Tuesday, May 22, 2012

Pencinta Terbaik 8

“Huh… Lepas aku bakar semua gambar, buang semua hadiah, delete semua benda yang ada kaitan dengan Lutfi Adam aku rasa lega. Fresh gila kut.” Airani bercerita dengan semangat tentang perasaannya kini sewaktu keluar ke pusat membeli belah dengan Syila keesokkan harinya.


“See… Aku dah bagi tahu. Kau tu jer yang lambat bertindak. Lembab!!” Ujar Syila sambil keningnya menari ronggeng.

Airani ketawa kecil. “Thanks sebab jadi kawan yang setia untuk susah dan senang aku.” Ucapnya jujur. Lengan kanannya melingkar ke tengkuk Syila yang berjalan disebelahnya menunjukkan betapa dia terlalu menghargai kehadiran Syila yang sentiasa bersama ketika dia gembira dan tidak pula meninggalkannya ketika dia sedang berduka nestapa. Sememangnya jika bukan kerana ketegasan Syila malam semalam, pasti dia melankolik lagi. Bayangkan semenjak putus dengan Lutfi dulu dia tidak pernah lagi masuk ke dalam McDonald hanya kerana Restoran Mcdonald selalu buat dia terkenang indahnya bercinta di zaman persekolahan kerana Mcdonald berhadapan Pasar Besar Ipoh itu adalah port tempat dia dan Lutfi selalu berdating.

“Well… You know me.” Balas Syila sambil keningnya hebat menari ronggeng.

Kali ini Airani sedikit jelik dengan tingkah Syila yang tidak habis-habis meninggi diri. Mentang-mentang kerana Syila, dia gembira hari ini, melebih-lebih pula. Inilah yang Airani malas kalau mahu memuji atau mengagumi Syila. Syila kalau sudah kembang payah untuk kincup-kincup kembali.

“Hari ni aku belanja kau, lagipun masa kau jadi kaunselor tak bertauliah aku hari tu aku tak bayar apa-apa pun.” Ujar Airani ketika mereka berdua sedang berbaris untuk membeli Mc Donald.

“Beb, khidmat aku mahal tau. McD jer. Itupun time lunch macam ni. Sah-sahlah time macam ni berger murah.” Komplen Syila.

Airani ketawa mendengar bebelan Syila itu. “Alahh.. Jadilah. Janji aku ikhlas.” Ujar Airani sambil mengejit sebelah mata. Sekarang giliran keningnya pula yang menari sakan.

Syila mencebek. “Yerlah.” Ujarnya panjang. Nadanya seperti tidak puas hati apabila atas usahanya mengembalikan kegembiraan Airani itu hanya berbalas dengan set BigMac besar yang dibeli ketika harga berger jatuh menjunam dari pukul 12 tengahari sehingga pukul 3 petang.

“Eh… nanti aku belanja kau sehelai tshirt dekat Dorothy Perkins okey.” Kata Airani ketika membawa dulang berisi berger kegemaran kami ke tempat duduk yang sedikit terceruk berdekatan dengan tempat mengambil sos. Mana-mana restoran makanan segera yang kami pergi, sememangnya kalau boleh kami berdua akan memilih ke tempat yang paling berdekatan dengan tempat sos. Senang, nak ambil kaedahnya.

“Yer ker. Baiknya kau.” Syila berteriak gembira ketika mendengar tawaran istimewa daripada Airani itu.

Airani melihat Syila yang gembira sakan. Mata Syila bersinar-sinar. Pasti sedang membayang blause bagaimana yang akan dibelinya di butik DP itu nanti. Dia tahu, Syila memang gila berfesyen.

“Tapi tak boleh lebih RM50.” Sempat Airani berpesan sebelum Syila berangan lebih-lebih. Memang dia dan Syila berkawan baik. Tapi disebabkan tengah bulan begini tidaklah pulak dia mahu menjadi kawan baik yang sangat baik sehinggakan mahu menghadiahi sehelai gaun makan malam berharga RM350 kepada Syila. Agak-agaklah sikit. Dia pun pakai baju beli di jalan TAR sahaja.

“Mana ada blouse harga RM50 dekat DP.” Gumam Syila. Keterujaannya bagai diragut apabila Airani mengenakan syarat tentang harga baju yang akan dia beli nanti.

“Kalau macam tu kau top up sendirilah berapa yang tak cukup.” Ujar Airani sekaligus memberi buah fikiran yang bernas. Matanya berkelip-kelip sambil membuat muka comel dengan harapan sahabat yang satu itu faham tentang keadaan manusia sepertinya di tengah bulan . Sesak!

Syila mengukir senyum sinis. “So sweet…” Ujarnya sambil dua-dua tangan diletakkan ke bahu sambil muka berpaling ke tepi.

“Okeylah tu. Janji aku ikhlas.” Ujar Airani tidak mahu Syila memperlekehkan RM50 yang ingin dia berikan kepadanya.

“Yerlah…Yerlah... RM50 pun aku terima. Janji kau ikhlas. Kan…..” Balas Syila. Serentak kemudian kami sama-sama ketawa sambil menikmati hidangan yang dari tadi hanya terbiar sahaja.

“Aira………” Airani hampir tersedak BigMac yang baru masuk ke dalam mulut. Dia kenal suara yang menyapa dari belakang itu. Affendi Imran!

“Macam mana pulak aku boleh terserempak dengan mamat ni dekat sini pulak.” Airani menggumam perlahan sambil memandang tepat ke mata Syila. Syila pula sudah tersengih-sengih.

“Itu namanya jodoh. Lagi kau cakap kau tak suka, lagi dia selalu datang dalam hidup kau.” Ujar Syila sambil mengekek menahan ketawa.

“Ini bukan jodoh. Ini musuh.” Balas Airani bengang. Bengang betul kala melihat Syila yang sudah ketawa begitu.

“Hello… Awak berdua bisik apa ni.” Tegur Fendi seraya terus menarik kerusi kosong di sebelah Airani. Dia tanpa segan silu terus sahaja melabuh punggung di situ.

“Eyhh…siapa suruh awak duduk dekat sini. Kan banyak lagi meja kosong.” Airani memarahi Fendi yang bermuka tembok dan selamba sahaja duduk bersebelahan dengannya. Seperti tidak tahu malu pula. Tiada siapa pun yang ajak Fendi join sekali di sini. Macam tak ada meja lain yang kosong. Huh!! Airani mengitari pemandangan di seluruh restoran ini. Time berger tengah murah, memang payah nak jumpa meja kosong. Ngee…

“Awak yang manis dan cantik, awak kisah tak kalau saya nak duduk sini. dengan awak dan kawan awak ni.” Fendi berkata selamba sambil memandang ke arah Syila.

Tingkah Fendi itu membuatkan Airani bertambah meluat. Bajet romeo jer kan. Syila yang berada di hadapannya pula tersipu-sipu malu apabila dipuji manis dan cantik oleh lelaki yang bernama Fendi Imran. Huh!! Menyampah menjadi berganda-ganda!

“Saya tak kisah. Duduklah. Lagipun meja ni terlalu besar untuk dua orang.” Syila memberi kebenaran sambil mengangguk perlahan.

Kata-kata Syila itu membuatkan Airani automatic mengeluaran dengusan kasar.

“Rambut dah kemas.” Gurau Syila sambil telunjuk menunjuk ke arah rambut Fendi yang bersikat kemas. Fendi tidak seperti ketika pertama kali dia bertemu di kampung Airani dahulu. Hari ini penampilan Fendi jauh lebih kemas, dan rapi. Lelaki ini juga kelihatan segak.

Fendi ketawa sambil memegang rambutnya. Ketika Fendi sedang ketawa, Airani dapat melihat lesung pipit yang melekuk di sebelah kanan pipi Fendi itu. Bertahun dia mengenali lelaki bermulut puaka ini, langsung dia tidak sedari yang Fendi mempunyai satu senyuman yang mampu mencairkan hati wanita-wanita di seluruh dunia. Errmm… Tapi bukan Dian Airani lah! Wanita lain.

“Tak nak pergi order ker.” Syila bertanya ramah.

Airani semakin pijar dengan sikap Syila yang terlalu peramah dengan Fendi itu. Keramahan yang Syila tunjukkan akan membuat Fendi akan terus menerus duduk semeja bersama kami. Airani tidak mahu ada Fendi di sini. Seleranya hilang bila melihat muka Fendi. Hey… Syila adalah sahabat dia. Semestinya Syila tidak boleh menjadi sahabat kepada musuh tradisi dia juga.

