Thursday, March 25, 2010

YESS BOSS!! BAB 5

“Hello baby!!” Tegur Harun seperti biasa.
Aryana mencebek. Jengkel dengan sikap Abang Harun yang tidak pernah faham Bahasa Melayu. Sudah berapa kali dia mengajar Abang Harun agar tidak memanggilnya dengan panggilan-panggilan yang menyakitkan telinga itu. Tapi Abang Harun tetap buat tidak tahu. Makin benak adalah. Orang suruh jangan panggil darling, memandai pulak Abang Harun menukar menjadi baby pulak. Huhh..
“Yana ni. Dari luar tadi Abang tengok muka ada senyum masuk ajer abang dalam bilik ini terus muncung sedepa. Apa kes!! Datang bulan?” Soal Harun sengaja mahu berseloroh dengan Aryana.
Aryana sekadar menjeling. “Abang Harun ini memang gatal kan. Baik abang Harun berhenti dari panggil Yana darling, baby, sayang, honey tu semua. Kalau abang Harun panggil lagi Yana macam tu, Yana report dekat Kak Leha.” Ugut Aryana. Sengaja dia mengugut Abang Harun menggunakan nama isterinya yang garang mengalahkan ibu singa itu. Nama Kak Zaleha tu ada aura sedikit. Sekali sebut menggigil lutut abang Harun mendengarnya.
“Alah Yana ni. ABang main-main pun sampai nak mereport dekat Kak Leha.” Getus Harun tidak puas hati.
Aryana ketawa kecil. “Tau takut. Abang kena ingat, lain kali kalau abang panggil Yana dengan panggilan yang bukan-bukan lagi siaplah. Memang Yana takkan bagi can punya. Terus report ajer.” Sekali lagi Aryana mengingatkan. Semoga ini menjadi last warning buat Abang Harun.
“Yerlah Cik Aryana.” Harun menjawab lemah. Malas-malas dia duduk di atas sofa.
Aryana mengerling kea rah abang Harun yang telah pun melabuhkan punggung disofa. Abang Harun ni memang tidak ada port lain kut mahu melepak. Kenapalah mesti di dalam bilik dia juga yang abang Harun mahu jadikan portnya. Rasanya petang nanti mahu sahaja dia menyuruh office boy agar mengalihkan kedudukan sofa dan meja kopi di dalam biliknya ke tempat lain. kerana sofa dan meja kopi inilah yang membuatkan abang Harun bukan main berkenan menenggek di sini.
“Abang Harun ni, buat dekat sini. Bos tak ada kan. Pergilah main jauh-jauh.” Bebel Aryana mahu menghalau Abang Harun. Dengan Abang Harun tak perlu berbahasa berkias-kias, cakap sahaja straight to da point. Baru dia boleh faham.
“Amboi.. Menghalau. Bos pun tak pernah menghalau abang macam Yana tau.” Kata Harun berpura-pura jauh hati dengan kata-kata ARyana tadi.
Aryana menjulingkan mata ke atas. Kenapalah Abang Harun ni tak boleh tengok orang bersenang lenang. Baru dia ingin meraikan hari bahagia dia sempena bos yang sedang bercuti sakit hari ini, sengaja pula Abang Harun menaikkan nama bos kesayangannya itu. potong stim. “Ellehh…” Aryana sekadar mencebek.
“Mana bos Yana?” Soal Harun. Matanya melilau melihat kelibat Encik Ilham di dalam biliknya dari balik vertical blind. Namun orang yang dicari bagai tiada sahaja di dalam bilik pejabat itu.
Aryana menrengus. “Kan Yana dah cakap, bos tak ada. Bos cutilah. Tu sebab Yana suruh Abang Harun main jauh-jauh. Shuhh..shuhh.. Jangan kacau Yanalah. Orang sibuk ni.” Ngomel Aryana. Dihalau abang Harun macam dia menghalau ayam opah masuk ke dalam reban.
“hishh.. Mana boleh tak ada. Sepuluh minit tadi abang menghantar bos dekat aras concourse. Takkanlah sudah lesap.”
“Hantu bos kut….” Aryana bersuara perlahan. malas dia mahu melayan abang Harun. Bukan dia tak tahu perangai abang Harun. Suka sangat main-mainkan orang. Dia sudah acap kali kena bang-bang-boom dengan ABang Harun. Hari ini, dia sudah dapat baca. Takkanlah dia akan tertipu lagi apabila abang Harun seringkali buat lawak bodoh fesyen yang sama macam ni.
“Siapa hantu?”
Mata Aryana yang telah menjadi bulat terarah pada arah pintu biliknya. Bola matanya bagai mahu tercabut dari soketnya. Bukan itu sahaja, tekaknya bak tersekat sampai nak menelan air liur pun payah. Alah ABang Harun ini. semua dia punya pasal. Kenapa diseru-seru nama bos, tiba-tiba pulak boleh muncul. Desis Aryana di dalam hati. Dapat dilihat raut wajah Abang Harun yang ceria melihat kehadiran Encik Ilham dalam keadaan dia meleser tepat pada masanya.
“Siapa hantu?” Soal Ilham lagi. Merenung wajah Aryana.
Aryana menarik sengih. Ligat otarnya berputar agar dapat memikirkan sesuatu yang bisa menyelamatkan dirinya. “Errmmm…Hantu…errmm…” Aryana tergagap-gagap. Otaknya bagai hilang punca mahu berkata apa.
“Alah bos tadi Aryana sibuk bercerita tentang filem hantu Tamil Chandramukhi lakonan Sivaji Da Boss tu.” Harun cepat memainkan peranan.
Ilham memandang Harun yang sekadar tersengih sambil memandang-mandang kea rah Aryana dibelakangnya.
Aryana yang berada di belakang Encik Ilham memberi isyarat terima kasih kepada Abang Harun kerana bertindak pantas menyelamatkannya. Dada diurut-urut lega.
Cepat Ilham berpaling semula kea rah Aryana membuatkan tindakan Aryana mati serta merta. Gulp.. Aryana menelan air liur. Senyumnya sumbing.
“Sivaji da Boss.” Soal Ilham kepada Aryana. Keningnya terangkat sebelah.
Bibir Aryana masih tersengih lagi. “Yeaah…Sivaji da bos. Rajinikanth. Padayyaapa… Zupp…Zupp…Zupp..” Kata Aryana tersekat-sekat. Tangannya turut sama membuat aksi lakonan semula Rajinikanth yang bagai menjadi trade mark pelakon Tamil itu. nak tabik tangan pun sound effectnya lebih!!
Ilham menggeleng perlahan. kepala dipicit-picit. Berpinar dia sekejap melihat perangai driver dan setiausahanya.
“Harun, aku ingat selama ni kau ajer yang tiga suku tapi tak sangka pulak yang Aryana pun macam tu.” Ilham berkata bersahaja.
Ketawa Abang Harun pecah tidak semena-mena. Jari telunjuk kanan Abang Harun pula ligat perpusing di tepi kepalannya sambil dia memandang Aryana yang sudah menarik muncung sedepa.
“Yana pergi buat the. Pekat okey. Hantar ke bilik saya sekarang. Dan jangan lupa pil chi ket teck oun sekali.” Kata Ilham terus berlalu masuk kepejabatnya.
“Yess boss.”
“Yana untuk abang jugak okey. The tarik, tarik tinggi-tinggi. Hantar dekat dalam jugak.” Pesan Harun juga sebelum dia mengekori Encik Ilham masuk ke dalam pejabat.
ARyana mendengus geram. Abang Harun ini betul jenis orang yang pandai mengguna peluang. Mentang-mentanglah Encik Ilham sayang dia lebih senang-senang ajer dia mahu menjadikan Aryana sebagai setiausahanya jugak. Menyuruh orang mengalahkan bos. Huhhh… Aryana melepaskan keluhan geram sebelum dia pula berlalu menuju ke pantry untuk membuat air yang telah diorder oleh Encik Ilham dan Abang Harun.

