Wednesday, July 28, 2010

Tak Mungkin Kerana Sayang

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti



Lagu lama > BETUL!
Lagu zaman tok kaduk > BETUL!
Lagu dah berzaman > BETUL!
Lagu jiwang > BETUL!
Lagu tangkap leleh > BETUL!


BETUL...BETUL...BETUL...BETUL....

Tapi apa ada hal kalau dah ini satu2nya lagu yang kena konsep untuk hari ini...

luvs,
eila

Thursday, July 22, 2010

YESS BOSS!! BAB 14

Aryana duduk termangu seorang diri di tepi gelanggang tenis. Sampai sekarang dia masih menunggu bila pula giliran dia boleh bermain. Sudah tiga game bos asyik bermain dengan Abang Harun sahaja. Dia dibiarkan seorang diri duduk di sini. Langsung tak bagi can untuk dia mempamerkan skill bermain tenis yang dia ada. Ingat orang kampung macam dia tak reti nak main tenis ker. Jangankan tenis, squash pun dia hebat juga tau!!
“Yana air!!” Jerit Ilham dari tengah gelanggang.
Aryana mendengus geram. Inilah sebenarnya agenda bos membawanya ke mari. Bukan untuk diajak bermain bersama, tapi untuk menjadi water girl dia. Dari tadi itu sahajalah kerja Aryana di tepi padang. Asyik menghantar air kepada bos ajer. Tak lupa Abang Harun juga. Benganglah!!! Kalaulah awal-awal dia tahu yang dia akan dipergunakan untuk kesenangan mamat-mamat berdua ni, sudah tentu dia akan bijak mencipta alasan untuk tidak turut serta.
Ini semua Datin Rokiah Kamsan punya hal. Kononya jika Aryana menemani bos keluar bermain tenis sekurangnya anak teruna Datin Rokiah Kamsan itu tidaklah berani cuba menjual minyak dengan perempuan-perempuan sebarangan setelah misi yang dahulu menemui jalan buntu. Datin Rokiah Kamsan ini ada sahaja buah fikiran yang akan menyusahkan diri Aryana. Ngee..Aryana jadi geram pada diri sendiri. Dia yang konon-kononya hari-hari bijak bestari ni boleh jadi bodoh. Bodoh kerana terlalu menurut arahan dari Datin Rokiah Kamsan tu. Kadang-kadang muak juga kerana terlalu menurut perintah Datin Rokiah Kamsan. Huhh…
“Bos bila turn Yana pulak. Asyik bos dengan Abang Harun ajer.” Kata Aryana ketika memberikan air 100 plus kepada bos.
“Rilekslah. Rehat-rehat dulu.” Balas Ilham.
“Rehat?” Aryana mengangkat kening. “Bos tahu tak sejak dari sampai tadi Yana dah puas rehat. Tak kira. Tak kira nak main jugak.” Bentak Aryana.
“Boleh ker Yana ni main.” Soal Harun.
Mata Aryana mencerun memandang Abang Harun yang bermuka selamba itu. Suka-suka hati tengok orang tak pakai mata. Macamlah dia ini kekampungan sangat. Sampai main tenis pun tak tau.
“Abang Harun jangan nak memandang rendah pada keupayaan orang tau.” Getus Aryana. Sememangnya dia dengan Abang Harun selalu sahaja menjadi seperti India dan Pakistan. Tak pernah nak berbaik!!
“Sudah. Sudah. Harun kau main dengan Yana satu game. Aku nak rehat dulu.” Putus Ilham akhirnya.
Aryana tersenyum senang. Siaplah kau wahai Abang Harunku. Akan dilauk-laukkan Abang Harun yang senang-senang ajer memandang rendah kepadanya tadi. Dia dah sedia.
Ilham memberikan reket tenis ditangan kepada Aryana.
Reket sudah beralih tangan. Aryana sudah bersedia. Dia lompat-lompat setempat untuk mendapatkan feel. Tak sabar mahu menumpaskan Abang Harun yang tak sehebat mana ini.
Keluar sahaja bos dari gelanggang terus tangkas Aryana menghantar hantaran bola kepada Abang Harun. Abang Harun pula memang bersungguh-sungguh menghayunkan raketnya. Masing-masing menunjukkan kehandalan diri. Tak mau kalah. Namun begitu pencak tenis yang rancak itu terhenti apabila Abang Harun mengangkat tangan isyarat perlawanan tamat.
“Apasal!!” Jerit Aryana.
“Abang kena baliklah. Dah janji dengan Kak Leha kamu. Nak pergi pasar malam.” Beritahu Abang Harun.
Aryana mendengus geram. Baru tiga minit main sudah mahu berhenti. Jangankan nak keluar peluh, panas badan pun belum lagi!!
“Yana main dengan bos ajerlah.” Usul Harun. Raket tenis diletakkan di atas kerusi panjang yang turut sama menempatkan beg sukan bos.
“Bos?” Mata Aryana melilau mencari kemana perginya bos menghilangkan diri. Pantang lepa mulalah merayap pakcik ni.
“Bos pergi mana?” Soal Aryana.
Harun yang sudah bersiap-siap mahu pulang turut sama melilau matanya tercari-cari bayang bayang.
“Tu…” Bibirnya dijuihkan ke arah bos yang sedang berborak dengan si cantik manis di tepi kerusi rehat panjang di atas bukit sana. “Okeylah Yana. Abang chow dulu. Jumpa dekat office minggu depan.” Ujar Harun sebelum berlalu.
Aryana hanya buat tidak tahu pada Abang Harun yang sudah berlalu pergi sebaliknya matanya lebih terarah untuk memandang ke arah tempat yang ditunjuk oleh Abang Harun. Astagfirullahulazim. Baru ditinggalkan tiga minit bos sudah dapat ikan lagi. Sabar ajerlah.
“Bos!!” Jerit Aryana memanggil yang masih lagi rancak menjual minyak. Tangannya dilambai-lambaikan agar bos turun ke gelanggang dengan segera.
Ilham turun ke gelanggang bersama si manis disebelahnya.
Aryana sekadar menjeling sahaja si manis yang bersama bos itu.
“Bos jom main. Abang Harun nak balik.” Kata Aryana. Dia cuba menarik perhatian bos dari terus melekat dengan si manis yang berkulit putih melepak mengalahkan mat salih tu. Tiba-tiba dia rasa sakit hati bila bos bolayan ajer pada dia.
“Alah Yana. Saya dah janji dengan Cik Tina ni yang selepas sahaja Yana dan Harun main giliran kami berdua pula.” Jawab Ilham seterusnya memperkenalkan Tina yang baru dikenali tadi kepada Aryana.
Aryana membulatkan mata. “Mana boleh. Yana baru main tiga minit ajer tadi. Orang tak kira. Nak main jugak.” Ngomel Aryana.
“Yana……..” Ilham berkata panjang. Matanya mencerun tanda amaran.
Keluhan lemah dilepaskan. “Yes bos…” Aryana sudah malas mahu memprotes. Raket ditangannya diberikan kepada si manis yang bernama Tina itu. Dia keluar dari gelanggang dengan perasaan yang berbuku. Makin sakit hatinya dengan bos. Mentang-mentang dia jarang melawan dia selalu sahaja menjadi bahan guna-guna bos.
Sekali lagi Aryana menjadi penunggu di tepi padang sementara menunggu masa untuk pulang. Sungguh. Sekarang ini dia mahu pulang ke rumah sahaja dengan secepat mungkin. Sepatutnya tadi dia tumpang Abang Harun sahaja. Tidak kisahlah jika terpaksa merempit dengan motosikal Abang Harun sahaja. Duduk dekat sini pun hatinya makin sakit melihat bos yang bukan main lagi menggunakan taktiknya untuk memancing Si Tina tu pula. Lebih banyak menjual minyak dari bermain tenis.
Bosan menanti bos yang sedang menjalankan misinya mahu mengorat Si Tina tu, Aryana mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar kelab tenis ini. Mukanya masih lagi terpancar riak kekesalan kerana mengikut bos hari ini.
Penat berjalan, Aryana kembali semula ke gelanggan tenis tempat bos dan Tina bermain. Setiba di gelanggang, didapati gelanggang kosong tanpa orang. Aryana mencari disekeliling. Tiada juga berjumpa. Akhirnya Aryana pergi ke tempat kereta diparkir. Huhh… Bukan setakat orangnya tiada, dengan kereta-kereta pun lesap sekali. Baru hendak menelefon bos, lelaki ni telah menelefonnya terlebih dahulu.
“Bos dekat mana?” Marah Aryaan.
“Saya balik dulu.”
“Yana?”
“Don’t worry. Saya dah panggilkan teksi. Yana balik sendiri yer. Take care.”
“Boss!!” Belum sempat Aryana mahu berkata-kata lagi Ilham telah meletakkan telefonnya. Seraya itu, muncul teksi yang ditempah oleh bos.
Aryana membolos ke dalam teksi dengan rasa marah bermukim dihati.

=============================================================

Untuk sambungan N3 sechoit semalam... enjoy..

