Wednesday, September 30, 2009

2 X 5 Bab 14

Keropok ikan buatan Terengganu di dalam Tupperware besar sudah hampir licin. Siaran di dalam kaca televisyen nampaknya langsung tak kena dengan selera. Zaim di meja makan tekun sangat buat kerja. Syakirin yang sorang-sorang di ruang tamu gaya dah bosan habis. Sekejap-sekejap remote controller astro di tekan-tekan. Syakirin melepaskan keluhan lemah. Tak tau nak buat apa dah sekarang ini.
Perlahan Syakirin turun dari sofa tempat dia bersila lalu menghampiri ke rak dvd yang tersusun kemas dengan macam-macam filem. DVD orang putih, Melayu, Hindustan, Hong Kong, Korea semua ada. Mata tertancap pada kotak dvd yang terpampang gambar Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee. Perrgghhh… Cerita ni betul dah jadi evergreen. Kotak dvd Kuch-kuch Hota Hai di bukak. Remote controller dvd player di tekan. Kepingan dvd dimasukkan ke dalam tray yang sudah terkeluar. Dan…tum pa se air… yu mus korae.. tum mera jani kya… lalalalala…
Melayanlah Syakirin sorang-sorang menyaksikan aksi-aksi romantika SRK-Kajol-Rani dalam cerita tu. Sat dia senyum. Sat dia sengih. Wadduuuhhhh!!! Masyuk ajer cerita ini walau sudah berpuluh kali tengok. Walaupun ini cerita zaman Tok Kaduk!!
Zaim mengangkat sedikit muka. Syakirin dia pandang dari meja makan. Kusyuknya.. Bila part nyanyi-nyanyi siap jadi back up singer. Tune lari. Pictching lintang pukang. Bahasa tu tak berapa nak pasti sebab dia bukannya tahu sepatah pun cakap Hindi tapi yang dia dengar dari tadi mulut Syakirin duk menyanyi ‘tumpah si air’-‘tumpah si air’ ajer dari tadi. Air apa yang tumpah dia pun tak tau. Seketika kemudian perhatiannya beralih semula pada pelan di atas meja makan. Biarlah Syakirin dengan cerita Hindustannya itu. Janji jangan Syakirin nak mengacau dia buat kerja dekat sini sudahlah.
“Zaim….” Panggil Syakirin panjang. Dia sudah pun berbaring di atas carpet lembut sambil mata masih lagi pada skrin tv.
“Apa dia.” Zaim bertanya tanpa mengangkat muka.
“Awak ni boringlah. Malam-malam minggu pun sibuk dengan kerja.” Rungut Syakirin perlahan. Dia buat muka bosan yang amat sangat sebab sekarang ni dia sudah boring gila. Boring gila sampai tak tau nak cakap macam mana. Zaim ni pun satu. Isnin sampai Jumaat memang dia tak berani ar nak mengacau pakcik sorang ni kalau dah mengadap pelan bangunan penuh satu meja makan. Takkanlah malam minggu pun kerja jugak yang pakcik ni nak mengadap. Tak terasa muak ker tengok benda alah tu.
Zaim mengangkat muka memandang Syakirin yang sedang berbaring beralaskan karpet berbantalkan kusyen kecil di kepala. Astagfirullahalazim.. mengucap panjang Zaim di dalam hati bila melihat seluar pendek yang Syakirin pakai sudah terselak sedikit. Kalau iman tak kuat memanglah dia ngap ajer makhluk tuhan paling seksi dekat dalam rumah ni. “Siapa yang berani kata salah tengok wife sendiri pakai macam ni. yang ditengok pakai mata sendiri bukan mata orang lain. Yang dah tentu halal selepas ijab dan kabul itu. Yang dah tentu sah menjadi hak milik suami.” Detik hati Zaim. Dia tak tau apa yang dia rasa pada hubungannya dengan Syakirin sekarang ini. Syakirin tu bukanlah tak baik pun. Baik. Tanggungjawab sebagai seorang isteri dia tunaikan dengan sebaiknya juga. Tapi seperti ada sesuatu yang menghalang bila dia bila mahu bersama dengan Syakirin. Ada yang menyekat. Dia masih sangsi pada perasaan sendiri kut agaknya.
“Zaim…” Panggil Syakirin lagi apabila Zaim masih tekun lagi dengan kerjanya. Sikit pun Zaim tidak berkutik dari kerusi yang dia duduk. Konsentrasi bagai nak rak bagi seratus peratus. Macamlah tak ada esok-esok lagi nak disiapkan kerjanya. Apa projek kondo ‘sting-garden’ ker yang kompeni Zaim ni tengah buat. Sting-garden-setinggan.
“Apa dia…” Zaim menyahut malas.
Hisyyyhhh… Syakirin mendengus geram. Bingkas dia bangun dan berlalu masuk ke dalam bilik. Boring!!! Boring!! Boring!! Orang tu buat dek ajer. Tak ada perasaan langsung.
Zaim sekadar tersenyum mengadap lukisan pelan di hadapannya bila melihat Syakirin masuk ke dalam bilik sambil buat muka seposen. Lantak kau lah makcik. Aku malas nak melayan kalau tengah sibuk dengan kerja.


“Good morning!!!”
“Cepat bangun.”
“Yerlah. Saya ikut awak jogging hari ini.” Mata Syakirin berkelip-kelip.
Ketawa Zaim pecah tidak semena-mena. “Jogging?”
Syakirin mengangguk laju.
“Bukan biasa hari Ahad macam ni awak buat kuak lentang atas katil ker?” Zaim bertanya sarcastic. Niatnya hanya sekadar mengusik. Dia suka melihat muka Syakirin yang boleh tahan comel jugak bila Syakirin mencebek dan buat muka seposennya itu.
Syakirin menarik muka. Amboi. Bukan main lagi mulut Zaim ni. “Saya nak exercise lah. nak pecahkan kolestrol yang ada kat badan ni.” Syakirin menjawab. Bersahaja dia menunjuk-nunjuk part-part yang banyak sangat kolestrol berkumpul di badannya. Dia kurus ajer. Tapi adalah jugak certain tempat kena diberi perhatian kalau agak-agak dah ada spare tyre lebih. Karang takut menggelebeh pulak. Umur tu muda lagi. Kenalah jaga. Kalau sudah menggelebeh baru nak dijaga jawabnya kena minta tolong orang-orang dekat Slim World, Marrie France Body Line ataupun London Weight Managementlah uruskan. Itu pun kalaulah ada yang nak sponsored macam artis popular yang baru ajer lepas pantang, terus berlumba-lumba pusat penurunan berat badan nak bagi tajaan. Ataupun kahwin dengan somebody yang kerjanya cap duit. Yang senang-senang boleh longgokkan sepuluh ribu untuk pergi kuruskan badan.
Zaim memandang Syakirin atas bawah. Cukup serba serbi pakaian macam orang nak pergi bersenam. Dengan seluar dan sweater Adidas berpotongan mengikut tubuh badan yang berwarna hitam sudah tersarung di badan. Rambut panjang lurus sudah ditocang tinggi. Cap Nike berwarna putih sudah terletak di kepala dengan lebihan rambut yang ditocang dikeluarkan. Tuala kecil sudah bersangkut pada tengkuk. Begitu juga botol air miniral. Cuma tinggal mahu memakai kasut sukan ajer lagi ni. “Okeylah.”
Senyum Syakirin melebar. “Jom.” Zaim di tarik. Terkocoh-kocoh Zaim mengikut dari belakang.
“Nak berjoging ker Im pagi-pagi ni?” Tegur Abang Zainal yang sedang mencuci kereta.
“Haah!!!” Syakirin menjawab bagi pihak Zaim. Sengaja. Bukan apa. Nak bagi Kak Nab yang tengah menyapu sampah tu berasap sikit.
Zaim sekadar menghadiahkan senyuman ikhlas untuk Abang Zainal sebelum berlalu mengikuti langkah laju Syakirin yang sudah laju menarik tangannya. Ketika sedang beriringan, Syakirin di sebelah sengaja dijeling. Budak nil ah. Tak habis-habis nak buat Kak Nab ni jadi musuh. Bila nak buat perjanjian damai pun tak taulah. Tak Nampak langsung dua-dua pihak nak berbaik-baik. Makin ribut makin kalut adalah. Kak Nab masih lagi dengan cerita-cerita sensasinya. Syakirin pula tak bagi muka. Ada peluang memang Kak Nab teruk kena kata dengannya. Kirin pernah ajer cakap sekurang-kurangnya dia tak buat ketupat mengata orang belakang-belakang. Sekurang-kurangnya dia nak mengutuk orang depan-depan. Katanya tak adalah berdosa mengata depan sebab dia berterus terang. Yerlah tu. Banyaklah dia punya berterus terang. Ni tunggu masa nak kena cabai burung ajer mulut dia tu.
Kak Nab mencebik mendengar suara Syakirin. Jengkel benar dia melihat isteri kepada bakal-adik-ipar-tak jadinya itu. entah apalah yang ada pada Syakirin tu sampai Zaim boleh menolak cinta adiknya itu. Nak kata pandai tak jugak. Kerja jaga kaunter dekat TM Point ajer. Nak kata cantik. Idaklah cantik mana pun. Biasa-biasa ajer. Bolehlah daripada tak ada. Mulut tu tak berinsurans. Senang-senang ajer Syakirin bagi serangan balas sehinggakan dia sendiri jadi sudah malas mahu duk bercerita perihal rumah tangga orang di sebelah rumah ini. Tapi kadang-kadang kalau dah terjumpa angkatan ahli mesyuarat tingkap dekat van Leman jual ikan terlepas juga cerita pasal mereka berdua ini. Dia bukan apa. Tengok pasangan suami isteri sebelah rumahnya ini macam lain macam ajer. Macam tak normal. Macam bukan macam pasangan suami isteri lain-lain tu. Tapi bila di depan dia, kemain romatik sungguh. Yang menimbulkan syak wasangka di hati sebab romantic diorang ni macam dibuat-buat. Zaim tu macam gelabah ajer muka bila kena pegang dengan Syakirin. Bila ada kes yang boleh dibuat isu. Apa lagi. Bukak ceritalah. Sudah itu memang salah satu aktiviti wajib ahli mesyuarat tingkap. cerita orang lain dia tak berapa nak ambil port sangat. Tapi cerita jiran sebelah rumahnya ini yang memang menarik perhatian. Dia dah cop. Cerita sensasi orang sebelah rumah ni biar dia ajer yang cover. Semua sebab perasaan bengang dengan Zaim sebab mengecewakan Zulaika. Padan muka. Yang tolak cinta adik dia dulu siapa suruh.


