Wednesday, August 18, 2010

YESS BOSS!! BAB 16

Ilham mengerling Aryana dan Harun yang masih tak mati senyum simpul mereka berdua. Sesekali dapat dilihat tangan kanan gadis ini menekup ke mulutnya bagai senang menahan ketawa yang hampir meletus. Harun juga. Kembang-kembang hidungnya menahan ketawa. Macamlah sekarang ini mereka bertiga berada di panggung Cinematic sedang menyaksikan rakaman Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Beberapa minit berada di dalam keadaan senyap akhirnya ketawa Aryana dan Harun meletus jua. Ternyata Aryana dan Harun sudah tidak mampu menahan ketawa mereka. Selamba Aryana dan Harun mentertawakannya.
“Korang berdua kalau datang ke sini tak menyakitkan hati orang lain tak boleh ker?” Kata Ilham berbunyi geram. Mahu sahaja dilaga-lagakan kepala dua mangkuk ini. Setiap kali datang melawat dia di sini pasti mukadimah keduanya ini adalah ketawa terbahak-bahak sambil menekan perut. Perlu ker nak ketawa orang yang tengah sakit sampai macam tu sekali? Sekali lagi Ilham merengus geram apabila Aryana dan Harun masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti ketawa.
“Rilekslah bos.” Jawab Harun.
“Haahlah bos ni. Baru seminggu pindah ke sini. Rileks la. Lama-lama mesti okey.” Sampuk Aryana. Lucu pula bila melihat bos kena kuarantin di dalam banglo mewah ini. Bila tinggal di sini apa lagi. Kaki tangan kena ikatlah. Takkan ada masa nak keluar berlibur sampai larut malam. Kalau buat juga alamatnya bos kena tidur di luar. Itu cara Datin Rokiah Kamsan mengajar anak yang dah besar tu.
Kusyen kecil dibaling ke arah Aryana. Namun si gadis ini pantas mengelak.
Kusyen yang jatuh dikutip. Diletakkan pada pehanya. “Okeylah tu bos. Duduk dengan Datuk dan Datin balik. Makan minum terjaga.” Sambung Aryana.
“Banyaklah awak. Ini awaklah punya pasal ni. Tak habis-habis dengan pakatan parti mama saya tu.” Getus Ilham. Semenjak dia dibawa ke sini, Aryana jenuh dimaki. Tetapi gadis ini tetap buat no hal sahaja. Makin geram Ilham jadinya. Tambah lagi Cik Aryana ini jugaklah dengan senang hati menyerahkan satu-satunya kunci apartment miliknya ke tangan mama. Tak berintergriti langsung. Orang bagi kunci tu suruh tolong tengokkan rumah. Ini pandai-pandai pula ‘melelong’ apartment syarikat tu pada mama. Sudahnya dia kena duduk di sini.
