Wednesday, January 7, 2009

Baju Pengantin Mak Andam Bab 22

Aleeya merebahkan badan yang terasa cukup penat ke atas tilam empuk di dalam bilik. Sedapnya. Bolehlah longgar-longgarkan sedikit urat saraf yang sedang tegang ni. Solat Zohor sudah. Tidur sekejaplah sementara nak tunggu ke pukul lima.

Sampai ajer rumah tadi, emak dah standby depan muka pintu. Dibuat jugalah gaya selamba tak beriak lalu depan emak. Macam-macam jugaklah yang emak bebelkan. Tak tau nak telefon rumah lah. Buat orang risau lah. Itu lah. Ini lah. Biar ajerlah. Dah memang suara emak tu yang aku rindu. Tadah ajerlah telinga. At least lepas juga kerinduannya selama ini. Pulang bercuti kali ini, agak seronok juga. Angah pun ada sekali. Angah a.k.a Cik Anis Fatiha. Adik aku yang nombor dua. Muda setahun ajer dengan aku. Kita orang plan ambil cuti sama-sama. Dia pun sedang bercuti semester juga. Angah pun buat PJJ jugak macam Along dia ni. Kita orang sama ajer. Cuma yang lain, aku orang gomen, dia orang private. Aku kat Putrajaya. Dia kat Skudai, Johor. Aku pilih UKM. Dia dah tentu-tentu masuk UTM. Sudah itu yang terdekat .

“Along. Along. Malam ni jom all out dekat karoke GM tu.” Angah memberi idea pada Alongnya yang baru hendak lena itu. Digerak-gerak badan Aleeya yang sudah siap berselimut.

“Apa ni?” Aleeya mendengus geram. Apahal Angah ni. Debik sekali karang. Baru tahu. Aku nak tidur ni. Pantang kena kacau kalau dah start tarik selimut.

“Jom lah. Lama dah kita tak berlatih vocal sama-sama dekat situ.” Gesa Angah lagi.

“Malaslah. Along ada kerja nak buat petang karang. Sampai malam.” Jawab Aleeya dengan mata yang masih terpejam.

“Kerja apa?” Angah bertanya lagi.

“Banyak bunyilah Angah ni. Janganlah kacau orang tidur.” Rungut Aleeya.

“Yerlah. Orang tanya. Kerja apa?” Angah tak puas hati. Orang tanya dia taknak jawab.

“Pasang pelamin. Nak ikut jom.” Jawab Aleeya laju. Bantal busuknya ditekup ke muka.

Muka Angah sudah bersinar-sinar. Syok jugak ni. Cuti-cuti pun boleh buat part time. “Nak ikut. Nak ikut.” Angah sudah bersuara girang. “Pukul berapa?” sambungnya lagi.

Aleeya hanya mengangkat tangan tanda high five sahaja. Muka masih ditekup dengan bantal. Nak tidur. Jangan ada gangguan lagi.
“Okey.” Terus Angah keluar dari bilik.


“Mana ni Angah. Macam Sungai Rokam dengan Pasir Puteh tu jauhnya macam nak pergi Manjung ajer. Tak sampai-sampai lagi.” Rungut Aleeya disebelah. Matanya masih melilau-lilau mencari rumah yang hendak dituju. Macam sudah menjadi kebiasaan pulak. Setiap kali nak pergi buat kerja-kerja orang kawin ni, pasti masalah yang sama akan timbul. Masalah tersesat tak jumpa rumah pengantin.

“Diam boleh tak. Orang tengah cari lah ni.” Angah mendengus geram.

“Kata terror sangat area sini. Takkan baru setahun lebih keluar dari PUO dah lupa jalan-jalan kat sini?” Aleeya bertanya sinis kepada adiknya yang tengah duk pusing-pusing stereng kereta.

“Memanglah. Tapi orang duduk dekat Pekan Razaki. Bukan Sungai Rokam.”

“Samalah tu. Satu kawasan ajer.”

“Ishhh… Nak gaduh ker time-time macam ni. Tak sesuai!!!” Angah sudah naik geram. Along ni tak tau penat ker bercakap tak berhenti-henti. Aku yang mendengar pun terasa penat.

“Hah!!... Tu … Tu… Van Rozy dah nampak tepi jalan.” Jerit Aleeya tatkala ternampak van milik Rozy tersadai di tepi jalan. Segera Angah mengambil port di belakang van Rozy. Ternampak Rozy sorang-sorang sedang mengeluarkan barang dari dalam van.

“Hai Zie.” Aleeya menyapa.

“Hai Abang Zie.” Angah turut sama menyapa.

“Nasib on time.” Rozy berkata.

Rozy mengangkat kening kepada Aleeya. Buat apa Si Angah ni sekali ke sini.

“Assistant. Kak Ana dah tahu. Orang dah kasi tau dia tadi.” Ringkas Aleeya berkata. Macam tau-tau ajer isyarat kening angkat sebelah Rozy tadi. Memang sebelum dating ke sini tadi Kak Ana telah diberitahu terlebih dahulu yang Angah pun nak join sekali.

“Apaper ajerlah. Nah tolong angkat ni.” Segera Rozy memberi arahan. Hari ini dia di beri mandat besar oleh Ana tadi. Jadi bos pada Aleeya. Ya. Jadi bos pada Aleeya dan adik dia ni. Kalau budak berdua ni banyak bunyi, Ana suruh marah ajer.

“Okey bos!!!” Aleeya dan Angah berkata serentak. Sama-sama ketawa.

“Kiri..kiri sikit. Atas lagi. Atas lagilah orang kata. Tak dengar ker?” Rozy memberi arahan kepada Aleeya yang sudah berada tinggi di atas tangga untuk meletakkan jambangan bunga di atas dinding pelamin.

Aleeya sudah buat muka. Dia mencebik. Ngeee… Apahal Si Rozy ni. Patut dia yang kena naik atas ni, bukan aku. Dia tu lelaki. Ini aku yang perempuan disuruh panjat-panjat semua ni. Masa pasang langsir dan kelambu dalam bilik pengantin tadi pun aku juga yang kena buat. Yang Rozy tau main bagi arahan ajer. Angah pulak, bukan boleh harap buat semua ni. karang senget benget diletaknya jambangan bunga yang sudah siap digubah ini. Tak pasal-pasal kena bukak balik.

“Tak cukup atas lagi ker ni?” Aleeya mendengus geram. Nak kasi sama tinggi dengan KLCC ker?...

“Atas lagi. Jangan degil lah. Bertindak mengikut arahan boleh tak.” Tutur Rozy selamba. Kepalanya didongak ke atas untuk memastikan jambangan bunga yang akan diletakkan itu berada tepat di tempatnya.

Aleeya naik lagi satu anak tangga. Diletakkan bunga tadi seperti yang diarahkan oleh Rozy. Dan… siap sudah!!!! Perlahan-lahan Aleeya menuruni anak tangga lipat itu. Lagi tiga anak tangga mahu sampai ke bawah, kakinya tersangkut pada lebihan kain organza yang tersangkut pada tangga lipat tadi.