“Bila awak nak berbaik-baik dengan Kak Nab tu.” Soal Zaim ketika membuat senaman regangan.
“Amboi membela bekas bakal kakak ipar Nampak.” Syakirim menjawab acuh tak acuh. Peluh yang menitik dilap dengan tuala ditengkuk. Penutup botol meniral dibuka. Air diteguk rakus. Penatnya mengalahkan berjogging dua kilometer. Padahal baru buat satu pusingan padang yang jaraknya kurang dari satu kilometer pun.
“Ke situ pulak. Saya memang tak ada apa-apalah dengan adik Kak Nab tu.” Zaim menjawab geram. Ada ajer modal Kirin ni nak mengenakannya kembali. Orang tanya elok macamlah tak boleh nak jawab elok-elok. Botol air miniral di tangan Kirin dia rampas. Saja. Nak tunjuk rasa geram sebab budak ni jawab ayat pedas tadi. Gaya nak berjoging tip-top atas bawah. Sudah mengalahkan kotinjen Malaysia nak beraksi dekat Sukan Olimpik. Tapi baru buat satu pusingan padang yang tak berapa nak besar ni pun sudah kondem. Macam ni katanya nak mengurangkan kolestrol.
“Apa ni!!” Marah Syakirin apabila suka-suka hati ajer Zaim merampas botol air miniralnya. Tahu tak ini bukan sebarang air. Ini air dari Bio-Aura-jom-join-kita tau. Botol ajer aku guna botol miniral terpakai yang ada dekat dalam cabinet dapur. Pemalas sungguh Zaim ni. dah tau nak berjoging tak mau bawak air sendiri. air aku jugak dia mahu songlap. Ngomel Syakirin di dalam hati. Melihat Zaim yang dengan rakus sahaja meneguk air Bio-Auranya itu, terlintas sesuatu yang nakal di dalam kepala.
“Awak minum sungguh-sungguhlah air tu. Pagi tadi sempat saya jampi air yang awak minum tu. Malam ni sahlah awak tak lena tidur ingatkan saya.” Kata Syakirin bersahaja.
Kali ini air di dalam mulut Zaim memang betul-betul tersembur keluar. Syakirin yang sekadar memerhati hanya ketawa berdekah-dekah sambil memegang perut. Padan muka. Jahat sangat. Rasakan.
“Awak boleh tak kalau saya tengah minum jangan nak buat lawak macam ni.” Kata Zaim diselangi dengan batuk kecil. Gila betulah Kirin ni. Dah dua kali dia buat lawak spesies yang macam ni.
“Awak tu memanglah. Takut sangat saya ni mandremkan awak kan. Takut sangat nak hilangkan Sofea tu dari hati. Apa yang bagus sangat dengan Si Peah tu pun saya tak tau.” Selar Syakirin pedas. Dia bukannya takut pun dengan Zaim ni. Kalau agak-agak nak menyedas dia memang main lepas ajer.
“Nama dia….”
Syakirin angkat dua-dua belah tangan. “Okey. Okey. Nama dia Sofea. Bukan Peah.” Dia menyambung apa yang Zaim ingin katakana itu dengan nada yang penuh sarcastic. Dah berpuluh kali Zaim mengajar. Bukannya dia ni benak hati sangat tak paham Bahasa Melayu. Cuma menyampah ajer bila setiap kali nama itulah yang diulang sebut berkali-kali.
“Awak ni selamba betul yer mengutuk Sofea tu depan-depan saya. Saya tak suka okey.” Balas Zaim.
“Ha-ha-ha.” Syakirin ketawa sepatah-sepatah. Eyhh!!! Nox!! Ada aku kisah. “Kalau awak tak suka saya mengutuk dia depan-depan saya kutuk dia belakang-belakanglah.” Pantas Syakirin membelakangkan Zaim. Kemudian….
“Peah tu tak adalah bagus mana pun. Sudahlah curang lagi mahu diingat. Bajet cantik padahal tak adalah cantik mana pun sebab saya lagi cantik. Konon bajet diri tu diva….bla..bla…” Habis semua benda dia keluar. Tanpa henti. Pot-pet-pot-pet. Memang kali ini dia lepaskan semuanya. Dah kutuk belakang-belakang kan.
“Kirin!!!” Zaim menjerit kuat.
Syakirin yang terlebih dahulu dapat menghidu apa yang Zaim ingin lakukan terus ajer membuka langkah seribu. Dia buat larian pecut mengeliling padang.

Wednesday, September 16, 2009

Salam Lebaran

Assalamualaikum buat semua pembaca yang disayangi,

Ramadhan bakal berlalu pergi, Kini cahaya Aidilfitri hampir menjelma sudah.

Dikesempatan ini, saya, Eila, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua para pembaca, rakan blogger yang begitu rajin menjengah rumah saya ini. Tahu. Semua mesti macam tension ajer kan sebab entry sangat lambat nak masuk sekarang ini. Nak buat macam mana,ada komitmen lain yang perlu diselesaikan. Nak menjengah blog pun kekadang ajer.

Saya juga ingin menyusun jari, memohon maaf sekiranya ada tulisan-tulisan saya ini menyinggung perasaan anda2 semua yang menjadi tukang baca. Kawan2 yang rajin berYM di chatroom, saya juga mohon maaf kalau ada terkasar bahasa dengan korang. Kira kita 0-0 okey.

