Monday, August 24, 2009

2 X 5 Bab 10

“Rumah.” Kata Zaim ringkas.
Syakirin sekadar mengangguk. Yerlah. Tahulah ini rumah. Takkan reban ayam kut.
Kunci mangga pagar dibuka.
“Masuk.” Arah Zaim sepatah.
Syakirin menganguk lagi. Langkah kaki diatur masuk ke dalam rumah teres setingkat di Bandar Baru Bangi. Errrmmm… Okey gak. Tak besar sangat. Cukuplah untuk dua orang duduk. Siap perabot. Complete. Banyak jugak duit gaji Zaim ni. mampu ajer . Ruang seluruh rumah ini dia tinjau. Dari ruang tamu, bawa ke dapur, stor dan seterusnya ke setiap bilik. Bilik ada tiga. Bilik air ada dua. Satu dekat dapur satu lagi di dalam master bedroom.
“Bilik kita yang mana satu.” Syakirin buat-buat tanya. Padahal bukan dia tak tau. Memang dekat master bedroomlah tempat dia dan Zaim akan beradu.
“Na..na..na..” Zaim menggeleng kepala. “Bukan bilik kita. Kita tidur bilik asing-asing.” Katanya.
“Hahh!!” syakirin sedikit terkejut. Matanya memandang tepat ke muka Zaim yang biasa-biasa sahaja itu. Tak berkocak. Tidak beriak. “Macam mana tu?” Dia bertanya kemudian. Pelik. Kata suami isteri. apasal tidur bilik asing-asing pulak. Musykil. Musykil.
“Awak tidur bilik nombor dua ini. saya dekat master bedroom.” Beritahu Zaim dengan tenang. Buat masa sekarang ini ajer benda yang dia dapat fikirkan. Kalau dia tak suka buat apa nak dibuat apa-apa pada anak orang tu. Lebih baik macam ni. Kalau duduk sekali dalam satu bilik dia boleh bayangkan apa yang bakal terjadi. Selama duduk sebilik seminggu di kampong pun dah buat jiwa lelaki dia macam tak kena. Tu hah. Kirin tu. Sudahlah seksi ya amat. Pakai seluar pendek dengan singlet tali halus tu. Betul-betul menaikan nafsu. Tapi ditahan jugak. sebab hatinya selalu berpesan, jika tiada perasaan dia tidak akan buat perkara yang satu itu.
Syakirin memandang lagi wajah Zaim yang cukup tenang mengutarakan perkara itu. Owhhh… jadi sekarang ini dia bukan mahu isteri, tapi sekadar housemate ajerlah. Fuhh.. sedikit sebanyak timbul perasaan tersinggung di dalam hati. Macam ni dia dilayan sebagai seorang isteri. pengantin baru yang masih fresh lagi. Pengantin yang belum lagi bersentuh. Zaim tu egonya ajer yang meninggi. Baiklah. Kalau itu yang dia nak. Aku ikut. “Okeylah tu. Bagus jugak. sekurang-kurangnya ada privasi untuk diri saya sendiri. Lagipun saya tak sukalah kongsi-kongsi ni.” Balas Syakirin bersahaja. Dia ada cara bagaimana mahu mematahkan ego lelaki itu. Hello!! Ini Nur Syakirin okey. Tahulah apa yang aku nak buat nanti. Ahmad Zaim baiklah kau berjaga-jaga dari sekarang.
“Awak tak kisah ker?”
“Nak kisah apa? Mana bilik saya. Saya nak start berkemas ni.”
“Tu hah.”
Buat muka selamba sambil menonong ajer Syakirin masuk ke dalam bilik yang ditunjukkan oleh Zaim tadi.
Zaim berasa sedikit pelik. Betul Syakirin tidak makan saman punya orang. Agaknya syakirin pun berasa perkara yang sama kut. Itu sebab dia buat no hal ajer. Ermmm.. Zaim masuk ke dalam biliknya di hadapan sekali tanpa memikir terus menerus mengenai kelakuan Syakirin yang macam langsung tidak kisah itu.


“Sebal!! Sebal!!” Syakirin merungut-rungut sendiri di atas katil. bantal tidak bersarung diletak di atas sila. Tangan kanan yang sudah digenggam penumbuk, menumbuk-numbuk ke muka bantal. Geramnya aku. Sudahlah tidur bilik kecil. Yang dia tu tidur master bedroom. Ini sampai cadar tak ada. Sarung bantal tak ada. Lain kali kalau nak buat plan macam ni bagi taulah siang-siang. Senang aku standby barang macam-macam. Standby macam budak baru nak masuk asrama. Ngeeee…. Zaim!!!!!
Tok-Tok-Tok
Bunyi pintu diketuk dari luar.
Syakirin bingkas bangun. Pintu dibuka sedikit.
“Apa dia?” tanyanya penuh bersahaja. Sebal di hati dia cover dengan senyuman manis di muka.
“Saya lupa nak bagi tahu awak tadi, yang rumah ni tak ada cadar lebih.” Kata Zaim sambil tersengih. Dia bukanlah kejam sangat pun. Jiran sebelah bilik dia ini tetap jugak isteri dia. Cuma tak bersedia nak tidur bersama tu yang buat dia dan Syakirin duduk di bilik berasingan.
“Tak apalah. Saya alas dengan kain batik.” Kata Syakirin malas. Hatinya sakit badannya penat. Belasah ajerlah apa yang ada kalau sudah darurat tu. Tapi kain batik??? Alamak.. Selama jadi orang KL ni langsung dia tak pernah nak pakai kain batik. Leceh!! Pakai seluar pendek jugak yang senang. Habis tu, malam ni macam mana pulak. Tilam ni nampak okey. Tapi mahunya miang satu badan kalau tidur tak ada lapik dengan apa-apa. Buatnya berpijat mahu merah satu badan. Syakirin mengerutkan dahi seribu. Kemudian dia mempamerkan gigi sebaris di hadapan Zaim.
“Saya tak ada kain batik dan saya tak reti nak pakai kain batik.” Beritahu Syakirin penuh jujur. Mengaku lebih baik daripada menyusahkan hidup. “Tapi kalau awak nak bagi pinjam pelikat awak sehelai pun saya dah cukup syukur dah.” Sambung Syakirin dengan nada yang rendah. Antara dengar atau tidak. Muka pun dah seposen ajer tu.
“Tak apalah. Kita keluar pergi beli cadar awak. Lepas tu makan sekali. Lagipun kita berdua belum makan lagi. Awak siap sekarang.” Arah Zaim.
“O…” Syakirin menjulingkan amta ke atas. Belum habis nak sebut ‘okey’ Zaim pun dah lesap. “Okey.” Sambungnya di dalam hati.


