Thursday, May 28, 2009

Istimewa Dari BPMA

Dia dan orang tue berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Dia dan orang tue asalnya bukannya sebulu. Namun kalau orang tue dah menghulurkan salam perkenalan, dia pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan ajerlah. Sebab dia bukan jenis orang sombong yang eksen tak bertempat.

Dia dan orang tue bermula sekadar kawan biasa, kemudian dia dan orang tue mula masuk fasa teman tapi mesra. Orang tue kata sayang. Orang tue kata cinta. Tapi dia blur tak tau nak kata apa sebab dia tak tau apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab dia takut kena tinggal, dia takut kuciwa macam apa yang pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat confius.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun dalam ribut taufan itu, rindu tetap bertandang dihati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa di bina tembok ego antara hati-hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk tolong ‘shampookan’ hubungan ini. Biar yang simpul dileraikan, biar yang kusut dilembutkan, biar yang serabut dirapikan. Biar jadi wangi macam sediakala. Dia ker? Orang tue ker? Kak Ana? Rozy? Azizul?......

[guna jari pun boleh!!!..]

Dia:~Nurul Aleeya~

Orang tue:~Mohd Zain~

Wednesday, May 20, 2009

Surat Untuk Korang

Assalamualaikum...

Buat korang semua [pembaca budiman yang tak pernah jemu masuk blog ini] sangat-sangat berterima kasih sebab masih sudi lagi singgah ke sini. Seingat saya, saya tak pernah titipkan sebarang surat penghargaan untuk menghargai sokongan dan dorongan korang semua dalam membuat saya makin bersemangat menulis di sini. Percayalah kalau tak disebabkan ada korang yang masih sudi membaca karya-karya yang dirasakan sangat kecil ini, tak mungkin benda-benda ini diteruskan sampai sekarang. Besar sangat maknanya kehadiran korang semua tau :).

Dikesempatan ini jugak, saya nak menyusun sepuluh jari, andai ada cerita-cerita yang saya tulis tidak menepati kehendak dan citarasa korang. Ingin diingatkan disini, saya masih terlalu hijau dalam bidang ini. Secara tidak sengaja saya masuk ke bidang yang tidak pernah terlintas dalam kepala yang saya akan sama-sama join sekaki. Apatah lagi, tiada seorang pun dalam ahli keluarga saya yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam bidang penulisan ini [mak abah pun tak tau anak dia menulis]. Jadi dimana ada kesalahan, harap boleh maafkan.

Tau tak? Sangat-sangat bermakna kalau pagi-pagi bukak blog dan baca komen ada orang yang suka apa yang kita tulis. Sangat-sangat gumbiranya hari itu. Memang salah satu cara terapi diri agar satu hari suntuk duduk ofis buat diri tak rasa boring. Kerana itu saya juga ingin merakam ribuan terima kasih pada sesiapa yang sudi menjatuhkan komen setiap kali mereka usai membaca cerita saya. Dan akan rasa nak tergelak jugak kalau dapat baca mesej2 yg ditinggalkan pada chatbox kat tepi ni. Tapi andai saya tak dapat membalas mesej2 pada chatbox kat tepi ni janganlah pulak terus menerus kata saya ni sombong. Saya bukan sombong. Sebenarnya chatbox ni kat ofis tak boleh bukak. Telah diblok. Jadi faham2 ajerlah. Memang sedih bila benda ni diblok. Terasa terputus medium perhubungan yang menghubungkan saya dengan korang semua [kalau rajin bawak laptop pergi mana2 ceruk yg ada wyreless kat area putrajaya ni, insyaallah mesej korang akan saya balas]. Tapi insyaallah, yang mana ada masuk dalam YM saya, yang mana tegur, dan bagi tau dia dari mana, saya akan layan. Tak janjilah. Kalau masa tu saya terikat dengan kekangan kerja dipejabat dan tidak sempat melayan, harap maaf sekali lagi. Maklumlah komitmen kerja saya memerlukan saya sentiasa bersedia dengan setiap arahan yang dikeluarkan. Kira orang kata sedia berkhidmat. Untuk yang add dalam Facebook atau Friendster saya, terima kasih jugak. Biasanya saya akan say tq secara personally di sana.


Disini saya ingin memaklumkan pada korang semua, saya ini anak Perak. Memang lahir kat sana, membesar pun kat sana. Jadi tang mana yang tak faham dengan perkataan-perkataan negeri saya tu sorrylah tau. Saya dah terbiasa menyebut benda-benda ni semua. Lagi satu kalau ada yg terperasan setiap kali saya menulis pasti saya akan menamakan tempat2 yang lebih kurang sama ajer. Itu menunjukkan betapa saya ini tak berapa jauh lagi melangkah even satu semenanjung Malaysia ni pun [saya manusia spesies frog underground yang kerjanya hanya melepak dekat rumah sambil tgk tv ajer]. Heheheh... Lagi satu, tempat2 tu sebenarnya terlalu dekat dengan diri saya. Sangat mudah untuk digambarkan kalau nak dibandingkan meletakkan nama2 tempat yang langsung saya tak pernah jejak. Jadi kalau berulang kali dalam lain2 story saya sebut SMKKPPI , PSIS, Ipoh Parade, Stadium Indera Mulia, Pasir Putih Ipoh, Kg Sri Kinta, Taman Temara, GM tu kira2 memang tempat yang biasa saya pergilah. Yang sangat dekat dihati. Yang simpan 1001 memori.

Tentang menulis2 ni semua. Sungguh saya tak mula menulis cerpen ker novel ker sejak zaman sekolah [kecuali terpaksa menulis untuk subjek penulisan ajer]yang macam dilakukan oleh penulis2 e-novel yg lain. Pun tak pernah simpan cita2 nak jadi penulis. Mungkin sebab masa sekolah dulu memang bercita2 nak jadi wartawan majalah hiburan kut yang buat aura menulis tu datang dalam diri walaupun cara persembahannya ajer yang berbeza. Bermula hujung tahun 2007 benda ni semua start yang mana pada masa tu saya menulis cerpen bertajuk 'Cinta Itu, Milikku Akhirnya' untuk dedikasi pada seseorang [Siapa dia jangan ditanya. Biar terus benda ni jadi kenangan untuk saya]. Hajat nak hantar pada Majalah Remaja. Tapi sayang, sampai sekarang pun cerpen tu tak keluar2 lagi. Last2 lepas lama menunggu, saya pun hantar kat dalam blog Penulisan2u. Dan disitu saya kumpul pembaca yang boleh terima cara saya menulis yang sangat lintang pukang ni. Lepas tu, rasanya jari jemari terus menaip mengeluarkan idea utk menaip cerpen-cerpen lain pulak [semua cerpen yang saya tulis ada diupload disini]. Baik cerpen atau novel benda ni datang tanpa dirancang. Setiap kali menulis cerita, tidak ada langsung sebarang plot atau rangka. Main belasah ajer. Ada sesetengah senario dalam cerita2 saya betul2 terjadi, tapi biarlah rahsia tang senario yang mana satu. Hhehhehe..

Saya bukan siapa-siapa. Sekadar menulis untuk berkongsi rasa, berkongsi kegembiraan dengan korang semua. Yang masih lagi merangkak perlahan-lahan untuk buat sesuatu yang terbaik dan bermakna untuk semua orang. Yang masih lagi berusaha mengumpul duit untuk sambung belajar balik [benda ni tak tau bila boleh terlaksana sebab sampai sekarang borang u pun tak isi lagi]. Yang masih lagi kena tolong mak saya kat kedai makan dia setiap kali pulang ke kampung [sempat buat promotion]. Yang masih lagi simpan impian untuk menjadi insan yang berjaya. Saya menulis mengikut tahap kemampuan saya sahaja. Mengikut pengalaman saya sendiri. Yang mana saya tidak berapa nak pasti saya akan elakkan dari menulisnya. Bukan apa, takut salah tulis, memesongkan orang yang membaca. Ini yang saya mampu, jadi ini yang saya persembahkan.

Rasanya dah terlalu banyak sangat merepek dan merapunya saya di sini. Better berhenti ajerlah dulu. Kepada korang semua, terima kasih, terima kasih, terima kasih banyak2. Korang sumber inspirasi....

