Wednesday, June 9, 2010

YESS BOSS!! BAB 11

Aryana keluar dari teksi sebaik sahaja tiba di hadapan pintu pagar mewah ini. Jam ditangan dilihat sekilas. Harap tak lambat. Loceng ditekan.
“Aryana sayang… Dah sampai pun…” Tegur Datin Rokiah dari muka pintu. Pintu pagar automatic sedia dibuka untuk Aryana masuk.
Aryana terus mendapatkan Datin Rokiah Kamsan. Tangan wanita itu disalami. Datin Rokiah Kamsan membawa Aryana ke dalam pelukkannya. Dipeluk Aryana penuh mesra. Aryana yang seakan terpana dengan pelukan dari Datin Rokiah Kamsan membalas kembali pelukan itu dengan rasa sedikit kekok.
Baiklah pulak Mak Datin sorang ni. Owwhh.. Ya. Birthday girl la katakan. Pasti mood baik sepanjang hari. Hatinya berseloroh nakal dengan kemesraan Datin Rokiah Kamsan itu.
“Untuk Datin.” Ujar Aryana seraya memberi buah epal merah dan hijau yang dihias di dalam bakul rotan kepada Datin Rokiah Kamsan.
Datin Rokiah Kamsan menyambut dengan senyuman yang mekar. “Susah-susah ajer Yana ni.” Katanya masih lagi ramah seperti tadi.
“Buah jer Datin.” Kata Aryana sambil menundukkan sedikit kepalanya. Malu kerana dia hanya membawa buah sahaja. Buah epal ajer pulak tu. Nak buat macam mana Sudah itu sahaja yang sempat dibelinya tadi. Segan pula datang ke rumah orang dengan tangan kosong. Nak beli hadiah dia mana mampu. Bukanlah dia ini sengkek sangat sampai tak ada duit nak belikan hadiah untuk Datin Rokiah Kamsan sempena hari lahirnya itu, tapi dia memang tak mampu nak beli hadiah mahal-mahal. Bos sendiri kata mamanya mementingkan jenama. Semalam pun semasa di dalam Binwanis biji matanya hampir terkeluar melihat harga kain sutera berjenama Versace yang bos belikan sebagai hadiah untuk Datin Rokiah Kamsan. Ishh.. dua ratus lima puluh ‘hengget’ harganya. Bukan harga untuk sepasang tapi untuk semeter. Datin Rokiah yang berbadan berisi itu mana cukup memakai kain empat meter. Paling kurang pun kena beli lima meter. Kalau lima meter darab RM 250 dah RM1250 harganya. Mahal gila!!
Datin Rokiah Kamsan menepuk perlahan bahu Aryana apabila gadis itu berkata begitu. “Isshh.. Aryana ni. Kenapa pula cakap macam tu. Bagi buahlah bagus. Boleh makan ramai-ramai.” Ujar Datin Rokiah Kamsan tidak mahu gadis ini terasa kecil di sini. Lagipun Aryana tetamu yang dijemput khas untuk makan tengahari sekali. Sengaja dia ingin menjemput gadis ini ke sini kerana selepas makan ada benda yang ingin dibincangkan dengan Aryana.
Aryana tersipu-sipu malu apabila Datin Rokiah Kamsan melayannya dengan begitu baik sekali. Tak adalah teruk sangat pun Datin Rokiah Kamsan ini pada pandangan mata. Anaknya sahaja yang suka momok-momokkan ibunya sendiri. Mak Datin ni okeylah sebenarnya.
“Dah jom masuk. Semua orang dah ada tu.” Pelawa Datin Rokiah.
Aryana mengangguk. Terus mereka berdua masuk ke dalam rumah.



