Thursday, July 30, 2009

2 X 5 Bab 6

Pin!! Pinn!!
Pin!! Pinn!!
“Abang kau dah tunggu dekat bawah tu. Apa ker halnya lambat bebenor kau nak siap ni Kirin.” Fiqa menegur. Dah satu jam mengadap cermin pun Syakirin tak siap-siap lagi. Agak kalau cermin tu boleh berkata-kata mahunya seikhlas hati cermin tu akan berkata yang dia dah naik muak tengok muka Syakirin ini. dalam kereta dekat bawah tu pun bukannya boleh bersama. Naik bergegar rumah flat ini dengan bunyi hon kereta dia.
Syakirin memandang cermin lagi. Sekejap-sekejap kepala diteleng ke kiri. Sekejap-sekejap ke kanan. Melihat setiap inci mukanya sendiri di dalam cermin. Macam dah okey dah ni.
Pin!! Pinn!!
Pin!! Pinn!!
“Hissh… Macamlah kereta dia ajer yang ada hon kereta.” Ngomel Syakirin sambil memasukkan bedak dan lipstick yang dipakai tadi ke dalam beg mekap yang comel. Beg comel berwarna merah jambu itu dimasukkan pula ke dalam beg pakaian yang sudah terbuka. Beg pakaian yang nampak sarat dengan muatan ditutup.
Fiqa sekadar memerhati. Kelam kelibut. Itulah. Aku suruh bangun awal-awal kata malas. Kata lambat lagilah. Banyak bunyi. Ini bukankah sudah tergesa-gesa.
“Okey Fiq. Aku gerak dulu. Apa-apa hal nanti kau telefon aku okey.” Syakirin bersalaman dengan Fiqa. Kemudian dia terus menuju kepintu.


“Sorry. Lambat.” Kata Syakirin tercungap-cungap. Nafasnya turun naik. Semput betul berlari-lari menuruni tangga rumah flat ini. Beg pakaiannya di campak ke tempat duduk belakang. Selamba. Macam dalam kereta sendiri. Kemudian dia memandang muka di cermin sisi kereta. Membetulkan tudung di kepala. Dia tidak perasan yang tingkah lakunya itu sedang diperhatikan oleh Zaim disebelah.
“Sejak bila naik haji.” Tanya Zaim sarcastic. Hari tu jumpa mak aii…dressing gila punya stylo. Rambut mengerbang macam iklan syampoo. Hari ini, lain benar rupanya. Tudung bawal labuh dengan baju kurung bunga kecil-kecil lagi. Zaim pandang Syakirin lagi.
Serta merta Syakirin menoleh. Zaim dijeling tajam. Amboi..Amboi..Amboi..Zaim Haji Hamidi. Aku baru masuk kereta dia sudah meleser macam tu sekali. Cubalah cakap ‘Cantiklah Kirin hari ini’ ataupun ‘Kirin nampak sangat manis’ bukankah boleh menyejukkan hati. Ini tidak. Main lepas ajer.
“Zaim tak tau Kirin bertudung sebenarnya.” Zaim berkata-kata lagi bila Syakirin hanya sekadar mendiamkan diri.
“Bila kita nak gerak ni. Karang lambat pulak sampai.” Syakirin tidak menghiraukan kata-kata Zaim itu. Yang dia tahu cepat-cepatlah lori pick up ni bergerak. Cepat sampai lagi senang. Semenjak Zaim memperlihatkan sikapnya yang cukup gemar main cakap lepas ajer tu buat Syakirin tidak berapa suka untuk nak berlawan borak dengan Zaim. Dulu Zaim lain. Masa di Alamanda dulu pun lain. Cuma selepas peristiwa di kedai makan malam kelmarin membuatkan Syakirin sedikit jelik dengan perangai Zaim. Mungkin itu cara Zaim memprotes dan menunjukkan ketidak puasan hatinya. Lantaklah. Sikit pun dia tak kesah.
Akhirnya Zaim menurut. Mitsubishi Storm terus bergerak meninggalkan perkarangan rumah pangsa dibelakang Minlon ini.


Keadaan dari tadi senyap ajer. Keluar dari Minlon, masuk tol Jalan Duta, sehinggakan sudah menghampiri lorong Touch n Go tol Simpang Pulai ini Syakirin dan Zaim sama-sama mendiamkan diri. Cuma sekejap tadi sahaja, Syakirin bersuara agar Zaim memberhentikan keretanya di mana-mana stesyen minyak yang terhampir kerana dia sudah tidak dapat menahan rasa nak terkucilnya. Dan memang pun Syakirin sudah tidak tahan. Elok sahaja kereta berhenti di stesyen minyak Petronas Simpang Pulai terus ajer dia berlari-lari menuju ke tandas wanita. Zaim pula sekadar memandang sambil menggeleng kepala. Banyak yang patut dibetulkan dengan budak Syakirin ini. Fikirnya.

“Okey jom.” Arah Syakirin sebaik sahaja dia sudah masuk ke dalam kereta Zaim semula. “Eh..Tapi boleh tak kita singgah dekat kedai jual limau bali tu. Kirin nak beli untuk mak.” Sambung Kirin cepat-cepat. Baru dia teringat, yang tidak ada buah tangan untuk orang kampung.
“Zaim tak fikir Mak Cik Midah lalu nak makan limau bali lagi. Limau bali buat buah tangan orang KL sesuailah. Ini mak abah Kirin tu duduk dekat sini. Anytime boleh beli.” Balas Zaim.
“Tak kiralah. KL ker. Sini ker. Nanti berhenti okey. Lima minit ajer. Beli-beli terus naik kereta balik.”
“Malaslah nak membelok ke sana.”
“Please. Please.” Syakirin merayu sambil dua tangan dilekapkan bersama. Ini sebab Zaim lah ni. Nak cepat sangat. Habis tertinggal kek lapis Sarawak yang baru dibeli dari Mek Na, budak Kelantan yang baru balik bercuti dari Sarawak tu. Sudahlah memang niat nak bawak balik kampung. Tapi akhirnya tinggal dekat rumah pulak. Memang rezeki Fiqa ajerlah kek lapis Sarawak tu.
“Benda lain tak boleh beli ker. Zaim malaslah nak membelok ke sebelah sana. Jauh nak buat u-turn.” Zaim membeli alasan. Kirin ni pun macamlah tak tau kepayahan nak masuk lane belah sana tu.
“Taknak berhenti sudahlah.” Kirin buat-buat merajuk.
Zaim sekadar tersengih. Dia terus memandu laju keretanya tanpa sedikit pun timbul perasaan belas pada kemahuan Syakirin itu.
Hantu punya Zaim. Betul-betul dia tak nak singgah. Kutuk Syakirin di dalam hati bila kereta Zaim selamba ajer bergerak terus ke hadapan tanpa membelok ke lane pusingan u. Sekarang memang jelas lagi bersuluh yang hatinya kini sedang berbelah bahagi untuk hidup bersama Zaim. Kalau macam ni pun dah sakit hati tak tau macam mana dah kahwin nanti. Nak reverse benda ni balik tak mungkin terjadi. Mak ajer dah siap kasi ugutan. Kalau buat perangai tiba-tiba kata tak nak kahwin siaplah kena parang dengan abah. Gila tak gila. Kalau nak adegan filem tamil parang memarang tu terjadi boleh try buat. Mengerikan betullah kalau dengan Pak Majid ni. Anak sendiri pun sanggup nak diparangkan.


Zaim memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan rumah orang tuanya. Alah. Nak diikutkan rumah Kirin ni kalau disuruh budak kecil baru nak belajar merangkak pun tak sempat berpeluh untuk pergi ke sana. Cik Kirin balik sendirilah. Takkan nak dihantar sampai ke pintu rumah yang hanya sekadar dua tiga langkah ajer ni.
“Dah sampai.” Kata Zaim. Dia tahu, Syakirin tu mesti tengah sebal sebab tak dia tak dapat nak menyinggah dekat kedai apek jual limau bali tu. Tengok sahaja muncungnya yang sudah panjang tu.
“Taulah.” Cepat-cepat Syakirin keluar dari lori pick up Zaim ini. dengan kasar dia membuka pintu belakang untuk mengambil beg pakaiannya. Dengan kasar juga dia menutup kembali pintu kereta dihadapan dan belakang itu. Lepas t uterus ajer dia berlalu pergi menuju ke rumahnya. Beberapa langkah ke hadapan sempat jugak dia menoleh. “Terima kasih.” Ucapnya sepatah dua kata. Orang berbudi kita kenalah berbahasa. Dah orang tu hantar sampai ke rumah takkan nak main blah macam tu ajer. At least buat-buatlah gaya perempuan melayu terakhir sikit. Tu bakal suami tu. Bakal suami lah sangat.
“Hah!! Dah balik dah pun!!” Dengar jeritan emak dari muka pintu.
Syakirin tercengang. Amboi. Lain benar cara emak menyambut kepulangan aku hari ini. selalu semua orang pakat buat dek ajer. Sebab emak kata kalau dah hampir tiap-tiap minggu balik ke kampung emak pun dah tak terasa rindu ker apa ker. Lainlah kalau setahun sekali balik. Budak Amir yang tengah lagut ajer mengelap motor dekat garaj tu buat tak tau ajer akak dia yang sorang ni balik. Tu bukan aper tu. Nampak akak dia balik lenggang kangkung macam tu mulalah buat tak ambil peduli sebab mesti budak ni dah dapat bajet tak ada apa-apa buah tangan dari akak dia. Bersabar ajerlah dengan adik yang seorang ini.
“Owhhh!!! Dah balik dah.!!” Tiba-tiba muncul Mak Ton dari dapur rumah.
Kali ini bola mata memang nak tersembur keluar. Apa dibuatnya Mak Ton dekat rumah aku tengah-tengah hari buta ni. Mulut ternganga luas jugak bila mendengar dari ruang tamu rumah suara abah dengan Pak Midi sedang ketawa. Nampaknya emak, abah, Mak Ton dengan Pak Midi benar bersungguh-sungguh ini.
“Tercengat apa lagi tu. Cepat masuk. Ajak Zaim tu sekali. Makan tengah hari semua dah siap dah. Tunggu kamu berdua ajer ni.” Balas emak.
Syakirin menggaru kepala yang tidak terasa gatal. Zaim dah masuk ke dalam rumah. “Zaim dah balik mak.” Dia berkata sepatah-sepatah sambil kepala dan ibu jarinya dihala sekilas ke rumah Mak Ton di seberang sana.
“Pergilah panggil.” Mak Ton pula menambah.
Syakirin tersengih. “Mir pergi panggil Abang Zaim.” Arah Syakirin kepada si adik yang tak habis-habis kerja lap mengelapnya itu.
“Apa pulak Amir. Kamulah yang pergi panggil.” Sela emak.
Arahan. Arahan. Arahan. Ngomel Syakirin sendiri di dalam hati. Berat langkah dia mengatur langkah ke rumah Zaim. Pintu pagar besi dia goncang-goncangkan perlahan. Mangga pada selak pintu dia ketuk-ketukkan.
“Kenapa? Ada benda tertinggal dalam kereta ker?” Tanya Zaim sebaik sahaja dia muncul di muka pintu rumah.
“Mak panggil makan. Mak Ton dengan Pak Midi pun ada sama.” Syakirin menjerit kecil. Keadaan yang agak jauh antara pintu pagar dan pintu rumah Zaim itu memerlukannya untuk menggunakan tune suara yang sedikit berfrekuensi tinggi.
“Seganlah.” Balas Zaim.
“Jangan segan-seganlah. Jomlah cepat. Nanti mak bising.”
“Malulah.”
“Nak malu amendanyer. Mak Ton dengan Pak Midi pun ada sekali. Cepatlah Zaim. Panas ni.” Kata Syakirin lagi sambil dia menggoyang-goyangkan kakinya. Mengada betul Zaim. Aku tak ker sikit nak terbakar ajer ni berdiri bawah tengah panas matahari ini boleh pulak dia banyak songeh. Seganlah. Malulah.
“Cepatlah!!” Sambung Syakirin lagi. Matanya sudah mula mengecil akibat terkena silau pancaran matahari.
“Yerlah. Yerlah.” Cepat-cepat Zaim menjawab dan terus keluar dari rumah. Pintu dia kunci lalu menuju ke pintu pagar.
Syakirin tersengih di dalam hati. Tak susah pun sebenarnya mamat sorang ini. naikkan sikit suara lemah longlailah dia.
“Jom.” Ajak Zaim selepas mengunci pintu pagar rumah.

“Agak apa agenda diorang ni hah?” Zaim bertanya rendah. Seakan berbisik bila mereka sudah mula melepasi pagar rumah Syakirin.
Syakirin menjongket bahu. Lagi mahu tanya ker. Macamlah tak dapat nak tangkap kunjungan penuh mesra umi ayah dia dekat rumah aku hari ini. siap masak bagai segala macam makanan.
“Hah!! Zaim. Meh-meh masuk. Dah nak sejuk dah semua makanan ni tunggu kamu berdua balik. Mak cik masak gulai tempoyak ikan patin dengan sambal tempoyak masak kegemaran kamu ini. meh masuk cepat.” Pelawa Puan Hamidah bila Zaim merangkap bakal menantunya itu sudah masuk ke dalam rumah.
Zaim sekadar tersengih bila diberitahu makanan kegemarannya itu adalah lauk utama tengah hari ini. gila sungguh penangan gulai tempoyak ikan patin dilawankan pula dengan sambal tempoyak masak dicicah dengan timun sama kacang botol. Masyuk tak hengat.
Syakirin pula sudah terasa nak menangis dalam hati ajer ni. Aduhai. Patutlah masuk rumah aku dah terasa nak pitam terciumkan bau tempoyak. Aku dikatakan terkeluar dari Perak sebab langsung tak boleh nak masuk atau makan segala makanan berasaskan dari buah durian. Fiqa kata aku murtad dari Perak. Sia-sia jadi anak-anak Perak kalau tak dapat nak menikmati kesedapan gulai tempoyak makanan fofular di tempat sendiri. Aku tak peduli. Betul sekarang aku dah pening.