Salam sayang,
akubintangbiasa aka eila

Monday, May 11, 2009

Kompilasi Siti Nurhaliza dari Nurhaliza

Kompilasi Siti Nurhaliza Dari Nurhaliza
“Hari ni lagu apa kau hantar dekat itu Maybank moi?”
Aku pandang anak tokei kedai bunga ni. Yuen namanya yang sangat fasih berbahasa Melayu. Bekas kawan sekelas aku yang memang baik sangat-sangat dengan aku walaupun kami berlainan bangsa dan agama. Orang Malaysia kan ker bersatu padu. Soal agama, bangsa, benda-benda tu semua letak ke tepi. Sudah hampir sebulan aku bekerja di sini. Lepas habis SPM. Sementara menunggu keputusan lebih baik aku kerja. Tu benda yang berfaedah dari menghabiskan beras di rumah. Bekerja di kedai bunga Auntie May tu bukan bermakna aku minah bunga. Sudah Yuen yang beriya-iya mengajak aku bekerja dengan ibunya. Aku ikutkan ajerlah. Lagipun kerja tak susah mana. Cuma tolong aturkan bunga, ambil order pelanggan, siram bunga, dan adalah kerja-kerja lain yang tak payah pakai banyak tenaga pun. Ada jugaklah bila mana tiba masa Auntie May terlalu sibuk mengubah bunga, nak-tak-nak aku dengan Yuen pun kena turut sama tolonglah walaupun kami berdua memanglah tidak berseni langsung bab-bab nak gubah menggubah ni. Aku logic jugak kalau tak pandai menggubah. Yang anak tokei pun dua kali lima apa kes. Saper nak jawab tu? Kira peribahasa orang puteh yang Mr. Popeye selalu pakai ‘like father, like son’ tu tak boleh pakai jugak kan. Sebab manusia ni ada minat tersendiri.
“Aku hantar lagu Bukan Cinta Biasa.” Aku menjawab soalan Yuen tadi. Nasi bungkus yang aku tapau dari warung Mak Esah sudah habis aku makan. Aku masuk ke belakang kedai, untuk mencuci tangan.
“Siti Nurhaliza lagi?” Yuen bertanya dengan suara yang agak tinggi.
Aku tersengih ajer. Macam mana amoi mata sepet ni tak meninggi suara macam tu. Kalau tak silap aku, masuk yang ini, sudah dua belas lagu Siti Nurhaliza aku hantar pada dia. Si Dia pujaan hatiku. Si Dia yang teramatlah handsome dan macho. Dia bukan muka fotostat artis popular, tapi dia tulah yang selalu buat aku makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena (hakikatnya aku mana pernah makan tak bertambah, mandi kalau tak lebih dari setengah jam dalam bilik air, dan kalau tidur bom meletup disebelah pun belum tentu aku akan sedar).
“Tak ada lagu lain ker Liz. Kenapa Siti Nurhaliza?” Yuen bertanya lagi. Sengih yang terpamer pada wajah Liz tadi sudah cukup memberi jawapan untuk soalan dia yang tadi.
“Kenapa?” Aku bertanya pulak tanpa menjawab soalan Yuen tadi. Salah ker aku hantar lagu Siti Nurhaliza dekat dia yang aku suka tu. Apa salahnya. Takkan polis nak tangkap. Lagipun bukannya membahayakan kesihatan orang yang terima lagu tu pun (kalau dia termuntah hijau sebab dapat lagu ni aku tak tau lah pulak). Aku memang peminat Siti Nurhaliza. Lainlah aku buat bisnes cd ciplak, lepas tu bagi satu dekat mamat tu. Aku hanya bagi lirik lagu Siti Nurhaliza yang aku copy-paste dari laman website penyanyi itu sahaja yang kemudian aku print di atas kertas warna dan aku liminatedkan sekali. Yuen ni jeles la tu. Jeles sebab tak ada idea kreatif macam yang aku buat ni.
“Kat Malaysia kan ker banyak penyanyi lain. Kenapa Siti jugak yang engkau pilih.”

