Wednesday, April 28, 2010

YESS BOSS!! BAB 8

“Bos mana? Bos mana?” Soal Harun tiba-tiba dengan nafas tercungap-cungap.
“Abang Harun ni kenapa? Lif rosak ker?” Aryana menyoal kembali. Tisu kotak dihulurkan apabila melihat peluh memercik di muka Abang Harun. Kehadiran Abang Harun yang membikin rebut itu sedikit sebanyak menganggu kosentrasinya mahu menyusun atur fail-fail projek yang semakin lintang pukang angkara Encik Ilham yang selalu sangat menyelongkar rak failnya.
Harun menarik dua tiga helai tisu dari kotak tisu yang Aryana hulurkan. Perlahan dia menarik nafas dalam-dalam.
“Bos mana? Bos mana?” Soalnya lagi.
“Bos ada dekat dalamlah.” Jawab Aryana laju.
Meluru harun memasuki ke dalam bilik Encik Ilham. Aryana pula mengekorinya dari belakang. Ingin tahu apa yang sudah terjadi.
“Kenapa kau ni Run. Tersampuk hantu?” Soal Ilham tanpa mengangkat wajah. Pandangannya masih setia melekat pada skrin laptop.
“Sorry bos. Abang Harun terlepas pulak.” Beritahu Aryana yang baru masuk ke dalam bilik Encik Ilham. Tak sempat dia menahan Abang Harun sudah pantas menerjah masuk.
“Never mind.” Ilham menggeleng kepala. Kalau setakat Harun yang nak menerjah, dia memang tak ambil kisah.
Aryana mengerling ke arah Abang Harun yang sedang mengurut dada. Penat barangkali. Maklumlah baru lepas berlumba lari.
Aryana yang memerhati Abang Harun yang sudah seperti cacing kepanasan itu sekadar menjongket bahu melihat keduanya. Dia pasti ada yang tidak kena. Selalunya jika Abang Harun berkeadaan sedemikian rupa sebentar lagi adalah komplot mereka berdua nak jalankan. Pasti mencari tempat persembunyian. Kalau macam ni gayanya dia tahu sikit masa lagi ada tetamu yang akan datang ke sini. Cuma siapa itu dia tak tahu. Dayana? Sofera? Amanda? Or Marsha Sandhana? Hahahahah….

“Bukan saya yang kena tersampuk hantu bos. Tapi Amanda kat bawah tu yang dah macam naik hantu.” Ujar Harun megah. Sebaik sahaja ternampakkan kelibat Amanda di kaunter pengawal cepat-cepat dia naik ke atas. Bos harus diselamatkan dengan segera!!!
Aryana yang mendengar sekadar tersenyum sinis. Kan dah kata dah…..
Automatik mata Ilham menjadi bulat. Amanda ada di sini? Ilham yang mulanya tampak cool tiba-tiba menjadi kelam kelibut.
“Harun jom. Ikut aku.” Arah Ilham. Dia hanya sempat mencapai handphone di atas meja.
“Nak ke mana bos?” Soal Harun.
“Kita larilah. Kau gila nak tunggu dekat sini lagi.” Balas Ilham. Kalau dia masih berada di pejabat saat ini, mahu tsunami jadinya jika Amanda sudah naik sampai ke atas. Amanda itu kalau mengamuk menjerit-jerit mengalahkan Pontianak. Pontianak pun tak macam tu.
“Dah tak sempat bos. Sempat pun kalau bos terjun dari sini ke bawah.” Cadang Harun mengeluarkan buah fikiran dari kepala otaknya.
Laju tangan Encik Ilham menunjal kepala hangguk Harun. Idea tu bagu tapi hanya susuai untuk orang yang kurang waras. Rasakan.
“Sakitlah bos.” Getus Harun. Tangannya menggosok-gosok kepala yang sengal akibat kena tunjal dengan Encik Ilham. Ingat tak bayar fitrah ker ni….
“Bos, Cik Amanda dah sampai.” Sampuk Aryana apabila melihat Amanda laju berjalan untuk masuk ke dalam pejabat melalui vertical blind. Dia dapat melihat muka tegang Amanda. Malah makin panjang pula langkah Amanda yang hanya sekadar berskirt pendek atas lutut menuju ke sini. Di luar pasti bergegar setiap partion para pekerja. Mana tidaknya tengok cara Amanda berjalan menghentak lantai dengan boot askarnya itu sahaja boleh diagak setiap langkahnya pasti akan membuatkan setiap apa yang ada di aras ini bergegar. Mujur sahaja tidak boleh dikesan dengan menggunakan skala Richter.
“Yana please. Gunakan seluruh kemahiran awak untuk kelentong perempuan tu. Jangan bagi tahu saya ada di sini…” Pinta Ilham penuh mengharap. Rasanya Aryana sudah cukup berpengalaman melayani karenah setiap teman wanitanya. Pasti tidak akan ada masalah. Aryaan kan ker budak bijak.
“Tapi bos….” Aryana serba salah. Nak menguruskan teman wanita Encik Ilham secara berdepan-depan payah sikit. Biasa pun dia hanya bercakap melalui telefon dengan mereka. Kalau depan-depan hanya dua tiga kali ajer. Yang dua tiga kali tu pun melayan Amanda. Dalam ramai-ramai girlfriend bos, Amanda ni sorang yang tak faham bahasa dan paling suka main serbu masuk ke sini. Yang lain masih boleh slow talk lagi. Takkanlah nak layan makcik ni lagi kut….
“Aryana kalau awak masih ingat ini ada dalam employee handbook yang saya berikan pada awak dulu.” Ilham mengingatkan.
Aryana mengeluh halus. Kena menipu lagi……..