Award Dari Kak Nacha










Dapat award dari kak nacha. ini kira award ke2 ar aku dapat dari akak sorang ni. maccehhh yer kak sebab bagi award lagi walaupun yg pertama dulu tak sempat nak jawab. :)
1. Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini - Kak Nacha
1. akak ni kenal aku masa 1st time pergi gathering KN. *perkenalan yg sangat manis aku rasakan*
2. maintain dengan fesyen ibu arini. hehehehheeh
3. blog akak ni sangat kelakar macam orgnya jugak. *citer kereta kena blok tu mmg kelakar kak*
4. PA macam aku jugak cuma kak nacha org privet aku org gomen
5. suka goyang inul *macam aku jugak*
6. akak ni seorang yg vouge da vass *wah!!gitu*

2. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

1. aku seorang yg sangat comel dan sangat manis.. *gelak perasan~ayat kasi org muntah hijau*
2. rasanya korang mesti tatau yg aku penah kerja kat kedai makan dgn buat sales electrical sama furniture dekat courts mammoth kan.. *kedai makan~penah kena marah dengan customer sebab lambat sampai order lepas tu nangis dan seminggu tak datang kedai, courts mammoth~ini pengalaman paling manis dalam sejarah aku bekerja, kat agc pun aku tak penah dapat pengalaman semanis di sana*
3. sangat suka dengan bau perfume *next perfume aku mau rembat lancome hypnose*
4. aku tak perasan yg aku boleh menulis satu cerita yang sangat jiwang karat. *sebab aku bukan kategori jiwang karat punya orang*
5. sekarang ni kalau aku tgk balik tajuk2 cerpen2 aku yg dahulu kala ~cinta itu milikku akhir, ada cinta untuk dia, dari benci.terbit rindu lahir sayang~ akan buat aku gelak sengsorang sebab aku rasa tajuk dia sangat jiwang melampau. *banyak betul cinta-cinta-cinta*
6. paling tak suka tengok wayang *buat rugi beli tiket coz 10 minit citer aku dah lebuh tidur nyenyak dalam tu*
7. rumah adalah tempat paling best untuk aku lepak. *banyak benda boleh dibuat dekat rumah tu*
8. kalau nak tau member kamcing aku bernama suzana julia *masa sekolah rendah aku selalu kutuk makcik sorang ni, bukan kutuk biasa2 tapi kaw2 punya, tak sangka bila dah besar aku dgn dia boleh jadi member kamcing yang kamcing giler*
9. aku adalah peminat setia ziana zain dan adik beradik KRU *dari kecik bawak kebesar aku memang suka sama dorang*
10. percaya atau tak, aku penah admire giler dengan seorang facilitator time aku pkn dulu. *bacalah 'cinta itu, milikku akhirnya'*

3. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
1. Fadz - dia housemate aku yg suka suruh aku diam kalau aku buat bising dalam rumah encik nazari tu
2. Julia - member kamcing aku jugak pengkritik tetap tulisan aku
3. Kak Nik - kakak kat opis ni yg merupakan teman sepasukan dalam team netball AGC
4. Kak Noor - kakak yg aku cayang
5. Kak Uda - kakak yg sangat kelakar
6. Kak Wan - aku tatau sangat pasal akak sorang ni, tapi yg aku tau dia seorang pengulas novel yg aku suka baca ulasan setiap novel yang dia ulas.
7. Iejay - penulis Lagu Cinta yang tinggal sikit...ajer lagi untuk aku khatam novel tu
8. cucuratap - kembar aku yang lain mak lain bapak *hahahahah*
9. Eilawanie - akak ni aku rasa akan jadi sumber rujukan aku untuk cerita yg seterusnya sebab dia banyak sangat cerita setiap kali aku ym dengan dia
10. anis fatiha - adik aku yang baru ajer nak belajar blogging yg buat aku pelik org IT dekat UPSI ni tatau nak buat blog macam mana ~adoyai kamu ni~

p/s: mintak maaf kerana masuk n3 ni..*sajek ajer tgh tader kejer ni* agak2 penama2 di atas yg nak membalas award ni kalau tak boleh nak copy paste kat sini korang leh pergi ---> http://cerita-areila.blogspot.com :)

Tuesday, July 28, 2009

2 X 5 Bab 5

“Kirin dekat mana?”
“Tempat kerja.”
“Balik pukul berapa?”
“Pukul lima.”
“Zaim nak jumpa.”
“Boleh jer.”
“Malam ni boleh tak?”
“Okey. Tapi dekat mana?”
“Kirin set tempat. Zaim ikut.”


Perbualan ringkas di telefon bimbit selepas makan tengah hari tadi membawa Syakirin ke sini. Punggung betul sudah naik kematu dan keras. Zaim tak jugak menampakkan barang batang hidung sekali pun. Syakirin melepaskan keluhan lemah. Jus epal yang sudah tinggal separuh gelas dia sedut perlahan. Tangan bermain-main dengan batang straw.
“Ini apa punya janji entah ni. Kata lepas Maghrib. Ini Isyak pun sudah lama lepas, abang sorang ni tak jugak muncul. Kalau nak kata tolong tok siak lipat sejadah pun rasanya kerja tu dah lama selesai. Janji Melayu memang tak pernah nak betul.” Syakirin mengomel sendiri di dalam hati. Nak melenting pun bukan ada gunanya. Dah orangnya pun tak ada. Lagi sekali jus epal disedut. Kali ini sudah menampakkan dasar gelas panjang. Jus epal sudah habis. Syakirin mengangkat tangan kea rah adik pelayan restoran.
“Jus epal satu lagi dik.” Pintanya bersama senyuman manis mekar dibibir.
Selesai meminta pesanan, Syakirin menongkat dagu dengan tangan. Media Hiburan dia selak lagi untuk ke sekian kali. Nasiblah tadi semasa mengisi minyak di Petronas sempat mencapai Media Hiburan, dapat jugak dibuat alat untuk menghilang bosan menanti. Tapi kalau dah memasuki kali ke sepuluh majalah ini dibelek, siapa yang lalu. Balik-balik baca gossip. Selak muka surat mula-mula cerita wartawan tu mencaras artis yang tu. masuk muka surat seterusnya cerita artis yang ini dengan datuk yang ini. Bila bukak lagi, tak habis-habis cerita hal rumah tangga artis tu, artis ni. Habis baca gossip, balik-balik tengok gambar artis yang-tu-yang-tu ajerlah. Dunia hiburan Malaysia, yang mana tengah popular memang muka dia ajerlah yang akan keluar tiap-tiap bulan dalam majalah. Saham tengah meningkatlah katakan. Sungguh bosan gila!!
“Sorry lambat.” Tiba-tiba datang suara dari depan menyapa.
Syakirin yang sedikit terperanjat mengangkat kepala. Alhamdullillah. Ingat mamat ni tak ingat tadi yang dia ada date dengan aku malam ini.
“Its okey.” Syakirin berkata dengan bersahaja. Konon-konon sikit pun dia tak terasa dengan kelewatan Zaim. Padahal dalam hati, masyaallah tuhan sahaja yang tahu. Rasa sudah berkontena Zaim itu dikutuk-kutuk sebab buat dia menjadi penunggu setia di sini.
“Apa dah jadi ni Kirin.” Zaim bertanya terus. Dia tak toleh kanan. Dia tak toleh kiri. Main terus ajer.
Syakirin konon-konon buat muka pelik. Muka innocent gila pun ada jugak. Dalam hati dia mengekek ketawakan Zaim yang gelabah tak pasal-pasal tu. Memang sudah dapat diagak bila mendapat panggilan dari Zaim tadi. Ini tak lain tak bukan pasti Mak Ton sudah menetapkan tarikh majlis. Kalau tidak, tak ada maknanya arkitek sorang ni beriya-iya mahu berjumpa dengan segera mala mini jugak walaupun datang lewat satu jam tiga puluh minit. Last jumpa pun dulu ajerlah. Masa dekat Alamanda tu. Lepas tu mana ada dah nak jumpa ker. Nak beramah mesra ker. Nak merapatkan silaturrahim ker. Kalau nak ajak keluar mintak maaf banyak-banyak. Bukan dia yang sibuk memanjang tak ada masa nak keluar untuk berbincang. Tapi Zaim tu yang buzy semedang. Zaim punya buzy tu mengalahkan Tok Ketua Kampung Talang.
“Jadi apa?” Syakirin pura-pura bertanya.
“Umi saya call malam semalam. Kata semua dah okey. Tarikh dah tetap.” Dalam satu nafas Zaim berkata tanpa ada satu pun traffic light menyala. Bunyi nafasnya turun naik sebab bercakap tidak berhenti. Laju.
“Mana Kirin tau.” Dengan muka yang sangat suci dan macam tak tau apa dah berlaku Syakirin membalas kata-kata Zaim itu tadi.
“Umi kata Kirin dah setuju.”
Syakirin menelan air liur. Ngee… Mak Ton ni pun satu. Sudah dipesan awal-awal jangan ar bagi tahu anak dia yang aku ni setuju. Lagi mahu bagi tahu.
“Kirin setuju sebab…” Kata-kata Syakirin mati sekerat.
“Sebab apa?” Zaim bertanya.

Korek kubur sendiri kalau pergi mengaku sekarang ini yang memang aku dah lama jatuh cinta dengan Zaim. “Sebab emak dan abah. Sebab Mak Ton dan Pak Midi.” Kelentong Syakirin. Cubalah kalau bukan Zaim calon yang abah letak depan mata, confirm lari dari rumah, keluar daerahlah jawabnya sebab mana rela main paksa-paksa macam ni. Abah dapat kredit sebab calon menantu yang dia pilih ni Ahmad Zaim Hamidi.
“Zaim apa salahnya kalau kita ikut kata orang tua kita.” Syakirin berkata lembut. Wahai Ahmad Zaim, terimalah hakikat yang kau memang untuk aku.
Zaim melepaskan keluhan keras. “Kenapalah Kirin tak tau nak menolak. Kirin tau tak. Yang Kirin sekarang buat saya betul-betul hilang akal nak fikir apa dah.” Zaim berkata agak keras.
Syakirin memandang wajah serabut Zaim. Lar.. Macam tu pulak dia. Hari tu bukan main lagi elok Zaim berkata-kata. Hari ini jadi lain pulak dia. Baru lepas bersalin kulit ker. Kut yer pun bengang dengan semua ni janganlah marah-marahkan aku. Kenapa tak tanya umi ayah dia dengan apa yang dah jadi semua ni.
“Zaim macam nilah. Sebelum Zaim nak marah-marahkan Kirin, nak berangin tak tentu pasal, baik Zaim tanya diri Zaim sendiri kenapa tak Zaim ajer yang menolak. Cakap sendiri yang Zaim tak sanggup nak berdepan dengan semua ini. Cakap ajer yang Zaim sebenarnya masih lagi menaruh harapan pada Sofia tu. Jangan nak marahkan Kirin sesedap hati kalau Zaim pun sebenarnya tak tau apa yang Zaim nak. Sebelum nak cakap fikir dulu.” Syakirin berkata dalam sedikit nada ketegasan. Zaim bercakap macam aku yang terhegeh-hegeh sangat. Tak ada pun sekali aku bercakap dengan emak dan Mak Ton yang aku memang cintakan Zaim. Memang aku nak kahwin dengan Zaim. Langsung tak ada. Macamlah aku tak sedar kedudukkan seorang perempuan itu tentu punya rasa malu part nak luahkan isi hati. Pada emak dengan Mak Ton aku sekadar mengatakan persetujuan untuk terima semua ini dengan rela. Rahsia hati hanya aku dan Fiqa sahaja yang tahu.
Sekali lagi Zaim melepaskan keluhannya. “Okey Zaim betul-betul mintak maaf. Zaim takut kita macam memperjudikan masa depan kita. Masa depan Kirin. Kirin muda lagi.”
“Kirin percaya pada jodoh. Kenapa? Zaim tak percaya pada ketentuan tuhan ker?”
“Bukan macam tu. Kirin tau kan saya masih cintakan Sofea.”
Syakirin mengangguk. Tenang.
“Kirin tak takut ker kalau kita kahwin nanti dan tiba-tiba berlaku sesuatu dalam perkahwinan kita. Sesuatu yang tak elok.”
“Kalau itu yang sudah tertulis siapa kita untuk menolak.”
“Kirin kenapa Kirin tenang ajer yer dengan semua ini. Atau ada benda yang Kirin sembunyikan. Jangan-jangan…” Kata-kata Zaim mati sekerat jalan. Syakirin dipandang dari atas ke bawah. Bola matanya turun naik. Tengok gaya bukan boleh pakai. Tak tau tang mana budak depan yang umi berkenan sangat. Songsang tu ada jugak. Senget sikit pun iya dari cara gayannya.
Syakirin menjengilkan mata bila Zaim memandang dirinya atas ke bawah. Bukan main lagi memandang anak dara orang macam tu. “Zaim, Kirin rasa Zaim sangat kurang ajar memandang Kirin macam tu. Buat pengetahuan Zaim, Kirin ni masih anak dara lagi tau. Jangan Zaim ingat Kirin terima Zaim sebab Zaim dah terlanjur. Kalau Zaim tak nak kahwin Zaim cakap sendiri dengan umi ayah Zaim. Kalau macam ni cara Zaim simpan prasangka pada Kirin, Kirin pun tak ingin jadi isteri Zaim.” Terus Syakirin mengangkat punggung dan memeluk tubuh. Hidungnya kembang kempis menahan geram. Panas hati bila tengok Zaim macam tu. Lagi panas bila sudah dapat menangkap apa yang Zaim tengah fikirkan tadi. Suka-suka hati ajer anggap orang macam tu. Apa? Ingat orang free hair semua jahat ker. Apa? Dia ingat kalau pakai skinny jeans dengan baju body tu semua tak baik ker? Errmmm… Kalau ikutkan yang betul-betul atas nama Islam memanglah songsang ke tepi dress code yang macam ni. tapi perubahan itu menuntut kesediaan. Kalau tak sedia macam mana nak berubah. Buat benda terpaksa mana nak dapat pahala. Nanti-nanti kalau dah bersedia tak payah nak suruh pun aku tau nak pakai tudung sendiri. Nak membetulkannya yang mana songsang, yang mana senget, yang serabut tu sendiri.
“Apasal nak melenting pulak ni?” Zaim bertanya. Dia sudah berdiri tegak. Tangannya menopang ke meja restoran. Mujur meja mereka berkedudukan jauh dibelakang. Kalau dibuatnya babak-babak Samarinda ini ditonton oleh pelanggan kedai yang kebanyakkannya tengah duduk dibahagian hadapan restoran ini tentu malu dibuatnya. Kirin pun satu. Aku tengok ajer. Cakap apa pun tak. Yang makcik ni nak terasa apa hal pulak. Kut yer pun mengutuk, aku kutuk dalam hati. Takkanlah Kirin boleh dengar.
“Zaim tu lah. Dahl ah datang lambat. Lepas tu fikir yang bukan-bukan. Sudahlah. Kirin pun dah tak ada mood nak kahwin dengan Zaim.” Balas Kirin. Dia terus berlari ke kaunter yang pembayaran. Not sepuluh ringgit dia letakkan di atas meja cashier. “Keep the change!” katanya sebelum berlalu pergi menuju ke arah tempat kereta diparkirkan.
Zaim sekadar mengejar dari belakang. Langkahnya mati bila telefon bimbit di dalam poket jeans yang dipakai menjerit mintak di angkat dengan segera. Bunyi irama lagu kegemaran umi bergema. Sah umi yang menelefon.