Yang mana duk komplen kata susah sangat nak dapatkan BPMA, harap bersabar okey. Tunggu 2nd printed masuk kedai, bolehlah korang rembat. :)

Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang-orang yang tersayang. Yang mana pulang ke kampung yang area2 Ipoh tu, jemputlah ke rumah. hehehe...

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Salam sayang,
Eila

2 X 5 Bab 13

Tok..Tok..Tok..

Bunyi ketukan pintu bilik membingitkan suasana hening pagi. Syakirin mengeliat malas. Siapa budak tak sekolah pergi mengganggu tidurnya hari-hari cuti macam ni.

Tok..Tok..Tok..

Sekali lagi pintu bilik diketuk. Kali ini bunyinya sedikit kuat dari tadi. Malas-malas Syakirin bangun. matanya digosok perlahan. Mulut yang menguap cepat-cepat ditutup dengan telapak tangan. Dengan langkah longlai dia menapak perlahan menuju ke pintu bilik.

Oppss.. Matanya bulat bila pintu dibuka. Buku lima Zaim sipi-sipi nak kena tang muka. Serta merta matanya jadi segar bugar. Ya Allah. Ini kalau betul kena ketuk batang hidung mahunya landai jadinya. Sudahlah dari caranya macam nak diketuk sekuat hati. Nafas Syakirin turun naik. Nasib dia menjerit terlebih dahulu sebelum ketukan maut itu betul-betul terkena batang hidungnya.

“Dah sembahyang Subuh?” Soal Zaim persis seorang warden asrama perempuan sedang buat spot check.
Syakirin mengerutkan dahi seribu. Saja tau. Habis yang tadi terserempak dekat bilik air masa tengah ambil wuduk subuh tadi tu saper. Kembar aku ker. “Dahlah.” Syakirin menjawab malas. Dia pun taulah tanggungjawab jadi orang Islam. Sembahyang lima waktu tu perkara wajib. EO pencen tu pantang tau kalau anak –anak dia tong sembahyang.
“Bagus.” Kata Zaim sepatah. Dia sengaja bertanya. Dia tahu Syakirin solat subuh pagi tadi. Eloknya cara orang perempuan yang seorang ini. Dia yang lelaki pun lepas subuh terus bangun. yang Kirin pulak sedap ajer landing balik.
“Jom.” Arah Zaim sepatah.
“Pergi mana.” Syakirin masih terpinga-pinga. Dia mamai lagi ni. Tetiba jom.. Dia pun blur.
“Pergi pasar.” Jawab Zaim.
“Buat apa?”
“Shopping baju raya.”
“Hahh!!” Mata Syakirin membulat.



“Banyaknya awak beli.” Syakirin bertanya pelik. Kiri kanan tangan Zaim sarat dengan barangan dapur. Tangan dia jugak. Macam nak buat kenduri satu taman perumahan ajer ni.
“Senang. Stok untuk seminggu. Tak adalah tiap-tiap hari makan meggie.” Jawab Zaim. Barang-barang ditangan dimasukkan sahaja ke belakang Storm yang terbuka. Beg plastic di tangan Syakirin dia ambil lalu dimasukkan sekali kebelakang.
“Stok seminggu?”
“Yerlah. Senang awak nak masak kalau semua barang ada dekat rumah. Saya dah muaklah makan meggie.”
“Saya yang kena masak.” Syakirin membulatkan mata dengan jari telunjuk dihalakan ke dirinya sendiri.
“Masuk kereta.” Zaim mengarah.
Syakirin menurut. Dia masuk ke dalam Storm milik syarikat Zaim bekerja.
“Takkanlah hari-hari saya kena masak.” Syakirin membebel tidak puas hati.
“Yerlah. Awak isteri saya. Jadi awaklah kena masak.” Zaim menjawab selamba tanpa menyedari apa yang dia katakan itu. Enjin Storm dihidupkan.
“Isteri?” Syakirin bertanya dengan kening terjongket di sebelah.

Zaim memandang Syakirin disebelah. Adoii.. Kirin sudah jadi macam Ziana Zain ajer keningnya itu. Sedar dia sudah terlepas cakap. Isteri? Dia guna pakai istilah isteri pada Syakirin. Padahal dari mula dia sudah katakan anggap sahaja Syakirin itu sebagai teman serumah jika tidak yakin pada perasaan sendiri. Kenapa lancar sahaja mengatakan perkataan isteri itu dihadapan Syakirin. Apa jadi pada perasaan dia sekarang ini. Sungguh cakap. Bila sudah hampir sebulan tinggal bersama dia memang menyenangi sikap Syakirin kecuali gaya menggoda Syakirin itu sahaja yang buat dia rasa iman tak cukup mantop nak tepis perasaan yang halus itu. Yang lain Syakirin okey ajer. Sangat seronok dibuat kawan. Lagipun Syakirin ni mulut ajer pot-pet-pot-pet. Tapi bila orang suruh buat itu. buat ini, makcik ni ikut ajer. Tak melawan pun. Cuma mulutnya ajer yang akan bising. Tapi lama-lama diam sendiri. ataupun Syakirin buat semua ini sebab terpaksa kut. Maklumlah setiap kali ingin menyuruh Syakirin buat sesuatu kerja pasti disertakan sekali ugutan sebulan sewa rumah berserta dua bulan deposit kepada Syakirin. Takut benar Syakirin bila diugut dengan bayaran sewa rumah. Sebab itu dia buat. Kalau ikut logic akal bila kena ugut baru buat memang macam tak ikhlas. Tapi rasanya Kirin tu buat apa sahaja kerja yang disuruh dengan cermat, elok dan teratur. Contohnya. Masa masak meggie kuning telur yang bergegar tu tak pecah langsung. Bila gosok kemeja kerja. Orang bergesel sebelah pun boleh luka tangan dari side tajam yang dia gosok tu. Sempurnalah kan namanya tu.

“Saya ni cuma teman serumah awak ajer tau.” Syakirin cuba mengingatkan apabila Zaim sudah terdiam tidak berkutik. “Tapi saya tak kisah pun kalau setakat nak masak untuk awak. Janji awak jangan paksa saya masak gulai tempoyak sudah. Tu saya tak sanggup.” Syakirin cuba berjenaka walaupun hakikatnya dia rasa macam timing tak berapa nak tepat ajer nak buat lawak antarabangsa dalam-dalam kereta ini. Itu untuk menyedapkan hatinya sendiri. Dia tahu Zaim masih belum bersedia. Lagipun Zaim bukan mudah kena goda. Sudah pakai seksi. Sudah cukup manja pun lelaki ini buat tak tau ajer. Paling-paling kuat pun setakat muka Zaim jadi merah. Tak apalah. Dia cuba cara lain. Dia gunakan kepakaran masak memasak yang tidak seberapa ini. Yang best. Zaim hargai. Buat bekal roti sapu Nutella pun Zaim belasah ajer. Sebulan 30 puluh hari makan Mee meggie pun dia bedal ajer. Tak banyak cakap pun. Cuma hari ini bila sudah dibeli macam-macam barang tu buat kecut sikit. Masak meggi dua minit ajer. Sapu Nutella pada roti kurang dari satu minit. Habis tu, kalau dimintak masak ayam masak merah, daging masak hitam, rendang tok Mak Nik, nasi bukhari, sayur lemak ikan masin, paling ngeri gulai tempoyak ikan patin tu macam mana pulak. Mahu tak tumpo. Dia dulu dekat dapur sekadar tukang menyibuk dan tukang tengok ajer. Tukang masak memang jarang melainkan kalau suruh masak mee segera ataupun nasi goreng perencah Adabi. Itu memang terror. Dialah juara.
Zaim ketawa kecil bila Syakirin membangkitkan soal gulai tempoyak kegemarannya itu. Dia tahu Syakirin tu punya elergic pada buah durian dan suku sakatnya sangat melampau. Cium bau pun boleh pengsan. “Alah awak masak ajer apa yang awak rasa awak nak masak. Saya makan ajer. Janji jangan masak mee segera lagi sudahlah. Saya dah nak naik botak makan mee segera hari-hari.”
Syakirin turut sama ketawa. “Haahlah. Dah macam uncle Zaibo saya tengok.” Katanya bersahaja dengan tawa masih berbisa.
“Hey.. Melebih tu. Tak adalah sampai macam Uncle Zaibo.”
Syakirin menjelirkan lidah.
Zaim sekadar ketawa sambil tersenyum. Kosentrasinya kembali pada pemanduan. Itu dia Syakirin yang semakin dia kenali luar dan dalam. Dia mengaku Syakirin memang manis apabila dia ketawa dan tersenyum seperti tadi. Maklumlah ditambah pula dengan barisan gigi putih yang tersusun cantik dah lesung pipit yang melekuk di kedua belah pipinya membuatkan gadis ini bertambah manis. Cuma dia ajer yang masih lagi tidak mampu untuk memberikan sedikit ruang buat Syakirin untuk tinggal di dalam hatinya. Sebab hatinya sentiasa berperi ruang itu masih setia pada Sofea lagi.


