Tuesday, March 31, 2009

Iman Suraya Bab 4

“Awak ni tak periksa dulu ker kereta ni sebelum pergi sewa tadi.” Suraya mengomel marahkan Iman yang cuai sangat. Mana kereta dia pergi sewa entah. Baru setengah jam bergerak atas jalan raya, sudah mati enjin. Lepas tu tak boleh dihidupkan balik. Haru punya cerita.
Iman yang sedang memeriksa enjin kereta merengus geram. Makcik ni. bukan nak tolong. Macam ma’am besar marah-marahkan supirnya. Hush… Kemudian dia ke hadapan. Duduk di atas pembahagi jalan. Suraya yang sudah merah mukanya akibat terkena sinaran matahari begitu sibuk menghalakan kipas mini berkuasa bateri alkali pada wajahnya. Peluh yang mericik di lap dengan tisu poket.
“Kena panggil mekanik lah. Saya rasa karburator problem.” Iman meneka permasalahan kereta Kancil yang disewanya tadi. Memanglah masa di oversea buat engineering. Tapi buat sivil. Bukan mechanical. Memang tak reti.
“Cubalah telefon balik dekat orang yang awak pergi sewa kereta ni tadi.” Arah Suraya. Cermin mata hitamnya disangkut di atas kepala. Kipas mini tadi masih berputar menyejukkan badan yang terasa panas.
“Dah cuba dah tadi. Tapi tak dapat.”
“Awak ni. Habis macam mana ni?”
“Macam mana apa. Jalan kakilah.”
“Jalan kaki?” Suraya membulatkan mata. Biar betul ni. tengahari rembang macam ni nak berjalan kaki. Mahu hitam kulit muka. Mahu taknya gerhana bulan penuh dua tiga minggu.
“Awak ada cara lain ker?” Iman bertanya tanpa menoleh.
“Jauh lagi tak dari Pantai Cenang tu?” Suraya bertanya balik.
Iman meneliti peta Langkawi di tangan. Kalau nak diikutkan kat mana kita berada sekarang ni, dalam lima belas minit boleh sampai kut kalau naik kereta. Kalau jalan kaki, paling cepat pun empat puluh minit.”
Luas mulut Suraya ternganga. Tercabut skru kaki ni kalau berjalan kaki sejauh tu. Kemudian kepala ditunduk lemah. Namun cepat dinaikkan semula. Dia bingkas bangun. Beg galas dari dalam kereta dikeluarkan. “Jom.” Putusnya.
Iman sekadar menurut bila mana ma’am besar dah bagi arahan. Mereka berdua berjalan beriringan di tepi jalan raya. Sambil-sambil itu, tangannya masih lagi cuba menelefon tuan empunya kereta Kancil itu tadi. Sepanjang perjalanan masing-masing membisukan diri. Mungkin Suraya sudah penat kut. Dia juga begitu. Basah ketiak berjalan dalam panas macam ni. sudah macam berjalan tengah gurun pulak rasanya.
“Sue.” Panggil Iman apabila gadis yang bernama Suraya itu asyik sangat dengan kameranya. Semua benda yang dia Nampak semua diambil gambar. Burung terbang di langit pun dia pergi ambil gambar.
“Yup.” Suraya menoleh.
“Tak boring ker? Asyik ambil gambar ajer.” Tanya Iman. Sebenarnya dah tak tau nak bersembang apa lagi dengan Suraya. Perjalanan pun masih jauh lagi. Bosan jadinya bila berjalan senyap sunyi cenggini. Yang Suraya tu pulak sibuk semedang dengan kamera dia.
“Taklah. Dah hobi. Nak boring apa pulak.” Balas Suraya. Dia terus berjalan ke hadapan.
“Biasa kalau awak dengan tunang awak pun macam ni ker Sue?”
Suraya mengangguk. “Dia faham saya. Saya faham dia. Kami saling faham memahami.” Jawab Suraya tenang. “Awak ni banyak tanyalah Iman.” Sela Suraya kemudian. Memang pun Iman ini banyak tanya. Sejak kenal dengan Iman, memang dia ajerlah yang bertanya itu ini. Tak letih ker mulut tu. Dah macam pak polisi dekat Bukit Aman pulak.
“Kenapa? Salahkah?” Iman bertanya.
“Taklah sampai salah pun. Mana ada orang masuk jail sebab temu ramah orang. Tapi saya pelik sebab awak ni tak tau penat ker? Tanya saya itu ini. Saya yang dengar pun naik penat.” Balas Suraya.
Iman sekadar tersengih.
“Eh!! Iman. Awak tak cerita pun pasal awak dekat saya lagi. Semalam bila saya tanya apa cerita awak suruh gugurkan dari topic perbualan.” Gumam Suraya. Tak aci. Iman boleh pulak tanya dia macam-macam. Tapi soalan yang satu itu pun Iman tak jawab lagi.
“Eh!!.. Tengok tu.” Jari telunjuk Iman dihalakan pada papan tanda jalan yang tertulis Pantai Cenang. Suraya melihat ke arah yang ditunjuk oleh Iman tadi. Mereka berpandangan sesama sendiri. pecah ketawa akhirnya. Alhamdulillah. Nampak sudah tidak jauh lagi. Iman dan Suraya terus melajukan langkah kaki. Soalan Suraya tadi dibiarkan sepi tanpa jawapan. Suraya pun sudah lupa kut bila terlihat papan tanda ke Pantai Cenang tadi. Dia pun turut sama bergerak pantas untuk menuju ke tempat yang dituju itu.

“Lambatnya awak bersiap.” Rungut Iman.
“I’m sorry!!” Suraya buat gaya Amir Raja Lawak.
“Bilik air penuhlah tadi. Itu pun nak bising.” Memang pun penuh. Bukannya dia sengaja pun nak lambat. Selepas sampai ke Pantai Cenang tadi. Terus dua-dua cari bilik air. Membersihkan diri yang sudah berpeluh melekit-lekit sebab buat acara berjalan kaki dari tempat kereta sewa rosak sampai ke sini. Nasib memang dah spare awal-awal baju extra dalam beg. Kalau tidak tahan tak tahan kena pakai baliklah baju yang sudah masam kena peluh. Selepas mandi, kenalah pergi surau tunaikan tanggungjawab mengadapNya. Itu dah memang pesan abah sejak dulu lagi. Sibuk macam mana. Kekangan apa-apa. Sembahyang jangan tinggal. Semua sudah selesai barulah senang nak pergi makan. “Awak dah sembahyang ker?” Tanya Suraya kemudian.
Iman sekadar mengangguk perlahan. “Jomlah. Perut dah lapar ni.” Ujar Iman.
“Dekat mana?”
“Kat kedai makan tu?”
“Jom.”

“Iman, awak tak jawab pun soalan saya tadi. Awak ni asal ek. Semedang nak lari ajer.” Tanya Suraya. Ikan siakap bakar dicubit dan dicicahkan ke dalam air asam sebelum diletakkan diletakkan di atas nasi putih. Sayur kangkung goreng belacan disudu. Suraya makan dengan penuh selera. Walaupun bukan restoran mewah, tapi masakannya boleh tahan sedap. Sehingga menjilat jari pun boleh ni. Nasi disuap ke dalam mulut lagi.
Iman terdiam. Sangkaannya meleset. Budak Sue ini balik bertanya soalan yang sama. Air sirap limau disedut. “Apa yang awak nak tahu sangat?” Dia buat-buat tanya.
Suraya mengetap bibir. Berhenti makan seketika. Ek…elleh. Ini baru lepas makan pil pelupa ker tadi. Sah dan tidak syak lagi. Mamat ni memang tengah mengalami sindrom jiwa kacau. Symptom-simptom dan Nampak dah tu. “Saya tanya, apa kes yang buat awak datang sini. Tanya Suraya untuk kesekian kalinya.
“Untuk cari ketenangan.” Jawab Iman seringkas-ringkasnya.
“Cubalah spesifikkan sikit jawapan awak tu. Ikutkan saya datang sini pun sebab nak cari ketenangan jugak lepas kuar uni. Tapi ada reason lain jugak. Sebab hobi saya.” Suraya menjuih muncung bibir kea rah kamera di atas kerusi sebelah. “Awak frust dengan siapa?” Tanya Suraya lagi. Sorry lah bro kalau ingat nak lari. Aku ini sama hebat dengan Abang Naz Melodi. Main terjah. Main serkap. Main cekup. Main redah ajer………
“Kalau awak tanya saya frust dengan siapa, of course lah sebab perempuan. Takkan saya frust dengan anak kucing jiran sebelah rumah saya pulak.” Iman menjawab.
Suraya merengus geram. Loyer buruk pulak. “Perempuan tu, tuan punya anak kucing tu ker. Jiran sebelah rumah awak ker?” Suraya pun sudah bertukar jadi loyer buruk jugak.
Iman ketawa kecil. Nakal tangan kirinya menarik ke depan cap Adidas yang Suraya pakai.
“Ouchhh.” Refleks. Suraya menjeling dengan ekor mata. Dibetulkan kembali kedudukkan cap di kepala.
“Perempuan tu dah kahwin.” Iman menutur rendah. “Dengan abang saya sendiri.” Sambungnya kemudian.
Suraya ternganga. Tidak berkata apa-apa. Berat ni. Kekasih sendiri sudah jadi kakak ipar pulak tu. Memang berat bertan-tan sungguh. Hebat ajer perempuan yang dah jadi kakak ipar Iman ini. Macam mana boleh bercinta dengan adik tapi kahwin dengan abang.
“Sue, tutup mulut. Karang masuk lalat.” Ujar Iman apabila mulut Suraya masih tidak katup-katup lagi. Pantas Suraya menutup bila kena tegur dengan Iman. “Susah untuk saya terima keadaan tu Sue. Nak duduk sebumbung, makan semeja. Nak buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Nak kena berlakon.” Iman meneruskan cerita.
“Abang awak tak tau ker yang perempuan tu awek awak?” Sampuk Suraya.
Iman mengangguk kepala.
“Masa dia orang berdua cintan cintun tu, awak dengan perempuan tu still bf gf ker?” Tanya Suraya lagi.
Iman geleng kepala.
Suraya angkat kening. Tak faham dengan gelengan itu. Maksudnya apa tu?
“Kita orang dah putus masa tu.” Jawab Iman.
Laju siku kiri Suraya diletakkan di atas meja makan untuk menongkat kepala. Cehh… Sudah putus. Mati-mati tadi nak salahkan perempuan tu. Memanglah dia pantang kalau ada spesies tak setia pada yang satu. Pesen main belakang macam tu. Kalau sudah putus yang Iman mesti frust menonggeng, terlentang, berguling-guling apa kes? Suraya menjulingkan mata ke atas. “Kalau awak dengan dia dah putus, tak ada hal lah kalau dia orang bersama.” Balas Suraya.
“Masalahnya saya still berperasaan dengan dia lagi.” Gumam Iman rendah. Suraya memang tak faham perasaannya.
“Ah!!.. Jiwang karat sangat awak ni. Cari lain ajer. Apa susah. Kalau awak nak, kawan-kawan saya ramai ajer masih single. Masih available. Nak putih. Nak hitam manis. Nak sawo matang. Nak tinggi. Nak rendah. Sebut ajer. Saya boleh tolong adjust.” Beritahu Suraya. Teman satu bacth kat UPSI tu macam-macam bentuk, rupa, perangai ada. Boleh. Boleh. Tak ada hal kalau setakat nak kenalkan dengan Si Iman ni. Tapi..... Tapi dengan syarat tolong pergi potong rambut. Set mami jarum ni tolong buang jauh-jauh.
Iman sekadar tersenyum plastic. Kepala digeleng perlahan. Suraya memang tidak faham. “Saya bengang. Abang saya macam tak tau itu ex gurl saya. Sengaja betul. Cepat ajer masuk line kosong.” Keras Iman berkata. Digenggam erat tangan kirinya.
Errkk… Suraya menelan air liur. Macam dah masuk perang saudara ajer ni. Adoyai. Sebab benda macam ni pun adik beradik boleh bergaduh ker? Tak faham. Tak faham. Along dengan Angah tak pernah pun bergaduh pasal perempuan. Pernah ajer sejarah dulu-dulu Along dengan Angah minat pada budak perempuan yang sama. Kak Shira, anak Makcik Yah Kutu, ketua main kutu kat kampong Suraya. Tapi kanda-kanda ku ini dua-dua gentleman belaka. Tak pun bergaduh sakan. Wrestling kat rumah. Rilek ajer Along tolak kat Angah. Angah pun selamba ajer tolak balik kat Along. Last-last dua-dua melepas. Last-last Kak Shera kahwin dengan orang lain. Last-last sampai sekarang dua-dua membujang lagi. Sebab, aura kuciwa dengan Kak Shira masih lagi ada dalam hati masing-masing. Lawak. Lawak. Kanda-kanda aku ini punya cerita. Nasib baik sekarang ini masing-masing sudah boleh terima kenyataan. Kehidupan, kematian, jodoh, pertemuan itu semua kerja Tuhan. Hambanya hanya merancang. Apa-apa Tuhan yang tentukan. Bila baru boleh dapat kakak ipar Suraya tak tau sebab dia orang berdua ni dah gila dengan kerja masing-masing. Suraya kembali menala pandangan kea rah Iman. Tangan sudah pun dibasuh. “Awak berdendam dengan abang awak?” Tanya Suraya.
Iman sekadar senyum plastic yang dibuat-buat. “Macam ada bara api kat dalam badan saya ni bila tengok dia orang berdua berasmara dana.” Iman masih berkeras.
Parah. Parah. Bila sudah pakai bahasa sastera berapi-api tu dengan gaya penuh emosi penghayatan yang amat-amat bagus macam dalam drama bersiri Samarinda, memang petanda tengah marah sangatlah tu. Suraya menelan air liur. “Takkan sebab perempuan korang adik beradik nak bergaduh. Macam entah apa-apa ajer. Buat malu ajer.” Ujar Suraya.
“Sudahlah Sue. Cakap banyak dengan awak pun, bukannya awak boleh faham.” Rendah tanpa nada Iman menuturkannya. Lantas dia bangun. “Dah habis makan ker belum?” Iman bertanya. Suraya mengangguk. “Jom. Kata nak ambil gambar tepi laut.” Arahnya kemudian.
“Ni siapa yang kena bayar?” Suraya bertanya sambil tangannya menunjuk pinggan mangkuk di atas meja yang sudah licin berkilat.
Iman buat dek. Terus berjalan menuju ke pantai. Suraya mendengus geram. “Akulah tu.” Dia berkata sendiri. Kaki laju menuju ke kaunter.