Ilham yang sedang duduk di ruang tamu kelihatannya agak terkejut dengan kehadiran Aryana. Terkejutnya juga telah bercampur baur dengan perasaan pelik. Amboi kemain baik mama dengan Aryana. Ahli keluarga lain tidak pula mama jemput konon katanya majlis makan tengahari hari ini adalah untuk mengumpul anak-anak mama sahaja. Tapi yang tiba-tiba Aryana ada di sini apa kes pulak.
Melihat kemesraan yang terjalin antara mama dan Aryana mengundang seribu tanda tanya dibenaknya. Ini mesti ada sesuatu. Detiknya.
“Bos. Datuk..” Tegur Aryana sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah.
“Dah sampai pun. Senang cari rumah?” Datuk Maarof menyapa mesra.
“Pakcik teksi yang tolong carikan. Yana bagi alamat jer.” Jawab Aryana polos.
“Owwhh… Ini Aryana.” Sapa Armani yang baru keluar dari dapur. Tangannya menatang lauk ayam golek untuk diletakkan di atas meja hidangan.
Aryana sekadar tersenyum pada gadis manis yang menyapanya. Kalau tidak silap Aryana itu Doktor Armani. Anak sulung Datuk Maarof.
“Armani.” Armani memperkenalkan diri selepas meletakkan pinggan ayam golek di meja.
“Saya kenal Doktor Armani. Pernah tengok gambar doktor dalam bilik Datuk.” Kata Aryana.
“Jangan panggil doktorlah. Panggil Kak Nani ajer.”
“Okey Kak Nani.”
“Okey. Semuanya dah siap. Mari makan semua.” Pelawa Datuk Maarof. Semuanya menuju ke meja makan.
“Macam mana boleh ada dekat sini.” Bisik Ilham di tepi telinga Aryana apabila mereka berdua berjalan sedikit belakang dari yang lain.
“Datin jemput.” Aryana dah cepat-cepat meninggalkan bos. Tak nak kena tanya soalan lagi. Ini kan misi rahsia. Nanti kantoi!!



Selesai makan, Datin Rokiah Kamsan mengajak Aryana untuk berehat-rehat di taman orkid di halaman banglow mewahnya. Armani jugak turut sama menyertai mama dan Aryana. Meeting orang-orang perempuan, lelaki no entry. Mereka melabuhkan punggung pada pangkin kayu yang dibina bersama sebuah gazebo. Kelihatannya taman ini berinspirasikan dari Bali. Selain terdapat pelbagai jenis orkid ianya juga turut mempunyai sebuah air terjun buatan manusia yang cantik binaannya. Sejuknya hati mendengar air mengalir. Macam di tepi sungai pula.
Ilham yang sesekali memerhati dari sebalik langsir tingkap sedikit sangsi dengan lagak dan gaya mama, Kak Nani dan Aryana yang berbisik-bisik sesama mereka. Ilham dapat merasakan sesuatu. Ini pasti ada agenda. Fikirnya.
“Aryana macam mana progress. Ada perkembangan. Dah jumpa calon-calon yang sesuai?” Datin Rokiah Kamsan mula menyoal. Armani disebelah hanya bertindak sebagai pendengar.
Aryana yang memang sedia maklum akan hal ini sekadar mengangguk. “So far okey Datin. Yana dah cari dua tiga orang yang sesuai.” Katanya.
“Good. Confirm ker semuanya okey Yana. Kak Nani bukan apa, Am tu lain sikit.” Ujar Armani ingin kepastian.
“Soal bos saya tak berani nak jamin kak. Tapi saya dah usahakan ikut apa yang Datin nak.”
“Gambar mereka semua ada ker?”
“Ada.” Aryana mengangguk. “Saya ada bawak.” Sambungnya lagi.
Wajah Datin Rokiah menjadi bersinar-sinar. “Bagus. Mana dia?.”
“Kat dalam. Sekejap Yana ambil.”
Terkedek-kedek Aryana berlari untuk masuk ke dalam rumah.
Di ruang tamu sempat Aryana mengerling kea rah bos yang sedang menonton televisyen. Dia tersengih melihat bos yang memandangnya pelik. Tote bag miliknya di ambil dan dia cepat-cepat kembali ke taman.
“Ini calon-calonnya.” Kata Aryana. Sampul surat yang baru dikeluarkan dari dalam tote bag diletakkan di atas pangkin.
Wajah Datin Rokiah menjadi bersinar-sinar. Isi dalam dilihat. Bergilir-gilir dia dan Armani meneliti gambar yang Aryana bawakan.
“Bagus. Bagus.” Datin Rokiah Kamsan menepuk-nepuk bahu Aryana tanda berpuas hati dengan semua calon yang Aryana tolong carikan ini. Semuanya okey. Hatinya kembang berbunga. Memang sudah tidak sabar rasanya mahu melihat Ilham naik pelamin.
Aryana pula tersenyum bangga. See the leg lah siapa yang tolong carikan. Alahh.. Bukan susah pun nak mencari perempuan yang seperti Datin Rokiah Kamsan inginkan. Sekarang bukankah zaman teknologi terkini. Zaman Facebook, Twitter kan. Kalau nak mencari secara manual memang jenuh. Kat mana nak cekau kan. Mujur ada Facebook yang dapat membantu.
Stok yang dia cari ini pun diperolehi dari kenalan-kenalan Facebooknya yang boleh dipercayai identiti mereka.
Akan tetapi dalam dia berbangga diri, terselit juga perasaan halus, kenapa gambarnya tidak diletakkan sekali. Manalah tahu, Datin Rokiah Kamsan turut berkenan untuk dibuat menantu jugak. Perasan!!! Hahahah… Dia ketawa lagi melihat betapa terujanya Datin Rokiah membelek setiap gambar yang dibawanya itu.


