Wednesday, January 19, 2011

Calon Jodoh Untuk Adik 6

Sudah hampir empat bulan aku putus dengan Azizi. Jika diikutkan kiraan bulan dan hari, aku telah lepas tempoh edah. Satu tempoh yang sangat sakit. Tapi mahu buat macam mana, jodohku bukan dengan dia. Hidup mesti diteruskan walaupun tanpa dia di sisi. Aicehh!!!
Aku memang suka mengingati benda-benda lama di samping melayan rasa jiwangku itu jika terpaksa menanti seseorang dalam tempoh waktu yang lama. Jam tangan aku lihat. Mana abang nih!
“Sorry Ris. Abang ada hal tadi.” Kata Azmer yang baru tiba. Nafasnya tercungap-cungap.
“Abang ni… janji pukul berapa, datang pukul berapa?” Bebelku macam nenek-nenek.
“Sorrylah. Abang lambat…” Azmer melihat jam tanganya. Kemudian bibirnya menarik sengih bersalah. “Satu jam.” Sambungnya kemudian.
“Right.” Balasku sepatah.
“Alah Ris ni. hari ni cuti kan.”
Aku mencebek. “Memanglah hari ni off day Ris, tapi abang tak patutlah nak datang lambat macam ni. Ris patut duduk rumah berehat tau. Abang tahu tak, penat kerja buat sales ni. Hari-hari tak pernah tak sibuk. Time-time cuti nilah kena berehat betul-betul.” Bebelku lagi.
“Yerlah. Atau pun bising-bising ni sebab memang tak mahu jumpa abang lepas loan peribadi tu tak lulus.” Duga Azmer. Sebelum ini Arisa pernah meminta wang lebih kurang RM3000 untuk dijadikan modal perniagaan onlinenya tetapi dia tidak bagi. Bukan kerana dia terlalu kedekut dengan Arisa, tetapi Azmer masak benar dengan sikap Arisa yang suka buat kerja sekerat jalan. Semangat Arisa tu ikut musim. Sekarang musim orang sibuk mencari duit melalui perniagaan online dia pun sibuk-sibuklah untuk join sekali.
Aku mencebek mendengar kata-kata abang. Sudah tahu lagi mahu tanya. “Alah…Apalah sangat dengan loan dari abang yang tak approve tu. Ris pun boleh kumpul duit sendiri. Silap hari bulan nanti terus bukak kedai sendiri tau tak.” Kataku menjawab.
“Abang ni kenapa nak jumpa Ris.” Kataku lagi apabila melihat abang hanya senyap sahaja. Cuma bibir abang sahaja mengukir senyuman melihat mulutku yang dari tadi asyik tidak henti-henti membebel.
“Abang sahaja. Nak tengok adik abang.” Kata Azmer lembut.
Aku memandang abang dengan pandangan pelik. “Abang ni kenapa….” Kataku sambil ketawa. “Dah buang tebiat ker…” Sambungku lagi. Aku masih lagi ketawa.
Azmer turut sama ketawa. Dia melepaskan keluhan lemah sebelum berkata. “Tak ada apalah. Saja. Hari ni nak makan tengahari dengan Ris.” Katanya kemudian.
“Abang ni bukan makan tengahari. Dah pukul empat petang. Tapau makan malam teruslah.” Balasku seraya menunjuk jam tangan Swatch kepada abang. Jam tangan ini hadiah dari abang sempena ulang tahun kelahiranku yang ke 22 tahun. Untuk ulangtahun ke 23 tahun ini, aku sudah tahu apa hadiah yang ingin aku minta daripada abang. Downpayment untuk sebuah kereta Viva. Aku tunggu detik itu. Tinggal lagi enam bulan.
“Apa-apa jerlah untuk adik abang. So kita nak makan dekat mana?” Tanya Azmer.
“Ermm….JM Beriani nak? Dah lama tak makan beriani kat situ. Boleh tapaukan untuk Ila sekali. Pasti hati minah tu berbunga-bunga dapat makan beriani yang abang belanja.” Kataku penuh ekspresi dari dalam jiwa. Sengaja aku mahu mengusik abang. Tapi aku tak tipu, kerana sudah dapat ku bayangkan sengih bahagia Suhaila jika abang membelikannya sesuatu walaupun hanya sebungkus nasi beriani. Walaupun Suhaila meminati Dude Herlino, tetapi rasa minat itu tidak mampu mengatasi perasaan sukanya pada abang yang sudah tertanam sejak sekian lama. Tidak berubah walaupun abang tak pernah melayan Suhaila.
Seraya itu tangan abang naik untuk meluku kepalaku tetapi aku sempat mengelak. Aku tertawa bila melihat abang berwajah kelat dengan gurauanku itu. Abang memang begitu setiap kali soal Suhaila cuba untuk aku bangkitkan.
“Cepatlah Ris.” Arah abang yang sudah meninggalkan aku yang masih ketawa. Abang nampak macho tapi dalam hati tetap ada taman. Kata tak suka Suhaila, tapi setiap kali dikenen-kenenkan muka tetap merah. Tetap juga malu-malu kucing. Aku menuruti langkah abang yang sudah jauh ke depan dengan ketawa masih setia dibibir.


N3 secoit ni untuk korang. hehehe...

luvs,
eila

3 comments:

Nurul Asyikin Mohamad Ghazali said...

waa.. rinduuuu sgt kat hsl kerja kak ila... semalam pegi mph, nk cari novel 2x5, baju pengantin mak andam, n iman suraya... tapi hampeh.. xde.. baju pengantin tu ada 1 dlm list.. tp kat rak xde pun.. eee geram!!! dh mengidam sgt3 nk baca novel2 tu semua.. mana lg ek selain mph...aduhai...

nacha said...

secoit pun secoit la. janji ada n3. double n3 plak tu. tq ye. idea sudah muncul ek? hehehe

SyUhAdA said...

suka baca..
nk smbung lg nie..