“Owh saya dah kenyang. Saya baru lepas makan dekat mapley tadi.” Balas Fendi sambil memegang perutnya. Ekspresinya menunjukkan dia begitu kenyang sangat selepas menikmati sepinggan nasi kandar dengan kari kepala ikan.

“Habis kalau dah kenyang buat apa duduk dekat sini.” Airani yang lebih banyak mendiamkan diri tiba-tiba mencelah.

“Eh…Takkan saya tak boleh nak duduk berborak dengan awak. Saya nampak awak dekat sini, jadi saya datanglah. Awak ni peliklah. Dengan orang kampung sendiri pun nak berlagak.” Sedas Fendi.

“Eh…Memang taklah. Kau tahukan yang aku alergic bila dekat-dekat dengan kau tak kiralah orang kampung ker tak orang kampung ker.” Jawab Airani pula tanpa memandang Fendi di sebelahnya.

“Kenapa, gatal-gatal ker badan awak bila dekat saya.” Balas Fendi sambil merapatkan sedikit kerusinya ke arah Airani. Tindakan Fendi itu membuatkan Airani cepat-cepat menjauhkan kedudukkan badannya dari bersentuhan dengan lelaki itu.

“Ngeee…” Airani menggenggam penumbuk. Geram! Tetapi, ada rasa yang berdetik di hati. Ya. Kenapa wangian yang Fendi pakai sangat-sangat dia kenali. Issey miyaki. Kegemaran Lutfi. Huh!!!

“Sayang….lama tunggu saya.” Fauzi menyapa tiba-tiba. Semua mata terarah ke arahnya.

“Bukan awak outstation ker Fauzi.” Airani menyoal. Fendi yang masih lagi dekat dengannya ditolak kasar. Lucu sedikit apabila Fendi hampir terjatuh dari duduknya. Padan muka.

“Memanglah saya baru sampai. Tapi sebab rindu sangat dekat Syila, terus datang jumpa dia dekat sini.” Balas Fauzi bersahaja lalu terus dia mengambil tempat di sebelah Syila.

Airani yang mendengar kata-kata Fendi sekadar mengangguk-angguk. Yerlah kan. Pasangan bahagia. Baru berpisah tiga hari terasa bagaikan tiga ratus tahun. Poyo jer!

“Errmm…Siapa ni.” Fauzi bertanya. Matanya dikerling ke arah Syila. Dia risau jika dibelakang Syila buat skandal dengan lelaki lain. Syila kan terkenal dengan sikapnya yang mesra rakyat. Sikap peramah Syila yang tidak kena tempat itu seringkali menimbul cemburu di hati lelakinya ini. Orang secantik Syila pasti akan menjadi rebutan mana-mana lelaki.

“Hey… Kotor okey. Awak ingat ini skandal saya ker. Saya setia okey.” Syila menyiku manja apabila Fauzi yang sudah menunjukkan tanda-tanda cemburu.

“Geli aku.” Ujar Airani sambil menayang muka meluat melihat tingkah Syila yang seperti mengada-ngada itu apabila ada Fauzi di sebelahnya. Kalau dia adalah sahabat yang jahat dia bagi tahu Fauzi yang baru sekejap tadi Syila begitu ramah dengan si Fendi ni.

“Betul ni.” Kata Fauzi inginkan kepastian.

Airani kembali menyambung menjamah kentang goreng. Malas mahu mengambil pusing perbualan manja sayang-sayang antara Fauzi dan Syila. Ketika ini, tangan Fendi juga jahat cuba mencuri kentang goreng yang telah dia longgokkan di dalam dulang. Serta merta tangan yang jahat itu Airani pukul. Kalau mahu, pergi beli sendiri. dia tidak sudi share kentang goreng yang dah sejuk bedi ini dengannya.

“Kedekut.”

Hati Airani bagai digeletek rasa lucu apabila mendengar Fendi menggumam perkataan itu.

“Sayang ini Fendi kawan Aira.” Syila memperkenalkan Fendi kepada Fauzi.

“Owhh…Awak tak cakap pun dekat saya Aira yang awak ada kawan lelaki yang lain selain Lutfi.” Lancar mulut Fauzi berkata membuatkan Airani tersentak. Kening Airani terangkat sebelah.

“Awak…” Pantas Syila menarik lengan Fauzi agar sedikit dengannya. “Lupa ker. Lutfi dah tak wujud lagilah dalam hidup Aira.” Ujar Syila sedikit berbisik di tepi telinga Fauzi.

“Opss…sorry. Saya lupalah. Badan penat lah sayang.” Kata Fauzi sambil tersengih-sengih.

“Jangan marah yer Aira.” Sambung Fauzi lagi. Fauzi masih lagi tersengih-sengih bagai kerang busuk dihadapan kami semua.

“Affendi Imran. Kawan Aira. Lelaki yang lebih baik, lebih hebat dan lebih kacak dari Lutfi Adam. Mungkin lelaki yang terbaik untuk Aira. Owhh yer… Saya ingin menjadi pencinta terbaik buat Dian Airani.” Ayat yang begitu panjang dan padat itu diluahkan dengan cara yang sangat gentleman oleh Fendi. Coke yang sedang Airani sedut pun nyaris-nyaris tidak tersembur. Pantas kepala Airani berpaling ke arah Fendi. Fendi tenang sahaja, tetapi dia pula yang rasa tidak tenang. Rasa seram sejuk.

Melongo Fauzi dan Syila mendengar kata-kata straigth to the point Fendi itu. Tidak lama kemudian mereka sama-sama tersenyum nakal sambil menjeling-jeling ke arah Airani yang sedang menahan geram terhadap Fendi. Fendi pula masih lagi berwajah selamba tanpa mengkhuatiri yang mungkin sikit masa lagi Airani akan bertukar menjadi raksasa besar yang akan memakan dirinya.

“Awak tolong jangan nak perasan boleh tak. Jangan nak bandingkan awak dengan Lutfi.” Airani cuba mengingatkan Fendi agar jangan sekali mahu menyama dirinya itu dengan Lutfi Adam yang beribu-ribu kali lebih baik dari dirinya. Hidup sentiasa menyakitkan hati aku ada hati mahu menjadi pencinta terbaik buat Dian Airani konon. Ayat drama tv sangat. Cemuh Airani di dalam hati.

“Tapi sekurang-kurangnya saya bukan macam Lutfi yang dah hancurkan hati awak.” Fendi menjawab bersahaja.

Airani merenung tajam ke muka bersahaja Fendi. Dia diam. Dia tidak ada modal untuk membalas balik kata-kata Fendi itu apatah lagi apa yang diucapkannya itu benar belakar. Lutfi Adam telah menghancurkan hati Dian Airani. Ah.. Fendi pun sama. Tiada beza antara hancurkan hati dan sakitkan hati. Sama jer.

Airani terus mencapai beg tangan lalu pergi dari restoran ini. Dia tidak kisah jika Syila mahu terus bersama Fauzi buat waktu ini, Dia boleh pulang sendiri.

“Ishh…Awak ni. Awak kalau suka, janganlah sakitkan hati dia.” Kali ini Syila memarahi Fendi yang ternyata memang agak bermulut puaka.

“Habis tu… Tak habis-habis Lutfi…Lutfi…Lutfi….” Kata Fendi bersama memek wajah yang jelas menunjukkan dia begitu jelik. Selamba dia menghabiskan kentang goreng yang berlonggok di dalam dulang. Air Airani pun selamba disedut.

Syila menggetus geram dengan sikap Fendi yang langsung tidak sensitive pada perasaan seorang wanita yang baru sahaja putus-sudah-kasih-sayang itu. “Memanglah Lutfi…Lutfi…Lutfi… Dah Lutfi tak macam awak, menyakitkan hati.” Marahnya lagi.

“Dahlah… Sayang, saya balik dulu yer. Awak lepaklah dulu dengan mamat ni. Kalau boleh awak tarbiyahkan sikit dia macam mana etika nak mengorat anak dara orang.” Kata Syila seraya mencapai tas tangannya. Dia mahu mengejar Airani.

“Laa… Habis kata rindu tadi.” balas Fauzi yang sedikit kabur dengan kejadian yang berlaku tadi. kenapa mesti Airani begitu tidak suka lelaki yang bernama Fendi ini. kata kawan sekampung.

“Esok kita jumpa yer. Saya tak boleh biar Aira balik seorang-orang. Emosi dia bukan stabil lagi tu.” Ujar Syila.

