Wednesday, April 28, 2010

YESS BOSS!! BAB 8

“Bos mana? Bos mana?” Soal Harun tiba-tiba dengan nafas tercungap-cungap.
“Abang Harun ni kenapa? Lif rosak ker?” Aryana menyoal kembali. Tisu kotak dihulurkan apabila melihat peluh memercik di muka Abang Harun. Kehadiran Abang Harun yang membikin rebut itu sedikit sebanyak menganggu kosentrasinya mahu menyusun atur fail-fail projek yang semakin lintang pukang angkara Encik Ilham yang selalu sangat menyelongkar rak failnya.
Harun menarik dua tiga helai tisu dari kotak tisu yang Aryana hulurkan. Perlahan dia menarik nafas dalam-dalam.
“Bos mana? Bos mana?” Soalnya lagi.
“Bos ada dekat dalamlah.” Jawab Aryana laju.
Meluru harun memasuki ke dalam bilik Encik Ilham. Aryana pula mengekorinya dari belakang. Ingin tahu apa yang sudah terjadi.
“Kenapa kau ni Run. Tersampuk hantu?” Soal Ilham tanpa mengangkat wajah. Pandangannya masih setia melekat pada skrin laptop.
“Sorry bos. Abang Harun terlepas pulak.” Beritahu Aryana yang baru masuk ke dalam bilik Encik Ilham. Tak sempat dia menahan Abang Harun sudah pantas menerjah masuk.
“Never mind.” Ilham menggeleng kepala. Kalau setakat Harun yang nak menerjah, dia memang tak ambil kisah.
Aryana mengerling ke arah Abang Harun yang sedang mengurut dada. Penat barangkali. Maklumlah baru lepas berlumba lari.
Aryana yang memerhati Abang Harun yang sudah seperti cacing kepanasan itu sekadar menjongket bahu melihat keduanya. Dia pasti ada yang tidak kena. Selalunya jika Abang Harun berkeadaan sedemikian rupa sebentar lagi adalah komplot mereka berdua nak jalankan. Pasti mencari tempat persembunyian. Kalau macam ni gayanya dia tahu sikit masa lagi ada tetamu yang akan datang ke sini. Cuma siapa itu dia tak tahu. Dayana? Sofera? Amanda? Or Marsha Sandhana? Hahahahah….

“Bukan saya yang kena tersampuk hantu bos. Tapi Amanda kat bawah tu yang dah macam naik hantu.” Ujar Harun megah. Sebaik sahaja ternampakkan kelibat Amanda di kaunter pengawal cepat-cepat dia naik ke atas. Bos harus diselamatkan dengan segera!!!
Aryana yang mendengar sekadar tersenyum sinis. Kan dah kata dah…..
Automatik mata Ilham menjadi bulat. Amanda ada di sini? Ilham yang mulanya tampak cool tiba-tiba menjadi kelam kelibut.
“Harun jom. Ikut aku.” Arah Ilham. Dia hanya sempat mencapai handphone di atas meja.
“Nak ke mana bos?” Soal Harun.
“Kita larilah. Kau gila nak tunggu dekat sini lagi.” Balas Ilham. Kalau dia masih berada di pejabat saat ini, mahu tsunami jadinya jika Amanda sudah naik sampai ke atas. Amanda itu kalau mengamuk menjerit-jerit mengalahkan Pontianak. Pontianak pun tak macam tu.
“Dah tak sempat bos. Sempat pun kalau bos terjun dari sini ke bawah.” Cadang Harun mengeluarkan buah fikiran dari kepala otaknya.
Laju tangan Encik Ilham menunjal kepala hangguk Harun. Idea tu bagu tapi hanya susuai untuk orang yang kurang waras. Rasakan.
“Sakitlah bos.” Getus Harun. Tangannya menggosok-gosok kepala yang sengal akibat kena tunjal dengan Encik Ilham. Ingat tak bayar fitrah ker ni….
“Bos, Cik Amanda dah sampai.” Sampuk Aryana apabila melihat Amanda laju berjalan untuk masuk ke dalam pejabat melalui vertical blind. Dia dapat melihat muka tegang Amanda. Malah makin panjang pula langkah Amanda yang hanya sekadar berskirt pendek atas lutut menuju ke sini. Di luar pasti bergegar setiap partion para pekerja. Mana tidaknya tengok cara Amanda berjalan menghentak lantai dengan boot askarnya itu sahaja boleh diagak setiap langkahnya pasti akan membuatkan setiap apa yang ada di aras ini bergegar. Mujur sahaja tidak boleh dikesan dengan menggunakan skala Richter.
“Yana please. Gunakan seluruh kemahiran awak untuk kelentong perempuan tu. Jangan bagi tahu saya ada di sini…” Pinta Ilham penuh mengharap. Rasanya Aryana sudah cukup berpengalaman melayani karenah setiap teman wanitanya. Pasti tidak akan ada masalah. Aryaan kan ker budak bijak.
“Tapi bos….” Aryana serba salah. Nak menguruskan teman wanita Encik Ilham secara berdepan-depan payah sikit. Biasa pun dia hanya bercakap melalui telefon dengan mereka. Kalau depan-depan hanya dua tiga kali ajer. Yang dua tiga kali tu pun melayan Amanda. Dalam ramai-ramai girlfriend bos, Amanda ni sorang yang tak faham bahasa dan paling suka main serbu masuk ke sini. Yang lain masih boleh slow talk lagi. Takkanlah nak layan makcik ni lagi kut….