“Mak Kirin tak jadilah nak kahwin dengan Zaim tu.” Kata Kirin dari hujung talian. Lengan kanan dia bawak naik ke dahi. Badan sudah siap landing atas katil. Sampai ajer rumah memang tak ada tempat lain dia pergi. Masuk bilik. Cari katil.
“Kirin kamu janganlah nak memeningkan kepala emak dengan abah ni Kirin. Kalau abah kamu tahu mahunya diparang kamu nanti. Cakap tak pernah nak betul. Tak pernah nak ambil serius. Tarikh dah siap tau.” Bebel emak.
“Taknaklah emak. Kirin taknak. Kirin taknak. Lagipun Zaim tu bukannya nak kahwin dengan Kirin. Buat malu keturunan kita ajer nanti.” Balas Syakirin.
“Apa yang kamu cakap ni Syakirin. Mak Ton baru ajer lepas telefon mak ni. Katanya Zaim dah setuju.”
“Apa mak cakap ni. Kirin baru lepas jumpa Zaim ni. Dia kata dia taknak kahwin.”
“Alasan kamu ajer tu. Macamlah mak tak kenal perangai kamu tu. Jangan-jangan kamu tu yang taknak. Lepas tu memandai mengata Zaim pulak.”
“Mana ada mak. Betullah. Entah-entah Mak Ton ajer kut yang bersetuju ‘bagi pihak’ anak dia. Lepas tu kirim berita pada mak. SK pada Pak Midi. Padahal anak dia tak kata apa pun.”
“Jangan nak menyalahkan Mak Ton pulak. Memang Zaim dah setuju. Tadi Mak Ton telefon mak kata Zaim okey ajer. Kalau kamu tak percaya pergi tanya Zaim. Zaim sendiri cakap minggu ni dia balik kampong dengan kamu untuk bincang hal ini.”
“Mak!!” Syakirin menjerit perlahan bila emak sudah mematikan talian. Habis takat tu ajer. Balik dengan Zaim? Biar betul!

Monday, July 20, 2009

2 X 5 Bab 4

“Aku rasa sejak seminggu yang lepas kau punya senyum meleret tu tak habis-habis lagi tau.” Tegur Fiqa ketika dia dan Syakirin sibuk memilih sayur untuk dijadikan stok makanan selama seminggu akan datang. Ini memang rutin wajib di pagi sabtu. Pagi-pagi akan bergerak ke pasar borong dekat Dengkil ini untuk membeli bahan makanan basah. Beli dekat pasar borong bolehlah dapat murah sikit. Nak jimatlah katankan. Jadi jangan ar jadi anak dara pemalas yang tau nak tapau nasik dekat luar ajer. Kenalah masak. Ringan-ringankan tulang tu. Syakirin yang masih tersenyum Fiqa pandang lagi. Angau melampau Syakirin ni bila dah berjumpa dengan buah hati merangkap kekasih-gelap-tak-ada-sorang-pun-tahunya itu. Timun yang sedang-sedang itu diambil lalu dikatuk pada tangan Syakirin yang sedang leka memilih sayur kangkung.
“Apa ni!!” Marah Syakirin. Apek jual sayur tu dah jelling semacam sebab budak ni nak main pukul-pukul pakai timun yang dia jual.
“Tokei kira ini.” Arah Syakirin pada apek jual sayur.
“Itu timun?” Apek jual sayur Tanya balik. Muka dia macam tak puas hati.
Hishh…”Yerla. Yerla. Kasi angkat. Kasi angkat.” Jawab Syakirin sambil meletakkan timun yang Fiqa gunakan untuk mengetuk tangannya tadi ke dalam bakul. Sambil-sambil tu sempat ajer dia mengajuk cara apek ni membebel sebab tak puas hati sayur timun dia ni dibuat main.
Selesai membayar harga semua sayur yang dibeli terus sahaja Syakirin berjalan meninggalkan Fiqa. Semua dah cukup dah tak ada apa yang nak dibeli terus ke keretalah jawabnya. Sementara menunggu Fiqa terkedek-kedek berjalan, Syakirin bersandar disebelah Kelisa bawah kuning atas hitam milik Fiqa itu.
“Kau apasal?” Fiqa menyiku Syakirin. Dia turut sama bersandar di tepi badan Kelisanya itu. Beg plastic yang sarat dengan bahan makanan basah diletakkan di bawah. Tangannya diberi regangan ringan untuk mengurangkan lenguh akibat membawa beg plastic yang boleh tahan beratnya ini.
Syakirin menoleh. “Tak ada apa-apa.” Dia cuba berselindung.
“Sengih sorang-sorang ni kau kata tak ada apa-apa.”
“Mana ada apa-apa.”
“Yerlah tu.”
“Fiq jom kita balik.”
“Selagi kau tak cerita dekat aku apa yang ada dalam kepala kau tu, selagi tu aku tak nak balik.” Fiqa memeluk tubuh. Buat-buat keras. Jadi macam batu.
Ek..eleh.. Main ugut-ugut pulak. “Jomlah balik Fiq. Aku nak qada tidur aku ni. Gila awal kau kejutkan aku pagi tadi.” Kata Syakirin. Mulut dia menguap luas cepat-cepat ditutup dengan tangan. Mata dah kuyu ajer ni. Stim semacam dah tak sabar nak panjat katil.
“Tak ada maknanya awal. Baik kau cerita dekat aku cepat.”
“Okey. Okey. Aku janji. Balik rumah nanti. Lepas aku bangun dari tidur balik nanti. Lepas kau dah siap masak semua nanti. Lepas kita habis makan nanti aku cerita.” Syakirin mengaku kalah. Dia angkat dua-dua belah tangan. Tak ker naya kalau datang angin Fiqa jadi batu terus menerus dekat sini. Aku mata betul dah tak boleh tahan dah ni. Silap hari bulan masuk dalam Kelisa comel ni terus ajer lebuh ke Bidor.
“Banyaklah kau semua benda aku kena buat. Jomlah.” Arah Fiqa. Beg plastic tadi dimasukkan ke dalam bonet sebelum mereka masuk ke dalam perut kereta.



“Kesan-kesan lukalah….Kesan-kesan lukalah..” Syakirin berkata sendiri dengan focus pada tapak-tapak yang salah di skrin televisyen. Epal hijau dicicah dalam garam pada piring kecil sebelum dibawa ke mulut.
“Kau ni kalau tengok tv tu tengok diam-diam boleh tak. Kalau pandai sangat kenapa tak kau ajer yang masuk.” Marah Fiqa. Epal hijau sebiji dia kokak penuh nikmat. Kirin ni menganggu kosentrasi orang nak menonton televisyen ajer.
“Aku kalau suara sedap dah lama aku masuk pertandingan ni tau.”
Fiqa ketawa kecil. Betul jugak tu. Buat hujan lebat ajer nanti kalau Kirin mula bukak suara ongkedekkedek dia tu. Hujan seminggu belum tentu boleh berhenti.
Mata Syakirin masih lagi setia di kaca tv. Fokus gila tu. Macamlah yang nak menang dua puluh lima ribu tu dia orangnya. Beberapa minit kemudian… Dia mengeluh kuat.
“Kan betul aku kata. Kesan-kesan luka. Punyalah terang-terangan Mila sebut perkataan tu peserta ni boleh salah nyanyi pulak. Gila terbang lima riban tu.” Panjang ajer mulut Syakirin menyebut tuuu.. Peserta dalam tv tu yang kalah dia pulak yang over mengeluh panjang.
“Musim ke tiga nanti aku rasa better kau pergi audition. Kut yer kau tu terror sangat nak menghafal lirik.” Perli Fiqa. Epal yang dah nak habis kena kokak itu dia letak di atas piring berisi garam halus.
Tamat JLL chanel tv dikalih pada siaran lain. hampa. Satu siaran pun tak kena dengan selera. Syakirin duduk mengadap cabinet tv. Mencari-cari dvd baru yang mana dia tak sempat nak tengok lagi. ‘Bride Wars’ lakonan Anne Hathway dan Kate Hudson dia ambil. File mini belum berkesempatan nak tengok lagi. Remote cotroller tv ditekan kepada fungsi video. Tray dvd player sudah terbuka. Kepingan dvd dimasukkan. Tutup kembali. Tunggu beberapa saat untuk cerita loading dan…layanzz…
Fiqa lepas habis makan epal sebiji dia bukak pulak kerepek ubi cap ‘Cikgu Hendon dan Suami’. Tengok dvd sambil mengunyah jajan memanglah best dan terlagi-lagi. Sementara menunggu gazet habis Syakirin ke dapur sekejap. Botol berisi Rebina yang sudah siap berbancuh dikeluarkan. Dua biji gelas yang tersangkut pada rak gelas diambil dan dibawa kedepan bersama-sama botol Rebina sejuk.
“Kirin…” Panggil Fiqa panjang.
“Apa dia?” Syakirin menjawab malas. Aku kalau dah mengadap dvd memang kosentrasi dua ratus peratus dekat situ ajerlah. Cakaplah apa pun memang tak akan ambil pusing.
“Aku dari tadi duk menunggu bila kau boleh bukak cerita yang buat kau senyum panjang tu.” Cucuk Fiqa. Kata Kirin lepas makan tengah hari baru dia nak bercerita. Ini dah sampai habis makan malam pun tak ada ura-ura nak updated stori ni yang tak boleh jadi.
Syakirin menoleh kea rah Fiqa sekilas. “Takkanlah time-time aku nak tengok dvd ni pun kau nak jugak aku cerita pasal benda tu. Postpone esok pagi ajer tak boleh ker. Lepas kau buatkan aku punya sarapan.” Selamba Syakirin berkata. Dia muka langsung tak rasa bersalah buat kawan sendiri macam orang gaji.
Kusyen yang melayang terkena pada kepala Syakirin. Tak agak-agak betul. Agak-agak Kirin ni nak kena kut dengan aku. Tadi kata lepas aku siapkan dia punya makan tengah hari. Aku ikut. Lepas tu beralih pula siapkan makan malam dia. taka pa. bertabah ajer. Aku ikut lagi. Ini dah nak terus menerus buatkan sarapan dia esok pagi dah masuk tahap melampaulah tu. Ingat aku ni Mak Jah ker. Suka-suka hati ajer.
Remote controller dvd player ditekan butang pause. Kat Hudson dengan Anne Hathway betul dah kena sumpah jadi batu. Syakirin pandang tepat muka Fiqa. “Aku rasa aku nak ikut cakap abah emak aku kali ini.” Katanya penuh yakin. Tak ada talian hayat buat masa sekarang pun tak apa. Memang dah habis tahap konfiden gila dah ni. confirm!!
Fiqa buat separuh muka pelik separuh muka tak faham. “Ikuta pa?” Dia bertanya.
“Kira on lah kahwin dengan Zaim.” Pengakuan berani mati dah terang-terang bagi Fiqa dengar. Tak salah terima lamaran orang depan rumah tu. Bukan tak kenal Pak Midi dengan Mak Ton satu family. Dah macam keluarga sendiri pun. Zaim tu pun memang dah berkenan dari kecil lagi. Kalau ikut frust dengan Zack tu tak ke mana. Katalah Zack tu dah berubah pun sungguh aku tak lalu nak balik pada dia semula. Itupun kalau Zack dapat petunjuk nak berubah. Tapi sampai sekarang tak ada sebarang tanda perubahan pun pada mamat sorang ni. baru dua hari lepas terserempak lagi dengan Zack masa tengah beratur panjang dekat mesen ATM Maybank. Kali ini Zack angkut perempuan tua. Sah itu lagi seorang janda kaya yang dia Berjaya jinakkan. Gelilah. Macam ubat batuk Cap Ibu dan Anak bila diperhatikan pasangan merpati dua sejoli ini.
Mata Fiqa sudah terbeliak. Sikit lagi ajer tu nak terkeluar dari soket dan tersembur keluar. “Betul ni Kirin?” Fiqa bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Syakirin mengangguk.
“Bukan minggu lepas kau kata kau tak sanggup ker nak berkahwin dengan Ahmad Zaim tu. Kenapa masuk minggu lain kata-kata kau tu dah berubah.” Tanya Fiqa lagi. Ini baru betul orang bilang ‘cakap tak serupa bikin’. Beriya-iya menidakkan perasaan hari ini dah lain jadinya.
Syakirin mempamerkan gigi sebaris yang cantik tersusun. Dalam masa seminggu ini dia sudah puas berfikir. Ini yang dia dapat putuskan. Ini yang dia dapat pastikan. Dia terima tanpa ada sikit pun rasa berbelah bahagi. Tekad sudah dihati. Pada emak dan abah dikampung telah dinyatakan yang dia sudah bersedia. Tetapkan sahaja tarikhnya. Dia bukan desperate hendak kahwin sangat pun. Tapi tak ada yang kurangnya pada lamaran orang dihadapan rumahnya itu. Apa salahnya diterima. Kecil tapak tangan, litar Sepang tempat F1 berlangsung hamba tadahkan. Yang kurangnya mungkin anak teruna dia orang itu ajer yang masih tak boleh nak melupakan bekas kekasihnya itu. Perkara kecil ajer tu. Dulu dia pernah ajer rela membiarkan Zaim bersama dengan perempuan yang Zaim suka. Dia pun nak buat bodoh boleh pulak terima Zack dalam hidup walaupun sebenarnya cinta itu sekelumit pun tak ada untuk lelaki itu. Tak ada yang lebih pun pada Sofea tu dengan dirinya. Kalau lebih pun mungkin ajerlah latar belakang pendidikan mereka tu ajerlah yang setara. Yang lain dia dan Sofea sama level. Banyak kelebihan jugak bila kahwin dengan jiran sendiri ni.