“Uitt….Baru balik pasar ker.”
Zaim dan Syakirin berpandangan.
“Haah….”
“Bahagianya. Beli barang dapur sama-sama.”
Syakirin menjulingkan mata ke atas. Kepalanya digeleng perlahan. siapa sangka, mula-mula berkenalan dengan Kak Nab sebelah rumah ni dulu bukan main lagi dia tunjuk muka manisnya. Belum sampai sebulan tinggal berjiran Kak Nab dah mula menyampai-nyampaikan cerita rumah tangga aku dengan orang disekitar taman perumahan ini. Teruk betul. Pandai-pandai mereka cerita hal rumah tangga orang. Patutlah Zaim tak berapa berkenan bila aku berbaik-baik dengan Kak Nab masa mula-mula dulu. Kak Nab tu bukan apa. Dia bengang bila Zaim menolak cinta adik bongsunya yang baru tamat belajar di UiTM dulu tu. Itu sebab dia buat cerita yang bukan-bukan. Zaim suruh aku bersabar ajer dengan mulut Kak Nab tu. Tapi kalau orang tu dah heboh menjaja cerita aku satu taman ni siapa dapat bersabar. Sekarang ini bila Kak Nab fire aku. Aku fire dia balik. Bila dia pakai leser. Aku meleserlah balik. Etika bersama pelanggan di tempat kerja aku lupa bila dah berjumpa dengan Kak Nab. Mulut jahat tu. Buat apa nak diam. Dia caras kita. Kita caraslah balik. Baru adil dan saksama.
“Mestilah Kak Nab. Kami ni pasangan suami isteri yang saling sayang menyayangi dan saling cinta mencintai.” Kata Syakirin sambil manja ajer tangan dia merangkul tangan Zaim yang sedang memunggah barang dari dalam kereta. Dia menunjukkan kemesraannya bersama Zaim di hadapan Kak Nab. Kemesraan melampau di depan public.
Zaim yang sedikit tercengang bila tiba-tiba tangan kena rangkul itu memandang Syakirin. Bukan rangkul ajer lagi ni. Sudah kena lock. Tak boleh nak melepaskan diri.
“Kan darling kan…” Kata Syakirin lagi disertakan dengan sengih. Matanya berkelip-kelip memandang Zaim.
Zaim hanya tersenyum lucu melihat mata Syakirin yang sudah berkelip-kelip itu. Kak Nab yang tengah berasap tu dia pandang. Ready for take. One two three n action….
“Haah Kak Nab. Kami ni saling sayang menyayangi. Cinta mencintai. Kan sayangkan.” Zaim dan Syakirin sudah bersekongkol untuk mengenakan Kak Nab. Sesekali nak kenakan jiran sebelah rumah yang bermulut jahat ni pun apa salahnya. Bukan selalu.
“Tu lah ling. Kita ni hidup bahagia suami isteri ada pulak yang jahat mulut buat cerita. Tu lah kan. Hal orang sibuk ajer nak ambil tahu. Hal rumah tangga sendiri tak tau nak jaga.” Syakirin mula mencuci Kak Nab. Pedas ajer dia menyindir Kak Nab.
“Ngee.. Korang berdua ni kan….” Kak Nab mengetap bibir menahan geram bila kena sindiri dengan suami isteri itu. Ngee… Laki bini dua-dua sama.
“Kami berdua ni memang pasangan contoh sehati sejiwa kan Kak Nab. Dah agak dah Kak Nab nak cakap benda tu.” Syakirin menambah pantas. Dalam hati dia ketawa lucu bila melihat muka kak Nab yang sudah berkerut-kerut menahan geram.
Makin berasap telinga Kak Nab mendengarnya. Ngeee… Terus dia masuk ke dalam rumah sambil menghentak-hentakkan kaki. Automatic ketawa Syakirin dan Zaim pecah. Padan muka. Ingat mulut dia ajer yang jahat. Mulut aku lagi jahat. Jangan dicabar.
“Saya rasa lepas ni mulut Kak Nab mesti stop dari bercakap hal kita.” Kata Zaim bila mereka berdua telah pun masuk ke dalam rumah.
“Saya tak rasa macam tu. Orang macam tu bukan mulut boleh duduk diam.” Syakirin menyanggah. Dia faham benar dengan mulut sesetengah orang yang suka duk menghebohkan cerita orang. Buat ketupat tak menyempat nak tunggu raya. Kalau tidak, ahli mesyuarat tingkap tak adalah kerja mau dibuat. Menyampai cerita lebih cepat dari berita.
“Tapi saya tak berapa gemarlah awak duk membalas balik kata-kata Kak Nab tu. Awak diam ajerlah.” Tegur Zaim. Dia tidak mahulah sampai ada insiden tarik menarik rambut antara Kak Nab dengan Syakirin suatu hari nanti. Syakirin ni pulak pantang ajer bila Kak Nab berkata-kata. Dia pun tak mau kalah jugak. Patutnya hidup berjiran haruslah bermuafakat. Ini duk kata mengata sesama sendiri apa ker halnya.
“Saya kalau Kak Nab tak bersuara saya diam ajer. Dia tu yang mulakan dulu.” Kata Syakirin geram. Mulutnya diherot-herot mengajuk cara Kak Nab beranak tiga itu bercakap. Sambil-sambil dia bersembang hal Kak Nab dengan Zaim didapur rumah tangannya masih lincah mengemas barang-barang yang dibeli tadi ke dalam peti ais dan cabinet dapur. Ada masa barang-barang yang dibelinya tadi diketuk-ketuk sebagai melepaskan geram terhadap Kak Nab yang bermulut jahat itu.
“Awak buat bodoh ajerlah.” Zaim bersuara.
“Mana boleh. Takkan nak dibiarkan ajer dia pijak kepala kita.” Syakirin membidas. Aku ni fesyen kalau orang tak kacau, aku pun tak akan kacau orang. Tapi kalau orang tu yang mengacau, aku sama-sama akan buat kacau jugak.
“Sampai bila-bilalah awak tak akan boleh berbaik dengan Kak Nab tu.”
“Biarlah.” Syakirin mendengus kuat serentak pintu peti ais ditutup rapat.
“Suka hati awaklah. Janji jangan sampai bertarik rambut sudah.” Zaim sudah mengalah. Letih tau kalau bercakap dengan orang yang keras hati sikit ni. kita bagi nasihat bukan dia nak dengar. Ada ajer yang nak dibantah. Gasaklah.
“Tapi saya sukalah awak panggil saya sayang. Sweetnya bunyi.” Ujar Syakirin tidak semena-mena ketika membasuh tangan di sinki. Bibirnya menguntum senyum meleret. Layanzzz…..
Zaim yang sedang meneguk air sejuk hampir tersedak mendengar kata-kata Syakirin itu. Nasib tidak tersembur air yang baru sampai separuh kerongkong itu. Terbatuk-batuk dia jadinya. Dada ditepuk diurut perlahan-lahan. Statement maut betul tadi tu.
Syakirin cepat-cepat berpaling ke belakang. “Apasal awak ni. Tak senonoh betul.” Katanya seraya tangan turut mengurut belakang Zaim.
Zaim pantas menoleh bila tangan Syakirin mengurut belakang badannya. Buat seketika mata mereka berdua bertemu. Syakirin yang sudah terasa macam ada laser ajer panahan mata Zaim itu cepat-cepat melarikan pandangan.
“Saya main-main ajerlah. Jangan risau. Saya faham keadaan awak tu.” Katanya tenang. Terus dia menyambung semula menyusun barang-barang kering pula.
Zaim berlalu ke hadapan dengan sesak di dada akibat tersedak tadi. Sayang? Memang sweet pun kalau kena pada orang yang sesuai menerimanya. Syakirin? Sofea? Dua nama yang masih menjadi tanda tanya kerana dia masih tidak pasti yang mana satu yang dia sayang sekarang ini.