“Cukup?” Zaim bertanya. Syakirin yang sedang enak menghirup kuah sizzling dipandang. Memang pantang dioffer. Mentang-mentang semua barang yang dia nak aku yang bayar, sampai penuh satu troli dia pergi ambil. Lepas ni memang kena berjaga-jaga kalau nak bawak Syakirin keluar membeli belah.
“Cukup. Saya limit makan sepinggan ajer. Mana boleh lebih-lebih. Takut gemuk.” Kata Syakirin bersahaja.
“Bukan cukup makan. Barang-barang keperluan awak tu, cukup ker.”
Owwhhh… “Lebih daripada cukup.” Jawab Syakirin selamba. Alhamdulillah. Bajet barang-barang personal bulan ini ada yang sudi menanggung. Main belasah semua benda dia beli saiz besar punya. Start dari ubat gigi, shower cream, shampoo semua standard pakai setahun tak habis.
“Awak jangan bagi tahu parents kita tentang hal ini. kalau boleh biarlah hal ini kita berdua ajer yang tahu. Lagipun ini rumah tangga kita berdua.” Kata Zaim panjang lebar. Dia mahu Syakirin merahsiakan apa yang terjadi di dalam rumah tangga mereka. Kehendak ayah dan umi dia sudah ikut. Kali ini biarlah dia yang tentukan apa dia nak buat. Alah.. Budak Kirin ni pun macam tak kisah pun. Budak Kirin ni main ikut ajer. Kira okeylah tu. Senang sikit nak buat diplomasi. Diplomasi terpimpin namanya ini.
“Okey bos!!” Tabik spring dia pada Zaim.
Kan dah cakap dah. Memang budak ni jenis redah ajer. Tak kisah langsung. Kalau perempuan lain mesti akan mengamuk tak bertempat. Tak pun pasti akan terus mengadu pada orang tua. “Awak ni macam rilek ajer. Kalau perempuan lain mesti dah melenting kalau dia orang berada di tempat awak.” Kata Zaim pelik.
“Itu perempuan lain, bukan saya. Saya malas ar nak kecoh-kecoh. Lagi satu. Peraturan bilik asing-asing ni awak yang buat yer. Jadi jangan pandai-pandai nak masuk bilik saya tanpa kebenaran. Saya tak suka. kita buat hal kita masing-masing kat rumah tu. Jangan sibuk-sibuk nak menjaga tepi kain orang pulak.” Ujar Syakirin pula. Bukan main lagi dia mengutarakan pula hak-hak selaku teman serumah bilik lain-lain. dia bagi peringatan pada Zaim. Tapi kalau Zaim nak masuk bilik dia pun dia tak kisah. Hahahaha… Gila punya angau dengan laki sendiri yak au Kirin.
“Okey. Set!!” Zaim bersetuju. Memang itu yang ingin dia katakan sebentar lagi tapi tak tau pulak Syakirin terlebih dahulu bersuara mengenai perkara ini. Kepala memang sama. Selesai satu beban.
“Set!!” Syakirin mengenyitkan matanya sebelah. Tangan dihulurkan, tanda kata sepakat telah dicapai.

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan

Alhamdulillah..Ramadhan kembali lagi..dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam ramadhan buat semua pengunjung blog yang tidak jemu datang bertenggek di sini. sempena bulan yang mulia ini bersama-samalah kita melipat gandakan amalan *berpesan pada diri sendiri jugak*.

kepada semua yang sudah mendapatkan BPMA harap korang terhiburlah hendaknya. untuk kak-noor-kusayang, kak ju'a, kak nacha, kak uda, kak ikie, abbot, yaya, cik cucur, mia_zara dan kira semualah yang rajin mengkomen tulisan saya, saya sangat menghargai komen-komen yg korang titipkan itu. untuk n3 2x5 ni macam slow sikit. saya pun dah blur apa lagi nak dibuat dengan cerita ini. apa-apa pun saya akan cuba buat yang terbaik harapnya. n3 seminggu sekali tu kira okeylah kut kan..hehehe...ayat2 saya sungguh dah tunggang langgang, lintang pukang dan bila baca balik macam apa ajer..harap2 korang bersabarlah..jangan marah ek!!!

salam ramadhan untuk semua.

p/s: kalo agak2 rajin drop nama korang dgn address lengkap dekat komen dan bukan dekat chatbox. :)

2 X 5 Bab 9

“Kau rasa betul tak apa yang aku buat ni Fiq.” Syakirin bertanya.
Fiqa memandang sekilas bakal pengantin baru di sebelahnya ini. Cantik bila profesianal yang mencanting warna solekan pada wajah Kirin. Kehebatan Mat Kacau tidak dapat disangkal lagi. Tabik spring sama Mat Kacau.
“Asal kau cakap macam tu.” Soal Fiqa. Dah lawa-lawa macam ni yang muka sememeh tu apa hal entah budak ni. Setahu aku dari minggu lepas Kirin ni happy semacam. Muka berseri-seri. Maklumlah bakal naik pelaminlah katakana. Tapi bila sudah tiba harinya berubah rupa pulak dia. Confius. Confius.
“Tak adalah. Kau tengok ajerlah aku ketuk Zaim tu macam mana. Mesti dia bajet aku perempuan materialistic sekali dengan beg plastic jugak. Lepas tu, aku takut. Yang excited aku sorang ajer. Dia tu macam tak ada rasa apa-apa pun.” Syakirin berkata rendah. Sekarang dia berasa cuak nak berdepan semua ini. Hal kahwin bukan benda main. Sekarang dia dah terasa macam buat percaturan hidup mati pulak rasanya.
“Mana kau tau. Korang kan ker dah okey. Kalau dia tak rasa apa-apa tak adalah dia dah duduk tercogok depan tok kadi sekarang ini.” Fiqa berkata disebalik pintu bilik syakirin yang sudah terbuka sedikit. Dari tadi dia duk terintai-intai apa yang sedang terjadi di ruang tamu rumah Pak Majid. Majlis nikah dekat rumah sahaja. Kelihatan Zaim segak dengan baju Melayu cekak musang berwarna krim dipadankan pula dengan samping tenunan Terengganu tekun mendengar tazkirah daripada tok kadi. Syakirin dipandang semula. Air muka Syakirin masih seperti tadi. Tidak berkocak. Kelihatan blur dengan keadaan yang sekarang ini.
“Relekslah. Kau janganlah nak buat muka macam ni. Nanti pelik semua tetamu nanti. Asal muka pengantin perempuan kelat semacam.” Ujar Fiqa menyedapkan hati Syakirin.
“Tapi Fiq….”
“Kau diam boleh tak. Cubalah dengar apa yang tok kadi tu cakap. Ini pot-pet-pot-pet.” Potong Fiqa sebelum Syakirin meneruskan katanya.
Terdengar bunyi orang mendengus kuat. Syakirin melontar pandang ke tepi. Fiqa bukannya faham apa yang aku rasa sekarang ini.
Fiqa menghampiri Syakirin yang duduk di tepi katil. Dia melabuhkan punggung disebelah Syakirin. “Senang-senang macam ni. Kalau kau rasa tak yakin, aku rasa kau ada masa lagi nak lari. Tingkap bilik kau ni tak adalah tinggi sangat aku tengok. Boleh ajer kalau kau nak melompat keluar. Guna skill lompat tinggi macam masa kau jadi wakil rumah biru hari sukan sekolah kita dulu. Lepas tu kau pun akan jadi ala-ala Runway Bride.” Kata Fiqa selamba.
“Kau ni ke situ pulak. Tak adalah sampai nak lari pakai baju pengantin ni. aku Cuma nak tau apa yang aku buat ni betul ke tak.” Balas Syakirin geram.
“Kau suka Zaim?”
Angguk.
“Kau nak kahwin dengan dia?”
Angguk.
“Gatal!!.” Lengang Syakirin dicubit manja.
“Fiq aku nervous.”
“Biasalah tu.”
“Fiq aku takut.”
Shusshhh!!! Fiqa meletakkan telunjuk dimulut.
Syakirin diam.