1. Jiran tu dah tentu-tentu kita kenal. Dah anggap macam saudara susah senang bersama dah pun. Insyaallah tak akan ada krisis latar belakang punyalah.

2. Kenduri sekali harung. Kenduri besar gitu walaupun tak adalah boleh challenge Wedding of TheYear macam Datuk Siti-Datuk K atau Mawi-Ikin tapi ‘Grand Sekampung’ tu haruslah. Bukan nak menunjuk tapi majlis sekali seumur hidup apa salahnyakan.

3. Best jugakkan kalau sekali balik kampong tu boleh merasa masakan dari air tangan mak sendiri dengan mak mertua dalam satu hari. Tengah hari makan rumah mak mertua. Malam makan dekat rumah mak sendiri. Kat mana nak dapat lagi tu kalau tak sebab rumah mak dengan mertua berdepan-depan.

4. Ini antara sebab yang penting dan boleh pakai dan tak mungkin ada yang berani nak sangkal lagi. Menguatkan point-point di atas tu. Kalau dah kahwin, tak payahlah terpaksa nak menempuhi fasa balik kampong ikut turn bila Hari Raya. Rumah dekat kan. Bahagia rumah tangga tak ada yang nak bermasam muka tang-tang nak dekat Raya. Bolehlah kasi meriah di pagi hari Raya hari yang mulia.

“Betul kau dah habis fikir ni Kirin?” Tanya Fiqa lagi. Dia susah nak percaya dalam sekelip mata Syakirin boleh mengubah fikirannya. Minggu lepas dia memang sokong habis kalau Kirin kahwin dengan Zaim. Masa tu dia bajet cerita antara Zaim dengan Sofea sudah jumpa jalan penamat. Sad ending. Masa tu pun ingat kalau buat sequal cerita baru, Nur Syakirin Abdul Majid jadi heroin harap akhirnya boleh jadi happy ending. Tapi tak sekarang ini. Tambah-tambah lagi Syakirin ada ajer mengatakan yang sehingga kini pun Zaim tu bukan boleh melupakan Sofea. Nak main dengan api ker Kirin ni. Soal nikah kahwin bukan boleh dibuat main-main. Janganlah nak samakan time main kahwin olok-olok masa kecik-kecik. Dia sayang Kirin. Dia tak mahu akhirnya nanti Kirin kecewa lagi. Sudahlah dulu agak frust menonggeng jugaklah member sorang ni bila sudah tersebar satu Chempaka Sari, Zaim buat skandal dengan budak Sri Kinta, walaupun tak pernah nak ditunjukkan secara terang-terangan.
“Sebab aku dah habis fikirlah aku berani cerita dekat kau.” Kata Syakirin bersahaja.
“Kahwin bukan benda main Kirin.”
“Siapa pulak yang nak main-main.”
“Zaim tu macam mana. Buatnya tiba-tiba Sofea tu muncul macam mana?”
“Tak ada yang macam mana. Hal Sofea kalau dia muncul nanti baru aku fikir apa nak buat. Sekarang ini kau kena tolong ajar aku macam mana caranya nak jadi isteri solehah ni. Aku semangat ni. Aura nak jadi pengantin baru.”
“Zack?” Kata-kata Syakirin tadi Fiqa buat tak dengar. Zack pulak yang dia pergi Tanya.
“Zack tu Zack lah.”
“Kira dah sembuh lukalah ni.”
“Bila masa aku terluka sebab dengan Zack.”
“Masa putus dulu. Menangis sampai kering air mata.”
Ketawa meletus. “Kau ingat aku betul-betul syok dekat Zack tu ker. Sorry la beb. Dia tu macam saja-saja ajer. Kau kawan aku. Aku rasa kau tau siapa sebenarnya yang aku suka. kes aku menangis sampai kering air mata dulu tu bukan apa. Aku menangis sebab aku clash dengan Zack sebelum sempat dia nak bayar komisen sepuluh orang client yang aku rekemen beli insurans dekat dia.”
“Kau ni gila punya mata RM sungguh. Hutang duit yang kau nangiskan.” Fiqa turut sama ketawa. Iya-iya ajer aku ingat budak ni frust sebab putus cinta rupanya. “Hutang perasaan tak ada ker?” Pancing Fiqa lagi.
“Sikitlah. Aku sayang jugak Zack tu. Tapi tak tau nak describe sayang lagu mana”
“Habis yang kau mengamuk sakan masa putus dulu tu apa.” Fiqa masih mahu menggali sedalam boleh apa sebenarnya yang dirasakan oleh temannya itu.
Lagi galak Syakirin ketawa. “Yang mengamuk dulu tu sebab terlebih emosi. Aku rasa macam tu aku tak dapat terima kenyataan kut kenapa aku yang agak-agak vogue da vass ni boleh tertewas di tangan perempuan-perempuan tua dengan lelaki-lelaki tua tu.” Mata Syakirin berair sebab ketawa tidak berhenti. Tercabar beb sebab kalah dengan saingan standard umur mak abah sendiri. Umur mak tu kira ada ampunnya. Ni kes umur abah ni saper nak jawab. Betul dunia nak dekat kiamat.
Fiqa menggeleng perlahan. Itu macam punya feeling pun ada ker.
“Tapi kalau kau nak tahu Fiq, seumur hidup aku pernah ar sekali aku gila frust menonggeng.”
“Aku tau.”
“Kau tau?”
Fiqa sekadar menarik senyum segaris. “Kalau pun masa kau frust menonggeng dulu tu kau tak nak kongsi dengan aku, aku dah tau. Aku kan ker kawan kau.” Fiqa menaikan kening.
Kusyen kecil Syakirin bawa ke muka. Cover malu. Aiyoo.. Malu gila tu. Fiqa boleh baca apa yang dia rasa saat tu. Malu gila sebab saat tu makan minum emak abah masih tanggung dah pandai nak bercinta-cinta sampai frust macam tu sekali. “Fiq aku nak peluk kau.” Syakirin berkata dari balik kusyen kecil.
“Yerlah. Tu ajerlah modal kau.” Kata Fiqa.
Dapat kebenaran terus ajer kusyen kecil dicampak ketepi. Fiqa dipeluk erat. Fiqa memang sahabat sejati. Benda yang tak bagi tau pun dia boleh tahu. Love you babe.