“Aryana kalau awak masih ingat ini ada dalam employee handbook yang saya berikan pada awak dulu.” Ilham mengingatkan.
Aryana mengeluh halus. Kena menipu lagi……..


“Bos you mana?” Soal Amanda apabila melihat Aryana baru sahaja keluar dari bilik kekasihnya.
Gulp… Aryana menelan air liur yang terasa berpasir. Dia tersengih memandang Cik Amanda yang batang hidungnya itu sudah menjadi lain sedikit dari bulan lepas. Pasti itu bukan batang hidung yang ori.
“Bos you mana?” Ulang Amanda kasar apabila setiausaha Ilham hanya buat tidak dengar sahaja tadi.
Aryana terpempan. Inilah yang dia jelik pasal Amanda. Cubalah kalau Amanda berbudi bahasa sedikit pasti dia akan beritahu yang sekarang ini bos ada di dalam bilik. Hissshh.. Aryana cuba untuk berlagak tenang. “Bos meeting.” Katanya selamba.
“Bos you meeting ker dating…….” Soal Amanda sarcastic.
“Meeting.” Jawab Aryana sepatah.
“I tak percaya. I tahu you sorokkan bos you tu.” Amanda mencelah.
“Sorok?” Aryana menyoal kembali. Buat-buat konon dia ini seorang suci hati yang tak akan sesekali bersekongkol dengan bos dalam menjalankan misi agendanya itu.
“I tahu Ilham ada dekat sini.”
“Cik Amanda, bos saya tak ada di sini. Bos saya meeting.” Aryana cuba berlembut dengan Amanda sedang mendidih. Aryana mula terfikir apa lagilah yang bos dah buat sampai Amanda ni boleh datang serang ke sini lagi. Sampai Cik Amanda yang cantik manis ni tak ingat insiden dia telah dihalau oleh security akibat buat kecoh di dalam pejabat ni bulan lepas.
“I tak percaya. I nak cari bos you tu sampai jumpa.” Pekik Amanda tidak puas hati. Langkahnya pantas diatur menuju ke arah pintu bilik Ilham yang terkatup rapat.
“No. Cik Amanda boleh masuk. Menceroboh namanya ni.” Aryana cepat menghalang. Di depa kedua tangan di hadapan pintu bilik Encik Ilham.
“Ada I kisah.” Amanda menolak Aryana kuat. Tindakannya itu membuatkan ARyana sedikit ketepi. Mujur tidak jatuh. Kalau tidak pasti Aryana menjadi macam nangka busuk.

Sepasang mata Amanda memerhati ke dalam bilik Encik Ilham yang kosong.
Aryana bercekak pinggang. “See. Kan saya dah kata. Bos saya tak ada dekat sini. Dia meeting dengan client.” Beritahu Aryana. Walaupun begitu, matanya melilau-lilau di sekitar pejabat. Mana pulaklah malaon dua ekor ni. Tiba-tiba lesap!!!
Amanda melepaskan keluhan lemah. Hatinya masih diketuk rasa geram dan marah apabila model junior yang sama-sama menjalani latihan peragawan tadi sibuk berceritakan halnya sedang memadu kasih dengan anak Datuk Maarof usahawan pembinaan yang terkenal. Siapa lagi anak lelaki Datuk Maarof yang semua orang kenali kalau bukan Ilham Irfan. Baru minggu lepas Ilham menyatakan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi terhadap dirinya kini belum pun sampai seminggu gambarnya sudah terpampang di dada majalah bersama model junior itu.
“You cakap dengan bos kesayangan you tu, kalau dia terhegehkan budak mentah ni, dia boleh pergi. Jangan cari I lagi.” Bentak Amanda bersama rasa amarah yang belum lagi mahu surut. Majalah yang memampangkan gambar Ilham dan model junior itu dihempas di atas meja kopi. Terus dia berlalu.
Aryana hanya menghantar Amanda keluar dengan pandangan mata sahaja. Hilang kelibat Amanda terus sahaja dia menjerit kecil.
“Line clear!!!” Aryana memberi isyarat yang keadaan di dalam bilik ini sudah kembali tenang seperti sedia kala.
Terbongkok-bongkok Ilham dan Harun keluar dari bawah meja kerjanya. Mereka berdua membetulkan diri sambil membuat senaman regangan. Lutut dah terasa tegang akibat bertenggong di bawah meja hampir setengah jam.
Aryana hanya buat tidak tahu sahaja dengan mereka berdua. Tangannya lincah menyelak-nyelak helaian majalah yang Amanda hempaskan tadi sebelum matanya tertancap pada ruangan Panas MekChah.Com yang jelas menunjukkan ada gambar Encik Ilham dengan seorang model di majlis pelancaran produk penjagaan muka krim temulawak. Patutlah pun…… Kini barulah dia faham kenapa Amanda mengamuk sakan tadi.
Majalah ditutup. Dia pandang wajah Encik Ilham yang sedang tersenyum nakal. Abang Harun juga.