“Bos ni suka betul menyalahkan Yana. Salah bos sendirilah sebab tak reti nak guna kebebasan yang Datuk dengan Datin dah bagi.” Balas Aryana selamba.
Ilham mencebek mendengar bebelan Aryana yang menyakitkan hati itu “Ini datang sini lagi ni nak buat apa. Tak boleh ker tunggu minggu depan ajer kalau ada apa-apa hal pejabat. Nak berehat pun tak senang. Ada sahaja gangguan” Soal Ilham. Hari-hari muka yang sama sahaja datang melawat. Kalau bawa buah tangan best jugak. Ini datang melenggang kangkung.
“Sebenarnya saya ke sini nak bagi tahu bos, yang start minggu depan saya dah tak akan jadi driver bos lagi.” Beritahu Harun.
Ilham terlopong. “Kenapa Run.” Dia bertanya.
“Lepas ni Abang Harun kena jadi driver Datuk.” Sampuk Aryana tanpa diminta.
“Shut up…” Sela Ilham. Hatinya masih berbuku dengan Aryana yang menjadi punca utama kenapa dia terkurung di sini.
Aryana menarik muka.
“Pak Abu mana?”
“Pencen. Balik kampung.” Aryana mencelah lagi.
Ilham memandang Aryana. Mata dijegilkan.
“Just tolong jawabkan bagi pihak Abang Harun jer.” Kata Aryana laju apabila bos membulatkan mata ke arahnya.
Ilham mengeluh lemah. “Susahlah aku Run kalau kau tak ada.” Dia bersuara rendah.
“Alah.. Bos. Yana kan ada.” Balas Harun. Dia tahu yang bos akan mengalami rasa sangat sedih atas perpisahan yang tidak diminta ini tetapi sekurangnya masih ada Aryana yang boleh diharapkan.
Aryana mengangguk-angguk. Dia akan setia dengan bos dalam apa keadaan sekali pun. Percayalah!!
“Yana?” Ilham menaikkan kening. Agak was-was dengan usul Harun itu. Aryana? Huhh.. Tak mnugkinlah!!
“Tak payalah Run. Aku jadi macam ni pun sebab Yana nil ah.” Sambung Ilham lagi. Mulut dijuihkan pula kepada Aryana.
“Bos ni tak baik tau cakap macam tu. Yana buat semua ni untuk kebaikan bos tau.” Aryana berkata rendah. Besar sangatkah kesalahannya sampai terpaksa dihukum begini. Sampai bos nak boikot sampai macam tu sekali. Sampai bos dah hilang rasa percaya pada dia.
Kali ini Ilham pula yang dah mengukir senyum. “Alahh.. Merajuk pulak.” Usiknya. Dia suka menggiat Aryana. Kerana setiap kali kena giat pasti gadis ini akan menjuihkan muncungnya konon mahu lawan bibir Angelina Jolie yang cantik tu. Mungkin tak cantik, tapi boleh tahan comel jugaklah jika mata gatalnya ini yang melihat.
“Bos lah.” Gumam Aryana. Dia memeluk tubuh.
“Merajuk manja bos.” Giat Harun tak semena-mena.
“Abang Harun…” Aryana memberi tanda awas.
Akhirnya mereka sama-sama meletuskan tawa.