Tuesday, September 8, 2009

2 X 5 Bab 12

“Baru pindah ker?”
Syakirin menoleh ke rumah sebelah. Kelihatan seorang wanita berumur penghujung tiga puluhan sedang tersenyum ke arahnya. Syakirin membalas senyuman itu. “Haah.” Jawabnya sepatah.
“Wife Zaim yer.” Tanya wanita itu lagi.
“Haah.”
“Saya Zainab. Panggil Kak Nab ajer.”
Syakirin tersenyum lagi apabila wanita itu memperkenalkan dirinya. “Panggil saya Kirin ajer kak.” Syakirin pula memperkenalkan dirinya. Dia bersalaman dengan Kak Nab.
“Tak patut betul Zaim tak kenalkan wife dia dengan akak. Sudahlah kahwin pun tak jemput.” Kata Kak Nab dalam nada bergurau.
Syakirin sekadar tersengih malu. Memang tak patut. Ada ker jiran tetangga pun tak nak jemput majlis kenduri kahwin sendiri.
“Nanti senang-senang jemputlah ke rumah kak.” Pelawa Syakirin ramah.
“Yerlah. Kirin pun bila-bila masa nak datang rumah akak jemputlah. Pintu sentiasa terbuka.”
“Yerlah kak. Masuk dulu yer kak.”
“Yerlah.”
Syakirin masuk memboloskan diri ke dalam rumah.
“Ini apa hal terhendap-hendap macam pencuri ini.” Dia bertanya kepada Zaim apabila melihat Zaim begitu asyik sangat mengintai Kak Nab dari balik tingkap rumah. Kalau yer pun nak skodeng, takkanlah nak skodeng bini orang. Apa punya taste entah Zaim ni.
Zaim yang sedang melutut di atas sofa sambil memerhati Kak Nab di luar terus sahaja duduk seperti biasa macam keadaan normal bila ditegur Syakirin. “Lambat balik.” Dia bertanya sebaik sahaja Syakirin melabuhkan punggung ke sofa satu tempat duduk di hadapannya.
“Biasalah. Ingat kerja jaga kaunter tu senang. Kena buat kira-kira. Tengok balik ada yang miss ker tak. Lepas tu kena rekod. Banyak kerja tau kena buat.”
“Selalu memang balik time-time macam ni ker?”
Syakirin yang sudah bersandar kepenatan hanya mengangguk.
“Dah makan?”
“Belum. Awak masak ker?” Laju Syakirin menjawab dan bertanya. Ini betul-betul bahagia. Kalau makan malam pun dah siap masak. Ini betul baik punya jaga makan minum.
“Awaklah pulak masak. Breakfast tadi saya dah sediakan.”
“Eh..Apasal pulak. Tak paksa pun suruh buat breakfast tadi.”
“Gilir-gilirlah. Tolak ansur kalau dah namanya duduk serumah.”
Syakirin mendengus perlahan. “Apa kata hari ini awak masak. Esok saya. Lepas tu awak. Awak. Awak lagi.”
“Ini fesyen apa ni. Kalau saya, saya, saya.”
“Demokrasi.”
“Demokrasi apa nyer.”
“Demokrasi terpimpin.”
“Demokrasi terpimpin ek…lah awak.”
“Habis tu kena masak jugak ker ni.”
“yerlah. Kira adil lah pagi saya dah sediakan breakfast. Malam awak sediakan dinner.”
“Kalau taknak.”
“Siapkan sebulan duit sewa rumah berserta deposit dua bulan.”
“Mengungut.”
“Yerlah. Sudah duduk free mana boleh malas-malas.”
“Mengungkit.”
“Pergi mandi cepat. Lepas tu masak untuk makan malam. saya tak suka makan dekat luar.”
Syakirin bangun sambil mendengus kuat. “Yerlah. Yerlah.” Dia akur juga bila mengenangkan nasib diri yang duduk free di dalam rumah kecik ni. Fuhhhh….



Mata memandang ke dalam cabinet dapur. Diam. Tegak. Dan static. Yang kelihatan di dalamnya hanya mee segera. Itu ajer. Pintu peti sejuk dibuka pula. Dia mengeluh perlahan. Dalam peti ais hanya ada telur, air sejuk. Atas peti ais, roti Gardenia stok breakfast pagi tadi. Nak masak apa kalau semua benda tak ada dirumah. Kabinet bawah dibuka. Bekas beras digoncang perlahan. Ringan gila. Beras pun langsung tak ada. Mati akal nak masak apa. Malas nak cakap banyak. Mee segera dua bungkus dikeluarkan. Telur dua biji diletakkan bersebelahan dengan peket mee segera.
“Okey puan-puan kaedahnya nak masak mee segera…” Syakirin berlawak antarabangsa sendiri di dalam hati. Dia mengulum senyum seorang diri di dapur. Namanya dah kahwin tapi masih lagi makan mee segera.
Periuk berisi air diletakkan di atas dapur penunu. Api sudah menyala. Air dibiarkan mengelegak seketika. Mee dimasukkan diikuti dengan perencah karinya. Selang lima minit, telur dipecahkan ke dalam mee yang sudah mengembang. Aroma kari berapi sudah menyusuk ke dalam rongga hidung. Tadda…. Siap!!!. Meggie kari telur gegar dua. Syakirin menatang dua mangkuk meggie kari dengan berhati-hati. Air milo yang sudah siap dibancuh satu sorang di dalam mug dibawa ke hadapan.
“Makanan siap.” Kata Syakirin sedikit kuat untuk menarik perhatian Zaim yang asyik menonton Buletin Utama.
Zaim bergegas bangun menuju ke meja makan. Mukanya manis berseri-seri tapi sebaik sahaja sampai ke meja makan muka yang manis berseri itu sudah bertukar jadi muka kelat-kelat masam. Mata tertancap pada dua mangkuk mee segera dengan telur mata kerbau bergegar di atasnya.
“Meegi ajer.” Soalnya sedikit kerek. Kalau setakat meggie lebih meggie telur gegar ni pun aku boleh buat.
“Meggie ajerlah. Sudah ini ajer yang ada dalam rumah awak ni.” Syakirin membalas dengan bersahaja. Dia duduk. “Tunggu apa lagi. Cepatlah duduk. Kata lapar tadi.” Arah Syakirin.
Tanpa membalas apa-apa balik, Zaim duduk di hadapan Syakirin. Tangan ditadah. Doa dibacakan. Selesai ajer berdoa mee segera tadi disudu perlahan masuk ke mulut.
Di meja makan masing diam ajer melayan mee segera perisa kari. Sungguh nikmat rasanya. Kalau sudah lapar, balun ajerlah apa yang ada walaupun tekak sebenarnya bukan boleh nak terima sangat makan mee segera. Licin mee di dalam mangkuk, Milo yang sudah menjadi suam-suam kuku diteguk perlahan. Kenyang jugak akhirnya. Alhamdulillah.
“Letak ajer. Nanti saya basuh sekali.” Syakirin berkata tatkala melihat Zaim yang sudah berkemas-kemas mangkuk dan mugnya untuk di bawa ke sinki.
“Sure?” Zaim bertanya kembali.
“Ya..ya.. Letak ajer. Nanti saya basuh sekali.”
“Thanks.”
“Welcome.”