“Bos ni kan. Lain kali, kalau nak pasang spare part keliling pinggang pun janganlah nampak sangat.” Bebel Aryana. Majalah tadi diberi kasar kepada encik Ilham. Biar Encik Ilham lihat apa yang ada di dalamnya.
Senyum Ilham dan Harun bertukar ketawa gembira apabila melihat gambar Ilham turut sama terselit-selit di tengah-tengah pelancaran produk kecantikan itu.
“Laa…Manalah saya tahu yang muka saya ni pun interframe jugak dalam lensa MekChah.Com tu. Mek ni pun. Selidik tidak terus ‘bang’ dalam majalah. Sengaja mahu kasi boom satu Malaya.” Balas Ilham bersama tawanya yang belum lagi menunjukkan mahu berhenti. Makin galak pulak tu.
“Lain kali kan, Yana patut biarkan ajer Amanda tu atau girlfren-girlfren bos yang lain tu caraskan bos.” Aryana berkata geram.
“Eyyhh..Melanggar daulat pulak budak ni. Ada ker doakan bos macam tu.” Sampuk Harun. “Bos potong gaji bos.” Sambungnya lagi dengan gaya-gaya seorang batu api.
Aryana menjeling Abang Harun yang tidak habis-habis mahu mengipas Encik Ilham. “Abang Harun tu memanglah. Sukalah kan bila bos buat perangai macam ni. Kalau dah lelaki tu lelaki jugak.” Gumam Aryana geram.
“Yana janganlah nak samakan abang dengna bos pulak.” Tukas Harun geram dengan kelancangan mulut Aryana.
“Sama” Aryana menjawab.
“Tak!!” Harun membulatkan mata.
“Sama!!” Aryana menjelirkan lidah.
“Tak!!”
Ilham yang berada di antara Harun dan Aryana sedikit pening dengan perangai pekerjanya ini.
“Sudah!!! Sudah!!” Dia menempik untuk menghentikan pertikaman mulut yang semakin menjadi-jadi.
“Yang kamu berdua nak bergaduh pulak ni kenapa?”
“Yana ni bos!!”
“Abang Harunlah!!!”
“Sudah!!” Tempik Ilham lagi.
“Harun pergi turun. Siapkan kereta. Kita kena pergi lawat site sekarang ni.”
Harun mengikut arahan. Ketika berlalu di belakang Aryana sempat tangannya menunjal lembut kepala gadis itu.
“Sakitlah!!” Jerit Aryana. Abang Harun ni memang tak sekolah. Main tolak-tolak kepala orang macam tu.
“Aryana kenapa bad mood ni. Macam tak pernah tolong saya handle masalah perempuan-perempuan tu.” Ilham bertanya lembut.
Aryana mencebek tapi dadanya berombak kencang. Bos bercakap sangat lembut. Romantiknya suara bos itu masuk ke dalam telinga.
“Tapi Harun ni tak patut juga. Ada ker pergi tunjal kepala PA saya macam tu. Habis tudung dia.” Kata Ilham. Tangannya tergerak membetulkan tudung Aryana yang sedikit senget akibat kena kepalanya ditunjal oleh Harun tadi.
Aryana terpaku dengan tindakan Encik Ilham itu. Lidahnya menjadi kelu. Apatah lagi melihat pandangan redup Encik Ilham bagai memanah kalbu.
Bunyi telefon bimbit Encik Ilham menyedarkannya dari terus terbuai. Aisehh… Macam kena renjatan. Cepat Aryana menepis perlahan sebelah lagi tangan Encik Ilham yang masih lagi cuba membetulkan tudung dikepalanya.
“Siap dah Harun. Okey. Aku turun sekarang.”
Aryana hanya memerhati Encik Ilham yang sedang bercakap dengan Abang Harun di talian.
“Okey Aryana. Saya nak pergi lawat tapak projek. Apa-apa hal dalam office tolong handle sementara saya tak ada. Pasal Amanda tu, awak buat tak tau ajer. Bukan saya yang cari dia. Dia yang mencari saya.” Kata Ilham bersahaja sebelum dia keluar dari pejabat.
Aryana pula masih berdiri tegak. Masih lagi memerhatikan langkah Encik Ilham walaupun lelaki itu telah hilang dari pandangan.
“Otak tak centre!! Itu pun nak cair!!” Desis Aryana perlahan. Laju tangannya menunjal kepalanya sendiri agar jangan terus bermimpi di siang hari.

Wednesday, April 14, 2010

YESS BOSS!! BAB 7

“Awak tak keluar lunch Aryana?” Soal Ilham apabila keluar dari biliknya.
Aryana mengangkat wajah. Dari skrin computer dia beralih melihat Encik Ilham yang berdiri dihadapannya kini. Kepala digeleng perlahan.
“On diet?” Soal Ilham lagi.
“Tak bos.” Aryana sekadar menjawab. Jemarinya masih lagi menari rancak di atas papan kekunci bagi menaip laporan bajet berkenaan projek perumahan kos rendah di Semenyih.
Kedua tangan encik Ilham menopang pada meja setiausahanya itu. Pandangan jatuh pada seraut wajah milik Aryana. Gadis itu masih tekun mengadap kerjanya. Salah satu perkara tentang Aryana buat dia semakin menyenangi gadis ini adalah kerana Aryana seorang perkerja yang rajin. Betul pilihan ayah. Aryana amat berdedikasi!! Bagi apa sahaja kerja pun pasti semuanya gerenti beres. Ada lagi perkara yang membuatkan dia semakin selesa berkerja dengan Aryana adalah kerana sikap gadis ini yang begitu ringan mulut untuk bertanya jika ada yang dia tidak tahu. Aryana memang rajin belajar.