Wednesday, July 15, 2009

2 X 5 Bab 3

Syakirin menanti dengan penuh sabar. Fiqa last minit ada hal. Jadi tak dapat nak menemani dia untuk pergi berjumpa dengan Zaim hari ini. Jantung berdegup kencang tuhan ajer yang tahu. Tak tahu sama ada Zaim masih boleh cam atau tidak muka dia ni. kalau Zaim tak cam pun bukan salah dekat mata mamat ni. Dah lama tak jumpa. Memang lama gila walaupun macamlah rumah dekat kampong tu jauh sangat. Beberapa langkah dah boleh sampai. Kalau jerit bagi salam pun boleh dengar dari berenda rumah.
“Kirin?” Tegur seorang lelaki yang sudah terpacak berdiri bagaikan tiang bendera di tengah padang merdeka itu.
Syakirin menelan air liur yang terasa sedikit pahit. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Jantung makin laju berdegup. Dup-dap-dup-dap macam enjin motorboat kehabisan minyak subsidi kerajaan Malaysia. Perlahan-perlahan Syakirin mengangkat wajah. Melihat gerangan empunya suara itu.
Alamak wei. Betul dah terasa macam poyo gila bila angkat muka pelan-pelan macam ni. Apa dah jadi ni Syakirin. Control ayu. Control jiwa. Control emosi. Control jangan tak control.
Syakirin mengangguk perlahan.
Tanpa perlu disuruh Zaim duduk di kerusi dihadapan Syakirin. Syakirin sekadar memerhati. Dia lihat Zaim dari segala sudut pandangan mata. Zaim macam dulu jugak. Tak ada banyak yang berubah. Tingginya masih sama. Hitam manisnya jugak masih lagi sama. Ingat duduk dekat negara empat musim ni boleh mengubah Zaim yang agak gerhana bulan penuh ini jadi putih melepak macam tepung gandum Cap Sauh. Alah… Zaim ni pun dah berapa tahun balik Malaysia. Tak heranlah jugak Zaim boleh kembali kepada rupa asal. Cuba kalau jumpa Zaim masa dia mula-mula balik Malaysia dulu tu, confirm macam MJ baru lepas operation putihkan kulit muka. Tiba-tiba teringat pulak teka-teki bodoh yang Zaim pernah bagi masa zaman muda-muda dulu. Masa tu kalau tak silap Zaim balik bercuti dari asrama kut. Masa tu kira masih bertegur sapa lagilah sebab masa tu mana ada Sofea lagi dalam hidup Zaim. Soalan yang Zaim bagi apa benda yang kecik-kecik dia hitam bila dah besar dia jadi putih. Masa tu rasa macam bodoh sungguh teka-teki budak STAR ni. Bila ingat-ingat balik banyak jugak kenangan dengan Zaim ni semasa zaman kecil aku dan dia.
“Kirin sihat?” Soal Zaim.
Syakirin mengangguk lagi. Eyyhhh!!! Tak ada mulut nak jawab ker. “Sihat” Katanya sepatah.
“Kirin, Zaim tak tau kenapa parents kita nak sangat jodohkan kita. Padahal mereka tahu yang kita sebenarnya tak ada langsung perasaan sesama sendiri.” Zaim memulakan bicara pada topic utama.
“Tu lah pasal. Kirin ni lagilah tak faham.”
“Ayah Zaim betul-betul paksa Zaim kali ini.”
“Abah Kirin pun.”
“Apa yang kita boleh buat?”
Syakirin menjongketkan bahu. Entahlah. Dia pun dah jenuh fikir apa yang patut dia buat. Tapi satu jalan penyelesaian pun tak nampak lagi. Harap-harap dah jumpa Zaim pada petang ini bolehlah mamat ni menyumbang sedikit buah fikirannya.
“Kirin ada boyfriend lain ker?” Tanya Zaim.
Syakirin tersentak dengan soalan yang tiba-tiba itu. Tak sangka langsung yang Zaim nak bertanyakan hal itu. “Tak ada?”
“Tipulah.” Zaim tersenyum.
“Betullah. Mana ada.” Jawab Syakirin tegas. “Dia tu. Takkan tak ada girlfriend lain kut?” giliran Syakirin pula bertanya.
Zaim sekadar tersenyum. Tangan dia bawa ker rambut dan direhatkan sebentar ditengkuk manakala siku menopang kepala. Dia senyum lagi. Soalan budak ni betul tak boleh blah. Macam tak tau lepas insiden dulu tu mana pernah aku berani nak cari buah hati lain.
“Hah!! Ini mesti tak boleh nak lupa dengan budak Peah tu kan.” Syakirin meneka. Seketika kemudian dia menelan air liur. Adoi.. Asal boleh terlepas Peah pulak ni. Itu nama samaran masa tengah bengang gila dengan budak Sofea tu dulu. Itu pun Fiqa yang memandai ubah nama orang. Aku ikut ajer. Peah. Sofia. Lebih kurang.
“Peah??” Zaim muka sudah blur. Peah mana pulak ni. Yang aku tau Peah tu nama kucing dekat rumah umi. Bila masa pulak aku jadi angau dengan kucing dekat rumah kampong tu.
Syakirin ketawa kecil. Zaim memang macam dulu. Walaupun kategori budak pandai, tapi tetap selalu blur. “Sofia lah” Jawab Syakirin laju.
Zaim mengangkat kening. “Tak baiklah main-mainkan nama orang macam tu.” Tegur Zaim.
Sekelip wajah Syakirin berubah. Sengih tak ikhlas. Senyum plastic bila dengar Zaim cakap macam tu. Dah kena tinggal pun masih nak backing lagi ker budak Peah tu. Dah dapat malu berlori pun ada hati nak membela lagi ker budak Peah tu. Ikutkan aku tak adalah nak terus menerus menolak usul abah nak menjodohkan aku dengan Zaim. Aku okey ajer. Tapi tengok ajerlah macam sekarang ini. macam manalah aku tak sangsi nak kahwin dengan Zaim, kalau baru nak main-mainkan nama bekas kekasihnya itu sahaja, Zaim sudah bagi warning.
“Yer..Yer.. I’m sorry.” Jawab Syakirin. “Sofea.” Dia memperbetulkan balik sebutan nama Sofea itu.
“Sebenarnya Kirin, Zaim masih sayangkan Sofea tu lagi.” Zaim cuba berterus terang.
Syakirin buat dekk ajer. Buat endah tak endah. Dah agak dah. Macam mana nak kahwin ni kalau bakal suami sendiri asyik duk teringat dekat ex dia. “Jadi?”
“Kirin cakaplah dengan abah dan emak Kirin mintak diorang tak payah nak teruskan rancangan ni semua.” Pinta Zaim.
Cepat-cepat Syakirin memandang muka Zaim. Ehh… Asal aku pulak. Kalau tak ayah umi dia yang datang merisik benda ni tak adalah nak jadi. “Zaimlah cakap dengan ayah umi Zaim. Dia orang yang datang merisik untuk Zaim.”
“Kalau benda tu senang dan boleh jalan dah lama Zaim buat.”
“Habis tu kalau Kirin yang buat ingat benda ni boleh jalan dan bergerak laju macam KLIA Express ker.”
“Kirin cakaplah Kirin dah ada somebody.”
“Cakap tu senanglah. Masalahnya mana nak cekau somebody Zaim tu. Kirin ni masih single lagi.”
“Kelentonglah.”
Hisshhh… Jahat betul kepala otak mengajar anak orang kelentong. “Kenapa tak Zaim ajer yang kencing kata dah ada pengganti.”
“Bajet umi dengan ayah nak percaya ker.”
“Habis tu bajet emak dengan abah nak percaya ker kalau Kirin cakap macam tu.”
“Tak!!”
“Tau takpe.”
Masing-masing mendiamkan diri. Jalan penyelesaian memang tak nampak lagi ni. Masih samar-samar. Serius muka seorang-seorang. Berkerut semacam. Masa mukadimah bercakap tak ke sikit punya sopan. Masuk point penting masing-masing dah keluar aura kerek semacam. Macam masa jadi budak berhingus dulu.
Syakirin memandang Zaim. Zaim balas balik dengan pandangan Syakirin itu. Dua-dua melepaskan keluhan lemah. Keadaan masih senyap lagi.
“Syakirin!!” Tegur seseorang dari belakang.
Macam pernah aku dengar suara ini…tapi di mana ya.. Syakirin berpaling lipat maut. Sekali pandang, ngee…macam manalah pulak mamat ni pun boleh tersesat sampai ke mari. Syakirin sekadar menjeling sahaja Megat Zakuan yang sudah berdiri di tepi meja. Zaim sekadar memerhati.
“Heyy!! Makin sombong you yer.” Kata Zakuan penuh dengan cirri-ciri seorang lelaki buaya darat yang bukan stok mak janda kaya ajer dia sapu, lelaki kaya pun dia bedal jugak.
Syakirin menaikkan kening macam The Rock is Cookin. Dia pandang Zakuan dengan pandangan tajam. Akulah. Tak tau macam mana boleh tersalah masuk plug terbekenalan, terjatuh hati dengan mamat jenis yang macam ni. Sudahlah kasanova kelas pertama. Gelaran gay dan anak ikan pun dia pegang juga. Betul kata Fiqa. Bahaya kalau kita duduk dekat-dekat dengan lelaki metrosexual berwajah jambu ni.
Syakirin membatu ajer buat tak tau.
Zakuan tersenyum sinis. Makin kebal perempuan ini.
“Heyy!! Kenapa ni sayang.” Kata Zakuan menggoda sambil jari jemarinya mengelus rambut hitam Syakirin.
Syakirin menepis laju. “Apa ni!!” bentaknya geram.
“Sejak bila you pandai marah-marah ni sayang.”
Syakirin bingkas bangun. “Zaim balik!”
Zaim sekadar menurut. Mengikut Syakirin dari belakang.
“Sayang!!” Tangan Syakirin disentap.
“Lepaslah Zack.” Suara Syakirin kedengaran disebalik gigi yang dikatup rapat itu. Dia sedikit meronta. Zakuan buat tak dengar. Mata-mata keliling dah mula usha semacam. Buat drama sebabak dekat sebelah kedai jual majalah ni apahal.
“Ini bukan cara nak layan seorang perempuan brother.” Perlahan tangan Zaim cuba melepaskan pegangan tangan antara Zakuan dan Syakirin.
“Kau siapa?” Soal Zakuan kepada lelaki yang bersama Syakirin ini tadi.
“Pak Su dia.”
Hahh!!.. Syakirin ternganga. Pak Su? Adoi.. Bila masa aku ada Pak Su ini. Setahu aku Chu Adda tu pun sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Kut yer pun tak ada hati dengan aku takkanlah boleh senang-senang mengaku diri tu Pak Su aku. Cubalah cakap abang angkat ker. Abang sedara ker. Okeylah jugak. Sedap telinga ni dengar. Ini Pak Su.
Zakuan serba salah. Terus dia pergi meninggalkan Syakirin dan Pak Sunya itu.
“Siapa tu?” Soal Zaim.
“Bekas boyfriend.”
Mata Zaim bersinar. “Hah!! Okeylah tu.”
“Apa yang okey.”
“Zaim tengok mamat tu macam nak balik ajer dekat Kirin. Apa salahnya kalau korang berdua bersama balik. Selesai satu masalah.”
Langkah yang dihayun perlahan terhenti. Kaki macam sudah kena semen di atas lantai Alamanda di tepi Habib Jewels. Banyaklah Zaim punya selesai masalah. Ini namanya keluar dari mulut buaya masuk dalam mulut bapak buaya. Ada ker nak suruh aku bersama balik dengan mamat gay tu. Ayoii.. Tak rela. Lagi tak rela. Aku rela kahwin dengan dia dari nak bersama dengan Zack tu. Tak mau!!!
“Kira mamat tu okey apa?”
“Tak naklah.”
“Kenapa?”
“Dia tu gay lah.” Bisik Syakirin sambil memerhati keadaan sekeliling.
Pecah ketawa Zaim tanpa dapat ditahan. “Macam mana Kirin boleh tersalah orang ni.”
Syakirin hanya diam. Melihat Zaim ketawa rasa memang nak ajer marah mamat ni. Main gelak orang nombor satu. tapi lama-lama dia pun gelak jugaklah sama-sama dengan Zaim. Nak kata frust dengan Zack memanglah frust. Tapi nak kata benda ni jadi macam cerita lawak pun okey ajer. Tak taulah macam mana mata yang elok terang boleh tak dapat nak bezakan lelaki yang betul-betul lelaki dengan jenis lelaki yang fesyen lelaki suka lelaki ini. Macam tak boleh syak masa mula-mula couple dulu dia sibuk nak beli pencuci muka L’oreal, Zack pun sama tak mahu kalah. Nak jugak. macam tak boleh nak agak takkanlah mamat kerja jual insurans ini mampu ajer pakai Accord dan tinggal di apartment mewah siap ada swimming pool kat bawah rumah kalau tak ada orang yang nak support. Dah tentu-tentu ar ada penaja utama. Tapi saja ajer buat-buat tak nampak. Tuhan nak tunjuk terang-terang kut. Jadi depan mata baru nak percaya. Zakuan kantoi depan Hilton sambil bercumbu dengan seorang perempuan tua tu yang buat Syakirin buka mata luas-luas. Tak sangka. Perempuan tua pun Zakuan sanggup. Lepas tu apa lagi. Siasat punya siasat. Dengan kaum sejenis pun Zakuan sosak jugak. Betul haru biru kenal dengan mamat ni.
“Tak baiklah gelakkan orang macam tu.” Kata Syakirin rendah. Nak gelak tu agak-agaklah. Yang dah macam kena sawan gelak tengah-tengah pintu masuk Habib Jewel tu sakit apa.
“Kak jemput masuk kak. Abang mari masuk abang. Kita sekarang sedang buat promosi cincin perkahwinan.” Tiba-tiba tegur adik jurujual Habib yang cantik berbaju uniform biru tua itu.
Syakirin dan Zaim sama-sama menggeleng laju. Terus mereka berlalu bersama tawa yang masih bersisa membuatkan adik Habib Jewels tu terpinga.


*******
Cerita Eila

Semekom..Ayooo...Lagi cerita pasal budak Ipoh. *kenyit2* sori2...bukan takmau buat pasal cerita budak kelantan ker, budak johor ker, budak nogori sembilan ker..tapi rasa macam susah sangat nak describe tempat2 tu semua. sebab tak penah tinggal dekat sana kan. lagi satu, sebab tak habis lagi nak bawak semua pembaca jalan-jalan satu perak lagi ni. bila saya duk bercerita pasal negeri tempat lahir saya yang memang terkenal dengan bijih timah ni jangan ar pulak terus menerus cop saya jenis kenegerian sungguh..insyaallah untuk lain2 cerita saya cuba cari tempat lain pulak.

2x5 ni tak tentu masa bila n3 dia akan masuk. susahlah sekarang ni mau menulis. masa memang banyak. tapi idea tu macam tertahan-tahan. harap ada yang faham. kalau agak2 sampai sebulan tader n3 baru jangan ar boikot blog saya ni.

yang menjatuhkan komen terima kasih banyak2. yang komen dekat chatbox pun terima kasih jugak. saya tak tau lah kalau ada yang komen atau wish dekat situ. sebab sampai sekarang saya masih belum boleh nak bukak chatbox tu. kalau tak keberatan mintak ar korang yang nak jatuhkan komen ni jatuhkan ajer dekat ruangan komen yang tersedia dibawah ni sebab kalau dekat chatbox tu tak tau bila tahun saya akan berkesempatan nak baca.

apaper pun harap enjoy ar baca cerita ni.