“Aryana.” Panggil Ilham.
Aryana mengalih pandang. “Ya.” Jawabnya sepatah.
“Taknak balik ker?” Ilham menyoal. Hari ini Aryana datang lagi ke sini. Bukan atas permintaannya. Kata Aryana dia sekadar mahu datang melawat.
Dahi Aryana berlipat empat. “Kenapa? Bos tak suka ker Yana dekat sini.” Aryana menyoal perlahan. Bos bertanya macam tak suka ajer dia berlama-lama di sini.
“Bukanlah tak suka. Tapi saya taknaklah awak sampai hilang masa untuk diri sendiri semata-mata nak menjaga saya dekat sini. Mama saya ada. Mak atun pun ada.” Balas Ilham.
“Yana cuma nak pastikan bos tu dah sihat ker belum.”
“Tak perlulah awak bersusah payah nak pantau kesihatan saya. Awak lupa ker. Dalam rumah ni pun ada doctor jugak.”
Aryana mencebek. Bos tu pasti sudah muak melihat muka dia di sini hari-hari. “Tak apalah kalau bos dah boring tengok muka Yana. Yana balik dulu.” Dia bersuara perlahan. kecik hatilah konon dengan kata-kata bos tadi. Beg dicapai. Namun baru nak melangkah tangan bos cepat menanggap pergelangan tangan ARyana.
Nyut!!! Renjatan dah sampai ke hati yang membawa effect terhadap jantung menyebabkan jantung berdegup dengan kelajuan yang sama laju macam enjin motobot polis marin.
“Duduk.” Arah Ilham sepatah. Matanya dihala pada tempat sofa yang masih kosong disebelahnya. Aryana akur. Dia duduk kembali.
“Saya taknak Yana habiskan masa yang Aryana ada untuk saya ajer. Hari ini kan cuti. Patutnya gunakanlah hari cuti macam ni untuk bersosial sikit. Kesian boyfriend awak kalau awak asyik dengan saya jer.” Terang Ilham jujur. Sedikit sebanyak kata-kata Kak Nani semasa di hospital tempoh hari melekat dalam kepala. Dia ni bukannya kejam sangat pun sampai nak menyusahkan orang sampai macam tu sekali. Kalau Aryana yang rela rasanya tak salah dia gunakan kesempatan yang ada.
“Bos, kalau Aryana ada boyfriend Yana pun takkan nak sibuk-sibukkan diri berkepit dengan bos dekat sini. Buat kecik hati anak orang jer. Yana belum ada special boyfriend lagi.” Lancar Aryana berkata. Nafas dihela buat menghilang lelah kerana bercakap tanpa henti. Dia menyambung lagi. “Buat masa sekarang ni bos lah boyfriend Yana.”
Errkkk… Bibir bawah digigiit. Aryana menelan air liur. Dia terlepas cakap. Adakah dia sudah terkantoi trang tang-tang sekarang ni..
“Apa dia?” Ilham bertanya. Matanya dikecilkan manakala cuping telinga didekatkan sedikit ke tepi Aryana.
“Tak ada apa-apa.” Aryana cepat-cepat menggeleng. Dia buat muka yang konon-kononnya macam comel sangatlah tu.
“Tak awak ada cakap something tadi. Boyfriend?” Ilham berkata sambil tersenyum sinis.
Aryana mencebek. Tu nak membahanlah tu…
“Yerlah. Bos tu bukan setakat bos Yana. Tapi bos kan boyfriend Yana. Kawan lelaki Yana.” Aryana cuba menyelamatkan diri sebelum dia dibahankan oleh bos.
“Owhh.. Ilham mengangguk. “Nasib kawan lelaki.” Ilham mengurut dada. Lega.
Aryana turut sama menarik nafas lega. Tapi eksrpesi bos seperti sangat-sangat telah berasa selamat kerana bukan menjadi boyfriend yang betul-betul boyfriend dalam istilah orang tengah cinta-cintun tu buat dia terseinggung sikit. Sikit jer. Takkanlah tak ada ciri-ciri yang menarik pada diri dia ni sampai bos tu takut untuk menjadikan dia ini girlfriend bos.
“Aryana…”
“Apa?” Aryana menjawab acuh tak acuh.
“Kalau lagi dua tahun saya masih lagi single dan awak masih lagi tak laku apa kata kita kahwin. Senang. Habis cerita.” Ilham mengutarakan usul yang membuatkan Aryana melopong luas.
“Tolong tutup sikit mulut tu.” Tegur Ilham.
Laju telapak tangan ditekap pada mulut.
“Setuju?” Kening Ilham menari jongkang jongket.
Aryana memandang bos. “Bos sanggup ker?” Dia sekadar bertanya.
“Sanggup jer kalau awak setuju.”
“Fine. Setuju.” Aryana angkat tangan tanda dia bersetuju. Janji terpateri.
“Gud. Semoga masa tu nanti tak adalah awak dibahankan kerana menjadi anak dara lanjut usia.” Ejek Ilham.
Aryana mengetus geram. Ada jer modal… “Haah kan. Semoga masa tu nanti tak adalah bos dibahankan kerana menjadi hantulasia.” Balas Aryana memulangkan paku buah keras kepada bos.
“Hantulasia?”
“A-N-T-U-L-A-S-I-A. Anak teruna lanjut usia.”
Pap!!
Melayang kusyen kecil ke muka Aryana. Walaupun kusyen lembut itu mengena pada mukanya Aryana tetap ketawa melihat muka bos yang menjadi merah akibat kena balik dengan dia. sengaja dia menyebut perkataan yang eja ruminya antulasia menjadi hantulasia. Lalala…