“Arrgghhh…” Jerit Aleeya kuat.

Tiada siapa yang sempat menolong. Terus Aleeya terjatuh ke bawah dan tangga lipat tadi terhimpap ke badannya. Adoiiii… sakitnya. Ini barulah betul namanya sudah jatuh ditimpa tangga. Nasib tak kena kepala. Kalau tak, mau dua tiga hari jugaklah aku mereng dibuatnya.

“Aloongg!!!!” Segera Anis mendapatkan Alongnya yang sudah mengerang kesakitan itu. Memang macam lawak pun yer, tengok Along terjatuh tadi. Macam nangka busuk. Kesian pun ada jugak. Entah-entah patah kut kaki Along aku ni.

Rozy yang sedang mengangkat kerusi pengantin segera ke atas pelamin. Apa sudah jadi. Semua saudara mara pengantin, ahli penanggah mengerumuni kawasan pelamin.
Aleeya masih mengerang kesakitan. Sesekali kakinya digosok-gosok. Sakitnya.
“Ada yang patah ker?” Tanya tuan rumah seraya membawa minyak urut. Minyak urut tadi dihulurkan kepada seorang makcik yang memang pandai bab urut mengurut ni.
Makcik tadi terus mencapai minyak angin dan terus menyapu ke kaki Aleeya. Kaki Aleeya diurut perlahan-lahan. “Tak ada. Terseliuh sikit ajer ni. tahan sikit yer.” Kata makcik itu. Urutannya dikuatkan sedikit.

“Arrgghh….” Aleeya sudah mengerang kesakitan. Suaranya sudah naik lagi.
Angah dan Rozy hanya menggeleng kepala. Gaya macam kaki Aleeya sudah patah ajer. Padahal baru terseliuh. Tapi tahap jeritan dia, memang tak boleh tahan. Nasib pelamin tak roboh tadi.

“Tahan lah Along.” Angah bersuara datar. Along bukan boleh tahan sakit. Ingat lagi masa tangan Along luka terkena kaca tingkap. Buat kecoh satu lorong rumah ajer. Semua orang datang tengok. Kebetulan semasa kejadian itu, mak dengan abah pergi kenduri. Tinggal dia dengan Along ajer. Dan-dan time tu jugak kemalangan nak jadi. Dipaksanya aku pergi panggil semua orang dekat lorong sepuluh ni, tolong tengokkan lukanya. Sampai dah nak pengsan Along tengok darah yang tak berhenti mengalir. Air mata dia pun sama. Tak berhenti-henti menangis. Memang tragedy betul. Sampai di klinik pun Along memang tak habis menangis lagi. Lagi nampak kelakar, sampai kena pimpin masuk ke dalam klinik sebab Along sudah pitam kerana tak tahan melihat darah. Luka tak seberapa. Drama yang lebih.

“Angah bawak Along awak balik.” Rozy berkata. Dah sakit-sakit macam ni, nak kerja macam mana.

“Ni semua?” Angah bertanya pada Rozy.

“Takpa. Dah siap dah ni. nanti Abang Zie kemaskan. Pergi bawak Along balik.” Arah Rozy. Nasib semua dah siap. Tinggal nak kemas ajer lagi.

“Okeylah.” Segera Angah memimpin Alongnya yang sudah siap berurut dengan makcik tadi.

Terhinjut-hinjut Aleeya berjalan. Azabnya nak berjalan. Masih terasa sengal. Kalau macam ni, mau dua tiga hari jugak kena pergi berurut ni.

Hari ini Aleeya hanya duduk di rumah sahaja. Stressnya. Ikut plan asal, hari ni aku keluar pusing-pusing Ipoh dengan Nana. Dah lama rasanya tak jumpa Nana. Banyak benda nak dicerita. Tapi sebab semalam punya kes, terpaksa duduk bertapa di dalam rumah. Malam tadi sudah pergi berurut di rumah Makcik Lat. Hari ni rasa macam dah okey sikit walaupun rasa sakit tu masih ada. Malam ni pun kena pergi berurut lagi.

Bosannya. Dari tadi mengadap televisyen ajer. Lepas tu makan. Lepas tu layan game dengan Adeq. Sekarang ni dah selamat berguling atas katil. Tunggu masa nak gol ajer ni.

Baru terasa nak lelapkan mata, pintu bilik diketuk kuat. Segera pintu bilik dibuka.

“Apahal ni?” Tanya Aleeya pada Angah. Dilihatnya Angah macam tak tentu arah.

“Kak Ana dengan Rozy datang.” Jawab Angah.

Aleeya geleng kepala. Angah ni, Rozy dengan Kak Ana datang pun boleh jadi tak tentu arah. Pergilah buat air untuk tetamu yang dua orang tu. Terhinjut-hinjut Aleeya berjalan ke almari pakaian. Steng yang dipakai diganti dengan track suit panjang. Tudung kepala yang tersangkut di birai katil dipakai.

“Kak Ana dengan Rozy datang dengan seorang lagi lelaki.” Sambung Angah lagi.

Memang Angah tak kenal siapa lelaki bersama Kak Ana dengan Rozy tu. Tapi tadi Kak Ana kata itu kawan Along. Along tak pernah cerita pun dia dah ada boyfriend baru.
Aleeya membuntangkan mata. Dahinya berkerut. Lelaki? Lelaki mana pulak ni. dilihat Angah yang sedang senyum simpul penuh makna disebelah.

“Tak patut betul. Jumpa boyfriend baru tak bagi tau orang pun.” Angah bersuara sinis. Dibuat-buat mulut juih seperti Donald Duck.

Sehelai lagi tudung yang tersangkut di birai katil di ambil dan di baling ke muka Angah. “Pakai ni.” segera Aleeya berlalu ke pintu bilik. “Pergi buat air untuk tetamu.” Sambung Aleeya lagi sebelum kaki melangkah keluar bilik.

Aleeya mengambil tempat duduk di sebelah Kak Ana. Terkejut pun ada masa keluar bilik tadi, bila Zain dah siap berdiri tegak bersalaman dengan abah. Kak Ana pulak dari jauh sudah tersenyum sinis memandang Aleeya. Begitu juga Rozy.
“Macam mana mamat ni boleh dengan Kak Ana?” Aleeya berbisik kepada Kak Ana disebelah.

“Kebetulan tadi Zain ada menelefon Kak Ana, kerana dari semalam dia Cuma menghubungi Aleeya tapi tak dapat. Akak cakaplah Leeya accident semalam.” Kata Kak Ana perlahan.

Aleeya hanya memerhati Zain yang ramah bersembang dengan emak dan abah. Memang sengaja Aleeya mematikan telefon bimbit malam tadi. Sebab sakit punya pasal langsung dia tidak mahu diganggu dengan sebarang jenis gangguan yang tak diingini. Hari ini pula dia terlupa mahu menghidupkannya semula. Tak tau pulak, Zain masih menyimpan nombor telefon Kak Ana. Zain ni lah. Tau ajer mana lubuk nak jejak aku kalau tak jawab calling dia.