Ilham mundar mandir empat lima enam kali di ruang tamu rumah. Sambil-sambil itu matanya menyorot memerhati kemesraan wanita-wanita diluar sana. Wahhhh… Mereka-mereka ini. Bukan main bergembira berbincang ditepi air terjun. Hatinya terasa ingin benar untuk ambil tahu apa yang sedang diborakkan oleh mama, Kak Nani dan Aryana. Mama bukan seorang yang mudah mesra. Hanya dengan sesetengah orang sahaja. Dengan Kak Midah pun mama tidak begitu mesra sangat. Tapi apabila bersama Aryana, mama pula menjadi terlebih mesra. Patutlah minggu lepas dia berasa pelik apabila mama meminta dia memberi tudung sutera yang dibeli dari China tahun lepas kepada Aryana. Tudung baru yang tidak pernah mama pakai kerana mama tidak berkenankan warnanya sebaik tiba di Malaysia. Tudung yang sudah setahun tersimpan kemas di dalam plastik akhirnya menjadi milik Aryana.
Dari cara mama dia tahu, mama pasti ada rancangannya yang tersendiri. Ya. Sah. Mama ada agenda. Aryana menjadi kambing hitamnya. Aryana siaplah kau!!
Laju tangan Ilham menyeluk ke dalam poket seluar steng yang dipakai. Blackberry dikeluarkan. Cekap tangannya mendail nombor Harun yang memang sudah tersimpan kemas-kemas di dalam kotak memori otaknya. Mungkin Harun tahu apa yang sedang Aryana dan mamanya rancangkan. Usahanya untuk menghubungi Harun gagal. Harun ni ada telefon pergi matikan pulak dah. Berkali dia cuba mendail nombor Harunt etapi tetap juga tidak berangkat.
Harun ini disaat diperlukan dia matikan telefon pulak. Ngomel Ilham.
“Apa kena kamu ni Am. Macam cacing kepanasan jer abah tengok. Dah tak tahan duduk dekat rumah ni lama-lama dah.” Sapa Datuk Maarof yang baru sahaja keluar dari bilik bacaan.
“Abah ni pun. Balik salah. Tak balik salah.” Rungut Ilham. Inilah sebabnya dia malas untuk balik ke rumah. Semuanya tak kena.
Ilham duduk berhadapan abah di ruang tamu. Saluran ESPN tidak menarik perhatian sebaliknya mata masih lagi tidak berhenti dari memerhati keadaan di luar. Dia masih mendengar betapa rancaknya tiga orang wanita itu sedang bersembang sakan.


---------------------------

silalah enjoy...

luvs,
eila