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Salam,

Nak ucapkan salam Ramadhan buat semua pembaca blog yang setia. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Kut ada salah silap tang mana-mana, maaf.

Luvs,
Eila.

Monday, August 9, 2010

YESS BOSS!! BAB 15

Deringan telefon yang membingitkan telinga sengaja tidak dilayan. Geramnya pada bos masih bersisa biarpun peristiwa dia ditinggalkan di kelab tenis telah tiga hari berlalu. Berkali bos menyatakan yang dia bukan sengaja mahu meninggalkan Aryana seorang diri di sana. Bos bersungguh berkata yang kononnya waktu itu dia terlupa yang Aryana turut ada bersamanya. Ahh… Bos bila sudah bersama Si Tina yang bermini skirt putih dan bertshirt ketat tanpa lengan aku pun boleh dilupakan. Ngomel Aryana apabila deringan itu masih tidak henti berbunyi.
Menyedari alasan bos itu tidak cukup konkrit Aryana malas mahu melayan karenahnya sepanjang tiga hari ini.. Sengaja dia menunjuk perasaan. Malah sekarang ini pun dia sudah cukup menyampah nak melayan karenah girlfriends bos yang lain.
Deringan yang mati bunyi kembali. Bos juga seperti Abang Harun. Jenis yang tidak faham bahasa. Macam tak tahu nak menghormati waktu rehat orang lain. Jika bos yang menelefon Aryana sudah dapat mengagak yang lelaki ini pasti mahu menyusahkan hidupnya lagi. Waktu pejabat dia tak ada masalah untuk berkerja mengikut arahan bos. Tapi sesudah dia pulang ke rumah pastinya masa yang ada ini dia mahu merehatkan diri. Merehatkan minda. Dia tidak mahu menerima sebarang gangguan. Titik.
Kali ketiga deringan telefon berbunyi lagi. Arrgghhh… Aryana yang sedang bergolek-golek di atas katil sambil membaca majalah Intrend mencapai malas handphone yang memang diletakkan berdekatan dengan tempat dia berbaring. Dilihat nama pemanggil yang tidak faham bahasa. Lerr.. Abang Harun rupanya. Ingatkan tadi bos yang masih lagi berusaha untuk menghubunginya lagi, kerana yang dia tahu kalau ada yang menganggu tengah-tengah malam begini tiada orang lain lagi. Siapa lagi kalau bukan bos.
“Hello…” Malas-malas Aryana menjawab panggilan abang Harun.
“Yana. Dekat mana?” Soal Harun gopoh.
Sebelum menjawab Aryana melihat telefon ditangannya dengan dahi berkerut. Apa hal Abang Harun ni. Sudah buang tebiat ker? Sudah berapa kali Jumaat Abang Harun tempuh? Tengah-tengah malam bertanya dia di mana. Kak Leha balik kampung ke sehingga Abang Harun berani sangat menelefon dia di malam hari.
“Dekat rumahlah. Dekat mana lagi.” Jawab Aryana.
“Bagus. Yana siap sekarang jugak. Abang on the way jemput Yana.” Arah Harun.
“Apasal ni Abang Harun. Hai… Dah buang tebiat ker. Tiba-tiba malam ni nak mengajak orang keluar.” Kata Aryana sedikit berang. Abang Harun ini kata sahaja konon Kak Leha itulah jantung hati. Cintanya dunia akhirat. Perempuan lain takkan dia pandang, kerana hanya Kak Leha seorang sahaja bertakhta di hati, tapi berani pula tu mengajak anak dara orang keluar bersamanya pada malam hari. Tipikal lelaki. Dah kahwin pun masih lagi suka berlagak bujang.
“Haihhh…” Harun mengeluh. Aryana selalu sahaja ditimpa penyakit perasaan. Bukannya dia mahu mengajak Aryana dating pun. Itu namanya mencari masalah. Dia ajak Aryana keluar adalah untuk menyelesaikan masalah. Masalah besar baru sahaja datang.
“Yana, jangan nak over perasan. Cepat siap. Kita kena tolong bos. Bos berada di dalam kesusahan.” Kata Harun.
“Abang Harun, bos sedang berseronok dengan Tina mana entah. Tak ada maknanya dia tu berada di dalam kesusahan.” Balas Aryana. Jengkel pula dia bila mengingatkan bos yang sedang bergembira berdating dengan Si Tina pula.
“Yer. Sebab dia berdating dengan Tinalah teruk dia dibelasah dekat night club. Cepat siap!!”
“What!! Kena belasah? Teruk ker? Kat mana?” Soal Aryana bertalu-talu. Perasaannya dipahat rasa bimbang. Bimbang dengan keadaan bos sekarang ini. Patah tangan? Patah kaki? Atau patah hati?
“Cepat siap. Abang dah masuk lorong rumah Yana dah ni.”
“Yess Abang Harun!!”
Macam lipas kudung Aryana terus bersiap. Dicapai apa sahaja asalkan boleh menutup auratnya. Tergesa-gesa dia keluar apabila mendengar bunyi hon kereta Abang Harun dari luar.
“Yana nak kemana?” Tegur Samsiah apabila dia turut sama dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang tidak berhenti-henti dari luar rumahnya.
“Emergency Mak Ngah.” Meluru Aryana keluar mendapatkan Abang Harun.
Samsiah sekadar menggeleng kepala. Tak sempat nak dihalang Aryana sudah lesap. Kalau emak dikampung dapat tahu yang anak dara seorang ini semakin pandai keluar malam, pasti bukan setakat telinga Aryana sahaja yang kena tadah, dengan telinga dia juga bakal menerima nasib sama. Silap hari bulan Sakina yang tak tahu apa-apa dikampung pun tak terkecuali.