Suraya buat muka selamba badak ajer mengambil gambar Iman. “Senyum…” Katanya dengan tawa. Yerlah pun. Iman ni pun satu. Selepas sessi temu ramah sejarah hidup dia tadi, terus berangin tak pasal-pasal. Kat tepi pantai ni punyalah romantic dengan angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Yang dia nak tsunami apa kes. “Senyum lagi…” satu lagi gambar Iman masuk dalam kamera Suraya. “Lagi…” Dan satu lagi. “Iman…senyum sikit.” Dan lagi.. Dan lagi… Dan lagi….
Iman berpaling mengadap Suraya. Gagah dia bercekak pinggang.
Suraya terkedu. Alamak. Tengok tu. Mulut Iman dah herotlah. Biji mata macam dah nak terkeluar ajer tu. Suraya buat tak tau. Muka toya. Muka sardine. Tulun!!!...Tulun!!!...
“Sue, awak ni dah tak tau nak ambil gambar apa dah yer?” Iman bertanya. Keras sikit. Tapi taklah sampai nak gugur tangkai jantung Suraya. Suraya masih lagi bertahan dengan muka sardine.
Klik!! Bunyi camera. Satu lagi. Cun gila. Muka penuh. Jelas. Hidung Iman tengah kembang menahan geram. Apa benda tu? Owhhh… Bulu hidung. Bestlah Iman ni. Berapa banyaklah oksigen dia boleh sedut dengan lubang hidung dia tu. Suraya ketawa di dalam hati.
“Sue!!!”
Suraya kenyit mata. Apa lagi. Juara acara berlari dalam guni masa sekolah tadika mula menghayun langkah perlahan-lahan. Slow motion baby. (memori daun pisang betul. Memang boleh ingat sampai bila-bila kenangan kecik-kecik yang amat-amat seronok itu) Terus Suraya berlari bila Iman sudah mahu merampas kamera di tangan. Cabut!!!!!!!!!!!! Dan episode lari-lari tepi pantai ala-ala filem Hindustan pun bermula…
Sesekali Iman melihat Suraya yang duduk di belakang dengan cermin sisi teksi. Langsung Suraya tu tak penat dari tadi duk ketawakan dirinya. Sampai kecik mata Suraya menahan tawa. Tangan memang dari tadi tak lekang dari cover mulut dia yang tengah beriya-iya ketawa. Kalau Suraya ini Umairah, dah lama kena luku kepala.
“Kenapa anak, dari tadi pakcik tengok asyik duk ketawa ajer?” Tanya pakcik teksi. Pelik. Apa kenalah budak perempuan yang duduk kat belakang ni. start masuk teksi sampai dah nak sampai tak berhenti jugak tawanya itu. Mana terlepas.
Ketawa Suraya mati dengan pertanyaan pakcik teksi. Aduss… Pakcik ni sah dari tadi duk perhatikan aku dari cermin pandang belakang. Suraya menggeleng laju. “Tak ada apa-apa pakcik.” Jawab Suraya.
“Terlupa nak bagi makan ubat tadi pakcik.” Iman mencelah.
Pecah tawa pakcik teksi. Mata Suraya membutang bulat. Amboi.. Tak ada cover insurans punya mulut. Agak-agaklah sikit kalau nak kenakan aku balik pun. Tak agak-agak betul boleh balas balik depan pakcik teksi ni. Terus Suraya diam. Senyum tidak. Sengih tidak. Ketawa apatah lagi. Sepi di belakang.
“Sampai.” Beritahu pakcik teksi. Dua orang penumpangnya itu diturunkan di hadapan pintu masuk resort.
“Berapa pakcik?” Tanya Iman.
“Tiga puluh ringgit.”
Iman mendapatkan Suraya. “Lima belas.” Iman menghulurkan telapak tangan.
Suraya menjulingkan mata ke atas langit. Macamlah tak boleh dahulukan duit dia dulu. Poket seluar diraba. “Nah. Lima belas hinggit tunai.” Not sepuluh ringgit dan lima ringgit beralih tangan. Suraya hanya memerhati Iman membayar wang tambang kepada pakcik teksi. Kemudian dia terus berjalan tanpa perlu menunggu Iman. Selesai membayar tambang teksi Iman terus menyaingi Suraya yang sudah jauh berjalan ke hadapan.
“Esok macam mana?” Tanya Iman yang sudah pun berada di sebelah Suraya.
Suraya diam. Berfikir-fikir mengenai program esok hari. “Kita keluar lambat sikit ar. Aku penat gila hari ni.” Putusnya.
Iman mengangguk. “Okey.” Iman bersetuju. “Malam ni keluar makan ker tak?” Iman bertanya lagi.
Suraya menggeleng perlahan. “On diet.” Balasnya.
Iman ketawa. “Geli anak tekak saya ni dengan orang kurus cekeding, macam anak cicak kata on diet.” Kata Iman dengan tawa masih bersisa.
Suraya mencebik. Ek elleh… Ini dah boleh gelak macam tu, tu kira dah redalah angin tsunami dia tu. “Malas. Penat. Tapi kalau awak keluar makan, terasa nak buat pahala, tolonglah tapaukan apa-apa pun untuk saya ek. Saya ni jauh diperantauan.” Suraya buat muka sebelum menaiki tangga chalet.
Bueekk… Drama queen. “Yerlah.” Iman terus berlalu menuju ke chaletnya yang berada di sebelah.

Iman Suraya Bab 3

Badan dihempas lemah ke atas katil beralaskan tilam empuk. Nikmatnya kalau dapat melelapkan mata barang sejam dua. Selamat sudah sampai ke resort. Malas dia bangun mencapai beg galas yang diletakkan di meja tepi katil. Telefon bimbit dikeluarkan. Segera nombor telefon rumah did ail.
“Hello abah. Call balik.” Laju-laju Suraya bercakap. Lepas itu talian dimatikan. Hahaha… Nak telefon abah sendiri pun berkira. Oppss.. Bukan berkira. Tapi kredit tak berapa nak cukup. Beberapa ketika kemudian telefon bordering.
“Abah. Sue dah sampai resort dah ni.” Kata Suraya. Telefon bimbit dikepitkan pada bahu kiri dan telinga. Pencuci muka, berus gigi dikeluarkan dari dalam beg troli. “Ermm..” Suraya berdiri perlahan. “Okey-okey.” Berjalan menuju ke bilik air. “Faham. Dun worry. Sue tahu jaga diri.” Talian sudah di matikan. Mandi dululah, lepas tu baru telefon Azim.

“Hello sayang.” Suraya bersuara manja. Telefon dikepitkan di telinga dengan bahu bila tangan sibuk mengeringkan rambut yang basah dengan tuala.
“Errmm..” Jawab Azim dari hujung talian.
Tangan yang rancak mengeringkan rambut terhenti. Hai. Lain macam ajer aura suara. Apa yang tak kena. “Awak okey ker?” Suraya bertanya.
“Awak kelentong saya yer. Kata pergi sama Anne dengan Ika. Tapi pergi sorang-sorang.” Azim menggumam rendah.
Alamak. Patutlah lain macam. Saper pulaklah yang pandai-pandai pergi sampai cerita ni. tak mungkinlah abah. Abah dah janji. Ini siapa pulak jadi agen Murai.Com cerita aku pergi sini sengsorang. “Alah… Sayang.” Manja. “Kalau saya cakap kat awak yang saya pergi sorang-sorang, confirm awak tak bagi.” Balas Suraya kemudian.
“Sue, awak tu perempuan.” Azim geleng kepala. Tak tau nak buat apa. Terlintas mahu menelefon dengan Hakim, buah hati Si Ika tu tadi. Dan-dan Hakim bagi tahu yang dia dengan Ika tengah keluar jalan-jalan di Kinta City. Mahu tak ternganga yang mana Hakim bagi tahu Ika tak join Suraya sekali ke Langkawi. Anne pulak dia orang bagi tahu tengah sibuk uruskan persiapan perkahwinan kakak dia. Sue. Sue.
“Taulah.” Jawab Suraya pendek. “Awak jangan risaulah. Saya dah besar. Tau jaga diri sendiri.” Sambungnya lagi.
Hush… Azim mengeluh perlahan tapi masih dapat didengari dari hujung talian sana. “Jangan risau kay. Bukan lama pun. Lima hari ajer.” Sela Suraya.
“Awak jaga diri. Kalau jumpa orang yang pelik-pelik tu jangan pergi dekat.” Pesan Azim.
“Kay.” Suraya mengangguk.
“Lagi satu, mak saya tanya, untuk hantaran masa majlis nanti tu, belah perempuan warna apa? Mak saya nak mula buat hantaran pihak lelaki.” Ujar Azim.
Suraya menggaru kepala yang tidak gatal. Warna apa? Tak fikir pun lagi nak letak warna apa untuk barang hantaran dari pihaknya. Errmmm… “Tak decide lagi.” Jawabnya.
“Macam mana ni Sue?” Tanya Azim geram. Dah berapa lama bagi masa pun tak ada satu warna lagi yang dia pilih.
“Awak plan pakai warna apa?” Tanya Suraya.
“Silver.”
“Okey. Saya gold.”
“Muktamad.”
“Yup.”
“Tak nak pakai talian hayat pergi tanya dekat Anne dengan Ika ker?”
“Tak perlu. Muktamad.” Putus Suraya.
“Okey.”
“Orait.”
“Take care.”
“You too.”
“Love you.”
Tersenyum sampai ke telinga. “I love you two, three, four…”
“Sudah-sudah. Assalamualaikum.” Pantas Azim memotong sebelum Suraya melalut lebih panjang.
“Waalaikummussalam.”
Talian dimatikan. Seketika kemudian dia menaip SMS pada telefon bimbitnya.
Siapa yang kantoikan saya?
Azim membalas.
Hakim dengan Ika.
“Hampeh!!” Suraya berkata sendiri.
Telefon tadi dilempar di atas katil. Kaki berjalan menuju ke meja solek. Rambut yang masih basah sikit-sikit itu dibiarkan terlepas bebas. Suraya mengenakan tee lengan panjang garis-garis lintang atas punggung yang agak sedikit ketat dengan seluar berpoket-poket berwarna coklat air. Cap Adidas berwarna hitam digantung pada tepi pinggang. Kamera digital di meja tepi katil dan talinya disangkut ke leher. Getah rambut kain sudah disauk masuk ke pergelangan tangan. Cermin mata hitam berbingkai besar ala-ala Paris Hilton yang dibeli di Gerbang Malam satu sepuluh ringgit sudah disangkut pada kolar tee yang dipakai. Selipar Crocs dikeluarkan dari beg plastic dan dibawa ke pintu bilik. Beg galas yang tidak berapa besar digalas dibelakang. Semua cukup di dalamnya. Dompet, stok makanan ringan, MP3 player, mineral water, bateri spare, bedak compact, sun block semuanya sudah dimasukkan. Telefon bimbit di atas katil, di capai bersama brochure yang dirembat dari receptionist resort tadi. Telefon bimbit dimasukkan di poket belakang seluar. Brochure ditangan dibuka. Suraya keluar dari bilik. Masa untuk jalan-jalan…………..
Suraya sekadar berjalan-jalan seorang diri di sekitar Pekan Kuah. Kamera ditangan tidak habis-habis mengambil gambar pemandangan di Pekan Kuah ini. Penat berjalan Suraya singgah ke sebuah kedai makan untuk mengisi perut. Baru dia teringat semenjak sampai tadi hanya Mr. Potatoes yang sempat dijamah. Patutlah perut sudah berkeroncong hebat. Petanda suruh diisi dengan segera kalau tak nak kena gastrik. Suraya mengambil tempat di hujung gerai. Beg galas diletakkan dikerusi di sebelahnya. “Join sekali boleh?”
Suraya angkat muka. Errkk… Apa lagi dia ni nak. “Duduklah.” Balas Suraya.
Pelayan kedai makan datang untuk mengambil pesanan.
“Nasi goreng ayam dengan teh o ais.” Suraya mengalih pandangan pada Iman. Kening diangkat.
“Sama.” Iman berkata kepada pelayan tadi.
Setelah mengambil mengambil pesanan, pelayan tadi terus berlalu meninggalkan Iman dan Suraya berdua. Suraya tidak ambil pusing kehadiran Iman yang tidak diundang duduk semeja dengannya. Sorry ek. Tak ada opened table hari ini. Kamera ditangan dibelek. Gambar-gambar yang sempat diambil tadi dilihat semula. Yang mana tidak cantik bolehlah delete. Tidak memenuhkan memory stick di dalamnya.
“Lepas ni nak pergi mana?” Iman bertanya memecahkan tembok sunyi antara mereka berdua.
Suraya angkat muka naik kening sebelah. “Balik resort.” Jawabnya. Kemudian tangan kembali membelek kamera digitalnya. Masih tidak dihiraukan Iman.
“Takkan nak balik dah?”
“Baliklah. Rehat.” Malas Suraya menjawab soalan Iman tadi.
“Kat sini berapa hari?”
Tali penyangkut camera dileher dikeluarkan. Kamera diletak di atas meja. Iman dipandang. “Yang sibuk nak tahu tu buat apa?” Suraya bertanya penuh sinis. Suka hatilah nak duduk berapa lama. Bilik lain-lain.
Iman sekadar tersengih. “Garangnya.” Katanya pendek.
Suraya menggeleng perlahan. Tiba-tiba jadi mesra alam ni apahal. Mata Suraya merenung Iman atas bawah. Hush… Tak berat ker pakai benda alah tu semua. Tak rimas ker pakai besi-besi tu semua. Agak-agak kalau timbang kilo kat Jalan Bendahara berapa boleh laku? Nasi goreng ayam dan teh o ais sudah sampai. Suraya makan dengan berselera. Iman dihadapan masih dibuat endah tidak endah. Apa yang pasti. Selepas kenyang makan, dia akan segera pulang ke resort. Mahu merehatkan diri. Cukuplah sekadar pusing-pusing sekitar Pekan Kuah sahaja. Esok-esok masih ada. Lagipun lima hari di sini. Jalan pelan-pelan.
Pinggan nasi goreng ayam sudah licin. Teh o ais di dalam gelas sudah kering. Suraya angkat punggung dan menuju ke kaunter pembayaran. Ketika dia ingin membuka dompet duit, Iman terlebih dahulu mengeluarkan not lima puluh ringgit dan dihulurkan kepada adik yang menjaga kaunter. “Sekali.” Katanya sambil jari telunjuk digoyangkan ke arah Suraya dan kembali kepadanya.
Suraya menjungkit bahu. Okey. Rezeki datang bergolek. Orang nak belanja. Takkan nak eksen tak bertempat pergi tolak rezeki yang datang. Terus dia berlalu keluar dari restoran.
“Sue, esok apa program?” Iman bertanya ramah tamah.
Suraya masih membisu. Hanya bahasa bahu yang dijungkitkan itu sahaja yang menjawab pertanyaan Iman.
“Esok kita keluar sama-sama. Saya pun tak ada kawan kat sini.” Pelawa Iman.
Suraya buat muka pelik. “Keluar sama-sama?” Suraya bertanya. “Sama-sama?” Ulangnya lagi dengan jari telunjuk digerak ke depan belakang. “Sama-sama, together-gether?” Lagi. Iman di pandang. Mata dijulingkan ke atas, kemudian dia menggeleng perlahan dan terus berjalan ke hadapan untuk menahan teksi.
Pantas kaki Iman mengekori Suraya dari belakang. Suraya yang laju ke hadapan tiba-tiba berhenti. Sebelah tangan dicekakkan ke pinggang. Sebelah lagi cuba menahan Iman dari terus datang dekat. Jari manis yang tersarung cincin tunang sengaja ditunjukkan dekat-dekat muka Iman. Iman mengerut dahi. Kerut dahi ek.. Ingat aku perempuan spesies yang suka simpan spare tyre ker kalau jauh sikit dari boyfriend atau tunang sendiri. Sorry sikit ek. Nak test ayat power cari orang lain bukan dengan Cikgu Suraya. Apa kes tiba-tiba mahu test market depan aku ni pun aku tak tau.
“Encik Iman, saya ni tunang orang. Jangan awak cuba-cuba nak menggoda saya pulak.” Kata Suraya keras. Lebih berbunyi kepada satu amaran. Jangan coba-coba datang dekat. Karang ada yang kena karang. Flying kick aku bagi karang ni.
Iman ketawa kecil mendengar kata-kata Suraya. Mak oiii… Bapak perah-santan budak Sue ni. Bila masa pulak aku nak menggoda dia. Hush… Ingat aku ini abang-penggoda-berbisa ker. Don’t be perasan la gurl. “Saya cuma nak ajak awak keluar sama-sama ajer. Tak terlintas pun nak menggoda awak tu. Mula-mula tengok cincin belah rotan kat jari manis awak tadi pun saya dah agak awak orang punya. Lagipun awak bukan taste saya, Cik Sue.” Iman menjawab bersahaja. “Lagipun kita sama-sama tak ada kawan kat sini. Apa salahnya kalau keluar sama.” Iman mencuri nafas seketika. “Saya ajak ajer. Cadangan ajer. Lagipun esok saya cadang nak sewa kereta kat sini. Kalau nak awak boleh join. Kalau tak nak saya tak paksa.” Sambung Iman kemudian.
“Betul ni.” Suraya bertanya. Tak yakin dengan ayat Iman tadi. “Betul ni tak ada udang dibalik mee ni?” Tanyanya lagi. Ah!! Takut jugak. Tengok gaya Iman ni pun macam apa ajer. Boleh pakai ker apa yang dia cakap tadi ni. Suraya menimbang-nimbang di dalam hati.
“Betul lah.” Balas Iman yakin.
“Okey.” Putus Suraya akhirnya.
“Tapi…”
“Tapi apa?” Pantas Suraya memotong.
“Sewa kereta tong-tong. Boleh?”
Suraya tersengih. Okeylah tu. Ada kereta senang nak berjalan. “Tak ada hal.”