Aku senyap ajer. Mestikah aku bagi tahu perkara yang sama lagi kepada Yuen untuk kesekian kalinya. Rasa tak perlu. Sebab dah berbuih mulut bagi tau perkara yang sama:
1. Aku peminat setia biduanita muda Negara itu.
2. Aku tak reti nak buat ayat jiwang, bermadah-madah cinta jadi kerja senang aku hantarlah lirik lagu pada dia.
3. Aku hantar lagu best aper. Semua lagu-lagu yang top-top berlaka. Yang pernah menang AJL, AIM pun aku hantar jugak.
4. Akhir sekali sebagai simbolik nama pengirim lagu tu lah. Aku Siti Nurhaliza walaupun kat surat beranak nama aku hanya Nurhaliza sahaja tetapi aku dengan suka-suka hati memberi mandat kepada diri sendiri untuk letak Siti kat depan nama aku. Siti Nurhaliza celup pun jadilah.
“Yuen, aku nak buat kerja. Nanti mummy kau bising. Potong gaji aku pulak.” Aku bingkas bangun. Time rehat dah habis. Kalau nak dilayan soalan macam-macam Yuen ni bulan depan pun belum tentu habis.
Yuen geleng kepala. Dia pun tak tau apa special mamat yang Liz tergila-gilakan itu. Muka pun biasa-biasa ajer. Cuma Liz yang beria-iya benar kata mamat tu handsomelah bergayalah, apalah. Orang kalau dah sukakan, kentut pun dia kata wangi macam sembur Issey Miyaki satu badan. Itu Liz. Yang selalu gila-gila yang sekarang tengah gila bayang dengan mamat kerja Maybank tu. Kerja sebagai apa sama ada dia atau Liz memang tak pernah tau. Nak kata mamat ni tellerman tak mungkin. Sebab tak pernah pun nampak Maybank ni di hadapan kaunter masa dia menemani mammy memasukkan duit ke dalam bank tempoh hari. Nama mamat Maybank tu pun sampai sekarang masih menjadi tanda tanya. Hanya pakai kod Maybank ajer sebagai kata ganti diri buat mamat yang memang bekerja di Maybank tu.
***************
Malam ini aku makan dengan berseleranya. Emak masak special sebab Along balik bercuti. Along akan balik pada setiap minggu kalau dia tidak sibuk dengan tugasannya di kampus. Alah.. senang ajerlah pakcik ni kalau nak balik. Dia bukannya belajar jauh mana pun. Buat Mechanical Enggineering setakat dekat UTP tu ajer. Setengah jam perjalanan ajer. Tapi best jugak. Ambik berkat. Boleh makan special tiap-tiap minggu. Emak masak pun sebab Along tu semedang merungut kata makanan dekat kafe asrama dia tu tidak langsung memenuhi kehendak anak tekak dia. Ehh… Hello… Kalau nak makan masakan yang boleh ikut cakap anak tekak awak tu, kahwinlah cepat. Makwe keliling pinggang. Yang mana satu bakal kakak ipar aku pun aku tak tau. Pun tak berani jamin dengan yang mana satu Along aku ni serius.
Selesai membantu ibu mengemas meja dan mencuci pinggan mangkuk aku masuk ke dalam bilik. Aku malas nak berebut remote controller tv kalau Along ada di rumah. Kita kasi can lah pada orang yang konon-konon hidup jauh dari keluarga tu tengok tv siaran yang dia suka. Janji malam esok, malam Ahad jangan sesekali ada yang mengganggu aku nak tengok AF. Aku suka ajer tengok AF ni tapi barang nak Afundi budak-budak ni sorry to saylah, tak ada maknanya nak buang kredit sebab benda ni. Tengok untuk suka-suka.
Komputer aku buka. Folder ‘CTBest’ aku tekan. ‘Jerat Percintaan’ berkemundang. Tak puas dengar pakai speaker kecil ni, aku cucuk earphone pada lubang telinga. Benda paling selamat. Nak dengar kuat mana pun tak saper nak marah. Aku buka line internet. Seperti biasa. Kalau dah bukak internet, memang tak sah kalau aku tak masuk ke laman web penyanyi kesukaan aku tu. Saja. Nak tau apa aktiviti terbaru yang Siti Nurhaliza buat. Mana tahu kalau dia ada buat promosi dekat Ipoh. Boleh aku pergi. Mata tertancap pada bingkai gambar bersaiz A4 yang tergantung pada dinding bilik. Gambar aku dengan Siti Nurhaliza yang diambil semasa penyanyi itu mengadakan rangka promosi albumnya sikit lama dahulu. Masa itu aku baru tingkatan 3. Aku betul-betul suka pada Siti Nurhaliza.
Fail purih di atas meja belajar aku capai. Isi dalamnya aku keluarkan. Lirik-lirik lagu yang sudah di print di letak di atas katil. Selagi tak habis lirik lagu ni, selagi tu lah aku akan berikan kepada dia. Ini kalaulah Along dapat tahu, mesti Along akan mengata adik dia ni seorang yang sangat jiwang, jiwa-jiwa dan berbunga-bunga.
“Arrgghhh!!” Aku menjerit secara tiba-tiba. Earphone aku tanggalkan dari telinga. Aku pandang belakang. Nampak Along mempamerkan gigi putih berserinya. Hampagas punya abang. Pergi kuatkan sound sampai nak terpecah gegendang telinga aku ni. Nasib cepat bertindak tadi. Kalau buatnya aku jadi pekak, siapa yang nak bertanggungjawab.
“Buat apa?” Along bertanya.
Aku terperasan akan lirik lagu yang sudah bersepah di atas katil segera mengemaskannya. Aku jadi cuak. Baru tadi terlintas dalam kepala takut terkantoi dengan Along. Dan rasa-rasanya aku memang sedang terkantoi sekarang ini bila Along dengan terlebih pantas mengambil helaian lirik lagu itu dari atas lantai. Mungkin terjatuh di tiup angin kipas kut.
“Untuk sayangku?” Along angkat kening. Dia senyum mengejek.
Aku mencebek bibir. Ngeee… Tolonglah jangan nak buat senyum macam tu kandaku. Hilang handsome awak. “Meh la sini.” Aku terjengket-jengket mahu mencapai helaian lirik berkenaan bila Along dengan sengajanya menggunakan ketinggian yang dia ada untuk mengacah-acah aku sedemikian rupa. Aku fed up. Aku duduk kembali di atas katil. Dan aku memeluk tubuh. Aku pun mendengus geram.
“Untuk saper ni?” Along bertanya.
“Untuk siapa apa Along kisah.” Aku menjawab geram bila Along dari tadi masih dengan sengih mengejeknya.
“Mestilah Along kisah kalau ini untuk bakal adik ipar Along.”
Muka sudah merah. Aku jadi malu sendiri. Yer lah. Dah tertulis pada header setiap helaian ‘Untuk Sayangku’ mestilah Along syak ini untuk somebody yang special. Yang pasti ‘yang special tu mestilah orang, dan bukannya Si Mimi hamster yang aku sayang tu. Mimi mana tau baca lirik lagu Siti Nurhaliza.
“Cakaplah siapa dia. mana tau Along kenal.” Tutur Along dengan lembut. Dia dua beradik ajer dengan Liz. Liz memang manja. Liz pun tak pernah berahsia apa-apa perkara pun sebelum ni dengan dia. Mungkin sebelum ini perkara-perkara tu tidak melibatkan hati dan perasaan kut. Tu sebab Liz lepak ajer nak cerita benda-benda tu semua. Ermm… Tapi dia pun pelik jugak. Sejak bila Liz yang baru habis SPM ni boleh tangkap cinta pulak. Yang dia tahu, Liz jenis kaki studi walaupun di masa yang sama dia kaki enjoy. Enjoy cara Liz tidaklah melebih-lebih sampai masuk night club ke aper ker. Enjoy cara Liz setakat hang out dengan kawan-kawan dekat Kinta City, Ipoh Parade ajer.
“Tak ada siapalah Along.” Aku memberitahu lemah. Nak bagi tau macam mana. Takkan nak bagi tau itu untuk Maybank. Nanti Along banyak tanya pulak. Paling tak pun Along akan tanya Maybank cawangan mana. Dia mesti nak bawak kawan-kawan engine dia tu buat penyiasatan. Macam Detective Conan and the gang.
“Takkanlah tak ada siapa. Takkan ini untuk Mimi kut. Taulah Liz sayang dekat Mimi tu.”
Aku ketawa kecil bila Along sebut pasal Mimi. Macam tau-tau ajer apa yang aku fikir tadi.
“Deyyhh Along. Mimi tu hamster. Dia mana kenal Siti Nurhaliza. Dia mana tau membaca. Si Mimi tu cuma tahu main dalam roller dia tu, dengan makan kuaci ajerlah.” Selamba aku menjawab.
“So kalau bukan untuk hamster, mesti untuk anak orang.”
“Memanglah untuk anak orang, takkan untuk anak beruang.” Aku menjawab geram. Banyak tanya pulak Along ni.
“Habis tu ini untuk siapa sebenarnya, Liz.” Along bertanya lagi. Sedikit tekan satu persatu perkataan yang dia nak cakap.
“Liz tak tau siapa dia.”
Along mengerut dahi.
“Secret admire yang Liz sendiri tak tau siapa nama dia. Tapi memang hari-hari Liz jumpa dia.”
Along tepuk dahi. Adoii… Adik aku ni terkena panah arjuna daripada siapa pulak ni. Sampai begitu sekali. Liz adik Along yang paling Along sayang, takkan nak memikat hati lelaki pakai lirik Siti Nurhaliza kut. Along geleng kepala lagi.
******
“Auntie tolong gubahkan saya bunga ros merah. Dua belas kuntum yer?”
Aku yang tengah sibuk menyusun atur bunga-bunga yang baru sampai dari Cameron Highland segera berpaling. Yuen juga.
“Andainya engkau ku milikki.. terdahulu.. sebelumnya..” Yuen menyanyi perlahan.
Aku memandang Yuen dengan geram. Amboi…amboi…amboi makcik sorang ni. Sejak bila peminat Sammy Cheng pandai nyanyi lagu Siti ni. Nasib aku dan Yuen jauh sikit dari Maybank tu berdiri. Tak ker boleh menimbulkan syak wasangka dalam diri si Maybank tu kalau tiba-tiba dia datang amoi Cina ni nyanyi lagu Siti secara tidak semena-mena. Yuen ni memanglah. Yuen kalau masuk AF memang aku akan undilah. Tapi bukan untuk AFUNDI tapi untuk AFKELUAR. Sumbangsih. Pichtcing lari. Tak sedap langung.
“Diamlah.” Aku berkata sambil mengetap bibir. Mata aku bulatkan sebagai signal agar Yuen segera berhenti menyanyi. Kut yer pun Maybank ni tak syak apa-apa aku takut Ipoh seminggu dilanda hujan pulak sebab suara amoi ni.
“Berkecailah impian kau Liz. Maybank beli 12 kuntum bunga ros merah. Apa maknanya tu. Dah tentu untuk yang istimewa. Yang pasti bukan kau.”
Yuen berbisik dekat telinga aku. Dekat dengan telinga. Sampai dihati. Dan, aku rasa pedih sangat-sangat. Takkan aku nak salahkan hepotesis yang Yuen buat. Boleh jadi betul. Boleh jadi tak betul. Kenapa aku tiba-tiba jadi sangat sedih. Aku terus berlalu. Buat-buatlah trick nak pergi toilet janji aku menghilangkan diri sekejap dari sini sampai si Maybank ni pergi.
“Liz..” Panggil Auntie May,
“Yes bos!!” Aku berpaling. Bonda Yuen nil ah. Muka aku ni tak de rupa orang sakit perut makan sebotol julap ker sampai Auntie May tiba-tiba boleh panggil aku yang berlalu nak ke toilet ni. maknanya tak boleh jadi pelakon yang terbaiklah.
“Liz tolong gubahkan bunga untuk encik ni. Auntie nak siapkan gubahan pelanggan yang tadi tu. Sikit lagi dia nak datang ambil.” Arah Auntie May.
Aku terkedu. Aku kena siapkan gubahan untuk encik ni? Gubahan untuk special dia seperti apa yang Yuen kata tadi. Tak sanggup rasanya. Tapi amat-amatlah tidak professional. Auntie May sajer ajer tau. Suruh aku tak kena masa. Yuen tak pulak dia suruh.
“Okey.” Aku menjawab lemah.
“Encik nak bunga apa tadi.”
“12 kuntum bunga ros.” Ulang Si Maybank ni lagi.
Aku tekun menggubah 12 kuntum bunga ros merah seperti permintaan Maybank ni. Aku main buat ajer. Langsung macam tak ikhlas rupanya. Kalau dia komplen aku cakaplah aku ni amatur. Budak baru belajar.
“Nak bagi untuk girlfriend ker encik?” Aku bertanya. Saja taknak bagi pelanggan boring. Nanti Auntie May perasan pulak yang aku sekarang ni memang tak ikhlas nak gubah bunga untuk girlfriend Maybank ni.
Dia mengangguk. “Ya.” Sambil tersenyum.
Aduhh… Pedih hatiku ini. Aku dah terasa macam nak menyanyi lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu ajer. Bicara Maybank ni manis, sopan. Tapi amat-amat menyakitkan hati.
“Siap.” Aku menyerahkan jambangan bunga yang telah siap digubah kepada Maybank. “Bayar pada tokei.” Sambung aku lagi. Aku yang konon-konon nak ke toilet tadi terus terbantut. Maybank nak pergi dah tu. Cancel ajerlah rancangan nak bertapa dalam toilet tadi.
“Thank Liz.” Sapa lelaki itu sebelum dia berlalu.
Aku membuntangkan mata. Liz? Aku lihat Auntie May tersengih. Aku dan Yuen saling berpandangan.
“Dia bagi Liz.”
Auntie May menghulurkan sekeping name card kepada aku. Aku ambil. Aku lihat. Owhh.. Zaid Shauki. Ermm… Ah peduli apa aku. Zaid Shauki ker. Afdlin Shauki ker. Dia tu dah berpunya. Aku bukan fesyen main rembat hak orang. Spesies macam tu Nurhaliza Abdul Rahim tak joint venture.
**************
“Zaid ni duit bunga tadi. Lebih keep the change.” Adam meletakkan not lima puluh ringgit di atas meja makan. Dia duduk disebelah Zaid di atas sofa. “Ni apahal. Dari tadi duk tersengih ajer aku tengok.” Sambung Adam. Dia pun pelik. Apa kena budak sorang ni jadi macam ni. tadi masa minta tolong dibelikan bunga untuk proses memujuk Elyana bukan main bising lagi mulutnya. Nak buat macam mana? Siapa suruh kerja dekat bank yang terletaknya di depan kedai bunga.
“Aku jumpa awek cun baik punyer tadi.” Beritahu Zaid tanpa segan silu dengan sepupunya itu. Mereka tinggal serumah. Maklumlah dua-dua bukan orang sini. Dua-dua dari KL. Datang sini pun sebab kerja. Adam dah dua tahun menetap di sini. Dia ajer yang baru sebulan datang ke mari. Sudah rezeki, selepas menamatkan pengajian dalam bidang kewangan dari Universiti of Tasmania dia terus diterimakan bekerja sebagai Jr. Officer di Maybank cawangan Ipoh ini. Lama dia luar negara, tapi citarasanya masih mahukan seorang gadis Melayu. Tadi baru dia terjumpa. Sebelum ni jumpa jugak. Tapi tidaklah seperti yang dia baru jumpa hari ini. Macam mana dia tak perasan ada bunga yang cantik dicelah-celah bunga-bunga yang melambak-lambak dekat kedai bunga depan bank dia bekerja. Liz. Itu ajer nama yang diberitahu oleh auntie tadi bila dia dengan beraninya bertanya siapa name cik adik yang menggubah bunga untuk Elyana buah hati si Adam itu. Liz nampak macam masih mentah. Barangkali baru lepas habis sekolah. Tapi dia suka pada cara Liz yang macam tak berapa nak pandang dia sebagai lelaki yang boleh tahan jugaklah ni. Liz tu biasa ajer. Dia pakai tshirt dengan jeans pun nampak manis jugak. Baru sekali jumpa, dia dah memikirkan macam-macam pasal Liz Bunga tu. Alahai.. Macam kemaruk ajer gayanya.
“Awek?” Adam bertanya.
Zaid mengangguk. Dia senyum lagi. Dari tadi pipi dia tak crem sebab senyum tak berhenti-henti.
“Habis Miss X yang hantar lirik Siti Nurhaliza tu macam mana?”
Zaid memandang Adam. Aduss.. Tengah masyuk macam ni, kenapa Cik X yang sampai sekarang jadi tanda tanya yang dibangkitkan oleh Adam.
“Tu lagi satu yang aku pelik. Tadi aku dapat lagi. Kali ini aku dapat sampai lima lagu sekali. Tak ker gila namanya. Nak aku buang, lirik tu semua cantik berliminated. Aku kalau tau lah siapa punya kerja yang pergi letak lirik lagu tu semua dekat viper kereta aku tu memang betul aku kerjakan.” Ujar Zaid. Dia sampai sekarang masih lagi tercari-cari orang yang meletakkan lirik-lirik lagu tersebut pada viper keretanya itu. Sudahlah itu kereta ayah yang dipinjam buat sementara waktu. Dibuatnya bercalar ker apa ker apa nak jawab dengan ayah pula nanti. Cik X ni memang peminat Siti Nurhaliza betullah. Dia sendiri sudah mengumpul hampir 20 lirik lagu Siti Nurhaliza. Dia simpan jugaklah lirik-lirik tu semua. Mana tahu. Boleh jual kut.
“Kesianlah Miss X tu kalau tau kau dah tangkap cintan dengan awek kedai bunga tu.” Adam bersuara.
“Benda tu gilalah. Aku rasa Cik X tu mesti ada wayar short dalam kepala dia.” Zaid membalas selamba.