“Kirin…” Panggil Zaim panjang.
“Ermm..” Syakirin mengangkat muka. Pembacaannya terhenti seketika apabila tiba-tiba Zaim memanggilnya. Lalu wajah lelaki yang duduk disebelahnya dipandang sekilas sebelum matanya kembali kepada novel cinta ditangan. Biarlah YM Berbicara dia baca kembali.
“Tak boring ker duduk macam ni.” Zaim bertanya. The Star dia sudah lipat dan diletak di bawah meja kopi.
“Kenapa? Takkan tak sampai sebulan hidup dengan saya awak dah jadi boring.” Syakirin menjawab acuh tidak acuh. Dia betul-betul tengah feeling lebih sekarang ini. Dia sekarang ni betul-betul sedang perasaan sendiri konon-konon Adiya Fatiha tu dia. Firdaus tu...errmmm.. Zaim kut. Hahahaha… Ketawa dalam hati nak samakan situasi diri sendiri macam dalam novel. Penyakit jiwang karat yang sangat merbahaya.
“Tak adalah. Kita ni macam kelakar pun ada. Yerlah. Kahwin. Tapi tidur bilik lain-lain. Nak kata kita gaduh tak. Baik ajer.” Zaim berkata sambil ketawa sendiri. Ketawa tak ikhlas yang dibuat.
Kata-kata Zaim tadi itu membuatkan sedikit sebanyak penumpuan menghayati jalan cerita novel yang dia tengah baca terganggu. Penanda buku diletakkan pada muka surat terakhir dia baca. Zaim yang sudah menghalakan aktiviti membaca The Star kepada siaran ulangan Bolos itu dia pandang. Zaim masih lagi pada Bolos di hadapan. “Tu tanya diri awak sendirilah. Yang buat cadangan kelakar tu saper suruh.” Syakirin bersuara rendah. Lagipun ini siapa punya idea kalau bukan kepala Zaim yang kononnya bergeliga yang boleh berfikir sampai macam tu sekali. Macamlah aku nak mengapa-apakan dia. Macam takut ajer teruna dia tu ternoda. Hello… Kalau tak nak orang pun tak paksalah.
Cepat Zaim memandang orang yang bersuara perlahan disebelahnya. Muka sardine ajer. Rilek ajer Syakirin menyambung bacaannya. “Awak ni nak perli ker atau nak mengata saya.” Gumam Zaim.
“Dua-dua.” Selamba lagi bersahaja dengan tak takut bersalah langsung Syakirin menuturkannya.
“Wah.. Jujurnya awak berkata-kata.” Kata Zaim sambil expresi mukanya buat-buat terharu di atas kejujuran yang dipamerkan Syakirin.
“Tulah. Awak ni kira untung tau dapat saya yang sangat jujur ni.” Syakirin masuk bakul angkat sendiri.
“Perasan.” Nakal tangan Zaim menarik rambut lurus Syakirin yang sengaja dilepaskan.
Oucchhhh!! Refleks Syakirin menjerit. Amboi.. Ingat jual mahal sangat. Ni main tarik-tarik rambut apa kes. Ni siapa yang mulakan dulu. Dia ker aku.
Zaim sekadar ketawa. Seketika kemudian dia tersenyum malu. Sedar tindakannya itu macam sudah melebih. Alamak!!! Terlebih sudah. “Sorry.” Katanya sepatah. Memang aku yang melampau pergi tarik rambut anak orang tu secara tak sengaja.
“Taka pa. Saya tak kisah awak nak tarik rambut ker. Nak tarik apa ker.” Kata Syakirin bersahaja dengan gaya yang sangat manja dan gedik jugak. Dia bukankah mahu melumpuhkan ego Zaim. Dia bukankah mahu lihat sampai mana Zaim boleh tahan. Tengok dia pakai spegety dengan seluar pendek pun Zaim dah macam tergugat ajer iman dia. belum lagi dia nak cuba pakai baju tidur satin dengan renda di keliling. Mahunya menangis pakcik ni sebab kempunan.
“Awak stop menggoda saya.” Ujar Zaim sambil menjauhkan sedikit duduknya di hujung sofa. Dia pandang semula ke kaca televisyen.
Syakirin ketawa menggoda. Penuh seksilah konon-kononnya. Rambut panjang mengurai dia selit ke tepi telinga. Dia liuk ke kanan. Dia liuk ke kiri. Macam pokok kelapa ditiup angin pantai. Dia buat iklan shampoo guna jari pun boleh. Sengaja dia mengiat Zaim. Tu lutut mesti dah ketar la tu. Syakirin tersenyum dengan gigi cantik tersusun dipamerkan. Adik penggoda berbisa.
“Kirin stop……..” Zaim memberi arahan.
Pecah ketawa Syakirin tanpa dapat ditahan. Baru acah macam tu pun dah cuak. Apa daa… Macamlah luak aku pandang, senyum tengok dia macam tu.
“Okeylah. Saya masuk tidur dulu. Gud nite.” Kata Syakirin manja sambil mengenyitkan mata. Dia berjalan berlenggang masuk ke dalam bilik. Sengaja. Sesudah pintu bilik di tutup rapat dia ketawa semahunya. Kelakarlah Zaim ni. Muka merah bila kena usik macam tu. Baru sikit ajer tu. Tengoklah nanti. Lagi teruk dia dikerjakan.
Astagfirullahulazim…Astagfirullahulazim.. Zaim beristigfar di dalam hati bila Syakirin sudah hilang di hadapan mata. Selamatkanlah aku dari godaan makhluk tuhan paling seksi itu. amin. Kalau hari-hari Syakirin buat perangai macam ni dia tak jamin iman dia mampu bertahan. Lama-lama boleh cair jugak.