Aku nikahkankah akan dikau dengan Nur Syakirin Abdul Majid dengan mas kahwinnya seratus satu ringgit tunai.
Aku terima nikahnya Nur Syakirin Abdul Majid dengan mas kahwinnya seratus satu ringgit tunai.


Air mata mengalir perlahan tanpa dapat ditahan saat Zaim melafazkan akad nikah dengan begitu tenang sekali. Fiqa disebelah telah awal-awal standby dengan tisu. Tugas pengapit. Mekap cair kena lap. Air mata mengalir kena lap jugak.
Zaim masuk ke dalam bilik pengantin dengan seutas gelang tangan emas di tangan. Gelang tangan tadi dipakaikan di pergelangan tangan Syakirin. Tangan dia dan Syakirin bertaut. Hangat terasa saat Syakirin mencium tangannya. Kemudian dahi isteri yang baru dinikahinya tadi di cium. Tanggungjawab sudah sedia untuk dipikul oleh keduanya.




Syakirin mengeringkan rambut yang basah dengan tuala mandi. Penat terasa seluruh badan. Teruklah diorang ni. Ada ke patut pengantin baru kena dera mencuci kawah rendang tok. Zaim masih di luar. Sedang berborak dengan abah dan abang.
Kreekk… Bunyi pintu ditolak. Zaim masuk ke dalam bilik. Dia lihat Syakirin sedang duduk di hadapan meja solek.
Syakirin sedikit tersentak. Segan. Sekarang ini dia lepak ajer pakai speggety dengan seluar pendek atas lutut. Zaim dah pandang tak berkelip. Amboi dia memandang aku macam geram ajer. Semalam lepas ajer tamat acara memotong kek aku terus cepat-cepat masuk tidur. Masuk tidur cepat sebab takut. Mengerikan bila mengenangkan malam pertama. Fiqa punya kureng seminggu sebelum majlis berlangsung siap hadiahkan buku cakar harimau. Paling tak tahan siap highlight lagi lepas baca ‘hari-hari mau’. Fuhhh… Fiqa punya penerangan sangat mengerikan. Tokok tambah memang juara. Yang auta melebihi yang fakta. Padahal buku tu tak ada apa-apa pun, hanya sekadar rujukan di dalam hubungan suami isteri berlandaskan hukum Islam ajer. Itu setakat sempat membaca helaian yang diselak ajerlah. Paginya bila bangun tidur untuk solat subuh baru perasan yang semalaman Zaim hanya tidur diatas lantai sekadar beralaskan karpet sahaja. okey. Ini siapa yang takut sebenarnya. Agaknya Zaim lagi teruk kut. Siap rela ajer tidur atas karpet dari tidur atas tilam empuk jenama King Koil yang emak baru beli dari Courts Mammoth.
Suasana di dalam bilik senyap sunyi. Hari dah malam ni. Jarum jam pun sudah menginjak ke pukul dua belas tengah malam. Mata dah berat jawabnya nak tidurlah. Zaim duduk dibirai katil belah kanan. Syakirin masih lagi duduk di atas kerusi kecil dihadapan meja solek.
“Errrmmm…” Ucap Syakirin ringkas sekadar untuk membuka bicara. “Awak nak tidur kat bawah ke kat atas?” Sambung Syakirin.
“Errrmmm…” Zaim teragak-agak. “Awak nak saya tidur atas ke tidur bawah.”Zaim bertanya kembali.
“Errmmm…” Syakirin mengerut dahi. Ikutkan dia tak kesah. Zaim nak tidur atas pun boleh. Tidur bawah pun dia tak halang. “Kat bawah sejuk nanti. Awak ambil site kiri saya pergi site kanan boleh?” Syakirin mengangkat kening. Okeylah idea tu kan?
“Okey. Kalau awak tak kisah.” Kata Zaim.
“Saya tak kisah.”
“Okey.” Badan sudah berbaring sedap di atas tilam di bahagian kiri katil. Sedapnya. Nikmat. Semalam habis sengal satu badan tidur atas karpet. Sudahlah sini bila malam menjelma keadaannya sejuk bedi semacam. Kirin tu pulak kemain lagi dia concore katil queen size ini sengsorang. Haram tak bagi ruang barang seinci. Macam mana dia nak tidur di atas katil. Nak dikejutkan mintak ganjak sedikit tak sampai hati. Muka penat gila. Akhirnya atas karpet pun jadilah.
Syakirin memandang raut wajah Zaim yang sudah jauh bermimpi. Penat tu sebenarnya. Mana tidaknya. Zaim lagi teruk kena dera tadi. Abang memang tak bagi can. Suruh Zaim cuci kawah rendang tok. Periuk belanga kenduri kendara yang besar-besar gedabak masak orang pun boleh tu. Kasihan Zaim. Dia ni sekadar tukang tolong ajer. Tolong sikit-sikit. Mana larat nak berus pakai berus sabut jelaga yang melekat kalau tak ada kederat lelaki yang kena buat. Dia sekadar tukang curah air ajer. Itu pun air paip. Kalau air telaga, confirm macam semalam jugaklah. Masuk bilik terus tidur. Zaim dipandang lagi. Alhamdulillah selamat sudah majlis. Dalam hati Syakirin mengucapkan syukur. Bantal ditepuk-tepuk perlahan. bimbang akan mengejutkan Zaim. Badan diletak lembut di sebelah kanan katil. Tangannya menutup suis lampu tidur. Mata dipejamkan. Zzzzz…….