“Nama saper?” Soal Ilham sebaik sahaja dia membuka matanya.
Aryana yang sememangnya dari malam tadi tidak lena tidurnya terjaga apabila menyedari bos sudah mula bersuara. Matanya dibuka perlahan. Kelihatan bos senang hati cuba mengorat misi yang sedang memeriksa keadaannya walaupun di dalam keadaan berbungkus bangkas dan lebam-lebam sana sini.
Keji betul lelaki ini. Dah kena lepuk sampai pengsan malam tadi masih lagi tidak serik. Aryana bangun dari sofa yang menjadi tempat tidurnya sejak semalam. Dia menapak menuju ke katil bos. Nampaknya lelaki ini masih lagi mereng kut akibat terkena ketukan di kepalanya. Terasa Aryana patut mengetuk lagi sekali kepala bos. Baru sedar agaknya.
“Bos.” Panggil Aryana. Adik misi yang nampaknya sudah selesai menjalankan tugasnya Aryana suruh keluar. Yer. Nampaknya bukan lelaki sahaja yang salah. Perempuan juga. Adik misi yang sudah selesai kerjanya masih lagi mahu berlama-lama di sini. Selagi tidak dihalau alamatnya pasti gadis misi ini akan terus berada di sini. Mudahnya si gadis ini terpikat pada bos. Mahu sahaja diberitahu kepada misi ini yang mengakibatkan kepala lelaki ini berbalut, dan adanya kesan lebam di sana sini adalah disebabkan oleh dihempuk oleh lelak lain. Lelaki lain yang merupakan suami Si Tina tu. Bos pun. Dengan bini orang pun dia mahu hauk jugak.
“Eh…Aryana. Awak kat sini.” Tegur Ilham sebaik sahaja menyedari kehadiran Aryana.
“Yer. Yana ada dekat sini sejak dari semalam, bawak ke pagi, memang di sinilah Yana duduk. Bos boleh buat tak nampak, tapi sibuk nak mengorat nurse tadi tu pulak.” Bebel Aryana. Bos dijeling.
Jelingan Aryana dibuat tidak tahu. “Harun mana?” Soal Ilham. Melilau matanya mencari orang kanannya itu disegenap ruang bilik yang menempatkannya di Pusat Perubatan Islam. Bilik bertaraf executive yang hanya menempatkan seorang pesakit untuk satu masa. Lengkap prasarana seperti duduk di dalam hotel.
“Dah balik malam tadi.” Jawab Aryana malas. Macamlah mata bos ini buta selepas kena lepuk semalam. Tadi sudahlah dia yang terang-terang duduk di sofa dia tak perasan. Sekarang pula macamlah tak nampak yang di dalam bilik ini hanya dia dan bos ajer. Abang Harun jugak yang ditanya.
Ilham mengangguk-angguk kepalanya.
Aryana melihat keadaan bos. Nampak macam okey ajer.
“Yana…” Panggil Ilham panjang.
“Apa dia?”
“Tolong tanya misi tadi tu apa nama dia. Saya nak berkenalanlah dengan dia. Manis.” Pinta Ilham.
Mendengar permintaan bos itu membuatkan tangannya seolah mendapat tindakan reflex untuk mencapai laju majalah di meja sisi katil dan terus mengetuk tangan bos yang turut sama berbalut itu.
Wahhhh…dia… Malam tadi menyusahkan aku. Pagi ini pun sama. Ingat bila sakit tu boleh ingat tuhan. Boleh bertaubat. Tapi tetap sama jugak!! Getus Aryana.
“Sakitlah…” Ilham mengerang. Terasa makin sengal kesan lebamnya akibat diketuk oleh Aryana. Dalam keadaan lebam kebiruan macam ni, kena ketuk dengan majalah yang digulung macam kayu baseball ini pun turut mendatangkan kesan sakit yang amat sangat. Percayalah kerana ianya benar!!
“Aryana kenapalah kejam sangat sampai nak melakukan kecederaan fizikal ke atas diri saya yang lemah ni. Sakit tau Yana.” Kata Ilham. Sengaja dibuat-buat suara itu macam orang yang mengalami kesakitan yang amat sangat. Padahal bukannya boleh patah pun tangannya yang berbalut dan lebam ini apabila dipukul dengan senaskah majalah yang sudah ditransformasi menjadi kayu pemukul baseball. Sengaja. Mahu mendapat perhatian.
