Tuesday, May 25, 2010

YESS BOSS!! BAB 10

BAB 10
“Aryana hujung minggu ni punya jadual awak dah susun ker. Turn siapa minggu ni.”
Aryana yang lagut dengan kerja mendongak memandang wajah bos. Seperti hari Jumaat yang biasa. Itulah soalan yang sering ditanya oleh bos sebaik sahaja jam di dinding menunjuk lagi sepuluh minit pukul lima. Sebelum Aryana cepat-cepat melarikan diri dari pejabat, bos pasti jugak akan cepat-cepat bertanya mengenai jadual hari minggunya itu.
Diari hitam yang di dalam rak di tepi meja dicapai. Setiap helaian diselak perlahan. Mencari helaian tarikh hujung minggu ini. Matanya menari atas bawah meneliti tulisan tangannya yang tercoret di dalam helaian tersebut. Kelihatannya banyak aturcara sudah di list. Tak cukup dengan helaian diari, sambungan senarai itu ditulis di atas post it kuning dan dilekatkan di atas helaian diari itu. Tapi semuanya terpaksa dipotong. Di sana sini kelihatan senarai aktiviti bos telah pun siap dipotong dengan pen berwarna merah. Mata Aryana jatuh pulak pada senarai terakhir. Yang ditulis menggunakan huruf besar dengan dakwat pen berwarna merah. Yang mana itulah satu-satunya aktiviti yang dijadualkan hujung minggu ini yang masih gagah berdiri tanpa ada palang yang nak memotongnya. Haiiihh… Tu dari Datin Rokiah Kamsan mana boleh main potong!!
Ini kerana selain dari temujanji dengan girlfren bos yang ke dua puluh lima dan juga aktiviti bos yang lain itu bos ada lagi satu aturcara yang wajib dihadiri. Tidak boleh tidak. Kalau bos tak ada alamatnya bernanahlah telingannya ini terpaksa mendengar bebelan dari mulut Datin Rokiah Kamsan. Semalam pun sudah tahi telingannya pun sudah mencair mendengar bebelan Datin Rokiah Kamsan di dalam telefon untuk mengingatkan bos pulang ke rumah pada hari minggu ini. Dia dan Datin Rokiah Kamsan baru sekali sahaja bertemu tetapi bila bercakap di dalam telefon bagai mereka berdua sudah biasa dan telah kenal lama. Sebab tu lah pun Datin Rokiah Kamsan selamba sahaja membebel di telinganya. Bebelan itu sebenarnya untuk bos, tapi telinga dia pulak yang perlu menjadi tempat tadahan.
“Sepatutnya minggu ni bos keluar dengan Cik Sally Salimi.” Kata Aryana datar.
“Sepatutnya..” Ilham menaikkan kening. “Habis minggu ni saya keluar dengan siapa.” Soal Ilham ingin tahu. Kalau setakat tak jadi keluar dengan Sally Salimi yang terlalu banyak skandal dengan laki-laki di luar sana apalah sangat tapi dia nak tahu minggu ini dia bakal dating dengan siapa. Siapa yang Aryana telah aturkan untuknya. Maklumlah, dia ni bukan boleh ingat pun nama setiap perempuan yang menjadi stok simpanannya. Banyak sangat.
“Bos tak keluar dengna siapa-siapa. Esok bos kena balik rumah parents bos. Esok hari jadi Datin Rokiah Kamsan.” Lancar Aryana berkata-kata.
“Haahh…” Mata Ilham membutang. Terkezut sakan.
Aryana mengangguk.
Ilham menepuk dahi. Hampir terlupa pada hari jadi mama. Mujur ada Aryana yang tolong menjadi reminder bergeraknya. Hari jadi mama. Wajib bawa hadiah. Tapi dia langsung tak beli apa-apa lagi untuk mama.
“Aryana kerja dah siap?” Soal Ilham.
Aryana mengangguk.
“Okey good. Ikut saya.”
“Pergi mana?”
“Birthday Datin Rokiah Kamsan. Semua anak-anak dia diwajibkan bawa hadiah.”
“So…”
“Tolong saya pilih present untuk mama saya.”
“Taknaklah. Nanti makcik saya bisinglah bos.”
“Kalau takut makcik awak bising telefonlah dia. Bagi tahu. Yang awak keluar dengan saya.”
Aryana merengus. Senangnya bos bercakap. Macamlah bila keluar dengan bos tu dia akan dijamin selamat dan boleh buat Mak Ngah kat rumah tu senang hati mengizinkan dia keluar dengan bos.
“Bos. Perlu ker saya kena temankan bos.”
“Perlu.”
“Abang Harun mana? Girlfren bos mana? Kenapa tak suruh mereka ajer yang temankan.”
“Kalau taknak sudah!!” Keras Ilham bersuara. Aryana dijeling sekilas sebelum dia masuk ke dalam biliknya.
“Kalau taknak sudah!!” Aryana mengajuk. Bencilah bos nih. Nak merajuk pulak dah. Jari Aryana menekan butang intercom.
“Bos nak keluar pukul berapa?” Dia bertanya apabila bos di dalam bilik sudah mengangkat panggilannya.