“Dia risau betul tau.” Giat Kak Ana.

“Ek..” Aleeya angkat kening. Matanya masih memerhati Zain yang tidak berhenti lagi bersembang dengan abah. Rozy pun sama dilayan. Sesekali, mata Zain itu jahat jugak. Depan-depan abah dengan mak dia main-main mata dengan aku. Usha baik punyerrr… Ketumbik karang baru tau.

“Akak yang ajak dia datang sekali. Dia terus setuju. Segan pulak kalau dia datang sorang-sorang. Akak pun nak kenal juga orangnya. Asyik mintak input pasal Leeya dari telefon ajer.” Sambung Kak Ana lagi.

“Macam mana akak boleh tahu itu Zain?” tanya Aleeya perlahan.

“Dia datang butik la tadi sebelum datang sini.” Kak Ana menjawab datar.

“Akak ni kan pandai-pandai ajer atur-atur kan semua ni..” Aleeya mendengus geram. Volume suara masih dalam kawalan. Kalau tak dijaga volume suara mahunya mengganggu perbualan rancak antara Zain, Rozy, abah dan emak. Entah apa yang dia orang sembangkan Aleeya tak tau. Apa yang pasti dia tidak betah Zain terlalu lama di sini.

Kak Ana hanya tersengih.

Aleeya menjelir lidah kepada Kak Ana. Laju tangan Kak Ana mencubit lengan Aleeya.

Aucchhh!! Refleks.

Semua mata tertumpu pada Aleeya kini. Emak sudah angkat kening. Aleeya hanya tersengih. Angah datang sebagai penyelamat keadaan. Diletak air Nescafe panas dan cucur udang yang berasap nipis di atas meja kopi.

“Pandai masak Angah.” Puji Kak Ana.

Angah hanya tersengih.

Aleeya mencebik. “Tak ada maknanya. Tolong goring ajer tu.”

Angah menjeling kea rah Alongnya. Cehh!! Kantoikan aku depan tetamu.

“Okey la tu.” Rozy pula menyela.

“Best lah abang Zie. Give me five sikit.” Angah bersuara. “Along siapa ni? Tak nak kenalkan ker?” Tanya Angah. “Boyfriend baru ek….” Giatnya lagi.
Laju tangan emak menyubit belakang Angah. Sama ajer dua-dua. Leeya dengan Angah masing-masing dua kali lima.

“Sakitlah emak.” Rungut Angah. Digosok-gosok belakang badan yang sedikit sakit akibat kena hinggap dengan cubitan emak tadi.

“Ini Zain. Kawan Along..” Aleeya bersuara. Datar.

Zain hanya mengangguk. “Panggil Abang Zain okey.” Katanya.

“Okey. Panggil saya Angah ajer.” Angah memperkenalkan diri.

Hari ini sudah jadi seperti sessi suai kenal antara ahli keluarga Aleeya dengan Zain. Kelmarin sessi yang sama berlangsung di rumah Zain. Emak dan abah tak habis memuji Zain. Angah pun sama. Zain itulah. Zain ini lah. Nasib tadi Adeq pergi tuisyen. Ijat pulak keluar ke pekan. Kalau tidak mereka berdua ni pun akan join sekali satu team dengan emak dan abah. Malas mahu ambil pusing. Dari awal sudah diberitahu tentang hubungannya dengan Zain tidak lebih dari hubungan atas dasar persahabatan.

Sebelum Zain pulang tadi, sempat dia berpesan kepada Aleeya agar jangan tidur awal malam ini. Katanya mahu berborak. Tadi depan emak abah dia segan hendak berborak panjang Aleeya. Takut apa pulak yang akan emak dan abah fikir. Ellehh.. plastic semata-mata. Segan konon. Yang main-main mata tadi tak segan pulak. Aku pun satu, yang tak tidur lagi ni apasal? “Nampak sangat aku pun dengan rela menunggu panggilan dari Zain.” Aleeya berkata sendiri. Kadang-kadang dia pun tak faham dengan perasaannya sendiri. Apa sebenarnya dia rasa apabila bersama dengan Zain. Nak kata menyampah pun yer. Nak kata happy pun yer. Arrgghh.. serabut. Kusut dibuatnya bila dah main bab-bab feeling ni.

Deringan telefon dari orang yang dinantikan segera dijawab. “Assalamualaikum.” Aleeya memberi salam.

“Waalaikummussalam. Kaki dah okey ker?” Tanya Zain.

“Okeylah sikit. Tadi pun baru balik berurut. Esok-esok okey la tu.”
“Aku baru sampai Bangi ni.”

Aleeya mengerling jam di atas meja. Sudah pukul Sembilan malam. “Owwhh.. Esok kau kerja kan. Pergilah tidur. Kau pun mesti penat. Drive jauh-jauh.”

“Leeya..” Tutur Zain lembut.

“Ermm…”

“Mesti aku rindu kat kau nanti. Yer lah. Seminggu kau duduk Ipoh. Siapa nak teman aku pekena teh tarik dekat mapley nanti.” Zain bersuara rendah.

Errkkk… Aleeya mengerut dahi. Bajet macam hari-hari pulak aku pergi temankan dia minum teh tarik kat mapley. “Mengadalah kau ni Zain.” Jawab Aleeya bersahaja.

“Betul apa aku cakap ni. kau balik lah sini cepat Leeya.” Pinta Zain.

Diam. Malas Aleeya mahu melayan karenah Zain. Gilak apa. Malam-malam ni nak bermanja dengan aku. Aku dah lah nak balik kampong pun mana bulan baru boleh balik. Suka-suka hati dia suruh aku balik sana cepat-cepat. Bos pun tak bising masa sign borang cuti. Dia pulak yang sibuk-sibuk.

“Leeya, emak ayah aku macam lah kan…macam suka ajer kat kau.” Kata Zain lagi apabila Aleeya hanya mendiamkan diri.

“Owwhh..” Aleeya bersahaja walaupun sekarang ini dah memang terasa lain macam ajer. Ikutkan emak abah aku pun macam lah kan… macam suka ajer kat Zain tu. Tapi takkan nak cakap macam tu pulak dengan Zain. Ishhh… tak mau aku.

“Mak aku kata kau lulus kalau nak dibuat calon menantu.” Giat Zain lagi.

“Owwhh..” malas rasanya mahu melayan merepek Zain malam ni.

“Macam dah boring ajer.” Zain menggumam rendah.

“Ngantuk.”

“Nak tidurlah ni.”

“Eh tak lah. Nak pergi jogging.” Sarkastik Aleeya bersuara.

“Pergi jogging pagi esok. Lepas sembahyang Subuh. Tidurlah. Aku pun dah nak beradu dah ni.” Balas Zain.