“Wah..Kau.. Mulut. Buatnya Miss X tu betul-betul macam Siti Nurhaliza, kempunan kau Zaid.” Ujar Adam berunsur peringatan kerana muda sangat Zaid mengata orang macam tu. “Dahl ah aku nak masuk tidur. Esok aku ada dating dengan Elyana tersayang. Tu lah. Perempuan memang akan cair kalau dapat bunga.” Adam terus berlalu masuk ke dalam bilik meninggalkan Zaid seorang diri mengadap televisyen.
******
Aku sibuk berkemas. Tinggal lagi sedikit. Aku awal-awal dah save folder CTBest pada laptop barunya. Abah hadiahkan sempena kejayaannya yang cemerlang di dalam SPM. Sama jugaklah masa Along dulu. Along dulu pun abah belikan laptop jugak. Esok nak bertolak dah. Nasib dapat dekat UKM. Buat dapat mana-mana university di Sabah ke Sarawak ker teruk jugak tu. Takkan nak balik selalu. Siapa nak support duit tambang air asia.
Aku pandang folder putih yang masih setia pada meja belajarku. Ditepi pc. Masih terdapat lagi saki baki lirik lagu yang tidak sempat aku titipkan buat dia. sejak ajer kes dia datang ke kedai untuk dibelikan bunga buat buah hatinya itu aku sudah tidak lagi buat kerja gila tu. Hari tu lah hari terakhir aku mengirimkan lirik buat dia. Sampai lima lirik tu. Tak ada jodoh la tu. Nasiblah tak terbawak-bawak sedih saat tu sampai ke matriks. Jadi sekarang matriks pun dah lepas, UKM menunggu. Aku memang nak studi betul-betul. Accountancy memang bidang yang aku minat. Aku tanam azam dalam diri, tak ada lelaki time studi.
********
“Auntie..”
“Yes. Mahu bunga ker encik.”
Zaid menggeleng perlahan. “Mana Liz. Saya rasa dah lama sangat saya tak nampak dia.” Dia bertanya. Memang sudah lama. Dia nak tau. Kemana Liz menghilangkan diri. Sudah berapa lama baru hari ini dia berani bertanya pada tokei kedai bunga ini.
“Owwhhh…Mahu cari Liz. Liz sudah tidak kerja sini lagi encik.” Auntie May memberitahu Zaid dengan pelat Cinanya.
“Dia pergi mana?”
“Dia sambung belajar.”
“Kat mana.”
Auntie May garu kepala. Dia sebenarnya tidak ingat di university mana Liz belajar. Yuen ada bagi tahu. Tapi sudah tua. Memori pun sudah slow.
“Tak apalah auntie. Saya pergi dulu.” Kata Zaid sedikit hampa. Patutlah dah lama sangat dia tak Nampak batang hidung budak Liz ni. kenapalah Liz pergi tanpa dengar apa yang dia ingin katakan. Sekarang ni Liz Bunga tak ada. Miss X yang selalu bagi lirik tu pun dah tak ada. Liz tak ada sebab dia pergi belajar. Miss X ni pulak entah-entah sudah masuk Tanjung Rambutan kut. Itu sebab dia tak ada.
*******
“Mana emak abah kau Wafi.” Adam bertanya.
“Diorang pergi melawat adik aku dekat UKM.”
“Siti Nurhaliza tu?” Adam bertanya dengan ketawa kecil. Masakan dia boleh lupa pada Siti Nurhaliza klon yang sangat-sangat fanatic dengan penyanyi pujaannya itu. Gila punya adik Wafi. Sampai begitu sekali minatnya pada penyanyi no satu Negara itu.
Wafi turut sama ketawa. Semua kawan-kawannya kenal dengan Liz. Yang letak panggilan Siti Nurhaliza itu pun kawan-kawannya juga. Dia dengan Adam memang sudah lama berkawan. Adam ini seniornya semasa di UTP. Senior yang banyak membantunya semasa mula-mula nak menjejakkan kaki di university milik sepenuhnya syarikat petroleum Negara itu. sepupu Adam yang senang disapa Zaid ini pula dia memang kenal. Tapi kenal gitu-gitu ajerlah. Hari ini tak tau macam mana Adam boleh bawak sekali sepupunya ini untuk turut serta sama tidur di rumah emak abah pun dia tak tau. Errmm… Yang dia jemput Adam seorang. Buat-buat teman untuk menonton perlawanan bola pagi ni di ESPN. Tak apalah. Lagi ramai. Lagi bagus.
“Kau ada adik ker?” Zaid bertanya. Mana dia tahu Wafi ada adik perempuan. Klon Siti Nurhaliza seperti yang dikatakan oleh Adam tadi.
“Tu ajerlah sorang adik aku.” Wafi menjuihkan muncungnya kea rah gambar family yang tergantung pada satu sudut dinding rumah yang terlindung.
Zaid mengalihkan pandangan pada gambar yang tergantung itu. bulat matanya. Liz?
“Macam-macam betul lah adik kau tu Fi.” Ujar Adam lagi.
“Tau takpe. Aku pun pening. Kalau kau nak tahu, Liz tu pernah buat benda gila tau. Adakah dia pergi hantar lirik lagu Siti Nurhaliza yang sedap-sedap pada lelaki yang dia minat. Aku betul-betul geleng kepala dengan budak ni.” Balas Wafi masih lagi dengan tawanya. Bakal accountant yang sangat gila itu selalu juga bikin kepala dia turut sama gila.
Adam turut sama ketawa. “Wahh… Macam Zaid dia dulu selalu ajer dapat lirik lagu dari secret admire dia.” Tanpa sedar Adam membuka cerita.
Mata Zaid masih terpaku pada gambar yang satu itu. dia berpaling lipat maut apabila mendengar apa yang Wafi dan Adam sembangkan tadi. Masing-masing saling berpandangan. Pandangan yang menyimpul seribu tanda tanya.
“Adik kau Liz, Wafi?” Zaid bertanya.
Wafi mengangguk.
“Kau dulu dapat lirik Siti kan?” Adam mencelah. Dia bertanya pada Zaid.
Zaid mengangguk.
“Kau kerja dekat Maybank mana?” Wafi bertanya. Dia tahu Zaid pegawai bank di Maybank. Tapi tak tau pula di cawangan mana.
“Ipoh. Depan kedai bunga tempat adik kau kerja dulu.” Beritahu Zaid.
Wafi terus naik ke atas. Pecah masuk bilik adiknya. Fail putih dibawa keluar. Dia turun semula. Fail putih itu diserahkan pada Zaid.
“Lirik ni ker yang kau dapat?” Wafi bertanya.
Zaid menyelak satu persatu. Header yang tertulis ‘Untuk sayangku’ itu benar-benar buat dia seperti ingin terus berjumpa dengan Liz. Tak tau pulak Miss X, itu adalah Liz yang memuja dia dalam diam. Yang menghantar lirik Siti ini sebagai tanda perkenalan. Kalaulah dia tahu, pasti dia tidak akan sewenang-wenangnya mengata Miss X itu ada satu wayar short dalam kepala. Kalaulah dia tahu juga yang Liz tu memang dah lama suka pada dia, takkanlah dia boleh jahat mulut mengaku jambangan yang dulu itu untuk kekasihnya.
“So dah bersedia ker nak jumpa Miss X a.k.a Siti Nurhaliza tu?” Adam bertanya sambil mengenyit mata.
Zaid sudah tidak tahu nak kata apa lagi. Dia angguk ajerlah.
“Nanti…Nanti..Nanti..” Wafi cuba menahan.
“Kut yer pun kau suka pada adik aku tu, bagilah dia habis belajar dulu. Lagipun Liz tu dah berazam yang dia taknak bercinta-cinta bagai ni time studi.” Beritahu Wafi prinsip adiknya yang baru.
“Buat kena sambar macam mana bro. melepas cousin aku ni.” Adam cuba menyebelahi Zaid.
“Aku kenal Liz lah. Dia kalau dah suka tu memang terus meneruslah dia akan suka. Tak payah risau. Taulah aku adjust Liz tu kat kau nanti.” Wafi menepuk bahu Zaid.
“Terima kasih abang.” Bersahaja Zain berkata. Tangan Wafi diraih untuk bersalaman.
“Apa abang-abang. Belum kahwin jangan berani panggil aku abang. Kau tu tua barang dua tahun dari aku tau.” Sela Wafi. Akhirnya ketawa mereka pecah di malam itu.
*************
“Nak pergi makan kat mana ni Along? Pakai cantik-cantik ni semua.” Aku bertanya kepada Along. Along ni. apakerhalnya tiba-tiba bermurah hati nak ajak aku keluar makan. Taulah tunang dia ada dekat Terengganu. Takkanlah tak boleh bawak kawan lain. Dengan adik sendiri pun jadi ker.
“Adalah.” Along berkata sambil senyum melirik.
“Macam ada apa-apa ajer ni.” aku mula syak sesuatu. Tapi tak dapat pula aku hidu.
“Big surprise.”
Aku sabar menunggu tiba sahaja tempat yang Along nak bawa. Big surpriselah sangat. Apa yang surprise tu pun aku tak tau. Birthday aku lambat lagi. April Fool pun dah lepas. Lawak apalah Along nak buat malam-malam macam ni.
Kereta Along membelok kea rah kanan. Kereta diparkirkan di tepi jalan. Aku mendengus kuat. Apalah Along ni. kalau setakat nak pergi makan Chow Kuew Tiaw dekat padang DBI ni, pakai track suit dengan tshirt pun boleh. Ni beriya-iya sangat suruh aku tukar baju yang elok sikitlah. Make up sikitlah. Kat sini suasana malap-malap lampu jalan. Mana nak Nampak kalau pakai make up tebal seinci pun.
“Jom kita pergi sana.” Arah Along.
“Kata nak makan?” Aku bertanya bodoh. Kalau nak lepak makanlah dulu abangku sayang. Perut dah lapar ni.
“Jomlah.” Along menarik tangan adiknya.
******
Aku terkedu bila ternampak dia dalam kelompok Along-Abang Adam-Tunang Abang Adam yang aku tak tau namanya ini. Bila masa dia jadi satu kroni dengan Along aku pulak ni. Tunang Along di Terengganu. So dia tak ada di sini. Abang Adam dengan tunang dia. Yang dia ni, kenapa tak bawak girlfriend merangkap bakal tunang calon isteri tu sekali. Aku makin tak tau apa yang dah bermain dalam kepala. Berbelit.
“Along rasa Liz dah kenal dengan orang ni kan?” Along bertanya. Sambil menepuk bahu Zaid disebelah.
Aku blur. Tapi aku mengangguk juga.
“Ada benda dia nak cakap dengan Liz.” Abang Adam pula mencelah.
Sekali lagi aku pening. Nak cakap, cakap ajerlah. Disebabkan perut aku pun dah lapar aku mengangguk jugaklah. “Cakaplah. Orang dah lapar ni.” Taka dap perasaan ajer aku berkata.
Along mengetap bibir. Adik aku nilah. Tau tak orang susah payah nak aturkan semua ni. bukan sekejap plan dirangka. Selama nak tunggu baki dua tahun dia nak abis belajar. boleh pulak sampai waktu, makan benda yang dia ingat.
“Jom.” Along memberi arahan. Semua bergerak menuju ke stall Chaw kuew tiaw yang panjang di tepi padang DBI. Sekarang tinggal aku dan dia ajer. Dia yang bernama Zaid.. Ermm… entah. Aku pun dah lupa fullname si Maybank ni.
“Awak nak cakap apa ni?” aku mula bertanya. Aku tak suka betullah kalau orang buat mode diam tak bercakap apa-apa lebih dari sepuluh minit. Eyyy… Tahu tak sepuluh minit tu sepinggan kuey tiaw boleh habis. Silap hari bulan boleh ada time lagi nak tambah sepinggan lagi. Cepatlah.
“Saya ada benda nak bagi pada awak?” Zaid berkata dengan berhati-hati. Yerlah. Dulu dia beranilah nak berkata main-main. Masa tu Liz budak. Masa tu pun dia ingat Liz memang pekerja tetap di kedai bunga tu. Mana tahu Liz Cuma pekerja sambilan. Sekarang ni yang berdiri di depan bukan lagi Liz Bunga, tapi elok juga kita panggil dia Liz Mesin Kira. Kenalah dengan degree accountancy yang dia pegang tu. Bidang kita sama Liz. Sehati sejiwa. Tapi kalau nak letak Siti Nurhaliza klon tu, dia tak berapa nak berani. Adam sendiri pernah berkata di belakang Wafi, Liz punya suara out lah. Itu Adam yang kata. Dia tak tau. Sebab tak pernah dengar pun Liz ni menyanyi.
“Bagi apa?” Aku bertanya pelik. Aku betul-betul tak selesa sekarang ni. Pandang mata Zaid ni macam tengok aku ni alien ajer. Tak berkelip. Cik Abang tahu tak kalau tengok anak dara orang macam tu boleh jadi zina mata dan tahu tak kalau tengok anak dara orang macam tu buat aku rasa macam nak cucuk ajer mata yang jahat tu dengan sudu garfu. Biar jadi macam Kassim Selamat.
“Ni dia.” Beg kertas dihulurkan.
Aku menyambutnya. Dahi masih berkerut. Isi dalam aku keluarkan. Aku bagai mahu pengsan sahaja apabila melihat isi dalam beg kertas itu. Lirik-lirik lagu Siti Nurhaliza yang aku pernah berikan padanya dulu kini sudah cantik berbinding. Siap ada cover depan lagi. Dan …. Ada tajuk lagi. Macam tugasan assignment yang kena hanya hantar pada pensyarah. Macam buku scrapt yang nak kena hantar pada cikgu sekolah pun yer.
“Kompilasi Siti Nurhaliza dari Nurhaliza.” Aku membaca perlahan tajuk yang tertulis di atas kulit hadapan. Amboi. Sudah macam tajuk album Siti Nurhaliza pulak bila aku baca tajuknya tadi. Siap dengan gambar Siti lagi. Kalau Zaid boleh bagi benda ni pada aku maknanya….
“Saya dah tahu segala-galanya.”
Aku terkedu. Dia dah tahu. Malunya. Aku terasa ajer sekarang ni muka dah merah. Rasa nak balik ajer menyorok dalam selimut. Aku malu betul kalau tuan punya diri sudah tahu aku syok dekat dia yang tak mungkin boleh aku miliki tu. Kasihannya aku, sudahlah sampai sekarang menanti bagai pungguk rindukan bulan. Berharap ada keajaiban yang berlaku.
“Saya nak beritahu Liz. Sebenarnya dari dulu saya ni belum berpunya.” Zaid menuturkannya rendah tanpa nada.
Aku yang menunduk terus angkat kepala. Aku tak faham apa yang dia sedang cakap. “Dulu tu?” Aku bertanya.
“Saya main-main ajerlah. Bunga tu bukan untuk girlfriend saya. Saya cuma tolong belikan untuk Adam. Dia nak berikan pada girlfriend dia yang dah jadi tunang dia tu.” Zaid berkata sambil matanya melirik pada Adam, Wafi dan Elyana di salah satu gerai di situ.
Aku memandang mengikut lirikan mata Zaid. Amboi diorang ni. sedang enak menjamu selera. Aku dibiarkan kelaparan di sini.
“Saya sebenarnya dah lama suka pada awak. Masa first time saya datang kedai tu. Saya memang dah suka pada awak. Saya suka awak yang pandai menggubah bunga. I love you.”
Aku mencebek. Ahh… Baru hari ini berjumpa semula sudah pandai cakap I love you. “Mana awak tau saya pandai gubah bunga. Dulu tu saya buat tak ikhlas tau. Terpaksa!!” Aku menekan perkataan itu. Tapi aku tak nafikan. Hati aku sekarang memang sedang berbunga girang. Macam bahagia pulak bila dengan tak disangka-sangka, orang yang kita harap-harapkan akan cakap perkara yang satu tu cakap jua akhirnya. Mimpi jadi kenyataan.
Zaid tersenyum. “Saya masih ada peluang lagi ker Liz. Saya sanggup ajer hafal lirik-lirik tu semua kalau awak nak.”
Aku tersengih. Eleeh.. Poyo betul. Gelilah kalau ada lelaki yang macam Zaid yang macho tiba-tiba bukak mulut nyanyi lagu Aku Cinta Padamu. Tak sesuai. Cari lagu lainlah cik abang. “Tak payah. Lebih baik awak pergi hafal 30 juzuk Al Quran tu. Lagi bermakna.” Aku sudah jadi seperti seorang ustazah pencen pulak. Aku pun taulah. Minat tu biar berpada-pada. Hiburan itu hanya untuk di dunia. Yang akhirat tu kita kena jaga jugak. Aku tahu. Cuma sebagai manusia biasa aku juga ada minat aku sendiri. Janji jangan sampai melebih-lebih sudah.
“Maknanya masih ada peluang lah tu? Jangan hampakan saya Liz. Dah lama saya menunggu. Abang awak yang suruh saya bersabar sampai awak habis belajar. Kalau tak dah lama ajer saya redah.”
Aku tunduk malu. Wah… Maknanya dia orang ni semua sudah lama kenal. Maknanya memang macam-macamlah yang Zaid ni tahu pasal aku daripada abang. Cehhh… Sudah tahu banyak benda macam tu pun masih nak tanya ada peluang lagi ke tak. Mestilah ada mangkuk….. Aku mengangguk perlahan. Indah perasaan saat ini.
Zaid meraup muka. “Amin.”
Aku sekadar ketawa.
“Sudahlah tu. Jangan nak buat drama Hindustan pulak. Kue tiaw dah sejuk ni?” Jerit Along dari meja makan.
Aku dan Zaid menoleh. Pecah ketawa kami serentak. Terus aku dan dia berjalan beriringan menuju ke sana.
“Agak-agak kalau kita kahwin nanti nak jemput Siti Nurhaliza jugak ker?” Zaid bertanya nakal.
Aku memandang Zaid. Amboi dia ni. Sambil nak ke gerai tu pun dia boleh tanya soalan macam tu. Tak tau ker aku baru terima dia secara rasmi hari ini. Belum apa-apa dah keluar aura kerek bertanya soalan yang berbau memerli aku ajer tu.
“Awak kena standby dua puluh ribu lah kalau nak jemput Siti Nurhaliza datang. Confirm satu kampong kena jemput.” Balas aku kemudian.
Zaid tepuk dahi. “Pengsan.”
Aku dan dia ketawa lagi.

