya menyalin pakaiannya. Sepasang pijama satin berwarna biru gelap sudah tersarung di badan. Rambut di ikat tinggi. Tuala kecil di atas penyangkut di capai. Segera dia ke bilik air untuk mencuci muka. Keluar dari bilik air, Aleeya masuk semula ke dalam bilik. Seketika kemudian, dia keluar untuk bersama-sama Iwa dan Anis menonton televisyen. Sengaja dia mahu menyempit, mengecilkan diri untuk duduk ditengah-tengah antara Iwa dan Anis di atas sofa berhadapan dengan LCD Sony Bravia sebesar 32 inci itu. Di atas meja kopi sudah siap terhidang roti john daging yang dibeli dari Taman Warisan tadi ketika makan dengan Zain tadi dengan dua mug Nescafe panas. Mana aku punya Nescafe. Aleeya menjeling nakal kea rah dua orang teman yang masih setia menonton televisyen. Dasyat betullah dia orang ini kalau tengok tv. Dengan perlahan, Aleeya mengambil satu mug di hadapan dan segera dirapatkan ke mulut. Baru hendak meneguk Nescafe yang sudah menjadi suam-suam kuku itu, Anis sudah bersuara keras.
“Tu aku punya.” Anis memberitahu.
Aleeya mencebik. “Ada aku kisah.” Selumber Aleeya meneguk Nescafe tadi. Sedapnya. Mug tadi diletakkan semula di atas meja kopi.
Anis buat muka sepuluh sen. Pemalas punya budak. Nak bancuh air sendiri pun malas. Main rembat ajer. Cukai aku punya Nescafe.
Aleeya mengekek ketawa melihat Anis yang sudah muncung sedepa dengan muka sepuluh sennya itu. Gaya nak buat sequel Esah Lima Puluh Sen sahaja menggunakan tajuk baru Anis Sepuluh Sen. Aleeya menyiku Iwa di sebelah kirinya. Asyik sangat makcik ini menonton tv. “Macam mana kuiz tadi?” Tanya Aleeya. Kasihan Iwa. Semalam Iwa merungut-rungut sendiri sebab terpaksa menduduki kuiz di hari bekerja. Mungkin Iwa tidak biasa. Kalau aku, sudah lali dengan semua ini. Maklumlah, bukankah aku senior terlebih satu semester dari Iwa. Sampai di dalam kereta Iwa sibuk membaca nota kecilnya. Dari riak muka yang tenang itu, pasti Iwa boleh menjawab soalan kuiz tadi.
“Okey.” Balas Iwa.
Seperti yang dijangkakan. Kalau muka monyok macam ayam berak kapur, aku pun tak berani nak tanya.
“Adam kirim salam.” Iwa menyambung lagi.
Pantas Aleeya menghala pandangan mata ke wajah Iwa yang masih melekat pada skrin tv. Tetapi dapat dilihat dengan jelas, yang Iwa sekarang ini sedang tersenyum sumbing. Senyum sebab siaran di televisyen atau pasal budak Adam itu. Mesti pasal Adam. Short lah Iwa, kalau iklan ubat gigi ini pun buat dia tersenyum.
“Tak jawab dosa.” Sambung Iwa lagi apabila Aleeya tidak berkata apa-apa.
Aleeya menggeleng kepala. “Waalaikumussalam.” Balasnya.
“Kalau jawab gatal.” Pantas Iwa berkata.
Automatic kepala Iwa di katuk dengan kusyen kecil.
“Adoii..” Iwa menjerit kecil. “Ingat tak bayar fitrah ker ni.” Sambungnya lagi sambil membetulkan rambut yang sudah sedikit kusut itu.
Aleeya hanya ketawa. Padan muka. Jahat mulut. Terimalah balasannya.
“Aida mana?” Tanya Aleeya lagi apabila tidak Nampak kelibat penghuni rumah yang seorang lagi itu. Rasanya sebelum keluar tadi, Aida masih di rumah. Sekarang ini mana lesapnya.
“Tu lah kau. Sibuk memanjang. Aida tak ada pun kau tak perasan.” Anis berkata.
Aleeya mengerut dahi. “Bila masa pulak aku sibuk. Tadi ada. Sekarang tak ada. Macam biskut.”
“Dia pergi rumah kakak dia kat Rawang. Esokkan public holiday. Sambung cuti la tu.” Balas Anis. Teruklah Aleeya ni. Fail jadi member kamcing. Sorang hilang pun, dia tak perasan.
“Esok cuti ker?” Aleeya bertanya seperti orang bodoh. Aku punya kelemahan dalam mengingat hari bulan. Setiap hari terpaksa melihat calendar yang static di atas meja di pejabat. Kalau tidak mesti tak tahu pada hari itu, berapa hari bulan. Teruknya kau Aleeya. Macam mak nenek sudah tua gigi tinggal dua sahaja. Hari bulan pun tak ingat.
“Yer lah. Esok kan ker cuti am. Cuti sebab apa, kau tengoklah calendar sendiri. Aku pun tak ingat. Yang aku tau esok cuti.” Jawab Iwa.
Aleeya mencebik. Ada juga yang seangkatan dengan aku. Iwa pun dua kali lima jugak. Hari cuti sahaja dia tahu. Tapi sebab apa cuti, dia tak pernah ambil tahu. Janji cuti. Bila dah cuti, macam-macam benda boleh buat. Kalaulah Sabtu Ahad ini tiada kuliah, sekarang juga aku drive balik Ipoh. Rindu sangat dengan semua yang ada kat Ipoh tu. Rasa macam dah lama gila tak balik. Sejak masuk semester baru, mana penah jejak kaki, balik Ipoh. Dah Sabtu Ahad sibuk dengan kuliah. Nak balik macam mana. Takkan nak buat selumber tak bertempat ponteng kuliah dengan alasan balik kampong. Tak pasal-pasal nanti kena tuduh anak emak. Sikit-sikit balik kampong. Nasib baiklah emak dengan abah boleh paham dengan semua ini. Tapi, bila sesekali emak menelefon, terasa berasap juga telinga. Adakah patut, mak kata aku ni nak jadi Si Tanggang Moden. Dah tak ingat jalan balik ke rumah. Mak.. Mak.. Kalau dah namanya emak kan. Itu bukan apa. Kes rindu lah. Memanglah aku pun rindu dekat dia orang jugak. Kat emak, abah, Angah, Ijat dan Adek. Tak apalah, lagi sebulan ajer lagi cuti semester nak start. Boleh cuti lama sikit. Bukan aku selalu apply cuti pun. Bibir mengukir senyuman segaris tanpa sedar.
“Ini apahal tiba-tiba senyum sorang-sorang ni?” Tanya Anis. Dipandangnya wajah Aleeya di sebelah.
Terus Aleeya mematikan senyumannya tadi dan diganti dengan sengih kerang busuk. “Patutlah Zain ajak aku keluar esok. Cuti rupanya.”
Dua pasang mata sudah mula memandang ke wajah Aleeya yang tenang itu. “Lagi?” Tanya Iwa dan Anis serentak.
Aleeya hanya tersenyum melihat aksi Iwa dan Anis. Apalah dia orang ni. Baru tadi kata sudah ke seratus dua puluh kali aku keluar dengan Zain. Takkan mahu keluar untuk ke seratus dua puluh satu kali pun dia orang berdua masih boleh buat muka blur pelik macam tu.
Aleeya hanya mengangguk. “Tapi aku malas. Aku cakap aku ada kerja. Tak tau pulak esok cuti.” Balas Aleeya.
“Habis kalau kau tau esok cuti, kau keluar jugaklah dengan dia?” Soal Anis.
Aleeya menarik nafas perlahan. Mug Nescafe Iwa di ambil dan meneguk isi dalamnya. Iwa hanya menggelengkan kepala. “Tak jugak. Aku ingat, nak study. Exam pun dah nak dekat.” Jawab Aleeya.
“Yerla tu.” Anis mencebik.
“Yerlah makcik.” Kata Aleeya sambil tangannya memicit-micit tengkuk Anis.
“Gelilah.” Balas Anis dengan kepala dan badan digerak-gerakkan akibat rasa geli kena picit dengan Aleeya tadi.
“Apa kau nak maknakan relationship kau dengan dia?” Iwa bertanya. Kali ini nadanya sudah bertukar sedikit serius.
Aleeya mengerut dahi. Tercari-cari jawapan yang paling sesuai untuk soalan Iwa tadi. “Kawan. Zain tu kawan yang baik. Macam korang.” Jawapan yang paling tepat buat masa ini.
“Tapi kita orang kawan yang special kan.” Sela Anis kemudian.
Aleeya mengukir senyuman tatkala mendengar statement Anis tadi. “Off course darling.” Katanya lagi. Tangan Anis dirangkul erat. Kepala dilentokkan di bahu Anis. Memangpun dia orang ini kawan yang special. Sama juga seperti Abab, Julia dan Nana.
“Ngeeee.. Kau ni. Suka buat aku geli.” Rungut Anis. Segera dilepaskan tangan Aleeya yang merangkul tangannya. Apalah makcik ni. Ngee.. Geli geleman aku dibuatnya.
Ketawa Aleeya berderai. Dilepaskan jugak rangkulan tangannya tadi. Tak senang duduk Anis dibuatnya. “Aku pegang tangan kau tanpa babe. Sesama muhrim. Kalau Didi yang pegang macam tadi tu, sengaja tempah tiket nak kena libas la tu. Sesuka hati pegang anak dara orang.” Balas Aleeya. Sinis.
Anis mencebik. Terkena aku sebijik. Tak pasal-pasal nama Didi masuk dalam cerita ini malam.