Selesai membeli hadiah untuk Datin Rokiah Kamsan, Aryana dan bos singgah sebentar di pasar malam berdekatan dengan taman perumahannya. Aryana yang mengajak bos untuk pergi ke pasar malam kerana tadi dia telah berjanji kepada Mak Ngah yang dia akan belanja Mak Ngah dengan nasi kerabu mantap yang berlaukkan ikan goring tepung, daging bakar barbecue, solok lada dan telur masin andai Mak Ngah mengizinkannya keluar dengan bos. Keizinan yang bersyarat. Terpaksalah tunaikan bila sudah berjanji.
Bau yang menyelerakan masuk ke dalam hidung sebaik sahaja apabila mereka berdua lalu dihadapan gerai yang menjual char kuew tiaw. Abang tukang goring keaw tiaw tu macho sahaja gayanya menghayun senduk dan sudip untuk mengacau kuew tiaw di dalam kuali. Aryana dan bos saling berpandangan melihat aksi abang tukang goring kuew tiaw.
“Bos nak makan kuew tiaw jap.” Pinta Aryana. Aryana buat muka. Dia nak makan char kuew tiaw walaupun perutnya masih penuh lagi dengan ayam goring kfc yang bos belanja sebelum menemaninya membeli hadiah tadi.
“Mengarutlah. Tadi kan ker dah makan.” Tukas Ilham.
“Bos nak makan kuew tiaw.” Kata Aryana.
“Makan kat sini.” Ilham berkata. Matanya beralih dari arah dalam gerai kanopi yang mempunyai meja dan bangku tempat semua pelanggan menjamu kuew tiaw di tapak pasar malam ini.
Aryana menarik sengih. Dia angguk kepala.
“No.” Ilham berkata dengan jengkel.
Dia takkan makan di tempat kotor macam ni. Nak buat keputusan untuk pergi pasar mala mini pun dia berada di dalam persimpangan delema sama ada ingin diturut kehendak aryana atau tidak tadi. Melampaulah Aryana tu jika memaksa dia untuk makan di sini. Malulah kalau dia terserempak dengan sesiapa yang mengenalinya. Reputasi kena jaga selaku anak seorang tokoh korporat yang berjaya. Mana boleh mukanya bersepah di sana sini. Lagipun sejak mukanya ini masuk di dalam majalah tempoh hari, dia bagai telah di aimed. Banyak kali dia mengelak apabila ada sahaja wartawan yang mahu menemuramah dia berkenaan dirinya yang dikaitkan dengan model temulawak tu. Kalau jumpa wartawan macam mana? Haiihh.. Cik Aryana ni macam tak faham-faham lagi.
“Boss…”
“Aryana no.”
“Sekejap ajer bos. Yana teringin sangat nak makan char kuew tiaw.” Rayu Aryana.
“Aryana please. You already know who I’m right. Saya ikut awak ke sini untuk belikan nasi kerabu makcik awak pun dah cukup baik. Jangan nak mintak yang bukan-bukan.”
“Boss!!”
“Jom. Jangan nak mengada. Saya bos awak bukan boyfriend awak yang boleh awak suruh itu ini.”
Aryana tersentak dengan kata-kata bos itu. Dia dah buat macam-macam untuk bos. Kerja lewat malam tanpa claim OT. Kongsi bekalan yang dibawa. Selalu kena marah dengan girlfriend bos setiap kali dia bertindak cuba melindungi. Tempat tadahan bebelan dari Datin Rokiah Kamsan. Kalau nak disenaraikan satu persatu, berkajang kertas kena pakai. Tapi apabila dia minta teman sebentar untuk menikmati char kuew tiaw, bos boleh tergamak cakap macam tu.
“Yess boss..” Aryana bersuara rendah. Dia berjalan terus menuju ke kereta bos. Sebaik alarm kunci berbunyi Aryana terus masuk ke dalam tanpa bercakap sepatah. Dia masih sedih kerana kempunan nak makan char kuew tiaw.
Ketika hendak menghidupkan enjin kereta, Ilham sempat mengerling sekilas ke rah Aryana yang diam menikus. Muka Aryana jelas kelihatan monyok. Merajuk sebab tak dapat makan char kuew tiaw. Enjin dihidupkan. Ilham bermain dengan free gear dan pedal minyak yang ditekan. Dia mengeluh perlahan. Enjin kereta di matikan.
“Jom.” Putus Ilham.
Aryana berpaling. Dahinya berkerut. Tidak faham pada ‘jom’ bos itu.
“Jom. Makan char kuew tiaw.” Kata Ilham sambil mempamer senyumannya.
Muka Aryana kembali ceria.
“Betul ni bos.” Mata Aryana mula bersinar gembira.
“Yezzer..Jom.”
“Best lah bos ni.” Aryana melompat keluar dari perut Harrier.
“Best jer?”
“Inilah yang buat Yana suka bos ni.”
“Suka jer?”
Aryana gigit bibir bawah. “Jomlah bos.” Dia meninggalkan bos dan terus menuju kembali ke gerai menjual char kuew tiaw.