“Yana bos tadi lupa pesan yang dia nak the o tau. Bukan the susu macam biasa tu.” Kata Abang Harun yang baru tiba membawa pesanan dari Encik Ilham.
Aryana mengalih pandang. “Selamat pun abang Harun datang. Abang harun, mana peti kecemasan ni. Dah semua tempat Yana cari tapi tak jumpa-jumpa jugak.” Rungut Aryana. Dia sudah bertenggong mengadap cabinet bawah yang semua pintunya telah terbuka.
“Bos kata tak payah pil chi kit teck oun tu. Perut dia dah okey sikit. Cuma the tu kasi pekat sikit ajer.” Balas Harun seraya duduk di kerusi yang disediakan di dalam pantry.
“Tak payah pulak. tadi nak. Sekarang tak payah.” Bebel Aryana bak makcik-makcik.
“Bos tu takut makan ubat sebenarnya. Tapi okey lah tu. Abang pun pelik dengan bos Yana tu. Makan di tempat high class pun boleh kena keracunan makanan. Belum ajak pergi makan dekat gerai tepi jalan lagi.” Kata Harun.
Aryana bangun. mengambil tempat duduk di hadapan Abang Harun yang sedang sedap mengunyah kerepek ubi yang memang tersedia di atas meja pantry sementara menunggu air di dalam cerek masak. Abang Harun ini main hauk ajer entah saper-saper punya kerepek ubi ni.
“Kenapa bos tak duduk dengan family dia?” Soal Aryana ingin tahu. Dia tidak pernah berborak-borak hal-hal lain selain dari urusan kerja. Banyak tentang Encik Ilham dia tidak tahu. Yang dia tahu hanyalah tentang teman-teman wanita Encik Ilham sahaja maklumlah itu sudah termasuk dalam senarai tugas harianya. Setakat ini pun hampir sedozen teman wanita Encik Ilham yang dia kenali. Itu baru empat bulan dia bertugas sebagai setiausaha ENcik Ilham. Agak kalau sudah 4 tahun dia sedia berkhidmat dengan lelaki ini agak berapa ratus dozenlah teman wanita Encik Ilham yang dia akan berkenalan. Tak terlayan!!!
“Bos suka duduk sendiri. Independents. Lagipun syarikat ada sediakan apartment untuk dia. Lagipun Yana kenalah faham, kalau duduk dengan datuk, tak lepas punya nak berlibur tiap malam. Datuk dengan datin very strict.” Cerita Harun.
Aryana mengangguk tanda faham. “Abang Harun ni macam semua ajer tahu apa yang bos buat tiap-tiap hari.” Kata Aryana yang sedikit kagum mendengar cerita Abang Harun yang bagai tahu serba serbi apa yang dilakukan oleh bos.
“Nama pun driver.” Harun berkata dengan megahnya. Kolar kemeja siap ditegakkan naik ke atas sambil hidung kembang kempis menunjukkan rasa bangganya.
Aryana mencebek. “Poyolah abang Harun ni.” Ngomel Aryana.
Bunyi suis kettle elektrik yang terangkat menghentikan perbualan mereka sebentar. Aryana membancuh the o pekat untuk Encik Ilham dan the susu untuk Abang Harun. Abang Harun nak tarik biar dia tarik sendiri. tinggi mana pun boleh.
“Actually bos tu okeylah Yana. Bila Yana dah kerja lama-lama dengan dia nanti mesti Yana rasa happy. Yang penting apa sahaja arahan dari bos tu ikut ajer.”