“Tapi Zain lagi special kan?” Iwa bertanya lagi. Bukan apa. Dua tiga menjak ini, mesra semacam pulak Aleeya dengan Zain. Zain yang hanya dikenali melalui nama yang selalu disebut-sebut oleh Aleeya. Bagaimana rupa orangnya, Iwa tidak tahu. Aleeya tidak pernah pula menunjuk foto Zain pada Iwa. Kalau Anis, mungkin masih ingat lagi wajah pemuda yang bernama Zain itu. Bukankah Anis pernah terserempak dengan Aleeya dan Zain di Alamanda beberapa bulan lalu. Melalui apa yang Anis katakan, Zain itu tinggi orangnya. Sesuai dengan Aleeya. Boleh tahan. Tapi pada pandangan mata Anis, Azizul mungkin lebih kacak sedikit dari Zain. Anis pun keliru semasa itu. Azizul pun dia tak pernah jumpa, bertentang mata. Hanya melihat melalui foto Azizul yang terdapat di dalam album gambar milik Aleeya.
Aleeya menggeleng perlahan. Tak habis-habis Iwa nak psycho aku pakai soalan yang berbelit-belit macam ni. “Dia sama macam korang lah. Jangan nak buat hepotesis yang bukan-bukan.” Jawab Aleeya.
“Boleh ker seorang lelaki dengan seorang perempuan jadi kawan yang rapat. Sharing everything tanpa ada sedikit pun perasaan sayang?” Iwa masih lagi ingin bersoal jawab dengan Aleeya lagi. Siaran televisyen di hadapan tidak lagi menarik minatnya. Sesekali tidur lewat macam ni, seronok jugak bersembang-sembang kosong di malam hari.
“Boleh. Selagi hubungan persahabatan itu dijalinkan atas dasar kejujuran. Cinta tanpa kesetiaan pun tak ada gunanya. Aku malaslah nak cinta-cinta ni semua.” Tegas Aleeya berkata.
“Ermmm…”
Belum sempat Iwa nak meneruskan ke soalan yang seterusnya Aleeya terlebih dahulu sudah memotong. “Stop cerita pasal Zain lah.” Kata Aleeya.
Iwa hanya tersenyum. “Okey. Stop pasal Zain, bukak pasal Adam.”
Aleeya mengerut dahi. “Apahal mamat engine tu?” Tanya Aleeya. Tiba-tiba sahaja nama Adam turut naik malam ini.
Kali ini Anis malas mengambil port. Siapa Adam itu, dia pun tak kenal. Baik belasah roti john yang terhidang di depan mata sambil layan dvd. Segera dia mengeluarkan Harry Potter and The Order Of Pheonix dari rak dvd di tepi tv. Tak tau kali ke berapa dvd yang sama itu di tonton. Belasah ajerlah. Siaran tv pun sudah tidak ada yang dapat menarik minat. Esok kan cuti. Layan dvd sampai ke pagi pun seronok jugak.
“Tadi aku jumpa dia kat cafĂ©. Dia suruh aku sampaikan salam dekat kau dan…” Ayat Iwa tergantung di pertengah jalan.
“Dan…what?” Tanya Aleeya. Mata sudah beralih pada skrin lcd.
Iwa hanya memerhati Aleeya dan Anis yang asyik menonton Harry Potter. Tak tau apa yang ajaibnya filem Harry Potter yang diadaptasi dari novel tulisan J.K Rowling itu sehinggakan budak berdua ini menonton macam nak tembus skrin tv di hadapan. Yo..yo..oii ajer. Macam baru first time tengok, padahal ini kali ke berapa entah filem itu diulang tonton semula.
“Dan..what?” Tanya Aleeya lagi apabila Iwa tiba-tiba diam.
“Dan dia mintak phone number kau.” Jawab Iwa bersahaja.
Segera Aleeya buat lipat maut. Dipandang Iwa yang berwajah tenang itu. “Kau bagi ke tak?” Tanya Aleeya. Jari telunjuk dihalakan naik ke muka Iwa. Ditenung Iwa dalam-dalam.
Iwa mengukir senyuman segaris. Luculah, Aleeya buat gaya mafia tali raffia tu. “Dia mintak. Aku bagilah.” Jawab Iwa slumber.
“Iwa!!! Kau ni tak patutlah jual nombor aku kat orang lain.” Aleeya mendengus geram. Dia sudah memeluk tubuh. “Apa dia bagi kat kau, lepas kau jual nombor aku tu?” Sambung Aleeya lagi.
Iwa hanya menggeleng perlahan.
Aleeya melepaskan keluhan geram. Geram pada Iwa, yang suka-suka sahaja menjual nombor telefonnya pada orang lain.
“Tapi…dia..belanja..aku..makan…nasi goring… dengan teh ‘O’ ais kat cafĂ© tadi.” Sambung Iwa seketul-seketul.
“Iwa!!” Aleeya menjerit kecil. Sudah diagak tadi. Mesti ada habuan yang menanti. Sebab itu Iwa menjual nombor telefonnya.
“Aku tak mintaklah. Dia yang berjanji nak belanja aku makan. Aku Cuma tuntut balik apa yang dia janji tu.” Terang Iwa.
“Kau ni tak patutlah. Kau bagi nombor baru ker nombor lama aku?” Tanya Aleeya datar.
Iwa hanya tersenyum. Masih lagi berlagak tenang dengan riak muka macam tak bersalah ajer rupanya. “Kau ni Leeya. Dah terang-terang minggu lepas kau patahkan sim kad lama kau tu depan mata aku. Dah tentu-tentulah aku bagi nombor barr………..”
Aleeya sudah melepaskan keluhan berat. Nak kena betul lah Iwa ni tau. Ngee…
“Nombor lama lah.” Iwa menyambung laju. Segera dengan itu, kusyen kecil dibalik ke muka Aleeya.
“Iwa!!!” Kusyen tadi dibaling semula ke muka Iwa.
“Kau ni. Buat aku suspender ajer tadi tau.”
Akhirnya berderai juga ketawa Iwa. Jenuh ditahan tadi. “Anda terkena BANGBANGBOOMM!!!!” Yes!! Berjaya!!. Ingat Aleeya seorang sahaja punya kebolehan buat lawak bangbangboom dengan orang lain. Aku pun boleh jugak.
Aleeya turut sama menyaingi ketawa Iwa. Niat nak marah tadi terbantut terus jadinya. Ciss!!! Lawak bangbangboom rupanya. Sejak bila Iwa belajar buat lawak bangbangboom ni. Menjadi. Pandai dia berlakon. Terkena aku.
“Tapi Wa, tak patut kau paw budak tu tau. Terpaksa belanja kau makan pakai duit biasiswa.” Aleeya geleng kepala. Amat tidak beretika betul member yang seorang ini. Diketuknya budak yang masih belajar itu untuk payungkan dia dengan nasi goring dan teh ‘O’ ais di kafe UKM.
Iwa masih lagi dengan ketawanya. “Gatal budak tu, Leeya. Dah ada awek pun still nak mengorat kau lagi. Sebelum dia ketuk aku. Aku pun ketuk lah dia dulu.”
Aleeya masih belum terasa mahu berhenti ketawa mendengar cerita Iwa. “Dia dah ada awek ker?” Aleeya sekadar bertanya.
“Dah. Anita. Coursemate dia.” Jawab Aleeya.
“Anita??”
“Alah.. Budak perempuan yang kita jumpa dekat cafĂ© hari tu. Yang… derrrrr…”
Aleeya terfikir-fikir gerangan yang dimaksudkan oleh Iwa itu tadi. Kemudian, pecah ketawanya sekali lagi. Terasa macam hari ketawa sedunia pulak. “Budak perempuan yang sekali dalam gang Beg Prada Jalan TAR tu?” Aleeya sekadar bertanya untuk memastikannya.
Iwa sudah menekan perut menahan tawa. Dia mengangguk laju. Aleeya memang pandai meletak nama pada orang. Pandai-pandai sahaja dia menggelar Anita and the gang sebagai ahli persatuan Beg Prada Jalan TAR kerana setiap seorang ahli persatuan sibuk menjinjit beg berjenama Prada ciplak yang terdapat melambak-lambak di Jalan TAR.
“Yuhhuuu….” Iwa dan Aleeya berkata serentak. Kali ini mereka sudah ketawa macam tak ingat dunia. Ini kalau bakal mak mertua dengar ni, mau kena reject jadi calon menantu.
“Give me five babe. Kau memang member yang best.” Kata Aleeya sambil menghulurkan tangan.
“No hal lah. Lagipun, better kau kawan dengan Zain tu ajerlah. Dari nak cari penyakit berkawan dengan budak engine tu.” Balas Iwa.
Gulpp.. Aleeya menelan air liur yang terasa sedikit kelat. Zain lagi. Sekarang ni apa-apa ayat yang ada kena mengena dengan aku, perlu ker dimasukkan Zain sekali? Aleeya sudah jadi tidak faham. Segera dia angkat punggung. Masuk bilik. Dan tidur.
Iwa hanya tersengih. Mesti mahu melarikan diri.