Wednesday, July 21, 2010

YESS BOSS!! BAB 13

Ilham merenung tunak wajah Aryana. Kemudian matanya ditalakan pada kepingan gambar yang Aryana susun di atas meja. Lama dia meneliti setiap keping gambar. Ikutkan hati mahu sahaja Aryana ni diketuk-ketuk kerana sanggup berkomplot dengan mama untuk mencari calon jodoh untuk dirinya. Pengkhianat betul…
Aryana bersabar menanti keputusan bos. Aryana pula berdoa-doa supaya bos pilih seorang dari calon yang melambak di depan ni. Dia dah jenuh mengatur temu janji bos dengan calon-calon pilihan Datin Rokiah Kamsan ini. Jika tak jadi maka sia-sialah usahanya itu.
Tugas menjadi tukang cari jodoh ini bukan senang rupanya. Ditambah pula dengan tugasan hakiki yang tak pernah nak habis menambahkan lagi beban. Penat sungguh. Inilah yang dikatakan tak ada kerja cari kerja. Sukarela sangat nak menjadi tukang cari jodoh untuk bos. Sekarang rasakan. Marah Aryana pada diri sendiri.
“Bos. Takkanlah satu calon pun bos tak berkenan.” Ngomel Aryana.
“Awak pun Aryana. Takkanlah tak tau citarasa saya macam mana.” Balas Ilham.
Aryana menggaru kepala. Kalau nak diikutkan citarasa bos alamatnya semua yang ada ni kena buang masuk tong sampahlah jawabnya.
“Tau. Tapi inikan semua pilihan Datin. Pilihan mama bos. Bos jangan risau. Yana dah siasat latar belakang semua calon ni. Semuanya ok. Semuanya datang dari keluarga baik-baik.” Ujar Aryana cuba meyakinkan bos.
“Dah tak ada. Tak ada. Jangan nak memandai. Batalkan semua temujanji tu. Saya tak berminat.”
“Bos ni….Nanti nak jawab apa dengan mereka semua kalau batalkan temujanji tu?”
“Itu masalah awak. Siapa suruh berkomplot dengan mama tak bagi tahu saya.”
“Tu bos tanya Datin lah.”
“Dah..Dah..Saya ada banyak kerja nak dibuat ni. Pergi bawak keluar semua gambar ni. Saya taknak tengok.”
Aryana menyusun kasar gambar tersebut dan memasukkannya kembali ke dalam envelope. Ini apa yang nak dikatakan pada Datin Rokiah Kamsan kerana misinya gagal.
“Yana, ini last warning. Kalau buat lagi benda tak berfaedah macam ni saya tak teragak nak kenakan tindakan disiplin pada awak.” Ujar Ilham tegas.
Haahh.. Mulut Aryana melopong. “Bukan Ya..”
“Ahh.. Tak ada. Last warning. Ingat tu yer…” Ilham cepat mencelah.
“Yess bosss….” Lemah Aryana menjawab.