Aryana mendongak kepala ke atas. Dia menjadi gelisah apabila melihat Encik Ilham merenung setiap inici dirinya. Sudahlah tu merenung orang dengan mata membuntang. Alahaiii bos kecil… Punyalah tadi semangat Encik Ilham happy membara selepas malam tadi berjaya mengenakan Aryana takkan tak sampai sekerat hari anginnya datang kembali. Bos ni kadang-kadang angin senggugutnya mengalahkan orang perempuan. Orang perempuan pun senggugut Cuma seminggu sahaja bos pulak sampai 365 hari setahun direct tak pernah berhenti. Angin sahaja…..
“Time rehat adalah untuk berehat dan bukannya untuk berkerja.” Kata Ilham selamba. Mengajar Aryana kepentingan menguruskan masa dengan efisyen. Apa-apa pun time makan kena makan. Bila masa kejer wajiblah berkerja.
“Sikit lagi ajer ni bos. Datuk nak cepat.” Sengaja Aryana memberi alasan. Lagipun dia bukan anak kecil yang perlu diberitahu bila masa dia patut makan. Kalau dia lapar pandailah dia pergi makan. Hatinya masih sakit apabila mengenangkan gurauan Encik Ilham malam semalam yang memang melampau. Terasa seram sejuk badan dibuatnya. Mujur hari ini tidak kena demam. Kalaulah Encik Ilham tidak lewat tiba semalam, dia memang bakal dikerjakan oleh Mat rempit-mat rempit tu. Menurut kata encik ilham ketika menghantarnya pulang semalam, dia sengaja membiarkan Aryana berjalan seorang diri untuk ke stesen. Mahu melihat keberanian kononnya. Tak tau pulak di kawasan pejabat malam-malam hari ini menjadi tempat mat rempit dan kutu rayau melepak dan merempit. Kononnya. Kalau betul-betul terjadi sesuatu yang buruk kepada dirinya semalam, Encik Ilham akan diheret terus ke mahkamah. Tak ada kompromi.
“Macam awak tak faham perangai datuk. Sudahlah tu. Jom teman saya lunch.” Balas Ilham seterusnya mempelawa Aryana untuk keluar makan tengahari dengannya buat pertama kali.
Aryana membulatkan mata seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Benda paling ajaib untuk hari ini. Entah-entah ada lagi rancangan Encik Ilham mahu mengenakannya. Kepala Encik Ilham tu selain dari memikirkan kerja ada masa juga untuk memikirkan idea jahat bagi mengenakan orang lain.
“Tak apalah bos.” Aryana menolak secara berhemah. Dia taknak kena main lagi. Kalau pun betul Encik Ilham mengajak dia untuk pergi makan tengah hari dia seganlah nak keluar dengan Encik Ilham berdua. Sudahlah mulut pembawa diluar tu sudah pandai menyebarkan gossip. Dia tidak mahu mencari pasal. Lagi pun dia selalu ingatkan diri sendiri supaya jangan over sangat melayan karenah encik Ilham. Yerlah, mata orang hanya memandang apa yang mereka nampak sahaja. tak tahu apa-apa terus main ‘bang’ sahaja. jadi jika tak mahu timbul fitnah pandai-pandailah fikir sendiri. Yang mana patut dielak haruslah dielakkan.
“Cepat!!” Arah Ilham tegas seterusnya cuba menggunakan kuasa vetonya.
Aryana mengeluh perlahan. Aiyooo… Takkanlah nak makan pun kena paksa-paksa macam ni. “Saya ada bawa bekal bos.” Kata ARyana polos. Telunjuknya menunjuk pada beg bekalan makanannya yang ada di atas meja untuk dijamah sebentar lagi.
Ilham ketawa kecik mendengarnya. “Awak bawak bekal” Dia menyoal pelik. Jarang dia mendengar ada kakitangannya membawa bekalan sendiri dari rumah. Mereka kebiasaannya akan makan di medan selera yang berhampiran bangunan pejabat ini.
Aryana hanya mengangguk.
“Baiklah kalau macam tu saya pun nak makan jugaklah bekalan yang awak bawak tu. Nak jugak rasa sedap ker tak sedap apa yang awak masak tu. Anggap sahaja sebagai ucapan balasan kerana saya tumpangkan awak sehingga ke rumah semalam.” Bersahaja Ilham menuturkan.
“Hahhh…” Aryana sudah ternganga luas. Encik Ilham memang tidak pernah ikhlas. Ada pula minta balasan.


“Cepatlah.” Jerit Ilham yang sudah jauh berada di hadapan.
Aryana hanya berjalan lemah sambil memegang bag yang berisi bekalanan makanannya. Di dalam beg ini turut sama berisi dengan sebotol air meniral botol besar, pinggan dan cawan kertas untuk mereka berdua. Hari ini tak pasal-pasal pula bekalannya makan tengaharinya terpaksa dibahagi kepada dua pula. Kena paw dengan bos sendiri. sungguh tak senonoh bos ni tau!!
