Thursday, December 3, 2009

Awatif Bab 3

“Hai Tif. Nak ke mana?”
Basikal yang ditunggang terhenti tiba-tiba bila Hasnur menahan jalan kecil yang tak sebesar mana ini. “Eyhh…Senoi, kau ni tak ada kerja lain ker. Setiap kali kau bercuti mesti buat menyemak dalam kampong ni ajer.” Kata Awatif dengan sombongnya. Hasnur dijeling.
Hasnur hanya ketawa kecil. Dia suka pada Awatif yang tak pernah nak cover ayu bila bercakap. Dia suka dengan Awatif yang bila bercakap tu main lepas ajer. Dan sememangnya dia dari dahulu lagi sudah jatuh suka pada Awatif Rahman ini.
“Eyyhh..Abang Senoi. Bila balik kampong?” Tegur Nabila dengan penuh kelembutan.
Awatif menjulingkan mata ke atas. Dia terasa macam nak muntah bila Nabila membahasakan Hasnur dengan panggilan ‘Abang Senoi’ padahal Hasnur itu hanya tua setahun ajer dari mereka berdua. Sah. Nabila sedang menjalankan misi menjual minyak.
“Owhhh… Ada Ila.” Bersahaja Hasnur berkata.
Nabila mencebek. Takkanlah dia yang sebesar alam terpacak kat tepi ini pun Hasnur tak nampak. Ah… Hasnur jika sudah memandang Awatif, gajah lalu sebelah pun dia buat tak perasaan. “Alah, Abang Senoi ni. Mentang-mentanglah ada Tif, kita ni sebelah mata pun dia tak pandang.” Kata Nabila rendah. Seraya dengan itu, lengannya dicubit oleh Awatif di sebelah.
“Ouchh..” Nabila mengaduh.
“Betullah.” Ujar Nabila kepada Awatif.
Hasnur ketawa lagi. “Abang main-main ajerlah Ila. Tif bukan nak kat abang pun.” Kata Hasnur dengan sisa ketawa yang masih ada lagi. Sudah acap kali dia mencuba untuk mengorat Awatif tapi sampai sekarang tak pernah Berjaya. Baru bagi ayat mukadimah, Awatif sudah terlebih dahulu menyembur. Nasib sahaja ada Nabila, sekurang-kurangnya bila dia berbaik dengan Nabila mudahlah untuk dia selalu berjumpa dengan Awatif. Dia tahu, di kampong ini Nabila dan Awatif bagai belangkas yang selalu bersama ke mana sahaja mereka pergi. Dia bukan mahu mempergunakan Nabila, dia ikhlas bersahabat dengan Nabila tapi apa salahnya sambil menyelam minum air. Manalah tahu, untung sabut timbul, untuk batu tenggelam. Tak salah nak mencuba walau menggunakan apa cara sekalipun. Yang penting niat tu ikhlas. 
Awatif mendengus kuat. Dia kurang gemar bila Hasnur cuba nak jual minyak depan dia. Bukan dia tak pernah bagi amaran yang jangan sesekali menganggu hidup dia dengan lawak bodoh yang macam ini. tapi Hasnur, pelajar pertanian dari UPM ini nampaknya masih tak faham bahasa. Balik sahaja kampong pasti lawak fesyen macam ni jugak yang dia persembahkan. Stereotaip!!!
“Alah Tif ni. Tak bolehlah nak melawak sikit.” Hasnur bersuara rendah.
Awatif mendengus lagi. Hasnur di jeling. Janganlah ingat dia akan bersimpati bila Hasnur buat suara orang tak cukup makan macam tu. Tak ada maknanya!!!
“Abang Senoi cuti berapa lama?” Nabila bertanya mesra.
“Eyyhh…Ila cepatlah. Kita dah lambat ni.” Selar Awatif. Dia tidak selesa bila terpaksa nak berbual-bual dengan Hasnur di tepi bendang ini. Di kampong banyak mata yang memandang. Banyak juga mulut yang suka menyampai. Benda kecil pun pasti hebat bila disampaikan secara beramai-ramai dan berantai-rantai. Lagipun dia tak mahu membuang masa bersembang dengan Hasnur. Menghabiskan boreh ajer. Lebih baik dia dan Nabila segera ke tempat pengambaran Amanda tu. Lagi berfaedah.
“Sekejaplah.” Balas Nabila. Dia masih mahu berborak dengan Hasnur. Maklumlah bukan selalu dapat jumpa Hasnur. Tunggu time cuti semester ajerlah baru dia dapat bersua muka dengan lelaki idaman hatinya sejak dari bangku sekolah lagi ini. Dia tak pernah kisah pun jika Hasnur lebih tertarik dengan Awatif sebab dia tahu Awatif bukannya layan pun Si Senoi ini. Jadi dia pasti akan sedaya cuba menarik perhatian Hasnur. Dia bukan tak cantik. Ikutkan antara dia dan Awatif tak ada siapa yang lebih dan tidak ada siapa yang kurang. Dia dan Awatif sama sahaja. Cuma bab degil dan keras kepala itu sahaja yang dia memang kalah dengan Awatif. Yang pasti dia cantik, dia menarik, dia memang da bomb!!
“Korang berdua nak ke mana tergesa-gesa ni?” Soal Hasnur bila melihat Awatif seperti tergesa-gesa mengajak Nabila pergi.
Awatif sengih mengejek. “Kita orang nak pergi Year End Sale dekat Pasaraya Yang-Yang.” Sarkastik dia menjawab.
Dahi Hasnur berkerut seribu. “Year End Sale?” Soalnya pelik. Year End Sale apa bendanya kalau sekarang ini terang-terangan dalam calendar kuda menunjukkan bulan Mei.
“Kita orang nak pergi tengok Amanda shooting dekat tali air nun lah.” Jawab Nabila pula.
“Owhh…” Melongo mulut Hasnur. “Dah agak dah. Hari ini semua orang sibuk nak ke sana.” Katanya.
“Habis tu kalau dah agak dah yang sibuk-sibuk nak bertanya itu init u kenapa. Jomlah Ila.” Kata Awatif. Terus basikalnya dikayuh semula. Nabila ditinggalkan. Tak kuasalah nak melayan Hasnur. Kalau Nabila sukarela nak melayan mamat tu, layanlah sorang-sorang. Yang dia tahu dia nak pergi jumpa Amanda.
Nabila hanya menjongket bahu mengadap Hasnur yang terpinga-pinga bila kena tinggal macam tu.