Suraya menengadah langit malam. Rambut yang dilepaskan itu sesekali melayang lembut dibawa angin malam yang sepoi-sepoi bahasa. Ini kalau Azim ada kat sebelah mesti best. Sama-sama buat hobi kira bintang tepi swimming pool Twin Peak Resort. Tanpa sedar dia senyum sendiri apabila terkenangkan Azim. Indahnya perasaan apabila ada orang sayang, ada orang cinta macam gitu. Bahagia sangat-sangat. Tadi ajer baru lepas bersembang dengan Azim. Berapalah gamaknya bil telefon Azim setiap bulan kerana selalunya Azim yang jadi tukang telefon. Hahahah… Dan dia sekadar tukang hantar miscall minta dihubungi semula. Nasiblah. Belum bekerja lagi. Kalau sudah berkerja nanti, ada pendapatan sendiri, itu lain cerita. Sekarang ini, makan pakai pun masih pakai duit pencen abah jugak campur elaun bulan-bulan yang Along dengan Angah bagi. Suraya menginjak sedikit ke depan. Semakin menghampiri ke kolam renang. Track suit disenteng sehingga ke paras lutut. Kemudian kaki dicelup perlahan ke dalam kolam. Ngee… Sejuk. Kakinya mengkocak-kocak air di dalam kolam.
“Uittzz!!” Iman menyapa dari belakang.
Suraya tersentak. Cess.. Potong stim betul. “Ermm…” Suraya acuh tak acuh.
“Awak ni peliklah Sue?” Iman berkata sambil melabuhkan punggung di sebelah Suraya. Walaupun di sebelah, agak satu meter juga jarak antara mereka di antara mereka. Dia pun tahu jugak batas nak berbual dengan perempuan yang dah nak jadi hak mutlak kepada lelaki lain. Bukan tak tau. Lagi buat diri lebih berhati-hati, bila teringat siku Suraya yang tajam itu. Sampai sekarang kesan rasa senak pada dada pasal kes kena siku dalam feri tadi masih terasa.
Suraya menoleh ke arah Iman. Pelik? “Saya ada rupa alien ke? Saya tak ada hidung ker?” Tanya Suraya sinis. Bertubi-tubi.
Budak Sue ni lah. “Tunang awak tak risau ker bagi awak datang sini sorang-sorang?” Iman terus bertanya tanpa menjawab soalan kerek Suraya tadi.
Suraya menggeleng perlahan. Pandang ditala pada tengah kolam renang. Kakinya mengocak air di dalam kolam renang. Kemudian dia tersenyum sendiri. “Saya memang biasa buat macam ni. berani buat, berani tanggung. Jangan sampai terkantoi. Kalau dah terkantoi keadaannya macam sekarang ni lah.” Suraya angkat kening mengadap Iman. Iman buat muka selenga. Pelik. Tak faham maksud kata-kata Suraya. “Setiap sepuluh minitlah dia akan telefon. Tanya itu ini. Okey ker tak.” Terang Suraya. Hush.. Ini semua angkara Hakim dengan Ika. Langsung tak tau nak cover line member sendiri. Balik tadi tiga puluh miscall dalam handphone. Semua dari nombor yang sama. Nombor Azim. Lepas solat Maghrib tadi jenuh kena dengar ceramah dari Azim. Macam-macam pesanan penaja dia bagi. Katanya jangan sengaja buat silent mode. Peduli apa. Tak sanggup dengar telefon berbunyi setiap sepuluh minit. Azim kalau nak buat pemantauan berkesan pun agak-agaklah.
Iman ternganga mendengar cerita Suraya. Biar betul. Selamba gila. Tunang sendiri buat macam tu. “Dia tak marah ker?” Tanya Iman lagi.
Suraya tersengih. “Marah.” Jawabnya ringkas. “Marah tandanya sayang. So setiap kali kena marah saya tau dia sayangkan saya.” Kemudian dia ketawa. “Dan, sebab tu saya saja ajer suka buat dia marah. Lagi dia marah. Lagi saya tahu yang dia concern sangat-sangat dengan saya. Bila dia concern pasal saya, indeks saham dia akan naik…dan naik..dan naik…” Sambung Suraya lagi.
“Bertuahlah awak. Ada orang sayang.” Iman menutur rendah tanpa nada. Matanya pula ditala pada langit. Kedua belah tangan ditongkat ke belakang.
“Awak apa cerita datang sini sorang-sorang?” Giliran Suraya pula bertanya. Asyik dari tadi Iman yang bertanya itu ini. Dia juga ingin tahu serba sikit cerita kawan barunya itu. Yang mula-mula jumpa macam nak tonyoh muka kerek tak bersalah tu dengan penyental periuk. Tapi bila dah kenal, tak adalah teruk sangat orangnya. Cuma serabut dengan eksesori tu yang sakit mata sikit. Just sakit mata. Tak adalah sampai sakit hati.
“Sajer.” Iman jawab sepatah. Rendah.
Suraya mengerut dahi. Kenapa dia ni? “Hai.. Gaya macam putus sudah kasih sayang ajer. Mesti sebab perempuan ni.” Suraya meneka.
“Sepuluh markah.”
“Thank you.” Balas Suraya sambil tersengih. Memang macam Nujum Pak Belalang. Sekali teka dah boleh kutip sepuluh markah. “Apa cer?” Tanya Suraya lagi.
“Drop the subject, Sue.” Ujar Iman.
“Okey.” Suraya mengangkat tangan tanda tidak ada lagi soalan-soalan cepu emas selepas ini.
“Awak pulak apahal datang sini sorang-sorang. Berani betul. Adik saya yang lebih kurang sebaya awak, nak pergi ke mana pun, ibu saya excort.” Iman mengeluarkan kaki dari dalam kolam renang. Dikemaskan sila. Sedikit dia mengiring ke tepi agar Suraya dapat dilihat dengan jelas. Teringat Umairah di rumah. Umairah yang sudah berumur dua puluh tiga tahun itu. Masih lagi tidak bebas bergerak ke sana ke mari. Masih ditemani ibu walau ke mana sahaja dia pergi. Maira.. Maira… Anak bongsulah katakan.
“Awak ingat saya budak kecik ker? Saya dah besarlah. Janji pandai jaga diri. Abah saya tak kisah pun sebab dia tahu saya jenis yang macam mana. Saya bukan stok anak manja. Lagipun saya datang sini untuk melakukan hobi yang paling saya suka.” Balas Suraya. Sudah diajar dari kecil, agar pandai hidup berdikari walau dimana pun dia berada. Abah tak mahu dia terus menerus hidup bergantung pada orang lain. Itu cara abah mendidik Suraya selepas arwah emak meninggal dunia ketika dia berusia tujuh tahun. Semua benda dia buat sendiri. bila betul-betul sesuatu kerja itu tidak mampu dilakukan barulah dia akan meminta pertolongan dari Along, Angah ataupun abahnya. Tak ada alasan, anak bongsu tak boleh buat semua kerja, lebih-lebih lagi kerja rumah. Sudahlah Suraya ini satu-satunya anak perempuan abah. Nak taknak belajar masak tu memang wajib. Itu cerita bila mana usia baru menginjak ke angka tiga belas tahun. Bila dah masuk tingkatan satu. Ingat lagi macam mana Mak Yang marah-marah sebab naik hancur ikan kembung kena siang dengan Suraya. Hari tu, semua orang makan telur goreng ajer. Mak Yang adik abah. Tempat Suraya menumpang kasih seorang ibu. Pada Mak Yang tempat dia meluahkan perasaan. Nasib Mak Yang tinggal berdekatan dengan rumah abah. Selalu kalau boring-boring kat situlah port dia akan melepak. Bersembang merepek-repek dengan Mak Yang. Lagipun anak-anak Mak Yang semuanya lelaki. Kalau ikutkan pada pokok salasilah keluarga belah abah, memang Suraya sorang ajerlah cucu perempuan Arwah Haji Taib dan Arwah Hajjah Hasnah. Yang lain semua lelaki. Hohohoo… Itu sebab, ada masa, terlebih manja. Dan juga terlebih kasar. Tapi kalau belah emak tu ermm.. adalah dua orang sepupu perempuan perempuan. Tapi cousin lelaki tetap melebihi dari perempuan.
“Hello…”
Suraya tersentak apabila tangan Iman melambaikan ke mukanya. Hello.. Hello… Hello pergi cakap dalam telefonlah. “Errmm.. Apa dia?” Suraya bertanya malas.
“Awak ni. Ada masa pulak mengalamun.”
“Bukan mengelamunlah. Mengimbas memori.” Sangkal Suraya. Dua kali lima jugaklah mengelamun dengan mengimbas memori tu Suraya. Cikgu Bahasa Melayu yang dah mula pening lalat.
“Apa hobi awak tu?” Tanya Iman penuh minat.
“Ambil gambar.”
“Awak fotographer?”
Suraya menggeleng. Mulut yang menguap luas ditutup dengan telapak tangan. Mata ni dah berat sangat dah ni. Rasanya sesi temu bual, beramah mesra setakat ni ajerlah. “Saya mengantuklah. Esok-esok sambung ajerlah.” Pinta Suraya lantas bangun.
Iman mengangguk perlahan. “Esok macam mana?” Tanyanya kemudian.
“On.”
“Pukul berapa?”
“Pukul Sembilan pagi.” Suraya sudah mula ingin menapak ke bilik. “Awak tak nak tidur dah ker?” Dia berpaling sejenak apabila Iman masih lagi duduk bersila ditepi kolam sambil tangannya bermain air.
“Belum lagi.”
“Okey” Balas Suraya sepatah kemudian matanya memandang ke kiri ke kanan. Tangan kanan diangkat. Jari jemari dirapatkan dan diletakkan dekat tepi mulut. “Tapi awak hati-hati sikit kat sini. Kat sini tempat dia keras sikit.” Suraya berbisik.
Iman angkat kening. Dia turut sama memandang ke kiri dan ke kanan. Muka sudah berubah.
Pecah ketawa Suraya. “Apalah awak ni. Penakut!!!” Kuatnya suara Suraya. “Memanglah keras. Kat sini bukankah semuanya batu-bata-simen-konkrit. Memanglah keras.” Ketawa Suraya masih bercita. “Okeylah. Good night bro.” Suraya terus berlalu pergi.
Iman yang ditinggalkan seorang diri masih terpinga-pinga. Apa ajerlah budak Sue ni. Pandai buat lawak tengah malam buta cenggini.

Monday, March 30, 2009

Iman Suraya Bab 2

Naskhah Rooftop Rant yang baru suku buku dibaca dibuka. Sementara menanti feri, Suraya duduk di kerusi yang disediakan sambil menyambung kembali membaca Rooftop Rant di tangan. Karya terbaru dari penulis berbakat besar, Hlovate itu amat-amat menarik. Penceritaan yang bersahaja tentang dua anak muda itu sangat menyentuh jiwa. Ini semua terkena serangan penyakit berjangkit dari Anne yang gila sangat dengan setiap tulisan Hlovate. Jika bukan kerana Anne yang beriya-iya merekemenkan tulisan penulis ini, rasanya memang Suraya tidak akan membuka kalam setebal lima ratus muka surat sebegini. Nak baca buku ilmiah pun dia malas, inikan pula novel yang tebal sebegini. Memang betul juga cakap Anne. Jika sekali sudah baca, boleh gian jadinya. Memang betul pun. Dulu-dulu punyalah dalam kepala set, orang-orang yang membaca novel cinta ini kebanyakkan senang kena virus-virus jiwang yang memang boleh tahap membunuh. Tak sangka. Dia sendiri pun dah terkena virus yang sama. Virus jiwang tahap membunuh. Setakat ini, novel Hlovate yang kaya dengan pengisian moral dan agama tetap bertahta di hati selain hasil tangan penulis-penulis lain. Pada Suraya, Hlovate yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya gendernya adalah lambang pemikiran anak Melayu yang tahu jati diri dan berkemampuan membentuk moral setiap pembaca yang membaca tulisannya. Memang pun. Adalah sikit-sikit nasihat Hlovate dalam setiap novelnya Suraya ikut. Berkesan betul.