*************************************************************************************
Next cerpen untuk mereka yang masih tak jemu mengunjungi blog ini [Iman Suraya belum stop lagi. Masih panjang ceritanya. Tungguuu....]. 'Kompilasi Siti Nurhaliza Dari Nurhaliza' ini saya karang bukanlah untuk tribute pada Datuk Siti [siapalah penconteng kecil ini, mahu org besar seperti itu membaca karyanya]. Ini sekadar bacaan ringan untuk korang release tension study, kerja, etc. Korang enjoylah bila baca. Tak mau stress-stress. Jadi kepada yang bukan peminat Datuk Siti, sorrylah. Mungkin korang boleh cadangkan artis lain kut. Mana tau, lepas ni ada cerita pasal 'Filem Hitam Putih P.Ramli' kut. Hehehehe... Enjoy reading.

Pesanan Penaja: saya bukan fanatik Datuk Siti.

Mata Pen,
akubintangbiasa

Friday, May 8, 2009

Gitar Akustik

Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu
Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta

Terciptalah lagu kita
Oh..oh..oh
Oh..oh..oooh
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita
Terciptalah lagu kita

Kaki Azam melangkah sedikit ke hadapan dari tempat dia berdiri ketika menyanyikan bait-bait lagu Aizat itu tadi. Merapati seorang gadis sunti yang ditemani oleh kakaknya barangkali.

“Hai..” Azam menyapa ramah. Kepala dicondongkan sedikit. Gadis itu buta. Patutlah dari tadi cik kak kat sebelah ni tak pernah lepas pegangan tangannya.

Suria menguntum senyuman. “Hai.” Balasnya sepatah.