“Bos you mana?” Soal Amanda apabila melihat Aryana baru sahaja keluar dari bilik kekasihnya.
Gulp… Aryana menelan air liur yang terasa berpasir. Dia tersengih memandang Cik Amanda yang batang hidungnya itu sudah menjadi lain sedikit dari bulan lepas. Pasti itu bukan batang hidung yang ori.
“Bos you mana?” Ulang Amanda kasar apabila setiausaha Ilham hanya buat tidak dengar sahaja tadi.
Aryana terpempan. Inilah yang dia jelik pasal Amanda. Cubalah kalau Amanda berbudi bahasa sedikit pasti dia akan beritahu yang sekarang ini bos ada di dalam bilik. Hissshh.. Aryana cuba untuk berlagak tenang. “Bos meeting.” Katanya selamba.
“Bos you meeting ker dating…….” Soal Amanda sarcastic.
“Meeting.” Jawab Aryana sepatah.
“I tak percaya. I tahu you sorokkan bos you tu.” Amanda mencelah.
“Sorok?” Aryana menyoal kembali. Buat-buat konon dia ini seorang suci hati yang tak akan sesekali bersekongkol dengan bos dalam menjalankan misi agendanya itu.
“I tahu Ilham ada dekat sini.”
“Cik Amanda, bos saya tak ada di sini. Bos saya meeting.” Aryana cuba berlembut dengan Amanda sedang mendidih. Aryana mula terfikir apa lagilah yang bos dah buat sampai Amanda ni boleh datang serang ke sini lagi. Sampai Cik Amanda yang cantik manis ni tak ingat insiden dia telah dihalau oleh security akibat buat kecoh di dalam pejabat ni bulan lepas.
“I tak percaya. I nak cari bos you tu sampai jumpa.” Pekik Amanda tidak puas hati. Langkahnya pantas diatur menuju ke arah pintu bilik Ilham yang terkatup rapat.
“No. Cik Amanda boleh masuk. Menceroboh namanya ni.” Aryana cepat menghalang. Di depa kedua tangan di hadapan pintu bilik Encik Ilham.
“Ada I kisah.” Amanda menolak Aryana kuat. Tindakannya itu membuatkan ARyana sedikit ketepi. Mujur tidak jatuh. Kalau tidak pasti Aryana menjadi macam nangka busuk.