“Biar saya hantar Aira.” Kata Fendi memberi keputusan untuk menjadi sukarelawan untuk menghantar Airani pulang.

“Tak payah. Duduk sini belajar macam mana nak tackle perempuan.” Balas Syila laju terus berjalan. Beberapa langkah di hadapan dia kembali semula ke meja Fendi dan Fauzi. “Saya dendam dengan awak hari ni. sebab awak dah rosakkan mood Aira, dia tak jadi nak belikan saya blause dekat DP tau tak!!” Kata Syila. Telunjuknya naik hampir mengena ke biji mata Fendi. Kemudian dia terus meninggalkan mereka berdua yang terpinga-pinga.

“Perempuan…perempuan.” Fendi berkata sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepala. “Bila nak kawen.” Dia menyoal Fauzi.

“tiga empat bulan lagi.” Jawab Fauzi.

Seketika kemudian mereka sama-sama ketawa apabila mengenangkan beginilah sikap orang perempuan. Emosi tak kena tempat!





Wednesday, May 16, 2012

Pencinta Terbaik 7

Setelah bercuti lebih dari satu minggu di kampung, kini Airani pulang semula ke Kuala Lumpur. Kehidupannya mula berubah secara total setelah tamatnya kisah cinta penuh sadis antara dia dan Lutfi. Hari-hari kehidupannya melankolik sahaja. Mood happy-happy juga sudah hilang. Hari-hari dia hanya melayan rasa jiwang. Dengar lagu di radio pun semua lagu-lagu jiwang juga. Lagu jiwang karat tahap kecewa gila! Huh… Begini rupanya parah bila sakit putus cinta.




“Nah… Buang cepat. Kalau boleh, dalam friend list pun buang juga.” Ujar Syila sambil menghulurkan Macbook kepunyaannya ketika Airani sedang bergolek-golek di atas katil sambil melayan jiwa yang melankolik tak habis-habis.

Airani bingkas bangun dan duduk memanang Syila yang berwajah serius. “Kau nak aku buat apa ni.” Soalnya malas. Airani kurang faham apa maksud Syila datang ke biliknya dengan sebiji macbook saat dia sedang berehat untuk menenangkan fikiran yang berserabut.

“Cepatlah. Log in id Facebook kau. Lepas tu pergi delete semua gambar Lutfi yang ada dalam tu. Delete juga dia dari friend list kau.” Kata Syila bernada mengarah. Macbook itu dihulurkan rapat ke arah Airani.

“Ngee… Malaslah. Kau ni. Nantilah.” Airani menjawab malas. Arahan Syila dibiarkan sahaja. Dia kembali berbaring, melihat ke siling sambil berangan-angan sama ada malam ini waktu tidur ku akan ditemani mimpi indah berjumpa putera idaman atau tidak. Wajah Syila mencuka. Airani mengiring ke sebelah membelakanginya. Malaslah dia mahu melayan Syila malam-malam buta begini.

“Tak ada nantinya. Sekarang. Selagi kau tak delete selagi tu la macam mati laki jer. Cepatlah bangun. Bangun cepat….”

Airani terpaksa bangun apabila Syila sudah mula bergaya seperti ibu tiri. Syila juga tanpa belas telah memukul-mukul bontot sebelah kiri dia apabila dia mengiring ke tepi tidak mahu melayan arahan Syila itu. Sebelum dia mendapat mimpi buruk memiliki bontot yang besar sebelah lebih baik dia turutkan sahaja arahan Syila itu.

“Dah. Puas hati.” Ujar Airani selepas membuang ke semua gambar-gambar yang ada kena mengena dnegna Lutfi di dalam laman Facebook ku itu. “Menyesal betul upload banyak-banyak. Penat nak buat spring cleaning.” Ngomel Airani sendiri sebelum kembali berbaring semula.

“Ada lagi. Dalam friend list pun jangan ada nama dia. nama fiza tu pun jangan.” Syila mengarah lagi. Muncungnya panjang menghala ke skrin macbook.

“Eyhhh…mana boleh, macam mana nak tahu perkembangan diorang kalau dalam friend list pun nak kena delete.” Ujar Airani sedikit keras. Agak melampau Syila malam ini. takkanlah sampai di dalam senarai teman pun dia perlu delete nama mereka berdua. Walaupun dia tidak berniat mahu berteman mahu pun bersahabat lagi dengan dua orang makhluk itu, tetapi dia mahu juga mengetahui berita terkini tentang kehidupan pasangan bahagia itu. mana tahu, tang-tang berlaku krisis, dia boleh juga menyelit. Huh!! Kenapa di dalam fikiran selalu sahaja mempunyai niat buruk. Airani mengutuk dirinya sendiri kerana masih lagi menyimpan perasaan hasad dalam hati. mungkin kerana itulah jiwa selalu tidak tenang. Asyik tahu dengki sahaja.



“Kau jangan nak gatal sibuk nak ambil tahu hal suami orang. Cepat.” Kali ini Syila sudah memarahi Airani.

Airani mengetap bibir. “Ngee… Kau ni kecohlah.” Getusnya geram.

“Kecoh tak kecoh. Cepat. Nak suruh aku jadi kaunselor tak bertauliah kan. Baik kau buat apa yang aku suruh.” Ujar Syila. Dengan gaya memberontak Airani menekan kasar papan kekunci macbook Syila itu.

“Nah…Dah delete. Puas?!” Kata Airani sebaik selesai memadam nama Lutfi dan Fiza dari senarai kawan Facebook. Macbook Syila itu ditolak kembali kepada tuannya secara kasar. Syila berdehem.

“Handphone mana, handphone.” Ujarnya lagi. Tangannya diunjuk, meminta telefon bimbit milik Airani.

“Handphone nak buat apa pulak.” Soal Airani pula. Apa lagi kaunselor tidak bertauliah ini ingin lakukan lagi ni. menyesal pula dia mengupah Syila menjadi kaunselor tidak bergajinya.

“Adalah. Meh sini sekejap kau punya handphone.” Kata Syila.

“Nah.” Aku menyerahkan telefon bimbitku kepadanya kerana malas mahu mendegar radio rosak itu membebel lagi.

“Nama comel kau yang dia panggil Lola Bunny kan. Mesti nama dia Bugs Bunny. Yess. I got it!” Syila berkata-kata sendiri sambil menekan-nekan keypad telefon bimbit Airani. Kemudian dia menjerit apabila menjumpai apa yang dicarinya.

“Delete.” Arah Syila lagi.

“Takkan nombor telefon pun nak kena delete jugak. Nanti kalau ada apa-apa hal kecemasan susahlah aku nak call dia.” Kali ini Airani bagai hilang sabar dengan Syila. Ini sudah melebih-lebih. Takkan semua benda nak kena delete. Nombor telefon Lutfi tu penting. Manalah tahu kalau ada kecemasan, bolehlah minta tolong.

“Tak payah nak beralasan. Kalau ada kecemasan sekalipun macamlah kau tak boleh panggil orang lain. apahal pulak nak gatal pergi telefon Lutfi. Cepat delete.” Syila masih lagi melayan Airani bagai anak tiri. Semua kata-kata malam ini adalah satu bentuk arahan. Tidak ada sebaris ayat pun merupakan ayat penyata. Airani menggetus geram untuk kesekian kalinya lagi.

“Sekejap.” Kata Airani sepatah. Dia mengambil pen dan diari hitam di atas meja.

“Eyhh…kau nak buat apa tu.” Tanya Syila yang datang menghampiri Airani di meja tulis.

“Nak tulis dalam diari.” Ujar Airani selamba. Ballpen di tangan sudah mula mahu menari untuk menulis nombor telefon milik Lutfi di dalam diari hitam miliknya itu.

“Tak payah. Kalau tulis dalam diari, what’s the point aku suruh kau delete nombor dia dalam handphone kau.” Kata Syila. Dia merampas diari hitam itu tanpa sempat untuk Airani mencatit nombor telefon Lutfi di situ.

“Kau tak ada hak tau nak suruh aku buang semua benda yang berkaitan dengan Lutfi.” Airani bernada sendu. Air matanya mula mengalir. Dia sedih kalau semua benda nak kena buang. Semua benda nak kena delete. Walaupun Lutfi dah mengecewakannya, tapi dia masih sayang lagi kepada Lutfi. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula Lutfi yang dia pernah sayang dan cinta separuh mati. Huhhh!!... Tak bolehlah semua benda nak kena buang secara drastik. Kut yer pun nak ajar dia untuk melupakan Lutfi, buatlah pelan-pelan. Ini dalam satu malam semua kena buang parahlah!