Ilham merenung Aryana yang berselera menjamah char kuew tiaw yang masih berasap bersama lada hijau jeruk. Berseleranya Aryana macam tadi tak makan apa-apa. Ilham memandang pula piring char kuew tiawnya yang masih belum bersentuh. Sedikit was-was untuk dia makan char kuew tiaw ini. Apatah lagi tempat makannya tidak selesa. Meja panjang ini turut ada dua tiga pasangan yang turut makan sekali dengan mereka.
“Bos kenapa?” Aryana menjongket kening. Dia menghela nafas lemah. Tahu bos tak lalu nak makan char kuew tiaw di tempat macam ni. Aryana menyudu char kuew tiaw bersama sepotong lada jeruk dari pinggan polistren bos. “Aaa…” Bos disuruh buka mulut.
Ilham menaik kening.
“Cuba rasa. Sedaplah..” Sudu plastik masih lagi dihala pada mulut bos.
Ishhh…Ilham merengus. Sudu plastik dari tangan Aryana di ambil. “Saya boleh makan sendiri.”
Aryana menjongket bahu. Dia menanti bos merasa char kuew tiawnya.
Ilham memasukkan sudu berisi char kuew tiaw ke mulut. Terasa tidak puas merasa dengan hanya sesudu lalu disudu lagi kuew tiaw itu dan masuk ke dalam mulut.
“How?”
“Sedaplah Yana..” Kata Ilham laju.
Aryana hanya ketawa melihat keletah bos. Makan dengan pelahapnya. Kesian, dah tua baru dapat merasa nikmatnya makan char kuew tiaw bersama lada jeruk. Tu la orang kata. Belum cuba belum tahu. Bila dah cuba, sepinggan pun tak cukup. Bos makan dua pinggan char kuew tiaw tau.
Selesai makan bos menghantar dia ke rumah. Terasa penat badan menemani bos membeli hadiah Datin Rokiah Kamsan selepas berkerja sepanjang hari bagai hilang dibawa angin lalu apabila hati ini makin rasa bahagia. Satu lagi peristiwa manis yang akan dicoretkan pada lembaran baru diari hatinya. Hari ini macam hanya ada ‘aku, dia dan char kuew tiaw….

------------------------------------------------------------------------


Untuk korang,

Enjoy okey.