Aryana mencebek. Ahh.. Kecederaan fizikal yang ditempah sendiri. Tak patut nak rasa kasihan pun.
“Bos tu kan. Memang. Semalam macam nyawa tu dah sipi-sipi dah. Dah macam nak kena cabut dengan malaikat Izrail. Tapi hari ini sempat lagi tu nak mengatal.” Sedas Aryana bagai menceritakan keadaan bos selepas dipukul semalam. Teruk. Sampai lembek. Semasa Aryana dan Abang Harun tiba di kelab malam tempat bos dipukul itu pun sudah kelihatan lelaki ini separuh nyawa tidak mampu melakukan apa-apa. Mujur suami Si Tina itu tidak memukul bos sampai mati. Kalau tidak, kenduri arwah 44 harilah jawabnya.
“Yoo.. Aryana. Lazernya mulut awak. Cakap tu biarlah berlapik sikit. Yang tengah sakit ni bos awak tau.” Kata Ilham. Tangannya cuba meraba-raba rahangnay yang menjadi sengal akibat banyak bercakap dengan Aryana.
“Betulah tu. Lepas ni tak tahulah siapa pulak yang akan pukul bos. Hak orang buat macam hak sendiri. Suka-suka hati ajer.” Balas Aryana. Yer. Sebab bos Yanalah, suka-suka hati bos tu ajer nak susahkan hidup Yana. Ngomel Aryaan di dalam hati.
“Laa… Salah ker kalau saya nak berkenalan dengan misi tadi tu. Bukan buat apa pun. Saya ni nak merapatkan tali silaturahim. Itu ajer. Lagipun dulu saya ingatkan duduk dihospital ni sesuatu yang mengerikan. Tapi tak jugak. Tak sangka dekat hospital pun ada bidadari syurga.” Bersahaja Ilham menuturkan. Matanya dipejamkan bagi menambahkan feel di dalam membayangkan feelingnya ketika ini.
Papppp!!!
Sekali lagi majalah yang memang ada ditangan Aryana diketuk pada bahu bos pula.
Ilham menggosok-gosok bahunya pula. Bahu yang baru sahaja menjadi mangsa ketukan Aryana tanpa belas. Sakit dowhhh!!! Aryana memukul sekuat hati.
“Tak sangka dekat hospital puna ada bidadari syurga.” Ajuk Aryana dengan kata-kata bos tadi. Sinis dia meniru sebiji-sebiji gaya lelaki ini berkata. “Banyaklah bidadari syurga. Kena lepuk dekat night club. Bersuka ria dengan isteri orang. Masih ada hati nak berangan nak dapat bidadari syurga.” Perli Aryana.
“Amboii.. Pedas tu.” Kata Ilham bersahaja. Tangannya dikipas-kipaskan menunjukkan betapa panas dan pedasnya sindiran Aryana itu.
Aryana masih mahu membalas bila melihat kelakuan bos yang loyar buruk itu namun hajatnya terbantut apabila melihat pintu bilik bos dikuak. Meluru Datin Rokiah Kamsan dan Datuk Maarof masuk ke dalam.
“Aryana, kenapa tak bagi tahu saya. Mujur saya terdetik nak telefon Harun tadi.” Marah Datin Rokiah Kamsan kepada Aryana.
Aryana yang duduk di atas katil bos meloncat turun. Mata Aryana terpinga-pinga bila Datin Rokiah Kamsan terus menyerangnya. Masuk tak bagi salam terus nak serang orang macam tu. Terkesima Aryana sebentar.
“Sudahlah tu Yah. Nak dimarahkan Aryana buat apa. Yang terlantar atas katil ni yang salahnya sebenarnya.” Pujuk Datok Maarof cuba meredakan angin isterinya. Agak keterlaluan isterinya itu memarahi Aryana sedangkan dia sendiri tahu bagaimana perangai anak terunanya. Lagipun insiden ini berlaku di malam hari. Di luar waktu pejabat. Sudah tentulah yang apa yang berlaku ini di luar kawalan Aryana. Dia pun tahu, takkanlah gadis ini tidak ada hidup sendiri, takkanlah 24 jam mahu menjadi pengawal kepada anak terunanya yang amat sukar dikawal ini.