salam manis,
eila

Tuesday, July 14, 2009

2 X 5 Bab 2

Syakirin memandu laju Satria Neonya itu merentas lebuh raya utara selatan. Kepala dia picit-picitkan sedikit dengan tangan kanan yang ditopangkan pada tingkap kereta. Tangan kiri masih lagi setia memegang stereng kereta. Dia sebenarnya bukan pening tapi lebih kepada sakit kepala dibuat dengan abah. Syakirin melepaskan keluhan lemah. Seketika kemudian dia menukar posisi tangan yang memegang stereng. Tangan kirinya mencari-cari cd lagu yang boleh dimainkan disaat kepala tengah serabut nak memikirkan apa lagi yang bakal terjadi selepas ini. Cd mengandungi lagu campur-campur yang diburn oleh Fiqa temannya itu dia pasangkan. Kuat-kuat. Bergegar Neo maroon 1.6 ini dibuatnya.
Dalam hingar bunyi lagu yang membingitkan telinga itu terdengar kuat Syakirin mendengus geram. Betullah apa ajer yang aku cakapkan sekarang ini sorang pun takkan ambil peduli. Tak akan ada yang nak ambil kisah. Emak dah senyap ajer. Abang lagilah memang tak akan masuk campur punya. Amir pulak budak bawah umur yang tak patut nak diajak involved sekali memandangkan dia tu pun masih dibawah tanggunggan emak dan abah. Syakirin mengomel sendiri. Lagu di radio dia buat macam tak dengar ajer.
Untuk kesekian kalinya Syakirin menghela nafas lemah. Hal abah malam semalam buat dia sudah tidak betah lagi nak duduk di kampong lama-lama walaupun cutinya masih berbaki dua hari lagi. Abah sudahlah jelas memaksa, siap bagi ugutan pulak tu. Kalau dia ingkar atas arahan abah, dia bukan anak abah. Ya ampun. Sampai ke situ sekali abah boleh cakap. Macamlah abah ada anak perempuan lain lagi selain daripada dia seorang ini. Dia inilah satu-satunya anak perempuan tengah yang abah dan emak ada. Malam tadi juga, buat pertama kali dalam sejarah dia memberanikan diri menelefon anak orang depan rumah tu. Zaim macam terkejut beruk ajer bila dapat tahu yang bercakap dengannya malam tadi anak jirannya sendiri merangkap bakal bini yang entahkan jadi entahkan tidak tu. Tapi apa yang pasti memang dia tersenyum panjang bila habis bercakap dengan Zaim di dalam telefon malam tadi. Bukannya apa pun terasa kecilnya dunia. Lelaki ini tidaklah jauh mana perginya. Dekat ajer. Dia tinggal menyewa di Serdang. Lelaki ini rupanya tinggal di Bangi ajer. Walaweii…dekat sesangat dah tu.
Malam tadi juga dia dan Zaim sudah puas berbincang. Tapi orang kata berbincang dalam telefon pun bukannya boleh nak selesaikan masalah. Tak bawak ke mana pun. Buat habis kredit ajer. Tak pun meningkatkan bil. Akhirnya dia dan Zaim ambil kata sepakat untuk berjumpa esok hari sahaja. Bersepakat membawa berkat. Tempat dah set. Dekat food court Rasa Alamanda. Situ paling sesuai. Tempat tengah-tengah. Tidak menghala ke Bangi yang lebih pun tak jugak berat ke Serdang yang lebih. Anggap ajer hal ini bakal diselesaikan bila mana Zaim pun dah bersedia untuk membincangkan hal ini dengan seriusnya esok hari. Lagi satu hal, macam mana nak bagi tahu Fiqa akan perkara ini. Adoyai.. Boleh baca macam mana riak muka Fiqa bila disampaikan cerita ini sekejap lagi bila sampai di rumah. Fiqa kenal ajer Zaim tu. Mana tidaknya, kita orang satu sekolah rendah. Dan nak ikutkan apa ajer rahsia hati semua Fiqa tahu. Fiqa tu sahabat yang paling dipercayai. Fiqa tu penasihat kiri kanan depan belakang. Fiqa tu merangkap juga pembantu peribadi.
Neo maroon yang dipandu dibelok ke kiri simpang dan masuk ke dalam kawasan rumah pangsa lima tingkat di belakang Minlon ini. Rumah pangsa yang memang dah season ajer rupanya ni. Ikutkan Syakirin dengan Fiqa tak pernah memilih nak duduk dekat mana. Tak ada hal. Asalkan bukan rumah setinggan. Sini murah kira okeylah tu walaupun dinding dah berkulat. Tak apa, rumah kita orang luar nampak memang macam flet kos rendah, tapi kat dalam macam kondo tu. Kondo pun tak macam rumah kita orang.
Syakirin menapak perlahan-lahan mendaki anak tangga satu persatu. Ini ajerlah yang paling tak tahan. Nasib rumah tingkat dua ajer. Nasib jugaklah dekat sini rumah pangsa dia hanya lima tingkat. Dibuatnya lapan belas tingkat. Dibuatnya lif rosak. Tak ker jenuh nak memanjat anak tangga.
Sampai dimuka pintu rumah, Syakirin membuka kunci mangga besar di pintu jeriji besi. Di sini tempat orang-orang antarabangsa jugak tinggal. Lebih kurang macam dekat Flat Hijau, Pricint 9 tu jugaklah. Walaupun bukan terletak di Bukit Antarabangsa tapi jolokan flat antarabangsa yang orang-orang di sini berikan memang kena dan tepat sekali. Ada dari Nepal, Madras, Indonesia, Bangladesh. Fuhhh.. Macam chanel Astro jugak. Macam-macam ada. Dekat Bukit Antarabangsa tu pun belum tentu ada golongan international macam dekat sini tau. Apa yang pasti memang kena berhati-hati. Tengok ajer Fiqa beli mangga besar gedabak ni pun dah boleh bajet tahap penjagaan keselamatan di sini.
Buka sahaja mangga dari pintu jeriji besi ini cepat-cepat Syakirin menguncinya semula. Dia memang takut kalau sorang-sorang macam ni. Sudahlah hari pun tenang ajer. Bukan nak berprasangka tapi tak salah kalau berhati-hati. Pintu rumah dia dibuka dan segera memboloskan badan ke dalam rumah.
Arrgghhhh!!!! Syakirin menjerit apabila melihat ada orang di dalam rumah.
“Kau ni Kirin nampak aku macam nampak pontianak tau tak.” Gumam Fiqa geram. Yer pun. Kirin punya suara tadi boleh buat bergegar rumah flat yang dah masuk umur orang pencen ni.
Melihat muka Fiqa yang sudah mencuka itu membuatkan Syakirin ketawa mengekek. Apahal lah kawan aku sorang ni. Menggeleng perlahan Syakirin melihat transformasi perubahan pada diri Fiqa. Baru empat hari dia tiada di rumah Fiqa sudah berubah sampai begini sekali. Mana tak terkejut, hari tu rambut memang hitam. Gaya Melayu habis. Hari ini mak oii.. macam kena paku karat. Very stylo. Tapi warnanya tu macam ada yang tak kena. Apasal tak rata. Nak kata highlight. Tu bukan.
Fiqa memandang Syakirin dengan geram. Aku memang pantang kalau ada yang ketawakan aku pasal rambut baru aku ini. sebab rambut baru inilah dah dua hari aku ambil EL. Malu punya pasal akibat tersalah teknik menggunakan pewarna rambut. Cubalah kalau aku tak termakan hasutan Jess minggu lepas pasti rambut aku tak jadi macam ni.
“Boleh aku tau saloon mana yang buat rambut kau jadi macam ni.” Tanya Syakirin bersama tawa yang masih lagi bersisa. Betul tak tahan tengok rambut baru Fiqa ni. Macam balung ayam pun ada.
“Aku buat sendirilah.” Bagitahu Fiqa rendah. Cermin yang dari dua hari lepas berada di atas sofa dia capai. Memang sejak dua hari lepas jugaklah dia sibuk membelek rambut yang dah macam badut ajer tu. Adoiii.. Apa aku nak buat ni.
Refleks tangan dibawa ke mulut. Sedaya upaya Syakirin melepaskan tawanya dibalik tangan yang kena pekup itu. Patutlah pun. Buat sendiri siapa suruh. Patutnya pergi ajerlah dekat salon Hairven Alamanda tu. Macam tak tau Kak Amy yang kerja dekat situ sangat pro dalam mewarna, meng’highligth’ dan memotong rambut orang.
“Apasalah kau tak pergi ke Hairven ajer.” Kata Syakirin lagi sambil menggeleng kepala. Dia bangun. rambut Fiqa dia selak-selak. Alah.. tak adalah terus sangat pun.
“Aku bukan tak nak ke sana. Kau pun tau kan. Ini first time aku nak warnakan rambut. Lagipun kat sana tu aku tak tau diorang pakai pewarna apa. Yang ini aku pakai inai yang aku beli dekat jalan TAR tu. Halal. Boleh bawak sembahyang.” Ujar Fiqa. Dia membiarkan Syakirin membelek-belek rambut barunya itu.
Syakirin mengerutkan dahi. “Yerker inai. Aku tengok karat semacam ajer ni. Jangan nak tipu akulah Fiq. Macam aku tak tau nak bezakan inai dengan betul-betul pewarna rambut.”
Fiqa tersengih malu. Kantoi. “Alah memanglah. Tapi kau jangan risau. Benda ni halal.” Kata Fiqa yakin.
Syakirin menjongket bahu. Dia pun tak berani nak jamin yang pewarna rambut yang ada dipasaran tu halal ke tidak. Dia mana tahu sebab dia tak minat langsung nak menukar warna rambut yang dah semulajadi berwarna hitam ini. biarlah. Dia suka. Nicole Prescovia Elikolani Valiente Scherzinger pun rambut hitam menawan macam iklan syampu Clear. Dia bukan pan Asian yang nak rambut berwarna perang. Perang macam mana pun dia tetap Melayu tulin. Takkanlah belacan nak jadi keju pulak. Dan nak cakap lebih-lebih pasal hukum mewarnakan rambut yang macam Fiqa buat ni…errmm… susah nak cakap sebab dia pun bukanya terror sangat pun nak cakap soal agama. Yang basic-basic tu taulah. Dia ni pun tudung tetap jugak terbang entah ke mana. Pakai tudung masa di sekolah ajerlah. Itupun sebab sebahagian dari peraturan. Kalau tidak memang lebuh. Sekarang ni kalau nak balik kampong ajer baru bertudung litup. Nak kena parang dengan abah kalau balik rambut mengerbang macam hantu langsuir tu. Jangan dibuat dengan abah. Pantang sungguh anak dara yang sorang ni buat perangai macam ni. tapi sekerat jalan nak balik ke KL tudung memang terbanglah. Susahnya hidup jadi orang hipokrit dan plastic semata-matanya ini. Abah dan emak tak pernah tahu semua ini. Maklumlah abah dan emak pun bukannya pernah nak datang melawat dia yang tinggal di sini. So buat ajerlah apa yang dia suka. Tak ada siapa yang nak pantau pun. Janji tak buat yang bukan-bukan. Pernah ajer dulu-dulu masa The Castle tengah bukak dekat Bangsar pergi mencucuk langit di situ. Adalah dua tiga kali masuk. Konon nak merasa keadaan malam minggu dipusat hiburan itu yang selalu sangat dikatakan happening. Tapi memang tempat tu tak kena dengan taste lah. baik taste dia ataupun Fiqa. Sesak dan menyakitkan telinga. Sakit mata jugak. Nak dijadikan cerita jugak kat The Castle tu lah dia berjumpa dengan Megat Zakuan. Patutlah hubungan tak berpanjangan. Dah berjumpa pun dekat tempat macam tu. Jadi sendiri mahu ingat. Lu pikirlah sendiri.
“Eh… Kata balik hari Rabu.” Kata Fiqa tiba-tiba. Cermin yang digunakan untuk membelek rambutnya itu dia letak kembali ke atas sofa. Pelik. Diberitahu hari itu katanya Kirin nak balik bercuti. Katanya bercuti sakan. Sombong sangat. Beriya-iya keluar dari bilik bos dengan hidung kembang ajer sebab cuti seminggunya itu sudah diluluskan. Hari ini, rasanya baru tiga hari bercuti, teman yang seorang ini dah kembali ke sarang apa hal.
Syakirin melepaskan keluhannya. “Aku ada besar punya masalah.” Jawab dia datar.
Giliran Fiqa pula ketawa. Alah.. Macam tak kenal budak seorang ini. Lampu rumah tak boleh menyala pun dia kata masalah besar jugak. “Apa masalah yang besar sangat tu. Aku tengok iya-iya ajer dahi tu berkerut. Masalah Negara ker.” Tanya Fiqa lagi.
“Lebih kurang gitulah.”
Fiqa laju menaikan kaki ke atas sofa. Dia duduk mengadap Syakirin. Bunyi macam cerita best ni. lagi-lagi cerita dari kampong. Dah lama jugak tak updated stori orang kampong. Akak suker.. Akak suker…
Syakirin memandang wajah Fiqa yang bertabah ajer tu nak tahu apa masalah dia ini. Fiq…Fiq… Kau dari sekolah sampai sekarang pantang kalau aku cakap ada cerita baru memang automatic terus jadi macam ni. excited semacam. “Abah aku paksa aku kahwin.” Jawab Syakirin lemah.
“What!!!” Fiqa separuh menjerit. Whaooo… Biar betul apa yang aku dengar ini. Aku yang sound trouble atau Kirin yang tersalah cakap.
“Fiq kau boleh tak jangan nak jerit kuat-kuat macam tu. Aku belum pekak lagi.”
“Abah kau paksa kau kawin?” Tanya Fiqa seakan tidak percaya.
Syakirin mengangguk lemah. “Haah!!”
“Habis kau terima.”
Syakirin angguk lagi.
Syakirin membuntangkan biji mata. “Babe apahal ini. Dulu kata lain. sekarang lain pulak jadinya. Kata dulu tak mainlah kahwin-kahwin orang tua yang tentukan. Kata nak pilih sendiri.” Kata Fiqa mengingatkan Kirin pada apa yang pernah dikatakan dulu.
“tu aku taulah. Tapi aku dah tak ada pilihan lain. kau tau abah aku kalau bercakap macam mana kan.”
Fiqa menaikkan mata ke atas. Yerlah. Faham sangat dengan Pak Majid tu. Dia pun bukannya berani sangat dengan abah Kirin yang garang semacam tu. Mengerikan…
“Habis saper calon yang abah kau berkenankan tu.”
“Ahmad Zaim.”
Ngehhh… Mulut Fiqa sudah terbuka luas.