Tuesday, August 11, 2009

2 X 5 Bab 8

Sejak balik kampong bersama tiga bulan yang lepas tu, hubungan antara aku dan Zaim dah makin okey. Okeylah kalau sekadar kawan-kawan tu. Tapi bila timbul isu majlis kahwin yang dah nak dekat tu, masing-masing serabut balik. Aku okey. Bersemangat ajer nak kahwin. Tambah-tambah lagi bila tengok Zaim tu pun dah semakin okey dengan aku. Lagipun sekarang kita orang dah tak pakai ganti nama Kirin-Zaim yang macam skema gila tu. Sekarang dah tukar jadi saya-awak. Sweet jugak kan. Semakin dekat harinya, aku semakinlah excited. Tapi Zaim tak tau. Bila nak diajak berbincang pasal persiapan perkahwinan ada ajer modal dia nak mengelak. Untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan persiapan siap mengikut masa yang tinggal ini ajer, aku buat cara kejam. Kalau Zaim banyak bunyi aku akan terus buat panggilan ke rumah Mak Ton. Hantar report. Kata bakal pengantin lelaki buat endah tak endah. Melecetlah pakcik tu. Takut umi sendiri membebel. Itu ajer caranya yang boleh buat Zaim akur untuk turut bersama-sama membuat persiapan perkahwinan ini.

Zaim ikut tapi gaya memang macam orang yang kena paksalah. Itu tak kena. Ini tak kena. Orang tak ikhlaslah katakan. Contohnya macam masa nak tempah kad undangan perkahwinan hari tu.

“Tak boleh ker kalau pilih yang biasa-biasa ajer. Ini nak yang wangilah. Nak ada bling-blinglah. Nak beriben bagai. Membazir ajerlah.”
“Kalau taknak membazir jangan bawak saya kat sini. Patutnya awak bawak saya pergi dekat Kedai Runcit Noridah dan Che In tak pun dekat Pasar Mini Ratnam Interprise yang ada mesen fotostat gedabak tu ajer. Senang. Kad kahwin kita pergi print fotostat dekat kedai runcit. Jimat.”
“Macam poyo gila letak gambar dekat depan kad.”
“Apa poyo pulak. Ini trendlah.”
“Trend apanyer..ermm.. Yerlah. Yerlah. Ikut awaklah.”


Entah apa-apa kan Zaim tu. Dia ingat nak buat kad kahwin tu sama ker dengan nak buat iklan anak kucing hilang yang senang-senang boleh fotostat tak pun macam iklan orang jual top up dekat bilik asrama kampus. Itu setuasi masa nak tempah kad kahwin dekat Central Market. Lepas tu dia buat perangai lagi semasa di butik Pengantin Mat Kacau dekat Green Town Mall. Agak memang nak flying kick ajer Zaim sebab banyak bunyi tak berhenti-henti. Dia kutuk-kutuk baju kahwin yang aku nak pakai nanti. Ada ker patut?

“Wajib pakai ker semua ni?”
“Tak adalah wajib. Tapi ini untuk upacara potong kek malam sanding tu.”
“Lain Macam ajer saya tengok awak pakai kembang-kembang ini.”
“apa pula lain macamnya. Cantik apa. Saya nak jugak merasa pakai gaun cinderrella macam ni.”
“Cinderrella apa pulak. Saya tengok dah macam mak Shin Chan Puan Misae tu ajer.”


Mulut busuk betul kata aku yang cantik pakai gaun kembang warna krim tu macam Nohara Misae. Dia ingat aku tak tengok Shin Chan apa. Aku tengok tau. Favourite kartun selepas Upin dan Ipin. Itu pun nasiblah aku bawak pergi Butik Mat Kacau, agak kalau aku bawak masuk Cosry ker, Radwan Radwill ker, Jovian Mandagie ker mahu sampai malam nikah Zaim membebel-bebel sebab tak agak-agak pergi masuk butik perkahwinan macamlah Bintang Popular Berita Harian yang nak kahwin. Barang hantaran lain pulak ceritanya.

Tempat: Butik Bonia KLCC


“Beg apa yang rege sampai lima rat ni.”
“Beg tanganlah.”
“Kenapa tak ambil beg kaki sekali. Kan ker senang. Satu set.”
“Beg kaki tak ada saya ganti beg duit boleh.”
“Jangan nak mengada bajet untuk beg tangan ajer.”
“Habis tu yang offer beg kaki tu saper suruh.”
“Maksud saya kasutlah.”
“Ada-ada. Ini hah.”
“Dua ratus?”
“Normalah tu. Bonia kan.”
“Dua ratus letak dekat kaki.”
“Mak Ton kata okey ajer.”
“Ambil ajerlah.”


Tempat: Kaunter minyak Wangi dalam Sogo

“Kalau minyak atar buat hantaran boleh tak. Halal pun halal.”
“Janganlah main-main. Saya rasa ini okey untuk awak. Issey Miyaki. Untuk saya Lancome Hypnose.”
“Saya tak pakai Issey Miyaki. Saya nak Bvlgari.”
“Okey.”
“Saya rasa awak sesuai dengan perfume Syahirah lah.”
“Hello Mak Ton…”
“Okey. Lancome Hypnose.”
“Gud boy.”


Tempat: Jakel, Jalan Tunku Abdul Rahman

“Saya rasa banyak ajer kain lace yang murah-murah dekat sana kenapa lace dari Dubai ni jugak yang awak nak.”
“Sebab suka.”
“Poket saya dah nipis ni pun awak sukalah.”
“Berkiralah awak ni. Kita kahwin sekali tau seumur hidup. Apa salahnya nak yang grand sikit. Lagi satu kita bukan kahwin koboi. Kalau kahwin koboi kes lain la.”
“Bolehlah yer. Tak mahal. Tujuh ratus ajer.”
“Sebelum awak mengadu dekat Mak Ton awak tu baiklah saya kata okey.”
“Bagus. Bagus. Bagus.”