“Ikut ajer? Walaupun benda tu tak betul dan tak patut dibuat pun kita kena ikut jugak.” Aryana bertanya sarcastic tanpa memandang abang Harun. Tangannya lincah mengacau minuman di dalam mug.
“Alah Yana. Kita ni pekerja ajer. Bila bos dah suruh tu jangan cakap banyak.”
“Yana tak berkenanlah dengan sikap bos tu.”
“Tak berkenan?”
“Yerlah. Perangai buaya dia tu yang Yana tak suka. Yana ni pun bila duk tolong cover line bos tu dah rasa macam menganiaya kaum sendiri ajer. Yana penatlah abang nak melayan perempuan-perempuan yang banyak sangat karenah mereka tu. Buat kerja pejabat pun tak adalah sepenat nak melayan perempuan-perempuan tu.” Ngomel Aryana.
“Alah Yana. Itu hak dia. dah dia ada segalanya memanglah perempuan ramai terkejar-kejarkan dia. Yang penting Yana tengok cara bos berkerja di pejabat. Macam sekarang pun sakit-sakit pun dia masih nak datang ke pejabat jugak. Semua kerja dia tip top kan. Walaupun ada masa dia mengulat time pejabat cuba Yana perhatikan semua kerja dia. Perfect kan. Itu sebab datuk malas nak ambil port dengan apa yang Encik Ilham nak buat. Yang penting kerja jalan.”
Aryana terdiam. Kata-kata Abang Harun ada benarnya. Tentang kerja Encik Ilham tidak ada apa yang perlu dipersoalkan. Dia memang lelaki yang cukup berkarisma di dalam menjalankan tugas. Masa kerja adalah untuk berkerja. Masa enjoy adalah untuk enjoy.
“Yana buat ajerlah kerja Yana macam biasa. Soal teman-teman wanita bos tu Yana layankan ajerlah. Bukan susah pun. Cuma perlu ambil aduan dan tetapkan temu janji mereka dengan bos ajer. Bila Yana pandai buat kerja, pandai handle girlfrens dia nanti bos sayang. Tengok macam abang. Sentiasa bertindak mengikut arahan.” Kata Harun bersahaja. Dia masih lagi bermegah diri kerana menjadi kesayangan bos.
“Alah…. Abang tu memanglah. Kaki kipas!!” Getus Aryana. Jengkel pula bila melihat Abang Harun tak habis-habis nak kembang sedepa.
“Cik Adik, orang jual sate ajer yang pakai kipas. Abang guna aircond.” Tukas Harun bersama ketawa kecil.
“Sudahlah abang harun tu.” Balas Aryana. “Dahlah Yana nak hantar the bos ni. Abang Harun punya ambil dekat sana tu. Yana dah siapkan.”
“Thanks dear.” Ucap Harun bersama tawa kecil.
Aryana mencebek geram ketika meninggalkan abang Harun. Sudah bertukar ‘dear’ pulak. Last-last memang dia akan bagi tahu dekat Kak Leha jugak karang ni…..

*********************************************************************

Semoga terus menjadi orang yang 'rajin'. hakss...

luv,
eila

6 comments:

kiota said...

huhu..xsabo nk taw per yg jdk pasni!huhu...keep it up!aja2~~

Unknown said...

waaa..besh2!! ske2..ehehe

anahraf said...

tergelak bile baca time yana nak cover dari bos..siap kuar hero citer tamil huhu

MaY_LiN said...

amboi..
sempat siapkan entry da dik..
memang sempoi la abang harun ni..
tapi takut bini

aqilah said...

best....best..............

syazwani said...

best. sempoi.. xsabar nk thu cite seterusnya.. :)