Baju Pengantin Mak Andam Bab 17

Zain sekadar memandang Aleeya yang duduk disebelah. Dapat dilihat gadis itu berwajah sugul seperti sedang berhadapan dengan masalah yang besar. Dari mula masuk ke dalam kereta, Aleeya hanya mendiamkan diri. Pandangannya hanya ditalakan ke arah luar cermin tingkap. Stereng kereta dipusingkan membelok ke arah kiri. Kini, kereta telah pun masuk ke tempat letak kereta Alamanda, Putrajaya. Kalau Aleeya yang buat rancangan pasti pusing-pusing balik tetap dalam Putrajaya. Macam manalah minda mahu berkembang kalau hanya di satu tempat itu sahaja yang dia tahu. Dari rumah tadi Zain sudah terbayangkan ingin mengajak Aleeya makan di Warung William. Sesekali pekena Western Food di William pun best jugak. Nasi goring ketam yang sememangnya lazat itu pun sudah lama dia tidak rasa. Baru ingin dicadangkan kepada Aleeya tentang aturcara malam ini, terlebih dahulu gadis itu telah memberikan buah cadangannya. Alamanda sudah. Esok kerja. Masih terngiang suara Aleeya di dalam telefon tadi. Itulah Aleeya. Agak-agaknya, selain jalan balik ke Ipoh, dia hanya tahu jalan ker UKM, Bangi, Alamanda dan mapley Pricint 9 sahaja. Orang Melayu kata macam katak bawah tempurung. Kalau guna bahasa lain, Aleeya ini sudah seperti ‘Frog Underground’. Setelah kereta di parkir, mereka keluar dan jalan beriringan. Aleeya masih macam tadi. Diam seribu bahasa. Tiada lagi mulut pot-pet-pot-pet seperti kebiasaanya. Parah kawan aku yang seorang ini. Apa sudah jadi. Kalau macam ini gayanya, bukan setakat nak bergurau, nak tegur pun aku tak berani. Silap hari bulan, aku dijadikan tempat melepaskan rasa marah dan tak puas hati dia.
“Zain, kita makan pizza.” Ujar Aleeya perlahan.
Zain tersenyum. Akhirnya bersuara jugak Aleeya ini walaupun tidak seperti kebiasaannya. Perlahan dan lemah. Zain mengangguk. Jadi Italian lah aku malam ni. Walaupun tak berapa gemar dengan pizza tapi diikutkan juga selera gadis itu. Pantas Zain mengekor Aleeya dari belakang apabila gadis itu sudah jauh ke hadapan meninggalkan dirinya. Dilihat Aleeya menuju ke kaunter Take Away. Ah sudah.. Agenda apa pulak yang bakal berlaku seterusnya ini. Kenapa mesti dibawa balik. Bukankah pizza paling sedap, paling nikmat jika di makan panas-panas di dalam restoran yang dingin seperti ini. Apa Aleeya mahu buat?
“Taknak makan kat sini ker?” Zain menyoal perlahan tatkala Aleeya sudah mula menyelak-nyelak kad menu dihadapannya. Pekerja Pizza Hut di hadapan mereka hanya menjadi pemerhati.
Aleeya menggeleng perlahan. Kemudian dia beralih kea rah pelayan yang telah bersiap sedia untuk mengambil pesanan. “Hawwaiian Chicken. Large.” Setelah selesai memberi pesanan Aleeya terus berlalu. Duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu pesanan tadi siap. Zain disebelah sedikit pun tidak dihiraukan.
Zain geleng kepala melihat tingkah laku Aleeya ini. Nak jemput aku makan kat rumah dia ker ni. “Kita nak makan kat mana ni?” Zain bertanya lagi.
“Pergi beli air Zain.” Arah Aleeya tanpa menjawab soalan Zain tadi.
“Ececeehh.. Dah jadi ma’am besar pulak dia ni. Mengarah-arahkan orang tak tentu pasal.” Rungut Zain di dalam hati, tetapi diturutkan jugak arahan ma’am besar itu tadi. Pertama kali terasa boring keluar dengan Aleeya. Macam nak balik tidur ajer rasanya.
Zain datang menghampiri Aleeya dengan dua tin Pepsi di tangan. Aleeya yang sudah bersiap sedia dengan pizza kotak besar ditangan terus menyaingi Zain. Mereka berjalan menuju ke tempat parkir kereta.
“Kita nak makan kat mana?” Sekali lagi Zain bertanya. Dah masuk dalam kereta, jika dia tak bagi tahu jugak kat mana dia nak makan, aku bawak balik rumah aku. Sebab dah tak tau mana tempat nak tuju sekarang ini. Jam pada dashboard kereta dipandang. Baru pukul lapan suku.
“Tepi jambatan.” Aleeya menjawab bersahaja.
Zain mengerut dahi seribu. “Boleh lagi ker?” Zain bertanya. Apa yang dia tahu,apabila hari sudah menginjak ke malam hari adalah menjadi satu kesalahan untuk duduk di wasan jambatan berdekatan dengan Masjid Putra walaupun suasana di malam hari di situ amat-amat cantik bertemankan cahaya lampu yang gilang gemilang. Kalau teringin nak kena halau dengan polis peronda bolehlah cuba.
“Bolehlah. Baru pukul berapa ni. Kalau kita datang pukul sepuluh, yerlah kena halau.” Balas Aleeya. “Apa tunggu lagi. Jomlah cepat.” Sambungnya lagi.
Seperti orang dipukau, Zain terus menghidupkan enjin kereta. Pedal minyak ditekan. Kereta dipandu menuju ke tempat yang telah ditetapkan oleh ma’am besar yang duduk disebelah.
Aleeya dan Zain melabuhkan punggung di atas tembok jalan raya. Zain memerhati keadaan disekeliling. Masih ramai orang di sini. Kereta pun masih banyak lagi menuju ke kawasan Masjid Putra. Pasti Aleeya sudah biasa melepak di sini. Patutlah jadual bertugas polis peronda dia sudah hafal. Agak-agaknya setiap seorang anggota polis peronda yang selalu buat rondaan di sini dia kenal. Aleeya itu mesra alam orangnya. Kotak pizza dibuka. Terbit aroma Haiwaiaan Chicken menusuk ke dalam rongga hidung. Wallah!! Masa untuk makan. Aleeya terus mengambil sepotong pizza dan dimasukkan ke dalam mulut. Sempat dia membaca bismilah sebelum pizza itu masuk ke dalam mulut. Zain hanya menggelengkan kepala. Apa nak jadi dengan Aleeya ini.
Zain membuka tin Pepsi di tangan. Segera tin itu dirapatkan ke mulut dan diteguk perlahan. Terasa nyaman seketika. Lantas Aleeya dipandang sekilas. Masih macam tadi. Dengan pizza hut yang rasanya sudah dua keping di baham sambil memerhati cahaya lampu yang menerangi Putrajaya. “Apa masalah kau sebenarnya ni?” Zain cuba bertanya.
Aleeya melihat Zain dengan ekor mata. Kemudian meneguk Pepsi yang awal-awal tadi sudah dibuka. Ditarik nafas dalam-dalam sebelum membuka cerita yang dipendam sejak malam semalam. “Dia call aku semalam.” Katanya pendek.
Dia?? Siapa dia yang Aleeya maksudkan itu. Timbul tanda soal besar di dalam hati. “Siapa?” Zain kembali bertanya.
“Ex boyfriend aku.” Aleeya menjawab.
Agak tersentak jugak di hati ini ketika mendengar jawapan Aleeya tadi. Aleeya punya ex boyfriend. Kenapa tidak pernah sekalipun dia bercerita kepada aku mengenai ex boyfriendnya itu. Aleeya punya hak untuk menceritakannya atau tidak. Siapa aku? Hanya kawan. Itu yang selalu Aleeya tegaskan. “Apa dia nak?” Soal Zain.
“Dia mintak aku bagi dia peluang.”
“So?”
“Kau gila? Kau nak suruh mak aku pancung kepala aku sebab pergi menggatal dengan suami orang.” Tegas tuturnya. Aleeya menggeleng laju. Nauzubillah min zalik.
Zain tersenyum. Nasib Aleeya masih punya pertimbangan akal fikiran. Masakan sanggup meruntuhkan masjid yang telah elok terbina. Tetapi dihati timbul keraguan. Masih adakah barang sedikit rasa sayang dan cinta buat lelaki yang pernah bertahta dihatinya dulu. “Kau suka dia lagi?” Zain cuba bertanya soal perasaan Aleeya kini. Sememangnya dia ingin tahu apa yang pernah terjadi dahulu. Selama dia menjalinkan hubungan persahabatan dengan Aleeya , tidak pernah sedikitpun Aleeya menceritakan mengenai kisah cintanya. Disangkakan Aleeya memang jenis yang dingin dengan lelaki disangkal ke tepi. Rupa-rupanya ada sesuatu yang pernah terjadi di dalam sejarah cinta Aleeya yang membuatkan dia takut untuk jatuh cinta sekali lagi. Itu Cuma hepotesis awal yang aku buat sendiri.
“Tak tau.” Aleeya menjawab.
“Kau sayang dia lagi?”
“Tak tau.”
“Kau cinta dia lagi?”
“Tak tau.”
Zain menghela nafas berat. Kalau macam inilah gayanya sampai bila masalah nak selesai. Semua benda dia tak tau. Perkara yang melibatkan hati dan perasaan sendiri pun dia tidak tau. Ini sudah masuk kes parah. Terasa nak sahaja aku aku korek-korek apa yang ada di dalam kepala Aleeya ini. Ada benda boleh dibuat main-main. Tapi apabila tiba perkara yang memerlukan perhatian serius, tolonglah jadi matang sikit. Takkan semua benda dalam hidup nak dibuat main-main. “Takkan perkara melibatkan hati sendiri pun tak tau jugak?” Zain bertanya. Dilembutkan tutur kata. Disaat begini jangan sesakkan lagi fikiran Aleeya.
Mata Aleeya masih lagi merenung lampu-lampu yang cantik menghiasi Putrajaya. Inilah kebiasaan yang Aleeya sering lakukan jika fikirannya kusut. Tidak kiralah kusut pasal kerja, studi ataupun ketika kekusutan perasaan datang melanda. Di sinilah tempatnya. Biasanya dia ke sini bertemankan Iwa. Aleeya juga adalah pengunjung yang selalu dihalau balik akibat melepak sehingga melebihi masa yang telah ditetapkan. Dibuat pekak telinga ini. Esok-esok dia tetap datang lagi. Dan, pasti akan dihalau lagi. Sikit pun tak terasa muka sudah tebal seinci.