Mata Suraya sesekali memerhati orang ramai yang berada di jeti Kuala Perlis ini. Hari Isnin pun ramai jugak ker orang nak pergi ke Langkawi. Suraya tertanya-tanya di dalam hati. Yerlah. Ikutkan. Sekarang ini bukannya cuti sekolah pun. Tapi keadaan di jeti tetap sesak. Kemudian Suraya menarik keluar botol air mineral dari poket tepi beg galasnya. Haus. Botol mineral tadi dibuka dan diteguk. Bosan menunggu, tin Mr. Potatoes pula dibuka dan isi dalam diambil. Terus masuk ke dalam mulut. Kalam Hlovate tadi sudah pun ditutup dan disimpan di dalam beg galas. Tangan Suraya teraba-raba sesuatu dari dalam poket jeans yang dipakainya. Zen Neeon dikeluarkan. Earphone disumbat ke dalam lubang telinga lalu tangannya menekan-nekan butang kecil pada pemain MP3 tersebut. Mencari frekuensi Hot FM. Pagi-pagi begini dengar Hot FM AM Krew pun best jugak. Layanzz ajer dengar celoteh Fafau dan FBI. Mulut Suraya masih lagi mengunyah Mr. Potatoes diselang-seli dengan air mineral. Baik punya diet sarapan pagi. Elok sangatlah tu makan segala macam makanan ringan dalam perut tengah kosong. Suraya berkata sendiri. Memang tak elok. Tapi dah nak terkejar feri pukul tujuh pagi, balun ajerlah apa yang sempat beli dekat Medan Gopeng malam semalam.

Malam semalam semasa di Medan Gopeng macam-macam abah tinggalkan pesan. Tahan. Tahan. Janji abah dah sama-sama berkompromi tak akan bagi tahu pada Azim kes dia pergi Langkawi sengsorang. Baik punya pakatan anak beranak. Dan paling best sekali, abah bagi tahu semalam, yang Along dan Angah dah bank in duit dalam akaun semalam jugak bila dapat tahu dia akan ke Langkawi. Seperti yang dijanjikan. Sorang seribu. Best sangat. Dua orang jadi dua ribu ringgit Malaysia. Kaya sekejap. Bagus betul kekanda-kekanda aku ni. Itulah. Siapa suruh pandai-pandai betting. Tengok orang tak pakai mata. Last-last dua-dua padan muka. Dah berjanji. Tak tunai aku ungkit. Tu tak termasuk duit poket yang abah bagi. Cayalah Sue. Sekali dua abang-abang kau, kau pergi ketuk. Hahaha… Kelakar gila muka Along dengan Angah masa dia mula-mula habis belajar dari UPSI hari tu. Terkedu lidah tak kata apa-apa bila dia mengungkit semula al-kisah dulu-dulu masa mula-mula masuk UPSI pada dia orang berdua. Ternyata. Along dengan Angah masih ingat lagi semua tu. Dan pasti semalam terketar-ketar tangan dia orang berdua bank in kan duit dalam akaun aku. Suraya tersenyum sendiri.

“Cik, boleh saya duduk.” Tegur seorang pemuda dengan beg besar dibelakangnya.
Suraya yang dapat menangkap butir bicara walaupun Hot FM masih menjadi halwa telinga segera angkat muka melihat wajah orang yang bersuara tadi. Hush.. Macam Ninja Turtle. Beg galas punyalah besar gedabak. Kacau daun betul. Tak ada tempat lain ker nak duduk. Dan-dan kat sini jugak dia nak duduk. Mata Suraya melilau ke arah kerusi-kerusi lain di jeti feri ini. Memang tak ada tempat lain.
“Cik, boleh saya duduk.” Ulang pemuda itu lagi apabila gadis itu buat tidak dengar.
Suraya sedikit tersentak. “Sure.” Segera dia mengalihkan beg galasnya dan diletak di atas riba. “Sila-sila” Sambungnya kemudian.
Pemuda itu mengambil tempat di sebelah Suraya. Suraya dengan gaya ramah mesra ala Duta Bank Rakyat memberi senyuman buat pemuda di sebelahnya. Tanda hormat. Kita bukankah orang Malaysia. Perlu ada sikap saling hormat menghormati. Tapi senyuman itu langsung tidak diendahkan. Suraya mengetap bibir. Cehh.. Memanglah betul orang kita sekarang ini sudah kurang nilai budi bahasa dalam kehidupan seharian. Patutlah beriya-iya benar kerajaan melancarkan kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ sebab kat Malaysia ni ada jugak spesies yang macam mamat kat sebelah ni. Getus Suraya di dalam hati.

Mendengar isyarat ketibaan feri, segera Suraya bangun dan menggalas beg ke belakang. Pemuda tadi turut sama berbuat demikian. Cengkerang Ninja Turtlenya digalas. Kemudian dia berpaling. Ketika pemuda itu berpaling dan ingin melangkah cengkerang Ninja Turtle tadi terkena pada beg galas Suraya menyebabkan dia sedikit terkebelakang. Nasib tak jatuh terduduk. Pemuda tadi hanya buat tidak tahu. Terus berlalu. Sikit pun tak ada kata maaf yang keluar dari bibirnya. Suraya mengetap bibir. Mata dijulingkan ke atas. Kemudian dia menggeleng perlahan. Nasib. Nasib. Pagi-pagi dah jumpa dengan orang macam ni. Suraya terus berjalan menuju ke tepi jeti untuk menaiki feri yang sudah siap menunggu ketibaan penumpang.
Suraya antara orang-orang terakhir yang masuk ke dalam perut feri. Malas nak berebut-rebut. Tak apalah. Ada punya tempat duduk dalam ni nanti. Mamat tadi awal-awal lagi dah masuk. Macam mangkuk ajer. Boleh mamat ni dengan selamba pergi berebut-rebut dengan orang perempuan masa nak masuk ke dalam feri. Macam perangai budak belum sunat. Tak gentleman langsung. Suraya naik ke atas feri kerana di bawah sudah tidak ada tempat yang kosong. Di atas pun boleh tahan penuh jugak. Dan ada sebuah bangku kosong. Hush.. Sebelah mamat tadi lagi. Macam petanda tak bagus ajer. Suraya berjalan ke arah bangku kosong tadi. Perlahan dia melauhkan punggung. Mamat tadi menjeling dengan ekor mata. Sah. Mamat ni jiwa kacau.

Suraya buat tak tahu. Peduli apa. Dia pun bayar apa duit tambang feri ni.
Di dalam feri Suraya hanya memerhati ke arah luar tingkap feri. Melihat ombak laut yang melambung feri ke Pulau Langkawi ini. Kamera yang tersangkut dileher di’on’kan. One… Two.. and snap. Suraya mengambil gambar-gambar pulau kecil yang kelihatan sepanjang perjalanan ke Pulau Langkawi. Disebabkan tempat duduk Suraya dua dari tingkap dan mamat tadi di tepi tingkap selamba Suraya ke tepi sedikit agar dapat menangkap gambar dengan lebih jelas. Bila terkena sesekali feri dilambung ombak, siku Suraya turut sama tergerak-gerak. Dan bila feri dilambung sedikit tinggi, dengan tidak sengaja siku Suraya terkena dada Encik Jiwa Kacau tadi. Oppss…
“Cik, awak ni tak tau nak hormat penumpang lain ker?” Marah pemuda itu. Matanya memandang ke arah gadis yang menyikunya tadi.
“Sorry.” Kata Suraya. Terus dia duduk diam-diam di tempatnya selepas kena marah dengan Encik Jiwa Kacau tu tadi. Auntie Cina kat sebelah Suraya hanya memandang. Suraya yang diam menikus melirik Encik Jiwa Kacau tadi dengan ekor mata. Atas bawah. Ngeee.. Mana berani nak lawan. Tengok gaya macam mafia tali raffia ajer. Dengan rambut panjang. Bangle kat pergelangan tangan. Cincin yang berbatu besar kat jari. Ini kalau kena penumbuk ni, mahu berlekuk tulang pipi akibat kena batu yang besar tu. Silap hari bulan boleh masuk tujuh biji guli buat main congkak. Nasib tak pakai cincin batu kerikil jalan raya. Dah macam pokok Merry Chrismas ajer. Lemas betul tengok lelaki pakai semua ni. Amat-amat tak matang sebab terikut-ikut budaya entah apa-apa ni.

Iman mendengus geram. Cik adik kat sebelah ni. Macam sengaja pulak nak cari pasal. Senak dada akibat kena siku dia yang tajam tadi. Tengok tu. Muka sardine ajer. Buat macam tak bersalah ajer. Iman memberi jelingan maut. Sudahlah badan penat akibat perjalanan yang jauh. Bas express yang dinaiki pulak buat hal. Tiba-tiba rosak dekat lebuh raya. Nasib dekat dengan perhentian Bukit Merah. Tapi berpeluh jugaklah nak berjalan kaki untuk sampai ke sana. Nak mengamuk pun tak ada guna. Bas tu dah nak rosak. Tahan jugaklah bila driver bas suruh berjalan kaki pergi ke RnR Bukit Merah sementara menanti bas ganti sampai. Lepas tu, sampai sini boleh pulak jumpa cik adik muka toya ni.

Suraya masih diam menikus. Takut benar rupanya dengan Encik Jiwa Kacau kat sebelah ni. Pokok Krismas bergerak yang hangin tak tentu pasal. Hahahah.. Suraya ketawa di dalam hati apabila melihat muka Encik Jiwa Kacau tadi mengerut menahan sakit. Amboi. Boleh tahan jugak siku aku ni. Sampai berkerut mamat ni tahan sakit. Aset ni. Lain kali kalau terkena serangan dengan mana-mana lelaki bolehlah digunakan siku yang tajam ni selain kepala lutut yang keras kematu, kasi kick kat bird-bird lelaki yang ingin mengambil kesempatan. Confirm jatuh terduduk. Beraninya Suraya.
Feri sudah pun berlabuh di tepi jeti. Semua penumpang turun dari feri. Suraya berjalan dibelakang Encik Jiwa Kacau a.k.a Pokok Krismas Bergerak menuju ker pintu feri. Sengaja dia berhimpit-himpit menolak-nolak dari belakang cengkerang Ninja Turtle Encik Jiwa Kacau itu. Hahaha… Jahatnya kau Sue. Sengaja mencari pasal. Sesekali Encik Jiwa Kacau itu menoleh kebelakang dengan mata membuntang tapi Suraya buat muka bersahaja. Mesti dia rimas kena tolak-tolak macam ni. Hei cik abang! Taknak tolak-tolak naik feri sendirilah.

Suraya berjalan seorang diri menuju keluar jeti. Segera dia ke tempat menunggu teksi. Di hadapannya kelihatan Encik Jiwa Kacau berjalan laju. Wah!!.. Mahu masuk acara berjalan kaki apa, jalan laju-laju macam tu. Suraya hanya memerhati sahaja pemuda yang aneh itu dari belakang. Sue yang ala-ala vogue da vas ini tidak dipandang. Oppssss…Alamak!! Terlebih sudah…(pinjam sekejap tagline Stacy) Sekali lagi Suraya ditimpa perasan.


Suraya menepuk bahu budak lelaki lingkungan umur lapan belas tahun itu. Baru habis SPM barangkali. Fikir Suraya di dalam hati. Budak lelaki itu memandang dengan muka cuak.
“Kenapa kak?” Tanyanya perlahan. Sedikit gagap. Samseng dari Kampung Dusun kah ini?
Suraya tidak berkata apa-apa. Owhh.. Gagap ek.. Dah buat salah lagi mau tanya kenapa akak. Suraya menghulurkan tangan. Macam tukang paw nak kutip duit. Kening dinaikan sebelah. Ex-otai SMKPPI sudah kembali.
Budak lelaki itu sudah tidak keruan. Tanpa berlengah cepat dia melarikan diri. Suraya yang memang sudah awal-awal tadi dapat membaca apa tindakan budak itu segera menyambar tangannya. Pantas tindakan Suraya itu. Budak lelaki itu kini sudah berada digenggaman tangannya.
“Kak tolong kak. Jangan bawak saya pergi balai kak.” Rayu budak tersebut.
Suraya menjulingkan mata ke atas. Kemudian matanya teralih pada budak itu. Ni yang lemah ni. Merayu-rayu pulak budak ni. Masa buat tak nak fikir dulu apa akibat kalau kena tangkap. Ni dah terkena tangkap tau pulak merayu-rayu.
“Kak saya janji tak buat lagi.” Rayu budak itu lagi. Sebelah tangannya mengeluarkan dompet yang dicuri tadi dari poket seluar pendek yang dipakai. Diberikan kepada ‘polis bantuan’ yang berjaya mencekupnya.
Suraya mengambil kasar dompet tadi. “Nama saper?” Tanya Suraya kasar. Volume suara masih dalam kawalan. Tidak mahu orang lain dengar. Jatuh aib pula budak ini nanti kalau Suraya menempik-nempik bagi tahu semua orang dekat sini yang dia seorang pencuri.
“Afiq kak.” Jawab budak itu.
“Umur?”
“Lapan belas kak.”
“Dah lama buat kerja macam ni?” Tanya Suraya lagi. Hari ini dia tukar profesion jadi polis pulak.
Afiq hanya mendiamkan diri. Tidak tahu mahu menjawab apa.
“Dah lama buat kerja macam ni?” Ulang Suraya.
Afiq menundukkan kepala. Masih senyap. “Emak saya sakit kak. Tak ada duit nak beli ubat.” Rendah Afiq menuturkannya. Matanya sudah merah. Dia menangis. Memang emak di rumah tengah demam. Nak kerja tiada siapa mahu ambil. Akibat terdesak dia terpaksa mencuri. Ini yang pertama.
Afiq yang sudah mengangkat wajah direnung. Mata Afiq ditatap dalam-dalam. Ada cahaya kejujuran pada apa yang diceritakan tadi. Tangan Afiq dileraikan dari cengkamannya. “Lain kali jangan buat lagi. Banyak lagi cara lain yang boleh dapat duit halal.” Suraya menasihati dalam sedikit ketegasan pada nada suaranya. “Pergilah. Lagi sekali kalau akak tangkap awak buat lagi benda yang sama, siaplah.” Amaran.
“Terima kasih kak.” Segera Afiq berlalu pergi. Lemah.
Suraya hanya memerhati. “Afiq!!!” Jeritnya kemudian. Dia berlari anak menuju ke arah Afiq yang sudah berhenti.
Afiq terpinga-pinga apabila dia menoleh kebelakang.
“Kak Sue.” Suraya memperkenalkan diri. “Tadi kata emak sakit. Nak pakai beli ubat berapa ringgit?” Tanya Suraya.
“Dalam lima puluh ringgit.” Afiq menjawab jujur.
Selamba Suraya membuka dompet yang dicuri oleh Afiq tadi. Dikeluarkan not lima puluh ringgit dan dihulurkan kepada Afiq. Afiq hanya memandang sepi not lima puluh ringgit yang dihulurkan itu. Kemudian mengalihkan pandangan ke wajah Suraya.
“Ambil.” Kata Suraya lembut sambil tersenyum.
“Tapi..”
Suraya pantas memotong. “Tak ada tapi-tapi. Tadi kata emak sakit kan. Nak pakai duit beli ubat emak kan. Ambil ajer.” Suraya meraih tangan Afiq. Not lima puluh ringgit tadi berubah tangan.
“Terima kasih kak.” Ucap Afiq.
“Sama-sama.” Jawab Suraya. “Dah makan belum?” Tanya Suraya lagi.
Afiq menggeleng.
Sekali lagi Suraya membuka dompet tadi. Dikeluarkan not sepuluh ringgit pula. Dan diberikan pada Afiq. “Pergi makan. Lepas tu balik rumah.” Balas Suraya.
“Terima kasih kak.”
“Dah-dah. Pergi balik.” Arah Suraya.
Afiq mengukir senyum segaris. Terus dia berlalu pergi.