Wednesday, September 2, 2009

2 X 5 Bab 11

Bunyi lagu dari micro mini di dalam bilik sedikit menceriakan suasana. Ini tabiat biasa. Kalau nak bersiap atau pun sedang berdandan di hadapan cermin, music background mesti kena ada. Orang-orang dekat flet belakang Minlon tu dah tak kesah. Tabiat di sana di bawa kemari. Di sini, masih baru. Jadi volume tak adalah kuat sampai boleh menggegarkan satu rumah. Tapi kalau dekat rumah lama, bergegar satu flet itu perkara biasa. Kalau tidak rumah dia yang kasi gegar, budak bujang tingkat atas tu akan menggegarkan suasana jugak. Jiran bersepakatlah katakan. Sama-sama kita kasi gegar!!!!
Muka ditilik di hadapan cermin. Faudation, bedak, blusher, mascara, eye-liner, eye shadow semua dah bertempek di muka. Dah namanya pun kerja depan kaunter pembayaran bilk an. Mekap-touch up ni benda basic kena buat setiap kali nak masuk kerja. Rambut sudah siap disanggul ala-ala pramugari MAS. Skarf berwarna biru dengan corak TM kecil-kecil dicapai dari penyangkut. Benda alah ni sebenarnya multi purpose. Kalau yang mana bertudung, buat tudunglah. Kalau yang mana tak bertudung buat scarf la. Senang ajer. Ikat dekat tengkuk cantik-cantik. Tada… dah siap. Blazzer berwarna kelabu pada penyangkut baju ditarik keluar dari dalam almari. Dikenakan ke badan. Final touch. Loose pawder dilekapkan ke muka. Siap. Syakirin keluar dari bilik dengan semangat baru. Dah lama bercuti ni. Kena positifkan kepala jangan nak malas-malas walaupun hakikatnya adoyai… sangat berat badan nak bangun tidur tadi.
“Lambatnya siap.” Tegur Zaim dari meja makan.
Syakirin sekadar tersenyum. Kelihatan Zaim begitu tekun menyapu roti bakar dengan seri kaya. Wah.. Ini betul punya bagus punya housemate. Ini cakap betul ni. Masa dengan Fiqa dulu pun tak adalah makcik tu sampai rajin bebenor mau siapkan sarapan pagi. Ini siap ada roti bakar, telur gegar. Ermm.. sedapnya…. Bau air Milo tu pun dah cukup buat terliur. Macam manalah Zaim tau yang pagi-pagi aku memang suka minum Milo. Minum Mila anda jadi sihat dah kuat!!! Macam ada instinct ajer Zaim ini. Belum apa-apa dah tau apa yang aku suka. Aku sebenarnya perasan diri ajer. Disebabkan pagi ini dapat layanan istimewa, tak jadi nak marah sebab tidur bilik asing semalam. Makin sayang kut. Ekekeke.. Sweet jugak husband siapkan breakfast.
“Berdiri apa lagi. Duduklah.” Pelawa Zaim.
Syakirin tersipu-sipu malu. Ini siapa jadi isteri siapa jadi suami sekarang ini. bukan patutnya yang kena siapkan semua ini aku ker. Dalam malu Syakirin duduk jugaklah di atas kerusi.
“Roti?” Tanya Zaim. Lembut.
Syakirin mengangguk. Dia sengih lagi. Sengih orang malu. Fiqa pun tak pernah melayan dia sampai macam ini sekali. Emak? Kalau nak makan pandai-pandailah buat sendiri. Baiklah Zaim ini. tak adalah teruk sangat pun. Kira okeylah.
“Air?” Zaim bertanya lagi. Macam gaya seorang pelayan kedai makan ajer.
“Mai sechewan…” Kata Syakirin mengajuk iklan Kopi Radix. Hidung dia tu siap dinaikkan sekali. Biar betul real cara dia mengajuk mat Salleh dalam iklan tu bercakap.
Zaim ketawa kecil. “Macam-macamlah awak ni.” Katanya sambil menuangkan Milo panas ke dalam cawan.
“Rajinnya awak. Pukul berapa bangun. siap buat breakfast lagi. Hari-hari awak memang macam ni ker.” Kata Syakirin tidak berhenti sebelum roti bersapu kaya itu dimasukkan ke dalam mulut.
“Tak adalah hari-hari. Hari ini ajer saya terlebih rajin. Mengalu-alukan kedatangan awak ke sini.”
Syakirin mengulum senyuman segaris. Sweetnnyer ayat. Kedatangan aku dialu-alukan. Hahaha… Patutlah belum apa-apa dah standby bilik kosong satu untuk aku. “Terima kasih.” Jawab Syakirin dengan senyuman tak lekang.
“Macam mana tidur semalam. Okey tak.”
“Okey. Tapi macam panas sikit. Nanti awak letak air-cond yer dalam bilik tu. Baru sedap nak tidur.”
“Banyak songeh awak.” Balas Zaim. “Sudahlah duduk free. Nak macam-macam pulak.”
“Main-main ajerlah.” Syakirin mencebek. Baru duduk satu hari pun dah mengungkit. Cehhh!!!
“Kat sini tempat dia seram sikit. Awak hati-hati. Kalau nak pergi toilet jangan pandang belakang. Tambah-tambah lagi kalau malam Jumaat.” Sengaja Zaim mengusik. Dia buka apa. Sejak kenal Syakirin sampai sekarang dirasakan gadis ini cukup tenang dalam apa ajer yang dia sudah lakukan. Macam sekarang. Kirin rilek ajer. Sikit pun tak melatah.
“Ha..ha..ha..” Syakirin ketawa sepatah-patah. “Takutnya saya dengar.” Dia buat-buat gaya takut. “Jangan pandang belakang!!!” Katanya lagi sambil disela dengan ketawa yang mengekek. Ada hajat nak momokkan aku dengan jangan pandang belakang tu. Sorry k. salah oranglah. Sikit pun tak takut.
“Jangan riak sangat.” Zaim cuba mengingatkan.
Syakirin menjulingkan mata ke atas. Dia bangun. cawan dan piring dibawa menuju ke sinki. Basuh ala kadar sebab bukannya kotor sangat pun. Dia kembali ke meja makan. “Okeylah. Saya nak gerak dulu ni.” Kata Syakirin. Beg tangan dicapai. Kunci kereta dikeluarkan. Dia berlalu begitu sahaja meninggalkan Zaim dengan cerita jangan pandang belakangnya itu.
“Betul tak berperasaan.” Ujar Zaim di dalam hati bila terdengar Neo maroon itu mengaum kuat.



“Selamat pengantin baru cengcengceng. Selamat berbahagia.”
Syakirin membulatkan mata bila sampai ajer ke TMPoint terus semuanya buat koir menyanyikan lagu pengantin baru untuk dia. koir ini nampaknya telah pun dikuasakan oleh bos besar merangkap pengurus cawangan, diaktifkan oleh anak-anak buah yang tiga suku, dan diperhebatkan lagi oleh muzik iringan makcik cleaner yang siap bergendang baldi lagi sebaik sahaja dia melepasi pintu pejabat. Mentang-mentang kedai belum bukak dorang bukan main lagi bergembiranya. Lupa pulak, ketua kumpulan siapa lagi kalau bukan Cik Fiqa masuk air tu. Rasanya nak ajer baling kasut tumit tinggi dekat Fiqa ni. Langsung tak agak-agak buat kori macam tu untuk menyambut pengantin baru macam aku ni. Macam tak tau yang aku bukan suka sangat nak dengar ini semua. Tapi bila mereka ini dah tau benda yang aku tak suka, lagi dibuat. Suka buat orang malu tau. Jahat!!
Melihat muka Syakirin masam mencuka semua kembali senyap dan menjalankan tugas masing. Encik Malek tuan pengurus pun dah masuk balik ke dalam biliknya. Surprise macam tak menjadi. Operasi gagal. Fiqa menghampiri temannya itu. dilihat Syakirin sibuk benar gayanya mengadap computer. Tetikus digerak-gerak kasar. Seketika kemudian tangannya ligat sahaja mengemas kaunter nombor dua itu. Ini kalau dengar lagu orang kawen pun boleh sentap muncung panjang sedepa mesti ada yang tak kena. Fiqa kembali ke tempat duduknya. Kaunter nombor tiga. Betul-betul bersebelahan Syakirin. “Kirin rilek la. Emo pagi-pagi apa hal.” Tanya Fiqa.
Syakirin menjeling. “Banyaklah kau punya rilek. Cuba kalau kau ada kat tempat aku sekarang ni apa yang kau rasa.” Hambur Syakirin.
“Alah aku main-main ajerlah.” Kata Fiqa sambil tersengih. “Tapia pa hal. Zaim buat apa semalam.”
“Tak adalah buat apa-apa. Cuma…” Kata-kata Syakirin mati sekerat jalan. Masakan hendak membuka pekung di dada sendiri. Takkan cerita hal rumah tangga yang baru dua minggu dibina ini pun nak diceritakan pada Fiqa. Agak-agak sikit. Zaim tu dah pesan. Hal dalam rumah tu biar dia dan Zaim ajer yang tahu.
“Cuma apa….” Tanya Fiqa tidak sabar.
“Cuma…Cuma…Cuma…” Syakirin masih teragak-agak. Nak bagi tahu ker tak ni. Bagi tahu. Tak bagi tahu. Bagi tahu tak bagi tahu.
“Cuma apa!!” Soal Fiqa sedikit kuat.
“Cuma aku malu dia buat breakfast untuk aku pagi tadi.” Beritahu Syakirin laju. Macam bunyi kabalt meriam buluh yang tengah meletup.
Pecah ketawa Fiqa. “Aiyoo.. Orang buat breakfast pun nak stress ker. Bukankah best giler namanya tu. Kau tak payah susah-susah nak ke kafe.” Kata Fiqa bersama hilai tawanya. Nasib sahaja TMPoint belum buka. Kalau tidak pasti pelanggan tertanya-tanya sawan apa yang dah kena pada Fiqa pagi-pagi buta yang boleh buat dia ketawa macam orang gila separuh tiga suku ini.
Syakirin menarik sengih plastic memainkan peranan sebagai primadona drama swasta siaran televisyen tidak berbayar. “Tu lah. Zaim tu mesti bajet aku pemalaskan.” Syakirin cuba berdalih padahal itu bukanlah sebabnya. Sebal duduk bilik asing-asing tu yang jadi penyebabnya. Hilang sebalnya hanya sekejap. tu pun masa dapat breakfast free pagi tadi ajer. Benda ni bukan mudah nak lalui. Tak mungkin sebab dapat makan free semua boleh main lupa dan buat macam tak ada apa-apa. Tu gila namanya. Mungkin layanan Zaim tu nampak baik. Tapi pada dia semua tu tak ada maknanya kalau hati dia disakiti secara halus macam tu. Zaim tu tak pandai langsung nak menghormati isteri sendiri. Dah la dibiar tidur sorang-sorang. Lepas tu pagi-pagi buat lawak antarabangsa pulak pergi momokkan yang dekat kawasan tu tempat jin bertendang, bunian bergendang, hantu-hantu berdondang sayang.
“Bukan kau memang pemalas ker?” Fiqa sengaja mengusik.
“Blah la kau.” Ujar Syakirin. Pelanggan sudah pun memasuki ke dalam TMPoint. Kerja bermula. 2001 kaunter dua. Syakirin menjalankan tugas seperti biasa. Fiqa yang masih lagi tak lekang sengih mengusiknya dibiarkan sahaja.