P/S: tiba2 rasa teringin char kuew tiaw ketika membaca kembali n3 ini. :)


luvs,
eila

Wednesday, May 19, 2010

YESS BOSS!! BAB 9

“Bagus betulkan bos tu. Rajin buat amal jariah. Belanja pekerja-pekerja dia.” Kata Harun girang. Tangannya mengusap perut yang kekenyangan. Nak berjalan menuju ke pejabat pun terasa lemah sahaja. Alangkahbaiknya jika hari ini cuti. Bolehlah lepas makan dia tidur.
Aryana menjulingkan mata. Abang Harun sekadar dijeling sekilas. Dia berjalan cepat. Mahu segera naik ke atas.
Bos tu membuat amal jariah kerana ingin memberi ganjaran kepada dirinya dan Abang Harun yang rajin sangat menjadi cover line untuk setiap aktiviti tidak sihat dia. Jika tidak pasti lelaki ini tidaklah semurah hati sangat nak belanja kakitangannya makan di restoran mahal. Kalau bos bermurah hati, kenapa tidak dia belanja pada semua kakitangan di sini. Kenapa mesti Aryana dan Abang Harun. Ah… Itu semua rasuah. Rasuah agar dia dan Abang Harun dapat membantu bos di lain masa. Trick tu dah lama dia dapat baca.
Aryana masih lagi membungkam. Abang Harun dibiarkan sahaja. Buka sahaja pintu lif terus dia masuk ke dalam. Dia tidak berhajat untuk berbual-bual dengan Abang Harun tentang kebaikan bos hari ini. Jika tidak kerana Abang Harun yang berusaha memujuk dia untuk turut sama tadi dia pun malas mahu pergi. Lebih baik dia makan bersama Kak Midah lagi baik.
“Lerr… Dah kena belanja dekat restoran mewah tadi pun nak muncung sedepa jugak ker. Yang semalam tu semalamlah. Lupakan.” Balas Harun apabila melihat Aryana masih lagi memboikotnya. Sudahlah tu muka pun masam macam cuka. Katanya tak ada selera mahu makan bersama bos tapi habis jugak sepinggan nasi. Pelik juga Harun mengenangkan sikap Aryana yang tidak pernah suka dengan sikap bos. Baginya biarlah bos dengan sikapnya itu, kita yang hanya pekerja ikutkan sahaja. Tapi tidak pada Aryana, sekarang ini sudah pandai komplen tentang sikap bos. Bukan lagi secara belakang-belakang seperti gadis ini mula berkerja dulu, sekarang ini Aryana lebih terbuka untuk mengkomplen bos hadapan-hadapan. Bos pula tidak pernah melenting jika Aryana membebel di tepi telingannya, sebaliknya bos lebih bersikap cool dan menerima sahaja. Paling-paling kuat, bos sekadar ketawa sahaja apabila Aryana membebel di tepi telinganya.
“Semalam tu memanglah semalam. Tapi yang hari ini ni, kes semalam tak setel lagi hari ini sudah pandai angkut perempuan lain. itu pun dengan adik waiter restoran tu.” Kata Aryana senafas. Masih tidak puas hati dengan sikap bos. Makin lama dia berkerja dengan lelaki yang bernama Ilham Irfan tu, makin jengkel pula dia dengan sikap bos yang tidak pernah mahu berubah. Datuk pula kenapa harus di pandang sebelah mata sahaja sikap anak terunanya. Makin naik tocanglah bos. Macam jin pakai toceng!!!
Ting!! Pintu lif terbuka. Laju Aryana melangkah. Harun pula senak-senak perut menyaingi langkah Aryana yang sudah ke depan.
“Biar ajerlah. Yang Yana nak susahkan buat apa. Lebih baik Yana buat ajerlah kerja Yana. Bos buat kerja bos.” Kata Harun. Sudah berkali dia mengajar Aryana agar jangan nak pening-peningkan kepala memikirkan sikap bos tu. Orang dah besar. Pandailah dia memilih yang mana baik yang mana buruk.
“Malaslah nak bercakap dengan Abang Harun ini. Tak habis-habis nak menyokong bos.” Getus Aryana. “Ini bos ni balik ker tak kat office ni. Sibuk dengan perempuan sampai lupa pejabat!!” Bebel Aryana. Bos dengan mudah pula keluar dengan adik waiter yang kononnya boleh sahaja mengambil cuti separuh hari jika ‘cik abang handsome’ mahu mengajaknya keluar. Cik Abang Handsome itulah gelaran yang adik waiter tadi berikan pada bos yang benar-benar membuatkan semua makanan yang baru dijamah Aryana mahu terkeluar balik. Dia yang hari-hari mengadap muka bos pun tidak pernah perasan yang lelaki itu handsome. Tak langsung!!! (Jangan percaya, sebab sebenarnya bos tu handsome tau!!)
“Dia baliklah. Tak lama tu. Sikit lagi dia telefonlah abang untuk ambil dia balik. Yana pergilah masuk pejabat. Abang nak lepak dekat tempat Kak Midah. Dah lama tak update cerita dengan Kak Midah tu.” Ujar Harun apabila mereka berdua telah sampai ke pejabat.
“Yerlah!!” Jawab Aryana sepatah. Terus sahaja dia ke biliknya yang jauh ke belakang.