Aryana mengangguk mengiyakan kata-kata Datuk Maarof. “Datin tanyalah bos sendiri. Dia yang taknak datin tahu.” Aryana menjawab berani. Malam tadi juga, semasa bos sedang mendapat rawatan,bos masih lagi di dalam keadaan sedar. Sempat bos berpesan, agar jangan beritahu mama dan abahnya. Katanya tidak mahu kecoh. Betul pun. Bila Datin Rokiah Kamsan dapat tahu memang beginilah jadinya. Kecoh sekampung!!
“Menjawab!!” Getus Datin Rokiah Kamsan. Geram dengan mulut si gadis ini yang cukup gemar menjawab. Lagi geram gadis ini selalu sangat membacking anak terunanya. Macam Harun pulak. Patutlah kerja yang disuruh dahulu tak nampak hasil. Makin teruk perangai si Ilham adalah.
Aryana menjuling mata ke atas. Dia mencebek. Buat muka. Cukup punya baik dia sanggup menunggu anak kesayangannya itu sehingga ke pagi dari dibiarkan sahaja tinggal di hospital ke seorang seorang diri. Itu pun nak marah. Bukannya tahu nak berterima kasih. Ngomel Aryana di dalam hati. Inilah yang dia tidak gemar dengan sikap Datin Rokiah Kamsan. Anak sendiri yang salah, sibuk pula dia mahu mencari salah orng lain. Sepatutnya marahlah bos, kenapa marah dia pulak.
“Ni Aryana. Macam mana bos kamu boleh jadi macam ni nih?” Datin Rokiah sudah mula menyoal. Dipandang Aryana yang berdiri di belakang suaminya.
Datuk Maarof turut sama menoleh memandang Aryana. Mengharap penjelasan dari Aryana. Harun tak ceritakan sampai habis di dalam talian tadi. Harun hanya mengatkan yang anak teruna mereka dipukul orang sampai masuk hospital. Kena pukul dengan siapa, di mana? Harun tidak cerita. Harun yang menjadi penyelamat Ilham tu memang pandai sangat. Dibuat-buat talian seperti tidak mempunyai coverage terus diletak telefon. Bila cuba dihubungi semula suara perempuan Maxis pula yang menjawab. Itu yang buat panas dalam hati isterinya membara-bara. Harun hilang entah ke mana. Sampai ke sudah gagal dihubungi.
Aryana memandang bos sambil otaknya ligat berfikir isyarat-isyarat tangan yang dibuat oleh bos.
“Errmm…ermm..” Dia masih lagi cuba memahami apa bendalah yang bos tengah buat tu. Datin Rokiah Kamsan dan Datuk Maarof masih lagi menanti jawapan daripadanya.
“Bos…kena…aaa..errmmm…” Aryana menyambung dengan tergagap-gagap. Bos!! Bagilah isyarat yang senang-senang!! Yana tak penah belajar bahasa isyarat dari mana-mana sekolahlah!!
“Kena apa??!!!” Suara Datin Rokiah Kamsan meninggi secara tiba-tiba membuatkan Aryana terperanjat.
“Bos kena pukul dekat night club dengan suami perempuan yang dia bawak keluar semalam. Datin. Datuk.” Laju Aryana menjawab tanpa ada satu perkataan pun yang tertinggal.
Laju Datin dan Datuk berpaling menghadap Ilham yang sudah tersengih.
“Am.. ni memang tak pernah nak berubah kan.” Kata Datin Rokiah Kamsan dengan nada kesal. “Jom bang. Kita balik.” Terus tangan suaminya di tarik dan mereka meluru keluar. Kecewa dengan sikap Ilham. Tak habis-habis memberi masalah. Tak pernah nak fikir baik buruk setiap tindakannya itu.
Aryana hanya menjongket bahu memandang bos yang jelas terpamer rasa bersalah di wajahnya. Tak lama kemudian pintu bilik dikuak lagi.
“Balik Yana. Jangan dilayan bos kamu itu.” Arah Datin Rokiah Kamsan.
Kini tangan Aryana pula ditarik oleh Datin Rokiah Kamsan. Dia tak sempat nak berkata apa-apa. Hanya sempat membuat lambaian mesra pada bos yang masih terpinga-pinga apabila mamanya senang hati menarik tangan Aryana turut sama meninggalkannya. Babai bos…..