“Aku keliru. Keliru dengan perasaan aku sendiri.” Akhirnya Aleeya menggumam rendah.
Zain tidak menjawab. Sekadar mata hanya merenung tepat ke arah Aleeya.
“Aku rasa kau sendiri yang buat diri kau tu keliru. Sengaja biarkan diri sendiri dibuai kenangan semalam. Kau kena ingat, dia cuma kenangan masa lalu, bagi peluang untuk diri sendiri untuk hidup bahagia. Masa depan kau, kau yang patut tentukan. Sudah terang di depan mata. Siapa dia yang sebenarnya.” Panjang lebar Encik Zain berhujah.
“Kau tak faham.”
“Kalau aku tak faham, tolong perjelaskan dengan sejelas-jelasnya pada aku sekarang. Mana sudut yang kau kata aku tak faham tu.”
“Dia tu.. ermm.. dia tu first love aku. Kau tau kan. Cinta pertama Zain. Susah nak dilupakan.”
Zain ketawa perlahan. Itu yang dikatakan aku tidak faham. Aleeya.. Aleeya.. Pada firasatnya, Aleeya yang masih tidak faham perihal diri sendiri. Masakan dia tidak mampu melawan perasaannya itu, apabila jelas diri sudah tidak bererti lagi pada lelaki itu. Kenapa perempuan semua begini? Mungkin itu lumrahnya fitrah ciptaan Tuhan yang bernama perempuan. Selagi namanya perempuan, sekeras manapun luarannya, zahir tetap selembut kapas.
Aleeya melihat Zain melalui ekor mata. Kurang asam betul. Aku tengah buat plot cerita sedih tangkap leleh, Zain boleh pulak buat aksi ketawa-control-macho macam gitu. Zain dijeling.
Ketawa Zain mati serta merta apabila menerima hadiah jelingan maut dari Aleeya. “Rileks la. Kalau yer pun jiwa tengah kacau, janganlah aku dijadikan mangsa.” Tutur Zain lembut. Seakan mahu memujuk Aleeya yang sudah jelas bengkeknya terhadap aku. “Apa kata kau buat sesuatu yang enjoy. Yang have fun. Supaya kau dapat lupakan dia.” Zain memberikan buah cadangan. Mana tahu, dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan, Aleeya boleh bebas dari semua masalah ini.
“Zain aku bencilah kalau terus menerus berkeadaan macam ni. Bukan aku tak pernah buat semua tu. Dah tiga tahun Zain. Tiga tahun aku terasa tersiksa dengan semua ni. Hati aku hancur. Kau tahu tak hancurnya hati aku ni sampai habuk pun tak ada.” Air mata sudah mula merembes keluar. Memanglah. Apabila tiba sahaja bab yang ada kena mengena dengan Azizul, secara automatic tanpa perlu dipaksa air mata akan mudah meleleh keluar. “Aku benci dia. Tapi aku tak tau, kenapa setiap kenangan aku dengan dia dulu sentiasa mengawal perasaan aku pada dia. Sampaikan aku sendiri tak faham sama ada aku benci, sayang atau cintakan dia lagi Zain. Yang pasti aku tak suka dengan semua ni.” Aleeya menutup muka dengan kedua belah telapak tangan. Jelas dipendengaran yang dia sekarang ini sedang menangis. Bahunya sudah terhinjut-hinjut menahan sendu.
Zain sudah hilang modal ingin berkata apa. Bukan boleh dilihat seorang perempuan menangis teresak-esak begini. Kalau kanak-kanak Rebina bolehlah di pujuk pakai gula-gula ataupun belon. Tapi ini bukan tahap kanak-kanak bawah umur. Umur sudah mahu menginjak dua puluh tiga tahun, boleh jalan lagikah umpan gula-gula dengan belon itu? Segera Zain menuju ke kereta. Dikeluarkan sekotak tisu dari dalam kereta. Kotak tisu itu dihulurkan kepada Aleeya.
Aleeya menyambut huluran kotak tisu itu dari tangan Zain. Air mata dikesat perlahan. Ditariknya lagi tisu dari kotak, kemudian dikesat air yang keluar dari hidung. Terasa berhingus pula. Ditariknya lagi tisu, ditekup ke hidung dan Aleeya melepaskan satu hembusan kuat dari hidungnya. Ahh.. lega sedikit rasanya.
Zain hanya menjadi pemerhati terhormat. Melihat Aleeya menangis seperti itu, terasa lucu jugak. Macam budak kecil sahaja gayanya. Tisu yang bersepah ni siapa mahu kutip. Cukupkah sekotak tisu ini. Melihat pada gaya Aleeya menangis ini, rasanya akan berlarutan lagi. Zain segera kembali ke kereta semula. Dibukanya bonet kereta. Kemudian dia kembali ke tempat mereka duduk tadi membawa dua kotak tisu dan sehelai plastic sampah berwarna hitam. Dihulurkan kepada Aleeya. Bukan apa. Persediaan awal. Kalau tisu yang sekotak tadi tidak cukup, masih ada dua kotak lagi di dalam stok. Sebagai kesedaran sivik supaya menjaga kebersihan di tempat awam, plastic hitam disediakan supaya Aleeya boleh membuang tisu yang telah digunakan ke dalamnya. Tidaklah sesak pemandangan dengan tisu yang berterabur ini. Bukan setakat sesak, nanti tak pasal-pasal ada yang terkena jangkitan virus SSH Aleeya ini. Virus Selsema-Sedih-Hati.
Aleeya merenung muka Zain yang tidak beriak itu. Nak kena Zain ni. Aku tengah kena sindrom sentimental-kusut-masai-banjir-sekampung ni dia boleh pulak buat lawak yang tak berapa nak menjadi dengan aku. “Kau perli aku yer Zain.” Getus Aleeya. Keras.
Errkk… Zain angkat kening. “Aku buat preparation. Takut sekotak tisu tadi tak cukup. Aku standby lagi dua kotak ni hah.” Kata Zain sambil menunjukkan dua kotak tisu dihadapannya. “Lagi satu, kau ni mencemar pemandangan lah. Ambil plastic sampah ni. Kutip balik sampah sarap yang kau buat tadi.” Slumber Zain menuturkannya.
Aleeya mendengus geram. Secara halus dia memerli aku. Segera plastic sampah tadi dirampas dari tangan Zain. Tisu-tisu yang bertaburan dikutip. “Kau ingat aku Duta Tisu Premier ker?” Aleeya berkata tanpa mengangkat muka. Tangan masih ligat mengutip sampah yang dibuat sendiri tadi.
Zain hanya ketawa. “Kalau Syarikat Tisu Premier nak cari duta untuk tisu keluaran syarikat mereka, kau adalah calon paling layak dan sesuai. Tidak syak lagi.” Balas Zain.
“Kau la jadi duta tisu. Jadi duta tisu tandas. Aku kalau boleh nak jadi duta Loreal. Kerana dirimu begitu berharga. Macam Maya Karin, Gong Li, Aishwarya Rai, Penelope Cruz…” Aleeya bagi balik. Zain kena smash sebijik.
“Pot-pet-pot-pet mulut mak nenek yang seorang ini bercakap. Nampaknya Aleeya sudah kembali kepada paksi asal. Tapi mulut dia tak agak-agaklah tadi. Dikatanya aku jadi duta tisu tandas. Yang dia dengan bangga bermegah diri mahu meletakkan diri sendiri sebaris sama duta Loreal yang sedia ada itu. Nasib sekarang Aleeya masih lagi berada di dalam keadaan berirama sentimental jiwang paku karat. Kalau tidak aku balas balik dengan statement yang lebih berbisa.” Gumam Zain di dalam hati. Apa-apa pun, Aleeya sudah kembali kepada yang asal. Walaupun untuk berapa lama Aleeya mampu bertahan, aku tak pasti. Yang nyata, Aleeya perlu berusaha sendiri untuk membetulkan keadaan, membetulkan perasaan. Aku yang dianggap sebagai kawan ini, hanya mampu memberi sokongan dari belakang. Menyokong setiap apa yang dilakukan. Menasihati apa yang perlu.
“Zain, jom balik.” Pinta Aleeya. Suara masih lagi serak-serak basah akibat menangis tadi.
Zain angkat kening. “Nak balik dah?” Tanya Zain lagi.
Aleeya hanya mengangguk perlahan. Jam ditangan ditala ke muka Zain. “Dah pukul sebelas ni. Aku malaslah nak memecahkan rekod peribadi, kena halau untuk kali ke tujuh bulan ni. Setakat ni, setiap bulan aku dihalau sebanyak enam kali sahaja oleh pak polisi yang buat rondaan.”
Mak oii.. Hebat ajer budak yang seorang ini. Sehinggakan punya pola yang setara berapa kali dia dihalau sebab tak tau nak balik rumah. Zain menggelengkan kepala. “Selalu ker buat macam ni?” Zain bertanya.
“Kalau dah duduk. Tengok lampu. Sembang-sembang. Lekalah jadinya. Lagipun bukan aku sorang kena halau. Semua kat sini kena halau lah.” Balas Aleeya perlahan.
“Macam-macamlah kau ni. Jomlah balik. Aku pulak naik segan nak menghantar anak dara orang tengah-tengah malam macam ni. Nasib kau duduk dengan teman-teman serumah. Agak-agak kalau aku hantar rumah emak abah kau, mau di parangnya aku.”
Ketawa Aleeya berderai. Tau tak apa. Jangan nak buat berani dengan abah. Tak cukup tanah nak lari nanti.
“Aleeya.” Panggil Zain lembut sebelum masuk ke dalam kereta.
“Ermm..” Aleeya merenung wajah Zain.
“Kau cantik bila ketawa macam ni. Jangan sedih-sedih lagi.” Tutur Zain. Ikhlas.