“Eehh…Da…Da..Datin..” Kata Aryana tergagap apabila melihat Datin Rokiah Kamsan sedang duduk di atas sofa di dalam biliknya. Terkejut bukan kepalang apabila melihat Datin Rokiah tiba-tiba berada dis ini. Dia bukan pernah berjumpa dengan Datin Rokiah Kamsan. Dia cam wajah Datin pun kerana dia pernah melihat foto keluarga Datuk Maarof dulu. Adalah dua tiga kali dia melihat foto yang tergantung di blik datuk Maarof ketika mahu menghantar dokumen atau pun fail kepada datuk. Hari ini baru dia dapat bertemu dengan orangnya.
“Kamu Aryana.” Tanya Datin Rokiah tegas.
Aryana menelan air liur. Dia mengangguk perlahan. Senyuman terukir sedikit. Gerun mendengar suara Datin Rokiah Kamsan yang macam cikgu besar tu.
Datin Rokiah Kamsan hanya mengangguk. Matanya memerhati seluruh ruang di dalam pejabat. Puas dia memerhati dia memandang pula gadis yang bernama Aryana ini.
Aryana tersenyum lagi apabila melihat Datin Rokiah Kamsan sedang memandangnya. Dia juga turut sama memerhati setiap gerak geri cara dan pakaian Datin Rokiah Kamsan. Cantik. Walaupun Datin Rokiah Kamsan sudah berumur ternyata wanita ini pandai bergaya. Sungguh elegan. Fesyennya ala-ala muslimah moden. Datin Rokiah Kamsan bukan jenis datin-datin yang hanya gemar berselendang menampakkan jambul berwarna perang-perang paku karat. Datin Rokiah Kamsan edisi mak datin-mak datin yang pakai tudung litup tutup semua aurat. Tapi tetap cantik. Tetap bergaya. Tetap meletup!!! Ya. Bila sudah berduit. Semua benda boleh jadi cantik. Tak mustahil. Contohnya tak akan ada sesiapa pun yang berani nak kata Datin Rokiah Kamsan yang menggayakan tudung Ariani koleksi Tiara Chiffon berhias swaroski dan lace Itali yang dipakainya sekarang ni tak cantik walaupun secara jujurnya kelihatan Datin Rokiah Kamsan amat canggung dan langsung tak sesuai dengan umur nak mengagayakan tudung Ikin Mawi tu. Tudung kepala yang harganya adalah mencecah sehingga lima ratus 'hengget’ boleh sahaja membuat sesiapa nampak cantik kan.
“Ilham ke mana?” Soal Datin Rokiah mematikan keadaan sunyi yang menemani dia dan Aryana.
Aryana mula gelisah apabila soalan berkenaan bos diajukan padanya.
“Errmmm…ermm…” Aryana teragak-agak untuk memberitahu tentang lokasi sebenar Encik Ilham berada sekarang ini. Dia tak berani hendak menipu Datin Rokiah Kamsan. Datin Rokiah Kamsan ibunya bos. Takkanlah seorang ibu patut untuk dia tipu-tipukan.
Datin Rokiah melepaskan keluhan lemah. Dia sudah tahu apa jawapan yang akan diberikan oleh gadis ini. Ilham Irfan tidak pernah berubah. Entah perangai siapalah yang diikutnya. Tak habis-habis dengan perempuan.
“Aryana awak ada semua contact number or anything tentang semua teman wanitanya.” Soal Datin Rokiah Kamsan.
“Hahh…” Aryana sedikit tercengang dengan soalan Datin Rokiah Kamsan. Mak Datin ni pun. Macam tahu-tahu ajer yang dia memang ada menyimpan particular setiap perempuan yang pernah atau bakal menjadi kekasih bos. Itu kan memang sebahagian daripada tanggungjawabnya menguruskan mereka-mereka itu.
“Ada ke tiada?” Suara Datin Rokiah sedikit meninggi menyoal Aryana yang menjadi blur seketika.
“A…ada..Datin.” Semakin gagap Aryana jadinya. Laju dia menuju ke cabinet besi. Dikeluarkan ring fail didalamnya lalu dibawa kepada Datin Rokiah Kamsan. Ring fail diletak di atas meja kopi. Diselak satu persatu di hadapan Datin Rokiah Kamsan.