Sepasang mata Amanda memerhati ke dalam bilik Encik Ilham yang kosong.
Aryana bercekak pinggang. “See. Kan saya dah kata. Bos saya tak ada dekat sini. Dia meeting dengan client.” Beritahu Aryana. Walaupun begitu, matanya melilau-lilau di sekitar pejabat. Mana pulaklah malaon dua ekor ni. Tiba-tiba lesap!!!
Amanda melepaskan keluhan lemah. Hatinya masih diketuk rasa geram dan marah apabila model junior yang sama-sama menjalani latihan peragawan tadi sibuk berceritakan halnya sedang memadu kasih dengan anak Datuk Maarof usahawan pembinaan yang terkenal. Siapa lagi anak lelaki Datuk Maarof yang semua orang kenali kalau bukan Ilham Irfan. Baru minggu lepas Ilham menyatakan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi terhadap dirinya kini belum pun sampai seminggu gambarnya sudah terpampang di dada majalah bersama model junior itu.
“You cakap dengan bos kesayangan you tu, kalau dia terhegehkan budak mentah ni, dia boleh pergi. Jangan cari I lagi.” Bentak Amanda bersama rasa amarah yang belum lagi mahu surut. Majalah yang memampangkan gambar Ilham dan model junior itu dihempas di atas meja kopi. Terus dia berlalu.
Aryana hanya menghantar Amanda keluar dengan pandangan mata sahaja. Hilang kelibat Amanda terus sahaja dia menjerit kecil.
“Line clear!!!” Aryana memberi isyarat yang keadaan di dalam bilik ini sudah kembali tenang seperti sedia kala.
Terbongkok-bongkok Ilham dan Harun keluar dari bawah meja kerjanya. Mereka berdua membetulkan diri sambil membuat senaman regangan. Lutut dah terasa tegang akibat bertenggong di bawah meja hampir setengah jam.
Aryana hanya buat tidak tahu sahaja dengan mereka berdua. Tangannya lincah menyelak-nyelak helaian majalah yang Amanda hempaskan tadi sebelum matanya tertancap pada ruangan Panas MekChah.Com yang jelas menunjukkan ada gambar Encik Ilham dengan seorang model di majlis pelancaran produk penjagaan muka krim temulawak. Patutlah pun…… Kini barulah dia faham kenapa Amanda mengamuk sakan tadi.
Majalah ditutup. Dia pandang wajah Encik Ilham yang sedang tersenyum nakal. Abang Harun juga.
“Bos ni kan. Lain kali, kalau nak pasang spare part keliling pinggang pun janganlah nampak sangat.” Bebel Aryana. Majalah tadi diberi kasar kepada encik Ilham. Biar Encik Ilham lihat apa yang ada di dalamnya.
Senyum Ilham dan Harun bertukar ketawa gembira apabila melihat gambar Ilham turut sama terselit-selit di tengah-tengah pelancaran produk kecantikan itu.
“Laa…Manalah saya tahu yang muka saya ni pun interframe jugak dalam lensa MekChah.Com tu. Mek ni pun. Selidik tidak terus ‘bang’ dalam majalah. Sengaja mahu kasi boom satu Malaya.” Balas Ilham bersama tawanya yang belum lagi menunjukkan mahu berhenti. Makin galak pulak tu.
“Lain kali kan, Yana patut biarkan ajer Amanda tu atau girlfren-girlfren bos yang lain tu caraskan bos.” Aryana berkata geram.
“Eyyhh..Melanggar daulat pulak budak ni. Ada ker doakan bos macam tu.” Sampuk Harun. “Bos potong gaji bos.” Sambungnya lagi dengan gaya-gaya seorang batu api.
Aryana menjeling Abang Harun yang tidak habis-habis mahu mengipas Encik Ilham. “Abang Harun tu memanglah. Sukalah kan bila bos buat perangai macam ni. Kalau dah lelaki tu lelaki jugak.” Gumam Aryana geram.
“Yana janganlah nak samakan abang dengna bos pulak.” Tukas Harun geram dengan kelancangan mulut Aryana.
“Sama” Aryana menjawab.
“Tak!!” Harun membulatkan mata.
“Sama!!” Aryana menjelirkan lidah.
“Tak!!”
Ilham yang berada di antara Harun dan Aryana sedikit pening dengan perangai pekerjanya ini.
“Sudah!!! Sudah!!” Dia menempik untuk menghentikan pertikaman mulut yang semakin menjadi-jadi.
“Yang kamu berdua nak bergaduh pulak ni kenapa?”
“Yana ni bos!!”
“Abang Harunlah!!!”
“Sudah!!” Tempik Ilham lagi.
“Harun pergi turun. Siapkan kereta. Kita kena pergi lawat site sekarang ni.”
Harun mengikut arahan. Ketika berlalu di belakang Aryana sempat tangannya menunjal lembut kepala gadis itu.
“Sakitlah!!” Jerit Aryana. Abang Harun ni memang tak sekolah. Main tolak-tolak kepala orang macam tu.
“Aryana kenapa bad mood ni. Macam tak pernah tolong saya handle masalah perempuan-perempuan tu.” Ilham bertanya lembut.
Aryana mencebek tapi dadanya berombak kencang. Bos bercakap sangat lembut. Romantiknya suara bos itu masuk ke dalam telinga.
“Tapi Harun ni tak patut juga. Ada ker pergi tunjal kepala PA saya macam tu. Habis tudung dia.” Kata Ilham. Tangannya tergerak membetulkan tudung Aryana yang sedikit senget akibat kena kepalanya ditunjal oleh Harun tadi.
Aryana terpaku dengan tindakan Encik Ilham itu. Lidahnya menjadi kelu. Apatah lagi melihat pandangan redup Encik Ilham bagai memanah kalbu.
Bunyi telefon bimbit Encik Ilham menyedarkannya dari terus terbuai. Aisehh… Macam kena renjatan. Cepat Aryana menepis perlahan sebelah lagi tangan Encik Ilham yang masih lagi cuba membetulkan tudung dikepalanya.
“Siap dah Harun. Okey. Aku turun sekarang.”
Aryana hanya memerhati Encik Ilham yang sedang bercakap dengan Abang Harun di talian.
“Okey Aryana. Saya nak pergi lawat tapak projek. Apa-apa hal dalam office tolong handle sementara saya tak ada. Pasal Amanda tu, awak buat tak tau ajer. Bukan saya yang cari dia. Dia yang mencari saya.” Kata Ilham bersahaja sebelum dia keluar dari pejabat.
Aryana pula masih berdiri tegak. Masih lagi memerhatikan langkah Encik Ilham walaupun lelaki itu telah hilang dari pandangan.
“Otak tak centre!! Itu pun nak cair!!” Desis Aryana perlahan. Laju tangannya menunjal kepalanya sendiri agar jangan terus bermimpi di siang hari.