“Kak Nani, mama berangin lagi ker?” Ilham menyoal kepada Kak Nani yang datang melawatnya hari ini. Hari ini mama langsung tidak datang melawat. Rasa kecil hati pula dengan mama. Terasa kelebihan anak bongsu yang manja dan disayangi macam direntap pula.
“Tu la siapa suruh cari pasal.” Bagi Armani. Lebam di mata kiri Ilham dilihat. Dia sebagai seorang doctor melihat kesan lebam itu tidaklah teruk sangat. Hari ini boleh balik dah ni.
“Ini Yanalah ni. Tak boleh nak dibawa bersekutu.” Tiba-tiba Ilham memarahi Aryana yang sedang memotong buah epal yang dibawa Kak Nani.
Aryana berpaling pantas. “Orang pulak.” Getus Aryana. Piring berisi epal diletakkan di atas meja.
“Yerla. Kalau Yana diam-diam sahaja semalam temperature Datin Rokiah Kamsan tak adalah naik tinggi mendadak macam sekarang ni. Yana ni ikut parti mana ni?” Bebel Ilham lagi apabila merasakan Aryanalah punca mama jadi hot sampai memboikot anak sendiri.
“Parti Tupperware!!” Aryana menjawab. Bos dijeling.
“Aryana!!”
“Kak Nani, tengok bos ni.” Ngadu Aryana pada Armani.
“Am pun. Jangan nak menyalahkan orang lain. Awak tu yang salah.” Armani memenangkan Aryana.
Aryana tersenyum puas.
“Sudahlah. Kak Nani pun sama jer.” Ilham bersuara rendah. “Yana pergi tanya doctor, bila saya boleh keluar. Bosan dah saya ni tinggal dalam bilik ni lama-lama.” Ilham mengarah.
“Yess boss..” Aryana keluar meninggalkan bos dan Armani berdua sebaik menerima arahan.
Langkah Aryana diperhati Armani. Kemudian dia beralih pula kepada adiknya yang beriak bersahaja sambil makan buah epal yang telah dikupas oleh Aryana tadi. Armani menggeleng perlahan.
“Mengalahkan abah. Menyuruh Aryana memanggil bos.” Gumam Armani jengkel.
“So…” Ilham menaik kening.
“Am tak boleh nak buat Aryana macam kuli okey. Dia mesti ada life sendiri. Takkan nak menjaga Am sahaja. Ini masuk hospital. Kak Nani tengok Aryana pulak dah take over kerja misi kat sini. Ada sahaja dia menyediakan itu ini untuk Am.”
“Kak Nani ni. Membebel macam mama okey. Aryana tu sejak rapat dengan mama dan Kak Nani penyakit kuat membebel tu pun dah berjangkit. Dia setiausaha Am lah kak. Suka hati Am lah nak arah apa pun.”
Armani mengeluh kesal. “Am ni kan. Taksub sangat dengan jawatan dengan pangkat dengan kedudukan. Kak Nani takut, kalau satu hari nanti Yana tak ada Am tak boleh nak handle diri sendiri pulak.”
“Yana tak ada Am ambilah setiausaha baru.”
“Siapa jer yang dapat tahan dengan perangai Am ni. Harun dengan Aryana ajer yang boleh tahan perangai Am tu. Harun tu akak tahulah tahan dia dengan Am sebab kamu berdua tu memang sekepala. Yang Aryana tu entah-entah Am dah bagi dia apa-apa kut. Sebab tu boleh ikut semua telunjuk Am.”
“Dahlah Kak. Tak payah nak bising-bising. Am tahu apa yang Am buat okey. Aryana pun tak bising kak Nani pula yang lebih.” Ilham malas mahu mengambil pusing kata-kata Dr. Armani yang sememangnya sejak dahulu lagi dia sudah tahu akan kelazeran mulutnya itu. Amboi…Amboi..Amboi… Main cakap lepas!!
“Suka hatilah. Malas dah Kak Nani nak nasihatkan awak tu.”
Ilham buat tidak tahu.
“Boss!” Teriak Aryana dari muka pintu.
“What?”
“Esok bos dah boleh keluar.”
“Yess!!!”
Armani hanya memandang keduanya sambil menggeleng kepala. Nasib Aryanalah dapat bos macam adiknya itu…..




p/s:lambat masuk n3 adalah disebabkan lambat dapat idea. enjoy.

luv,
eila.

Monday, August 2, 2010

Selamat Hari Jadi!!!




Salam,

Pejam celik dah setahun BPMA masuk ke dalam kedai-kedai buku di Malaysia. Mungkin juga tersesat sampai ke luar negara. Siapa tahukan?

Orang kata yang pertama adalah yang paling istimewa. Betul, kerana melalui BPMA saya terus menerima kutukan, kritikan, pujian dan cacian yang buat saya terus semangat nak menulis. Buat yang memuji terima kasih banyak. Yang mengeji pula terima kasih juga. Alah.. Sebenarnya apa yang kita buat tak semua orang sukakan. So saya terima dengan hati yang terbuka.

Buat para pembaca yang sudi membaca cerita biasa ini saya ucapkan terima kasih banyak2. Kalian tu memanglah sumber inspirasi. Menulisnya saya adalah kerana adanya kalian yang masih ingin membaca.


Untuk BPMA... Kamu kenangan paling manis dalam hidup saya.


p/s: Yang sudi memangkah BPMA untuk Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 thanks a lot.


luvs,
eila