Monday, July 12, 2010

YESS BOSS!! BAB 12

Aryana menyusun sepuluh keping gambar di hadapannya ini menjadi satu barisan panjang. Dahinya berkerut-kerut. Ini adalah calon saringan pertama yang telah dipilih oleh Datin Rokiah Kamsan tadi. Datin ni pun tastenya boleh tahan jugak. Bila diteliti setiap particular jelitawan-jelitawan bak finalis Gadis Melayu ini, semuanya hebat-hebat. Mereka semua berkelulusan dari universiti. Wajah sudah tentulah cantik-cantik belaka. Haihhh… Kalau bos tak nak jugak salah seorang daripada mereka tak tahulah dia nak cakap apa.
“Yana buat apa nih? Sejak bila jadi agen modeling pulak nih?” Soal Samsiah. Sejak beberapa hari ini, ini sahajalah kerja Aryana di malam hari. Sibuk menyusun atur gambar-gambar wanita cantik.
“Alahh.. Mak Ngah ni. Tengah buat kerjalah.” Kata Aryana acuh tidak acuh.
“Sejak bila pulak kamu kerja dengan agensi modeling.” Balas Samsiah. Tangannya mengambil gambar ketiga dalam barisan untuk dilihat. Tertarik pada gambar yang agak familiar itu. Pada belakang gambar tersebut sudah tercatat sedikit maklumat peribadi berkenaan tuan punya gambar.
“Syarifah Nor Azean Syed Al-Yahya.” Samsiah bersuara rendah menyebut satu persatu nama gadis dari keterunan Syarifah itu. “Macam kenalah Na.” Berkerut dahi Samsiah memikirkan siapakah wanita di dalam gambar ini.
Aryana ketawa kecil. Mak Ngah ni pun. Cepat sangat lupanya. Baru tadi tengok Awan Dania ulangan episode 23 boleh lupa pulak.
“Scha Al-Yahya.” Beritahu Aryana apabila merasa sedikit simpati apabila melihat Mak Ngah payah sangat nak mengingat bekas kekasih Fahrin Ahmad itu.
“Hai… Scha Al-Yahya pun kamu nak adjust untuk bos kamu ker Yana.” Samsiah bersuara yang sudah sedia maklum dengan kesanggupan Aryana untuk menjadi pencari jodoh buat bos kesayangannya itu.
Aryana ketawa. Dia sengaja mahu main-mainkan Datin Rokiah Kamsan. Sebab itulah tersesat gambar Scha Al Yahya terselit dalam banyak-banyak gambar yang diberikan. Tak sangka pulak, Scha pun Datin Rokiah Kamsan berkenan. Hahahah… Biarpun Scha sudah termasuk dalam saringan pertama, dia tahu apa yang patut dia lakukan. Takkan nak adjust Scha yang sedang mengenali hati budi Awaludin Ashaari tu pada bos. Tak sesuai. Gambar Scha yang telah diletakkan Mak Ngah kembali ke tempatnya ditarik ketepi. Sepuluh tolak seorang, tinggal sembilan. Okey. Aryana mencatat sesuatu pada diari hitam bos yang dibawa pulang. Mula masukkan nama-nama mereka yang terlibat ini ke dalam diari bos. Setiap minggu bos diwajibkan keluar berkenalan dengan wanita-wanita ini. Lepas tu bos boleh buat pilihan siapa yang dia suka. Lepas tu Datin Rokiah Kamsan dan rombongannya bolehlah terus pergi pinang siapa yang bos suka. Lepas tu, hidup Aryana akan kembali tenang tanpa sebarang gangguan dari Datin Rokiah Kamsan!!.
Aryana bagai mengira-ngira detik yang mebahagiakan itu.
Mulan, Dayana, Amanda, Maya???? Ah..Kalau bos bertanyakan ke mana perginya mereka semua ini dia dengan mudah akan menjawab stock-stock tu semua sudah dihilangkan dari senarai calon pasangan hidup bos. Mereka semua telah diblacklist oleh Datin Rokiah Kamsan. Arahan dari Datin Rokiah Kamsan. Tak siapa berani membantah walaupun anaknya sendiri. Nampaknya selepas ini semakin senang sikit kerja Aryana kerana tidak perlu lagi berurusan dengan Mulan, Dayana, Amanda dan Maya. Mereka-mereka itu adalah jenis gediks yang mengjengkelkan.
“Aryana..” Panggil Samsiah lembut.