Kejam gila kan gaya mengena Zaim ini. Tu lah. Main-main lagi. Macam aku pernah kata. Mungkin aku bukan artis popular femes sekampung nak buat wedding of the year. Tapi ‘grand satu kampong tu harus. Lagipun Mak Ton dengan emak dah cucuk-cucuk nak buat majlis ini Nampak besar sikit. Emak kata aku anak perempuan tunggal dia. mak ton pulak kata ini untuk anak bongsu dia. so. Bukan salah aku kalau mengopakkan poket Zaim. Semua hal persiapan rasanya sudah beres. Alhamdulillah. :) *senyum sampai ketelinga*




Sejak ajer balik dari kampong dengan Kirin dulu keadaan aku dengan dia kira dah makin okey. Aku pun kiranya dah pasrah ajer ni kalau Kirin tu dah memang jodoh aku. Tapi bila nak bercerita tentang persiapan majlis perkahwinan kami berdua tu nanti, alamak aku seriau dengan makcik ni. Kirin memang pandai memilih. Dia pun pandai membeli. Pada aku dia lagi pandai mengenakan aku di kaunter pembayaran. Kirin memang seronoklah membeli itu ini, aku jugak yang terpaksa berkorban duit nak memenuhi kehendak dia. Bila aku protes dia mulalah mengeluarkan senjata utamanya itu~handphone Nokia model N-Sekupang *Nokia dolu-dolu, yang jatuh tingkat lima hancur berderai boleh pakai balik tu (Nokia 3210)* dia tu. Saat bila Kirin memegang handphone dia tu, aku terasa nak ajer rampas dan pergi buang dalam Sungai Klang. Tapi aku rasa makcik ni bijak jugak. agak dia boleh baca apa yang aku nak buat. Sebab itu N95 dia pergi tukar dengan N-Sekupang setiap kali nak keluar beli barang perkahwinan bersama. Keji betul cara Kirin mengugut. Lebih kurang macam nilah.

“Tak boleh ker kalau pilih yang biasa-biasa ajer. Ini nak yang wangilah. Nak ada bling-blinglah. Nak beriben bagai. Membazir ajerlah.”
“Kalau taknak membazir jangan bawak saya kat sini. Patutnya awak bawak saya pergi dekat Kedai Runcit Noridah dan Che In tak pun dekat Pasar Mini Ratnam Interprise yang ada mesen fotostat gedabak tu ajer. Senang. Kad kahwin kita pergi print fotostat dekat kedai runcit. Jimat.”


Masa duk melawan ni rasa dah hangin jugak. aku pun tak adalah bodoh sangat nak pergi bagi tetamu jemputan kad kahwin fotostat. Tapi Kirin macam selamba ajer. Masa ni budak yang sedang mengambil pesanan dah ketawa terkekek-kekek.

“Macam poyo gila letak gambar dekat depan kad.”
“Apa poyo pulak. Ini trendlah.”
“Trend apanyer..ermm.. Yerlah. Yerlah. Ikut awaklah.”


Masa ni aku dah terdiam tak tau nak kata apa bila dengan bangganya Kirin mengeluarkan N-Sekupangnya untuk membuat panggilan telefon ke rumah umi. Fuhhh!! Berasap ajer aku tengok gaya Kirin. Akhirnya aku akur jugak. Cash money aku keluarkan untuk membayar duit muka tempahan kad kahwin. Lepas tu masa dekat butik Mat Kacau. Haihhh…Pening kepala dibuatnya.

“Wajib pakai ker semua ni?”
“Tak adalah wajib. Tapi ini untuk upacara potong kek malam sanding tu.”
“Lain Macam ajer saya tengok awak pakai kembang-kembang ini.”
“apa pula lain macamnya. Cantik apa. Saya nak jugak merasa pakai gaun cinderrella macam ni.”
“Cinderrella apa pulak. Saya tengok dah macam mak Shin Chan Puan Misae tu ajer.”


Aku mula terfikir. Orang perempuan memang macam ni kan. Kalau nak kahwin tu. Semua nak grand. Semua nak nampak mewah. Pada aku gaun kembang macam kelambu nyamuk ni tak ada pun taka pa. ini Kirin nak jugak. kali ini aku tak kuasa nak bertekak lidah pasal duit muka khidmat Mat Kacau. Tapi yang aku suka masa pergi pilih baju kahwin ni bila Syakirin jadi senyap tak membidas bila aku cakap dia pakai macam tu dah macam emak Shin Chan. Aku tau makcik ni berangin. Yess!!! Cerita tak habis sampai situ ajer. Masuk hal barang hantaran. Masalahnya lebih kurang macam gini.


Tempat: Butik Bonia KLCC


“Beg apa yang rege sampai lima rat ni.”
“Beg tanganlah.”
“Kenapa tak ambil beg kaki sekali. Kan ker senang. Satu set.”
“Beg kaki tak ada saya ganti beg duit boleh.”
“Jangan nak mengada bajet untuk beg tangan ajer.”
“Habis tu yang offer beg kaki tu saper suruh.”
“Maksud saya kasutlah.”
“Ada-ada. Ini hah.”
“Dua ratus?”
“Normalah tu. Bonia kan.”
“Dua ratus letak dekat kaki.”
“Mak Ton kata okey ajer.”
“Ambil ajerlah.”


Kirin macam biasa. Setiap kali aku komen. Setiap kali itulah dia menjawab. Aku tak cakap banyak pasal rege dua barang yang dia ambil ini. Sudah umi yang rekemenkan suruh Syakirin pilih Bonia aku nak cakap apa lagi. Aku diam dan macam biasa tunggu di kaunter ajer. Kredit card aku swap. Next tempat….

Tempat: Kaunter minyak Wangi dalam Sogo

“Kalau minyak atar buat hantaran boleh tak. Halal pun halal.”
“Janganlah main-main. Saya rasa ini okey untuk awak. Issey Miyaki. Untuk saya Lancome Hypnose.”
“Saya tak pakai Issey Miyaki. Saya nak Bvlgari.”
“Okey.”
“Saya rasa awak sesuai dengan perfume Syahirah lah.”
“Hello Mak Ton…”
“Okey. Lancome Hypnose.”
“Gud boy.”


Minyak wangi. Kali ini aku tak rasa boring. Sebab aku memang nak cari minyak wangi untuk kegunaan aku sendiri. Tapi, memandai ajer Kirin pilihkan aku Issey Miyaki dia pulak ambil Lancome Hypnose. Owhhh… Bijaklah sangat. Issey Miyaki aku murah seratus ringgit dari dia punya Lancome Hypnose tu. Tak aci!! Banyak cantik muka dia. Lastnya aku ambil Bvlgari. Dia bila aku offer Syahirah, cepat-cepat buat phone call dengan umi. Finally dia Lancome Hypnose aku Bvlgari. Yang pasti dekat kaunter aku jugak yang kena keluarkan dompet. Seterusnya…

Tempat: Jakel, Jalan Tunku Abdul Rahman


“Saya rasa banyak ajer kain lace yang murah-murah dekat sana kenapa lace dari Dubai ni jugak yang awak nak.”
“Sebab suka.”
“Poket saya dah nipis ni pun awak sukalah.”
“Berkiralah awak ni. Kita kahwin sekali tau seumur hidup. Apa salahnya nak yang grand sikit. Lagi satu kita bukan kahwin koboi. Kalau kahwin koboi kes lain la.”
“Bolehlah yer. Tak mahal. Tujuh ratus ajer.”
“Sebelum awak mengadu dekat Mak Ton awak tu baiklah saya kata okey.”
“Bagus. Bagus. Bagus.”