“Hey pengantin baru. Amacam life. Ada seronok ker?” Hairi menegur sebaik sahaja terpandang kelibat Zaim yang baru sahaja memasuki pejabat.
“Gila best. Rugi kau tak kahwin.” Kata Zaim bersahaja apabila terserempak dengan Hairi di tengah-tengah pejabat. Best ker? Entahlah. Yang tau hari ini pagi-pagi sarapan ma’am besar tu dia yang sediakan. Kalau ikut tugas-tugas masak memasak ni memang terpulang pada isteri. Musykil apasal hari ini dia terlebih rajin untuk buat semua tu. Macam dah terbiasa kut dua minggu lepas bersarapan bersama sampai terbawa-bawa ke rumah sendiri. Tak ada hal sangat. Cuma bakar roti dengan buat air ajer tadi pun. Tak sempat nak berpeluh, air dah siap berbancuh, roti dah siap berbakar.
“Wahhh!!! Bahagia gila aku dengar. Kaki ada ketar ker. Patut pagi-pagi skema butang kancing sampai ke atas. Neck tie sampai nak mencekik leher sendiri.” Hairi bersuara nakal.
Ketawa Zaim pecah dengan tidak semena-mena. Biru kekuningan sungguh kepala otak engineer sorang ni. Kaki ada ketar. Butang kamcing ke atas. “Banyaklah kau.” Kata Zaim terus sahaja mengatur langkah ke bilik pejabatnya. Melayan lawak kotor Hairi belum tentu satu hari boleh habis. Enggineer sorang ni kalau dah start melawak speseis macam tu sampai habis waktu kerja belum tentu dia boleh berhenti. Makin giat.
“Hey member ceritalah sikit apa feel sekarang ini.” Hairi masih lagi menggiat pengantin baru yang baru hari ini masuk ke pejabat.
Reflex tangan Zaim mencapai highlighter dari bekas pen dan dibaling kea rah Hairi dimuka pintu bilik pejabatnya. Ingat tadi dah habis. Ingat tadi Hairi ni terus pergi buat kerja dia sendiri. Ini tak habis lagi nak menyibuk halo rang. Macam tak tau orang yang dah bercuti panjang tentu-tentu sahajalah banyak kerja nak kena buat. Boleh pulak Hairi datang nak tanya pasal perasan lepas kahwin macam mana.
“Agak-agak kalau kau nak rasa feel kau kahwinlah. Baru boleh rasa. Setakat dengar aku cerita mana nak best. Mana nak ada feel.” Kata Zaim sambil tangannya mula membentangkan pelan rumah teres kos rendah di atas meja kerjanya. Enggineer yang tak ada kerja dan makan gaji buta tu dia layankanlah jugak.
“Aku bukan taknak kahwin macam kau Im, tapi aku ni tak ada yang nak. Jenuh pusing satu Malaysia tapi tak jumpa-jumpa jugak.” Beritahu Hairi datar. Siapa yang tak nak kahwin. Tengah-tengah lagi umur dah mencapai angka tiga dekat depan. Emak di kampong tu dah bising ajer suruh dia berbini cepat. Tapi nak buat macam mana. Stok-stok yang dia kenal semuanya jenis rugged, daring, dan sangat-sangat up-to-date. Gaya memang terpesong ke barat habislah perempuan-perempuan yang dia kenal. Takkan nak bawak balik salah sorang jumpa emak dengan stok yang ada ni. mau kena penggal dengan parang. Mak dah pesan awal-awal calon menantu dia kenalah pakai tudung. Tak kisahlah kerja apa pun. Janji kelakuan dan tingkah laku dijaga. Bukan main rembat dekat mana-mana kelab. Tu yang susah tu.
“Kalau dah kau pusing masuk Hard Rock, pergi Castle, redah Modesto, keluar Mutiara Dangdut mana nak jumpa. Kalau ikut kreteria yang mak kau nak aku rasa kau patut masuk mana-mana kampong lepas tu bolehlah kau cari mana-mana gadis Melayu yang betul Melayu yang macam mana emak kau nak. Kat Bandar macam kat sini gadis Melayunya mana nak Nampak melayu dah. Semua dah jadi celup orang putih. Semua jenis Melayu lupa diri.” Sedas Zaim pedas. Sengaja dia berkata begitu. Dia bukan tak kenal dengan Hairi ini. Bukan main lagi setiap malam berlibur di kelab. Nasib ajer Hairi tak pernah terasa nak meneguk air setan tu kalau dia masuk ke dalam mana-mana kelab di ibu kota. Kalau tidak habislah setan tak tau nak minum air apa. Ada hati nak menyalahkan emak sendiri sebab letak kreteria yang sangat susah nak dicari. Sudah cari ditempat yang salah mana nak jumpa.
“Aku masuk ke sana tak pernah buat benda jahat Im. Aku masuk sebab suka-suka ajer. Nak release tension kerja. Kut yer pun awek kelab berderet nak dekat aku sebab diorang yang nak dekat aku. Bukan aku yang nak dekat diorang. Aku sebelah mata tak pandang jenis perempuan macam tu. Aku pun ada taste jugak.” Ujar Hairi.
“Banyak lagi tempat kau boleh pergi untuk release tension kau tu Ri. Masjid Putrajaya tu tak cukup besar ker untuk kau jadikan tempat untuk kau menenangkan fikiran dari masuk ke dalam kelab yang sesak dengan macam-macam jenis manusia tak tau halal haram.” Ceramah Zaim sudah berjela. Boleh dikira agaknya berapa kali ajer Hairi menjejakkan kaki ke dalam masjid Putrajaya yang tersergam indah itu padahal rumah dia dekat Pinggiran Putra ajer. Jarak masjid yang sekangkang kera tak tau nak jejak, kelab malam yang jauh berkilometer dengan nak lepas kena bayar dua tiga tol jugak dia masuk. Kurang bijak tang situ cara Hairi berfikir.
“Aku masuk pejabat aku dulu ar Im. Kena prepare untuk presentation depan consultant pukul sebelas karang.” Balas Hairi sebelum berlalu ke muka pintu. Bila Zaim dah masuk mode aura macam ustaz baru balik dari Al-Azhar bukan boleh dia nak duduk lama-lama di situ. Ini pun dah cair tahi telinga mendengar tazkirah. Kalau biasa orang bagi tazkirah hari Jumaat hari ini dia kena dengar tazkirah free di pagi Isnin yang indah. Dia nak membidas lebih-lebih tak boleh sudah semua benda yang Zaim ceramahkan tu benda betul. Mana berani dia nak membangkang gaya lawyer menegakkan kebenaran di dalam mahkamah. Jadi paham-paham sendirilah. Agak-agak tak tahan nak dengar lebih lama pandai-pandailah cari jalan nak melepaskan diri. selalu sangat kena ceramah dengan Zaim. Bukan dia jenis budak degil yang ketegak ya amat. Ada juga ceramah Zaim yang menusuk hati tu dia ikut jugak. Kalau dulu tiap-tiap malam merambu ke kelab, sekarang ini mungkin seminggu sekali. Paling tidak pun sebulan sekali untuk melepaskan gian.