“Apa dia Mak Ngah.” Aryana menjawab tanpa mengangkat mukanya. Dia masih lagi mencatit sesuatu di dalam diari bos. Kali ini dia bagai bersungguh-sungguh pula mahu membantu Datin Rokiah Kamsan. Terlebih rajin sampai semua kerja ini dibawa ke rumah. Sampai dia tak ada masa nak tengok televisyen pulak tu. Untuk bos… Apa pun sanggup. Macam yang pernah dijanjikan pada Datin Rokiah Kamsan.
Hahahah.. Apa pun sanggup.. Ulang hatinya lagi sekali. Geli hati pulak mendengar statement itu. Sangguplah sangat. Sanggup dalam terpaksa. Sanggup dalam terseksa. Eh.. Puitis sangatlah pulak bunyinya.
“Aryana…” Panggil Samsiah lagi apabila Aryana ternyata masih acuh tidak acuh pada dia yang sedang duduk memerhati di sini sejak dari tadi.
“Yer.. Mak Ngah. Nak apa.” Balas Aryana lagi. Masih seperti tadi. Cosentrate seratus peratus pada ‘kerja’ yang bersepah-sepah di atas permaidani.
“Kenapa Mak Ngah tak nampak pun gambar Yana dalam banyak-banyak gambar ni?” Soal Samsiah.
Aryana mengalih pandang pada Mak Ngah yang sedang buat-buat sibuk menyusun gambar-gambar di dalam sampul surat pula.
“Tak ada kena mengenalah.” Jawab Aryana. Dia meneruskan kerjanya.
“Yana tak pernah sukakan bos Yana tu”
Aryana terdiam sebentar mendengar soalan Mak Ngah itu. “Apa ni Mak Ngah tanya macam tu. Yana ni secretary dia ajerlah. Suka-suka tak mainlah. Kerja is kerja. Ada ker nak cinta-cinta pulak.” Ujar Aryana cuba berselindung.
“Kenapa pulak tak boleh. Ada peraturan ker pekerja tak boleh nak bercinta dengan bos.”
“Mak Ngah…” Aryana mengetap bibir.
“Mak Ngah bukan kenal bos.”
“Yana yang tak nak kenalkan.”
“Nak kenalkan seorang lelaki yang kaki perempuan, yang kaki clubbing, dengan Mak Ngah?” Aryana bertanya sarcastik. Dia hela nafas lemah. “Itu bukanlah sesuatu tindakan yang baik.” Sambungnya rendah.
“Yana boleh ubah dia jadi lelaki yang baik. Tak mustahil.”
“Mak Ngah even dia jadi lelaki baik sekali pun, kita ni kenalah ingat. Dia tu enggang. Orang ni pipit. Mana boleh nak terbang seiringan. Tak sesuai okey.” Tegas Aryana.
“Itulah masalahnya. Pegang pada peribahasa lama sangat. Aryana sayang, sekarang ni Air Asia pun boleh terbang beringinan dengan MAS tau.” Samsiah tidak mahu kalah.
Aryana mendengus geram. “Mak Ngah ni. Tak ada jiwa sastera langsunglah. Dah ar. Jangan kacau orang. Orang kena siapkan semua ni cepat. Esok nak tunjuk dekat bos.” Kata Aryana. Berharap sangat supaya Mak Ngah henti-hentikanlah mengeluarkan spekulasi-spekulasi yang kononnya dia suka dan seumpamanya pada bos. Dia tak suka sebarang spekulasi yang macam ni kerana selagi Mak Ngah tak habis mengenenkan dia dengan bos, hatinya pasti akan berasa berdebar-debar. Tak tau apa maknanya.
Suka?
Of course sebab bos baik. Semua orang suka dia.
Sayang?
Mestilah sebab bos tu bos dia yang paling understanding dan tak berkira apa-apa.
Cinta?
Statement yang merujuk pada spekulasi Mak Ngah yang sebenar. Entah!! Tak tau!! Tolong jangan tanya lagi!! Fullstop!!
Aryana mengeluh. Dia sudah diajar untuk menjadi manusia yang tahu sedar diri. Bos tu pandang dia pun tak sudi kenapa pula dia harus menaruh hati pada lelaki itu. Alahaii… Kecil diri ni kalau nak dibandingkan dengan bos tu. Tapi hakikat hati……errrmmm…..
“Fikir-fikirkanlah yer. Hari ini cakap tak suka esok belum tentu lagi.” Samsiah berkata seraya meninggalkan Aryana seorang diri di ruang tamu.
Aryana menelan air liur. Metafora berbunga-bunga pulak Mak Ngah ni. Tapi betul ker dia hanya sekadar suka gitu-gitu pada bos? Kenapa mesti berdebar tatkala nama bos dibangkitkan? Kenapa mesti terasa diri berada diawangan setiap kali teringat cerita manis malam hanya ‘aku,dia dan char kuew tiaw’ itu? Dahi Aryana berlipat empat. Haihh.. Tak ada maknanya!!! Aryana menidakkannya lagi kerana dia tidak mahu terus rasa terbuai dan perasan diri.