Syila memengang kedua belah bahu Airani. Wajah Airani yang menjadi sugul itu ditatap. Dia melepaskan keluhan lemah seketika. “Aku kawan kau, yang nak tengok kau gembira. Aku tak mahu kawan aku yang asyik sendu jer dua tiga bulan ni sebab lelaki yang tak setia. Kalau kau buang semua benda yang boleh buat kau ingat dengan Lutfi, kau akan lebih rasa lega.” Kata Syila kepada Airani. Bukanlah dia terlalu zalim mahu terus membuat Airani menderita dengan tindakannya itu tetapi itu adalah yang terbaik. Airani ni selagi ada sahaja barang atau apa-apa perkara yang ada kena mengena dengan Lutfi begitulah dia. Sendu sahaja.

Airani memandang ke dalam mata Syila. Mencari kebenaran pada kata-kata sahabatnya itu.

“Mana kau tahu.” Soal Airani tidak percaya. Takkanlah semuda itu untuk dia lupakan Lutfi. Buang semua barang yang berkaitan denga Lutfi bermakna dia boleh lupa lelaki itu. Habis tu bagaimana pula dengan nama Lutfi yang terukir indah di dalam hatinya ini. Kalau begitu, sekeping hati milik Dian Airani pun perlu dibuang juga. Barulah boleh lupakan Lutfi. Kan!!

Syila berdehem. “Aku tahulah. Aku pun pernah kena kecewa dengan lelaki yang spesies macam ni jugak. Tapi aku okey. Tapi aku kental. Tak macam kau. Hati kecik. Jiwa halus.” Kata Syila sedikit angkuh.

Airani mencebek. Dia teringat bagaimana Syila putus cinta dua tahun lepas. Syila cuma menangis satu hari satu malam sahaja. keesokkan harinya Syila sudah boleh kembali ketawa sambil buat lawak bodoh seperti biasa. Tiga bulan lepas tu, Syila bertemu dengan Fauzi. Setahun kemudian mereka bertunang. Kini dalam empat lima bulan Syila dan Fauzi akan berkahwin. Owhh… Begitu mudah Syila menggantikan cintanya. Baiklah. Dia juga perlu optimis seperti Syila. Putus cinta bukan bermakna berakhirnya sebuah kehidupan yang gembira. Dian Airani boleh!

“Maknanya aku kena buang semua barang-barnag yang Lutfi pernah hadiahkan ker.” Kali ini Airani menyoal dengan nada yang penuh semangat. Diharapkan dengan semangat ini akan mendorong dia menjadi seperti Syila. Semoga tiga bulan akan datang dia akan berjumpa dengan lelaki yang terbaik. Yang boleh menjadi pencinta terbaik untuk dia.

Syila tersenyum melihat Airani yang sudah kembali bersemangat. “Haruslah… Tu.. Teddy bear teddy bear atas katil tu, buang. Jangan simpan satu pun.” Ujar Syila. Telunjuknya menunjuk kepada beberapa biji teddy bear comel pemberian Lutfi yang tersusun di atas katil Airani.

“Sayang kut.” Airani bersuara lemah. Semangatnya yang berkobar-kobar tadi seperti ditiup angin apabila mengenangkan tidurnya nanti tidak lagi akan berteman beruang-beruang comel ini.

“Tu mahal tau.” Sambung Airani lagi apabila Syila sudah mula membulatkan biji matanya.

“Kau kata nak belajar lupakan Lutfikan. Ini silibus pertama kau kena belajar. Belajar buang apa-apa yang kena mengena dengan lutfi.” Kata Syila tegas. “Tak apa. kalau kau tak sanggup nak buang, biar aku yang tolong buang.” Kata Syila lagi seraya lincah tangannya memasukkan semua teddy bear yang berbagai saiz itu ke dalam plastic hitam. Airani pula sekadar memerhati sahaja tindakan Syila itu. Huhh!!! Rasa macam nak makan ajer Syila ni tau!!

“Tapi tinggal lah satu untuk aku.” Rayu Airani tidak tahan lagi melihat Syila yang begitu senang hati memasukkan satu persatu teddy bear pemberian Lutfi itu ke dalam plastic hitam. Paling tidak tinggal satu pun jadilah, buat peneman waktu tidurnya nanti.

Syila mencebek. Memek mukannya seperti orang mahu termuntah hijau. “Mengadalah kau ni. Nah. Ni jer.” Ujarnya sebelum menghulur sebiji teddy bear kecil kepada Airani yang berwajah penuh mengharap.

“Keciknya. Bagilah yang besar. Aku nak buat peluk bila tidur.” Kata Airani tidak puas hati. Cinonit sangat teddy bear yang diberikan oleh Syila ini. Bukan boleh buat peluk pun.

“Huh.. tu lagi bahaya. Kecik tu cukup. Yang lain-lain aku kasi hadiah dekat anak buah aku ek. Owhhh yer… kita pun boleh tolak dekat kedai bundle. Maklumlah kau pun kata, semua teddy bear yang Lutfi bagi pada kau ni semuanya mahal-mahalkan. Masyuk wei.. masyuk!!!” Ujar Syila dengan teruja bersama kening yang terjongket-jongket.

Dahi Airani berkerut mendengar cadangan Syila itu. Syila ini memang otak tahu mahu untung sahaja. “Suka hati kaulah. Tapi kau jangan lupa. Aku 70. Kau 30.” Balas Airani seperti sudah mengalah untuk terus merayu agar diberikan teddy bear yang besar sedikit itu. Dia kenal Syila. Sekali tidak, maknanya tidaklah. Errmm..

“Aku buang semua gambar-gambar Lutfi atas meja ni yer. Eh… Nanti dalam lappy jangan lupa buat spring cleaning yer. Buang semua gambar-gambar kau dengan Lutfi.” Ujar Syila.

“Yerlah.” Balas Airani yang sekadar memerhati Syila yang kini sudah lebih bertindak seperti makcik cleaner. Habis semua gambar-gambar Lutfi yang bertampal di dinding, dalam bingkai dimasukkan ke dalam plastik hitam. Tidak tinggal sekeping pun. Habis semuanya. Licin!.

Huh!! Syila melepaskan lelah. Dua belah tapak tangan dikibas-kibas. “Clear beb!” Ujarnya sambil ketawa kecil setelah melihat meja tulis Airani yang kini kosong tanpa sebarang hiasan bingkai gambar yang selama ini telah memenuhkan meja tulis itu. “Ermm… Tak apalah. Nanti aku masukkan gambar Remy Ishak. Kau sukakan.” Sengaja Syila mahu menggiat Airani.

Airani tersenyum nipis. Tiba-tiba dia menjadi malu-malu kucing pula. “Jadi dengan menganggtikan gambar lutfi dengan gambar Remy tu bermakna bakal teman lelaki aku selepas ini dialah.”

Syila menjongket bahu. “Itu kau kena tanya mak kaulah. Kalau lulus okeylah. Kau untung couple dengan orang fofular. Kelas kau Jah!” Telunjuk Syila menolak lembut bahu Airani.

Kali ini Airani benar- benar ketawa tanpa di paksa. Dia tidak akan sesekali berani mahu mengutarakan kepada emak jika lelaki seterusnya yang ingin dia jadikan bakal suami itu adalah Remy Ishak. Emak pernah berpesan, kalau setakat mengagumi pelakon lelaki popular itu sebagai seorang peminat boleh. Tetapi kalau sampai berangan mahu ada hubungan istimewa lupakan sahaja. Emak tidak mahu dia berhubungan dengna lelaki popular kerana emak tidak sanggup melihat satu-satunya anak gadis emak ini berkongsi kasih dengan ramai wanita di luar sana. Fuh!!! Sungguh extraordinary fikiran emak kala itu. Abah yang sedang minum pun boleh tersedak. Dia pula sudah berguling-guling ketawa. Nur Kasih The Movie menjadi filem lucu pada malam itu.

“Semoga lepas ni, kau akan kembali ceria kawan!” Ucap Syila sebelum keluar meninggalkan Airani yang masih lagi ketawa.



“Semoga esok ada sinar bahagia dan hidup kembali ceria.” Ucap Airani di dalam hati apabila sudah bersedia untuk beradu.