Beg bekalan di letak di atas meja kayu. Aryana mengeluarkan isi kandungan di dalam beg. Sambil-sambil itu matanya ligat melihat kawasan di sekeliling rooftop bangunan tempat dia berkerja. Sudah hampir dua bulan dia berkerja di sini dia langsung tidak tahu di atas bumbung Wisma Ala mini ada pula ruang untuk beristirehat sambil boleh menjamu mata dengan pemandangan ini di sini.
“Sini hanya lembaga pengarah sahaja yang dibenarkan masuk. Awak bertuah sebab hari ini awak boleh masuk ke sini. Semua sebab VIP Access yang saya berikan.” Terang Ilham ringkas sebaik sahaja di melabuhkan punggung di atas kerusi kayu berhadapan dengan Aryana . Dia seakan mengerti bila melihat pandangan jakun setiausahanya itu.
Aryana mengangguk perlahan. Errmm…VIP Access? Yerla sangat. Macamlah dia ini menghadiri ujibakat AF yang boleh diberi VIP Access untuk terus ke stage 2. Hello…. Jimmy Shenly ajerlah yang ada mandate untuk beri orang VIP Access.
Pandangan mata Aryana masih lagi melilau memerhati keadaan sekeliling rooftop ini. Memang tempat ini eksklusif. Pandai ahli lembaga pengarah buat port mereka sendiri. patutlah di sini juga tersedia hamparan rumput tiruan dan sebuah lubang golf. Bosan-bosan kerja bolehlah ahli lembaga pengarah training main golf di sini. Dari sini jelas, kelihatan sayup-sayup KLCC dan KL Tower. Cantik!!
“Apa yang awak bawak hari ini. Tak sabar saya nak rasa.” Ilham bertanya girang. Terujanya dia nak merasa semua air tangan Aryana.
Suara Encik Ilham yang bertanya, mematikan pandangannya ke atas keindahan Kuala Lumpur. PErlahan, Aryana membuka tudung Tupperware satu persatu. Lemah rasanya bila makanan tengaharinya bakal dicukai sebentar lagi.
Ilham memandang ketiga-tiga Tupperware yang telah pun dibuka penutupnya. Matanya bersinar. Dia menelan air liur. Sedapnya……
“Awak masa semua ini?” Soal Ilham bagai sukar mempercayai yang Aryana boleh masa semua ini. Lauknya simple tapi mudah membuka selera dia untuk makan tengahari ini. ada ikan keli berlada dan sayur peria goreng bersama udang kecil sudah sedia di hapadan mata. Tinggal mahu ngap sahaja. dia menelan air liur lagi. Lamanya dia tak merasa makanan sebegini. Biasa kalau nak makan macam-macam ni dekat rumah keluarga ajer.
Sekali lagi Aryana mengangguk lemah. Senyum terukir diwajah sumbing rasanya.
“Semua ini favourite saya awak tahu tak.” Beritahu Ilham dengan penuh ceria.
“Tak tahu…kalau tahu dah tentu aku bawak benda lain buat makan hari ini.” Aryana sekadar menjawab di dalam hati.
Tanpa perlu menunggu Aryana terus sahaja lincah tangan Ilham meletakkan nasi ke dalam pinggan kertas. Tanpa sedar juga ikan keli yang hanya ada seekor terkontang kanting di dalam bekasanya Ilham letak di dalam pinggan. Begitu juga sayur peria goreng yang cukup laju disudu. Sekadar membaca bismillah terus Ilham menjamah makanan yang penuh di dalam pinggan. Berselera dia hari ini. Masakan Aryana bukan cantik pada rupanya, tapi sedap pada rasanya juga. Meletop sungguh..
“Errrpp.. Alhamdulillah.” Ilham bersendawa kenyang. Syukur kehadrat Illahi kerana diberikan rezeki yang lazat kepadanya hari ini.
Aryana sekadar memandang kosong tlang ikan keli dan Tupperware sayur peria yang sudah licin. Sayu hatinya saat ini. Encik Ilham ini betul tarak guna punya olang. Buat semua makanan ini macam sendiri punya padahal ini makan dia yang punya. Makan tak toleh kiri kanan. Main belasah sahaja. Huhhh…
Ilham mengangkat padangan mata kea rah Aryana yang sekadar merenungnya dari tadi. diam tidak berkutik Aryana memerhatikannya. Seketika baru dia tersedar yang dia sudah terlebih makan tanpa segan silu sampai habis licin bekalan yang dibawa oleh Aryana.
“Sorry Aryana. Saya tak tahan tengok semua lauk yang awak masak ni.” Katanya bersahaja.
Aryana sengih ajerlah. Takkan dia nak marah-marah, lepas tu baling semua Tupperware kosong ini ke muka Encik Ilham, walaupun saat ini memang itu ajer tindakan yang sesuai nak dibuat pada Encik Ilham. Encik Ilham tu bos. Bos always right.
“Tak apalah bos.” Balas Aryana tidak bernada. Dipaksa bibir menarik sengih terpaksa. Memanglah kalau bukan sebab lelaki dihadapan ini adalah bos dah lama dia wachaaa ajer.