Suraya berjalan terus berjalan keluar. Ketika melintasi sebuah kedai menjual cenderahati kelihatan Encik Jiwa Kacau sedang mencari-cari sesuatu di dalam poket seluarnya. Pembantu kedai muka sudah lain macam ajer. Tunggu masa nak sembur ajer Encik Jiwa Kacau tu. Suraya ketawa di dalam hati. Kalau ikut kejam dengan nak balas balik apa Encik Jiwa Kacau tu dah buat tadi memang boleh. Inilah masanya. Tapi nasib baik dia dah jadi budak perempuan yang baik sikit. Tak jadi. Terus Suraya menghampiri Encik Jiwa Kacau tu. SuePer dah sampai. Dompet tadi dihulur ke muka Encik Jiwa Kacau.
Iman berpaling lipat maut. Keningnya terangkat sebelah. Dia ni lagi. “Mana awak dapat dompet saya?” Tanya Iman kasar, Gadis itu mengisyaratkan kepadanya agar membayar dahulu duit chewing gam yang dibeli.
Suraya berlalu. Sombong. Sudah ditolong lagi mahu marah-marah. Apa sakit entah.
“Hei awak!!!”
Jeritan dari belakang mematikan langkah kaki Suraya. Segera menoleh. “Nak apa?” Tanya Suraya betah tak betah.
“Awak tak jawab soalan saya tadi lagi. Mana awak dapat dompet saya? Awak yang curi yer?”
Suraya buat muka toya. Ek..eleh.. Wei mangkuk. Kalau aku curi tak adalah aku senang-senang nak bagi balik. Bengong. Terus Suraya berlalu.
“Hei…”
Sekali lagi Suraya berhenti. “Ada budak curi. Saya tolong awak dapatkan balik. Orang dah tolong patut cakap terima kasih. Bukan marah-marah macam ni.” Tutur Suraya. Geram. Geram. Tapi cuba control selagi mahu.
“Budak mana?”
Suraya menjungkit bahu. “Tak tau.” Jawabnya.
“Dah hantar balai polis?”
Suraya menggeleng perlahan.
“Kenapa tak hantar balai.”
“Budak lagi. Gelap masa depan dia kalau muda-muda dah masuk penjara.” Selamba lagi rilek Suraya berkata.
“Kalau dia buat lagi orang lain pun akan hantar balai tau.”
“Sekurang-kurangnya bukan saya penyebab dia masuk penjara.” Suraya terus berlalu. Tak lalu lama-lama bercakap dengan orang sombong. bongkak dan berlagak itu. Kemudian dia menoleh kebelakang. “Tadi saya ambil enam puluh ringgit dari dompet awak tu. Budak tu nak pakai duit. Dia tak ada duit nak beli ubat untuk mak dia.” Sambung Suraya lagi. Selamba kau Sue. Buat amal jariah pakai duit orang.
“What!!!!”
Suraya berlalu dengan senyuman meleret. Padan muka. Berlagak sangat. Hello cik abang… Apa sangatlah duit enam puluh ringgit tu dari pahala yang dapat sebab tolong orang susah. Sekurang-kurangnya aku tolong kau buat pahala hari ni. Redeem balik sebab marah-marah aku dalam feri tadi.
Suraya berdiri di luar jeti sambil mata melilau mencari teksi. Lambat pulak teksi ni. Air mineral segera diteguk untuk menghilangkan haus. Lega. Sebolehnya dia ingin cepat-cepat sampai ke hotel. Badan sudah melengas. Bau pun boleh tahan jugak ni. Estee Lauder yang wangi semerbak dah bertukar jadi bau-bau masam.
“Chewing gum.”
Suraya menoleh. Kening dinaikkan. Ni apahal. Nak guna-gunakan aku pakai chewing gum ker. Suraya menggeleng. Takut nak makan. Buat sudah dijampi serapah chewing gum ni tadi bukankah buat naya namanya.
“Sorry pasal tadi. Saya Iman.”
Suraya hanya memandang pelik. Errkk.. Owwhhh.. Iman. Cess.. Nama ajer Iman. Tapi perangai tak beriman langsung. “Sue.”
“Sue….” Iman menaikkan kening.
“Suraya.”
“Owhh..”
“Sorry.” Kata Suraya. Mata masih melilau mencari teksi.
“Untuk apa?” Tanya Iman pelik.
“Enam puluh ringgit awak tu. Kalau awak nak saya boleh ganti balik.” Pantas Suraya mengeluarkan purse dari dalam poket seluar.
“Tak payah.” Iman menolak laju. “Tak ada hal. Lagipun awak kata budak tu nak beli ubat untuk emak dia.” Sambungnya lagi.
Lalalalalala…. Ada hati dan perasaan jugak rupanya. Okeylah tu. Suraya menghadiahkan senyum segaris. Ini hadiah sebab sikap pemurah Encik Iman ni tadi. Dan hadiah sebab tak paw aku bayar balik enam puluh ringgit dia.
“Sorang?” Iman bertanya.
“Tak lah. Ada satu battalion lagi sedara mara, sepupu sepapat, jiran sekampung kat belakang tu.” Suraya menjawab. Bersahaja.
Iman angkat kening. Dia menggeleng perlahan. Buat lawak pulak budak ni.
Suraya ketawa kecil. “Soranglah. Awak ada nampak orang lain lagi ker dengan saya.” Sambung Suraya. “Awak?” Tanya Suraya pula.
“Tak lah. Ada satu battalion lagi sedara mara, sepupu sepapat, jiran sekampung kat belakang tu.” Iman memulangkan paku buah keras.
“Hahahaha..” Suraya buat-buat ketawa. “Tak kelakar langsung.” Balasnya kemudian.
“Check in kat mana?”
“Twins Peak Resort.” Suraya menjawab malas.
“Samalah.”
Suraya angkat kening. “Awak pun?”
Iman hanya mengangguk perlahan. “Teksilah. Jom.” Iman mengangkat jari telunjuk ke arah teksi yang datang. Bonet teksi sudah terbuka. Beg galasnya dimasukkan ke dalam. Dia menoleh ke belakang. Budak Sue itu masih tercegat berdiri. “Cepatlah.” Arahnya kemudian. Muka budak Sue ini dah blur pelik semacam. “Saya bayar.” Sambung Iman.
Dengar ajer ‘saya bayar’ cepat-cepat Suraya datang. Beg trolinya dimasukkan ke dalam teksi. Alhamdullilah. Syukur nikmat. Save budget. Iman mengambil tempat duduk di hadapan manakala Suraya dibelakang.
“Twin Peak Resort, pakcik.” Beritahu Iman kepada pemandu teksi.
Teksi pun berlalu meninggalkan jeti Langkawi.