“Astagfirullahalazim…Ilham Irfan.” Mengucap panjang Datin Rokiah apabila melihat setiap gambar-gambar teman wanita anak terunanya. Sudahlah penuh satu fail pulak tu.
“Semua ni?” Datin Rokiah masih menyoal Aryana. Inginkan kepastian.
Aryana hanya mengangguk sambil tersengih.
“Darah tinggi saya melihat gambar-gambar ini semua Aryana. Pergilah awak simpan.” Arah Datin Rokiah. Diurut-urut dada selepas melihat satu persatu gambar calon menantunya itu. Kalau beginilah calon yang ingin Ilham perkenalkan pada seluruh ahli keluarga, mintak maaf, tumpang lalu memang awal-awal dia reject. Calon menantu dia tidak perlu cantik paras rupa, cukuplah gadis yang akan menjadi teman hidup satu-satunya anak lelaki yang dia ada cantik pekerti serta pandai menjaga adab sopan. Kalau pakai baju pun pandai terdedah-dedah sehingga menampahkan lurah atas bawah, memang dia tidak berkenan. Out ke tepi!!
“Bos kamu tu Aryana tak ada ker perempuan-perempuan yang elok sikit dia nak jadikan teman?” Datin Rokiah mula mengorek rahsia Ilham dari Aryana.
Soalan dari Datin Rokiah mengundang tawa kecil dari Aryana. Luculah Mak Datin ni. Macam tak tahu sudah sejak azali lagi taste anaknya memang begitu lagi mahu tanya.
“Aryana saya ni bertanya dengan serius ni. Ada yang lucu ker pada soalan saya tadi.” Datin Rokiah menyoal tegas. Keningnya terangkat sebelah apabila melihat gadis berbaju kurung kain kapas ini mengekek ketawa sambil menekup mulut dengan telapak tangan.
Ketawa Aryana mati. Tangannya dibawa ke bawah. Dia menggigit bibir bawah. “Tak Datin. Tapi dah itu yang bos suka. Tak boleh nak buat apalah.” Jawabnya perlahan.
“Kamu boleh tolong saya.” Pinta Datin Rokiah.
Aryana mengerut dahi.
“Tolong?”
“Tolong buat tapisan siapa-siapa perempuan yang keluar dengan Ilham. Kalau boleh biar yang nak keluar dengan Ilham tu semenggah sikit lakunya. Awak pun satu. Macam tak boleh adjustkan bos awak tu dengan perempuan yang baik-baik. Ini awak ikutkan ajer. Cukuplah Harun sorang ajer yang mengikut telunjuk bosnya. Janganlah awak pun dua kali lima jugak Aryana.” Ujar Datin Rokiah.
Dahi Aryana makin galak lipatnya. Pening pula dia mendengar cadangan Datin Rokiah Kamsan agar dia perlu membuat tapisan ke atas semua perempuan yang ingin keluar dengan bos. Macamlah di pejabat ini dia tidak ada kerja lain yang ingin dilakukan.
“Boleh Aryana?” Soal Datin Rokiah. Redup matanya merenung ke dalam mata Aryana.
Aryana menjadi serba salah di atas permintaan Datin Rokiah. Perlukah dia lakukan semua itu hanya kerana dia seorang setiausaha kepada bos yang fesyen seperti bos itu. Takkanlah tanggungjawabnya perlu menjadi sebesar dan serumit seperti yang Datin Rokiah minta. Lagipun siapalah dia nak menilai perempuan-perempuan tu semua. Dia pun hanya wanita biasa yang banyak juga kelemahannya. Lagi satu, kalaulah dia mencari calon-calon yang baik untuk bos mahukah lelaki itu dengan pilihannya. Ya. Pastilah bos nak. Janji calonnya itu mesti cantik!!!
“Tapi Datin….”
