Monday, January 11, 2010

Edisi Tunggu2 2x5

Seniman agung P.Ramlee pernah berpujangga ‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Bukan sepanjang masa alam perkahwinan itu manis rasanya, pasti akan ada terpalit rasa pahit juga. Itulah asam garam hidup berumah tangga.

Pada Syakirin Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya. Pada Zaim Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang di hari pernikahannya dahulu.

Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.

Disangka panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengah hari.

Datangnya Sofea dengan tiba-tiba menganggu kehormanian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.

Dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi si hartawan punya harta tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu.

Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yang curang dengan siapa sebenarnya ini. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila sudah masing-masing 2x5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim?

Memang cemburu tandanya sayang. Tapi ingat. Terlebih cemburu boleh membawa padah juga…


Seorang kecewa menonggeng. Seorang kecewa berguling. Seorang merentas Lebuh Raya Utara Selatan. Seorang terbang menyeberangi Laut China Selatan. Agak kalau seorang kata sudah sampai ke pusat angkasa ISS. Mahu yang seorang lagi akan kata dia sudah menjejakkan kaki sehingga ke tanah bulan!!!

7 comments:

nacha said...

aduh! Eila ni pandai wat akak teruja tahap giga dah ni. *urut2 dada.. sabo.. sabo..*

pu3indah said...

dah tak sabar nak tunggu 2x5 diterbitkan.....

Anonymous said...

bile cite ni nk kua ye?

MaY_LiN said...

huhuhu..
xsabar nak bace..
bile nak kluar..?
truja..truja..

Anonymous said...

nati ble cite ni da kuar bgtau ek...ta sabor da ni na tnggu...bgtau post keluaran dye pe tau..dri syarikat keluaran yg mne tau..tq...

alreinsy said...

bila mau kuar citer ni?... x sbr nk tau kisah kirin & zaim ni... nnt jgn lupa bagitau dalam fb tau... fb je yg selalu update...

ghostWRITER said...

pin...pin pon..pon.... fewittt... hahah.. sini yer tempatnya.... heheh... nak ilmu blog? lawatla maicekmai1stopcenter.blogspot.com