Wednesday, March 11, 2009

Iman Suraya Bab 1

“Betul nak pergi jugak ni?” Suara dari hujung talian bagaikan tidak percaya dengan sms yang diterima sebentar tadi.
“Yup. Confirm. Memang nak pergi.” Sekali lagi Suraya Dania mengiyakannya. Sudah masuk sepuluh kali Azim bertanya soalan yang sama. Memang nak pergi. Nak pergi. Nak pergi. Rancangan telahpun diatur. Masakan mahu dibatalkan hanya kerana Azim tidak dapat turut serta. Penat-penat dia merancang itu ini, takkan nak senang-senang batal macam tu ajer.
“Sue, saya macam tak sedap hati nak biarkan awak pergi sorang-sorang ke tengah pulau tu.” Azim meluahkan perasaannya kepada Suraya. Gilalah dia sebagai tunang, memberi keizinan kepada Suraya untuk ke pulau itu seorang diri walaupun Suraya mengatakan yang dia akan diexcort dengan Anisa dan Zulaika. Mereka bertiga tetap perempuan. Anak dara berkelana sampai ke tengah pulau mahu dibuat apa. Macam-macam benda tak elok bermain di dalam kepala.
“Sayang, awak tak payah risau. Anne dengan Ika kan ada. Dia orang boleh jaga saya.” Suraya memujuk. Di dalam hati dia tersengih panjang. Hahaha… Untuk kesekian kalinya dia berbohong pada Azim. Tak apa. Azim jauh nun di Putrajaya. Bukan dia boleh hidu apa yang aku buat. Pandai buat, pandailah tanggung nanti kalau terkantoi dengan tunang tercinta. Mahu Azim mengucap panjang kalau dapat tahu dia ke Langkawi seorang diri. Anne dengan Ika nak teman. Hohohoo… Tak ada maknanya budak berdua ni nak temankan. Awal lagi mereka berdua dah siap bagi alasan tak mau join sekapal pergi jelajah pulau tu cari tempat-tempat yang menarik untuk dijadikan kenangan pada sekeping gambar. Cuba kalau ajak turun KL. Tak payah jemput, dua-dua datang ke depan, angkat tangan. “Nak ikut. Nak ikut.” Kata-kata Anne dan Ika bermain di dalam kepala setiap kali cadangan turun KL diutarakan.
“Cikgu Azim, tolonglah izinkan.” Suraya merayu di dalam hati. Beg dah packing ni. Abah tak kata apa. Azim yang lebih. Risaunya mengalahkan aku ini isterinya. Jangan lupa Azim, aku ini hanya tunanganmu sahaja. Suraya masih lagi tegak berdiri bersama pendiriannya selama ini. Selagi belum diijab kabulkan dia punya hak untuk buat apa yang dia suka. Janji apa yang dibuat itu tidak melanggar batas-batas seorang perempuan Islam.
“Lagipun saya dah ajak awak sekali. Awak yang tak nak join. Saya dah janji dengan Anne dan Ika. Takkan nak mungkir janji pulak. Munafik namanya tu.” Suraya masih meneruskan sesi pujuk memujuk. Dikeluarkan segala apa fakta yang boleh menguatkan lagi hujahnya. Amboi. Kalau mahu cover diri sendiri, pandai-pandai sahaja ayat agama boleh keluar dari mulut. Benda-benda fakta yang berkaitan dengan agama mana berani Azim nak menyangkal. Hati Suraya ketawa lagi. Bakat lakonan yang tak tau diwarisi dari siapa.
“Pandailah awak bercakap.” Azim menggetus geram.
Dari hujung talian, jelas Suraya sudah pecah tawanya. Jika tadi hanya hatinya sahaja ketawa, tapi apabila lubang telinga ini jelas dapat menangkap intonansi Azim yang tengah naik geram, dengan sendiri ketawanya itu boleh terburai keluar. Memang tak mampu untuk ditahan.
“Tengok tu. Boleh pulak gelak kat sana.” Gumam Azim. Mode geram campur bengkek tadi masih bersisa lagi. “Sue, tak boleh ker kalau awak pergi bercuti dekat-dekat sini ajer. Kenapalah pulau itu yang awak pilih.” Sekali lagi Azim cuba menghalang. Digunakan bahasa selembut mungkin. Pelik Azim dengan perangai Suraya. Semakin dekat hari bahagia mereka, semakin kerap Suraya buat perangai. Semedang mahu ikut kepala dia sahaja. Cakap orang dia tak ambil pusing. Kalau setakat nak memuaskan hobi dia itu, di Putrajaya ini pun banyak tempat menarik dia tak habis jelajah. Sekali lagi Suraya Dania buat Ikmal Hazim pening kepala.
“Tak boleh. Sebab kita orang memang dari awal semester ni lagi dah plan. Tamat final pulau tu kita orang akan jejak. Lagipun, awak tau kan. Saya pergi sana just nak have fun ajer. Bukan nak cari lelaki lain pun. Dalam hati saya ni, cuma ada awak sorang ajer Encik Ikmal Hazim.” Penuh drama Suraya berkata-kata. Ini kalau Azim tak cair-cair jugak, sahlah apa benda yang dah masuk dalam molekul-molekul dia tu.
Silent mode.
Lima minit telah berlalu, masih lagi dengan mode senyap sepi. Sesekali deru angin dari luar menghembus perlahan sahaja yang menangkap masuk lubang telinga. Mata Suraya ditala pada beg troli dan beg galas yang sudah siap berkemas di tepi pintu bilik. Kamera digitalnya sudah diletakkan berdekatan dengan beg troli tadi. Segala macam aksesori kamera digital itu, awal-awal sudah dimasukkan ke dalam beg. Mana boleh tinggal. Hancus plan kalau benda-benda tu tertinggal nanti.
Bila sudah masuk sembilan minit lima puluh sembilan saat Azim masih lagi dengan mode diam seribu bahasa dia tu, Suraya mulalah terasa panas semacam. Apa kes buat amal jariah tengah-tengah malam buta dekat syarikat telekomunikasi yang tentu-tentunya sudah kaya itu. Pakai line ‘Aktifkan Dirimu’ pun Azim tetap pasif tak tau nak cakap apa. “Azim!! Awak dah tidur ker?” Jerit Suraya perlahan. Bibir bawah digigit. Geram.
“Ada” Azim menjawab sepatah. Tidak bernada.
Hush… Apa bendalah Azim ni fikir lama sangat. Ingat dia sudah goal tadi. “Azim, awak jangan risau.” Sekali lagi Suraya cuba meyakinkan Azim. Kenapa susah sangat nak faham bahasa ni. Adoyai… Please..Please…. Ini yang last.
“Yerlah. Saya izinkan.” Azim mengalah jugak akhirnya.
Bibir Suraya menarik senyum segaris. Alhamdulillah. Ingat nak goreng apa lagi tadi kalau Azim tetap tak bagi pergi jugak.
“Nanti kalau nak mandi laut kat Langkawi tu nanti, awak pakai bikini ker, pakai short.” Azim bertanya dengan nada penuh sarkastik. Bukan tidak tahu tunangnya itu. Daring tak bertempat. Ingat lagi, pertama kali bertemu Suraya ketika hari pendaftaran pelajar junior di UPSI beberapa tahun yang lalu. Semua mata-mata senior tertala pada gadis yang serba rugged dari hujung rambut ke hujung kaki. Suara-suara nakal sibuk berkata-kata bahawa Suraya itu, tersalah masuk universiti. Sepatutnya Suraya itu patut ambil jurusan Komunikasi dan Media sahaja di UiTM. Sesuailah dengan perwatakan dan penampilannya. Ini Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) yang dia pilih. Semua orang naik confius. Bolehkah orang jenis macam ni jadi seorang pendidik yang kerjanya mendidik anak bangsa. Anasir tak baik. Manalah ada cikgu yang selamba pakai gelang tangan hitam, gelang kaki hitam, rantai hitam, serba serbi eksesori color hitam melilit di badan. Ini macam tangkal jangan bagi kencing malam ajer.
“Azim…” Getus Suraya. Dia mencebik. Tak puas hati. “Saya tau lah saya macam mana. Tak ada maknanya nak pakai bikini ker, short ker. Awak ingat saya tak tau malu ker.” Suraya menggumam rendah. Macamlah aku ini tidak bermuka, boleh pakai macam tu. Gila apa. Aku ini orang Melayu. Tahulah etika berpakaian cara orang Melayu. Walaupun memang dah lama sedar yang ada satu yang tak kena pada diri. Sampai sekarang pun tak dapat seru lagi nak pakai tudung. Perlahan. Perlahan. Insyaallah. Sampai masa nanti aku pakailah. Kira okeylah tu, bila mula-mula jadi awek Azim dulu boleh tahan ajer telinga kena bebel itu ini. Kena cuci sampai bersih. Sampai semua aksesori hitam gaya mutu keunggulan tu pun dah simpan elok dalam tin Vochelle masuk dalam laci kat rumah. Dalam kepala pun dapat tangkap sedikit-sedikit yang tak ada cikgu dalam Malaysia tanah air tercinta pakai segala benda alah tu.
“Awak terasa ker?” Azim buat-buat tanya.
“Terasa ek? Ada. Ada.” Balas Suraya laju. “Terasa macam nak pelangkung ajer awak kalau awak ada kat depan mata sekarang ni. Bercakap ikut sedap ajer.” Marah Suraya akhirnya.
Azim hanya mampu menahan tawa. Cikgu Sue dah marahlah. “Saya main-main ajerlah.” Azim mengalah. Jangan sengaja-sengaja buat Suraya merajuk. Karang tak cukup minyak kereta nak drive dari Putrajaya balik Ipoh sebab nak pujuk Cikgu Sue yang kalau dah merajuk memang susah nak dipujuk. Nak bagi senang sikit kerja pujuk memujuk petuanya cuma satu, payungkan dia dengan dua belas kuntum bunga ros merah dalam jambak yang cantik menawan dan satu kotak besar coklat Ferrero Rochel. Bapak demand. Kopak. Kopak. Itupun hanya enam puluh peratus ajer merajuk dia tu dapat dipujuk, lagi empat puluh peratus tu, kena tunggu dalam satu dua minggu jugaklah baru dia boleh reda sendiri. Dan itu yang tak boleh tahan tu. Moralnya. Jangan sengaja cari pasal kalau tak nak kopak, taknak tanggung rindu lama-lama.
“Saya tahu. Awak kan sayang-sayang-sayang-sayang saya sangat-sangat.” Suraya bersuara manja. Di dalam hati berbunga girang. Mana nak cari lelaki yang sebaik Azim di dalam dunia ini. Nak jumpa lelaki macam Azim satu dalam seribu mungkin. Kerana itulah dia merasakan, dialah manusia paling bertuah di dalam dunia ini apabila dia yang terpilih untuk menjadi suri di hati lelaki itu. Senyum masih mekar dibibir. Bahagia.
Azim geleng kepala. Suraya. Suraya. Macam-macam. Tahu. Dari segi penampilan ada sedikit perubahan tapi daring tu tetap ada. Kalau dulu rugged dia yang lebih. Tapi kini lebih feminim kadang-kadang maskulin jugak apabila boyfriend nombor dua dia itu sudah ada ditangan. Camera digital berbagai fungsi hadiah daripada abang sulungnya. Dimana sahaja Suraya pergi, kamera itu diusung. Hobi Suraya itulah satu. Gemar mengambil gambar tidak kira ke mana sahaja dia pergi. Mengambil gambar pemandangan dan tempat-tempat cantik di dalam Malaysia adalah minatnya. Suraya boleh dikelaskan sebagai jurufoto amatur yang berbakat. Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi digital. Itu alasan yang Suraya berikan ketika dia mula-mula menyatakan hasratnya untuk bercuti di Pulau Langkawi sebulan yang lepas. Tidak dinafikan, dia jugak sudah mula mengikut jejak Suraya yang suka mengambil gambar-gambar untuk diabadikan di dalam lensa kamera. Kami berkongsi minat yang sama.
“So ni dah habis packing barang dah ker ni?” Tanya Azim.
“Sudah. Petang tadi dah siap semua dah.” Balas Suraya bersahaja.
“Amboi. Exited sangat awak ni.”
“Memanglah. Tak sabar nak ambil gambar kat tempat-tempat yang cantik kat sana tu. Itulah awak. Saya ajak, awak tak mau. Aktiviti sekolah lah. Student nak exam lah. Apalah.” Ngomel Suraya macam makcik-makcik.
“Cikgu Suraya Dania, nanti kalau awak dah start mengajar nanti, tahulah awak macam mana. Ingat. Jadi cikgu ni, pelajaran pelajar adalah yang paling utama.” Azim berhujah panjang lebar. Suraya perlu diingatkan. Jangan dibuat perangai yang sama apabila sudah masuk mengajar nanti. Mahu haru jadinya apabila diajar para pelajar dengan kepala gila-gilanya itu kalau tidak pandai cover diri sendiri.
“Yes sir!!.. Paham sir!!” Suraya mengangkat tangan memberi tabik hormat walaupun tahu, bukan Azim boleh nampak pun. Aku punya tangan, aku punya suka.
“Naik bas pukul berapa esok?” Azim masih lagi tidak puas menyoal selidik Suraya sebelum Suraya berangkat esok.
“Express Perlis pukul dua belas malam esok. Sampai Kuala Perlis dalam pukul tujuh tu, lepas tu naik feri dalam empat puluh lima minit, lepas tu check in dalam Twins Peak Resort anggaran jam sembilan pagi selepas sarapan, lepas tu masuk bilik, baring-baring kejap, lepas tu…”
“Sudah..sudah..” Pantas Azim memotong. Sampai macam tu sekali dibacanya itenarary untuk tempoh percutian dia selama lima hari empat malam itu kepada aku. Memang sengaja betul Suraya Dania mahu mencipta rasa hangin dalam diri aku.
“Sue, ini yang terakhir kan?” Azim bertanya lagi.
“Yup.” Suraya menjawab dengan seribu keyakinan.
“Lepas ni…..”
Belum sempat Ajib menghabiskan kata, Suraya pantas memotong. “Lepas ni, walau apa pun, kita akan buat berdua. Saya tahu. Ini percutian terakhir saya sebagai Cik Suraya Dania. Lepas ni kalau nak pergi bercuti pun dah pakai title baru. Puan Suraya Dania. Lagipun bagilah can pada saya nak enjoy puas-puas dulu sebelum masuk mengajar.” Suraya mencuri nafas seketika. “Awak jangan risau banyak sangat. Balik ajer dari bercuti ni, kita uruskan soal majlis kita pulak. Okey. Saya janji. Dah tak ada main-main lagi.” Sambung Suraya lagi.
Ini adalah yang terakhir. Takkanlah apabila sudah selamat menjadi isteri kepada Ikmal Hazim nanti boleh buat perangai pelik pergi bercuti dengan kawan-kawan pulak (kawan-kawan itu untuk cover line, sebenarnya pergi sorang-sorang). Biarpun sudah berkali-kali Anne dan Ika tumbuh tanduk dikepala menyarankan yang bukan-bukan apabila dia menerima lamaran Azim untuk menjadi suri dihatinya. Macam-macam dia orang berdua momokkan Suraya tentang hidup berumah tangga. Jika sudah jadi isteri somebody, alamatnya akan terkongkonglah hidup. Semua hasutan itu Suraya buat-buat pekak ajer. Dia yakin dan percaya sepenuhnya pada Azim. Azim lelaki yang baik. Dia sempurna dimata Suraya. Semua kriteria lelaki idaman ada dalam diri Azim. Munculnya Azim sedikit sebanyak banyak mengubah diri Suraya. Dan Azim adalah seorang lelaki yang tahan sabar dengan setiap tindakan Suraya yang diluar dugaan dan ada masa (sebenarnya setiap masa) gila-gila bahasa, sepatah cakap, satu pun tak boleh pakai itu. Suraya bahagia kerana tuhan menemukan dia dengan Azim. Malah dia juga sudah berjanji pada diri sendiri, apabila sudah sah menjadi Puan Suraya Dania nanti, dengan segera dia memakai memakai tudung dikepala. No cap. No key. Tudung. Tidak kira tudung bawal ker, tudung kerapu ker, tudung Wahida ker, tudung Ekin ker. Janji tudung yang mampu menutup seluruh rambut panjang separas bahu ini. Itu pinta Azim. Hanya itu yang Azim inginkan dari Suraya sebagai hadiah perkahwinan mereka nanti. Manisnya Azim. Tanpa sedar Suraya memuji Azim di dalam hati.
“Betul ni.” Balas Azim.
“Betul lah. Awak kena percaya saya.” Suraya berkata. Sedikit tegas. Ternyata dia tidak main-main apabila perkara berkaitan dengan diri sendiri dan masa depan dibincangkan dengan Azim. Lagipun mereka berdua dalam fasa mencorak masa hadapan bersama-sama. “Awak nak saya nyanyi lagu Percayalah dari Datuk Siti ker malam-malam buta ni.” Suraya kembali senget macam biasa. Susahnya nak jadi manusia yang serius. Macam manalah agaknya kalau sudah mula masuk mengajar nanti. Agak-agak boleh tahan ker para pelajar dapat cikgu separuh tiga suku macam aku ini. Suraya ketawa di dalam hati. Dia memang tidak boleh lari dari menyanyi barang sebaris dua lagu-lagu Melayu apabila sudah asyik sangat bersembang dengan Azim di dalam telefon. Azim tentu sudah muak mendengar suara sumbangsih yang kalau masuk AF sudah tentu orang ramai-ramai pakat akan vote untuk Afkeluar-Suraya dan bukannya Afundi-Suraya Bombomkababoom (trademark yang macam budak-budak AF selalu buat. Eg: Stacy-Terlebih Sudah..).
“Tak payah. Tak payah. Hari ini, katak-katak SeMalaysia kerja shift malam. Tak payah awak volunteer nak panggil hujan.” Azim bersuara nakal.
Suraya mencebik. Tak patut betul punya cikgu. Cikgu tak pandai berbahasa betul. Cikgu yang dalam diri tu langsung tak berjiwa seni. Boleh dengan selambanya berkata suara aku disamakan dengan katak-katak SeMalaysia pulak. Suraya anak oranglah. Bukan anak katak.
“Sue…” Azim memanggil lembut.
“Yup.”
“Pergi tidurlah. Esok nak jalan jauh. Take care yer sayang.”
Sekali lagi senyum manis ditarik. Memang tengah bahagia sangat-sangat ni dapat lelaki macam Azim. “Okey” Suraya membalas sepatah.
“Gud nite.”
“Nite.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam.”
Talian dimatikan.
Suraya merebahkan badan ke atas tilam empuk. Lampu tidur dimatikan.