“Okeylah Yana. Saya turun dulu. Anyway terima kasih untuk bekalan yang sedap ini.” Bersahaja tanap ada rasa bersalah sahaja Ilham menuturkan. Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hati. Itulah Ilha saat ini selepas dia Berjaya mengsonglap ke semua bekalan Aryana. Dia memang sedang bersenang hati sekarang ini.
Aryana langsung tak ada perasaan berbunga bangga atau nak kembang hidung bila Encik Ilham tak habis memuji masakannya. Hilang sahaja Encik Ilham dari padnagna mata lancar sahaja mulutnya menyumpah seranah lelaki itu.
“Sebal. Sebal.” Ngomel Aryana sambil tangannya ligat memasukkan semula TUpperwore kosong ke dalam beg. Tupperware tadi di hempas-hempas kasar bagai menunjukkan tanda protes dan ketidakpuasan hati terhadap penindasan yang sangat melampau yang telah dilakukan oleh Encik Ilham. Perutnya pula sudah berkeroncong hebat. Nampak sangat dia sedang lapar. Hari ini terpaksalah dia menjamah biskut kering dicicah dengan teh panas sahaja. esok dan hari-hari seterusnya dia takkan bawa bekal lagi. Taubat dia takkan bawak. Pasti!!!
Aryana melangkah lemah ke mejanya. Selesai mengemas tempat makan tadi dia mengambil kesempatan untuk lepak-lepak sebentar di sana. Bukan selalu dia boleh dapat VIP Access untuk ke sana pun melainkan kalau dia volunteer nak menyediakan makan tengahari untuk encik Ilham. Tapi selepas apa yang terjadi hari ini, mustahil!!! Lagipun turun awal-awal nak buat apa. Masa rehat masih ada. Nanti tak pasal-pasal bos kecil tu melakukakan penindasan terhadap orang bawahannya lagi. Dikerah untuk buat itu ini diwaktu dia patutnya berehat.
Ketika masuk keda biliknya, mata Aryana tertancap pada bungkussan plastic Mc Donalds yang masih panas di atas mejanya. Ini dalam dilihat. Set Big Mac besar berserta kada di dalamnya. Kad dibuka.
‘Ini sebagai ganti untuk bekalan awak tadi. enjoy ur lunch.’
~Ilham~
Terbit senyuman kecil usai memabca kad tersebut. Dari luar Encik Ilham yang sedang tekun mengadap skrin laptop diperhati. Dan dia tersenyum lagi. Kali ini dia harus mengakui kehebatan Encik Ilham yang satu itu. Atur ayat memang perfect. Patutlah ramai wanita terkulai layu. Sementara ada lagi sepuluh minit sebelum waktu rehat habis, terus Aryana mengambil beg plastic McDonald di bawa ke pantry. Rezekinya hari ini diganti dengan McDonal. Senyum Aryana sehingga ke pantry tidak lekang dibibir.

Monday, April 5, 2010

YESS BOSS!! BAB 6

Aryana mengerling kea rah jam dinding di dalam biliknya. Jam sudah menginjak ke angka sepuluh malam. Arahan untuk dia dibenarkan pulang Encik Ilham telah berikan lima minit yang lalu namun dia tetap juga tidak berganjak dari tempat duduknya. Cuma pc sahaja yang sudah sedia dipadamkan. Dia pun bukanlah nak bermalam satu malam di pejabat tapi memandangkan waktu sudah pukul sepuluh malam amatlah payah untuk kaki dia melangkah seorang diri menuju ke stesen monorail yang berdekatan. Jarak pejabat dengan stesen monorail tidaklah jauh mana, dalam sepuluh minit sahaja jika berjalan kaki tapi, sekarang hari sudah gelap. Hantu memang tak ada. Tapi orang yang menjadi ‘hantu’ tu banyak sekali. Dia tak pernah balik selewat ini. nak minta Mak Ngah untuk tolong ambil dia di pejabat, mak Ngah pula berkursus di Johor Bahru. Harapanya satu. Hanya Encik Ilham sahaja yang boleh tolong. Tak hantar sampai rumah pun taka pa janji sampai ke stesen monorail tu pun dah kira okey. Jauh lebih baik dari dia kena berjalan kaki seorang diri.
Aryana masih menanti ditempatnya. Alahai…lambat pula bos ni nak keluar dari dalam bilik dia. Komited pulak bos berkerja hari ini. macam sudah tidak ada hari esok pula.
“Kenapa awak tak balik lagi?” Soal Ilham sebaik keluar dari bilik pejabatnya. Briefcase silver sudah tersedia dijinjit. Ikatan tali lehernya juga sudah dileraikan.
Aryana memerhati Encik Ilham. Dengan sedaya upaya dia membuat muka kesian di hadapan encik Ilham. Encik Ilham pun tidak patut juga. Sudahlah dia dikerah agar berkerja sehingga lewat malam lepas tu boleh pula selamba bertanya ‘awak tak balik lagi?’. Tak reti-reti ker nak hantar dia balik. Saat-saat macam ni baru terasa kehadiran abang Harun sangat penting. Sekurang-kurangnya jika ada abang Harun taklah dia segan nak menumpang. Paling tidak sebelum bos balik dia pasti akan cepat-cepat menyuruh abang Harun menghantarnya ke stesen terlebih dahulu. Abang Harun ni, dan-dan ni pulak nak mengambil cuti kecemasan.