Aleeya hanya mengangguk perlahan. Segera dia masuk ke dalam kereta. Di dalam suasana malam yang samar-samar, terasa darah panas sudah naik ke muka. Pasti muka sudah merah seperti baru kena tonyoh dengan blusher cap ayam sahaja. Ada ker aku pergi menangis depan Zain. Buat rekod peribadi, masuk dalam Buku Catatan Harian Rasmi hak milik Nurul Aleeya Ahmad Sahimi. Pertama kali aku menangis di hadapan seorang lelaki. Itupun menangis pasal lelaki lain. Cukup tak berapa nak cukup akal aku tadi. Mujur Zain seorang teman yang sempoi dan sporting. Dilayan jugak aku yang sedang sentimental. Betul cakap Zain. Aku kena kuat. Kena berusaha sendiri untuk melawan perasaan aku. Jangan biar kenangan yang menyakitkan itu menghambat seumur hidup sehingga terlupa perancangan masa hadapan sendiri.

Kereta Zain terus meluncur laju menuju ke kawasan rumah flat Aleeya. Di bawah Blok E, kereta diberhentikan. Aleeya terus keluar. Zain turut keluar bersama.
“Betul taknak aku hantar sampai kat atas.” Tanya Zain. Mana tahu barangkali, Aleeya yang gila-gila bahasa ini penakut orangnya.
Aleeya hanya menggeleng. “Thanks. Kau buat aku selesa balik.” Tutur Aleeya rendah. Dihadiahkan sebuah senyuman buat Zain.
“Tak ada apa-apalah.”
“Okey. Babai. Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam.”
Aleeya terus berlalu pergi. Menaiki anak tangga ke tingkat dua. Sebaik masuk ke dalam rumah telefon di dalam beg tangan berbunyi. SMS penutup dari Ustaz Zain. Bangun awal. Jangan lupa solat subuh. Pesanan penaja itu sudah biasa bermain di dalam kepala. Aleeya meneka. Peti mesej dibuka. SMS yang diterima dibaca. Kali ini tekaannya tersasar jauh. SMS malam ini lain bunyinya. Tidak seperti kebiasaan.
Andai tangisan itu mampu menenangkan perasaan, menangislah. Semoga ia mampu menjadi terapi pengubat duka. Tapi jangan terlalu kerap menggunakan air mata sebagai senjata pertahanan. Takut nanti air mata itu tiada value-nya. Tiada power-nya. Tiada auranya. Nurul Aleeya yang kuat pasti dapat menghadapinya. Go!!..Aleeya.. Go!!.. Chayok!!..Chayok!!
Segera Aleeya berlari menuju ke cermin tingkap. Kelihatan Zain masih di bawah. Melambaikan tangan. Dan Chevrolet Optranya terus meluncur laju. Aleeya hanya tersenyum. “Ayat power. Tak hengat!..” Guman Aleeya rendah. Sekali lagi telefon berbunyi. Satu lagi SMS masuk ke dalam peti mesej. Zain lagi. Kali ini Aleeya ketawa kecil. Ini baru SMS penutup. Bangun awal. Jangan lupa solat subuh. Ingat Zain lupa tadi. Segera Aleeya menapak perlahan masuk ke dalam bilik kerana bimbang akan menganggu teman-teman serumah yang sudah lena diulit mimpi.

Monday, December 22, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 16

Alunan irama Umbrella dari Nokia 6500 Slide bergema lagi. Aleeya hanya merenung sahaja telefon bimbit yang sudah menjerit minta segera di angkat. Ini sudah masuk kali ke tiga telefon bimbitnya itu menjerit. Kenapalah orang yang menelefonnya saat ini tidak faham bahasa. Jika tiada orang yang sudi menjawab panggilannya, buat-buatlah sedar diri. Ini lagi dicuba. Dan cuba. Dan cuba. Tak terasa cram ker anak jari mendail nombor yang sama itu. Sejak bila Azizul jadi macam ini, Aleeya tidak faham. Sejak bila Azizul mula meroyan dengan Aleeya balik. Aleeya tidak faham. Memang banyak perkara yang Aleeya tidak faham pada lelaki itu kini.
Terasa ringan sahaja tangan ini ingin mencampak telefon yang sedang menjerit ke luar tingkap. Biar pecah berderai. Biar terus bisu tak boleh bersuara lagi. Tapi, nasib baik dapat di kawal dari buat kerja gila itu. Rasa macam tadi aku terlupa yang aku beli telefon ini pakai duit dan bukan pakai daun pokok mempelam yang abah tanam dihadapan pintu pagar rumah. Yang boleh dipetik bila-bila masa sahaja. Macam sudah kaya sangat, bila terasa hangin habis semua benda mahu dijahanamkan. Takkan sebab dia, aku perlu menjahanamkan harta bendaku sendiri. Telefon bimbitnya menjadi senyap. Beberapa saat kemudian, dia menjerit kembali. Aleeya mengambil telefon yang terletak di atas meja belajar. Di timbang-timbang telefon bimbit di tangan. Dahinya sudah berkerut seribu. Di dalam kepala Aleeya pula mula menimbang-menimbang sama ada dia perlu menjawab panggilan itu atau dibiarkan sahaja seperti selalu. “Nak jawab. Tak jawab. Nak jawab. Tak jawab.” Katanya seakan dengar atau tidak. Aleeya mengeluh perlahan. Teringat pula pada panggilan Nana malam kelmarin. Nana kata, aku punya pilihan sama ada mahu menjawab panggilan itu atau biarkan sahaja. Tapi, Nana pun ada kata jugak, seboleh-bolehnya fikir-fikirkanlah tentang dirinya dan Syah. Apa aku nak buat ni? Akhirnya butang answer ditekan juga setelah lama berfikir.
“Assalamualaikum, Aleeya.” Jelas dipendengaran suara orang di sebelah sana.
Terasa lemah segala sendi apabila mendengar suara orang di sana. Kenapa tiba-tiba jantung berdegup laju? Sungguh aku tidak faham. Rindukah aku pada dia? “ Tak. Jangan nak buat gila Nurul Aleeya. Yang sudah itu. Sudahlah.” Hati Aleeya berperi. Aleeya menarik nafas dalam-dalam. Cuba mengumpul segala kudrat untuk berdepan dengan semua ini. Bertahan Aleeya!!.. Bertahan. Chayok!!.. Chayok!!
“Waalaikummusalam.” Jawab Aleeya sepatah.
“Leeya….”
“Aku tak nak kau kacau Nana lagi. Enough. Its over. Kita dah tak ada apa-apa lagi. Aku pun tak nak kau kacau aku lagi.” Pantas Aleeya memotong. Malas Aleeya ingin memanjang-manjangkan perbualannya dengan Azizul dengan mukadimah yang panjang berjela. Biar straight to the point. Tak ada masa nak berbasa basi, guna ayat berbunga-bunga lagi. Mendengar suara Azizul itu sahaja, sudah cukup buat dia terasa tersiksa kerana sakit hatinya pada lelaki itu datang kembali.
“Tapi Leeya, takkan tak ada peluang untuk saya lagi.” Kata Azizul seakan sedang merayu pada Aleeya.
Aleeya memejamkan mata rapat-rapat. Dicuba sedaya upaya untuk bersikap tenang. Memanglah dia mudah lemah pada rayuan orang. Tidak kira siapa. “Peluang apa?” Aleeya cuba bertanya, namun dia bukanlah budak bodoh yang tak tau apa yang Azizul maksudkan.
“Leeya saya sayang awak. Saya rindu pada awak.” Kata Azizul lagi.
Aleeya mendengus geram. Terasa bagai hatinya sedang terbakar dengan kata-kata Azizul itu tadi. Kalau rumah terbakar bolehlah dipanggil bomba. Bomba datang berlumba-lumba. Tapi kalau hati yang terbakar nak padam pakai apa. Lelaki memang pandai berkata-kata. Dasar lelaki, memang pandai membuat projek pertanian menanam tebu dipinggir bibir secara besar-besaran. “Sayang? Rindu?” Aleeya bersuara sinis. “Berani kau kata kau sayang aku. Kau rindu aku, sedangkan kau dah ada isteri.” Sambung Aleeya lagi. Ternyata. Dia sudah mula bersuara kasar. Rasa sabar di dalam hati juga nampaknya sudah semakin menipis. Biadap sungguh lelaki itu mengatakan sayang dan rindunya pada aku. Tidak cukupkah punya isteri seorang di rumah? Aleeya tidak tau mengapa tidak semena-mena dia rasa begitu menjengkelkan apabila Azizul berkata sedemikian atau adakah Aleeya sengaja bersikap sebegitu kerana takut dia akan jatuh lemah kerana Azizul.
“Leeya, awak tak faham.” Balas Azizul.
“Memang aku tak faham. Aku tak faham dengan kau.” Aleeya bersuara keras. Lantas panggilan tadi segera diputuskan. Biarlah. Lagi lama aku melayan Azizul itu, boleh jadi biul kepala aku. Sudahlah aku ini kadang-kadang bersifat gila-gila mereng. Nanti tak pasal-pasal terpaksa mendaftar diri di Tanjung Rambutan pula. Aleeya meraup muka dengan telapak tangan. Rambut yang panjang separas bahu itu di ikat tinggi seperti perempuan baru lepas bersalin. Agak serabut Aleeya malam ini. Kusut masai. Kenapalah aku macam ni? Susah sangat ker nak kawal perasaan sendiri? Susah sangat ker? Kenapalah bila tiba bab hati dan perasaan ini aku jadi macam orang bodoh tak tau apa-apa? Bertubi-tubi soalan diajukan untuk diri sendiri. Air mata yang sudah sedia mengalir itu di lap dengan tisu. Ini lagi satu hal. Sejak putus dengan Azizul, mudah sahaja air mata ini mengalir tatkala ada berita yang diterima mengenai lelaki itu dan malam ini dapat mendengar secara langsung suara Azizul terasa seperti luka lama berdarah kembali. Kalau luka di jari boleh di sapu dengan ubat gamat Langkawi, ini luka dihati.