Friday, May 4, 2012

Pencinta Terbaik 6

Pulang dari majlis kenduri pasangan doktor yang bijak pandai itu, Airani telah membuat senarai panjang tentang kelemahan majlis mereka. Macam-macam yang dia tulis di dalam kertas kajang bersaiz A4 itu. Daripada baju sanding yang tidak cantik, pelamin yang nampak sesak, solekan yang tidak kena, lauk yang tahap biasa-biasa sehinggalah kepada Cikgu Johar yang sudah tidak bergigi bagaikan terkena sawan microphone kerana asyik dia sahaja yang menyanyi di rumah pengantin tadi. Orang lain memang tak merasalah nak menyumbangkan lagu. Uff!!!


Sejenak dia kesal pula dengan tindakannya yang dirasakan agak tidak bijak dan agak kebudak-budakkan. Sudahlah dia tidak pernah mendoakan kebahagian mereka suami isteri, ini dengan sengaja pula mahu mencari kelemahan majlis orang. Macamlah majlis dia nanti akan menjadi wedding of the year. Macamlah majlis dia nanti akan menjadi majlis perkahwinan paling epic di dalam kampung ini. Kertas yang sudah diconteng-conteng dia renyuk lalu dijadikan sebiji bola dah di campak ke lantai.

Kenapa Dian Airani harus menjadi manusia yang busuk hati. Airani menempelak dirinya sendiri. Busuk hati bukanlah sifat dia yang bernama Dian Airani. Tapi, apa harus dia lakukan. Dia baru pulang dari majlis perkahwinan mantan kekasihnya. Dia baru pulang dari melihat persandingan kedua manusia yang telah mengkhianati kepercayaan dan kesetiaannya. Owhh…Tuhan. Tolonglah aku.

“Kalau Aira rasa jatuh, ingat, Allah itu ada, emak ada. Abah ada, abang-abang ada untuk Aira. Pergi ambil air sembahyang, buat solat hajat, baca al quran. Hati Aira akan tenang.” Airani teringat pesan emak. Setiap kali apabila dia berasa seperti seakan sudah mahu terjatuh terjelepok dek perasaan yang berselirat dijiwa emak pasti akan memberi nasihat yang sama. Lantas dia segera ke bilik air untuk mengambil wuduk. Dia mahu jiwanya kembali tenang. Dia juga mahu buang rasa dendam dan benci ini jauh-jauh. Dia harus redha dengan ketentuan Illahi yang Lutfi Adam bukanlah diciptakan untuk Dian Airani.

“Macam nil ah Aira, susah-susah sangat Aira pun kahwin. Emak tengok selagi Aira tak kahwin selagi tu lah Aira akan bersedih terkenangkan Lutfi.” Kata emak pada suatu hari. Airani yang sedang menonton senetron tergelak kecil mendengar usul emak itu. Emak tu mesti nak siap sedia mahu mengenenkan Afendi Imran untuk dia.

“Kalau hajat mak nak kenenkan Fendi untuk Aira lupakanlah mak. Memang taklah.” Balas Airani tegas untuk kesekian kalinya. Sudah dia katakan, biarlah sehingga habis semua lelaki bujang di Malaysia, namun untuk memilih Affendi Imran memang tidaklah baginya.

“Mak tengok Fendi tu okey jer. Tak ada cacat celanya.”

Airani berdecit mendengar kata-kata emak itu. Dia sudah mulai bosan dengan topic perbincangan yang kerap emak bangkitkan sejak dua tiga menjak ini. Kerana dia yang baru putus cinta wajarkah emak perlu terkocoh-kocoh mahu memadankan dia dengan mana-mana lelaki yang dia rasakan lengkap dengan segala pakej. Dia tak rasa Fendi lelaki yang cukup set dan cukup pakej.

“Aira, mak tengok Fendi dengan Aira sepadan sangat.”

Mak Mah masih lagi mencuba untuk mengumpan Airani.

“Emak, Aira tak ada feel la dengan Fendi.” Airani menjawab tidak minat.

“Inilah yang susahnya dengan Aira. Mula-mula memanglah tak ada feel, lama-lama nanti adalah. Fendi bukan macam dulu lagi tau. Takkan Aira tak mahu bersuamikan seorang jurutera. Cer cuba keluar sekali dengan Fendi. Nanti emak arrangekan yer.”

Mata Airani membulat mendengar cadangan emak itu. Masakan pihak perempuan pula yang harus menetapkan temujanji yang sekian-sekian. Hishh… Dia mula berasa tidak sedap hati apabila mendengar nada emak kali ini berbunyi lebih serius ritmanya.

“Nak kemana tu.” Mak Mah berteriak sebaik sahaja Airani mula mengangkat punggung.

“Nak sambung baca novel mak.” Airani membalas bersahaja. Inilah satu-satunya jalan penyelamat kala dia bosan apabila acap kali digasak dengan cadangan yang sama dari emak.

“Sambil-sambil itu, fikir-fikirkanlah yer Aira. Emak dapat rasakan, memang Fendilah yang paling sesuai untuk Aira.” Mak Mah berkata lagi.

Ahh… Tidak kuasa Airani mahu mengambil pusing kata-kata emak itu. Cadangan emak itu harus dibuang terus ke dalam tong sampah. Dia tidak mahu memikirkannya apatah lagi untuk menimbang semula. Sekali dia cakap dia tidak mahu, maknanya dia tidak mahu.

Pencinta Terbaik 5

Airani melihat penampilannya di cermin. Dari baju kurung Pahang yang dia pakai sehinggalah ke solekan nipis yang tercalit di muka, kelihatan segalanya cukup sempurna. Dia cuba mengukir senyum segaris. Aku boleh lakukannya. Desisnya di dalam hati seraya mahu menanam semangat.


Hari ini dia perlukan kekuatan diri untuk berdiri teguh di hadapan mereka. Dia perlu tunjukkan kepada setiap dari mereka yang dia mampu menerima takdir yang sudah tertulis untuknya. Dia juga mahu mereka tahu, dia tidak akan biarkan dirinya terus berduka lara di atas kebahagian mereka berdua. Dia mahu mereka tahu dia wanita yang kental jiwa raga dan bukannya seperti tipikal perempuan yang akan frust berguling bila mana cinta dikhianati. Owhh… Drama ini sudah masuk episod keberapa ya?

Seperti mana episod pertamanya dahulu, dia sanggup melepaskan Lutfi untuk lelaki itu mengejar cita-citanya. Dia masih ingat waktu itu, Lutfi telah berjanji untuk terus setia kepadaku walaupun dilambakkan dengan sedozen perempuan mat saleh bermata biru di hadapannya. Ahh!! Manis sungguh ayat seorang lelaki. Dan dia yang terlalu naïf kala itu, bagaikan terus terpesona dengan janji-janji manis seorang lelaki. Iyalah, konon-konon waktu itu pangeran cintanya yang berbicara sebegitu, haruslah terpesona.

“Aira!!!!!!!! Dian Airani!!!!!!” Suara pekikan emak di luar pintu bilik menyedarkan Airani. Kerap benar pula sekarang ini dia asyik teringatkan detik-detik indah percintaannya bersama Lutfi dahulu.

“Ya mak.” Airani membalas malas. Sekali lagi Airani lihat penampilannya. Bolehlah. Keyakinannya yang tadi menggunung tinggi kini bagai ditarah sedikit demi sedikit bilamana dia sedar yang dia akan menghadiri ke majlis resepsi perkahwinan Lutfi Adam dan Nurhafizah. Owhh…tuhan. Berikan aku sedikit kekuatan. Doanya di dalam hati.

Airani keluar dari bilik dengan senyuman plastic menghias bibir.

“Apakehal lama sangat bersiapnya ni.” Mak Mah jelas sudah bising-bising kepada Airani. Airani sekadar berdecit sebelum berkata-kata. “Alah mak ni. Anak dara bersiap memanglah lama.” Balasnya pula. Dia lihat emak sedang memerhati tingkahnya. Emak tersenyum sayu.

“Kalau Aira rasa tak mampu, tak payah pergi. Emak tak paksa Aira pergi.” Ujar Mak Mah sambil menepuk-nepuk bahu puteri kesayangannya itu.

Ah… Airani terasa mahu menangis tetapi ditahan empangan kelopak matanya dari pecah. Jika dia menangis lagi, dia akan membuat emak berasa susah hati. Dan jika dia menangis lagi, dia takut, usul emak yang mahu mengenenkan dia dengna anak jiran sebelah rumah itu akan kedengaran lagi. Siapa mahu lelaki mulut puaka seperti Affendi Imran. Bagi free pun dia tidak mahu.