“Bos…” Aryana memanggil panjang. tercari-cari ayat yang sesuai untuk dikatakan pada Encik Ilham.
“What?” Soal Ilham. Wajah Aryana dipandang sekilas. Brifcase diletakkan di atas meja ARyana. Lengan kemeja lengan panjang yang dipakai dilipat sehingga ke siku sementara menanti apa benda yang ingin dikatakan oleh Aryana.
“Bos. Boleh tak kalau Yana nak tumpang bos sampai ke stesen. Sekarang dah lewat malam bos. Yana takut nak jalan kaki sampai ke sana.” Ucap Aryana sedikit gugup. Takut permintaannya ini tidak akan dilayan.
Ilham ketawa kecil. Dia melihat muka Aryana yang kelihatan cukup gelisah sejak dari tadi. Patutlah… Penakut rupanya budak seorang ni.
“Boleh yer bos…” mata aryana berkelip-kelip. Sehabis lembut, sehabis baik dia berkata-kata dengan Encik Ilham.
“Kata hari tu tengok Chandramuki. Takkan takut kut.” Sakat Ilham. Sengaja dia mahu menggiat Aryana. Hari itu bukan dia pekak tidak mendengar Aryana mengatanya hantu. Cuma hari itu keadaan kesihatan yang tak mengizinkan membuatkannya malas mahu ambil pusing. Ini alang-alang sudah ada peluang lebih baik dia jangan lepaskan.
Aryana menelan air liur. Ya Allah. Chandramukhi tu dia tengok bersama Mak Ngah di dalam keadaan rumah yang terang benderang macam acara pembukaan Sukan Komenwel 12 tahun yang lepas. Bukan dalam keadaan macam di tepi jalan yang gelap-gelap suram. Bos ni……
“Bos pleaselah bos.” Aryana merayu. Sepuluh jari dirapatkan dengan muka kasihan yang masih lagi terukir diwajahnya.
“Kalau takut, tidur ajer dekat office ni. Tapi kat sini keras sikit. Cuma perbanyakkan bacaan ayat kursi dan surah Yassin insyaallah.” Ilham masih tidak habis menyakat lagi. Bersahaja dia melangkah keluar dari pejabat dan membiarkan aryana yang terpinga-pinga.
Aryana membulatkan mata. Dipandang sekeliling pejabat. Encik Ilham tak gentleman langsung. Tak bagi tumpang satu hal. Pergi momokkan tentang kekerasan office yang dibina dengan konkrit dan simen yang memang keras ni satu hal. Aryana cepat-cepat mengekori langkah laju Encik Ilham yang telah ke depan. Mujur dia sempat memboloskan diri ke dalam lif sebelum pintu lif tertutup.
“Bos ni lelaki yang paling teruk okey. Kut yer pun bos tak suka dengan saya, janganlah buat saya macam ni. bos tahu tak, kalau tak sebab saya nak menolong bos siapkan paperwork untuk meating bos esok, saya dah lama boleh balik. Dahlah saya dah tolong bos, bos tak tau nak ucap terima kasih, ini nak mintak tolong hantar sampai stesen pun berkira. Saya tak berkira pun tolong bos, kenapa bila saya mintak tolong benda kecil macam ni pun bos jadi kemut sangat. Lagipun memang bos akan lalu jalan yang sama kan.”
Ting!! PIntu lif terbuka.
Aryana menyaingi langkah Encik Ilham yang ternyata sekadar buat tidak tahu sahaja dengan apa yang dia katakan tadi. Yer. Orang berlagak sombong macam tu, bebelah seribu patah perkataan pun ditepi telinganya pasti dia akan sentiasa buat pekak ajer.
“Ya Allah Ya tuhanku kau ampunkanlah dosa hambamu yang melakukan penindasan terhadap manusia yang lemah seperti aku.” Doa ARyana. Kuat!! Biar Encik Ilham yang sudah masuk ke dalam kereta tu dengar apa yang dia doakan. Huhh… Aryana melepaskan keluhan lemah apabila melihat kereta Encik Ilham sudah mengaum meninggalkan parking kereta. Dia memang tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa berjalan kaki juga.
Ilham menyanyi gembira di dalam kereta. Namun begitu dia tidak dapat mengelakkan diri untuk ketawa berdekah-dekah. Satu kerana dia Berjaya mengenakan Aryana. Memang sejak dari hari pertama dia ingin mengenakan gadis itu, tapi usahanya selalu sahaja menemui jalan gagal disebabkan sifat Aryana yang tenang sentiasa. Dua adalah kerana dia tak pernah tengok orang berdoa kuat-kuat macam tu. Sudahlah tu, doa Aryana tu lebih kepada menyindir dirinya. Haahaha.. MEmang boleh memutuskan urat ketawanya.

“Phewwiitt..Psst..Psstt…”
“Walawei…Cikaro jalan kaki sorang-soranglah derrr. Baju kurung derr……”
“Woooo….”
Aryana hanya melangkah laju ke hadapan. Dia tidak menghiraukan suara-suara sumbang yang datang menganggunya. Dia dah kata dah. Kat sini yang betul-betul hantu tak ada. Yang manusia jadi ‘hantu’ tu adalah. Tak pasal-pasal hantu-hantu ni menjelma pulak. Hantu yang menjelma dalam geng Adnan Sempit pulak tu.