Pintu bilik dihempas kuat. Kemudian dia merebahkan badan di atas katil. Lengan kanan diletakkan di atas dahi. Remort controller penghawa dingin dicapai malas. Suhu penghawa dingin direndahkan sedikit. Sekejap-sekejap mata ditutup. Sudah masuk hari ke tujuh Amelia menjadi isteri kepada Abang Adam. Sakitnya di dalam hati apabila selama itu terpaksa menjadi penonton setia romantika de amor pasangan suami isteri itu di hadapan mata. Terseksanya diri kerana terpaksa duduk satu rumah dengan mereka. Sungguh terseksa batin seorang lelaki, apabila bekas kekasih sendiri kini telah selamat menjadi kakak ipar pula. Dia sudah tidak bisa mempercayai perempuan lagi. Mata masih belum mahu lelap. Masakan mahu lelap jika jarum jam dinding baru menginjak ke pukul sembilan malam. Segera dia bangun, menuju ke almari empat pintu dan mengeluarkan pakaiannya. Dilempar kasar ke atas katil. Kemudian beg galas di rak bawah almari empat pintu itu ditarik keluar. Pakaiannya tadi dimasuk kasar ke dalam beg galas tadi. Main masuk. Tidak perlu lipat-lipat. Esok dia akan keluar dari rumah ini seketika untuk mencari sedikit ketenangan. Tidak kiralah ke mana pun. Janji keluar.
Pintu bilik sedikit terkuak. Terpacul Hajjah Maimon dari balik pintu yang sudah terbuka sedikit itu. Perlahan Hajjah Maimom menapak masuk ke dalam bilik anak terunanya itu. Dia mengambil tempat disebelah Iman. Kepala Iman dibelai lembut penuh kasih sayang. “Nak ke mana ni Man?” Tanya Hajjah Maimon lembut.
Iman yang masih lagi memasukkan pakaian ke dalam beg mengalihkan pandang ke wajah ibunya. “Iman nak keluar sekejap ibu.” Jawab Iman. Wajah ibu yang sudah sugul itu membuatkan sedikit sebanyak hatinya dihambat perasaan sayu.
“Iman nak ke mana?” Sekali lagi Hajjah Maimon bertanya. Dirasakan Iman tidak menjawab sepenuhnya soalan tadi.
“Ke mana-mana ajerlah ibu.” Iman menjawab malas. Tangannya kembali rancak menyambung kerja mengemas pakaian di dalam beg galas.
“Iman, janganlah macam ni sayang. Risau hati ibu tengok Iman macam ni. Ibu faham perasaan Iman. Tapi dah takdir, jodoh Abang Adam dengan Amelia.” Hajjah Maimon memujuk. Tahu benar apa perasaan yang bersarang di hati Iman Radiff, anak keduanya itu. Semenjak Iman mendapat tahu yang Adam akan menikahi Amelia melalui kiriman email yang diutuskan, Iman terus jadi seperti ini. Dingin dengan ahli keluarga sendiri. Bagaikan semua orang dalam rumah yang merestui pernikahan itu dijadikan musuhnya. Pada ayahnya. Juga pada ibunya. Sudah puas dipujuk, barulah dia balik menjejakkan kaki balik ke rumah. Padahal sudah setahun lebih dia tamat belajar baru seminggu lepas dia pulang. Sampainya hati Iman buat ibu dan ayah begini.
“Iman tak ada apa ibu. Ibu janganlah risau. Iman tahu jaga diri Iman. Iman dah besar.” Iman jawab endah tak endah.
“Iman marahkan ibu dan ayah sebab kahwinkan Adam dengan Amelia?” Hajjah Maimon bertanya perlahan. Air matanya sudah mengalir perlahan.
Iman memandang sekilas ibunya. Berdosa besar rasanya membiarkan ibu menangis kerana sikapnya sendiri. “Ibu, janganlah macam ni. Benda dah jadi. Jangan panjang-panjangkan cerita.” Iman malas mahu berbicara mengenai perkara ini. Kalau ikutkan hati, ya dia memang sakit hati. Tergamak Abang Adam potong jalan masuk ke dalam hati Amelia ketika dia berada di luar negara melanjutkan pelajaran. Bukan Abang Adam tidak tahu Amelia itu buah hatinya yang ditinggalkan seketika hanya kerana mahu mengejar ilmu di rantau orang. Harapkan pagar, pagar yang makan padi. Amelia itu pun satu. Patutlah beriya-iya benar dia mahu memutuskan hubungan atas alasan jarak yang jauh mereka sudah tidak sesuai untuk bersama. Alasan yang langsung tidak boleh pakai. Langsung tidak relevan. Kalau setia ada dalam diri, seorang di Kutub Utara, seorang di Kutub Selatan pun tidak ada masalah.
“Iman…”
Iman pantas memotong. “Ibu jangan risaulah. Iman bukan nak lari dari rumah. Iman Cuma nak keluar sekejap. Bagi fikiran Iman ni tenang sikit. Iman akan balik kalau perasaan Iman boleh jadi sedia kala.” Iman melabuhkan kepala pada bahu ibunya. Manja. “Lagipun Iman ni anak lelaki. Apa yang ibu nak risaukan.” Sambung Iman lagi.
Tangan Hajjah Maimon pantas menduku manja anak terunanya. Kemudian bibirnya mengukir senyum segaris. “Ibu takut Iman lari lagi. Lepas tu taknak balik rumah ni dah.” Balas Hajjah Maimon.
Iman angkat kepala dari bahu ibunya. Ibu direnung dalam-dalam. “Taklah ibu. Nak lari pergi mana. Iman mana ada kerja lagi kat Malaysia ni.” Jawab Iman.
Hajjah Maimon tersenyum. Jawapan Iman tadi sedikit sebanyak menyedapkan hatinya. “Ni agak-agak nak berjalan jauh ker ni?” Hajjah Maimon bertanya lagi. Tidak puas rasanya jika Iman masih lagi tidak memberitahu mana tempat dia ingin pergi.
“Tengok tiket apa yang ada dekat Pudu tu nanti.” Jawab Iman bersahaja. Main serbu datang Pudu, tanggung risikolah tiket apa ajer yang ada. Beg galas yang sudah siap dikemas dizip dan diletakkan ditepi katil.
“Takkan macam tu pulak. Sekurang-kurangnya mestilah tahu tempat yang nak tuju. Takkan main redah ajer pergi ke mana-mana macam orang kena buang daerah.” Suara Hajjah Maimon sedikit tinggi. Dari tadi Iman bagi jawapan yang langsung tak macam jawapan pada soalannya tadi.
Iman ketawa kecil melihat ibunya sudah mula naik suara. Lama tak dengar ibu membebel. Dulu dialah yang selalu kena bebel campur kena piat campur kena rotan masa kecil-kecil. Naik remaja sikit, lebih kena tadah telinga dengar ibu bebel lagi walaupun masa tu, ibu tak guna cara kekerasan. Bila dah belajar dekat luar negara, langsung tak dengar dah. Masa balik sini pun, ibu berhati-hati menjaga hati Iman. Maklumlah dia balik selepas merajuk yang panjang. Mana ibu nak menambahkan lagi sengsara dijiwa. “Ingat nak pergi Langkawi lah bu. Lama tak pergi.” Malas-malas Iman menjawab.
“Kat tempat orang tu jangan buat benda bukan-bukan.” Hajjah Maimon berpesan. Lega hatinya apabila Iman beritahu juga tempat yang dia ingin pergi.
“Alah ibu. Iman bertahun dekat Negara orang. Tak pernah pun buat bukan-bukan.” Balas Iman laju. Dia buat muka toya. “Iman ni ada rupa penjenayah ker ibu?” Sambungnya dengan pertanyaan nakal.
Peha Iman menjadi mangsa cubitan Hajjah Maimon. Kita betul-betul budak bertuah ni boleh pulak buat main-main. “Ibu tak adalah cakap yang anak ibu ni buat jenayah. Tapi…” Kata-kata Hajjah Maimon tergantung seketika. Matanya memerhati Iman dari atas ke bawah. Kemudian dia menggeleng perlahan.
“Tapi apa bu?” Iman mencelah.
“Tapi tengoklah ni.” Hajjah Maimon menarik lembut rambut Iman yang panjang aras bahu itu sedikit ke depan agar Iman boleh nampak dan boleh perasaan yang rambutnya itu sudah sama panjang dengan adik bongsunya. Adik bongsunya itu perempuan. Tidak mengapalah berambut panjang. Ini Iman anak lelaki. Serabut mata memandang. Ayahnya sahaja sudah sakit mata melihat rambut Iman yang panjang itu. Nak ditegur, takut nanti merajuk lagi.
Iman buat muka. “Alah bu. Ini style. Dapat kerja nanti Iman potonglah.” Balasnya spontan. Rambut panjang yang sedikit serabut bahana kena tarik dengan ibu tadi di rapikan dengan jari. Macam iklan Rejoice. Guna jari pun boleh.
“Yerla style. Ini.” Hajjah Maimon menunjuk pada cincin dan gelang di tangan Iman. “Yang ini. Ya Allah, Iman Radiff, tolonglah jangan pakai dah. Tak elok lelaki pakai semua ni. Dah macam mami jarum ibu tengok.” Sambung Hajjah Maimon. Kepala digeleng laju.
Iman sekadar tersengih. Cincin silver dan bangle di tangan pula menjadi menjadi mangsa yang seterusnya. “Biarlah bu. Iman janji, dapat kerja nanti dengan rambut, dengan barang kemas mami jarum ni semua tak pakai dah. Time-time ni ajer bu.” Iman menjawab bersahaja.
Hajjah Maimon sudah malas mahu bercakap panjang. Janji dia tahu, Iman masih tahu menjaga amalan solat hariannya sehari-hari dan tak buat benda jahat itu pun sudah cukup baik.
“Ibu..” Iman memanggil manja.
“Kenapa?”
“Ibu berkenan sangat yer dengan Melia tu sampai sanggup buat menantu. Kalau Iman, tak hingin berkakak iparkan Melia tu.” Ujar Iman penuh sarkastik.
Pantas tangan Hajjah Maimon memukul peha kiri Iman.
“Auchh!!” Iman mengaduh. Peha yang merah digosok laju. Perit sikit. Wah.. Marah sungguh ibu bila aku mengutuk menantu sulungnya itu.
“Tak baik Iman cakap macam. Melia tu sekarang dah jadi kakak ipar Iman. Ingat tu.” Hajjah Maimon bersuara datar tapi penuh ketegasan.
Iman garu kepala. Dia tersengih. Sayangnya ibu pada Melia. Hohoho.. “Yerla ibu.” Iman menjawab malas.
“Dahlah. Pergi tidur. Esok nak berjalan jauh.” Hajjah Maimon sudah mengangkat punggung dan menuju ke pintu. Sampai di muka pintu dia berhenti dan menoleh Iman yang masih duduk di katil. “Esok ni nak suruh ayah hantar ke Pudu ke tak ni?” Sambungnya kemudian.
“Tak apa. Iman pergi sendiri naik train.” Balas Iman.
“Ermm..” Hajjah Maimon terus keluar dari bilik.
Iman menghampiri pintu bilik yang ternganga luas. Segera pintu bilik tadi ditutup rapat. Takut sangat jika Abang Adam menjengah masuk ke biliknya. Kemudian dia menghampiri ke meja belajarnya. Laci ditarik. Bingkai gambar kayu di keluarkan. Gambar dia dan Melia dahulu di tatap. Bingkai gambar itu disimpan kembali ke tempat asalnya. Jangan Iman. Melia itu milik mutlak Abang Adam. Hatinya berpesan. Lampu bilik dipadamkan.
Assallamualaikum...
Hari ni tader kejer..so tatau nak buat apa...Nak update blog.. Tapi tatau nak tulis apa... Skunk ni memang tengah tader idea...Bila idea nak datang, tatau bila... Errmm.. Nak tulis apa ek.. Buat cerita diri sendiri boleh ker?[bukan niat mempromo,tapi sekadar berkongsi cerita...]

~seorang akubintangbiasa sentiasa berkeadaan seperti di bawah ini~ (skema gila ayat)
ada masa gila-gila,
ada masa entah apa-apa,
ada masa serabut tak tau kenapa,
ada masa kusut masai entah apa kena,
ada masa kesengetan datang melanda,
ada masa terlari dari orbit tu yang menjadi tanda tanya,
apa-apa pun,
masa mengajar untuk jadi dewasa..... (betulkan...)

~seorang akubintangbiasa suka berkawan. tak kira sesiapa pun. selagi tak ada yang cuba mengkhianati persahabatan, pada saya 'kita kawan, sampai mati' dan 'kamcing forever'.

Mana satu ek akubintangbiasa kat bawah ni....(huk3)



Thursday, March 5, 2009

Baju Pengantin Mak Andam Bab 27

Aleeya memandang wajahnya ke cermin. Bersiap ala kadar seperti biasa. Malam ni nak keluar dengan Zain. Mamat ni dapat cuti sampai hari Isnin. Semalam baru dia balik sini. Pergi dengan balik dari kuliah tadi pun dengan Zain. Aleeya tak paksa. Zain yang sukarela.
Aleeya keluar dari bilik sambil menyanyi kecil. Sementara menanti Zain sampai, dia menyertai Anis dan Aida yang sedang menonton dvd.
“Senang hati nampak?” Tegur Aida.
“Nak jumpa buah hati.” Sela Anis kemudian.
Aleeya hanya tersengih. “Iwa mana?” Matanya melilau mencari Iwa disegenap pelusuk rumah. Dari balik kuliah tadi tak nampak batang hidung Iwa.
“Datinglah. Apa lagi.” Balas Anis.
“Korang tak keluar ker?” Tanya Aleeya. Pelik juga kalau malam minggu cenggini dia orang berdua duduk diam-diam kat rumah.
“Esok.” Jawab mereka serentak.
“Buat double date ker?” Gurau Aleeya. Telefon bimbit tiba-tiba berbunyi. Segera disambut.
“Okeylah darling-darlingku. Wa chow dulu. Chow chin chow ek..” Kata Aleeya girang.


Aleeya merenung beg kertas di depan mata. Zain dipandang. “Apa ni?” Tanya Aleeya.
“Tengok ar sendiri.” Kata Zain.
Segera dikeluarkan isi di dalam beg kertas itu. Mata tertancap pada sebotol minyak wangi berjenama Estee Lauder. Ini kalau tak ada dalam tiga rat jangan harap boleh dapat. Aleeya memandang Zain. Minyak wangi tadi dimasukkan semula ke dalam beg kertas. Di tolak perlahan ke arah Zain.
Zain angkat kening. “Kenapa?” Dia bertanya hairan.
“Mahal ni. Aku tak ada duit sekarang.” Kata Aleeya jujur. Nak mintak buat ansuran mudah empat kali bayar pun serba salah, sebab duit yang ada sekarang ni pun nak guna untuk benda lain. Memang semedang sengkek ajerlah aku ni.
Zain menarik senyum selamba. Apalah Aleeya ni. Ingat aku buat part time jual minyak wangi ker. “Itu untuk kau. Hadiah.” Balas Zain.
Aleeya membulatkan mata. Hadiah? “Tapi mahal sangat ni. Aku tak biasa terima hadiah dari orang. Lagipun rasanya birthday aku dah lepas.” Balas Aleeya.
“Orang dah bagi, ambil ajerlah. Takkan kau nak aku pakai minyak wangi perempuan pulak. Bukan aku bagi minyak pengasih pun dekat kau.”
“Aku tak suka termakan budi. Nanti tergadai body.” Aleeya berterus terang. Sudah diajar dari kecil lagi agar jangan senang-senang menerima pemberian orang. Emak dan abah sudah puas mengajar agar pakai apa yang kita mampu. Tak perlu mengutip budi yang orang taburkan pada kita. Itu pesan mereka yang masih Aleeya ingat sehingga kini.
“Kalau takut tergadai body, jomlah cepat-cepat kita pergi jumpa tok kadi. Tak payah nak susah-susah lagi.” Seloroh Zain.
Aleeya mengetap bibir. Zain dah mula dah.

Nak tak nak Aleeya terpaksa menerimanya juga sesudah puas kena paksa dengan Zain. Ini hadiah paling mahal yang pernah dia terima selama ini.
“Terima kasih.” Ucap Aleeya.
“Kasih diterima.” Jawab Zain nakal.
Pecah ketawa Aleeya. Dah sebulan lebih tak kena sakat depan-depan macam ni. Kalau kena sakat pun dalam telefon ajer. Tak berapa nak real. Tak berapa nak drama.
“Kau rindu aku tak?” Zain bertanya selamba dengan wajah yang tidak beriak.
Ketawa yang rancak tiba-tiba terhenti. Air liur ditelan terasa tersekat di tengah anak tekak. Ngee.. Sengaja Zain ni. Tak boleh ker kalau dia ajer yang straight to the point cakap “Aleeya, aku rindu kat kau.” Tanpa sedar, Aleeya mengangguk perlahan. Errkk.. Awatnyer macam burung belatuk ajer ni.
“Rindu banyak ker rindu sikit.” Usik Zain.
Muka sudah terasa panas semacam. Kalau nak menyakat pun, agak-agaklah Zain. Agak-agak Zain ni nak kena dengan aku kut malam-malam cenggini. Buat lawak tak agak-agak. “Kau ni suka melebih tau.” Balas Aleeya geram.
Zain ketawa besar melihat wajah Aleeya yang sudah merah padam menahan geram. Berganda merah jadinya dah tentu-tentu sebab menahan malu. Sudah terkulat-kulat, sengaja cari point lain nak lari dari tajuk. “Sebelum aku lupa. Aku kena stay kat Langkawi tu lagi tiga bulan tau.” Beritahu Zain.
Air muka Aleeya berubah. Kata hari tu tiga bulan ajer. Ni kena tambah lagi tiga bulan. Lama gila mamat ni buat projek dekat sana. Buat projek kondo setinggan ker Encik Zain oiii….
Diam.
“Ni apasal buat muka empat belas ni?” Tanya Zain. Masih bersahaja seperti tidak ada apa-apa.
Ermm.. Aleeya hanya menggeleng perlahan. Tersenyum nipis. Plastik semata-mata.
“Ni mesti tak sanggup nak berjauhan dengan aku lagi kan.” Zain cuba menyakat.
Aleeya hanya menjeling dengan ekor mata. “Mana ada..”
“Tengok tu. Muka dah merah tu. Betul lah tu.” Giat Zain lagi.
Aleeya mencebik.
“Leeya.”
Diam.
“Leeya.”
Diam lagi.
“Leeya.”
“Apa dia?” Tanya Aleeya geram.
“Anda terkena BangBangBoom!!!” Ketawa yang cuba ditahan tadi pecah jua akhirnya. “Aku acah ajerlah tadi.” Sambung Zain. Makin galak dia ketawakan Aleeya.
Aleeya memandang Zain dengan geram. Pinggan mangkuk, periuk belanga, kawah rendang tok betul. Aku jugak yang terkena.
“Lega?” Usik Zain lagi.
Aleeya mengetap bibir menahan sabar. Bueeekkk…. Lidah dijelir.
“Lawa sangatlah tu buat macam tu?” Giat Zain lagi. Memanglah Aleeya ni. Pandai menghiburkan orang.
“Biarlah.”



