Thursday, July 21, 2011

Calon Jodoh Untuk Adik 16

BAB 16
Kalaulah ini dinamakan berdosa, berdosalah aku.  Berdosa kerana membantah kata-kata abang.  Selepas berlaku sedikit pertikaman lidah hari itu, abang sudah tidak lagi mahu menghubungi aku.  Tradisi makan bersama setiap hujung bulan pun sudah beberapa kali tertangguh.  Abang seperti mahu menjauhkan diri dari aku.  Aku sungguh kecil hati apabila abang berkeadaan seperti ini.  Apa hebatnya Ee sampai abang boleh buat begini dengan aku. 
Aku ada menghubungi abang untuk memulihkan perhubungan kami berdua, tetapi abang masih lagi bersikap dingin.  Aku menjadi pelik dengan perubahan hormone abang.  Sekarang abang mudah tersentap jika ada yang membantah kata-kata atau hajatnya.  Abang akan merajuk dan membawa diri.  Kak Ina juga perasan akan perubahan dalam diri abang itu cuma dia malas mahu mengambil pusing.  Menurut Kak Ina itu tanda protes abang apabila usulnya ditendang dan tidak perlu untuk berasa kuatir.  Sikit-sikit masa nanti, apabila angin abang sudah reda, pasti abang sendiri akan mencari kami.  Abang bukan boleh berenggang lama sikit dengan kami adik beradik.  Sedari kecil begitulah abang kami.  Hubungan antara kami adik beradik menjadi lebih rapat, lebih akrab apabila abah dan emak meninggal dunia.  Abanglah yang menjaga kami.  Pada aku abang umpama ayah, dia juga bagai dewa pelindung hidup aku, kerana itu aku terlalu menghormati abang dan akan berfikir banyak kali sebelum berani menjadi kurang ajar dengannya.  Tapi, kenapa abang tidak faham yang dia tidak boleh memaksa aku untuk jatuh cinta dengan sesiapa pun.  Itu bukan kuasa abang jikalaupun, dialah yang akan menjadi wali pada majlis perkahwinan aku satu masa nanti.
Bunyi pintu dibuka dari bawah membuatkan aku terkocoh-kocoh segera turun ke bawah.  Aku lihat Suhaila sudah menghempaskan badannya di atas sofa. 
“Abang cakap apa?  Cer citer.. Cer citer..”  Soalku tidak sabar.  Aku lihat Suhaila memejamkan matanya.  Gaya letih sangat.  Pelik.  Mereka ini berdating atau pergi menari poco-poco? 
“Ila, abang aku cakap apa.  Cer citer…Cer citer.”  Tanyaku lagi.  Kusyen kecil aku baling ke badan Suhaila apabila pertanyaanku dibuat tidak endah oleh Suhaila.
“Ris kau boleh bagi aku berehat sekejap.  Aku penat.”  Pinta Suhaila.  Masih lagi memejamkan matanya.  Kusyen yang dibaling oleh Arisa tadi ditekap di dada.  Dia peluk erat-erat.  Terasa dia mahu tidur. 
“Eyhh…Kau ni pergi dating ker atau pergi senamrobik dan menari poco-poco tadi tu hah..”  Aku menepis lengan Suhaila untuk menghalangnya dari tidur.  Aku tersenyum apabila melihat Suhaila kembali terjaga. Matanya terkebil-kebil. 
Suhaila meregangkan otot tangan.  Tengkuknya dipusing kiri kanan.  Dia mengeluh lemah.  “Abang kau tanya sepatah, jawab sepatah.  Muka kelat.  Aku nak tanya lebih-lebih pun aku takut.”  Beritahu Suhaila.
“Selama ni kau tak pernah pun takut atau malu bila depan abang aku.”  Aku bertanya pelik. 
“Dia kata dia tak sihat.  Semua benda pun nak cepat.  Dalam sejarah, aku rasa inilah dating paling pantas dan cepat yang pernah aku pergi tau.”  Tutur Suhaila lagi.
“Abang tak sihat?”  Dahiku berkerut.  Kepalaku mula terbayang-bayang keadaan abang. 
“Dia kata dia demam dengan sakit kepala sikit.  Dia tengah sakit.  Takkanlah aku nak bebankan kepala bakal laki aku tu lagi kut.”  Kata Suhaila sempat berseloroh.
Pap!
Majalah Galaxie yang ada di atas meja kopi cepat mengena ke lengan Suhaila.  Tolonglah..  Abang dari dulu tak pernah melayan.  Suhaila pula yang over!
Suhaila mengekek ketawa. 
Aku berdecit.  Buang stim ajer mengatur temujanji Suhaila dengan Abang.  Suhaila ni tak pandai betul mencari maklumat.  Aku cepat-cepat naik ke atas.
“Nak kemana?”
“Rumah abang!”  Jeritku dari bilik.
“Nak ikut!!!”  Jerit Suhaila yang tiba-tiba kembali menjadi segar bugar. 