“Orait. Assalammualaikum. Gud nite.”

“Waalaikummusalam.”

Talian dimatikan.

Monday, January 5, 2009

Baju Pengantin Mak Andam Bab 21

Aleeya mengurut-urut belakang tengkuk dengan tangan. Terasa lenguh pulak. Kemudian tangannya ligat memasukkan baju-baju yang siap dilipat ke dalam bakul bulat. Selepas itu, dimasukkan pula segala macam alat soleknya ke dalam sebuah beg khas. Minyak wangi haruman Envy dari Gucci diletakkan setempat ke dalam bakul pakaian yang sudah siap disusun kemas. Rasanya semua sudah siap. Tinggal perlu di masukkan ke dalam bonet kereta sahaja. Itu tak apa. Pagi-pagi esok bolehlah dimasukkan.

Seronok rasanya, dapat pulang ke kampong untuk bercuti panjang. Pejam celik. Pejam celik, tamat sudah satu lagi semester. Alhamdullillah, harap-harap result final yang bakal keluar nanti boleh dapat 3.5 ke atas. Memang macam susah ajer nak capai target tu, tapi pada apa yang dah dilakukan, Insyaallah. Usaha sudah. Jawab soalan pun sudah. Sekarang Cuma perlu berdoa dan bertawakkal sahajalah semoga memperolehi keputusan yang cemerlang. Jangan jadikan alasan bekerja sambil belajar itu sukar untuk memperolehi keputusan cemerlang seperti pelajar-pelajar sepenuh masa. Buktikan kemampuan yang kita ada. Mana tahu kalau selepas tamat belajar nanti, dapat pulak result yang cemerlang, bolehlah apply jawatan yang lagi tinggi. Itu harapan. Itu impian. Jika jadi kenyataan, syukur alhamdullillah. Ameeennnn… Macam sekarang pun dah okey. Kira stabil jugak walaupun ada masa terasa sesak di tengah bulan. Dapat genggam segulung ijazah pun, sudah seribu rahmat. Terbayar penat lelah selama ini, jika sudah ada ijazah di dalam tangan. Tentu emak abah bangga tidak terkata, melihat aku lengkap berjubah serta hood di kepala berjalan catwalk di atas pentas untuk menerima ijazah pertama di dalam hidup aku. “Jauh lagi nak dikejar impian tu Aleeya. Jangan berangan terlalu tinggi. Nanti jika terjatuh, azab menanggung sakitnya.” Hati Aleeya berkata. Berpesan pada dirinya sendiri. “Ah!!.. Hidup perlu tanam impian. Hidup kena berani tempuh kenyataan. Itu lumrah hidup manusia yang inginkan kejayaan, kepuasan dan kebahagian. Buang semua tanggapan negative. Buat melemahkan semangat diri sendiri. Yang penting usaha itu, tangga kejayaan.” Kata Aleeya perlahan. Dijauhkan perasaan negative di dalam hati.

Mata dilirikkan sekilas kea rah jam di meja belajar. Kemudian, beralih pula pada jam yang tertera pada Nokia 6500 Slide di tepi tilam. Arrgghh… Mana Zain ni? Kata nak confirmkan malam ni jugak. Aku tinggal ajer nanti baru tahu. Mengada-ngada betul. Time-time ni lah pulak kereta Zain nak buat hal. Terpaksa masuk bengkel. Itu satu hal. Lepas tu, time-time ni lah pulak dia mengada-ngada jadi anak manja rindu sesangat dekat bundanya di Manjoi tu. Macam tahu-tahu ajer aku nak balik Ipoh. Dia tanpa dipelawa menyibukan diri mahu menyelit sekali di dalam kereta aku. Balik sekali. Banyak agenda. Nasib Iwa tumpang sekali. Kalau tidak, mahunya sepanjang perjalanan aku kena berdoa minta dijauhkan benda-benda tak elok sepanjang berada dengan Zain. Putrajaya – Ipoh bukan dekat. Paling tidak pun, dalam tiga jam jugaklah. Macam-macam boleh jadi. Nauzubillah min zalik.

Telefon bimbit tiba-tiba menjerit. Segera telefon tadi dicapai. Seperti kebiasaannya skrin telefon tadi dilihat untuk mengetahui gerangan pemanggil yang membuat panggilan. Jika ada nombor yang tidak kenal, tiba-tiba datang mengganggu senang sahaja. Buat tak tahu ajerlah. Tak payah bersusah payah nak jawab panggilan dari saper-saper entah. Tapi sekarang ini yang memanggil Kak Ana. Aleeya mengeluh perlahan. Orang lain yang ditunggu. Orang lain pulak yang datang dulu. Dari tadi duk duduk merenung telefon menanti Zain yang telefon, tanpa diduga akak yang seorang ini pulak yang telefon dulu. Segera telefon tadi dijawab.

“Assalamualaikum Kak Ana.” Aleeya member salam.

Aikk!!... Ini apa kena buat suara macam orang tak makan seminggu. Aleeya.. Aleeya.. Nak kata Aleeya sudah mengantuk, baru pukul sepuluh malam. “Waalaikummusalam. Ni apa kes. Lemah longlai semacam.” Kak Ana bertanya.

Aleeya tersengih sendiri mendengar pertanyaan Kak Ana. Terfikir-fikir sendiri. Ada gaya lemah longlai, macam orang demam tengah makan buah lai ker. Entah apa-apa entah akak aku yang seorang ni. Main belasah ajer nak cakap apa. “Mana ada kak. Orang okey ajerlah.” Aleeya bersuara sedikit ceria. Eh..eh..eh.. Cerianya dapat calling dari kakak tersayang. Hahahahh… yer la tu. Ceria lah sangat.

“Pagi esok jadi balik ker?” Tanya Kak Ana lagi.

“Jadi.”

“Okey. Boleh tolong akak…”

“Tak nak akak. Orang dah taknak buat semua tu dah. Tak mahu. Tak nak. Nehi. Kabhi nehi. Jangan nak paksa-paksa. Jangan nak suruh orang buat semua tu dah.” Pantas Aleeya memotong. Bukan tak tahu. Kak Ana kalau dah berkata mengguna pakai word ‘tolong’ dia tu, tak lain tak bukan nak minta tolong cover kerja dia la. Sekali dah terkena dulu. Taknak terkena sekali lagi. Cukup sekali terasa macam ‘Tipah Tertipu’. Jangan ada sequal ‘Tipah Tertipu Lagi’. Nanti tak pasal-pasal Ruffeged terpaksa bergabung balik buat lagu baru tajuk ‘Lagi-lagi Tipah Yang Kena Tipu’ pulak.

Errrkkk… tersekat air liur di tengah kerongkong Kak Ana mendengar Aleeya yang bercakap tanpa henti dengan sekali nafas ajer. “Apa yang kamu tengah meraban ni Leeya?”