15 comments:

Miss Kira said...

hehehe.. yana dah jatuh cinta ek.. hahaha

pu3indah said...

hehehe...
yana dah terpaut dengan bos.. yahoo

anakamal said...

comelnyerrrr...........
berdebar2 nak tau kesudahannya

Che Sue said...

yana n boss? heh he.. tak sabar tggu n3 lain...

yu-hee said...

wooh...best....nak lg hu3

Shima Awang said...

best gak.."otak x centre" hahahaha

aqilah said...

best...best... yana dah dap dup dap dup dah........

MaY_LiN said...

bos bos..
memang mereng la bos ni

Unknown said...

something2 eh,,,,

zulita said...

best la n3 ni hehee...buat akak t'senyum....cinta baru berbunga dlm hati yana...:)

wani said...

yana dh nk terjatuh cinta ngn bos dh.. bos nya pulak bila nk terjatuh cinta kt yana.. jgn bos mainkan hati n perasaan yana sudah la.. sian kt yana nti.. hehe

alreinsy said...

suka2... best2... x sbr nk tau kisah seterusnya... smbg2...

miznza84 said...

cinta sudah berputik di hati yana.. tunggu hati si teruna plak yg bergetar...

Ai said...

makin mantoppp...
haha.. cik yana dh tersuke kat en.ilham le pulak..
ape2 pun harap akak dpt smbung cpt skt ekkkk.. ^_^

Anonymous said...

dah kali ke 15 da bca en3 nie . hope smbung cepat yeaaaaaaa . tak sabar . pffft , :)
-farrah-