“Suria, hari dah petang ni. Nanti ayah Suria marah kalau kita balik lambat.” Farizah berbisik di telinga Suria.
Hari ini dia dipertanggungjawabkan oleh majikannya itu untuk membawa anak gadisnya keluar bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur. Kata Tuan Malik, Suria sudah lama tidak mengambil angin di luar selepas peristiwa setahun yang lepas yang membuatkan Suria kehilangan deria penglihatannya. Hampir setahun juga Suria hanya terperap duduk di rumah. Pergaulannya juga sudah terbatas. Farizah tidak kisah. Dia sedia berkhidmat bila masa diperlukan. Perkara ini dia telah bersedia dari awal lagi. Dari awal dia menerima jawatan sebagai pembantu peribadi Tuan Malik lagi. Seawalnya Tuan Malik telah memberi peringatan yang kerjanya tidak hanya terbatas di pejabat, tetapi dia juga perlu bersedia andai diminta untuk melayan karenah Suria yang satu itu. Asalnya memang agak mengerikan. Mahu melayan seorang gadis buta yang dulunya amat-amat bermasalah. Yang hidup lintang pukang tunggang langgang berkawan dengan manusia yang berperangai tidak semenggah. Itu apa yang dia tahu dari staff-staff di pejabat mengenai sikap dan perilaku Suria Az Zahra. Apalah sangat dengan pandangan pertama. Kali pertama dia ditugas untuk menjaga Suria, gadis ini tidaklah sesusah mana pun untuk dikawal. Mungkin disebabkan Suria sudah hilang penglihatannya menyebabkan gadis itu boleh berubah secara total. Itu cuba anggapan dia sahaja.

“Nantilah kak. Suria nak dengar abang ni nyanyi lagi.” Mendatar Suria berkata.

“Macam mana adik tau abang yang nyanyi?”

“Sebab suara abang. Saya boleh cam.”

Azam ketawa kecil. Ya gadis sunti ini memang buta. Tapi mata hatinya jelas celik dan terbuka.

“Suria jom balik. Akak takut nanti ayah Suria bising.” Farizah berkata sedikit tegas.

“Tak mau.” Suria keras di situ. Sikit pun dia tidak berganjak dari tempat dia berdiri walaupun ditarik oleh Kak Izah.

“Suria jangan degil.” Farizah sedikit hilang sabar. Kalau tak sebab mamat gitar kapak ni, mesti keadaan tak jadi macam ni. Ni semua mamat ni punya pasalah.

“Cik kak apa salahnya cik adik ni nak dengar suara saya.” Azam berkata. Sarkastik sekali.
Farizah menjegilkan anak matanya.

Azam buat-buat tak tau. Sikit pun dia tak takut, atau terasa nak lari menyorok dalam tandas lelaki bila cik kak sorang ni buat mata macam tu.

“Adik nak dengar abang nyanyi lagi?” Azam bertanya sambil mata memandang wajah kakak cik adik ni.
Suria mengangguk laju.

Azam tersenyum bila melihat muka kakak cik adik ni tadi dah jadi merah bila adik kecilnya itu mengangguk laju.

“Okey. Abang akan nyanyikan satu lagu khas untuk adik.” Ujar Azam. “Dan untuk kakak adik sekali.” Dia seakan berbisik untuk ayat yang nombor dua itu.

Farizah mencebek. Sorrylah. Tak layan lagu-lagu macam ni. Aku layan lagu omputeh ajer.

“Jom. Ikut abang.” Tangan gadis sunti itu ditarik lembut. Alah. Bukan nak ambil kesempatan. Dia sekadar nak bagi pertolongan. Nak suruh si gadis ini duduk di kerusi hadapan temapt dia bermain gitar di sini. Kalau yang cik kak tadi dia pergi tarik tangannya memang sengaja tempah tiket nak kena katuk dengan kasutlah jawabnya.

Farizah tiada pilihan. Sama ada nak atau taknak memang dia kena ikut jugak kehendak Cik Muda kat depan ni. Dia turut sama melabuhkan punggung disebelah Suria.

Azam mula memetik gitar akustiknya. Mengalunkan irama indah dengan bait-bait kata yang sungguh syahdu. Telinga yang mendengar pasti tangkap lentok jadinya. Ini lagu baru. Lagu yang dia baru cipta. Ikutkan dia mahu perdengarkan pada semua yang lalu lalang di Pasar Seni ini minggu depan sahaja. Tetapi, disebabkan kehadiran gadis istimewa ini, dia mainkan juga pada hari ini.

Suria menepuk tangan usai sahaja penyanyi yang dia tidak nampak itu mengalunkan lagu.

“Macam mana?” Azam bertanya. Cik kak disebelah dipandang sekilas. Amboi… dari tadi muncung duk menjuih macam tu. Tak krem ker bibir buat macam tu.

“Best.” Suria menjawab dengan yakin. Memang petikan gitar dan alunan suara abang ni sedap. Masakan dia ingin menipu. Seninya halus. Lagunya punya makna yang terselindung. Betullah orang kata. Bila dah jadi macam ni, banyak benda yang dilihat dari mata hati. Mata hati tak pernah menipu.
Farizah menjuling mata ke langit. Sudah-sudahlah tu Suria. Jangan dipuji orang ni melambung-lambung. Bernanah telinga aku ni mendengarnya.

“Suria jom balik.” Farizah bingkas bangun. Hari betul-betul sudah nak lewat petang ni. Owhhh yer.. Cik abang main gitar ni tak tau nak balik ker. Tak tau nak ke masjid ker. Maghrib makin hampir ni. Sarkastik Farizah berbahasa sendiri di dalam hati.

“Okeylah abang. Minggu depan orang datang lagi.”

Azam mengangguk. Gadis ini tak nampak apa yang dia lakukan. Mungkin juga anggukkan ini untuk cik kak yang kat sebelah ni.

“Okey. Nanti ajak akak temankan. Nama abang Azam. Panggil Abang Azam.”

“Orang Suria. Ini Kak Izah.” Suria meraba-raba Kak Izah disebelah.

“Next week abang tunggu Suria dengan Kak Izah datang. Standby la lagu request apa-apa pun. Abang boleh nyanyi untuk Suria dengan Kak Izah.”

Izah mencebek lagi. Please ar mamat… Panggil aku Kak Izah pulak. Apa dia tak cermin diri atas bawah ker. Atau kat rumah memang tak ada cermin muka ker. Tak nampak ker yang dia tu yang sudah tua ada hati panggil aku kakak. Kak Izah konon.

“Betul ni?” Suria bertanya. Sedikit girang.

“Betul.”

**********

“Kak Izah….”

“Apa dia.”

“Abang Azam tu pandailah kan main gitar. Suara dia pun boleh tahan.”

“Yer ker. Akak rasa biasa-biasa ajer.”

“Alah akak ni. Buta seni betulah.”

Farizah hanya mendiamkan diri. Dia layan sendiri dengan alunan irama radio yang Pak Man pasang. Apaper ajerlah Suria. Akak dah penat ni. Dah tak larat nak layan karenah awak.

“Kak Izah…” Suria memanggil manja.

“Apa dia..” Suria itu bos. Dia ini hanya pekerja yang diamanahkan untuk menjaga cik muda itu sahaja. Dia terpaksa jugalah melayan karenah cik muda sorang ni.

“Tidur rumah hari ni. Boleh kita berborak. Orang boringlah. Tak ada kawan. asyik-asyik dengan ayah dengan Mak Ton, dengan Pak Man ajer.”

Pak Mat yang sedang memandu tersengih memandang Farizah disebelah.

“Mana boleh. Akak ada rumah sendiri.”

“Boleh lah kak. Lepas Suria jadi macam ni, dah tak ada pun kawan-kawan yang rajin datang melepak kat rumah. Dulu masa semuanya okey, dia orang ada ajer keliling orang. Sekarang bila jadi macam ni, dia orang semua hilang. Semua tak nak kawan dengan orang buta macam Suria.” Suria berkata datar.
Memang dia bengang sangat dengan kawan-kawan dia yang dulu. Hampeh. Semasa bersuka ria, time jolly sakan, time merempit, time clubbing dulu bukan main lagi. Semua pakat sama-sama. Sekarang, bila dia jadi macam ni akibat kemalangan malam itu, semua buat tidak kisah ajer. Itulah lumrah. Teman ketawa memang ramai. Tapi teman menangis bersama satu dalam sejuta pun susah untuk kita jumpa. Nasib ada Kak Izah. Kak Izah tidaklah tua mana. Kalau tua pun. Dalam tua empat tahun ajer daripada dia. Sebab itu dia senang bercerita itu ini dengan Kak Izah. Pendek kata, Kak Izah dah jadi kawan dia semenjak dia jadi macam ni.

Farizah menggaru kepala yang tak terasa gatal. Ayoyoii dik.. Janganlah buat drama televisyen swasta tak berbayar kat sini. Budak dah merayu. Boleh ker aku nak kata taknak. Buat dia mengadu pada ayah dia. Mahu aku kena potong gaji. Aku memanglah pembantu peribadi serba boleh. Memang sungguh-sungguh sedia berkhidmat siang dan malam. okey. Isi borang kerja overtime.

“Yerlah.” Farizah menjawab lemah. Hushhh…

************
“Kau dah makan ubat.”

Azam menganguk. Dah tak lalu nak telan ubat yang macam-macam bentuk, yang macam-macam warna ni. Kalau dah tau diri tu tak boleh hidup lama, tak bolehkah kalau tak payah nak telan semua ubat-ubat ni. Makan ubat pun, dia tetap akan mati. Dia ingin mengelat. Tapi tak boleh. Menyesal pulak duduk serumah dengan Dr. Asyrik ini.

“Azam.” Panggil Asyrik.

“Yup.” Azam menjawab sepatah. Dia masih lagi memetik-metik gitar akustiknya itu. Sesekali tangan kanannya menulis sesuatu pada buku muzik di hadapan. Idea sedang dicerna did dalam kepala. Idea datang tak kira masa. Tiba tang satu pagi ni dia dapat ilham nak buat lagu, memang dia akan terus bangun capai gitar, pen dan buku muzik. Tak tidur sampai ke pagi pun tak apa.

“Kau patut jadi composer. Sebab kau ada bakat. Aku pun pelik macam mana dulu kau boleh studi engine sedangkan kau memang cenderung dengan benda-benda ni.” Asyrik berkata.

“Kau tak tidur ker. Esok tak kerja ker?” Azam tidak menjawab. Sebaliknya dia pulak yang mengajukan soalan kepada Asyrik. Patutnya time tak dapat oncall la doctor ni boleh pergi berehat sepuas-puasnya. Ini yang baik sangat nak temankan aku apa hal.