Kali ini aku rasa Kirin memang dah tau dah apa yang dia nak dalam Jakel ini. aku bajet dia dah buat servey terlebih dahulu. Masuk ajer dalam Jakel dia terus ajer menonong ke bahagian lace Dubai ini. Aku cuma menggeleng kepala bila aku cakap dan macam biasa Kirin akan menjawab balik. Dan aku pasrah jugaklah dengan pilihan hatinya itu. Lace Dubai berharga tujuh ratus ringgit sepasang.

Pengalaman aku masa nak bernikah dengan Sofea dulu tak adalah teruknya macam sekarang ini. dulu aku suka. jadi apa yang Sofea nak aku bagi ajerlah. Sebab dah memang sayang punya pasal. Ini bila aku tak bagi dia mengungut. Macam mana ker gaya ceritanya tu. Kalau dulu tu pun Sofia tak adalah kejam macam yang sekarang ini. Sofia dulu beli barang-barang untuk dia dengan duit dia sendiri. Kirin pulak bayar setakat sengih dengan gigi sebaris dia ajer. Yang keluar duit tetap aku. Walau apa pun persiapan hampir sempurna. Yer hampir sempurna semuanya dibuat dengan Cik Syakirin tu. Dia memang seronok sakanlah nak itu ini orang tolong bayarkan. Aku? Dompet rabak, Kocek koyak, Kredit kad kopak. Dan aku pun dah terasa nak buat loan pinjaman perkahwinan dekat Bank Rakyat ‘Bank Untuk Semua” ajer ni. :(

Tuesday, August 4, 2009

2 X 5 Bab 7

Koyop dah bertampal di kiri kanan dahi. Bau minyak angin cap kapak sudah seharum semerbak di seluruh segenap bilik. Dia masih terbaring lesu. Puan Hamidah yang masih lagi setia memicit kepala anak dara seorang ni sekadar menggeleng perlahan. Tak tau apa ke halnya Syakirin cukup allergic dengan bau buah durian.
“Mak kenapa hari ini semua orang jadi sangat kejam. Masak semua makanan yang ada kena mengena dengan durian.” Rengek Syakirin perlahan. Punyalah tadi dia bertabah ajer menahan bau tempoyak yang boleh buat dia jadi migraine tiba-tiba. Kalau tak pasal ada tetamu yang berkunjung di rumah dia tadi, rela ajer tahan bas Parit Interprise tu pergi makan tengah hari dekat TKK. Mana tidaknya, emak dan Mak Ton masak, gulai tempoyak ikan patin, sambal tempoyak masak, ikan kembung bakar tu pun turut sama dilumur dengan sambal tempoyak. Apa yang dia nak makan selain makan sayur kangkung belacan tu ajer. Tak cukup dengan lauknya, bubur pulut hitam kegemaran dia pun emak main bantai letak ulasan durian jugak dalam tu. Sungguh dianak tirikan betul. Menangis sekuat hati dalam hati ajer tadi bila hari ini memang jadi vegetarian. Yang lain semua makan bukan main lagi. Tambah-tambah lagi Zaim. Ushhh… Habis hati sungguh tengok mamat ni menyudu kuah tempoyak dengan mencolek timun ke dalam sambal tempoyak. Tak kira makan dekat rumah orang, Zaim tetap makan bertambah tiga kali.
“Mana ker gayanya nanti ni Nur Syakirin. Zaim tu mak tengok bukan main lagi berkenan dengan gulai tempoyak. Kamu pulak jangankan nak makan, baunya ajer dah boleh buat nak pengsan.” Kata Puan Hamidah.
“Zaim tu memanglah mak. Tolak batu, kayu dengan besi ajer yang dia tak telan. Yang lain semua sumbat.” Balas Syakirin. Matanya dipejamkan sejenak. Mahu menikmati kenikmatan apabila kepala diurut oleh emak.
“Hish kamu ini.” Puan Hamidah memukul lembut bahu anaknya. “Ada ker cakap macam tu.” Katanya lagi.
“Yerlah. Betul apa.” Syakirin menjawab.
“ini hah. Tarikhnya dah siap. Mak Ton dengan Pak Midi kamu tu taknak bertangguh-tangguh lagi. Bulan depan bolehlah buat persiapan sikit-sikit. Kad kahwin, mak andam kalau kamu nak buat servey harga dari sekarang pun dah boleh mula dah.” Beritahu Puan Hamidah.
“Errrmmm..” Jawab Syakirin malas.
“Dengar ke tak ni.”
“Dengar…”
Sekali lagi Puan Hamidah menggeleng perlahan.