“Aryana, Datuk sendiri meletakkan keyakinan yang tinggi pada Aryana. Saya dan datuk dah jenuh nak membentuk Ilham. Kami tak mintak Aryana untuk mengubah Ilham, tapi sekurangnya Aryana boleh memujuk Ilham agar tinggalkan aktiviti tak senonohnya itu. Buat pengetahuan Aryana Ilham dah lama tak pulang ke rumah. Macam mana kami berdua nak memantau apa yang dilakukan.” Beritahu Datin Rokiah.
Aryana memandang Datin Rokiah yang berwajah keruh. Aiseyhhh…. Ni yang den lomah ni..
“Saya cubalah datin. Tapi saya tak berani nak berjanji apa-apa. Encik Ilham tu bos. Saya ni hanya pekerjanya sahaja. Nak cakap banyak-banyak pun payah. Saya buatlah apa yang termampu. Datin janganlah berharap sangat.” Aryana bersuara.
Wajah Datin Rokiah kembali ceria. Walaupun Aryana tidak menjanjikan apa-apa tetapi sedikit sebanyak dia tetap berasa gembira. Sekurang-kurangnya Aryana boleh juga perhatikan Ilham di pejabat. Malah dia juga tahu, yang Aryana juga merupakan orang kepercayaan Ilham selain Harun. Hendak mengharapkan Harun yang buat pemantauan buat menghabiskan beras sahaja. Harun memang setia pada bosnya. Disogok dengan apa sahaja pun mulutnya tetap dikunci rapat. Hanya Aryana yang boleh diharapkan. Bila perempuan bercakap dengan perempuan lebih senang untuk berdiplomasi. Datin Rokiah mempamer senyumannya kepada Aryana.
“Okeylah Aryana. Ini kad saya. Apa-apa call saya. Dan kalau boleh beritahu Ilham minta dia balik ke rumah malam minggu ni. Kami ada buat makan-makan keluarga. Semua ahli keluarga berkumpul, jangan pula dia menjadi badan berkecuali dengan ahli keluarga sendiri.”
“Okey datin.”
“Jumpa lagi yer. Saya balik dulu.” Pinta Datin Rokiah.
Aryana menghantar Datin Rokiah sehingga ke pintu. Keluar sahaj Datin Rokiah, nafas lemah dihela. Sesak dada. Apalah yang ada pada dirinya sehingga Datuk dan Datin boleh mengharapkan dirinya untuk membentuk bos yang dah tua tu. Kalau sudah dasarnya buluh meriam, tetaplah buluh meriam. Bukanlah tidak boleh dilentur langsung tapi sebelum dilentur tu perlu diraut sehalus yang boleh. Barulah senang untuk dilentur. Tapi strategi nak meraut tu yang buat dia pening. Haihhhh… Makin bertambah pula rutinya sebagai seorang setiausaha kepada lelaki yang macam bos. Terpaksalah dia menjadi manusia yang pasrah dan tabah hari-hari….


______________________________________________________________________

Entah kenapa sejak akhir2 ini saya rasa mata pen saya semakin tumpul nak mencoret sesuatu di atas lantai blog. Perasan juga yang menulis pun sudah tidak selaju dulu. Lagi satu, bila baca balik apa yang dah tulis rasa macam tak best dan rasa macam hampeh ajer...sebab tu macam tak sure nak masuk dalam blog... sejujurnya, Yess Boss ni dah lebih dari separuh siapnya. tapi setiap kali baca balik mesti kena ubah. story line dah haru biru dah ni.. tak tau apa sebenarnya yang patut dan tak patut nak masuk ikut kesukaan pembaca seperti komen2 +ve dan -ve yang diterima melalui BPMA dan 2x5. haiiiihhh...

so, pada korang yang membaca harap terhiburlah hendaknya. saya sedang berusaha untuk menceriakan korang semua dgn tulisan saya. kalau rasa benda ni macam hampeh/sampah korang boleh abaikan ajerlah. kepada yang komen2...weeeee...terima kasih sangat2.. komen -ve or +ve saya terima dengan hati terbuka. itu semua satu proses pembelajaran, kerana setiap kritikan itu semangat untuk menjadi yg terbaik.

Sekian. terima kasih.
luvs,
eila