Asyrik menggeleng. “Aku belum nak tidur. Ehh.. Kau tak jawab lagi apa aku Tanya tadi.”

Tanpa memandang Asyrik, Azam selamba menjawab. “Apa ajer orang yang dah tahu ajal dia ni boleh buat.”

Azam berkata lemah. Selemah petikan gitarnya sekarang. Dia sendiri sudah putus asa untuk meneruskan hidup. Kerana itu, jawatannya sebagai jurutera system di sebuah syarikat terpaksa dia lepaskan bila mana dia tahu ajalnya hanya tinggal buat beberapa waktu sahaja. Lagipun, orang sakit barah otak macam dia, manakan boleh melakukan kerja-kerja begitu lagi. Dia akur dengan takdir tuhan. Tapi sebelum dia pergi untuk selama-lamanya, biarlah dia buat apa yang dia suka. Muzik dan lagu. Itu jiwa dia yang sebenarnya. Dia sudah tidak kisah mengenai wang ringgit. Biarlah seni dia seni free, dia tidak kisah. Janji dia puas. Janji yang mendengar terhibur. Itu sudah cukup.

“Kita bukan tuhan Zam yang boleh tentukan hidup mati.” Asyrik berkata datar.

“Kau jugak cakap macam tu dulu. Sekarang kau nak suruh aku buat apa. Letak angan-angan tinggi melangit. Macamlah aku boleh hidup seribu tahun lagi.” Bentak Azam keras. Dia memang sering emosional bila Asyrik membangkitkan hal penyakitnya itu. Tak bolehkah aku hidup macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Aku bercakap macam tu sebab aku kawan kau. Bukan sekadar doctor yang merawat kau Zam. Kita sama-sama membesar kat Darul Hikmah. Kita tak ada saper-saper. Kita sama-sama menyokong satu sama lain.” Sela Asyrik. “Seni kau boleh jual. Ada value. Rugi dibiarkan macam tu ajer.” Sambung dia lagi.

“Aku dah tak fikir soal duit dah Rik. Biarlah aku macam ni. Aku happy. Aku bahagia.” Suara Azam sudah mula kendur. Dia tahu. Apa yang Asyrik katakan itu benar. Dia sendiri pernah menerima tawaran untuk merakamkan album. Dia terpaksa menolak. Dia tidak terdaya untuk semua itu. Dia mahu berseni cara dia sendiri. Dia tidak tamak harta. Biarlah dia macam ni. Sekurang-kurangnya dia masih punya masa untuk beribadat pada tuhan dari sibuk mencari duit tak ingat dunia.

Asyrik melepaskan keluhan lemah. Mungkin Azam ada sebabnya yang tersendiri. Dia sekadar teman yang membesar bersama di rumah anak yatim Darul Hikmah itu. Walau apa pun yang Azam lakukan, dia tetap akan menyokong. Macam Azam dan dia selalu ungkapkan. ‘Kita kawan sampai mati.’

*******

Mereka duduk di satu sudut medan selera Pasar Seni itu. Suria yang beriya-iya benar mahu mengajak Abang Azamnya itu untuk keluar makan tengah hari bersama-sama. Izah sekadar menurut sudah yang bagi arahan tu anak bos sendiri. Janji makan free. Janji semua bil Tuan Malik yang setlekan.

Bukan main lagi Suria bersembang dengan Azam. Itu ini. Pot-pet-pot-pet. Dari sejarah silam dia sehinggalah kepada fasa dia bertukar menjadi manusia seperti ini. Azam pula hanya menjadi pendengar setia, yang sesekali mengangguk dan sesekali tersenyum bila mana ada cerita Suria yang dirasakan mencuit hati. Farizah pula dari tadi memang hanya menjadi pemerhati sahaja. Dia perlu menjaga keselamatan Suria. Satu lagi kerja yang tergalas dibahunya. Jadi pembantu peribadi kepada ayah Suria. Jadi pengasuh kepada Suria. Hari ini dia jadi pengawal peribadi pula buat Suria. Dari gaya Azam ni, nampak macam menakutkan. Dengan snow cap yang menutup kepala, dengan seluar jeans yang koyak dilutut. Siapa yang tak takut. Dia sendiri rasa gerun untuk duduk semeja dengan Azam. Macam mana Suria boleh layan mamat ni pun dia tak tau. Mungkin Suria dulu tergolong dalam golongan begini kut yang membuatkan dia boleh masuk sekepala dengan Azam. Astagfirullahulazimmm.. Beristigfar dia di dalam hati bila terlintas perkara itu. Tak baik Izah. Budak tu dah berubah seratus kali lebih baik dari yang dulu. Kenapa mesti dibangkitkan soal itu lagi.

“Nak apa?” Farizah bertanya perlahan bila lengan bajunya di tarik Suria. Dirapatkan telinga ke mulut Suria. Adalah benda nak suruh aku buat tu.

“Nak kencing.” Bisik Suria perlahan.

“Jom akak teman.”

“Tak payah.”

“Betul ker ni?”

Suria mengangguk. Tongkatnya dipanjangkan. Dia bangun. Berjalan menuju ke tandas. Ini sudah kali ke tiga dia masuk ke toilet. Tadi Kak Izah temankan. Bila sudah dua kali berjalan ke tempat yang sama dia pun sudah boleh hafal jalan mana yang harus dia tuju.

*******

“Izah dah lama kerja dengan ayah Suria?” Azam membuka mulut. Memecahkan sunyi sepi yang membelenggu mereka dari tadi.

Farizah hanya mengangguk.

“Kesian saya tengok Suria. Muda-muda dah terpaksa menjalani hidup macam tu.”

Farizah hanya mendiamkan diri.

“Saya rasa Suria memang minat pada muzik.” Azam masih lagi bersembang sendiri walaupun dia tahu orang kat depan ni bukan nak layan pun. “Saya rasa dia boleh belajar muzik. Di sekolah muzik yang popular. Lagipun ayahnya orang berada, tentu tak ada masalah.” Sambung dia lagi.

Farizah memandang Azam. Wajah lelaki itu tenang. Cuma snow capnya sahaja yang sedikit terkebelakang. Lah. Botak berkilat rupanya kepala pakcik ni. Patutlah bulat ajer snow cap yang dia pakai. Pandai-pandai betul Azam nak mengatur hidup Suria tu. Ayahnya sahaja ingin gadis itu menjadi ahli perniagaan kerana Suria waris tunggal untuk perusahaan yang diusahakan. Yang Azam ni pulak yang buat-buat pandai suruh budak ni belajar muzik apa hal.

“Jangan pulak awak usulkan benda ni pada Suria.” Akhirnya Farizah bersuara jua.

“Kenapa?”

“Encik Azam, Suria pewaris tunggal untuk syarikat ayah dia. Masakan pewaris tunggal syarikat besar macam tu kena belajar muzik. Jadi ahli muzik.” Kata Farizah keras. Azam kena tahu siapa Suria. Suria bukan anak orang sebarangan. Dia anak ahli perniagaan yang berjaya.

“Awak pandang hina ker pada kerja saya.”

“Tak cakap apa-apa pun.” Farizah menggeleng kepala laju. Takkan golongan macam ni pun cepat tersentap.

“Awak jangan pandang orang tak pakai mata Cik Izah.”

Farizah diam. Ada orang pandang orang pakai hidung ker, pakai telinga ker, pakai mulut ker kalau tak pakai mata jugak.

“Saya tahu apa yang Suria suka. apa yang dia minat. Awak yang saban minggu dengan dia pun takkan tak boleh perasan.”

“Saya cuma bekerja untuk dia. Dah saya tahu apa yang ayah dia inginkan untuk Suria. Tak perlulah awak pandai-pandai mengatur hidup budak tu pulak.” Suara Farizah mula meninggi. Mamat ni lebih-lebih pulak. Siapa dia nak mempertikaikan kerja aku. Aku taulah apa yang aku buat.

“Apa yang bising-bising ni.” Suria bersuara dari belakang.

Farizah terus jadi senyap. Azam jugak. perang mulut tiba-tiba berhenti walaupun tak ada yang menyarankan untuk melakukan gencatan senjata.

“Macam besar ajer isunya.” Suria menyambung. Dia kembali duduk di tempat asalnya.

“Tak adalah. Isu semasa dik.” Azam membalas. Cover line.

Tersengih Suria mendengarnya.

“Suria minat muzik?” Azam bertanya dengan sengaja.

“Minat.”

Farizah mengetap bibir bila melihat Azam tersenyum gaya orang baru menang main galah panjang. Dia mengacah gelas air tembikai yang tinggal separuh itu ke muka Azam. Ini kalau lost control ni mahunya mamat ni aku mandikan dengan jus tembikai. Sudah dipesan jangan dibangkitkan hal ini. lagi dibuatnya. Ketegak tak bertempat.

“Nak belajar muzik. Main gitar?”

“Nak..Nak..”

Farizah menggenggam penumbuk.

“Abang ajarkan nak tak?”

“Nak..Nak..”

Berapi makcik..aku tengok mamat ni. Dia menang bagi sebab Suria setuju. Orait. Tak ada hal. Suria setuju. Tu belum ambil kira kenyataan Tuan Malik lagi. Tunggu dan lihat ajerlah.

**************

“Belajar muzik?” Tuan Malik bertanya.

“Yer ayah.”

“Dengan saper?”

“Abang Azam.”

“Siapa Azam, Farizah?” Tuan Malik bertanya tegas. Matanya memandang Farizah disebelah.
Punyalah dingin air cond dalam pejabat ni tak beri kesan apa-apa pun pada dia sekarang ni. Kenapalah Suria datang ke sini hari ini. Kenapalah hari ini, dekat pejabat, Suria pergi mintak izin dengan ayahandanya. Tak bolehkah hal anak beranak bincang di rumah. Tak bolehkah dia yang berstatus orang luar bukan ahli keluarga tak masuk sekali dalam kes ni.

“Ermmm…A…A…” Farizah tergagap-gagap. Apa kes ni. Tuan Malik punya mata macam nak telan orang ajer.

“Abang Azam tu, pandai main gitar ayah. Semua alat muzik dia tau main.” Sampuk Suria.