Hari ni pergi kuliah seorang diri. Iwa punya kuliah start lambat. Lagipun Iwa sudah punya pemandu peribadi. Siapa lagi kalau bukan Encik Izzat. Bukan main lagi dia orang berdua ni. Macam belangkas. Menjadi jugak rancangan aku untuk meng’adjust’ Iwa dekat Encik Izzat ni. Zain flight balik Langkawi hari ni. Walaupun dia bercuti sampai hari Isnin, tetapi disebabkan ada kerja yang perlu diselesaikan terpaksa dia balik awal sehari.

“Aleeya.” Tegur Anita dan terus melabuhkan punggung di kerusi batu berhadapan Aleeya.
“Ohh.. Assalamualaikum.”
Anita tersengih. “Waalaikummusalam.”
“Happy nampak. Saya ingat awak nak serang saya macam hari tu.” Gurau Aleeya.
“Tak lah. I nak ucap terima kasih banyak-banyak sangat dekat you.” Kata Anita dengan gaya ala-ala minah salleh celup yang baru nak belajar cakap Bahasa Melayu.
“Terima kasih for what?” Sedikit sebanyak Aleeya cuba mengajuk cara Anita bercakap tadi. Memang jenis tak mahu kalah punya budak.
“For your advice hari tu. Your rite. Kita kena percaya pada pasangan kita.” Kata Anita dengan penuh bersungguh-sungguh.
“Owwhhh… Tak ada hal. Biasa ajer.” Aleeya mengenyit mata.
“My Bee tu, makin sayang dekat I tau. I happy sangat.” Anita sudah jelas gembiranya.
“Honey..” Tegur Adam yang tiba-tiba datang entah dari mana. Dipandangnya Aleeya.
“Bee, you buat apa kat sini.” Tanya Anita manja.
“I balik dari library tadi. Nampak you all berdua kat sini. So I singgah ler.” Kata Adam. Terus dia mengambil tempat duduk di sebelah Anita. Rambut Anita yang ikal mayang itu dielus perlahan.
Mereka bertiga duduk di atas kerusi batu yang mengelilingi meja bulat di tepi padang bersama-sama.
“Bee, you nak air tak?” Tanya Anita lembut sambil menghulurkan botol air mineral kepada Adam yang duduk disebelah.
Adam menggeleng perlahan.
Dari tadi Aleeya hanya menbatukan diri sahaja. Menyaksikan adegan romantika de amor antara Adam dan Anita di depan mata. Sakit jugak mata ni apabila menyaksikan adegan-adegan yang tidak berapa berat tapi memang tak patut dilakukan oleh pasangan di hadapannya ini. Manakan tidak, baru bercinta sudah pandai pegang-pegang. Patutlah cinta itu buta. Sebabnya, apabila bercinta tangan pun sibuk meraba-raba.
“Eh!!!.. I tertinggal my handphone dalam keretalah.” Anita menjerit perlahan. Bukan main lagi dia menyelongkar isi dalam tote bag Prada yang dibawanya. Mencari-cari telefon bimbit. “You all tunggu sekejap yer.” Anita menyambung. Kelam kelibut Anita berlari menuju ke kereta untuk mengambil telefon yang tertinggal.
Adam mengambil tempat berhadapan dengan Aleeya. Ketiadaan Anita memberi sedikit ruang untuk Adam bercakap dengan Aleeya. Semenjak berjumpa dengan Zain hari itu, tidak semena-mena perasaannya meluap-luap dengan lelaki itu kerana berjaya menawan hati Nurul Aleeya. Semenjak itu jugak dia cuba berbaik- baik semula dengan Anita. Tapi di dalam hati, Adam memberontak kerana terpaksa berpura-pura mencintai Anita.
“Aleeya saya tak bolehlah nak berlakon macam ni dengan Anita.” Gumam Adam rendah. “Saya sebenarnya dah jatuh cinta dengan awak. Sejak kali pertama saya jumpa awak.” Sambung Adam lagi.
“Apa awak cakap ni?” Aleeya bertanya. Tidak faham dengan apa yang Adam katakan tadi. Hebat sangatkah dia sebagai seorang lelaki. Sudah dipegang-pegang anak dara orang itu, semudah kata dia meluahkan rasa cintanya pada aku. Adam ini nampak luaran baik semacam. Tapi sama sahaja. Jenis yang suka touch n go juga.
“Saya tau. Awak paham.”
“Saya anggap tak lebih sebagai seorang kawan Adam. Saya tak mampu nak bagi lebih dari itu. Lagipun, ruang di dalam hati saya ni sudah sedia terisi.”
Adam meraup wajahnya. “Zain?” Tanya Adam sepatah.
Refleks. Aleeya mengangguk perlahan.
“Awak kena belajar terima Anita. Jangan kecewakan dia. Mungkin dia macam tu, tapi saya tahu hati dia baik dan yang paling penting dia sayang dan cinta sangat dengan awak. Belajar menghargai Adam.” Nasihat Aleeya lembut.
Adam melepaskan keluhan lemah.
Aleeya hanya tersenyum memandang Adam. “Saya tahu awak akan bahagia dengan dia. Yang penting sekarang, awak perlu belajar menerima segala kekurangan dan kelebihan dia dengan hati yang terbuka. Belajar untuk mencintai seorang wanita itu dengan seikhlas hati. Andai ada kesilapan atau pun cacat cela pada kelakuan dia, awaklah yang patut bertindak sebagai penasihat. Menasihati apa yang perlu. Janganlah pulak awak menunjuk perkara-perkara tak baik pada Anita tu.” Penuh makna Aleeya menyampaikan nasihatnya tadi. Harap Adam oleh faham. Segera Aleeya menyandang beg ke bahu. “Okeylah. Kuliah saya nak start dah. Jumpa lagi. Sampaikan salam saya pada Anita.” Terus Aleeya berlalu meninggalkan Adam seorang diri.

Aleeya mengemaskan sila di atas sofa. Malam ni tak ada mood nak bukak buku. Siang tadi punyalah banyak kerja. Sampai tak cukup tangan nak buat itu ini. Jadi malam-malam yang sejuk ni aku nak tengok televisyen sambil mentelaah Majalah Ujang yang baru beli semasa menemani Anis pergi ke Alamanda lepas kerja tadi. Membaca dialog-dialog lucu di dalam komik lawak antarabangsa ini, ketawa sorang-sorang dibuatnya. Sesekali mata di tala ke televisyen.
Iwa di sebelah hanya menggeleng kepala melihat Aleeya yang ketawa seorang diri membaca komik Ujang. Apa punya sindrom entah baca komik pun boleh tergelak sorang-sorang.
“Leeya!!” Jerit Anis dari dalam bilik Aleeya. Bukan Anis sengaja memecah masuk ke dalam bilik Aleeya, tetapi dia ingin menggunakan komputer riba Aleeya sekejap. Nak pinjam buat berchatting dengan Didi. Tak bolehlah nak bawak keluar bilik. Takkan nak menaip ayat-ayat one and two, two and three, three and one, one and two, I love you depan Aleeya, Iwa dengan Aida kut.
“Amende!!” Balas Aleeya dari luar. Kuat.
“Telefon berbunyi ring-ring. Ku angkat ku tanya siapa….” Anis menyanyi kecil.
“Siapa?”
“Tak tau.”
“Tengoklah kejap. Aku tengah sibuk ni.”
Anis mencebik. Sibuklah sangat budak Aleeya ni. Sibuk dengan Ujang. Apo nak dikato Jang.. Skrin telefon bimbit Aleeya dilihat. “Zain!!” Jerit Anis lagi.
Isshhh… Kacaulah pakcik ni. Segera Aleeya bangun dan mengambil telefon bimbit di dalam bilik, kemudian dia mengatur langkah ke balkoni dapur. “Hello.”
“Hai darling!!”
“Banyak ar kau punya darling. Apa hal?”
Zain melepas keluhan lemah. Entah macam mana pagi tadi masuk pejabat dapat arahan baru. Tugasnya di sini dilanjutkan lagi tiga bulan. Stephen masih belum sembuh sepenuhnya. Masih lagi bercuti sakit. Kakinya yang patah itu terpaksa disemen semula akibat masih terdapat kesan retak. “Aku nak bagi tahu satu benda ni.”
“Apa dia?”
“Aku dapat arahan kena sambung lagi tiga bulan lah kat sini.” Kata Zain lemah.
“Ha..ha..ha..” Ketawa Aleeya dibuat-buat. “Cari modal lainlah Zain kalau iya pun nak buat lawak malam-malam macam ni. Lawak ni dah jadi lawak second hand. Dah tak berapa nak laku. Minggu lepas kau dah pakai lawak cenggini.”
“Betullah. Kau ingat aku main-main ker. Aku serius ni. S-E-R-I-U-S.” Eja Zain sepatah-sepatah.
Aleeya mengetap bibir. Isshh.. Zain ni. Nak main Spell It Right pulak. “Hari tu kau kata main-main ajer?”
“Hari tu memang nak main-main. Tapi hari ni, memang betul-betul. Aku tak tau pulak mulut aku ni masin. Sampai boleh jadi kenyataan.”
“Tak apalah. Nak buat macam manakan.” Tutur Aleeya rendah.
“Lain macam ajer bunyi.” Balas Zain. “Nak buat macam mana kan. Dah kejer. Kenalah ikut. Nak kumpul duit. Nak pinang anak dara orang bukan senang.”
Aleeya memejam mata seketika. Datanglah tu idea nak mengenakan aku. “Kau tu kerja elok-elok. Jangan nak mengulat lebih ajer. Nanti, tak pasal-pasal kena duduk terus menerus kat sana pulak. Lagi satu kalau kau betul-betul nak pergi pinang anak dara orang, jangan lupa beritahu aku. Boleh aku rekemen Kak Ana jadi kau punya wedding planner. Dapat jugak aku komisen.” Balas Aleeya bersahaja.
Zain ketawa. Aleeya ni paham ke tidak apa aku cakapkan tadi ni. Nak main tarik tali pulak. Ada ker patut duit komisen pulak yang dia tengah fikirkan sekarang ni. Aku kat sini sudahlah setiap malam duk terbayangkan dia kat sana.
“Mestilah aku beritahu kau dulu. Takkan nak pinang anak dara orang main serbu datang rumah ajer. Mau tak terkezut mak abah kau kalau aku main terjah sepuluh buah kereta pergi pinang kau.” Kata Zain bersahaja.
Darah panas sudah naik ke muka. Selamat aku kat sini, Zain kat tengah pulau nun. Kalau tak, tau nak nyorok kat mana muka yang sudah merah ni. Apasal lah sekarang ni, bila Zain buat lawak terus menerus, tak kona-kona orang puteh kata straight to the point aku boleh secara automatiknya menjadi terkulat-kulat menahan malu. Kalau dulu, Zain kona kiri aku pergi kanan, Zain pergi kanan aku masuk kiri. Okey ajer.
“Leeya kau dah tidur ker? Awat hang senyap ajer ni?” Tanya Zain. Dah nak masuk dua bulan duduk di Langkawi bolehlah faham sikit-sikit orang sini punya bahasa. Banyak jugak perkataan baru yang dia dapat belajar. Ini silap hari bulan kalau balik Manjoi ni, boleh hilang ‘teman-miker’ ganti ‘depa-hangpa’.
“Errmmm..”
Zain tersengih. Ada lagi. Ingat dah tidur. Nasib tak dibiarnya aku bercakap dengan bantal sorang-sorang. “Kau kat sana, jangan nak curang. Jangan nak main kayu tiga empat lima belakang aku. Budak Adam tu jangan kau layan. Boyfriend kau ni jauh, nanti kalau terkantoi dengan awek budak tu saper nak tolong back up.” Zain tak abis-abis lagi nak menyakat Aleeya.
Aleeya mendengus geram. Tak boleh bagi muka. Makin menjadi-jadi pulak.
Ketawa Zain dari hujung talian apabila mendengar suara orang mendengus geram. “Belajar rajin-rajin. Exam nak dekat dah tu.” Sempat Zain berpesan.
Tersenyum kecil Aleeya mendengar pesanan Zain itu tadi. “Kau ni, mengalahkan abah aku pulak.” Balas Aleeya.
“Yerlah. Manusia tu sering terlupa. Tambah-tambah kau yang selalu sangat minum air ada semut. Lagilah memori cepat lemah.” Sakat Zain.
Aleeya mengetap bibir. Memang ada ajerlah dia ni. “Yerlah.”
“Kau belajar rajin-rajin. Jangan ponteng kelas. Nanti kalau kau konvo aku hadiahkan bunga ros.” Janji Zain.
“Betul ni.” Aleeya bersuara girang.
“Betul lah.” Balas Zain. “Kau nak warna merah ker atau warna puteh.” Tanya Zain.
“Apa makna dua-dua warna tu?”
“Ros puteh cinta. Ros merah love.” Jawab Zain nakal.
Satu penerangan yang rasa-rasa macam nak ketuk ajer orang yang menerangkannya. Lebih baik pergi tanya orang yang bekerja dekat Kementerian Penerangan dari pergi tanya dekat Zain. Ingat aku budak tadika ker yang Zain nak melabun sampai macam tu sekali. Buat sakit hati ajer. “Dahlah tu Zain. Aku ngantuk ni. Nak tidur.”
“Kau tak buat pilihan lagi ni. Nak yang mana?” Giat Zain lagi.
“Apa ajer pilihan yang aku ada.”
Zain sudah ketawa besar. Bangganya dia dapat mengenakan Aleeya.
“Aku nak ros kuning.” Balas Aleeya sebijik. Ada hati nak kenakan aku.
“Ek.”
“Zain… Ngantuk ni.” Rungut Aleeya. Sudah malas mahu melayan Zain.
“Okey. Tidur nanti mimpikan aku tau.” Tak habis lagi nak menyakat.
“Babai. Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam.”
Talian sudah pun dimatikan.


******
Salam semua...
Ini adalah en3 terakhir untuk BPMA. (Jangan marah. Jangan marah.)Insyaallah jika dimudahkan segala urusan, versi bercetak akan dikeluarkan. (Doakan yer...)Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang tidak pernah jemu mengunjungi blog ini. (ewah..mood sedey ar pulak) Kalian sumber inspirasi.... (from my heart)
~akubintangbiasa~