Dalam penuh rasa kepura-puraan Airani mengukir senyum segaris. “Emak ni, Aira okey lah. Lagipun, apa kata Pakcik Borhan dengan Makcik Latifah kan kalau Aira tak pergi sedangkan Aira ada dekat sini.” Kata Airani cuba meyakinkan emak. Walaupun dia dan Lutfi tidak ada jodoh, dia tidak pernah sekali pun memutuskan hubungan baiknya dengan Pakcik Borhan dan Makcik Latifah. Mereka sudah lama dia anggap seperti orang tuanya sendiri. Cumanya, dahulu ketika dia dan Lutfi masih berpacaran, dua mengangap mereka berdua seperti bakal ayah dan ibu mertuaku tapi kini…Bakal-mertua-tak-jadi!!!

“Apa lagi yang diborakkan tu. Cepatlah. Ayah dah lapar ni.”

Airani dan emak sama-sama tersengih apabila ayah mencelah tiba-tiba. Bagus timing ayah. Kalaulah ikutkan melankolik Airani hari ini, boleh kebuluran ayah jadinya. Khabarnya untuk majlis Lutfi dan Kak Fiza, Pakcik Borhan dan Makcik Latifah telah menumbang dua ekor lembu untuk dibuat kari daging dan rendang tok. Itu belum lagi termasuk lauk-lauk lain. Yerlahkan, doktor sama doktor yang kahwin. Haruslah besar-besaran!

Dengan kuat semangat Airani menuruti langkah emak yang sudah berjalan bersama ayah menuju ke kereta.



“Mak Pah harap Aira bersabar ya. Mungkin jodoh Aira dengan orang lain. Insyaallah aka nada lelaki lain yang lagi baik dari Lutfi untuk Aira nanti.”

Ujar Makcik Latifah ketika Airani bersalaman dengannya. Dengan payah, Airani paksa bibir mengukir senyum nipis dan mengangguk perlahan.

“Tak mengapalah Pah. Aira akan tetap doakan kebahagian Lutfi dan Fiza. Lagipun mereka dahulu kan bersahabat. Tak gitu Aira.”

Emak menyampuk sambil mengerling ke arah Airani. Ah… Kenapa pula aku perlu mendoakan kebahagian mereka berdua sedangkan sah-sah kedua mereka telah mengkhianati aku. Desis hati kecilku.

Airani berpura-pura senyum sambil mengangguk laju apabila emak menyiku lengannya.

“Baguslah macam tu. Asyik berborak sahaja kita ni, jemputlah makan.” Makcik Lafitah mempelawa tetamu-tetamunya itu ke meja hidangan.

“Yerlah Pah. Kami pergi dulu.” Kata emak sebelum menarik Airani pergi menuju ke khemah.

“Boleh tak kalau muka tu jangan masam macam ni. Kan emak dah kata tadi, kalau tak tahan, tak payah datang kan. Nanti apa makcik Pah fikir kalau Aira datang sini dengan muka kelat macam ni.”

Mak Mah memarahi Airani apabila anak gadisnya itu gagal menyembunyikan muka ketatnya apabila berhadapan dengan ibunya Lutfi tadi.

Airani berdecit sambil membuat muka lagi. Dia tidak tahu kenapa, ketika melalui sahaja pintu gerbang yang dihiasi bunga berwarna ungu dan putih tadi pun dia sudah mula menarik muncung sedepa. Dia tidak bersedia untuk menghadiri majlis ini barangkali. Lagi yang buat mukanya bertambah ketat adalah apabila mendengar Cik Kiah Mekropon menyanyi karaoke lagu ‘Pelamin Anganku Musnah’ tengah-tengah hari rembang begini. Sentap Airani mendengarnya. Entah dimana logiknya di tengah majlis yang meriah ini ada pula yang mensumbangkan lagu begini. Makin hot lah dia jadinya. Ini semua gara-gara Cik Kiah Mekropon itu!

“Senyum…”

Arah Mak Mah kepada Airani agar senyum dan tidak terus-terusan bermuka masam begini.

Dengan selama Airani melebarkan bibir, lalu ditayang sebarisan giginya yang putih ini kepada emak. Senyumman Airani tidak ubah seperti model iklan ubat gigi!

Automatik kepit ketam emak mengena ke lengan. “Emak. Sakitlah.” Dia mengaduh. Tangannya laju menggosok-gosok bahagian lengan yang terkena kepit ketam emak itu. Perit.

“Main-main dengan emak ya.”

Automatik Airani melepaskan ketawa melihat muka emak pula yang berubah ketat. “Yerlah. Yerlah. Orang senyum semanis-manisnya untuk emak. Ini untuk emak Okey. Bukan untuk pengantin atau siapa-siapa pun.” Kata Airani manja sambil mengelip-ngelipkan mata.

Melihat tinggah dia yang begitu emak hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Airani tahu, emak faham sangat yang dia belum mahu redha, jadi tidak perlu lah nak berpura-pura suci hati sangat.

“Emak jomlah makan. Boifren emak tu mesti hangin jer tunggu kita tak datang-datang. Padahal dah suruh cop tempat tadi.” Ujar Airani sambil menggosok perut yang sudah mula kelaparan. Bengang-bengang pun, daging dendeng, ayam masak merah, dalca sayur, acar rampai, nasi minyak hujan panas haruslah disantap juga. Ingat senang nak makan nasi minyak kenduri kahwin bekas boyfriend sendiri. Huh!!

“Boyfriend emak? Bila masa pula mak ada boyfriend ni.”

Emak menyoal kurang faham. “Tu. Abah.” Airani berkata sambil bibir menjuih kea rah abah yang masih lagi setia menanti kami di bawah khemah.

“Jom mak.” Giliran Airani pula menarik tangna emak apabila melihat abah yang sudah melambai-lambai kea rah kami.





Airani membawa pinggan makan yang penuh dengan pelbagai jenis lauk ke meja panjang. Dia mengambil tempat betul-betul bersebelahan abah. Matanya automatik juling naik keatas apabila baru tersedar yang tetamu yang makan di hadapannya ini adalah Fendi. Ya. Fendi dan ibu bapanya sedang makan mengadap kami anak beranak. Seperti dirancang-rancang. Airani melihat mata Fendi yang sedang memandang pinggannya tanpa berkelip.

“Gila banyak. Kuat makan!” Ujarnya sengaja mahu menyakitkan hati gadis itu.

“Biarlah. Kau ada masalah ker.” Balas Airani pula. Dia mengerling ke sebelah. Emak dan abah sedang rancak bersembang dengan ibu bapa Fendi.

“Owhhh… Bukan senang kan, nak makan nasi minyak bekas boifren. Tak apa. Aku faham.”

Berdesing telinga Airani mendengar sindiran Fendi itu. Fendu seperti tahu-tahu sahaja apa yang dia fikirkan tadi. Airani makan dengan berselerananya tanpa mempedulikan Fendi yang berada dihadapan.

Lantak Fendilah jika mahu menjadi saksi bagaimana dia yang kurus cekeding dan berbadan kecil molek ini boleh menghabiskan sepinggan nasi minyak hujan panas bersama lauk-lauk yang penuh diletakkan di atasnya.

“Aira macam mana? Dah okey.” Hampir tersedak Airani apabila Makcik Zaharah bertanya kepadanya kala dia sedang enak menikmati hidangan lauk kenduri ini. Gelas berisi air sirap yang berada agak jauh sedikit itu dicapai. Segera air sirap itu diteguk agar tidak tercekik sebelum bersuara.

“Okey.” Balas Airani sepatah sambil mengukir senyuman.

“Baguslah. Takapa Aira. Jodoh dengan orang lain kut.” Kata Makcik Zaharah sambil tersenyum simpul memandang emak. Emak juga begitu. Membalas dengan senyuman makcik Zaharah dengan satu senyumana yang penuh makna. Ah sudah! Airani senyum payah.

“Awak minum air saya.”

Tegur Fendi, apabila Airani meneguk lagi air di dalam gelas itu. Mujur air yang Airani minum sempat masuk ke dalam salur kerongkong, kalau tidak Fendi pasti akan bermandi dengan air semburan dari mulutnya. Oucchhh!! Muka Airani pasti merona merah. Bagaimana dia boleh terlupa yang dia memang tak ambil air tadi. Airani menjadi kelu kerana sekarang dia benar-benar sedang menanggung malu.

“taka pa. mula-mula berkongsi air, nanti mana tahu boleh berkongsi kasih sayang pulak.” Ujar Fendi bersama senyuman nakal. Gelas air sirap itu dimain-main.