“Zaim tarikh dah siap tau. Cuti sekolah bulan enam nanti majlis kamu.” Beritahu Hajjah Zaiton kepada anak terunanya yang begitu asyik menonton siaran bola sepak tertunda Arsenal menentang Manchester United di saluran ESPN.
“Ermm…” Zaim sekadar menjawab malas. Mata dan kosentrasinya masih tertumpu pada skrin lcd Sony Bravia di hadapan. Remote controller Astro awal-awal lagi sudah disorok di bawah bantal yang menjadi alas kepalanya ketika ini. Umi bila dah datang dekat-dekat depan tv ni apa lagi. Mesti mahu mengganggu orang lain menonton. Mesti umi tengah get ready nak menonton sinetron Intan dekat Aruna sekarang ini.
“Cher bagi umi remote Astro ni Zaim. Dah dari tadi kamu duk menatap ajer orang main bola ni. Turn umi pulak nak tengok tv.” Kata Hajjah Zaiton sambil badannya terbongkok-bongkok mencari remote controller Astro di tepi cabinet televisyen. Kalau dah sepuluh minit mencari di tempatnya tiada jugak. tidak syak lagi. Tak lain tak bukan. Pasti remote ini telah disorok oleh anak teruna yang tengah tengok bola tu. Tang-tang sekarang ini memang dah time Intan start dekat Aruna. Hal yang macam ni, Hajjah Zaiton sudah pandai mengagak.
“Mana ada Umi.” Zaim cuba berdalih. Alah umi ni. Betul lah tak bagi can.
“Meh sini.” Hajjah Maimon sudah mengunjukkan tangan.
Zaim bingkas bangkit. Remote Astro di bawah bantal dikeluarkan dan dihulurkan kepada Umi. Umi dengan rakus telah menukar kepada chanel kegemarannya.
“Nak kemana tu?” Tanya Hajjah Maimon bila Zaim sudah menuju ke pintu.
“Keluar sekejap. Ambil angin.” Terus ajer dia berlalu keluar dari rumah. Dia duduk di atas buaian besi di halaman rumah. Dari pagar besi dapat dilihat anak dara jiran di rumah hadapan tu turut sama duduk di atas kerusi batu sambil membaca majalah. Pastikan sangat yang anak dara tu tengah baca majalah. Nama pun Syakirin kan. Dari kecil dah kenal budak ni. Tahu ajer yang memang membaca majalah tu adalah hobi tangga teratas dia. Sekejap-sekejap dia melihat Syakirin ketawa. Sekejap-sekejap dia melihat Syakirin tersenyum. Sekejap-sekejap dia melihat Syakirin tersengih. Sah. Tu adalah tu gossip yang menarik perhatian Syakirin tu.
Zaim bersandar di belakang buai. Rambutnya dilurut dengan dua belah tapak tangan. Dia melepaskan keluhan lemah. Sejak dua tiga menjak ini selalu sangat dia mengelus. Dia bukan apa. Tadi ajer dah macam berita ngeri ajer yang umi sampaikan. Cuti sekolah bulan enam nanti majlis akan berlangsung. Maknanya kurang dari lima bulan lagi dari sekarang dia akan memikul tanggungjawab sebagai suami orang. Sekali lagi Syakirin yang asyik sangat membaca majalah itu dicuri pandang. Syakirin manis jugak. siang tadi bila Syakirin pakai tudung lagilah bertambah manis. Dan rasanya kecil-kecil dulu pun budak ni boleh tahan comel jugak dan sememeh jugak dengan hingus yang tak pernah kering dalam lubang hidung tu. tapi entah kenapa hatinya tidak langsung terasa terpikat pada anak jiran di depan rumahnya ini. padahal time kecik-kecik dulu bukan main lagi main kawin-kawin together-gether. Main pondok-pondok pun bersama-sama. Nak kata macam couple olok-olok budak-budak kecil cakap ‘ai-lebiu-yu-lep-mi’ masa masing-masing berak pun emak ayah yang cebukkan tu pun dah biasa. Cuma pada dia itu hanya cerita budak-budak kecil yang tak cukup umur belum panjang akal punya cerita. Bila dah besar panjang menginjak dewasa dia tahu antara dia dan budak perempuan depan rumah tu sekadar teman sepermainan sahaja. cerita dengan budak yang bermain bersama-sama tu pun mati macam tu ajer bila dia pun masuk asrama. Lepas tu jumpa pula dengan seseorang yang dah Berjaya mencuri hatinya. Lagilah dah tak ingat apa-apa pasal budak tu. Kalau ikutkan dia tak adalah nak memilih yang cantik dimata sahaja untuk dijadikan couple time muda walaupun kalau boleh disukat mengikut skala kecantikan antara Sofea dan Syakirin, dia mengaku jugak, Sofea berganda lawanya dari Syakirin. Syakirin tu biasa sahaja Cuma manisnya yang lebih. Sofea pula, memang cantik gadis kacukan anak mami Pulau Pinang yang dah lama bermastautin tetap di tanah Ipoh ini. Tapi itu bukan faktornya dah soal hati ini susah nak ditafsirkan.