“Nah!!” Fiqa menghulurkan dompet Syakirin yang tertinggal di dalam kelas. Bibirnya mengukir sengih nakal.
“Ini apahal sengih semacam ajer ni.” Tanya Syakirin lagi. Majalah Galaxie yang baru dibeli di Bright n Nobel semalam selamat diseludup masuk ke sekolah. Selamba ajer dia baca Galaxie tepi padang ini macamlah ini bukan benda salah. Kalau baca novel cinta pun adalah ampunnya juga. Ini baca Galaxie yang terang-terangan setiap muka surat ada gambar sexies dia bukak. Ini kalau terkantoi dengan pengawas memang sah bungkus macam nasi lemaklah jawabnya. Tapi tak ada hal. Bilik disiplin tu dah macam rumah ke dua. Cikgu disiplin tu dah macam bapak angkat pun yer. Ingat dekat rumah ada masa ke nak baca benda-benda ini semua. Tak ada maknanya. Ingat abah nak bagi ker tengok benda-benda yang merosakkan kepala otak ni. itu difinisi abah. Pada dia, alah sebulan sekali nak baca majalah buat release tension lepas baca buku ilmiah pun salah ker. Abah tu memanglah. Semua tak kena. Semuanya salah. Rumah tu dibuat macam kem PLKN ajer. Semuanya kena ikut peraturan. Abah tu macam Mejar Bersara ajer padahal abah pegawai gomen dekat pejabat tanah negeri ajer. Sangat dictator cara mendidik anak-anak. Tak lalu!!!
Fiqa sengih tak habis. Dia senyum penuh makna.
Pappp!!! Peha Fiqa kena pukul dengan Galaxie di tangan.
“Apahal kau. Tersengih macam kerang busuk.”
Fiqa sengih lagi.
Syakirin menggeleng perlahan. masuk air member sorang ni agaknya. Apa teringin sangat ker nak masuk Tanjung Rambutan sengih-sengih sorang-sorang macam tu. Fiqa dibiarkan sahaja. letih nak melayan Fiqa ni.
“Kau Kirin tak patut.” Kata Fiqa rendah. Senyumannya masih setia lagi dibibir.
“Apa yang tiba-tiba tak patutnya?” Tanya Syakirin tanpa mengangkat wajah. Matanya masih ralit membaca gossip-gossip terkini persada hiburan antarabangsa. Gaya baca macamlah ini yang akan ditanya dalam PMR nanti. Lalalala…
Lagi mahu tanya. “Apa makna kau simpan gambar Zaim dalam purse kau tu Kirin.” Tanya Fiqa straight to the point. Mukadimah panjang berjela siap sengih menyindir pun Syakirin bukannya boleh faham. Pending lama sangat. Terus terang ajerlah jawabnya.
Cepat Syakirin menoleh lipat maut. Matanya bulat. Cesss!! Sangat pantang bila barang peribadi orang selongkar tanpa izin. Tak tau ker apa-apa benda dalam purse seseorang itu termasuk dalam perkara privasi. Fiqa macam budak tak pergi sekolah main belasah ajer bukak purse orang. “Sejak bila kau pandai bukak purse aku ni.” Tanya Syakirin geram. Dia sudah menjeling tajam.
Sengih Fiqa terus mati bila sudah kena jelingan itu. tajam. Kalau tak pandai nak betulkan keadaan, tak mustahil dalam masa lima minit dari sekarang Kirin boleh jadi Incredible Hulk.
“aku tak….tak….tak sengaja.” Beritahu Fiqa gagap. Memanglah pun. Tadi purse Syakirin ni terjatuh. Terus terbukak. Isi dalam terkeluar. Macam-macam khazanah. Kad-kad nama kawana-kawan Syakirin yang ada macam-macam gambar itu habis berterabur. gilalah. Budak sekolah dah pandai buat name kad. Name card tu pulak macam-macam fesyen gambarnya. Ada Hello Kitty, Doraemon, Siti Nurhaliza dan macam-macam lagilah. Paling tak tahan, gambar Shah Rukh Khan pun ada jugak. Dalam sibuk nak menyusun semula ianya didalam purse Syakirin mata terpandangkan pada sekeping gambar yang memang dia kenal sangat orang dalam gambar itu. apa maknanya letak gambar jiran depan rumah dalam purse sendiri. itu yang timbul tanda tanya. Tanda soalan pun besar dah terpacak dalam kepala. Bila buat kesimpulan sendiri mulalah fikir yang maknanya tuttt…. Buat-buat faham sendiri.
Syakirin membuka kasar dompet duitnya. Kureng betul Fiqa ni. memandai ajer dia. Syakirin membelek satu persatu kad nama di dalam dompet duitnya. Betul dah tau nak cover malu macam mana dah ni. selama ini apa yang dia rasa dia simpan sendiri. mana pernah nak sharing benda-benda ni semua dengan orang lain hatta dengan Fiqa sekalipun. Malulah nak mengaku yang dia ni admire dengan anak jiran depan rumah tu sejak dari sekolah rendah lagi. Dia diam ajer. Lagipun Zaim tu anggap dia ni macam adik ajer. Tak pun Zaim anggap dia ni sekadar teman untuk main aci jengkek, main guli, main getah zero-point ajer kut. Dia ni yang melebih-lebih sampai boleh terbawak-bawak macamlah diri tu dah besar sangat sampai sudah pandai nak simpan pada anak teruna orang.
“Fiq kau janji dengan aku ini rahsia kita ajer tau.” Pesan Syakirin.
“Laa… Asal kau tak bagi tahu Zaim tu.”
“Eh.. Kau ni dah gila ker. Nak bagi tujuh keturunan aku malu ker. Dia kan ker dah ada Sofia budak RPS tu. Lagipun dia kan ker nak flight pergi oversea dah. Mananya nak layan budak kecik macam aku ni.”
“Ehh.. Kau ingat budak SMKKPPI macam kita tak ada kelas ker.”
Ngeee…. Fiqa ni. apa kelas-kelas. Ingat kelas memandu Ravi ker. “Janji dengan aku Fiq. Kalau dia tahu malu gila aku. Pindah rumah aku. Tak sanggup lagi nak berjiran dengan dia.”
“Kau admire ker atau kau memang betul-betul suka.”
“Admirelah.”
“Teori aku mengatakan yang ianya lebih macam suka ajer.”
“Aku nak masuk kelas.” Syakirin mengangkat punggung. Dia tinggal Fiqa dengan teori yang bukan-bukan. Teori Sains pun tak berapa nak pandai lagi, dah masuk teori suka apakemendanya tu. Blah lah kau Fiq.



“Ehh…Kau ni apahal” Kusyen kecil dibaling ke muka Fiqa.
Tersentak Fiqa sejenak. Dia senyum segaris. Tak temannya ini mendapat lamaran dari lelaki yang penah dia admire bagai nak rak zaman sekolah.
“Kalau dengan Ahmad Zaim tu aku pun setuju jugak.” Fiqa ketawa kecil.
Laju Syakirin bagi jelingan maut.
Lagi kuat ketawa Fiqa bila tidak semena-mena dapat jelingan free dari Syakirin.
“Kenapa kau ketawa Fiq.”
“Aku rasa macam kelakar gila pulak bila kau kata kau kena kahwin dengan Ahmad Zaim tu. Yerlah kan. Punyalah kecik-kecik dulu korang selalu main kahwin-kahwin. Kalau main mak-mak pun kau mesti volunteer nak jadi mak, Zaim tu jadi bapak.” Fiqa ketawa tak habis lagi bila terus mengenangkan zaman kanak-kanak mereka. Kirin memang suka Zaim sejak dari kecik. Itu dia tahu. Zaim tu berkubang air bomba masa nak berkhatan dulu tu pun Kirin jugak yang volunteer jadi tukang pegang tuala mamat tu. Zaim tu jatuh basikal jipang pun Kirin jugak yang jadi misi tak bertauliah tolong sapu minyak gamat dekat luka Zaim. Zaim tu main bola dekat padang sebelah surau, Kirin jugak jadi ketua pasukan sorak untuk pasukan Kg. Chempaka Sari. Banyak ajer benda yang Zaim buat Kirin pun ada sama. Cuma bila mana Zaim masuk asrama STAR terus ajer mereka masing-masing menjauhkan diri. Bila tahu Zaim buat skandal dengan budak RPS tu lagi ar dah bertegur sapa langsung. Masa tu cuba jugak korek apa yang Syakirin rasa. Tapi makcik ni kata dia admire ajer. Bukannya suka. alah. Itu ayat selamat. Macamlah tak tau.
“Fiq, ini bukan benda kelakar. Tak ada sebab pun kau nak ketawa sampai macam ni tau.” Kata Syakirin rendah.
“Kenapa?”
Syakirin menjongket bahu. “Entah. Cuma aku tak rasa ada feel nak kahwin sekarang ni. Gilalah. Aku baru ajer lepas frust dengan Zack abah aku pandai-pandai pulak adjust Zaim dekat aku.”
“Alah Zack tu tak boleh pakai. Aku tak fikir kau akan frust sampai macam ni. Bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor.”
“Aku kalau nak kahwin, nak kahwin dengan oranglah. Bukan dengan kumbang.”
“Habis tu Zaim tu bukan orang ker.”
“Memanglah orang tapi…” mata dijuling ke atas. Mencari-cari apa yang patut dikatakan kepada Fiqa sekarang ini.
“Tapi apa?” Fiqa bertanya sambil mengangkat dua-dua belah kening.
“Padan ker aku dengan dia tu. Dia tu orang baik-baik Fiq. Aku ni dah lah otak songsang. Hidup kelam kabut.”
“Kau tu orang jahat-jahat ker. Mafia? Pengganas? Penjenayah?”
Syakirin melepaskan dengusan geram. Ngok-ngek ar budak seorang ni. Takkanlah nak samakan aku dengan mafia, pengganas, penjenayah semua tu. Agak-agak la sikit.
“aku rasa aku sangat tak sepadan dengan dia wei.”
“Apa yang tak sepadannya. Dia lelaki. Kau perempuan. Kalau dia perempuan. Kau perempuan. Tu barulah tak sepadan dan kes sangat bahaya.”
Sekali lagi muka Fiqa jadi mangsa balingan kusyen kecil. Nak main-main pulak Fiqa ni. Eyyhh!!... Kalau itu aku pun tau lah.
Syakirin bangun dari duduk. terus menuju ke pintu bilik. Makin dilayan Fiqa bersembang makin jauh merapu pulak budak ni. Pintu bilik ditutup. Selang beberapa saat pintu bilik tadi dibuka sedikit.
“Fiq esok lepas office hour teman aku jumpa Zaim.”
Hahhh!!.. Fiqa muka sudah jadi blur.