Wednesday, July 13, 2011

Edisi Tunggu2 Yes Bos!




Bos memang macam tukan?
Apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, “yes, boss!”


Sinopsis:-

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.


Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

Friday, July 1, 2011

Calon Jodoh Untuk Adik 15

“How’s life?” Azmer bertanya apabila dia berkesempatan untuk berjumpa dengan Arisa. Sekarang payah benar mahu bertemu dengan Arisa. Ada sahaja programnya yang menjadikan dia seorang sibuk mengalahkan dialah calon ADUN yang ingin bertanding untuk pilihanraya yang akan datang.
“Okey. Cuma Ris kan kerja tempat baru sekarang. So… Buzy sikit.” Kataku menceritakan perkembangan terkini tentang diri aku kepada abang. Aku sekarang sudah bekerja di sebuah firma audit sebagai auditor kontrak. Itu pun atas bantuan Fariz. Jika tidak kerana lelaki itu, aku mesti masih lagi di Courts Mammoth menjalankan urusan penjualan set sofa dan tv lcd secara ansuran mudah. Lagipun, Fariz tidak suka aku bekerja membuat sales di situ. Katanya seperti menggalakkan bangsa sendiri berhutang keliling pinggang hanya kerana mahu mengkayakan orang Cina.
“Buzy kerja tak apa. Jangan buzy bercinta sudahlah.” Perli Azmer.
Teh ais ku terasa mahu tersembur keluar. Apa maksud abang berkata begitu dengan nada yang macam itu. “Apa salahnya nak sibuk bercinta pun. Ris dah besar.” Aku menjawab. Bernada sarcastic. Sekali lagi. Abang cuba mengaturkan hidupku.
“Betul ker Ris bercinta dengan Fariz budak gomen tu sekarang.” Tanya Azmer.
Aku diam. “Kita orang dah declare sejak sebulan yang lepas.” Kataku. Setelah hampir lima bulan aku mengenali Fariz aku rasa aku mungkin dia lelaki yang sesuai dengan aku.
“Tapi kita orang masih lagi dalam proses mengenal hati budi masing-masing lagi.” Sambungku perlahan apabila melihat mata abang yang hampir terkeluar. Kadang-kadang tak dinafikan, aku ada juga perasaan takut dengan abang.
“Ris baru kenal dia. Takkan dah nak bercinta.” Kata Azmer.
Aku mengeluh lemah. “Fariz tu lebih baikan dari kawan abang tu. So apa masalahnya.”
“Ris jangan nak menjawab cakap abang boleh tak.” Suara Azmer naik sedikit.
“Ris bukan nak menjawab. Tapi abang tu. Kalau yer tak suka Fariz janganlah nampak sangat.” Jawabku lagi.
“Ris pun. Kalau yer pun tak suka Ee janganlah nampak sangat.” Azmer membalas. Nadanya sama seperti nada yang dituturkan oleh Arisa sebentar tadi. Nada mereka berdua saling berkait-kait. Ada irama sindir menyindir.
“Ehh.. Tak pernah complaint sikit pun pasal best friend abang tu okey.” Jawabku geram.
“Ris ingat abang tak tahu ker. Ris cepat-cepat couple dengan Fariz tu sebab takut sangat abang paksa Ris bercinta dengan Ee kan.”
10 markah! Aku menjawab di dalam hati.
“Mana ada.” Aku cuba menafikan walaupun aku telah memberikan sepuluh markah untuk terjahan abang tadi.
“Abang tak rasa Fariz sesuai untuk Ris.” Suara Azmer sedikit kendur.
“Ee sepuluh kali lebih tak sesuai.” Aku membela Fariz.
“Kak Ina hasut Ris.” Serkap Azmer.
“Kak Ina tak ada kena mengena. Memang dari dulu lagi Ris tak suka kawan abang tu.” Aku menjawab malas.
“Ee mungkin macam tu semasa Ris mula-mula kenal, tapi dia….”
“Abang cukup. Ris datang jumpa abang hari ini sebab nak tahu cerita abang jer. Bukan kawan abang tu. Sekali ris tak suka, maknanya tak suka. Abang tak ada hak nak memaksa-maksa Ris okey. Ris dah besar dan ris tahu siapa yang RIs nak. Ris tak perlukan saper-saper pun yang datang rekemenkan mana-mana lelaki yang sesuai nak dijadikan calon jodoh untuk Ris.” Aku pantas memotong. Sungguh aku sudah bosan apabila abang seakan terus mendesak aku untuk berkawan dengan temannya yang ‘baik’ itu.