Langkah Aryana terhenti apabila dua tiga orang mat motor tersebut menghalang jalannya. Mereka mengeliling Aryana dengan motor-cup-lampu-petak-cermin-bulat. Mereka semua bersiul-siul sambil beraksi dengan motor masing-masing. Aryana menelan air liur. Berdoa di dalam hati agar malam ini dia dijauhkan dari segala malapetaka. Dikepalanya sudah terbayang perkara yang bukan-bukan.
Bunyi hon dan lampu kereta yang menyala besar dari arah hadapan menyilaukan mata semua mat-mat rempit yang sedang beraksi. Begitu juga Aryana. Dibalik silau cahaya dia tercari-cari gerangan pemandu kereta tersebut. Macam kenal. Errrmm….
“Boss!!” Teriak Aryana apabila melihat Encik Ilham keluar dari perut keretanya. Dengan pantas cepat dia berlari mendapatkan Encik Ilham. Automatik tangannya memaut lengan Encik Ilham lalu berdiri di belakang lelaki itu.
“Alamak derr…Ada abang Long yang nak tolong lah derr.” Sahut suara dari salah seorang mat rempit tersebut.
Kemudian mereka ramai-ramai turun dari motor dan berjalan kea rah Aryana dan Encik Ilham.
Pautan tangan Aryana semakin dikuatkan. “Bos kita patut nak bukak bunga silat, karate, taek wan do atau kungfu sekarang ni bos.” Bisik Aryana di telinga Encik Ilham.
“Awak ni buat lawak pulak.” Bisik Ilham kembali.
Aryana mengetap bibir. “Betullah!!” Bisiknya lagi.
“Waa nak adik lu derr…” Kata Si Rempit yang berambut cacak dengan highlight paku karat. Gentleman sungguh gaya mat rempit ini meminta Aryana daripada Ilham. Direct. Langsung tak ada ironinya.
Ilham memandang Aryana yang masih lagi tidak melepaskan pegangnya atas bawah. Dia tersenyum.
Aryana membulatkan mata. Dia menggeleng laju. Bos cukup ajerlah buat bisnes hartanah dan pembinaan ajer. Janganlah nak buat bisnes jual orang pulak….
Ilham memandang kembali mat rempit yang berkata tadi. tangan diseluk ke dalam kocek slack yang dipakai. Kemudian dikeluarkan beberapa not RM50 yang memang sudah dia standby di dalam poket slacknya sebelum keluar dari kereta tadi. Kepingan not-not RM50 tadi diberikan pada mat rempit tadi. keningnya terangkat.
Mat rempit tersebut hanya ketawa. Dia mengangguk perlahan seperti faham apa yang lelaki berkereta besar ini inginkan. Lagipun not RM50 yang diberikan oleh lelaki ini sudah cukup banyak untuk time-time sekarang yang susah sangat nak berlumba haram.
“Sorry kak long..” Katanya kepada Aryana sebelum berlalu ke motornya. Mereka semua pergi meninggalkan Aryana dan Ilham dengan menunggang motor masing-masing mengikut gaya stunt yang berani mati.
Aryana memandang pelik kelibat mat-mat rempit yang sudah sayup-sayup meninggalkan mereka. Tak sanggup dia mahu menjadi kak long kepada mat rempit macam ni.
Eheemmm… Ilham berdehem.
Aryana tersentak. Matanya memandang Encik Ilham sebelum beralih kepada tangannya yang masih melekat dengan lengan Encik Ilham. Cepat-cepat rangkulan tangan dilepaskan. Terkulat-kulat Aryana menahan malu kerana dia baru sahaja mengambil kesempatan ke atas anak teruna orang.
Ilham hanya tersenyum nakal.
“Ini semua bos punya pasal. Kalau tak dah tentu saya….” Aryana tercari-cari ayat yang seterusnya. Malulah…pegang tangan bos kuat-kuat tadi. Patut terasa berderau darah dalam badan yang mana pengalirannya macam naik turun.
“Kena akikah.” Potong Ilham laju.
“Ngeee…Bos ni kan.” Aryana bercekak pinggang. Bagai mahu dicekik-cekik leher Encik Ilham. Yer. Dia pun dah terbayang kalau bos tak datang tadi dah tentu-tentu dia kena kenduri akikah. Malas Aryana mahu melayan Encik Ilham lagi. Dia laju berjalan menuju ke stesen. Sekarang ini dia berdoa pula semoga tren masih beroperasi lagi. Kalau tak, bermalam di stesen monoraillah pulak dia malam ni.
Pin!!
Pin!!
Aryana berhenti. Memandang Encik Ilham yang menongkat lengan pada cermin Harriernya yang diturunkan separuh.
“Masuk. Saya hantar awak sampai ke rumah.” Arah Encik Ilham sepatah.
Aryana memandang wajah Encik Ilham. Mencari keikhlasan diatas pelawaan lelaki tersebut.
“Masuk cepat….” Kata Encik Ilham lagi.
Aryana diam lagi.
“Okey. Kalau taknak naik saya balik dulu.” Ugut Encik Ilham akhirnya.
Aryana jadi kaget. “Nak…Nak..” Katanya sambil mengangguk laju. Terus dia menuju ke tempat duduk penumpang bersebelahan Encik Ilham. Semoga selamatlah dia tiba dirumah nanti.