Wednesday, July 8, 2009

2 X 5 Bab 1

“Tak nak abah.” Rengek Syakirin.
“Nak ker tak nak ker abah tak peduli. Kali ini Kirin kena ikut cakap abah.”
“Tapi abah…”
“Tak ada tapi-tapi lagi. Ini keputusan abah.” Abah sempat memotong.
Syakirin terus terduduk bila abah sudah memutuskan keputusan yang dia sendiri langsung tak rela ini. Boleh tak di zaman orang sibuk pegang handphone 3G, orang sibuk main Facebook, line internet pun dah pakai broadband abah boleh minta dia buat perkara macam zaman Tok Kaduk dulu. Kahwin atas dasar pilihan keluarga. Owwhhh… Sungguh aku tak rela. Tak sanggup!! Walaupun calon suami itu lelaki yang pernah namanya terpahat dihati. Aku percaya pada cinta. Kalau tidak ada cinta masakan aku dan orang tu boleh hidup bersama. Tak mungkin. Sayang dari satu pihak bukannya boleh bawa ke mana. Lagipun aku balik ke sini sekadar untuk nak merehatkan minda sahaja setelah lama sangat tak bercuti di kampung. Tak sangka pula ada yang datang membawa pinangan dari rumah di seberang jalan nun. Sudahlah aku ini calon tangkap muat. Terasa macam pemain simpanan pulak. Walaupun abah tak cakap macam tu aku bukan budak kecil yang langsung tak tahu apa-apa. Hampir dua tahun cerita Zaim tak jadi kahwin dengan Sofia alih-alih malam ini abah mintak persetujuan dari aku untuk menerima Zaim sebagai suami sedangkan awal-awal lagi abah sendiri dah setuju On behalf la konon. Mintak tolong. Bagi laluan. Aku bukan kategori teringin nak kahwin free.
“Mak…” Kirin cuba pula meraih simpati emak disebelah abah. Tolonglah. Aku taknak.
“Abahnya sudahlah tu kalau budak tu taknak. Buat apa nak dipaksa-paksa.” Emak cuba memainkan peranan.
Alhamdulillah. Ada orang backup. Mendengar emak memang sudah berpihak kepadanya, laju ajer kepala Syakirin mengangguk. Mengiyakan kata-kata emak. Betullah apa mak kata. Aku taknak buat apa nak dipaksa-paksa. Lagipun takkan abah tak pernah terlintas langsung yang orang tu nak ker dekat aku ni. Aku ini memanglah ada sikit-sikit feel dekat dia tapi dia? Eh!!... Tapi sikit-sikit feel tu dulu-dulu ajer tau. Lagipun bukan ‘banyak-banyak’. Hanyalah ‘sikit-sikit’, ‘jarang-jarang’, ‘kadang-kadang’. Itupun masa zaman sekolah. Masa dah rasa diri tu akhil baligh dan teringin sangat nak kenal apa makna cinta. Tapi rasanya masa tu pun feel yang ada tu macam suka-suka gitu ajerlah. Alah budak-budak sekolah bukankah memang suka simpan admire. Aku pun salah seorang daripadanya jugak. perasaan admire tu pun dah lama hilang bila mana Zaim masuk asrama. Masa tu pun tahu ajer yang Zaim ni dah mula pandai nak bercinta-cinta dengan Sofia budak RPS yang duduk dekat Kg. Sri Kinta tu. Yerlah kan. Kena terima kenyataanlah. Budak STAR memang mactchinglah dengan budak RPS yang konon-kononnya ‘Ratu Pilihan STAR’ itu. Lepas tu pulak Zaim ke luar negeri. Cinta hatinya itu melanjutkan pelajaran di Malaysia ajer. Ikutkan aku mana penah nak bawak perasaan yang entah apa-apa tu sampai ke besar macam ni. Lagipun bila dah besar ni terjumpa pulak dengan Megat Zakuan yang dirasakan seperti lelaki Melayu terakhir itu pada mulanya. Lelaki Melayu terakhir? Lebih baik letak lelaki hidung belang, buaya darat jenis jadian dekat mamat seorang ini. Kenapalah aku dipertemukan dengan lelaki yang hampeh dan langsung tak boleh pakai.
Kes terpaksa terima Zaim, abah ingat ini dalam babak novel cinta ker. Kalau kahwin paksa pun boleh hidup aman bahagia forever. Ini reality abah. Aku tak sanggup nak memperjudikan hidup sendiri sekali pun yang abah berkenan itu Ahmad Zaim Haji Hamidi. Aku pun adalah jugak dengar-dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan begitu utuh sekali mereka berdua ini menyulam cinta. Yang tiba-tiba bilamana nak dekat tarikh pernikahan pergi putuskan hubungan apa kes. Yang tak semena-mena nama Nur Syakirin Abdul Majid yang kena petik minta tolong gantikan bakal pengantin apa cerita. Ingat cerita dah habis sampai situ ajer. Sebab memang dah lama gila kes ini berlaku.
“Awak diam. Abah tak kira yer Nur Syakirin. Selama ini abah bagi kebebasan untuk Kirin berkawan dengan siapa sahaja yang Kirin nak. Tapi sampai sekarang Kirin tetap tak ada siapa-siapa lagi. Kirin dengan Zaim bukan tak kenal. Dah berkawan sejak kecil lagi. Takkan Kirin tak kasihankan Mak Ton dengan Pak Midi. Dia orang berhajat sangat nak buat Kirin jadi menantu. Mak Ton takut sangat kalau Zaim tak kahwin selepas apa budak perempuan tu buat dekat dia. Takkan tak boleh berkorban sedikit Kirin.” Hambur abah satu nafas.
Sekarang abah nak bercakap pasal pengorbanan. Tapi kenapa aku yang dipilih. Takkan dikalangan saudara mara terdekat Mak Ton dan Pak Midi tak ada yang sanggup nak tolong. Takkanlah tak ada seorang pun yang rela berkorban. Kenapa mesti aku yang kena berkorban apa sahaja. Sudahlah pengorbanan itu pun termasuk berkorban body jugak. Kut yer pun Mak Ton takut anak teruna dia jadi bujang lapuk, alasan itu langsung tak boleh pakai. Apa kena mengena Zaim jadi bujang lapuk dengan aku pulak yang kena berkorban jadi isteri tak rela dia. Masuk akal ke nak buat semua benda tu. Lagipun aku tak ada siapa-siapa bukan masalahnya. Dah belum ada yang terasa berkenan di hati lepas tragedi putus cinta dengan mamat yang bernama Megat Zakuan tu. Nak buat macam mana dah nasib badan tersalah jumpa orang yang boleh di buat soulmate. Nasib jugak tahu cerita sebenar sebelum sempat buat apa-apa keputusan untuk hidup bersama. Kalau tidak ‘tak dapet den nak nolong’.
“Tapi kenapa mesti Kirin abah.” Syakirin bertanya sebak.
“Sebab Zaim yang pilih.” Abah bersuara rendah.
Hah!!! Syakirin sudah ternganga luas.


“Tak nak ayah.”
“Ini keputusan ayah. Kamu mesti terima.”
“Tapi ayah takkan tak ada orang lain. Kenapa mesti Kirin ayah.”
“Ahmad Zaim, kita dah tak ada masa. Syakirin tu ajer yang rela nak bersama-sama menutup malu keluarga kita. Lagipun umi dengan ayah dah lama berkenankan Kirin tu. Kamu ajer yang sibuk terkejar-kejar budak perempuan tu.”
Zaim melepas nafas lemah. Ayah cakap benda betul. Wanita yang aku puja rupanya bukanlah seperti yang dibayangkan. Memang aku terlalu cintakan dia. Tapi aku tak tau kenapa kesetiaan dia balas dengan satu pengkhianatan. Bertahun di negara orang aku tahankan diri dari tersungkur di hati wanita lain, tapi ini pula yang sebaliknya terjadi.
“Umi please umi. Sungguh Im tak ready nak kahwin umi. Benda tu bukankah dah lama umi.” Rayu Zaim. Aku sebenarnya tak memerlukan langsung mana-mana calon sekarang ini. Nak bercinta pun dia fobia apatah lagi nak berumah tangga. lagipun bukannya kad jemputan telah diedar pun. Benda ni pun dah dua tahun berlalu kenapa baru sekarang ayah dan umi nak bangkitkan isu yang dah basi ni. Aku pun dah seronok hidup single macam ni kenapa ayah dan umi beriya-iya pula nak carikan somebody. Perkara ini dah lama berlalu tapi ayah dan umi sahaja yang masih lagi melatah apabila mengingatkan kejadian di mana secara tiba-tiba bakal pengantin perempuannya itu hilang tanpa dapat dikesan ketika lagi setengah jam majlis pernikahan mereka berlangsung. Selepas kejadian itu, macam-macam calon diperkenalkan kepada aku. Dari senarai pendek terus jadi senarai panjang calon-calon yang ayah dan umi sediakan. Aku punya sengsara pun tak habis lagi ni, kena paksa pulak terima calon umi dan ayah dalam masa yang terdekat ini. itu pun calonnya…. Nur Syakirin Abdul Majid budak depan rumah ni. Syakirin yang dah lama tak bertegur sapa semenjak dia tamat sekolah. Syakirin yang langsunglah tak pernah dia jumpa selepas terbang ke luar negara. Syakirin yang memanglah tak boleh nak bayangkan macam mana orangnya sekarang ini walhal kami memang jiran tetangga.
“Memang benda ni dah lama berlaku. Tapi sampai sekarang pun malu ayah dan umi takkan hilang macam tu ajer Ahmad Zaim.” Kata Haji Hamidi garang. Makin melentik misai Haji Hamidi bila dia buat muka garang macam tu.
“Im ikut ajerlah cakap ayah. Lagipun Umi takut Im terkena badi tak kahwin sampai ke tua. Buat apa nak ditunggu bulan jatuh ke riba. Orang tu sudah tentu-tentu dah ada yang punya. Kita pun tak tau dia tu berada dekat mana. Takkan sebab tu M sampai bila-bila nak guna alasan tak sedia tu. Lagipun umur tu tahun ni dah masuk tiga puluh pun Im.” Pujuk Mak Ton lembut.
Sekali lagi Zaim melepaskan keluhan lemah. Habislah aku. Umi pun tak nak backing anak sendiri. Umi ni macam-macam. Kut yer pun nak menakutkan aku takkanlah sampai terkeluar badi tak kahwin sampai ke tua. Umi ni tak tau ker yang semua katanya itu boleh jadi satu doa. Aku pun tak sanggup jugak kalaulah tak kahwin sampai gigi dah tinggal dua. Ayah yang suka sangat dengan Kirin tu, dah siasat ker budak tu dah ada yang punya ke tak. Karang tak pasal-pasal ada pulak yang kena hentam sebab merampas hak orang. Ni yang sampai sekarang masih tak faham lagi dengan mentality orang veteran, apa pelik ker kalau umur mencecah tahap three siries langsung tak berumah tangga lagi. Kalau tengok betul-betul dalam calendar kuda pun angka tiga puluh masih pakai lagi tau.
“Tapi ayah…”
“Tak ada tapi-tapi lagi. Keputusan ayah muktamad.”
Muktamad!! Langsung tak ada talian hayat. Pelampung tak ada. Dua tapak kosong pun ilek. Pilihan objektif tak termasuk langsung. Aznil Hj. Nawawi pun tak boleh nak tolong kalau abah dah guna pakai word ‘muktamad’ dia tu.
Zaim masuk ke dalam biliknya dengan perasaan berbuku di hati. Badan dihempas ke atas katil bertilam empuk. Ayah buat keputusan terbesar untuk dirinya. Dia nak menolak. Tapi ayah bermati-matian dengan apa yang telah diputuskannya. Lengan kanan dia letak ke dahi. Melayang fikiran pada masa lalu yang ada dia dan Syakirin.

“Sakitlah!!!”
“Tahan sikit boleh tak!!”
“Pedihlah!!”
Syakirin menyapu kuat luka ditangan Zaim.
“Adoiii!!!” Zaim terjerit. Mukanya berkerut-kerut menahan pedih. Aku kalau tak sebab Kirin ni anak Pak Majid dah lama aku katuk kepala budak ni.
Syakirin muka toya. Tak berdosa ajer gayanya. Tu lah. Degil sangat. Siapa suruh pergi racing petang-petang macam ni. Kalau yer pun teringin sangat nak pergi lumba pergilah ke track bukan main racing basikal jipang dekat atas jalan raya. Macam tak tau luka terkena jalan tar sangat berbisa.
“Padan muka!!” Balas Syakirin selamba.
Zaim ambil tuala gud morning dah berbau masam itu lalu sengaja dia menekup ke muka Syakirin.
“Apa ni!!”
Meloncat Zaim berlari sambil terhinjut-hinjut. Syakirin membaling kasar tuala masam itu.
“Hampeh!!”

Bunyi pintu bilik dikuak mengejutkan Zaim.
“Umi.”
“Im janganlah lawan cakap ayah. Kirin budak baik. Umi tahu dia boleh jadi isteri yang terbaik untuk M.”
“Umi, boleh bahagia ker Umi kalau kahwin main macam ni. Im tak nampak langsung kebaikan dari apa yang ayah fikirkan tu.”
“Kenapa Im cakap macam tu. Kalau dah kahwin nanti Im dengan Kirin sendiri yang kena saling melengkapi untuk memastikan hidup kamu berdua boleh jadi bahagia.”
“Tapi Umi…”
“Jangan banyak tapi. Im anak Umi. Umi sentiasa akan doakan yang terbaik untuk anak-anak Umi tau. Lagipun kita kenal Kirin dengan keluarga dia. Mereka orang baik-baik.” Pujuk Hajjah Zaiton.
“Umi…”
“Im.. Tak teringin ker jadi macam Abang Zain. Ada family sendiri.”
Zaim menjulingkan mata ke atas. Umi dah mula dah. Memang tak ada nama lain. Abang Zain lagi sekali. Memanglah teringin nak jadi macam Abang Zain. Tapi keadaan aku dan Abang Zain beza macam langit dengan bumi. Beza lebih kurang kawah rendang tok dengan kuali goring berger. Abang Zain dengan Kak Aleeya kahwin atas dasar suka sama suka. aku dengan Kirin tak tau nak cakap apa. Main paksa pun yer. Main rela pun ya. Yang aku tau aku rela dalam terpaksa. Nak ikut senang main redah ajer….
“Kalau umi dengan ayah suka, Im ikut ajerlah.”
Hajjah Zaiton tersenyum segaris. Misi selesai!!!

***************************

Hari Rabu, hari upload N3. hehehe.. tapi tak janji lepas ni jadual Isnin, Rabu dan Jumaat ni boleh ikut lagi ker tak. almaklumlah. Cerita baru, mood pun baru. Idea nak masuk pun agak payah dan lembab jugak ni. harap korang faham.

macam biasa kalau buat cerita tanpa plot yang nyata hasilnya memang jelas tunggang langgang. hope korang enjoy bila baca stori ni.
2X5 menyingkap rasa hati Nur Syakirin dan Ahmad Zaim.....

Wednesday, July 1, 2009

Happy Birthday Geng Kicap

Assalamualaikum...Kasi warming up pagi-pagi ni sebelum upload next n3. sengaja nak ambil kesempatan kepada Geng Kicap di atas sambutan hari lahir mereka yang pertama ini. Sangat best majlis ini. Dapat jumpa dengan orang yang memang dah cukup otai dalam bidang ini. Kepada Geng Kicap terima kasih banyak-banyak kerana memberi peluang untuk orang kecil ini join majlis ini sekali. korang memang happening gila hari tu. :)



Eila korang tau kan yang mana satu kan. Kat dalam ni CucurAtap yang dah femes tu apa ada sekali. Carilah kalau pandai. Akak2 UB dengan GK cakap kita orang macam kembar tau. Carilah...Carilah..