“Kak Ana tu la. Bukan orang tak tau. Nak suruh orang jadi mak andam lagi la tu. Kak orang tak nak kak.” Aleeya sudah separuh merayu. Kalau malam-malam buta macam ni Kak Ana suruh nyanyi lagu Rayuanku dari Rohana Jalil pun aku belasah ajer. Lantaklah pitching lari ker. Apa ker. Janji Kak Ana jangan paksa aku buat kerja macam dulu.

Kak Ana merengus geram. “Itulah. Akak tak habis cakap lagi, kamu dah potong. Bukan akak nak suruh kamu jadi mak andam lagi. Dah dua ratus sepuluh kali kamu bagi tau perkara tu dengan akak. Akan nak suruh kamu tolong pasangkan pelamin esok ni. Kat rumah client akak. Dekat Sungai Rokam. Bukan kamu sorang. Pergi sekali dengan Rozy.” Panjang lebar Kak Ana membebel. Satu-satu masuk dalam telinga Aleeya.
Diam.

“Leeya. Kamu ni dah tidur ker?” Apa dari tadi aku tengah bercakap sorang-sorang ajer ker. Aleeya dah lebuh pergi tidur.

“Ada… ada lagi kak.” Tersentak Aleeya mendengar suara Kak Ana. “Owwhh.. tolong pasangkan pelamin yer kak?” Aleeya bertanya pada Kak Ana. Tiba-tiba dia mengukir sengih kerang busuk. Malunya. Punya baik aku terjah, main potong ayat Kak Ana tadi. Rupa-rupanya dia suruh aku buat kerja lain. Ameennn.. Selamat aku.

“Yerlah. Lain kali main terjah lagi.” Kak Ana bersuara sedikit geram. Main sembur macam pakai mesen gun gedebush…gedebush… ajer tadi. Bukan nak usul periksa dulu.
Pecah ketawa Aleeya mendengar intonansi suara Kak Ana yang sudah sedikit berubah itu. Pasti akak yang seorang ini, sudah persis seperti Siti Tanjung Perak. Kalau tidak pun muka sudah berubah rupa menjadi seperti Rika Sumanto. “Sorry la kak.” Aleeya masih lagi dengan ketawanya.

“Tau cuak. Cepat-cepat cakap sorry.” Rendah Kak Ana menuturkannya.

Errkk… Tak ada maknanya aku nak cuak dengan Kak Ana. Gaya riak semacam ajer Kak Ana cakap aku cuak dengan dia.

“Esok gerak pukul berapa?” Tanya Kak Ana.

“Lepas sembahyang subuh. Dalam pukul tujuh pagi tu, orang gerak la.” Jawab Aleeya datar. Mulut sudah menguap. Segera ditutup dengan telapak tangan. Mengantuk. Kak Ana…bila nak stop ni?...

“Okeylah. Pergilah tidur. Esok nak drive pagi-pagi.”
Ameennn… paham jugak akak aku ni. “Okey kak. Gud nite. Assalamualaikum.”

“Gud nite. Waalaikummusalam.”

Talian sudah diputuskan. Aleeya merenung telefon bimbit yang masih melekat di tekan. Sekali lagi dia menguap. Geram pun yer dengan Zain ni. Sampai sekarang tak call lagi. Segera nombor lelaki itu di dail.

“Hello.”

Aleeya mencebik dengan dahi yang berkerut-kerut menahan geram yang bertandang apabila terdengar suara seperti orang yang sedang baru bangun tidur menjawab panggilannya. Hampagas Petronas punya Zain. Aku dari tadi duk menunggu dia telefon, boleh pulak dia pergi tidur dulu. Ini siapa yang kena bawak kereta esok ni. Aku ker dia. “Wei.. Tak bermoral punya lelaki. Boleh kau sedap tidur. Tau tak berapa lama aku tunggu kau telefon aku.” Pot-pet-pot-pet mulut Aleeya menyembur Zain yang masih mamai-mamai itu.

Zain hanya menggosok-gosok matanya. Telefon ditangan dijarakkan sedikit dari telinga. Karang, tak pasal-pasal pecah aku punya gegendang telinga. “Aku tertidur lah mak cik. Itu pun nak bising.” Rungut Zain. Kerek semacam ajer Mak Minah ni marah-marahkan aku. Macam aku adik dia ajer.

Ngee… Aleeya cuba menahan geram. Dia mengetap bibir. Plaster mulut Zain ni nanti. Baru dia tahu. Panggil aku makcik ikut sedap mulut ajer. “Esok ni macam mana? Jadi ker tak ni.”

“Jadilah. Kau ambik aku kat rumah.” Arah Zain.

Aleeya menggaru kepala. Aku tak pernah pergi rumah Zain. Mana nak tahu rumah dia kat mana. “Apa pulak aku nak ambil kau kat rumah. Kau yang nak tumpang, pandai-pandailah datang sini.” Balas Aleeya.

“Aku nak datang rumah kau naik apa? Kereta aku masuk workshop. Janganlah jadi kejam sangat. Suruh berjalan kaki dari Bangi masuk Putrajaya.” Zain berkata seolah-olah seperti sudah jauh hati dengan ayat yang Aleeya bagi tadi. Yerlah. Apa-apa yang makcik ni nak, aku ikutkan ajer. Layan sedih dia masa ex-boy dia kacau dulu pun aku jugak yang tolong. Ni mintak tolong sikit pun dah bising macam bertih jagung.

Tiba-tiba tersenyum sendiri Aleeya dibuatnya dek terdengar kata-kata Zain dari hujung talian sana. Ini apa sakit. Selalu telinga tahan maki, kalis ayat buat sakit hati. Kenapa di malam hari yang sejuk-sejuk ni Zain jadi sentimental sangat. Tiba-tiba bercakap macam orang tengah merajuk. Takkan tengah merajuk dengan aku kut. “Ni apahal pulak ni? Kau sakit ker? Aku cakap macam tu pun dah nak merajuk.” Aleeya cuba bertanya kembali.

“Kau lah punya hal. Main sembur ikut sedap mulut ajer. Aku sakit kepala tadi. Tu sebab tidur awal. Lepas tu, kau buat lawak kejam pulak. Suruh aku pergi rumah kau jalan kaki esok pagi. Gilak apa?” Jawab Zain. Aleeya pun satu. Tak patut betul. Main terjah ajer aku yang tengah duk pening sakit kepala akibat kena timpa hujan petang tadi. Kepala tengah berdenyut, ditambahkan pulak dengan suara bebelan Aleeya dari dalam telefon. Siapa tak hangin.

“Sorry lah. Mana aku tau kau tu tengah sakit kepala. Eh!! Tapi aku tak cakap suruh kau jalan kaki datang sini tau.” Balas Aleeya pulak.
“Habis yang kau suruh datang kat rumah kau tu. Apa cerita pulak? Terang-terang aku tengah tak berkereta sekarang ni. Nak pergi naik apa. Beca roda tiga?”
Diam seketika.