Dicelah-celah orang ramai Awatif tercari-cari gerangan wajah Amanda Dayana yang duduk di bawah payung besar di tepi tali air. Keadaan di tempat pengambaran filem ‘Jatuh Cinta Lagi’ ini begitu sesak dengan orang ramai yang mahu menyaksikan sendiri dari dekat wajah Bintang Paling Popular itu. Budak-budak dari kampong sebelah pun ada menyibuk di sini. Seketika kemudian kedengaran semua yang hadir menjerit-jerit bila melihat Amanda datang menghampiri mereka. Awatif jugak tidak terkecuali. Jika diikutkan suara dia juga menyumbang kepada tahap kebisingan yang melampau ini. Semua yang ada berasak-asak nak bersalaman dengan Amanda. Awatif yang terhimpit di tengah-tengah sedikit sesak nafas jadinya. Namun dia tetap tabah asalkan tangannya ini dapat bersalaman dengan Amanda. Keadaan orang ramai yang tolak menolak dari belakang menyebabkan tiba-tiba kakinya terpijak batas sawah yang lembut menyebabkan badannya gagal diimbangkan.
Gedebuk!!!
Awatif terjatuh ke dalam sawah. Habis badannya diselimuti lumpur.
Keadaan senyap sebentar. Semua mata memandang ke arah Awatif yang sudah menjadi seperti kerbau pembajak sawah.
Awatif yang jatuh terduduk cuba untuk bangun dari dalam lumpur. Bersungguh-sungguh untuk dia bangun walaupun sukar. Sengal satu badan akibat jatuh macam nangka busuk tadi. Sudahlah tu malunya juga menjadi berganda. Jatuh macam nangka busuk satu. Tak cukup tu habis dari badan bawak ke muka dia penuh berlumpur.
“Lain kali hati-hati…” Tegur seseorang. Tangan dihulurkan.
Awatif pandang wajah orang yang bersuara. Mulutnya ternganga. Lidahnya kelu. Dia hilang perbendaharaan kata sebentar. Dia dah rasa macam baru kena short bila melihat Amanda berdiri di hadapannya sambil menghulurkan tangan.
“Come on.” Kata Amanda ramah.
Awatif yang terpana cepat sedar diri apabila dikejutkan dengan suara Amanda. Lantas tangan Amanda di capai. Dia bangun perlahan. Saat ini tak tau betapa kembangnya hati dia. Bangga. Amanda membantu dia keluar dari lumpur. Awatif senyum memandang Amanda yang cantik jelita itu.
“Jojie!!! Linda!!” Panggil Amanda kepada pembantu dan jurusoleknya. “Bawak tuala.” Arah Amanda lagi.
Terkedek-kedek dua orang pembantu Amanda itu berlari-lari anak di atas batas sawah sambil membawa tuala.
“Bagi pada budak tu.” Kata Amanda bila kedua pembantunya tiba sebelum dia berlalu pergi.
“Nah!!” Kata Jojie ketika menghulurkan tuala kepada Awatif.
“Cik Manda!!” Awatif berteriak bila melihat Amanda sudah berlalu pergi.
Amanda berpaling.
Awatif berlari mendapatkan Amanda. “Saya peminat Cik Manda.” Tanpa perlu disoal Awatif berkata sambil senyum sudah mula mekar di bibir.
“Errmmm” Amanda sekadar menjawab. Dia berlalu.
“Cik Manda boleh tak kalau saya nak autograph Cik Manda.”Pinta Awatif.
Amanda berpaling lagi. “Buku?” Katanya.
Awatif menggeleng perlahan.
“Kertas?”
Awatif menggeleng lagi. Dia datang ke sini lenggang kangkung sahaja tadi. Langsung tak bawak buku atau kertas. Nak suruh Amanda tandatangan pada baju tshirt yang dipakai sudahlah penuh dengan lumpur pulak tu.
“Esok datang. Bawak buku.” Balas Amanda. Kedengaran dingin.
Mata Awatif bersinar. Bestlah Amanda ni. Mesra gila dengan peminat. I love you!!! Mata Awatif menghantar pandangan pada Amanda yang sudah mula masuk ke dalam van Hiace milik syarikat produksi.
“Noks!!”
Awatif berpaling. “Jojie kan. Jurumekap Amanda kan.” Kata Awatif kepada lelaki lembut yang memberi tuala kepadanya tadi.
“Mak pun kau kenai ker noks!!” Teruja Jojie sekejap.
“Mestilah kenal. Jurumekap artis top. Mestilah kenai. Macam Zulfazli jugak.” Balas Awatif.
“Eyhh..Noks!!..Bukan mak yang macam Zulfazli tu tau. Tapi Zulfazli tu yang macam mak. Kalau tak sebab mak ni terikat kerja dengan Amanda, dah lama tau mak ni jadi agen dalam Tangkap Muat. Melepas mak noks!!!” Ujar Jojie gaya istimewanya tu. Gaya sotong kurita masak gulai lomak.
“Kau jangan nak over!!” Balas Linda di sebelah. Bahu Jojie dipukul kasar.
“Sakitlah noks!!” Jojie mengaduh.
“Dah ar. Baik awak pergi balik. Kita orang nak cabut ni.” Beritahu Linda kepada budak perempuan yang penuh lumpur di badan.
“Saya Awatif. Budak kampong sini. Saya peminat Amanda.” Awatif memperkenalkan diri.
“Linda.” Balas Linda. Sedikit senyuman diberikan kepada budak yang bernama Awatif ini.
“Lin, Jojie. Manda suruh korang berdua kemas barang dia cepatlah.” Sampuk abang cameraman tiba-tiba.
“Okeylah Awatif. Kita orang nak kena berkemas. Jumpa lagi.” Ujar Linda.
Awatif mengangguk.
“Okey noks!! Tata titi tutu…” Sampuk Jojie dengan gaya sotong goring pon sodap!!
Senyuman Awatif kian melebar ketika dia meninggalkan tempat pengambaran ini. hari ini adalah memon terindah dalam hidupnya.