Aleeya melepaskan keluhan lemah. Aku memang memerlukan seseorang sekarang ini untuk sesi luahan hati. Tapi pada siapa? Jam di meja belajar dipandang sekilas. Mahu dua lori kontena tambah satu bas express aku kena maki sebab menganggu privasi orang di malam hari. Dah pukul satu setengah pagi, mana ada orang yang matanya masih tercelik. Aida, Iwa dan Anis semua sudah masuk tidur. Saja tempah tiket nak kena marahlah kalau aku berani kejutkan mereka dari tidur tapi, tak mungkin mereka akan marah jika aku mengejutkan mereka bertiga jika aku ditimpa masalah sebegini. Lainlah kalau aku kejutkan mereka semata-mata minta temankan aku tengok cerita hantu Mak Lampir macam dua minggu lepas. Aida macam nak kurung aku dalam jamban sebab kacau dia tidur semata-mata sebab Si Hantu Mak Lampir itu. Aku nak buat macam mana. Dah aku takut tengok seorang diri. Tapi sekarang aku betul-betul perlukan seseorang. Zain!!. Terlintas satu nama di dalam kepala. Aleeya mengukir senyuman kelat. Pasti Zain tidak tidur lagi di waktu ini. Bukankah dia pekerja contoh yang rajin bekerja sehingga lewat malam.
Segera nombor lelaki itu dicari di dalam direktori telefon bimbit. Kalau Zain berani marah aku sebab telefon dia malam-malam buta macam ni, aku akan boikot taknak kawan dengan dia lagi.
“Hello.” Zain bersuara.
Aleeya urut dada mendengar suara Zain yang masih cergas itu. Nasib mamat yang seorang ini belum tidur lagi. “Hello. Kau tengah buat apa?” Aleeya sekadar bertanya. Mukadimah awal sebelum meneruskan bicara. Takkan nak terus bagi Zain dengar segala macam masalah yang datang melanda.
Zain tersenyum sendiri. Mimpi apa pulak Aleeya malam ini. Menelefon aku pada waktu begini. Memang di luar pemikiranlah kalau Aleeya buat macam ini. Tak pernah terfikir pun. Selalunya jika aku menelefon dalam-dalam waktu sebegini, pasti panggilan itu dibiarkan sahaja. Paling tidak pun terdengar suara operator tidak terlatih itu menjawab panggilan bagi pihak Aleeya. Tapi kali ini, memang Aleeya yang telefon. “Aku tengah siapkan plan bangunan rumah kedai ni.” Jawab Zain.
“Ermmm..” Aleeya terdiam sebentar. Terasa malu pulak jika ingin menceritakan masalah ini kepada Zain.
“Kenapa kau telefon aku malam-malam ni?” Zain bertanya apabila Aleeya hanya membisu.
“Zain jom pergi mapley.”
“Hah!!” Zain terkejut. Jam dinding dipandang. Hushh!!.. Biar betul ni. Dah pukul dua pagi ajak aku keluar. “Rezeki namanya ni.” Hatinya berkata sendiri. “Tak ada maknanya rezeki. Dah pukul dua pagi lagi mahu keluar dengan anak dara orang ker?” sebelah hatinya pula berkata. Zain hanya tersenyum sendiri. Entah apalah yang aku fikirkan ini. “Leeya, kau tahu tak sekarang dah pukul berapa?” Soal Zain.
“Pukul dua.” Aleeya menjawab tenang.
“Dua petang atau dua pagi?” Zain bertanya lagi.
“Dua pagi.”
Zain mula mengerut dahi. Apa yang tidak kena pada Aleeya ini. Nak kata Aleeya sedang mengingau menelefon aku tak mungkin. Semua soalan yang ditanya tadi dijawab dengan tepat sekali. Sepuluh markah untuk Aleeya bagi dua jawapan yang betul. Pasti ada sesuatu. “Kau ada masalah ker?” Zain cuba meneka.
“Tak apalah kalau kau tak nak keluar. Okey. Sorry ganggu.” Aleeya terus mematikan talian. Bodohnya aku menelefon Zain di waktu ini untuk mengajak minum teh tarik di mapley. Gila pun iya jugak. Pukul dua pagi nak melepak dekat mapley. Sungguh tak senonoh punya perangai.
Telefon bimbit yang masih ditangan berbunyi. Segera panggilan itu disambut.
“Nak apa?” Aleeya bersuara sedikit keras.
Zain geleng kepala. Ni apahal tiba-tiba merajuk manja pulak ni. “Leeya bukan aku tak nak keluar dengan kau. Tapi sekarang dah pukul dua pagi. Agak-agaklah sikit. Kau tu perempuan. Buatnya terserempak dengan pocong tengah jalan nanti macam mana?” Tutur Zain lembut.
Aleeya mendengus geram. Apahal pulak cerita pocong dibangkitkan di waktu sebegini. Naik tegak bulu roma. “Yer lah. Aku tau.”
“Apa masalahnya? Ceritalah. Tak semestinya kalau nak bukak cerita hanya dekat mapley ajer. Kat telefon pun boleh.” Tutur Zain lagi. Memang pasti. Aleeya itu sedang bermasalah. Jika tidak, takkan rancangan gila boleh keluar dari mulut dia.
Aleeya jadi malu sendiri. Tidak pernah sekalipun dia membuka cerita mengenai masalah yang sedang dihadapi, Zain terlebih dahulu dapat menghidu. Sejak bila Zain jadi Nujum Pak Belalang. “Masalah apa?” Aleeya pura-pura bertanya.
“Kau punya masalah. Manalah aku tau. Bukan kau berumah bertangga dengan aku sekali.”
Zain kalau sekarang ada depan muka aku, dah lama aku sekeh. Sejak bila jadi kerek macam ni. Ngee…
“Leeya, kau ni nak cerita masalah kau ker tak ni. Atau kau dah nak tidur. Cepatlah.” Zain berkata seakan mendesak. Jika ingin diceritakan masalah yang melanda di dalam hati. Silakan. Aku sedia mendengarnya. Mana tahu aku dapat tolong. Tapi kalau dah diam seribu bahasa begini, apa yang dapat aku tolong.
“Tak apalah Zain. Malaslah aku kacau kau sekarang ni. Lagipun kau tengah buat kerja kau. Esok-esoklah aku cerita pasal masalah aku tu.” Kata Aleeya. Malas ingin menyesakkan kepala Zain dengan masalah yang tidak pernah nak selesai ini.
Zain melepaskan keluhan lemah. “Macam tu pulak.”
“Esoklah ek. Sorry lah kacau kau.”
“Apaperlah. Esok aku ambil kau di pejabat. Kita keluar makan. Lepas tu kau cerita dengan aku dari A sampai Z apa yang dah jadi sebenarnya.” Cadang Zain.
“Kereta aku macam mana?” Aleeya menyoal. Rasa macam tak selesa pulak jika perlu keluar dengan menaiki kereta Zain.
“Mengada-ngadalah kau ni. Macamlah patah kaki tu kalau naik bas.” Balas Zain. Bibirnya mencebik. Macam tuan puteri pulak Cik Aleeya ini.
Aleeya mendengus geram. Aku tengah bermasalah sekarang ni, sengaja dia nak menambahkan lagi masalah. Zain ini memang teringin agaknya makan selipar Jepun cicah dengan sos tomato. Sesedap Choclate Indulgence sahaja dia mengata aku mengada-ngada. “Ni apa hal cakap ikut sedap mulut ajer ni?”
Zain sudah mula ketawa. Pasti Aleeya tengah bengkek dengan aku sekarang ini. Dapat dibayangkan hidung Aleeya sudah kembang kincup menahan geram. Geram tahap gaban Satria Perkasa Hitam dengan aku. “Terasa ker?” Zain buat-buat tanya dengan ketawa masih bersisa.
“Tak ada sebab nak terasa dengan kau. Jumpa esoklah. Lepas Maghrib. Tak ada maknanya nak keluar lepas office hour.” Balas Aleeya.
“Okeylah. Aku ambil kau di rumah.”
“Errmm…”
“Tak payah nak bagi banyak alasan. Aku ambil kau esok. Titik.” Zain memberi titah perintah harap ada orang yang sudi menurut perintah.
“Okeylah.” Jawab Aleeya sepatah. Sudah malas rasanya ingin bertegang urat pasal sebab ambil mengambil, hantar menghantar ni. “Aku nak tidurlah. Good night. Assalamualaikum.” Sambung Aleeya lagi. Talian dimatikan sebelum Zain sempat menjawab salam.