Farizah menghela nafas lega. Pandai pun cover. Tapi bila masa Azam tu pandai main semua alat muzik.

“Kat mana dia mengajar muzik?” Sekali lagi Tuan Malik bertanya kepada Farizah.

“Errrmmmm….” Awatlah jadi gagap ni.

“Suria mintak Abang Azam tu mengajar kat rumah kita.” Pantas Suria memotong.

Sekali lagi Farizah menghela nafas lega. Gud answer.

“Rumah kita?” Tuan Malik angkat kening.

“Rumah kitalah. Kan senang ayah.”

“Baiklah. Ayah izinkan. Farizah akan teman Suria semasa sesi pembelajaran tu nanti.” Putus Tuan Malik.

Hahh!!... Izinkan? Dan aku jadi peneman. Bukan. Jadi pengawal pemerhati Suria. Tak ker sepatutnya Tuan Malik kena cakap Tak Boleh kat anak dia ni. Kenapalah aku selalu jadi mangsa keadaan dalam situasi macam ni.

******

“Suria ada impian?”

“Ada.”

“Apa dia?”

“Kalau boleh, Suria nak melihat semula.”

Azam terdiam.

“Abang Azam.” Tangan Suria meraba-raba. Mencari Azam disebelah.

“Yer.”

“Abang suka kat Kak Izah ek…”

Azam tersengih. Dia sukakan makcik yang garang tu? Tak betul. Dia anggap Izah sekadar temannya sahaja. Lagipun sekarang Izah tak adalah garang macam dulu lagi. Cuma ayat dia tu agak-agak berbisa dan tak boleh blah.

“Mana ada. Kita orang kawan ar.”

“Yer ker…” Suria menduga. Senyum sinis.

“Kita orang kawan okey. Jangan fikir yang bukan-bukan pulak.” Sampuk Izah dari belakang. Dia memang pasang telinga ajer tadi masa membantu Mak Ton mencuci pinggan mangkuk yang digunakan untuk makan tengah hari tadi.

“Kawan ajer..”

“Kawan!!” Serentak Izah dan Azam berkata memandang tepat ke muka Suria.

******

“Taknak masuk dulu.” Azam mempelawa.

“Gila apa nak masuk dalam rumah awak. Taknaklah.”

“Ajaklah Pak Mat sekali.”

“Jangan nak mengada. Pak Mat nak hantar saya pulak lepas ni.”

Azam tersenyum. Makcik ni lah. Nasib kepala dia jenis senang masuk jugak walaupun mula-mula dulu garangnya macam singa betina ajer. Tapi tu lah, bila dah kenal lama-lama tak lah teruk sangat singa betina ni.

Azam memegang kepala. Tiba-tiba dia rasa pandangannya berpinar. Jadi hitam.

******

“Macam mana kawan saya doctor?” Farizah bertanya. Dia pun tak tau apa dah jadi. Tadi tiba-tiba Azam pengsan. Nasib dia dan Pak Mat belum pergi lagi.

Asyrik memandang wajah gadis dihadapannya. “Cik ni siapa?”

“Kawan dia?”

“Saya doctor Asyrik. Teman serumah Azam. Sekarang masa rehat saya. Ikut saya ke kafe. Saya akan ceritakan perkara sebenar.”

Farizah mengangguk. Doctor muda itu dia ikut dari belakang.

*********

“Kenapa tak bagi tau awak sakit?” Farizah bertanya. Sudah lama berkawan, hari ini baru dia dapat tahu yang Azam mengalami penyakit yang serius. Baru hari ini dia dapat tahu siapa Azam itu. Itu pun setelah lama dia dan Doktor Asyrik duduk berborak di kafe hospital sementara menunggu Azam sedar.

“Malaslah.”

“Malas?”

“Bagi tau pun keadaan tetap sama.” Kata Azam lemah. “Izah, awak kawan yang baik. Sentiasa ada dengan saya saat-saat macam ni. Saya malas nak besar-besarkan perkara ini.”

Farizah mengetap bibir. “Suria cari awak.” Tidak bernada dia berkata.

“Awak cakap apa?”

“Saya cakap awak ada show. Sebab tu tak dapat datang ajar dia?” Farizah bersuara datar. “Tuan Malik dah tau.”

Azam mengangguk. “Janji jangan sampai Suria tahu.”

Farizah melepaskan keluhan. “Awak tak boleh buat macam ni. Awak inspirasi dia. Yang buat dia ketawa balik lepas apa yang terjadi.”

“Biar keadaan terus macam ni. Saya keluar wad nanti, saya akan mengajar seperti biasa.”
“Baguslah tu. Buat orang macam tu.”

Azam hanya diam. Sakit-sakit pun kena ceramah free. “Izah…”

“Apa dia.”

“Kalau saya mati nanti, saya nak dermakan mata saya pada Suria.”

Farizah tersentak.

******

Suria masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu dengan pandang mata luas ditebarkan disegenap ruang. Sungguh dia rindu untuk melihat keadaan di dalam rumah ini. terima kasih yang tidak terhingga pada orang yang begitu mulia itu kerana sudi mendermakan sepasang mata kepadanya. Dia menghampiri piano yang terletak disatu sudut ruang tamu. Tangannya menekan lembut piano tersebut. Beralih pula dia pada sofa tiga seater. Dia tersenyum. Sini tempat dia belajar bermain gitar.

“Akak.”

“Yer saya.”

“Mana Abang Azam. Dia tak pernah datang melawat Suria pun selama kat hospital.”

Farizah hanya mendiamkan diri. Dia memandang Tuan Malik. “Suria penatkan. Apa kata masuk bilik. Berehat.” Itu ajer yang mampu dia luahkan. Biarlah Suria tahu sendiri.

*********

Mata tertancap pada sebiji gitar akustik dan sampul surat berwarna merah hati di atas katil. Suria duduk di atas katil. Gitar itu dipegang. Dipetik sekali. Kemudian dia diletak semula. Sampul surat dikoyak cermat. Isi dalam dikeluarkan. Warkah dibaca.

Buat adik abang,
Assalamualaikum. Semasa warkah ini adik baca, abang sudah tiada lagi di dunia ini. Minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat mengajar Suria bermain muzik lagi. Suria punya bakat. Teruskan usaha. Pasti Berjaya.
Suria tentu sudah boleh melihat sekarang. Jagalah mata yang abang berikan ini dengan sebaik-baiknya. Buatlah apa sahaja perkara yang Suria impikan tapi ingat jangan kembali kepada sikap lama.
Abang sudah tiada apa ingin dikatakan lagi, mengenali Suria, mengenali Izah, mengenali Tuan Malik perkara yang cukup indah dalam hidup abang. Abang tidak ada adik. Suria telah abang anggap macam adik abang sendiri. Tuan Malik, Izah seperti saudara abang sendiri kerana mereka-mereka ini setia bersama abang sehingga ke akhir hayat abang.
Gitar ini abang hadiahkan buat Suria. Doakan abang sejahtera di sana.

Salam sayang,
Azam.

Warkah dilipat kembali. Berjujuran air mata jatuh ke pipi.

“Kak…” Lirih Suria memanggil Farizah. Segera dia memeluk Farizah yang sudah menahan sendu.

******

Suria merebahkan badan di katil. di satu sudut kamar tidurnya bersandar tegak sebuah gitar. Sudah hampir tiga tahun gitar itu bersama-sama dengannya. Suria kembali bangun. dia menghampiri gitar tersebut. Dibawa ke atas katil. di situ dia duduk. Memainkan kembali lagu yang pernah diajar oleh Abang Azam dulu. Lagu yang dia suka. yang dia minat. Dia mengalunkan irama muzik lagu itu dengan mulut turut sama menyanyikannya.

Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu
Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta

Terciptalah lagu kita
Oh..oh..oh
Oh..oh..oooh
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita
Terciptalah lagu kita

Ini lagu kita. Lagu dia. Lagu Kak Izah. Lagu Abang Azam. Petikan gitar ini yang membawa dia kepada seorang insan seni yang berjiwa cekal seperti Abang Azam. Yang membawa dia sama-sama merasa nikmat ada seorang yang bernama abang. Yang membawa dia melihat kembali dunia ini.

Suria tersenyum sendiri. Dia bahagia dengan apa yang dia ada kini. Dia bangga dengan apa yang dia lakukan kini. Dia bukan sahaja salah seorang ahli lembaga pengarah di syarikat ayah, malah dia juga merupakan seorang composer yang telah banyak menghasilkan lagu-lagu yang boleh dikatakan popular jugak. Ini semua kerana tunjuk ajar dari Abang Azam.

Kak Izah juga berbahagia. Kak Izah sudah punya keluarga sendiri. Dia ada Dr. Asyrik. Mungkin dua-dua saling jatuh cinta semasa sama-sama menjaga Abang Azam dulu kut. Itu andaian. Tapi sudah jodoh mereka. Betul cakap Kak Izah. Berkawan tidak semestinya bercinta. Memang semasa hayat Abang Azam dulu mereka hanya kawan sahaja.

Pada Abang Azam, terima kasih untuk semuanya. Doa Suria sentiasa menemani abang disana.

*******************************************************************************************************
Assalamualaikum... Siap satu lagi cerita pendek. Sekadar hiburan semata-mata. Maaf kalau cerita ini tidak memenuhi kehendak pembaca sekalian (kenaper ayat sangat skema) Okey. straight ajerlah. Kalau korang rase cerita ini bosan sampai tahap tak tau nak cakap aper, sorry sesangat. Kalau korang rase cerita ini macam melampau sebab sampai 2x copy-paste lagu budak Aizat ni, sorry sesangat. Kalau korang rasa penceritaannya sangat serabut, sorry sesangat. Kalau korang rasa cerita ni tak ada adegan-adegan romantika de amor yang boleh buat korang nak gelak+senyum+khayal, sorry sesangat. Cerita ini dikarang tanpa sebarang plot, tanpa sebarang perancangan. Main belasah ajer apa nak tulis dan apa yang terlintas. Biasalah orang barukan. Masih banyak kena belajar. Kalau suka terima kasih. Kalau tak suka pun terima kasih. Hehehe... Salam.

pesanan penaja: Saya peminat lagu ni...(hhehehehe..)

Mata Pen,
akubintangbiasa.