---------------------------------------------------------------

salam,

sori berjuta2 lemon buat yg dah lama menunggu sambungan citer ni..

aduhai...kalaulah korang tau betapa terseksanyer saya bila mana terdapat sekatan di atas beberapa website yg tidak dibenarkan apabila satu2nya benda alah yg membolehkan saya membuka laman terlarang ini terdelete dari pc saya *sigh*.... :)

walaubagaimana pun hari ini saya berjaya membukanya semula jadi kupersembahkan buat kalian episod ke 12 untuk tatapan bagi menghilang kerinduan *kut la ada yg rindu*

saya berharap korang tidak akan mengharapkan n3 sekerap mungkin kerana saya terpaksa imbangkan pengeluaran n3 dgn speed typing saya. owhh..yerr...speed typing saya semakin slow sekarang ni.. *sesiapa yg ada mavis beacon boleh tolong forword tak, untuk saya melajukan speed typing saya yg rasanya dah kurang dari 45wpm.*

owhh yer...buat peminat cik cucuratap yg mengadu tak boleh masuk blog dia, disini saya menarik perhatian cik cucuratap jika anda terbaca n3 saya ni tolong2lah izinkan kami masuk blog anda. u/p cucuratap : kita pun tak boleh bukak per kes. kata adik beradik lain mak lain bapak.. :)

rasanya terlebey panjang pulak. so korang enjoylah...

salam sayang,
eila