Seperti kebiasaannya sebelum tidur, pasti novel di tepi tilam dicapai dan dibaca barang satu dua bab. Waktu-waktu sebelum tidur inilah Aleeya punya masa untuk membaca novel. Jadi tidak hairanlah kalau sebuah novel memakan masa sehingga dua bulan baru dapat dihabiskan. Nasib-nasib juga Aleeya bukan jenis melekat satu hari suntuk mengadap novel. Kalau tidak, pasti satu kerja tidak akan menjadi. Buku-buku ilmiah yang patut kena studi di letak ke tepi. Telefon bimbit ditepi bantal berbunyi. Ada mesej masuk. Kalau dah dapat SMS penutup untuk hari ini tentu datangnya dari Ustaz Zain. Bangun awal. Jangan lupa solat Subuh. Seperti sudah dihafal SMS terakhir yang diterima dari lelaki itu setiap hari. Barangkali Zain sudah menyimpan SMS ini sebagai draf. Dan setiap hari perlu ditekan butang send sahaja. Dan aku pun terima. Dan aku pun terasa bermotivasi untuk bangun awal dan menunaikan solat subuh. Dan .. Banyaknya dan dalam ayat aku ini. Tanpa sedar Aleeya tersenyum sendiri. Kalaulah aku tidak pernah berjanji dengan Encik Izzat jiran di hadapan rumah ini untuk menjadi matchmaker antara dia dan Iwa, pasti awal-awal lagi akan aku perkenalkan Mohd Zain Ibrahim dengan Iwa. Encik Izzat itu baik. Zain baik jugak. Tak apalah. Yang mana dahulu, didahulukan. Lagipun Encik Izzat itu yang beria-ia benar menyukai Iwa. Apalah salahnya aku jadi tukang urus untuk mereka berdua. Zain simpan dahulu. Mana tau jika ada teman yang masih single, boleh aku rekemenkan. “Mengapa tidak disimpan sahaja Zain yang baik itu di dalam hati kau Aleeya.” Suara hatinya berkata. Aleeya terus menarik selimut. Malas untuk berfikir apa-apa sekarang ini. Masalah dengan Azizul tadi pun masih belum selesai. Jangan cuba ingin menambah masalah dengan berfikir yang bukan-bukan. Sudah aku perjelaskan di hati ini, bahawa Zain itu adalah seorang teman. Barangkali teman sejati. Yang boleh berkongsi suka dan duka dalam hidup ini. Titik. Jangan minta aku berfikir soal perasaan dengan lelaki itu. Aku takut. Cukup sekali dengan Azizul dahulu.

Friday, December 19, 2008

Baju Pengantin Mak Andam Bab 15

Buku setebal dua inci itu dipandang sepi. Kepala sudah dilabuhkan di atas meja belajar. Pen di tangan dipusing-pusing seperti kipas helicopter. Memang sejak dari pejabat lagi, terasa virus M.A.L.A.S telah menyerang masuk ke dalam badan. Pukul sepuluh pagi lagi simptom-simptom virus tersebut sudah jelas kelihatan. Mata stim, rasa mengantuk, tak ada mood dan bosan tahap gaban. Hari ini, satu kerja tak jalan dan satu hari jugaklah aku makan gaji buta. “Macam mana duit gaji nak berkat. Kalau makan gaji buta ajer.” Terdetik di dalam hati. “Alah, bukan hari-hari buat perangai macam ni. Esok-esok cover baliklah. Buat overtime tak payah claim.” Aleeya berkata sendiri. Macam-macam alasan dalam kepala apabila tahu diri sendiri sudah salah.

Alunan irama Umbrella dari Nokia 6500 Slide bergema kuat membuatkan Aleeya terbangun dari lenanya. Ya Allah. Sampai boleh tertidur dekat meja belajar. Macam buat kerja berat sahaja gayanya siang tadi. Skrin telefon bimbit dilihat sekilas. Nana calling. Aleeya tersenyum. Butang ‘answer’ ditekan.
“Assalamualaikum.” Aleeya memberi salam buat pemanggil di hujung talian sana.
Orang di sebelah sana mula mengekek ketawa. “Waalaikummussalam. Amboi. Anak saper la ni?”
“Anak Che Mah dengan anak Che Mi ler.” Aleeya turut sama menyaingi ketawa orang di sana.
“Kenapa suara rock semacam ajer ni. Kau demam ker?”
Ketawa Aleeya masih lagi bersisa. “Aku baru bangun tidur lah.” Mulut Aleeya menguap luas. Segera di tutup dengan telapak tangan. Sebelah tangannya mengosok-gosok mata agar boleh terbuka luas.
“Baru bangun tidur? Tak studi ker cik kak oii..”
“Aku tengah study tadi. Tiba-tiba boleh setidur la pulak.”
Nana ketawa lagi. Macam-macam ajer lah dengan Aleeya ini. Study-stidur. Tak pernah berubah.
“Cik, I miss you. Lama tak jumpa kau. Apa cer sekarang?” Nana bertanya kembali setelah dua-dua menyepi seketika.
“Tak ada cer la. Biasa ajer.” Aleeya menjawab lemah. Dah memang tak ada cerita nak dikongsi bersama. Takkan nak bukak cerita orang lain pulak. Itu mengumpat namanya. Buat ketupat malam-malam menambahkan dosa sahaja.
Tiba-tiba Nana melepaskan keluhan lemah. “Aleeya.” Nana merendahkan sedikit nada suaranya.
Aleeya mengerut dahi. Ini apahal tiba-tiba Nana jadi macam orang dah habis bateri sahaja. Entah-entah tengah bergaduh dengan Syah agaknya. Tue yang tiba-tiba, tak ada angin, tak ada ribut Nana call aku malam-malam buta macam ni. Nana ni pun sama jugak macam Kak Ana. Call jarang. Misscall selalu. Nak pekena aku. Suruh buat call back. Sebab takut kredit habis.
“Ini apahal. Kau gaduh dengan Syah ek?” Aleeya meneka.
Nana mengeluh lagi. Terfikir-fikir dia macam mana nak bagi tau teman yang seorang ini. Takut pulak nanti merosakkan mood Aleeya. “Aku dengan Syah okey lah. Bukan pasal kita orang tapi…” Ayat Nana tergantung di separuh jalan.
Tidak semena-mena, Aleeya mula menjadi gelisah. Apa kena dengan Nana ni? Lain macam benar dia malam ini. Apa yang tak kena? Aleeya mula berteka-teki sendiri. “Tapi apa Nana?” Aleeya menyoal kembali.
Nana masih membisu. Menyusun kata untuk dijadikan sebaris ayat. Bukan dia tidak boleh cakap. Boleh. Memang boleh. Bukan Nana tiba-tiba jadi bisu. Tiba-tiba jadi gagap. Tapi dia takut apa yang akan disampaikan nanti bakal mengembalikan semula Aleeya kepada kenangan lamanya. Nana tidak mahu Aleeya menangis sekali lagi. Nana cukup kenal sangat siapa Nurul Aleeya. Nampak keras di luar, tetapi di dalam, Aleeya punya hati yang cukup lembut. Masakan tidak. Sewaktu dia berpisah dengan Azizul dulu, ditabahkan jua hati untuk gelak ketawa bersama teman-teman sedangkan di dalam hati, dia menangis sendiri. Nak dijadikan cerita, Aleeya terkantoi apabila dia menangis ketika bercakap dengan Nana di dalam telefon. Semasa itu, Aleeya masih belajar di Politeknik Sabak Bernam. Katanya, dia mengalami batuk yang teruk akibat cuaca yang tidak menentu apabila Nana bertanya mengapa suaranya serak-serak basah. Tetapi, Nana cepat menghidu. Dan, pada malam itu Aleeya menceritakan segala-galanya. Tentang perpisahan dia dengan Azizul. Kasihan Aleeya. Pasti bengkak mata Aleeya ketika itu. Apa tidaknya, dia menangis teresak-esak sendiri akibat terlalu lama memendam perasaan. Rasa simpati menghambat diri buat sahabat yang amat disayangi itu. Rasa macam nak marah pun yer jugak. Ada ker dah sebulan clash dengan Azizul baru malam itu Aleeya bagi tahu. Tapi Nana, Abab dengan Julia memang bengang gila lah dengan Azizul. Mereka buat pakatan bertiga tanpa pengetahuan Aleeya buat serangan ke atas lelaki durjana itu. Teruk Azizul kena hentam dengan kata-kata makian sebab dengan sewenang-wenangnya lelaki itu berjaya membuat Aleeya terluka. Dengan muka tidak bersalah Azizul boleh buat kenyataan..

Aleeya masih budak. Tak mampu nak berfikir secara rasional. Dia tak matang. Saya perlukan seorang wanita yang matang. Yang boleh berfikir baik buruk. Bukan budak perempuan yang akan buat tindakan ikut suka tanpa boleh berfikir panjang. Macam mana dia nak jadi isteri yang baik. Isteri yang sempurna. Diri sendiri pun terkontang kanting, lintang pukang, haru biru….

Berasap tiga pasang telinga mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Azizul itu. Sebagai bekas guru yang pernah menumpahkan ilmu untuk mereka dahulu masih punya sedikit rasa hormat untuk itu. Tetapi, sebagai seorang lelaki, rasa hormat itu sudah menjadi zero. Azizul memberi alasan bodoh, macamlah Aleeya itu budak kecil berumur lima tahun. Ada betulnya cakap Aleeya ketika dia cuba menenangkan dirinya sendiri akibat perpisahan itu. Kalau dah benci, macam-macam alasan akan diberi. Sepatutnya Azizul mengaku yang dia sendiri tidak mampu untuk bersikap setia menjadi pencinta wanita sejati. Mudah-mudah sahaja dia berpaling pada perempuan lain. Itupun dengan bekas teman wanitanya dulu, yang pernah diludah tetapi sanggup dijilat semula.
Kalau boleh Nana memang mahu merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Aleeya. Tapi rasanya dia tidak mampu lagi. Hati Syah perlu dijaga jugak. Sudah hampir sebulan Azizul cuba mengganggu hidupnya. Itu pun selepas terserempak dengan Azizul di Kinta City ketika sedang berbaris menunggu mee sizzling siap di masak. Punyalah baik ayat, mamat tu bagi. Merayu-rayu menyuruh aku memujuk Aleeya untuk menjawab panggilan telefonnya.
Sampai Syah mula hilang sabar apabila hampir setiap hari Azizul menghubungi Nana untuk meminta pertolongan supaya memberitahu Aleeya agar menjawab panggilannya. Disebabkan Azizul, Syah pula yang memboikot dirinya. Diajak dating tak mahu. Diajak bersembang dalam telefon dikatanya tengah sibuk. Tapi yang pelik bila di ‘offer’ belanja makan tau pulak boyfriend tersayang ini mengangguk kepala tanda setuju.