“Housemate kau? Takkan tak boleh hantar.”

“Bad? Bad outstation.”

“Habis memang akulah yang kena ambil kau pagi-pagi esok ni?” Aleeya sekadar bertanya. Tak ada jalan lain. Memang akulah yang kena pergi ambil mamat ni esok pagi. Nanti dibuatnya mengadu dengan mak dia dekat Manjoi nanti, mahu aku kena libas dengan bulu ayam.

“Yerlah.” Jawab Zain sepatah. Geram masih ada. Ini pun dibuat-buat rilek ajer. Control macho. Kepala yang sakit ni pun satu. Sudah dua biji panadol ditelan, tetapi masih tidak lega lagi.

“Okeylah. Esok lepas sembahyang subuh aku datang ambil kau. Nanti kau SMS alamat rumah kau. Pagi esok aku dengan Iwa jemput kau di rumah.”

“Iwa?” Zain bertanya.

“Yerlah. Dia balik sekali. Ingat kau ajer ker ada kampong. Dia tak ada?”

“Larr.. Ingat kita balik berdua ajer. Together-gether naik kereta, ronda-ronda bersama-sama.” Zain sudah kembali kepada gaya asalnya. Berkata slumber, ala-ala orang gatal terkena miang keladi.

Aleeya mencebik. Dah elok ler tu pakcik ni punya sakit kepala. Ingat berada di tahap kritikal tadi. “Tak ada maknanya nak balik berdua. Esok kita balik bertiga. Dah lah tu. Aku nak tidur. Nanti jangan lupa SMS alamat kau. Esok pagi lepas subuh. Ingat. Jangan kau sambung tidur pulak lepas sembahyang tu. Aku datang esok kalau kau tak siap lagi, aku tinggal.” Tutur Aleeya laju. Sudah tidak kuasa mahu melayan Zain.

“Yerlah. Apa-apa hal jumpa esok. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.”


Kereta Aleeya membelok ke kiri lorong kawasan taman perumahan tempat tinggal Zain di Bandar Baru Bangi. Nasib baiklah familiar dengan kawasan ni. Secara kebetulan pulak, Zain tinggal satu kawasan dengan Lily, teman sekuliah di UKM. Baru minggu lepas, Aleeya menghantar Lily pulang ke rumahnya di sini apabila kereta gadis itu tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Hari ini, dia datang kembali. Mahu menjemput anak raja Manjoi Mali.

Iwa di sebelah dipandang sekilas. Hampeh betul. Macam ni kata mahu temankan aku memandu dari Putrajaya sampai ke Ipoh. Ini baru sampai Bangi dia sudah sedap membuat tahi mata.

Kereta Aleeya sudah berhenti betul-betul dihadapan rumah teres bernombor sebelas. Kelihatan Zain sudah pun bersiap sedia di hadapan pagar rumahnya. Barangkali takut agaknya kena tinggal dengan Aleeya. Segera dia keluar menuju ke kereta Aleeya. Bonet kereta Aleeya dibuka.

“Mak oii.. Gaya orang nak lari dari rumah ajer. Main masuk dalam bakul. Tak sempat nak masuk dalam beg ker awek dua orang ni. Ini mesti syndrome home sick sebab dah lama sangat tak balik kampong halaman. Segala benda masuk dalam bakul besar. Amat-amat kreatif bin inovatif.” Zain berkata di dalam hati.

“Tunggu apa lagi. Cepatlah. Karang lambat sampai Ipoh ni.” Aleeya sudah bercekak pinggang di belakang Zain.

Zain menunjukkan begnya. Dijuihkan mulut menghala bonet kereta yang sudah sendat dengan dua buat bakul besar. “Aku punya beg nak letak mana?” Tanya Zain.

Mata Aleeya menghala pada bonet kereta. Tersengih Aleeya apabila melihat keadaan di dalam bonet yang sudah penuh dengan segala macam. Dua buah bakul besar miliknya dan Iwa sudah memenuhi ruang di dalam bonet. Biasalah. Kereta Myvi kan. Kereta yang comel dan cute. Bonet pun kecil ajer. Mana tau hari ini ada extra seorang lagi penumpang. Biasa kalau pakat balik Ipoh ni, memang aku dengan Iwa ajerlah. “Sorry. Dah full lah dalam bonet. Kau duduk belakang. Letak ajerlah beg kau kat sebelah tu. Tak ada hal punya.” Segera Aleeya masuk ke dalam kereta. “Cepatlah.” Sambung Aleeya lagi. Kepala dikeluarkan sedikit melalui tingkap kereta. Apa lagi lah mamat ni. Dah tak ada masa dah ni. Aku nak cepat.

Zain sekadar menurut. Segera dia masuk ke dalam perut kereta. Duduk dibahagian belakang. Kemudian dia menginjak ke sedikit tengah tempat duduk. “Kau nak aku drive?” Tanya Zain.
Aleeya hanya menggeleng perlahan. Enjin kereta sudah pun dihidupkan dan terus meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan Zain.


“Leeya, thanks yang hantar aku sampai kat rumah. Nanti nak balik aku call kau.” Iwa berkata sebaik sahaja dia selamat tiba di rumah.

“Hah.. Yer la tu. Tapi Wa, tak senonoh betul lah kau ni. Dari Putrajaya sampai ke Ipoh kau boleh sedap tidur. Aku dibiarkan sorang-sorang drive kereta sendiri.” Rungut Aleeya.

“Aku bukan apa. Nak kasi can sama kau dengan tu..” Iwa sudah menjuihkan bibir ke arah Zain yang sedang menunggu di tepi kereta.

Aleeya hanya memandang Zain dari jauh. “Banyaklah kau. Okeylah aku chow dulu. Petang karang aku ada kerja nak buat dengan Kak Ana. Jumpa nanti.”

“Okey.” Iwa melambai tangan ke arah Zain. Aleeya sudah berlalu pergi menuju ke kereta.

Zain sudah pun duduk elok-elok di tempat duduk belakang. Sebelum Aleeya masuk ke dalam perut kereta, cermin tempat duduk belakang di ketuk. Cermin kereta diturunkan sedikit oleh Zain yang berada di dalam.

“Apa hal?” Tanya Zain datar.

“Aku bukan driver kau. Depan.” Arah Aleeya. Tadi ada Iwa memanglah Zain kena duduk belakang. Sekarang tempat duduk depan dah kosong. Takkan nak biarkan Zain jadi bos besar duduk belakang pulak.
Zain hanya menggeleng kepala. Macam-macamlah Aleeya ni.
“Sekarang kita pergi Manjoi pulak.” Kata Aleeya sebelum keretanya meluncur laju.