“Jadi dah besar. Dah kerja. Bermakna pendapat abang sebagai seorang abang dah tak perlu lagilah.” Kata Azmer rendah kerana berjauh hati dengan kata-kata Arisa tadi. Selama ini dia sebagai abang sentiasa menjadi penunjuk arah untuk setiap tindakan Arisa.
“Bukan…..” Aku kaget apabila abang sudah menunjukkan tanda-tanda seperti merajuk. Kepalaku yang tidak gatal aku garu-garu.
“Ngeee… Abang janganlah nak cepat sentap. Cuma Ris tak suka abang terus menerus mahu mengadjustkan Ris untuk kawan abang tu ajer. Abang, Ris dengan Fariz. Titik. Kalau abang sayang Ris sebagai adik abang, abang restulah. Kalau abang rasa kawan abang tu lelaki yang baik. Ris juga yakin Fariz lelaki yang baik juga. Jadi tak ada salahnya kalau Ris bersama dia.” Aku cuba berlembut. Aku mahu memujuk abang.
“Ris…”“Abang sudahlah. Abang buat Ris hilang mood dan rasa tak seronok jika pertemuan kita hari ini terus menerus nak membincangkan hal ini. Kawan abang tu kan ramai peminat. Dia boleh pilih mana-mana perempuan yang dia nak. Tapi bukan Rislah.” Balasku. Mahu mematikan perbualan berkenaan perkara ini setakat ini sahaja.
Azmer melepaskan keluhan lemah. “Kita makanlah.” Ajaknya apabila ternyata Arisa langsung sudah tidak boleh untuk berkompromi lagi.

Calon Jodoh Untuk Adik 14

BAB 14
Mata dipejam celik beberapa kali. Putaran kipas siling di dalam bilik langsung tidak membuatkan dia berasa mengantuk. Selalunya, diwaktu begini dia sudah jauh dibuai mimpi kerana esok adalah hari bekerja. Jarang dia berjaga lewat malam pada hari bekerja. Tidur lewat akan membuatkan dia mengantuk di siang hari.
Izlan bangun dari katil. Tidak boleh jadi. Dia ke dapur untuk mengambil segelas air. Harap-harap bolehlah tidur selepas ini.
Gagal. Mata dipejam celik beberapa kali lagi. Aduh! Bantal ditekup di muka. Kenapalah wajah itu menjelma. Izlan rungsing kenapa mindanya bermain-main dengan wajah Seri Arisa yang dia ketemu siang tadi. Seri Arisa yang memakai baju bunga-bunga bersama cekak rambut pink ada rama-rama seekor di kepala. Seri Arisa yang lain benar dengan perempuan gila yang menyerangnya dahulu.
Izlan mencuba lagi menghilangkan wajah itu. Risau pula. Dikala bulan mengambang dia menjadi mabuk dengan wajah seorang gadis. Akhirnya tanpa sedar dia tertidur sendiri. Entah pukul berapalah dia masuk tidur. Bahananya, hari ini dia mengantuk di pejabat!