“Ngee… tak mahu aku. Kirim salam!” Balas Airani serta merta. Walaupun suara Fendi itu perlahan sahaja, tetapi dia jelas dapat menangkap seketul-ketul perkataan yang keluar dari mulut Fendi itu. Amboi, tingginya impian. Melebih-lebih sampai mahu berkongsi kasih sayang pulak dah.

Fendi ketawa kecil mendengar kata-kata Airani itu. Getik Airani melihat Fendi yang ketawa begitu. Dia sekadar menjeling sahaja.

“Tu dia. Pengantin dah datang.” Pekik dua tiga orang tetamu yang sedang sama-sama menikmati hidangan di meja kami. Bunyi paluan kompang menggamat kan suasana. Kelihatannya Lutfi dan Kak Fiza sedang jalan beriringan. Mereka mengenakan busana pengantin berwarna ungu perlahan.

Cantiknya. Desis hati kecil Airani yang turut mengakui kenyataan yang mereka berdua sangat cantik dan sepadan. Saat ini, dia seperti cemburu melihat kak Fiza. Sepatutnya dialah pengantin perempuan yang berjalan beriringan dengan lutfi dan menerima doa dari seluruh tetamu untuk kebahagian kami berdua. Tapi, huh… sukarnya mahu menerima kenyataan yang ianya bukanlah Dian Airani. Ia adalah kak fiza. Kak fiza itulah. Kak fiza kakak angkat Airani yang konon-konon telah berjanji mahu menjaga Lutfi untuk Airani dahulu yang rupa-rupanya memang berhajat mahu menjaga lutfi untuk seluruh kehidupannya. Airani merengus kasar. Pandangannya kea rah pasangan pengantin itu penuh dengan rasa dendam dan marah yang amat sangat! Ya. Yang amat-amat sangat!

“emak nak balik.” Airani bersuara. Tidak betah berlama-lama di sini.

“Alah… Emak nak tengok pengantin bersanding.”

Balas emak yang masih lagi beriya-iya mahu melihat bakal menantu tidak jadinya itu bersanding. Emak ni dasyatlah. Tak sentap langsung kan dia. Lutfi tu kan ker bakal menantu yang sepatutnya berkahwin dengan anak emak yang malang ni. Huh.. desis hati kecil Airani lagi.

“Tak apalah. Orang balik jalna kaki ajer. Bukan jauh pun.” Airani berkata lagi.

“Pergilah. Jalan elok-elok.”

Pesan emak.

“Yerlah.” Airani menjawab rendah. “Eh… Ini bunga telur ni tak nak bawak balik ker.” Emak bersuara apabila Airani tidak mengambil bakul kaca kecil berisi telur, cenderahati hati pasangan pengantin untuk tetamu yang hadir. Sebagai kenang-kenangan. “Mak bawaklah.” Airani bersuara sebelum terus pergi. Malas eh… siapa lagi mahu cenderahati kenangan-kenangan dari majlis mereka. Cemuhnya sendiri.

Fendi melihat Aira yang sudah pergi meninggalkan majlis. “Emak…emak nak balik.”

“Ish kamu ni. Mak belum tengok lagi pengantin bersanding ni.” Balas Puan Zaharah.

“Taka pa-apa. Fendi jalan kaki jer.” Ujar Fendi sedikit tergesa-gesa.

“Fendi…” Panggil Puan Zaharah.

Fendi berpaling. “Apa dia mak.” Soalnya cepat.

“Be a man!”

Hahaha… fendi benar-benar ketawa besar mendengar kata-kata semangat dari ibunya itu. Ya. Anak emak ini memang seorang lelaki. Lelaki budiman kaedahnya. Sebagai seorang lelaki budiman dia tidak akan membiarkan seorang perempuan berjalan kaki pulang ke rumah seorang diri dalam keadaan sedih setelah melihat pelamin angannya musnah! Wah!! Seperti lagu nyanyian Cik Kiah Mekropon tadi.





“Aira…sekejap.”

Airani berpaling kebelakang melihat gerangan pemilik suara yang menyapanya. Kelihatan Fendi sedang berlari-lari anak untuk menyaingi langkah bersama-sama. Airani sekadar buat tidak tahu. Langkah laju terus dihayunkan.

“Aira.. sekejaplah. Gila laju awak berjalan.” Ujar Fendi lagi apabila dia sudah mula jalan beriringan dengan aku.

“Kau ikut aku.” Airani bertanya bersama kening yang terjongket sebelah.

Fendi menggeleng laju. “Tak. Mana ada. Saya nak balik.” Ujarnya sambil tersengih.

Airani menjuling mata ke atas. “Yerlah tu.” Balasnya senada.

“Bila nak balik KL.” Sengaja Fendi menyoal bagi menghilangkan kesunyian antara mereka berdua.

“Kau sibuk nak tahu apa hal.” Balas Airani sombong.

“Tak payahlah nak sombong sangat. Apasal awak sombong sangat dengan saya hah. Rasa kecil-kecil dahulu kita okey jerk an.”

“Fendi kau dengan aku tak pernah okey dari kecik.” Marah Airani lagi.

“Okey… kalau macam tu apa kata kita okeykan keadaan tu sekarang. At least tak terlewat kan. Awak dan saya jadi kawan.”

“Kawan dengan kau. MImpilah! Dah pergi jalan jauh-jauh. Jangan jalan dekat-dekat aku.”

“Tak apa. take your time. Saya teman awak balik ya.”

“Kau ni memang jenis tak faham bahasa melayu kan.” Ujar Airani tanpa mahu menghabiskan air liur untuk berbicara dengan orang yang tidak pernah faham bahasa seperti Fendi ini. Dia terus mempercepatkan langkah untuk pulang ke rumah agar dapat menonton Panggung Sabtu di tv3.









Pencinta Terbaik 4

“Airani….” Fendi menegur mesra apabila melihat kelibat Airani di dalam kedai runcit Pak Abu.


Airani pula entah mengapa apabila terpandangkan wajah Fendi terus sahaja moodnya lari tiba-tiba. Fendi dijeling tajam.

“Apa khabar.” Fendi menyoal. Sengaja dia mengekori Airani yang sedang mencari-cari barang di rak makanan ringan di dalam kedai runcit ini.

“Apa pendapat awak dengan nyanyian saya kelmarin. Cair tak.” Fendi menyoal lagi bersama kening yang sudah menari ronggeng. Jalan Airani cuba dihalang. Walaupun Airani masih lagi pasif tanpa memberi sebarang tindak balas, itu semua sedikit pun tidak mematahkan semangat Fendi. Alah… Aira sudah free. Anytime dia boleh masuk line. Desis hati Fendi nakal.

Kening Airani naik tinggi sebelah. Matanya juga dibulatkan menunjukkan dia sangat tidak suka diperlakukan sebegini, di dalam kedai Pak Abu. Fendi dari zaman gelapnya tidak pernah berubah. Selalu sahaja mahu menyakitkan hati Airani tidak kira tempat. Kedai Pak Abu pun jadi. Huhh.. “Ehy… Awak jangan nak halang jalan saya boleh tak. Tepilah!” Marah Airani. Badan sasa Fendi di tolak ke tepi.

Fendi sedikit pun tidak terkesan dengan suara Airani yang meninggi kerana memarahinya sebentar tadi. Hatinya sudah tertawan, jadi suara Airani yang sedang memetir itu pun dirasakan lembut di telinga. Terasa baru lepas dipuji menggunung tinggi. “Awak pergi tak kenduri Lutfi dengan Fiza nanti.” Fendi masih lagi berusaha untuk memancing minat Airani untuk memberi tindak balas kepadanya. Namun gadis itu masih lagi membatu. Dia dijeling lagi.

“Ehh… Takkanlah awak taknak pergi kan. Yerlah korang kan sahabat sejati. Fiza pun mesti nak awak yang jadi pengapit dia nanti.” Kali ini sengaja Fendi mahu mencurah minyak ke dalam hati Airani.

“Ehhh…sekejap..sekejap… Tapi awak nak ker jadi pengapit Fiza sedangkan rasa-rasanya dulu Fiza yang akan jadi pengapit masa awak bersanding dengan Lutfi kan.” Fendi cuba bermonolog sendiri, tetapi secara kuat-kuat. Dia mahu Airani mendengarnya.

“Saya confius lah sekarang ni. Dulu-dulu tu mesti awak yang syok sendiri dengna Lutfi kan. Tapi Lutfi tak suka dekat awak pun….” Fendi bersuara sinis pula.