Zain membelok kereta masuk ke kawasan rumahnya. Dia telah mengambil alih tugas pemandu semasa Aleeya berhenti mengisi minyak tadi. Bukan apa. Manjoi ini kawasannya besar. Takut Aleeya tidak master jalan-jalan dekat sini, sebab itu biar dia sahaja yang memandu. Lagi senang. Dari dia terpaksa bercakap seperti penunjuk arah untuk orang yang tengah pulas stereng. Kereta sudah diberhentikan di hadapan rumah. Segera Zain mengeluarkan begnya di bahagian belakang kereta.

Aleeya keluar dari kereta dengan mata yang sedia membuntang tatkala ternampak sesuatu yang sedang damai di hadapan rumah orang tua Zain ini. Keningnya terangkat memandang Zain yang jelas tidak beriak wajahnya itu. “Zain, bukan Chevvy Silver ni sepatutnya ada dalam workshop Ah Tuck dekat Bandar Baru Bangi tu ker?” Aleeya bertanya sinis. Jari telunjuknya dihalakan pada Chevrolet Optra Zain yang sedang elok duduk diam-diam di hadapan rumah. “Itu ikut laporan yang aku terima dari kau kelmarin.” Sambung Aleeya lagi. Keras.

Zain hanya mampu tersengih. Mesti Aleeya tengah berasap sekarang ni. Memang sengaja aku menyuruh Kak Mas drive sendiri kereta aku balik ke Manjoi sebab aku nak balik sekali dengan Aleeya. Macam Aleeya nak ajer kalau aku ajak dia balik sekali dengan kereta aku ni. Tak ada maknanya. Jadi aku tukarlah. Biar aku balik naik kereta dia. Kereta aku biar Kak Mas yang bawak balik. Kan dah menjadi. “Kereta aku kakak ipar aku pinjamlah. Abang aku outstation. Anak-anak dia nak balik kampong jumpa opah atuk dia orang. Tak sanggup pulak aku nak biar akak ipar aku angkut anak-anak dia balik naik bas. Aku bagilah pinjam.” Kelentong Zain. Jangan tak kelentong.

Aleeya menaikan kening. Wajah Zain direnung tajam. Geramnya dengan Zain. Ditipunya aku hidup-hidup. “Lain kali kalau kau tipu aku macam ni lagi, siaplah.” Ugut Aleeya.

“Siap apa?” Tanya Zain. Senyuman nakal terukir dibibir.

“Ngeee…”

Pecah ketawa Zain melihat Aleeya yang sedang menahan geram.

“Pak Ngah!!” Terdengar jeritan budak kecil yang sedang berlari mendapatkan Zain.
Segera Zain mendukung si kecil itu tadi. Pantas tangannya mencubit hidung si kecil yang sudah pun berada di dalam dukungannya. “Ni Alan. Hero Pak Ngah.” Zain memperkenalkan Mohd Syazlan bin Mohd Zaan. Anak sulung Abang Zaan dan Kak Mas yang baru berumur empat tahun.

Aleeya hanya tersenyum. Dicubit pipi Alan yang tembam itu. Geram. Comel anak abang Zain ini.

“Salam Mak Ngah.” Arah Zain pada anak buahnya itu. Tangan Alan di hulurkan ke arah Aleeya.

Aleeya membuntangkan mata tatkala mendengar perkataan ‘Mak Ngah’ dari mulut Zain namun disambut huluran salam dari si kecil tadi. Bibirnya terukir senyuman manis apabila melihat Alan yang comel itu. Tetapi apabila melihat Zain yang sedang tersenyum memandang wajahnya segera kening diangkat. Itu tanda amaran. Tolong buat-buat faham yer Zain. Tolong jangan buat lawak 18XXL depan budak kecik.

“Zain apa tunggu lagi tu. Cepat lah. Bawak kawan masuk. Semua dah siap.” Kak Mas berteriak dari muka pintu rumah.

Aleeya buat lipat maut. Nasib tak terseliuh tengkuk dibuatnya. Matanya memandang Zain. Zain hanya buat tidak tahu. Tapi dapat dilihat dengan jelas, Zain sudah tersenyum lebar. Aleeya mula hilang arah. Ya Allah. Apa nak buat ni. “Zain aku gerak dulu.” Aleeya berkata laju. Terus dia menuju ke kereta. Tetapi Zain sudah menghalangnya.

“Nope. Makan dulu kat sini. Mak dengan kakak ipar aku dah siap masak tu. Tak baik.” Slumber Zain berkata. Sedikit tak beriak muka dia.

“Taknak lah.” Aleeya segera berjalan. Sekali lagi Zain menghalang. Aleeya ke kiri. Zain ke kiri. Aleeya pergi ke kanan. Zain ikut sama ke kanan. “Apa ni Zain.” Aleeya sudah geram.

Zain hanya mempamerkan gigi sebaris yang putih bersih. Jadi model kayu sugi sekejap. “Tak baik Leeya. Dia orang nak jumpa kau. Bukan apa pun. Jemput makan ajer. Orang kata rezeki jangan ditolak.” Bersahaja Zain berkata.

Aleeya tidak tahu macam mana nak buat lagi. Sahlah. Dia sudah termasuk dalam jerat Zain. Dan tak boleh nak melepaskan diri lagi. Zain dah macam Sarip Dol ajer ni. Menghalang jalan aku. Tak ker terasa diri kurang ajar sangat kalau main blah macam tu ajer. Nanti dikatakan tidak sudi pulak. Pandai Zain buat konspirasi dengan kaum kerabat suku sakat dia. Walaupun terasa berat, terasa segan, macam-macam rasa dah ni, digagahkan jugak tapak kaki menapak masuk ke dalam rumah Zain. Ya Allahh.. Janganlah bagi aku pitam dalam rumah ni nanti. Takut juga. Gaya Zain ni lain macam. Takut pulak gaya family dia pun sama jugak. Ini kira masuk fasa ke dua aku menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah keluarga rakan lelaki seorang diri. Biasa kalau orang buat macam ni, dah tentu penuh makna. Ini aku tak tau nak maknakan apa. Dah lah main redah ajer. Tak bawa apa-apa pun untuk dijadikan buah tangan. Fasa pertama dulu dengan Azizul. Tu kira okey. Tak terasa sangat macam sekarang ni. Dulu dah standby. Preparation tip top. Baru pergi mengadap. Ini, belum apa-apa dah masuk mengadap apa cerita. Aku dengan Zain kawan. Tak ada lebih-lebih. Rileks Aleeya. Rileks.. buat macam biasa ajer. Jangan Nampak sangat gelabah macam labah-labah. Aleeya tarik nafas. Turun nafas. Tarik lagi… Turunnn…. Dan Aleeya pun dah selamat masuk ke dalam rumah Zain……………



Entah kenapa duduk Aleeya terasa serba tidak kena. Berpijatkah kerusi kayu di rumah Zain ini? Aleeya tidak tahu. Apa yang pasti sekarang ini, dia terasa seperti mahu sahaja melompat ke luar tingkap, untuk lari pulang ke rumah sekarang juga. Masakan aku tidak jadi seperti kucing mandi sauna apabila setiap orang di dalam rumah ini semuanya memandang kepada dirinya. Aleeya cuba berlagak tenang. Dilihat juga berbagai jenis lauk sudah siap terhidang di atas meja makan. Tinggal masa untuk dijamah sahaja lagi. Ayah Zain sudah pun mengaminkan doa. Semua makan dengan penuh tertib. Sedari awal Aleeya masuk ke dalam rumah ini tadi, dia memang tidak banyak cakap. Sekadar menghulurkan senyuman seikhlas yang mungkin ajer. Rasa kaget pun ada. Yer lah. Bukan Aleeya kenal pun dengan ahli keluarga Zain. Ini datang-datang terus serbu ke meja makan. Zain pun sekadar mengenalkan ahli keluarganya macam gitu-gitu sahaja.