Breng!! Breng!!
Bunyi motor EX5 Amir membingitkan suasana malam.
Breng!! Breng!!
Sekali lagi pedal minyak ditekan. Sengaja. Mahu menyakitkan telinga akak.
“Agak-agaklah sikit. Tak Nampak ker akak ada kat sini.” Marah Syakirin. Amir ni sengaja tau. Suka menganggu ketenteraman orang. Apa dia ingat dekat kampong ini rumah abah sebuah ajer ker yang ada. Tu bukan apa tu. Nak menarik perhatian budak Ayu dekat sebelah rumah Mak Ton la tu. Amir pun ada hati nak cop calon orang satu kampong jugak ker.
Amir sekadar ketawa. Muka akak dah berkerut seribu. Dia memang tahu. Akak bukan boleh dengar bunyi motor memekak. Automatic akak pun akan memekak sekali.
Breng!! Breng!!
Plastik twisties yang sudah kosong isi dalamnya direnyuk dan dibaling kea rah Amir yang mengekek ketawa. Apalah maknanya plastic kosong tak berisi itu di baling macam tu. Bukannya boleh sampai pun. Buat mengotorkan laman rumah ajer.
Breng!!....
Panjang bunyi motor Amir.
“Amir!!” Jerit Syakirin. Bengkek betul dengan adik yang dah tumbuh tanduk ni. sudahlah tak lekat dekat rumah. Pantang lepa sikit dia pun lesap. Kalau tak disebabkan motor tu duit tunai aku yang belikan dah lama aku hempuk dengan mertol. Lepas tu pergi hantar timbang kati dekat Jalan Bendahara.
“Apahal ini?” datang satu suara mencelah dari belakang Amir.
Amir tersentak.
Syakirin terkejut.
Zaim ketawa bila melihat expresi muka dua beradik ini iya-iya ajer terkejut dengan kehadirannya yang datang secara tiba-tiba ini.
“Zaim tengok la budak ni. memekak ajer tengah-tengah malam.” Ngadu Syakirin.
“Elleh akak. Mentang future husband ada dekat sini dan-dan nak mengadu.” Amir mencebek. Abang Zaim dia salam.
“Kau main-mainlah. Zaim awak pelangkung sikit budak ni. buat bising satu kampong.” Syakirin membuat pakatan dengan Zaim.
Amir buat muka. Elleh… macamlah aku takut sangat dengan Abang Zaim ni. Abang Zaim dengan aku, aku lagi besar tau. Sikit tak gerun. Akak pun nak carikan aku lawan biarlah kena. Aku ni kategori 80kg. Abang Zaim aku tak tau. Yang aku tau bakal abang ipar ini kurus kering ajer orangnya.
“Lawa motor Mir.” Puji Zaim.
Syakirin membulatkan mata. Terlupa pulak yang Zaim ni dulu masa kecil kaki racing basikal jipang. Agak tak sempat nak merempit motor kerajaan dah hantar pergi oversea sambung degree di sana. La ni dah ada balik dekat sini nanti orang kata dah tua umur masuk tiga puluh tahun tak sedar diri nak pergi merempit di jalan raya lagi ker.
“Biasalah bang. See the leglah sapa tuan dia. Awek berderet tunggu turn nak duduk belakang.” Amir berkata riak. Bangga gila. Tapi tang awek tu dia Cuma tokok tambah ajer. Menyedapkan cerita. Menghebatkan gaya. Padahal sampai sekarang mana ada seorang pun budak perempuan yang pernah duduk dekat belakang ini. Ayu tu. Fuhhh!! Sungguh jual mahal. Haram dia nak pandang motor EX5 ini. Spesies gedik dekat sekolah tu adalah yang rela hati nak naik. Tapi awal-awal say sorry. Dorang tu semua bukan taste dia. taste dia dari dulu sampai sekarang ni tetap jugak Ayuni. Tu ajerlah buah hatinya.
“Ngee.. Keluar muntah hijau akak dengar Mir.” Kata Syakirin jengkel. Perah santan buat pengat betulah Amir ini. Nak ajak Ayu keluar pergi Parade pun sampai sekarang tak Berjaya, lagi mahu nak riak kembang hidung macam tu. Awek berderek konon. Hakkkkk…tui!!
“Satu sikap buruk akak ni abang dia kuat membebel. Abang kena sedia baldi besarlah nanti kalau dah kahwin. Buat tadahan. Sebab Amir confirm, telinga mesti tak tahan dengar mulut makcik ni membebel.” Sengaja Amir menyakat akaknya.
Berdesing telinga mendengar. Amir ni memang nak kena. Jatuhkan saham aku depan Zaim. Siaplah kau Mir. Sebelum balik KL lusa nanti akak sorok kunci motor ni dalam handbag. Bawak balik KL. Tunggulah akak balik baru kau boleh nak merempit lagi.
“Dah-dah masuk. Kau sibuk merempit satu kampong homework tak buat. Pergi. Pergi. Nak periksa tapi main lebih.” Kata Syakirin. Buat-buat tegas.
Amir menjuihkan bibir. Akak tu sajalah tu. Takmo orang kacau dia berasmaradana dengan Abang Zaim dekat tepi pagar. Padahal bukan akak tak tau, kerja sekolah semua dah siap. Ingat EO pencen tu nak bagi keluar ker kalau homework tak siap, kalau buku tak selak. Jangan harap!!
“Okeylah abang. Masuk dulu.” Kata Amir sebelum berlalu. Motornya dituntun masuk ke dalam kawasan rumah. “Akak pun jangan lama-lama. Mana boleh anak dara berembun tengah-tengah malam.” Giat Amir lagi sebelum dia bolos ke dalam rumah.
“Hantu punya budak.” Gumam Syakirin rendah.
“Amir merempit lagi.” Tanya Zaim.
“Entah.” Syakirin menjongket bahu. “Agaknyalah.” Sambungnya kemudian.
“Ishh.. Mana boleh macam tu. Nasihatkanlah dia. kalau minat race dekat track. Jangan buat cara haram. Sepang Curcuit tu cukup besar kalau nak dibuat track berlumba.”
“Amir tu saja ajerlah. Lagipun dah berbuih mulut nasihat. Bukan makan saman. Lagipun dia tu bukan berani pun nak merempit-rempit sangat. Nampak ajer otai tapi penakut. Takut gila dengan abah.” Kata Syakirin diselangi dengan ketawa kecil. Dalam tiga-tiga anak abah, dia seorang ajerlah yang paling selamba buat tak tau ajer dengan garang abah tu. Sebab tu dalam tiga-tiga anak abah dia ajer yang belajar boleh kata takat SPM ajer. Abang lepasan UIA. Mantan student Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws. Amir tu mat rempit dia pun tetap juga best student dekat sekolah. Katanya nak ikut macam abang jugak. Nak jadi lawyer jugak. Gasak koranglah. Syakirin? SPM~1A2, 2B4, 3C6 yang lain cangkul. Hheheheh… Kira okey gak walau tak belajar tinggi mana tu pun. Ada kerja. Kerja tetap. Walaupun sekadar jaga kaunter pembayaran bil di TM Point tu ajer. Okeylah tu. Uniform tip top. Jenama Edmundser gitu. Ingat tukang baca berita TV3 ajer ker boleh pakai suit Edmundser. Orang TMPoint merasa jugaklah.
“Jadi kalau Amir pun takut dengan Pak Majid, sejarah korang adik beradik Kirin ajerlah yang kebal dengan Pak Majid yer.”
“Mana tahu?”
Dah Nampak songsangnya. Boleh bajet dah. “Instinct.”
Syakirin ketawa kecil. “Bagus jugak. Belum apa-apa dah ada instinct. I like!!”
“Nak menggoda Zaimlah tu.”
“Poyo gila.” Syakirin memeluk tubuh tatkala terasa sejuk angin malam sudah mula menyucuk ke dalam tulang. “Eh…Dahl ah. Kirin nak masuklah. Tak elok orang tengok. Kita dekat kampong. Internet bergerak banyak. Zubir intip pun kalah. Abang Naz Melodi memang angkat tangan surrender. Internet bergerak ini memang hebat menyampai berita terkini.”
Pecah ketawa Zaim mendengar kata-kata Syakirin itu tadi. Zubir intip tu dia kenal. Abang Naz Melodi tu memang popular. Kirin. Kirin. Macam-macam betul dalam kepala tu. “Yerlah. Sebelum wartawan-wartawan tak bergaji ni menyampaikan cerita lebih cepat dari berita lebih baik kita cuba elakkan.”
“Tau takpe. Gud nite.”
“Gud nite.”

“Macam tu ajer kak.” Tanya Amir sebaik sahaja akaknya masuk ke dalam rumah semula.
“Macam tu apernya kau ni Mir.” Syakirin kembali bertanya. Tak faham kehendak soalan Amir itu tadi.
“Say gud nite ajer.” Kata Amir.
“Gud nite ajerlah. Kau ingat akak nak buat apa lagi tadi.”
“Kut yer pun haram nak buat gud bye kiss takkan flying kiss pun tak boleh kut.”
“Gilalah kau ni Mir. Sejak bila adik akak pandai sangat ni hah. Luka sunat tu pun baru nak kering dah pandai nak gatal-gatal pulak yer.”
“Akak ni. orang masuk jawi masa darjah empat tau. Sekarang dah masuk form five baru nak kering amendanya pulak. Dah akhil baligh dah lah.”
“tak kuasa akak nak melayan kau ni.” Syakirin mencapai remote tv. ESPN bertukar kepada E Entertainment. PCD tengah terkinja-kinja menyanyi sambil menari di dalam video klip Button.
“Akak malu ker atau akak cover tadi tu.” Giat Amir tak sudah.
Syakirin bingkas bangun. budak ni bukan sekolah esok. Jadi dia takkanlah nak masuk tidur awal malam-malam minggu macam ni. aku yang dah tak terasa nak melayan merapu adik bongsu ni pandai-pandailah cari jalan tamatkan perbualan ini.
“Akak nak tidur. Gud nite.”
Belum sempat Amir nak berkata apa-apa pintu bilik sudah ditutup rapat.

Monday, August 3, 2009

Edisi Promo BPMA




Assalamualaikum..
BPMA dah masuk kedai dalam minggu ni. Kepada semua bolehlah serbu mana-mana kedai buku yang berhampiran. Order online dekat Kaki Novel pun boleh jugak. Saya harap semua akan terhiburlah hendaknya. ~Yang baik datangnya dari Allah, Yang buruk itu dari saya sendiri~

*kepak-kepak, gebung-gebung*~bunyi kompang~


salam sayang,
eila