“Tapi apa Nana?” Sekali lagi Aleeya menyoal keras. Frekuensi suara sudah naik. Aleeya mula naik angin apabila Nana mendiamkan diri terlalu lama untuk memberitahu perkara apa yang ingin disampaikan tadi. Memang Aleeya betul-betul tengah hangin dengan Nana sekarang ini. Bukan lagi cobaan. Kalau Nana ada depan mata, dah lama aku curah dia dengan air paip. Apa yang difikirkannya lama sangat.
Nana yang terkejut dengan suara sergahan Aleeya itu terus menjawab laju. “Azizul cari kau. Dia suruh kau jawab panggilan telefon dia.” Senafas Nana menjawab soalan Aleeya tadi yang dirasakan mampu membuatkan gegendang telinganya rosak andai lagi dua kali Aleeya menggunakan frekuensi suara yang sama untuk menyoalnya macam tadi. Kali ini, telefon di halakan jauh sedikit dari telinga. Takut, mana tau nanti jika Aleeya mengamuk besar, menjerit-jerit mendengar perkhabaran yang baru masuk dalam lubang telinga. Sekurang-kurangnya, kalau Aleeya menjerit nanti, lubang telinga aku masih boleh diselamatkan lagi.
Aleeya mendengus geram tatkala nama Azizul dibangkit semula oleh Nana. “Sejak bila kau jadi orang suruhan dia ni? Sejak bila kau jadi juru cakap dia ni? Sejak bila pulak kau boleh jadi back up besar untuk mamat tu?” Getus Aleeya kepada Nana dengan soalan bertubi-tubi senafas tanpa berhenti. Suara sudah mula bertukar serius. Tiada lagi gelak ketawa seperti di awal perbualan tadi.
Nana melepas keluhan perlahan. Ditarik nafas dalam-dalam. Seperti yang dijangkakan. Pasti Aleeya tengah mengamuk besar sekarang ini. Harap-harap semua barang di dalam bilik Aleeya masih berada di posisi asal. Takut jugak. Bila Aleeya tengah melenting, habis semua barang boleh terpelanting.
“Jangan salah anggap Leeya. Aku bukan jadi back up besar pada mamat tu. Ikutkan aku pun sama bengang jugak dekat dia. Yang jadi masalahnya, dia tak habis-habis mengganggu hidup aku. Syah pun dah mula hangin dengan dia. Aku tak nak nanti tak pasal-pasal dia orang bergaduh. Tu satu hal. Kes Syah boikot aku sebab dia duk asyik telefon, sms aku merayu-rayu nak tahu pasal kau, belum ambil kira lagi. Aku harap kau faham.” Terang Nana satu persatu. Aleeya pasti tengah serabut dengan perkara ini. Fikir Nana lagi.
“Sorry. Aku tak tau pulak sebab gila Azizul tu, boleh buat hubungan korang tegang.” Balas Aleeya. Cuba dia berlagak tenang walaupun nada suara sudah bergetar. Namun, dia tidak mampu menahan air mata yang sudah mengalir. Kenapalah setiap kali bila timbul soal Azizul, empangan air matanya mudah sahaja pecah. Air mata diseka dengan belakang telapak tangan.
“Leeya kau okey?” Nana bertanya lembut.
“Aku okeylah.” Aleeya berpura-pura ketawa. Hajat dihati jelas untuk menyembunyikan perasaan sedih yang datang menghambat jiwa. Tapi Aleeya bukanlah pelakon wanita yang boleh menggondol Anugerah Pelakon Wanita terbaik di malam Anugerah Skrin. Masakan orang sedang ketawa, bersuara getar seperti menahan sendu. Di situ dia fail melakonkan wataknya.
Nana mengeluh lagi. Yer la tu Aleeya okey. Kalau dah ketawa macam bunyi kura-kura ketawa besar selepas menang perlumbaan dengan Sang Arnab, macamlah aku tak tau yang sekarang ini pasti sudah habis separuh tisu dalam kotak. Mengesat air mata yang sudah mengalir deras. Aleeya… Aleeya.. Suka sangat buat gaya, konon-konon diri tu kuat sangat. Kalau suruh Aleeya buat 3G sekarang ini, pasti terang-terangan Aleeya akan kantoi dengan Nana sekali lagi. Menangis sebab lelaki yang sama.
“Leeya, kau punya pilihan sama ada mahu menjawab panggilan mamat itu atau tidak. Tapi, kalau boleh kau fikirkanlah pasal aku dengan Syah jugak yer. Aku bukan apa. Syah kalau dah merajuk, susah aku nak pujuk. Kadang-kadang merajuk dia lagi teruk dari aku merajuk tau.” Tutur Nana lembut. Malas mahu menekan Aleeya lagi mengenai perkara ini. Kalau tidak kerana perangai Syah yang mengada-ngada merajuk macam budak umur lima tahun hanya kerana perkara kecil ini tak kuasa jugak Nana nak menimbulkan isu ini dengan Aleeya. Bukan dia tidak tahu yang Azizul itu bekas pakwenya Aleeya. Lagipun sudah acap kali diceritakan mengenai kisah silam Aleeya dan Azizul. Tapi dia tetap jugak nak jealous tak tentu pasal. Nak buat macam mana, dah Si Mummy Boy ini yang aku pilih untuk dijadikan teman lelaki dan insyaallah jika ada jodoh sebagai calon suami sehidup semati.
“Okeylah. Nanti aku call mamat tu. Suruh jangan kacau hidup kau lagi.” Balas Aleeya.
“Leeya.”
“Errmm.”
“Esok aku pos laju sepuluh kotak tisu kat rumah kau ek. Mesti stok tisu dah habis kan.” Gurau Nana.
“Hampeh. Kau perli aku yer?” Suara Aleeya mula ceria sedikit. Nana memang pandai memujuk. Patutlah dalam hubungannya dengan Syah, semedang dia sahaja yang kena jadi tukang pujuk. Nasib kau lah Nana, berkawan dengan Mummy Boy yang jambu dan manja itu.
Nana hanya tersengih seorang diri. Aleeya terasa dengan sindirannya tadi. Kan betul yang Aleeya sedang menangis tadi.
“Nana.” Panggil Aleeya lembut.
“Apa dia?”
“Macam mana ek, aku nak bina empangan yang kuat dan teguh kat kelopak mata aku ni supaya dapat menampung air mata dari mengalir. Nak pakai simen cap apa? Kapur nak letak banyak mana? Air nak guna berapa baldi?” Terpacul soalan bengong dari Aleeya. Soalan suka-suka, buat pengubat jiwa yang sedang berduka.
Tersembur ketawa Nana mendengar soalan Aleeya itu. “Leeya bengong. Kau patut tanya pada Tuan Enggineer. Bukan pada aku. Aku nama empangan kat Malaysia ini pun tak berapa nak tau, lagi kau nak tanya macam mana nak membinanya pulak. Dari kau buat projek bina empangan, baik kau buat projek bina masjid. Tu aku boleh tolong.” Balas Nana. Senyuman mekar dibibir.
“Sudahlah kau. Aku nak tidur ni.” Tak kuasa Aleeya mahu melayan Nana lagi.
Nana masih ketawa. Nak lari dari isu bina masjid la tu. “Tadi kata nak studi?” Tanya Nana.
“Dah tak ada mood.” Balas Aleeya pendek.
Mengekek Nana ketawa. “Okeylah. Good night. Assalamualaikum.”
“Waalaikummusallam.” Talian dimatikan.
Aleeya memandang jam di atas meja belajar. Sudah menginjak ke dua pagi rupanya. Nak bukak buku, rasanya mood sudah hilang. Nak tidur, mata masih lagi segar bugar. Mana tidaknya selepas Maghrib tadi tertidur sampai pukul sepuluh tadi baru tersedar. Itupun tersedar dari gangguan bunyi telefon. Astagfirullahulazim. Baru teringat. Belum solat Isyak lagi. Aleeya segera ke bilik air untuk mengambil wuduk. Menunaikan solat Isyak. Kemudian dia membuat solat hajat dua rakaat. Semoga hajatnya itu akan dipermudahkanNya.
Selesai melipat telekung dan sejadah, Aleeya melabuhkan kepala di atas bantal. Novel di tepi bantal dicapai. Menyambung pembacaan yang tertangguh semalam. Semoga cepat sedikit mata ini boleh terlelap. Baru ingin masuk ke bab yang seterusnya, telefon bimbitnya mula menjerit sekali lagi. Skrin telefon diperhatikan. “Ngee… Gila apa pukul tiga pagi telefon anak dara orang.” Getus Aleeya di dalam hati. Nak dimatikan telefon tak boleh. Aku bukan jenis yang boleh bangun secara automatic tanpa bantuan alarm. Idea!!! Aleeya petik jari. Panggilan dijawab.
“Harap maaf. Orang yang anda cuba hubungi tidak dapat dikesan. Esok-esok cuba lagi. Semoga anda berjaya. Chayok!!. Chayok!!.” Gaya operator tak terlatih menjawab panggilan. Talian terus dimatikan.

Zain memandang telefon ditangan. Terasa macam nak terputus urat kentut mendengarkan ayat kelakar Aleeya tadi. Pukul tiga pagi, Aleeya boleh buat lawak Maxis dengan aku. Ada ker operator Maxis boleh cakap macam tu. Siap ada chayok!! Chayok!! Baiknya Cik Operator. Boleh pulak suruh ‘esok-esok cuba lagi’. Itu yang tak boleh tahan. Zain geleng kepala. “Gadis itu memang istimewa.” Hatinya berperi.