Selesai makan, Aleeya membantu apa yang patut di dapur. Basuh pinggan pun, basuh ajerlah. Dah datang makan free rumah orang, takkan nak terus bersila panggung depan televisyen pulak.

“Leeya dah lama kawan dengan Zain?” Tanya Kak Mas ramah.

Aleeya hanya tersenyum. “Baru lagi kak. Adalah dalam empat ke lima bulan.” Aleeya cuba mencongak-congak sendiri usia perkenalannya dengan Zain. Entah. Aleeya pun tak pasti sudah berapa lama dia berkawan dengan Zain.

“Owwhhh… Lama lah jugak tu.”

Aleeya hanya mengangguk perlahan. Tangannya masih lagi ligat membilas pinggan mangkuk yang sudah siap bersabun.

“Mesti Aleeya kawan Zain yang paling special, sampai siap suruh akak masakkan sup ayam masa Aleeya demam hari tu.” Kak Mas berkata sambil mengelap pinggan mangkuk yang sudah siap dibilas oleh Aleeya.

Nasib baik tidak terlepas pinggan di tangan mendengar kata-kata Kak Mas tadi. Air liur yang ditelan terasa sedikit kelat. Muka rasanya sudah naik merah. Al Mangkuk D’ Ayun punya Zain. Dikencingnya aku. Iyer-iyer ajer aku ingat dia yang masak sup ayam hari tu. Rupa-rupanya akak ipar dia yang masak. Cehhhh!!! “Sedap.” Aleeya menjawab sepatah. Apa lagi yang boleh dia kata. Memang sedap pun sup ayam yang Zain bawakan untuknya hari tu.

“Apa lagi yang dibuatnya di dapur tu. Moh ler ke depan. Biar Zana ajer yang kemaskan dapur tu nanti.” Makcik Ani bersuara dari ruang tamu rumah.

Segera Kak Mas dan Aleeya menyudahkan kerja mereka. Kemudian berlalu ke ruang tamu rumah. Aleeya hanya duduk bertimpuh di bawah sahaja sambil melihat-lihat baby Fisha yang sedang lena tidur. Cutenya baby Fisha. Macam muka mama dia. Fisha anak sulung Zana yang baru ajer lepas habis pantang. Tangannya lembut membelai si kecil yang sedang lena itu.

“Kalau suka baby, cepat-cepatlah kawin.” Kata Zana sambil mengerling ke arah abangnya disebelah. Zain hanya tersengih sahaja.

Aleeya menarik senyum segaris. Macam-macamlah adik Zain ini.

“Rumah mak ayah Leeya dekat mana?” Giliran Makcik Ani pula menyoal Aleeya.

“Dekat Taman Temara. Area Pasir Puteh makcik.” Jawab Aleeya. Punyalah teratur ayat dia bercakap. Konon-konon proper lah sangat.

“Dah lama ker kerja kat Putrajaya tu?” Ayah Zain, Pakcik Ibrahim pula bertanya.

“Boleh lah. Dalam dua tahun lebih jugaklah.” Aleeya sekadar menjawab bersahaja.

Terasa diri macam dekat bilik temuduga ajer ni. Di asak dengan berbagai-bagai soalan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Semoga orang yang menelefonnya sekarang ini dapat menyelamatkan dirinya dari belenggu ahli keluarga Zain. Tak tahan dah ni. Memang nak balik dah ni.

“Kat mana ni Leeya. Kalau iyer pun nak merambu, balik lah rumah dulu. Patut sampai pukul sepuluh pagi tadi. Ini sudah menginjak ke pukul dua petang spoiler kereta kamu pun mak tak nampak lagi.” Terdengar suara ngomelan emak dari hujung talian.
Aleeya hanya tersengih memandang setiap ahli keluarga Zain dihadapannya. “Yerlah mak. Orang kat rumah kawan ni. Sat gi orang balik.” Jawab Aleeya perlahan.

“Cepat balik.” Keras suara mak. Talian dimatikan.

“Mak kau call ker?” Zain bertanya.

Aleeya hanya tersengih sambil mengangguk perlahan. Apalah aku ni. Dah besar panjang pun boleh kena sembur dengan emak sendiri lagi.

“Tak apalah. Kau pergilah balik. Mesti emak kau risaukan kau tu.” Rendah Zain menuturkannya.

Aleeya sekadar mengangguk. “Makcik, pakcik saya balik lah dulu.” Pinta Aleeya.

“Nak balik dah?” Tanya Pakcik Ibrahim.

“Emak dah call tu pakcik. Suruh balik cepat.” Jujur Aleeya menjawab.

“Lain kali datanglah sini lagi kalau balik Ipoh.” Makcik Ani berkata. Kak Mas dan Zana turut sama mengiyakannya.

“Apa pulak mak. Kitalah pulak datang rumah dia. Buat rombongan sepuluh buah kereta.” Gurau Zain.

Pecah ketawa semua yang mendengarnya. Hanya Aleeya sahaja yang terkedu seribu bahasa tak tau sama ada nak ketawa atau pun tidak. Senyum ajerlah.
Aleeya memandang Zain dengan mata yang bulat membuntang. Zain ni kalau tak sebab suku sakat kaum kerabat dia ada kat keliling aku sekarang ni, dah lama dia kena smackdown dengan aku. Buat lawak antarabangsa pulak dia.

Tanpa melengahkan masa, segera dia bersalaman dengan semua. Dengan Zain tak payah. Haram. Dengan Pakcik Ibrahim ni, considered jugaklah. Orang tua. Tanda hormat. Selepas itu dia keluar dan terus masuk ke dalam kereta. Sebelum kereta meluncur laju meninggalkan kawasan halaman rumah Zain, Aleeya melambai-lambaikan tangan ke arah mereka semua yang menghantar sehingga ke pintu rumah. Sempat juga dia tadi, mengucapkan terima kasih di atas layanan baik yang diberikan. Kereta terus meluncur laju. Sekarang turn nak mengadap emak abah pulak ni. Mesti teruk kena sembur. Lagi teruk pukul lima petang nanti nak keluar lagi. Pergi tolong Rozy pasangkan pelamin orang kawin dekat Sungai Rokam pulak. Bersedialah telinga………