“Stupid girl. Dasar budak kampong bodoh. Habis baju aku.” Di dalam perjalan menuju ke hotel tak habis-habis mulut Amanda mencemuh budak perempuan yang menyebabkan baju berjenama Donna Karan yang dibeli ketika bercuti di New York awal tahun dulu.
“Yang kau nak tunjuk baik sangat pergi tolong budak tu apahal.” Kata Linda bersahaja. Yang lain hanya senyap. Malas mahu masuk campur. Dalam ramai-ramai hanya Linda sahaja yang berani membantah apa yang dikatakan Amanda.
“Takkanlah aku nak maki budak tu sebab buat kacau dekat tempat kita shooting. Aku kenalah tunjuk baik depan crowd. Nanti tak pasal-pasal wartawan tulis aku ni tak mesra dengan peminat. Kau tau lah sekarang ini wartawan, pantang dapat cerita mulalah mereka membahan kaw-kaw punya.” Balas Amanda dengan pengurusnya ini.
“Hipokrit.” Kata Linda perlahan. namun Amanda dapat mendengar apa yang dikatakannya.
“Apa kau cakap?” Soal Amanda keras.
Linda sekadar buat tak tahu. Matanya dipejamkan. Lebih baik dia tidur. Malas dia mahu melayan karenah Amanda yang mengada-ngada itu. Inilah dunia artis. Ramai yang hipokrit. Ramai yang berselindung di hadapan peminat. Bukan setakat hanya pandai berlakon di set, tapi dalam reality juga.
“Eyyhhh…Manda. Jangan marah-marah. Nanti habis berkedut muka you tu. You bukan ker baru cucuk botox. Nanti tak pasa-pasal kena cucuk lagi.” Sela Jojie yang dari tadi hanya mendiamkan diri sahaja. Semua dalam van sudah penat. Janganlah lagi ditambahkan penat yang ada ini dengan masalah tidak sebulu antara Linda dengan Amanda. Semua sedia maklum, pengurus yang dilantik oleh penerbit ini bukannya sekepala dengan Amanda. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan Amanda. Linda pula, macam biasalah. Ego orang lama. Tapi pada Jojie Linda tu tetap baik. Tengok sahaja berapa ramai artis ternama negara dia pernah bekerja dengan mereka semua. Linda kira setaraf juga dengan pengurus artis Vernon yang popular tu. Cuma Linda lebih berminat mengurus artis-artis baru yang baru menginjak naik. Tak tau entah kenapa Linda berminat pula mengurus artis yang sudah popular macam Amanda. Mahu mengubah angin barangkali. Atau pun sudah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Jadi Linda terpaksa ikut.
“Diamlah kau Jojie. Kau jurusolek buat kerja jurusolek. Jangan nak menyibuk hal aku.” Balas Amanda sombong.
Jojie hanya diam. Tak rela nak bertekak dengan artis top yang cengih dan poyo dan pandai berpura-pura macam Amanda. Amanda menyombong tak kena tempat. Ini kalau Normah Becok atau Abang Naz Melodi dengar ni, gerenti panas mak nyah!!!!