“Heyy!! Kau ni kenapa hah. Ngee… Blahlah!” Airani memetir. Kali ini kuat dan lantang. Yang pasti kali ini, bersama mata yang berkaca. Semua barang runcit yang ada ditangan dihempas kuas ke atas rak kembali. Airani terus pergi dari kedai Pak Abu.

Airani tidak tahan lagi dengan kata-kata Fendi yang penuh dengan sindiran itu. Sudah cukup dia menjadi bahan sindiran dan umpatan seluruh penduduk kampung semenjak Lutfi berkahwin dengna perempuan lain. Dia tidak mahu lagi dijadikan bahan jenaka untuk mereka. Dia ada hati dan perasaan.

Di dalam perjalanan pulan kerumah, jenuh si Fendi meriam buluh itu dimaki oleh Airani. Rasa macam nak sumpah biar jadi mangkuk tandas. Rasa macam nak bunuh sahaja lelaki ini. Bencinya Airani kepada lelaki bermulut puaka ini membuak-buak.



Fendi terkulat-kulat melihat Airani pergi begitu sahaja. Dia sekadar memandang baying Airani yang semakin hilang dari pandangan.

“Kamu ni kan Fendi, memang tak pernah nak berubah kan. Kenapalah si Aira yang tengah patah hati tu jugak yang kau pergi kacau.”

Sapaan Pak Abu menyedarkan Fendi. Dia kemudian tersenyum.

“Alah… Saya main-main ajerlah Pak Abu.” Kata Fendi sambil ketawa kecil.

Pak Abu menggeleng-gelengkan kepala. “Kamu main-mainkan pelanggan Pak Abu. Tengok ni. Dah lari seorang pelanggan Pak Abu.” Marah Pak Abu.

Fendi ketawa besar melihat Pak Abu yang sudah tua itu marah-marah hanya kerana seorang pelanggannya lari. “Alah.. Kecoh lah pak Abu ni. Mehlah saya bayarkan barang-barang si Aira ni.” Balas Fendi. Barang-barang yang tidak jadi dibeli oleh Airani tadi diambil semula dan diletakkan di atas meja kaunter.

“Kamu suka dia ya. Pak Abu tahu Naz, dari zaman korang sekolah-sekolah dulu pak Abu dah nampak kamu sukakan si Aira.” Usik Pak Abu sambil-sambil jemarinya menekan kalkulator besar untuk mengira semua jumlah harga barangan ini.

“Hish… Pak Abu ni. Mana ada.” Balas Fendi sambil terkulat-kulat malu.

“Cara kamu duk asyik mengusik Aira tu Pak Abu dah boleh tahu.” Ujar Pak Abu pula.

“Dah lah Pak Abu. Saya beli.” Ujar Fendi sebelum cepat-cepat dia berlalu meninggalkan Pak Abu dan spekulasinya itu.





“Hah Fendi, naiklah.” Pelawa Mak Mah sebaik sahaja melihat gerangan tetamu yang datang ke rumahnya petang-petang begini.

“Eh.. Tak apa Mak Mah. Ni… Aira tertinggal barang yang dia beli dekat kedai Pak Abu tadi.” Kata Fendi penuh hormat.

“Owhh… Aira…Aira… Ni, Fendi tunggu dekat bawah. Katanya kamu tertinggal barang yang kamu beli dekat kedai Pak Abu tadi.” Mak Mah memanggil Airani.

Airani keluar dari rumah dengan muka yang masam mencuka. Sementara itu ibunya telah pergi ke dapur menyambung kerja yang tertinggal tadi.

“Meh sini.” Kata Airani seraya tangannya ganas terus merampas beg plastic dari tangan Fendi.

“Amboi. Main rampas macam tu jer. Dah lah saya yang tolong bayarkan barang awak ni. terima kasih pun tak.” Balas Fendi seperti sedikit terasa hati. Beberapa saat kemudian dia kembali bersama sengih nakalnya itu. Sengih yang selalu sahaja membuatkan hati Airani menggelegak panas.

“Nah… Duit.” Airani menghulurkan not RM5 itu kepada Fendi.

“Eyhhh… Tak payahlah. Saya belanja awak.” Fendi menolak. Ikhlas hari ini dia mahu belanja Airani di kedai Pak Abu sebagai tanda minta maaf di atas sikapnya yang selalu membuatkan hati gadis ini naik jengkel dengannya.

“Saya taknak termakan budi dengan orang yang saya tak suka.” Jawab Airani sombong. Fendi dijeling tajam. “Ambilah.” Not RM5 tadi diunjuk sekali lagi.

“Kenapa? Takut bila termakan budi nanti tergadai body.” Fendi membalas sarcastic.

Automatik bola mata Airani terjegil besar.

“Okey…okey…sikit-sikitkan nak jegil-jegilkan mata. Ini tak cukup lagi 30 sen ni. Semua ni harga RM5.30.” Kata Fendi malas lagi mahu menambahkan rebut taufan antara mereka berdua.

“Alah…30 sen jer kut.” Cemuh Airani dengan sikap Fendi yang kedekut 30 sen itu.

“Kalau awak nak termakan budi 30 sen saya ni, saya okey jer. Awak lah. tak takut ker nanti.” Kening Fendi sudah mula menari ronggeng. Ritma suaranya juga menjadi nakal kembali.

“Awak ni kan, memang menyakitkan hati kan. Tunggulah kejap.” Airani mendengus geram. Dengan perasaan sebal dia kembali naik ke atas rumah untuk membawa 30 sen lagi baki wang yang dia berhutang dengan Fendi tadi.

“Nah, 50 sen. Saya halal jer baki 20 sen tu. Tak payah nak takut nanti-nanti tu nak tergadai apa.” Syiling 50sen itu diletakkan di atas telapak tangan Fendi yang sudah tersedia ditadah.

“Alah awak ni. saya dah lama pun gadaikan hati saya ni untuk awak.” Ujar Fendi sambil mengekek ketawa.

Airani membuat muka jelik. Nak termuntah pun iya mendengar kata-kata Fendi itu. Entah-entah sudah berapa ramai anak gadis yang telah dipergunakan dengan menggunakan ayatnya itu. “Fendi, mari naik dulu. Mak Mah baru goreng cucur udang.” Mak Mah kembali ke hadapan untuk mempelawa Fendi naik ke atas. Hidangan minum petang cucur udang dan milo panas sudah tersedia di ruang tamu rumah.

“Rezeki jangan ditolak Mak Mah.” Ujar Fendi bersama senyum segaris.

“Mak tak…” Airani cepat menyampuk sebelum Fendi berlalu ke anak tangga untuk naik ke atas. Tangan kanannya didepa untuk menghalang Fendi dari membuka langkah. Fendi melihat tingkah Airani itu dengan pelik.

“Ermm.. dia kena balik. Se…karang…” Beritahu Airani sedikit gagap.

“Makanlah dulu, lepas tu baru balik.” Ujar Mak Mah sedikit memujuk Fendi agar menjamah sedikit hidangan yang telahpun tersedia itu.

“Tak mak.” Airani menyampuk laju sebelum sempat Fendi membuka mulut. “Dia kena balik sekarang jugak. Kalau dia balik lambat, nanti…ermm…nanti Haji Zaini pelupuh dia dengan batang paip.” Beritahu Airani. “Hah… Batang paip.” Katanya lagi dengan bersungguh-sungguh sambil kepala diangguk-angguk.

“Hai… Fendi. Takkan dah besar-besar pun kena pelupuh jugak kut.” Mak Mah ketawa kecil mendengar kata-kata Airani itu. Sememangnya kecil-kecil dahulu Fendi sering kali dirotan oleh ayahnya kerana perangai yang sedikit nakal.

“Kalau macam tu tunggu sekejap, Mak Mah pergi bungkuskan cucur udang untuk kamu bawak balik. Boleh makan dengan mak ayah kamu.” Mak Mah berlalu sekali lagi meninggalkan Airani dan Fendi untuk membungkus cucur undang buat Fendi dan keluarganya.

“Kejam betul awak ni Aira, malukan saya depan mak awak. Ada ker cakap saya yang dah besar ni masih kena pukul dengan Haji Zaini.” Kata Fendi sedikit bengang.

“Memang pun kan. Dahlah. Anyway terima kasih banyak-banyak.” Balas Airani sambil senyum mengejek kepada Fendi. Dia terus masuk ke dalam rumah dan membiarkan Fendi terkebil-kebil di bawah sementara menunggu ibunya membungkuskan cucur udang.