**********************************************************************************

As-salam,

Okey semua. Saya nak mintak tolong kat korang, untuk sama2 memikirkan tajuk apa yang sesuai nak letak pada cerita ni. Kalau boleh tajuk tu biar mudah disebut, bila dengar macam sempoi dan akan buat orang ingat sampai bila-bila. Saya sedang blur sekarang ini...

Jika ada sebarang cadangan boleh letak pada komen. Saya sangat menghargainya.

Sekian. Terima kasih. Enjoy reading.


~eila~

7 comments:

nacha said...

salam Eila.

citer ni agak menarik. lain dr citer2 Eila sebelum ni. tapi bab nak bg nama citer ni akak agak lemah sket. ye la kan. citer ni baru bab 3. akak pun tatau mcm mana jln citer, tema & apa yg tersirat di dlm citer ni. karang takut tak sesuai la plak. tapi at the moment nama Awatif ni dah ok dah. :)

kaknOOr said...

Akak sokong kak nacha juga..
Awatif tu menarik lain dari yg lain sempoi gak

Aishah Hamzah said...

salam eila,

awatif pun okay gak....cter nie makin best la....sambung2!

Anonymous said...

kalau kau ada perancangan nak bukukan cerite ini, aku rasa tajuk nya harus ada nilai commercial tapi kalau setakat nak tulis dlm blog dan kami yng memang suka lawat blog kau nih tajuk awatif dah cukup bagus. -sangkuriang-

Unknown said...

tajuk awatif cm dh okey..skg ni blur gk psl tajuk sbb xtau sgt lg cmne jln cite die..huhuhu

Unknown said...

tajuk awatif cm dh okey..skg ni blur gk psl tajuk sbb xtau sgt lg cmne jln cite die..huhuhu

mady and yana said...

tajuk awatif pun okey gak...
pendek dan senang nak ingat...kan2?
hehe..